tugasan sejarah pt3 kepentingan perpaduan kaum di malaysia

7
KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA Satu Malaysia jadi pegangan, Rukun Negara teras panduan, Satu Malaysia benteng negara, Rakyat Malaysia taat setia. Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata “Satu Malaysia’’ yang menjadi pegangan wazir negara kita, Dato’ Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan kaum di Malaysia. Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat berbilang kaum di negara kit a seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa “ rambut sama hitam, hati lain-lain” jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan r akyat Malaysia,seperti kata peribahasa, “ bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Industri pelancongan merupaka n salah satu industri yang menjadi penyumba ng terbesar kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan nama negara, seperti kata peribahasa,” sambil menyelam minum air”.  Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan itu sahaja, apabila rakyat meng amalkan peribahasa, “ bersatu kita teguh,  bercerai kita roboh,” nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara. Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri sehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan negara. Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun “ bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing” kerana perpaduan kaum itu

Upload: norhaizul

Post on 13-Oct-2015

107.048 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan PT3

TRANSCRIPT

  • 5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

    1/7

    KEPENTINGAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA

    Satu Malaysia jadi pegangan,

    Rukun Negara teras panduan,

    Satu Malaysia benteng negara,

    Rakyat Malaysia taat setia.

    Serangkap lagu satu Malaysia di atas menunjukkan betapa pentingnya perpaduan kaum

    diamalkan oleh rakyat Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh, slogan kata Satu Malaysia yang

    menjadi pegangan wazir negara kita, Dato Seri Najib Abdul Razak merupakan satu langkah

    yang jelas bagi memantapkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini

    demikian kerana, banyak kepentingan yang boleh kita peroleh daripada amalan perpaduan

    kaum di Malaysia.

    Antara kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ialah mewujudkan masyarakat yang

    harmoni. Sebagai rakyat Malaysia, pasti kita sudah tidak asing lagi dengan wujudnya masyarakat

    berbilang kaum di negara kita seperti Cina, Melayu, India, Kadazan dan sebagainya. Peribahasa

    rambut sama hitam, hati lain-lain jelas menunjukkan walaupun manusia mempunyai warna

    rambut yang sama tetapi sukma dan keinginan manusia adalah berbeza. Dengan mewujudkanperpaduan kaum dalam kalangan masyarakat, barulah masyarakat harmoni yang mempunyai

    aspirasi yang sama dapat tercapai. Oleh hal yang demikian, sebagai rakyat Malaysia yang

    prihatin, kita hendaklah mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia,seperti

    kata peribahasa, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

    Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menjadi penyumbang terbesar

    kepada pendapatan negara. Kunci utama dalam menarik kedatangan pelancongan ke

    Malaysia ialah dengan rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang

    wujud dalam kalangan rakyat Malaysia akan menarik minat pelancong dari luar negara untuk

    melihat sendiri amalan perpaduan kaum yang menjadi pegangan setiap rakyat Malaysia. Hal ini

    secara implicit dapat memperkenalkan keindahan Malaysia kepada masyarakat luar seterusnya

    menaikkan nama negara. Oleh itu, wajarlah rakyat Malaysia mengamalkan perpaduan kaum

    kerana selain dapat menarik kedatangan pelancong, perpaduan juga mampu menaikkan

    nama negara, seperti kata peribahasa, sambil menyelam minum air.

    Selain itu, dengan mengamalkan perpaduan kaum, kita juga dapat memajukan ekonomi

    negara. Apabila perpaduan kaum diamalkan oleh rakyat Malaysia, penindasan ekonomi tidak

    akan berlaku kerana setiap kaum akan bersaing dengan adil tanpa sedikit pun perasaan hasad

    dengki dalam diri mereka. Contohnya, persaingan yang berlaku dalam dunia perniagaan. Bukan

    itu sahaja, apabila rakyat mengamalkan peribahasa, bersatu kita teguh,bercerai kita roboh,

    nescaya rakyat juga dapat bersama-sama memajukan ekonomi negara.

