reserch 2010 kkt

55
ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. PENGHARGAAN PENGENALAN TAJUK 2 - 5 2. PENYATAAN MASALAH HIPOTESIS MATLAMAT KAJIAN 6 - 9 3. OBJEKTIF KAJIAN 10 4. LITERATURE REVIEW 11 -12 5. METODOLOGI RESEARCH DESIGN SETTING/POPULATION & SAMPLE DATA COLLECTION TOOL 13 -15 6. RUJUKAN KAJIAN 16 7. LAMPIRAN KAJIAN QUESTIONNAIRE SURAT KEBENARAN KAJIAN GANTT CHART 17- 22 1

Upload: masliza-asma

Post on 18-Feb-2015

481 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

research

TRANSCRIPT

Page 1: reserch 2010 kkt

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA

SURAT

1. PENGHARGAANPENGENALAN TAJUK

2 - 5

2. PENYATAAN MASALAH HIPOTESIS MATLAMAT KAJIAN

6 - 9

3. OBJEKTIF KAJIAN 10

4. LITERATURE REVIEW 11 -12

5. METODOLOGI RESEARCH DESIGN SETTING/POPULATION & SAMPLE DATA COLLECTION TOOL

13 -15

6. RUJUKAN KAJIAN 16

7. LAMPIRAN KAJIAN QUESTIONNAIRE SURAT KEBENARAN KAJIAN GANTT CHART

17- 22

1

Page 2: reserch 2010 kkt

PENGHARGAAN

Bersyukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya,dapat juga kami

menyiapkan tugasan ‘Nursing Research’ yang bertajuk ‘Kajian Pengambilan Sarapan

Pagi Dalam Kalangan Jururawat Pelatih Kolej kejururawatan Taiping’ dengan

jayanya.Topik ini secara langsung dapat mengenalpasti faktor-faktor para pelatih

mengabaikan pengambilan sarapan pagi.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat baik secara

langsung mahupun tidak langsung dalam menyiapkan dan menjayakan kajian

ini.Dengan bantuan pihak berkenaan,terutamanya Pengarah Kolej Kejururawatan

Taiping,Puan Khaw Ean Seok kerana memberi kebenaran untuk membolehkan kajian

dilakukan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Mageyispery A/P S.V Ponniah selaku

pengajar subjek ‘Nursing Research NNRH 3122’ kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar

dan kepercayaan dalam menyiapkan kajian ini.

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada responden iaitu para pelatih Kolej

Kejururawatan Taiping kerana sudi meluangkan masa dan sedia memberi komitmen

dalam menjawab soalan yang diedarkan.

2

Page 3: reserch 2010 kkt

Tidak dilupakan,jutaan terima kasih dan setinggi tinggi ucapan terima kasih kepada

semua pengajar Kolej Kejururawatan Taiping kerana membantu pihak kami

menjayakan kajian penyelidikan ini.

Sekian,terima kasih

3

Page 4: reserch 2010 kkt

PENGENALAN TAJUK

Adakah anda tahu sarapan pagi amat penting untuk merangsangkan organ organ

tubuh yang tidak aktif pada waktu malam.Hidangan ini akan membekalkan kalori,

nutrient yang akan mengekalkan tahap metabolism asas yang tinggi,mengawal suhu

badan dan memelihara fungsi badan.

“Menurut kajian Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dengan kerjasama Nestle

(M) Berhad,pada tahun 2001 ke atas 12 000 murid sekolah rendah berumur (7-12

tahun) di seluruh Negara mendapati lebih 30% kanak-kanak tidak bersarapan dan

antara alasan yang diberikan adalah tidak cukup masa(48%),manakala antara mereka

tidak berselera(30%).

Walaupun jangka masa pengambilan sarapan pagi adalah singkat namun ia amat

mustahak untuk menguatkan fizikal dan mental.Seterusnya mampu membekalkan

tenaga untuk pelatih lebih giat berusaha dan bersedia mengharungi tugas-tugas serta

mudah menerima pengajaran yang disam[aikan oleh pengajar semasa sesi

pembelajaran.

“Menurut sumber kajian yang telah dijalankan oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada

2002 melaporkan bahawa 3000 sukarelawan di Amerika Syarikat, mendapati 78%

daripada mereka berjaya mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan itu

hasil pengambilan sarapan pagi setiap hari .Hasilnya juga mendapati pengambilan

4

Page 5: reserch 2010 kkt

sarapan pagi setiap hari adalah satu lumrah untuk mengekalkan penurunan berat

badan yang sihat.

Ramai pelatih yang tidak menyedari bahawa kekurangan pengambilan sarapan,dimana

pengabaian zat- zat makanan memberi kesan yang sangat merugikan dimana

menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan fizikal mental menjadi perlahan.”Kajian

yang telah dilakukan membabitkan 1500 perkampungan di Guatemala dari 1969 hingga

1997 mendapati lelaki yang diberi bubur nasi kaya khasiat sebelum umur 3 tahun

mempunyai pendapatan hidup 46% lebih tinggi dari kumpulan kawalan yang menerima

makanan kurang khasiat.

