rukun solat
TRANSCRIPT
MEMBICARAKAN 5 DARIPADA 13 RUKUN SOLAT
- NIAT - BACAAN AL-FATIHAH
-RUKU’ SERTA TOMA’NINAH -SUJUD SERTA TOMA’NINAH
-DUDUK ANTARA 2 SUJUD
DISUSUN OLEH : Ahmad Naqiuddin Husin
Muzani Anh PISMP 3.02 2013
IPG KPI Bangi
Pengenalan
Menurut Abu Anas Madani(2012) , solat merupakan dalil sebagai kebenaran dan kesahihan
iktikad. Solat juga sebagai satu bukti tentang kejujuran terhadap apa-apa yang diyakini oleh
hati. Solat daripada segi bahasa ia doa (surah at-taubah ayat 103) 1 dan daripada segi syarak
merupakan perkataan dan perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbir dan berakhir dengan
salam. 2
Menurut Imam Rafie, solat ialah perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratul
ihram dan disudahi dengan salam beserta syarat2 yang tertentu. Di dalam kitab At-Taqrirat
As-Sadidah, solat ialah perbuatan dan perkataan yang dimulai dengan takbiratul ihram dan
disudahi dengan salam pada kebiasaannya. 3
Penulisan yang saya laksanakan ini ialah berkenaan dengan rukun solat. Rukun daripada segi
bahasa bermakna juzuk atau tiang bagi sesuatu. Rukun solat bermakna juzuk-juzuk yang
tersusun daripadanya hakikat solat yang mana solat tidak akan lengkap tanpanya dan tidak
dapat ditampal dengan sujud sahwi. 4 Rukun dalam solat diibaratkan seperti kepala bagi
manusia menurut Sayyid Muhammad Asy-Syathiri.
Para ulama telah bersepakat tentang kewajipan solat yang mana seseorang Islam itu tidak
diterima tanpa menunaikan solat. 5 Maulana Zakariyya dalam kitabnya “ Fadhilat ‘Amal”
dalam bab fadhilat solat, beliau mengatakan , perumpamaanukun Islam ialah seperti sebuah
khemah yang ada satu tiang di tengahnya iaitu syahadah dan 4 tiang yang menyokong untuk
khemah itu dibina dengan baik. Solat salah satu daripada tiang itu.
Saya merujuk 3 hadith daripada Shahih bukhari dan 2 hadith daripada Shahih muslim kerana
dalam ilmu hadith mengikut Kutub sittah, Sahih Bukhari adalah rujukan utama dan diikuti
oleh Sahih Muslim. Antara istilah yang digunakan oleh para muhaddithin berkenaan dua
kitab ini ialah Shahihain, Syaikhan dan Muttafaq Alaih yang boleh kita temui dalam kitab2
hadith dan buku yang ada. Selain itu, banyak lagi sebenarnya kitab-kitab shahih seperti yang
dinyatakan oleh Syeikh Syed Abdul Majid Ghouri dalam kitabnya Mu’jam Mustolah
Hadithiah , ‘kitab-kitab sahih ini banyak namun tidak semua menepati syarat sahih
berdasarkan realiti sebenar kecuali dua syeikh ini iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim.’6
Saya memegang pendapat pendapat para ulama yang mengatakan ‘bukanlah setiap hadith
sahih dapat segera diamalkan hukum yang terdapat di dalamnya. Tugas mengeluarkan hukum
daripada hadith, diserahkan kepada para fuqaha.” Imam syafie berkata kepada ahli hadith, “
kamu (ahli hadith ) ialah yang menyediakan ubat dan kami( ahli fiqh) ialah doktornya. Imam
Sufyan bin Uyainah juga berkata,” hadith merupakan padang yang menyesatkan kecuali bagi
para fuqaha”.
Saya mengumpulkan pendapat-pendapat para ulama berdasarkan kitab2 dan buku2 yang
dirujuk. Segala rujukan saya telah saya nyatakan pada nota hujung dan rujukan. Semoga
perkongsian yang tidak seberapa ini bermanfaat untuk diri saya dan semua serta diberkati dan
diredhai oleh Allah. InsyaAllah.
