persepsi pelajar tingkatan dua sekolah · pdf file(kemahiran hidup) fakulti pendidikan ....

22
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUTIARA RINI TERHADAP MAKANAN SEIMBANG DI KANTIN SEKOLAH NADIAH BINTI ZAHARUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vuongkhue

Post on 01-Feb-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN MUTIARA RINI TERHADAP MAKANAN SEIMBANG DI

KANTIN SEKOLAH

NADIAH BINTI ZAHARUDDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

PENGESAHAN

“ saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.

Tandatangan : ……………………………………………

Nama Penyelia : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID

Tarikh : …………………………………………….

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN MUTIARA RINI TERHADAP MAKANAN SEIMBANG DI

KANTIN SEKOLAH

NADIAH BINTI ZAHARUDDIN

TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT

PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIDKAN

(KEMAHIRAN HIDUP)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2009

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : NADIAH BINTI ZAHARUDDIN

Tarikh : .…………………………………..

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

DEDIKASI

Tuhanku

Kepayahan ini adalah sebagai ujian daripadaMu…

Ampuni daku kerana amal diriku tidak sepadan dengan nikmatMu…

Aku…hamba yang berhutang syukur.

Ibu dan ayah yang disayangi

Kasih sayang kalian cahaya hidupku

Jasa dan pengorbanan kalian tidak ternilai

Doaku buat kalian

“Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana

mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku

semasa kecil.”

(al-Isra’: 24)

Para pensyarah dan para sahabat yang dikasihi:

Terima kasih atas segala bantuan dan dorongan kalian.

Aku mencari segala pengetahuan untuk segala sesuatu selain Tuhan,

tetapi ilmu tidak mahu kecuali hanya untuk Tuhan

(Iman Al-Ghazali)

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, saya dapat menyiapkan tesis ini.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyelia

projek sarjana muda saya, Encik Mohd Rizal bin Mohd Said di atas bimbingan dan

dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Setinggi-tinggi

penghargaan juga diucapkan kepada semua pensyarah di Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia.

Kerjasama daripada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini,

Skudai, Johor amatlah dihargai.

Akhirul kalam, sekalung penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang

telah memberikan kerjasama dalam membantu saya dalam proses perolehan

maklumat sehingga penyiapan Projek Sarjana Muda ini disempurnakan.

Sekian, terima kasih.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti persepsi pelajar

tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini terhadap makanan

seimbang di kantin sekolah. Seramai 405 orang pelajar tingkatan dua Sekolah

Menengah Kebangsaan Mutiara Rini pada tahun 2009 dipilih sebagai responden bagi

kajian ini. Tiga aspek yang dikaji terhadap responden tersebut adalah gaya

pemakanan di kantin sekolah, tahap pengetahuan pelajar berkenaan pemakanan

seimbang, dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan pihak sekolah kepada

pelajar terhadap pengambilan makanan seimbang di kantin sekolah. Kajian ini

dijalankan dengan mengedarkan set borang soal selidik kepada responden. Data

yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan

program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan

nilai kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan walaupun pelajar

mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam pemakanan seimbang, namun

pelajar masih berada pada tahap sederhana dari aspek pengambilan makanan

seimbang semasa di kantin sekolah.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

ABSTRACK

This research was conducted to identify perception among form two students

of Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini about nutritional balance of food in

school canteen. About 405 forms two students were selected as respondent for this

research. Three aspects have been analyzed which are their eating style at the

canteen, knowledge level of nutritional balance of food, and the encouragement from

parents and school management to the student on having nutritional balance of food

at the school canteen. This research has been conducted by distributing set of

questionnaires to the respondent. Descriptive statically analysis was use to analyze

collected data. Statistical Package for Social Science (SPSS) 11.5 version were used

in order to get frequency, percentage and mean. The result from this research

showed that student have high level in knowledge about nutritional balance of food

but they still have moderate level in eating balance nutritious at school canteen.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT Pengesahan Status Tesis -

Pengesahan Penyelia -

Halaman Pengakuan i

Dedikasi ii

Penghargaan iii

Abstrak iv

Abstract v

Kandungan vi

Senarai Jadual x

Senarai Rajah xi

Senarai Singkatan xii

Senarai Lampiran xiii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definasi operasional 8

