kurikulum standard sekolah menengah sekolah seni … · 2.1 kajian skrip drama panjang realisme...
TRANSCRIPT
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH
SEKOLAH SENI MALAYSIA
TINGKATAN 5
Dokumen Penjajaran Kurikulum
PENULISAN SKRIP
EDISI 2
KATA PENGANTAR
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
melaksanakan penjajaran kurikulum selaras
dengan pengumuman pembukaan semula
sekolah berdasarkan Takwim Persekolahan
2020 yang dipinda. Pada ketika itu, Kandungan
Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) telah dijajarkan bagi tujuan kegunaan
pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi
keperluan pembelajaran murid yang terkesan lanjutan daripada
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Susulan penutupan semula sekolah sepenuhnya mulai 9 Novermber
2020, sekolah telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di
rumah (PdPR) sehingga hari terakhir persekolahan bagi tahun 2020.
Meskipun guru telah berusaha untuk melaksanakan PdPR, namun
masih terdapat cabaran dari aspek pelaksanaannya yang akan
memberi implikasi terhadap pembelajaran murid pada tahun 2021.
Sehubungan dengan itu, KPM telah memutuskan untuk meneruskan
pelaksanaan Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 bagi tahun 2021.
Penjajaran Kurikulum Versi 2.0 merupakan usaha KPM bagi
membantu guru untuk memastikan kelangsungan pembelajaran
murid dilaksanakan. Kurikulum yang dijajarkan ini bukanlah
kurikulum baharu, tetapi kurikulum sedia ada yang disusun semula
berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
KSSM serta ditambah baik daripada dokumen penjajaran kurikulum
sebelumnya. Kandungan kurikulum disusun berdasarkan kandungan
asas yang perlu dikuasai oleh murid. Manakala, kandungan
tambahan dan pelengkap perlu diajar bagi menyokong keseluruhan
pembelajaran sesuatu mata pelajaran yang boleh dilaksanakan
melalui pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran.
Harapan KPM agar guru dapat terus merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran pada tahun 2021 dengan lebih
berkesan. KPM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
melaksanakan kurikulum yang dijajarkan.
Dr. LATIP BIN MUHAMMAD Timbalan Pengarah Kanan (Kluster Dasar dan Sains & Teknologi) Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
1
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
1.1 Kajian Cerita Panjang
1.1.1 Mengenal pasti dan
menjelaskan struktur yang
terdapat dalam cerita
panjang yang dibaca.
(i) permulaan
(ii) pertengahan
(iii) akhiran
1.1.2 Menjana idea dan cerita
berdasarkan deria berikut:
(i) lihat
(ii) dengar
(iii) sentuh
(iv) rasa
(v) Bau
2
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
1.1.3 Menentukan mesej, tema
dan isu berdasarkan idea
dan cerita.
1.1.4 Menghasilkan cerita
panjang yang
mengandungi:
(i) permulaan,
pertengahan dan
akhiran.
(ii) mesej
(iii) tema
(iv) isu
(v) nilai dan pengajaran
3
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.1 Kajian Skrip Drama Panjang
Realisme
2.1.1 Menghuraikan dan
menganalisis komponen
yang terdapat dalam skrip
drama panjang realisme
(Full-length play) yang
dibaca dari aspek berikut:
(i) Cerita
(ii) Watak dan
perwatakan
(iii) Bahasa
(iv) Latar
a. masa
b. tempat
c. masyarakat
4
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
(v) Tema
a. pemikiran
b. isu
c. persoalan
(vi) Mesej serta nilai dan
pengajaran
2.1.2 Mengenal pasti dan
menghuraikan skrip drama
panjang realisme daripada
aspek berikut:
(i) watak utama
(ii) matlamat watak
(iii) watak protagonis
(iv) watak antagonis
(v) konflik antara watak
(vi) klimaks dan peleraian
5
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.2 Sinopsis Skrip dan Rangka
Cerita bagi Skrip Drama
2.2.1 Mengenal pasti aspek
berikut daripada sinopsis
skrip drama panjang
realisme yang telah dibaca.
(i) watak utama
(ii) matlamat watak
(iii) watak protagonis
(iv) watak antagonis
(v) konflik antara watak
(vi) klimaks dan peleraian
2.2.2 Menulis sinopsis skrip
berdasarkan skrip drama
panjang realisme yang
telah dibaca.
6
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.2.3 Menulis sinopsis cerita
untuk menghasilkan skrip
drama panjang realisme
sendiri.
2.2.4 Memerihalkan rangka cerita
skrip drama panjang
realisme yang telah dibaca.
2.2.5 Menulis rangka cerita
berdasarkan skrip drama
panjang realisme yang
telah dibaca.
2.2.6 Menulis rangka cerita untuk
menghasilkan skrip drama
panjang realisme sendiri.
7
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.3 Watak dan Perwatakan
2.3.1 Mengenal pasti dan
menghuraikan watak dan
perwatakan daripada skrip
drama panjang realisme
yang telah dibaca
berdasarkan latar:
(i) fisiologi
(ii) sosiologi
(iii) psikologi
2.3.2 Menjana idea untuk
membina watak dan
perwatakan berdasarkan
latar:
(i) fisiologi
(ii) sosiologi
(iii) Psikologi
8
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.4 Adegan, Latar Masa dan
Latar Tempat
2.4.1 Mengenal pasti adegan,
pecahan babak, latar masa
dan latar tempat daripada
skrip drama panjang
realisme yang telah dibaca.
2.4.2 Menghuraikan pecahan
adegan daripada skrip
drama panjang realisme
yang telah dibaca.
2.4.3 Menghuraikan pecahan
babak daripada skrip drama
panjang realisme yang
telah dibaca.
9
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.4.4 Merangka adegan, pecahan
babak, latar masa dan latar
tempat bagi skrip drama
panjang realisme.
2.4.5 Menghasilkan penulisan
yang mengandungi adegan,
pecahan babak, latar masa
dan latar tempat bagi skrip
drama panjang realisme.
10
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.5 Struktur Dramatik
2.5.1 Mengenal pasti dan
menghuraikan struktur
dramatik daripada skrip
drama panjang realisme
yang telah dibaca.
(i) eksposisi
(ii) konflik
(iii) klimaks
(iv) peleraian
2.5.2 Menulis struktur dramatik
dalam penulisan skrip
drama panjang realisme.
11
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
2.6 Format Skrip
2.6.1 Mengenal pasti dan
menghurai format
penulisan skrip.
2.6.2 Menghasilkan skrip drama
panjang realisme secara
sistematik dengan
menekankan aspek berikut:
(i) idea dan cerita
(ii) watak dan perwa-
takan
(iii) bahasa
(iv) adegan, latar masa
dan tempat
(v) tema dan isu
(vi) struktur dramatik
12
Dokumen Penjajaran Kurikulum 2.0 - KSSM SSeM Penulisan Skrip Tingkatan 5
Standard Kandungan/Standard Pembelajaran
Tajuk
Kandungan Asas Kandungan Tambahan Kandungan Pelengkap
(vii) panjang skrip antara
10 hingga 15 muka
surat
(viii) jumlah watak tidak
melebihi 10 orang
(ix) mengikut format skrip
pentas Gaya Dewan
(x) mempamerkan nilai
murni dalam karya