RUKUN SOLAT
Rukun solat merupakan perkara yang sangat penting dalam solat. Meninggalkan atau tidak
sempurnanya satu rukun dalam solat boleh menjejaskan dan boleh membatalkan solat itu
sendiri. Para ulama 4 mazhab telah berpendapat bahawa rukun solat ada:
- Mazhab Maliki
Al-Allamah khalil berkata,” fardhu-fadhu solat itu ada 14 belas. 1
fardhu solat itu ada 15 belas. 2
- Mazhab Hanbali
Rukun solat itu ada 14 perkara. 3
- Mazhab hanafi
-Mazhab Syafie.
rukun solat ada 13 perkara.
Mengikut pendapat yang paling rajih(kuat) dan mu’tamad (yang dipegang) seperti yang telah
disebutkan oleh Imam Nawawi di dalam Minhaj, rukun solat ada 13 perkara dengan disertai
toma’ninah pada 4 tempat iaitu ruku’,i’tidal, sujud dan duduk di antara 2 sujud. 4 Selain itu,
ada juga dalam kitab-kitab fiqh disebutkan bahawa rukun solat ini lebih daripada 13:
- 19 rukun dalam kitab Siratul Mustaqim
- 18 rukun dalam kitab At-Tanbih oleh As-Syirazi
- 17 rukun dalam Kitab Ar-Raudhah dan At-Tahqiq oleh Imam Nawawi
- 15 rukun dalam kitab Bughyah Ath-Thullab
- 14 rukun dalam kitab Fath Al-Mu’in
Bahkan kita juga akan berjumpa dengan pendapat ulama yang mengatakan rukun solat ini ada
20,21 dan 23 rukun. Perbezaan ini merujuk kepada khilaf para ulama daripada segi lafaz (
khilaf lafzi) dan bentuk ( Khilaf Syakli). 5
Rukun solat iaitu :
1. Niat
2. Berdiri Sekiranya Mampu ketika Solat Fardhu
3. Takbiratul Ihram
4. Membaca Al-Fatihah
5. Ruku’
6. I’tidal selepas ruku’
7. Sujud
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk yang akhir
10. Membaca Tasyahud ketika duduk rakaat akhir
11. Berselawat ke atas Nabi Saw selepas Tasyahud Akhir
12. Salam yang pertama
13. Tertib 6
Jika kita membaca kitab-kitab Fiqh,kita akan jumpa sedikit perbezaan berkenaan urutan
rukun solat seperti niat, berdiri betul dan takbiratul ihram. Perbezaan pendapat para ulama ini
bukanlah satu kekurangan kerana solat tetap ditunaikan seperti yang kita maklum.
HADITH 1.
membicarakan tentang niat
( صلى هللا )سمعت رسول هللا : قال( عن أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي هللا عنه
لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى هللا إنما األعمال بالنيات و إنما: "يقول( عليه وسلم
ورسوله، فهجرته إلى هللا ورسوله، ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أو امرأة ينكحها، فهجرته إلى ما
."هاجـر إليه
:مقصودڽ
“ اكو مندڠر رسول هللا : درڤد أمير المؤمنين أبي حفص عمر بن الخطاب رضي هللا عنه بركات
:برسبدا
ڠڬوهڽ ستياڤ عمالن ايت برڬنتوڠ كڤد نية، دان بهاوا سسوڠڬوهڽ باڬي ستياڤ اورڠ بهاوا سسو
ڽ، مك هجرةڽ كڤد هللا دان -بارڠسياڤا يڠ هجرةڽ منوجو كڤد هللا دان رسول. اڤ يڠ دي نيةكن
بارڠسياڤا يڠ هجرةڽ كران دنيا يڠ دي ماهو منچاري هابوانڽ، اتاو كران سأورڠ ڤرمڤوان . ڽ-رسول
كهوينيڽ، مك هجرةڽ ك اره ڤركارا يڠ دتوجويڽ ايت يڠ دي ماهو .
Hadith ini merupakan hadith yang menjadi pilihan para ulama untuk diletakkan pada
permulaan kitab mereka. Antaranya ialah Imam Bukhari dalam kitabnya sahih Bukhari dan
juga terdapat sebanyak 7 kali hadith ini berulang dalam lafaz yang agak berbeza di dalam
kitab itu. Selain itu . Imam Nawawi juga meletakkan hadith ini sebagai hadith pertama dalam
kitab beliau seperti Arbain Nawawi, Al-Azkar dan Riyadhus Solihin.
