regionalime bndgn-afta

27
PENGENALAN Di akhir era 1980-an memperlihatkan perkembangan regionalisme dalam dunia politik ASEAN.Kebangkitan regionalisme di Asia pula telah menawarkan platform baru untuk perkembangan ekonomi yang baik bagi tiap-tiap negara baik bagi Asia mahupun dunia.Pendekatan yang berkembang untuk intergrasi di dalam linkungan Asean adalah agak fleksibel,melalui pelbagai jalur(multi-track) dan dengan kepantasan(multi-speed) yang memungkinkan persaingan yang sihat akan pragmatisme di antara suatu kelompok dengan kepentingan bersama dari negara-negara di rantau ini.Situasi inilah yang menyumbang kepada pembentukan AFTA atau Asean Free Trade Area oleh badan rantau Asean. Sebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang AFTA,adalah agak penting untuk kita mengetahui sedikit sebanyak tentang badan rantau Asean yang telah mengilhamkan pembentukan AFTA ini untuk mendapatkan gambaran yang mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai AFTA.Secara dasarnya,ASEAN atau Association of Southeast Asian Nation 1

Upload: chiaki-aizawa

Post on 24-Jun-2015

416 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: regionalime bndgn-afta

PENGENALAN

Di akhir era 1980-an memperlihatkan perkembangan regionalisme dalam dunia

politik ASEAN.Kebangkitan regionalisme di Asia pula telah menawarkan platform baru

untuk perkembangan ekonomi yang baik bagi tiap-tiap negara baik bagi Asia mahupun

dunia.Pendekatan yang berkembang untuk intergrasi di dalam linkungan Asean adalah

agak fleksibel,melalui pelbagai jalur(multi-track) dan dengan kepantasan(multi-speed)

yang memungkinkan persaingan yang sihat akan pragmatisme di antara suatu kelompok

dengan kepentingan bersama dari negara-negara di rantau ini.Situasi inilah yang

menyumbang kepada pembentukan AFTA atau Asean Free Trade Area oleh badan rantau

Asean.

Sebelum membincangkan dengan lebih mendalam tentang AFTA,adalah agak

penting untuk kita mengetahui sedikit sebanyak tentang badan rantau Asean yang telah

mengilhamkan pembentukan AFTA ini untuk mendapatkan gambaran yang mendapat

gambaran yang lebih jelas mengenai AFTA.Secara dasarnya,ASEAN atau Association of

Southeast Asian Nation ditubuhkan pada 0gos 1967 sebagai inisiatif menyekat pengaruh

kebangkitan komunis ketika itu.Sepanjang tempoh penubuhan ASEAN,pencapaian Asean

dalam kerjasama politik agak memberangsangkan,tapi penglibatan ASEAN dalam bidang

ekonomi pula agak terhad kerana negara-negara ASEAN berpendapat bahawa

perkembangan ekonomi di rantau ini belum bersedia sepenuhnya untuk

mengimplimentasikan integrasi ekonomi.

Hanya pada akhir tahun 1980-an ASEAN mula mempraktikkan usaha dalam

integrasi ekonomi serantau akibat daripada kemerosotan ekonomi.Tahun 1991 telah

1

Page 2: regionalime bndgn-afta

memperlihatkan usaha ASEAN dalam mempertingkatkan kerjasama ekonomi antara ahli-

ahli ASEAN.Inisiatif inilah yang akhirnya membawa kepada cadangan untuk

mewujudkan AFTA sebagai satu rantau perdagangan bebas dalam mengintegrasikan

ekonomi ahli-ahli ASEAN secara keseluruhan.Tidak boleh dinafikan,AFTA

mencerminkan cita-cita rancangan ekonomi serantau yang paling ketara oleh

ASEAN.Dan seperti FTA’s(Free Trade Agreement)yang lain,ia turut berusaha

menghapuskan tarif dan halangan bukan tarif dalam kalangan negara ahli selari dengan

apa yang telah dirancang.1Cadangan dalam mewujudkan AFTA adalah hasil idea bekas

perdana menteri Thailand iaitu Anand Panyarachun.Beliau mencadangkan pembentukan

satu rantau perdagangan bebas dalam tempoh 15 tahun. Cadangan ini telah diterima oleh

semua ahli anggota ASEAN.Akhirnya pada 28 Januari 1992,ahli-ahli ASEAN

kemudiannya menandatangani Deklarasi Singapura dan bersetuju dengan penubuhan satu

rantau perdagangan bebas bagi regional Asia Tenggara iaitu AFTA atau disebut sebagai

