sadd dharai menurut mazhab maliki

29
ISI KANDUNGAN Penghargaan………………………………………………………………………….….……….2 Pengenalan………………………………………………………………….………...………….3 Definisi………………………………………………………..…………………………………4 Kehujahan Sadd Dharai’.......……………………………………………..….………………….5 Perselisihan ulama dalam masalah kehujahan Sadd Dharai’…………….……………………………………………………………………11 Pembahagian Sadd Dharai’………………………………………………………………….….12 Pengamalan Sadd Dharai’………………………………………………………………………18 Kesimpulan……………………………………………………………………………………..19 Rujukan……………………………………………………………………...………………….20 1

Upload: siti9779307

Post on 22-Nov-2015

139 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Saad Dharai merupakan salah satu daripada kaedah yang terdapat dalam Usul fiqh dan setiap mazhab mempunyai pandangan yang berbeza tentang Saad Dharai.

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN

Penghargaan...2Pengenalan.....3Definisi..4Kehujahan Sadd Dharai...........5Perselisihan ulama dalam masalah kehujahan Sadd Dharai.11Pembahagian Sadd Dharai..12Pengamalan Sadd Dharai18Kesimpulan..19Rujukan....20

1.0 PENGENALAN

Imam Malik atau nama sebenarnya Malik bin Anas bin Abi Amir al-Harith dilahirkan di Madinah pada tahun 93H. Pengasas Mazhab Maliki ini terkenal dengan kecerdasan akal fikirannya yang tinggi dan telah berjaya menghafal Al-Quran pada usia yang muda. Selain itu, beliau terkenal dengan sifat mulia dan bersopan-santun. Imam Malik merupakan seorang pakar dalam ilmu Hadis dan telah mempelajari ilmu fiqh dan hadis daripada ramai guru, antaranya Ibn Shihab al-Zuhri dan Rabiah bin Abdul Rahman. Beliau sangat berhati-hati dalam menyelidik sanad dan perawi bagi memastikan kesahihan hadis. Selain mengumpul hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Nabi, beliau juga telah menganalisis hadis-hadis tersebut untuk merumus hukum-hukum agama. Asas pemikiran Imam Malik dipengaruhi oleh persekitarannya. Beliau telah meletakkan Al-Quran sebagai sumber rujukan yang paling utama, diikuti Al-Sunnah, amalan penduduk Madinah, pendapat para sahabat,masalih mursalah, qiyas, istihsan, juga sadd al-Dharai. Imam Malik tidak pernah mengetepikan sumber perundangan Islam yang utama, akan tetapi beliau juga berpegang kuat kepada Sadd al-Dharai sebagai sumber hukum sepertimana yang telah dinyatakan oleh al-Shatibi di dalam bukunya, al-Itisam. Metodologi dalam pensabitan hukum ini telah digariskan oleh Imam Malik dan telah dikarang di dalam kitabnya yang masyhur, iaitu al-Muwatta. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang merangkumi bab hadis dan fiqh, juga merupakan kitab pertama yang dibukukan dalam perundangan Islam. Karya ini telah disusun mengikut bab-bab fiqh berdasarkan pandangannya.

2.0 DEFINISI Terdapat pelbagai definisi yang diberikan oleh para ulama dalam mentakrifkan Sadd al-Dharai. Menurut Kamus Mu'jam al-Tullab, Sadd membawa maksud mendapat, tegap dan lurus. Ia juga membawa maksud menentukan tujuan, membetulkan dan mendidik. (2000: 263).Al-Dharai ialah jamak kepada dzariah yang bermaksud jalan ataupun saluran kearah sesuatu tujuan sama ada jalan itu baik atau buruk. Kebiasaanya perkataan dzarai ini diertikan sebagai saluran-saluran yang membawa kepada keburukan. (Abdul Karim Zaidan, 1982: 195) Dari sudut bahasa, perkataan dharai ialah kata jamak dari dhariah yang bermaksud jalan atau perantaraan ke arah sesuatu. Dari sudut istilah, dhariah ialah sesuatu yang menjadi wasilah atau perantara kepada sesuatu yang lain, sama ada ia sesuatu yang diharuskan atau ditegah. (Amin al-Jarumi, 2010: 103)Menurut ahli Usul Fiqh, Sadd Dhara'i ialah jalan yang membawa kepada sesuatu yang dilarang iaitu merangkumi sesuatu yang boleh menyebabkan kerosakan. Contohnya melihat aurat wanita ajnabi dengan sengaja. Sesungguhnya, hal ini boleh membawa kepada zina. Justeru itu, mencegah daripada melihat aurat itu dinamakan Sadd Dharai. (Badran Abu al-Ainin Badran, 1965: 333)Dharai juga membawa maksud jalan-jalan yang membawa ke arah hukum halal atau haram. Diambil daripada hukum ini, jalan-jalan yang menuju ke arah sesuatu perbuatan yang haram, maka ia adalah haram dan sesuatu perbuatan yang menunjukkan kepada harus, maka ia adalah harus. (Abbas Mutawalli Hamadah 1968: 265)