1.8.1 Persepsi 8

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

1.8.2 Pelajar 9

1.8.3 Makanan Seimbang 9

1.8.4 Gaya Pemakanan 9

1.8.5 Pengetahuan 9

1.8.6 Dorongan 10

1.9 Kesimpulan 10

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Gaya Pemakanan Pelajar 11

2.2.1 Makanan utama pelajar 13

2.2.2 Makanan di kantin sekolah 15

2.3 Pemilihan makanan oleh pelajar 15

2.3.1 Tabiat membeli remaja 17

2.3.2 Pembentukan tabiat pemakanan 19

2.3.3 Sikap remaja terhadap pengambilan 19

makanan seimbang

2.3.4 Obesiti - Masalah pemilihan makanan 20

oleh pelajar

2.4 Dorongan dalam pemilihan makanan kegemaran 23

pelajar

2.4.1 Kecelaruan Gaya Pemakanan 24

2.4.2 Faktor yang mempengaruhi pemilihan

makanan pelajar 25

2.5 Ringkasan 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

3.1 Pengenalan 28

3.2 Rekabentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 29

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 31

3.5.1 Persoalan Kajian 32

3.6 Keesahan soal selidik 33

3.7 Kajian Rintis 34

3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 34

3.9 Prosedur Kajian 35

3.10 Analisis Data 37

3.11 Kesimpulan 39

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data 41

4.2.1 Analisa data soalan kajian 1 42

4.2.2 Analisa data soalan kajian 2 46

4.2.3 Analisa data soalan kajian 3 50

4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 54

4.4 Ringkasan 55

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN

DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 56

5.2 Rumusan 57

5.2.1 Rumusan Berdasarkan Item yang

Dikemukakan

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

5.3 Perbincangan 59

5.3.1 Apakah gaya pemakanan pelajar di

kantin Sekolah Menengah Kebangsaan

Mutiara Rini? 59

5.3.2 Apakah tahap pengetahuan pelajar

Tingkatan dua Sekolah Menengah

Kebangsaan Mutiara Rini terhadap

pemakanan seimbang? 60

5.3.3 Apakah dorongan yang diberikan oleh

Ibu bapa dan pihak sekolah kepada

Pelajar terhadap pengambilan makanan

Seimbang di kantin sekolah? 62

5.4 Cadangan 63

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Kesimpulan 65

RUJUKAN 66

LAMPIRAN

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

2.1 Corak Pengambilan Makanan Orang ASEAN Bagi Tahun

1961 Hingga 1997 13

3.1 Taburan saiz populasi 30

3.2 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 32

3.3 Pemilihan Skala Likert 33

3.4 Pengkelasan Skor Skala Likert 37

3.5 Penentuan Tahap Peratusan 38

3.6 Skala Min 38

4.1 Item-item mengikut persoalan kajian 41

4.2 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min

bagi gaya pemakanan pelajar di kantin sekolah 42

4.3 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi

tahap pengetahuan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah

Kebangsaan Mutiara Rini terhadap pemakanan seimbang 46

4.4 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan pihak sekolah

kepada pelajar terhadap pengambilan makanan seimbang di

kantin sekolah 50

4.5 Nilai purata pembolehubah dikaji 54

5.1 Purata min keseluruhan bagi soalan kajian terhadap pelajar

tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini

tentang pengambilan makanan seimbang di kantin sekolah 57

5.2 Maklumbalas amalan pengambilan makanan seimbang di

Kantin 58

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Prosedur Kajian 36

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN KETERANGAN

F frekuensi

% peratus

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

1 Set Borang Soal Selidik

2 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari KPM

3 Surat Pengenalan Diri Daripada FP, UTM

4 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian JPN, Johor

5 Pengesahan Menjalankan Kajian Soal Selidik

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pemakanan memberi kesan yang tertentu dalam setiap putaran hidup manusia.

Terdapat kesan yang boleh dilihat secara zahir dan ada juga kesan yang tidak dapat

dilihat dengan mata kasar. Tabiat pemakanan dan pengambilan makanan harian

seseorang akan mempengaruhi tahap kesihatan mereka pada masa akan datang

(Scottish Office, 1996).