Kesimpulannya,memulakan hari dengan bersarapan penting bagi membantu

seseorang individu berfikir,merasa dan kelihatan lebih baik dalam menguruskan rutin

harian mereka.Ia juga penentu suasana untuk sepanjang hari itu.Seterusnya,melalui

kajian ini pengenalpastian tentang pengabaian sarapan oleh para pelatih dapat

diketahui oleh pengkaji.

5

Page 6: reserch 2010 kkt

PENYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti jumlah bilangan pelatih yang

mengambil sarapan pagi.Menurut satu penyelidikan yang telah dilakukan oleh Jurnal

Penyelidikan Obesiti pada tahun 2002 melaporkan bahawa 3000 sukarelawan di

Amerika Syarikat mendapati bahawa 78% daripada mereka berjaya mengurangkan

berat badan dan mengekalkan berat badan itu hasil pengambilan sarapan pagi setiap

hari.

Pemerhatian telah dilakukan secara kasar di Kolej Kejururawatan Taiping

berkaitan jumlah bilangan pelatih yang mengambil sarapan pagi adalah berkurangan

daripada jumlah yang mengabaikan pengambilan sarapan pagi.Kajian ini dilakukan bagi

mengetahui faktor-faktor yang mendorong pengabaian pengambilan sarapan pagi

dalam kalangan pelatih jururawat.

Sumber kajian penyelidikan di Fakulti Pendidikan UTM menunjukkan amalan

pengambilan sarapan pagi amat penting dari segi aspek kesihatan terutamanya dari

segi aspek perkembangan mental dan fizikal.Disini dapat dilihat,kepentingan

pengambilan sarapan pagi oleh pelatih jururawat untuk meningkatkan taraf kesihatan

yang optima.Jadi wajarlah kajian ini dilakukan untuk menghuraikan punca punca

pengabaian sarapan pagi.

6

Page 7: reserch 2010 kkt

Kajian ini perlu dilakukan kerana kajian tentang pengambilan sarapan pagi amat

relevan berdasarkan keperluan pelatih untuk menjalani tugas tugas harian sebagai rutin

harian.Kajian ini juga perlu dilakukan untuk meninggikan status kesihatan yang optima

dalam kalangan jururawat pelatih bagi menjalani sesi teori dan praktikal.

Kajian ini dilaksanakan dengan memerlukan pelatih sebagai sampling dan

questionnaire yang akan diedarkan sebagai data collection tool.Kajian ini juga

menjelaskan tentang permasalahan mengenai punca punca utama pengabaian sarapan

pagi.Setelah dianalisis punca punca utama pengabaian sarapan pagi dalam kalangan

jururawat adalah disebabkan pelatih bangun lewat,makanan yang disediakan tidak

menepati citarasa,diet dan menu yang disediakan tidak dipelbagaikan.

7

Page 8: reserch 2010 kkt

HIPOTESIS:

Jumlah bilangan pelatih Kolej Kejururawatn Taiping yang tidak

mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding jumlah yang

mengambil sarapan pagi.

8

Page 9: reserch 2010 kkt

MATLAMAT

Matlamat yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah untuk mengenalpasti bilangan

jururawat pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi.Selain itu,kajian ini juga bertujuan

mengenalpasti amalan harian pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat

pelatih.Di samping itu juga,melalui kajian ini juga pengkaji dapat mengenalpasti

jumlah/kekerapan pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih.Selain

itu juga,pengkaji dapat mengetahui punca punca mengapa pelatih tidak mengambil

sarapan pagi,seterusnya dapat mengenalpasti jenis jenis sarapan pagi yang diambil

oleh jururawat pelatih.Pengkaji juga dapat menyatakan cadangan untuk menggalakkan

pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih.Pengenalpastian bilangan

pelatih yang mempunyai kesedaran mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi

juga merupakan satu objektif yang ingin dicapai pengkaji.

9

Page 10: reserch 2010 kkt

OBJEKTIF KAJIAN

A. Objektif am:

Mengkaji tabiat pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat

pelatih

Kolej Kejururawatan Taiping.

B. Objektif spesifik:

1. Mengenalpasti kekerapan pengambilan sarapan pagi dalam tempoh/minggu di

kalangan jururawat pelatih.

2. Mengenalpasti jumlah pelatih jururawat yang tidak mengambil sarapan pagi.

3. Mengetahui faktor-faktor mengapa pelatih tidak mengambil sarapan pagi.

4. Mengenalpasti jenis-jenis sarapan pagi yang digemari jururawat pelatih

5. Mengenalpasti bilangan pelatih samada keluarga mempengaruhi tabiat

pengambilan sarapan pagi.

6. Mengenalpasti bilangan pelatih yang ada kesedaran mengenai kepentingan

sarapan pagi.

