polarisasi kaum malaysia

Upload: fatin-salmi

Post on 14-Oct-2015

196 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

PEMIKIRAN NEGARA

TRANSCRIPT

Malaysia merupakan satu negara yang unik dimana ia merupakan satu negara yang mempunyai banyak kaum yang didiami oleh Masyarakat Melayu, Cina dan India yang merupakan tiga kaum utama negara Malaysia. Bilangan penduduk Malaysia sehingga tahun 2010 dianggarkan melebihi 28.25 juta penduduk .Daripada bilangan penduduk ini, bangsa Bumiputera Melayu meliputi 50.4%, Cina 23.7%, dan India 7.1% dan selebihnya adalah kaum-kaum bumiputera bukan Melayu dan lain-lain. Sejak mengecapi kemerdekaannya sejak tanggal 31 Ogos 1957, banyak cabaran dan dugaan yang telah dilalui oleh negara dan yang paling utama diantaranya adalah mewujudkan perpaduan dikalangan kaum yang pelbagai ini. Perkara ini menjadi semakin penting selepas tercetusnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969 dimana negara menyaksikan rusuhan kaum yang dahsyat sehingga negara terpaksa diletakkan dibawah pemerintahan tentera. Ekoran daripada peristiwa tersebut, Rukun Negara telah diwujudkan dan banyak program serta inisiatif telah dijalankan untuk mengeratkan perpaduan diantara kaum bagi memastikan pisang tidak berbuah dua kali .Perpaduan antara kaum semakin terpisah dari semasa ke semasa sejak dari peristiwa berdarah tersebut sehingga kini. Namun adakah kita telah mencapai tahap persepakatan yang boleh dikatakan memuaskan setelah 57 tahun merdeka?

Di dalam realiti kehidupan di negara kita terdapat banyak perkembangan dan amalan yang boleh menghapuskan kesan kerja-kerja atau usaha ke arah perpaduan.Kewujudan orang politik yang bergantung kepada puak-puak perkauman untuk mendapat sokongan dalam pemilihan, baik pemilihan dalam parti politik atau pilihan raya, sentiasa mengakibatkan perombakan hasil usaha ke arah perpaduan dengan tindakan pecah belah mereka.Juga perbezaan makin munculdalam masyarakat dari segi keupayaan danaccesssatu-satu kaum kepada kemudahan dan kemewahan.Walaupun kewujudan perbezaan itu tidak melanggar undang-undang tetapitrend sedemikian membiak perasaan yang tidak sihat di kalangan pihak yang kurang berupaya.Jika perasaan dan pemikiran mereka itu tidak dibimbing dari awal untuk melihat perkembangan dunia kini, kemungkinan perasaan hasad dengki itu boleh merosak usaha memupuk perpaduan.Kemunculan banyak akhbar, majalah, program radio dan TV yang menumpukan kepada minat kaum masing-masing makin memisahkan masyarakat secara polarisasi kaum dan ini tidak menolong memupuk arus perpaduan.Dalam dunia seni budaya yang sangat mempengaruhi cara hidup generasi baru misalnya, orang Melayu sudah menginstitusikan pelbagai anugerah dan jaguh kebangsaan dalam pelbagai bidang dalam majlis-majlis penganugerahan yang didominasikan oleh kepimpinan Melayu dengan sedikit bahkan tiada nampak penglibatan kaum-kaum lain secara kredibel untuk mencermin pencapaian perpaduan kaum dalam pembinaan negara.Banyak majlis penganugerahan yang dikelolakan oleh kerajaan dalam suasana adat istiadat Melayu sebagai teras budaya negara jarang nampak disokong beramai-ramai oleh kaum bukan Melayu secara spontan.Perpaduan plastik dari jenis yang dipentaskan secara disponsor atau dikerah beramai-ramai untuk pesta perayaan itu dan ini oleh kerajaan tidak boleh dijadikan bukti rakyat berbilang kaum sudah pandai hidup bersaudaraan.Tidak dapat dinafikan bahawa suasana pergaulan antara kaum yang wujud sihat dalam zaman sebelum merdeka sehingga kira-kira sepuluh tahun selepas merdeka apabila bilangan rakyat masih kecil sudah perlahan-lahan berubah menjadi renggang dengan bertambahnya bilangan penduduk.Polarisasi kaum makin ketara dengan orang Cina mengadakan program mencari dan menganugrahkan jaguh sendiri dalam majlis berunsur keCinaan tanpa diwarnai oleh budaya yang mencermin teras budaya Malaysia yang gila-gila dicanang oleh birokrat kebudayaan.Juga dalam program TV saluran Cina kebanyakannya sukar bagi orang Melayu meneka sama ada program itu dirakam di Malaysia atau di Taiwan atau negara China kerana tidak mudah kelihatan imej persekitaran Malaysia dalam program-program itu.Demikian juga dengan kaum India tetapi dalam program India suasana Malaysia masih nampak kelihatan.Berkaum-kaum adalah perkara biasa;tetapi menggunakan perkauman untuk memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum dalam perkara-perkara yang sepatutnya menjadi kepentingan umum dengan ketika-ketika membakar semangat negatif perkauman adalahbercanggah dengan apa yang dikehendaki untuk memupukintegrasi dan perpaduan negara.Perpaduan adalah sangat penting bagi masa depan negara.Ia tidak boleh lagi dibiar di pinggiran di tangan orang politik dan birokrat yang tidak tahu mengendalikan program secara berkesan.Berpuluh tahun telah hilang tanpa negara mendapat faedah yang setimpal dari organisasi yang bertanggungjawab tentang perpaduan.

