fiqh ibadat " solat-solat sunat" topik 6

Upload: nooridzam

Post on 04-Nov-2015

206 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

Pengertian solat sunat,bahagiannya dan jenis-jenis solat sunat

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Dalam topik keempat dan kelima kita telah membincangkan hal-hal berkaitan dengan solat fardu. Dalam topik keenam ini kita akan membincangkan pula tentang solat sunat. Solat sunat merupakan solat yang dilakukan oleh seseorang muslim dengan kerelaan hati, sama ada dilakukan pada waktu siang ataupun pada waktu malam. Solat sunat disyariatkan sebagai pelengkap bagi kekurangan yang mungkin timbul dalam solat fardu. Di samping itu juga, solat sunat mengandungi kelebihan yang tidak terdapat dalam ibadat-ibadat yang lain. Mengikut Mazhab Syafie, solat sunat terbahagi kepada dua bahagian, iaitu solat sunat secara berjemaah dan solat sunat secara bersendirian.

    TTooppiikk

    66 Solat-solat

    Sunat HASIL PEMBELAJARAN

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Mengenal pasti dua jenis solat sunat bersendirian; dan

    2. Menyatakan empat jenis solat sunat berjemaah.

    AKTIVITI 6.1

    Sila buat pemerhatian sekurang-kurangnya di lima buah masjid dan perhatikan solat sunat mana yang dilakukan oleh jemaah secara majoriti: sunat qabliah atau sunat ba`diah.

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

    94

    SOLAT SUNAT SECARA BERSENDIRIAN

    Dalam Islam, terdapat dua bentuk solat sunat. Pertamanya, solat sunat yang dilakukan secara bersendirian dan satu lagi ialah solat sunat yang dilakukan secara berjemaah. Kedua-duanya akan dibincangkan di subtopik seterusnya. Kita mulai dengan solat sunat secara bersendirian. Solat sunat secara bersendirian terbahagi kepada dua (rujuk rajah 6.1).

    Rajah 6.1: Dua jenis solat sunat secara bersendirian

    Subtopik seterusnya akan membincangkan apakah yang dimaksudkan dengan solat sunat yang mengiringi solat fardu (rawatib) dan solat sunat yang berasingan daripada solat fardu.

    6.1.1 Solat Sunat Mengiringi Solat Fardu (Rawatib)

    Solat sunat ini terbahagi kepada dua jenis. Rajah 6.2 berikut menunjukkan dua jenis solat sunat mengiringi solat fardu (rawatib).

    6.1

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT 95

    Rajah 6.2: Solat sunat Rawatib (solat sunat yang mengiringi solat fardu)

    Bersandarkan hadis riwayat Muslim dan al-Bukhari daripada Ibnu Umar meriwayatkan maksudnya: Aku hafaz daripada Nabi Muhammad s.a.w. (solat sunat muakkad) 10 rakaat: 2 rakaat sebelum dan selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib dilakukan di rumah dan dua rakaat selepas Isyak dilakukan di rumah dan dua rakaat sebelum solat Subuh.

    6.1.2 Solat Sunat Berasingan daripada Solat Fardu

    Solat sunat bersendirian adalah solat sunat berasingan daripada solat fardu (rujuk Rajah 6.3).

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

    96

    Rajah 6.3: Solat sunat berasingan daripada solat fardu

    (a) SSolat Sunat Witir

    Solat sunat witir ertinya solat ganjil yakni solat sunat yang dikerjakan sama ada satu, tiga, lima, tujuh, sembilan atau 11 rakaat pada waktu malam. Solat sunat ini adalah solat yang menjadi penutup bagi solat malam. Solat sunat witir amat digalakkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan Baginda gemar mengerjakannya. Malah, pernah diriwayatkan oleh Tirmidhi dalam hadis daripada Ali berkata:

    !" "

    Maksudnya: Witir itu bukan seperti solat-solat fardu tetapi sunat yang dibiasakan oleh Rasulullah SAW. Ijma ulama telah bersepakat mengenai waktu menunaikan solat witir bermula dari selepas menunaikan solat Isyak sehingga masuknya waktu Subuh dan baik untuk dilaksanakan dalam bulan Ramadan ataupun dalam bulan-bulan lain.

