sisitem komputer lever 4

8
PENGENALAN PENGGODAM Semakin hari pengguna internet diancam dengan serangan hackers. dunia makin maju dan canggih,hacker/pengodam juga turut sama meningkat dan bijak. kita tidak tahu mungkin pada masa sekarang kita sedang diperhatikan oleh hackers yang berniat jahat untuk mendapatkan maklumat anda. jadi, saya akan berkongsi dengan anda dengan beberapa orang yang paling terkenal dalam dunia hackers ini. sebelum saya menyenaraikan mereka yang tergolong dalam spesies ini, ingin saya kongsikan anda jenis-jenis hackers. selalunya, jika kita dengar atau melihat perkataan "hackers" ataupun "hacking" akan dikategorikan sebagai orang yang jahat dan mengambil kesempatan. tetapi, anda perlu tahu juga bahawa hacker ini dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Black Hat Hacker (pengodam bertopi hitam) dan White Hat Hacker (pengodam bertopi putih). apakah perbezaannya? black hat hackers adalah orang yang kita patut tangkap. mereka adalah jenis orang yang melakukan jenayah siber dan melanggar undang-undang. mereka inilah yang mendapatkan maklumat komputer anda dan mengodam laptop anda jika pernah menjadi mangsa. Manakala white hat hackers pula adalah orang yang berhasrat untuk membantu pengguna internet untuk meningkatkan keselamatan. kita boleh kategorikan mereka ini adalah jenis hackers yang baik. white hat hackers adalah seperti Steve Jobs pengasas Apple, Mark Zuckerberg, pengasas Facebook dan banyak lagi white hat hackers yang membangunkan perisian/software yang kita gunakan selama ini. saya harap anda faham dan dapatkan bezakan kedua-dua jenis hackers diatas. ini adalah untuk mengelakkan anda berfikiran negatif terhadap hackers.

Upload: charles-miller

Post on 30-Oct-2014

144 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sisitem komputer lever 4

PENGENALAN PENGGODAM

Semakin hari pengguna internet diancam dengan serangan hackers. dunia makin maju

dan canggih,hacker/pengodam juga turut sama meningkat dan bijak. kita tidak tahu mungkin

pada masa sekarang kita sedang diperhatikan oleh hackers yang berniat jahat untuk

mendapatkan maklumat anda.

jadi, saya akan berkongsi dengan anda dengan beberapa orang yang paling terkenal dalam

dunia hackers ini. sebelum saya menyenaraikan mereka yang tergolong dalam spesies ini,

ingin saya kongsikan anda jenis-jenis hackers. 

selalunya, jika kita dengar atau melihat perkataan "hackers" ataupun "hacking" akan

dikategorikan sebagai orang yang jahat dan mengambil kesempatan. tetapi, anda perlu tahu

juga bahawa hacker ini dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Black Hat Hacker

(pengodam bertopi hitam) dan White Hat Hacker (pengodam bertopi putih).

apakah perbezaannya? black hat hackers adalah orang yang kita patut tangkap. mereka

adalah jenis orang yang melakukan jenayah siber dan melanggar undang-undang.

mereka inilah yang mendapatkan maklumat komputer anda dan mengodam laptop anda jika

pernah menjadi mangsa. 

Manakala white hat hackers pula adalah orang yang berhasrat untuk membantu pengguna

internet untuk meningkatkan keselamatan. kita boleh kategorikan mereka ini adalah jenis

hackers yang baik. white hat hackers adalah seperti Steve Jobs pengasas Apple, Mark

Zuckerberg, pengasas Facebook dan banyak lagi white hat hackers yang membangunkan

perisian/software yang kita gunakan selama ini.

saya harap anda faham dan dapatkan bezakan kedua-dua jenis hackers diatas. ini adalah

untuk mengelakkan anda berfikiran negatif terhadap hackers.

Page 2: sisitem komputer lever 4

CIRI–CIRI SEORANG PENGGODAM

Tingkatan Hacker

Ternyata Hacker juga mempunyai tingkatan-tingkatan, tiap tingkatan perbezaan dengan kemampuan

dan ilmu yang dimiliki sang hacker :

1.Elite

Ciri-ciri : mengerti sistem operasi luar dalam, sanggup mengkonfigurasi & menyambungkan jaringan

secara global, melakukan pemrogramman setiap harinya, effisien & trampil, menggunakan

pengetahuannya dengan tepat, tidak menghancurkan data-data, dan selalu mengikuti peraturan

yang ada. Tingkat Elite ini sering disebut sebagai ‘suhu’.