7. Menyatakan cadangan untuk menggalakkan pengambilan sarapan pagi dalam

kalangan jururawat pelatih.

10

Page 11: reserch 2010 kkt

LITERATURE REVIEW

Satu kajian oleh Jurnal Penyelidikan Obesiti pada tahun 2002 yang disiarkan di

dalam akhbar bertarikh 10 Mei 2010 yang bertajuk ‘Sarapan Pagi Penting Untuk

Kesihatan’ melaporkan bahawa 3000 sukarelawan di Amerika Syarikat mendapati 78%

daripada mereka berjaya mengurangkan dan mengekalkan berat badan itu hasil

pengambilan sarapan pagi setiap hari.“Hasilnya mendapati bahawa pengambilan

sarapan pagi setiap hari adalah satu bentuk lumrah untuk mengekalkan penurunan

berat badan yang sihat”.

Menurut kajian yang telah dilakukan dari Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia, nombor peralihan 8370, Pengurusan Pendidikan, tahun 2008,1 yang

berstatus dalam cdrom. Seramai 49 orang staf sokongan dipilih dari Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia untuk tujuan kajian ini. Instrument kajian yang digunakan

terdiri dari satu set soal selidik yang mengandungi 36 item soalan dan menggunakan

skala Likert. Kajian ini dikarang oleh Shamlah A/P Vistalingam dan diselia oleh En

Mohd Rizal bin Mohd Said. Tajuk kajian tersebut ialah persepsi staf sokongan Fakulti

Pendidikan , Universiti Teknologi Malaysia terhadap Amalan Sarapan Pagi.

Dalam kajian rintis, nilai alpha yang diperolehi adalah 0.859. data telah dianalisis

secara statistik diskriptif dengan menggunakan program statistical package for social

science (SPSS) 13.0 for Windows. Kajian mendapati, staf sokongan Fakulti Pendidikan

mengamalkan pengambilan sarapan pagi dan responden turut ,mempunyai

pengetahuan mengenai kepentingan pengambilan sarapan pagi.

11

Page 12: reserch 2010 kkt

Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa ramai staf sokongan sedar akan

kesan amalan pengambilan sarapan pagi kepada aspek kesihatan dan tugas yang

dilakukan. Kajian ini mencadangkan agar usaha-usaha dilakukan untuk

mempertingkatkan amalan pengambilan sarapan pagi agar amalan ini berterusan dan

seterusnya dapat melahirkan satu budaya yang mempunyai gaya hidup yang sihat.

12

Page 13: reserch 2010 kkt

METODOLOGI

RESEARCH DESIGN

Kajian mengenai pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih Kolej

Kejururawatan Taiping dilakukan secara descriptive dimana ia menerangkan fenomena

yang berlaku atau mengkaji perhubungan antara variables. Kajian ini melibatkan

independent variables iaitu penyebab masalah berlaku dan dependent variables iaitu

kesan akibat penyebab masalah.

Reka bentuk kajian ini menggunakan bentuk kuantitatif iaitu merupakan kajian yang

sistemik,menepati objektif dan menggunakan data-data yang numerical serta dijalankan

secara formal. Hal ini kerana, kajian dilakukan dengan mengedarkan booklet

questionnaire dimana pelatih hanya perlu menjawab soalan yang dikemukakan.

13

Page 14: reserch 2010 kkt

SETTING

Kajian telah dijalankan di Kolej Kejururawatn Taiping melibatkan pelatih dari Tahun 1

semester II,Tahun 2 semester I dan II dan Tahun 3 semester II.

POPULATION

Responden terdiri daripada jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Taiping.Pelatih -

pelatih dari setiap kumpulan dipilih secara rawak melalui senarai nama untuk

memenuhi keperluan kajian ini.

SAMPLE

Sample untuk kajian ini terdiri daripada 25 orang pelatih dari setiap kumpulan iaitu dari

Tahun 1 semester II,Tahun 2 semester I dan II dan Tahun 3 semester II.Ini bermakna

seramai 100 orang pelatih terlibat dalam kajian ini.

14

Page 15: reserch 2010 kkt

DATA COLLECTION TOOL

Kajian ini dilakukan pada 12 Julai 2010 sehingga 27 September 2010 iaitu selama

11 minggu.Semua maklumat yang dikumpulkan melalui responden adalah rahsia yang

mana setiap responden diberi satu borang kaji selidik secara ‘by hand’ dan diberi masa

selama 15 minit untuk menjawab soalan- soalan yang dikemukakan.

Borang kaji selidik mengandungi 2 bahagian iaitu bahagian A dan B.Bahagian A

mengumpul data tentang diri responden tanpa mendedahkan nama

responden,manakala bahagian B berkaitan dengan kekerapan pengambilan sarapan

pagi , jenis yang diambil , tempoh peruntukan pengambilan ,tujuan pengambilan dan

faktor-faktor pengabaian sarapan pagi. Bahagian ini juga berbentuk ‘closed-ended

question’ yang memfokuskan tentang pengaruh keluarga dalam pengambilan sarapan

pagi , rutin durasi pengambilan sarapan dan serba sedikit berkaitan dengan

maklumbalas responden di Kolej Kejururawatan Taiping berkenaan pengurusan

penyediaan makanan dalam mempengaruhi bilangan pelatih yang mengambil

makanan terutamanya sarapan pagi.