Imam Abu Daud mengatakan bahawa hadith ini separuh daripada Islam kerana amalan
seseorang itu dalm 2 perkara ini, iaitu amalan zahir dan batin. Imam Ahmad dan Imam Syafie
pula mengatakan bahawa hadith ini ialah sepertiga ilmu kerana usaha seseorang dalam
melaksanakan sesuatu itu dengan hati, lidah atau anggotanya. 1.
Dalam konteks ibadah terutama tentang rukun solat, dalam Mughni Muhtaj, kifayatul Akhyar
dan Fiqh Manhaji, para ulama Mazhab Syafie meletakkan niat sebagai rukun yang pertama
dalam solat. Niat merupakan gerak hati sendiri untuk melakukan sesuatu bersama-sama
dengan perbuatan dan perbuatannya itu bukan dilakukan dengan terpaksa. 2
Menurut Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya yang masyhur iaitu Fathul bari
Syarah Sahih Bukhari, “ Setiap perbuatan memerlukan pelaku, maka maksud hadith ini ialah
perbuatan yang berasal daripada orang2 yang mukallaf.” Imam Nawawi mengatakan niat
bererti maksud iaitu keinginan yang ada dalam hati. Berbeza pula dengan pendapat Syeikh
Al-Karmani yang mengatakan bahawa keinginan hati adalah melebihi maksud.3
Para ahli Fiqh berselisih pendapat untuk menentukan bahawa niat itu termasuk dalam rukun
ataupun syarat? Pendapat yang paling rajih mengatakan bahawa mengucapkan niat bdi awal
pekerjaan adalah rukun, sedangkan menyertakan niat dalam pekerjaan adalah syarat.
Imam Baidhawi berkata,” Niat adalah dorongan hati untuk melakukan sesuatu sesuai dengan
tujuan , sama ada mendatangkan manfaat atau menolak kemudaratan, sedangkan syaraiat
merupakan sesuatu yang membawa kepada perbuatan yang diredhai oleh Allah dan
mengamalkan segala perintah Allah.”
Ustaz Adlan Abdul Aziz berkata,” Rasulullah mengajarkan satu kaedah kepada kita dan
menunjukkan contoh berdasarkan kaedah itu dalam hadith niat ini.
HADITH 2
hadith yang ke 756 Bab Tentang Sifat2 Solat
membicarakan tentang bacaan Al-Fatihah
امت أخبره عن عبادة بن الص أن رسول هللا صلى هللا عليه وسلم قال ال صالة لمن لم يقرأ بأم القرآن
رسول هللا صلى هللا عليه وسلم
تيدق اد سمبهيڠ سساورڠ تنڤا ممباچ": بركات
فاتحة
Imam Ibnu Hajar Asqalani dalam kitabnya Fathul Bari,” Hadith ini telah dijadikan dalil
wajibnya membaca Surah Al-Fatihah pada setiap rakaat solat berdasarkan bahawa satu rakaat
tetap dinamakan solat. Tetapi pendapat ini masih dipersoalkan kerana berdasarkan kaedah
dasar iaitu ‘Tidak ada kewajipan yang untuk melebihkan daripada satu kali.’ 1
Perkara yang perlu diberi perhatian ketika membaca Al-Fatihah
- ayat 1 : Perhatikan pada huruf Ba’pada lafaz ( bismi ) jangan sesekali menebalkannya atau
menyebut huruf sin tanpa ba’ .
-ayat 2 : Perhatikan pada hamzah Wasal , jangan menebalkannya.
Pada huruf lam , jangan menyebutnya dengan qalqalah.
-ayat 3 : Ra’ pada kedua-dua sifat Allah ini perlu ditebalkan dan kurangkan getaran
terhadapnya
حيم ن ٱلر ـ حم ٱلر بسم ٱلل
لمينٱلحمد لل ـ رب ٱلع
حيم ن ٱلر ـ حم ٱلر
-ayat 4 : perhatikan pada huruf alif pada perkataan (maliki) perlu dibaca dengan dua harakat,
kerana membezakannya dengan Qiraat yang membacanya tanpa mad.
