soalan 1- editing.docx

13
Bincangkan elemen-elemen yang menghalang kepada penguasaan kemahiran bahasa bagi murid di sekolah rendah. Analisiskan satu daripada amalan masalah kemahiran di bawah dan cadangkan satu kaedah bagi menangani masalah tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) atau Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan generasi akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat. Bahasa mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain. Bahasa pada dasarnya mempunyai beberapa sifat iaitu bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu yang pasti. Semua bahasa di dunia ini mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem, morfem, kata, frasa, klausa dan ayat. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna-pengguna untuk menuturkan atau menuliskan bahasa tersebut. Bahasa juga mempunyai sifat iaitu sistem dan mempunyai symbol-simbolnya. Selain daripada itu, bahasa juga dilambangkan secara 1

Upload: naga-raj

Post on 04-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bincangkan elemen-elemen yang menghalang kepada penguasaan kemahiran bahasa bagi murid di sekolah rendah. Analisiskan satu daripada amalan masalah kemahiran di bawah dan cadangkan satu kaedah bagi menangani masalah tersebut.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) atau Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan generasi akan datang. Penyemakan kurikulum memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat menyediakan peluang pendidikan berterusan yang memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Penggubalan ini bertujuan untuk menyediakan warga Malaysia yang mampu menghadapi cabaran pendidikan masa kini selaras dengan perubahan globalisasi yang pesat. Bahasa mempunyai peranan penting dalam kehidupan manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam satu lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan individu yang lain. Bahasa pada dasarnya mempunyai beberapa sifat iaitu bahasa mempunyai sistem. Bahasa mempunyai aturan-aturan atau rumus-rumus tertentu yang pasti. Semua bahasa di dunia ini mempunyai sejumlah unit bahasa seperti fonem, morfem, kata, frasa, klausa dan ayat. Tiap-tiap bahasa mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada pengguna-pengguna untuk menuturkan atau menuliskan bahasa tersebut. Bahasa juga mempunyai sifat iaitu sistem dan mempunyai symbol-simbolnya. Selain daripada itu, bahasa juga dilambangkan secara struktur dan arbitari. Seterusnya bahasa juga harus dipelajari bukan diwarisi. bahasa adalah sebagai alat komunikasi. Bahasa menjadi media bagi manusia untuk berhubung antara satu sama lain sama ada melalui tulisan ataupun lisan. Ia juga menjadi alat komunikasi. Justeru itu, bahasa merupakan aspek yang terpenting dalam dunia pemerolehan ilmu dan pendidikan untuk membentuk modal insan yang dapat menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semua warganegara Malaysia harus menguasai tiga kemahiran bahasa iaitu kemahiran menulis, kemahiran mengeja dan kemahiran mengarang.Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan. Malah kemahiran mengeja pula merupakan proses memilih serta mengadun lambing-lambang untuk melahirkan bunyi-bunyi perkataan perkataan secara lisan atau bertulis. Kemahiran mengarang pula dikatakan sebagai kemahiran yang tertinggi dalam peringkat bahasa dan peling sinonim dengan mata pelajaran bahasa. Terdapat beberapa elemen-elemen yang menghalang kepada penguasaan kemahiran bahasa bagi murid di sekolah rendah. Antaranya ialah faktor diri murid yang merujuk kepada minat murid dan keupayaan mereka untuk belajar sesuatu pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu faktor persekitaran juga menjadi halangan dalam penguasaan kemahiran membaca merujuk kepada latar belakang keluarga murid tersebut. Murid-murid yang mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua akan mengalami masalah disebabkan oleh pengaruh bahasa ibunda yang tegar. Latar belakang keluarga yang tidak mementingkan pembelajaran kemahiran bahasa kemungkinan besar tidak dapat menyediakan keperluan yang lengkap kepada murid-murid untuk menguasai kemahiran-kemahiran bahasa. Bahan yang tidak mencukupi akan membiasakan murid untuk tidak yakin untuk mengamalkan penguasaan kemahiran. Hal ini akan menyebabkan murid kurang menguasai kemahiran bahasa tersebut. Selain daripada itu, faktor emosi juga menjadi salah satu penghalang