Data-data maklumat yang dikumpul akan dianalisis berdasarkan penilaian statistik.

Penilaian ini merangkumi peraturan yang dikumpul secara carta pai dan carta bar.

Carta pai digunakan untuk membuat penilaian peratusan manakala carta bar digunakan

untuk membuat perbandingan.

15

Page 16: reserch 2010 kkt

FINDINGS

BAHAGIAN A

1.Berapakah lingkungan umur anda?

18-21 tahun 22-25 tahun 26-27 tahun 28 tahun0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100Umur Pelatih

Umur

Pera

tus P

elati

h(%

)

Melalui kajian yang dijalankan, didapati 65% respondan berumur dalam

lingkungan 18-21 tahun . Sementara itu 35 % lagi berumur dalam lingkungan 22-

25 tahun.Manakala tiada respondan berumur dalam lingkungan 26-27 dan 28

tahun .

16

Page 17: reserch 2010 kkt

2.Berapakah tahap pendidikan tertinggi anda?

SPM STPM DIPLOMA IJAZAH0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100Taraf Pendidikan Pelatih

Umur

Pera

tus P

elati

h(%

)

Melalui kajian yang dijalankan didapati 68% respondan memiliki kelulusan SPM.

Manakala 20% respondan dari kelulusan STPM serta 12% respondan memiliki

kelulusan diploma. Seterusnya, tiada respondan yang memiliki kelulusan ijazah.

17

Page 18: reserch 2010 kkt

BAHAGIAN B

1.Adakah sarapan pagi penting untuk anda?

Ya Tidak0

102030405060708090

100

Kepentingan Sarapan Pagi

Jawapan

Pera

tus P

elati

h(%

)

Melalui kajian yang dijalankan , didapati 93% respondan memilih pilihan ya

bahawa sarapan pagi adalah penting .Manakala 7% respondan pula memilih

jawapan tidak.

18

Page 19: reserch 2010 kkt

2.Berapa kerapkah anda ambil sarapan pagi dalam masa seminggu di kolej KKT?

1 kali 2kali Setiap hari Tidak0

102030405060708090

100

Kekerapan Pengambilan Sarapan Pagi

Kekerapan

Pera

tus P

elati

h (%

)

Melalui kajian yang dijalankan,didapati 58% responden mengambil sarapan pagi

setiap hari,manakala 26% responden mengambil sarapan pagi dua kali

seminggu.8% responden mengambil sarapan pagi sekali dalam seminggu dan 8%

lagi tidak mengambil sarapan pagi.

19

Page 20: reserch 2010 kkt

3.Pada pukul berapakah biasanya anda bersarapan?

7 pagi 8 pagi 9 pagi 10 pagi0

102030405060708090

100

Waktu Bersarapan

Waktu

Pera

tus P

elati

h(%

)

Melalui kajian yang dijalankan,didapati bahawa 77% responden biasanya

mengambil sarapan pagi pada jam 7 pagi.Manakala lagi 18% responden selalunya

mengambil sarapan pagi pada jam 10 pagi.3% responden memilih jam 8 pagi

sebagai masa yang sesuai mengambil sarapan pagi manakala selebihnya 2% lagi

mengambil sarapan pagi pada jam 9 pagi.

20

Page 21: reserch 2010 kkt

4.Apakah jenis sarapan pagi yang biasa anda ambil di kolej?

Rot

i & H

asil T

enus

u

Nasi L

emak

Hasil B

ijirin

Biskut

& K

uih-m

uih

Lain-

lain

0

20

40

60

80

100

Jenis Sarapan

Jenis

Per

atu

s P

elat

ih(%

)

Melalui kajian yang telah dijalankan,didapati bahawa 48% responden biasanya

mengambil nasi lemak sebagai menu untuk sarapan pagi.Manakala 17% memilih

roti dan hasil tenusu sebagai sarapan pagi.Didapati 13% responden memilih

sarapan pagi dari lain-lain sumber.Manakala 12% responden lagi mengambil hasil

bijiran sebagai sarapan pagi.Sebanyak 10% responden lagi mengambil biskut dan

kuih muih.

21

Page 22: reserch 2010 kkt

5) Pada pendapat anda, apakah faktor utama yang menyebabkan pelatih tidak

mengambil sarapan pagi?