3.0 KEHUJAHAN SADD AL-DHARAIDharai boleh membawa kepada kebaikan dan kerosakan. Kebaikan atau kerosakan yang pasti adalah dilarang oleh ijma manakala kebaikan atau kerosakan yang tidak pasti menjadi perselisihan antara ulama mengenai hukum dan kehujahannya. Dalam perbahasan ini akan dijelaskan tentang kehujahan sadd al-dharai iaitu:1. Pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal iaitu sadd al-dharai merupakan sumber hukum dalam Islam. Manakala Ibn al-Qayyim mengatakan bahawa sadd al-dharai merupakan satu perempat daripada hukum taklif. (Wahbah al-Zuhaili, 1986: 888)2. Pendapat Imam Syafii dan Abu Hanifah iaitu jika sudah jelas di antara kebaikan dan kerosakan pada suatu perkara itu, maka ia wajib dipatuhi. Manakala jika terdapat persamaan antara kebaikan dan kerosakan, maka sadd al-dharai bersesuaian dengan kaedah fiqhiyyah: menolak kerosakan adalah didahulukan ke atas menarik kebaikan. Pendapat kedua-dua imam ini adalah: sadd al-dharai merupakan sumber hukum dalam Islam. (Ibid, 1986: 888)3. Pendapat Ibnu Hazm al-Zahiri mengatakan bahawa sadd al-dharai tidak termasuk dalam sumber hukum Islam secara mutlak. (Ibid, 1986:889)Antara hujah dan bukti yang digunakan dalam penghujahan penerimaan sad dharai dalam sumber hukum adalah:a) Al-Quran

1. Larangan Allah mengutuk tuhan yang disembah bagi orang selain daripada agama Islam.

Maksudnya: Dan janganlah kalian memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.

Melalu potongan ayat al-Quran ini, Alah SWT telah melarang sama sekali untuk kita memaki hamun tentang apa yang disembah oleh orang yang beragama selain darpada agama Islam. Hal ini demikian kerana, apabila kita melakukan perbuatan keji sedemikian, perkara ini dengan jelas akan membuka peluang yang luas bagi mereka yang bukan beragama Islam, untuk melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan oleh kita keatas Allah SWT. Maka bagi menghalang perkara sedimikian dari berlaku, lalu Allah SWT telah menurunkan ayat larangan untuk memaki hamun atau mengutuk apa yang disembah oleh mereka.

2. Larangan Allah bagi kaum wanita menghentakkan kakinya sewaktu berjalan.

Surah Annur ayat 31 yang bermaksud: Dan janganlah perempuan itu menghentakkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang tersembunyi di dalamnya.

Ayat diatas menjelaskan tentang firman Allah yang berkaitan tentang larangan Allah bagi kaum hawa yang beriman untuk tidak menghentakkan kakinya sewaktu berjalan di hadapan khalayak ramai. Secara zahirnya, tidak menjadi masalah bagi kaum hawa untuk menghentakkan kakinya, tetapi disebabkan dengan hentakan yang yang terlalu kuat boleh menjadikan barang perhiasan yang tersembunyi boleh diketahui oleh golongan ajnabi sehingga akan menimbulkan ransangan bagi mereka yang mendengar bunyi tersebut. Maka disebabkan itulah, Allah telah menurunkan potongan ayat yang berkaitan larangan bagi kaum hawa untuk tidak menghentakkan kakinya sewaku berjalan. (Jurnal fiqh, No 5 :2008)

3. Larangan Allah dalam penggunaan perkataan ()

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kalian katakan (kepada Muhammad), raainaa, tetapi katakanlah unzhurnaa

Potongan ayat diatas menjelaskan tentang larangan memanggil Nabi Muhammad dengan panggilan raainna. Hal ini demikian kerana, panggilan ini telah digunakan oleh para sahabat untuk Nabi Muhammad pada suatu ketika dahulu. Lalu, ayat larangan ini telah diturunkan disebabkan oleh maksud raainna bagi golongan yang bukan beragama Islam adalah ejekan kepada orang Yahudi keatas Nabi sewaktu berbicara dengannya. Sebaiknya panggillah Nabi dengan panggilan unzhurna. Dimana, apabila para sahabat memanggil Nabi dengan panggilan rainna, justeru itu, orang-orang beriman dilarang melakukan seumpama itu sebagai sekatan terhadap mereka agar tidak menyerupai sifat orang-orang Yahudi. Maka apabila perkara sedemikian berlaku, jelas menjatuhkan martabat Nabi sebagai Rasul pilihan Allah.

