persidangan antarabangsa sains sosial dan...

206

Upload: lamcong

Post on 29-Jun-2019

335 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

KALI KE-4

(PASAK 4 2019)

TEMA:

“PEMBUDAYAAN ILMU MERENTASI SEMPADAN”

24 DAN 25 APRIL 2019

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Anjuran

PUSAT PENGAJIAN TERAS,

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Dengan Kerjasama:

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH (UniSHAMS)

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA (UPNM)

YAYASAN TAQWA

PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR (SUK)

KUISCELL SDN. BHD

WATIE COLLECTION

SENARAI KANDUNGAN

Kata Alu-aluan Rektor KUIS1

Kata Alu-aluan Dekan Pusat Pengajian Teras, KUIS2

Kata Alu-aluan Pengarah PASAK 43

Biografi Keynote Speaker4

Ahli Jawatankuasa PASAK 45

Aturcara Majlis PASAK 46

Tentatif Pembentangan Selari7

Abstrak PASAK 4 20198

Sekalung Budi dan Penghargaan9

1

2

22

3

4

5

7

28

9

202

1

KATA ALU-ALUAN REKTOR

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Assalamualaikum W.B.T.

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala, selawat dan salam

ke atas Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam, pembawa

rahmat ke seluruh alam.

Saya amat bersyukur kepada Allah dengan taufiq 'inayah serta

keizinanNya jua, Pusat Pengajian Teras telah berjaya

menganjurkan Persidangan Antarabangsa Sains Sosial &

Kemanusiaan kali keempat bertemakan “PEMBUDAYAAN ILMU

MERENTASI SEMPADAN ".

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang mempunyai cita-cita besar untuk

menempa nama di persada negara dan dunia pendidikan, penggemblengan tenaga

dan usaha daripada ahli akademik dan pentadbiran amat diharapkan supaya dapat

menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti. Penganjuran PASAK4 2019

membuktikan keupayaan warga Pusat Pengajian Teras yang komited menjadikan KUIS

sebagai hub ilmuan untuk membentangkan hasil penyelidikan dari seluruh negara.

Tema yang dipilih amat bertepatan dengan kemajuan negara pada hari ini yang

menitik beratkan pembudayaan ilmu yang merentasi sempadan agar seiring dengan

pembudayaan penguasaan pelbagai ilmu dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Wahyu pertama di dalam al-Quran jelas menunjukkan kepentingan budaya ilmu melalui

surah al-‘Alaq : 01 yang bermaksud : “ Bacalah dengan (menyebut) nama Rabbmu

Yang menciptakan.” Oleh itu, penganjuran PASAK 4 2019 adalah antara medan yang

membuka ruang perbincangan ilmu seterusnya mendokong aspirasi pembudayaan

ilmu yang dianjurkan.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih

kepada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS),

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Watie Collections Sdn. Bhd,

Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Taqwa, selaku rakan

kerjasama dalam penganjuran PASAK kali ini. Semoga kerjasama ini akan dapat

diteruskan pada masa-masa akan datang. Insha Allah. Syabas dan tahniah sekali lagi

buat seluruh ahli jawatankuasa pelaksana PASAK4 2019. Semoga usaha kalian

mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT.

Prof Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri

Rektor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

2

KATA ALU-ALUAN DEKAN PUSAT PENGAJIAN TERAS

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Allah S.W.T

dengan limpah kurnia dan hidayatNya, Persidangan

Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan kali ke-4(PASAK

4 2019) berjaya dianjurkan. Saya mewakili pihak penganjur

Pusat Pengajian Teras (PPT), Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS) dengan kerjasama Universiti Islam

Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

(UniSHAMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),

Watie Collections Sdn. Bhd, Jawatankuasa Tetap Pendidikan

Negeri Selangor dan Yayasan Taqwa serta sekretariat PASAK

2019 kali ke-4 sangat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran

para jemputan kehormat, pengucaptama, pembentang

kertas kerja, dan peserta sekalian yang hadir dan seterusnya

menjayakan PASAK 2019 kali ke-4 ini.

Persidangan ini adalah satu platform bagi para pembentang dan peserta berkongsi

idea dan pengalaman khususnya bagi sub tema yang disasarkan bertepatan dengan

isu-isu semasa tanah air dan luar negara. Penyertaan yang memberangsangkan

daripada peserta pada tahun ini membuktikan bahawa PASAK adalah persidangan

yang dinanti-nantikan oleh para penyelidik. Dengan kerjasama dan kolaborasi bersama

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Universiti

Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri

Selangor dan Yayasan Taqwa memperlihatkan persidangan ini menjadi satu medium

utama dalam memartabatkan pembudayaan ilmu secara berterusan melalui

perbincangan secara tuntas antara ahli akademia.

Saya mewakili pihak penganjur ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

kepada pihak Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

(UniSHAMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Jawatankuasa Tetap

Pendidikan Negeri Selangor dan Yayasan Taqwa, yang sudi bekerjasama dalam

melaksanakan amanah ini. Ucapan istimewa ditujukan kepada yang Pengarah PASAK

2019 kali ke-4 kerana telah bertungkus-lumus untuk menjayakan persidangan ini. Tidak

lupa juga ucapan terima kasih ditujukan buat semua sekretariat PASAK 2019 kali ke-4

yang membantu menjayakan persidangan ini yang membuahkan hasil yang amat

membanggakan. Akhir kalam, marilah kita bersama-sama memohon doa kepada Allah

S.W.T agar persidangan ini diberkati dan dapat mencapai matlamatnya. Amin...

Dr. Norfazila Ab. Hamid

Dekan

Merangkap Penasihat PASAK 4 2019

Pusat PengajianTeras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

3

KATA ALU-ALUAN PENGARAH

PERSIDANGAN SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PASAK 4)

Segala puji Allah SWT kerana limpah kurniaNya Persidangan Antarabangsa Sains Sosial

dan Kemanusiaan (PASAK) kali ke-3 berjaya dilaksanakan dengan

membawa tema “ Pembudayaan Ilmu Merentasi Sempadan”.

Penganjuran PASAK kali ke-4 ini merupakan kesinambungan

kepada penganjuran PASAK 1 hingga 3 yang lalu. Oleh itu, saya

mewakili seluruh tenaga kerja jawatankuasa PASAK kali ke-4

mengalu-alukan kehadiran pengucaptama, para pembentang,

tetamu undangan dan peserta persidangan pada kali ini.

Sesungguhnya kehadiran kalian amat bererti buat kami.

Persidangan ini merupakan medan wacana akademik yang

memberi peluang perbincangan, perbahasan dan pertukaran idea

melalui tema utama iaitu pembudayaan ilmu bersama tujuh sub-tema yang lain.

Interaksi secara dinamik ini diharapkan dapat membuahkan hasil terbaik bagi

membantu kesejahteraan sosial seterusnya membudayakan ilmu dalam ruang lingkup

masing-masing.

Bagi pihak penganjur, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan

penganjur bersama PASAK kali ke-4 iaitu Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul

Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),

Watie Collections Sdn. Bhd, Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor dan

Yayasan Taqwa. Semoga jalinan kerjasama ini akan berterusan pada masa akan

datang.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh tenaga kerja jawatankuasa PASAK

kali ke-4 yang bertungkus lumus menjayakan persidangan kali ini menjadi realiti melalui

komitmen yang tidak berbelah bahagi. Justeru saya mengucapkan selamat berseminar

kepada semua. Semoga kalian beroleh manfaat yang besar usai penganjuran PASAK

kali ke-4 ini.

Salam Mahabbah,

RIDUAN MAKHTAR @ CHE ISMAIL

Pengarah

PASAK kali ke-4

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

4

PENGUCAP TAMA

Dr. Mokmin Basri Timbalan Rektor (Akademik dan

Penyelidikan)

KUIS

Dr. Mokmin Basri kini memegang jawatan

Timbalan Rektor (Akademik dan

Penyelidikan) di Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor (KUIS). Pemegang

Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian

(Teknologi Maklumat) dari Universiti

Teknologi MARA ini telah melanjutkan

pelajaran ke peringkat seterusnya di

University of Central Lancashire.

Beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana PC

Interfacing and Software Applications pada tahun 2001. Pada tahun 2012 pula,

beliau telah dianugerahkan Doktor Falsafah dalam (Sains Maklumat) dari

Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau merupakan Pakar Rujuk Mata pelajaran

(Subject Matter Expert) di Universiti Terbuka Malaysia bermula dari tahun 2002

sehingga kini. Beliau juga turut diundang sebagai Pensyarah Tamu di Fakultas

Agama Islam, Universitas Muhammadiyah Ponorogo dan Universitas Pancasila

Jakarta. Anak kelahiran Muar, Johor ini sangat aktif dalam bidang penyelidikan

dan terlibat sebagai ketua penyelidik dan penyelidik. Geran penyelidikan terkini

beliau ialah Geran Penyelidikan dan Pembangunan Sains, Teknologi dan Inovasi

(GPPSTI) yang bertajuk Pembangunan Dan Pengujian Aplikasi E-Fatwa Jabatan

Mufti Negeri Selangor. Selain penyelidikan, beliau juga aktif dalam penerbitan

dan turut menjadi editor dan penilai artikel jurnal dan prosiding. Beliau pernah

dinobatkan sebagai Pemenang Sagu Hati Anugerah Penerbitan Gugusan Sains

Sosial Dan Kemanusiaan Kategori Buku dan Monograf Di Majlis Anugerah Inovasi

UKM Ke-9 pada tahun 2014.

5

AHLI JAWATANKUASA PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

(PASAK 4)

Penaung

YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri

Penasihat

Dr Norfazila binti Ab. Hamid

(Dekan PPT, KUIS)

Penasihat Bersama

Pn. Adlina Binti Abd Khalil

(Pengarah PPU, UniSHAMS)

Pengarah

Riduan bin Makhtar @ Che Ismail

Pengarah Bersama

Prof. Madya Dr. Jessica Ong Hai Liaw

(Tim. Dekan FPPM, UPNM)

Timbalan Pengarah

Siti Rashidah binti Abd Razak

Setiausaha

Hibriyatul Rifhan binti Abu Bakar

Bendahari

Mohd Shafie bin Zulkifli

Kertas Kerja dan Dokumentasi

Aemy Elyani binti Mat Zin

Dr. Fahed Abdul Hamid bin Maromar

Siti Masitah binti Md. Zin

Diyak Ulrahman Mat Saad

Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir

6

Promosi dan Penajaan

Nur Aisyah binti Abu Hassan

Muhammad Hatta bin Shafri

Aishah Amirah binti Zainal Abidin

Zuraifah binti Zaini

Multimedia

Muhammad Adham bin Hambali

Noor Idayu binti Abd Wahid

Teknikal Dan Tugas-tugas Khas

Wan Mohd Fairaz bin Wan Mohd Ghazali

Dr. Khalid bin Ludin@Jamaluddin

Jamuan

Zahanim binti Ahmad

Siti Fatimah binti Shafie

Noraini binti Mohamad

Protokol

Hairun Najuwah binti Jamali

Nidana binti Yahya

Hamdi Khalis bin Kadri

Raj Ali Zahid Elly

Pendaftaran dan sijil

Sohana binti Abd Hamid

Nur Shafiqah binti Abdullah

Rosmawar binti Mohame

7

ATURCARA

PERSIDANGAN ANTARABANGSA SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN (PASAK 4)

24 APRIL 2019 (RABU)

8.00 pagi : Pendaftaran Pembentang dan Peserta

09.00 -10.30 pagi : Pembentangan Selari 1

10.30 -11.00 pagi : Minum Pagi

11.00 – 12.00

petang

: Ucaptama

Dr. Mokmin Basri

Timbalan Rektor (Akademik dan Penyelidikan),

KUIS

12.00 tgh hr

– 12.45 tgh hr

Ketibaan VVIP & VIP

Lagu Kebangsaan, Lagu Selangor & Lagu KUIS

Bacaan Doa (Dr. Fahed Maromar)

Ucapan Perasmian

Yg. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ab Halim Tamuri

Rektor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Penyampaian Cenderahati

Persembahan Montaj

12.45 tgh hr

- 02.00 petang : Makan Tengah hari & Solat

02.00 – 03.30

petang

: Pembentangan Selari 2

03.30 - 5.00 petang : Pembentangan Selari 3

5.00 petang : Minum Petang & Bersurai

8

25 APRIL 2019 (KHAMIS)

8.00 - 9.00 pagi : Pendaftaran Pembentang dan Peserta

9.00 -10.30 pagi : Pembentangan Selari 4

10.30 -11.30 pagi : Minum Pagi

12.30 - 2.00

petang

: Makan Tengah hari & Solat

2.00 – 3.30

petang

: Pembentangan Selari 5

3.30 - 4.30 petang : Minum Petang & Bersurai

9

PEMBENTANGAN SELARI 1

24 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4106

TEMA: Pendidikan

MODERATOR: Nor Azlina Binti Endut

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Muhamad Haidir Bin Zainuddin

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pentarbiahan Masyarakat Berasaskan Pengajaran

Takmir

2. Rahimah Hamdan

Universiti Putra Malaysia

Panduan Keibubapaan Yang Perlu Dimanfaatkan

Menurut Hikayat Abdullah

3. Mohammad Bin Abu Bakar

Universiti Kebangsaan Malaysia

Trait Personaliti Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu

Ain (Kafa) Dalam Pembentukan Akhlak Murid

4. Muhammad Saifullah Bin Mamat

Kolej Islam Antarabangsa Sultan

Ismail Petra

Kaedah Pendidikan Anak-Anak Menurut Abdullah

Nasih Ulwan Dalam Membentuk Jati Diri: Suatu

Analisis

PEMBENTANGAN SELARI 1

24 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4105

TEMA: Nilai-nilai Sejagat & Sosio-Budaya

MODERATOR: Norsaadah Bt Din

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Noor Azliana Binti Musa

Universiti Malaya

Pendidikan Akhlak Al-Muhasibi

2. Jessica Ong Hai Liaw

Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia

Asimilasi Budaya Melayu Dalam Masyarakat

Malabar Muslim Di Malaysia

Persepsi Pemikiran Aspirasi Akal Budi Terhadap

Semangat Patriotisme Dalam Kalangan Pegawai

Tentera Darat Malaysia

3. Hasnah Mohamad

Universiti Putra Malaysia

Satu Konsep Berlainan Lambang

4. Norsaadah Bt Din

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Usrah Pemangkin Dasar Tarbiyah Kuis: Satu

Tinjauan

10

PEMBENTANGAN SELARI 1

24 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4107

TEMA: Sejarah

MODERATOR: Zahanim Ahmad

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Amnah Saayah Ismail

Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia

Kredibiliti Sultan Ahmad Dalam Peristiwa

Pemberontakan Pahang (1891-1895)

2. Salmah Jan Noor Muhammad

Universiti Putra Malaysia

Strategi Pemujukan Pemerintah Kesultanan Melayu

Dalam Komunikasi Diplomatik

3. Muhammad Hisyam Haliah

Dewan Bahasa & Pustaka

Modaliti Dalam Warkah-Warkah Sosial Melayu

Abad Ke-17 Hingga Ke-19: Ekspresi Sikap,

Hubungan Dan Kuasa

4. Ibrahim Bin Ahmad

Universiti Kuala Lumpur

Pelanunan Di Pesisir Pantai Kedah Pada Abad

Ke-18 Dan Ke-19

5. Nordi Achie

Universiti Malaysia Sabah

Permasalahan Teori Penyebaran Dan Pertapakan

Islam Di Sabah: Analisis Kesejarahan Dan

Pentafsiran Kritis

PEMBENTANGAN SELARI 1

24 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4108

TEMA: Sosiologi

MODERATOR: Muhamad Adib Akmal

NO PEMBENTANG TAJUK

1. `Adlina Binti Abdul Khalil

Universiti Islam Antarabangsa Sultan

Abdul Halim Mu'adzam Shah

Hedonism Culture Among Undergraduates At

Islamic University And

It’s Impact Towards Nation Building

2. Ahmad Azan Ridzuan

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Community Roles And Disaster Awareness

At Community Of Petaling District, Selangor

3. Siti Zaleha Ibrahim

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Elemen Perbelanjaan Perkahwinan Melayu: Kajian

Dari Sudut Fiqh Kontemporari

4. Abdul Rahim Kamarul Zaman

Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail

Petra

Interpretasi Ayāt Al-Tasliyah: Penelitian

Mekanisme Alternatif Rawatan Psikoterapi Pesakit

Neurosis Berteraskan Al-Quran

5. Mohd Khairulnazrin Bin Mohd Nasir Kolej

Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

Mitologi Tentang Makhluk Supernatural Dalam

Kalangan Etnik Di Daerah Pitas Sabah: Tinjauan

Menurut Perspektif Islam

11

PEMBENTANGAN SELARI 1

24 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4109

TEMA: Kenegaraan

MODERATOR: Nurul Syafini Abd Rahman

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Burhanudin Jalal

Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia

‘Jiwa Tentera’ Dalam Kalangan Anggota

Tentera Darat Malaysia: Satu Analisis Awal

2. Noor Idayu Binti Abd Wahid

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Menyemai Budaya Ilmu Yang Tinggi Dalam

Menegakkan Perpaduan Masyarakat: Penelitian

Terhadap Tamadun Islam Andalusia

3. Sharifah Darmia Binti Sharif Adam

Universiti Malaysia Sabah

Peranan Dan Cabaran Bahasa Kebangsaan

Dalam Menyatu Padukan Pelbagai Etnik Di

Sabah

4. Hadijah Johari

Universiti Islam Antarabangsa Sultan

Abdul Halim Mu'adzam Shah

Persepsi Terhadap Konsep Rukun Negara

Melalui Pengajaran Kursus Pengajian Malaysia

Pilihan Raya : Hak Pengamal Demokrasi

Berparlimen Di Malaysia

PEMBENTANGAN SELARI 1

24 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4110

TEMA: Ilmu Bahasa

MODERATOR: Zurina Abdullah

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Noor Azmira Mohamed

Universiti Tunku Abdul Rahman

Pengukuhan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa

Perpaduan Di Institusi Pengajian Tinggi Swasta

2. Abdul Azim Bin Mohamad Isa

Universiti Teknologi Mara

Hukum Tajwid Dan Kaedah Membaca Teks Arab

Satu Kajian Perbandingan

3. Nurlaila Maizura

Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia

Kesalahan Bahasa Dalam Teks Khutbah Jumaat

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)

4. Zaharah Binti Kamaruddin

Universiti Malaya

Keberkesanan Pendekatan Bermain Dalam

Kemahiran Mengenal Huruf Melalui Permainan

Bahasa

12

PEMBENTANGAN SELARI 1

24 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4201

TEMA: Teknologi Maklumat/Ekonomi

MODERATOR: Dr Rosfazila Binti Abd Rahman

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Rosfazila Binti Abd Rahman

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Community Based Learning (Cbl) : Instructional

Strategies For Learner-Centered Teaching In Social

Science Courses.

2. Zaitul Azma Zainon Hamzah

Universiti Putra Malaysia

Adakah Teknologi Digital Menghalang Kecekapan

Berkomunikasi Antara Generasi?

3. Mohd Zainudin Jenal

Kolej Komuniti

Kajian Minat Pelajar Di Kolej Komuniti Kuala

Langat Terhadap Bidang Keusahawanan

PEMBENTANGAN SELARI 1

24 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4203

TEMA: Politik dan Kepimpinan

MODERATOR: Ahmad Nazeer Bin Zainal Arifin

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Suzei Mat Nurudin

Universiti Teknologi Mara

Bottom To Up Approach Practiced By Local

Governance

2.

Farah Adilla Ab Rahman

Universiti Teknologi Mara

Fighting Corruption: The Current Initiatives Taken

By Malaysian Government

Administrative Reform In Malaysia: Future

Concerns And Initiatives

3. Mohd Naim Bin Hasan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Kepemimpinan Demokratik Dan Hubungannya

Dengan Komitmen Kerja Di Sekolah Agama

Rakyat Di Seberang Perai, Pulau Pinang

4. Wong Wai Loong

Universiti Pertahanan Nasional

Malaysia

Qualities of Transformational Leader: A Study on

Mustafa Kamal Ataturk.

13

PEMBENTANGAN SELARI 1

24 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4204

TEMA: Bahasa dan Sejarah

MODERATOR: Dr. Fahed Maromar

NO PEMBENTANG TAJUK

د.عمرو حممد سيد إمام .1Universiti Islam Antarabangsa Sultan

Abdul Halim Mu'adzam Shah

تيسري وتقريب كتب الرتاث وأثره يف تطوير العلوم الشرعية

أ.د. رجب أبومليح حممد .2

Universiti Islam Antarabangsa Sultan

Abdul Halim Mu'adzam Shah

لة املنع وشروط اإلجازةاالختالط بني اجلنسني بني أد

د. فهد مرعمر .3Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

الّتماسك يف بناء النص اللغوي: دراسة وصفية

4. Muhammad Hashimee

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

عوامل نشوء االزدواجية يف اللغة العربية " "بني العامية والفصحى

14

PEMBENTANGAN SELARI 2

24 APRIL 2019, 02.00-3.30 ptg

TEMPAT : 4105

TEMA: Nilai-nilai Sejagat & Sosio-Budaya

MODERATOR: Ayu Nor Azilah Mohamad

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Zaitul Azma

Universiti Putra Malaysia

Ibrah Berdasarkan Budaya Makanan Melayu Dalam

Cerpen Melayu Pilihan

2. Mr. Muthualagan Thangavelu

Quest International University

The Concept Of Moral Person: Dharmasastra

(Ancient Code Of Ethic) In A Global World

3. Zurinah Tahir

Universiti Kebangsaan Malaysia

Persepsi Faktor Pemilihan Perumahan Berkonsep

Komuniti Berpagar

4. Abur Hamdi Usman

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Pedofilia Menurut Perspektif Al-Quran:

Satu Analisis Tematik

5. Dr. Rosni Wazir

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Tuntutan Pencegahan Dadah Menurut Maqasid

Sunnah

PEMBENTANGAN SELARI 2

24 APRIL 2019, 02.00-3.30 ptg

TEMPAT : 4106

TEMA: Pendidikan

MODERATOR: Aishah Amirah Zainal Abidin

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Zulhanif Idris

Universiti Kebangsaan Malaysia Whatsapp : Penggunaannya Dalam Membantu Pembelajaran

Matematik Tambahan Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah Tahfiz Kerajaan Di Kuala Lumpur

2. Zainora Daud

Universiti Sains Islam Malaysia

Kajian Terhadap Tahap Kesedaran Pelajar Tentang Bahaya

Merokok

3. Khairatul Akmar Ab Latif

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Pandangan Pelajar Mengenai Pengaruh Penilaian Kurikulum

Bahasa Arab Terhadap Penguasaan Kemahiran Bahasa Arab

Dalam Kalangan Pelajar Psmba Di Ipta Malaysia

4. Aishah Amirah Zainal Abidin

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Understanding The Second Language Teacher’ Principles In

Language Assessment In Tertiary Education

15

PEMBENTANGAN SELARI 2

24 APRIL 2019, 02.00-3.30 ptg

TEMPAT : 4107

TEMA: Sejarah

MODERATOR: Nur Aisyah Abu Hassan

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Dayu Sansalu

Universiti Malaysia Sabah

Ontoros@Antenom Pahlawan Terbilang Bangsa Murut Di

Sabah

2. Zaihan Hairuzialani Mat Jusoh

Universiti Malaya

Evolusi Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Negeri

Selangor Dari Abad Ke-18 Sehingga Era 1960-An

3. Mohamad Redha Bin Mohamad

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

"Sejarah Al-Quran: Tahap-Tahap Perkembangan

Pembaharuan Tanda-Tanda Titik Dan Baris Di Dalam

Mashaf"

4. Mohamad Hafifi Hassim

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Sejarah Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Malaysia:

Sorotan Terhadap Sistem Kehakiman Islam Di Negeri Melaka

PEMBENTANGAN SELARI 2

24 APRIL 2019, 02.00-3.30 ptg

TEMPAT : 4108

TEMA: Sosiologi

MODERATOR: Raj Ali Zahid Elley

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Siti Zubaidah Raja Mhd

Shahnuddin Universiti Teknologi

Mara

Folklore Through New Media

2. Nurhanisah Binte Senin

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Kepercayaan Terhadap Kesucian Lembu Menurut Ajaran

Hindu

3. Norsaleha Mohd Salleh

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Faktor Penderaan Kanak-Kanak Di Malaysia : Satu Analisis

4. Alawiyah Tengah

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Islam Dengan

Komitmen Terhadap Organisasi: Kajian Di Institusi Pengajian

Tinggi Swasta (Ipts), Selangor.

16

PEMBENTANGAN SELARI 2

24 APRIL 2019, 02.00-3.30 ptg

TEMPAT : 4109

TEMA: Kenegaraan

MODERATOR: Rohaini Binti Amin

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Rosfazila Abd Rahman

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Kesepaduan Sosial Generasi Baharu Masyarakat Majmuk

Malaysia Melalui Media Sosial : Suatu Kajian Pemahaman,

Persepsi, Penerimaan Dan Faktor

2. Rohaini Binti Amin

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Nilai Estetika Dalam Warkah Raja-Raja Melayu: Suatu

Kupasan

3. Nor Azlina Binti Endut

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Corak Kepimpinan Mahathir Mohamad Dalam Dasar Luar

Malaysia-Jepun 1981-2003

4. Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Pantun Sebagai Pensejarahan Sosial Masyarakat Melayu

5. Badrul Azmier Bakar

Universiti Teknologi Malaysia

Nasionalisme Pemisah di Media Sosial Pasca PRU-14

PEMBENTANGAN SELARI 2

24 APRIL 2019, 02.00-3.30 ptg

TEMPAT : 4110

TEMA: Ilmu Bahasa

MODERATOR: Diyak Ulrahman Mat Saad

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi

Universiti Putra Malaysia Pemikiran Keperluan Manusia Dalam Koleksi Lama Cerita

Berbahasa Melayu Di Eropah.

2. Rozita Che Rodi

Universiti Putra Malaysia

Hati Budi Melayu Dalam Pengajian Melayu: Analisis Kata

Fokus “Nilai” Berdasarkan Teori Medan Makna

3. Ahmad Redzaudin Ghazali

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Komponen Ilmu Maani Dalam Modul Pdp Ilmu Balaghah

Bagi Penutur Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua: Satu

Kajian Perbandingan Literatur.

4. Siti Nabilah Misnan

Kolej Profesional Baitul-Mal

Analisis Kesalahan Tatabahasa Bahasa Arab Dalam

Kalangan Pelajar Dalam Pembelajaran Asas Bahasa Arab Di

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (Kpbkl)

17

PEMBENTANGAN SELARI 2

24 APRIL 2019, 02.00-3.30 ptg

TEMPAT : 4201

TEMA: Ilmu Bahasa

MODERATOR: Dr. Norfaezah Mohd Hamidin

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Ku Fatahiyah Ku Azizan

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Pembelajaran Kemahiran Mendengar Bahasa Arab Dalam

Kalangan Pelajar Kuis

2. Awatif Abdul Rahman

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Tahap Kompetensi Bahasa Guru Bahasa Arab Di Sabk Di

Malaysia

3. Nur Aisyah Abu Hassan

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Penggunaan Bahasa Mandarin Dalam Dakwah Oleh

Gerakan- Gerakan Dakwah: Sumbangan Dan Peranannya Di

Malaysia

4. Norfaezah Mohd Hamidin

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Tahap Penguasaan Kemahiran Membaca Teks Arab Di Ipts

PEMBENTANGAN SELARI 2

24 APRIL 2019, 02.00-3.30 ptg

TEMPAT : 4202

TEMA: Pendidikan

MODERATOR: Siti Rashidah Abd Razak

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Siti Adilah Binti Sabarudin

Universiti Kebangsaan

Malaysia

A Study Of Students’ Attitude Towards Science (Ats) Among

Matriculation Students In Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan

2. Namiha Binti Yahaya

Universiti Kebangsaan

Malaysia

Tahap Pengetahuan Dan Kemahiran Guru Prasekolah Dalam

Mengintegrasikan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Tmk)

Di Bilik Darjah

3. Siti Rashidah Abd Razak

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Isu Pendidikan Guru Tahfiz: Pedagogi Dan Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran Di Pusat Tahfiz Persendirian Di Selangor.

4. Sharil Nizam Sha’ri

Universiti Putra Malaysia

"Struktur Luaran Dan Dalaman Teks Dalam Buku Ilmiah Dan

Bukan Ilmiah Terpilih"

18

PEMBENTANGAN SELARI 2

24 APRIL 2019, 02.00-3.30 ptg

TEMPAT : 4203

TEMA: Bahasa dan Nilai Sejagat

MODERATOR: Maad Ahmad

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Muhammad Yusef Niteh

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

مشروعية العمل ابلعقوابت البديلة دراسة حتليلية

2. Maad Ahmad

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

:موافقة األحكام الشرعية للعقل السليم دراسة حتليلية لفكر اإلمام القفال يف كتابه حماسن الشريعة

3. Khalid Ludin @ Jamaluddin

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

القصة املاليوية ما بعد احلرب العاملية الثانية (م1946-1949)

4. Fahed Maromar

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

العقبات اليت يواجهها طلبة اللغة العربية يف تنمية مهارة احملادثة ابجلامعات املاليزية

5. Phayilah Yama

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

احلمية الغذائية بني مفهومها ونظريتها من منظور السنة النبوية والغرب

19

PEMBENTANGAN SELARI 3

24 APRIL 2019, 03.30-5.00 ptg

TEMPAT : 4105

TEMA: Nilai-nilai Sejagat & Sosio-Budaya

MODERATOR: Norhasliza Ramli

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Nur Nafishah Azmi

Universiti Teknologi Mara

Menyentuh Jiwa: Lagu Atau Lirik Sebagai Satu

Pengalaman?

2. Norhasliza Ramli

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Penggunaan Bahasa Lisan Para Pelajar Di Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor (Kuis): Satu Pemerhatian

3. Norhashidah Binti Md Ghani

Universiti Kebangsaan Malaysia

Relevankah Pengujian Item Pengukuran Nilai Dan Etika

Terhadap Penjawat Awam Guru Berdasarkan Konsep

Tonggak Dua Belas?

4. Wan Ainaa Atiqah Mohd Ismad

Universiti Teknologi Mara

Adaptasi Tidak Mengekalkan Karya Asli Tetapi

Mempertahankan Idea Asli

5. Suhaila Nadzri

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Hubungan Antara Ciri-Ciri Akhlak Usahawan Muslim

Berjaya Dengan Cara Berkembangnya Harta Menurut

Perspektif Al-Qur’an

PEMBENTANGAN SELARI 3

24 APRIL 2019, 03.30-5.00 ptg

TEMPAT : 4106

TEMA: Pendidikan

MODERATOR: Awatif Binti Abdul Rahman

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Roslan Bin Yasnain

Universiti Kebangsaan Malaysia Amalan Kepimpinan Teknologi Pengetua Sekolah

Berasrama Penuh Berstatus Berprestasi Tinggi Dari

Perspektif Guru

2. Nor Suhaiza Md Khalid

Universiti Teknologi Mara Penggunaan Massive Open Online Course (Mooc) &

Blended Learning Untuk Pengajaran Dan Pembelajaran:

Daripada Prespektif Pelajar

3. Mun Suk Fung

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pengaplikasian Peta Pemikiran

Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

4. Lee Soo Ying

Universiti Kebangsaan Malaysia

Kajian Tentang Tahap Keprihatinan Guru Terhadap

Inovasi Pembelajaran Abad Ke-21 Berdasarkan Model

Cbam

20

PEMBENTANGAN SELARI 3

24 APRIL 2019, 03.30-5.00 ptg

TEMPAT : 4107

TEMA: Pendidikan

MODERATOR: Muhammad B. Hashimee

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Nor Ilyanah Binti Othman

Universiti Kebangsaan Malaysia

Mengkaji Elemen Psikometrik Instrumen Persepsi Guru

Prasekolah Terhadap Pelaksanaan Pengajaran Sosioemosi

2. Azah Hazwa Mohamad Paris

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pelaksanaan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Terhadap

Pencapaian Kemahiran Asas

Membaca Murid-Murid Prasekolah

3. Nor Hasikin Binti Hamaludin

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pencapaian Dalam Pelaksanaan Dual Language

Programme (Dlp) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Matematik

4. Adlina Abd Halim

Universiti Putra Malaysia

Persepsi Pelajar Terhadap Aplikasi Mooc Titas Versi 2.0

Sebagai Sumber Pengajaran Dan Pembelajaran Di Universiti

Awam Malaysia

5. Dahlina Binti Kamat

Universiti Kebangsaan Malaysia Kepelbagaian Kecerdasan Pelajar Dalam Menyelesaikan

Masalah Matematik Bukan Rutin

PEMBENTANGAN SELARI 3

24 APRIL 2019, 03.30-5.00 ptg

TEMPAT : 4108

TEMA: Sosiologi

MODERATOR: Noraini Mohamad

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Noraini Mohamad

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Peranan Komunikasi Ibu Bapa Terhadap Proses Bimbingan Dan

Penyampaian Maklumat Kepada Anak-Anak

2. Nur Fadhlina Mohamad Zabidey

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Kepercayaan Diri Dan Kebimbangan Komunikasi Interpersonal

Pelajar Asasi Pengurusan Kuis.

3. Nur Hidayah Binti Abdul Manap

Universiti Kebangsaan Malaysia

Evolusi Pembangunan Program Bandar Selamat

4. Ratna Roshida Ab Razak

Universiti Putra Malaysia

Pemilikan Makna Kehidupan Dalam Kalangan Pelajar

Universiti Mengikut Ujian Mencari Matlamat Neotika (Seeking

Of Neotics Goal- Song)

5. Abd Ganing Laengkang

Kolej Univ. Islam Antarabangsa

S’gor

Lakuan Bahasa Ekspresi Tun Dr. Mahathir:

Kajian Kes Terhadap 40 Artikel Chedet.Cc

21

PEMBENTANGAN SELARI 3

24 APRIL 2019, 03.30-5.00 ptg

TEMPAT : 4109

TEMA: Ilmu Bahasa

MODERATOR: Wan Mohd Fairaz Wan Mohd Ghazali

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Mohamad Rofian Ismail

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Aspek-Aspek Penulisan Karangan Bahasa Arab Dalam Modul

Kemahiran Menulis Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab Di

Univesiti Awam (Tukar Tajuk Baru)

2.

Riduan Makhtar

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Pemilihan Bahasa Dalam Masyarakat Semai Di Hulu Selangor

Pemetaan Dialek Kelantan Di Sepanjang Sungai Kelantan: Satu

Tinjauan Awal

3. Farah Nur-Rashida Rosnan

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

"Hubungan Kecenderungan Gaya Pembelajaran

Terhadap Penguasaan Kemahiran Membaca Di Ipts"

4. Wan Mohd Fairaz Wan Mohd

Ghazali

Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor

Perbandingan Makna Haiku Bahasa Jepun Dan Pantun Bahasa

Melayu Dari Aspek Sosio-Budaya

22

PEMBENTANGAN SELARI 4

25 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4105

TEMA: Nilai-nilai Sejagat & Sosio-Budaya

MODERATOR: Hasliza Talib

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Norsaleha Mohd. Salleh

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Manipulasi Sisters In Islam Terhadap Hadis Wida’ Bagi

Tujuan Meratifikasi Icerd

2. Abdul Razif Zaini,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

"Kesedaran Mempamer Logo Halal Di Premis Menjual

Makanan: Satu Kajian Tinjauan”

3. Hasliza Talib

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Peranan Dan Tanggungjawab Wali Terhadap Anak Yatim

Dalam Islam

4. Sohana Abdul Hamid

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Tahap Kesihatan Mental Dalam Kalangan Pelajar Institut

Pengajian Tinggi Swasta (Ipts): Kajian Kes Di Kuis.

PEMBENTANGAN SELARI 4

25 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4106

TEMA: Pendidikan

MODERATOR: Abd Ganing Laengkang

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Audrey Anak John

Universiti Tunku Abdul Rahman

Pengajaran Dan Pembelajaran Tamadun Islam Dan

Tamadun Asia (Titas): Pengaruh Pelaksanaan

Pembelajaran Menyeronokkan (Fun Learning)

Keatas Sikap Dan Motivasi Pelajar Bukan Islam

2. Nurhidayah Ab Karim

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pembangunan Modul Pengajaran Matematik Untuk

Pelajar Institusi Tahfiz: Analisis Keperluan Guru

3. Loh Pei Wen

Universiti Kebangsaan Malaysia

Meningkatkan Penguasaan Kemahiran Menulis

Ayat Mudah Dengan Pakej Peranti Sbk

23

PEMBENTANGAN SELARI 4

25 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4107

TEMA: Pendidikan

MODERATOR: Nidana Yahya

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Mohd. Mokhtar Tahar

Universiti Kebangsaan Malaysia

Kesediaan Guru Aliran Perdana Terhadap

Pelaksanaan Pendidikan Inklusif

Intervensi Video Model Diri Dalam Meningkatkan

Tumpuan Murid-Murid Attention Deficit

Hyperactivity Disorder (Adhd)

2. Nur Afni Halil

Universiti Tunku Abdul Rahman

A Review On The Exhibition Structure Towards

The Impact Of Understanding Museum Exhibition

Message

3. Sazalia Bt Mohd Salleh

Universiti Kebangsaan Malaysia

Persepsi Guru Bimbingan Dan Kaunseling Dalam

Menjalankan Kaunseling Kerjaya Murid

Berkeperluan Khas

PEMBENTANGAN SELARI 4

25 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4108

TEMA: Sosiologi

MODERATOR: Muhamad Adham Hambali

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Ahmad Nazeer Bin Zainal Arifin

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Perbandingan Simptom Kecelaruan Personaliti

Narsisis Dan Histrionik Dalam Kalangan Pengguna

Media Sosial: Kajian Awal Terhadap Pengguna

Aplikasi Tik Tok

2. Nurul Syafini Bt Abd Rahman

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Qawaid Fiqhiyyah Sebagai Landasan Perilaku

Ummat Islam

3. Zahanim Ahmad

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Servant Leadership’ Corak Baru Dalam

Kepimpinan Masa Kini

4. Zurina Abdullah

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Amalan Adat Perkahwinan Dalam Masyarakat

Bugis: Kajian Kes Di Kampung Permatang Duku,

Pontian, Johor

5. Syazwani binti Aziz

SK. Felda

Pengetahuan dan Penggunaan Applied Behavior

Analysis (ABA) Terhadap Murid ASD.

24

PEMBENTANGAN SELARI 4

25 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4109

TEMA: Ilmu Bahasa

MODERATOR: Dr. Seriaznita Hj Mat Said

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Norfazila Ab.Hamid

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Inventori Vokal Dan Diftong Dialek Melayu Jugra

Varian Permatang Pasir

2. Wazzainab Binti Ismail

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

نظرية الجاحظ البالغية في تعليم مهارة الكالم "

للطالب الناطقين بغير العربية في المستوى الجامعي

"

3. Farhah Zaidar Mohamed Ramli

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Kelebihan Pengajian Kitab Hadis Secara Talaqqi

Bersanad

4. Raj Ali Zahid Elley

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Haya’ In Responding To A Compliment Among

Young Malays

PEMBENTANGAN SELARI 4

25 APRIL 2019, 09.00-10.30 pagi

TEMPAT : 4110

TEMA: Ilmu Bahasa

MODERATOR: Rosmawar Mohamed

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Aina Al Mardhia Ismail

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Rhetorical Features Of The Tablighi Jama`At’s

Lectures

Moves Analysis Of The Tablighi Jama`At’s

Lectures

3. Siti Masitah Binti Md. Zin

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Colonialism: Oppressions Toward The Colonised

In John Steinback’s Novel, The Pearl

3. Rosmawar Mohamed

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Issues Of Travel Writing In The Perspective Of

Postcolonial Society

25

PEMBENTANGAN SELARI 5

25 APRIL 2019, 2.00-3.30 Tgh hari

TEMPAT : 4105

TEMA: Nilai-nilai Sejagat & Sosio-Budaya

MODERATOR: Aemy Elyani Mat Zain

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Ayu Nor Azilah Mohamad

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Perwatakan Lee Kuan Yew Dalam Hubungan

Singapura-Malaysia Pasca Pembentukan Malaysia

1963

2. Aemy Elyani Mat Zain

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Bentuk-Bentuk Pengamalan Dialog Antara Agama:

Kajian Awal

3. Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Persepsi Golongan Syiah Terhadap Akidah Ahli

Sunah Waljamaah Di Kedah

4. Siti Syarwani Ghazali

Kolej Profesional Baitulmal

Wakaf Hak Cipta Dalam Usaha Mereformasi

Budaya Pendidikan

5. Mohamad Faisal bin Kamis

Universiti Putra Malaysia

Kepelbagaian Tema Dalam Maqamat Imam al

Suyuti Berdasarkan Teori Nazm

PEMBENTANGAN SELARI 5

25 APRIL 2019, 2.00-3.30 Tgh hari

TEMPAT : 4106

TEMA: Pendidikan

MODERATOR: Puziah Abd Wahab

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Athiah Mohd Hassan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Pendekatan Psikopendidikan Kaunseling

Kelompok Dalam Meningkatkan Celik Akal

Berkenaan Kepentingan Menyiapkan Kerja

Sekolah

2. Mohd Amzari Tumiran, Muhd Afiq

Abd Razak

Universiti Teknologi Mara

Tinjauan Tahap Penguasaan Teknik Penyelidikan

Dalam Kalangan Pelajar Pengajian Islam

Kontemporari

3. Puziah Abd Wahab

Kolej niversiti Islam Antarabangsa

Selangor

The Relationship Between Reading Anxiety And

Gender

4. Roscherly Santa Fairuz Kiting

Universiti Kebangsaan Malaysia

Penggunaan Kaedah Jolly Phonic Dalam

Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Inggeris

Pelajar Pendidikan Khas (Pembelajaran)

5. Noor Marlina Mohamed Nor

Universiti Kebangsaan Malaysia

Corak Aktiviti Fizikal Dan Tahap Kesihatan Dalam

Kalangan Murid Rural Di Kuala Ketil

26

PEMBENTANGAN SELARI 5

25 APRIL 2019, 2.00-3.30 Tgh hari

TEMPAT : 4107

TEMA: Ilmu Bahasa

MODERATOR: Ku Fatahiyah Ku Azizan

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Riduan Makhtar

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Leksikon Berunsurkan Sosiobudaya Dalam

Manuskrip Hikayat Ahmad Muhammad

2. Ku Fatahiyah Ku Azizan

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Persepsi Guru Bahasa Arab Terhadap Pendidikan

Abad Ke-21: Satu Kajian Rintis Di Sekolah

Menengah Di Malaysia

3. Hairun Najuwah Jamali

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Analisis Tahap Amalan Komunikasi Non-Verbal

(Knv) Guru Bahasa Arab Melalui Bahasa Badan Di

Ipt

4. Zati Azmina Jaafar

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

"Penilaian Gaya Pembelajaran Vak Dalam

Kalangan Pelajar Bahasa Arab Di Ipts"

PEMBENTANGAN SELARI 5

25 APRIL 2019, 2.00-3.30 Tgh hari

TEMPAT : 4108

TEMA: Ilmu Bahasa & Teknologi Maklumat

MODERATOR: Diyak Ulrahman Bin Mat Saad

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Diyak Ulrahman Bin Mat Saad

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Pembangunan Idea Dalam Penulisan Karangan

Bahasa Arab Pelajar Kuis

Tinjauan Awal Modul Bermain Sambil Belajar

Untuk Pelajar Sekolah Rendah

2. Mohd. Shafie Bin Zulkifli

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Kajian Rintis: Kebimbangan Pelajar Pengajian

Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (Kuis) Terhadap Komunikasi Bahasa

Arab

3. Muhamad Adham Hambali

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Agile Testing: A Discussion

27

PEMBENTANGAN SELARI 5

25 APRIL 2019, 2.00-3.30 Tgh hari

TEMPAT : 4109

TEMA: Ilmu Bahasa

MODERATOR: Hanis Najwa Shaharuddin

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Hibriyatul Rifhan Abu Bakar

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Madamira Sebagai Alat Bantu Pengajaran Dan

Pembelajaran Bahasa Arab: Tinjauan Awal

2. Hanis Najwa Shaharuddin

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Komunikasi Non Verbal (Knv) : Sentuhan Dan

Jarak Berkomunikasi Dalam Pengajaran Guru

Bahasa Arab Di Institut Pengajian Tinggi

3. Muhammad Hatta Bin Shafri

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

"Analisis Kajian Saktah Dalam Kalangan Ilmuan:

Tinjauan Literatur"

4. Hamdi Khalis Bin Kadri

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

The Pragmatics Function Of The Verse “Inshaa

Allah” (God’s Willing) Used By Students In

International Islamic University College Of

Selangor

PEMBENTANGAN SELARI 5

25 APRIL 2019, 2.00-3.30 Tgh hari

TEMPAT : 4110

TEMA: Ilmu Bahasa

MODERATOR: Farahnaz Mohd Khalib

NO PEMBENTANG TAJUK

1. Zuraifah Zaini

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Cloud Computing In Language Learning

2. Siti Fatimah Shafiee

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Young Malay Listeners’ Perceptions On Racial

Remarks And Stereotyping In Radio Prank Calls

3. Nidana Yahya

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Cloud Computing For Education : Malaysia Context

4. Farahnaz Mohd Khalib

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Cefr: Malaysian Context

5. Nur Shafiqah Abdullah

Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor

Addressing Pragmatic Competence In Esl Learning

Materials

28

MODALITI DALAM WARKAH-WARKAH SOSIAL MELAYU ABAD KE-17

HINGGA KE-19: EKSPRESI SIKAP, HUBUNGAN DAN KUASA

Muhammad Hisyam Haliah

[email protected]

Ab. Razak Ab. Karim

[email protected]

Jabatan Bahasa Melayu,

Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya,

50603 Kuala Lumpur, Malaysia

ABSTRAK

Makalah ini membincangkan kewujudan aspek modaliti sebagai satu unsur wacana dalam

komunikasi warkah sosial Melayu. Menurut Fairclough (1992, p. 75), aspek nahu penting

dalam analisis wacana yang biasanya dihubungkaitkan dengan unsur klausa yang dapat

memerikan makna ideasional, interpersonal dan tekstual sekali gus menyerlahkan kewibawaan

pewacana. Oleh sebab itu, penghuraian aspek nahu dalam wacana sering kali melibatkan

peranan modaliti. Namun begitu, huraian modaliti bahasa Melayu yang ada kurang

menonjolkan makna interpersonal sebaliknya hanya menumpukan aspek ideasional. Dengan

berlandaskan model Konsepsi Wacana Tiga Dimensi oleh Fairclough (1992), fungsi

interpersonal modaliti terserlah apabila pengaplikasiannya menghubungkan sikap pewacana

terhadap hubungan sosial yang ingin diwujudkan antara pemeran. Analisis 21 pucuk warkah

bersifat empirik kerana perbincangan berdasarkan data yang terkandung dalam teks. Selaras

dengan pendekatan kualitatif, penghuraian data adalah deskriptif. Proses dimulakan dengan

mengenal pasti kekerapan jenis modaliti sekali gus menentukan sikap-sikap pewacana.