Asia Free Trade Area menjelang 2008.Semasa perjanjian ini ditandatangani,ASEAN

ketika itu hanya mempunyai 6 ahli iaitu Indonesia,Malaysia,Filipina,Singapura,Thailand

dan Brunei.Vietnam menyertai pada 1995,Laos dan Myanmar pada 1997 dan Kemboja

pada 1999.2AFTA kini mempunyai 10 negara ahli.Walau bagaimanapun 4 negara baru

yang menyertai ASEAN itu turut dikehendaki menandatangani AFTA,tapi diberi jangka

waktu panjang untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan obligasi di dalam

AFTA terutamanya berkenaan pengurangan tarif. Adalah penting untuk kita mengetahui

bahawa jadual asal bagi pengimplimentasian AFTA telah dikurangkan daripada 15 tahun

kepada 10 tahun.Pada September 1994,satu keputusan telah dibuat di ASEAN Economic

1 Baldwin,Peter,1997.Planning for Asean: How to take advantage of South-east Asia’s Free Trade A rea,London:The Economist Intelligence Unit,ms-252 Imada,Pearl,1992.AFTA : The way ahead,Singapore:Institute of Southeast Asia Studies,ms-14

2

Page 3: regionalime bndgn-afta

Minister Meeting(AEM) yang ke-26 di Chiengmai,Thailand untuk menukar tempoh

tamat AFTA dari 1 Januari 2003 kepada 1 Januari 2008.3

FAKTOR PENUBUHAN AFTA

Banyak faktor yang boleh dikaitkan dengan penubuhan AFTA.Salah satunya ialah

disebabkan ketidakseimbangan pertumbuhan ekonomi di kalangan ahli ASEAN.

Mengikut buku AFTA The Way Ahead,ketidakseimbangan pembangunan ekonomi

merupakan satu fenomena yang ketara dalam rantau ASEAN.Contohnya,pendapatan per

kapita negara Indonesia hanya mencapai US$560 pada 1990 berbanding dengan

Singapura yang mencatat US $11,245 di mana keadaan ini memperlihatkan jurang yang

amat besar.4Jadi penubuhan AFTA ini diharap dapat membantu mengimbangi ekonomi

negara-negara ahli.

Struktur ekonomi yang sama juga menjadi salah satu faktor penubuhan AFTA.

Negara-negara ASEAN seperti Malaysia,Filipina,Indonesia,Thailand mempunyai struktur

ekonomi yang hampir sama di mana kebanyakan pengeluaran berorientasikan bahan

mentah.Ditokok lagi,persaingan turut berlaku dengan negara industri lain.Negara-negara

ini juga masih bergantung kepada komoditi bahan mentah sebagai sumber eksport utama

3 Chia Siow Yue,Marcello Pacini,1997.Asean In The New A sia(Issues and Trends),Singapore:Institute of Southeast Asian Studies,ms-694 Imada,Pearl,1992.AFTA : The way ahead,Singapore:Institute of Southeast Asia Studies,ms-54

3

Page 4: regionalime bndgn-afta

walaupun mereka berusaha menghasilkan barangan kilang sebagai gentian eksport.Oleh

itu,penubuhan AFTA ini dilihat sebagai satu kerjasama ekonomi yang membolehkan

ahli-ahli ASEAN bersaing secara sihat dalam pasaran ekonomi serantau mahupun global.