bagi penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa ini. Ia mempengaruhi keberkesanan dalam mpembelajaran kemahiran-kemahiran bahasa. Hal ini demikian kerana, emosi murid yang tidak stabil sudah tentu akan menyebabkan murid tersebut tidak fokus kepada bahan bacaan sama ada secara mekanis mahupun mentalis. Gangguan emosi ini akan mengakibatkan tumpuan murid tersasar daripada mempelajari kemahiran bacaan dengan menggunakan sebutan, intonasi, jeda dan nada yang betul serta sesuai. Di samping itu, elemen yang seterusnya yang menghalang penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa ialah faktor kecerdasan iaitu faktor kognitif murid. Menurut Atan Long (1978), faktor kecerdasan ini ditafsirkan sebagai kebolehan untuk melakukan pemikiran secara mujarad, kebolehan untuk membuat penyeluruhan dan cara tindakan terhadap sesuatu yang bermasalah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesempurnaan pemelajaran dapat dinilai dari segi senang susahnya dan cepat lambatnya pemahaman seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari. Pemahaman ini sebahagian besar bergantung kepada taraf kemampuan mental seseorang yang belajar untuk memahami apa yang dipelajarinya. Dari segi psikologi, dikatakan bahawa kadar pemahaman seseorang terhadap apa yang dipelajari dipengaruhi oleh darjah kecerdasannya. Dalam aspek penguasaan kemahiran membaca,kecerdasan otak dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan kebolehan bahasa seseorang itu. Selain itu, pertumbuhan dan perkembangan fizikal juga menjadi satu elemen yang penting dalam penguasaan bahasa seseorang. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal ialah salah satu aspek yang boleh mempengaruhi kebolehan menulis, mengeja dan mengarang kanak-kanak. Kesihatan fizikal amat penting dalam menentukan kebolehan dan kecekapan seseorang kanak-kanak itu menguasai kemahiran bahasa, Sekiranya kanak-kanak itu mengalami masalah kecacatan fizikal seperti kurang pendengaran atau penglihatan, maka sudah pasti keadaan itu menjejaskan proses perkembangan membaca bagi kanak-kanak itu. Oleh yang demikian faktor penglihatan dan pendengaran yang baik serta kebolehan bertutur secara normal membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca.Di samping itu,pengalaman juga menjadi satu faktor yang mempengaruhi perkembangan dan penguasaan bahasa. Pengalaman merupakan satu asas kepada pembelajaran dan merangkumi beberapa perkara yang dibuat, dilihat , disebut, dirasa dan sebagainya. Pada masa yang sama, dorongan dan motovasi juga berperanan dalam perkembangan dan penguasaan sesuatu bahasa atau memperolehi satu kemahiran bahasa. Menurut D.N.Larson dan W.A.Smalley (1972), menegaskan bahawa faktor-faktor motivasi dan dorongan yang penting sebagai penggerak ke arah penguasaan bahasa. Faktor-faktor ini menggalak serta memberikan pengalaman yang baik kea rah penguasaan yang sempurna dan baik dari segi kualiti dan kuantiti. Seterusnya, pengamatan juga menjadi salah satu faktor dalam perkembangan dan penguasaan bahasa. Ia merupakan satu proses mental dan neurologi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan jitu. Gangguan atau masalah yang dialami oleh seseorang dalam penglihatan dan pendengaran boleh menjejaskan pengamatan aspek mengingat kembali, mendiskriminasi , memahami konsep dan lain-lain kemahiran pengamatan. Kemahiran mengeja merupakan satu masalah bahasa yang sering dihadapi oleh murid-murid pemulihan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mengeja ialah perbuatan membunyikan (menulis) huruf-huruf secara berturut-turut dalam sesuatu perkataan. Takrif ini menyarankan dua cara untuk mengeja. Kemahiran mengeja merupakan satu kemahiran asas membaca yang sangat penting dalam semua mata pelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan menguasai asas kemahiran mengeja ini, seseorang individu itu dapat menerokai pelbagai bidang ilmu. Kemahiran mengeja juga merupakan kemahiran penting yang menyumbang kepada perkembangan kognitif dan bahasa. Ini kerana kemahiran mengeja berkait rapat dengan kemahiran membaca. Membaca adalah suatu amalan yang penting bagi mendapatkan maklumat. Kemahiran mengeja ini perlu dikuasai oleh setiap murid bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran mengeja yang sangat lemah akan menyukarkan murid untuk menguasai peringkat kemahiran membaca. Terdapat beberapa punca berlakunya masalah penguasaan kemahiran bahasa iaitu mengeja. Terdapat