Seterusnya, pentafsiran modaliti dihubungjalinkan dengan darjah keintiman hubungan sosial

antara pengirim dengan penerima warkah sama ada bersifat formal, rapat, hormat atau

berjurang. Dapatan analisis memperlihatkan hubungan yang saling erat antara proposisi dan

modaliti. Modaliti mengekspresikan sikap pengirim terhadap perkara yang dibangkitkan sama

ada sebagai kehendak, keupayaan, keizinan atau kepatutan sebagai ujaran yang perlu diberikan

perhatian (informasi) atau tindakan susulan (perintah) oleh penerima warkah. Fungsi utamanya

sebagai perintah dan informasi membangkitkan sikap dan autoriti pengirim terhadap ujarannya.

Kata kunci: Modaliti, warkah sosial Melayu, konsepsi wacana tiga dimensi, fungsi

interpersonal, bentuk sikap, hubungan sosial

29

PEMILIHAN BAHASA DALAM MASYARAKAT SEMAI DI HULU SELANGOR

Riduan Makhtar

Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

Siti Aisah binti Zailani

Jabatan Bahasa Melayu

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kependudukan masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dapat dibahagiakan kepada

tiga kelompok besar, iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli yang juga disebut sebagai Melayu-

Proto. Suku Kaum Senoi merupakan kelompok Orang Asli terbesar, diikuti oleh kelompok

Melayu-Proto dan kelompok Negrito. Setiap kelompok pula terbahagi kepada beberapa suku

kaum yang tertentu. Suku kaum Semai merupakan suku kaum bagi kelompok masyarakat

orang Senoi. Makalah ini membincangkan pemilihan dan penggunaan bahasa dalam

masyarakat Semai di kawasan Hulu Selangor, iaitu di Kampung Serigala dan Kampung

Changkat Bintang. Bahasa Semai merupakan bahasa ibunda masyarakat yang berketurunan

Semai di kedua-dua kampung yang menjadi titik kajian ini. Secara umumnya, masyarakat

Semai di Kampung Serigala dan Kampung Changkat Bintang merupakan komuniti yang

menggunakan dwibahasa dan multibahasa dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua yang

dikuasai oleh suku kaum tersebut. Kajian lapangan telah dimanfaatkan dalam memperoleh

data primer di kedua-dua kawasan kajian. Informan terdiri daripada penutur natif bahasa

Semai yang menetap di kedua-dua buah perkampungan Orang Asli tersebut dan juga mereka

yang mempunyai hubungan dekat dengan masyarakat tersebut. Kajian ini turut menggunakan

pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi mengungkapkan tingkah laku bahasa masyarakat

bahasa Semai dengan menggunakan kaedah soal selidik, rakaman dan pemerhatian turut serta.

Seramai 175 orang responden dipilih secara rawak bagi mewakili Kampung Orang Asli

Serigala dan Kampung Orang Asli Changkat Bintang bagi menjawab borang soal selidik.

Penerapan Teori Domain Fishman (1972) dijadikan kayu ukur dalam menganalisis pemilihan

dan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat Semai. Hasil daripada kajian yang

dilakukan mendapati bahawa, penduduk Orang Asli masih lagi meletakkan bahasa Semai

sebagai wahana utama ketika berkomunikasi di sesaka mereka khususnya dalam mandala

kekeluargaan.

Kata kunci: Pemilihan bahasa, bahasa Semai, orang Asli Semai, Mandala

30

مي في البلقان خالل الحكم العثمانيالتواجد اإلسال

األستاذ المشارك د./ محمد إبراهيم الشربيني صقر

الكلية الجامعية اإلسالمية ببهانج السلطان أحمد شاه

[email protected]

ملخص البحث

لقد بعث هللا نبيه محمد في شبه الجزيرة العربية ، لتنطلق دعوته من هناك إلى أرجاء المعمورة ، فربى النبي جيالً قرآنياً فريداً

يم إلى شتى بقاع األرض . ومن هذه البالد التي وصلها االسالم من العرب المسلمين ، استطاعوا أن ينشروا تعاليم هذا الدين العظ

البلقان ، ولقد بدأ التواجد اإلسالمي في البلقان قبل الفتوحات العثمانية ، عبر جزيرة ، شبه جزيرة عن طريق العرب المسلمين

سالم هناك بمعاملتهم الحسنة. صقلية وجزر البحر األبيض المتوسط ،عن طريق التجار العرب المسلمون ؛الذين نشروا اإل

ان واستفادوا منها .ومع هذا التواجد االسالمي ظهرت عدة مظاهر إسالمية أثرت في أهل البلق

من هذه المظاهر؛ التراث القرآني الذي برز في صور متعددة ؛كتالوة القرآن الكريم ، ثم ترتيله حسب قواعد التجويد ثم تفسيره

،..ونسخه ، وترجمته.

ض السجالت القضائية المظاهر اإلسالمية التي أثرت في أهل البلقان ؛ اللغة العربية فقد استخدموها بكثرة في تدوين بعهذه ومن

والوثائق الوقفية ، ونقش التواريخ واآليات والعبارات المختلفة على مداخل المنشآت الحضارية الجديدة وغيرها.

البلقان خالل الحكم العثماني أكثر من مئة البلقان ؛العمران اإلسالمي ، فقد نشأت في كذلك كان من المظاهر الحضارية العربية في

مدينة جديدة كمراكز إدارية وتجارية وثقافية كبيرة ، وفي هذا البحث سأقوم بتفصيل هذه النقاط التي ذكرتها ،من التعريف بشبه

لقان . لمظاهر الثقافية والحضارية العربية في الباحل التواجد اإلسالمي في تلك المنطقة ، واجزيرة البلقان ، ومر

الحكم العثماني -البلقان -اإلسالم : الكلمات المفتاحية

31

PANDUAN KEIBUBAPAAN YANG PERLU DIMANFAATKAN MENURUT

HIKAYAT ABDULLAH

Rahimah Hamdan

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi

Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti panduan keibubapaan dalam autobiografi

pertama Melayu Hikayat Abdullah dan seterusnya menganalisis panduan keibubapaan tersebut

dalam konteks masyarakat Melayu tradisional pada abad ke-19 Masihi. Penobatan Abdullah

Munshi sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden telah mengundang pelbagai reaksi

daripada para sarjana. Ada segolongan sarjana menganggap Abdullah Munshi membawa

pembaharuan dalam kesusasteraan Melayu menerusi keberanian beliau mengkritik adat dan

budaya yang diamalkan sejak turun-temurun. Terdapat segolongan sarjana yang tidak

menyetujui penobatan tersebut dan menganggap kritikan Abdullah Munshi dalam karyanya

adalah realiti yang menyimpang jauh daripada penulisan sebelumnya. Namun, tiada satupun

kajian yang mengetengahkan kritikan tersebut sebagai panduan yang disuarakan dengan tegas

oleh beliau. Justeru, dengan menggunakan kaedah analisis teks terhadap Hikayat Abdullah dan

pembuktian menerusi perspektif Swettenham (1895) terhadap pemikiran dan budaya

masyarakat Melayu yang dinilai secara objektif olehnya, kajian ini dapat memperbaiki imej

Abdullah Munshi yang selama ini dianggap sebagai pro-British disebabkan oleh kritikan

kerasnya terhadap masyarakat Melayu. Apatah lagi kritikan tersebut merupakan panduan yang

banyak difokuskan kepada institusi kekeluargaan khususnya kepada ibubapa. Secara tidak

langsung, membuktikan bahawa Abdullah Munshi memandang panduan keibubapaan sebagai

sesuatu yang serius untuk diperbaiki demi melahirkan generasi yang bermaruah dan

bertamadun. Kesimpulannya, karya autobiografi Hikayat Abdullah bukan sekadar satu

penulisan baharu yang menyimpang daripada konvensi persuratan Melayu tradisional tetapi

bermanfaat kepada khalayak hasil garapan bijaksana pengarangnya.

Kata kunci: Panduan, ibu bapa, autobiografi, Abdullah Munshi, Hikayat Abdullah

32

PEMETAAN DIALEK KELANTAN DI SEPANJANG SUNGAI KELANTAN: SATU

TINJAUAN AWAL

Riduan Makhtar

[email protected]

Norfazila Ab. Hamid

[email protected]

Norhasliza Ramli

[email protected]

Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Makalah ini membincangkan dan menghuraikan secara ringkas pemetaan dialek Kelantan di

sepanjang susur Sungai Kelantan bermula daripada hulu ke hilir. Sebanyak lima kawasan

kajian dipilih bagi menggambarkan dialek di sepanjang susur Sungai iaitu, Kampung Kuala

Tuan, Kampung Limau Kasturi, Sungai Nenggiri, Kuala Krai, dan Kuala Besar. Kajian ini

menggunakan dan mengaplikasikan kaedah pemetaan tradisional seperti yang dilakukan oleh

Ajid Che Kob dalam kajiannya di Pasir Mas, Kelantan. Hasil dapatan kajian menunjukkan,

daripada lima buah kawasan kajian yang diteliti dan dikenal pasti, Kampung Limau Kasturi

menunjukkan sedikit perbezaan dalam dialek Kelantan manakala empat kawasan kampung

yang lain mempunyai persamaan yang jelas antara satu sama lain. Hasil daripada penelitian

yang telah dilakukan oleh pengkaji mendapati, kelainan dan keunikan yang wujud pada

Kampung Limau Kasturi boleh ditanggapi sebagai idiole iaitu variasi bahasa seseorang

individu.

Kata kunci: Pemetaan, idiolek, susur, tradisional.

33

KESEPADUAN SOSIAL GENERASI BAHARU MASYARAKAT MAJMUK

MALAYSIA MELALUI MEDIA SOSIAL : SUATU KAJIAN PEMAHAMAN,

PERSEPSI, PENERIMAAN DAN FAKTOR

Rosfazila Abd Rahman (KUIS), Hairol Anuar Mak Din (KUIS), Jessica Ong Hai Liaw

(UPNM), Adlina Abdul Khalil (UniSHAMS) & Munira Abd Razak (UMP)

ABSTRAK

Media sosial adalah realiti generasi baharu masyarakat majmuk Malaysia pada era globalisasi

ini. Kemunculan medium ini memberi pelbagai impak kepada rentas generasi. Media sosial

mudah dicapai dimana-mana lokasi dan waktu dan memberikan kebebasan mutlak kepada

masyarakat untuk bergerak secara aktif dan interaktif. Dalam perkembangan yang terkini,

media sosial telah menjadi medium interaktif yang menyajikan peluang kepada masyarakat

untuk mengukuhkan kesepaduan. Penggunaan media sosial sebagai medium untuk saling

berkenalan dan mengeratkan perpaduan memberi kesan yang positif kepada masyarakat.

Memandangkan media sosial merupakan satu medium yang digunakan secara meluas dalam

kalangan masyarakat pada masa kini maka kajian ini bertujuan untuk melihat pemahaman,

persepsi, penerimaan serta faktor kesepaduan dalam masyarakat melalui media sosial

terutamanya di Bandar Kajang. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan

kualitatif di mana teknik temu bual secara mendalam digunakan ke atas empat puluh orang

informan yang terdiri daripada pelbagai etnik. Antara dapatan utama kajian adalah para

informan mempunyai pemahaman yang baik terhadap isu kesepaduan masyarakat melalui

media sosial. Selain itu, informan juga mempunyai persepsi yang baik terhadap kesepaduan

melalui media sosial dan mereka boleh menerima kesepaduan dalam masyarakat melalui media

social. Di antara faktor utama yang dikenalpasti menyumbang kepada kesepaduan social

melalui media sosial adalah faktor politik, pendidikan dan budaya.

.

Kata kunci: Kesepaduan sosial, generasi baharu, media sosial, masyarakat majmuk Malaysia

34

INVENTORI VOKAL DAN DIFTONG DIALEK MELAYU JUGRA VARIAN

PERMATANG PASIR

Norfazila Ab. Hamid1

[email protected]

Norhasliza Ramli2

[email protected]

Riduan Makhtar3

[email protected]

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Makalah ini membicarakan varian Permatang Pasir (VPP) yang merupakan salah satu varian

dialek Melayu Jugra (DMJ) yang terdapat di Jugra, Selangor. Objektif kajian dalam makalah

ini ialah mencerakinkan semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan

terhadap beberapa kajian tentang DMJ terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem

dan penentuan varian dalam DMJ. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan

fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi VPP dengan memaparkan penyebaran

bunyi vokal dan diftong pada posisi kata sama ada di awal, tengah, dan akhir kata serta melihat

keberadaan alternasi dalam VPP ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif

kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa VPP mempunyai

lapan fonem vokal /i, u, e, o, , , , a/ dan memiliki dua diftong iaitu /-aw, -aj/ yang

dibunyikan sebagai [i, u, e, o, , , , a] dan [aw, aj]. Hasil kajian ini diharap dapat

memberikan satu sumbangan yang baharu dalam menentukan inventori VPP dalam bidang

linguistik.

Kata kunci:Vvarian Permatang Pasir (VPP); pendekatan struktural; fonem; vokal; diftong

1 Norfazila Ab. Hamid (PhD Linguistik, FSSK, UKM) ialah Pensyarah Kanan di Unit Bahasa Melayu,

Jabatan Pengajian Peradaban & Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS). Beliau telah berkhidmat di KUIS selama 14 tahun. Kini beliau diberikan amanah untuk

menjawat jawatan sebagai Dekan, Pusat Pengajian Teras, KUIS dari tahun 2017 hingga kini. Kepakaran beliau

ialah dalam bidang Dialektologi & Linguistik Bandingan. 2 Norhasliza Ramli (MA Linguistik, FSSK, UKM) ialah Pensyarah di Unit Bahasa Melayu, Jabatan

Kenegaraan & Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS). Beliau telah berkhidmat di KUIS selama 15 tahun. Pengkhususan beliau ialah dalam bidang Analisis

Wacana. 3 Riduan Makhtar (MA Linguistik, FSSK, UKM) ialah Pensyarah di Unit Bahasa Melayu, Jabatan

Kenegaraan & Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS). Beliau telah berkhidmat di KUIS selama 9 tahun. Pengkhususan beliau ialah dalam bidang Dialektologi.

35

AGILE TESTING : A DISCUSSION

Muhamad Adham Hambali

Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

Syarbaini Ahmad

Fakulti Sains Teknologi Maklumat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

Ahmad Nazeer Zainal Arifin

Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRACT

Software testing is a very crucial process in a software development. When a software is

planned to be enhanced or a new software to be developed, a testing process is one of the

important activity that needs to be discussed and decided in an early stage of the software

development. Agile testing is a software testing that follows agile software development. Agile

testing aligns with iterative development methodology in which requirements develop

gradually from customers and testing teams. (ReQtest, 2018) This paper explains generally

about agile testing.

Keywords: Software Testing, Agile Testing, Iterative Development Methodology

36

ية مهارة احملادثة ابجلامعات املاليزيةمنلبة اللغة العربية يف تالعقبات اليت يواجهها ط

DR. FAHED MARMAR (PPT, KUIS)

MOHAMAD ROFIAN ISMAIL (FPPI ,KUIS)

AHMAD REZDAUDIN BIN GHAZALI (FPPI ,KUIS)

MOHD SALIHIN HAFIZI BIN MOHD FAUZI (FP, KUIS)

DR. KHAIRUL ANUAR ABU OTHMAN (IPGM)

MOHD AMINUDIN AB RAHMAN (IPGM)

[email protected]

ملخص البحث

يف بقسم اللغة العربيةيف تنمية مهارة احملادثة ذا البحيث الصعوابت اليت يواجهها الطلبة ول هيتناحيث تعد من أهم املهارات التواصلية ،مباليزاي إعداد املعلمنيوكذلك معاهد اجلامعات احمللية املختارة

لبحث إىل بيان مواطن ف ايهدإذ . فيما بينهم أثناء دراستهم، وكذلك بعد توظيفهم يف اجملال التعليمي، وإبراز بعض الطرق الناجعة يف التخطي على تلك ابللغة العربية الضعف يف اكتساب املهارة املعنية

البحث اختار ي للدراسة، حيثعلى املنهج الكمّ ثاعتمد البح وقد ،الطلبةلدى عقبات الصعوابت والمث للطلبة املعنيني، بتوزيع االستبياانت حثقام البو ،( فردا 386مكونة من ) عشوائية للبحث عّينة

لتحليل البياانت، مث عرضها يف قائمة اجلداول ابستعمال (SPSS) حصائيالتحليل اإل برانمجاستخدم العقبات اليت جتعل هؤالء هناك بعض التوزيع التكراري والنسب املئوية، وأوضحت نتائج البحث أن

لدى الطلبة، وعدم تهاأو قلنقص مفردات اللغة العربية ية، ومنها:الطلبة ال يتقنون احملادثة ابللغة العربجترؤهم على احملادثة مع العرب رغم اتقاهنم للغة العربية، أي أهنم مل ينتهزوا فرصة تنمية اللغة لديهم،

حث بعض ويف هناية البحث قدم البوعدم ممارستهم للغة العربية ابلنطق السليم، وغريها من العقبات، لدى العربية ادثةمستوى فنون مهارة احمل ، ورفععقباتساعد على معاجلة تلك الاحات اليت تاالقرت . الطلبة

تنمية املهارة، املمارسة اللغوية.الصعوابت، معهد إعداد املعلمني، مهارة التحدث، : الكلمات املفتاحية

37

SIKAP PELAJAR SEKOLAH MENENGAH ARAB JABATAN AGAMA

ISLAM MELAKA TERHADAP PEMBELAJARAN BAHASA ARAB

NUR AFIFAH FADZIL

[email protected]

NURAZNAN JAAFAR

[email protected]

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA

ABSTRAK

Sikap merupakan faktor penting yang mempengaruhi pembelajaran bahasa Arab. Pelajar yang

mempunyai sikap yang positif membolehkan mereka menguasai bahasa Arab dengan mantap.

Kajian ini dijalankan bertujuan mengenal pasti tahap pencapaian pelajar sekolah menengah

arab Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam peperiksaan percubaan SPM 2017 serta sikap

mereka terhadap pembelajaran bahasa Arab. Metodologi kajian yang digunakan ialah kualitatif

dan kuantitatif. Kualitatif digunakan untuk mengumpul dapatan data kajian lepas berkaitan

sikap pelajar terhadap pembelajaran bahasa Arab. Manakala data kuantitatif dikumpulkan

menerusi set soal selidik berkaitan sikap pelajar terhadap bahasa Arab. Dapatan kajian

mendapati secara purata, skor responden bagi sikap pelajar berada pada tahap tinggi. Selain itu,

dapatan bagi ujian kolerasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan positif antara

sikap pelajar dengan penguasaan bahasa Arab.

38

: دراسة وصفيةالّتماسك يف بناء النص اللغوي

د. فهد بن عبد احلميد مر عمر ماليزاي -جنور، الكلية اجلامعية اإلسالمية العاملية بسالمركز الدراسات العامة

[email protected]

احملمدي حممد عثمان . أمساء بنتد معة اإلسالمية العاملية مباليزايوالعلوم اإلنسانية، اجلاقسم أصول الدين ومقارنة األداين، كلية معارف الوحي

[email protected]

ملخص البحث

بناء يفابلغة ظاهرة لسانية ذات أمهية وصفهمفهوم التماسك النّصي، ب بيان حقيقةالورقة هتتناول هذالشعر حنو: ،القدمية نصوصها يفاهرة لغوية عرفتها العربية ظيعد بعضهبنيص ك النّ نص، فتماسأي ،ا ونثر ا وكالم العرب شعر شريف،الاحلديث يف استعملها القرآن الكرمي، ووردت، مث طب اجلاهليةاخلو

وما النص،توظيف اللسانيات املعاصرة يف دراسة الضوء على وعلى هذا هتدف الورقة إىل تسليطواتساق فيما بينه من عالقات خمتلفة يف اجلمل، وجتلية آراء العلماء حول يكتسيه النص من متاسك

البحث املنهج الوصفي يف بيان ما يتعلق هذا العلم من ولتحقيق هذا الغرض سيعتمد ذلك املفهوم.وخمتتما النصوص، اته بني، وعالق إىل توضيح أمهيته يف بناء النص اللغويذكر مفهومه وأدواته، فضال

، منها: أن أبرز ما مييز النص عن الالنص هو ذلك ورقةصلنا إليها من خالل هذه اللنتائج اليت تو أبهم االتماسك الشديد بني أجزائه، حىت يبدو النص قطعة واحدة متناسقة األجزاء، والتناسق بني أجزاء

حتقيق التناسق وي، والتماسك عنصر أصيل يف ص يتحقق أبدوات منها ما هو لغوي ومنها غري اللغالن

39

بني مكوانت النص، فهو أداة جتمع بني ما هو لغوي وما هو غري لغوي يف حتقيق الوحدة املطلوبة يف النص.

الّنص، التماسك النصّي، السياق، اجلمل املعطوفة. الكلمات املفتاحية:

40

PEDOFILIA MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN: SATU ANALISIS TEMATIK

Abur Hamdi Usman

Syarul Azman Shaharuddin

Rosni Wazir

Mohd Norzi Nasir

Norsaleha Mohd Salleh

Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin

Faculty of Islamic Civilization Studies, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Pedofilia merupakan isu yang tidak digembar gemburkan sepertimana gemparnya isu LGBT

mutakhir ini, namun ianya tetap berlaku saban hari dan tahun. Sekali gus memberi impak yang

negatif terhadap kanak-kanak dan masyarakat. Isu ini telah meruntuhkan institusi

kekeluargaan, kemasyarakatan dan keagamaan apabila ianya memperlihatkan kebanyakan

pesalah laku pedofilia yang sering menjadi muka depan berita adalah bangsa Melayu yang

beragama Islam. Persoalannya, adakah wujud perbincangan dalam konten wahyu isu-isu yang

sebegini, atau mungkin ada pendekatan al-Quran dalam membicarakan wadah-wadah

kontemporari melalui kaedah tertentu. Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk menganalisis

ayat-ayat al-Quran berkenaan isu pedofilia atau gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Dengan menggunakan metode kualitatif, dengan mengumpulkan koleksi ayat al-Quran dan

melihat pandangan mufassir berkenaan pedofilia. Artikel ini mendapati al-Quran merupakan

wadah intetektual wahyu terbaik dalam membincangkan isu yang dihadapi umat Islam. Artikel

ini merupakan usaha berterusan dalam mencari jalan penyelesaian terhadap isu pedofilia yang

menimpa masyarakat umum.

Kata Kunci: Pedofilia; Perspektif; Al-Quran; Analisis; tematik

41

LEKSIKON BERUNSURKAN SOSIOBUDAYA DALAM MANUSKRIP HIKAYAT

AHMAD MUHAMMAD

Riduan Makhtar

Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

Nurfarhana Shahira Rosly

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Leksikon berunsurkan sosiobudaya dalam manuskrip Melayu Tradisional dilihat bukan sahaja

menjadi cerminan kekayaan leksikon Melayu sejak dahulu, tetapi memperlihatkan keadaan

masyarakat yang sangat kaya dengan keilmuan berunsurkan kehidupan. Antaranya ilmu

kesusasteraan, penulisan, teknologi, kebudayaan, kesenian dan lain-lain. Kajian ini dijalankan

adalah untuk menganalisis leksikon berunsurkan sosiosiobudaya dalam manuskrip Hikayat

Ahmad Muhammad berdasarkan Teori Sosiolinguistik (Holmes, 2013) serta merumuskan

perkaitan antara leksikon berunsurkan sosiobudaya dengan latar sosial dalam manuskrip

Hikayat Ahmad Muhammad. Kajian ini menggunakan manuskrip abad ke-19, iaitu manuskrip

Hikayat Ahmad Muhammad sebagai bahan kajian. Model Lima Kumpulan Unsur Budaya

(Newmark, 2013) telah dijadikan mandala kajian dan Teori Sosiolinguistik (Holmes, 2013)

bertindak sebagai teori kajian. Selain itu, kajian juga menggunakan kaedah kepustakaan dan

analisis teks sebagai kaedah kajian. Dapatan kajian memperlihatkan terdapat 37 leksikon

berunsurkan sosiobudaya yang sesuai diangkat menjadi data kajian. Terdapat 8 leksikon yang

masih belum berada dalam senarai rujukan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), 6

leksikon yang belum tersenarai dalam Glosari Perpustakaan Negara Malaysia dan 15 leksikon

yang tidak terkandung dalam Kamus Jawi-Melayu-Inggeris Wilkinson. Hasil kajian

menjelaskan bahawa terjalin hubungan yang kukuh antara leksikon berunsurkan sosiobudaya

dengan keadaan latar kehidupan sesebuah masyarakat. Malah, leksikon yang masih belum

terdapat dalam senarai rujukan utama juga boleh dipertimbang untuk turut sama disenaraikan

sebagai langkah memperkaya bilangan leksikon Melayu. Usaha pelbagai pihak turut

diperlukan bagi menelusuri dan meneliti leksikon Melayu dalam manuskrip agar dapat

mengesahkan semula keagungan bahasa Melayu yang pernah mekar suatu ketika dahulu.

Kata kunci: Leksikon, sosiobudaya, manuskrip, sosiolinguistik, Melayu.

42

ISU PENDIDIKAN GURU TAHFIZ: PEDAGOGI DAN PROSES PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN DI PUSAT TAHFIZ PERSENDIRIAN DI SELANGOR.

Siti Rashidah Abd Razak

Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS

[email protected]

ABSTRAK

Sebelum era 90-an ,pendidikan tahfiz kurang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat.

Pada masa itu kebanyakan ibu bapa dan penjaga lebih tertumpu untuk menghantar anak mereka

ke sekolah aliran perdana. Peredaran masa telah menjadikan pendidikan tahfiz kini seiring

dengan sistem pendidikan arus perdana. Kemudian daripada itu sekolah berasrama penuh yang

menggabungkan antara sistem akademik dan aliran tahfiz turut diperkenalkan. Atas faktor

yang pelbagai, tidak kurang pihak individu dan persendirian yang membangunkan pusat tahfiz

mereka sendiri tanpa pemantauan pihak berwajib. Satu tinjauan di sebuah pusat tahfiz milik

persendirian telah melihat pelbagai isu pendidikan guru dalam pedagogi dan proses pengajaran

di pusat tahfiz kelolaan mereka. Penulisan ini akan menjelaskan isu-isu berkaitan pedagogi dan

proses pengajaran dan pembelajaran di pusat tahfiz tersebut yang perlu diberi perhatian untuk

penambahbaikan sejajar dengan hasrat pengurusan yang ingin menjadikan pusat tahfiz

kendalian mereka seiring dengan pusat tahfiz arus perdana. Selain itu, pihak penguasaha lain

yang dalam usaha ke arah kelulusan pihak berwajib perlu melihat isi penulisan secara positif

ke arah menuju PAK21(Pembelajaran Abad ke 21).

Kata kunci: Huffaz, pusat tahfiz persendirian, pedagogi, pendidikan guru tahfiz,pengajaran

dan pembelajaran, PAK21.

43

PENTARBIAHAN MASYARAKAT BERASASKAN PENGAJARAN TAKMIR

Muhamad Haidir Zainuddin, Mohd Aderi Che Noh

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Kertas konsep ini bertujuan membincangkan tentang kesan pentarbiahan kelas takmir yang

dilaksanakan di masjid dan surau. Kelas takmir merupakan salah satu contoh pendidikan islam

sepanjang hayat yang diadakan secara tidak formal. Ia bertujuan untuk memberikan pendidikan agama

secara berterusan kepada masyarakat disamping sebagai usaha untuk membentuk masyarakat agar

matlamat dan tujuan penciptaan manusia akan tercapai iaitu pengabdian secara syumul kepada Allah

SWT. Namun pada masa mutakhir ini, begitu banyak cabaran dan mehnah yang dihadapi oleh

masyarakat seperti ledakan globalisasi yang memberi kesan negatif, peningkatan masalah sosial yang

menghimpit segenap lapis masyarakat, keruntuhan institusi kekeluargaan dan sebagainya. Bagaimana

mungkin sebuah negara akan benar-benar maju jika pelaksananya iaitu masyarakat datang dari institusi

kekeluargaan yang rapuh. Justeru, masyarakat perlu ditarbiahkan atau dididik dengan pengajaran ilmu-

ilmu ukhrawi agar asas keimanan dapat dipasakkan dengan teguh seterusnya mampu menghadapi

mehnah dan tribulasi yang sangat mencabar.

Kata kunci: Kelas takmir, masyarakat, pengajaran

44

BENTUK-BENTUK PENGAMALAN DIALOG ANTARA AGAMA: KAJIAN

AWAL

Aemy Elyani Mat Zain

Noor Idayu Binti Abd Wahid

Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam

Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

E-mail: [email protected] ; [email protected]

Nur Aisyah Abu Hassan

Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan

Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

E-mail: [email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan bentuk-bentuk dialog antara agama yang menjadi amalan

masyarakat dunia. Pengamalan dialog antara agama ini mencetuskan dua persepsi dalam

kalangan umat Islam iaitu mencetuskan kesamarataan antara agama dan memupuk

kesefahaman antara agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif daripada bahan-

bahan bertulis. Didapati bahawa pengamalan dialog antara agama boleh mencetuskan salah

faham jika umat Islam tidak jelas konsep setiap dialog antara agama yang diamalkan itu.

Kata kunci: Bentuk, pengamalan, dialog antara agama, Malaysia

45

PERANAN DAN CABARAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM MENYATU

PADUKAN PELBAGAI ETNIK DI SABAH

Sharifah Darmia Sharif Adam

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

Universiti Malaysia Sabah

Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kertas kerja ini membincangkan tentang peranan dan cabaran bahasa kebangsaan iaitu bahasa

Melayu sebagai satu bahasa dalam menyatu padukan pelbagai etnik di negeri Sabah. Pada 16

September 1963, Persekutuan Malaysia diisytiharkan secara rasmi terdiri daripada gabungan

negeri-negeri Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Selaras itu, Peruntukan-peruntukan

khas mengenai bahasa kebangsaan di Sabah terkandung dalam Perkara 161 perlembagaan

negara. Walaupun peruntukan perlembagaan tersebut menjelaskan bahawa Sabah diberikan

jangka masa selama 10 tahun untuk menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai

bahasa rasmi tetapi kemudian pada 16 September 1973 bahasa Melayu telah diisytiharkan

sebagai bahasa rasmi tunggal bagi negeri Sabah. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan

oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahasa kebangsaan dapat melaksanakan peranannya

sebagai satu bahasa yang dapat menyatu padukan pelbagai etnik di Sabah. Namun,

kepelbagaian etnik dengan kewujudan pelbagai bahasa ibunda dalam kalangan masyarakat di

Sabah menyebabkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sekaligus bahasa perpaduan

menghadapi pelbagai cabaran. Oleh itu, perbincangan dalam kertas kerja ini difokuskan

terhadap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan bahasa kebangsaan dalam

pelbagai bidang di Sabah dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa kebangsaan untuk

memupuk perpaduan dalam masyarakat pelbagai etnik di negeri tersebut. Kajian kertas kerja

ini dibuat menggunakan pendekatan analisis kualitatif dan menggunakan kaedah kajian arkib

serta kajian perpustakaan untuk memperoleh sumber maklumat kajian. Kajian ini akan

menghasilkan satu analisis yang dapat digunakan sebagai rujukan untuk menambah baik atau

merangka dasar dan polisi lebih baik khususnya dalam perkara yang memberikan manfaat

terhadap pengukuhan perpaduan masyarakat pelbagai etnik di Sabah.

Kata kunci: Bahasa kebangsaan, bahasa Melayu, perpaduan etnik.

46

TAHAP KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN PELAJAR INSTITUT

PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS): KAJIAN KES DI KUIS.

Sohana binti Abdul Hamid

[email protected]

ABSTRAK

Mengetahui tahap kesihatan mental adalah penting sebagai langkah awal untuk merangka

program intervensi sosial seperti sokongan keluarga dan mentoring. Artikel ini

membincangkan isu berkaitan dengan tahap kesihatan mental di kalangan pelajar di Institut

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas sampel di

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Subjek kajian dipilih secara rawak yang

melibatkan 30 orang responden dalam kalangan pelajar IPTS, KUIS, Bangi. Kajian ini

menggunakan soal selidik saringan minda sihat ‘Depress Anxiety Stress Scales (DASS)’.

Dapatan kajian ini memberi petunjuk kepada pembuat dasar bahawa kesihatan mental adalah faktor

penting dalam mempengaruhi seseorang pelajar. Program program pendidikan kesihatan mental,

sokongan keluarga dan program mentoring perlu dilaksanakan atau ditambah bagi meningkatkan

kesedaran semua pihak terhadap kepentingan mental yang sihat di kalangan pelajar-pelajar di institut

pengajian tinggi.

Kata kunci: Kesihatan mental, pelajar, sokongan keluarga, tahap kesihatan mental, program

mentoring.

47

تيسري وتقريب كتب الرتاث وأثره يف تطوير العلوم الشرعية

عمرو حممد سيد إمامد. جامعة السلطان عبد احلليم معظم شاه اإلسالمية العاملية ،نآين وعلوم القر كلية أصول الد

[email protected]

ملخص البحث

مصططططلح الرتاث اإلسطططالمي يطلق على كل ما أنتقه العقل املسطططلم من خالل تفاعله مع الوحيني القرءان الكرمي إن ب والسطططططططنة منذ القرن الثا، انقري، عندما بدأ التدوين والسطططططططنة املطهرة، وقد دون العلماء فهمهم لنصطططططططوص الكتا

لعباسطططططططططي جراء انفتاع املسطططططططططلمني على الثقافات للسطططططططططنة املطهرة أوال، هذا وقد ازدهرت حركة التدوين يف العصطططططططططر االمي وخباصططططة يف القرن اخلامج انقري، حيث إن العبارة غموضططططا يف كثري من كتب الرتاث اإلسططططاألخرى مما أنتج

وخيتصرها، فأدى ذلك إىل صعوبة شديدة ة يف النتاج الفكري للمتأخرين احتاجت إىل من يشرحها وييسرهااملدونوكان من أسطططططططططططباب ذلك التأثر ابلفلسطططططططططططفات األخرى، أو مبنهج الكتابة يف علم الكالم، وهناك لفهم مراد املؤلف،

ر أن نبحث عن أسططططباب التعقيد يف بعض األسططططباب األخرى كرتاجع حركة األدب، وهذا يدفعنا يف العصططططر احلاضططططالعلماء األوائل كتب الرتاث، وأيضطططططططططططططططا حناول البحث عن الوسطططططططططططططططائل اليت تعني على فهم هذا الرتاث الذي تركه

إن اإلقبال الشططططططديد على مطالعة كل مؤلف جديد وخباصططططططة الرواايت وكتب لالسططططططتفادة منه يف العصططططططر احلاضططططططر.الرتاث إال من املتخصطططططصطططططني،أو طلبة العلوم الشطططططرعية، مؤشطططططر خطري يدل التنمية البشطططططرية والبعد عن مطالعة كتب

يال القادمة، والسططططططططؤال:ما هو السططططططططبب يف الغموض الذي ال من األجعلى أن الرتاث اإلسططططططططالمي قد يتعرض ل مهاتسططططططططمت به الكثري من كتب الرتاثكوهل هناك وسططططططططائل تعني على تيسططططططططري هذ الرتاث بغرض التقريب يف العصططططططططر

هتدف هذه الدراسططة إىل ربط األجيال املعاصططرة برتاثها اإلسططالمي الذي ميثل عقل وفكر هذه األمة ع و ك احلاضططروقد جائت ، حيث إن هذا الرتاث كان من عوامل هنضططططططة احلضططططططارة اإلسططططططالمية وتقدمها وازدهارها.اترخيها الطويل

املبحث الثا،: . اثوأسططططططططططبابه يف كتب الرت املبحث األول:التعقيد هذه الدراسططططططططططة يف مقدمة ومتهيد وثالثة مباحث:مث اخلامتة وفيها أهم ، كتب الرتاثاملبحث الثالث:وسططططططائل التيسططططططري والتقريب ل. مرتكزات التيسططططططري والتقريب للرتاث

النتائج والتوصيات اليت خرج هبا هذا البحث.

48

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB WALI TERHADAP ANAK YATIM DALAM

ISLAM

Hasliza Talib

Siti Zaleha Ibrahim

Nor Saadah bt Din

Noraini Mohamad

Pusat Pengajian Teras (PPT)

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT adalah bagi menjamin

kemaslahatan umat manusia secara keseluruhan. Aplikasi sistem wali dalam Islam yang

tersususun dan kemas terutama dalam institusi keluarga adalah selari dengan objektif

kemaslahatan tersebut. Walaubagaimanapun masyarakat Malaysia secara umum banyak

mengaitkan sistem wali dalam urusan perkahwinan sahaja. Secara tidak sedar peranan wali

dalam pengurusan harta, nafkah dan hadhanah telah dikesampingkan. Maka penulisan ini

dilakukan bagi mengenengahkan peranan dan tanggungjawab wali dalam tiga aspek berikut

iaitu pengurusan harta, nafkah dan hadhanah terhadap anak yatim. Selain itu penulisan ini juga

akan menghuraikan berkaitan kepentingan wali dalam institusi keluarga terutama bagi keluarga

yang telah kematian bapa dengan mempunyai anak-anak yatim yang belum mukallaf. Kajian

menggunakan satu metode utama iaitu kajian kepustakaan bagi mendapatkan konsep wali

berdasarkan penulisan-penulisan terdahulu.Hasil kajian mendapati bahawa peranan wali tidak

hanya terhad sebagai syarat wajib dalam rukun nikah sahaja, tetapi juga mempunyai peranan

yang penting dalam pengurusan harta, nafkah dan hadhanah terutama bagi anak-anak yatim.

Hasil kajian diharapkan agar masyarakat dapat memahami peranan dan tanggungjawab wali

sebagaimana yang ditetapkan dalam Islam bagi memastikan institusi keluarga dan kebajikan

anak-anak yatim terus terpelihara.

Kata kunci: Wali, peranan, tanggungjawab, keluarga, kepentingan, anak yatim

49

HUKUM TAJWID DAN KAEDAH MEMBACA TEKS ARAB

SATU KAJIAN PERBANDINGAN

Abdul Azim Bin Mohamad Isa (Dr)

Akademi Pengajian Bahasa

Universiti Teknologi MARA

[email protected]

Muhammad Arsyad Bin Abdul Majid (Dr)

Akademi Pengajian Bahasa

Universiti Teknologi MARA

[email protected]

Ibrahim Bin Abdullah

Akademi Pengajian Bahasa

Universiti Teknologi MARA

[email protected]

Muhamad Zaidi bin Zakaria

Akademi Pengajian Bahasa

Universiti Teknologi MARA

[email protected]

ABSTRAK

Hukum tajwid hari ini hanya terbatas ke arah cara pembacaan Al-quran dengan sebutan dan

lafaz mengikut makhraj yang tepat, jelas dan betul. Latar belakang pelajar yang mengambil

mata pelajaran bahasa Arab bagi peringkat sekolah menengah telah didedahkan dengan

pelbagai hukum tajwid ketika di sekolah rendah. Namun, pendedahan tersebut hanya

berkisarkan Al-Quran dan pelajar tidak dapat memanfaatkan hukum tajwid tersebut dalam

menangani masalah membaca teks bahasa Arab. Tiada kesinambungan antara hukum Tajwid

yang dipelajari dengan kemahiran membaca teks Arab apabila diberikan teks tanpa baris

(harakat). Selari dengan perkembangan ilmu linguistic perbandingan hari ini, kajian ini

mendatangkan kaedah bagi membaca teks Arab, iaitu dikhususkan kepada kaedah menentukan

bacaan baris yang tepat bagi pola kata ‘yaf’al’ )يفعل( untuk feel mudhari’ (الفعل المضارع)

berdasarkan salah satu hukum tajwid, iaitu hukum Izhar Halqi (إظهار حلقي) yang didapati dalam

pecahan hukum nun mati (النون الساكنة). Maka, kajian ini berlatar belakangkan perbandingan

antara hukum tajwid Izhar Halqi dengan pembacaan baris bagi pola kata ‘yaf’al’ )يفعل(.

Kata kunci: Tajwid – Izhari Halqi – bacaan baris – pola kata ‘yaf’al’

COMMUNITY BASED LEARNING (CBL) : INSTRUCTIONAL STRATEGIES FOR

LEARNER-CENTERED TEACHING IN SOCIAL SCIENCE COURSES

50

Rosfazila Binti Abd Rahman

[email protected]

Centre for core studies

International Islamic University College Selangor

ABSTRACT

The Instructional Strategies For Learner-Centered Teaching resources offer learner-centered

instructional strategies which can be used to bring out the best in students’ performance. They

provide tools and tips that can help strengthen class environment, facilitation methods and

more. Have you wondered how to make your classroom lessons more authentic? One way is

to incorporate instructional strategies that are based on real-life, everyday issues. Community

based learning, often referred by the acronym CBL, is learning that incorporates the community

and immediate environment into the teaching approach. It can be done in many different ways,

but the overall goal is to integrate community into academic learning. The motivation for such

an approach in educational comes from the belief that all communities have innate values that

can and do enrich learning experiences. Within the immediate environment, there are resources

and assets that can be used to provide real-life, hands-on experience for students that cement

learning objectives as real and important skills. Hence Community-based learning brings

together the community with academic learning through various types of instructional

strategies. This studies will describe types of community-based learning, provide examples,

and discusses the benefits of its use.

Keywords: Community Based Learning (CBL), instructional strategies, learner-centered

teaching, social science, sociology

51

HATI BUDI MELAYU DALAM PENGAJIAN MELAYU: ANALISIS KATA FOKUS

“NILAI” BERDASARKAN TEORI MEDAN MAKNA

Rozita Che Rodi4

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk menghuraikan secara jelas pemaknaan akal budi dan hati budi dalam

Pengajian Melayu, dan definisi kedua-duanya. Akan diberikan juga definisi orang Melayu,

falsafah pembangunan orang Melayu, dan pandangan alam sarwa jagat atau worldview orang

Melayu sebagai latar tentang masyarakat Melayu. Juga akan dibincangkan komponen hati budi

Melayu sebagai sifat teras keperibadian sosial Melayu secara arus perdana, dan kata fokus dan

kata kunci yang menjadi tunjang hati budi Melayu, dengan tumpuan kepada kata fokus “nilai”

sebagai contoh. Akhir sekali akan dihuraikan secara ringkas kesimpulan hati budi Melayu

dengan kepentingannya dalam Pengajian Melayu. Kaedah kajian berdasarkan kajian teks

terhadap pepatah, peribahasa dan ungkapan Melayu terutamanya Tenas Effendy (2004) Ethos

Kerja, (2006) Tunjuk Ajar Melayu, Abbas Mohd Shariff (2004) Adab Orang Melayu, Ismail

Hamid (1991) Masyarakat dan Budaya Melayu, dan Za’ba (1982) Perangai Bergantung

Kepada Diri Sendiri, untuk menelusuri kata fokus dan kata kunci tentang hati budi Melayu.

Teori keperibadian sosial (social character) oleh Erich Fromm (1942) digunakan untuk

menganalisis sifat keperibadian Melayu, dan teori medan makna (semantic field) oleh T. Izutsu

(1964) God and Man in the Koran, dan S. M. Naquib al-Attas (1970) The Mysticism of Hamzah

Fansuri, digunakan untuk membentuk medan makna bagi hati budi Melayu.

Kata kunci: Akal budi, hati budi, orang Melayu, pandangan sarwa jagat, medan makna, kata

fokus, kata kunci.

4 ROZITA BINTI CHE RODI (Ph.D) ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), mengkhusus dalam bidang semantik budaya dan pemikiran dalam perabadan masyarakat. Beliau pernah mengikuti kursus Pasca Doktoral di School of Oriental and African Studies (SOAS), University of London, United Kingdom dengan tumpuan kajian terhadap “Penelitian Kandungan Bustan Al-Salatin Berkaitan Nasihat Nurud’din ar-Raniri Kepada Sultan Aceh” dari tahun 2015-2017.

