refleksi bina insan guru fasa satu

16
REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA SATU (KENNY MICHAEL) 2014 Program Bina Insan Guru Fasa 1 2014 NAMA : KENNY MICHAEL I.C : 941020- 12-6757 PROGRAM : PISMP BKD SEMESTER 1

Upload: kenny-odukz

Post on 18-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

father

TRANSCRIPT

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA SATU (KENNY MICHAEL)

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA SATU (KENNY MICHAEL)2014

Program Bina Insan Guru Fasa 1 2014

NAMA : KENNY MICHAEL I.C : 941020-12-6757 PROGRAM : PISMP BKD SEMESTER 1

Pertama sekali, syukur kepada Tuhan kerana saya dapat mengikuti semua aktiviti Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 dengan jayanya tanpa mengalami sebarang kecederaan, kemalangan dan sakit ketika mengikuti program ini. Program (BIG) ini dilaksanakan pada 24 Feb 2014 hingga 27 Feb 2014 ditapak perkhemahan Institut Pendidikan Guru Kampus Kent Tuaran, Sabah. Program BIG fasa satu ini terdiri daripada aktiviti lasak yang mana meguji kesemua aspek JERIS. Program seperti ini bukan sesuatu yang baru bagi saya, sewaktu di bangku sekolah menengah saya selalu mengikuti program aktiviti perkhemahan yang mana hampir sama dengan program BIG ini. Oleh itu, segala aktiviti BIG pada kali ini saya boleh adaptasikan pengalaman yang lalu. Tetapi input program BIG ini amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi kepada pelajar sebagai bina insan guru yang bermakna.Saya juga mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurnia-Nya, kami dapat menyiapkan fail Bina Insan Guru (BIG) fasa 1 bersama rakan-rakan saya. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor kumpulan saya Puan Evelyn Annol, kerana sentiasa berada bersama kami sepanjang program Bina Insan Guru ini diadakan dan memberikan kerjasama yang terbaik dalam memastikan kumpulan kami supaya sentiasa bersedia dalam melakukan apa sahaja aktiviti. Tidak lupa juga kepada Kem Komandan dan para jurulatih yang terlibat kerana telah menjaga dan mentadbir kami dengan penuh dedikasi dan berkarisma. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sekelas saya dan rakan-rakan dari unit TESL kerana telah memberikan kerjasama dan menunjukkan sifat setia kawan yang begitu tinggi selama kursus Bina Insan Guru ini diadakan.Perkhemahan BIG fasa satu ini telah mendedahkan dan mengajar semua peserta tentang pengurusan masa, kerjasama, ketabahan dan semangat untuk mengharungi sesuatu aktiviti. Program BIG fasa satu ini, peserta yang lain telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi penghulu dalam perkhemaan. Oleh itu, pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah ditetapkan. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti yang tergendala atau lewat dijalankan , ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya. Selaku penghulu saya sentiasa menasihati atau memberitahu akan rakan yang lain supaya membuat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan. Aplikasi yang saya dapat dalam pengurusan masa ini ialah, sebagai seorang guru kelak harus mengamalkan budaya kerja cekap untuk menjalankan sesuatu kerja yang berkualiti dalam apa jua aspek yang boleh menguji kesabaran seorang guru.Program BIG ini mengajar kami tentang sebuah erti kehidupan yang sederhana. Semua peserta tidur dalam khemah pasang siap yang mana tidur dalam keadaan panas. Bagi diri saya yang selalu mengikuti perkhemaan sedemikian tidak menghadapi masalah menyesuaikan diri tidur dalam apa jua keadaan. Walaupun demikian, dalam perkhemahan ini kami tidak menggunakan kayu api untuk memasak air dan makanan. Kami menggunakan peralatan dapur seperti tong gas dan dapur gas. Hal ini memberi kelebihan kami dapat menguruskan masa memasak kami dengan cepat supaya dapat meneruskan aktiviti yang seterusnya. Aplikasi yang boleh saya praktikkan dalam kehidupan sederhana ialah kesediaan diri saya untuk ditempatkan di kawasan pedalaman yang mungkin tidak mempunyai elektrik dan kemudahan baik.Program BIG ini juga berjaya