Selain itu,perubahan polisi di kalangan ahli ASEAN turut mendorong kepada

kewujudan AFTA.Perubahan polisi ASEAN mula dilihat menjelang 1990an.Persaingan

ekonomi dengan negara Indochina,Eropah Timur dan Mexico melalui penubuhan AFTA

memaksa ASEAN mengubah polisi atau dasar luar untuk menarik lebih banyak pelabur

asing untuk melabur di negara-negara ASEAN.Penubuhan AFTA dilihat berpotensi

menarik minat pelabur asing untuk melabur di negara-negara ASEAN.Ini kerana selain

aspek kestabilan ekonomi,perkembangan infrastruktur dan pengurusan makroekonomi

yang berkesan serta saiz pasaran juga penting dalam menarik pelabur asing.

Salah satu faktor penubuhan AFTA juga adalah disebabkan oleh perkembangan

regionalisme.Secara umumnya banyak usaha telah diambil oleh pemimpin negara-negara

untuk merangsang ekonomi dan politik mereka.Contohnya dengan pembentukan strategi

ekonomi regionalist sebagai inisiatif rundingan antara Amerika dengan Mexico yang

sekaligus membawa kepada penubuhan satu inisiatif kerjasama ekonomi iaitu

NAFTA(North Amerika Free Trade Area).Ditokok lagi dengan perkembangan blok-blok

kerjasama ekonomi di Eropah dan Amerika Utara secara tidak langsung telah menaikkan

lagi keinginan negara-negara di Asia Tenggara untuk menubuhkan satu kerjasama

ekonomi bagi rantau ASEAN.Blok-blok ekonomi ini merupakan pasaran yang amat

penting kepada negara-negara ASEAN dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi

4

Page 5: regionalime bndgn-afta

serantau dan juga pada masa yang sama membuka pasaran ASEAN kepada dunia luar

secara keseluruhan.Oleh kerana negara ASEAN bergantung kepada negara-negara

ini,maka penubuhan AFTA dilihat dapat mengalakkan proses rundingan dan kerjasama

ekonomi dengan negara-negara tersebut.Di samping itu,dengan tamatnya perang Dingin

secara tidak langsung telah membawa kepada keamanan dan kestabilan kepada negara-

negara ASEAN.Maka peranan keselamatan regional semakin berkurangan dan

membolehkan ASEAN menumpukan sepenuhnya pula terhadap kerjasama ekonomi

MATLAMAT PENUBUHAN AFTA

Secara umumnya,AFTA merupakan satu integrasi ekonomi yang ingin

menjadikan rantau ASEAN sebagai basis produksi pasaran dunia,menarik pelaburan dan

meningkatkan perdagangan antara negara anggota ASEAN.Walau bagaimanapun,AFTA

telah menggariskan beberapa matlamat penting dalam penubuhannya.

Salah satunya adalah untuk meningkatkan persaingan dalam kalangan negara

anggota ASEAN dalam pasaran antarabangsa.Disebabkan penubuhan AFTA adalah

untuk meningkatkan liberalisasi perdagangan,maka perdagangan bebas yang bakal

terjalin dilihat boleh memperbaiki struktur ekonomi setiap negara ahli kerana ia secara

tidak langsung memberi pengalaman dalam pertumbuhan ekonomi melalui persaingan

5

Page 6: regionalime bndgn-afta

secara efektif antara anggota ASEAN yang lain dalam satu rantau yang sama sebelum

mereka bersedia untuk menghadapi persaingan dari ekonomi rantau yang lain.Pendek

kata,penubuhan AFTA ini seolah-olah menjadi ‘training ground’ untuk negara-negara

ASEAN untuk meningkatkan kuasa ekonomi mereka.

Matlamat yang kedua ialah untuk merealisasikan pengurangan tarif dan sekatan

ekonomi berasaskan prinsip most favored nation(MFN).Ini adalah berdasarkan sasaran

utama AFTA iaitu menurunkan duti import bagi barangan yang diperdagangkan di rantau

ASEAN ke paras 0-5% dan sekaligus cuba menghapuskan semua bentuk halangan bukan

tarif dalam tempoh 15 tahun.5Penghapusan halangan bukan tarif di kalangan negara-

negara ASEAN ini adalah bagi mengintegrasikan ekonomi ASEAN kepada satu

pengeluaran tunggal sekali gus menghasilkan pasaran serantau bagi 500 million

penduduknya.