b) Sunnah/ HadisIbn Rusyd telah berkata: Sesungguhnya pembahasansadd dharaidalam al-Kitab dan as-Sunnah cukup panjang pembahasannya dan tidak memungkinkan untuk membatasinya.. Maka dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Ibn Rusyd ini jelas menunjukkan bahawa penerimaan sad dhara didalam cabang hukum usul fiqh adalah sesuatu yang benar dan sohih. Antara contoh hadis Nabi yang menerangkan tentangnya adalah:

1. Memaki hamun ibu bapa

Di antara dosa-dosa besar ialah seorang lelaki memaki hamun kedua ibubapanya. Lalu para sahabat bertanya, Wahai Rasululullah! Adakah dia sanggup memaki hamun kedua ibubapanya sendiri. Jawab Baginda SAW; Ya! Ianya terjadi apabila dia memaki hamun bapa kepada lelaki lain, lalu lelaki itu pula memaki hamun bapanya. Begitu juga, apabila dia memaki hamun ibu lelaki lain, maka lelaki itu pula memaki hamun ibunya.Hadis di atas boleh dianggap sebagai asas kepada kaedah Sadd al-Dharai. Ini kerana, sesuatu perkara yang boleh membawa kepada haram, maka ia haram dilakukan walaupun tanpa niat untuk melakukan sesuatu yang diharamkan itu. (Jurnal Fiqh, No.5: 2008)Tambahan pula, Rasulullah S.A.W menegah dari membunuh orang-orang munafik walaupun ia merupakan suatu maslahah agar tidak dijadikan jalan yang membuatkan orang ramai lari daripada baginda kerana ada antara mereka yang mengatakan, bahawasanya Muhammad telah membunuh sahabat-sahabatnya. Tambahan pula, perbuatan itu boleh menimbulkan rasa persaudaraan yang lebih tinggi daripada kepentingan membunuh.Rasulullah S.A.W juga melarang pemberi hutang supaya menerima hadiah daripada penghutang, melainkan jika ia dikira sebagai sebahagian daripada hutangnya (terbayar), agar ia tidak dijadikan jalan untuk melambat-lambatkan pembayaran hutang yang akan membawa kepada riba. (Amin al-Jarumi, 2010: 104)2. Perkara yang diragui digantikan dengan perkara yang tidak diragui

Dari Abu Muhammad, Al Hasan bin Ali bin Abu Thalib Aku telah menghafal sabda dari Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam: Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan kamu, bergantilah kepada apa yang tidak meragukan kamu.Potongan hadis ini menerangkan tentang ayat yang meragukan kamu maksud daripada ayat ini adalah tinggalkanlah sesuatu yang menjadikan kamu ragu-ragu dan bergantilah kepada hal yang tidak meragukan bagi kamu. Hadis ini kembali kepada pengertian hadis keenam, iaitu sabda Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya banyak perkara yang diragui. (Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili. 2011)

Hadis ini juga boleh membawa asas kepada sadd dharai. Hal ini demikian kerana meninggalkan sesuatu yang diragui lebih baik daripada terus melakukan sesuatu yang tidak diketahui tentang pensyariatannya. ( Jurnal fiqh, No 5 :2008)3. Kedudukan halal dan haramHadis yang seterusnya adalah hadis daripada Bukhari dan Muslim, dari an-Numan ibn Basyir yang dilafazkan oleh Bukhari yang berkaitan dengan kedudukan halal dan haram yang telah jelas dan nyata.. Dimana, diantara kedua-dua ini adalah sesuatu yang diragui yang ramai tidak mengetahui kebenarannya. Hadis ini menjelaskan bahawa sesiapa yang menjauhi perkara yang diragui, maka mereka itu telah menjaga agama dan kehormatannya. Manakala bagi sesiapa yan telah terjerumus dengan perkara-perkara yang diragui, hal ini sama seperti pengembala kambing yang mengembalakan ternakannya dikawasan tanah larangan, yang mana, tindakannya ini telah menjerumuskan dirinya ke dalam perkara yang diharamkannya. Ketahuilah, bagi setiap Raja jga mempunyai tanah larangan, termasuk juga dengan Allah. Maka dengan itu, tanah larangan Allah di bumi ini adalah setiap perkara-perkara yang diharamkannya. Meninggalkan yang syubahah akan membawa seseorang itu kepada sifat warak. Ia merupakan manfaat umum untuk menjaga diri daripada was-was dan kacauan akal syaitan. Orang yang terlibat dengan yang haram tetapi hendak menghentikan yang diragui terlebih dahulu adalah tidak betul. Sebetulnya adalah dengan meninggalkan yang haram terlebih dahulu, barulah menghentikan yang syubhah. (Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili. 2011)