    Keamanan negara turut dapat dipertingkatkan apabila amalan perpaduan kaum telah

    meresap ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Seperti yang kita ketahui, tanpa perpaduan

    kaum, keamanan tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendirisehingga menghancurkan keamanan sesebuah negara yang telah dibina itu. Pertelingkahan

    yang berlaku antara rakyat hanya akan menghasilkan suasana hidup yang porak-peranda. Oleh

    hal yang demikian, benarlah perpaduan kaum itu penting untuk meningkatkan keamanan

    negara.

    Konklusinya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan

    semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Janganlah kita bersikap evasif mahupun

    bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana perpaduan kaum itu

    http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.htmlhttp://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
  • 5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

    2/7

    hanya akan wujud apabila semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna

    dan bersikap bertolak ansur.

    Sumber http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-

    malaysia.html

    Tugasan Sejarah PT3 2014: Kepentingan Perpaduan Kaum

    Assalamualaikum.

    Tugasan Sejarah PT3: Rencana Berkaitan Perpaduan Kaum di Malaysia.

    Bahan dan rujukan untuk isi berkaitan kepentingan perpaduan kaum.

    PERPADUAN PENTING DALAM MENJAMIN KEHARMONIAN NEGARA

    Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang

    kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar

    dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan

    keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada

    rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu

    dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta

    merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama.

    Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum kerap dibincangkan dalam surat khabar dan

    televisyen. Hal ini kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagal kaum dan agama. Terdapat

    beberapa kebaikan perpaduan kaum kepada masyarakat dan negara. Antara kebaikan

    perpaduan kaum ialahmasyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai . Keadaan

    http://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.htmlhttp://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/-4JadWUE05yY/U7E2C3QcD-I/AAAAAAAAGBs/3q-6ASTwJ0I/s1600/melayu+cina+india.jpghttp://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.htmlhttp://noraini-ismail.blogspot.com/2013/04/kepentingan-perpaduan-kaum-di-malaysia.html
  • 5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

    3/7

    masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik.

    Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

    Selain itu, perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteramdi mana keadaan ini

    membolehkan pihak kerajaan merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancaruntuk meningkatkan taraf hidup rakyat. Antara manfaat lain perpaduan kaum ialah pihak

    kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara. Keadaan negara yang aman dan

    damai akan menarik lebih ramai pelancong asing datang ke Malaysia. Kehadiran pelancong

    asing ini akan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat. Peluang pekerjaan ini akan

    menjana sumber pendapatan bagi menyara hidup dan meningkatkan taraf ekonomi rakyat.

    Di samping itu, perpaduan kaum juga akan menarik pelabur asing untuk datang melabur di

    Malaysia. Pelabur asing yakin untuk melabur kerana negara kita berada dalam keadaan aman

    dan damai. Kedatangan pelabur asing ini juga akan membuka peluang pekerjaan kepada

    rakyat dan akan meningkatkan pendapatan negara.

    Perpaduan kaum juga akan menaikkan imej negara di mata negara lain. Perpaduan kaum

    membuktikan bahawa pemimpin Malaysia dapat memerintah dengan balk. Terdapat beberapa

    negara yang ingin mencontohi negara Malaysia dalam mentadbir negara. Selain itu, perpaduan

    kaum yang terdapat di Malaysia telah membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi

    beberapa pertubuhan antarabangsa.

    Secara keseluruhanya, pihak kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam mengekalkan

    perpaduan kaum di Negara Malaysia tercinta ini. Sehubungan itu,kita sebagai rakyat Malaysia

    seharusnya bersyukur dengan keamanan yang berjaya kita kecapi hari ini di samping dapat

    mengekalkan keharmonian antara kaum yang berbilang bangsa di mana kita hidup dalam

    sebuah komuniti. Oleh demikian, walaupun ada perbezaan ideologi politik,kita haruslah

    mengawalnya supaya tidak menjadi tegang serta menjaga hubungan baik sesama masyarakat

    dengan keharmonian yang telah terbina sekian lama.