Selain itu,penubuhan AFTA juga bermatlamatkan bagi merangsang perdagangan

intra dan extra-regional bagi memperbaiki suasana pelaburan sekali gus meningkatkan

daya tarikan ASEAN sebagai satu lokasi pelaburan bagi pasaran

antarabangsa.Pembukaan rantau ASEAN sebagai satu kawasan pelaburan secara tidak

langsung telah membawa kepada kemasukan pelaburan langsung asing(FDI) ke negara-

negara membangun ini.Pelaburan langsung asing(FDI)ini merupakan satu bentuk

pemindahan satu pakej yang terdiri daripada modal kewangan dan fizikal,teknologi dan

kepakaran pengurusan dari sebuah negara,yang biasanya dari negara maju ke negara

5 Chia Siow Yue,Marcello Pacini,1997.Asean In The New A sia(Issues and Trends) ,Singapore : Institute of Southeast Asian Studies,ms-68

6

Page 7: regionalime bndgn-afta

membangun seperti negara anggota ASEAN.Sebahagian besar daripada aktiviti FDI ini

secara tidak langsung telah membawa kepada kemasukan syarikat multinasional berserta

dengan pelaburan mereka.Aliran masuk dan aliran keluar FDI ini dilihat boleh memberi

kesan kepada struktur ekonomi yang membawa maksud bahawa terdapatnya interaksi

dinamik antara FDI bersih dengan KDNK.6

COMMON EFFECTIVE PREFENTIAL TARIFF SCHEME(CEPT) SEBAGAI

MEKANISME AFTA

Secara keseluruhannya AFTA mengimplimentasikan satu skim pengurangan tarif

yang dipanggil CEPT atau yang disebut sebagai Skim Tarif Keutamaan Berkesan

Bersama yang ditandatangani di Singapura pada 1992 bagi memberi manfaat kepada

perdagangan di rantau ini.CEPT product list pula telah disediakan oleh Asean Secretariat

pada November 1993 dan senarai ini mengandungi lebih kurang 4100 garis panduan

mengenai pengenaan tariff.Walau bgaimanapun 88% garis panduan adalah berkaitan

dengan pelaksanaan CEPT.7Jika CEPT dapat dilaksanakan dengan jayanya maka kadar

tarif di negara Asean dikatakan dapat disamaratakan.

6 Foreign Direct Invesment in Developing Asia,diperoleh daripada, http://www.iisd.org /pdf/2004/ investment_country_report_malaysia.pdf,15 Julai 20087 Sieh Lee Mei Ling,207.Menangani Cabaran Dunia(Strategi Globalisasi di Malaysia),Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad,ms-139

7

Page 8: regionalime bndgn-afta

Perkara yg terkandung dlm CEPT

Antara yang terkandung di dalam CEPT ini adalah berkenaan dengan kadar

tarif.Pengurangan kadar tarif ini dibahagikan kepada ‘fast track schedule’ untuk 15

kategori produk dan ‘normal track schedule’ untuk produk pembuatan.Pengurangan kadar

tarif di bawah senarai CEPT untuk ‘fast track schedule’ bagi 15 kategori produk adalah

minyak sayuran,daging,bahan kimia,tekstil,bahan plastik,kulit,bahan elektonik,kaca dan

tembikar.Fast track schedule pula bertujuan mengurangkan kadar tarif bagi barang-

barang yang disebut tadi yang melebihi 20% kepada 5% atau lebih mjelang 2003.8

Pengurangan kadar tarif untuk ‘normal track schedule’ dibahagi kepada dua

peringkat iaitu kadar tarif yang melebihi 20% akan dikurangkan di antara tempoh 5

hingga 8 tahun dan 0 hingga 5% akan dikurangkan dalam tempoh 7 tahun seterusnya dan

kadar tarif di bwh 20% akan dikurangkan dari 0 hingga 5% pada 2003.