52

FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK DI MALAYSIA:

SATU ANALISIS

Norsaleha Mohd Salleh1, Noor Hafizah Mohd Haridi1, Zetty Nurzuliana Rashed2, Kamal Azmi Abd

Rahman1, Norbahiah Misran3, Nabilah Huda Zaim1

1Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor 2Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

3Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Kebangsaan Malaysia

Penulis koresponden : Nabilah Huda Zaim

[email protected] | 013-2712856

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor berlakunya kes penderaan kanak-kanak di

Malaysia. Penderaan kanak-kanak merupakan suatu pencabulan atau pelanggaran yang serius

terhadap hak kanak-kanak untuk berkembang dalam keadaan sihat dan bermaruah di samping

menyebabkan risiko dalam kelangsungan hidup mereka. Penderaan kanak-kanak merangkumi

penderaan dari aspek fizikal, emosi, seksual dan pengabaian. Metodologi kajian ini menggunakan

pendekatan analisis dokumen terhadap laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia

(JKM) dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2013 hingga 2017. Kajian menunjukkan kes penderaan

di Malaysia semakin meningkat pada setiap tahun, terutamanya pada tahun 2017 yang mencatatkan

sebanyak 5537 kes. Kajian juga mendapati faktor tertinggi penderaan kanak-kanak adalah berpunca

daripada perbalahan keluarga, ibu mengikut teman lelaki, masalah kewangan serta kecuaian ibu

bapa. Dalam konteks di Negeri Selangor, jumlah penderaan kanak-kanak dilihat meningkat pada

setiap tahun. Jumlah kanak-kanak didera pada tahun 2017 adalah sebanyak 1686 kes berbanding

1557 kes pada tahun 2016 di Selangor. Kajian ini diharapkan dapat membuka mata masyarakat serta

pihak berautoriti untuk diambil tindakan dan perhatian serius terhadap kes penderaan kanak-kanak

di Malaysia khususnya di Selangor.

Kata kunci : Faktor, penderaan, kanak-kanak, Selangor, JKM

53

KOPERASI DAN PEMBANGUNAN MODAL SOSIAL DAN EKONOMI KOMUNITI

FELDA: SATU KAJIAN KES DI KOPERASI PENEROKA FELDA

Siti Hajariah Abd Razak

[email protected]

Awang Azman Awang Pawi

[email protected]

Marzudi Md. Yunus

[email protected]

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

Haris Abd Wahab

[email protected]

Fakulti Sains Sosial dan Sastera, Universiti Malaya

ABSTRAK

Koperasi dikenali sebagai sebuah organisasi yang mengusaha perusahaan menggunakan modal

ahli menjalankan aktiviti demi kepentingan bersama secara demokrasi. Koperasi FELDA juga

merupakan sebuah koperasi yang mana keanggotaannya adalah dalam kalangan peneroka yang

sinonim mempunyai sifat bekerja bersama-sama. Oleh itu, pemprofilan koperasi dilihat

mempunyai kemampuan yang berpotensi berasaskan modal komuniti. Pangkalan data

seterusnya digunakan sebagai input terpenting ke arah pembangunan modal sosial dan ekonomi

komuniti FELDA. Namun, dalam konteks perkembangan koperasi peneroka FELDA didapati

masih lagi rendah. Bagi memperolehi realiti sebenar, kajian ini menyenaraikan tiga objektif

iaitu mengenalpasti dan mengkategorikan modal sosial dan ekonomi yang telah wujud,

menganalisis faktor-faktor modal sosial dan ekonomi yang membantu pembangunan koperasi

dan menilai strategi pembangunan modal sosial dan ekonomi yang efektif dalam membantu

koperasi peneroka FELDA. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan kualitatif dan

kuantitatif. Responden kajian menggunakan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan, (1970)

seramai 123 orang sampel yang dipilih daripada 600 orang populasi anggota koperasi peneroka

Felda Keratong Dua Rompin, Pahang. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal

selidik, dianalisis menggunakan perisian komputar SPSS yang melibatkan penggunaan statistik

deskriptif dan penghuraian secara induktif. Dapatan awal menunjukkan tahap modal sosial

rapatan anggota koperasi lebih rendah berbanding modal sosial ikatan. Begitu juga dengan

modal ekonomi berasaskan aset kewangan yang menunjukkan berada pada tahap rendah

berbanding aset fizikal. Hasil kajian ini diharap dapat memberi kesedaran kepada anggota

koperasi terutama peneroka FELDA serta agensi yang berkaitan dalam membantu

pembangunan komuniti koperasi agar memperoleh peningkatan sejajar dengan pertubuhan

yang lain.

Kata Kunci: Modal sosial, ekonomi, koperasi, pembangunan komuniti

54

بني أدلة املنع وشروط اإلجازة: االختالط بني اجلنسني مليح حممد د. رجب أبو

جامعة السلطان عبد احلليم معظم شاة اإلسالمية العاملية، كلية الشريعة والقانون [email protected]

ملخص البحث

أو االختالط احملرمة،كاخللوة حترير مصطلح االختالط مما يشوبه من مصطلحات أخرى يهدف البحث إىل التفريق بني مصادر التشريع املتفق عليها وإىل املذموم الذي يصاحبه كثري من احملرمات اجملمع على حترميها.

كالقرآن والسنة واإلمجاع والقياس، وتلك املختلف عليها مثل العرف الذي ال يعت إذا خالف الشرع.القرآن الكرمي والسنة املطهرة وخري القرون قريبة من خالل املسلم إعطاء صورة للمقتمعويهدف أيضا إىل

العهد ابلتشريع اإلسالمي، فهم بال شك أقدر على فهم مراد هللا تعاىل ورسوله صلى هللا عليه وسلم من الناس حاول الباحث استعمال املنهج الوصفي االستقرائي يف توصيف املشكلة موضع الدراسة، أكثر من غريهم.

ن حيث مجع املادة العلمية ونقدها مث الوصول إىل النتائج اليت تستخرج من املقدمات.العلمي ماملنهج مثوقد سعى الباحث إىل توثيق النصوص من مصادرها املعتمدة، وكتابة اآلايت ابلرسم العثما،، وختريج

النساء، الرجال و الط بني تدور مشكلة البحث حول دراسة مسألة االخت األحاديث من كتب السنة املعتمدة.سواء يف قاعات العلم أو األسوق، أو املناسبات االجتماعية، أو غريها وكيف تعامل الفقهاء معها يف السابق والالحق، وحترير حمل النزاع يف هذه املسألة للوصول إىل احلكم الفقهي األقرب إىل الصواب حسب اجلهد

ما مفهوم االختالط حمل النزاع : ألسئلةعن هذه ااإلجابة حياول الباحث من خالل هذا البحث البشري.ما احلكم و كيف تعامل القرآن الكرمي والسنة املطهرة مع هذه الظاهرةكو بني الفقهاء، وما صوره وما ضوابطهك

الفقهي لالختالطك هل هو حمرم على إطالقةك أو أن األصل فيه اجلواز مع مراعاة الضوابط اليت جاءت لرجال ابلنساءك أم أن األصل هو املنع ويكون جائزا كلما دعت احلاجة أو عالقة ا فيما خيصالشريعة هبا

55

املبحث األول: معىن االختالط وضوابط سم البحث إىل مخسة مباحث وخامتة:هذا وقد ق .الضرورة إىل ذلكعي اللقاء بني الثالث: أدلة ماناملبحث املبحث الثا،: العالقة بني اجلنسني يف ضوء القرآن والسنة. للفهم.

املبحث اخلامج: االختالط بني عاِلمني املبحث الرابع: ما الذي حدث يف العصور املتأخرة. رجل واملرأة.ال معاصرين.

56

COMMUNITY ROLES AND DISASTER AWARENESS

AT COMMUNITY OF PETALING DISTRICT, SELANGOR

Ahmad Azan Ridzuan

[email protected]

Noor Azmi Mohd Zainol

[email protected]

Haslinda Abdullah

[email protected]

Safar Yaacob [email protected]

Jessica Ong Hai Liaw

[email protected]

National Defence University of Malaysia

ABSTRACT

This study examines the correlation between community roles (community attitude and

community knowledge) and disaster awareness in the community using a sample of 150 usable

questionnaires gathered from experience disaster flood household communities in the Petaling

District, Selangor, Malaysia. The data was generated using the Statistical Package for Social

Sciences (SPSS) version 21.0 and Structural Equation Modeling (SEM) SmartPLS version

3.2.5. The results of confirmatory factor analysis (CFA) confirmed the measurement scales

satisfactorily met the standard of validity and reliability analysis. Further, the outcomes of

SmartPLS path model showed two important findings: firstly, the community attitude

significantly correlated with disaster awareness in the community. Second, community

knowledge significantly correlated with disaster awareness in the community. Statistically, this

result confirms that the ability of experience disaster flood household communities in the

Petaling District, Selangor, Malaysia to properly implement the community attitude, and

community knowledge in practicing the community base disaster response management have

been important determinants for the disaster awareness in the studied community. Further, this

study will be thoroughly offer discussion, and conclusion.

Keywords: Disaster awareness, community attitude, community knowledge, SmartPLS.

57

PENGUKUHAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA PERPADUAN

DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Noor Azmira Mohamed

[email protected]

Nor Azlili Hassan

[email protected]

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

ABSTRAK

Perlembagaan Malaysia telah menetapkan bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa rasmi negara

dan bahasa pengantar pendidikan (Noraien Mansor & Noor Rohana Mansor, 2013).

Penggunaan bahasa Melayu sepatutnya tidak boleh diganggu lantas menjadi medium penting

dalam mewujudkan keharmonian dan mengukuhkan perpaduan masyarakat di Malaysia.

Namun, hari ini didapati pengukuhan BM terus dicabar dan melemahkannya sebagai bahasa

kebangsaan dan perpaduan akibat daripada pengaruh dan perkembangan orde baru dunia yang

menunjukkan bahawa penggunaan Bahasa Inggeris (BI) dalam bidang pendidikan, pekerjaan

dan perhubungan lebih diberikan keutamaan berbanding bahasa Melayu (Nor Hashimah

Jalaluddin, 2010). Penekanan ke atas kepentingan bidang sains dan teknologi serta BI telah

menyebabkan ada segelintir individu mula hilang keyakinan pada BM termasuklah dalam

kalangan pelajar di universiti swasta yang terdiri daripada majoriti etnik bukan Melayu dan

lebih menggunakan BI sebagai medium pembelajaran. Tambahan pula, wujud kelompok

pelajar yang lebih selesa menggunakan bahasa ibunda mereka berbanding BM. Kajian ini

bertujuan untuk membincangkan isu penggunaan BM di institusi pengajian tinggi swasta serta

menganalisis faktor kelemahan penggunaan BM dalam kalangan pelajar universiti swasta.

Justeru, satu kajian telah dijalankan ke atas 100 orang pelajar di universiti swasta dengan

menggunakan kaedah pensampelan secara rawak. Hasil kajian mendapati bahawa tahap

pengukuhan pelajar universiti swasta terhadap BM adalah sederhana. Ini adalah kerana

keutamaan pelajar terhadap BI, kurang kefasihan dalam BM, kurang kerjasama dan usaha

dalam kalangan pensyarah dan pihak pengurusan universiti, kurang menitikberatkan maksud

perlembagaan dan kurang keyakinan terhadap status BM adalah antara isu-isu penggunaan BM

di institusi pengajian tinggi swasta. Justeru, senario pengukuhan bahasa Melayu dalam

kalangan pelajar universiti swasta ini tidak boleh dipandang ringan dan perlu diperkukuhkan

sebelum mengalami ancaman kepupusan kerana Bahasa Melayu berpotensi besar dalam

pelbagai bidang dan generasi ini mampu mencorakkan kestabilan hubungan sosial dan

kelangsungan pemartabatan bahasa Melayu dalam ketamadunan Malaysia.

Kata kunci: Bahasa Melayu; pelajar universiti; perpaduan

58

PELANUNAN DI PESISIR PANTAI KEDAH PADA ABAD

KE-18 DAN KE-19

Ibrahim bin Ahmad5

Shariff Harun6

UniKL RCMP,

No. 3, Jalan Greentown, 30450 Ipoh, Perak, Malaysia

ABSTRAK

Sekitar abad ke-18 dan ke-19, pesisir pantai Kedah terdedah kepada ancaman lanun. Pada

tempoh tersebut terdapat laporan dan catatan pentadbir British kegiatan ini berleluasa hingga

mengancam penduduk tempatan, pedagang dan mengganggu pentadbiran British di Negeri-

negeri Selat. berdasarkan catatan pentadbir British, antara kawasan utama kegiatan ini ialah di

sekitar Pulau Langkawi, Kuala Kedah, Kuala Muda, Pulau Pinang dan Tanjung Piandang.

Kegiatan ini begitu aktif semasa Perang Kedah – Siam, dan Perang Larut di Perak. Serangan

lanun bukan sahaja dulakukan ke atas perahu-perahu tempatan malah kapal-kapal dagang yang

melalui perairan Kedah serta petempatan penduduk berdekatan pesisir pantai. Berdasarkan

rekod-rekod pentadbir British, kegiatan ini bukan sahaja melibatkan pelbagai etnik Melayu

malah orang Cina dan Siam serta penguasa-penguasa tempatan yang berselindung di sebalik

kegiatan perdagangan. Sebagai tindak balas menangani kegiatan ini, pihak Inggeris melakukan

rondaan menggunakan kapal-kapal perang dengan dibantu oleh pembesar-pembesar tempatan.

Beberapa peraturan juga diperkenalkan bagi membanteras kegiatan ini dan hasilnya kumpulan

lanun berjaya ditangkap dan dibicarakan serta dikenakan hukuman berasaskan perundangan

British. Namun, terdapat juga pertikaian serta percanggahan dari aspek perundangan tempatan

dan British hingga memaksa beberapa kes digugurkan.

Kata kunci: Pelanunan, Kedah, Malaysia, , perdagangan, rekod-rekod British

5 Ibrahim Ahmad ialah Pensyarah Jabatan Pengajjian Umum UniKL RCMP Ipoh, Perak. Email:

[email protected] 6 Shariff Harun ialah Pensyarah Jabatan Pengajjian Umum UniKL RCMP Ipoh, Perak. Email:

[email protected]

59

PERMASALAHAN TEORI PENYEBARAN DAN PERTAPAKAN ISLAM DI

SABAH:

ANALISIS KESEJARAHAN DAN PENTAFSIRAN KRITIS®

Nordi Achie

Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

Kampus Antarabangsa Labuan

Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Wacana ilmiah sarat dengan perdebatan intelektual. Dari medan inilah,

berkembangnya pemikiran kritis dan konstruktif serta berlakunya percambahan

ilmu secara progresif. Setiap sarjana yang berani membentangkan ideanya, dia

harus berani berdepan dengan kritikan. Inilah budaya dan tradisi ilmu. Pada 22

Ogos 2011, Ahmad Tarmizi Abdul Rahman7 telah membentangkan kertas kerja

bertajuk, “Pertapakan Islam Di Sabah: Analisis Terhadap Teori Dan Pendapat

Awal”. Kertas ini sebenarnya ditulis oleh Budi Anto Mohd. Tamring.8 Kupasan

kertas tersebut tidaklah mencapai tahap analisis kerana tidak ada kritikan tuntas

dan mangkus terhadap teori kedatangan dan pertapakan Islam di Sabah. Oleh

itu, perkataan “Analisis” selayaknya ditukarkan kepada “Tinjauan”. Kita turut

mengajukan tujuh kaedah kritikan9 bersabit isu dan persoalan kesejarahan

(sebagai panduan) dalam menganalisis teori kedatangan dan pertapakan Islam

di Sabah. Kita mendapati salah satu rujukan penting Ahmad Tarmizi dan Budi

Anto ialah Islam di Sabah. Buku ini ditulis oleh Muhiddin Yusin. Selesai

meneliti beberapa halaman awal Bab 1 (Islam di Sabah), nyatalah buku ini

mengandungi beberapa kelemahan mendasar; namun kedua-dua sarjana

tersebut tidak mengerahkan paravis keintelektualan mereka untuk

mewacanainya secara kritis. Oleh sebab kita mengatakan kertas kerja berkenaan

tidak mencapai tahap analisis, justeru kita bertanggungjawab untuk

mengongsikan margga analisis kesejarahan dan pentafsiran kritis – terhadap

teori kedatangan dan pertapakan Islam di Sabah – dengan merujuk kepada Islam

di Sabah, sebagai teks penilaian.

7 Prof. Madya dan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang tasawuf.

8 Pemegang Ijazah Sarjana dalam bidang antropologi dan sosiologi.

9 Kaedah ini (catatan mengenainya masih disimpan penulis) diperkenalkan ketika kita mengambil

kursus Sejarah Masyarakat Islam Di Malaysia, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya (1995/1996). Kaedah

ini meliputi kritikan terhadap sumber, penzamanan, penghujahan, pembuktian, penteorian, kritikan atas

kritikan, intrateks dan interteks. Untuk bacaan awal mengenainya (semisal, isu dan persoalan Islamisasi

di Asia Tenggara), lihat Anthony Reid, “The Islamization of Southeast Asia”, dalam Muhammad Abu

Bakar (et al.), Historia, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1984.

60

عوامل نشوء االزدواجية يف اللغة العربية بني العامية والفصحى

،10هامشي حممد ،11الرمحن مت سعدضياء

12شافعي ذوالكفلحممد

امللخص

ازدواجية اللغة العربية بني شّقيها الفصحى والعامية. الظاهرة ضية الدراسة يف التحقيق وراء ق هتدف هذهال سيما . تثري تساؤال حموراي حول ماهية هذه االزدواجية ومدى أتثرياهتا على لغة اجملتمعت أاليت بد

أن اللغة العربية الفصحى ليست مبقرد لغة من ،بال شكالعربية الفصحى.فيما يتصل مبصري اللغة سالمي يف شىت أصقاع ينها هوية ثقاقية للمقتمع العريب وهوية دينية للمقتمع اإللغات بل هي ع

هذه املرجعية العاملية ابتت هتدد بتفشي العامية على لسان الناطقني األرض من مشرقها إىل مغرهبا. هتعتمد هذ يلقي أحد نا ابال وال خطرا.ع منهم نزعا دون أن وبذلك تتالشى الفصاحة فيهم وتنز ،يها

ع املواد العلمية حول ماهية االزدواجية على صعيد بتتبّ وذلك املنهج الوصفي التحليلي؛ على الدراسةمث تناول العوامل الرئيسة وراء ظهور على صعيد نظري،وبيان اإلشكاليات اليت تطرأ عليها ،أوال لغوي

ورين أساسيني؛ حمور داخلي ازدواجية اللغة العربية جاءت من حمالدارسة أن هذه تستنتج االزدواجية.مهدا ذانلالعنصران ال يف جمال التعليم. نشوب العاميةالعريب من اجملتمع وكذلك دور األدب وهو غياب

الفصحى يف اجملتمع العربية ليحّد من دور اللغة من حمور خارجي الفكري الثقايف السبيل الستعمار اجملتمع اإلسالمي عامة.العريب خاصة و

الفصحى، العامية، اللغة، اللهقة،العربية :فتاحيةالكلمات امل

10 Muhammad bin Hashimee, Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor KUIS, [email protected] 11 Diyakulrahman bin Mat Saad, Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, Kolej

Universiti Islam Antarabangsa Selangor KUIS, [email protected] 12 Mohd Shafie bin Zulkifli, Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti

Islam Antarabangsa Selangor KUIS, [email protected]

61

PERBANDINGAN SIMPTOM KECELARUAN PERSONALITI NARSISIS DAN

HISTRIONIK DALAM KALANGAN PENGGUNA MEDIA SOSIAL: KAJIAN

AWAL TERHADAP PENGGUNA APLIKASI TIK TOK

Ahmad Nazeer bin Zainal Arifin.

[email protected]

Muhammad Adham bin Hambali

[email protected]

Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras KUIS.

ABSTRAK

Aplikasi Tik Tok telah menjadi sebuah aplikasi media sosial yang popular digunakan oleh

golongan remaja pada masa kini. Fungsi utama aplikasi ini adalah untuk merakamkan video

diiringi dengan lagu latar dan seterusnya dikongsikan di ruangan Tik Tok itu sendiri, atau

ditularkan ke ruangan media sosial yang lain. Pengkaji mendapati terdapat tingkah laku

kebanyakan pengguna Aplikasi Tik Tok ini yang mempunyai persamaan dengan dua bentuk

penyakit psikologi yang berkaitan dengan kecelaruan personaliti, iaitu narsisis dan histrionik.

Kajian ini berbentuk kajian kepustakaan dalam memahami pengertian kecelaruan personaliti

secara umumnya, serta definisi dan simptom-simptom narsisis dan histrionik secara khususnya.

Manakala dapatan bagi kajian ini diperoleh melalui pemerhatian pengkaji sebagai pengguna

secara langsung bagi aplikasi Tik Tok. Objektif utama kajian ialah untuk mengaitkan antara

tingkah laku pengguna aplikasi Tik Tok dengan ciri-ciri penghidap narsisis dan histrionik.

Hipotesis bagi kajian ini ialah terdapatnya perkaitan yang amat rapat di antara tingkah laku

pengguna aplikasi Tik Tok dengan penyakit psikologi yang dikategorikan sebagai kecelaruan

personality narsisis dan histrionik.

Kata kunci: Kecelaruan personaliti, narsisis, histrionik, aplikasi mobil, Tik Tok.

62

TRAIT PERSONALITI GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA)

DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MURID

Mohammad bin Abu Bakar

[email protected]

Mohd Aderi Bin Che Noh

[email protected]

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Tanggungjawab yang dipikul oleh Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) amat penting

dalam Pendidikan Islam hari ini. Ini kerana personaliti Guru KAFA mempunyai pengaruh

dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dan sentiasa menjadi perhatian murid-murid.

Profesionalisme Guru KAFA yang rajin, bertanggungjawab, sabar, ceria, kasih sayang dan

aktif akan memberi kesan positif dalam Pendidikan KAFA. Pendekatan pengajaran yang

efisyen dan kreatif pula akan meningkatkan lagi keinginan murid untuk terus fokus dalam sesi

pembelajaran yang dijalankan. Personaliti Guru KAFA yang berakhlak mulia dapat dilihat

sebagai role model atau contoh ikutan yang baik kepada murid, ibubapa dan masyarakat. Selain

itu, gabungan amalan dan kemahiran pengajaran yang sistematik dapat membantu murid untuk

mudah faham ilmu pengetahuan yang disampaikan oleh guru KAFA. Profesyen sebagai Guru

KAFA juga kini mendapat tempat dan merupakan pilihan kerjaya dalam sistem Pendidikan di

Malaysia hari ini. Kajian berteraskan kualitatif ini menjelaskan penerapan nilai yang dijadikan

aspek penting dalam pengajaran. Kajian mendapati peranan Guru KAFA dalam membentuk

kemenjadian murid tidak perlu dinafikan lagi walaupun terdapat tanggapan negatif oleh

sebilangan individu atau masyarakat terhadap profesion ini, bidang pendidikan telah menjadi

pilihan ramai para graduan lepasan universiti awam dan swasta kerana dapat menjamin masa

depan yang cerah dan terjamin

Kunci Kata:Guru KAFA, Personaliti Guru, Profesionalisme, Amalan Pengajaran, Kemahiran

pengajaran.

63

يف املستوى اجلامعيبية العر لناطقني بغريللطالب انظرية اجلاحظ البالغية يف تعليم مهارة الكالم

Wazzainab Binti Ismail

Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan, Pusat Pengajian Teras, KUIS

[email protected]

Prof. Dr. Rosni Bin Samah

Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universit Sains Islam Malaysia

[email protected]

ملخص البحث

اجلاحظ يعد حبق مؤسج علم البالغة العربية فهو أول أديب عريب توسع يف دراسة هذا العلم وأعطاه نإالكثري من نشاطه األديب الفكري. وهو أول من مجع ما يتصل به من كالم سابقيه ومعاصريه وشرحه

ال إليه إ وللقاحظ أسلوب ميتاز به وال ينسب ليه ما عّن له شخصيا فيه من أفكار وآراء.إوأضاف وهو أسلوب تظهر فيه شخصيته ظهورا اتما حىت ليسطيع املرء أن مييزه ويعرف أي الكتب له وإايها

وقد يشبه الشعراء والعلماء والبلغاء ابلقمر والشمج والغيث يف كتاب احليوان:" اجلاحظ وقالليست له. و القرد واحلمار والثور والتيج وهوالبحر وابألسد واحلية والنقم. وإذا ذموا قالوا هو الكلب واخلنزير

. واقع تطبيقشكل على شيء بشيء عالقةقد اتضحت أن قضية التشبيه كانت إلظهار ". و والعقربفالبحث هو دراسة آراء اجلاحظ ونظريته يف علم البالغة ال سيما التشبيه حيث أنه جزء من علم البيان.

دا أبن تكون أمثلته تظهر تطبيقية بتعليم استفاأكثر وهذه الدراسة سوف تبدي أن علم التشبيه يكون مهارة الكالم. والعينة نذه الدراسة هي مخج الطالب من الكلية اجلامعية اإلسالمية العاملية

نتيقة املقابلة وإجراء بعض التدريبات املناسبة تبني أن نظرية اجلاحظ وتطبيقها يف و . (KUIS)الجنورسب طقنياستيعاب حقيقة علم التشبيه. فتعليم علم البيان للطالب الناة يف الطلبساعد تتعليم مهارة الكالم

بغري العربية حيتاج إىل جهد كبري وتفكري إبداعي.

التشبيه، علم البيان.اجلاحظ، تعليم مهارة الكالم، نظرية: الكلمات املفتاحية

64

PERBANDINGAN MAKNA HAIKU BAHASA JEPUN DAN PANTUN BAHASA

MELAYU DARI ASPEK SOSIO-BUDAYA

Wan Mohd Fairaz Wan Mohd Ghazali

Jabatan Bahasa dan Potensi Insan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Konteks bahasa yang berupa unsur-unsur moral sosiobudaya suatu bangsa merupakan salah

satu aset atau kekayaan bahasa yang sepatutnya mesti dipertahankan. Keunikan budaya yang

dimiliki bangsa Jepun merupakan aset bahasa yang menjadi bahan pembentukan ungkapan

metafora melalui puisi (haiku). Haiku adalah salah sejenis puisi Jepun yang dianggap sebagai

puisi pendek dan berasal dari permainan “haikai no renga” iaitu permainan puisi berantai,

seperti berbalas pantun di Alam Melayu yang popular pada abad ke-14. Metafora mengandungi

mesej dan konteks yang berhubungan erat dengan kehidupan moral sosio-budaya

pengarangnya. Metafora juga dapat dikatakan sebagai indikator etika dan logik seseorang

melalui tindakan pertuturan dan karya tulisannya. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan

hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat Melayu terungkap melalui pantun. Terdapat

pantun-pantun yang memperlihatkan aspek pendidikan kepada seorang kanak-kanak, remaja,

dan orang dewasa sendiri. Luasnya ruang cakup yang diliputi oleh pantun menyebabkan kajian-

kajian yang dilakukan ke atasnya terlihat belum sampai ke penghujungnya. Tujuan kajian ini

adalah untuk meneliti dan memahami aspek metafora dalam puisi tradisional antara bahasa

Jepun dan perkaitannya dengan sosio-budaya masyarakat. Andaian awal yang dapat dilakukan

oleh penulis iaitu, pengkaji dapat memahami maksud puisi dan mengetahui sosiobudaya tradisi

kedua-dua bangsa tersebut.

Kata kunci: Bahasa, bangsa Jepun, puisi (haiku), metafora.

65

UNDERSTANDING THE SECOND LANGUAGE TEACHER’ PRINCIPLES IN LANGUAGE

ASSESSMENT IN TERTIARY EDUCATION

Aishah Amirah Zainal Abidin

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

ABSTRACT

Second language teacher assessment principle has been widely discussed in Language Assessment

Literacy (LAL) field. It provided the framework for the teachers to work on and reflect upon in the

practice of language assessment. However, the roles of the teacher in building and deciding their own

principle as unique individual in the language assessment paradigm is still are overlooked. Teachers

were made aware of the crucial roles they played in the language assessment classroom, but discussion

on their self-awareness of these critical roles need more understanding. Hence, this study aimed at

understanding the second language teachers’ assessment principle in the context of tertiary education.

It also seeks to see how these language teachers adapted their assessment principle in the existing

assessment practices. The teachers reportedly favour the principle of assessment for learning instead of

the assessment of learning for their language classes. The teachers also believed in exercising their

personal judgement when it comes to interpreting the process and outcome of the assessment. The study

concluded with the realisation that the language teachers are required to make informed decisions that

needed them to balance the theoretical elements of language assessment and making informed

judgement and interpretations of the assessment to satisfy various stakeholders in the education system.

Key words: Language Assessment Literacy, assessment principle, tertiary education.

66

A REVIEW ON THE EXHIBITION STRUCTURE TOWARDS THE IMPACT OF

UNDERSTANDING MUSEUM EXHIBITION MESSAGE

Nur Afni Halil

Universiti Tunku Abdul Rahman

Jalan Universiti, Bandar Barat,31900, Kampar,Perak

Tel: +60125950834 Email: [email protected]

Audrey Anak John

Universiti Tunku Abdul Rahman

Jalan Universiti, Bandar Barat,31900, Kampar,Perak

Tel:+60198602426 Email: [email protected]

Rosmiza Haji Bidin

Universiti Putra Malaysia

Universiti Putra Malaysia, 43400 Seri Kembangan, Selangor

Tel:+60132065004 Email: [email protected]

ABSTRACT

Initially, museums served as a gatekeeper to history, heritage and culture. Over time, the

museum are now becoming as one institution that conserves, communicates and exhibits

artifacts for the purpose of education and evidence of people and their environment. Moreover,

museum has become an institution which helps in generating and transferring of knowledge.

Thus, it is crucial for the museums to identify what factors that can contribute in delivering the

message successfully to their audience. One of the factors that contribute to the successful of

exhibition message is exhibition structure which includes display cases, lighting, color and

graphics. It was proven that, the exhibition structure have significant effects towards the

audience. Therefore, this paper will explain how the exhibition structure helps in facilitating

the audience understanding of exhibition message. In brief, this paper will help the policy

maker and the museums to come up with attractive presentations of the artifacts to gain more

visitors to visit museums and at the same time to deliver the message effectively to their

audience.

Keywords: Museum, exhibition structure

67

STRATEGI PEMUJUKAN PEMERINTAH KESULTANAN MELAYU DALAM

KOMUNIKASI DIPLOMATIK

Salmah Jan Noor Muhammad

Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

Tel:+6012-3785624 Email: [email protected]

ABSTRAK

Sesebuah hubungan yang terjalin antara kerajaan adakalanya mengalami pasang surutnya

kesan daripada gangguan dalaman mahupun luaran yang terjadi akibat provokasi, fitnah serta

memungkiri janji yang boleh membawa kepada berlakunya konflik. Justeru, hal ini perlu

ditangani dengan segera. Strategi pemujukan dalam komunikasi diplomatik adalah satu inisiatif

yang berkesan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kajian ini akan mengenal pasti dan

menganalisis strategi pemujukan yang diaplikasikan oleh pemerintah dalam komunikasi

diplomatik. Kaedah analisis kandungan kualitatif akan digunakan untuk meneliti topik

penulisan ini dengan menggunakan naskhah dan warkah kesultanan Melayu sebagai bahan

perbincangan utama. Jangkaan hasil kajian menunjukkan bahawa menerusi strategi pemujukan

ini, membuktikan bahawa pemerintah dan pembesar mempunyai kemahiran dalam

pengendalian komunikasi diplomatik. Selain itu, kajian ini secara langsung akan

menyumbangkan kepada kajian tentang pemujukan dan seterusnya mengetahui tentang

pemerintahan kesultanan Melayu dalam mengekalkan hubungan diplomatik yang kurang diberi

perhatian oleh penyelidik sebelumnya.

Kata kunci : Strategi pemujukan, komunikasi, diplomatik, warkah, konflik

68

‘JIWA TENTERA’ DALAM KALANGAN ANGGOTA TENTERA DARAT

MALAYSIA: SATU ANALISIS AWAL

Burhanudin Jalal, Mohd Kenali Basiron, Amnah Saayah Ismail, Sayuti Ab Ghani.

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Dalam usaha mengukuhkan organisasi ketenteraan, aspek pembangunan individu atau aspek

peribadi dan sahsiah diri anggota amat penting selain dari kekuatan dari aspek kuasa tembakan

atau persenjataan dan juga kuasa mobiliti. Kajian ini dilaksanakan untuk menilai atau

mengukur tahap ‘jiwa tentera’ anggota Tentera Darat Malaysia dengan menggunakan alat

pengukuran jiwa tentera yang telah dibangunkan. Kajian perpustakaan, kaedah soal selidik,

temu bual dan pemerhatian telah digunakan bagi memperoleh data. Instrumen soal selidik

terhadap 3,000 responden dalam kalangan anggota Tentera Darat Malaysia telah dilaksanakan.

Dapatan kajian menunjukkan usaha pembinaan jiwa tentera oleh organisasi melalui pendidikan

dan latihan yang telah dilaksanakan telah berjaya kerana dapatan menunjukkan tahap jiwa

tentera berada pada tahap tinggi dan memuaskan.

Kata kunci: Jiwa tentera, sahsiah, nilai, kualiti, tingkah laku

69

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(TITAS): PENGARUH PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MENYERONOKKAN

(FUN LEARNING) KE ATAS SIKAP DAN MOTIVASI PELAJAR BUKAN ISLAM

Audrey Anak John

[email protected]

Nur Afni Halil

[email protected]

Universiti Tunku Abdul Rahman

Jalan Universiti, Bandar Barat, 31900, Kampar, Perak

ABSTRAK

Pembelajaran menyeronokkan bukan lagi sesuatu yang asing didalam usaha kerajaan untuk

merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah. Teknik

didik hibur di dalam bilik darjah akan menjadikan proses pembelajaran lebih interaktif serta

berpusatkan murid. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesediaan para pensyarah

Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) dalam melaksanakan pembelajaran

menyeronokkan. Di samping itu, persepsi guru terhadap kebolehgunaan dan kesesuaian

pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam meningkatkan prestasi pembelajaran dan

pengajaran subjek TITAS ini yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar.

Kajian secara deskriptif ini akan menggunakan soalselidik, dan dapatan kajian akan dianalisis

menggunakan statistic deskriptif. Kajian ini adalah penting didalam mengwujudkan minat

tenaga pengajar untuk meluaskan pengetahuan mereka disamping membantu mengwujudkan

minat yang mendalam terhadap subjek TITAS. Tenaga pengajar yang kreatif dan inovatif

dalam proses pengajaran mampu menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.

Kata kunci: Tamadun Islam dan Temadun Asia (TITAS), pelajar bukan Islam, sikap, motivasi,

pembelajaran menyeronokkan

70

MANIPULASI SISTERS IN ISLAM TERHADAP HADIS WIDA’ BAGI TUJUAN

MERATIFIKASI ICERD

Norsaleha Mohd. Salleh

[email protected]

Rosni Wazir

[email protected]

Abur Hamdi Usman

[email protected]

Abu Zaki Ismail

[email protected]

Farid Ravi Abdullah

[email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Lilly Suzana Hj Shamsu

Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam

[email protected]

Nurul Ain Burhanuddin

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Khutbah terakhir Rasulullah SAW berlaku pada peristiwa Haji Wida' di Bukit Arafah. Antara

isi kandungan hadis wida’ adalah tentang status bangsa dan kaum. Sisters In Islam (SIS)

memanipulasikan hadis wida’ dengan tujuan untuk meratifikasikan ICERD. ICERD

(International Convention on Elimination of All Forms of Racial Discrimination) adalah salah

satu konvensyen antarabangsa Hak Asasi manusia dan Malaysia tidak pernah menandatangani

perkara ini apatah lagi meratifikasinya. Negara yang meratifikasinya hendaklah menghapuskan

segala bentuk diskriminasi bangsa/kaum. Negara tersebut juga tidak boleh memiliki undang-

undang yang mengutamakan mana-mana kaum dan bangsa. Tujuan kajian ini bagi

menerangkan manipulasi Sisters In Islam (SIS) terhadap hadis wida’. Metodologi kajian

menggunakan analisis dokumen terhadap hadis wida’, dokumen ICERD dan kenyataan Sisters

In Islam. Dapatan menunjukkan ICERD ini mempunyai agenda tersendiri untuk melemahkan

penguasaan umat Islam terhadap agama. Dalam pada itu, Sisters In Islam (SIS) mengambil

kesempatan tentang hadis wida’ ini untuk menyokong ratifikasi ICERD. Impak kajian

diharapkan dapat membuka mata pembuat dasar untuk dinilai semula pandangan Sisters In

Islam (SIS).

Kata kunci: manipulasi, sisters in islam, hadis wida’, liberal

71

KESEDARAN MEMPAMER LOGO HALAL

DI PREMIS MENJUAL MAKANAN: SATU KAJIAN TINJAUAN

Abdul Razif Zaini, Phd

Pusat Pendidikan ISESCO di Malaysia

[email protected]

Rosfazila Abd. Rahman, Phd

Pusat Pengajian Teras,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Logo halal merupakan simbol penting dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia khasnya

dan di seluruh dunia amnya. Logo ini menjadi piawaian dalam menentukan halalnya sesuatu

makanan. Dari perspektif perniagaan,ia merupakan salah satu instrumen bagi menarik lebih

ramai pengunjung ke premis makanan dan restoran berkaitan. Walaupun kewujudan logo ini

merupakan satu perkembangan positif bagi umat Islam di Malaysia, namun senario ini

menyebabkan masyarakat Islam meletakkan kebergantungan secara total terhadap logo ini

dalam pemilihan restoran. Tahap pengetahuan dalam menentukan halal semakin rendah

dalam kalangan masyarakat. Masyarakat tiada kemahiran untuk menentukan halalnya sesuatu

makanan kerana tahap kebergantungan yang sangat tinggi pada logo tersebut. Justeru, kajian

ini dijalankan dengan tujuan menghurai konsep pemakaian logo halal, mengenalpasti

kesedaran pemilik premis makanan mempamer logo halal dan menilai tahap kebergantungan

pengguna Muslim terhadap logo halal. Rekabentuk kajian adalah tinjauan berbentuk

pemerhatian. Pemerhatian secara turut serta dijalankan bagi meneliti, melihat dan meninjau

situasi atau kejadian secara kritikal berdasarkan objektif yang dibina. Pemerhatian tidak

berstruktur dilakukan tanpa merujuk kepada set aktiviti atau aspek yang telah dikenal pasti

secara khusus.Namun, pemerhatian ini dipandu satu senarai semak agar pengumpulan data

berfokus dan menepati objektif yang ditetapkan. Pemerhatian dibuat ke atas premis-premis

makanan yang terdapat di salah sebuah pusat membeli belah utama di lembah Klang. Dapatan

yang diperolehi diharap dapat mengukuh dan memperkasa pemakaian logo halal di premis-

premis makanan di Malaysia.

Kata kunci: Logo halal, Halal JAKIM, Pemakaian logo halal

72

SEJARAH AL-QURAN: TAHAP-TAHAP PERKEMBANGAN PEMBAHARUAN

TANDA-TANDA TITIK DAN BARIS DI DALAM MASHAF

Mohamad Redha Bin Mohamad

[email protected]

Muhammad Fairuz Bin A. Adi

[email protected]

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Nurul Khadijah Binti Mohamad

[email protected]

Pusat Tamhidi

Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang sentiasa dibaca oleh umat Islam. Al-Quran telah

dijamin Allah s.w.t. akan terpelihara dari sebarang perubahan hingga ke hari kiamat. Walaupun

begitu, seiring dengan peredaran zaman, beberapa perubahan telah dilakukan terhadap mashaf

al-Quran. Perubahan ataupun inovasi ini tidaklah menjejaskan keaslian al-Quran itu sendiri

malah memudahkan umat Islam yang mempunyai pelbagai latar belakang untuk membaca al-

Quran. Kertas kerja ini membincangkan tahap-tahap perkembangan dan pembaharuan tanda-

tanda titik dan baris di dalam al-Quran. Terdapat beberapa perubahan yang dilakukan terhadap

titik dan baris iaitu antaranya peletakan Nuqt al-I’rab, peletakan Nuqt al-I’jam dan perubahan

tanda baris atau harakah. Beberapa peristiwa yang berlaku telah menyebabkan perubahan-

perubahan ini dilaksanakan. Kertas kerja ini juga akan memasukkan pandangan-pandangan

ulama terhadap hukum melakukan perubahan terhadap mashaf al-Quran. Metod kajian

dilakukan secara kualitatif manakala pengumpulan data dijalankan menerusi kaedah

kepustakaan dan pencarian maklumat melalui internet. Hasil kajian mendapati perkembangan

pembaharuan tanda-tanda titk dan baris di dalam mashaf al-Quran terbahagi kepada lima tahap

yang utama. Kelima-lima tahap ini adalah berlaku bermula zaman Rasulullah s.a.w.

sehinggalah kepada zaman kerajaan Bani Abbasiyah. Kertas kerja ini dapat memberi

sumbangan dalam aspek kajian terhadap sejarah perkembangan dan pembaharuan mashaf al-

Quran.

Kata kunci: Sejarah, Al-Quran, Mashaf, Nuqt al-I’rab, Nuqt al-I’jam

73

ASPEK-ASPEK PENULISAN KARANGAN BAHASA ARAB DALAM MODUL

KEMAHIRAN MENULIS PELAJAR SARJANA MUDA BAHASA ARAB DI

UNIVESITI AWAM

Mohamad Rofian Ismail (013-6777034)

[email protected]

Ahmad Redzaudin Ghazali

[email protected]

Dr. Khairatul Akmar Bin Abdul Latif

[email protected]

Jabatan Pengajian Bahasa & Linguistik Arab

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti aspek-aspek penulisan karangan bahasa

Arab yang dipelajari oleh pelajar sarjana muda bahasa Arab dalam modul kemahiran menulis

di universiti awam Malaysia. Sebanyak 283 orang responden daripada empat buah universiti

awam dipilih iaitu Universiti Malaya (26 orang), Universiti Kebangsaan Malaysia (41 orang),

Universiti Sultan Zainal Abidin (86 orang), dan Universiti Sains Islam Malaysia (130 orang)

sebagai sample kajian. Data yang diperolehi di analisis menggunakan perisian Statistical

Package for the Social Science (SPSS) versi 22.0. Kaedah analisis deskriptif mudah iaitu skor

min analisis di gunakan untuk memperoleh dapatan kajian. Untuk tatacara penganalisaan data

kajian, pengkaji menggunakan interpretasi skor min yang bersumberkan Jamil Ahmad (1993).

Dapatan kajian secara keseluruhannya mendapati nilai min yang diperoleh daripada keempat-

empat universiti untuk 10 item yang dikaji berada pada interpretasi min yang tinggi untuk

UNISZA (Min=3.95), UKM (Min=3.85) dan UM (Min=3.70), manakala USIM (Min=3.62)

berada pada tahap min yang sederhana. Dapatan ini secara tidak langsung memperihalkan

bahawa modul kemahiran menulis bahasa Arab diperingkat universiti mengandungi aspek-

aspek penting kemahiran mengarang yang amat diperlukan oleh pelajar dalam membantu

mereka untuk meningkatkan penguasaan kemahiran dan kompetensi diri khususnya dalam

penulisan ilmiah di peringkat pasca siswazah. Justeru, kajian ini akan mengenalpasti dan

mendedahkan setiap aspek-aspek penulisan karangan bahasa Arab yang terdapat dalam

modul kemahiran menulis pelajar universiti awam.

Kata Kunci : Aspek, Karangan, Bahasa Arab, Modul, Universiti

74

RHETORICAL FEATURES OF THE TABLIGHI JAMA`AT’S LECTURES

Aina Al Mardhia Ismail

[email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRACT

Islamic talks display distinctive rhetorical qualities that distinguish this type of rhetoric to other

types of public speech. Receiving moderately little scholarly attention, it is crucial to explain

further on the discourse structure, the linguistic features, the function and meaning of Islamic

communicative events. In exploring Islamic discourse, this study analysed the global Islamic

revival community; the Tablighi Jama`at (TJ). The relevance of specifically selecting the TJ

communicative events is mainly because of its diverse affiliations from all over the society.

The objective of the study is to identify the rhetorical and linguistic features of the TJ lectures.

20 TJ Islamic lectures delivered in English had been analysed. The rhetorical features identified

were structured in accordance to a particular sequence that coherently controls the overall

communicative event. In each segment, particular steps were identified in the structure of the

TJ lectures.

Keywords: Tablighi Jama`at, Islamic Lectures, Discourse Analysis

75

MOVES ANALYSIS OF THE TABLIGHI JAMA`AT’S LECTURES

Aina Al Mardhia Ismail

[email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRACT

The Tablighi Jama`at (TJ), an Islamic revival community which originated from Nizamuddin,

India has extended all around the globe embracing multiracial communities. The TJ community

accelerates their movement through their communicative events. Even though widely under

the radar, researchers have yet to analyse the discourses of the revivalist community in

delivering the teachings of Muhammad (PBUH) and the Islamic teachings. The analysis is

important in highlighting the distinctiveness of this TJ community compared to the others of

its kind. The study aimed in analysing the moves and functions in the structure of the TJ Islamic

lectures. This research analysed 20 TJ Islamic lectures conducted in English. The findings in

the research suggested that the general structure of the TJ lectures consists of six moves that

individually serve their respective rhetorical functions.

Keywords: Tablighi Jama`at, Islamic Lectures, Discourse Analysis, Moves Analysis

76

HUBUNGAN KECENDERUNGAN GAYA PEMBELAJARAN

TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA DI IPTS

Farah Nur-Rashida Rosnan13

[email protected]

Dr. Norfaezah Mohd Hamidin14

Zati Azmina Jaafar15

Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Gaya pembelajaran merupakan elemen penting dalam pembelajaran dan memberi impak

yang cukup besar dalam dunia pendidikan. Walau bagaimanapun, kesan gaya pembelajaran

terhadap pencapaian pelajar kurang mendapat penekanan oleh para penyelidik. Oleh itu,

kajian kuantitatif ini bertujuan untuk mengetahui sama ada gaya pembelajaran Visual,

Auditori, dan Kinestetik (VAK) di IPTS mempunyai hubungan dengan tahap pencapaian

pelajar cemerlang bahasa (PCB) dan pelajar kurang cemerlang bahasa (PKCB) dan pelajar

lemah bahasa (PLB). Perbezaan pencapaian ujian kemahiran membaca ketiga-tiga

kumpulan turut dikaji. Kajian ini merupakan kajian lapangan dan melibatkan seramai 91

orang pelajar diploma pengkhususan bahasa arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS), Kolej Sultan Ismail Petra (KIAS), dan Kolej Universiti Islam Pahang

Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Dapatan kajian mendapati bahawa gaya pembelajaran

VAK mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian PCB, PKCB, dan PLB.