Perhatikan juga pada huruf dal( ) supaya tidak menyebutnya dengan Ta’ kerana sama
makhrajnya.
-ayat 5 : perhatikan pada tasydid pada kedua-dua (iyyaka) jika tidak menyebut tasydid atau
menggugurkannya maka tidak sah fatihahnya dan rosaklah solatnya.
-ayat 6 : Perhatikan pada hamzah wasal pada lafaz ( ) , jangan sesekali menebalkannya.
ayat 7 : Perhatikan pada huruf ( nun) elakkan qalqalah pada kalimah itu. Begitu juga dengan
huruf (ngain)
Basmalah
Menurut Mazhab Syafie, Basmalah merupakan salah satu daripada ayat dalam Surah Al-
fatihah. Oleh sebab itulah,membacanya dalam solat adalah fardhu. Menurut imam mazhab
yang lain, basmalah bukanlah satu ayat daripada surah al-fatihah. Hanya ulama hanafi dan
hanbali yang berpendapat sunat dibaca dengan perlahan sedangkan menurut ulama maliki,
membacanya makruh kecuali jika bermaksud untuk keluar daripada khilaf.3.
Para Imam disunatkan untuk diam seketika selepas membaca surah al-fatihah untuk memberi
laluan kepada makmum untu membaca surah al-fatihah ketika solat jahar. Hal ini berdasarkan
hadith yang diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub berkata :” Terdapat 2 saktah (diam
seketika ) yang aku hafal daripada Rasulullah. Said bin Arubah bertanya kepada Qatadah
berkenaan dua kali diam, Qatadah menjawab,” Pertama: jika masuk ke dalam solat iaitu
sebelum membaca al-Fatihah, kedua : diam seketika jika seseorang itu telah selesai membaca
al-fatihah. 4
ين لك يوم ٱلد ـ م
ر ط ٱلمستقيم ٱهدنا ٱلص
اك نستعين اك نعبد وإي إي
الين صر ط ٱلذين أنعمت عليهم غير ٱلمغضوب عليهم وال ٱلض
HADITH 3
membicarakan tentang ruku’
Dari Abu Humaid:
ركع وإذا منكبيه حذاء يديه جعل كبر إذا رأيته وسلم عليه الله صلى الله رسول لصلاة أحفظكم كنت أنا
ظهره هصر ثم ركبتيه من يديه أمكن
“ اكو مليهت بلياو كتيك برتكبير، : هللااكو اداله اورڠ يڠ ڤاليڠ حافل دڠن صالةڽ رسول
مك بلياو مڠڬيڠڬم ' جك بلياو روكو. بلياو مڠڠكت كدوا تاڠنڽ هيڠڬ سجاجر دڠن ڤوندقڽ
رت كدوا لوتوتڽ دان ملوروسكن ڤوڠڬوڠڽيا
ruku’ ialah seorang yang bersolat dengan membongkokkan badannya dengan kadar kedua2
tangannya sampai di kedua2 lututnya, 1 tanpa mengendurkan tubuhnya. 2. Termasuk juga di
dalam rukun ialah toma’ninah iaitu menenangkan seluruh anggota tubuh ketika ruku’. 3
sekurang2nya toma’ninah ialah mengucap satu Subhanallah.
Ruku’ yang paling sempurna ialah membongkok ke hadapan dengan menyamakan
belakangnya dengan tengkoknya sekira-kira jadilah seperti sekeping papan, serta meluruskan
kakinya iaitu betis dan paha dan dua tapak tangannya memegang dua lututnya serta
menjarangkan anak-anak jarinya.4
Meletakkan tangan di lutut
ketika ruku’, kita perlu meletakkan tangan kedua tangan ke lutut seperti yang diriwayatkan
oleh Salim Al-Barrad Al-Kufi,” kami pernah berjumpa dengan Abi Mas’ud dan bertanya,”
ceritakanlah kepada kami berkenaan solat Nabi Muhammad”:
Maksudnya : Lalu Beliau pun berdiri di hadapan kami sambil bertakbiratul ihram, ketika
beliau ruku’ beliau meletakkan kedua tapak tangannya pada kedua lututnya. Dan beliau
meletakkan jari –jemarinya lebih rendah daripada itu. Beliau juga merenggangkan kedua
sikunya sehingga menampakkan badannya menjadi rata. (Riwayat Nasaie, 182 juz 6 ) 5
Saidina Abu Humaid As-Saidi berkata :
“Apabila Baginda ruku’, baginda menetapkan telapak tangannya kepada kedua lututnya. Dan
baginda menceraikan antara jari-jemarinya.” (Riwayat Ibnu Hibban m/s 248 juz 5 ) 6
Menegakkan tulang sulbi
Imam Tirmizi berkata :
Menjadi amalan para ulama dalam kalangan sahabat Rasulullah dan ulama selepas mereka
bahawa setiap orang yang melakukan solat hendaklah menegakkan tulang sulbinya ketika
ruku’ dan sujud.