FAKTOR FAKTOR1) BAHASA DAN CARA BERKOMUNIKASIBahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan ataupun bahasa rasmi di Malaysia. Oleh itu, bahasa rasmi tersebut berperanan sebagai satu pipe saluran yang digunakan oleh semua rakyat Malaysia. Akan tetapi, masalah di sebaliknya iaitu kebanyakkan kaum bukan melayu masih tidak dapat bertutur dengan lancar. Hal ini kerana bahasa ibunda yang digunakan sejak kecil lagi telah menyebabkan kebanyakkan mereka sukar untuk menangani bahasa rasmi dengan baik. Bahasa yang digunakan berdasarkan bahasa ibunda masing-masing akan menjauhkan lagi jurang antara kaum kerana akan berlaku ketidaksefahaman dan prasangka di antara satu sama lain. Tanpa disedari, amalan yang sedang dilakukan ini sedang menuju ke arah mewujudkan polarisasi kaum yang amat membimbangkan. Realiti yang melanda Yugoslavia hendaklah dijadikan sebesar-besar pengajaran. (Yugoslavia adalah negara dimana terdapat pelbagai kumpulan etnik yang saling membenci antara satu sama lain.) Jika kita kurang teliti dan jika kita tidak berhati-hati, berkemungkinan warga kita akan berpecah-belah dan mewujudkan fahaman agama yang ekstrim

2) SARANAN DAN PENGARUH IBUBAPAPeribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Orang pertama yang paling awal mendekati anak-anak adalah ibu bapa. Oleh itu fikiran dan kelakuan anak-anak akan dipengaruhi oleh ibu bapa mereka. Contohnya anak-anak mereka akan didedahkan tentang isu-isu kaum sejak kecil lagi. Disebabkan kebanyakkan ibubapa di Malaysia masih mempunyai tanggapan yang salah terhadap isu-isu kaum seperti peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 iaitu rusuhan yang berlaku dan kemucak masalah perpaduan di Malaysia, maka mereka akan memberi fakta yang terpesong yang akan mempengaruhi anak-anak terhadap bangsa-bangsa yang lain di Malaysia. Hal ini menyebabkan perpaduan dan persepakatan antara kaum dan bangsa sukar dicapai.

3) PROGRAM DAN POLISI PERPADUAN KAUM TELAH DIPOLITIKKANSetiap warga Malaysia wajar melihat dan mentafsir program dan polisi nasional yang dilaksanakan secara rasional, objektif, bijaksana dan bertanggungjawab. Berfikirlah sebagai seorang warga Malaysia sejati, berpegang kepada prinsip menjunjung langit di tempat bumi dipijak. Program pendidikan sebagai contohnya yang diperkenalkan adalah pelaburan untuk menjamin masa hadapan warga muda dan warga muka dan tidak harus sama sekali dipolitikkan, program pendidikan dan polisi perpaduan kaum yang dipolitikkan adalah perbuatan paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak dan memporak-perandakan negara.

KESAN-KESAN1) KESAN SOSIALDari segi kesan terhadap sosial, dimana kita dapat lihat bahawa wujudnya salah faham dan buruk pandangan terhadap kaum-kaum lain kerana wujudnya sikap perkauman. Sikap perkauman ini akan memecah-belahkan kaum bukan sahaja memberi kesan dalam jangka masa yang pendek namun turut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang. Kesan dalam jangka masa yang pendek, contohnya sekiranya orang melayu tidak diberi peluang pekerjaan di kebanyakkan perniagaan yang dipunyai oleh masyarakat Cina. Ini akan mewujudkan pandangan yang serong dan rasa tidak puas hati. Dalam jangka panjang pula, perasaan ini akan menjadi teruk dan lebih mendalam dan mungkin akan membawa kepada rusuhan kaum seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969,dan ini akan membawa keancaman kepada struktur sosial di Malaysia dan rakyat tidak akan dapat hidup aman lagi.