Manakala PCB terus mengekalkan kecemerlangan berbanding PKCB. Dapat dirumuskan

bahawa penggunaan gaya pembelajaran VAK mampu untuk meningkatkan pencapaian

pelajar tanpa mengira latar belakang pelajar.

Kata kunci: Pencapaian; gaya pembelajaran VAK; kemahiran membaca

13 Farah Nur-Rashida Rosnan merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Beliau telah

berkhidmat selama 4 tahun di KUIS. Bidang pengkhususan utama beliau adalah bahasa Arab. 14 Norfaezah Mohd Hamidin merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Beliau telah

berkhidmat selama 15 tahun di KUIS. Bidang pengkhususan utama beliau adalah pendidikan bahasa Arab. 15 Zati Azmina Jaafar merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Beliau telah berkhidmat

selama 10 tahun di KUIS. Bidang pengkhususan utama beliau adalah pendidikan bahasa Arab.

77

A STUDY OF STUDENTS’ ATTITUDE TOWARDS SCIENCE (ATS) AMONG

MATRICULATION STUDENTS IN KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN

Siti Adilah binti Sabarudin

Applied Physics, Faculty of Science and Technology

National University of Malaysia (UKM)

ABSTRACT

A growing body of research argues that KPM matriculation students lack the resilience required

to survive in a competitive learning environment, hence contributing to a low academic

achievement among students in public universities. Furthermore, studies show that the

underperforming students are usually male dominated. Attitude research among a sample of

matriculation students might share some insight on why matriculation students seemed to

frequently underperformed at university level. This study aims to determine the level of

students’ attitude towards science and whether gender play a role in students' attitude towards

science. A set of Likert scale questionnaires were used to measure ATS among a total of 300

science students at matriculation level. The total reliability of this questionnaire is 0.711. The

six constructs of ATS that were tested are Value of Science in Society, Motivation in Science,

Enjoyment of Science, Anxiety towards Science, Self-Concept in Science and Correlation

between Science and Religion. The outcomes showed that matriculation students showed a

high statistical mean point in all six constructs and there is no correlation between gender and

students’ attribute towards science. The implication of this study is that school leaders should

look into other avenues as to the reason behind this debacle and ways to inculcate meaningful

learning in our students.

Keywords: Scientific Thinking, Attributes to Science, Matriculation Students’ Performance.

78

PEMIKIRAN DALAM NOVEL SIBER KASIH DARMIA (cintadarmia.blogspot.com)

DARI ASPEK TEORI ESTETIKA BERSEPADU

Noor Hazwany Haji Arifin

[email protected]

Salmah Jan Noor Muhammad

[email protected]

Jabatan Bahasa Melayu,

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,

Universiti Putra Malaysia,

43400 UPM Serdang,

Selangor, Malaysia.

ABSTRAK

Alam siber adalah wadah yang mudah dan tidak memerlukan prosedur-prosedur yang sulit

untuk menyiarkan sesebuah karya. Hal ini menyebabkan penulis-penulis muda menjadikan

alternatif tersebut sebagai pilihan yang terbaik untuk berkarya secara aktif. Karya penghasilan

penulis-penulis muda ini akan disiarkan di alam siber terutamanya di laman-laman web dan di

blog-blog persendirian. Namun, perkara tersebut telah menyebabkan perselisihan pendapat

dalam kalangan para sarjana mengenai estetika dan mutu yang amat dititikberatkan dalam

sesebuah karya sastera. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenalpasti dan menganalisis

nilai estetika melalui pemikiran yang terdapat dalam novel siber Kasih Darmia karya Naniey

TJ berdasarkan penerapan teori Estetika Bersepadu. Novel siber Kasih Darmia merupakan

sastera siber sulung Naniey TJ yang ditulis sekitar November 2011 dalam laman blognya.

Kajian novel ini menggunakan Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali bersandarkan kepada

konsep keindahan yang tercerna di sebalik keindahan pemikiran dan perutusan agama yang

kembali kepada Al-Quran sebagai teks asal yang memberi gambaran dan sifat keindahan hakiki

yang mencerminkan keindahan manifestasi dalam teks kesusasteraan. Dalam menganalisis

pemikiran novel siber Kasih Darmia, dapat dilihat keindahan dalaman yang menjawab

persoalan estetika dan mutu yang terdapat dalam karya sastera di alam siber.

Kata kunci: laman web, novel siber, pemikiran, sastera siber, Estetika Bersepadu.

79

مشروعية العمل ابلعقوابت البديلة دراسة حتليلية 16حممد يوسف نيك تيه

17أمحد بن حممد حسين اجلفري

امللخصعايشه من تطور ويف هذه األايم ومع زايدة عدد السكان ازدادت اجلرمية يوما بعد يوم بسبب ما ن

قع هذه ظام، وقد تأبحكام النتكنولوجي فقد يرتكب جرم نتيقة جهل منه وبدون قصد ودون معرفته اجلرائم من أشخاص مل يعرفوا ل جرام طريقا ومل يتخذوا له مسلكا ولكنهم زجوا الرتكاب اجلرم رمبا

لسقن بني اجملرمني من القتلة ألسباب رفقاء السوء الذين ضاقت هبم السقون فيفاجأ أنه زج به يف اجرام، فمثل هؤالء جيب سب منهم اإللسلب ويكتومروجي ومتعاطي املخدرات مما يؤثر على نفسيته اب

أن مينحوا فرصة لتعديل سلوكهم وحىت ال يصبحوا جمرمني بعد أن توقع عليهم عقوبة احلبج ويزجوا فتكمن مشكلة الدراسة، حيث .وغريهمابلسقون بني أرابب السوابق وقطاع الطرق وجتار املخدرات وأصبح منحرفا بعد أن كان شخصا سواي جنده بعد خروجه من السقن حمرتف اإلجرام وسيئ السلوك

-عالة على اجملتمع -السقن وخروجه منه شخصا آخر يفيد اجملتمع بعقله وجهده فأصبح بدخولهرابب السوابق ومن هنا يستخدم أنه من أومصدر خزي وعار على أهله وذويه ألنه من وجهة نظرهم

فتهدف الدراسة إىل .ه وجريانه بل واجملتمع أبكملهعقله وقوته يف إيذاء اجملتمع واحمليطني به من أهلاللقوء أو تطبيق العقوبة البديلة يف احملاكم مع التوجيه للشخص مرتكب اجلرم البسيط من أهل العلم

يذ العقوبة من حيث توجيه النصح له وإعداده من مكان تنفورجال الدين داخل اإلصالحية أويف الناحية العلمية إذا مل يكن متعلما ، وإعداده أيضا من الناحية العملية بتعليمه صنعة أومهنة وتوفري فرص

فخلصت الدراسة أبن .فإننا بذلك جنعل منه شخصا انفعا للمقتمع معينا لنفسه وأهله عمل لهالبديلة نظاما موفقا سيساعد على تقومي سلوك من يزج لفعل جرم دون العقوبة مشروع إعداد نظام

إرادة منه أو دون ختطيط له ودون قصد جنائي وعلى أن يكون اجلرم بسيط ال يتعارض مع مصاحل اجملتمع وال يضر أبمنه وأمانه. وبذلك تكون العقوبة البديلة قد أصلحت الشخص الذي مل يكن لديه

16 Muhammad Ypsef Niteh(PHD)Pensyarah kanan jabatan Kefahaman &Pemikiran Islam, Pusat Pengajian

Teras KUIS,[email protected]. 17 Ahmad Muhammad Husni al Jufri ( PHD )Pensyarah kanan jabatan fiqh & usul fiqh Kuliah Ilmu wahyu

IIUM.

80

عوجاجه الذي كان عارضا لديه، فتصبح العقوبة البديلة إصالع وهتذيب بدال من وقومت إ نية اإلجرامسقن وتعذيب. وهذا أمر مرتوك للقاضي انظر القضية فيقدر العقوبة البديلة على حسب نوع اجلرمية،

.ومكان ارتكاهبا، وطريقة ارتكاهبا، والوسيلة املستخدمة وسن مرتكبها، والدافع إىل ارتكاهبا

.العقوابت، العقوبة البديلة، احلبج، التعزير الكلمة: مفتاح

81

KEBERKESANAN PENDEKATAN BERMAIN DALAM KEMAHIRAN MENGENAL

HURUF MELALUI PERMAINAN BAHASA

Zaharah binti Kamaruddin1, Suziyani binti Mohamed 2

[email protected] 1 SK Kampung Banyok 2 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan mengenai keberkesanan pendekatan bermain dalam kemahiran

mengenal huruf melalui permainan bahasa. Pendekatan bermain merupakan satu daripada

pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan dalam Kurikulum Standard

Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Sebagai seorang guru adalah sangat penting untuk

menggunakan kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan strategi haruslah

sesuai dengan murid dengan mengambil kira beberapa faktor seperti tahap perkembangan

murid, keperluan, kebolehan, bakat dan minat murid supaya pengajaran dan pembelajaran yang

disampaikan berkesan dan lebih bermakna. Hal ini amat penting amnya kepada semua guru

dan khususnya kepada guru kelas prasekolah. Pendekatan bermain merupakan strategi

pengajaran dan pembelajaran yang diberi penekanan dalam pendidikan prasekolah kerana

bermain merupakan fitrah atau tingkah laku semulajadi bagi peringkat umur kanak-kanak

prasekolah iaitu 4+ tahun atau 5+ tahun. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai

keberkesanan kekerapan pendekatan bermain dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

kanak-kanak prasekolah khususnya dalam kemahiran mengenal huruf. Kajian berbentuk kajian

tindakan telah dijalankan ke atas murid berumur 4+ di sebuah kelas prasekolah di Sibu,

Sarawak. Alat kajian terdiri daripada ujian pra dan ujian pos yang dijalankan bagi melihat

perbezaan tahap penguasaan murid sebelum dan selepas pendekatan bermain digunakan dalam

kemahiran mengenal huruf. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dapat

dilihat antara keputusan pentaksiran (IPPK) sebelum dan selepas dijalankan intervensi ke atas

murid-murid prasekolah. Peningkatan penguasaan kemahiran mengenal huruf selepas

intervensi pendekatan bermain dijalankan. Kajian ini menunjukkan penggunaan kaedah

pembelajaran melalui bermain amat berkesan dalam mempertingkatkan kemahiran mengenal

huruf terhadap murid-murid prasekolah.

Kata Kunci: Pendekatan Bermain, Kemahiran Mengenal Huruf, Permainan Bahasa

ABSTRACT

This study discusses the effectiveness of playing approaches in recognizing letters through

language games. The playing approach is one of the many teaching and learning strategies

introduced in the National Pre-School Standard Curriculum (KSPK). As a teacher it is very

important to use the diversity of teaching and learning strategies. The choice of strategy should

be appropriate with students taking into account several factors such as the stage of student

development, needs, abilities, talents and interests so that the teaching and learning delivered

are effective and meaningful. This is especially important for all teachers and especially for

preschoolers. Playing approach is a teaching and learning strategy emphasized in pre-school

education because play is a natural or natural behavior for preschoolers aged 4+ years or 5+

82

years. The purpose of this study is to evaluate the effectiveness of the learning approach in the

teaching and learning activities of preschool children, especially in literacy skills. An action

research study was conducted on 4+ year old pupils in a pre-school class in Sibu, Sarawak. The

research tool consists of pre test and post test conducted to see the differences in the level of

pupil control before and after the play approach is used in the ability to recognize letters. The

findings show that there are significant differences between the assessment results (IPPK)

before and after intervention on pre-school students. Increased skill acquisition of the letters

after the intervention of the play approach. This study shows that the use of learning methods

through play is very effective in enhancing the ability to recognize letters to preschoolers.

Keywords: Playing Approach, Knowing Skill, Language Game

83

PEMILIKAN MAKNA KEHIDUPAN DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI

MENGIKUT UJIAN MENCARI MATLAMAT NEOTIKA (SEEKING OF NEOTICS

GOAL- SONG)

Ratna Roshida Ab Razak

Zatul Himmah Adnan, Ku Hasnita Ku Samsu, Zarina Muhammad, Lee Yoke Fee

Jabatan Kenegaraan dan Ketamadunan

Universiti Putra Malaysia.

ABSTRAK

Kehidupan yang mempunyai makna, tujuan dan nilai telah menjadi tumpuan utama beberapa

teori dalam psikologi kemanusiaan. Hal ini dikira penting kerana dengan memiliki tiga perkara

asas ini seseorang individu dapat mengoptimunkan kehidupannya. Pengukuran makna hidup

agak sukar untuk dilakukan kerana halangan-halangan yang bersifat kebimbangan pragmatic

seperti mengukur pengalaman yang bersifat subjektif dan ketidaksesuaian teori atau

pendekatan yang ada diperkenalkan oleh ahli psikologi kemanusiaan. Walau bagaimanpun

Logoterapi, sebuah pendekataan psikologi kemanusiaan dianggap sesuai untuk melihat

persoalan makna, tujuan dan nilai hidup. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan kaedah

empirikal yang berkaitan dengan pemilikan makna, tujuan dan nilai melalui paradigma

humanistik-eksistensi. Untuk tujuan ini, ujian makna logotherapeutic iaitu Mencari Matlamat

Noetik (SONG) akan digunakan. Struktur faktor 20-item yang terdapat dalam ujian ini akan

diaplikasikan melalui kaedah pengesahan analisis faktor (factor analytic). Kajian ini

menggunakan data yang diperolehi daripada pelajar universiti awam Malaysia (N = 2056)

Analisis faktor menyokong model dua faktor yang terdapat pada SONG. Corak korelasi yang

terdapat pada dua faktor ini iaitu Faktor 1, yang berkaitan dengan kehidupan yang

menggembirakan dan memuaskan, memperlihatkan hubungan yang sangat kuat dengan factor

2 , iaitu tujuan dalam kehidupan.

84

ADMINISTRATIVE REFORM IN MALAYSIA: FUTURE CONCERNS AND

INITIATIVES

Farah Adilla Ab Rahman

[email protected]

Nasyrah Ahmad

[email protected]

Nurliyana Binti Mohd Shazali

[email protected]

Siti Melinda Haris

[email protected]

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA

ABSTRACT

To become a developed nation, Malaysia must continue to improve and upgrade its public

service. However, Malaysian public administration faces a lot of challenges in term of its

operation. For example pension payments burden the government, the larger size of the public

administration, the quality of its performance and etc. Nevertheless, the government keep on

introducing new initiatives to improve the condition its public administration. Hence this paper

focus on the issue faces by the Malaysian public administration and its initiatives to ensure that

our public administration can keep up toward today and unforeseen challenges. In addition,

this paper will also look at other initiatives done by other countries to improve its public

administration.

Keywords: Public administration, administrative reform and public servants.

85

FIGHTING CORRUPTION: THE CURRENT INITIATIVES TAKEN BY

MALAYSIAN GOVERNMENT

Farah Adilla Ab Rahman

[email protected]

Nor Azira Ayob

[email protected]

Shamsinar Rahman

[email protected]

Nurul Hidayana Mohd Noor

[email protected]

Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA

ABSTRACT

Numerous media reports on MACC’s arrests should send a clear message that corruption

would not be tolerated in public service. If there were any activities concerning corruption,

investigations will be carried out and action taken if there is evidence. As a new political

coalition that rules the country, The Alliance of Hope (Pakatan Harapan) focused on

reforming the civil service and improving the country’s finances. Hence this paper focuses on

the current actions taken by the government to ensure a corruption-free country. Moreover,

this paper will also look at other initiatives done by other countries to solve its issues on

corruption.

Keywords: Public administration, corruptions.

86

PENGGUNAAN BAHASA MANDARIN DALAM DAKWAH OLEH GERAKAN-

GERAKAN DAKWAH: SUMBANGAN DAN PERANANNYA DI MALAYSIA

Nur Aisyah Abu Hassan

Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan,

Pusat Pengajian Teras,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Safinah Ismail

Jabatan Dakwah dan Pengurusan Insan

Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Aemy Elyani Mat Zain

Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam

Pusat Pengajian Teras,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Siti Zahidah Mual

Jabatan Dakwah dan Pengurusan Insan

Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Penggunaan bahasa asing dalam menyampaikan mesej Islam bukan lagi satu pendekatan baru

dalam stratergi dakwah. Para pendakwah kini sedar bahawa menguasai bahasa asing membantu

dalam usaha dakwah Islam. Malah usaha mempelajari dan menguasai bahasa asing telah

bermula sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Antara bahasa yang kini mendapat perhatian ialah

bahasa Mandarin. Bahasa Mandarin ialah bahasa yang penting penggunaannya, dengan

mempunyai pengguna teramai di dunia menjadikan penguasaan kepada bahasa tersebut

memberikan kelebihan kepada seseorang. Situasi ini turut dirasai di Malaysia yang mempunyai

pelbagai kaum dan bangsa. Penggunaan bahasa Mandarin bukan sahaja digunakan dalam

komunikasi seharian tetapi juga sebagai wasilah dakwah Islam kepada masyarakat bukan

Islam. Penggunaan bahasa Mandarin juga menjadi pemudahcara dalam penyampaian sesuatu

maklumat. Maklumat akan lagi mudah disampaikan dengan menggunakan bahasa sesuatu

kaum. Seperti yang tertulis dalam surah Ibrahim ayat 4 bermaksud : ‘Kami tidak mengutus

seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan

dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan

memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Kuasa

lagi Maha Bijaksana’.Atas kesedaran itulah wujudnya pelbagai gerakan-gerakan dakwah

seperti PERKIM, YADIM dan MACMA yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai wadah

untuk menyampaikan Islam. Kajian ini bagi membincangkan penggunaan bahasa Mandarin

87

dalam gerakan-gerakan dakwah di Malaysia dengan menumpukan sumbangan dan peranan

bahasa Mandarin dalam membantu gerakan dakwah menyampaikan mesej Islam di Malaysia.

Kata kunci: bahasa Mandarin, gerakan dakwah, MACMA, YADIM, PERKIM, dakwah

88

PEMIKIRAN TUN TAN CHENG LOCK DALAM KONTEKS PEMBINAAN

NEGARA BANGSA MALAYSIA BARU

Ira Meilita Ibrahim

017-3307051

Universiti Tunku Abdul Rahman (Sg.Long Campus)

Jabatan Pengajian Umum

Fakulti Industri Kreatif

[email protected]

Taufik A. Latif (UTAR, Sg.Long)

Afi Roshezry Abu Bakar (UTAR, Kampar)

Mohamad Iqbaal Mohd Wazir (UTAR, Kampar)

ABSTRAK

9 Mei 2018 menjadi tarikh bersejarah buat negara Malaysia apabila Pakatan Harapan (PH)

berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada kerajaan Barisan nasional (BN)

selepas lebih 60 tahun memerintah. Sepanjang hampir 10 bulan pemerintahan kerajaan PH

dapat dilihat beberapa perubahan berlaku dari segi polisi dan pendekatan yang dilakukan

berbanding kerajaan BN. Salah satu perubahan yang dapat dilihat adalah dalam konteks

pembinaan negara bangsa. Ia dilihat seakan-akan selari dengan perjuangan dan pemikiran Tun

Tan Cheng Lock yang cuba membawa perjuangan Malaysia untuk Malaysia terutamanya

dalam konteks penglibatan pelbagai etnik dalam sistem pentadbiran negara seiring dengan

semangat perpaduan negara yang diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman. Sejajar dengan itu

artikel ini akan membincangkan dan menghuraikan secara akademik pemikiran Tun Tan Cheng

Lock dalam pembinaan negara bangsa di samping melihat persamaan yang terdapat dalam

pembinaan negara bangsa Malaysia kini dengan pemikiran Tun Tan Cheng Lock. Kaedah ‘mix

method’ akan digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan input yang lebih komprehensif

dan lebih terperinci. Hasil daripada kertas kerja ini diharapkan akan dapat memberikan

kefahaman yang mendalam berkenaan “Pembinaan Negara Bangsa” dalam era Malaysia baru

ini.

Kata kunci: Pembinaan negara bangsa, Tun Tan Cheng Lock, Malaysia Baru

89

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA TEKS ARAB DI IPTS

Dr. Norfaezah Mohd Hamidin18

[email protected]

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Farah Nur-Rashida Rosnan19

[email protected]

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Zati Azmina Jaafar20

[email protected]

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Kemahiran membaca amat penting kerana membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan.

Kajian menunjukkan pelajar masih lemah dalam menguasai kemahiran membaca teks Arab.

Masalah ini berlaku kerana pelajar belum mampu belajar secara kendiri untuk menguasai

kosa kata Arab menyebabkan mereka lemah dalam memahami teks Arab. Oleh itu, kajian

ini bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian pelajar dalam ujian kemahiran membaca

berdasarkan lima tahap soalan kefahaman iaitu Tahap Kefahaman Literal (TKL), Tahap

Kefahaman Inferensi (TKI), Tahap Kefahaman Penilaian (TKP), Tahap Kefahaman

Apresiasi (TKA), dan Tahap Kefahaman Kritikal (TKK). Kajian ini merupakan kajian

lapangan dan responden kajian melibatkan seramai 91 orang pelajar diploma pengkhususan

bahasa Arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Kolej Sultan Ismail

Petra (KIAS), dan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Dapatan

kajian mendapati pelajar lemah dalam ujian kefahaman melibatkan TKA iaitu melibatkan

penguasaan kosa kata Arab. Kajian ini mencadangkan supaya guru lebih memberi perhatian

kepada pendekatan untuk menguasai kosa kata baru dalam pengajaran kemahiran membaca

dan pelajar juga digalakkan untuk menggunakan pendekatan yang sama dengan

memperbaiki gaya pembelajaran mereka untuk menguasai kemahiran membaca teks Arab.

Kata kunci: Kemahiran membaca, teks Arab, gaya pembelajaran

18 Norfaezah Mohd Hamidin merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Beliau telah

berkhidmat selama 15 tahun di KUIS. Bidang pengkhususan utama beliau adalah pendidikan bahasa Arab. 19 Farah Nur-Rashida Rosnan merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Beliau telah

berkhidmat selama 6 tahun di KUIS. Bidang pengkhususan utama beliau adalah bahasa Arab. 20 Zati Azmina Jaafar merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Beliau telah berkhidmat

selama 10 tahun di KUIS. Bidang pengkhususan utama beliau adalah pendidikan bahasa Arab.

90

PERMASALAHAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DALAM SISTEM

PEPERIKSAAN DI MALAYSIA

Mohd Haidzir Yusof@Jusoh

Norasmah Othman

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ABSTRAK

Pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dan bilik darjah merupakan komponen yang paling

sesuai untuk menguji tahap pembelajaran dan perkembangan pelajar. Pentaksiran Alternatif

merupakan sistem pentasiran perkembangan dan kemajuan murid secara berterusan. Kertas

konsep ini akan membincangkan mengenai definisi pentaksiran alternatif, penilaian sebagai

proses pengajaran-pembelajaran, jenis pentaksiran dalam bilik darjah, perbandingan antara

pentaksiran tradisional dengan alternatif, kekangan pelaksanaan pentaksiran alternatif, dan

kepelbagaian aktiviti yang membolehkan perlaksanaan pentaksiran alternatif. Kertas Konsep

ini juga membincangkan tentang faktor pentaksiran alternatif memberi kesan terhadap

penilaian peperiksaan awam di Malaysia. Seterusnya, perbincangan mengenai kekangan

pentaksiran alternatif yang menyebabkan kegagalan pendidik mempelbagaikan aktiviti dalam

pengajaran dan pembelajaran. Kekangan ini termasuklah kekangan masa, bebanan kerja, tahap

pengetahuan, kemahiran, sikap, kesahan dan kebolehpercayaan dalam pentaksiran. Kertas

konsep ini diakhiri dengan kepelbagaian aktiviti pentaksiran alternatif dan cadangan bagi

mengatasi kekangan tersebut.

Kata kunci: Penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran, Pentaksiran Alternatif dan

Pentaksiran Tradisional

91

PILIHAN RAYA : HAK PENGAMAL DEMOKRASI BERPERLIMEN DI

MALAYSIA

Hadijah Johari

Pusat Pengajian Umum,

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS)

05300 Kuala Ketil, Kedah

ABSTRAK

“Mari Mengundi” slogan yang sinonim didengar setiap lima tahun sekali. Hakikatnya,

pilihan raya tidak boleh dipisahkan dengan sistem demokrasi di rantau ini khususnya anggota

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang terdiri daripada 10 buah negara

termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, Laos, Kemboja, Myanmar, Brunei, Thailand,

Singapura dan Filipina yang pernah menikmati sesuatu yang dianggap oleh saintis politik

Amerika Syarikat, Samuel Huntington sebagai ‘gelombang pendemokrasian ketiga’. Namun,

pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan bahawa jumlah keseluruhan

pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah sebanyak

82.32 peratus sahaja yang melibatkan seramai 12,229,514 orang daripada 14,940,624 pengundi

yang berdaftar. Ternyata terdapat seramai 2,711,110 orang atau 17.68 peratus pengundi

didapati gagal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengamal demokrasi di Malaysia

yang secara tidak langsung membibitkan kerapuhan amalan demokrasi di Malaysia.

Sehubungan itu, artikel ini sebagai kertas konsep yang membicarakan hak-hak pengamal

demokrasi meliputi hak memilih perwakilan, hak membentuk kerajaan, hak menyokong

kerajaan, hak mengekalkan kerajaan dan hak menukar kerajaan. Sumber sekunder merupakan

metod yang digunapakai dalam perbincangan ini terdiri daripada kaedah kepustakaan, rujukan

atas talian, data daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan hasil kajian-kajian yang

lepas. Analisis kajian berdasarkan metod yang dipilih menunjukkan bahawa kesedaran rakyat

sebagai pengamal demokrasi masih perlu disebarluaskan apabila peratus keluar mengundi

setiap kali pilihan raya diadakan mencatatkan kadar turun naik. Hasil kajian ini dapat memberi

kefahaman secara jelas kepada seluruh warganegara yang telah mendaftar tentang

tanggungjawab membuang undi pada setiap kali pilihan raya diadakan. Demi untuk

memperkasakan dan menyuburkan amalan demokrasi di Malaysia, dicadangkan agar pihak

Suruhanjaya Jaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan kempen kesedaran daftar pemilih dan

memperkenalkan pendaftaran secara automatik warga Malaysia yang berusia 21 tahun.

“Demokrasi, dari rakyat, untuk rakyat kepada rakyat”.

Kata kunci: Demokrasi berperliman, pilihan raya, hak pengamal demokrasi, memilih

perwakilan, membentuk kerajaan, menyokong kerajaan, mengekalkan kerajaan, menukar

kerajaan

92

PERSEPSI TERHADAP KONSEP RUKUN NEGARA MELALUI PENGAJARAN

KURSUS PENGAJIAN MALAYSIA

Hadijah Johari, Anas Suzastri Ahmad

Pusat Pengajian Umum,

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS)

05300 Kuala Ketil, Kedah

ABSTRAK

Lima prinsip Rukun Negara menjadi pegangan dan asas penyatuan rakyat berbilang kaum di

negara ini selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun

Negara perlu terus diperkasakan kerana itulah pengikat perpaduan kaum dan

wajib diamalkan bagi membina sebuah negara bangsa yang berdaulat dan disegani. Kajian ini

bertujuan untuk mengenalpasti tahap penghayatan Rukun Negara dan cara terbaik yang boleh

diambil dalam usaha menghayati Rukun Negara serta mengkaji hubungan antara kefahaman

kepentingan Rukun Negara dengan pengajaran Rukun Negara dalam kalangan pelajar

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua’dzam Shah (UniSHAMS). Kajian ini

merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul melalui soal selidik mengandungi 30 item soalan

yang mengukur kepentingan pemahaman Rukun Negara, proses pengajaran Rukun Negara

dalam kursus Pengajian Malaysia, penghayatan Rukun Negara dan faktor terbaik mendorong

penghayatan Rukun Negara. Seramai 100 orang daripada pelbagai bidang pengajian terlibat

dalam kajian ini. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS

versi 25. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan yang kecil (r=0.455,

p=.000) antara kepentingan pemahaman Rukun Negara dengan pengajaran Kursus Pengajian

Malaysia. Pelajar UniSHAMS juga didapati mempunyai tahap penghayatan Rukun Negara

agak tinggi (min=5.92, SP=.707). Faktor utama yang mendorong penghayatan Rukun Negara

adalah peranan yang dipertanggungjawabkan kepada pihak kerajaan (min=6.12, SP=.924) dan

ianya selaras dengan penekanan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim.

Hakikatnya keperluan kursus Pengajian Malaysia sebagai salah satu modul wajib Universiti di

UniSHAMS membuktikan peranan dan fungsinya yang sangat penting dalam memberikan

kesedaran akan kepentingan pemahaman dan penghayatan Rukun Negara demi kelestarian

sebuah negara yang kukuh teguh oleh akar ideologinya.

Kata kunci: Rukun Negara, pengajaran dan pembelajaran Pengajian Malaysia

93

AMALAN KEPIMPINAN INOVATIF GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA

DENGAN KOMITMEN GURU SEKOLAH RENDAH SWASTA DI NEGERI

SEMBILAN

Nurhairi Bin Mohd Noor

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

Tel: +6019-8368380 Email: [email protected]

Dr. Mohamed Yusoff Mohd

Nor

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor, MALAYSIA

Tel: +6019-224 6311 Email [email protected]

ABSTRAK

Kepimpinan organisasi adalah merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk

mempengaruhi, memotivasi, dan membolehkan individu lain untuk menyumbang ke arah

keberkesanan dan kejayaan organisasi di mana mereka juga turut merupakan anggota kepada

organisasi tersebut. Kepimpinan inovatif adalah gaya kepimpinan yang mensintesiskan

pelbagai gaya kepimpinan yang berbeza dalam organisasi untuk mempengaruhi pekerja untuk

menghasilkan idea, produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang kreatif. Kajian ini dijalankan

bertujuan untuk mengenal pasti hubungan amalan kepimpinan inovatif guru besar dengan

komitmen guru di salah sebuah sekolah rendah swasta di Negeri Sembilan. Kajian

menggunakan kaedah kuantitatif dalam bentuk kajian tinjauan. Responden kajian terdiri

daripada sejumlah 51 orang guru yang sedang berkhidmat di sebuah sekolah rendah swasta.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap

kepimpinan inovatif guru besar dengan tahap komitmen guru sekolah rendah swasta. Hasil

analisis kolerasi menunjukkan kolerasi yang positif antara tahap amalan kepimpinan inovatif

guru besar dengan tahap komitmen guru sekolah rendah swasta iaitu (r= .684), p<0.01. Ini jelas

menunjukkan bahawa tahap kepimpinan inovatif guru besar adalah berhubungan dengan

komitmen guru sekolah rendah swasta. Dapatan kajian akan memberikan maklumat kepada

pengurusan sekolah rendah swasta berkenaan hubungan amalan kepimpinan inovatif guru besar

terhadap tahap komitmen guru sekolah rendah swasta. Dapatan kajian juga akan menperjelaskan

tahap amalan kepimpinan inovatif yang diamalkan dan memaparkan tahap komitmen guru

sekolah rendah swasta berkenaan. Ini akan membolehkan pihak pentadbir sekolah rendah swasta

mengambil langkah-langkah yang proaktif bagi memastikan ahli organisasi bergerak di

landasan yang sama selaras dengan misi dan visi sekolah. Kesimpulannya, amalan kepimpinan

yang bersesuaian adalah sangat penting bagi mendapatkan hasilan tahap komitmen yang

mantap dan jitu bagi merealisasikan misi dan visi organisasi.

Kata kunci: Kepimpinan inovatif, guru besar, komitmen, guru sekolah rendah swasta

94

PENILAIAN GAYA PEMBELAJARAN VAK DALAM KALANGAN PELAJAR

BAHASA ARAB DI IPTS.

Zati Azmina Jaafar21

[email protected]

Farah Nur-Rashida Rosnan22

[email protected]

Dr. Norfaezah Mohd Hamidin23

[email protected]

Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Gaya pembelajaran merupakan elemen penting dalam pembelajaran dan memberi impak

yang cukup besar dalam dunia pendidikan. Justeru kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengkaji penilaian terhadap 4 kemahiran Bahasa Arab Menerusi Penerapan Gaya

Pembelajaran Visual-Audio-Kinestetik (VAK). Gaya pembelajaran (VAK) ini merujuk

kepada tiga gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam proses pembelajaran

ilmu. Gaya pembelajaran ini menggunakan deria mata (visual), telinga (auditori), dan

pergerakan (kinestetik). Kajian ini merupakan kajian lapangan dan melibatkan seramai 92

orang pelajar diploma pengkhususan bahasa arab di Kolej Universiti Islam Antarabangsa

Selangor (KUIS), Kolej Sultan Ismail Petra (KIAS), dan Kolej Universiti Islam Pahang

Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS). Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar

memahami penerapan proses pembelajaran VAK yang melibatkan Motivasi Intrinsik dan

Ekstrinsik apabila mempelajari 4 kemahiran bahasa Arab, dan melalui edaran soal selidik

kepada pelajar-pelajar KIAS, KUIPSAS dan KUIS, dapat dirumuskan bahawa pelajar-

pelajar bahasa Arab yang mempelajari 4 kemahiran bahasa Arab, cenderung menggunakan

proses Gaya Pembelajaran Auditori serta Visual berbanding Kinestetik.

Kata kunci: Penilaian; gaya pembelajaran VAK; pelajar bahasa Arab

21 Zati Azmina Jaafar merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Beliau telah berkhidmat selama 10 tahun di KUIS. Bidang pengkhususan utama beliau adalah Pendidikan Bahasa Arab. 22 Farah Nur-Rashida Rosnan merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Beliau telah berkhidmat selama 6 tahun di

KUIS. Bidang pengkhususan utama beliau adalah Bahasa Arab. 23 Norfaezah Mohd Hamidin merupakan pensyarah di Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan. Beliau telah berkhidmat selama 15 tahun di

KUIS. Bidang pengkhususan utama beliau adalah Pendidikan Bahasa Arab.

95

KAJIAN TERHADAP TAHAP KESEDARAN PELAJAR TENTANG BAHAYA

MEROKOK

Zainora Daud1 Siti Nor Azirah Mohd Riduan2 Siti Zaleha Ibrahim3

1 Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru

Nilai, 71700 Negeri Sembilan, Malaysia. Tel: (60) 192623681. Email: [email protected]

ABSTRAK

Tabiat merokok mendatangkan pelbagai implikasi buruk terhadap diri perokok dan

masyarakat. Walaupun pelbagai pihak bersama Kementerian Kesihatan Malaysia, telah

mengambil pelbagai inisiatif untuk menyedarkan orang awam serta golongan pelajar tentang

bahayanya merokok melalui aplikasi teknologi maklumat dan media sosial. Namun tahap

kesedaran mereka tentang bahaya tabiat merokok masih kurang memuaskan. Objektif kajian

ini ialah untuk mengenalpasti tahap kesedaran pelajar terhadap faktor-faktor yang

menyumbang terhadap tabiat merokok dan mengkaji tahap kesedaran mereka terhadap kesan

bahaya merokok. Kajian ini dijalankan ke atas 228 orang responden pelajar yang mengikuti

program pengajian di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Reka bentuk kajian yang

digunakan adalah berbentuk kaedah kuantitatif dengan menggunakan metode soal selidik.

Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social

Science (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan menunjukkan

bahawa tahap kesedaran pelajar berkaitan faktor-faktor yang menyumbang tabiat suka

merokok berada di tahap memuaskan. Mereka sedar bahawa kawan-kawan merupakan faktor

penyumbang utama mereka mudah terjebak dengan gejala merokok. Bahkan tahap kesedaran

mereka terhadap kesan bahaya merokok juga memuaskan. Ini disokong dengan suasana

persekitaran PdP mereka dalam bidang pengajian Islam, ditambah dengan majoriti

pendapatan keluarga berada dalam lingkungan RM3K hingga RM5K. Kesimpulannya

kesedaran yang tinggi terhadap bahaya merokok perlu terus disemai dan diterapkan di

kalangan pelajar kerana mereka merupakan generasi yang akan membentuk masyarakat dan

Negara sebagai Rahmatan lil ‘Alamin.

Kata kunci: Kesedaran, bahaya, merokok, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM

96

KAJIAN MINAT PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT TERHADAP

BIDANG KEUSAHAWANAN

Mohd Zainudin Jenal

Kolej Komuniti Kuala Langat, Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel :+6012-3267973 Email: [email protected]

Siti Syuhaila Zahari

Kolej Komuniti Kuala Langat, Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel :+6012-3267972 Email: [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji minat keusahawanan dalam kalangan pelajar di Kolej

Komuniti Kuala Langat. Pendidikan keusahawanan perlu diterokai oleh generasi muda bagi

mewujudkan modal manusia yang dapat membangunkan ekonomi negara. Usaha

merealisasikan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar perlu dibangunkan dari

peringkat awal usia dan kesedaran menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan perlu

diwujudkan. Rekabentuk kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan

kuantitatif. Kaedah kajian berbentuk soal selidik telah dipilih sebagai instrument. Penggunaan

skala likert pula menentukan kesahan kajian yang yang dijalankan. Data soal selidik dianalisis

menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 20. Responden

kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat yang dipilih secara

rawak. Dapatan kajian menunjukkan faktor minat merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pelajar untuk cenderung ke dalam bidang keusahawanan. Keputusan kajian

juga disokong oleh faktor kefahaman keusahawanan pelajar dan kesesesuaian keusahawanan

dalam pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Kata kunci: Minat, keusahawanan, kefahaman

97

TAHAP PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN GURU PRASEKOLAH DALAM

MENGINTEGRASIKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK)

DI BILIK DARJAH

Namiha Binti Yahaya

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: +6016-4276154 Email: [email protected]

Suziyani Mohamed

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: +6013-9987159 Email: [email protected]

ABSTRAK

Pelaksanaan ICT oleh guru sering memberi pengaruh berkaitan sejauh mana manfaatnya

kepada pengajaran meskipun manfaat Teknologi Komunikasi & Maklumat (ICT) diiktiraf

secara meluas oleh ahli akademik. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tentang tahap kesediaan

dan penguasaan ICT guru prasekolah dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan

pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Kajian ini telah dijalankan dengan melibatkan 65 orang

responden yang terdiri daripada guru prasekolah KPM di lokasi bandar dan luar bandar di

Bahagian Mukah, Sarawak iaitu melibatkan daerah Mukah, Dalat dan Daro yang dipilih secara

rawak strata. Kajian tinjauan ini berbentuk kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik

yang diedarkan secara atas talian menggunakan aplikasi Google form dengan mendapat

kelulusan menjalankan kajian daripada wakil Pegawai Pendidikan Daerah. Instrumen

diadaptasi daripada kajian asal daripada artikel “Innovation Teaching For Effective Learning”.

Data telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Product and Service Solution (SPSS).

Hasil dari dapatan kajian menunjukkan bahawa pengetahuan guru prasekolah dalam

mengintegrasikan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran melalui aspek penggunaan

perisian dan alatan adalah tinggi iaitu (M=3.926) dan (M=3.736). Manakala tahap kemahiran

guru prasekolah dalam mengintegrasikan TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah

tinggi (M=3.713). Keputusan ini menunjukkan bahawa guru prasekolah lebih suka

menggunakan komputer atau teknologi untuk tujuan pengajaran. Keadaan ini menggambarkan

guru prasekolah bersedia dan fokus dengan inovasi baru dalam pendidikan supaya seiring

dengan teknologi masa kini. Malah terdapat pengintegrasian TMK dalam P&P kerana guru

prasekolah percaya penggunaan teknologi menjadikan pengajaran lebih mudah, meningkatkan

kualiti mata pelajaran dan menjadikan pembelajaran lebih berkesan. Guru harus konsisten

dalam menyediakan inisiatif teknologi di samping memerlukan galakan dari pihak pentadbir

dan sokongan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Kata kunci: Kesediaan guru, integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK , ICT

prasekolah.

98

MENGKAJI ELEMEN PSIKOMETRIK INSTRUMEN PERSEPSI GURU

PRASEKOLAH TERHADAP PELAKSANAAN PENGAJARAN SOSIOEMOSI

Nor Ilyanah Binti Othman

Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel :+6013-7975690 Email : [email protected]

Suziyani Binti Mohamed

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

Tel :+6013 9987159 Email : [email protected]

ABSTRAK

Sosioemosi adalah salah satu domain perkembangan yang penting kepada kanak-kanak. Oleh

yang demikian, guru prasekolah selaku pendidik yang paling awal memainkan peranan yang

penting bagi memastikan perkembangan sosiemosi kanak-kanak dapat berkembang secara

positif dan optimum. Oleh itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji elemen psikometrik

instrumen persepsi guru prasekolah terhadap pelaksanaan pengajaran sosioemosi di dalam bilik

darjah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah

kuantitatif bagi memperoleh data. Soal selidik telah diedarkan kepada 35 orang guru prasekolah

di dalam daerah Alor Gajah. Untuk kajian ini, penyelidik telah mengadaptasi soal selidik

berdasarkan kajian “Korean Early Childhood Educator’s Perceptions of Importance and

Impementation of Strategies to Address Young Children’s Social-Emotional Competence”

oleh Kay H.Heo, Gregory A.Cheatham, Mary Louise Hemmeter dan Jina Noh untuk menilai

persepsi guru prasekolah terhadap strategi pengajaran sosioemosi kanak-kanak. Soal selidik ini

mengandungi empat bahagian iaitu bahagaian a) maklumat latar belakang responden ; b)

pemahaman tentang strategi pengajaran sosioemosi ; c) persepsi tentang strategi pengajaran

sosioemosi ; d) strategi pengajaran yang digunakan. Data dianalisis secara desktiptif dan

inferensi dengan menggunakan perisisan “The Statistical Package For The Social Science”

(SPSS) versi 25.0. Dapatan awal kajian menunjukkan bahawa pakar-pakar dalam bidang ini

telah bersetuju terhadap instrumen persepsi guru prasekolah dalam pelaksanaan pengajaran

sosioemosi di dalam bilik darjah. Kesimpulannya, instrumen ini dapat digunakan untuk menilai

tahap persepsi guru prasekolah terhadap pelaksanaan pengajaran sosioemosi.

Kata kunci : Psikometrik, strategi pengajaran, kanak-kanak prasekolah, sosioemosi.

99

PELAKSANAAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN TERHADAP

PENCAPAIAN KEMAHIRAN ASAS

MEMBACA MURID-MURID PRASEKOLAH

Azah Hazwa Mohamad Paris

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: 6017-3764752 Email: [email protected]

Suziyani Mohamed

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: 6013-9987159 Email: [email protected]

ABSTRAK

Bermain merujuk kepada sebagai sebarang bentuk aktiviti yang memberikan kegembiraan dan

kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui bermain kanak-kanak dapat meneroka serta

berinteraksi dengan persekitaran mereka. Ini secara langsung memberi peluang kepada kanak-

kanak untuk belajar dan memahami persekitaran mereka dalam suasana mengembirakan dan

berkesan. Bermain juga mendorong berlakunya perkembangan kanak-kanak secara

menyeluruh. Ini mengukuhkan bahawa, pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran bagi

kanak-kanak seharusnya menggunakan pendekatan bermain. Oleh itu, kajian ini bertujuan

mengenal pasti kesan pendekatan belajar melalui bermain terhadap pencapaian kemahiran asas

membaca murid-murid prasekolah. Kaedah kuasi-eksperimental digunakan dalam kajian ini

dan melibatkan 50 orang murid-murid prasekolah. Murid-murid ini dibahagikan kepada

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.Kumpulan rawatan mengikuti pembelajaran dengan

menggunakan pendekatan belajar melalui bermain manakala kumpulan kawalan mengikuti

pembelajaran menggunakan pendekatan konvensional. Hasil dapatan kajian menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian asas membaca di antara murid dalam

kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan pendekatan

belajar melalui bermain membantu peningkatan dalam pencapaian kemahiran asas membaca

murid-murid prasekolah. Kajian ini memberi implikasi kepada proses pengajaran yang

dilaksanakan oleh guru prasekolah dan proses pembelajaran murid-murid prasekolah

Kata kunci: Pendekatan belajar melalui bermain, kemahiran asas membaca, prasekolah

100

EKSPRESI HELAH BELA DIRI MASYARAKAT DALAM MANUSKRIP MELAYU

LAMA DI EROPAH

Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi

Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia,

Tel: +6019-9378585 Email:[email protected]

Awang Azman Awang Pawi

Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya,

Tel: +60146849531 Email:[email protected]

ABSTRAK

Helah Bela Diri merupakan salah satu cara individu atau sekelompok masyarakat bertindak

apabila mereka berhadapan dengan sesuatu situasi. Mekanisme tersebut akan melahirkan

pelbagai tindakan yang berhubung dengan psikologi watak. Kegagalan mengawal emosi akan

memberi implikasi negatif. Hal ini dapat dikesan dalam manuskrip Melayu lama yang terdapat

di Eropah. Sastera dan Psikologi pada dasarnya merupakan dua bidang yang berbeza tetapi

mempunyai satu titik temu yang sama. Dua disiplin ilmu ini berbicara tentang manusia dan

kehidupannya. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti dan menganalisis helah bela diri

dalam masyarakat Melayu lama. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan teori psikologi.

Dapatan kajian menunjukkan dalam manuskrip Melayu lama terdapat mekanisme helah bela

diri yang digunakan oleh masyarakat pada ketika itu dan implikasinya yang dapat dijadikan

panduan kepada masyarakat.

