punca kuasa penetapan hukum syariah dalam perbankan islam

21
PUNCA KUASA PENETAPAN HUKUM SYARIAH DALAM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA Dr. Irwan Mohd Subri Dr. Abdul Manan Ismail 1

Upload: fanny-arumsari

Post on 26-Jan-2016

243 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ICIEF EKONOMI SYARIAH

TRANSCRIPT

Page 1: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

PUNCA KUASA PENETAPAN HUKUM SYARIAH DALAM PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIADr. Irwan Mohd SubriDr. Abdul Manan Ismail

1

Page 2: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Pengenalan• Kewangan Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan

Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai sebuah Institusi Kewangan Islam di Malaysia pada tahun 1963

• Menjurus kepada perbankan Islam, kewangan Islam di Malaysia dikembangkan lagi dengan penubuhan bank Islam pertama iaitu “Bank Islam” pada tahun 1983

• Kini perkembangan pesat institusi kewangan Islam di Malaysia memerlukan kawal selia yang mantap. Ia bagi mengawal sistem kewangan Islam ini supaya benar-benar mematuhi kehendak syariat Islam

2

Page 3: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

PUNCA KUASA HUKUM (FATWA) DI MALAYSIA

• Jika menyentuh mengenai punca kuasa hukum atau fatwa secara umum di Malaysia, terdapat dua sumber undang-undang; iaitu:

1. Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

2. Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri.

3

Page 4: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Peraturan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)

Peraturan ini menjadi sumber punca kuasa kepada Jawatankuasa Fatwa Majis Kebangsaan Islam dalam mengeluarkan apa-apa keputusan berkaitan hukum syarak di peringkat kebangsaan.

4

Page 5: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Tugas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI)

• Membincang, menimbang dan menguruskan apa-apa perkara yang dirujukkan kepada Majlis oleh Majlis Raja-Raja, mana-mana Kerajaan Negeri atau Majlis Ugama Islam Negeri atau seseorang ahli Majlis, dengan tujuan hendak memberi nasihat atau pengesyoran.

• Memberi nasihat kepada Majlis Raja-Raja, Kerajaan Negeri atau Majlis Ugama Islam Negeri atas apa-apa perkara berkenaan dengan perundangan atau pentadbiran Ugama Islam dan pelajaran Ugama Islam, dengan tujuan hendak memperbaiki, menyamakan atau menggalak persamaan undang-undang atau pentadbiran.

5

Page 6: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Penubuhan Jawatankuasa Fatwa peringkat kebangsaan• Atas dasar fungsi inilah sebuah Jawatankuasa Fatwa peringkat

kebangsaan telah ditubuhkan di bawah peraturan MKI seksyen 11(a):

Maka hendaklah ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Fatwa terdiri daripada ahli-ahli berikut:

• Pengerusi Jawatankuasa yang dilantik oleh Majlis dari antara ahli-ahlinya.

• Mufti tiap-tiap Negeri yang mengambil bahagian atau seorang yang mewakili Negeri dalam Hal Ehwal Ugama.

• Lima orang Alim Ulama yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

• Seorang ahli yang berugama Islam dari Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang atau dari profesion undang-undang yang dipilih dan dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

6

Page 7: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri-Negeri

• Enakmen ini menjadi sumber punca kuasa kepada Jawatankuasa Fatwa dalam mengeluarkan apa-apa fatwa mengenai sesuatu isu di peringkat negeri.

• Memandangkan Malaysia mempunyai empat belas negeri, maka terdapat empat belas enakmen yang menjadi punca kuasa kepada hukum atau fatwa di negeri masing-masing

7

Page 8: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Fatwa Yang Disiarkan Dalam Warta Adalah Mengikat• (1) Apabila disiarkan dalam Warta, sesuatu fatwa hendaklah

mengikat tiap-tiap orang Islam yang berada di Negeri berkenaan sebagai ajaran agamanya dan hendaklah menjadi kewajipannya di sisi agama Islam untuk mematuhi dan berpegang dengan fatwa itu, melainkan jika dia dibenarkan oleh Hukum Syarak untuk tidak mengikut fatwa itu dalam perkara-perkara amalan peribadi.(2) Sesuatu fatwa hendaklah diiktiraf oleh semua Mahkamah di dalam Negeri berkenaan tentang semua perkara yang dinyatakan dalamnya.

8

Page 9: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Seksyen 53. Meminta Pendapat Daripada Jawatankuasa Fatwa

• Jika dalam mana-mana Mahkamah selain Mahkamah Syariah, apa-apa persoalan Hukum Syarak perlu diputuskan, Mahkamah itu boleh meminta pendapat Jawatankuasa Fatwa tentang persoalan itu, dan Mufti boleh memperakukan pendapat Jawatankuasa Fatwa itu kepada Mahkamah yang membuat permintaan itu.

9

Page 10: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

PUNCA KUASA HUKUM PERBANKAN ISLAM

Dalam memastikan kepatuhan syariah dalam perbankan Islam di Malaysia, terdapat dua akta yang menjadi rujukan Bank Negara dan Institusi Kewangan Islam; iaitu:• Akta Bank Negara 2009 (Central Bank of Malaysia Act 2009). • Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Islamic Financial

Services Act (IFSA) 2013).

10

Page 11: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Akta Bank Negara Malaysia 2009

• Akta ini adalah Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kewujudan berterusan Bank Negara Malaysia dan bagi pentadbiran, matlamat, fungsi dan kuasa Bank, dan bagi perkara berbangkit atau bersampingan dengannya (Akta Bank Negara Malaysia 2009).

