slide sadd al dzar'i

44
ه ق ف ل أ: ع ئ رأ ألذّ سذNAMA AHLI: FATIN NABILA BINTI CHE ZUKI (HU 1517441) NURHANIS SYAFIKA BINTI NAZRI (HU 1517281) NUR HUSNA BINTI BENYAMIN (HU 1517337) WAN NAJWANI BINTI RAHMAT (HU 1517579) HUSNA BINTI ZULKIPLI (HU 1517546)

Upload: zikra-husna

Post on 21-Apr-2017

161 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Slide sadd al dzar'i

أصول : الفقه

سدالذرائعNAMA AHLI:

FATIN NABILA BINTI CHE ZUKI (HU 1517441)NURHANIS SYAFIKA BINTI NAZRI (HU 1517281)NUR HUSNA BINTI BENYAMIN (HU 1517337)WAN NAJWANI BINTI RAHMAT (HU 1517579)HUSNA BINTI ZULKIPLI (HU 1517546)

Page 2: Slide sadd al dzar'i

Isi kandungan / Hasil Pembelajaran :

• Para pelajar akan dapat mengetahui konsep asas sadd al-dzar’I yang meliputi :

1) Pengertian

2) Pembahagian Al-Dzari’ah

3) Jenis-jenis & Syarat-syarat Saddu Al-Dzari’ah

4) Hujah Saddu Al-Dzari’ah

5) Sumber Pengambilan Hukum Sadd Al-Dzari’ah

6) Aplikasi Sadd Al-Dzari’ah Terhadap Isu Semasa

• Mengajak para pelajar sama-sama memahami pendekatan ijtihad melalui sadd al-dzar’i supaya kesyumulan fiqh islam tidak dipandang sempit.

Page 3: Slide sadd al dzar'i

سد

Page 4: Slide sadd al dzar'i

PENGERTIAN SUDUT BAHASA

سد

يسد

سد

Sekatan @

hadangan

سد

Page 5: Slide sadd al dzar'i

# ia juga bermaksud mengangkat dan menghalang.

# Segi terminologi, memberi maksud ‘menutup atau menyumbat kecacatan, rekahan atau retakan’

(Ibn Manzur 1984, 4:190).

Page 6: Slide sadd al dzar'i

الذرائع

Page 7: Slide sadd al dzar'i

PENGERTIAN AL-DZAR’I

# dari sudut bahasa ialah kata jamak bagi al-dzari’ah

# ini bermaksud perantaraan atau jalan yang membawa kepada wujudnya sesuatu, sama ada kejahatan (mafsadah) atau kebaikan (maslahah), baik perbuatan mahupun perkataan. (Ibn Manzur 1984. 8:196).

Page 8: Slide sadd al dzar'i

Istilah Usul Fiqh

penghubung dalam bentuk yang umum dan luas, yang boleh berlaku sama ada terhadap perkara yang disyariatkan (diperintahkan) atau yang dilarang

‘penghubung itu hanya digunakan khusus pada perkara yang dilarang dan tidak pada perkara yang disuruh

Page 9: Slide sadd al dzar'i

Definisi daripada pandangan ulama• al-dzari’ah adalah suatu perkara yang hukum asalnya harus

tetapi menjadi penghubung atau perantara kepada perkara yang dilarang. al-Imam al-Shatibi (2001, 4 : 143), al- Baji (1986 : 690), al-Qurtubi (1967, 2 : 57), Ibn Rush (1988, 2 : 39) dan lain-lain.

• Ini dibuktikan melalui kata-kata Ibn Rush (1988, 2 : 39) :

محظور فعل إلى بها ويتوصل اإلباحة ظاهرها التي األشياء هي

• Maksudnya: al-Dzari‘ah ialah setiap perkara yang zahirnya harus dan dalam masa yang sama ia membawa kepada perbuatan yang ditegah.

Page 10: Slide sadd al dzar'i

Pengertian dari sudut istilah

Page 11: Slide sadd al dzar'i

•sesuatu yang asalnya adalah harus, tetapi atas sebab dan faktor yang kuat ia boleh membawa kepada perkara yang dilarang.

•Definisi ini lebih tepat apabila disekalikan dengan perkataan sad yang bererti ‘menutup’.

Page 12: Slide sadd al dzar'i

الذرائع سد• Ditakrifkan secara bergandingan perkataan sadd dan al-dzari’

maka ia membawa maksud ‘menutup atau menghalang melakukan sesuatu perkara yang pada asalnya adalah harus tetapi dengan sebab, faktor dan sangkaan yang kuat ia boleh membawa kepada sesuatu yang dilarang.