4. Bertembung antara syak dan yakin

Hadis yang berikutnya adalah hadis yang berkaitan dengan apabila sesuatu perkara itu bertembung antara syak dan yakin, kita hendaklah mendahulukan sesuatu yang yang kita yakin dan pasti dan kita mestilah meningalkan perkara yang syak bagi kita. (Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili. 2011)

c) Kesepakatan (Ijma) UlamaPara Sahabat Rasulullah SAW telah bersepakat menyatakan bahawa kaedah Sadd al-Dharai boleh diterima pakai dalam penentuan hukum. Ini dapat dilihat dalam tiga masalah yang berlaku pada zaman mereka:Sayyidina Uthman telah mengambil langkah menetapkan a. bahawa mushaf al-Quran hendaklah dibaca dan ditulis dalam satu bentuk huruf sahaja setelah tujuh bentuk huruf ( ) diterimapakai dalam penurunan al-Quran sebelum itu. Tindakan yang dilakukan oleh Sayyidina Uthman ini adalah bertujuan untuk menghindari perselisihan dari sudut pembacaan al-Quran di kalangan pembaca-pembaca al-Quran. Dengan tindakan ini, beliau dapat menyekat punca-punca yang boleh membawa kepada fitnah yang lebih besar dengan mengarahkan para sahabat yang lain supaya mengekal dan menghimpunkan mushaf dalam satu bentuk penulisan dan membakar mushaf-mushaf selainnya. Tindakan ini dipersetujui dan disepakati bersama oleh para sahabat yang lain.Para sahabat telah bersepakat menyatakan bahawa hukuman b. bunuh balas hendaklah dilaksanakan walaupun dalam kes yang melibatkan satu kumpulan membunuh seorang sahaja mangsa ( ), sekalipun tidak ada persamaan di antara keduanya dalam hukuman bunuh balas. Hukuman yang diambil oleh sahabat ini adalah sebagai langkah untuk menghindari berlakunya sekumpulan di kalangan manusia yang bersepakat untuk melakukan pertumpahan darah. (Amin al-Jarumi, 2010: 105)Para sahabat bersepakat menyatakan bahawa isteri tetap c. mendapat hak pusaka dari suami yang menceraikannya dengan penceraian berbentuk bain ( ), sedangkan suami ketika itu dalam keadaan sakit yang boleh membawa kematian. Ini kerana, penceraian seumpama ini adalah sebagai helah dan cara untuk menghalang isteri mendapat harta pusaka dari suami, sedangkan ia bertentangan dengan objektif yang ditentukan dalam hak harta pusaka. (Jurnal Fiqh, No.5: 2008)

3.1 Perselisihan Ulama Dalam Masalah Kehujahan Sadd DharaiImam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal menjadikan Sadd Dharai sebagai sumber hukum Islam yang muktabar. Jika sesuatu perbuatan itu boleh membawa kepada kerosakan mestilah ditegah. Hal ini kerana, syariat mencegah segala bentuk kerosakan dengan menutup segala jalan yang menuju kepadanya. Kedua-dua imam ini melihat kepada tujuan, akibat dan kesan sesuatu perbuatan tersebut.Manakala Imam Syafii dan Imam Abu Hanifah pula mengatakan, Sesungguhnya segala perbuatan yang boleh membawa kepada kerosakan yang tidak pasti dan andaian yang lemah pada asalnya adalah harus dan tidak dilarang. Hal ini kerana ia hanya sebagai andaian sahaja. Kedua-dua imam ini melihat kepada hukum asalnya iaitu harus tanpa mengambil kira kepada tujuan, akibat dan kesan yang akan berlaku. (Abdul Karim Zaidan, 1990: 248)Menurut pendapat Ibn Hazm al-Zahiri berdasarkan kepada andaian mereka bahawa Sadd