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT 97

    Terdapat dalam riwayat Abu Daud bahawa Abdullah bin Qays berkata:

    #$ %&! ' !( ) ' ' !( #!* +! ,- .!' /* #0! 1 #* 23' 4 !( )56- .! 78 ) #!* 9 :' /

    :!"; $

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

    98

    Maksudnya: Dan bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat tahajud padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

    (Surah al-Isra, 17:79)

    Waktu melakukan solat tahajud adalah selepas seseorang menunaikan solat Isyak sehingga terbitnya fajar. Berdasarkan ayat daripada surah al-Isra ini, maka sunat tahajud dapat dilakukan sama ada pada awal malam, pertengahan malam ataupun akhir malam, asalkan dilakukan selepas menunaikan solat Isyak.

    Bagaimanapun, sepanjang malam ada waktu yang paling baik untuk solat tahajud ialah pada waktu terakhir satu pertiga malam. Ini disabdakan oleh Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

    @A- 4 +; 3B ) CD E+F- GH !0A /!I JK ) J!5 !" L"-6=$; @6M,- 4 N$; O$,- 4 PQ$;

    Maksudnya: Allah turun ke langit dunia setiap satu pertiga akhir malam, lalu berseru; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, pasti Aku akan kabulkan, sesiapa yang meminta; pasti Aku akan berikan dan sesiapa yang memohon ampun, pasti Aku akan ampuninya.

    (c) SSolat Sunat Dhuha

    Solat sunat dhuha ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu matahari sedang naik atau pada waktu dhuha. Dinamakan solat dhuha kerana anjuran perlaksanaannya pada waktu dhuha yang lazimnya mengikut hitungan jam iaitu kira-kira setengah jam selepas masuknya waktu syuruk. Solat sunat dhuha ini dilaksanakan sekurang-kurangnya dua rakaat dan boleh dikerjakan sebanyak empat, enam, lapan dan dua belas rakaat. Hadis diriwayatkan oleh Muslim daripada Aisyah berkata:

    .! #!* %&! /!R !4 A-L- !5' EST E- Maksudnya: Daripada Aisyah bahawasanya Rasulullah s.a.w. sembahyang dhuha sebayak empat rakaat dan kadang-kadang lebih daripada itu.

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT 99

    (d) SSolat Sunat Tahiyyatul Masjid Masjid adalah rumah Allah s.w.t. dan ia berperanan sebagai pusat ibadah. Oleh itu, apabila umat Islam memasuki masjid mereka sebenarnya memasuki rumah Allah yang penuh dengan rahmat dan keberkatanNya. Bagi mendapatkan rahmat dan keberkatan yang lebih, jemaah yang memasuki masjid dan hendak duduk di dalamnya, disunatkan untuk mengerjakan solat tahiyyatul masjid sebanyak dua rakaat terlebih dahulu. Banyak hadis sahih mengenai solat sunat tahiyyatul masjid. Salah satu daripadanya adalah diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Qatadah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

    G5 U- VH W9 ; AQ, AH' )3X 8Y; Maksudnya: Apabila salah seorang daripada kamu masuk ke dalam masjid, janganlah dia duduk sebelum solat dua rakaat.

    (e) SSolat Sunat Taubat

    Solat taubat adalah solat yang dilakukan oleh seseorang kerana bertaubat kepada Allah s.w.t. atas sesuatu dosa atau kesalahan yang dilakukan. Imam al-Tirmidhi menyatakan dalam kitab sunannya, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar katanya:

    !* ' Z !F08 P0[- )> 4 !4 +- E #5I 6= BK 6M,- Z N; :+-

    Maksudnya: Tidaklah daripada seorang yang berbuat dosa kemudian terus berwuduk lalu mengerjakan solat dua rakaat kemudian memohon ampun kepada Allah melainkan Allah akan mengampuninya.