• Dengan maksud lain : ‘mengharamkan wasilah (penghubung) yang membawa kepada mafsadah’. Maka menghalang melakukan sesuatu yang harus yang boleh membawa kepada sesuatu yang haram, atau menutup jalan menuju kepada perbuatan yang dilarang.

Page 13: Slide sadd al dzar'i

Pembahagian al-Dharai’

Page 14: Slide sadd al dzar'i

Al-Qarafi

Perbuatan yang ditegah secara ijmak

Perbuatan yang tidak ditegah secara ijmak

Perbuatan yang diperselisihkan oleh para ulama

Page 15: Slide sadd al dzar'i

Ibn al-Qayyim

Jalan yang pasti membawa kepada mafsadah

Jalan yang membawa kepada harus, tapi niat membawa keburukan

Jalan yang membawa kepada keharusan tapi tidak bermaksud kepada kerosakan dan biasanya ia membawa kepada kerosakan.

Jalan yang membawa kepada keharusan tetapi kadang-kadang membawa kepada kerosakan.

Page 16: Slide sadd al dzar'i

Al-Shatibi

Perbuatan yang pasti mendatangkan mafsadah (kerosakan)

Perbuatan yang mendatangkan sedikit mafsadah

Perbuatan yang mempunyai anggapan (zanni) yang kuat akan mendatangkan mafsadah Perbuatan yang banyak mendatangkan mafsadah namun tidak mencapai peringkat yang ghalib dan tidak juga jarang berlaku

Page 17: Slide sadd al dzar'i

PEMBAHAGIAN MENURUT AL-SHATIBI

1) Perbuatan yang pasti mendatangkan mafsadah(kerosakan)

Mencela berhala orang kafir

Firman Allah S.W.T dalam surah al-An’am, ayat 108:

ك� ل� ذ� ك� � م ل� ل� ل� ل� ك� ل� ��ا و ل� ك� ك� �� ك ا� ب��وا �ب ك� �ك ل� �� ك ا� ل� ب � ل! ل" ك� ب�و ل� ك# ك! ل�# �� ك ا ب��وا �ب ك$ ك&ا ك�

ك� ب�و ك' ل) ك# ب(وا ك�ا ك'ا ل� ل ب+ ب, ب� ك. ب� �ك ل ب+ ب) ل/ ل� "� ك ل ل+ ب� ك0 ذ�ى ل2ا ك� ب3 ل ب+ ك� ك' ك� م4 ك�" ب5ا ب6 ب7 ل� �.ا ك #� ك ك8 “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

CONTOH:

Page 18: Slide sadd al dzar'i

Minum arak

Menggali perigi di hadapan pintu rumah pada waktu malam yang gelap

Jumhur ulamak sepakat, ia mesti DIBENDUNG kerana pasti membawa kerosakan

Page 19: Slide sadd al dzar'i

Jumhur ulama sepakat ia HARUS, kerana tidak dikira membawa kerosakan serta peluang dan jarang berlaku kemudaratan.

2) Perbuatan yang mendatangkan sedikit mafsadah

Menggali perigi di kawasan yang jarang dilalui orang

Melihat kepada calon isteri

CONTOH:

Page 20: Slide sadd al dzar'i

Jumhur ulama sepakat, ia mesti DITEGAH kerana ia digunakan oleh mukalaf bukan pada tempatnya.

Menjual buah anggur kepada pembuat arak

Sewa rumah kepada pelacur

3) Perbuatan yang mempunyai anggapan (zanni) yang kuat akan mendatangkan mafsadah

CONTOH:

Page 21: Slide sadd al dzar'i

o Jual barang cara bertangguh atau Bai’ al-’Inah. Iaitu seseorang menjual komputer secara bertangguh setahun dengan harga

RM2000.00. Kemudian dia membeli balik komputer yang dijualnya itu secara tunai sebelum setahun dengan harga RM1800.00

4) Perbuatan yang banyak mendatangkan mafsadah namun tidak mencapai peringkat yang ghalib dan tidak juga jarang berlaku

CONTOH:

Page 22: Slide sadd al dzar'i

Menurut pendapat Iman MALIK dan Iman AHMAD:

Jual beli bentuk ini adalah HARAM kerana ia terdedah kepada amalan riba.