2.Semi Elite

Ciri-ciri : lebih muda dari golongan elite, mempunyai kemampuan & pengetahuan luas tentang

komputer, mengerti tentang sistem operasi (termasuk lubangnya), kemampuan programnya cukup

untuk mengubah program eksploit.

3.Developed Kiddie

Ciri-ciri : umurnya masih muda (ABG) & masih sekolah, mereka membaca tentang metoda hacking &

caranya di berbagai kesempatan, mencoba berbagai sistem sampai akhirnya berhasil &

memproklamirkan kemenangan ke lainnya, umumnya masih menggunakan Grafik User Interface

(GUI) & baru belajar basic dari UNIX tanpa mampu menemukan lubang kelemahan baru di sistem

operasi.

4.Script Kiddie

Ciri-ciri : seperti developed kiddie dan juga seperti Lamers, mereka hanya mempunyai pengetahuan

teknis networking yang sangat minimal, tidak lepas dari GUI, hacking dilakukan menggunakan trojan

untuk menakuti & menyusahkan hidup sebagian pengguna Internet.

5.Lammer

Ciri-ciri : tidak mempunyai pengalaman & pengetahuan tapi ingin menjadi hacker sehingga lamer

sering disebut sebagai ‘wanna-be’ hacker, penggunaan komputer mereka terutama untuk main

game, IRC, tukar menukar software prirate, mencuri kartu kredit, melakukan hacking dengan

menggunakan software trojan, nuke & DoS, suka menyombongkan diri melalui IRC channel, dan

sebagainya. Karena banyak kekurangannya untuk mencapai elite, dalam perkembangannya mereka

hanya akan sampai level developed kiddie atau script kiddie saj

Page 3: sisitem komputer lever 4

SEJARAH HACKER

SEJARAH PENGGODAMAN

Penggodaman ini tidak terhad kepada komputer sahaja. Maksud sebenar menggodam adalah untuk memperkembangkan keupayaan mana-mana peranti elektronik ; menggunakannya di luar niat asal pengeluar. Mengikut fakta, para penggodam pertama kali muncul di tahun 1960 di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), dan bahan ujikaji penggodaman pertama mereka adalah kereta api elektrik. Dimana mereka mahu menjadikan kereta api itu lebih cepat dan cekap. Maka persoalannya, adakah penggodaman itu sentiasa salah/jahat?. Jadi, ia tidak benar sama sekali. Ia hanya bergantung kepada cara menggunakannya. Tetapi kumpulan ini memutuskan untuk tidak mengenakan pengetahuan mereka dalam kerangka utama komputer MIT itu.

Pada tahun 1970, pelbagai perwatakan penggodam telah muncul: phreaks atau dikenali juga sebagai penggodam telefon. Mereka belajar cara-cara untuk menggodam sistem telefonik dan membuat panggilan telefon secara percuma. Didalam kumpulan ini, phreaker menjadi terkenal kerana penemuannya yang mudah. John Draper, juga dikenali sebagai Kapten Crunch, mendapati bahawa dia boleh membuat panggilan jarak jauh dengan wisel. Beliau membina sebuah kotak biru yang boleh melakukan panggilan dan telah menarik minat majalah Esquire untuk menerbitkan artikel tentang bagaimana untuk membinanya. Terpesona dengan penemuan ini, dua kanak-kanak, Steve Wozniak dan Steve Jobs, memutuskan untuk menjual kotak-kotak biru itu, maka terwujudlah persahabatan perniagaan yang menyebabkan pengasasan Apple. Pada tahun 1980, phreaks mula berhijrah ke komputer, dan menyebabkan kemunculan Bulletin Board Systems (BBS). BBS adalah seperti kumpulan yahoo hari ini, dimana orang ramai menghantar mesej mengenai ape jua topik. BBS digunakan oleh penggodam khusus dalam tip bagaimana untuk memecah masuk ke dalam komputer, cara menggunakan nombor kad kredit yang dicuri dan berkongsi kata laluan komputer dicuri.

Pada tahun 1986 atau mungkin lebih awal lagi, kerajaan AS telahpun menyedari bahawa kegiatan penggodaman ini membahayakan keselamatan Negara . Sebagai langkah untuk mengatasi gejala ini, kongres telah meluluskan Akta Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer, dimana melakukan pencerobohan komputer adalah jenayah di seluruh negara.