Isi kandungan yang kedua pula ialah Non-tariff barriers(NTBs) atau halangan

bukan tarif harus dilaksanakan ke atas produk-produk yang telah disenaraikan dalam

skim CEPT.Selain itu,negara Asean diberi masa 5 tahun untuk hapuskan tarif yang

dikenakan ke atas produk-produk tersebut.Manakala semua sekatan ekonomi seperti

kuota,restrictive licensing,dan embargo akan diganti dengan tarif dimana kadar tarif akan

dikurangkan mengikut kadar yang ditetapkan dalam CEPT.9

Bagi produk atau item sensitif seperti barang pertanian,pengurangan tarif boleh

ditangguh.Barang-barang dalam senarai sensitif akan dimasukan kedalam skim CEPT

8 Lee Lai To,1993.Arnold Wehmhoerner,Asean and the European Community in the 1990s , Singapore Institute of International Affairs,ms-229 Ibid,,ms-33

8

Page 9: regionalime bndgn-afta

mulai 2003 dan akan hanya mencapai duti tidak melebihi 5% pada 2010.Contohnya

dengan tindakan Datuk Seri Rafidah Aziz yang telah meletakkan beras dalam senarai

amat sensitif.

Dalam skim ini,batasan bagi kuantitatif dihapuskan segera setelah sesuatu produk

menikmati konsesi CEPT,sedangkan halangan bukan tarif dihapuskan dalam jangka

waktu 5 tahun setelah sesuatu produk menikmati konsesi CEPT.10

CABARAN DLM PENGIMPLIMENTASIAN AFTA

Ketidaksamaan dalam pengenaan tarif merupakan satu cabaran bagi negara-

negara Asean dalam pengimplimentasian AFTA.Data yang dipetik daripada kementerian

kewangan Thai menunjukkan ketidaksamaan tarif yang dikenakan di kalangan negara

Thai.Ini bererti terdapat negara Asean yang mengenakan tarif yang sangat tinggi dan ada

negara yang mengenakan tarif yang sangat rendah.Contohnya,Singapura mengenakan

kadar tarif serendah sifar manakala kadar tarif yang dikenakan negara Thai mencapai

100%.Oleh itu,peraturan ketat harus dikuatkuasakan untuk memastikan semua negara

Asean mengenakan kadar tarif yang sama rata demi menjayakan pelaksanaan AFTA.

Jika peraturan ketat tidak digubal,kemungkinan akan berlaku deflasi dalam import extra-

regional melalui negara bertarif rendah seperti negara Thai,Indonesia dan

10 Perdagangan bebas dalam perspektif serta implimentasinya,diperoleh daripada http://www.REGIONALISME%20BANDINGAN/perdagangan-bebas-dalam-perspektif-afta-serta-implementasinya.htm,23 Julai 2008

9

Page 10: regionalime bndgn-afta

Malaysia.Masalah ini turut mewujudkan pertelingkahan antara negara ahli.Contohnya

masalah liberalisasi beras dan gula,dua komoditi yang tercakup dalam senarai amat

sensitif diserahkan kepada Sekretariat Asean setelah perbahasan dalam Dewan AFTA

tidak berhasil mencapai kata sepakat.Hal ini disebabkan wujudnya ketidaksepakatan

antara negara Thailand dan Indonesia dalam hal pengunduran jadual waktu dan

penurunan tarif kedua-dua komoditi tersebut.Walau bagaimanapun,mekanisme

pertelingkahan dalam AFTA,dalam perjanjian CEPT-AFTA,perselisihan boleh diproses

penyelesaiannya secara formal melalui ‘Dispute Settlement Mechanism’.Namun secara

praktiknya tiada pertelingkahan yang berjaya diselesaikan melalui mekanisme ini kerana

ianya banyak bergantung kepada tolak ansur kedua belah pihak.11

Jika AFTA adalah bertujuan sebagai mekanisme latihan untuk liberalisasi

perdagangan bagi intra-Asean di peringkat global,sedikit pengalaman boleh diperoleh

dari risiko yang mungkin timbul akibat pengurangan dasar perlindungan antara kumpulan