Menurut pendapat Iman ABU HANIFAH dan Iman AL-SYAF’I:

Jual beli tersebut adalah HARUS kerana mereka berpegang kepada asal sesuatu adalah harus.

Manakala sudut niat, ia terserah kepada orang yang berurusan dengan muamalat tersebut.

Page 23: Slide sadd al dzar'i

SYARAT-SYARAT AL-DHARAI’

1) Perbuatan yang dibenarkan pada asalnya, tetapi boleh membawa kepada kerosakan.o Mencela tuhan sembahan orang kafir

2) Kerosakan daripada perbuatan tersebut lebih jelas berbanding kemaslahatan.o Menjual senjata dalam tempoh genjatan senjata atau darurat

3) Kebarangkalian kerosakannya sama tahap dengan kebaikan yang terhasil.o Menyembur racun serangga pada sayuran atau buah-buahan

Page 24: Slide sadd al dzar'i

Hujah Ulama

Page 25: Slide sadd al dzar'i

Hujah Ulama yang menerima

Ulama Mazhab Maliki dan Hanbali menerima sepenuhnya sebagai satu metod penetapan hukum menggunakan metod secara meluas berbanding ulama yang lain menyatakan bahawa Sadd al-Dhari’ah sebagai dalil atau sumber

hukum yang berdiri sendiri

Page 26: Slide sadd al dzar'i

Hujah Ulama yang Menolak

o Ulama Mazhab Hanafi dan Mazhab al-Syafi’I tidak menerima sepenuhnya

o menolaknya sebagai metod istinbat hukum pada masalah atau kes tertentu, namun menggunakannya pada masalah atau kes lain.

o contoh penerimaan dan penggunaannya :-

Page 27: Slide sadd al dzar'i

Kes Imam Al-Syafi’i

Beliau melarang seseorang mencegah mengalirnya air ke kebun atau sawah.

Hal ini menurut beliau akan menjadi al-Dhari’ah kepada tindakan mencegah untuk memperoleh sesuatu yang dihalalkan oleh Allah dan juga al-Dhari’ah kepada tindakan mengharamkan sesuatu yang dihalalkan oleh Allah.

Padahal air itu adalah rahmat dari Allah yang boleh dimanfaat oleh sesiapapun.

Page 28: Slide sadd al dzar'i

Kes Ulama Hanafi

Wanita yang masih dalam iddah kerana kematian suami dilarang berhias, menggunakan wangian dan pakaian menarik.

Hal ini kerana berhias boleh menyebabkan lelaki tertarik kepada wanita tersebut. Sedangkan wanita dalam iddah dilarang dikahwini.

Justeru, tegahan tersebut merupakan Sadd al-Dhari’ah agar tidak terjadi perbuatan yang diharamkan, iaitu perkahwinan perempuan dalam keadaan iddah

Page 29: Slide sadd al dzar'i

Contoh kes :Transaksi jual beli bertangguh atau ansuran.

Bagi ulama mazhab Syafi’I, transaksi jual beli tersebut sah secara zahir.

Sedangkan sudut batin dari niat buruk si penjual untuk melakukan riba dan dosanya terserah kepada Allah.

Oleh itu, menurut mereka yang menjadi pegangan adalah bagaimana lafaz dalam akad, bukan niat dan maksud si penjual yang tidak diketahui.

Oleh itu tidak boleh melarang sesuatu akad hanya berdasarkan dugaan terhadap maksud atau niat tertentu yang belum jelas terbukti.

Manakala menurut Ulama Mazhad Maliki dan Hanbali, transaksi bertangguh atau ansuran ditegah kerana ia terdedah kepada unsur riba.

Page 30: Slide sadd al dzar'i

Kalangan Ulama Mazhab Zahiriah

Menolak SEPENUHNYA sebagai metod dalam penetapan hukum Mereka hanya menetapkan hokum berdasarkan makna zahir atau

zahir lafaz Sedangkan Sadd al-Dhari’ah adalah hasil penelitian terhadap sesuatu

perbuatan yang masih dalam tingkatan dugaan, meskipun sudah sampai tingkatan dugaan yang kuat.

Justeru, bagi mereka konsep Sadd al-Dhari’ah adalah semata-mata berasaskan akal dan tidak berdasarkan nas secara langsung.