Kesan EkonomiEkoran daripada keruntuhan struktur sosial di Malaysia ataupun perpecahan kaum di Malaysia mungkin akan menyebabkan aktiviti ekonomi tidak dapat berjalan dengan lancar dan juga mungkin berhenti dengan serta-merta. Hal ini akan mengakibatkan Negara mengalami kerugian atau defisit dimana perbelanjaan melebihi pendapatan. Antara sebabnya, apabila berlaku rusuhan kaum , kerajaan terpaksa membelanjakan banyak duit untuk mengamankan Negara dan pada masa yang sama pendapatan Negara akan berkurang disebabkan ekonomi terbantut. Selain daripada itu, pelabur-pelabur juga akan menghentikan pelaburan mereka di Malaysia kerana risau mengalami kerugian dan pelabur luar negara ingin melabur di Malaysia juga akan membatalkan hasrat mereka. Mata wang Malaysia juga akan jatuh teruk dimana apabila berlakunya ketidaktenteraman di Malaysia, ramai akan meninggalkan Negara Malaysia untuk mencari tempat yang lebih selamat dan ini akan mengakibatkan duit ringgit Malaysia keluar dengan banyaknya dari Malaysia.

Kesan kepada Integriti dan Imej NegaraSeperti yang telah dicatatkan dalam sejarah Malaysia Tunku Abdul Rahman ,Tun V.T Sambanthan dan ahli politik kaum yang lain mendapatkan kebebasan Negara dengan membuktikan kepada kerajaan British yang rakyat di Tanah Melayu mampu bersatu padu di bawah satu pentadbiran maka atas sebab inilah kita diberi kemerdekaan dan atas sebab itu jugalah Negara kita dipandang tinggi kerana mampu bergerak walaupun rakyatnya terdiri daripada banyak kaum.Jikalau rusuhan kaum berlaku lagi, ini akan mencemarkan nama baik Negara dimana ia akan jelas menunjukkan Negara gagal dalam menyatupadukan penduduknya malah keadaan menjadi semakin teruk. Ini akan menconteng arang terhadap imej dan integriti Negara sebagai sebuah Negara yang berdaulat dan mengamalkan prinsip demokrasi.

CARA MENGATASI 1Perselisihan faham antara kaum dapat dielakkan melalui perancangan beberapa program yang mewajibkan setiap kaum untuk melibatkan diri. Program yang dilaksanakan perlu merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan perpaduan. Program seperti Program 1 Malaysia, program penubuhan Sekolah Wawasan dan banyak lagi program-progrm yang lain perlu diperbanyakkan. Program lain seperti rumah terbuka bagi perayaan-perayaan setiap etnik yang diamalkan dalam Negara kita juga perlu diperluaskan dalam seluruh Negara. Program-program seperti ini diperlukan kerana, ini dapat memupuk semangat cinta akan tanah air kita sekaligus dengan melahirkan perasaan menghormati adat-resam kaum lain. Hal ini akan menjalinkan hubungan yang erat antara masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Semangat patriotisme yang akan dipupuk ini perlu dimulakan dari kecil lagi bah kata pepatah melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa perlu mendorong anak-anak untuk bergaul sesama masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Masyarakat kita juga perlu bergaul, berkongsi pendapat dan membina kumpulan dengan masyarakat kaum lain. Kita perlu sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan bersatu dan berusaha menghindari segala faktor yang boleh memecahbelahkan kesepakatan. Ia perlu diberi perhatian kerana masih wujud golongan yang berkepentingan untuk bermain dengan api sentimen perkauman dan agama. Hakikat kita mampu mengekalkan cara hidup aman dan damai tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus berasa selesa. Kita sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dari dalam mahupun luar. Justeru itu, kita perlu sentiasa berhati-hati agar tidak berprasangka buruk sesama kaum supaya mengelak sikap mementingkan diri.