    (f) SSolat Sunat Istikharah

    Sembahyang sunat istikharah ialah solat memohon kepada Allah s.w.t. agar diberikan petunjuk bagi memilih yang terbaik terhadap sesuatu perkara. Ini adalah kerana keputusan yang hendak diambil masih ragu-ragu atau bimbang sama ada perkara yang hendak dipilih itu baik ataupun sebaliknya. Memandangkan Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui yang mana yang baik ataupun tidak, maka tidak salah untuk kita memohon petunjuk dariNya.

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

    100

    Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Jabir bin Abdullah katanya:

    !"\5- E .! !* !\" AH' ] 8K +- . ^+ 4 , !"\5- !\ ! 4B _ !`B! Ua; 4b

    Z T-6 a= 4 G5)+

    Maksudnya: Daripada Jabir r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah mendengar kami memohon petunjuk (istikharah) terhadap setiap urusan, sebagaimana Baginda mengajar kami surah al-Quran. Baginda bersabda: Apabila salah seorang daripada kamu hendak mengerjakan sesuatu perkara hendaklah kerjakan solat dua rakaat selain daripada solat fardu, kemudian berdoa:

    Maksudnya: Ya Tuhanku, aku memohon petunjuk yang baik dengan pengetahuan Mu, dan aku mohon diberi kekuatan dengan kekuatan Mu, dan aku memohon kemurahan Mu yang Maha Agung kerana Engkau Maha Kuasa sedang aku tidak kuasa dan Engkau mengetahui sedang aku tidak mengetahui, Engkau Maha Tahu perkara yang tersembunyi. Wahai Tuhanku, jika menurut pengetahuan Mu pekerjaan ini baik bagi agamaku, bagi kehidupanku, dan akibat selepasnya, maka berilah aku kesanggupan untuk melaksanakannya serta mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikan aku keberkatan padanya. Dan jika menurut pengetahuan Mu perkara ini tidak baik bagi agama,

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT 101

    kehidupan serta akhir kesudahannya, maka jauhilah ia dariku, serta gantilah bagiku dengan yang lebih baik darinya, kemudian jadilah aku orang yang reda dengan pemberian itu.

    Solat istikharah boleh dibuat pada waktu siang ataupun malam; asalkan tidak mengerjakannya pada waktu-waktu yang dilarang untuk mengerjakan solat-solat sunat.

    (g) SSolat Sunat Hajat Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang dikerjakan kerana mempunyai sesuatu hajat yang penting mahupun hajat biasa baik hajat itu berkaitan hubungan sesama manusia mahupun hubungan dengan Allah SWT. Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah daripada Uthman bin Hunaif katanya:

    .!\c dX !+; E e" ' F -< > .' 1"H $

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

    102

    Imam Ghazali membezakan solat sunat tasbih yang dilakukan pada waktu siang dengan malam. Menurut beliau, sekiranya dikerjakan pada waktu siang, maka hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan satu salam; namun, jika dikerjakan pada malam hari ia hendaklah dibuat dua rakaat kemudian salam dan tambah dua rakaat lagi. Dasar perlaksanaan solat tasbih adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Ibn Abbas r.a. berkata: Maksudnya: Daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: Wahai bapa saudaraku, aku ingin memberi hadiah khusus untukmu. Apabila kamu melakukannya kamu akan diampuni segala dosamu yang lama dan baru, sengaja atau tidak sengaja, besar atau kecil dan yang tersembunyi atau nyata oleh Allah, iaitu lakukanlah solat empat rakaat, setiap rakaat

    dibaca al-Fatihah dan surah lain, apabila selesai bacalah A\i .!SFj' B B lima belas kali, kemudian kamu rukuk dan bacalah ia sepuluh kali. Apabila bangun dari rukuk bacalah lagi sepuluh kali kemudian apabila sujud bacalah lagi 10 kali. Apabila bangun dari sujud bacalah 10 kali kesemuanya berjumlah tujuh puluh lima kali tasbih setiap rakaat. Lakukanlah ia setiap hari jika kamu mampu, jika tidak setiap hari Jumaat, jika tidak sebulan sekali, jika tidak setahun sekali dan jika tidak mampu sekali seumur hidup.