Asean.Persaingan akan meningkat dengan langkah meliberalisasikan perdagangan

melalui peranan AFTA yang mungkin memberi kesan kuat terhadap industri Asean yang

sebelumnya menikmati perlindungan tarif yang tinggi.Contoh,seperti kes di

Malaysia.Malaysia telah menggunakan duti import yang tinggi dan polisi penggunaan

bahan tempatan untuk melindungi kereta nasional dan industri komponen kereta.Dengan

pengenalan AFTA segala halangan perdagangan dimansuhkan dan ini membawa

implikasi negatif kepada industri automatif Malaysia.Penghapusan halangan bukan tarif

ini boleh mewujudkan persaingan asing yang boleh mengakibatkan ancaman serius bagi

11 Rahmat Mohamad,2004.A Dispute Settlement Mechanism for the Asean Free Trade(AFTA) ,Singapore: LexiNexis,ms-43

10

Page 11: regionalime bndgn-afta

masa depan industri automatif Malaysia dan sekali gus memberi tekanan luar bagi

pasaran tempatan bagi pengilang untuk kedua-kedua komponen dan barangan siap.12

Mengikut kajian,negara-negara Asean perlu mengakseskan industri nasional

mereka disebabkan mereka dipengaruhi oleh skim CEPT.Seseorang boleh menyatakan

pada peringkat ini,kebanyakan industri nasional mampu buat pengubahsuaian dalam

tempoh tersebut dan yakin dengan peranan AFTA.Walau bagaimanapun,kewujudan

Singapura dalam AFTA tidak mampu memberi faedah yang sama rata.Malaysia pula

dilihat sebagai negara pertama yang boleh mengadaptasi dengan baik dasar liberalisasi

perdagangan melalui AFTA.Industri Malaysia bertindak balas dengan yakin dengan

latihan AFTA.Tapi negara lain terutama yang baru menyertai AFTA masih lagi cuba

menyesuaikan diri dengan latihan AFTA.Isu seperti ini mungkin meningkatkan kesulitan

dalam merealisasikan AFTA.

Penubuhan AFTA turut memberi kesan ke atas sektor pertanian bagi negara-

negara ASEAN.Enam buah negara asal Asean yang telah menandatangani AFTA iaitu

Brunei,Singapura,Indonesia,Malaysia,Filipina dan Thailand pada 1998 telah bersetuju

menyegerakan AFTA.Kelonggaran seperti tempoh lebih panjang diberi kepada petani

bagi meningkatkan daya saing melalui peningkatan produktiviti dan meminimumkan kos

pengeluaran.Walau bagaimanapun,fenomena di negara-negara Asean tanaman industri

seperti kelapa sawit,getah,dan koko majoriti dikuasai golongan estet dan korporat.

12 Kanageswary Ramasamy,2003.Kesan AFTA ke atas Industri Kereta Nasional(Malaysia),Universiti Malaya,Kuala Lumpur,ms-56

11

Page 12: regionalime bndgn-afta

Tindakan AFTA yang lebih menyebelahi syarikat-syarikat korporat ini dan memberi

mereka keutamaan ini menyebabkan petani kecil semakin terpinggir.

Pembahagian kuasa pembelian yang tidak sama rata turut menjadi satu cabaran

bagi merealisasikan AFTA.Terdapat hampir 420 million penduduk dalam rantau Asean

merangkumi Vietnam.Contoh,sebahagian besar rakyat dengan pendapatan perkapita di

bawah US $500 khususnya di Laos,Cambodia dan Vietnam dengan populasi yang besar.

Manakala,populasi kecil dengan pendapatan perkapita sehingga US$7,500 seperti di

Singapura dan Brunei.Terdapat juga pendapatan perkapita pertengahan seperti

Indonesia,Malaysia dan Filipina.13Pengkritik lazim mengecam pembaharuan fokus

perdagangan Asean dengan merujuk bahawa AFTA tidak mampu menyokong

perdagangan rantau ini disebabkan jurang pendapatan yang agak ketara antara negara ahli

AFTA.

