santun berbahasa.ppt

34
SANTUN BERBAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Upload: scand84

Post on 16-Jul-2016

317 views

Category:

Documents


51 download

TRANSCRIPT

Page 1: Santun Berbahasa.ppt

SANTUN BERBAHASA DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

Page 2: Santun Berbahasa.ppt

KONSEP KESANTUNAN

~ Dalam kalangan masyarakat Melayu, kesantunan kerap dikaitkan dengan perlakuan berbahasa dan perlakuan bukan bahasa yang menepati nilai sosiobudaya orang Melayu yang halus dan mementingkan perasaan orang di sekeliling, seperti pihak yang lebih tua dalam anggota masyarakatSeseorang individu Melayu tidak sanggup dituduh sebagai berperibadi kasar atau tidak sopan.

Page 3: Santun Berbahasa.ppt

Apakah sebenarnya maksud santun ?

*Lakoff ~ perlakuan yang dapat mengurangkanpergeseran dalam sesuatu interaksi.

*Fraser ~ kontrak perbualan digunakan oleh penutur & Nolan dan pendengar sebagai usaha untuk

mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan konflik.

*Leech ~ perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial.

*Asmah ~ penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak Hj.Omar menimbulkan kegusaran, kemarahan, dan

rasa tersinggung daripada pihak pendengar.

Page 4: Santun Berbahasa.ppt

Dapatlah disimpulkan bahawa kesantunan merupakan ;

~ penggunaan kata-kata yang sesuai~ tidak menimbulkan konflik~ sentiasa menjaga air muka

pendengar

Page 5: Santun Berbahasa.ppt

Kesantunan Orang Melayu Menurut Perspektif Islam

Ajaran Islam meletakkan setiap perlakuan dan tindakan, sama ada berbahasa ataupun bukan bahasa,

sebagai suatu nilai suci yang membolehkan manusia mendapat ganjaran pahala,

selagi perlakuan itu menjurus ke arah amar makruf nahi munkar.

Oleh itu, setiap perlakuan dan penggunaan bahasa yang datang dharipada hati yang ikhlas,

iaitu hati orang-orang bertakwa, diterima sebagai perlakuan yang santun.

Page 6: Santun Berbahasa.ppt

Nilai - nilai Islam ialah pengukur dan penentu terhadap nilai kesantunan orang Melayu.

Kesantunan orang Melayu melibatkan hubungan tiga penjuru yang melibatkan penjagaan perhubungan antara;

~ manusia dengan Tuhan.

~manusia (penutur) dengan manusia (pendengar).

~manusia (penutur) dengan keluarga dan masyarakat.

Page 7: Santun Berbahasa.ppt

Budi Bahasa Tiang Kesantunan Masyarakat Melayu

Budi dan bahasa ialah dua perkataan yang begitu sinonim yang kerap datang bersama sehingga lahir perkataan budi bahasa.

Kepentingan budi bahasa dalam kehidupan orang Melayu begitu

jelas seperti pantun berikut;

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang cantik itu budi,Yang indh itu bahasa.

Page 8: Santun Berbahasa.ppt

*Amat Juhari Moain ~ Budi bahasa ialah unsur penting dalam kehidupan orang Melayu yang

diasaskan daripada tingkah laku dan penggunaan kata-kata yang dipilih cermat.

*Mustafa Hj. Daud ~ Ciri budi merupakan akhlak yang mulia yang mencakupi sifat ikhlas, jujur,

benar, merendah diri, pemurah, suka menolong, berjasa dan berbakti.

*Budi + Bahasa = percakapan yang baik yang mengandungi tutur kata yang sempurna dan

menyenangkan, penuh dengan sifat-sifat menghormati orang lain, bersopan santun dan diiringi dengan akhlak yang mulia.

.

Page 9: Santun Berbahasa.ppt

- ‘Bahasa menunjukkan bangsa’ menjelaskan bahawa orang Melayu meletakkan bahasa sebagai suatu perkara utama bagi menggambarkan bangsanya.

- Peribadi seseorang dapat dinilai menerusi bahasanya.

- Jika bahasanya santun ~ berbudi bahasaJika bahasanya kasar ~ kurang ajar

Page 10: Santun Berbahasa.ppt

Menurut Zaaba ;- Perlakuan-perlakuan yang tertib dapat dilihat

dalam hubungan sosial dalam kalangan anggota masyarakat. Contohnya : bersalam, muka yang manis dan lain-lain.Jadi penggunaan bahasa yang santun tidak akan lengkap tanpa disertai oleh perlakuan yang mulia yang datang daripada keikhlasan hati.

Page 11: Santun Berbahasa.ppt

Strategi Kesantunan

Orang Melayu

Terima Kasih

Rujukan sumber

Merendah diri

Ungkapan Rabbani

Maaf

Ikhlas

Alasan

Page 12: Santun Berbahasa.ppt

- Orang Melayu menjadikan Islam sebagai panduan dalam kehidupan.