membina keperibadian saya yang sempurna, seperti memupuk sikap keterbukaan, kerjasama, tolong-menolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan sebagainya dalam diri saya. Semasa mendirikan khemah utama yang besar, kerjasama sangat penting untuk memudahkan kami menyiapkan dengan cepat. Sewaktu di bangku sekolah menengah kami memasang khemah utama dengan menggunakan peralatan bamboo, kayu dan khemah sederhana besar. Tetapi program BIG kali ini telah menambah pengetahuan bagaimana mendirikan khemah utama yang mana memerlukan lebih banyak orang untuk memasangnya. Walaupun pengurusan masa kami untuk menyiapkan khemah besar tidak baik, yang penting kami dapat juga mendirikannya. Sewaktu mendirikan khemah utama itu saya yakin ramai diantar a kami yang belum pernah mendirikan khemah selebar demikian. Sikap tolong menolong diantara peserta semasa program ini sangat ketara. Semasa mendirikan khemah pasang siap saya dan rakan yang lain menolong perempuan untuk mendirikan khemah sebab kebanyakan peserta lebih-lebih lagi peserta TESL kurang pengalaman memasang khemah ini. Peserta unit dari BKD pula sudah didedahkan dan mempraktikan memasang khemah pasang siap semasa perkhemahan Pendidikan Luar Bilik Darjah di pusat Kokurikulum negeri Sabah di Melangang Kiulu. Berat sama dipikul, ringan sama dijunjung. Sebagai bakal guru saya harus memastikan diri saya sentiasa bersedia dalam apa jua cabaran yang bakal mendatang dengan cabaran guru semakin bertambah mencabar dengan ragam murid-murid pada zaman sekarang. Aplikasi daripada aktiviti ini, saya sedar bahawa kerjasama yang sepenuh dan koheren dalam kalangan ahli kumpulan adalah penting demi menyiapkan sesuatu tugasan tepat pada masanya. Oleh itu, saya telah berjaya memupuk nilai-nilai moral yang baik dalam diri saya, membina modal insan yang lebih sempurna dan menjadikan saya seorang yang lebih baik dalam semua aspek. Aktiviti Kerohanian Seramai 40 peserta yang terlibat program BIG fasa 1 2014 iaitu 20 peserta dari unit BKD dan 20 peserta dari TESL. Semua peserta kali ini terdiri daripada bukan muslim. Oleh itu, semasa program Bina Insan Guru dijalankan, sesi kerohanian dijalankan pada pukul 05.00 pagi 6 .00 pagi dan 6.30 -7.30 malam untuk guru pelatih bukan islam. Semasa sesi kerohanian ini dijalankan, saya mendapat banyak input yang berguna. Sesi kerohanian pertama iaitu petang isnin yang dipimpin oleh Cik Lajiwin, kami telah membincangkan tentang pengurusan diri. Sebagai seorang bakal guru harus mempunyai disiplin diri agar menjadi teladan kepada anak didik. Sesi ini juga mengajar kami mengenal emosi diri dan mental yang baik. Selain itu, kami juga harus menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan persekitaran untuk menghadapi masa kelak. Untuk sesi kerohanian yang kedua iaitu pada petang selasa, kami telah belajar mengapa kita mesti menyayangi alam sekitar atau orang di sekeliling kita. Sebagai manusia kita tidak boleh bergantung kepada diri kita sendiri sahaja. Interaksi dengan orang lain atau alam sekitar yang ada di sekeliling kita adalah sangat penting. Ini adalah untuk keharmonian hidup bersama. Dalam kehidupan sebagai seorang guru, kita mestilah manyayangi orang-orang dan alam tempat kita mengajar kelak. Dalam hal ini, ada sesetengah kaum atau orang yang sanagt sukar menerima orang luar dalam masyarakat mereka. Bagi saya, sebagai guru kita mesti pandai mengambil hati mereka untuk menerima kita di tempat mereka dengan memahami adat resam dan budaya mereka terlebih dahulu. Selain itu, ini mengajar saya supaya bersikap rendah diri apabila berada di tempat orang. Semasa sesi kerohanian yang pertama pada petang rabu yang dipimpin oleh Puan Evelyn Annol, kami telah membincangkan tentang siapakah orang yang kita tidak akan lupa ke atas jasanya kepada kita sehingga hari kiamat. Bagi saya orang itu adalah ibu bapa saya sendiri. Betapa besarnya pengorbanan mereka kepada saya. Mereka telah memberikan kasih saying yang tidak berbelah bagi kepada saya dari saya kecil sehinngga sekarang. Bila dikaitkan

Aktiviti LDK :