    Kepentingan Perpaduan Kaum

    1. masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

    2. perpaduan kaum akan menjadikan negara aman dan tenteram

    3. pihak kerajaan boleh memajukan sektor pelancongan negara

    4. menarik pelabur asing untuk datang melabur di Malaysia

    5. menaikkan imej negara di mata negara lain

    6. membolehkan Malaysia terpilih sebagal pengerusi bagi beberapa pertubuhan antarabangsa

  • 5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

    4/7

    Kepada calon PT3, inilah contoh penulisan rencana yang dikehendaki dalam tugasan Sejarah

    PT3. Namun begitu, rencana ini tidak lengkap kerana maklumat atau isi yang dikehendaki dalam

    tugasan yang diberikan tidak cukup. Sekiranya diperhatikan, rencana ini hanya memaparkan

    tentang kepentingan perpaduan kaum sahaja. Jadi, calon perlu memasukkan faktor, cabaran

    dan langkah mengekalkan dan memantapkan perpaduan kaum sebelum membuat rumusa.

    Rujukan:

    1.http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/15970-

    perpaduan-penting-dalam-menjamin-keharmonian-negara.html

    Draf awal nak buat ..............

    1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja yang sesuai daripada

    petikan di atas dianggap betul contohnya Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh

    bercerai roboh , perpaduan rakyat di negara ini, dll )

    2. Nama penulisNama kita

    3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang dikehendaki

    (a) Pengenalanmenjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara umum ( cadangan )

    Dasar pecah dan perintah British

    Sistem pendidikan zaman British

    Pendudukan Jepun

    Peristiwa 13 Mei Isu agama dan budaya- trend terkini

    (b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

    mewujudkan masyarakat harmoni dan aman

    memelihara kedaulatan Negara

    mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme

    meningkatkan imej Negara di mata dunia

    membangunkan ekonomi negara

    mengekalkan kestabilan politik

    membina masyarakat yang saling menghormati

    (c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum ( cadangan )

    Peristiwa 13 mei

    Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular

    Penubuhan parti politik

    Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama , kerakyatan

  • 5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

    5/7

    Dasar pebdidikan kebangsaan

    (d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

    kewujudan pelbagai aliran sekolah

    parti politik berasaskan kaum kesan dasar penjajahan british

    Sikap individulistik dalam masyarakat

    Penyalahgunaan media sosialmenimbulkan isu sensitif

    Campurtangan kuasa luar

    (e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan kaum di

    Malaysia ( cadangan )

    Kempen kerajaan

    Program RIMUP

    Gotong royong

    Rumah terbuka

    Sambutan perayaan

    Program sukan

    Slogan I Malaysia

    Aktiviti kokurikulum

    (f) Membuat rumusan ( cadangan )

    f) Membuat rumusan ( cadangan )

    Pengetahuan

    Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar ........

    Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

    Iktibar

    Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara sesama angota masyarakat

    Harapan ( saya berharap agar )

    Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan

    Tidak terpengaruh dengan anasir luar

    Menghargai jasa tokoh

    (g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/

    a. Buku

    Lofti Ismail,1988.Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors

    Sdn.Bhd.

    Mohamad Noordin Sopiee,1967.From Malayan Union to SingaporeSeparation: Political

    Unifacation in the Malaysia Region 1945-1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

    b. Jurnal

    Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara

    dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.

  • 5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

    6/7

    Ishak bin Tadin,1960. Dato Onn and Malay Nationalism 1946-1951,dalam JSEAH.Vol 1.Mac

    1960.

    c. Ensiklopedia

    Tajuk, jilid dan tahun.

    d. AkhbarUtusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

    e. Orang Sumber

    Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin 52000 Kuala

    Lumpur.

    Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman

    Sri Gombak,68100 Selangor.

    f. Melawat Tempat Kajian

    Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato Onn, Pusat

    Dagangan DuniaPutra,45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.

    Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.

    Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.

    g. VCD

    Tajuk program, terbitan.

    h. Radio

    Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

    i. Televisyen

    Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

    j.Majalah

    Nama majalah, tarikh, tahun.

    k. Sumber lain :

    Jenis sumber, alamat/punca sumber.

    Internet

    http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm

    http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm

    http://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh PMTunku AbdulRahman.htm

    http://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh%20PMTunkuhttp://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh%20PMTunku
  • 5/23/2018 Tugasan Sejarah Pt3 Kepentingan Perpaduan Kaum Di Malaysia

    7/7