Tidak berminat

Bangun lewat

Makanan yang dihidang kurang digemari

Tidak suka menunggu

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Faktor utama yang menyebabkan pelatih tidak mengambil sarapan pagi

Peratus pelatih (%)

Melalui kajian yang dijalankan ,didapati 7% responden menyatakan tidak

berminat sebagai factor mereka tidak mengambil sarapan pagi. Manakala 23%

responden menyatakan bangun lewat adalah factor utama yang menyebabkan mereka

tidak mengambil sarapan pagi. 69% responden pula, menyatakan makanan yang

dihidang kurang digemari dan sebanyak 1% responden menyatakan bahawa mereka

tidak suka menunggu.

22

Page 23: reserch 2010 kkt

6) Pada pendapat anda, apakah tujuan pengambilan sarapan pagi?

Untuk mengekalkan tenaga

Sebagai rutin harian

Untuk tumpuan pembelajaran

Ajakan rakan sebaya

Lain-lain

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Tujuan pengambilan sarapan pagi

Peratus pelatih (%)

Berdasarkan analisa yang dijalankan, didapati sebanyak 73% responden

menyatakan tujuan pengambilan sarapan pagi adalah untuk mengekalkan tenaga. 13%

daripada responden pula menyatakan ia bertujuan sebagai rutin harian. Sementara itu

11% reponden menyatakan bahawa pengambilan sarapan pagi bertujuan untuk

tumpuan pembelajaran. Manakala sebanyak 3% responden menyatakan ia mengikut

ajakan rakan sebaya dan tiada pelatih yang memilih lain-lain tujuan.

23

Page 24: reserch 2010 kkt

7) Pada pandapat anda, jenis makanan yang disediakan di cafeteria kolej

adalah…..

Sedap

Kurang menarik

Amaun sedikit

Tidak menepati citarasa

Lain-lain

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Jenis makanan yang disediakan di kafeteria kolej

Peratus pelatih (%)

Berdasarkan kajian dan analisa yang telah dijalankansebanyak 4 % responden

menyatakan jenis makanan yang disediakan di cafeteria kolej adalah sedap. Manakala

sebanyak 41% responden menyatakan jenis makanan yang disediakan adalah kurang

menarik. Tiada pelatih yang menyatakan jenis makanan disediakan dalam amaun

sedikit. Sebanyak 51% responden pula menyatakan bahawa jenis makanan yang

disediakan tidak menepati citarasa dan selebihnya 4% responden menyatakan lain-lain

pendapat mereka.

24

Page 25: reserch 2010 kkt

8) Pada pendapat anda, apakah cara untuk menarik minat para pelatih dalam

pengambilan sarapan pagi?

Pamplet

Ceramah kesihatan

Demonstrasi masakan sarapan pagi

Pelbagai menu

Lain-lain

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 100

Cara untuk menarik minat para pelatih dalam pengambilan sarapan pagi

Peratus pelatih (%)

Analisa dari kajian yang dilakukan, sebanyak 2% responden menyatakan

pamphlet adalah cara untuk menarik minat pelatih dalam pengambilan sarapan pagi.

Terdapat 3% responden yang berpendapat bahawa ceramah kesihatan dapat menarik

minat pelatih untuk mengambil sarapan pagi. Manakala 4% responden yang lain

menyatakan demonstrasi masakan sarapan pagi adalah cara untuk menarik minat

pelatih. Sementara itu, 90% responden menyatakan pelbagai menu menjadi pilihan

utama pelatih dan selebihnya iaitu sebanyak 1% responden menyatakan lain-lain

pendapat.

25

Page 26: reserch 2010 kkt

9) Pada pendapat anda, adakah budaya mengambil sarapan pagi satu amalan

yang baik?

Ya Tidak0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100

Budaya mengambil sarapan pagi satu amalan yang baik

Analisa data menunjukkan sebanyak 100% responden bersetuju bahawa budaya

mengambil sarapan pagi adalah satu amalan yang baik dan tiada responden yang tidak

bersetuju dengan pendapat tersebut.

26

Page 27: reserch 2010 kkt

10) Adakah anda memerlukan sarapan pagi untuk meneruskan aktiviti harian?

Ya93%

Tidak7%

Keperluan sarapan pagi untuk meneruskan ak-tiviti harian

Kajian menunjukkan sebanyak 93% responden menyatakan sarapan pagi adalah

perlu untuk meneruskan aktiviti seharian. Manakala selebihnya iaitu sebanyak 7% tidak

bersetuju pernyataan tersebut.

27

Page 28: reserch 2010 kkt

11) Adakah anda mengamalkan sarapan pagi di rumah?

Ya79%

Tidak21%

Adakah anda mengamalkan sarapan pagi di rumah?

Berdasarkan kajian yang dijalankan, sebanyak 79% responden mengamalkan

pengambilan sarapan pagi di rumah. Manakala 21% responden yang lain tidak

mengamalkan pengambilan sarapan pagi di rumah

28

Page 29: reserch 2010 kkt

HIPOTESIS

Jumlah bilangan pelatih Kolej Kejururawatan Taiping yang mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding jumlah pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi.