Sepanjang program Bina Insan Guru kali pertama ini, kami telah menjalani 3 aktiviti latihan dalam kumpulan yang dipimpin oleh Encik Stephen iaitu mengenali potensi diri, motivasi kepuasan kerjaya dan penghargaan kendiri dan perubahan sikap. Saya telah belajar banyak perkara yang beru melalui LDK tersebut. Sesi LDK pertama kami ialah ice breaking, apa yang saya telah dapat aktiviti ini ialah kemahiran mendengar, kepantasan, kerjasama dan nilai murni yang lain. Contoh, ketika kami diminta membentuk kumpulan mengikut kelahiran dan mengenal antara satu sama lain. Dalam masa yang sama kami diminta untuk membuat persembahan mengikut bulan kelahiran. Oleh itu, kumpulan kami yang lahir pada bulan oktober mencipta lagu dan menyanyikkannya. Suasana begitu gembira ketika melihat gelajat peserta lain membuat persembahan secara spontan. Saudari yang lahir pada bulan oktoberLDK kami malam seterusnya adalah mengenali potensi diri, kami telah diberi ujian untuk mengenali potensi diri masing-masing. Saya percaya setiap manusia dianugerahkan potensi yang berbeza-beza. Saya juga mempunyai kelebihan dan kelemahan, saya akan manggunakan, memanfaatkan dan memperkembangkan potensi yang ada pada diri kita itu. Seorang bakal guru, potensi untuk berinteraksi atau berkomunikasi dengan murid mahupun rakan guru merupakan aset yang penting. Saya sangat bersyukur kerana tidak semua orang lahir dengan potensi untuk berinteraksi dengan orang lain dengan baik. Oleh sebab itulah wujud matapelajaran kemahiran berkomunikasi semasa di Institut Pendidikan Guru.

Senaman pagi: Setiap pagi, kami akan mengadakan aktiviti senaman pagi. Ajk riadah akan mengetuai kami untuk melakukan senaman. Selain menyihatkan badan, secara tidak langsung, saya turut mempelajari banyak cara senaman yang kreatif dan menyeronokkan. Secara langsung aktiviti senaman ini menyediakan tubuh badan kami untuk menghadapi aktiviuti yang seterusnya. Sebagai seorang bakal guru sekolah rendah, cara senaman ini amat sesuai kerana murid-murid pada peringkat umur mereka sangat suka mencuba sesuatu yang baru. Sekiranya kita melakukan sesuatu senaman yang sama, ini akan menyebabkan mereka berasa bosan dan proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku secara efektif lagi. Kami juga bermain permainan ice fire yang mana boleh menyegarkan badan dan menyeronokkan. Jika pelatih seusia saya berasa seronok untuk melakukan gerakan tersebut, apatah lagi murid yang berada pada peringkat sekolah rendah. Sepanjang program Bina Insan Guru fasa satu ini dijalankan, saya sangat berasa sangat seronok ketika bersenam pagi. Ini kerana setiap pagi saya akan tunggu bersenam. Sebenarnya saya suka bersenam dan bersukan. Aplikasi yang boleh saya ketengahkan disini ialah semasa mengajar, kepelbagaian cara mengajar amat penting untuk meningkatkan minat pelajar untuk belajar. Kadangkala apabila murid bosan dalam kelas guru boleh mempelbagaikan cara mengajar dengan membuat permainan.