Imam Al-Hafiz Iraqi berkata , “ Jika seseorang yang melakukan solat itu tidak
membongkokkan diri untuk melakukan rukuk dan hanya menunduk sedikit sehingga tangan
mencecah kedua lututnya maka ia bukanlah satu ruku’.
Imam Haramain berkata ,” Jika bengkokkan yang dilakukan oleh seseorang itu dicampur
dengan gerakan2 yang lain sedangkan dia mampu meletakkan tapak tangan pada kedua
lututnya maka ruku’nya tidak dikira.
Konklusinya, kita dapat fahami bahawa perlunya merapatkan tangan ketika memegang lutut.
Begitu juga pendapat Maulana Zakariyya dalam kesempurnaan solat bahawa perlunya
merenggangkan jari ketika ruku’ dan merapatkan jari ketika sujud.
HADITH 4
membicarakan tentang sujud
عن ابن عباس أن رسول هللا
عليه وسلمصلى هللا قال أمرت أن أسجد على سبعة أعظم
حلين الجبهة وأشارىيده على أنفه واليدين والرياب وال الشعر وأطراف القدمين وال نكفت الث
: دري ابن عباس ، كاتڽ
" رسول هللا صلى هللا عليه وسلم برسبدا بهاواسڽ :
ساي دڤراينتهكن سوڤاي سوجود دڠن توجوه اڠڬوتا"
ايايت داهي، سمبيل منونجوقكن ك هيدوڠڽ، دوا تاڠن
.دوا كاكي دان هوجوڠ دوا تلڤق كاكي
دان كامي دالرڠ مالڤيسي داهي دڠن ڤاكاين يڠ دڤاكاي
اتاو دڠن رمبوت يڠ تروراي
Sujud iaitu wajib tersentuh sebahagian daripada dahi akan tempat sujud dengan membertakan
sedikit ( menekan ) kepalanya di tempat sujud. Wajib meletakkan anggota2 sujud di tempat
sujud dan wajib meninggikan punggung daripada kepala dan bahu. Sujud juga wajib
dilakukan pada setiap rakaat dengan 2 kali sujud beserta toma’ninah.. 1
jika terdapat sesuatu di atas kepala seperti serban, kopiah atau rambut yang panjang dan dia
tidak sujud pada mana2 bahagian dahinya, maka solatnya itu tidak sah. 2 Hal ini berdasarkan
dalil :
“ Dan dia hendaklah merapatkan bersujud sehingga merapatkan mukanya.” Dalam riwayat
lain : “ merapatkan dahinya.” (Riwayat Abu Daud m/s 227 juz 1)
Imam Nawawi berkata :
“ Para sahabat telah membuat aduan tentang dahi dan tapak tangan mereka yang kepanasan (
padang pasir ). Jika merapatkan dahi itu tidak wajib hukumnya, pasti baginda akan
mengatakan pada mereka. “tutuplah dahi dan tapak tangan kamu.”3
berdasarkan keterangan di atas, kita dapat ketahui bahawa pentingnya meletakkan dahi dan
tapak tangan ketika sujud. Selain itu, ketika sujud, penting juga untuk kita perhatikan
berkenaan hujung jari kaki yang perlu ditekan ke dalam seperti dalam gambar :
Bagi lelaki, disunatkan untuk merenggangkan kedua2 lutut, 2 tapak kaki, perut daripada peha
dan siku daripada rusuk. Manakala bagi perempuan disunatkan sebaliknya. 4
Pendapat Para imam 4 mazhab
HADITH 5
membicarakan tentang duduk antara dua sujud
ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا ثم ثم اسجد حتى تطمئن ساجدا ثم ارفع حتى تطمئن جالسا
افعل ذلك في صلتك كلها
“ بنر سوجود، اللو اڠكت ﴿كڤاالمو﴾ اونتوق دودوق هيڠڬ -ستله ايت سوجودله سمڤأي بنر
بنر سوجود، كمودين الكوكنله سڤرتي -بنر دودوق، ستله ايت سوجودله سمڤأي بنر-بنر