• Fokus akan diberikan terhadap seksyen-seksyen dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang berkaitan dengan perkara-perkara syariah sahaja

11

Page 12: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Majlis Penasihat Shariah

Penubuhan Majlis Penasihat Shariah• 51. (1) Bank boleh menubuhkan suatu Majlis Penasihat

Shariah mengenai Kewangan Islam yang hendaklah menjadi pihak berkuasa bagi penentuan hukum Syarak bagi maksud perniagaan kewangan Islam.

12

Page 13: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Fungsi Majlis Penasihat Shariah

52. (1) Majlis Penasihat Shariah hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:(a) untuk menentukan hukum Syarak mengenai apa-apa perkara kewangan dan mengeluarkan keputusan apabila dirujukkan kepadanya mengikut Bahagian ini;(b) untuk menasihati Bank mengenai apa-apa isu Shariah yang berhubungan dengan perniagaan kewangan Islam, aktiviti atau transaksi Bank; (c) untuk memberikan nasihat kepada mana-mana institusi kewangan Islam atau mana-mana orang lain sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis; dan(d) apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diputuskan oleh Bank.

13

Page 14: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Samb…• Dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang terkini, peranan

dan fungsi MPS dimantapkan lagi apabila MPS diberikan status badan berkuasa tunggal mengenai perkara Syariah yang berkaitan dengan perbankan Islam, takaful dan kewangan Islam.

• Keputusan MPS hendaklah terpakai daripada apa-apa keputusan bercanggah yang diberikan oleh badan atau jawatankuasa Syariah yang ditubuhkan di Malaysia, mahkamah dan penimbang tara juga dikehendaki merujuk kepada keputusan MPS bagi mana-mana prosiding yang berkaitan dengan perniagaan kewangan Islam, dan keputusan tersebut hendaklah mengikat.

14

Page 15: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Samb…

Anggota MPS, yang terdiri daripada cendekiawan Syariah, pakar undang-undang dan pengamal pasaran yang terkemuka, merupakan individu yang berkelayakan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang perbankan, kewangan, ekonomi, undang-undang dan aplikasi Syariah, terutamanya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.

15

Page 16: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013

• Akta ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi pengawalseliaan dan penyeliaan institusi kewangan Islam, sistem pembayaran dan entiti berkaitan yang lain dan pengawasan pasaran wang Islam dan pasaran pertukaran asing Islam untuk menggalakkan kestabilan kewangan dan pematuhan Shariah dan bagi perkara yang berhubungan, berbangkit atau bersampingan dengannya

16

Page 17: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Objektif APKI/IFSAObjektif APKI/IFSA ini adalah seperti yang dijelaskan dalam seksyen 6 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 seperti berikut:• Objektif pengawalseliaan utama Akta ini adalah untuk menggalakkan

kestabilan kewangan dan pematuhan Shariah dan bagi mencapai objektif ini, Bank hendaklah-

(a) memupuk-(i) keselamatan dan kekukuhan institusi kewangan Islam;(ii) integriti dan keteraturan fungsi pasaran wang Islam dan

pasaran pertukaran wang asing Islam;(iii) keselamatan, kecekapan dan kebolehpercayaan sistem

pembayaran dan instrumen pembayaran Islam; dan(iv) keadilan, kebertanggungjawaban dan pelakuan perniagaan

institusi kewangan Islam yang profesional; dan(b) berusaha untuk melindungi hak dan kepentingan pengguna perkhidmatan dan produk kewangan Islam.

17

Page 18: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Kewajipan Institusi Memastikan Pematuhan Shariah

(1) Suatu institusi hendaklah pada setiap masa memastikan bahawa matlamat dan pengendaliannya, perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya adalah mematuhi Shariah.(2) Bagi maksud Akta ini, suatu pematuhan kepada apa–apa keputusan Majlis Penasihat Shariah berkenaan dengan apa–apa matlamat tertentu dan pengendalian, perniagaan, hal ehwal atau aktiviti hendaklah disifatkan sebagai pematuhan kepada Shariah berkenaan dengan matlamat dan pengendalian, perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu.

18

Page 19: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Samb…(3) Jika suatu institusi menyedari bahawa ia menjalankan apa–apa perniagaan, hal ehwal dan aktiviti dengan cara yang tidak mematuhi Shariah atau nasihat jawatankuasa Shariahnya atau nasihat atau keputusan Majlis Penasihat Shariah, institusi itu hendaklah-(a) dengan serta–merta memberitahu Bank dan jawatankuasa Shariahnya mengenai hakikat itu;(b) dengan serta–merta berhenti daripada menjalankan perniagaan, hal ehwal atau aktiviti itu dan daripada mengambil apa–apa perniagaan, hal ehwal atau aktiviti lain yang serupa; dan (4) Bank boleh menjalankan suatu penilaian yang ia fikirkan perlu untuk memutuskan sama ada institusi itu telah membetulkan ketidakpatuhan yang disebutkan dalam subseksyen (3).(5) Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua–duanya.

19

Page 20: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Penubuhan Jawatankuasa Shariah

• Orang berlesen hendaklah menubuhkan jawatankuasa Shariah bagi maksud menasihati orang berlesen itu dalam memastikan bahawa perniagaannya, hal ehwalnya dan aktivitinya mematuhi Shariah.

20

Page 21: Punca Kuasa Penetapan Hukum Syariah Dalam Perbankan Islam

Penutup

Kewujudan dua akta iaitu Akta Bank Negara 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dilihat mampu untuk mengawal selia perbankan Islam di Malaysia. Ia seterusnya dapat memacu perbankan Islam ke arah yang lebih baik dari masa ke semasa. Kedua-dua akta ini menjadi sandaran kepada Bank Negara Malaysia dan institusi kewangan Islam di Malaysia dalam memastikan pematuhan syariah dalam sistem dan produk perbankan yang ditawarkan.

21