Sekarang yang aktiviti air : Water confident Aktiviti air adalah satu kegemaran, apabila sampai di pantai Gayang saya tidak sabar lagi untuk meneruskan aktiviti ini. Sebelum kami memulakan aktiviti air kami diberikan taklimat oleh Encik Simun dan Encik Roger. Taklimat itu banyak memberikan pengetahuan tentang bagaimana menyelamatkan orang ketika lemas dalam air. Sebelum ini saya tidak pernah didedahkan ilmu keselamatan air. Kami dipecahkan dua kumpulan, kumpulan kami dibimbing oleh Encik Syibin. Walaupun saya pandai berenang, tetapi saya sedikit gayat ketika berada di laut berbanding disungai. Semasa melakukan aktiviti meningkatkan keyakinan dalam air, saya sukar mengerakan badan sebab pakaian dan kasut tidak sesuai menghalang pergerakkan untuk mengapungkan diri dan berenang menuju ke kawasan yang ditetapkan. Saya tertelan air masin berkali-kali menyebabkan saya selalu mengeluarkan air liur. Apabila dikaitkan dengan realiti kehidupan, laut ibarat kehidupan kita. Ombak ibarat rintangan atau dugaan yang melanda kehidupan kita. Ada kalanya laut tersebut tenang tanpa ombak, sama seperti ketenangan dalam kehidupan kita. Adakalanya laut itu dalam, ia umpama kehidupan kita yang didatangi masalah, rintangan atau dugaan. Namun, sedalam manapun ombak tersebut, kita mesti menghadapinya untuk mengatasi ketakutan kita. Ia sama dengan kehidupan kita, walau dalam atau sesukar manapun masalah yang datang dalam kehidupan kita, kita tidak boleh lari daripada masalah tersebut. Kita mesti menghadapinya dengan tabah sepertimana menghadapi ombak di lautan. Semasa kami mula berkayak, saya berasa sangat teruja dan tidak sabar berkayak di laut. Sebelum ini, saya pernah mengikuti aktiviti kayak di kem PLKN Tanaki di Tambunan semasa perkhemahan unit beruniform ketika sekolah menengah dahulu. Sebelum aktiviti kayak bermula, kami dimarahi oleh kem komanden atas kecuaian beberapa peserta yang tidak gagal menjaga amanah yang diberikan. Sebagai bakal guru, kesalahan atau kelemahan boleh kita diperbaiki atas teguran rakan yang lain. Peserta Bina Insan Guru fasa satu kali ini tahan dengan tengkingan dari jurulatih. Semasa aktiviti kayak, kami dikehendaki menuju tiga rumah api dan berpatah balik. Ketika berada di rumah kedua kami berkumpul sebelum meneruskan ke rumah api seterusnya. Sebelum bertolak kami telah diberikan rangsangan oleh Encik Christopher dan apabila saya menelitinya dan mendengar. Kami sebenarnya dikehendaki bergerak dalam satu kumpulan, tetapi ketua kumpulan kami mungkin tidak faham arahan daripada jurulatih maka melepaskan kami dengan bergilir-gilir menyebabkan keadaan berlumba-lumba. Stesen terakhir sebelum bertolak balik, sekali lagi Encik Syibin memberikan arahan berlumba. Tanpa menghiraukan arahan itu kami pun berlumba-lumba sampai ke permulaan berkayak. Setelah selesai aktiviti kayak, kami berkumpul untuk refleksi aktiviti ini. Ketika ini kami sekali lagi dimarahi atas kesalahan, kelalaian kami ketika berkayak iaitu tidak mendengar arahan. Pengajaran yang saya dapat dalam aktiviti ini ialah setiap aktiviti berkumpulan harus dijalankan atau bergerak dengan berkumpulan agar mementingkan keselamatan antara satu sama lain. ketika dialam persekolahan kelak, sebagai guru harus memastikan keselamatan murid ketika melaksanakan aktiviti. Selain mempelajari banyak nilai-nilai murni, saya juga turut belajar cara-cara untuk menyelamatkan diri apabila berlaku kecemasan yang melibatkan air. Pengalaman ini amatlah berguna bagi diri saya, anak-anak murid serta orang-orang di sekeliling saya apabila menghadapi kecemasan dalam air pada masa yang akan datang.