- Pegangan terhadap Islam ini telah membentuk sistem berbahasa yang mempunyai pelbagai strategi yang berfokus kepada fahaman Islam.

- Strategi berbahasa ini menjadikan pihak yang mendengarnya menerima dengan senang hati tanpa ancaman dan mengekalkan hubungan kemanusiaan tanpa persengketaan.

- Konsep kesantunan orang Melayu merupakan konsep penyesuaian dan keserasian sehingga terbina konsep kesantunan yang lebih bertepatan dengan sikap orang Melayu.

Page 13: Santun Berbahasa.ppt

INDAH BUDI KERANA BAHASA

Bunga Melati bunga di darat, Bunga Seroja di tepi kali,

Hina besi kerana karat, Hina manusia tidak berbudi.

Burung serindit terbang melayang, Mari hinggap di ranting mati,

Bukan ringgit pandangan orang, Pandangan atas budi pekerti.

Page 14: Santun Berbahasa.ppt

*Dr. Sidik Baba menyatakan bahawa ;

Berbudi bahasa bermaksud amalan yang memupuk sikap kesalingan menggunakan bahasa yang baik, tanda hormat, penghargaan, terima kasih, dan faham akan martabat seseorang.Berbudi bahasa merupakan gambaran pancaran hati jernih yang diungkapkan secara baik dan mesra serta memberikan kesan yang baik pula kepada orang lain.

Page 15: Santun Berbahasa.ppt

- Berbudi bahasa merujuk kepada asas penggunaan bahasa yang tepat dan sopan.

- Bahasa yang dilafazkan hendaklah mengandungi maksud yang baik dan nilai-nilai murni, serta dilafazkan dengan nada yang elok dan jelas maksudnya.

- Penggunaan bahasa yang kasar dan dilafazkan dengan terpekik-pekik serta bercampur dengan kata makian dan kata lucah hendaklah dihindarkan kerana boleh mempengaruhi pendengarnya terutama kanak-kanak.

Page 16: Santun Berbahasa.ppt

- Bangsa yang beradab dan umat yang bertamadun merupakan bangsa dan umat yang berbudi bahasa.

- Berbudi bahasa bukanlah menggambarkan sifat lemah sesuatu bangsa atau umat.

- Berbudi bahasa juga tidak menggambarkan jiwa rendah diri seseorang, tetapi menggambarkan kekuatan peribadi yang ada pada seseorang.

- Sayangnya, budi bahasa dan nilai-nilai murni sudah semakin terhakis dalam diri anggota masyarakat hari ini.

Page 17: Santun Berbahasa.ppt

- Pepatah mengatakan bahasa menunjukkan bangsa, bahasa menunjukkan identiti kita.

- Namun sayang, kebanyakannya cenderung kasar dalam berbahasa.

- Hal ini dapat dilihat dengan jelas di persekitaran kita.

- Contohnya ;~ perbuatan vandalisme semakin menjadi-jadi.~ pembuli jalan raya.~ rancangan televisyen dan banyak lagi.

Page 18: Santun Berbahasa.ppt

- Dalam Gurindam 12, karya Raja Ali Haji

“ Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi bahasa.”

- Pantun Melayu ;Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi,Yang indah itu bahasa, Yang elok itu budi.

- Bidalan ; ‘Budi bahasa tidak boleh dijual beli.’

- Namun, semuanya hanya suatu retorik sehingga pihak kerajaan terpaksa melancarkan ‘Kempen Budi Bahasa’ untuk menghidupkan kembali budaya berbudi bahasa ini. Keadaan ini jelas menunjukkan betapa kroniknya budi bahasa masyarakat kita pada hari ini.

Page 19: Santun Berbahasa.ppt

KEMPEN BUDI BAHASA• Pelancaran oleh Tun Abdullah b. Hj Ahmad Badawi , pada 11

Januari 2005, di Istana Budaya.

• Agenda 5 tahun kerajaan.

• VISI ~ Budi Bahasa Intisari Jatidiri Bangsa Malaysia

• MISI ~ Melahirkan Masyarakat Malaysia Yang Berbudi Bahasa

• OBJEKTIF ~ Menanam, menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni.

• TEMA ~ Kesopanan ( selaras dengan Prinsip kelima Rukun Negara iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’)

Page 20: Santun Berbahasa.ppt

AKTIVITI – AKTIVITI YANG SELARI DENGAN TEMA

KEKELUARGAANMENGENANG JASA IBU BAPA

PEMBELAJARANPELAJAR BERBUDI BAHASA

Page 21: Santun Berbahasa.ppt

AKTIVITI – AKTIVITI YANG SELARI DENGAN TEMA

KEMASYARAKATANBERBUDI BAHASA

PERKHIDMATANSENYUM DAN TERIMA KASIH

Page 22: Santun Berbahasa.ppt

AKTIVITI – AKTIVITI YANG SELARI DENGAN TEMA

KEKELUARGAANMENGHORMATI

Page 23: Santun Berbahasa.ppt

• Petikan ucapan Tun Abdullah semasa pelancaran kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni;

“Pembangunan modal manusia menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran… tetapi juga dari segi nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan”.

“Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri daripada insan-insan yang mengamalkan budaya murni”.

Page 24: Santun Berbahasa.ppt

• Konsep Budi Bahasa Dan Nilai-nilai Murni

• Budi bahasa lazimnya merujuk kepada tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan, dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia.• Nilai pula ialah konsep yang dijadikan asas oleh

masyarakat untuk menilai, mengukur, atau membuat pilihan serta keputusan terhadap suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.• Kedua-dua konsep ini terangkum dalam Prinsip kelima

Rukun Negara iaitu Kesopanan dan kesusilaan.

Page 25: Santun Berbahasa.ppt

• Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan

• Prinsip ini menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain.

• Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat.

• Umumnya, nilai-nilai yang diterima dan diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.

Page 26: Santun Berbahasa.ppt

Nilai – Nilai Murni

Bersyukur

Bertoleransi

Tanggungjawab

Bekerjasma

Tekun

Amanah

Benar

Bersih

Page 27: Santun Berbahasa.ppt

PERANAN KEMPEN BERBUDI BAHASA• melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa.

• memupuk ciri-ciri keperibadian luhur dan baik untuk diri, keluarga dan masyarakat.

• Menyedarkan masyarakat agar mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi bahasa warisan kita.

• mengingatkan kita peri pentingnya pembangunan peribadi dalam meningkatkan mutu hidup.

Page 28: Santun Berbahasa.ppt

PERANAN KEMPEN BERBUDI BAHASA

• membantu pelbagai lapisan masyarakat untuk menghayati dan menitikberatkan amalan budi pekerti murni dalam era yang mencabar kini.

• menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa rakyat Malaysia.

• memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri setiap individu.

• Tidak ada gunanya masyarakat kaya kebendaan tetapi muflis keperibadian.

Page 29: Santun Berbahasa.ppt

AMALAN DAN KESAN KEMPEN BERBUDI BAHASA

• Amalan dan penerapan budi bahasa dan nilai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam;

~ Institusi kekeluargaan ~ Institusi kemasyarakatan~ Institusi pembelajaran~ Institusi perkhidmatan

Page 30: Santun Berbahasa.ppt

• Institusi kekeluargaan ~ antara ibu bapa dengan anak-anak. ~ antara adik-beradik.

• Institusi masyarakat ~ generasi tua dengan generasi muda. ~ menghormati pemimpin. ~ semangat bergotong-royong.

~ bertimbang rasa, sabar dan baik hati.

• Institusi pembelajaran ~ antara pelajar dengan guru. ~ antara pelajar dengan rakan sebaya.

• Institusi perkhidmatan ~ antara ketua dengan orang bawahan.

~ antara rakan sekerja.

Page 31: Santun Berbahasa.ppt

• Kita semua berupaya untuk mempertingkatkan budi pekerti diri dan masyarakat kita. Ianya bermula dengan suara hati dan pertuturan sepertimana firman Allah yang bermaksud;

“ Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar dari mulut seseorang, melainkan perkataan (pengalaman) yang keluar dari mulut orang yang dizalimi (yang menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam pengaduannya) dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”

(Surah An Nisa’ ayat : 148)

Page 32: Santun Berbahasa.ppt

• Namun begitu, daripada pemerhatian, kempen ini masih lagi tidak mencapai objektifnya.

• Hal ini kerana, masyarakat masih lagi tidak menitikberatkan budi bahasa dalam kehidupan seharian.

• Vandalisme, kata-kata kesat pembuli jalan raya, perkhidmatan kaunter yang tidak memuaskan hati pelanggan masih berleluasa.

• Tetapi bagi KeKKWa, kempen ini telah berjaya mencapai matlamatnya (berdasarkan maklum balas daripada kaji selidik semasa Kempen Budi Bahasa sepanjang tahun 2006 ~ 71% daripada 6300 responden menyatakan keberkesanan kempen ini).

• Justeru, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai murni ini masih lagi dilaksanakan dengan aktif ke arah mewujudkan masyarakat yang terus kaya dengan kesantunan, budi dan bahasa.

Page 33: Santun Berbahasa.ppt

TEGAK RUMAH KERANA SENDI,

RUNTUH SENDI RUMAH BINASA,

SENDI BANGSA IALAH BUDI,

RUNTUH BUDI, RUNTUHLAH BANGSA.

Page 34: Santun Berbahasa.ppt

RUMUSAN

Secara tuntasnya, amalan berbudi bahasa bukan bersifat sementara atau hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan kita yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah kita warisi sejak turun temurun. Sikap budi bahasa akan menggalakkan seseorang bersikap toleransi yang didefinisikan sebagai kesanggupan bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.Bak kata pepatah ‘ hidup dikandung adat, mati dikandung tanah’.