Kata kunci: Helah bela diri, masyarakat, manuskrip Melayu lama

101

SEJARAH PELAKSANAAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA:

SOROTAN TERHADAP SISTEM KEHAKIMAN ISLAM DI NEGERI MELAKA

Mohamad Hafifi Hassim

Fakulti Syariah Dan Undang-Undang

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

ABSTRAK

Sebelum kedatangan penjajah di Tanah Melayu, undang-undang Islam telah pun diterima

dalam istiadat atau adat masyarakat tempatan. Kedua-dua bentuk adat yang utama ialah Adat

Temunggung dan Adat Perpatih. Oleh kerana itu, boleh disimpulkan bahawa undang-undang

yang dilaksanakan ketika itu ialah undang-undang Islam yang telah diubahsuai oleh adat

Melayu. Kedatangan Islam ini bukan sahaja mengubah sosiobudaya dan pemikiran masyarakat

tempatan di Kepulauan Melayu, bahkan juga telah membawa perubahan dari sudut

perundangan dan pentadbiran. Bukti sejarah menunjukkan undang-undang Islam telah pun

diamalkan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat, meliputi hukum Islam secara

menyeluruh sama ada jenayah, urus niaga atau muamalat, kekeluargaan,prosedur dan

keterangan. Undang-Undang Islam pada ketika itu boleh dikatakan sebagai undang-undang

utama dalam pentadbiran kerajaan Melayu Melaka dan legasi ini diteruskan oleh kerajaan-

kerajaan Melayu lain di sekitarnya. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenai

sejarah pelaksanaan undang-undang Islam di Malaysia serta melihat sIstem pentadbiran

keadilan Islam yang telah dilaksanakan di negeri Melaka. Kajian ini menggunakan metod

kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan seperti merujuk penulisan-penulisan

ilmiah, jurnal serta beberapa manuskrip lama yang berkaitan. Kajian ini dapat memberikan

pendedahan bahawasanya undang-undang Islam bukanlah suatu yang asing bagi orang Melayu

dan Malaysia khususnya dalam mengawal selia urustadbir kehidupan seharian dan kenegaraan.

Kata kunci: Islam, kehakiman, undang-undang, kadhi, mahkamah

102

ONTOROS@ANTENOM PAHLAWAN TERBILANG BANGSA MURUT DI SABAH

Dayu Sansalu

Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa

Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Kertas kerja ini menceritakan latar belakang sejarah asal-usul Ontoros@Antenom dan

keluarganya serta nenek moyangnya. Selain itu ditinjau juga norma adat dan struktur

kepimpinan mengikut sistem stratifikasi sosial masyarakat Murut didasarkan kepada faktor

keturunan bangsawan bergelar Kalawon. Dipaparkan juga perwatakan Ontoros@Antenom

yang dikatakan memiliki sifat keberanian dan memiliki ilmu kebal. Disebut juga sifat keluarga

dan keturunannya yang dikatakan terpuji dan luar biasa yang belum dikketahui ramai sehingga

kini. Dinyatakan juga tentang sifat keberanian Ontoros@Antenom sebagai seorang pahlawan

yang berkait rapat dengan adat memburu kepala atau pengayau yang senonim dengan amalan

budaya masyarakat Murut Tahol. Selain itu akan dibincang juga peranan dan faktor srta strategi

Ontoros@Antenom menentang penjajah British melindungi dan mempertahankan hak

kedaulatan tanah airnya daripada diceroboh kuasa luar yang dilakukannya melalui peristiwa

Salangit-Rundum 1915.

103

EVOLUSI SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM DI NEGERI

SELANGOR DARI ABAD KE-18 SEHINGGA ERA 1960-AN

Zaihan Hairuzialani Mat Jusoh

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid

[email protected]

[email protected]

ABSTRACT

Islamic education in the state of Selangor has grown since the 18th century, however, the

developments differ from one century to another. To discuss the matter two objectives have

been outlined. (1) To develop a historical theme of the development of Islamic Education in

Selangor, the development of Islamic Education in Selangor from the 18th century was first

discussed. (2) Discuss the history of Islamic Education development in Selangor in the 1940s

until the 1960s. Secondary sources in addition to primary sources will be referred to as sources

of information for the writing of this article, including reports, minutes of meetings and

interviews. The conclusion can be summarized that the historical themes of the development

of Islamic Education in the state of Selangor from the 18th century until the 1960s had formed

two evolutions namely the evolution of the aspect of infrastructure development and the

evolution of the curriculum aspect.

Keywords: Malaysian history, traditional educational history, Islamic Education Curriculum,

Selangor Islamic Education

ABSTRAK

Pendidikan Islam di negeri Selangor telah berkembang semenjak abad ke-18 lagi,

perkembangan tersebut berbeza dari satu abad ke satu abad yang lain. Untuk membincangkan

perkara tersebut dua objektif telah digariskan. (1) Untuk menghasilkan tema sejarah

perkembangan Pendidikan Islam di Selangor, perkembangan Pendidikan Islam di negeri

Selangor dari abad ke-18 terlebih dahulu dibincangkan. (2) Membincangkan sejarah

perkembangan Pendidikan Islam di negeri Selangor era 1940-an sehingga 1960-an. Sumber-

sumber sekunder disamping sumber primer akan dirujuk sebagai sumber maklumat bagi

penulisan artikel ini, ianya termasuklah laporan-laporan, minit mesyuarat dan juga temubual.

Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa tema-tema sejarah perkembangan Pendidikan Islam

di negeri Selangor dari abad ke-18 sehingga era 1960-an telah membentuk dua evolusi iaitu

evolusi dari aspek pembangunan infrastruktur dan evolusi dari aspek kurikulum.

Kata kunci: Sejarah Malaysia, sejarah pendidikan tradisional, Kurikulum Pendidikan Islam,

Pendidikan Islam Selangor

104

KAJIAN MINAT PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT TERHADAP

BIDANG KEUSAHAWANAN

Mohd Zainudin Jenal

Kolej Komuniti Kuala Langat, Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel :+6012-3267973 Email: [email protected]

Siti Syuhaila Zahari

Kolej Komuniti Kuala Langat, Kementerian Pendidikan Malaysia

Tel :+6012-3267972 Email: [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji minat keusahawanan dalam kalangan pelajar di Kolej

Komuniti Kuala Langat. Pendidikan keusahawanan perlu diterokai oleh generasi muda bagi

mewujudkan modal manusia yang dapat membangunkan ekonomi negara. Usaha

merealisasikan pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar perlu dibangunkan dari

peringkat awal usia dan kesedaran menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan perlu

diwujudkan. Rekabentuk kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan pendekatan

kuantitatif. Kaedah kajian berbentuk soal selidik telah dipilih sebagai instrument. Penggunaan

skala likert pula menentukan kesahan kajian yang yang dijalankan. Data soal selidik dianalisis

menggunakan perisian Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 20. Responden

kajian terdiri daripada 50 orang pelajar Kolej Komuniti Kuala Langat yang dipilih secara

rawak. Dapatan kajian menunjukkan faktor minat merupakan faktor utama yang

mempengaruhi pelajar untuk cenderung ke dalam bidang keusahawanan. Keputusan kajian

juga disokong oleh faktor kefahaman keusahawanan pelajar dan kesesesuaian keusahawanan

dalam pengajaran dan pembelajaran di Kolej Komuniti Kuala Langat.

Kata kunci: Minat, keusahawanan, kefahaman

105

CEFR: MALAYSIAN CONTEXT

Farahnaz Mohd Khalib

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

017-3802237

ABSTRACT

The Common European Framework of Reference for Languages (CEFR) is an international

standard for describing language ability. This standard was first introduced in 2017 to the

Malaysian education system. It has been officially implemented in Malaysian schools in 2018.

Past studies on CEFR have largely focused on ESL classroom context (Sidhu, Kaur, & Lee,

2018), self and peer assessments (Mardiana & Abdul Halim, 2017), English teachers’ concern

(Yueh, 2018), teachers’ views on students’ performance (Darmi & Norhana, 2017), and

trainers’ reflection (Abdul Hakim Ali, Radzuwan, & Wan Zhafirah, 2018). This paper will

further discuss the studies related to CEFR in Malaysian context.

106

PENDIDIKAN AKHLAK AL-MUHASIBI

DALAM MEMBINA JATI DIRI PELAJAR SEBAGAI RAKAN SEBAYA

Noor Azliana binti Musa24& Zaharah binti Hussin25

ABSTRAK

Dalam Pendidikan Akhlak Islamiyah, hubungan dengan Allah (Hablumminallah) dan

hubungan sesama manusia (hablum minannas) adalah sangat penting untuk membina

masyarakat yang harmoni dan mendapat rahmat Allah. Akhlak yang mulia dan sahsiah yang

tinggi akan membentuk jati diri individu yang positif. Al-Muhasibi merupakan tokoh

Pendidikan Akhlak yang terdahulu yang sangat menitik beratkan aspek pembangunan kejiwaan

dalam membentuk jati diri insan bertaqwa.Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu untuk

melihat ketokohan Al-Muhasibi sebagai tokoh Pendidikan Akhlak dan menyusun kaedah

Pendidikan Akhlak menurut Al-Muhasibi dalam aspek hubungan bersama rakan sebaya pelajar

sekolah. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah kepustakaan

dengan menggunakan dua jenis data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer

diperolehi daripada karangan Al-Muhasibi seperti al-Ri’ayah li huquqillah, Risalah al-

Mustarsyidin dan lain-lain lagi. Data sekunder pula diperolehi daripada tulisan tokoh-tokoh

ilmuan terkini yang membincangkan tentang al-Muhasibi dalam pelbagai bidang seperti

Pengajian Islam, Psikologi dan Kaunseling. Data-data yang diperolehi telah disusun dan

dianalisis secara kritis bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa Al-

Muhasibi mempunyai ketokohan yang amat besar dalam bidang Pendidikan Akhlak

memandangkan beliau hidup kurun ketiga dan banyak hasil penulisan yang berkaitan

pembangunan kejiwaan bertunjangkan al-Quran dan hadis. Penulisan beliau banyak

mempengaruhi tokoh seterusnya seperti Imam al-Ghazali. Kaedah Pendidikan Akhlak al-

Muhasibi menekankan aspek pembangunan jiwa seperti membersihkan hati dengan sentiasa

bermuhasabah dan memelihara tanggungjawab anggota-anggota badan. Al-Muhasibi turut

menekankan aspek hubungan sesama manusia dari aspek pergaulan seperti saling nasihat-

menasihati, sabar dan bercakap benar. Dalam memelihara hubungan bersama rakan sebaya,

pelajar perlu diberi penekanan dari aspek pembinaan kerohanian yang mantap berdasarkan

konsep Al-Muhasibi. Ini bertujuan untuk membina jati diri yang kuat sebagai seorang rakan

sebaya yang baik yang boleh mempengaruhi rakan kepada kebaikan. Jati diri yang kuat juga

sangat penting untuk melawan pengaruh negatif rakan yang boleh membawa kepada masalah

disiplin dan masalah sosial dalam kalangan pelajar.

24 Noor Azliana ialah calon PhD di Jabatan Asas dan Kemanusiaan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Email: [email protected] 25 Prof. Zaharah binti Hussin ialah pensyarah kanan di Jabatan Asas dan Kemanusiaan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Email: [email protected]

107

QUALITIES OF TRANSFORMATIONAL LEADER:

A STUDY ON MUSTAFA KEMAL ATATURK

Wong Wai Loong

National Defence University of Malaysia

Tel: +6012-3837041 Email: [email protected]

Jessica Ong Hai Liaw

National Defence University of Malaysia

Tel: +6012-3976778 Email: [email protected]

Abdul Hamid Moiden

National Defence University of Malaysia

Tel: +60102153578 Email: [email protected]

Norlaila Mazura Mohaiyadin

National Defence University of Malaysia

Tel: +6012-3921375 Email: [email protected]

ABSTRACT

The study of leadership by scholars and academics is an ongoing process that has evolved

dramatically over the centuries. Many of them have their own perspectives and views towards

the command, leadership and management style of the past leaders. Some of the leaders are

remembered until today for their past contributions and some to a certain extent are

remembered for the destructions caused to their own country and international society. Mustafa

Kemal Ataturk, the commander of the Turkish War of Independence is considered as national

hero and a great leader in Turkey history. He is mostly remembered as a nation builder and

‘Father of Modernisation’ for Turkey. His leadership was significant during the Turkish War

of Independence. In the early 1920s, he clearly perceived his role as leader and commander

with great strategies defeating all those who intended to invade his country. He was

subsequently said to rank amongst the world's greatest strategists. Hence, Mustafa Kemal’s

leaderships can be hailed as a transformational leader based on the success for transforming

and modernising Turkey. Due to this, Turkey was transformed through reforms in the social,

political, economic and cultural spheres. The study on Mustafa Kemal’s leadership qualities

are worth to be studied for the benefit of future military commanders and leaders.

Keyword: Leadership, command, management, transformational leader, leader

108

KOMPONEN ILMU MAANI DALAM MODUL PdP ILMU BALAGHAH BAGI

PENUTUR BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA KEDUA: SATU KAJIAN

PERBANDINGAN LITERATUR

Ahmad Redzaudin Ghazali

Mohamad Rofian Ismail

Khairatul Akmar Abd Latif Phd

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi, Selangor.

Tel: +60133225656 E-mail: [email protected]

ABSTRAK

Ilmu Maani ialah salah satu cabang ilmu Balaghah Arab. Para Ulama Bahasa Arab telah

menghasilkan pelbagai karya dan penulisan yang berkaitan dengannya. Dari pemerhatian

pengkaji terdapat perbezaan diantara karya-karya tersebut dari sudut komponen yang

dibincangkan diantara satu sama lain. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Arab sebagai Bahasa kedua, satu garis panduan perlu ada bagi memilih komponen yang sesuai.

Bertolak dari premis tersebut, pengkaji akan membuat perbandingan diantara beberapa literatur

yang berkaitan sebagai objektif kajian. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan

menjadikan kajian perpustakaan sebagai metod utama kajian. Bagi mencapai matlamat kajian,

pengkaji mengumpulkan, menganalisis dan membandingkan beberapa hasil penulisan sama

ada berbentuk jurnal, kertas kerja dan buku-buku yang berkaitan. Dapatan kajian diharapkan

dapat membantu pengkaji dan mereka yang berkaitan dalam menggubal modul Ilmu Maani

bagi tujuan PdP bahasa Arab sebagai bahasa kedua.

Kata kunci: Balaghah, Ilmu Maani, bahasa Arab sebagai bahasa kedua

109

THE PRAGMATICS FUNCTION OF THE VERSE “INSHAA ALLAH” (GOD’S

WILLING) USED BY STUDENTS IN INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY

COLLEGE OF SELANGOR

Hamdi Khalis bin Kadri

Hibriyatul Rifhan binti Abu Bakar

Hasrol bin Basir

ABSTRACT

The phrase ‘Inshaa allah’ (god’s willing) has been a widely used term by muslims all across

the world. It is a phrase which a person give up the decision made fully to god (in muslim’s

case, Allah). According to Islamic belief, everything that happened has to be granted by Allah.

With that being the case, this research paper will answer the questions, what is the real intention

the muslims as a person using it? & What is the underlying meaning behind the phrase

Insha’Allah? This research paper provides insightful comments and breakthrough research of

the meaning and intention behind the phrase Insha’Allah in the case of usage by students in

IIUCS. In addition, the recitation appears to function as a confirmation of the participants

religious, cultural, and linguistic identities. Furthermore, the findings of this study underlie the

multifaceted functions that Muslims attach to and associate with use of Quranic verses.

Muslims can exonerate themselves from the responsibilities of rejecting directives or turning

down offers or avoiding staking the self-image of their recipient particularly when their actions

are face-threatening or have undesirable consequences on their recipients.

110

ADDRESSING PRAGMATIC COMPETENCE IN ESL LEARNING MATERIALS

Nur Shafiqah Abdullah

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRACT

Pragmatic competence and its development have been a pivotal issue in ESL in the last two

decades. Pragmatic competence is one of the essential competences taught in the second

language classroom. This coincidentally also applies to the tertiary education context in

Malaysia, where advanced ESL learners are required to acquire and apply linguistic and

pragmatic competence of the target language precisely in varying contexts. This paper aims to

review previous studies on pragmatic elements incorporated in ESL learning materials.

However, it has been found that there is a scarcity in studies on pragmatic competence in ESL

learning materials in intercultural context.

Keywords: Pragmatic competence, ESL learning materials, target language

111

MITOLOGI TENTANG MAKHLUK SUPERNATURAL DALAM KALANGAN

ETNIK DI DAERAH PITAS SABAH: TINJAUAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Mohd Khairulnazrin bin Mohd Nasir

Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

[email protected]

ABSTRAK

Mitologi adalah suatu domain yang wujud dan menjadi kelaziman dalam mana-mana budaya

bangsa, etnik dan komuniti di seluruh dunia. Skalanya kedang kala menjangkau alam nyata,

sehingga ke alam ghaib. Entiti signifikan dalam mitologi antaranya adalah makhluk

supernatural. Etnik dan bangsa di negara ini turut memiliki mitologi tentang makhluk

sipernatural, termasuklah etnik-etnik peribumi yang beragama Islam di daerah Pitas, Sabah.

Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti jenis mitologi tentang

makhluk supernatural yang terdapat dalam kalangan mereka. Kaedah pengumpulan data

adalah berdasarkan metode temu bual. Sejumlah informan yang dianggap berautoriti telah

dipilih, yang terdiri daripada kalangan tokoh-tokoh masyarakat tempatan. Hasil penelitian

menunjukkan bahawa mitologi tentang makhluk supernatural banyak dipengaruhi oleh

kepercayaan animisme. Hal ini mendorong segelintir anggota masyarakat terlibat dengan

perkara syirik, khurafat dan tahayul, seperti ritual pemujaan dan black magic. Justeru, perkara

ini perlu diberi perhatian oleh jabatan agama, pendakwah, dan pihak-pihak terlibat, demi

menjaga kelestarian akidah yang sahih dalam kalang masyarakat.

Kata kunci: Mitologi, supernatural, animisme, Pitas, akidah

112

TINJAUAN TAHAP PENGUASAAN TEKNIK PENYELIDIKAN DALAM

KALANGAN PELAJAR PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI

Mohd Amzari Tumiran

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor

Tel: +603 5544 2365 Fax: +603 5545 2367 Emel: [email protected]

Mohd Afiq Abd Razak

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor

Tel: +603 5544 2365 Fax: +603 5545 2367 Emel: [email protected]

Nasharuddin Mohammad

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor

Tel: +603 5544 2365 Fax: +603 5545 2367 Emel: [email protected]

ABSTRAK

Teknik penyelidikan merupakan kemahiran yang diperlukan hampir dalam semua bidang

penyelidikan pengajian Islam kontemporari. Namun, para pelajar bidang pengajian Islam

dianggap masih banyak bergantung kepada kaedah penyelidikan klasik, seperti analisis

kandungan menerusi dokumen dan manuskrip tertentu. Kajian ini bertujuan untuk meninjau

dan membandingkan tahap penguasaan teknik penyelidikan terpilih dalam kalangan pelajar

pengajian Islam kontemporari di peringkat pengajian tinggi. Para pelajar semester enam,

Sarjana Muda Muamalat dan Pengurusan Industri Halal di Universiti Teknologi MARA

(UiTM) dipilih sebagai responden (n=113). Set soal selidik atas talian digunakan sebagai

instrumen pengumpulan data. Tujuh (7) teknik penyelidikan terpilih mengikut kategori

kemahiran dibandingkan datanya menggunakan perisian IBM SPSS Statistics menerusi

analisis Friedman. Hasil tinjauan mencadangkan responden menguasai teknik penentuan saiz

sampel (mean rank: 4.51) dalam perancangan penyelidikan lebih baik berbanding teknik lain

dengan perbezaan signifikan χ2(6) = 46.17, p<0.05. Keputusan analisis dibincangkan dan

beberapa cadangan dikemukakan bagi menambah baik tahap penguasaan metodologi

penyelidikan terutamanya dalam kalangan pelajar pengajian Islam.

Kata kunci: Metodologi penyelidikan, pengajian Islam, muamalat, pengurusan industri

halal

113

KEPERCAYAAN DIRI DAN KEBIMBANGAN KOMUNIKASI INTERPERSONAL

PELAJAR ASASI PENGURUSAN KUIS

Nur Fadhlina Mohamad Zabidey, Zati Iwani Ismahadi

Jabatan Pengurusan Dan Informasi, Pusat Matrikulasi

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected], [email protected]

ABSTRAK

Komunikasi berkesan sangat penting kepada pelajar-pelajar kerana mereka yang bakal

mencorakkan dan memimpin negara di masa hadapan. Berbeza di peringkat Universiti, pelajar

perlu mengasah kemahiran berfikir secara kritis, bergerak secara akti dan mendapatkan

maklumat tambahan menggunakan inisiatif sendiri. Hal ini adalah untuk menyediakan pelajar

untuk memiliki peribadi dan jati diri yang kental serta berinovatif apabila di alam pekerjaan.

Masalah utama dalam kebimbangan komunikasi interpersonal adalah kerisauan pandangan,

pendapat atau kritikan orang lain pada diri sendiri ketika melontarkan idea atau cara idea itu

dilontarkan. Kebergantungan kepada penilaian orang lain adalah salah satu ciri-ciri keyakinan

diri yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk (1) melihat hubungan antara keyakinan diri dan

kebimbangan komunikasi interpersonal dan (2) perbezaan terhadap tahap kebimbangan

komunikasi interpersonal diantara pelajar lelaki dan perempuan. Sample kajian terdiri daripada

20 orang lelaki dan 20 orang pelajar perempuan daripada program Asasi Pengurusan semester

3. Data dikumpulkan menggunakan dua set soalan soal selidik iaitu soal selidik Kepercayaan

Diri yang terdiri dari 43 soalan, yang merupakan modifikasi dari The Test of Self Confidence

dan soal selidik Interpersonal Komunikasi. Data akan dianalisa menggunakan SPSS.

Kata kunci: Kepercayaan diri, interpersonal komunikasi

114

ADAKAH TEKNOLOGI DIGITAL MENGHALANG KECEKAPAN

BERKOMUNIKASI ANTARA GENERASI?

Zaitul Azma Zainon Hamzah

[email protected]

Universiti Putra Malaysia

Kamariah Kamarudin

[email protected]

Universiti Putra Malaysia

Pabiyah Toklubok@Hajimaming

[email protected]

Universiti Putra Malaysia

Nor Azuwan Yaakob

[email protected]

Universiti Putra Malaysia

ABSTRAK

Perubahan masa dan kemajuan teknologi komunikasi digital turut mempengaruhi sikap dan

tingkah laku berbahasa antara generasi sehingga boleh menimbulkan pergeseran atau jurang

komunikasi di tempat kerja. Justeru, kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan sejauh

manakah teknologi digital mempengaruhi tingkah laku berbahasa antara generasi dan

menghuraikan langkah-langkah untuk merapatkan jurang komunikasi kesan daripada bahasa

digital di antara generasi di tempat kerja. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual dan

tinjauan. Sebanyak 100 orang responden dipilih bagi mewakili setiap generasi. Data dianalisis

beralaskan teori generasi dan pendekatan pragmatik. Hasil kajian mendapati jurang

komunikasi yang di terjadi di tempat kerja adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti

pengaruh bahasa digital, taraf pendidikan dan pangkat. Jurang komunikasi ini boleh

dirapatkan dengan meningkatkan kecekapan berbahasa berdasarkan teori tingkah laku

berbahasa Generasi (TLBG). Selain itu, setiap generasi perlu bijak menggunakan bahasa untuk

berkomunikasi dan mesti saling meningkatkan kecekapan berkomunikasi di peringkat institusi

dan tempat kerja bagi merapatkan jurang generasi sekali gus bertindak sesuai dengan

perubahan dunia secara global.

Kata kunci: Teori tingkah laku berbahasa generasi, generasi X, generasi Y, komunikasi,

pragmatic

115

STRUKTUR LUARAN DAN DALAMAN TEKS DALAM BUKU ILMIAH DAN

BUKAN ILMIAH TERPILIH

Sharil Nizam Sha’ri (Ph.D)

Universiti Putra Malaysia

[email protected]

Mohamad Suhaizi Suhaimi

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Pagoh, Johor

[email protected]

Nor Azuwan Yaakob

Universiti Putra Malaysia

[email protected]

Zuraini Seruji (Ph.D)

Universiti Malaysia Sarawak

[email protected]

Norul Haida Redzuan

Universiti Pendidikan Sultan Idris (Ph.D)

[email protected]

ABSTRAK

Masih ada pelajar bidang penerbitan atau penulisan yang tidak dapat membezakan struktur

luaran dan dalaman buku ilmiah dan bukan ilmiah, walaupun sudah mengenali buku, majalah,

novel, cerpen dan tesis sepanjang menuntut ilmu di universiti. Hal ini kerana setiap jenis

penerbitan mempunyai struktur khas yang tersendiri bersesuaian dengan kumpulan sasaran

pembelinya dan gaya penulisannya. Malah sumbangan atau manfaat pelbagai jenis penerbitan

ini, sama ada ilmiah dan bukan ilmiah ini tidak diketahui secara menyeluruh sebagai sumber

data primer atau sekunder dalam menghasilkan tugasan dan penulisan tahun akhir yang

berkualiti. Justeru, kajian ini dijalankan dengan objektif untuk mengenal pasti struktur luaran

dan dalaman dalam kalangan pelajar Minor Penulisan di Fakulti Bahasa Moden dan

Komunikasi dan membincangkan struktur luaran dan dalaman buku ilmiah dan bukan ilmiah

yang terpilih. Dalam kajian ini, sebanyak 5 (lima) buku ilmiah dan 5 (lima) buku bukan ilmiah

yang dihasilkan oleh penulis yang juga pensyarah di FBMK UPM, Serdang, Selangor.

Pemilihan data kajian secara rawak dan analisis teks dilakukan untuk meneliti dan

menganalisis struktur luaran dan dalaman buku tersebut. Pendekatan Gaya Dewan iaitu

bahagian dalam buku yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka diterapkan dalam

metodologi dan analisis dapatan kajian. Secara umumnya, buku ilmiah dan bukan ilmiah

mempunyai struktur luaran dan dalaman yang berbeza dan memberikan keunikan dalam

menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pembaca.

Kata kunci: Struktur luaran, struktur dalaman, buku ilmiah, buku bukan ilmiah

116

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP APLIKASI MOOC TITAS VERSI 2.0 SEBAGAI

SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI UNIVERSITI AWAM

MALAYSIA

Prof Madya Dr. Adlina Abd Halim1, Dr Hj. Ahmad Nasir Mohd Yusoff2 ,

Dr Arfah Ab Majid3, Dr Normala Othman4 & Nasrina M. Samir5

ABSTRAK

Peningkatan teknologi yang berteraskan industri 4.0 telah membawa kepada pembangunan ke

arah pendigitalan yang holistik yang melibatkan semua sektor di Malaysia termasuklah sektor

pendidikan. Sejajar dengan perkembangan tersebut, penggunaan kaedah pengajaran yang

menggunakan komputer telah diperluaskan ke dalam sektor pendidikan agar ia dapat

menyaingi perubahan-perubahan pendidikan masa kini. Massive Open Online Courses

(MOOC) merupakan salah satu contoh platform pembelajaran yang telah dilaksanakan di

universiti awam dan swasta di Malaysia. Platform ini menggunakan kaedah pembelajaran

secara maya dimana interaksi serta perbincangan dilakukan di dalam atas talian. Aplikasi

MOOC TITAS Versi 2.0 merupakan salah satu sumber pengajaran dan pembelajaran di UA

yang merangkumi model, metod dan pendekatan yang lebih efektif dan interaktif seiring

dengan perkembangan teknologi yang menggunakan komputer, internet dan peralatan

elektronik yang lain. Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk menerokai persepsi pelajar UA

terhadap aplikasi MOOC TITAS 2.0. Kajian ini memilih pendekatan kuantitatif dengan

menggunakan teknik survei melalui pengedaran instrumen soal selidik secara google form.

Seramai 1373 orang pelajar Semester 1, sesi 2018/2019 daripada lima zon yang merangkumi

19 UA terlibat sebagai responden kajian. Persampelan kajian adalah secara berkelompok dan

rawak mudah. Nilai kebolehpercayaan cronbach alfa bagi bahagian persepsi ialah 0.958. Data

dianalisis menggunakan perisian SPSS 25.0 bagi mendapatkan analisis deskriptif (frekuensi,

peratusan, dan min). Dapatan kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap aplikasi MOOC

TITAS 2.0 berada pada tahap yang baik dengan min 4.02. Kajian merumuskan bahawa

platform MOOC TITAS 2.0 merupakan salah satu contoh terbaik pelaksanaan e-learning

sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran di Universiti Awam Malaysia. Paparan e-

kandungan MOOC TITAS yang menarik, informatif dan kreatif menjadikan proses

pembelajaran semakin aktif, informatif dan interaktif.

Kata kunci: Persepsi, aplikasi MOOC TITAS versi 2.0, universiti awam

1 Ketua Jabatan & Prof Madya , Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia.

UPM, 43400. Serdang, Selangor 2 Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia. UPM, 43400.

Serdang, Selangor 3 Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia. UPM, 43400.

Serdang, Selangor

4 Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia. UPM, 43400. Serdang, Selangor

MENYENTUH JIWA: LAGU ATAU LIRIK SEBAGAI SATU PENGALAMAN?

117

Nur Nafishah Azmi

Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +60175691248 Email: [email protected]

Wan Ainaa Atiqah Mohd Ismadi

Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +60173443160 Email: [email protected]

Siti Zubaidah Raja Mohd Shahnuddin

Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +60123379492 Email: [email protected]

ABSTRAK

Acap kali manusia menyebut perkataan jiwa, apabila ditanya di mana jiwa dan bagaimana jiwa itu,

manusia gagal menjawabnya. Begitu juga dengan emosi, bagaimana emosi itu dilahirkan dan terbentuk?

Adakah jiwa dan emosi itu berkait rapat? Persoalan yang sama juga diletakkan kepada lagu dan lirik.

Adakah emosi terlahir melalui lagu atau lirik? Lazimnya, perbicaraan tentang lagu dan lirik ini sering

di campur aduk. Membicarakan tentang lagu tetapi sering menyebut lirik, berbicara tentang lirik tetapi

sering menyebut lagu. Tidak dapat dinafikan lirik dan lagu tidak dapat dipisahkan tetapi hakikatnya

lirik dan lagu mempunyai takrifan yang berbeza. Lirik merupakan luahan emosi penulis menggunakan

kata-kata dan biasanya secara ringkas dalam stanza atau suatu bentuk yang diiktiraf. Manakala, lagu

pula merupakan gubahan muzik biasanya disertai dengan seni kata atau lebih ringkas ialah nyanyian.

Masalah yang cuba dikemukakan dalam kertas kerja ini adalah apabila sesebuah lagu mengikut prinsip

penciptaan sesebuah lagu, lagu tersebut akan meninggalkan kesan di hati pendengar jika lagu yang

digubah oleh penggubah mempunyai sentuhan ‘jiwa’ dan ‘segar’. Dengan demikian, lagu yang dapat

menyampaikan mesej dengan berkesan akan dianggap berjaya (Masitah Mad Daud, Zulkifley Hamid,.

dll, 2017). Kertas kerja ini akan membuktikan bahawa sebenarnya lirik yang memberi sentuhan ‘jiwa’

dan ‘segar’ kepada pendengar melalui bait-bait kata yang membawa makna sehingga jiwa seseorang itu

tersentuh. Pendekatan analisis tesktual dan fenomenologi ke atas setiap satu lirik lagu ciptaan M.Nasir,

Eddie Hamid dan Allahyarham Loloq yang terpilih dilakukan dengan andaian dapat memberi fokus

kepada makna lirik lagu dalam pengalaman subjektif penulis lirik dan pengkaji serta takrifan terhadap

dunia. Pemilihan ini adalah berdasarkan kepada penulis lirik bukan penyanyi kerana nyawa bagi

sesebuah lagu adalah daripada lirik yang ditulis oleh penulis lirik. Tunjang utama kepada pemahaman

makna dalam lirik lagu ini adalah melalui teori semantik yang mampu untuk memberi kefahaman dan

pengalaman jiwa yang lebih tepat kepada pendengar sesebuah lagu. Hasil makna terhadap lirik lagu ini

diharapkan dapat membawa pembaca ke alam pengalaman pengenalan jiwa yang tepat dan lebih

bernyawa/bernilai.

Kata kunci: Lirik lagu, semantik, pengalaman, jiwa

118

PENGGUNAAN BAHASA LISAN PARA PELAJAR DI KOLEJ UNIVERSITI ISLAM

ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS): SATU PEMERHATIAN

Norhasliza Ramli

[email protected]

Norfazila Ab. Hamid

[email protected]

Riduan Makhtar

[email protected]

ABSTRAK

Manusia berbahasa melalui dua medium utama, iaitu melalui bahasa lisan dan bahasa tulisan.

Fokus kepada penulisan ini ialah penggunaan bahasa lisan oleh para pelajar KUIS yang kerap

didengar oleh penulis di KUIS. Dalam pemerhatian penulis mendapati bahawa para pelajar di

KUIS selalu mengamalkan penggunaan kata ganti nama diri, khususnya kata ganti nama diri

kedua dan ketiga yang salah ketika pembentangan berlangsung. Selain itu, penulis mendapati

bahawa para pelajar KUIS tidak mengamalkan cara panggilan sapaan yang betul ketika

berurusan di kaunter pejabat di sekitar kampus KUIS. Di samping itu, para pelajar selalu

menggunakan bahasa rojak ketika pembentangan dan berurusan dengan pensyarah.

Permasalahan yang timbul ini didapati disebabkan oleh beberapa faktor dan penulis turut

memberi saranan ke arah cara mengatasi ataupun langkah segera yang perlu diambil untuk

membetulkan masalah penggunaan bahasa Melayu lisan para pelajar di KUIS.

Kata kunci: Bahasa lisan, pelajar KUIS, faktor-faktor, langkah-langkah

119

BOTTOM TO UP APPROACH PRACTICED BY LOCAL GOVERNANCE

Suzei Mat Nurudin1 Nor Suhaiza Md Khalid2 Zarina Mohd Zain3 Dr. Thenmolli Vadevello4

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Kampus Seremban 3, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

012-2597004, 012-2746015, 012-6458612

[email protected],[email protected],[email protected].

[email protected]

ABSTRACT

Bottom to up approach means involving the communities at the various levels of the

development programme and covers the definition phase, implementation, evaluation and the

revision of the programme either directly or through those bodies represented local people with

collective interests such as the professional organisations, women’s’ groups, cultural

associations and residence association. At the local level, the approach is known as local

agenda 21 which involved local public participation in the local government activities. Local

Agenda 21 (LA21) is a Global Action Plan towards Sustainable Development for the first 21st

century introduced in the Earth Summit Conference held in Rio de Janeiro emphasized on the

cooperation of Local Authority and participation from the public. The LA21 was adopted by

Alor Gajah Municipal Council (MPAG). Sungai Pengkalan, Melaka was selected as the first

pilot site for the LA21 implementation. The study focused on the participatory aspects of the

LA21 programme based on the bottom to up approach practiced by MPAG and issues

associated. This study attempts to obtain the feedback on the implementation of LA21 at

MPAG. A total of 72 sets of questionnaire-based responses were obtained for the final analysis.

The finding shows that the programme has successfully attracted all relevant stakeholders

following the inclusive principle. It is also found that the respondents viewed the

implementation of LA21 at Alor Gajah very positively. Besides, the respondents also expressed

strong support for future LA21 programmes, especially those involving environmental

protection. In spite of that, some members viewed that the promotional strategies on LA21

should be covering a wider spectrum of the society in the district.

Keywords: Bottom to up approach, local agenda 21, local authority, public participation

120

FOLKLORE THROUGH NEW MEDIA

Siti Zubaidah Raja Mohd Shahnuddin

Faculty of Film, Theatre and Animation

Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +60123379492 Email: [email protected]

Nur Nafishah Azmi

Faculty of Film, Theatre and Animation

Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +60175691248 Email: [email protected]

Wan Ainaa Atiqah Mohd Ismadi

Faculty of Film, Theatre and Animation

Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +0173443160 Email: [email protected]

ABSTRACT

Folklore refers to the traditional beliefs and stories of a community. There are various

kinds of folklore that includes folktales, myths, legends, beliefs, and practices

(Emrich, 1946; Sims & Stephens, 2005). However, through the turn of wheel, in this twenty

first century, the generation’s tendency is more to be engulfed in technology. Folklore in this

era is experiencing the change from the traditional to the modern approach of new media.

Folklore that has been specifically selected for this research paper is folktale. This research

aims to explore how folktales remain relevant in the era of digital technology. Folktales and

tales from oral tradition are important way of communicating with children. Referencing Abdul

Rahim Marsidi (Warna Kehidupan: Tradisi bercerita terhenti, para. 8), mentioned “tidak lagi

boleh berpatah balik ke zaman lampau, sebaliknya perlu merintis dunia kartun dan animasi

dengan mengabadikan cerita klasik dalam bentuk baru tanpa mengubah latar yang menjadi

sebahagian sosiobudaya masyarakat negara ini.” (Translate as; No longer looking back to the

past, on the other hand, we need to pioneer the world of cartoon and animation by conserving

the classic story in a new form). This paper is to compare and contrast the method of oral

storytelling (oral narratives) and digital storytelling (animated folklore via tablet). This

research is designed to use the interpretive method and applies case study with descriptive

qualitative approach. The result from this study, we tend to notice changes, that noticing

change in our societal or cultural ground conditions indicates the presence of a new message

that is the effects of a new medium. This research paper is conducted for a reason to prove that

our old heritage such as folklore can still survive and be accepted. It also shows how the old

tradition and the new media intertwined.

Keyword: Folklore, oral storytelling, new media

121

PERANAN KOMUNIKASI IBU BAPA TERHADAP PROSES BIMBINGAN DAN

PENYAMPAIAN MAKLUMAT KEPADA ANAK-ANAK

Noraini Mohamad

Safinah Ismail

Nazneen Ismail

ABSTRAK

Komunikasi memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan proses

bimbingan kepada anak-anak. Penggunaan komunikasi yang tepat akan memberi kesan yang

positif terhadap perkembangan anak-anak. Anak-anak pada masa kini lebih gemar melihat

perlakuan atau perbuatan ibu bapa berbanding ucapan yang dilontarkan. Seharusnya sebagai

ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam menyampaikan maklumat dan bimbingan

kepada anak-anak dengan menggunakan komunikasi yang tepat. Komunikasi yang tepat bukan

sekadar menggunakan bahasa dan suara yang bersesuaian, malah ia memerlukan kombinasi

bahasa badan yang tidak mengelirukan. Justeru kajian ini telah mengkaji secara konsep

berdasarkan beberapa perbincangan dalam penulisan yang terpilih bagi mengenal pasti bentuk

komunikasi berkesan yang boleh digunakan oleh ibu bapa ketika menyampaikan maklumat

kepada anak-anak. Hasil kajian mendapati bentuk komunikasi ibu bapa yang berkesan banyak

dipengaruhi oleh beberapa faktor, antaranya ialah penggunaan suara, pemilihan bahasa, unsur

pujian, humor dan kebebasan ketika menyatakan pendapat.

122

ASIMILASI BUDAYA MELAYU DALAM MASYARAKAT MALABAR MUSLIM DI

MALAYSIA

Jessica Ong Hai Liaw

[email protected]

Abdul Hamid Moiden

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

ABSTRAK

Masyarakat Malabar Muslim merupakan kaum minoriti Muslim di Malaysia. Masyarakat yang

berasal dari Kerala India sudah berada di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu

Melaka lagi. Salah satu teori penyebaran Islam ke Tanah Melayu dikaitkan dengan masyarakat

minoriti yang bermazhab Syafie ini. Masyarakat ini kini banyak menetap di negeri Johor,

Selangor, Melaka dan Pulau Pinang. Tumpuan kajian adalah untuk melihat asimilasi budaya

Melayu dalam kehidupan masyarakat Malabar Muslim dengan melihat aspek sosial dan budaya

yang merangkumi asimilasi komunikasi bahasa, pendidikan, pakaian tradisional, perkahwinan.

Kajian ini merupakan sebuah kajian “non-experimental’ yang berfokus kepada kajian lapangan

dan temu bual. Data kajian dikumpul melalui temu bual dan kaji selidik. Hasil kajian

menunjukkan bahasa masyarakat Malabar Muslim semakin kehilangan identiti mereka di

Malaysia. Mereka mula mengasimilasikan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka.

Makalah ini juga memberikan beberapa cadangan untuk mengekalkan identiti mereka di

Malaysia dan pendokumentasian perlu dilakukan untuk memelihara adat dan tradisi mereka

agar tidak luput ditelan zaman.

Kata kunci : Malabar Muslim, asimilasi, komunikasi, budaya Melayu

123

ADAPTASI TIDAK MENGEKALKAN KARYA ASLI TETAPI

MEMPERTAHANKAN IDEA ASLI

Wan Ainaa Atiqah Mohd Ismadi

Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +60173443160 Email: [email protected]

Nur Nafishah Azmi

Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +60175691248 Email: [email protected]

Siti Zubaidah Raja Mohd Shahnuddin

Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +60123379492 Email: [email protected]

Dayang Kartinah Said

Fakulti Filem, Teater dan Animasi, Universiti Teknologi MARA, Malaysia

Tel: +601140131937 Email: [email protected]

ABSTRAK

Pada tahun 2014, Rina Saraswati menjelaskan semakin banyak hasil karya; cerita-cerita rakyat

mahupun sastera diterjemahkan dalam bentuk filem adaptasi dan berkemungkinan hasil

adaptasi baru akan menjadikan sesebuah cerita itu semakin jauh dari cerita asalnya.

Mengadaptasi satu karya lama ke sebuah karya baru dengan perubahan sosial pada hari ini agak

menyulitkan. Perkara ini membuatkan intipati dalam cerita asal berubah keseluruhannya.

Untuk membuktikan bahawa isu ini agak serius, kajian akan mengambil filem adaptasi Another

Cinderella Story (2008) arahan Damon Santostefano dan filem Cinderella (2015) arahan

Kenneth Branagh yang mengadaptasi idea asal cerita rakyat yang bertajuk Cinderella. Adakah

idea asal tentang seorang anak gadis yang dibenci oleh ibu tirinya masih kekal sebagai idea

utama atau pengarah pada hari ini hanya ingin menumpang populariti penggunaan nama

Cinderella tersebut? Pengadaptasian ini akan dirungkaikan menggunakan teori oleh Hatcheon

(2006) dengan melihat kepada pendekatan budaya, semasa filem itu mengalami proses

terjemahannya. Kaedah tekstual analisis akan digunakan apabila filem menjadi sumber utama

kajian dan teori adalah penyokong kepada analisis yang dikemukakan. Harapan kajian ini dapat

menyumbang ilmu kepada penulis skrip, pembikin filem dan penonton bahawa adaptasi tidak

akan mengekalkan karya asli tetapi mampu mempertahankan idea asli.

Kata kunci: Karya, filem, adaptasi,budaya

124

HUBUNGAN ANTARA AMALAN KEPIMPINAN ISLAM DENGAN KOMITMEN

TERHADAP ORGANISASI: KAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

SWASTA (IPTS), SELANGOR.

Muhammad Fadzlu Illahi Mohd Dzakhiruddin

[email protected]

Alawiyah Tengah

[email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Kepimpinan merupakan salah satu aspek yang penting untuk mencapai objektif organisasi.

Amalan kepimpinan Islam berhubung rapat dengan komitmen kerja pekerja dalam organisasi.

Kajian ini menggariskan dua objektif utama iaitu untuk mengenalpasti tahap amalan

kepimpinan Islam dalam kalangan pengurusan di IPTS, dan untuk mengenalpasti hubungan

amalan kepimpinan Islam dengan komitmen kerja terhadap organisasi serta mengukur

pengaruh antara keduanya. Terdapat dua dimensi dalam kepimpinan Islam iaitu prinsip

kepimpinan Islam dan ciri-ciri kepimpinan Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kajian

kuantitatif yang mana set soal selidik telah diedarkan kepada 242 responden yang terdiri

pegawai pentadbiran dan pegawai akademik di IPTS telah terlibat dalam kajian ini. Data

dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistik. Hasil analisis deskriptif, didapati amalan

Kepimpinan Islam berada ditahap yang tinggi iaitu prinsip kepimpinan Islam (4.06) dan ciri-

ciri Kepimpinan Islam (3.91). Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan

antara prinsip (r=0.400) dan ciri- ciri (r=0.333) kepimpinan Islam dengan komitmen kerja

pekerja dalam organisasi. Keputusan kajian menunjukkan wujud hubungan yang saling

mempengaruhi antara kepimpinan Islam dan komitmen kerja pekerja dalam organisasi. Hasil

kajian juga mendapati dimensi prinsip kepimpinan Islam lebih dominan berbanding ciri-ciri

kepimpinan dalam mempengaruhi komitmen pekerja di IPTS. Prinsip-prinsip kepimpinan

Islam seperti prinsip tauhid, syura, keadilan serta ciri-ciri kepimpinan Islam seperti sabar,

akhlak yang terpuji, kepercayaan penuh kepada misi kumpulan, kesedaran sosial dan kepekaan

terhadap persekitaran memberi kesan kepada komitmen pekerja terhadap organisasi.

Kata kunci: Kepimpinan Islam, Prinsip Kepimpinan Islam, Ciri-ciri Kepimpinan Islam,

Komitmen Kerja. Iinstitusi Pengajian Tinggi Swasta.