Aktiviti Kembara/Darat: Pengalaman kembara ini sedikit menambah ilmu kerjasama dalam sesuatu organisasi. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan sekumpulan yang sangat baik. Kami saling tolong - menolong untuk mengangkat barang-barang. Bak kata pepatah yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing pepatah ini saya gunakan diawal perkhemahan kepada semua peserta dalam sesi pembahagian tugas. Lelaki atau perempuan mereka sanggup mengangkat barang yang berat dan berjalan beberapa kilometer merentasi kampong dan sawah padi. Malah dalam kumpulan kami tidak mengeluh walaupun keletihan. Mereka langsung tidak mementingkan diri mereka sahaja. Sikap ini mengajar saya agar tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya melihat juga kesusahan orang lain. Nilai yang harus ada setiap insan yang hidup didunia ini mesti saling menolong antara satu sama lain selagi kita bernafas di dunia ini. Aktiviti ini tiada masalah bagi diri saya, tetapi saya tidak boleh mengabaikan ahli kumpulan. Kebanyakan ahli kumpulan kami terdiri daripada cina dan mungkin tidak pernah turun sawah. Hal ini, menjadi masalah mereka ketika masuk kawasan sawah padi yang berlumpur. Dengan semangat juang dan kerjasama ahli kumpulan, kami dapat meneruskan perjalanan seterusnya walaupun berjalan kaki dibawah panas matahari. Dalam apa jua keadaan kita tidak boleh meninggalkan kawan atau ahli kumpulan untuk kepentingan diri sendiri. Saya juga menjadi ketua penunjuk jalan dan yakin ahli kumpulan menaruh kepercayan kepada saya untuk mengetuai perjalaanan, jadi saya sentiasa memberikan yang terbaik kepada kumpulan saya untuk memudahkan perjalanan. Oleh itu, saya memastikan dan bertanggungjawab untuk membawa seramai sepuluh ahli sampai ke destinasi. Ikhtiar hidup: Ahli kumpulan sayaSetelah sampai di destinasi kembara. Kami dikehendaki untuk menyalakan api untuk memasak makan tengah hari. Walaupun letih berjalan kaki kami dapat memasang khemah dan memasak di hutan. Aktiviti ini sedikit memberi gambaran kehidupan diluar sana di kawasan pedalaman kepada mereka yang tidak pernah menggunakan kayu api untuk memasak. Aktiviti ikhtiar hidup ini tidak mencabar kerana tidak dipertandingkan bagaimana membuat gajet dan memasak. Sebab pengalaman lalu saya, memberikan gambaran bagaimana melaksanakan dan boleh mengaplikasikannya. Ahli kumpulan saya yang berbangsa cina berterima kasih kepada kami sebab sebelum ini mereka tidak pernah melakukan ini sewaktu sekolah menengah. Segala pengalaman yang ada pada kami iaitu dari unit BKD. Aktiviti ini sebenarnya mengajar setiap peserta bagaimana hidup di kawasan pedalaman yang tidak menggunakan dapur gas dan boleh menyesuaikan diri masa kelak nanti. Aktiviti kompas: Sebelum kami bertolak ke tapak perkhemaan IPG Kampus Kent. Ketua jurulatih telah mengajar kami bagaimana menggunakan kompas. Asas kompas sangat penting kepada kami agar boleh memandu arah bagaimana menggunakannya. Seorang guru atau setiap orang harus mempunyai asas penggunan kompas untuk melengkapkan diri dalam pelbagai pengetahuan.

Bantu cemas:Selepas aktiviti kompas, kami telah diberikan rangsangan mengenai kecemasan. Perkhemaan tidak lengkap jika tidak melakukan simulasi bagaimana menyelamatkan mangsa ketika mengalami kecederaan. Oleh itu, kami diberikan masa selama sepuluh minit untuk menyelesaikan masa tersebut. Selepas membaca rangsangan diterima, saya bergegas untuk mengambil kayu untuk mengakut mangsa. Saya sendiri berlakon mangsa patah kedua-dua kaki. Semua kumpulan gagal menepati masa yang ditetapkan oleh ketua jurulatih darat. Pengetahuan ini sangat penting untuk bekalan seorang guru di alam persekolahan bagi memastikan setiap kecederaan dapat dirawat dengan cepat. Malam kebudayaan :Di samping itu, program BIG ini mampu mencungkil bakat dan potensi yang sekian terpendam dalam diri seseorang. Malam kebudayan diadakan pada malam terakhir perkhemaan iaitu malam rabu. Pada malam itu kumpulan kami mempersembahkan sebuah lakonan dan nyanyian koir. Walaupun mungkin saya rasa tiada bakat berlakon, tetapi malam itu membuktikan saya ini seorang pelakon yang saya rasa lah. Secara keseluruhannya, program BIG ini dijalankan dengan lancar dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang seimbang. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi seorang guru. Saya berasa seronok dan bersemangat menyertai aktiviti BIG ini. Saya dapat rasakan satu ikatan terjalin semasa aktiviti BIG ini. Terima kasih kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini Program BIG ini juga memberi peluang kepada peserta untuk memperbaiki nilai, harga diri dan melihat kelemahan diri sendiri. Akhirnya sekali, program BIG ini merupakan satu program yang meninggalkan kenangan yang bermakna dan satu pengalaman baharu kepada semua peserta. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengarah IPG Kampus Kent Tuaran, juga kepada Timbalan Pengarah , atas sokongan moral dan seterusnya kepada Kem Komandan BIG, semua jurulatih, fisilitator serta semua jawatankuasa yang terlibat bagi menjayakan program Bina Insan Guru fasa satu 2014