Page 31: Slide sadd al dzar'i

Pengambilan Hukum Saddus Zar’i

Page 32: Slide sadd al dzar'i

1. Al-Quran

• Firman Allah S.W.T dalam surah al-An’am, ayat 108

ه الل وا فيسب ه الل دون من يدعون ذين ال وا تسب وال عدوابغيرعلم

“dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”

• Mencaci tuhan atau sembahan agama lain

Page 33: Slide sadd al dzar'i

• Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah ayat 104,

م ل�� ك5ا م: ك�ا ك� ك! ل�# �ل ك7ا ل� ل� ك� � ب)وا ك' ل; ك�ا ك(ا ل� ب> ل( ا ب�وا ب=و ك� ك.ا ل� ك0ا ب�وا ب<و ك$ ك&ا ب.وا ك" آا ك! ل�# �� ك ا ك+ا ب�# ك5ا ك#ا

“wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu katakan (kepada Muhammad): ‘Ra’ina’, tetapi katakanlah: ‘Unzurna’, dan ‘Dengarlah’.”

• Terdapat larangan terhadap sesuatu perbuatan kerana adanya kebimbangan berlaku hal negatif.

Page 34: Slide sadd al dzar'i

2. As-Sunnah• Rasulullah S.A.W bersabda;

يواقعه أن يوشك الحمى حول يرعى كراع بهات الش في وقع ومن– “sesiapa yang terlibat dengan perkara syubhat umpama pengembala ternakan yang

membawa ternakannya ke kawasan larangan, dikhuatiri dia akan terjebak kedalamnya.”

(Riwayat Bukhari)

• Ulama’ Fiqh mengatakan sesiapa yang mendapati sesuatu perkara yang boleh membawa atau terjebak ke arah larangan, ditegahkan atau diharamkan.

Page 35: Slide sadd al dzar'i

3. Kaedah Fiqh• Antara kaedah fiqh yang dipakai ialah;

المصالح جلب من أولى المفاسد درء

– Menolak keburukan (mafsadah) lebih diutamakan daripada meraih kebaikan (maslahah)

Page 36: Slide sadd al dzar'i

4. Fatwa Ulama• Perbuatan manusia yang diharamkan :

– Orang islam mengeluarkan senjata dan menjualkannya kepada musuh atau pemberontak yang ingin menjatuhkan kerajaan Islam.

– Orang yang memberitahu atau menunjukkan tempat persembunyian orang baik yang melarikan diri daripada orang zalim.

– Syarak menegah seseorang itu mengahwini perempuan yang belum tamat iddahnya.

– Tegahan menyorok dan monopoli barangan supaya harga melambung waktu terdesak

• Bagi menutup pintu yang membawa ke arah kerosakan.

Page 37: Slide sadd al dzar'i

APLIKASI

Page 38: Slide sadd al dzar'i

ISU PERTAMA

Page 39: Slide sadd al dzar'i

JANDA BERKABUNG SEMASA IDDAH

Page 40: Slide sadd al dzar'i

ISU KE-2

Page 41: Slide sadd al dzar'i

MENGGUGURKAN KANDUNGAN JIKA

DIJANGKITI VIRUS ZIKA

Page 42: Slide sadd al dzar'i

ISU KE-3

Page 43: Slide sadd al dzar'i

Larangan bermain

POKEMON GO

Page 44: Slide sadd al dzar'i

RUMUSAN• Topik 1: Dzarai’ah adalah wasilah (jalan) yang menyampaikan kepada tujuan, baik yang halal ataupun yang

haram. Maka jalan/ cara yang menyampaikan kepada yang haram hukumnya pun haram, jalan / cara yang menyampaikan kepada yang halal hukumnya pun halal serta jalan / cara yang menyampaikan kepada sesuatu yang wajib maka hukumnya pun wajib.

• Topik 2: Pembahagian Dzarai’ah merupakan perselisihan ulama, dimana ada ulama yang menyatakan ia perlu ditutup atas dasar ruang ke arah kemudaratan lebih utama berbanding kemaslahatan yang sedikit, ulama yang menyatakan ia tidak perlu ditutup berdasarkan hukum asal adalah harus & tidak sampai tahap ghalib

• Topik 3: Dr. Wahbah Zuhaili, perselisihan dikalangan 4 mazhab, hanya berpusat pada satu isu iaitu jual beli bertangguh @ansuran. Selain kes itu, ulama 4 mazhab banyak menggunakan Sadd Al-Dhari’ah dalam menetapkan berbagai hukum tertentu. Golongan ulama zahiri menolak terus kerana semua isu bergantung pada zahir nas & zahir perbuatan.

• Topik 4: ulama mengeluarkan sesuatu hukum tetap merujuk kepada dalil nas, kaedah fiqh juga FATWA.