dua punca utama yang menyebabkan kanak-kanak lemah dalam ejaan iaitu lemah dari segi ingatan penglihatan (visual memory) dan lemah dari segi analisis pendengaran (auditory analisis) . Jika kita lihat pada kelemahan dari segi ingatan penglihatan , terkandung juga masalah pengamatan penglihatan atau visual. Pengamatan bermaksud hasil tindakbalas keseluruhan sistem deria setelah menerima rangsangan daripada sumber lain. Pengamatan visual pula berkait dengan keupayaan deria penglihatan untuk menerima rangsangan dan seterusnya menghantar maklumat tersebut ke otak untuk ditafsirkan. Jika pengamatan penglihatan murid menghadapi masalah, maka perkataan atau huruf-huruf yang dilihat murid akan mengalami kesalahan dan kesilapan. Masalah yang pertama ialah mempunyai idea yang kurang jelas mengenai lambang-lambang yang mewakili bunyi-bunyi tertentu. Masalah tidak kenal huruf merupakan masalah utama kebanyakan kanak-kanak gagal membaca dengan baik. Keadaan ini akan menyebabkan murid-murid menyebut sesuatu huruf sesuka hati atau dengan meneka sahaja dan menjadikan perkataan itu tidak bermakna atau berlainan makna serta tidak dapat mengenal lambing sesuatu huruf. Sebagai contohnya, murid dapat lihat dan tulis huruf a tetapi tidak dapat membunyikan huruf tersebut. . Selain itu, murid tidak dapat mengingati dan membayangkan bentuk sebenar sesuatu huruf atau perkataan. Murid tidak dapat mengecam bentuk huruf dan perkataan. Terdapat beberapa huruf yang kelihatan seakan-akan sama walaupun bunyinya adalah berbeza. Bagi murid disleksia, masalah yang dihadapi dalam mengecam bentuk huruf dan konfigurasi perkataan sangat ketara. Simbol-simbol perkataan yang bercetak sukar diterjemahkan. Murid melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan secara terbalik. Kekeliruan inilah yang menyebabkan murid sangat lemah dalam kemahiran mengeja. Sebagai contohnya, mereka keliru untuk membezakan huruf "b" dan "d", huruf "p" dan "q" serta huruf m dengan w. Misalnya, jika terdapat perkataan bapa murid akan mengeja dapa. Ini kerana murid keliru dengan bentuk huruf yang hamper sama. Di samping itu, terdapat juga masalah memilih huruf-huruf yang terlibat dengan betul tetapi salah dari segi susunan. Sebagai contohnya, jika terdapat perkataan rumah, murid akan mengeja dan menyebutya ramuh dan padat dieja sebagai dapat. Kedudukan huruf akan ditukar oleh murid semasa mengeja sesuatu perkataan juga menjadi satu masalah yang serius dalam penguasaan bahasa. Kita dapat lihat dengan mata kasar di kelas pemulihan 60% daripada keseluruhan murid pemulihan akan menghadapi masalah ini. Seterusnya, murid akan meninggalkan huruf-huruf tertentu di dalam perkataan. Bunyi huruf, perkataan, dan imbuhan ditinggalkan ketika membaca, misalnya buah disebut uah, kering disebut kerin. Perkataan dalam ayat juga kerap ditinggalkan semasa mengeja. Manakala meninggalkan imbuhan juga dikelaskan dalam masalah ini. Sebagai contohnya, mengandungi disebut mengandung dan sebagainya. Bukan itu sahaja, tetapi terdapat juga masalah menggantikan huruf semasa mengeja seesuatu perkataan. Menggantikan huruf atau perkataan dalam ayat yang dibaca. Manakala terdapat perkataan yang digantikan dengan perkataan lain sehingga boleh mengubah maksud ayat. Semasa mengeja mereka akan menggantikkan huruf yang lain dalam sesuatu perkataan. Sebagai contohnya, ladang disebut sebagai lalangMasalah seterusnya ialah murid menghadapi masalah untuk mengingati bunyi dan suku kata. Mereka sering memerlukan arahan yang jelas dan mudah bagi membantu mereka mengenal pasti bunyi sesuatu perkataan dan membina kemahiran fonologi. Murid yang menguasai kemahiran ejaan dengan baik akan menyimpan perkataan dalam memori dan mengingat kembali perkataan tersebut tanpa memerlukan petunjuk visual. Manakala murid yang lemah dalam ejaan amat memerlukan latihan dan aktiviti untuk menguatkan ingatan visual. Punca utama yang kedua ialah lemah dari segi analisis pendenagran. Murid-murid yang menghadapi masalah mengeja ini lemah dari segi pendengaran. Murid sukar mengingat bunyi abjad, bunyi suku kata perkataan dan juga sukar menyusun atau menggabungkan suku kata bagi membunyikan perkataan. Murid juga tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan huruf yang dilihat disebabkan kurang pendengaran. Misalnya, murid sukar membezakan bunyi huruf vokal dan huruf konsonan. Seterusnya, murid Murid menyebut nama huruf dalam 'telo' bahasa ibunda atau 'loghat' daerah. Selain