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT 103

    SOLAT SUNAT SECARA BERJEMAAH

    Sekarang kita akan membincangkan solat sunat yang dilakukan secara berjemaah. Solat ini juga dilakukan secara bersendirian, tetapi digalakkan supaya dilakukan secara berjemaah (rujuk Rajah 6.4). Pada kebiasaannya, solat-solat ini dilakukan secara berjemaah. Contohnya, solat tarawih. Jarang sekali kita dapati orang melakukan solat tarawih seorang diri di rumah.

    Rajah 6.4: Solat yang digalakkan berjemaah

    6.2

    AKTIVITI 6.2

    1. Bincangkan perbezaan antara qiamullail dengan solat tahajud.

    2. Ceritakan pengalaman anda yang paling menyentuh perasaansewaktu melakukan solat tahajud. Ceritakan pengalaman oranglain yang anda ketahui semasa melakukan qiamullail.

    3. Anda diminta untuk mencari maklumat di laman-laman webmengenai pandangan fuqaha terhadap cara menunaikan solathajat: berjemaah dan berseorangan.

    4. Huraikan perbezaan antara solat tasbih yang dilakukan di waktusiang dengan solat tasbih yang dilakukan di waktu malam.

    5. Rumuskan pendapat fuqaha mengenai hukum solat tasbih dalamhujah mereka, kemudian kemukakan pendapat terhadap pilihananda.

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

    104

    Antara solat sunat yang digalakkan secara berjemaah ialah:

    6.2.1 Solat Sunat Tarawih

    Qiyam Ramadan atau disebut solat tarawih sunat dikerjakan oleh lelaki mahupun wanita. Perkataan Tarawih bermaksud mengambil kerehatan kerana Rasulullah s.a.w. sembahyang empat rakaat sambil berehat. Waktu mengerjakannya antara selesai solat isyak sehingga waktu subuh dalam bulan Ramadan. Solat tarawih juga merupakan solat yang digemari oleh Rasulullah s.a.w. Baginda menganjurkan supaya mengerjakannya secara berjemaah. Riwayat Muslim yang dijelaskan oleh Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda:

    F08 4 :A+ !4 6= !!,H !0!kK .!T4 :!* 4 Maksudnya: Barangsiapa berdiri (solat malam) dalam bulan Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka akan diampunkan dosa-dosa sebelumnya. Bilangan rakaat solat tarawih ada yang berpendapat mengatakan 11 rakaat, mengikut sunnah Rasulullah s.a.w. seperti yang tersebut dalam hadis Muslim daripada Aisyah berkata:

    5 % lAHK E 2a= _ B .!T4 _ A-L- .! !4

    Maksudnya: Tidaklah Rasulullah s.a.w. menambah rakaat di bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan lainnya lebih daripada sebelas rakaat.

    Ada sesetengah pendapat mengatakan bilangannya 20 rakaat.

    6.2.2 Solat Sunat Hari Raya

    Umat Islam seluruh dunia menyambut dua hari raya dalam kalendar Islam iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Solat pada dua Hari Raya tersebut disyariatkan berdasarkan kepada riwayat oleh Muslim daripada Ummu Atiyyah katanya:

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT 105

    .! !04' f8 mi n5 So .' X ap .A%- L5; mi !4$; Ap B !0AHK !- #* G\,

    !h!F> 4 !3' !,F !* q!F> !r .- Maksudnya: Rasulullah s.a.w. memerintahkan kami pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha supaya membawa wanita-wanita muda dan para gadis dan wanita sedang haid dan dalam pingitan supaya keluar (untuk solat). Adapun wanita haid mereka tidak ikut solat, tetapi turut merayakan serta mendoakan bersama-sama kaum muslimin. Saya berkata kepada Rasulullah: Salah seorang kami tidak ada baju untuk dipakai. Jawab Rasulullah: Saudaranya mestilah memakaikannya jilbabnya.

    Solat pada Hari Raya dikerjakan dua rakaat seperti solat sunat fajar tanpa azan dan iqamah. Waktu mengerjakan solat Hari Raya Aidil Adha ialah dari matahari terbit sampai matahari naik kira-kira setinggi galah dan untuk Hari Raya Aidil Fitri pula waktunya adalah sejak matahari setinggi galah sampai condongnya matahari ke arah barat.