125

KAEDAH PENDIDIKAN ANAK-ANAK MENURUT ABDULLAH NASIH ULWAN

DALAM MEMBENTUK JATI DIRI: SUATU ANALISIS

Muhammad Saifullah bin Mamat

[email protected]

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

ABSTRAK

Kajian ini menghuraikan kaedah-kaedah utama pendidikan anak-anak menurut Abdullah Nasih

Ulwan dalam membentuk jati diri. Kajian ini dilakukan untuk mengkaji apakah kaedah yang

terbaik bagi membantu untuk membentuk jati diri anak memandangkan kes jenayah dan gejala

sosial hari ini seringkali melibatkan anak-anak yang masih muda terutama dalam kalangan

remaja muslim. Kajian ini akan menggunakan karya Abdullah Nasih Ulwan, mengenai

pendidikan anak-anak dalam islam, kaedah-kaedah pendidikan dan pengaplikasianya. Dalam

menghasilkan kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah

perpustakaan untuk mencari maklumat dan bahan kajian. Kesimpulannya, kaedah-kaedah

pendidikan anak dan pengaplikasiannya perlu diamalkan dan diaplikasi oleh semua pihak

kerana ia sesuatu yang bukan sahaja bertitik tolak dari ajaran al-Quran malah diperkemaskan

dengan keadaan realiti hari ini.

Kata kunci: Pendidikan anak-anak, pendekatan, penyelewengan, jati diri

126

INTERPRETASI AYĀT AL-TASLIYAH: PENELITIAN MEKANISME ALTERNATIF

RAWATAN PSIKOTERAPI PESAKIT NEUROSIS BERTERASKAN AL-QURAN

Abdul Rahim Kamarul Zaman

[email protected]

Jabatan Usuluddin, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra

ABSTRAK

Sebagai model refleksi dan qudwah kepada sekalian manusia, Rasulullah saw telah melalui

pelbagai bentuk ujian, cabaran dan tekanan. Al-Quran merakamkan Rasulullah saw pernah

mengalami gangguan keresahan dan bersusah hati yang diklasifikasi dalam kategori gangguan

mental neurosis. Kondisi berkenaan merupakan implikasi persekitaran sejarah dakwah Baginda

saw yang sangat mencabar. Gangguan mental Neurosis berlaku apabila individu berhadapan

samada gangguan interaksi dalaman atau persekitaran sosial. Gangguan tersebut mendatangkan

implikasi terhadap kelakuan dan pemikiran sehingga mengakibatkan penderitaan pada pesakit.

Dalam hal ini, al-Quran turut memaparkan beberapa ayāt al-tasliyah sebagai gambaran

terdapatnya mekanisme rawatan psikoterapi rabbānī kepada Rasulullah saw. Sehubungan itu,

kajian ini dikemukakan bagi meneliti interpretasi koleksi ayāt al-tasliyah bagi memberikan

panduan alternatif rawatan psikoterapi pesakit neurosis berteraskan al-Quran. Kajian ini adalah

berasaskan metode kualitatif melalui pendekatan diskriptif semula. Hasil kajian ini mendapati

al-Quran sarat dengan khazanah metode psikoterapi komplimentari yang sesuai digunakan ke

atas pesakit gangguan mental neurosis. Penemuan ini menggambarkan bahawa umat Islam

mempunyai pelbagai mekanisme alternatif bagi rawatan psikoterapi yang boleh diaplikasi

bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.

Kata Kunci: Psikoterapi, Alternatif, Pesakit Neurosis, Interpretasi, Āyāt al-Tasliyah.

127

FALSAFAH KETUHANAN YAHUDI: TUMPUAN KEPADA PEMIKIRAN MUSA

BIN MAYMUN

Nurhanisah Binte Senin

Jabatan Dakwah Usuluddin, FPPI, KUIS

ABSTRAK

Kertas kerja ini akan membincangkan konsep ketuhanan Yahudi menurut pemikiran Musa bin Maymun

yang merupakan antara pemikir awal yang menggariskan 13 rukun kepercayaan dalam ajaran Yajudi.

Musa bin Maymun menegaskan konsep monoteisme dengan menggunakan pendekatan logik akal dan

falsafah dalam bukunya Dalalah al-Ha’irin. Pemikiran beliau yang cenderung untuk mengharmonikan

agama dan falsafah jelas terlihat dalam perbahasannya dalam konsep ketuhanan. Jelasnya, Musa bin

Maymun dalam menjelaskan konsep ketuhanan menegaskan kewujudan, keesaan dan ketidakjisiman

Tuhan berbeza dengan kewujudan lain. Dengan mengatakan Tuhan itu esa adalah dengan mengakui

bahawa Tuhan tidak mempunyai sebarang bentuk dan jisim dan Tuhan merupakan ‘Aql, ‘Aqil dan

Ma’qul menurut Musa bin Maymun. Tuntasnya, walaupun Musa bin Maymun merupakan pemikir

terawal dalam meletakkan kerangka akidah Yahudi, namun dalam pemikirannya jelas terpengaruh

dengan pemikiran falsafah Yunani.

Kata kunci: Tuhan, Yahudi, Musa Maymun

128

KEPERCAYAAN TERHADAP KESUCIAN LEMBU MENURUT AJARAN HINDU

Nurhanisah Binte Senin

Nazneen Binti Ismail

Nurzatil Ismah Binti Azizan

Zainory Bin Shafie

ABSTRAK

Di Malaysia, lembu merupakan haiwan yang sering dijadikan korban berikutan mudah didapati

di samping kos yang mampu biaya dan dagingnya dapat dinikmati lebih ramai orang

berbanding haiwan lain. Namun begitu, penyembelihan lembu korban di Sekolah Kebangsaan

Puchong Jaya pada tahun 2013 telah menimbulkan reaksi daripada masyarakat Hindu di situ.

Ia berikutan menurut kepercayaan penganut Hindu, lembu merupakan haiwan yang suci, tidak

boleh disembelih dan dimakan. Dalam ajaran Hindu, lembu diagungkan atas tiga faktor utama

iaitu pertama lembu menjadi wahana kepada dewa, kedua lembu dianggap sebagai ibu selain

ibu yang melahirkan, ketiga lembu menjadi binatang peliharaan yang paling disanjung kerana

banyak berbakti kepada manusia. Penghargaan masyarakat Hindu terhadap lembu

dimanifestasikan menerusi sambutan hari Ponggal iaitu pesta menuai selama beberapa hari dan

hari kedua daripada perayaan tersebut dikhususkan untuk memberi penghargaan kepada lembu

peliharaan mereka. Oleh kerana Malaysia merupakan sebuah negara bermasyarakat majmuk,

maka perbezaan agama dan budaya adalah suatu perkara yang dimaklumi bersama. Yang

demikian, kajian ini akan menyorot kepercayaan masyarakat Hindu terhadap kedudukan lembu

agar dapat menjadi jambatan dalam diskusi dialog antara agama.

Kata kunci: Hindu, Lembu, Dialog agama

129

SATU KONSEP BERLAINAN LAMBANG

Hasnah Mohamad

[email protected]

Amira Razlan

[email protected]

ABSTRAK

Istilah bermula daripada konsep bagi sesuatu objek konkrit atau abstrak, diikuti dengan

lambang. Itulah yang menjadi prinsip Teori Umum Peristilahan. Konsep bersifat universal

begitu juga dengan objek, namun lambang berbeza antara sosiobudaya yang berbeza

disebabkan pandangan dunia yang berbeza antara sebuah kelompok masyarakat dengan

kelompok yang lain. Hal inilah yang akan dihuraikan dalam makalah ini, yang merupakan

kajian terhadap perbezaan lambang yang diberikan terhadap objek dan konsep yang sama.

Dalam kajian ini, lambang merujuk pada label atau sifat yang diberikan terhadap objek dan

konsep, iaitu kosa kata haiwan dalam peribahasa Melayu, Cina dan India. Kajian ini

membandingkan peribahasa Melayu, Cina dan India dengan mengehadkan pada peribahasa

yang menggunakan kosa kata haiwan yang sama bagi ketiga-tiga kelompok masyarakat

tersebut. Teori Umum Peristilahan digunakan dalam penganalisisan data kajian. Kajian

mendapati bahawa terdapat perbezaan tanggapan terhadap haiwan tertentu antara ketiga-tiga

kelompok masyarakat yang dikaji. Kajian ini menunjukkan perbezaan tanggapan tersebut perlu

difahami dan dihormati untuk mengelakkan perselisihan faham antara kelompok masyarakat

yang berbeza.

Kata kunci : Istilah, konsep, objek, lambang, Teori Umum Peristilahan

130

HEDONISM CULTURE AMONG UNDERGRADUATES AT ISLAMIC

UNIVERSITY AND IT’S IMPACT TOWARDS NATION BUILDING

`Adlina binti Abdul Khalil

Sultan Abdul Halim Mu`adzam Shah International Islamic University

Rosfazila binti Abdul Rahman

International Islamic University College Selangor

ABSTRACT

Entertainment media spread out Malaysia because of the advancement of technology exist. The

existence of such medium give impacts among youth and all level of ages. Drawing from the

current study addresses there is connection between entertainment media and psychosocial

factors. According to the demand of entertainment media, this research is trying to see the

manifestation of hedonism among undergraduates, relatonship between hedonism culture and

entertainment media, relationship between hedonism and psychosocial and aspects of

entertainment media from Islamic perspectives. About 150 undergraduates participate in this

research by simple random sampling from different fields of study at one of the Islamic

university in northern region of Malaysia. Methods applied in this research was quantitative

methodology and self-administered questionnaires were set up. Data been analyzed through

descriptive analysis (mean, standard deviation, frequency and percentage) and T-Test. Pilot

test did towards 30 students shown value from cronbach alpah was 0.89. Findings from the

research shown entertainment media and psychosocial have relationship towards hedonism

culture. Some of the aspects contribute to such attitudes because of the development on

technology and as a medium to release stress.

Keywords: Hedonism, undergraduates, nation building

131

IBRAH BERDASARKAN BUDAYA MAKANAN MELAYU DALAM CERPEN

MELAYU PILIHAN

Kamariah Kamarudin

[email protected]

Zaitul Azma Zainon Hamzah

[email protected]

Pabiyah Hajimaming@Toklubok

[email protected]

Ida Baizura Bahar

[email protected]

Universiti Putra Malaysia

ABSTRAK

Perkembangan kesusasteraan Melayu menyaksikan hubungan yang erat antara masyarakat

dalam pengkaryaan. Hal ini demikian kerana kepekaan pengarang terhadap isu semasa dan

persekitaran dalam masyarakat yang boleh dijadikan ibrah terhadap pembaca. Didapati bahawa

persoalan yang dikemukakan dalam karya sastera khususnya karya prosa, iaitu sama ada novel

atau cerpen bertitik-tolak daripada keupayaan pengarang untuk menyampaikan perutusan yang

bermanfaat dalam pengkaryaan. Menurut perspektif Islam, ibrah merupakan pelajaran dan

pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan. Hal ini sejajar dengan surah al-Hasyr

ayat 2 yang bermaksud “ambillah ibrah (pelajaran darinya) wahai orang-orang yang celik mata

hatinya” Berdasarkan terjemahan ayat al-Quran tersebut jelas menunjukkan bahawa ibrah

dapat dijadikan sebagai tunjang untuk pembaca memperoleh perutusan yang berguna dalam

pengkaryaan. Justeru, makalah ini menelusuri ibrah berdasarkan budaya makanan Melayu

dalam cerpen Melayu pilihan, iaitu Bihun Goreng Berkuah Laksa, Serondeng Nasi Pulut dan

Kerana Kuih Koci. Kajian akan memperhati tentang perlambangan dalam makanan Melayu

untuk disejajarkan dengan masyarakat Melayu yang sarat dengan kepelbagaian menu dan

hidangan. Berdasarkan kajian jelas menunjukkan bahawa menerusi budaya makanan Melayu

terserlah ibrah yang dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam pergulatan kehidupan. Hal

ini demikian kerana perlambangan dalam budaya makanan Melayu dapat mendidik masyarakat

ke arah kebaikan, kebenaran dan keindahan. Maka, ini sekali gus dapat membangun

keperibadian dalam usaha merungkai kemaslahatan yang melingkari masyarakat hari ini.

Kata kunci: Ibrah, budaya, makanan Melayu, cerpen Melayu, pilihan

132

ANALISIS KAJIAN SAKTAH DALAM KALANGAN ILMUAN:

TINJAUAN LITERATUR

Muhammad Hatta bin Shafri (PPT, KUIS)

Muhammad Aizat Syimir bin Rozani (FPPI, KUIS)

Mahfuz bin Suhaimi (FPPI, KUIS)

ABSTRAK

Ilmu al-Qiraat merupakan salah satu daripada cabang Ulum al-Quran. Ia merupakan ilmu yang

membincangkan berkenaan kaedah menyebut kalimah-kalimah dalam al-Quran disamping

menjelaskan perbandingan bacaan antara imam-imam qiraat. Antara topik yang disentuh dalam

ilmu ini adalah Saktah dan ia telah dibahas oleh ulama terdahulu dan ulama kontemporari

dalam karya mereka. Namun, kajian berkenaan Saktah ini masih belum mendapat perhatian

yang meluas dalam kalangan ilmuan Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan (1) Mengkaji

tema pengkaji lepas berkaitan Saktah. (2) Mengenalpasti isu yang boleh dijadikan kajian baru

pada masa akan datang. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan reka bentuk tinjauan

literatur. Pemerolehan data dilakukan secara kandungan yang terdiri daripada tesis, disertasi,

buku, jurnal, kertas kerja, seminar prosiding dan laman sesawang. Data-data ini pula dianalisis

secara tematik. Di samping itu, analisis deskriptif digunakan dengan statistik. Antara elemen

yang dikaji berkenaan Saktah ialah definisi Saktah, syarat-syarat Saktah, jenis-jenis dan tempat

Saktah berdasarkan imam-imam qiraat dan analisis daripada sudut bahasa arab serta

tafsirannya.

Kata Kunci : Saktah, ilmu al-qiraat, ulum al-Quran, tajwid.

133

KEPEMIMPINAN DEMOKRATIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN

KERJA DI SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI SEBERANG PERAI, PULAU PINANG

Mohd Naim Bin Hasan

[email protected]

Mohd Izham Bin Haji Mohd Hamzah

[email protected]

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepemimpinan demokratik dan hubungannya

dengan komitmen kerja guru di sekolah rendah agama rakyat. Seramai 60 orang guru dari 3

buah sekolah rendah agama rakyat di Seberang Perai telah dipilih secara rawak sebagai

responden dalam kajian ini. Instrumen soal selidik digunakan untuk mengenalpasti tahap

kepemimpinan demokratik guru besar dari aspek pendekatan perbincangan, penurunan tugas,

pembimbing orang bawahan dan kerja berpasukan. Sementara komitmen kerja guru dilihat dari

aspek komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif. Kajian rintis telah

dilaksanakan di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Fathul Ariffin, Penaga (SRITI FA) dan

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Nibong Tebal (SRITI NT) dengan melibatkan 30 orang

guru sebagai responden. Alpha Cronbach digunakan untuk menguji ketekalan dalaman item-

item dalam soal selidik dan nilai yang diperolehi ialah 0.932. Dalam kajian ini analisis

deskriptif seperti min, frekuensi dan peratus digunakan untuk mengenalpasti faktor demografi

umur, kelulusan akademik dan tempoh perkhidmatan, serta hipotesis-hipotesis kajian, selain

menggunakan analisis inferensi ujian-t, ANOVA dan korelasi Pearson. Dapatan kajian

menunjukkan kepemimpinan demokratik guru besar sekolah rendah agama rakyat di Seberang

Perai berada pada tahap sangat tinggi di mana dimensi kerja berpasukan merupakan dimensi

yang paling dominan. Komitmen guru sekolah rendah agama rakyat di Seberang Perai juga

berada pada tahap yang tinggi, dengan komitmen normatif menjadi dimensi komitmen yang

paling dominan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara

kepemimpinan guru besar dan juga komitmen guru berdasarkan faktor demografi. Analisis

menunjukkan wujudnya korelasi yang kuat antara kepemimpinan guru besar dengan komitmen

guru. Ujian regresi menyatakan peramal utama dimensi gaya kepemimpinan guru besar kepada

komitmen organisasi adalah pembimbing orang bawahan dan pendekatan perbincangan.

Kata Kunci: Kepimpinan, demokratik, komitmen kerja, sekolah agama rakyat

134

MENYEMAI BUDAYA ILMU YANG TINGGI DALAM MENEGAKKAN PERPADUAN

MASYARAKAT: PENELITIAN TERHADAP TAMADUN ISLAM ANDALUSIA

Noor Idayu Binti Abd Wahid26

Aemy Elyani Mat Zain27

Rahmahtunnisah Binti Sailin28

Siti Noor binti Ahmad29

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Dr. Fadzila Azni Ahmad30

Universiti Sains Malaysia

ABSTRAK

Masalah perpaduan bukanlah suatu masalah yang baru. Saban hari kita mendengar berita

tentang pelbagai masalah baik dari masalah kekeluargaan hinggalah masalah tadbir urus

organisasi mahupun negara. Kehadiran media sosial yang memudahkan lagi proses

globalisasi selain membawa kesan baik, turut juga membawa kesan negatif seperti penularan

ideologi-ideologi asing yang seterusnya menimbulkan masalah kekeliruan pemikiran dan

krisis identiti, serta menghakis perpaduan di kalangan ummah. Sekiranya tidak dibendung,

bibit-bibit permasalahan ini pasti akan menyebabkan kesejahteraan hidup yang dinikmati

terjejas. Menurut Tan Sri Professor Syed Muhammad Naquib al-Attas, kepincangan yang

menimpa masyarakat zaman ini berpunca dari tiga akar permasalahan yang saling berkaitan,

iaitu kekeliruan dalam ilmu dan pengetahuan, yang seterusnya menyebabkan akar

permasalahan kedua iaitu keruntuhan adab (the loss of adab), dan akhirnya mengakibatkan

lahirnya pemimpin-pemimpin palsu (false leaders) di dalam sesebuah komuniti. Maka, untuk

menguatkan perpaduan serta mencapai kemajuan, fokus harus diberikan oleh pelbagai pihak

untuk menyemai budaya ilmu yang agung, yang dapat meluruskan kembali kekeliruan dalam

ilmu pengetahuan, memperbaiki masalah keruntuhan adab seterusnya menegakkan perpaduan

masyarakat. Penulisan ini akan meneliti iklim budaya intelektual semasa pemerintahan

Umayyah di Andalusia dan Abbasiyyah di Baghdad berdasarkan prinsip pendidikan dalam

Islam menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas. Metod yang digunakan bagi kajian

penulisan ini adalah kajian kepustakaan secara deskriptif dan analisis.

Kata Kunci: Perpaduan, ilmu, budaya ilmu, adab, tamadun Islam Andalusia

KESALAHAN BAHASA DALAM TEKS KHUTBAH JUMAAT JABATAN AGAMA

ISLAM SELANGOR (JAIS)

26 Noor Idayu binti Abd Wahid, Pensyarah di Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS. [email protected] 27 Aemy Elyani Mat Zain, Pensyarah di Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS. [email protected] 28 Rahmahtunnisah binti Haji Sailin, Pensyarah di Jabatan Bahasa Inggeris dan Komunikasi, Fakulti Pengurusan dan Muamalah,

KUIS. [email protected] 29 Siti Noor binti Ahmad, Pensyarah di Jabatan Sains Komputer, Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, KUIS. [email protected] 30 Dr. Fadzila Azni binti Ahmad, Pensyarah Kanan dan Timbalan Pengarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),

Universiti Sains Malaysia. [email protected]

135

Abdul Hamid Moiden

[email protected]

Jessica Ong Hai Liaw

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

ABSTRAK

Khutbah Jumaat disampaikan di dalam masjid pada setiap hari Jumaat. Khutbah Jumaat akan

disampaikan sebelum mengerjakan solat Jumaat secara berjemaah. Lazimnya, teks khutbah

Jumaat berkisar kepada permasalahan yang timbul dalam kalangan masyarakat Islam. Teks

khutbah Jumaat menggunakan laras bahasa agama. Kajian ini dijalankan ke atas teks khutbah

Jumaat dari aspek kesalahan bahasa. Kesalahan bahasa akan merencatkan mesej yang

disampaikan dan menampakkan kecuaian pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan

teks ini. Sebanyak 8 teks khutbah Jumaat dikaji untuk mengenalpasti kesalahan morfologi,

ejaan dan frasa. Dapatan kajian menunjukkan kesalahan yang paling tinggi adalah kesalahan

morfologi, diikuti oleh kesalahan frasa dan ejaan. Metodologi kajian yang digunakan adalah

metodologi analisis kandungan yang merangkumi penyaringan, pengekodan data kajian,

penganalisisan dan pentafsiran data. Makalah ini turut mengemukakan cadangan dan saranan

untuk memperbaiki serta meningkatkan penguasaan bahasa Melayu di Jabatan Agama Islam

Selangor untuk mengatasi kesalahan bahasa dalam teks khutbah Jumaat.

Kata kunci: Khutbah Jumaat, laras bahasa agama, kesalahan bahasa

136

USRAH PEMANGKIN DASAR TARBIYAH KUIS: SATU TINJAUAN

Norsaadah bt Din @ Mohamad Nasirudin

[email protected]

Yusni bin Mohamad Yusak

[email protected]

ABSTRAK

Dasar Tarbiah Pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) adalah bertujuan

merancang dan melaksanakan program pembangunan tarbiah dan etika yang melibatkan

pegawai KUIS seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Masjid Al-

Azhar kali pertama bagi tahun 2017 yang bersidang pada 29 Mac 2017 dengan dipengerusikan

oleh Dato’ Rektor KUIS. Objektif kepada dasar tarbiah Pegawai KUIS ini adalah untuk

memberi kefahaman Islam yang syumul kepada pegawai KUIS, membentuk pemikiran dan

tindakan melalui nilai-nilai Islam dalam diri setiap pegawai KUIS, membangunkan jati diri

pegawai KUIS yang mencerminkan KUIS sebagai IPT Islam, menyemarakkan biah solehah di

KUIS melalui pengamalan etika kerja berteraskan Islam oleh pegawai KUIS samada melalui

proses pengajaran dan pembelajaran mahupun urusan harian pentadbiran. Bagi memastikan

keberkesanan kepada pelaksanaan dasar ini, antara strategi yang dibincangkan ialah

pembangunan usrah. Metodologi yang dilaksanakan pada peringkat ini bergantung kepada

jenis aktiviti yang dijalankan seperti usrah umum syarahan, usrah gabungan mahupun usrah

secara berkumpulan.Oleh demikian hasil penulisan ini akan meninjau dapatan dari soal selidik

yang telah diedarkan kepada para pegawai KUIS pada 3 April 2018.

Kata kunci: Usrah, Dasar, Tarbiah

137

PANDANGAN PELAJAR MENGENAI PENGARUH PENILAIAN KURIKULUM

BAHASA ARAB TERHADAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BAHASA ARAB

DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA

Khairatul Akmar Ab Latif

(Corresponding Author)

[email protected]

Ahmad Redzaudin Ghazali

[email protected]

Mohd Rofian Ismail

[email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Makalah ini bertujuan mengenalpasti pandangan para pelajar terhadap pengaruh penilaian

kurikulum النقومي() bahasa Arab bagi Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) di Institusi

Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian dijalankan ke atas 150 orang pelajar yang

terlibat dalam Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) dengan menggunakan teknik

persampelan daripada lima buah IPTA yang menawarkan PSMBA. IPTA yang terlibat iaitu

UKM, UPM, UM, UIAM dan USIM. Kajian tinjauan dijalankan dengan menggunakan soal

selidik. Data-data dihuraikan menggunakan statistik deskriptif peratusan menggunakan

perisian SPSS versi 21. Hasil kajian mendapati sebanyak 90.1 peratus pelajar bersetuju dengan

penilaian kurikulum yang dilakukan terhadap semua mata pelajaran yang mereka pelajari serta

bersesuaian dengan silibus yang diajar kepada mereka. Nilaian peratusan tersebut mewakili

sebanyak 135 orang pelajar yang menjadi responden bagi kajian ini. Manakala sebanyak 15

orang pelajar atau 9.9 peratus kurang bersetuju dengan penilaian kurikulum yang dijalankan

sepanjang pengajian mereka di universiti-universiti terbabit. Terdapat enam faktor tertinggi

yang mendorong kepada persetujuan oleh para pelajar tentang kesesuain penilaian yang

dijalankan, manakala terdapat tiga faktor lain pula yang utama membawa kepada ketidak

persetujuan mengenai penilaian kurikulum yang diketengahkan oleh para pelajar. Secara

kesimpulannya, peratusan yang bersetuju terhadap penilaian kurikulum dalam kajian ini adalah

lebih besar daripada peratusan yang tidak bersetuju. Beberapa cadangan turut dikemukakan

bagi penambahbaikan dalam penilaian kurikulum PSMBA antaranya penekanan penilaian

mestilah dipelbagaikan penilaian tersebut serta dinilai sepanjang sesi pembelajaran berlaku dan

tidak hanya tertumpa pada penilaian bertulis sahaja. Dengan kerjasama daripada kedua-dua

belah pihak dapat memastikan objektif pembelajaran para pelajar didalam penilaian kurikulum

akan dapat dicapai demi meningkatkan kemahiran berbahasa di samping menguasai ilmu-ilmu

asas bahasa Arab dalam kurikulum program bahasa Arab di peringkat Sarjana Muda.

Kata Kunci: Penilaian kurikulum pengajaran, Program Sarjana Muda Bahasa Arab

(PSMBA), Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

138

والغربالسنة النبوية منظور منمفهومها ونظريتها بني الغذائيةاحلمية

Phayilah Yama (PhD),

Suriani Sudi,

Jabatan A-Quran & Al-Sunnah, Fakulti Pengajian Peradaban Islam

Kolej Universiti Isalam Antarabangsa Selangor

Siti Azwani Chek Omar

Jabatan A-Quran & Al-Sunnah, UM

امللخص

وتعتمد احلمية الغذائية صحة اجلسم والوزن، تعد احلمية الغذائية من األنظمة املستخدمة للحفاظ علىمل يقتصر و على حتديد كمية الطعام اليت يتّم تناونا يف خمتلف احلاالت، سواء يف حالة املرض أو الصحة،

يف تعاليمه منها ةختلفامل تعاليم جاءه بكل بل ،يف نشر الدعوة فقط الرسول صلى هللا عليه وسلمالناس على ِذْكر احملرَّمات وحدها، بل ذَهب إىل تنظيم الغذاء احلالل، وإىل توجيِه يكتفيمل و الغذائية

غري أن بعض أمته مل يتبع مبا أرشده .اليت تنَفع أبداهَنم، وحتَفظ صحَّتهم الصحية واحلمية إىل األغذيةواألعراض من األمراض نم مما يسبب مته، نظأع الطعام و ا نو أ عليه وسلم يف تنظيم الرسول صلى هللا

ن آمستشهدا ابألدلة الشرعية من القر ويف هذا املوضوع نستخلص منه مفهوم احلمية الغذائية. املختلفة .ظرايت السنة والغربمقارنتها بني نو وقواعدها وشروطها والسنة

، األطعمة، األشربة، السنة النبوية.لغذائيةاحلمية االكلمات املفتاحية:

139

KREDIBILITI SULTAN AHMAD DALAM PERISTIWA PEMBERONTAKAN

PAHANG (1891-1895)

Amnah Saayah Ismail

Jabatan Kenegaraan Kepemimpinan dan Ketamudunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan

Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sg Besi 57000 Kuala Lumpur

+60123237260 ; [email protected]

Wan Kamal Mujani

Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

43650 UKM Bangi Selangor

+60193324039 ; [email protected]

Burhanuddin Jalal

Jabatan Kenegaraan Kepemimpinan dan Ketamudunan, Fakulti Pengajian dan Pengurusan

Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Kem Sg Besi 57000 Kuala Lumpur

+6013992976 ; [email protected]

ABSTRAK

Pahang menyaksikan kedatangan penjajah pada tahun 1888 dan dua tahun selepasnya berlaku

sebuah peristiwa besar yang dikenali sebagai peristiwa pemberontakan Pahang. Peristiwa ini

merupakan manifestasi rasa tidak senang dan antipenjajah rakyat Pahang terhadap kedatangan

British. Di sebalik peristiwa ini terdapat seorang sultan yang mempunyai kehebatan luar biasa

yang menjadi harapan dan taruhan rakyat dan penjajah British. Baginda yang dimaksudkan

ialah Sultan Ahmad. Justeru kertas kerja ini akan melihat nilai-nilai kepimpinan dan kredibiliti

baginda sebagai seorang sultan yang disayangi rakyat. Penulisan ini akan menggunakan

analisis kandungan dan kajian kepustakaan sebagai metodologi. Menerusi penulisan ini

didapati bahawa Sultan Ahmad merupakan seorang sultan yang pintar dan disayangi seluruh

rakyat Pahang. Baginda dilihat berdolak dalik dengan pelbagai alasan sehingga berjaya

melengahkan kemasukan kuasa British ke atas Pahang. Meskipun akhirnya British berjaya

menjajah negeri Pahang, Sultan Ahmad dilihat sukar difahami dan dibaca pendiriannya oleh

pihak British sehingga apabila peristiwa pemberontakan Pahang ini berlaku British masih gusar

dengan tindak tanduk baginda. Pelbagai tindakan dikenakan British bagi mengurangkan

pengaruh Sultan Ahmad ke atas pejuang Pahang. Namun ia tidak mengurangkan sama sekali

kasih baginda terhadap rakyatnya. Baginda berjaya menampilkan kredibiliti sebagai seorang

ketua tradisi yang disegani dan dihormati rakyat serta digeruni pihak musuh.

Kata Kunci: Kepimpinan, Sultan Ahmad, Pahang, Abad ke-19 Masihi

140

RESILIENSI DAN KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF TERHADAP KOMITMEN

GURU PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN DI SATU DAERAH SATU

DAERAH : DAPATAN KAJIAN AWAL

Salasiah Othman1

[email protected]

Rosadah Abd Majid2

[email protected]

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat faktor yang memberi sumbangan resiliensi dan

kesejahteraan subjektif terhadap komitmen di dalam kalangan guru pendidikan khas sekolah

kebangsaan di Zon Kamunting dan Taiping di daerah Larut Matang Dan Selama, Perak.

Keputusan menunjukkan bahawa terdapat empat elemen utama yang menyumbang kepada

resiliensi. Seramai 31 orang guru Pendidikan Khas dipilih secara rawak dari 4 buah sekolah

rendah di Zon Taiping dan Kamunting daerah Larut Matang dan Selama. Instrumen kajian

diadaptasi daripada dibina berpandukan kepada soal selidik asal oleh Rickwood (2004) dan

Sotomayor (2012) melalui Skala Resiliensi Kerjaya Pendidikan Khas dan diadaptasi oleh

Ramesh (2017). Skala bagi kesejahteraan subjektif dibina daripada Skala Kepuasan Hidup

(SWLS) oleh Ed Diener (1985) dan diadaptasi oleh Ramesh (2017). Manakala Skala Komitmen

guru dibina daripada Soal Selidik Komitmen Organisasi (OCQ) oleh Allen dan Mayer (1991)

yang diubahsuai oleh Awang dan M. Hasani (2016). Kajian rintis telah dijalankan dan

menggunakan kaedah kuantitatif dan data dikumpul melalui soal selidik bagi mendapatkan

nilai Alpha Cronbach intrumen dengan nilai kebolehpercayaan resiliensi adalah 0.947(32

item), kesejahteraan subjektif adalah 0.947 (15 item) dan komitmen organisasi adalah 0.862

(16 item). Dapatan kajian menunjukkan resiliensi berhubung secara signifikan positif dengan

komitmen organisasi, namun begitu kesejahteraan subjektif pula tidak berhubung secara

signifikan dengan komitmen organisasi.

Kata kunci: Resiliensi; Kesejahteraan subjektif; komitmen; guru pendidikan khas

141

TUNTUTAN PENCEGAHAN DADAH MENURUT MAQASID SUNNAH

Dr. Rosni Wazir, Dr. Abur Hamdi Usman, Dr. Norsaleha Saleh, Suriani Sudi, Abdul Hadi

Awang, Syamim Zakwan Rosman

[email protected]

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Pertambahan bilangan penagih dadah dalam masyarakat pada hari ini amat meresahkan

meskipun pelbagai pendekatan telah diambil untuk menyelesaikan isu ini. Statisitik

pertambahan penagih dadah baru dan berulang pada saban tahun pula menunjukkan keperluan

terhadap penambahbaikan terhadap usaha pencegahan sedia ada. Umum mengetahui langkah

pencegahan merupakan langkah mengatasi dadah yang terbaik kerana keberkesananya serta

menjimatkan kos. Terdapat keperluan kepada analisis pandangan maqasid sunnah terhadap

usaha pencegahan dadah. Maqasid sunnah merupakan objektif tertinggi yang ingin

direalisasikan oleh sunnah dalam kehidupan manusia. Sunnah pula sebagai sumber

perundangan kedua di dalam Islam selepas al-Quran merupakan ikutan dan sumber kekuatan

kerohanian umat Islam. Kerohanian yang diterapkan dalam ajaran sunnah dapat membentuk

benteng yang kukuh untuk mencegah penggunaan dan penagihan dadah. Pendekatan yang

digunakan dalam Islam ini dilihat sesuai untuk mengembalikan mereka kepada fitrah kejadian

manusia. Justeru, berdasarkan metode kualitatif kepustakaan, artikel ini menghuraikan

pandangan maqasid sunnah terhadap pencegahan dadah dan elemen yang diterapkan dalam

usaha pencegahan. Maqasid sunnah merupakan intipati sunnah yang dapat memberikan

pemahaman sebenar berkenaan sesuatu permasalahan menurut kaca mata sunnah. Dapatan

artikel ini menunjukkan terdapat beberapa hadis dan pandangan sarjana berlandaskan maqasid

sunnah tentang pencegahan dadah serta tuntutan pemerkasaanya. Oleh yang demikian, melihat

dan menangani isu penagihan dadah berdasarkan bimbingan nabi SAW merupakan langkah

yang terbaik.

Kata Kunci:Pencegahan, Dadah, Kerohanian, Maqasid, Sunnah

142

PERSEPSI PEMIKIRAN ASPIRASI AKAL BUDI TERHADAP SEMANGAT

PATRIOTISME DALAM KALANGAN PEGAWAI TENTERA DARAT MALAYSIA

Jessica Ong Hai Liaw (UPNM), Rosfazila Abd Rahman (KUIS), Ahmad Azan bin Ridzuan

(UPNM), Norlaila Mazura Mohaiyadin (UPNM), Abdul Hamid Moiden (UPNM)

ABSTRAK

Aspirasi akal budi tentera menjadi satu tonggak kecemerlangan organisasi Tentera Darat

Malaysia (TDM). Era globalisasi turut mempengaruhi aspirasi akal budi tentera dalam menjana

kecemerlangan oraganisasi Tentera Darat Malaysia (TDM). Pemikiran apirasi akal budi tentera

terbentuk melalui penampilan kepahlawanan, tingkah laku yang jelas Pemikiran apirasi akal

budi tentera terbentuk melalui penampilan kepahlawanan, tingkah laku yang jelas, kesopanan

ketenteraan, tanggungjawab kepada peralatan, kemahiran ketenteraan, motivasi dan latihan

yang menjadi orientasi kehidupan institusi ketenteraan dalam membina semangat patriotisme.

Semangat patriotisme diterjemahkan sebagai cinta kasih yang kental dan kekal terhadap bangsa

dan negara akan terbentuk melalui latihan ketenteraan yang jitu. Justeru itu, kajian temu bual

telah dijalankan ke atas 20 orang pegawai Tentera Darat Malaysia di Kem Tentera Darat iaitu

Perlis, Kelantan, Pahang dan Melaka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aspirasi

akal budi tentera yang merangkumi dimensi-dimensi seperti penampilan kepahlawanan,

tingkah laku yang jelas, kesopanan ketenteraan, tanggungjawab kepada peralatan, kemahiran

ketenteraan, motivasi dan latihan yang mendatangkan kesan dalam pembentukan semangat

patriotisme. Dimensi-dimensi utama yang relevan ini berperanan sebagai faktor penentu

kepada aspirasi akal budi tentera ketika membentuk semangat patriotisme dalam kalangan

pegawai TDM. Di samping itu, penelitian tuntutan konsep latihan ketenteraan yang saling

menyokong dengan aspirasi akal budi tentera membentuk semangat patriotisme sebagai

panduan dalam pembangunan semangat jati diri kepahlawanan dalam kalangan pegawai TDM.

Kata Kunci : aspirasi, akal budi, kepahlawanan, kesopanan ketenteraan, jati diri

143

AMALAN KEPIMPINAN TEKNOLOGI PENGETUA SEKOLAH BERASRAMA

PENUH BERSTATUS BERPRESTASI TINGGI DARI PERSPEKTIF GURU

Roslan bin Yasnain

[email protected]

Mohd Khalid Mohamad Nasir

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pemimpin dalam institusi pendidikan mempunyai cabaran yang besar untuk menjadi peneraju

bukan sahaja diperlukan untuk menguasai pelbagai teori kepimpinan, tetapi juga harus

menerapkannya dalam institusi. Pada hari ini cabaran yang dihadapi oleh pemimpin pendidikan

bukan sekadar isu akademik sahaja bahkan meliputi persekitaran teknologi. Kepimpinan

mempunyai hubungan yang positif dalam prestasi sesebuah organisasi dengan kesan yang

signifikan dalam mempengaruhi individu dan organisasi mempercepat keberkesanan dalam

pengunaan teknologi di sekolah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau terhadap amalan

kepimpinan teknologi pengetua di Sekolah Berasrama Penuh berstatus berprestasi tinggi dari

perspektif guru. Amalan kepimpinan teknologi pengetua di nilai menggunakan standard ISTE

yang mempunyai lima standard. Kajian ini berbentuk kuantitatif dalam meneliti lima aspek

kepimpinan teknologi pengetua iaitu dimensi kepimpinan berwawasan, budaya pembelajaran

era digital, kecemerlangan amalan profesional, penambahbaikan menyeluruh dan warga

digital. Data kuantitatif diperolehi daripada Soal Selidik Penilaian Kepimpinan Teknologi

Pentadbir yang ditadbirkan kepada guru-guru sekolah yang terlibat. Hasil kajian mendapati

keseluruhan standard yang dikaji menunjukkan amalan pengetua kepimpinan teknologi

pengetua pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa pengetua telah mengamalkan

kepimpinan teknologi yang berkesan.

Kata Kunci: Amalan kepimpinan, teknologi, pengetua sekolah berasrama penuh

THE CONCEPT OF MORAL PERSON: DHARMASASTRA (ANCIENT CODE OF

ETHIC) IN A GLOBAL WORLD.

144

Mr. Muthualagan Thangavelu

General Studies Unit, Quest International University Perak, Malaysia

[email protected]

Mr. Taufik B. A. Latif

Department of General Studies, Faculty of Creative Industries,

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia.

[email protected]

Ms Ira Meilita Bt. Ibrahim

Department of General Studies,Faculty of Creative Industries,

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia.

[email protected]

Mr. Afi Roshezry B. Abu Bakar

Department of Journalism,Faculty of Arts & Social Sciences,

Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Malaysia.

[email protected]

ABSTRACT

The purpose of this paper is to review the conceptual of moral person from the ancient code of

ethics “dharmasastra’s” perspectives. According to Marvin (1998), there are 7 aspects that closely

related to the concept of moral person and it’s to be sufficient to cover most of what comprises the

moral person and also can be considered as basis for generating further discussion about the nature

of moral personhood. The seven parts of moral person are as follows: moral behaviour, moral

values, moral character, moral reason, moral emotion, moral identity, meta-moral characteristics.

Where else the Dharmasastra involves the facts about the code of ethics or righteous conduct of

humankind. According to the Manu: II: 4 there are no action of human without considering or

involving the desire; whatever man done it is the result of the impulse of desire. From the analysis

the human instinct or conduct, happens because of the force behind every action of a human being

which is his own desire (kama). The natural desire of mankind was found to be the desire to have

enjoyment of wealth (material), emotional pleasure, and sexual enjoyment and so on. Which means

its correlate with the seven parts of the moral person as per stated earlier. In nutshell, every human

being who exercises the three types of controls (control over the mind, control over the body, and

control over the speech) in respect of all living beings secures real happiness and success in his

life. So human in this stage will be considered as a moral person as a whole.

Key words: Moral person, Ancient Code of Ethics

145

KELEBIHAN PENGAJIAN KITAB HADIS SECARA TALAQQI BERSANAD

Farhah Zaidar Mohamed Ramli

Fakulti Pengajian Peradaban Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

Farah Nur-Rashida binti Rosnan

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Talaqqi Bersanad merupakan pendekatan berkonsepkan pengajian ilmu secara langsung di hadapan

guru al-musnid dengan mempraktikkan kaedah al-talaqqi iaitu al-samac, al-qira’ah serta al-ijazah.

Manakala guru tersebut berpengalaman mempelajari kitab melalui proses yang sama dengan guru-

gurunya sehingga sampai sanad kepada penyusun kitab. Menerusi talaqqi bersanad, mekanisme

periwayatan hadis terus berganjak kepada periwayatan kitab-kitab hadis selari dengan perubahan

dan perkembangan zaman. Implikasi utama aplikasi talaqqi bersanad ialah mengekalkan tanpa

putus silsilah sanad hadis yang pada awalnya bukan sahaja bermula tetapi berakhir kepada sandaran

mutlak sumber hadis iaitu Rasulullah . Makalah ini bertujuan untuk mengkaji kelebihan khusus

pengajian kitab hadis secara talaqqi bersanad. Data-data dikumpul menerusi metode temubual

mendalam dan analisis dokumen berkaitan. Dapatan kajian dianalisis secara deskriptif.

Kesimpulannya terdapat empat kelebihan pengajian kitab hadis secara talaqqi bersanad iaitu

pengekalan sanad, persambungan sanad hadis dengan sumber hadis, teladan tradisi ahli hadis dan

pengadaptasian metode al-tahammul wa al-ada’.

Kata kunci: kelebihan, kitab, hadis, talaqqi, sanad.

146

PERSEPSI FAKTOR PEMILIHAN PERUMAHAN BERKONSEP KOMUNITI

BERPAGAR

Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek & Nur Hidayah Abdul Manap

Pusat Pembangunan, Sosial dan Persekitaran

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Zaman kini, wujudnya skim perumahan komuniti beragar adalah untuk mendapatkan

keselamatan yang terbaik akibat peningkatan jenayah di Bandar, pembangunan yang pesat,

penghijrahan masyarakat dalam mendapatkan kehidupan yang terbaik di kawasan bandar.

Kejadian jenayah yang meningkat dari masa ke masa seiring dengan urbanisasi yang berlaku

pada masa sekarang telah menjadian Perumahan Komuniti Berpagar berkembang pesat.

Perumahan Komuniti Berpagar ini mempunyai pelbagai ciri dan pelbagai konsep. Oleh itu,

kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan untuk

mendiami perumahan komuniti berpagar. Kajian kelapangan telah dilakukan dengan

mengedarkan soal selidik serta temubual dilakukan untuk mengetahui faktor Perumahn

Komuniti Berpagar ini menjadi pilihan masyarakat pada zaman sekarang. Dapatan daripada

kajian ini dapat merungkai ada sebab lain namun begitu faktor utama memilih kawasan

berkonsepkan komuniti berpagar adalah disebabkan faktor keselamatan.

Kata Kunci : Komuniti Berpagar, Keselamatan, Pemilihan, Perumahan, Persepsi

147

PENCAPAIAN DALAM PELAKSANAAN DUAL LANGUAGE PROGRAMME (DLP)

DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

Nor Hasikin Hamaludin1 , Roslinda Rosli2

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meninjau pencapaian dalam pelaksanaan Dual Language

Programme (DLP) dalam pengajaran dan pembelajaran DLP di mana kajian ini menentukan

sama ada terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar DLP dengan pelajar bukan

DLP di sebuah sekolah menengah daerah Batu Pahat. Sejajar dengan itu, ia juga bertujuan

untuk mengenal pasti tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar DLP dalam Matematik dan

juga mengetahui tahap pengajaran guru Matematik dalam bahasa Inggeris di dalam kelas

DLP. Responden kajian adalah seramai 178 orang di mana 46 orang daripadanya adalah

terdiri daripada pelajar DLP. Dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal

selidik dan ujian Matematik. Borang soal selidik mengandungi 20 item yang berkaitan dengan

tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar DLP manakala 20 item lagi untuk mengetahui

tahap pengajaran guru Matematik dalam bahasa Inggeris. Data kajian di analisis secara

deskriptif dan inferensi dengan menggunakan “Statistical Package for Social Science” (SPSS)

versi 22.0. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian Matematik pelajar DLP adalah lebih

tinggi daripada pencapaian Matematik bukan DLP. Dapatan juga menunjukkan tahap

penguasaan bahasa Inggeris pelajar DLP adalah tinggi manakala tahap pengajaran guru

Matematik dalam bahasa Inggeris adalah sederhana. DLP merupakan langkah yang positif

yang bertujuan untuk menaikkan taraf bahasa Inggeris di kalangan pelajar melalui

pembelajaran Sains dan Matematik. Walau bagaimanapun, lebih banyak inisiatif dan usaha

perlu dilakukan dalam pelaksanaan DLP.

Kata kunci : Dual Language Programme, pengajaran dan pembelajaran, tahap penguasaan,

tahap pengajaran, pencapaian matematik

148

WHATSAPP : PENGGUNAANNYA DALAM MEMBANTU PEMBELAJARAN

MATEMATIK TAMBAHAN DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH

MENENGAH TAHFIZ KERAJAAN DI KUALA LUMPUR

Zulhanif Idris1,2 1Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi

2Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz-MAIWP, Cheras, Kuala Lumpur

[email protected]

Roslinda Rosli1 1Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi

[email protected]

ABSTRAK

Teknologi memberikan pengaruh yang sangat kuat ke atas gaya hidup seorang pelajar di mana

respon yang positif banyak didapati dari institusi pendidikan terutamanya di universiti tentang

peningkatan penggunaan teknologi mudah alih dalam bidang pendidikan. Pada masa kini,

majoriti pelajar universiti dan pelajar sekolah memiliki telefon mudah alih sendiri ataupun

telefon pintar dan masing-masing dilengkapi dengan aplikasi WhatsApp di dalamnya.

