skrip drama moral

4
Babak 1 Kampung Bayan. Kampung yang diselubungi dengan alam flora dan fauna. Kampung yang masih belum dinodai dengan bunyi-bunyi jentera dan situasi huru-hara. Di situlah terdapat sebuah keluarga yang diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Pendapatan sekeluarganya hanya bergantung pada hasil penjualan kuih- muih di Warung Kak Ros. Seperti biasa, pada pagi yang indah tersebut Mak Minah(ibu kepada watak utama) bangun awal pagi untuk membuat kuih. Tiba-tiba beliau rasa pitam dan hampir pengsan. Pada masa yang sama, Asyraf(watak utama) yang menghampiri dapur rumah, terperanjat dengan ibunya yang berkelihatan tidak sihat. Asyraf berasa amat risau tentang ibunya yang gigih berusaha walaupun tidak sihat. Maka dia merelakan dirinya untuk menjual menjual kuih pada hari tersebut. Mak Minah seorang yang memberi keutamaan bagi pendidikan. Jadi, beliau menolak permintaan anaknya itu. Namun begitu, Asyraf masih berdegil untuk membantu ibunya. Disebabkan kurang sihat, akhirnya Mak Minah terpaksa bersetuju dengan permintaan Asyraf. Babak 2 (5min) Nilai : hormat-menghormati, kesederhanaan Situasi : Cikgu Adam merupakan guru sekolah rendah di kampung Bayan. Beliau selalu bersarapan di warung Kak Ros. Pada suatu hari, Cikgu Adam pergi ke warung Kak Ros untuk bersarapan seperti biasa. Semasa bersarapan, beliau ternampak Asyraf yang sedang menjual kuih. Beliau menegur Asyraf. Disebabkan Cikgu Adam sudahpun bersarapan, maka beliau tidak membeli kuih-muih yang dijual oleh Asyraf. Babak 3

Upload: sowin-hustle

Post on 13-Apr-2016

82 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

It is about drama

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Drama Moral

Babak 1

Kampung Bayan. Kampung yang diselubungi dengan alam flora dan fauna.

Kampung yang masih belum dinodai dengan bunyi-bunyi jentera dan situasi huru-hara. Di

situlah terdapat sebuah keluarga yang diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan

petang’. Pendapatan sekeluarganya hanya bergantung pada hasil penjualan kuih-muih di

Warung Kak Ros. Seperti biasa, pada pagi yang indah tersebut Mak Minah(ibu kepada

watak utama) bangun awal pagi untuk membuat kuih. Tiba-tiba beliau rasa pitam dan hampir

pengsan. Pada masa yang sama, Asyraf(watak utama) yang menghampiri dapur rumah,

terperanjat dengan ibunya yang berkelihatan tidak sihat. Asyraf berasa amat risau tentang

ibunya yang gigih berusaha walaupun tidak sihat. Maka dia merelakan dirinya untuk menjual

menjual kuih pada hari tersebut. Mak Minah seorang yang memberi keutamaan bagi

pendidikan. Jadi, beliau menolak permintaan anaknya itu. Namun begitu, Asyraf masih

berdegil untuk membantu ibunya. Disebabkan kurang sihat, akhirnya Mak Minah terpaksa

bersetuju dengan permintaan Asyraf.

Babak 2 (5min)

Nilai : hormat-menghormati, kesederhanaan

Situasi : Cikgu Adam merupakan guru sekolah rendah di kampung Bayan. Beliau

selalu bersarapan di warung Kak Ros. Pada suatu hari, Cikgu Adam pergi ke

warung Kak Ros untuk bersarapan seperti biasa. Semasa bersarapan, beliau

ternampak Asyraf yang sedang menjual kuih. Beliau menegur Asyraf. Disebabkan

Cikgu Adam sudahpun bersarapan, maka beliau tidak membeli kuih-muih yang dijual

oleh Asyraf.

Babak 3

Dengan rasa kecewa Asyraf meninggalkan meja Cikgu Adam. Selepas bertegur

dengan anak muridnya, Cikgu Adam memanggil Kak Ros untuk mengira harga

makanannya. Semasa berurusan dengan pemilik warung tersebut, Cikgu Adam menanya

Kak Ros tentang perihal Asyraf. Daripada info yang diberikan oleh Kak Ros, Cikgu Adam

dapat mengetahui latar belakang Asyraf.

Babak 4

Disebabkan Asyraf dari keluarga yang miskin, Encik Adam tidak membeli kuih malah

beliau memberi RM10 kepada Asyraf sebagai sedekah. Asyraf pun menerimanya dan

Page 2: Skrip Drama Moral

memberitahu kepada ibu bahawa Encik Adam telah memberi RM10 kepadanya. Emak

Asyraf menasihatinya bahawa sesuatu yang dimiliki, haruslah daripada hasil peluh kita

malah bukan pemberian orang lain. Asyraf pun dengan segera pergi untuk memberi RM10

kepada Encik Asyraf.

Babak 5 (5min)

Nilai : Bersimpati, taat kepada ibu bapa, tolong-menolong, kerajinan/kegigihan

Situasi : Cikgu Adam enggan menerima duit yang ingin dikembalikan oleh Asyraf.

Lalu, Asyraf menyedekahkan RM 10 itu kepada pengemis di tepi jalan. Cikgu Adam

kagum melihat tindakan Asyraf. Mulai hari itu, Cikgu Adam mula mengajar tuisyen

secara percuma kepada Asyraf sehingga dia mampu mencapai keputusan yang

cemerlang dalam SPM. Dia diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke United

Kingdom untuk merealisasikan impian ibunya untuk menjadi seorang doktor.

Babak 6 (5min)

Nilai: mengenang jasa, membalas budi, hormat akan orang tua, bersimpati

Situasi : Selepas beberapa tahun, Asyraf kembali ke tanah air sebagai doktor. Dia

pergi untuk menziarahi kubur ibunya. Selepas menziarahi kubur ibunya, dia teringat

masa manis-manis yang dinikmati bersama ibunya. Dia ternampak seorang orang

tua sedang menjual kuih di tepi surau. Asyraf mendekati orang tua tersebut dan

terkilan melihat orang tua tersebut. Rupa-rupanya orang tua itu ialah Cikgu Adam.

Selepas sekian lama tidak berjumpa, mereka berbincang tentang banyak perkara.

Cikgu Adam berkongsi kesedihannya dengan Asyraf. Oleh kerana Cikgu Adam

hidup sebatang kara, demi membalas jasa Cikgu Adam padanya, Asyraf meminta

Cikgu Adam untuk tinggal bersamanya. Cikgu Adam pun bersetuju untuk memenuhi

permintaan Asyraf. Mereka berdua berjalan menuju ke rumah Asyraf sambil

berborak tentang kehidupan mereka sepanjang Asyraf berada di luar negara.

tamat

Page 3: Skrip Drama Moral