    6.2.3 Solat Sunat Gerhana Bulan dan Matahari

    Perkataan kkhusuf () dan kkusuf () adalah berkaitan istilah gerhana bulan dan gerhana matahari. Dalam al-Tanzil dikatakan bahawa istilah khusuf adalah untuk bulan, manakala istilah kusuf untuk matahari.

    Hukum mengerjakan solat gerhana adalah sunat muakkadah, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Muslim:

    L;!; !]\-' 8Y; !i B AH' f .!6,s B f!-^ 4 .!-^ \+ W\% .K Maksudnya: Bahawa matahari dan bulan itu dua tanda daripada tanda kekuasaan Allah. Matahari dan bulan tidak gerhana kerana matinya seseorang dan bukan kerana hidupnya seseorang. Kalau kamu lihat gerhana itu hendaklah kamu segera kerjakan solat.

    Dari segi bilangan rakaat, jumhur sepakat mengatakan solat gerhana bulan dan gerhana matahari dilakukan sebanyak dua rakaat. Ada juga yang berpendapat bilangannya tertakluk kepada bilangan rakaat solat yang dikerjakan sebelum gerhana berlaku. Umpamanya apabila gerhana itu berlaku selepas subuh, maka

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT

    106

    rakaat solat gerhana ialah dua rakaat seperti bilangan rakaat solat subuh. Seterusnya apabila berlaku gerhana selepas Zohor maka bilangan rakaatnya adalah empat rakaat.

    6.2.4 Solat Sunat Istisqa

    Hujan dan kemarau merupakan ketentuan Allah s.w.t. dan tiada sesiapa yang dapat mengubahnya kecuali Dia. Oleh yang demikian, jika kemarau datang melanda maka disunatkan bersolat istisqa iaitu solat minta hujan. Solat sunat ini dikerjakan tanpa azan dan tanpa iqamat. Anjuran mengerjakannya sebagaimana terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari daripada Abdullah bin Zaid katanya:

    Z +,,- [] JK e" t3 !* A-u AF 2/X P* F+ )F+

    Maksudnya: Daripada Abdullah bin Zaid katanya: Nabi s.a.w. keluar pergi ke tempat sembahyang untuk minta hujan. Baginda mengadap kiblat, lalu solat dua rakaat dan membalikkan jubahnya.

    Dalam Islam, terdapat dua bentuk solat sunat. Pertamanya, solat sunat yang

    dilakukan secara bersendirian dan satu lagi ialah solat sunat yang dilakukan secara berjemaah.

    SEMAK KENDIRI 6.2

    Terangkan bila dan bagaimana solat-solat ini ditunaikan:

    (a) Solat tarawih

    (b) Solat kusuf

    (c) Solat khusuf

    (d) Solat istisqa

  • TOPIK 6 SOLAT-SOLAT SUNAT 107

    Solat sunat yang dilakukan secara bersendirian terbahagi kepada dua iaitu solat sunat yang mengiringi solat fardu (solat sunat rawatib) dan solat sunat berasingan daripada solat fardu.

    Bagi solat sunat rawatib, ia dibahagikan lagi kepada dua iaitu solat sunat muakkad dan solat sunat tidak muakkad.

    Solat sunat berasingan daripada solat fardu ada lapan. Antaranya ialah solat sunat witir, solat sunat tahajud, solat sunat dhuha dan solat sunat hajat.

    Solat sunat secara berjemaah pula ada empat jenis iaitu solat sunat tarawih, solat sunat hari raya, solat sunat istisqa' dan solat sunat gerhana bulan dan matahari.

    Khusuf Kusuf Muakkad Rawatib Solat istikharah

    Solat istisqa Solat tasbih Tahajud Solat tahiyyatul masjid

    Al-Nawawi. (t.t). Raudah al-talibin (Jld. 1). Beirut: Dar al-Kutub

    al-Ilmiyah.

    Al-Sayyid, Sabiq. (t.t). Fiqh al-sunnah (Jld. 1) Kaherah: Maktabah Dar al-Turath.

    Mustafa, al-Khin. (1987). al-Fiqh al-manhaji ala mazhab al-Imam al-Syafii. Damsyik: Dar al-Qalam.