(Bahagian B)

Pilihan Jawapan

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 10

Soalan 11

A 93% 8% 77% 17% 93% 79%B 7% 26% 3% 48% 7% 21%C - 58% 2% 12% - -D - 8% 18% 10% - -E - - - 13% - -

CARTA BAR PERBANDINGAN HIPOTESIS

Soalan 1 Soalan 2 Soalan 3 Soalan 4 Soalan 10 Soalan 110%

20%

40%

60%

80%

100%

EDCBA

Soalan

Pera

tus p

elati

h(%

)

Berdasarkan soalan 1,peratusan tertinggi menunjukkan 93% daripada

responden hanya memilih jawapan ya bagi menunjukkan respondan bersetuju

yang sarapan pagi adalah penting dan hanya 7% pelatih menyatakan bahawa

sarapan pagi tidak penting bagi mereka.Peratusan tertinggi bagi soalan 2 pula

menunjukkan sebanyak 58% responden memilih kekerapan pengambilan

sarapan pagi adalah setiap hari di Kolej Kejururawatan Taiping dan hanya 8%

29

Page 30: reserch 2010 kkt

sahaja yang tidak mengambil sarapan pagi.Manakala 26% pelatih mengambil

sarapan pagi dua kali dalam seminggu dan 8% responden lagi memilih

mengambil sekali dalam seminggu.Bagi soalan 3 pula sebanyak 77% pelatih

mengambil sarapan pagi pada jam 7 pagi.Yang selebihnya iaitu 3% mengambil

sarapan pada jam 8 pagi dan 2% memilih jam 9 pagi manakala 18% mengambil

sarapan pagi pada jam 10 pagi. Bagi soalan ke 4,48% responden memilih nasi

lemak sebagai sarapan pagi yang selalu diambil di kolej.Manakala sebanyak

17% responden pula memilih roti dan hasil tenusu,12% pelatih memilih hasil

bijirin dan 10% lagi memilih biskut dan kuih muih.Selebihnya iaitu sebanyak 13%

responden memilih lain-lain jenis sarapan.Seterusnya,bagi soalan ke 10

sebanyak 93% pelatih berpendapat bahawa sarapan pagi perlu untuk

meneruskan aktiviti harian dan 7% lagi tidak bersetuju dengan pendapat

tersebut.Bagi soalan ke 11,sebanyak 79% mengamalkan sarapan pagi di rumah

manakala 21% lagi tidak mengamalkan sarapan pagi di rumah.

30

Page 31: reserch 2010 kkt

Findings

Kajian penyelidikan tentang pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat

pelatih Kolej Kejururwatan Taiping telah dijalankan dimana soalan-soalan telah

diberikan kepada 100 orang responden. Sample yang dipilih di dalam kajian ini adalah

di kalangan pelatih yang berumur 18 tahun dan ke atas. Soalan –soalan diberikan

kepada pelatih dari kumpulan 1/2008,1/2009,2/2009 dan 1/2010.

Hipotesis awal yang telah dibincangkan penyelidik berkaitan dengan pengambilan

sarapan pagi iaitu jumlah bilangan pelatih Kolej Kejururawatan Taiping yang

mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding jumlah pelatih yang tidak

mengambil sarapan pagi.

Setelah kajian dilakukan, penyelidik mendapati sebanyak 58% daripada responden

mengambil sarapan pagi setiap hari. Ini menunjukkan bahawa jumlah peratusan pelatih

yang mengambil sarapan pagi setiap hari adalah tinggi.Hal ini menunjukkan hipotesis

yang di buat adalah bertepatan dengan hasil kajian yang telah dilakukan.

31

Page 32: reserch 2010 kkt

PERBINCANGAN

Tajuk kajian kumpulan kami ialah pengambilan sarapan pagi dalam kalangan

jururawat pelatih Kolej Kejururawatan Taiping.Hipotesis yang dikemukakan ialah jumlah

bilangan pelatih Kolej Kejururawatan Taiping yang mengambil sarapan pagi adalah

lebih tinggi berbanding dengan jumlah pelatih yang tidak mengambil sarapan

pagi.Setelah kajian dijalankan didapati bahawa hipotesis yang dikemukakan adalah

bertepatan dengan hasil kajian yang diperolehi. Hasil kajian menunjukkan jururawat

pelatih mempunyai kesedaran mengenai pengambilan sarapan pagi. Hal ini dibuktikan

dengan pengambilan sarapan pagi diamalkan oleh pelatih semasa di kolej kerana

sarapan mampu membekalkan tenaga kepada mereka.Di samping itu,pengambilan

sarapan pagi adalah penting supaya pelatih dapat memberi penumpuan sepenuhnya

dalam sesi pembelajaran. Terdapat beberapa cadangan bagi menarik minat pelatih

dalam pengambilan sarapan pagi melalui pemberian pamplet, ceramah

kesihatan ,demostrasi sarapan pagi dan kepelbagaian menu.

32

Page 33: reserch 2010 kkt

IMPLICATION

Setelah kajian dijalankan,beberapa implikasi telah diperolehi daripada kajian tersebut.