WhatsApp boleh dijadikan sebagai salah satu alat pembelajaran untuk menarik pelajar belajar

dan menjadikan pembelajaran menyeronokkan. Kajian yang dijalankan secara kajian tinjauan

ini menggunakan kaedah kuantitatif sepenuhnya dan pengumpulan data dibuat melalui

instrumen soal selidik. Maka, kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan aplikasi

WhatsApp dalam membantu pembelajaran Matematik Tambahan pelajar Tahfiz sekolah

menengah. Kajian dijalankan berdasarkan kepada tiga konstruk utama iaitu (i) Persepsi Pelajar

Terhadap Penggunaan Aplikasi WhatsApp dalam pembelajaran Matematik Tambahan ; (ii)

Penglibatan Pelajar Terhadap Pembelajaran Kendiri bagi Subjek Matematik Tambahan secara

Atas Talian dan (iii) Sikap Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi WhatsApp dalam

Pembelajaran Matematik Tambahan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan dengan nilai skor min keseluruhan 4.47 bagi konstruk pertama, manakala nilai skor

min keseluruhan 3.38 bagi konstruk kedua dan nilai skor min keseluruhan 3.38 bagi konstruk

terakhir. Kajian ini menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada Bicen dan Uzunboylu

(2013) “The Use of Social Networking Sites in Education : A Case Study of Facebook” yang

menunjukkan nilai Alpha Cronbach 0.98.

Kata kunci : Teknologi, Aplikasi WhatsApp, Matematik Tambahan, Pelajar Tahfiz

149

PERKAITAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIK

PELAJAR AKTIF KOKURIKULUM

Rosmonaliza Ahmad

[email protected]

Roslinda Rosli

[email protected]

Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM)

ABSTRAK

Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum menjejaskan masa dan fokus

pembelajaran pelajar di rumah dan di sekolah, sekaligus mempengaruhi pencapaian Matematik

pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perkaitan antara gaya pembelajaran pelajar

aktif kokurikulum dengan pencapaian Matematik pertengahan tahun 2018 pelajar. Sampel

kajian ini adalah seramai 240 orang yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 4 sekitar Selangor

yang aktif dalam bidang kokurikulum dan sedang mengikuti latihan persembahan pembukaan

dan penutupan ‘Asean School Games 2018’. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan

instrumen soal selidik dalam pengumpulan data. Perkaitan antara gaya pembelajaran pelajar

aktif kokurikulum dengan faktor demografi pelajar dan pencapaian ujian pertengahan tahun

Matematik mereka dianalisis dengan menggunakan analisis infrensi non-parameter iaitu

analisis Chi-square. Manakala bagi menguji secara deskriptif, pengkaji membuat

perbandingan peratus diantara Gaya pembelajaran dengan faktor demografi dan pencapaian

akademik pelajar. Perisian SPSS 22 pula digunakan dalam mencari min bagi gaya

pembelajaran berbanding pencapaian akademik mata pelajaran Matematik pelajar dan Analisis

inferensi Chi-Square digunakan bagi menentukan perkaitan diantara gaya pembelajaran

dengan pencapaian akademik pelajar. Daripada perkaitan yang didapati, pelajar dapat

mengatasi masalah lemah mata pelajaran Matematik sekaligus mengenal pasti gaya

pembelajaran yang sesuai bagi meningkatkan pencapaian Matematik bagi pelajar aktif

kokurikulum.

Kata Kunci: Gaya pembelajaran, pencapaian Matematik, pelajar aktif kokurikulum

150

LAKUAN BAHASA EKSPRESI TUN DR. MAHATHIR:

KAJIAN KES TERHADAP 40 ARTIKEL CHEDET.CC

Abd Ganing Laengkang31

Rohaidah Haron32

Ab Razak Ab Karim33

ABSTRAK

Kajian ini memberi tumpuan terhadap salah satu kategori lakuan bahasa yang diperkenalkan

oleh Searle (1969), iaitu lakuan ekspresi. Lakuan ekspresi ialah ujaran-ujaran yang

menunjukkan pernyataan psikologi yang memberi gambaran tentang sikap dan perasaan

penutur. Analisis kajian ini dilakukan terhadap ujaran-ujaran yang terdapat dalam 40 artikel

kritikan Tun Dr. Mahathir dalam isu 1MDB. Secara khususnya, kajian ini merupakan salah

satu aspek kajian lakuan bahasa kritikan Tun Dr. Mahathir terhadap isu 1MDB. Dalam kajian

tersebut, pengkaji mendapati lima kategori lakuan, iaitu lakuan pernyataan, lakuan kritikan,

lakuan rujukan, lakuan arahan dan lakuan ekspresi. Analisis mendapati lakuan ekspresi

menunjukkan bilangan ujaran paling sedikit berbanding dengan kategori lakuan bahasa yang

lain, iaitu sebanyak 20 kekerapan. Lakuan pernyataan mencatatkan kekerapan tertinggi, dengan

jumlah kekerapan sebanyak 1302 ujaran, diikuti oleh lakuan kritikan di tempat kedua dengan

kekerapan sebanyak 828. Lakuan rujukan dan lakuan arahan masing-masing dengan kekerapan

sebanyak 297 dan 128. Hal ini menunjukkan bahawa Tun Dr. Mahathir melakukan kritikan

tanpa mengutamakan ekspresi perasaan atau emosi. Sebanyak tujuh sublakuan ekspresi yang

ditemui, iaitu lakuan bimbang, hairan, ucapan selamat, kehendak, enggan, minta maaf, dan

ucapan terima kasih. Hal ini merumuskan bahawa dalam kritikan, khususnya kritikan bertulis,

Tun Dr. Mahathir tidak menunjukkan ekspresi emosi yang berlebihan.

Kata Kunci: Lakuan bahasa, ekspresi, kritikan, Tun Dr. Mahathir.

31 Calon Doktor Falsafah, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. [email protected] 32 Pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. [email protected] 33 Pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. [email protected]

151

KOMUNIKASI NON VERBAL (KNV): SENTUHAN DAN JARAK

BERKOMUNIKASI DALAM PENGAJARAN GURU BAHASA ARAB DI INSTITUT

PENGAJIAN TINGGI

Hanis Najwa Shaharuddin1, Hibriyatul Rifhan Abu Bakar1, Hairun Najuwah Jamali1, Fitri

Nurul ‘Ain Nordin2 & Nor Khadijah Abu Bakar3

1Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

2Universiti Institut Teknologi Mara 3Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Komunikasi Non Verbal (KNV) merupakan salah satu komunikasi yang penting dan perlu

diamalkan oleh guru ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) sedang dijalankan.

Walaupun begitu, KNV kurang diamalkan ketika proses PdP sedang berlangsung. Oleh itu,

kajian ini ingin mengenal pasti salah satu saluran KNV iaitu tahap sentuhan dan jarak

berkomunikasi para guru bahasa Arab di IPT. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif

dengan melakukan kajian tinjauan. Instrumen soal selidik telah diedarkan kepada 252

responden iaitu pelajar bahasa Arab daripada pelajar di Universiti Islam Antarabangsa

Malaysia (UIA) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Hasil dapatan menunjukkan

tahap sentuhan dan jarak berkomunikasi para guru bahasa Arab di IPT berada pada tahap

sederhana dengan nilai min = 3.60. Ini menunjukkan KNV masih perlu dipertingkatkan

amalannya dalam kalangan guru bahasa Arab di IPT kerana sentuhan dan jarak berkomunikasi

ini penting dalam membina hubungan baik guru dengan pelajar dan seterusnya ia dapat

memberi motivasi kepada pelajar dalam mempelajari bahasa Arab.

Kata Kunci : KNV, Sentuhan, Jarak berkomunikasi, bahasa Arab, guru, IPT

152

MADAMIRA SEBAGAI ALAT BANTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA ARAB: TINJAUAN AWAL

Hibriyatul Rifhan Abu Bakar, Muhammad Hatta Shafri ,Hamdi Khalis Kadri, Nurul Syafini

Abd Rahman

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

ABSTRAK

Bahasa Arab merupakan bahasa pertuturan kelima tertinggi di dunia. Selain digunakan sebagai

bahasa pertuturan utama di rantau timur tengah, ia juga telah menjadi salah satu daripada

bahasa kedua yang dipelajar di rantau Asia antaranya Malaysia. Namun, kajian lepas

menunjukkan terdapat kesukaran dalam mempelajari bahasa ini di Malaysia. Oleh itu, kajian

ini bertujuan untuk memperkenalkan Madamira sebagai satu alat bantu pengajaran dan

pembelajaran bahasa Arab. Madamira merupakan sebuah laman sesawang yang berfungsi

sebagai penganalisis morfosintaksis bahasa Arab. Ia dapat membantu para pendidik dan pelajar

dalam mempelajari aspek morfologi dan sintaksis Arab.

Kata kunci: Madamira, morfosintaksis, alat bantu mengajar

153

KEPELBAGAIAN KECERDASAN PELAJAR DALAM MENYELESAIKAN

MASALAH MATEMATIK BUKAN RUTIN

Dahlina binti Kamat1 , Siti Mistima binti Maat2

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kertas konsep ini akan membincangkan isu-isu berkaitan kepelbagaian kecerdasan pelajar

dalam menyelesaikan masalah Matematik bukan rutin. Definisi kecerdasan pelbagai yang

diperkenalkan dalam kertas konsep ini dijelaskan melalui lapan jenis kepelbagaian kecerdasan

utama. Selain itu, kertas konsep ini turut menjelaskan tentang kebaikan serta cabaran dalam

pelaksanaanya. Penjelasan melalui kertas konsep ini diharapkan dapat memberi pendedahan

kepada pelbagai pihak tentang kepelbagaian kecerdasan pelajar dalam menyelesaikan

masalah Matematik bukan rutin di samping mempertingkatkan keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang bermakna dan menyeronokkan kepada pelajar.

Kata kunci : Penyelesaian Masalah Matematik Bukan Rutin, Kepelbagaian Kecerdasan

Pelajar

154

RESILIENSI, KESEJAHTERAAN SUBJEKTIF DAN HUBUNGANNYA

TERHADAP KOMITMEN ORGANISASI GURU PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH

KEBANGSAAN DI SATU DAERAH: DAPATAN KAJIAN AWAL

Salasiah Othman1

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Rosadah Abd Majid2

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk melihat hubungan resiliensi dan kesejahteraan subjektif terhadap

komitmen dalam kalangan guru pendidikan khas sekolah kebangsaan di sebuah zon dalam

daerah di Perak. Seramai 31 orang guru Pendidikan Khas dipilih secara rawak daripada empat

buah sekolah kebangsaan di sekitar zon tersebut. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah

kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini

adalah borang soal selidik dengan skala Likert. Kajian rintis telah dijalankan dan memperolehi

nilai Alfa Cronbach instrumen dengan nilai kebolehpercayaan resiliensi 0.947 (32 item),

kesejahteraan subjektif 0.947 (15 item) dan komitmen organisasi 0.862 (16 item). Analisis

Korelasi Pearson-r digunakan untuk menentukan hubungan resiliensi dalam kalangan guru

pendidikan khas sekolah kebangsaan dengan komitmen organisasi mereka. Analisis yang sama

dilakukan untuk menentukan hubungan kesejahteraan subjektif peserta kajian dengan

komitmen organisasi dalam kalangan guru-guru tersebut. Dapatan kajian menunjukkan nilai

pekali korelasi 0.728 adalah berhubung secara signifikan positif yang kuat bagi resiliensi (r =

0.728, p < 0.01) dengan komitmen organisasi guru, namun begitu kesejahteraan subjektif (r =

0.047, p > 0.05) tidak berhubung secara signifikan dan lemah dengan komitmen organisasi

guru. Hubungan yang lemah antara kesejahteraan subjektif dengan komitmen organisasi guru

bererti terdapat aspek-aspek lain turut mempengaruhi komitmen organisasi guru.

Kata kunci: Resiliensi; Kesejahteraan subjektif; komitmen; guru pendidikan khas

155

PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB DALAM

KALANGAN PELAJAR KUIS

Ku Fatahiyah Ku Azizan

Pusat Pengajian Teras (KUIS)

[email protected]

Awatif Abdul Rahman

Pusat Pengajian Teras (KUIS)

[email protected]

Dr Roslinda Ramli

Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat (KUIS)

[email protected]

Dr Fitri Nurul ‘Ain Nordin

Akademik Pengajian Bahasa Universiti Teknologi Mara

[email protected]

Dr Rosilawati Ramlan

Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia

[email protected]

Naqibah Mansor

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

[email protected]

ABSTRAK

Kursus Bahasa Arab merupakan salah satu dari subjek Wajib Universiti yang perlu dipelajari

oleh semua pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Antara isi kandung

yang terdapat dalam kursus Bahasa Arab ini ialah kemahiran mendengar. Kemahiran

mendengar merupakan kemahiran yang amat penting dalam proses pemerolehan Bahasa.

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenalpasti tujuan mempelajari kemahiran mendengar

Bahasa Arab dalam kalangan pelajar program diploma yang bukan berlatarbelang bidang

pengajian Islam. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan instrument soal

selidik yang telah diedarkan kepada seramai 144 orang pelajar. Data kajian yang diperolehi

dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi

25. Data-data kajian ini kemudiannya dihurai dan dianalisis secara deskriptif. Dapatan kajian

menunjukkan taburan kekerapan responden mengikut tujuan mempelajari kemahiran

mendengar iaitu berada pada tahap tinggi dan sederhana tinggi. Dapatan kajian yang diperolehi

ini diharap dapat membantu penyelidik dan pensyarah Bahasa Arab Jabatan Bahasa dan

Pembangunan Insan untuk menggubal dan memurnikan modul Bahasa Arab yang digunakan

dalam proses pembelajaran dan pengajaran di KUIS.

Kata kunci: Pembelajaran, kemahiran mendengar, bahasa Arab,

156

PERWATAKAN LEE KUAN YEW DALAM HUBUNGAN SINGAPURA-MALAYSIA

PASCA PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

Ayu Nor Azilah Mohamad34

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Mohamed Ali Haniffa35

Universiti Utara Malaysia

Wayu Nor Asikin Mohamad36

Kolej Universiti Bestari, Terengganu

ABSTRAK

Artikel ini membincangkan tentang peranan Lee Kuan Yew dalam hubungan Singapura dan

Malaysia pasca Pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Lee Kuan Yew menjadi

individu penting dalam percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu sebelum,

semasa dan selepas menjadi Perdana Menteri Singapura. Lee Kuan Yew menjadi penggerak

kepada pembentukan Malaysia atas beberapa faktor yang dilihat untuk menjaga kedudukan

beliau sendiri sebagai Perdana Menteri. Ini termasuklah faktor politik, ekonomi, dan

keselamatan Singapura serta Persekutuan Tanah Melayu dari ancaman komunis. Kesemua ini

akan dibincangkan menggunakan medotologi kualitatif. Hasil kajian mendapati bahawa

peranan Lee Kuan Yew sangat penting dalam merencanakan hubungan Singapura-Malaysia

sebelum, semasa dan selepas pembentukan Malaysia khususnya dalam tempoh dua tahun

keberadaan Singapura dalam Malaysia. Hal ini relevan apabila melihat hubungan baik dan

diplomatik antara kerajaan Singapura dan Malaysia pada hari ini demi kepentingan bersama

antara kedua-dua buah negara.

Kata kunci: Lee Kuan Yew, Singapura, Malaysia, 1963

34 Pensyarah. Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor. [email protected]. 35 Pensyarah Kanan (PhD). Jabatan Pengajian Tamadun dan Falsafah. Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan

Falsafah. Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. [email protected]. 36Pensyarah. Jabatan Pengajian Bahasa. Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pengajian Bahasa. Kolej

Universiti Bestari. Setiu. Terengganu. [email protected]

157

TAHAP KOMPETENSI BAHASA GURU BAHASA ARAB DI SABK DI MALAYSIA

Awatif Abdul Rahman

[email protected]

,Mohd Shafie Zulkifli

[email protected]

Muhammad Hashimee

[email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Ainon Wazir

[email protected]

Muafah Sayed

[email protected]

Institut Perguruan Guru Kampus Pendidikan Islam

ABSTRAK

Kompetensi boleh ditakrifkan sebagai kemahiran generik, kemahiran asas, kemahiran utama,

dan kemahiran personal yang merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran serta sikap yang

menjadi asas kepada tugasan atau prestasi kerja yang dipertanggungjawabkan merentasi semua

bidang. Dalam senario pendidikan Malaysia, gelombang pertama Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025, memberi fokus kepada meningkatkan standard

profesionalisme guru, iaitu berdasarkan Standard Guru Malaysia (SGM). Dalam konteks guru

bahasa Arab, kompetensi yang paling penting adalah penguasaan bahasa. Oleh itu, objektif

kajian ini adalah menilai tahap kompetensi guru bahasa Arab dari aspek nahu Bahasa Arab,

dan mengenalpasti tajuk nahu yang menjadi kesukaran dalam kalangan guru bahasa Arab di

SABK di Malaysia. Kajian ini melibatkan 218 guru bahasa Arab di SABK meliputi empat zon

iaitu zon Utara, Timur, Selatan dan Tengah. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan

menggunakan instrumen satu set soalan ujian kompetensi guru bahasa Arab yang diadaptasi

dan dibangunkan berdasarkan kriteria guru bahasa Arab yang telah dikeluarkan dan diguna

pakai oleh National Center for Assessment in Higher Education, Saudi Arabia. Instrumen

kajian ini telah melalui proses kesahan pakar dan telah dirintis sebelum digunakan dalam kajian

ini. Data yang diperoleh daripada soalan ujian kompetensi dianalisis menggunakan perisian

SPSS versi 25. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kompetensi guru bahasa Arab di

SABK berada pada tahap baik dengan min peratus 82% manakala tajuk nahu yang paling

menjadi kesukaran kepada para responden adalah tajuk المنصوبات. Beberapa cadangan

dikemukakan di akhir kajian bagi tujuan penambahbaikan dan pemantapan tahap kompetensi

nahu bagi guru bahasa Arab di SABK sebagai pelaksana Kurikulum Bersepadu Dini.

Kata kunci : Kompetensi,guru, bahasa Arab,SABK,Malaysia.

158

ELEMEN PERBELANJAAN PERKAHWINAN MELAYU: KAJIAN DARI SUDUT

FIQH KONTEMPORARI

Siti Zaleha Ibrahim

Pensyarah Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam,

Pusat Pengajian Teras,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

[email protected]

ABSTRAK

Terdapat beberapa jenis perbelanjaan dalam perkahwinan Melayu di Malaysia. Justeru,

penulisan ini mengkaji elemen-elemen perbelanjaan tersebut. Antara elemen perbelanjaan

tersebut ialah perbelanjaan bagi tujuan majlis perkahwinan iaitu hantaran kahwin dan kad

kahwin. Sejarah menyaksikan masyarakat umumnya keliru tentang hantaran kahwin dan mas

kahwin. Selain itu, ahli masyarakat juga gemar mengadakan majlis perkahwinan yang serba

mewah sehingga menyebabkan mereka terbeban. Kajian ini turut membincangkan bagaimana

hantaran kahwin yang rendah serta majlis perkahwinan yang sederhana mampu merealisasikan

maqasid al- syariah iaitu memelihara harta. Kajian menggunakan satu metode utama iaitu

kajian kepustakaan bagi mendapatkan sorotan sejarah hantaran kahwin dan nilainya dalam ‘urf

Melayu di samping analisis elemen perbelanjaan yang dituntut dalam Islam. Hasil kajian

mendapati bahawa Islam tidak melarang kewujudan elemen perbelanjaan perkahwinan tersebut

tetapi ia perlulah dalam kadar yang sederhana dan tidak membebankan.

Kata kunci: Perbelanjaan, perkahwinan, Melayu, fiqh kontemporari

159

القصة املاليوية ما بعد احلرب العاملية الثانية

م(1946-1949)

د. خالد بن لودين

والتنمية البشرية(، الكلية اجلامعية اإلسالمية العاملية بسالجنور اتمركز الدراسات العامة )قسم اللغ

ملخص

حماور تلك الت عنالتساؤ هتدف هذه الدراسة إىل معرفة ماهية القصة املاليوية يف تلك الفرتة. فقاءت القصصك وما هي اجلوانب اليت حكت هذه القصص من خالل موضوعاهتاك وَمْن ه م الرُّواد الذين اشتهروا يف ذلك العصرك. فمنهج هذه الدراسة قام على املنهج االستقرائي املكتيب؛ وذلك بقراءة املراجع

ن قبل الكّتاب املاليويني يف التغري، يال مهناك موالنقاط املتعلقة والتعليق عليها. فكانت احملصلة أنَّ وهذا التغيري ليج كما كانت عليه ما قبل احلرب، من الكذب واالحتيال يف جتسيد البطولة الياابنية؛ حيث جاء كتَّاب شبان واعون ومدركون حلال قومهم ووطنهم الذي كان يعيش يف تقهقر وذل، فأشعلوا

طبيعة القصة املاليوية ما بعد االحتالل اليااب، فيها تصوير ول أن كن القروع احلماسة الوطنية. لذا، ميحياة املناضل املاليوي يف شقاعته وثباته واإلفصاع عما يريد الذي ي عدُّ انعكاسا للحياة السياسية

املشاهدة آنذاك.

160

161

KAJIAN RINTIS: KEBIMBANGAN PELAJAR PENGAJIAN ISLAM KOLEJ UNIVERSITI

ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) TERHADAP KOMUNIKASI BAHASA ARAB

Mohd Shafie bin Zulkifli

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Muhammad bin Hashimee

Diyak Ul-Rahman bin Mat Saad

Bahasa Arab adalah salah satu bahasa asing yang diterapkan kepada para pelajar semenjak dari bangku

sekolah rendah sehingga peringkat universiti. Oleh sebab itu, wujud kebimbangan dalam kalangan para

pelajar khususnya pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) untuk mengaplikasi

bahasa Arab dalam bentuk komunikasi. Kajian ini berbentuk kuantitatif dan menggunakan kaedah survey

untuk mengutip data. Soalan-soalan survey yang berkenaan dengan skala kebimbangan kelas bahasa asing

atau disebut sebagai Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLCAS) dalam soal selidik yang dibina

oleh Horwitz, and Cope (1986) telah diadaptasi dalam menjalankan kajian ini. Kajian ini telah dirintis

kepada para pelajar KUIS seramai 25 orang daripada jurusan Diploma Al-Quran dan As-Sunnah, Diploma

Syariah dan Diploma Syariah dan Undang-undang. Dalam kajian rintis ini mendapati bahawa dapatan skor

Cronbach Alpha ialah 0.849 dan menunjukkan interpretasi yang baik dan boleh diterima menurut Bond

& Fox, (2007). Oleh itu, dengan dapatan tersebut menunjukkan soalan-soalan yang dibina mencapai tahap

kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi bagi menjalankan kajian sebenar.

Kata kunci: Rintis, kebimbangan, komunikasi, bahasa Arab

162

EVOLUSI PEMBANGUNAN PROGRAM BANDAR SELAMAT

(EVOLUTION OF DEVELOPMENT IN SAFE CITY PROGRAM)

Nur Hidayah Binti Abdul Manap,Zurinah Tahir, Jalaluddin Abdul Malek

Pusat Pembangunan, Sosial dan Persekitaran

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan

Universiti Kebangsaan Malaysia

Korespondensi : [email protected] (Nur Hidayah) 011-12136976

ABSTRAK

Keselamatan adalah perkara yang paling utama dalam hidup seseorang. Persekitaran yang selamat mampu

memberikan kestabilan kepada negara dalam pelbagai aspek. Dalam meneraju negara, pelbagai yang telah

dibangunkan oleh kerajaan dalam mengwujudkan persekitaran yang selamat pada semua kawasan. Bandar

adalah kawasan yang sering menjadi tumpuan seterusnya menjadi pusat kepada semua kegiatan untuk

masyarakat. Oleh yang demikian, kerajaan telah membangunkan Program Bandar Selamat untuk

mengwujudkan bandar yang mampan dan selesa untuk semua masyarakat. Kajian ini melihat

perkembangan evolusi Program Bandar Selamat dari mulanya digubal sehingga mempunyai tindakan

segera dalam melaksanakan Program Bandar Selamat ini. Kajian ini memfokuskan kepada Bandar selamat

dan implikasi yang diperolehi daripada Program Bandar Selamat ini. Pembacaan terhadap setiap polisi

Program Bandar selamat dilakukan dan melihat implikasi daripada kajian-kajian lepas telah dilakukan.

Program Bandar Selamat ini memberikan impak yang positif seterusnya mampu mengurangkan kejadian

jenayah akibat daripada perkembangan pembandaran atau urbanisasi yang berlaku dan seterusnya

program ini berjaya menambahbaik kepada persekitaran fizikal, sosial dan kawasan sasaran.

Perkembangan yang dicapai ini memberikan batu loncatan kepada negara dalam menuju kepada negara

maju satu hari nanti.

Kata kunci: Evolusi, Program Bandar Selamat, CPTED, JPBD, safe city

163

ANALISIS KESALAHAN TATABAHASA BAHASA ARAB DALAM KALANGAN PELAJAR

DALAM PEMBELAJARAN ASAS BAHASA ARAB DI KOLEJ PROFESIONAL BAITULMAL

KUALA LUMPUR (KPBKL)

Siti Nabilah Misnan

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

+6018208849 ; [email protected]

Siti Syarwani Ghazali

Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur

+601128650852 ; [email protected]

ABSTRAK

Kesalahan bahasa merupakan fenomena yang seringkali berlaku dalam kalangan pelajar bukan penutur

jati Bahasa Arab, terutamanya yang terkait dengan tatabahasa Arab (nahu). Kajian ini merupakan kajian

kualitatif yang menggunakan metode analisis dokumen, dan data dikumpul adalah melalui aktiviti

penulisan pelajar dalam membina ayat-ayat mudah Bahasa Arab. Bagi menyempurnakan kajian ini, satu

set soalan membina ayat berdasarkan gambar telah diedarkan kepada seramai 16 orang pelajar yang

mengambil kursus asas Bahasa Arab di Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL). Dapatan

kajian mendapati bahawa pelajar seringkali membuat kesalahan tatabahasa dalam penggunaan mubtada’

khabar (subjek prediket), muzakkar muannath (maskulin dan feminin), pemilihan huruf jar (kata sendi)

dan penggunaan dhamir (kata ganti nama). Justeru, kajian mencadangkan agar kepakaran tenaga pengajar

dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran asas Bahasa Arab dipertingkatkan terutama

ketika berhadapan dengan pelajar-pelajar yang berbeza kebolehan dalam menguasai pembelajaran asas

Bahasa Arab.

Kata Kunci: Kesalahan, Tatabahasa Arab, Pelajar, Bahasa Arab

164

HUBUNGAN ANTARA CIRI-CIRI AKHLAK USAHAWAN MUSLIM BERJAYA DENGAN

CARA BERKEMBANGNYA HARTA MENURUT PERSPEKTIF AL-QUR’AN

Suhaila Nadzri

Jabatan Ekonomi dan Pengurusan,

Fakulti Pengurusan dan Muamalah,

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia

+0197700565 ; [email protected]

Salmy Edawati Yaacob

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

+01110768560 ; [email protected]

ABSTRAK

Malaysia merupakan sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Namun senario

semasa mendapati terdapat ramai usahawan muslim tidak praktiskan akhlak Islam dalam urusan

perniagaan mereka. Sedangkan sebagai umat Islam, mereka wajar mengikut garis panduan akhlak yang

telah disyariatkan oleh Allah SWT melalui Al-Qur’an dan hadis. Justeru objektif kertas kajian ini adalah

untuk mengkaji ciri-ciri usahawan muslim yang berjaya dan menghubungkaitkannya dengan cara

berkembangnya harta menurut Al-Qur’an. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Kaedah yang digunakan

ialah analisis kandungan dan data dianalisis menggunakan analisis tematik untuk mengeluarkan tema dan

kategori-kategori yang diperlukan. Dapatan kajian mendapati usahawan Muslim perlu mempunyai akhlak-

akhlak orang yang berjaya seperti bertakwa kepada Allah SWT, taat kepada Rasul, mengerjakan suruhan

Allah dan menjauhi larangan-Nya, tidak bakhil, menjauhi riba, arak, judi dan amalan-amalan syirik, tidak

melakukan kezaliman, jihad melalui harta benda dan jiwa, sentiasa bertaubat, beramal salih dan

mendirikan sembahyang serta mendermakan sebahagian rezekinya. Selain itu di dalam Al-Qur’an juga

menerangkan terdapat beberapa amalan yang mampu mengembangkan harta (tidak rugi) seperti amalan

berzakat, bersedekah, menjauhi riba, menjaga solat dan rajin membaca Al-Qur’an. Justeru usahawan yang

ingin berjaya bukan sahaja perlu mempraktiskan akhlak orang-orang yang berjaya menurut Al-Qur’an

tetapi mereka juga mesti mengikuti garispanduan amalan-amalan yang boleh mengembangkan harta atau

keuntungan perniagaan mereka. Selain itu di akhir artikel ini penulis mencadangkan perlu kajian

dijalankan di masa depan untuk mengaitkan usahawan yang banyak berinfak/bersedekah dengan

usahawan yang berjaya dalam perniagaan.

Kata Kunci: Akhlak, Usahawan, Berjaya, Harta, Al-Qur’an

165

AMALAN ADAT PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT BUGIS: KAJIAN KES DI

KAMPUNG PERMATANG DUKU, PONTIAN, JOHOR

Zurina Abdullah37

Muhammad Abdul Jalal Abdullah38

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis dan

mengkaji faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis di Kampung Permatang

Duku, Pontian, Johor. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah rujukan, temu

bual dan soal selidik. Sebanyak 27 set borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada responden dan

tiga lagi data diperolehi daripada temu bual. Sebanyak sepuluh soalan ditanya bagi mengenal pasti amalan

adat perkahwinan dalam masyarakat Bugis. Enam daripada jawapan memberikan jawapan Tidak Pasti

pada jumlah tertinggi. Bagi mengetahui faktor-faktor kurangnya amalan adat perkahwinan dalam

masyarakat Bugis di kampung ini, sebanyak sepuluh soalan juga telah dikemukakan. Kajian menunjukkan

bahawa kebanyakan masyarakat Bugis di kampung tersebut mengetahui dan pernah mengamalkan adat

perkahwinan tersebut. Namun begitu, adat ini kian dilupakan disebabkan faktor masa, kewangan dan

asimilasi budaya. Kesimpulannya, masyarakat Bugis perlulah mengekalkan keunikan budaya ini kerana

ia merupakan identiti bagi sesebuah kaum.

Kata Kunci: Adat perkahwinan, faktor, masyarakat Bugis, kualitatif, identiti kaum

37 Pensyarah di Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan, Pusat Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor, sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Bahasa Melayu,

UPM, [email protected]. 38 Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah, UTHM.

166

‘SERVANT LEADERSHIP’ CORAK BARU DALAM KEPIMPINAN MASA KINI

Zahanim Ahmad

[email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Servant leadership merupakan satu lagi cara kepimpinan baru yang semakin popular dan banyak kajian-

kajian berkaitannya telah jalankan. Konsep Servant Leadership pertama kali diperkenalkan oleh Robert

K. Greenleaf pada tahun 1970 dalam bukunya The Servant as Leader. Robert K. Greenleaf berpendapat

bahawa untuk mendapatkan organisasi yang baik dan maju haruslah bermula daripada sikap

pemimpinnya. Servant leadership adalah jenis kepimpinan yang menggabungkan motivasi majikan atau

pemimpin untuk memberi khidmat kepimpinan terhadap pekerja. Ciri-ciri dan budaya keperibadian yang

tinggi dan dimensi motivasi juga dipamerkan melalui keimpinan jenis ini. Servant Leadership merupakan

seorang pemimpin yang sangat mengambil berat terhadap ahli-ahlinya dan memastikan mereka maju dan

seronok berada didalam organisasi dan akhirnya akan meningkatkan pertumbuhan yang dinamik bagi

organisasi dan juga pekerja. Artikel ini ditulis bagi mengenalpasti latar belakang sejarah servant leadership

, ciri-ciri utama , model dan konseptual serta perbincangan berkaitan hasil kajian-kajian lepas yang

berkaitan dengannya.

Kata Kunci : Servant Leadership’, cara kepimpinan baru, motivasi majikan

167

ANALISIS TAHAP AMALAN KOMUNIKASI NON-VERBAL (KNV) GURU BAHASA ARAB

MELALUI BAHASA BADAN DI IPT

Hairun Najuwah Jamali

Tel: +6012-3658724 Email: [email protected]

Hanis Najwa Shaharuddin, ,

Tel: +6013-3963319 E-mail: [email protected]

Hibriyatul Rifhan Abu Bakar

Tel: +6012-3648689 E-mail: [email protected]

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Dr. Fitri Nurul ‘Ain Nordin

Tel: +6013-3002293 E-mail: [email protected]

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Nur Khadijah Abu Bakar

Tel: +6019-2486786 E-mail: [email protected]

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

ABSTRAK

Kajian ini menganalisis tahap amalan komunikasi non-verbal (KNV) guru bahasa Arab di Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui saluran bahasa

badan. Komunikasi non-verbal (KNV) secara umumnya berlaku tanpa menggunakan sebarang lafaz tetapi

merujuk kepada semua sumber yang boleh memberikan mesej selain daripada apa yang dilafazkan.

Komunikasi non-verbal (KNV) adalah proses yang menyempurnakan pertukaran idea dan makna di antara

individu tanpa sebutan. Objektif kajian ini adalah menganalisis tahap amalan KNV guru yang mengajar

subjek bahasa Arab melalui salah satu salurannya iaitu bahasa badan di Institiut Pengajian Tinggi di

Malaysia. Metodologi kajian yang digunakan ialah analisis secara statistik deskriptif iaitu peratusan,

kekerapan, nilai min dan juga sisihan piawai.

Kata kunci: Tahap Amalan, KNV, bahasa badan.

168

CLOUD COMPUTING FOR EDUCATION : MALAYSIA CONTEXT

Nidana Yahya

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Tel: +6012 3958900 Email: [email protected]

ABSTRACT

Cloud computing is a term that was first introduced in 2006 by Eric Schmidt, a Google CEO in an industry

conference. Cloud computing then becoming larger as internet started to become a necessity to everyone

regardless their role, time as well as location. It has becoming a new normal. As for the education sector,

most developed countries like USA,Europe, and Japan are already using cloud computing technology in

their higher education institutions.For Malaysian context, many studies have been conducted to investigate

its implementation. Siti Fatimah (2009) and Arfan,Azizi&Abd Gani (2014) both explained on the benefits

and challenges in having cloud computing technology into higher education institutions in Malaysia

whereby Pazilah,Ruziana& Nor Zuraida (2015) made a review on their paper highlighted the cloud

computing implementation in higher institutions. In another recent research done by

Jazurainifariza,M.Nordin,M.fadzil,Syadiah and Syarilla Iryani (2017),they highlighted their analysis on

the earlier education level which focussed on the digital learning context for primary school in Malaysia.

The aim part of this paper is to review these studies that have been done prior to the implementation of

cloud computing in education.

Key Word : Cloud Computing, Education

169

PERSEPSI GOLONGAN SYIAH TERHADAP AKIDAH AHLI SUNAH WALJAMAAH DI

KEDAH

Mohamed Fairooz Mohamed Fathillah

Maad Ahmad

Muhammad Yosef Niteh

Muhammad Yusuf Marlon Abdullah

ABSTRAK

Semenjak Revolusi Iran tahun 1979, Syiah berkembang dan menimbulkan perdebatan yang bertentangan

dengan Ahli Sunah Waljamaah. Pertentangan ini memberi implikasi di Malaysia yang mengamalkan Ahli

Sunah Waljamaah. Oleh yang demikian kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi golongan Syiah

terhadap Akidah Ahli Sunah Waljamaah di Kedah. Kajian ini memilih Husainiyah az-Zahra' yang terletak

di daerah Pendang sebagai lokasi kajian. Begitu juga tiga jenis teknik digunakan untuk pengumpulan data

iaitu analisis dokumen, pemerhatian dan temubual. Data yang diperoleh dianalisis secara naratif. Dapatan

kajian menunjukkan Syiah berkembang pada awal tahun 1990-an serta bergerak aktif di Kedah. Selain itu

dapatan menunjukkan golongan syiah dapat berinteraksi secara aman bersama Ahli Sunah Waljamaah.

Namun kebelakangan ini bilangan pengikut Syiah bertambah dalam kalangan masyarakat Malaysia yang

beragama Islam. Kajian ini memberi impak dalam mendedahkan maklumat mengenai perkembangan

Syiah di Kedah. Begitu juga memberi panduan kepada masyarakat perbezaan antara Syiah dan Ahli Sunah

Waljamaah. Disamping itu membantu intitusi agama dalam menangani penularan pengaruh Syiah di tanah

air.

170

TINJAUAN AWAL MODUL BERMAIN SAMBIL BELAJAR UNTUK PELAJAR SEKOLAH

RENDAH

Diyak ulrahman bin mat saad

[email protected]

Mohd. Shafie bin zulkifli

[email protected]

Muhammad bin hashimee

[email protected]

Jabatan Bahasa Dan Pembangunan Insan

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Permainan sangat penting diterapkan dalam kalangan kanak-kanak kerana ia merupakan pendorong utama

bagi kanak-kanak merasai keseronokkan untuk belajar. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka sejauh

mana modul bermain harus dimasukkan dalam modul setiap subjek. Kaedah kualitatif digunakan dalam

kajian ini. Pengkaji akan mengumpulkan kajian-kajian lepas dari pelbagai sumber yang menyentuh

mengenai perkara ini. Kajian diambil daripada tahun 2014 hingga 2019. Hasil kajian menunjukkan

bahawa bermain merupakan aspek penting dalam menimbulkan keseronokan kanak-kanak semasa belajar.

Ini menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif. Bermain akan mempengaruhi ‘mood’ kanak-

kanak seterusnya memupuk pemikiran kreatif mereka. Namun kajian lanjutan perlu dijalankan untuk

mendapatkan gambaran yang lebih luas tentang bentuk-bentuk permainan yang sesuai digunakan untuk

kanak-kanak bagi subjek-subjek yang tertentu agar kajian menjadi lebih tertumpu.

Kata kunci: Modul bermain, sekolah rendah, efektif, keseronokan belajar

171

PEMBANGUNAN IDEA DALAM PENULISAN KARANGAN

BAHASA ARAB PELAJAR KUIS

Diyak ulrahman bin mat saad

[email protected]

Muhammad bin hashimee

[email protected]

Mohd. Shafie bin zulkifli

[email protected]

Jabatan Bahasa dan Pembangunan Insan

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat pembangunan idea dalam penulisan karangan bahasa Arab pelajar

Diploma KUIS. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan dan menggunakan satu set soal selidik sebagai alat

instrumen kajian. Kajian ini menggunakan quantitatif deskriptif untuk melihat perbezaan antara pelajar.

Seramai 30 orang pelajar Diploma dari Fakulti Pengajian dan Peradaban Islam di KUIS mengambil

bahagian sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar kurang mendapat idea yang

menarik semasa penulisan kerana kurang tatabahasa. Dari segi perbezaan jantina, didapati tidak terdapat

perbezaan yang signifikan yang mempengaruhi pembangunan idea dalam karangan Bahasa Arab antara

murid. Implikasi kajian ini ialah faktor pengajaran dan pembelajaran, dan jantina tidak mempengaruhi

pembangunan idea dalam penulisan karangan Bahasa Arab pelajar Diploma KUIS.

Kata kunci: Pembangunan idea, penulisan bahasa Arab, tatabahasa

172

COLONIALISM: OPPRESSIONS TOWARD THE COLONISED IN JOHN STEINBACK’S

NOVEL, THE PEARL

Siti Masitah Md. Zin

Selangor International Islamic University College

[email protected]

ABSTRACT

Colonialism is a practice which involves the marginalisation of one person or race to another. For

centuries, Spain has colonised Mexico and spread its influences in terms of language, religion, social and

others. Through colonisation, the colonised people suffer from both psychological and physical

oppressions by their colonial masters. The depiction of the relationship between the colonisers and the

colonised is very clear and it shows many aspects of bias and subjugation toward the Mexicans. The main

character, Kino is a poor Mexican fisherman who lives in La Paz with his wife, Juana and their baby,

Coyotito. The discovery of the Great Pearl has a big impact on Kino’s family especially when it comes

to the influence of Spanish Authority. The analysis will show how Kino and his family face oppression

in various ways by the colonisers. Hence, this study seeks to explore the relationship between the

colonisers (the Spaniards) and the colonised (the Mexicans) in John Steinback’s novel, The Pearl by

analysing the oppressions faced by the colonised characters.

Key words: Colonialism, oppressions, colonisers, colonised, marginalisation

173

YOUNG MALAY LISTENERS’ PERCEPTIONS ON RACIAL REMARKS AND

STEREOTYPING IN RADIO PRANK CALLS

Siti Fatimah Shafiee

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Khairunnisa Mohad Khazin

Kolej IKIP

Siti Nabilah Zaimi

Sekolah Sukan Malaysia Pahang

ABSTRACT

This paper examined the perception of young Malay listeners on racial remarks and stereotyping in radio

prank calls. It aims to identify the perception of young Malay listeners on the issue since they made up

the biggest number of radio listeners. Furthermore, having to live in a country with so many cultures,

ethnics, races and religions (out-group members) would somehow spark stereotyping. Stereotyping in

radio prank calls may result in prejudice which might lead to misunderstandings. This study is using

quantitative approach in collecting the data. The study proves that young Malay listeners do think the

racial remarks and stereotypes in radio prank calls as normal and not offensive.

Key Word: Stereotyping, Prank Calls, Culture, Racial Remarks, Prejudice

174

CORAK KEPIMPINAN MAHATHIR MOHAMAD DALAM DASAR LUAR MALAYSIA-

JEPUN 1981-2003

Nor Azlina binti Endut

Tel: +6012-9798719 Email: [email protected]

Rohaini binti Amin

Tel: +6019-6557041Email: [email protected]

Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang mentadbir Malaysia dalam tempoh yang

agak panjang iaitu selama 22 tahun. Dalam tempoh itu, beliau telah membawa banyak perubahan kepada

Malaysia yang ternyata memberi kesan mendalam terutamanya dalam pembentukan dasar luarnya. Sejarah

Malaysia telah membuktikan bahawa pengaruh Barat terutama dari Britain banyak mempengaruhi

pembentukan dasar luar Malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan khususnya pada era tiga Perdana

Menteri sebelum kepimpinan Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Sehubungan itu,

kajian ini akan menelusuri corak kepimpinan dasar luar Malaysia-Jepun era Tun Dr. Mahathir Mohamad

yang telah melakukan perubahan yang besar dalam pembentukan hala tuju pembangunan Malaysia apabila

mula berpaling ke arah negara Asia Timur dengan melaksanakan konsep Dasar Pandang ke Timur.

Kata kunci: Dasar luar, Corak Kepimpinan, Dasar Pandang ke Timur

175

WAKAF HAK CIPTA DALAM USAHA MEREFORMASI BUDAYA PENDIDIKAN

Siti Syarwani Ghazali

Sekolah Pengajian Islam Kontemporari Al-Farabi

Kolej Profesional Baitulmal

Tel: +601128650852 Email: [email protected]

ABSTRAK

Kehidupan era kontemporari kini mendorong ramai dalam kalangan masyarakat mengekspresikan

kemahiran menerusi karya yang pelbagai dengan tujuan mengisi masa terluang, berkongsi

maklumat, atau menyelesaikan tugasan kursus program IPTA/IPTS. Malah terdapat juga mereka

yang berkarya bagi tujuan menjana pendapatan. Walaubagaimanapun, hasil-hasil karya ini boleh

menjadi satu aset yang berpotensi membangunkan sistem pendidikan sekiranya di buka ruang dan

didorong ke arah positif. Justeru, artikel ini membincangkan satu perkembangan penulisan menerusi

penyelidikan, buku, artikel dan laman sesawang bagi membahaskan wakaf hak cipta dalam usaha

mereformasi budaya pendidikan. Metodologi artikel ini menggupakai rekabentuk kajian kualitatif

dan pengumpulan data dibuat menerusi analisis dokumen. Hasil kajian mendapati kepelbagaian

bentuk hak cipta dapat dimanfaatkan untuk tujuan wakaf pendidikan melalui wakaf hak iaitu

pindahmilik hak cipta dan wakaf tunai iaitu pindahmilik hasil pendapatan.

Kata Kunci: Pembudayaan Wakaf, Hak Cipta, Wakaf Pendidikan

176

NILAI ESTETIKA DALAM WARKAH RAJA-RAJA MELAYU: SUATU KUPASAN

Rohaini binti Amin

Email: [email protected]

Nor Azlina binti Endut

Email: [email protected]

Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

ABSTRAK

Estetika adalah satu konsep yang sangat berkaitan dengan keindahan. Estetika mempunyai pengertian

yang luas dan bergantung pada sudut mana ianya diperlihatkan. Dalam tamadun Melayu, seorang raja

berada pada kedudukan yang sangat tinggi dan mulia. Maka dengan itu, warkah oleh raja-raja Melayu

sememangnya memiliki nilai estetika yang mana perkara ini sangat seiring dengan kedudukan ‘insan’

istimewa tersebut. Untuk memperlihatkan nilai estetika yakni keindahan yang wujud dalam warkah raja

Melayu, ianya memerlukan perhatian dan penilaian pada beberapa komponen utama yang ada pada

warkah itu sendiri. Antara elemen yang akan menjadi perhatian kupasan adalah kepala surat, cap, kata-

kata pujian, isi warkah, pra penutup dan penutup warkah. Perbincangan lanjut mengenai tajuk ini akan

dikupas dalam kertas kerja penuh seminar.