Pada tahun 1990, ketika penggunaan internet yang semakin meluas di seluruh dunia, bilangan penggodam juga berganda, tetapi ia tidak berlaku sehingga ke akhir dekad dimana sistem keselamatan menjadi arus perdana di kalangan orang ramai.

Hari ini, kita telah mengenali siapa/apa hacker, cracker, virus, Trojan, worm dan pelbagai lagi teknologi penggodaman maka membuatkan kita perlu sentiasa mengetahui dan mengikuti untuk memerangi mereka.

Page 4: sisitem komputer lever 4

Profil Penggodam Komputer Terkenal (White Hat)

Seperti yang telah disebut diatas, sejarah penggodaman ini berkaitan dengan sejarah komputer.Kebanyakan penggodam komputer yang terkenal masa lalu adalah jutawan hari ini.

Antara penggodam yang paling dikenali adalah Bill Gates, pengasas bersama Microsoft.Dianggap sebagai orang terkaya di dunia selama lebih daripada satu dekad, beliau menjadi usahawan yang paling berjaya dalam industri komputer.Permulaan beliau adalah pada tahun 1970 apabila dia mencipta program komputer untuk platform komputer pada masa itu,dan berakhir dengan pengenalan Windows, dikenali sebagai 'dunia komputer peribadi' (world of PC).

Setelah beberapa lama jauh dari perhatian media, Steve Jobs kembali dengan pengenalan beberapa produk baru di Apple.Antara produk yang paling terkenal adalah iPod yang telah merevolusikan industri muzik di seluruh dunia.Jobs memulakan eranya pada masa yang hampir sama dengan Gates, mewujudkan Apple dan memperkenalkannya kepada pasaran ‘komputer rumah pertama’(first home computer), Apple II.

Walaupun Linus Torvalds dikenali di kalangan penggodam sebagai wira yang mencipta Linux, 'sistem operasi sumber terbuka' (open source operating system), ia tidak dapat berkekalan sehingga beberapa tahun kemudian orang mula tertanya-tanya jika ada pilihan lain selain daripada menggunakan sistem operasi Microsoft.

Profil Penggodam Jahat (Black Hat)

Malangnya bagi penterjemahan penggodaman ini, ramai di antara mereka terdiri daripada penggodam yang jahat atau penggodam produktif. Salah satu penggodam jahat paling terkenal adalah Kevin Mitnick, beliau telah memecah masuk komputer beberapa pertubuhan antaranya termasuk Fujitsu, Motorola, Sun Microsystems dan Nokia. Beliau telah dipenjarakan dan hingga ke hari ini tidak boleh menggunakan komputer kerana sekatan kehakiman.

Satu lagi penggodam terkenal ialah Vladimir Levin, seorang ahli matematik yang mengetuai kumpulan penggodam Rusia dan mencuri sepuluh juta (10,000,000.00) dolar dari Citibank. Sehingga hari ini, tiada siapa tahu bagaimana mereka melakukannya.

Kes Jonathan James dianggap sedikit rumit. Beliau merupakan orang pertama daripada kalangan penggodam remaja dari Amerika Syarikat untuk didakwa atas tuduhan menggodam komputer. Tetapi itu tidak menghalang beliau. Kemudian, beliau dapat mengakses sistem komputer NASA dan Jabatan Pertahanan AS. Akhirnya, beliau telah dipenjarakan.

PERBEZAAN HACKER

Page 5: sisitem komputer lever 4

Hacker ini dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu Black Hat Hacker (pengodam bertopi

hitam) dan White Hat Hacker (pengodam bertopi putih).

apakah perbezaannya? black hat hackers adalah orang yang kita patut tangkap. mereka

adalah jenis orang yang melakukan jenayah siber dan melanggar undang-undang.

mereka inilah yang mendapatkan maklumat komputer anda dan mengodam laptop anda jika

pernah menjadi mangsa. 

Manakala white hat hackers pula adalah orang yang berhasrat untuk membantu

pengguna internet untuk meningkatkan keselamatan. kita boleh kategorikan mereka ini

adalah jenis hackers yang baik. white hat hackers adalah seperti Steve Jobs pengasas

Apple, Mark Zuckerberg, pengasas Facebook dan banyak lagi white hat hackers yang

membangunkan perisian/software yang kita gunakan selama ini.

saya harap anda faham dan dapatkan bezakan kedua-dua jenis hackers diatas. ini adalah

untuk mengelakkan anda berfikiran negatif terhadap hackers.