itu, murid menghadapi masalah dalam sebutan huruf "e" pepet dan "e" taling. Selain daripada itu, murid-murid menghadapi masalah mengeja peringkat suku kata dari segi tidak mengenali huruf, membatang suku kata terbuka atau tertutup, keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet, tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja atau membatang suku kata. Di samping itu, tidak boleh mengeja suku kata VK awal perkataan dengan betul dan salan membatangkan suku kata serta keliru membatang dan mengeja perkataan yang mengandungi diftong, digraph atau vokal berganding. Murid juga menghadapi kesukaran dalam mengeja perkataan yang melibatkan imbuhan. Hal ini kerana murid tidak akan dapat mengeja perkataan dengan sebutan ejaan yang betul mengikut suku kata. Secara tidak langsung perkara ini akan mendorong murid menulis sesuatu perkataan dengan ejaan yang salah. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mencadangkan agar semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melaksanakan Program Intervensi Membaca, Menulis dan Mengira (3M) mulai Januari 1999. Justeru, guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dapat dilakukan dengan sempurna dan dapat diterima oleh murid. Dalam menyelesaikan masalah penguasaan kemahiran mengeja ini guru bertanggungjawab untuk merancang dan mengaplikasikan beberapa kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran harian di bilik darjah. Pelbagai teknik dan kaedah pengajaran perlu digunakan bagi membantu mengatasi masalah penguasaan kemahiran mengeja dan menulis dalam kalangan murid pendidikan pemulihan. Saya telah memilih kaedah abjad untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan yang tidak dapat mengeja iaitu membaca. Kaedah abjad dilihat sangat sesuai dan berkesan dalam mengajar asas membaca kepada kanak-kanak kerana kemahiran mengenal huruf dan membunyikan huruf diberi penekanan yang khusus. Kaedah abjad merupakan kaedah asas membaca yang paling awal digunakan dalam tamadun manusia seperti pada zaman Greek dan Rom. Kemahiran membaca diajar kepada anak-anak mereka berasaskan kaedah abjad. Ini disokong oleh Zulkifley Hamid (1994) yang mengatakan bahawa kaedah ini sebagai kaedah klasik dan digemari oleh ramai guru yang mengajar membaca pada peringkat awal. Dalam kaedah ini, pengajaran bacaan dimulai dengan pengenalan huruf atau abjad yang diikuti dengan membunyikan huruf-huruf tersebut. Daripada cantuman huruf-huruf, murid-murid akan diperkenalkan pula dengan bunyi-bunyi atau suku kata yang digabungkan menjadi perkataan. Pengajaran membaca wacana akan dimulakan setelah murid menguasai bunyi-bunyi perkataan dalam ayat-ayat. Kaedah ini membolehkan mereka mengeja dan dapat membaca semua perkataan kerana asas pembacaan ialah bunyi setiap huruf yang membentuk perkataan tersebut. Konsep kaedah abjad ialah murid-murid diperkenalkan kepada 26 huruf yang ada, iaitu huruf a hingga z. Kemudian diikuti dengan aktiviti memperkenalkan huruf-huruf vokal iaitu a,e,i,o,u dan huruf-huruf konsonan yang mengandungi 21 huruf. Bagi membaca perkataan-perkataan, mereka perlu menghafal setiap lambang abjad. Justeru, kaedah abjad menekankan murid untuk menghafal a,b,c...x,y,z sebelum mereka boleh diajar kemahiran membaca. Mengikut Zulkifley Hamid (1994) , kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Untuk membolehkan murid-murid membaca perkataan, mereka terlebih dahulu perlu diperkenalkan dengan huruf-huruf yang menjadi unsur-unsur. Ini bermakna, murid-murid perlu menghafal kesemua huruf-huruf tersebut sebelum didedahkan kepada peringkat membaca atau membunyikan cantuman huruf-huruf atau sukukata- sukukata. Setelah itu, murid-murid didedahkan pula kepada peringkat membaca perkataan-perkataan yang mudah, sebagai titik permulaan asas membaca. Sebagai contohnya, sebagai seorang guru pemulihan kita harus peka terhadap reaksi setiap orang murid. Jika seseorang murid itu tidak dapat menguasai huruf yang berdekatan bunyi dan bentuknya seakan-akan serupa iaitu b dan d. Maka, guru harus mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi olehnya. Pada masa yang sama, guru pemulihan itu tidak boleh mengajar kemahiran yang lain kepada murid tersebut sehingga menguasai dua huruf tersebut. Inilah yang ditekankan dalam kaedah abjad ini. Malah, guru harus merancang satu rancangan pengajaran individu bagi murid tersebut agar murid tersebut dapat menguasai kemahiran tersebut. Selepas itu, memperkenalkan