Kata Kunci: Estetika, Warkah Raja-Raja Melayu, Tamadun Melayu

177

PERSEPSI GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING DALAM MENJALANKAN

KAUNSELING KERJAYA MURID BERKEPERLUAN KHAS

Sazalia Bt Mohd Salleh

Rosadah Bt Abdul Majid

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kompetensi Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) terhadap pembentukan kerjaya murid berkeperluan

khas (MBK) memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi dalam profesion tersebut. Tahap

profesionalisme ini berkait rapat dengan kesediaan guru dalam melaksanakan

perkhidmatan kaunseling kerjaya. Kesediaan GBK adalah dari segi persepsi guru itu sendiri dalam

menjalankan kaunseling kerjaya samada mengikut keperluan murid berkeperluan khas atau sebaliknya.

Kajian ini dijalankan untuk melihat sejauhmana persepsi GBK terhadap latihan, pengetahuan, kemahiran

dan kesedaran dalam menjalankan kaunseling kerjaya bagi murid berkeperluan khas. Reka bentuk kajian

tinjauan telah dipilih dan soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data dianalisis secara

kuantitatif untuk menentukan tahap persepsi dan komitmen GBK dalam melaksanakan kaunseling kerjaya

bagi MBK. Dapatan menunjukkan persepsi GBK terhadap kesemua item berada tahap yang rendah, dan

komitmen guru dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling kerjaya MBK tidak menunjukkan

pencapaian yang baik. Selain itu, kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan diantara skor

persepsi dengan skor komitmen dalam kalangan GBK. Ilmu serta kemahiran GBK perlu dipertingkatkan

bagi meningkatkan keberkesanan proses kaunseling dan bimbingan kerjaya dalam membentuk

kemenjadian MBK.

Kata kunci: Kaunseling kerjaya, persepsi, murid berkeperluan khas, guru bimbingan dan

kaunseling.

178

INTERVENSI VIDEO MODEL DIRI DALAM MENINGKATKAN TUMPUAN MURID-

MURID ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (ADHD)

Mohd. Mokhtar Tahar & Halimaton Saadiah Abdul Razak

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah apabila murid-murid memberi sepenuh

perhatian dan respon yang baik di dalam bilik darjah. Murid-murid yang mengalami masalah “Attention

Deficit Hyperactivity Disorder” (ADHD) adalah antara golongan yang lemah dari aspek penguasaan

kemahiran belajar berikutan pengekalan tumpuan yang singkat dan kesukaran untuk memastikan

pelajaran yang disampaikan diperolehi dengan kadar yang sepatutnya. Penggunaan intervensi video model

diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu usaha untuk meningkatkan daya tumpuan

dan kemahiran belajar murid-murid ADHD. Kajian ini merupakan kajian kes yang dijalankan ke atas

empat orang murid bermasalah pembelajaran yang berumur lapan hingga sepuluh tahun yang dikenalpasti

mempunyai masalah ADHD dan ciri-ciri kurang daya tumpuan. Kajian ini telah dijalankan di Program

Pendidikan Khas Integrasi di sebuah sekolah sekitar daerah Alor Gajah, Melaka. Intervensi menggunakan

video model diri dilaksanakan ke atas sampel bagi mengenalpasti kesan penggunaan video model diri

terhadap daya tumpuan mereka. Daya tumpuan murid sebelum intervensi dan selepas intervensi diukur

menggunakan skor ujian pra dan ujian pasca. Data yang direkod dianalisis menggunakan stastistik

deskriptif. Hasil kajian menunjukkan daya tumpuan sampel meningkat melebihi 80% apabila intervensi

diberikan. Data juga dikumpul melalui soal selidik dan temubual. Intervensi video model diri dapat

mengurangkan masalah tingkah laku menganggu semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Ini turut

menjadi faktor pengekalan tumpuan sampel semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini

mempunyai implikasi kepada konteks pedagogi untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.

Kata kunci : ADHD, tumpuan, intervensi , video model diri,

179

Pengetahuan dan Penggunaan Applied Behavior Analysis (ABA) Terhadap Murid ASD

Syazwani binti Aziz

SK (Felda) Jenderak Utara, 28050 Kuala Krau.

[email protected]

Mohd. Mokhtar Tahar

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Applied Behavior Analysis (ABA) menunjukkan ciri intervensi yang berkesan dalam program pendidikan

dan rawatan untuk kanak-kanak dengan ASD. ABA adalah kaedah utama untuk mengurangkan tingkah

laku yang negatif terhadap kanak-kanak dengan ASD. Ia juga merupakan satu-satunya intervensi yang

telah terbukti menghasilkan keputusan komprehensif dan berpanjangan melalui kajian-kajian lepas. Walau

bagaimanapun, pengetahuan dan penggunaan ABA di Malaysia adalah kurang jelas. Justeru itu, satu

kajian tinjauan telah dijalankan untuk mengenalpasti pengetahuan dan penggunaan ABA dalam kalangan

guru pendidikan khas di daerah Temerloh. Soal selidik telah diedarkan kepada 40 orang responden. Antara

data yang diperolehi ialah maklumat demografi, tahap pengetahuan guru, dan penggunaan ABA dalam

kalangan guru. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan guru pendidikan khas di daerah

Temerloh adalah pada tahap sederhana. Guru juga kerap menggunakan ABA terhadap murid ASD di

dalam bilik darjah. Oleh itu, tahap pengetahuan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan

kekerapan penggunaan ABA dalam kalangan guru di mana nilai r=.376. Kajian lanjut perlu mengenal

pasti hubungan persepsi guru terhadap ABA dan penggunaannya dalam kalangan guru.

Kata kunci: Applied Behavior Analysis (ABA), Autisme Spectrum Disorder (ASD), pengetahuan,

penggunaan

180

CLOUD COMPUTING IN LANGUAGE LEARNING

ZURAIFAH ZAINI

Selangor International Islamic University College (KUIS)

ABSTRACT

The use of cloud computing in education has been widely spread around the world. It has been proved its

advantages in offering more choices and opportunities for both teachers and learners to implement the

tools in their classroom. By using these applications, it helps to resolve some of the common problems

such as expenditure costs, quality of communication, security, privacy, flexibility and accessibility.

Therefore, it should be implemented in teaching and learning in order to enhance its productivity.

181

ISSUES OF TRAVEL WRITING IN THE PERSPECTIVE OF POSTCOLONIAL SOCIETY

Rosmawar Mohamed

Centre of Core Studies

International Islamic University College Selangor

Bandar Seri Putra

ABSTRACT

Travel writing or also known as travel literature is also having the same value as literature. Travel writing

consists of a record of people, events, sights and feelings of an author who visits a foreign place for the

pleasure of travel. The forms of travel writing can be varied, for example in the forms of accounts, letters,

personal diaries, journals, and memoirs but later in 18th and 19th century the forms changed to

manuscripts for publication. However, there are certain issues in travel writing discourse that catch the

attention of postcolonial society. In this study, 5 excerpts were taken from several articles or books

regarding travel writing which were analyzed. The outcome of this study showed the writer’s position in

the discourse, the effectiveness of the discourse towards the readers and lastly does the excerpts agree to

the genre of travel writing.

Keywords: travel writing, travel literature, travel writer, postcolonial society

182

PEMBANGUNAN MODUL PENGAJARAN MATEMATIK UNTUK PELAJAR INSTITUSI

TAHFIZ: ANALISIS KEPERLUAN GURU

Nurhidayah Ab Karim, Effandi Zakaria

Jabatan Pendidikan Matematik, Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor.

Tel: +601135087255 Email: [email protected]

ABSTRAK

Matematik ialah antara subjek yang telah ditawarkan oleh sebahagian institusi tahfiz di Malaysia. Hari

demi hari, kelemahan dalam pelaksanaannya telah dikesan dan menjadi kebimbangan kepada ibu bapa

serta semua pihak yang terlibat. Justeru itu, kajian ini bertujuan melakukan analisis keperluan guru

terhadap pengajaran matematik di institusi tahfiz. Analisis keperluan ini antaranya bertujuan untuk

menentukan kesediaan, masalah dan keperluan guru dalam melaksanakan pengajaran matematik di

institusi tahfiz. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Data kajian

dikumpul menggunakan kaedah temu bual yang melibatkan 3 orang guru yang mengajar matematik di 3

buah madrasah tahfiz. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru dalam pengetahuan

matematik adalah mencukupi. Namun demikian, guru memerlukan satu modul yang lebih tersusun

mengkhususkan topik-topik asas yang penting dalam kehidupan seharian seperti tambah, tolak, darab,

bahagi, pecahan, peratus, perimeter dan luas, algebra dan persamaan linear. Pengetahuan asas murid,

kesukaran murid memahami topik dalam matematik dan kebimbangan guru terhadap silibus adalah

masalah yang dikenalpasti dihadapi oleh guru. Justeru itu, keperluan dalam mewujudkan modul ini

diharapkan dapat membantu guru dalam mengatasi masalah pelajar yang lemah menguasai topik-topik

asas dalam matematik serta memudahkan guru untuk menyusun silibus mengikut masa yang secukupnya.

Kata kunci: Pengajaran Matematik, Modul, Analisis Keperluan Guru, Institusi Tahfiz

183

NASIONALISME PEMISAH DI MEDIA SOSIAL PASCA PRU-14

Badrul Azmier Bakar

Universiti Teknologi MARA

Mohammad Agus Yusoff

Universiti Kebangsaan Malaysia

Jeniwaty Mohd Jody

Universiti Teknologi MARA

Mahazril ‘Aini Yaacob

Universiti Teknologi MARA

ABSTRAK

Semenjak era Westphalia sehinggalah ke zaman dekolonisasi pasca Perang Dunia Kedua, nasionalisme

menjadi ideologi yang sangat penting bagi negara kerana untuk pembinaan bangsa. Negara yang beragam

menggunakan nasionalisme untuk menyeragamkan warga sehingga berjaya membentuk bangsa. Namun,

jumlah negara merdeka bertambah dengan mendadak sejak berakhirnya Perang Dingin pada tahun 1991

sehinggalah merdekanya Sudan Selatan pada tahun 2011. Ini menggambarkan nasionalisme pemisah ialah

sebuah trend politik yang semakin menjadi-jadi di era globalisasi. Seperkara lagi, nasionalisme pemecah

di masa kini menggunakan pula media sosial untuk meraih sokongan rakyat. Ini seperti perjuangan

Catalonia yang ingin berpisah daripada Sepanyol. Maka, makalah ini berhujah nasionalisme pemisah

bukan hanya meningkatkan sentimen primordial seperti perkauman, kedaerahan dan kenegerian, bahkan

menjurus kepada pemisahan. Justeru, kaedah analisis kandungan terhadap maklumat sekunder di luar

talian dan terutamanya di atas talian dioperasikan. Ini bagi membantu perbincangan mengenai

nasionalisme pemecah di media sosial yang kini menjadi sebahagian daripada politik di era pasaca PRU-

14 dengan memfokuskan ke atas negeri Johor, Sabah dan Sarawak. Hasilnya, kajian ini mendapati

nasionalisme bangsa Johor ialah inisiatif istana, meningkatkan sentimen negeri, menggunakan sukan

bolasepak, dan kurang bersifat pemisah. Manakala nasionalisme Sabah dan Sarawak menuntut lebih

autonomi dan kalau boleh kemerdekaan penuh. Namun, kedua-duanya menggunakan media sosial untuk

meningkatkan sentimen nasionalisme dan menyebarkan idea pemisahan.

Kata kunci: media sosial, politik pemisah, Malaysia Baharu, nasionalisme Borneo, bangsa Johor.

184

TAHAP PENGETAHUAN DAN KECENDERUNGAN NIAT PELAJAR KOLEJ MARA DAN

KOLEJ PROFESIONAL MARA MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN SOSIAL

Normala Mohd Hassan

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

+6013-2475626 ; [email protected]

Norasmah Othman

+03-89216240 ; [email protected]

ABSTRAK

Melihat kepada perkembangan positif bidang keusahawanan di Malaysia, kerajaan kini menggalakkan

pula usahawan dan bakal usahawan menceburkan diri dalam bidang keusahawanan sosial. Majlis Amanah

Rakyat (MARA) yang cukup sinonim dengan keusahawanan perlu menyahut cabaran kerajaan untuk

melahirkan lebih ramai usahawan sosial di Malaysia. Pembudayaan dan penerapan nilai keusahawanan

sosial perlu diperluas di institusi pendidikan MARA (IPMa) seluruh negara sebagai usaha menyampaikan

pengetahuan mengenai keusahawanan sosial melalui kurikulum dan kokurikulum. Kajian ini dijalankan

untuk melihat tahap pengetahuan pelajar di dua jenis IPMa iaitu Kolej MARA (KM) dan Kolej Profesional

MARA (KPM) mengenai keusahawanan sosial. Kajian dijalankan secara kuantitatif dan pengumpulan

data adalah melalui soal selidik. Seramai 349 orang pelajar di KM dan KPM menjadi sampel bagi kajian

ini tetapi hanya 331 soal selidik sahaja dapat digunakan. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan

statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan tahap

kecenderungan niat pelajar terhadap keusahawanan sosial masih berada pada tahap sederhana tinggi.

Manakala statistik inferensi menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap pengetahuan antara pelajar di

KM dan KPM. Selain itu juga, terdapat hubungan yang lemah antara tahap pengetahuan pelajar dengan

tahap kesediaan kurikulum dan kokurikulum keusahawanan sosial di KM dan KPM.

Kata kunci: keusahawanan sosial, Kolej MARA, Kolej Profesional MARA.

185

KESEDIAAN GURU ALIRAN PERDANA TERHADAP PELAKSANAAN PENDIDIKAN

INKLUSIF

Mohd. Mokhtar Tahar & Farhana Najib

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

SK Ayer Limau, 78300, Masjid Tanah, Melaka

ABSTRAK

Pendidikan Inklusif merujuk kepada suatu program pendidikan yang memberi peluang kepada murid-

murid berkeperluan khas untuk mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana bersama

murid aliran perdana. Pendekatan pendidikan inklusif adalah sejajar dengan hasrat kerajaan yang

terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, yang berinisiatif untuk

meningkatkan enrolmen murid berkeperluan khas dalam program pendidikan inklusif. Kajian dalam

bentuk kajian deskriptif ini dijalankan untuk mengkaji pelaksanaan pendidikan inklusif di 10 buah sekolah

rendah harian di daerah Masjid Tanah, Melaka yang melaksanakan program pendidikan inkusif bagi

murid-murid bermasalah pembelajaran. Kajian ini memfokuskan kepada 1 elemen utama dalam

pelaksanaan pendidikan inklusif iaitu aspek amalan pengajaran guru. Responden kajian terdiri daripada

guru arus perdana, seramai 50 responden. Seramai 17 orang atau 34.0 peratus adalah responden lelaki,

manakala seramai 33 orang atau 66.0 peratus adalah terdiri daripada responden perempuan. Kaedah kajian

ini menggunakan soal selidik yang dijawab oleh guru aliran perdana yang terlibat dalam program

pendidikan inklusif. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif yang melibatkan

kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian ini menunjukkan amalan pelaksanaan pendidikan inklusif

secara purata keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Didapati dua sekolah berada pada tahap tinggi,

tujuh pada tahap sederhana dan sebuah sekolah pada tahap rendah. Dapatan kajian menunjukkan tidak

terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru dengan persepsi guru aliran perdana

dalam melaksanakan Pendidikan Inklusif. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan

yang signifikan antara tahap pengetahuan guru dengan kesediaan guru aliran perdana dalam melaksanakan

Pendidikan Inklusi. Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan guru dengan

kesediaan guru aliran perdana dalam melaksanakan Pendidikan Inklusif. Dapatan kajian turut

menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara persepsi guru dengan tahap kesediaan guru

aliran perdana dalam melaksanakan Pendidikan Inklusif.

Kata Kunci: Kesediaan, guru aliran perdana, pendidikan inklusif

186

QAWAID FIQHIYYAH SEBAGAI LANDASAN PERILAKU UMMAT ISLAM

Nurul Syafini bt Abd Rahman39

Hibriyyatul Rifhan bt Abu Bakar40

Nur Azimah bt Abd Aziz41

ABSTRAK

Qawaid fiqhiyyah merupakan prinsip amali syarie yang menyeluruh dan meliputi semua juzu` di

bawahnya dengan nyata. Qawaid fiqhiyyah ini juga merupakan hasil kajian terhadap nusus, ijma` dan

fatwa para ulama` dan mencari prinsip kesamaan yang mengaitkan hukum hakam syara` yang mempunyai

sifat atau `illah hukum yang sama. Kajian ini merupakan hasil penelitian terhadap beberapa qawaid dan

implikasinya dalam pemikiran dan perilaku masyarakat. Kajian ini menggunakan metod kepustakaan yang

berkaitan dengan topik utama iaitu qawaid fiqhiyyah. Hasil kajian ini mendapati pemahaman terhadap

qawaid fiqhiyyah sangat diperlukan bagi seorang mujtahid dalam merealisasikan pembaharuan pemikiran.

Kata Kunci: Qawaid, Qawaid Fiqhiyyah

39 Pensyarah Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS. [email protected] 40 Pensyarah Jabatan Bahasa dan Potensi Insan, Pusat Pengajian Teras, KUIS. [email protected] 41 Pensyarah Jabatan Kefahaman dan Pemikiran Islam, Pusat Pengajian Teras, KUIS [email protected]

187

PERSEPSI GURU BAHASA ARAB TERHADAP PENDIDIKAN ABAD KE-21:

SATU KAJIAN RINTIS DI SEKOLAH MENENGAH DI MALAYSIA

Ku Fatahiyah Ku Azizan1,Husni Abdullah2, Abd Razif Zaini3, Khairatul Akmar Ab Latif4, Hasanah Hj

Ihsan5, Wan Sakiah Wan Ngah6, Naqibah Mansor7

1Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

2,3,4,5 Fakulti Pengajian Peradaban Islam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

43000 Kajang, Selangor, Malaysia.

6, Institut Pendidikan Guru

Kampus Pendidikan Islam, Bangi

43657, B,B,Bangi, Selangor, Malaysia

7Pembantu Penyelidik

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

.

ABSTRAK

Pendidikan Abad ke-21 berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi dan pengaplikasian teknologi menjadi

tunjang utama pendidikan negara pada masa ini. Salah satu cabangnya berpusat kepada amalan pengajaran

guru di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi guru

bahasa Arab terhadap PAK 21. Kajian ini merupakan kajian rintis yang melibatkan 30 orang respondan

dari sekolah SABK. Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan program Statistical

Package for Social Sciences (SPSS) versi 25. Data-data kajian ini kemudiannya dihurai dan dianalisis

secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan majoriti item berada pada tahap tinggi. Diharapkan agar

guru-guru Bahasa Arab di sekolah menengah menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta

maklumat bagi melaksanakan pengajaran Bahasa Arab yang yang efektif dan berkualiti serta relevan

dengan perkembangan semasa.

Kata Kunci: Pendidikan Abad ke-21, Persepsi Guru, Bahasa Arab

188

The Relationship between Reading Anxiety and Gender

Puziah Abd Wahab, Aishah Amirah Zainal Abidin,

Centre for Core Studies,

Kalthom Husain, Faculty of Education

Haniza Othman, Faculty of Science and Information Technology

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, MALAYSIA

ABSTRACT

Reading language anxiety is widely used to describe the feeling of tension and apprehension in the process

of reading. Many studies proposed that female students acquired English Foreign language faster than

male students . If this is a case, is there a relationship between language learning and reading anxiety.

Hence, this study attempted to investigate the relationship between English Foreign Language Reading

Anxiety with regard to gender. The data were gathered through English Language Foreign Reading

Anxiety (ELFRAI) questionnaire developed by Mazoud Zoughi (2012). Quantitative approach via survey

was adopted to collect the desired data in this research. The participants were 366 students studying

English at UNISHAMS and KUIS, two private state owned universities in Kedah and Selangor

respectively. The findings revealed a significant relationship between FLCA and females. The findings

revealed that the relationship between reading anxiety and gender is insignificant however a slightly higher

level of reading anxiety is shown by the females as opposed to males. The study recommends that

instructor at higher learning should alert and be aware of Reading Anxiety among the student.

Keywords: Gender differences and English reading comprehension; Anxiety; Reading Anxiety,

EFLRAI, second language learners.

189

HAYA’ IN RESPONDING TO A COMPLIMENT AMONG YOUNG MALAYS

Raj Ali Zahid Elley,

Pusat Pengajian Teras, KUIS

[email protected]

Dr Seriaznita Hj Mat Said, UTM

ABSTRACT

In the sociolinguistics field of study, complimenting is a language function often used to encourage or

reinforce desired behaviour. While there are numerous sociolinguistic studies that have been done on this

particular language function, studies on giving an appropriate response to a compliment are uncommon

and the main focus is normally on contrastive cross-cultural communication. In contrast, studies on

responding to a compliment that are anchored by a religious belief are even rarer. Anchored by the

sociotheological framework, this cross sectional study attempts to examine the essence of haya’, an

Islamic concept of inner modesty, among two groups of Diploma students at two different educational

institutions who form a part of the Malay discourse community. The study utilizes ethnographic

observation to capture the nuances of spontaneously produced compliment responses. The findings reveal

that students sharing similar ethnic backgrounds from two different institutions share similar response

patterns when given compliments. Compliments are received with awkward verbal responses and gestures

that often suggest discomfort and denial. Confidence and modesty seem to become issues that prevent

grateful or proud acceptance of the given compliments. This reflects the formative behavioural nurturing

and social quality that these students have received.

Keywords: Haya’, Modesty, Compliments, Young Malays

190

موافقة األحكام الشرعية للعقل السليم: ة لفكر اإلمام القفال يف كتابه حماسن الشريعةيدراسة حتليل

42Maad Ahmad

Dr.Muhammad Yosef Niteh43

Prof Madya Dr.Lukman Abdul Mutalib44

ملخص البحث

زمنة واألمكنة مطابقتها للعقل السليم مجلة رعية ويثبت صالحيتها جلميع األإن مما ي ز حماسن األحكام الشوتفصيال. وقد وردت هذه الشريعة جللب املصاحل ودرء املفاسد وهي اليت تدعو إليها العقول السليمة يف خمتلف

ول والطباع شهد نا العقتل هي حقة وبرهان األزمان واجملتمعات. فاألحكام ليست جمرد رموز وتعبيد حمض، ب ايل أو إحلادي بصفتها أهنا ختالف املعقول أو املعهود فإن اإلشكالية ال ترجع إىل يلسليمة، فلو ادعى رفضها لا

فوا كتبهم الفقهية العقل نفسه. إن الفقهاء ملا ألّ فساد ا ترجع إىل منهج اجتهاد اجملتهد أو ترجع إىلأصل الشريعة وإمنومن أقدم من أّلف يف بيان بهم على سبيل اإلشارة أو النص على حكمة التشريع.ذكروا هذه األمور يف خالاي كت

شريعة. هدف الباحث إىل حسن الشريعة وتطابقها ابلعقول السليمة اإلمام القفال الشاشي يف كتابه حماسن الج االستقرائي ر اإلمام القفال يف تعليل األحكام مبناسبة العقول السليمة، واستخدم الباحث املنهدراسة أفكا

ختالف عقال سليما وال فطرة سليمة، وأن والتحليلي. توصل الباحث إىل أن اإلمام رأى أبن األحكام الشرعية ال ها العقل مع قبول العقل ألصل التشريع بعضها ال يصل إليأن يفهمها العقل و من خالل التعليالت بعض املوافقات وحسنها مجلة.

عقل.ل، تعليل، الاإلمام القفا كلمات مفتاحية:

42 Maad Ahmad, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected] 43 Muhammad Yosef Niteh, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. [email protected] 44 Prof Madya Dr.Lukman Abdul Mutalib, Universiti Sains Islam Malaysia. [email protected]

191

KAJIAN TENTANG TAHAP KEPRIHATINAN GURU TERHADAP INOVASI

PEMBELAJARAN ABAD KE-21 BERDASARKAN MODEL CBAM

Lee Soo Ying

Falkuti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: +6017-6027394 Email: [email protected]

Dr. Zanaton Hj Iksan

Falkuti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia

Tel: +6017-6027394 Email: [email protected]

ABSTRAK

Keprihatinan guru terhadap sesuatu perkara mempengaruhi tingkah laku dan amalan di dalam bilik darjah.

Keprihatinan guru tentang inovasi pembelajaran abad ke-21 membantu dalam menentukan strategi

pengajaran terbaik agar dapat diintegrasikan secara berkesan di dalam bilik darjah. Oleh itu, kajian ini

dijalankan untuk meneroka keprihatinan guru di sekolah rendah khususnya berkenaan pembelajaran abad

ke-21. Reka bentuk kajian adalah kajian kuantitatif. Data dikumpul melalui kaedah soal selidik CBAM

supaya dapat memberikan gambaran yang kukuh tentang keprihatinan pembelajaran abad ke-21. Kajian

ini melibatkan 10 orang guru di SJKC Ketari,Bentong. Data dikumpul daripada soal selidik yang dijawab

oleh guru. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru kurang memunyai keprihatinan dalam Pembelajaran

Abad Ke-21.

Kata Kunci: Pembelajaran Abad ke-21,CBAM

192

PENDEKATAN PSIKOPENDIDIKAN KAUNSELING KELOMPOK DALAM

MENINGKATKAN CELIK AKAL BERKENAAN KEPENTINGAN MENYIAPKAN KERJA

SEKOLAH

Athiah Mohd Hassan, Ku Suhaila Ku Johari

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Isu kerja sekolah yang diberi oleh guru sering menimbulkan masalah kepada murid. Murid mempunyai

anggapan bahawa kerja sekolah merupakan satu bebanan dan bukan bantuan untuk melatih mereka

menjadi semakin mahir dan berpengetahuan. Artikel ini berkaita

n proses kaunseling kelompok psikopendidikan kepada sepuluh orang pelajar lelaki murid darjah lima.

Kaunseling kelompok ini melalui 6 sesi pertemuan dengan kaunselor. Melalui pendekatan

psikopendidikan dalam kajian ini, pengkaji berjaya mendokumenkan dua pencapaian iaitu i) persepsi

murid terhadap kerja sekolah dan ii) aspirasi murid dalam meningkatkan celik akal tentang kepentingan

kerja sekolah. Penilaian program menunjukkan murid telah timbul kesedaran iaitu celik akal berkenaan

kepentingan kerja sekolah kepada diri mereka dan bersetuju pendekatan psikopendidikan diterapkan di

dalam kaunseling kelompok untuk memenuhi objektif kajian. Pendekatan ini merupakan salah satu kaedah

yang diguna pakai oleh pengkaji bagi menimbulkan tahap celik akal kepentingan kerja sekolah di

kalangan murid. Kajian kes ini bertujuan untuk melihat proses Pendekatan Psikopendidikan dan

Kelompok dalam meningkatkan kesedaran murid tentang tingkah laku malas buat kerja sekolah. Kajian

ini adalah kualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang diperolehi menerusi Psikopendidikan di dalam

kaunseling kelompok. Pengumpulan data adalah berdasarkan maklumat yang diperolehi dalam sesi

kaunseling kelompok iaitu komunikasi lisan dan bukan lisan di dalam sesi,analisis laporan sesi rakaman

video dan gambar.

Kata Kunci : Pendekatan Psikopendidikan, Celik Akal, Kerja Sekolah, Kaunseling Kelompok, Kualitatif

193

PENGAPLIKASIAN PETA PEMIKIRAN

DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Mun Suk Fung

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Dr Zanaton Hj Iksan

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Pemilihan teknik pengajaran yang betul dapat membantu pelajar malah meningkatkan pencapaian

akademik pelajar. Bagi membantu para pelajar memahami sesuatu topik yang diajar dalam pembelajaran,

guru perlu menyediakan kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Para guru juga dapat

meningkatkan kemahiran mengajar dan mencapai objektif pembelajaran. Komunikasi dua hala dapat

mewujudkan suasana pembelajaran yang konduksif. Kertas konsep ini membincangkan tentang guru-guru

mata pelajaran yang berbeza mengaplikasikan peta pemikiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan kaedah peta pemikiran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bagi pelbagai mata pelajaran turut dibincangkan serta memberi cadangan penyelesaian

masalah. Selain itu, kertas konsep ini turut mengutarakan kelebihan serta kesan terhadap guru dan pelajar

dalam penggunaan peta pemikiran sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di

dalam bilik darjah. Melalui penjelasan kertas konsep ini diharapkan dapat memberi pendedahan awal

kepada guru-guru tentang keberkesanan pengaplikasian peta pemikiran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran supaya dapat menepati matlamat pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.

Kata Kunci : Peta pemikiran, pengajaran dan pembelajaran

194

PENGGUNAAN MASSIVE OPEN ONLINE COURSE (MOOC) & BLENDED LEARNING

UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: DARIPADA PERSPEKTIF PELAJAR

Nor Suhaiza Md Khalid

Universiti Teknologi MARA,

Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, Malaysia

[email protected]

Suzei Mat Nurudin

Universiti Teknologi MARA,

Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, Malaysia

Zarina Mohd Zain

Universiti Teknologi MARA,

Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban, Malaysia

ABSTRAK

Kursus Pentadbiran Kerajaan Tempatan yang ditawarkan pada pelajar Diploma Pentadbiran Awam di

UiTM ini menggunakan kaedah face-to-face dan non-face-to-face sepanjang minggu pembelajaran.

Kerajaan Tempatan di Malaysia merupakan badan pentadbiran yang paling bawah tetapi penting di

peringkat tempatan kerana menyediakan perkhidmatan yang paling dekat untuk keperluan rakyat

setempat. Selain itu juga, Kerajaan Tempatan atau lebih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

adalah sebagai perantara di antara kerajaan dan rakyat yang mana setiap tindakan serta keputusan yang

dibuat, bukan sahaja akan melibatkan rakyat di dalam kawasannya namun turut akan melibatkan

persetujuan daripada Kerajaan Negeri. Oleh itu, dalam melaksanakan perkhidmatan yang diperlukan,

kerajaan tempatan di Malaysia mempunyai satu sumber kuasa yang utama iaitu Akta Kerajaan Tempatan

1976 (Akta 171) yang mana peranan dan tugas-tugas asas PBT di Malaysia telah digariskan di dalam akta

ini. Kajian ini dibuat bagi melihat prespektif pelajar terhadap kaedah pembelajaran Massive Open Online

Course (MOOC) dan Blended Learning yang digunakan sekarang di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kurus Pentadbiran Kerajaan Tempatan.

Kata Kunci: kerajaan tempatan, Massive Open Online Course (MOOC), Blended Learning & autonomi

195

PENGGUNAAN KAEDAH JOLLY PHONIC DALAM PENGAJARAN KEMAHIRAN

MEMBACA BAHASA INGGERIS PELAJAR PENDIDIKAN KHAS (PEMBELAJARAN)

Roscherly Santa Fairuz Kiting 1, Dr. Mokhtar Tahar 2

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Kajian ini dibangunkan untuk mengkaji faktor dan kaedah pengajaran terbaik bagi Kemahiran Membaca Bahasa

Inggeris dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas (Pembelajaran). Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengkaji

kesan penggunaan Kaedah Jolly Phonic terhadap permaslaahan tersebut. Tiga puluh dua orang responden dengan

variasi pencapaian dipilih sebagai sampel kajian. Kajian tindakan ini dilaksanakan selama dua puluh minggu dengan

menggunakan pendekatan kuasi eksperimental. Screen of Phonological Awareness, Alphacheck dan Oral Language

Assessment merupakan instrumen yang digunakan bagi mendapatkan data pencapaian kemahiran literasi Bahasa

Inggeris secara menyeluruh. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS dan dapatan kajian dibincangkan

mengikut persoalan kajian. Hasil kajian menunjukkan Kaedah Jolly Phonic telah berjaya meningkatkan prestasi

responden dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Pendidikan Khas (Pembelajaran) sekaligus membendung

faktor yang mempengaruhi minat pelajar dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. Peningkatan prestasi dan

penguasaan yang menggalakkan berlaku seawal sepuluh minggu kajian setelah menggunakan Kaedah Jolly Phonic

sepenuhnya. Responden mengatakan bahawa Kaedah Jolly Phonic telah memudahkan mereka untuk membaca

perkataan melalui hafalan irama yang menyeronokkan, menimbulkan keseronokan pembelajaran dan menggalakan

penglibatan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran sekaligus berjaya menghapuskan perasaan takut terhadap

pembelajaran Kemahiran Membaca dalam Bahasa Inggeris malah menimbulkan keyakinan responden dalam

Kemahiran Lisan Bahasa Inggeris. Kesimpulannya, penggunaan Kaedah Jolly Phonic wajar disebarkan dan

diamalkan dalam kalangan murid sebagai usaha meningkatkan prestasi dan minat seterusnya membantu penguasaan

pembelajaran Kemahiran Membaca Bahasa Inggeris.

Kata kunci: Jolly Phonic, kemahiran membaca, pendidikan khas

196

THE USAGE OF JOLLY PHONIC IN TEACHING ENGLISH READING SKILLS AMONG

SPECIAL NEEDS STUDENTS

Roscherly Santa Fairuz Kiting 1, Dr. Mokhtar Tahar 2

Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRACT

This study was developed to examine the factors and the best teaching method for English Reading Skills among

students with learning disabilities. The main purpose of this study was to investigate the effect of using the Jolly

Phonic Method on the study. Thirty-two respondents with different achievement were selected as a sample. This

study was conducted for twenty weeks using an experimental-quasi approach. Screen of Phonological Awareness,

Alphacheck and Oral Language Assessment is an instrument that has been used to obtain comprehensive English

Literacy skills. The data were analyzed descriptively using SPSS and the findings were discussed in findings. The

results showed that the Jolly Phonic Method has succeeded in improving the performance of respondents in English

students with disabilities as well as inhibiting factors affecting student’s interest in English learning. By using Jolly

Phonics, they showed their improvement within ten weeks after the method have been fully applied in learning.

Respondents said that the Jolly Phonic method has facilitated them to read the words through fun rhythmic rhythms,

creating fun learning and encourage active involvement in teaching and learning as well as eliminating the fear of

learning Reading Skills in English, hence raising their confidence in English Proficiency Skills. In conclusion, the

use of the Jolly Phonic Method should be disseminated and practiced among students as an effort to improve their

performance and interest in assisting the teaching of English Reading Skills.

Key words: Jolly Phonic, reading skills, special needs

197

CORAK AKTIVITI FIZIKAL DAN TAHAP KESIHATAN DALAM KALANGAN MURID

RURAL DI KUALA KETIL

Noor Marlina Mohamed Nor, Mohd Radzani Abd Razak, Erwan Ismail

Fakulti Pendidikan, UKM

ABSTRAK

Corak aktiviti fizikal dan tahap kesihatan memainkan peranan dalam melahirkan murid yang berkualiti.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji corak aktiviti fizikal dan tahap kesihatan murid rural

di Kuala Ketil, Kedah. Populasi kajian terdiri daripada murid tingkatan 4 di empat buah sekolah menengah

di daerah Kuala Ketil. Sampel kajian adalah seramai 79 orang setelah menggunakan kaedah penentuan

sampel yang diketengahkan oleh Krecjie dan Morgan (1970). Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan

iaitu kajian rentas-silang. Instrumen kajian yang digunakan adalah Physical Activity Questionnaire for

Children (PAQ-C). Analisis deskriptif menunjukkan 38 orang adalah murid lelaki dan 41 orang adalah

murid perempuan. Dapatan gaya hidup menunjukkan murid menggunakan motosikal untuk ke sekolah (M

= 3.10). Corak aktiviti fizikal murid menunjukkan murid lebih aktif selepas waktu persekolahan (M =

3.21) berbanding waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), waktu rehat, makan tengahari, dan

hujung minggu. Ini menunjukkan bahawa corak aktiviti fizikal murid di sekolah adalah tidak aktif (M =

1.89). Tahap aktiviti fizikal murid dikategorikan sebagai tidak aktif (M = 2.05) yang mana murid lelaki

dan perempuan dikategorikan sangat tidak aktif iaitu masing-masing M = 1.47 dan M = 1.29. Indeks jisim

badan (BMI) murid menunjukkan bahawa murid dikategorikan normal iaitu (M = 2.05) bagi lelaki dan

(M = 1.83) bagi perempuan dan mempunyai risiko kesihatan yang rendah (M = 1.94) secara keseluruhan.

Dapatan kajian ini dapat membantu murid dan guru serta kementerian dalam menggalakkan murid

melakukan aktiviti fizikal di sekolah mahupun di luar sekolah bagi memberi kesedaran akan kepentingan

dan kelebihan melakukan aktiviti fizikal dan gaya hidup yang efisien.

Kata kunci: Gaya hidup, aktiviti fizikal, kokurikulum, kesihatan, BMI

198

RELEVANKAH PENGUJIAN ITEM PENGUKURAN NILAI DAN ETIKA TERHADAP

PENJAWAT AWAM GURU BERDASARKAN KONSEP TONGGAK DUA BELAS?

Norhashidah binti Md Ghani,

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Emel: [email protected], Tel: +6011- 10861034

Dr. Mohd Effendi @ Ewan bin Mohd Matore

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Emel: [email protected], Tel: +6019- 2896080

ABSTRAK

Tonggak Dua Belas mengandungi panduan baik daripada aspek Nilai dan Etika bagi melahirkan penjawat

awam yang cekap dan berkualiti terutama melibatkan profesion keguruan. Namun begitu, konsep asas

dengan 12 dimensi ini tidak banyak dibincangkan daripada aspek kualiti item pengukurannya terutama

bagi teori psikometrik moden. Perkembangan teori psikometrik moden terutama menggunakan model

Rasch mendorong keperluan yang tinggi bagi menguji sama ada item yang digunakan adalah sah dan

boleh dipercayai untuk kegunaan masa hadapan. Justeru, kertas konsep ini bertujuan meninjau

sejauhmanakah terdapat keperluan pengujian psikometrik item pengukuran nilai dan etika pada instrumen

Tonggak Dua Belas terhadap penjawat awam guru. Kebanyakan literatur juga dilihat lebih banyak

memfokuskan kepada tahap pengamalan dan pemahaman nilai dan etika dalam perkhidmatan awam,

berbanding kualiti pengukuran pada item tersebut. Idea di sebalik kertas konsep ini adalah untuk

membincangkan persoalan sama ada pengujian item pengukuran konsep Nilai dan Etika dalam konteks

model Tonggak Dua Belas masih kekal relevan. Semakan kualiti psikometrik item ini penting agar

penjawat awam guru yang lemah daripada aspek nilai dan integriti akan dapat dibimbing. Selain itu, kajian

ini mampu memberikan bukti secara empirikal bagi aspek ketepatan pengukuran yang dijangka dapat

mendorong kajian lanjutan dengan skop yang lebih meluas dan berimpak tinggi.

Kata kunci: Tonggak Dua Belas, guru, nilai, etika, penjawat awam, pengujian, psikometrik, model

Rasch

199

MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS AYAT MUDAH DENGAN

PAKEJ PERANTI SBK

Loh Pei Wen

Falkuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Tel: +6016-6019541 Email: [email protected]

Zanaton Hj Iksan, Ph.D.

Falkuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

Tel: +6019-6004627 Email: [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan bertujuan untuk membantu murid pemulihan menguasai kemahiran

menulis ayat mudah dengan penggunaan Pakej Peranti SBK. Kajian ini melibatkan tiga orang murid

pemulihan Tahun 4 di sebuah sekolah Alor Gajah, Melaka. Pengumpulan data dilakukan melalui kaedah

pemerhatian, analisis dokumen dan temu bual. Data telah dianalisis secara manual dengan kaedah tematik.

Triangulasi tema dilakukan untuk menjamin ketekalan data. Melalui penganalisisan data, didapati murid-

murid pemulihan menghadapi masalah untuk menulis ayat. Mereka tidak yakin dan tidak boleh menulis

ayat tanpa bimbingan. Bahan bantu mengajar yang digunakan juga tidak berkesan dalam membantu murid

pemulihan menguasai kemahiran menulis ayat. Berdasarkan masalah-masalah yang didapati, Pakej

Peranti SBK telah dibina. Pakej ini dibina dengan menggunakan bahan Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi (TMK), gambar, rumus struktur ayat dan kaedah ansur maju. Hasil dapatan kajian

menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pada penguasaan murid-murid pemulihan dalam kemahiran

menulis ayat setelah penggunaan Pakej Peranti SBK. Murid pemulihan boleh menulis ayat dengan

menggunakan kosa kata dan struktur yang betul. Lagipun, murid-murid pemulihan menjadi lebih yakin

dalam menulis ayat. Mereka juga suka akan penggunaan Pakej Peranti SBK dalam pembelajaran

kemahiran menulis ayat. Dengan itu, pengkaji telah memperbaiki amalan dalam pengajaran kemahiran

menulis ayat mudah.

Kata kunci: Menulis ayat, teknologi maklumat, komunikasi

200

MENGENAL DAN MENULIS HURUF B DAN D

MELALUI KAEDAH LEGOTU BAGI MURID PEMULIHAN

Lim Ai Wen

Universiti Kebangsaan Malaya, UKM Bangi

Tel: +6019-7629336 Email: [email protected]

Dr. Zanaton Hj Iksan

Universiti Kebangsaan Malaya, UKM Bangi

Tel: +6019-6004627 Email: [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan ini bertujuan untuk membantu murid pemulihan dapat mengenal dan menulis huruf abjad

b dan d melalui kaedah LEGOTU. Kaedah ini mempunyai tiga proses iaitu LE (Lekat), peserta kajian

lekat kertas pelekat atas lembaran huruf b dan d yang disediakan, GO (Gores), menggunakan duit syiling

dan gores dua keping kad huruf dan TU (Tulis), menuliskan suku kata dan perkataan yang mempunyai

huruf b dan d dalam lembaran kerja dan buku bergaris empat. Data yang dikumpulkan adalah catatan

pemerhatian video, temu bual bersama guru Bahasa Malaysia, guru Bahasa Inggeris, guru kelas dan

analisis dokumen iaitu lembaran kerja. Semua data yang terkumpul ini dianalisis menggunakan kaedah

tematik. Dapatan kajian menunjukkan kaedah LEGOTU dapat membantu murid mengenal huruf b dan d

melalui ‘lekat dengan fokus’, ‘lekat dengan kemas’, ‘lekat ikut urutan bentuk’, ‘lekat dengan cepat’, ‘gores

dengan cepat’, dan ‘gores dengan berhati-hati’ sehingga murid dapat menyebut huruf b dan d dengan betul

dan sebutan yang jelas. Kaedah ini juga membantu murid menulis huruf b dan d dengan ‘betul’ dan

‘kemas’ dalam lembaran kerja dan buku bertulis.

Kata kunci : Murid Pemulihan, Kemahiran Mengenal Dan Menulis, Huruf B Dan D, Kaedah Tematik,

Kaedah LEGOTU

201

PANTUN SEBAGAI PENSEJARAHAN SOSIAL MASYARAKAT MELAYU

Mohd Adib Akmal Ahmad Shatir

Pusat Pengajian Teras

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Pantun adalah dokumen lisan yang merakam secara langsung atau tidak sikap serta pemikiran

masyarakat Melayu. Dalam kajian Kesusasteraan Melayu, Pantun dikelas sebagai sastera jenis

tradisional---dalam ertikata ia telah diungkapkan zaman-berzaman. Disorot daripada perspektif

Sejarah Sosial, Pantun telah menyediakan pelbagai maklumat yang boleh dipertanggungjawab

tentang pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu, yang rata-rata sukar dicungkil melalui

kaedah penyelidikan sejarah konvensional. Dengan menggunakan kaedah analisis kandungan,

kertas kerja ini mengujahkan Pantun sebagai dokumen pensejarahan sosial yang mustahak lagi

unik dalam mengungkapkan minda Melayu. Sungguhpun begitu, kertas ini juga mencadangkan

supaya penghayatan terhadap Pantun sebagai dokumen pensejarahan sosial itu harus berjalan

secara kritis, terutama setelah mempertimbangkan ia sebagai sebahagian korpus Ilmu Kolonial

yang sememangnya problematik. Dalam hal ini, Pantun sebagai sebuah dokumen pensejarahan

sosial juga dilihat tidak terlepas dari proses konstruksi dan rekonstruksi teks.

Kata kunci: Pantun, Sejarah Sosial, masyarakat Melayu, Ilmu Kolonial

202

Sekalung Budi dan Penghargaan

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

(UniSHAMS)

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Watie Collection

Jawatankuasa Tetap Pendidikan Negeri Selangor

Yayasan Taqwa

KUISCELL Sdn. Bhd

Yayasan Telekom

Pemakalah dari Universiti Kebangsaan Malaysi (UKM)

Pemakalah dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pemakalah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Pemakalah dari Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Pemakalah dari Universiti Malaya (UM)

Pemakalah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Pemakalah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

(KUIS)

Pemakalah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Pemakalah dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Pemakalah dari Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim

Mu'adzam Shah (UniSHAMS)

Pemakalah dari Quest International University

Pemakalah dari Kolej Profesional Baitul-Mal

Pemakalah dari Dewan Bahasa & Pustaka

Pemakalah dari Kolej Komuniti

Pemakalah dari SK FELDA

Semua Ahli Jawatankuasa Persidangan Antarabangsa Sains Sosial

dan Kemanusiaan (PASAK 4)

dan

Semua pihak yang memberi bantuan dan menyumbang secara

langsung dan tidak langsung.

203

Bunga Kemboja Putih Berseri

Putihnya Melur Diujung Dahan

Atas Kerjasama dan Bantuan yang Diberi

Puji Syukur dan Terima Kasih Kami Ucapkan

Kalau Menjemur Papan Panjang

Baik Disusun Tegak Berdiri

Kalau Ada Umur Panjang

Insya Allah Kita Akan Berjumpa Lagi

Terima kasih

daun keladi