refleksi bmm 3107

3
REFLEKSI Bagi menyempurnakankan tugasan Kerja Kursus BMM 3107, Penghantar Linguistik Bahasa Melayu ini, bukanlah satu perkara yang mudah kerana pada permulaannya saya perlu memahami terlebih dahulu kehendak tugasan, meneliti soalan tugasan projek seperti menyediakan esei pendek berbentuk grafik, objektif dan susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik, menerangkan struktur linguistik,faktor luaran, variasi bahasa dan peraturan paradigmatik, serta menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan tugasan. Soalan tugasan ini telah diberikan pada 19 Ogos yang lepas. Waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini ialah selama empat minggu. Sebelum saya memulakan tugasan ini, saya telah mendapat taklimat dari pensyarah pembimbing iaitu Dr. Sobariah Baharum yang merupakan pensyarah bagi subjek BMM 3107 ini. Beliau banyak berkongsi maklumat dan menerangkan bagaimana pemprosesan menghasilkan tugasan BMM3107 ini seperti yang dikehendaki. Penerangan awal tersebut membantu saya dalam membuat perancangan bagi menjalankan tugasan ini dengan baik. Setelah saya memperolehi kertas tugasan tersebut, saya membuat nota untuk pencarian maklumat daripada internet berkaitan dengan topik-topik yang diingini. Antaranya ialah sifat bahasa, sejarah perkembangan, struktur linguistik, faktor luaran, variasi bahasa, linguistik gunaan dan lain- lain lagi. Pencarianan kerja ini mempercepatkan lagi proses mengumpulkan maklumat. Selain itu, saya mendapatkan beberapa buah buku rujukan iaitu buku pada semester satu. Tambahan pula, saya turut mendapatkan buku berkaitan Linguistik daripada rakan guru daripada sekolah SK Kajang

Upload: fairosazmi

Post on 29-Sep-2015

10 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

REFLEKSI BMM 3107

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Bagi menyempurnakankan tugasan Kerja Kursus BMM 3107, Penghantar Linguistik Bahasa Melayu ini, bukanlah satu perkara yang mudah kerana pada permulaannya saya perlu memahami terlebih dahulu kehendak tugasan, meneliti soalan tugasan projek seperti menyediakan esei pendek berbentuk grafik, objektif dan susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik, menerangkan struktur linguistik,faktor luaran, variasi bahasa dan peraturan paradigmatik, serta menghasilkan satu penulisan refleksi berkaitan tugasan.

Soalan tugasan ini telah diberikan pada 19 Ogos yang lepas. Waktu yang diberikan untuk menyiapkan tugasan ini ialah selama empat minggu. Sebelum saya memulakan tugasan ini, saya telah mendapat taklimat dari pensyarah pembimbing iaitu Dr. Sobariah Baharum yang merupakan pensyarah bagi subjek BMM 3107 ini. Beliau banyak berkongsi maklumat dan menerangkan bagaimana pemprosesan menghasilkan tugasan BMM3107 ini seperti yang dikehendaki.Penerangan awal tersebut membantu saya dalam membuat perancangan bagi menjalankan tugasan ini dengan baik. Setelah saya memperolehi kertas tugasan tersebut, saya membuat nota untuk pencarian maklumat daripada internet berkaitan dengan topik-topik yang diingini. Antaranya ialah sifat bahasa, sejarah perkembangan, struktur linguistik, faktor luaran, variasi bahasa, linguistik gunaan dan lain-lain lagi. Pencarianan kerja ini mempercepatkan lagi proses mengumpulkan maklumat. Selain itu, saya mendapatkan beberapa buah buku rujukan iaitu buku pada semester satu. Tambahan pula, saya turut mendapatkan buku berkaitan Linguistik daripada rakan guru daripada sekolah SK Kajang dan Pusat Kegiatan Guru Kajang sebagai rujukan untuk tugasan BMM3107 ini.

Setelah mengumpul maklumat, saya mendapatkan nasihat daripada pensyarah subjek ini berkaitan dengan maklumat tersebut. Kerjasama yang diberikan memberi idea dalam menghasilkan bahan maklumat dalam bentuk grafik. Secara kursusnya, dapatlah saya simpulkan bahawa tugasan ini memberi ruang serta peluang kepada saya untuk menimba sebanyak mungkin kemahiran mengajar murid dan juga kemahiran mengenai linguistik untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Selain itu, tugasan ini juga dapat meningkatkan kemahiran yang dapat membantu serta mempermudahkan proses penyampaian pengajaran di dalam kelas kelak. Akhir kata, segala ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki dapat terus dikembangkan dan digunakan semaksimum yang mungkin serta diaplikasikan di sekolah nanti. InsyaAllah, sekian.

Di samping itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang sangat memahami kesibukan ayahnya sebagai seorang pelajar. Akhir kalam, segala yang baik itu adalah datang dari Allah dan yang kekurangan itu adalah atas kelemahan diri saya sendiri sebagai hambanya yang lemah.

Sekian, terima kasih.

FAIROS AZMI BIN MARZAH

810809145533

PPG 4.07