Dharai merupakan sumber hukum (ijtihad) yang disandarkan kepada akal fikiran, kerana merela berpegang kepada nas-nas zahir sahaja tanpa melakukan penelitian lain yang lebih sesuai. Mereka juga menolak segala bentuk sumber hukum yang berdasarkan kepada ijtihad. (Ibn Hazm al-Zahiri, Jil.2: 180)4.0 PEMBAHAGIAN SADD AL-DHARAIPara ulama telah membahagikan Dharai kepada beberapa bahagian mengikut kesesuaian dan matlamat yang telah ditetapkan oleh syariat. Antara ulama yang membincangkan tentang hal ini ialah Imam al-Qarafi, al-Syatibi dan Ibn al-Qayyim. Pembahagian sadd dharai yang dilakukan oleh Imam al-Qarafi dan al-Shatibi adalah hampir sama (Amir Syarifudin 2004 : 120).Menurut Imam al-Syatibi, pembahagian Dharai mempunyai empat bahagian, antara pembahagian tersebut adalah: 1. Perbuatan yang harus tetapi pasti membawa kepada mafsadah.Apa yang dimaksudkan dengan pembahagian yang pertama ini adalah, seseorang yang mukallaf itu mempunyai keyakinan bahawa perbuatan yang dilakukanya itu boleh mendorang dan juga boleh mendatangkan sebarang kemudharatan samaada pada dirinya mahupun pada orang lain.Antara contoh yang boleh diperjelaskan berdasarkan pada pembahagian sadd dharai yang pertama ini adalah seperti diandaikan digalikan sebuah lobang itu atau telaga , yang mana penggalian itu dilakukan pada waktu malam yang menjadi kemestian pada setiap orang untuk melalui kawasan penggalian lobang dan telaga itu. Maka, hasil daripada penggalian tersebut, bagi sesiapa yang melalui jalan tersebut, sdah semestinya setiap kali melaluinya orang tersebut akan terjatuh ke dalamnya. Dharai seperti ini sama sekali dilarang oleh Allah, hal ini demikian kerana mafsadah daripada perbuatan tersebut sudah pasti dan jelas yang boleh didapati hasil daripada perbuatan tersebut. (Amin al-Jarumi, 2010: 106)Menurut pandangan sl-Shatibi, perbuatan yang mafsadahnya lebih kelihatan, pada dasar dan asalnya telah dilarang kerana ianya membawa kepada keburukan dan kerosakkan. Perkara ini dilarang kerana terdapatnya dua larangan daripada perbuatan tersebut yang mana larangan pertama adalah larangan pada perbuatan itu sendiri dan larangan kedua adalah larangan terhadap akibat perbuatan tersebut. Oleh itu, jelas telah menunjukkan bahawa larangan yang terdapat daripada pada perbuatan tersebut berlipat ganda dan pengharamannya juga lebih kuat.Namun jika asal perbuatan tersebut adalah diizinkan, maka terdapat dua pandangan dalam hal ini. Pandangan pertama adalah dengan melihat kepada keizinan tersebut dan yang keduanya pula adalah dengan melihat kepada tahap kemudharatan pada perbuatan itu dan sudah tentulah kemudharatan lebih diambil berat, terutamanya jika kemudharatan itu pasti akan berlaku menurut adat. Jika seseorang melakukan perbuatan tersebut dan menyebabkan bahaya yang pasti akan terjadi maka dia mesti bertanggungjawab atas perbuatanya itu. Hal ini demikian kerana, keinginannya untuk melakukan perbuatan tersebut disebabkan kelalaiannya melihat akibatnya atau dia sememangnya menginginkan kemudhoratan itu berlaku. Jika hasil perbuatannya menzalimi orang lain maka dia mesti bertanggungjawab terhadap orang itu. (Imam Abu Zuhrah, 2011: 436)