keseluruhan huruf atau abjad mengikut urutannya a, b, c, d sehingga z. Sebagai langkah kedua dalam kaedah abjad ini guru hendaklah memperkenalkan huruf-huruf vokal iaitu a, e, i, o dan u. Langkah dua juga dijalankan sama seperti langkah pertama iaitu mengulangi langkah yang sama sehingga seseorang murid menguasai sesuatu aras ini. Sebagai contohnya, jika terdapat salah seorang murid yang tidak dapat menguasai salah satu daripada huruf vokal, maka guru tidak boleh menganjak kepada kemahiran lain. Berikutan dengannya murid-murid akan diajar mengenali huruf-huruf mengikut golongan dalam bahasa melayu iaitu mengajar huruf vokal, huruf konsonan, huruf vokal dan konsonan , diftong dan digraph. Pada masa inilah murid akan diajar membina suku kata iaitu dengan menggabungkan huruf konsonan dan huruf vokal. Sebagai contohnya, penggabungan huruf vokal iaitu a, e, I, o, dan u dengan huruf konsonan b untuk membentuk suku kata iaitu seperti ba, be, bi, bu, dan bo. Langkah ini merupakan langkah yang ketiga dalam pengaplikasian kaedah abjad di dalam bilik darjah bagi murid menguasai kemahiran mengeja. Langkah yang keempat ialah bunyi-bunyi itu disambung supaya menjadi suku kata. Menggabungkan suku kata untuk membina perkataan yang mudah-mudah dari dua hingga tiga suku kata. Misalnya, ba+ ju= baju. Biasanya murid-murid akan mengeja dan membunyikan suku kata sebelum menyebut seluruh perkataan itu. Dengan pengaplikasian langkah-langkah ini dalam pengajaran dan pembelajaran murid akan dapat mengeja suku kata atau perkataan tanpa mempunyai sebarang masalah. Langkah terakhirnya ialah mengenal rangkai kata, ayat dan seterusnya diajar membaca. Dalam langkah yang kelima ini murid-murid akan membaca ayat-ayat pendek atau membaca sesuatu teks. Ini juga sering dilakukan secara mengeja. Murid akan kekal dalam pengajaran kemahiran ini sehingga mereka menguasai aspek-aspek ini seperti yang dilakukan dalam langkah-langkah sebelumnya mengikut kaedah abjad. Walaupun kaedah abjad ini merupakan kaedah yang lama digunakan tetapi memberikan impak yang berkesan dan berkualiti kepada pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kaedah abjad memberikan penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja. Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan asas yang kukuh kepada murid untuk membaca.Di samping itu, kaedah ini sesuai dengan susuk bahasa Malaysisa kerana bahasa Malaysia terdiri daripada suku-suku kata yang hampir sama dan tetap bunyinya. Misalnya, b dan d. Selain itu, membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu, walaupun belum mempelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik serta kaedah ini memberikan asas dan binaan yang kukuh dalam mengeja dan membaca. Dengan penggunaan kaedah ini tercapainya kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid-murid pemulihan yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran bahasa iaitu mengeja. Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasaran dengan menggunakan kaedah ini. Selain itu, guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. Kaedah ini sesuai digunakan untuk mengajar orang dewasa. Kaedah abjad juga merupakan kaedah yang memberikan fokus kepada aktiviti menghafal abjad, proses pembentukan suku kata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata ini bertujuan memudahkan murid-murid untuk mengeja perkataan ketika membaca. Kesimpulannya, semua guru mesti bertanggungjawab dalam mengesan kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu mereka membina kemahiran mengeja seawal mungkin supaya masalah dapat dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk. Keupayaan mengeja di kalangan kanak-kanak adalah berbeza-beza dan guru hendaklah memberi perhatian terhadap hakikat ini. Oleh itu, sebagai seoarang guru, mesti memperkemaskan diri dalam kemahiran menyampaikan pengajaran yang efektif dan berkualiti kepada murid. Pengetahuan tentang kaedah-kaedah mengajar bacaan semata-mata tidak mencukupi, sebaliknya guru perlu mempunyai kreativiti dalam penyampaian pengajarannya. Kaedah yang digunakan akan lebih berkesan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik seperti kad huruf atau pengajaran huruf melalui lagu dan sebagainya. Kaedah abjad merupakan kaedah yang terkenal dan dapat mengurangkan kelemahan murid. Sekiranya guru memilih untuk menggunakan sesuatu kaedah maka guru hendaklah tetap dengan langkah-langkah yang disaran dalam kaedah itu.9