ARTIKAL HACKER

Page 6: sisitem komputer lever 4

Adrian Lamo

Digelar "Homeless Hackers," Adrian Lamo menggunakan kedai-kedai kopi, perpustakaan dan kafe internet sebagai lokasi untuk hacking. Selain daripada menjadi homeless hackers, Lamo dikenali merluas untuk memecah masuk ke dalam satu siri rangkaian komputer yang berprofil tinggi, yang termasuk The New York Times, Microsoft, Yahoo!, dan MCI WorldCom. Pada tahun 2002, katanya namanya kepada pangkalan data dalaman The New York Times 'sumber pakar dan digunakan akaun LexisNexis untuk menjalankan penyelidikan mengenai subjek yang berprofil tinggi. The Times memfailkan aduan, dan waran bagi penangkapan Lamo telah dikeluarkan, diikuti dengan siasatan 15-bulan oleh pendakwa raya persekutuan di New York.

Selepas beberapa hari bersembunyi, dia akhirnya menyerah diri kepada Marsyal AS, dan kemudian kepada FBI. Lamo telah diarahkan untuk membayar kira-kira $ 65,000 sebagai ganti rugi dan dijatuhi hukuman enam bulan penangkapan di rumah ibu bapanya, dengan dua tahun tambahan tempoh percubaan. Pada Jun 2010, Lamo didedahkan nama Bradley Manning kepada pihak berkuasa US Army sebagai sumber Julai 12, 2007 Baghdad serangan udara video kebocoran kepada WikiLeaks. Lamo kini bekerja sebagai penganalisis ancaman dan mendermakan masa dan kemahiran kepada organisasi berasaskan keuntungan Sacramento.

Rujukan : http://younginternetmaster.blogspot.com/2012/08/10-senarai-black-hat-hackerspengodam.html

PUNCA-PUNCA JENAYAH SIBER

Page 7: sisitem komputer lever 4

Jenayah siber boleh berlaku dimana-mana tanpa disedari. Terdapat banyak punca yang mendorong jenayah siber ini berlaku. Menurut keratan akhbar Berita Harian, yang bertajuk “ramai tidak peka risiko jenayah siber” menyatakan nisbah kebarangkalian jenayah siber berlaku kini pada tahap 1 : 5 berbanding jenayah pecah rumah hanya 1 : 30. Ini sememangnya membimbangkan tetapi tidak diberi perhatian kerana alasan penjenayah tidak dapat dilihat. Terdapat info lain yang boleh diketahui melalui ahkbar tersebut iaitu jenayah siber ini berlaku setiap 0.25 saat diseluruh dunia yang mana meliputi peras ugut, ancaman virus, angkara penggodam, phising, jangkitan anti-spyware dan malware.

Antara punca utamanya adalah sikap sesetengah masyarakat atau “human attitude” iaitu sikap tamak. Jenayah ini dilakukan oleh penjenayah siber yang tamakkan wang ringgit sehingga sanggup menipu untuk mendapatkan hasil yang lumayan. Sebagai contoh jual beli barangan di dalam internet dimana barang yang dijual adalah tidak wujud sedangkan pembeli telah ditipu apabila mereka membayar harga barang yang dilanggan menggunakan kad kredit. Tidak kurang juga terhadap sikap masyarakat yang tamak dimana ingin menjadi kaya dengan sekelip mata. Ini dapat dilihat apabila ada masyarakat yang tertipu melalui skim cepat kaya yang ditayangkan di laman web yang tidak berdaftar dan dikelolakan olah pihak yang tidak bertanggungjawab.

            Selain dari itu, golongan masyarakat yang kurang celik teknologi maklumat juga menjadi punca mereka menjadi mangsa utama jenayah siber dan punca penularan jenayah ini. Golongan seperti ini selalunya mudah ditipu oleh penjenayah. Masalah ini  berlaku apabila golongan masyarakat ini mencari peluang untuk meningkatkan taraf hidup dengan cara mudah lantaran itu mengambil peluang yang ada di dalam laman web tanpa usul periksa.

            Tidak ketinggalan juga terhadap golongan yang menyimpan perasaan hasad dengki dan dendam. Perasaan sebegini boleh mengundang seseorang melakukan jenayah siber seperti penggodaman, mencuri maklumat peribadi seseorang, menyebarkan fitnah kepada seseorang dan penyebaran virus tanpa kawalan. Ini semua akan merosakkan imej atau maruah seseorang dan menyebabkan seseorang itu mengalami kerugian dari segi wang ringgit.