2. Perbuatan yang harus tetapi jarang membawa kepada mafsadah.Bagi memudahkan memahami tentang pembahagian yang kedua ini, contoh yang boleh dihuraikan disini adalah seperti menjual senjata semasa dalam keadaan fitnah berleluasa dan menanam anggur untuk dimakan buahnya. Tetapi, mungkin, dengan buah anggur tersebut akan diproses menjadi arak. Dhariah seperti ini adalah dilarang kerana sifat kewaspadaan juga mengambil kira kemungkinan yang hampir kepada yakin. (Ibid, 2010: 106)Sesuatu perbuatan itu kekal keharusannya selagimana ianya dibenarkan. Hal ini kerana perbuatan tersebut bergantung kepada kebiasaanya dan bukan bergantung kepada kejarangannya. Sesuatu perbuatan yang pada asalnya diizinkan adalah disebabkan kemaslahatannya lebih banyak dan jelas. Jika wujudnya bahaya dalam sesetengah keadaan yang jarang mengakibatkan bahaya, hal tersebut adalah disebabkan tiadanya kemaslahatan yang jelas. Allah mengambil kira kemaslahatan yang lebih banyak dan tidak mengambil kira keburukan yang jarang berlaku dalam penetapan sesuatu perkara.

3. Perbuatan yang harus tetapi biasanya akan membawa kepada mafsadah.Contohnya menjual senjata kepada musuh pada waktu peperangan dan menjual anggur kepada pembuat arak. Dalam hal ini, para ulama berselisih pendapat yang mana sebahagian daripada mereka seperti Imam al-Shatibi telah memfatwakan bahawa bahagian ini sarna hukumnya dengan bahagian pertama iaitu ditegah sarna sekali. Ini kerana terdapat sangkaan yang kuat menyatakan bahawa senjata itu akan digunakan untuk memerangi umat Islam dan anggur digunakan untuk membuat arak. Manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat bahawa kemudharatan itu dianggap tidak berlaku. (Wahbah al-Zuhaili, 1986: 885)As-Syatibi menyatakan bahawa maksud perbuatan harus tetapi biasanya membawa kepada mafsadah ialah kemungkinan besar perbuatan itu akan menyebabkan kemudhoratan.Dalam hal ini, aspek dominan atau kemungkinan besar itu adalah berdasarkan pengetahuan yang diyakini. Hal ini disebabkan sadd dharai mengharuskan sikap berhati-hati terhadap mafsadah yang akan berlaku dan sikap itu membolehkan kita berpenggang kepada sangkaan atau kemungkinan. Walaubagaimanapun membenarkan sangkaan untuk saling membantu dalam keburukan adalah dilarang. . (Wahbah al-Zuhaili, 1986: 885)4. Perbuatan yang harus tetapi sering kali membawa kepada mafsadah.Jika perbuatan ini dilakukan, kemungkinan besar akan mendatangkan mafsadah tetapi tidak sampai ke tahap sangkaan yang kuat atau keyakinan yang pasti. Contohnya, jual beli secara tangguh atau dikenali sebagai buyu al-Inah. Jual beli ini boleh membawa kepada berlakunya riba, tetapi tidak sampai kepada keyakinan yang pasti. Dhariah seperti ini masih boleh dipertikaikan. (Ibid, 1986: 886). Imam Malik dan Ahmad menetapkan bahawa haram jual beli secara tangguh dan akadnya batal sebagai langkah berhati-hati daripada berlakunya riba. Dalam rangka ihtiyat, riba sering berlaku dalam jual beli ini walaupun tidak bertujuan sedemikian. Oleh itu, wajib ihtiyat dengan mendahulukan mafsadah, kerana dalam konteks ihtiyat apabila banyak berlaku mafsadah biasanya ia sampai ke peringkat (zann) sangkaan yang kuat. Maka dalam hal ini perlulah diutamakan kemudaratan kerana menolak kemudaratan itu perlu didahulukan untuk menjamin kemashlahatan.Begitu jugalah permasalahan jual beli barangan yang bersifat ribawi yang boleh membawa kepada amalan riba. Perlaksanaan perbuatan ini sering kali membawa kepada keburukan namun perbuatan tersebut tidak akan membuatkan akal menganggapnya selalu ada kerosakan atau keburukan di dalamnya. Contoh lain yang boleh dilihat ialah dalam baiul ajil atau jual beli dengan pembayaran tertangguh yang sering kali menyebabkan riba walaupun pada kebiasaanya tidak berlaku.(Imam Abu Zahrah, 2011:436)

Bagi pembahagian Sadd Dharai menurut Al-Qarafi, menurut beliau, pembahaiannya terbahagi kepada tiga, yang mana, pembahagian bagi pandangan As Shatibi dan Al-Qarafi adalah hamper sama. Antara pembahagian menurut beliau adalah:1. Secara ijmak ulama bersepakat bahawa ia adalah sesuatu perbuatan yang dilarang.Pembahagian ini, sama seperti penjelasan yang telah diperjelaskan oleh As-Shatibi yang mana, setiap sesuatu perbuatan yang kerosakkan dan kemudharatannya lebih jelas boleh didapati daripada kemafsadahannya, maka, para ulama telah bersepakat perbuatan tersebut adalah dilarang sama sekali. . (Wahbah al-Zuhaili, 1986: 888)Antara contoh lain yang boleh diterangkan disini adalah, dialarang sama sekali memaki setiap apa yang disembah oleh penganut yang bukan beragama Islam. Hal ini demikian kerana, dikhuatiri, perbuatan memaki berhala yang dipercayainya akan menimbulkan pencelaan yang dilakukan oleh mereka keatas Allah S.W.T. Diperjelaskan lagi akan hal ini didalam firman Allah.

Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang selain dari Allah, kerana kelak, mereka akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.

2. Dharai tiada perselisihan.Antara dharai yang diambil kira tanpa sebarang perselisahan diantara para ulama adalah tentang hal yang berkaitan dengan penanaman pokok anggur yang mana, penanaman pokok tersebut dilarang sama sekali. Hal ini demikian kerana, dikhuatiri, setiap hasil daripada penanaman pokok anggur tersebut akan dijadikan arak. (Amin al-Jarumi, 2010: 109)

3. Dharai menjadi perselisihan para ulamaAda dalam sesetengah perkara, para ulama masih lagi berbeza pendapat dan pandangan tentang dharai. Hal ini demikian kerana, setiap para ulama itu mempunyai sebab dan alas an mengapa sesuatu perkara itu berbeza hukum syaraknya.Contoh yang boleh dijelaskan disini adalah seperti jal beli yang dilakukan secara tertangguh yang sering kali menyebabkan riba walaupun pada kebiasaanya tidak berlaku.(Imam Abu Zahrah, 2011:436)Menurut al-Qarafi, dharai wajib untuk dilaksanakan dan ianya juga wajib untuk dicegah dan dihindar. Hukumnya juga boleh menjadi samaada makhruh, sunnah atau mubah. Dharai adalah wasilah atau jalan yang mana jika ia membawa kepada sesuatu yang haram maka hukumnya juga haram dan jika ia membawa kepada sesuatu yang wajib maka hukumnya juga adalah wajib. Kesimpulannya, semua perkara yang membawa kepada kemaslahatan adalah suatu tuntutan. Jika kemaslahatannya wajib maka wajib juga melaksanakan wasilah atau jalan-jalan yang membawa kepada kemaslahatan itu. . (Wahbah al-Zuhaili, 1986: 889)