Ketidaksediaan negara ahli dalam mengimplimentasikan dasar AFTA turut

menjadi satu masalah yang agak rumit dalam menjayakan segala rancangan di dalam

AFTA.Negara mundur seperti Vietnam berasa keberatan dengan pelaksanaan AFTA

kerana pengurangan tarif dan penghapusan sekatan ekonomi merupakan syarat utama

AFTA.Maka negara Vietnam tidak bersedia untuk menyertai AFTA kerana bimbang

pengurangan tarif akan mengugat ekonomi negaranya.

Contoh paling ketara yang boleh kita lihat ialah dengan penyertaan Kemboja

dalam AFTA.Penyertaan Kemboja dalam ASEAN dan juga AFTA secara tidak langsung

13 Tan,Joseph L.H,1996.AFTA in the changing international economy,Singapore:Institute of Southeast Asia Studies(1996),ms-31

12

Page 13: regionalime bndgn-afta

memaksa Kemboja untuk mengkaji semula ekonominya dan rangka kerja pengawalan

dalam usaha untuk bersaing dengan negara ASEAN yang lain.Persediaan tambahan perlu

dibuat oleh Kemboja bagi memastikan kejayaannya dalam menyertai AFTA.Tidak boleh

dinafikan jangka waktu bagi persediaan untuk memasuki institusi serantau itu adalah satu

jangka waktu yang pendek.Dan seperti yang kita sedia maklum,idea penubuhan AFTA

adalah untuk menyediakan perdagangan bebas intra-Asean dengan memansuhkan segala

halangan perdagangan secepat yang mungkin.Di Kemboja pematuhan terhadap kaedah

dalam pengimplimentasian AFTA ini secara tidak langsung menyebabkan pengurangan

yang serius dalam duti import yang memberi hasil cukai kepada negara dan di mana

kadar daripada 0 hingga 5% dalam 5 kumpulan tarif,memulihkan 98% daripada garis tarif

yang diperolehi.Tanpa peningkatan besar dalam hasil sumber cukai yang lain,yang mana

agak sukar untuk dicapai dalam jangka waktu pendek,pengubahsuaian dalam tarif import

dalam menepati permintaan CEPT boleh mengakibatkan ancaman serius terhadap hasil

pendapatan negara Kemboja.Kemboja perlu berunding secara berhati-hati dalam

mengadaptasi kesemua aspek dalam CEPT,dan dalam pada masa yang sama secara aktif

berusaha mendapatkan hasil sumber cukai yang lain yang akhirnya akan dapat

mengharmonisasikan nilai dan prosedur yang ditetapkan.Selain itu,cabaran yang paling

besar dengan penyertaan Kemboja ialah apabila implimentasi AFTA ini akan memberi

kesan terhadap pembayaran balik bagi negara tersebut.Dalam pada itu banyak tugas-tugas

khas dan teknikal harus diselesaikan dalam jangka masa pendek sebelum Kemboja

menyertai ASEAN dan AFTA.Tugas-tugas ini akan menjadi rumit dan Kemboja

memerlukan jangka waktu yang agak panjang untuk mengadaptasi tugas seperti yang

13

Page 14: regionalime bndgn-afta

terkandung dalam senarai CEPT,mengkodifikasikan undang-undang berkenaan tarif dan

memenuhi prosedur yang ditetapkan dalam AFTA.14

Sementara kebanyakan ahli Asean telah belajar dari implikasi AFTA,bahawa

impak AFTA terhadap negara-negara Asean secara keseluruhan adalah tidak penting.

Perolehan keseluruhan daripada liberalisasi perdagangan di bawah AFTA yang bernilai

antara US$3 hingga 4 billion hanya tertakluk kepada eksport semata-mata.Kajian telah

menunjukkan liberalisasi Asean di bawah asas MFN lazimnya 3 kali lebih besar

berbanding liberalisasi di bawah AFTA.Kajian seterusnya melihat bahawa pertumbuhan

sumber perdagangan intra-Asean diperoleh daripada polisi mempromosikan transformasi

ekonomi secara am berbanding hanya dengan pengimplimentasian AFTA secara tunggal.