وه صالة ﴿ركعة﴾ موچارا ترسبوت د سلور
duduk antara dua sujud beserta toma’ninah merupakan rukun yang ke 8. Setelah sujud, kita
perlu duduk sekejap di antara 2 sujud.1 apabila duduk di antara dua sujud, tempoh masanya
paling lama sekurang2nya tasyahud. 1
Duduk iftirasy iaitu duduk di atas buku kaki kiri dengan mengenakan belakang kaki kiri itu
ke bumi, dan mendirikan tapak kaki seperti dalam gambar :
Selain itu, terdapat juga duduk istirahah iaitu duduk sebentar selepas sujud kedua pada rakaat
pertama dan ketiga sebelum bangun untuk teruskan solat. Hal ini melibatkan solat 4 rakaat
sahaja. Ketika ingin bangun untuk rakaat seterusnya, hendaklah dengan tangan terbuka
bukannya dengan menggunakan penumbuk. Makruh menggunakan penumbuk seperti orang
yang membuat adunan tepung kerana apabaila kita rujuk kembali hadith berkaitan dengan
solat, menetapkan bahawa menggunakan tangan dalm semua keadaan solat adalah dengan
tapak tangan
Rumusan
berdasarkan hadith2 yang telah diterangkan di atas, kita dapat fahami bahawa terdapat
banyak pendapat para ulama’ dalam sesuatu hukum. Pendapat ini bukanlah satu perkara yang
asing berdasarkan satu kata2 yang masyhur “ perbezaan pendapat itu satu rahmat” . walaupun
kata2 oini terdapat sedikit kontroversi kerana ada yang mengatakan bahawa ia bukanlah
hadith Nabi dan hanyalah kata2 para ulama. Menurut syeikh nuruddin banjari, walaupun ia
bukan hadith tetapi maksudnya tepat dengan keadaan yang sebenar.
Saya membincangkan persoalan niat, bacaan al-fatihah, ruku’,sujud dan duduk di antara dua
sujud. Berkenaan persoalan niat, kita dapat ketahui bahawa niat merupakan asas kepada
sesuatu perbuatan. Apatah lagi jika dalam ibadah, niata dapat membezakan antara adat dan
ibadah. Selain itu, niat juga boleh membesarkan perkara yang kecil dan mengecilkan perkara
yang besar.
bacaan al-fatihah merupakan rukun dalam solat yang mana ramai di antara kita tidak
menyedari betapa pentingnya membaca al-fatihah dengan betul dan tepat. Saya berani
mengatakan bahawa kadang2 para imam juga ada yang tidak betul bacaan al-fatihah. Hal ini
akan memberi kesan kepada solat yang dikerjakan. Lebih malang lagi apabila ditegur,
melenting dan memarahi orang yang menegurnya. Saya merasakan, pentingnya bacaan Al-
Fatihah ini dibetulkan ketika masih di zaman sekolah lagi.
Berkaitan ruku’ beserta toma’ninah pula, rukun ini amat penting terutama apabila kita dapat
lihat, ada segelintir manusia yang solat seperti ayam yang sedang mematuk. Maksud daripada
kata2 itu ialah ruku’ tanpa toma’ninah dan sangat laju pergerakannya. Sedangkan jika kita
rujuk dalam kitab fiq, sekurang2nya bacaan satu subhanallah untuk toma’ninah. Selain itu,
posisi terbaik dan menepati sunnah ialah meluruskan belakang badan. Tetapi bagi yang tidak
mampu, cukuplah sekadar membongkokkan badan dan tangan memegang lutut.