Menurut Ibn al-Qayyim pula, beliau telah membahagikan Dharai kepada empat bahagian, antara pembahagian tersebut adalah:1. Melakukan perbuatan yang pasti akan mendatangkan mafsadah.Contohnya, perbuatan zina menjadi penyebab kepada percampuran hubungan yang haram. Oleh itu, perbuatan ini sudah pasti merupakan jalan yang akan membawa kepada kerosakan. (Wahbah al-Zuhaili, 1986: 884)Namun pembahagian yang pertama ini tidak dianggap sebahagian daripada dharai tetapi dianggap sebagai sebahagian daripada al-maqasid. Hal ini disebabkan perbuatan zina, riba, curi dan memakan harta orang lain dengan cara yang batil memiliki mafsadah pada zatnya sendiri dan bukanlah jalan atau wasilah yang membawa kepada mafsadah lain yang lebih besar darinya. Walaupun bahagian pertama ini tidak termasuk dalam sadad-dharai kerana mafsadahnya adalah pada zatnya sendiri atau mafsadahnya berdiri sendiri, namun tiga bahagian yang lain merupakan sebahagian daripada sad dharai.

2. Perbuatan yang mendatangkan sedikit mafsadah.Perbuatan yang pada asalnya harus tetapi mendatangkan mafsadah yang lebih kecil atau kebiasaannya tidak membawa ke arah kemaksiatan. Contohnya, menggali perigi di tempat yang jarang dilalui biasanya tidak akan menyebabkan orang terjatuh ke dalamnya. Perbuatan seperti ini kekal berada dalam perbuatan yang diharuskan berdasarkan hukum asal berupa keizinan am daripada syarak. Manfaat yang diperolehi daripada perbuatan itu lebih besar daripada kemudaratan yang mungkin terjadi sebagai akibat sampingannya, dan kemudaratan yang kecil tidak dikira di sisi syarak. ( ibid ). Berkaitan dengan hal ini, para ulama bersepakat bahawa ia tidak tergolong dalam kategori al-dharicah merosakkan. Justeru ia diharuskan kerana masih berada dalam batasan yang diizinkan oleh syarak. (Ibid)

3. Perbuatan yang kebiasaannya akan membawa kepada mafsadahPerbuatan yang dilakukan kebiasaannya mendatangkan kerosakan dan mafsadah , namun dari sudut zatnya ia adalah diharuskan. Dalam erti kata yang lain, perbuatan tersebut diharuskan pada asalnya, tetapi ia boleh mendatangkan kerosakan samaada ia digunakan untuk mencapai perkara yang haram, sama ada secara sengaja atau tidak sengaja. Contohnya, seorang lelaki mengahwini seorang perempuan tetapi bertujuan untuk membolehkan isteri tersebut berkahwin semula dengan suaminya yang pertama (Abd. Latif Muda & Rosmawati 2001:159)Berkaitan dengan hal ini, para ulama bersepakat bahawa perbuatan tersebut ditegah dan tergolong dalam al-dharicah yang merosakkan (Ibid).

4. Perbuatan yang seringkali membawa kepada mafsadahPerbuatan yang seringkali membawa kerosakan atau mafsadah, namun begitu ia tidak mencapai kedudukan yang majoriti atau banyak. Dalam erti kata lain, sekiranya perbuatan tersebut diteruskan, kemungkinan akan berlakunya kerosakan yang lebih besar. Contohnya, bay al-inah (jual beli secara bertangguh) iaitu membeli suatu barang dengan harga bertangguh dan menjual balik barang tersebut kepada penjualnya dengan harga yang berlainan. Ianya membawa kepada riba walaupun bukan suatu yang ghalib (Ibid).Berkaitan dengan keadaan ini, para ulama berselisih pendapat. Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Syafici, mereka berpegang kepada hukum asal, kerana itu mereka tidak membatalkan akad tasarruf tersebut, kemungkinan berlaku mafsadah di sini tetapi tidak mencapai kepada peringkat yang meyakinkan dan tidak juga kepada sangkaan yang kuat (zanniyy) kerana kemungkinan berlaku kerosakan atau bukan semata-mata andaian. Manakala, menurut Imam Malik dan Imam Ahmad, mereka menetapkan bahawa perbuatan itu adalah haram dan akadnya batal (Amir Syarifudin 2004:121). Berdasarkan kepada pendapat di atas, dapatlah dilihat berlaku perselisihan pendapat dalam keadaan ini. Perselisihan ini berdasarkan kepada pendapat ulama berkaitan kehujahan sadd al-dharaic sebagai asas dalam pengeluaran hukum syarak.