1) Dapat meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengambilan sarapan

pagi dalam kalangan pelatih.

2) Dapat menyatakan cadangan untuk menarik minat pelatih dalam pengambilan

sarapan pagi

3) Dapat menggalakkan pelatih membudayakan pengambilan sarapan pagi setiap

hari sebagai sumber tenaga untuk menjalankan aktiviti harian.

4) Melalui kajian yang dijalankan,penyelidik mampu memperolehi peratusan

bilangan pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi.

33

Page 34: reserch 2010 kkt

RECOMMENDATION

Pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih Kolej

Kejururawatan Taiping amat penting dalam membekalkan tenaga untuk melakukan

aktiviti harian.Oleh itu,langkah-langkah tertentu perlulah diambil oleh pihak kolej bagi

menanam minat pelatih untuk mengambil sarapan pagi.

1. Mempelbagaikan jenis menu sarapan pagi setiap hari bertujuan menarik minat

pelatih untuk mengambil sarapan pagi.Hal ini kerana makanan yang dihidang

secara pelbagai mampu memberi pilihan kepada mereka untuk dijadikan

sarapan pagi kerana setiap pelatih mempunyai selera yang berlainan.

2. Memberi kesedaran kepada pelatih melalui ceramah kesihatan,pamplet dan

majalah kesihatan yang berkait dengan kepentingan sarapan pagi supaya para

pelatih dapat memperolehi gambaran sebenar mengenai keperluan sarapan pagi

sebagai sumber tenaga untuk melakukan aktiviti harian.

3. Pihak kolej juga perlu prihatin terhadap tahap kebersihan premis pembekal dan

cara penyediaan makanan yang menepati piawaian kebersihan yang telah

ditetapkan.Selain itu,memastikan kebersihan kafetaria adalah pada tahap yang

memuaskan supaya para pelatih merasa selesa untuk mengambil sarapan.

34

Page 35: reserch 2010 kkt

KESIMPULAN

Kajian telah dibuat berdasarkan pemilihan problem statement iaitu untuk

mengenalpasti jumlah bilangan pelatih yang mengambil sarapan pagi.Penyelidik telah

memilih 100 orang responden yang terdiri daripada jururawat pelatih yang dijadikan

bahan sampel kepada kajian yang dilakukan.Hipotesis awal telah dikenalpasti iaitu

jumlah bilangan pelatih yang mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding

jumlah pelatih yang tidak mengambil sarapan pagi.Hasil kajian mendapati pelatih yang

mengambil sarapan pagi adalah lebih tinggi berbanding yang tidak mengambil sarapan

pagi dan ia adalah bertepatan dengan hipotesis yang dikemukakan.

Data collection berbentuk questionnaire diedarkan kepada pelatih dimana sebanyak 11

soalan berbentuk close dan open-ended question perlu dijawab oleh para pelatih yang

dipilih secara simple random.Setelah itu,semua questionnaire dikumpul untuk dibuat

analisis.Hasil daripada data analysis ini akan diterangkan melalui jadual, carta bar dan

pai yang dinyatakan dalam finding.

Hipotesis awal telah dibincangkan oleh penyelidik berkaitan dengan jumlah bilangan

pelatih yang mengambil sarapan pagi dan bilangan pelatih yang tidak mengambil

sarapan pagi.

35

Page 36: reserch 2010 kkt

Justeru,beberapa cadangan telah dikenalpasti bertujuan untuk menggalakkan

pengambilan sarapan pagi dalam kalangan jururawat pelatih.Antaranya ialah

mempelbagaikan menu sarapan pagi setiap hari,memberi kesedaran mengenai

kepentingan sarapan pagi melalui ceramah,pamplet dan majalah kesihatan serta

memastikan pihak pembekal makanan mematuhi piawaian kebersihan dan penyediaan

makanan.

RUJUKAN KAJIAN

A.Sumber rujukan internet

1. http://www.bing.com/search?setmkt=en-us & q=kajian

+pengambilan+sarapan +pagi

2. http://www.fp.utm,my/e pusatsumber/pdffail/ptkghdfwP/

SHAMLAHVISFLINGAMAPO4027802008TTP.pdforg/wiki/sarap

3. http://www.customessaymeister.com/customessay/nutrition/9624

4. http://wwwfrac.org/html/federal food programs/programs/sbp.html

5. http://www.nutritionexplorations.org/sfs/programs breakfast studyresults.aspr

B.Sumber rujukan buku

36

Page 37: reserch 2010 kkt

1. Chua y.p (1996). Kaedah dan statistic penyelidikan . kaedah

penyelidikan buku 1. Mc Graw Hill Education

2. Denise F.Polit dan Cheryl tanato Beck (1996) Essentials of Nursing

Research. Method, Appraisal , and utilization. Sixth Edition . Lippincott

Williams & wilkins

KOLEJ KEJURURAWATAN TAIPING

SOAL KAJI SELIDIK

TAJUK : KAJIAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI DALAM KALANGAN

JURURAWAT PELATIH KOLEJ KEJURURAWATAN TAIPING

Arahan kepada responden:

1. Anda tidak perlu menyatakan nama di atas borang kajian ini dan identiti serta

segala maklumat yang diberikan dalam soal selidik ini adalah sulit dan

dirahsiakan .