Kajian ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa AFTA tidak mampu menyediakan

pengaruh yang kuat untuk negara Asean berintegrasi secara efektif dalam ekonomi

serantau.15

14 Kao Kim Hourn,Sarah Kanter,1997.Asean Free Trade Agreement(Implication and Future Direction),London:Asean Academic Press LTD-ms 46-5015 Imada,Pearl,1992.AFTA : The way ahead,Singapore:Institute of Southeast Asia Studies,ms-98

14

Page 15: regionalime bndgn-afta

KESIMPULAN

Cadangan penubuhan AFTA merupakan satu langkah Asean untuk mengukuhkan

pertumbuhan ekonomi di kalangan negara-negara anggota Asean sekaligus merupakan

satu percubaan Asean yang bukan sahaja bersifat ekonomi bahkan juga bersifat politik

untuk menubuhkan rantau perdagangan bebas di Asia.Sebaik saja Asean beroperasi

secara aktif melalui keterbukaan ekonomi dalam pasaran dunia,AFTA akan menjadi satu

lagi instrumen utama dalam menyediakan ikatan perdagangan dan pengeluaran dalam

rantau ASEAN.Konklusinya,jika merujuk melalui kajian implikasi AFTA di kalangan

rantau lain bagi kerjasama ekonomi,AFTA tidak seharusnya hanya fokus kepada rantau

semata-mata tapi juga harus membuka ruang kepada pasaran global secara

keseluruhan.AFTA mungkin memberi banyak faedah tidak hanya melalui integrasi

ekonomi yang dinamik,bahkan juga menguatkan Asean sebagai satu badan rantau.

BIBLIOGRAFI

15

Page 16: regionalime bndgn-afta

1. Baldwin,Peter,1997.Planning for Asean: How to take advantage of South-east Asia’s

Free Trade A rea,London:The Economist Intelligence Unit

2. Chia Siow Yue,Marcello Pacini,1997.Asean In The New A sia(Issues and

Trends),Singapore:Institute of Southeast Asian Studies.

3. Foreign Direct Investment in Developing Asia,diperoleh daripada,

http://www.iisd.org/pdf/2004/investment_country_report_malaysia.pdf, 15 Julai

2008.

4. Kanageswary Ramasamy,2003.Kesan AFTA ke atas Industri Kereta Nasional

Malaysia,Universiti Malaya,Kuala Lumpur.

5. Kao Kim Hourn,Sarah Kanter,1997.Asean Free Trade Agreement(Implication and

Future Direction),Asean Academic Press LTD

6 Lee Lai To,Arnold Wehmhoerner,1993.Asean and the European Community in the

1990s,Singapore:Singapore Institute of Institutional Affairs.

7. Perdagangan bebas dalam perspektif serta implimentasinya,diperoleh daripada http://www.REGIONALISME%20BANDINGAN/perdagangan_bebas_dalam_perspektif_afta_serta_implimentasinya.htm,23 Julai 2008.

8. Rahmat Mohamad,2004.A Dispute Settlement Mechanism for the Asean Free

Trade(AFTA),Singapore:LexiNexis(2004).

9. Sieh Lee Mei Ling,2007.Menangani Cabaran Dunia(Strategi Globalisasi di

Malaysia)Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad,Kuala Lumpur.

10. Imada,Pearl,1992.AFTA : The way ahead,Institute of Southeast Asia Studies

11. Tan,Joseph L.H,1996.AFTA in The Changing International

Economy,Singapore:Institute of Southeast Asia Studies.

16

Page 17: regionalime bndgn-afta

JABATAN PENGAJIAN ANTARABANGSA DAN STRATEGI

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

UNIVERSITI MALAYA

SESI : 2008/2009

AUEA 2103 REGIONALISME BANDINGAN

SOALAN 1:

ASEAN FREE TRADE AREA(AFTA).BINCANGKAN SEJARAH

PENUBUHAN AFTA DAN MASALAH-MASALAH DALAM

PENGIMPLIMENTASIANNYA.

NAMA : SHAFINA TANTIANA BINTI ZLKIPLI

NO MATRIK : AEA 070390

PENSYARAH : EN.K.S BALAKRISHNAN

17