Sujud merupakan amalan yang menunjukkan betapa hinanya dan rendahnya kita. Hal ini
merupakan satu tarbiah daripada Allah untuk hati kita. Terdapat juga sebilangan yang sujud
seperti anjing sedang duduk. Hal ini mendapat tegahan daripada Nabi . ketika sujud juga kita
perlu toma’ninah. Dalam hadith nabi juga ada disebutkan bahawa orang yang ruku’ dan sujud
tidak sempurna akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan bukan umat Rasulullah.
Hal ini bukan satu perkara yang main2.
Di antara dua sujud itu, terdapat duduk sebentar dalam keadaan duduk iftirasy dengan duduk
di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Inilah yang diajarkan oleh Rasulullah. Maulana
Zakariyya pernah ditanya mengapakah sujud dua kali dan duduk hanya sekali? Beliau
menjawab “ perumpamaan sujud yang pertama ialah kita dilahirkan ke dunia dan
perumpamaan sujud kedua itu ialah kita kembali menghadap Allah. Duduk di antara 2 sujud
itu ialah kehidupan dunia”. Subhanallah, Allah didik kita sebegitu hebat dalam ibadah solat
bagi yang menyedarinya.
Rumusan yang dapat saya berikan ialah marilah kita merenung nasihat daripada imam habib
abdullah Haddad yang berkata,” menjaga solat dan solat itu satu perkara yang berbeza”.
Berdasarkan kata2 itu, kita dapat fahami bahawa kita perlulah belajar untuk
menyempurnakan solat kita sebaik mungkin supaya mirip dengan cara nabi Muhammad.
Nota Hujung pengenalan.
1. M/s 5 , Syeikh Ibnu Qudamah Al-Hanbali (1992) Al-Mughni , Al-Hijr Kaherah
2. M/s 74, Dr Abdul Basit Abdul Rahman(2012) Keindahan Islam ,Hikmah di sebalik
Syariat, Telaga Biru Sdn Bhd
3. M/s 54-55 , Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab
Syafie, Mawleed Publishing Sdn Bhd
4. M/s 59, Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab Syafie,
Mawleed Publishing Sdn Bhd
5. M/s 75, Dr Abdul Basit Abdul Rahman(2012) Keindahan Islam ,Hikmah di sebalik
Syariat, Telaga Biru Sdn Bhd
6. M/s 310, Syeikh Syed Abdul Majid Ghouri (2012) Mu’jam Mustolah Hadhitiah ,
Darul Syakir Enterprise
Nota Hujung rukun solat
1. M/s 652, Dr Wahbah Zuhaili (1994) Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 1, Dewan
Bahasa Pustaka
2. M/s 122, Syeikh Abdul Rahman Al-Jazairi (2005), Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Arba’ah
Jilid 1, Dar-Alghad, Mesir
3. M/s 652, Dr Wahbah Zuhaili (1994) Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 1, Dewan
4. Bahasa Pustaka
M/s 122, Syeikh Abdul Rahman Al-Jazairi (2005), Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Arba’ah
Jilid 1, Dar-Alghad, Mesir
5. M/s 58, Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab Syafie,
Mawleed Publishing Sdn Bhd
6. M/s 182,Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab Syafie,
Mawleed Publishing Sdn Bhd
7. m/s 283,
Nota Hujung Hadith 1
1. M/s 15, Dr Musthofa Bugho dan Muhyiddin Misto( 1998), Al-Wafi Syarah Hadith 40
Imam Nawawi,Pustaka Salam Sdn Bhd.
2. M/s 61, Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab Syafie,
Mawleed Publishing Sdn Bhd
3. M/s. 19, Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani (2009) Fathul Bari Jilid 1, Penjelasan Sahih
Bukhari terjemahan dalam Bahasa Indonesia, Pustaka Azzam
Nota Hujung Hadith 2
1. M/s 458 , Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani (2009) Fathul Bari Jilid 1, Penjelasan Sahih
Bukhari terjemahan dalam Bahasa Indonesia, Pustaka Azzam
2. M/s 139, Ustaz Mohd Rahim Jusoh (2012) Tajwid Al-Huruf dan Mengenal Waqaf, Pustaka
Khodim al Mushaf
3. M/s 209 , Sheikh Abdul Qadir Rahbawi (1996) Solat 4 Mazhab , Pustaka Victory Agencie
4. M /s 124, Dr Hassan Ali As-Saqqaf Al-Hasyimi (2010) Sifat Solat Nabi yang Sahih, Pro
Inside Entreprise.