            Selain itu, polisi dunia tanpa sempadan yang dilaung-laungkan oleh Barat menjadi pendorong utama penjenayah melakukan kesalahan ini. Kesukaran untuk mengenalpasti pesalah yang melakukan jenayah siber menyebabkan jenayah siber ini mudah dilakukan dan ianya berlaku dengan berleluasa.

CARA-CARA MENGATASI JENAYAH SIBER

Page 8: sisitem komputer lever 4

Tedapat beberapa kaedah atau langkah yang perlu diambil untuk menangani jenayah siber. Antaranya ialah penguatkuasaan undang-undang secara menyeluruh. Ini dibantu dengan kerjasama daripada semua lapisan masyarakat dalam menyampaikan maklumat yang berguna bagi pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, institusi kekeluargaan memainkan peranan yang besar dalam menyelesaikan masalah ini. Penerapan nilai-nilai keagamaan dan akhlak yang terpuji dalam diri anak-anak adalah sangat penting supaya mereka terhindar daripada sikap-sikap negatif seperti tamak, iri hati dan hasad dengki. Dengan ilmu kerohanian yang tinggi dalam diri, mereka pasti dapat mengawal nafsu agar tidak melayari laman web yang tidak berguna apatah lagi perkara yang dilarang dalam agamanya.

Selain itu, pihak berkuasa perlu mengkaji lebih mendalam lagi tindakan yang harus diambil terhadap pelaku jenayah siber. Undang-undang sedia ada perlu dikaji semula keberkesanannya oleh bahagian penggubal undang-undang (legistatif) supaya masalah ini dapat diatasi. Hukuman yang dikenakan ke atas pesalah juga perlu dikaji. Adalah lebih baik jika hukuman yang dikenakan menjurus kepada pemulihan akhlak dan moral pesalah. Mungkin kepakaran ilmu pengetahuan mereka dalam teknologi maklumat boleh diarahkan dan digunakan ke jalan yang baik sekiranya mereka dibimbing dan diberi peluang.

Pihak berwajib juga perlu membuat pemantauan di alam siber supaya golongan yang tidak bertanggungjawab ini dapat dikesan. Ini dapat dibuktikan dalam keratan akhbar Berita Harian online yang bertajuk “PDRM tingkat rondaan dalam internet”. Keratan akhbar ini menyatakan bahawa Polis Diraja Malaysia akan meningkatkan rondaan dalam internet dibawah satu bahagian iaitu Cyber Crime (jenayah siber) Bukit Aman yang telah diwujudkan bagi membanteras jenayah siber yang banyak berlaku melalui laman sosial yang semakin berleluasa. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kata-kata daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang berkata usaha itu dilakukan bagi menangani pelbagai jenayah di internet di samping membendung trend ugutan berbaur ancaman dalam laman sosial, Facebook yang semakin meningkat sejajar dengan perkembangan pantas teknologi maklumat. Ini juga mendapat kerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Cyber Security Malaysia bagi memantau palbagai aktiviti yang boleh dikategorikan sebagai jenayah siber.

Disamping itu, laman web yang mengandungi unsur-unsur seperti pornografi dan laman web yang dibanjiri oleh maklumat yang tidak berguna mestilah disekat supaya ia tidak dapat diakses oleh pengguna. Kajian terhadap penciptaan software (perisian) yang baru dan moden juga perlu ditingkatkan untuk mencegah dan menghalang penyebaran virus contohnya anti-spywaredan maxwell.

Selain daripada itu juga, kerajaan perlu menerapkan pengetahuan mengenai jenayah siber ini melalui penerapan awal sejak di bangku sekolah lagi. Tidak lupa juga penerapan kepada ahli masyarakat melalui media massa dan media elektronik supaya pencegahan awal perlu diambil. Ini juga dapat membantu memberi maklumat kepada masyarakat mengenai jenayah siber dan cara mengelak daripada menjadi mangsa jenayah siber serta melahirkan masyarakat yang celik teknologi maklumat. Oleh itu, dengan cara sebegini dapat membantu membendung masalah jenayah siber daripada terus menular.

Page 9: sisitem komputer lever 4

Oleh itu, masyarakat hendaklah bertanggungjawab untuk menangani isu jenayah siber ini dengan cara bekerjasama antara satu sama lain. Seperti mutiara kata yang biasa didengari “mencegah lebih baik daripada mengubati”.