CARA MENGATASI 2Untuk menyelesaikan masalah yang sedang kita hadapi ini, pertama sekali sebagai bangsa Malaysia, bahasa dan cara berkomunikasi kita seharusnya menguasai dengan baik agar jurang antara kaum tidak akan berlaku disebabkan oleh ketidaksefahaman dan prasangka. Seterusnya saranan dan pengaruh daripada ibu bapa amat penting terhadap anak-anak mereka. Hal ini kerana anak-anak tersebut merupakan pemimpin hari esok dan perpaduan antara satu sama lain amat diperlukan agar negara menjadi maju dan kuat. Di samping itu, program dan polisi perpaduan kaum tidak harus sama sekali dipolitikkan kerana perbuatan tersebut adalah paling tidak bertanggungjawab yang hanya akan memusnahkan masa hadapan anak-anak yang bersih dan tidak berdosa. Sebagai contoh, program 1Malaysia dimana adalah tuntutan sama dan peluang yang diberikan kepada semua rakyat Malaysia. Untuk konsep tersebut berjaya, saya rasa kerajaan harus berhenti dengan bangsa politik kerana ini benar-benar melelahkan. Kami membesar dan mengikuti dengan borang aplikasi meminta kami untuk menanda bangsa kami. Kita seharusnya berhenti memberi tanggapan negatif terhadap bangsa lain dan berhenti berfikir tentang kaum kami, etnik kami tetapi sebaliknya kita harus tumpukan bahawa kita tiada kaum melayu, tiada kaum cina, tiada kaum india kerana kita cuma terdapat bangsa Malaysia, bangsa Malaysia yang mempunyai kebebasan memilih agama dan kepercayaan yang sesuai dan disukainya. Untuk merdeka yang akan menjelang ini, saya berharap sebagai seorang Malaysian, kita dapat lebih memiliki hak bersuara, dapat dihormati dan dapat didengar. Saya berharap bahawa kerajaan benar-benar melaksanakan dan menjalankan demokrasi berparlimen dan saya berharap masyarakat Malaysia tidak lagi takut dan berasa mendiskriminasi terhadap satu sama lain, kerana kita adalah satu dan kita adalah sama sah dari sisi undang undang.

KONSEP 1MALAYSIA HAPUS POLARISASI KAUM

Oleh : TAN SRI LEE LAM THYE

SELARAS dengan konsep 1Malaysia yang mempromosikan perpaduan dan semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia melalui prinsip hormat menghormati dan kepercayaan di antara satu sama lain, pelajar dan belia daripada pelbagai kaum perlu menghapuskan polarisasi kaum.Sebaliknya mereka harus berusaha untuk mengenali antara satu sama lain dan menjalinkan persahabatan dengan mereka yang berlainan kumpulan etnik.

Kesedaran dan usaha berterusan harus dilakukan kerajaan termasuk pembaharuan sistem pendidikan, bagi membantu generasi pemimpin negara yang akan datang untuk mencapai objektif penting iaitu membina perpaduan dalam kepelbagaian.

Belia dan remaja sepatutnya tidak menganggap bahawa seseorang yang sedang duduk di sebelah mereka adalah berlainan bangsa dan agama. Sebaliknya, mereka harus menyedari bahawa yang duduk di sebelah mereka adalah seorang rakan.

Warga belia daripada pelbagai bangsa harus berusaha memperkukuhkan lagi integrasi kaum yang menjadi tunggak perpaduan negara. Dalam semua jenis acara, sama ada dalam sukan mahupun aktiviti kokurikulum, usaha yang praktikal harus diambil bagi menyatupadukan belia negara supaya mereka dapat berinteraksi di antara satu sama lain.

Sekolah adalah tempat terbaik untuk mempromosikan integrasi kaum. Guru dan ibu bapa harus memainkan peranan masing-masing dalam membantu proses itu. Ibu bapa harus menggalakkan anak mereka untuk bergaul dengan mereka yang berlainan kaum bagi mewujudkan lebih persefahaman di antara agama, budaya dan cara hidup.

Usaha berterusan juga harus di ambil bagi menghapuskan polarisasi kaum, terutama di kalangan pelajar yang berlainan kaum.

Pelajar pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Di bahu mereka terletaknya tanggungjawab dalam membina negara yang bersatu-padu dengan satu matlamat yang dikongsi bersama.

Usaha untuk menyemai nilai-nilai murni dan objektif mulia berkaitan dengan perpaduan ini harus dimulakan di peringkat sekolah rendah lagi supaya kita dapat menghasilkan generasi akan datang yang sedar mengenai tanggungjawab mereka terhadap pembinaan negara.

Kita harus mengambil semua langkah berpatutan bagi memastikan sistem pendidikan pada peringkat pra universiti tidak menyumbang ke arah polarisasi yang tidak sihat di kampus universiti kita.

Sekolah, kolej dan institusi pendidikan swasta perlu mengambil usaha bagi mencegah polarisasi kaum pada peringkat institusi masing-masing.

Kita perlu kembali ke pengetahuan asas iaitu mematuhi Rukun Negara dan lima prinsipnya Kepercayaan Kepada Tuhan, kKesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi cahaya pedoman untuk membina Malaysia yang bersatu-padu.

Perpaduan dan keharmonian kaum harus menjadi sebahagian daripada budaya kita serta dapat mewujudkan lebih banyak peluang kepada orang ramai dari pelbagai kaum untuk berjumpa dan menjalinkan persahabatan yang lebih akrab demi masa depan negara.Sumber : Berita Harian ( 27 Mei 2009)