5.0PENGAMALAN SADD AL-DHARAI OLEH MAZHAB MALIKITerdapat beberapa pembuktian yang menunjukkan Imam mazhab Maliki beramal dengan sadd dharai dalam fiqah mazhab beliau. Antara contoh pengamalan sadd dharai dalam mazhab tersebut adalah seperti berikut:1) Berbuka puasa bagi orang yang melihat anak bulan Syawal adalah tidak dibenarkan supaya tidak menjadi alasan bagi orang fasiq untuk tidak berpuasa. (al-Syatibi, Juz.4: 169)2) Segala bentuk jual beli yang bertangguh yang pada kebiasaannya diniatkan untuk riba adalah haram dan tidak sah. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan perbuatan riba yang diharamkan berlaku dalam transaksi jual beli. (Ibid, Juz.4: 199-200)Contohnya, seseorang yang menjual sesuatu barangan yang berharga RM100, tetapi jika dilewatkan pembayarannya, harganya akan meningkat RM150. (Amin al-Jarumi, 2010: 109)3) Jual beli emas yang sama jenis dengannya melalui timbangan, tidak harus jika berlaku perbezaan kedua-duanya dari segi mutu emas tersebut.4) Perbuatan melewatkan pemberian mas kahwin walaupun dalam tempoh masa setahun, kerana mengelakkan jalan bagi seseorang yang sudah berkahwin tanpa mas kahwin (lari daripada membayarnya). (Ibid, 2010:109)

6.0 KESIMPULAN

Hasil daripada penjelasan dan pengkajian tentang pembahagian Sadd dharai oleh Iman As Shatibi, didapati bahawa pembahagian yang dilakukan oleh beliau terdapat akibat, kemudaharatan dan hukum yang tersendiri bagi setiap satu pembahagian yang dilakukan olehnya. Terdapat empat pembahagian Sadd Dharai menurut As Shatibi yang mana, daripada empat pembahagian tersebut, hanya satu sahaja daripadanya diharuskan pemakainan dan penggunaanya dalam menetapkan sesuatu hukum oleh para ulama, iaitu perbuatan yang mendatangkan sedikit mafsadah atau kebaikan atau perbuatan yang merndatangkan mafsadah yang lebih kecil atau kebiasaannya tidak membawa ke arah kemaksiatan.Pembahagian Sadd Dharai yang dilakukan oleh Al Qarafi juga tidak ada perbezaan diantaranya. Pembahagian Al Qarafi sama seperti pembahagian Sadd Dharai yang dilakukan oleh As Shatibi.Selain itu juga, dalam hal ini, para ulama juga telah berselisih pendapat mengenai salah satu daripada pembahagian tersebut, iaitu pembahagian yang berkaitan dengan perbuatan yang seringkali membawa kerosakan atau mafsadah. Dalam erti kata lain, sekiranya perbuatan tersebut diteruskan, kemungkinan akan berlaku kerosakan yang lebih besar. Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Syafii berpegang kepada hukum asal, kemungkinan berlaku mafsadah tetapi tidak mencapai kepada peringkat yang meyakinkan dan tidak juga kepada sangkaan yang kuat (zanni) kerana kemungkinan berlaku kerosakan atau kerosakkan tersebut bukan semata-mata dan sekadar andaian sahaja. Dan menurut Imam Malik dan Imam Ahmad menetapkan bahawa perbuatan tersebut ditegah dan tergolong dalam Dharai yang merosakkan.

7.0 RUJUKAN1) Al-Quran Dan Terjemahannya. 2007. Kuala Lumpur: Terbitan Pustaka Darul Iman.2) Abdul Karim Zaidan. 2013. al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Lebanon: Terbitan Resalah Publisher.3) Al-Mujam al-Tullab. 2000. Beirut: Dar al-Kutub al-cIlmiyyah4) Al-Mujam al-Wasit. 1392H/l972. Istanbul: Dar al-Dawah.5) Amin al-Jarumi. 2010. Usul Fiqah: Prinsip-prinsip Perundangan Islam.6) Al-Zuhaili, Dr. Wahbah. 1986. Usul Fiqh al-Islami.7) Al-Syatibi, Abu Ishak. Al-Muwafaqat. Juz.4.8) Jurnal Fiqh. 2008. No.59) Imam Abu Zuhrah. 2011. imam malik. Selanggor. Jasmin Publication10) Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili. 2011. Al-Mausuah Al-Fiqhiyah Al-KuwaitiyahJuz 24 11) Prof. Dr. H. Amir Syarifuddin..2012. Ushul Fiqh.Jilid 212) Mohd Nasran Mohamad, Anuar Fakhri Omar, Mohd Zamro Muda & Mohammad Zaini Yahya. 2001. Metodologi fiqh(Program Jarak Jauh). Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.13) Al- Qarafi, Ahmad bin Idris. t.th. al- Furuq. 2 jil. Beirut: Dar al- Marifah.14) Al- Shatibi, Ibrahim ibn Musa. t.th. al- Muwafaq fi usul al- syariah. 2 jil. Beirut: Dar al- Fikr.

18