Nota Hujung hadith 3
1. m/s 138, Dr Musthofa Bugho,Dr Musthofa Khin dan Ali-Syarbaji (1998) Terjemahan Fiqh
Manhaji, Pustaka Salam.
2. M/s 211, Sheikh Abdul Qadir Rahbawi (1996) Solat 4 Mazhab , Pustaka Victory Agencie
3. M/s 231 , Dr Wahbah Al-Zuhaili (2008) Fiqh Syafie Muyassar , Penerbit AlMahira.
4. M/s 101, Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab Syafie,
Mawleed Publishing Sdn Bhd
5. M/s 168, Dr Hassan Ali As-Saqqaf Al-Hasyimi (2010) Sifat Solat Nabi yang Sahih, Pro
Inside Entreprise.
6. M/s 176, Dr Hassan Ali As-Saqqaf Al-Hasyimi (2010) Sifat Solat Nabi yang Sahih, Pro
Inside Entreprise.
Nota Hujung Hadith 4
1. M/s 119, Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab Syafie,
Mawleed Publishing Sdn Bhd
2. M/s 193 , Hassan Ali As-Saqqaf Al-Hasyimi (2010) Sifat Solat Nabi yang Sahih, Pro
Inside Entreprise.
3. M/s 194 Dr Hassan Ali As-Saqqaf Al-Hasyimi (2010) Sifat Solat Nabi yang Sahih, Pro
Inside Entreprise
4. M/s 124, Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab Syafie,
Mawleed Publishing Sdn Bhd
Nota hujung Hadith 5
1. M/s 144, Dr Musthofa Bugho,Dr Musthofa Khin dan Ali-Syarbaji (1998) Terjemahan
Fiqh Manhaji, Pustaka Salam
2. M/s 134- 136 , Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab
Syafie, Mawleed Publishing Sdn Bhd
Rujukan
-Imam Zabidi (2004) Mukhtasar Sahih Bukhari, Crescent News
-Imam Munziri (2004) Mukhtasar Sahih Muslim, Crescent News
- Syeikh Abdul Rahman Al-Jazairi (2005), Al-Fiqh ‘Ala Mazahib Arba’ah Jilid 1, Dar-
Alghad, Mesir
- Syeikh Khatib Syarbini, Mughni Mutaj Syarah Minhajul Tolibin
- Imam Nawawi, Minhaj Syarah Sahih Muslim
- Syeikh Imam Badruddin Al ‘Aini (2002) , ‘Umdatul Qari syarah Sahih Bukhari Jilid 1,
Darul Fikr
- Syeikh Ibnu Qudamah Al-Hanbali (1992) Al-Mughni , Al-Hijr Kaherah
- Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani (2009) Fathul Bari , Penjelasan Sahih Bukhari terjemahan
dalam Bahasa Indonesia, Pustaka Azzam
- Ustaz Mohd Rahim Jusoh (2012) Tajwid Al-Huruf dan Mengenal Waqaf, Pustaka
Khodim al Mushaf
- Ustaz Muhadir bin Haji Joll(2011) Solat Nabi SAW menurut Mazhab Syafie, Mawleed
Publishing Sdn Bhd
- Dr Musthofa Bugho,Dr Musthofa Khin dan Ali-Syarbaji (1998) Terjemahan Fiqh
Manhaji, Pustaka Salam
- Dr Hassan Ali As-Saqqaf Al-Hasyimi (2010) Sifat Solat Nabi yang Sahih, Pro Inside
Entreprise
- Dr Wahbah Al-Zuhaili (2008) Fiqh Syafie Muyassar , Penerbit AlMahira
- Dr Wahbah Zuhaili (1994) Fiqh dan Perundangan Islam Jilid 1, Dewan Bahasa Pustaka
- Sheikh Abdul Qadir Rahbawi (1996) Solat 4 Mazhab , Pustaka Victory Agencie
- , Dr Abdul Basit Abdul Rahman(2012) Keindahan Islam ,Hikmah di sebalik Syariat,
Telaga Biru Sdn Bhd