2. Sila bulatkan jawapan anda bagi soalan respon tunggal .

3. Sila tandakan (/) pada jawapan anda yang lebih dari satu jawapan .

37

Page 38: reserch 2010 kkt

SOALAN

Bahagian A:

1. Berapakah lingkungan umur anda ?

a) 18-21 tahun b) 22-25 tahunc) 26-27 tahund) 28 tahun

2. Berapakah tahap pendidikan tertinggi anda?

a) SPMb) STPMc) DIPLOMAd) IJAZAH

Bahagian B.

38

Page 39: reserch 2010 kkt

1. Adakah sarapan pagi penting untuk anda ?

a) Ya b) Tidak

Sila huraikan jawapan anda __________________

2. Berapa kerapkah anda ambil sarapan pagi dalam seminggu di kolej kkt?

a) Sekali seminggu b) Dua kali semingguc) Setiap hari d) Tidak sekali

3. Pada pukul berapakah biasanya anda bersarapan ?a) 7 pagi b) 8 pagic) 9 pagid) 10 pagi

4. Apakah jenis sarapan pagi yang anda biasa ambil di kolej ?a) Roti dan hasil tenusub) Nasi lemak c) Hasil bijirin d) Biskut dan kuih muihe) Lain- lain (sila nyatakan )______________________

5. Pada persepsi anda apakah faktor utama yang menyebabkan pelatih tidak mengambil sarapan pagi ?

a) Tidak berminat b) Bangun lewat c) Makanan yang dihidang kurang digemari d) Tidak suka menunggu

6. Pada pendapat anda , apakah tujuan pengambilan sarapan pagi ?a) untuk kekalkan tenagab) sebagai rutin harian c) untuk tumpuan pembelajaran d) ajakan rakan sebayae) lain-lain sila nyatakan _____________________

39

Page 40: reserch 2010 kkt

7. Pada pendapat anda , jenis makanan yang disediakan di kafetaria kolej adalah a) sedapb) kurang menarik c) amaun sedikit d) tidak menepati citarasae) lain-lain sila nyatakan________________________

8. Pada pendapat anda , apakah cara untuk menarik minat pada pelatih dalam pengambilan sarapan pagi ?a) pampletb) ceramah kesihatan c) demostrasi masakan sarapan pagi d) pelbagai menue) lain-lain sila nyatakan_______________________________-

9. Pada pendapat anda , adakah budaya mengambil sarapan pagi satu amalan yang baik ?a) Ya (sila nyatakan)___________________-b) Tidak (sila nyatakan)_________________________

10. Adakah anda memerlukan sarapan pagi untuk meneruskan aktiviti seharian ?

a) ya

b) tidak

11. Adakah anda mengamalkan sarapan pagi dirumah ?

a) Ya

b) Tidak

40

Page 41: reserch 2010 kkt

Jp Jannah Bt. Ibrahim

Kumpulan 1,2/2008,

Kolej Kejururawatan Taiping,

34000 Taiping

Perak.

Pengarah,

Puan Khaw Ean Seok

Kolej Kejururawatan Taiping,

Jalan Taming Sari,

34000 Taiping ,

Perak. 21 JULAI 2010

Puan,

Memohon Kebenaran Untuk Membuat Kajian.

Saya seperti nama di atas dari kumpulan 1, 2/2008,memohon kebenaran dari pihak puan untuk membuat kajian di Kolej Kejururawatan Taiping ini bagi menyempurnakan kehendak subjek Nursing Research (NNRH 3122).

41

Page 42: reserch 2010 kkt

2. Saya dan ahli kumpulan memilih untuk membuat kajian di kalangan jururawat pelatih di Kolej Kejururawatan Taiping,memandangkan tajuk kajian kami “Kajian Mengenai Pengambilan sarapan Pagi dalam Kalangan Jururawat Pelatih”.

3. Saya dan ahli kumpulan ingin menjalankan kajian secara rawak dengan cara pemberian borang kaji selidik kepada jururawat pelatih daripada kumpulan 1/2008,1/2009,2/2009 dan 1/2010.Dengan menggunakan 100 sampel yang akan diedarkan.Tarikh bermulanya kajian yang akan dijalankan pada 12 Julai hingga 27 September 2010.

4. Saya berharap pihak puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.Kerjasama pihak puan amat saya dan ahli kumpulan harapkan.Segala jasa baik daripada pihak puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian,terima kasih

Yang benar, Disahkan Oleh,

………………………………… ……………………………….

(JP JANNAH BT. IBRAHIM)

Ketua kumpulan 1,2/2008

42