Masalah berat badan yang berlebihan semakin meningkat di kalangan remaja

(Wills et al., 2004), kerana sikap pemakanan harian mereka yang tidak betul dan

suka mengambil banyak makanan berlemak (Wills et al., 2004). Satu kajian di

sebuah sekolah menengah di United Kingdom telah menunjukan hidangan utama

yang menjadi pilihan pelajar sekolah tersebut terdiri daripada makanan yang

mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi dan rendah dari segi kandungan

kalsium, zink, zat besi, riboflavin, folate dan vitamin A (Noble dan Kipps, 1994).

Keadaan sebegini amat membimbangkan kerana tabiat pemakanan seseorang itu dari

kecil akan di bawa sehingga dewasa dan sukar untuk di ubah (Wills et al., 2004).

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak,

vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari

buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain. Pengambilan makanan

seimbang dijelaskan ada perkaitan dengan risiko gejala penyakit (WHO,1990).

Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan

dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan seimbang

penting untuk perkembangan manusia.

Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat

perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan

peringkat dewasa. Remaja akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik,

termasuklah perubahan fizikal, fisiologi, biokimia, hormon dan psikologi. Oleh itu

badan memerlukan nutrisi yang cukup bagi menghadapi perubahan-perubahan yang

mendadak tersebut. Remaja perempuan pada umumnya merujuk kepada mereka

yang berumur sepuluh hingga tujuh belas tahun. Remaja lelaki pula merujuk kepada

mereka yang berumur dua belas tahun hingga dua puluh satu tahun (Anita L.Owen et

al., 1999).

Perubahan dan perkembangan saiz fizikal yang dramatik berlaku pada

peringkat remaja. Oleh sebab itu, para remaja memerlukan kadar nutrien yang tinggi

bagi menampung perubahan dan perkembangan fizikal mereka (Patricia L. Spleett et

al., 1999). Sekolah merupakan pusat kehidupan remaja (Wills et al., 2004).

Sekurang-kurangnya satu menu utama harian pelajar di ambil di sekolah setiap hari

persekolahan dan sekolah boleh menjadi tempat untuk memupuk tabiat pemakanan

yang sihat (Department of Health, 1999 ; Learning and Teaching Scotland, 2004 ).

Aspek pemakanan memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian

seseorang pelajar di semua peringkat. Pemakanan seimbang akan membekalkan

keperluan tenaga yang mencukupi bagi membantu pelajar-pelajar memberikan

tumpuan kepada proses pembelajaran di sekolah dan universiti. la sangat penting

dalam pembangunan mental dan kecemerlangan intelek (Utusan, 29 Julai, 1999).

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

Walaubagaimanapun, menurut Anderson et al. (1994), Adamson et al. (1996),

Currie et al. (1997), Roberts et al. (1997) dan Johnson dan Hackett (1997), didapati

pilihan utama pemakanan dan kecenderungan pelajar sekolah menengah ialah

terhadap makanan ringan. Gardner Merchant (1994), Passmore, (1997); Douglas,

(1998); Sodexho (2000) pula mendapati pelajar pada peringkat umur sekolah

menengah lebih cenderung mengambil makanan ringan seperti kek, biskut, kerepek

dan minuman ringan dalam diet harian mereka. Oleh yang demikian, pertumbuhan

remaja akan terjejas kerana makanan tersebut tidak mengandungi nutrisi untuk

menampung pertumbuhan mereka.

Watt dan Sheiham (1997) menyatakan remaja sering mengaitkan makanan

seimbang dengan pengurangan berat badan, makanan ringan, rakan-rakan dan

kebebasan mereka dalam memilih makanan tersebut. Faktor kesegaran hidangan

makanan tidak begitu penting bagi pelajar. Mereka lebih berminat memilih makanan

berdasarkan kepada rasa, tekstur dan rupa makanan tersebut. Oleh itu, dalam

menghasilkan makanan bernutrisi dan seimbang disekolah, aspek rasa, tekstur dan

rupa makanan tersebut perlu di ambil kira untuk menarik minat pelajar terhadap

makanan tersebut.

Walaupun sebenarnya pelajar didapati mengetahui tentang nutrisi, namun

mereka gagal mengaplikasi pengetahuan mereka tentang nutrisi dalam pemakanan

harian mereka (Douglas, 1998; Anderson et al., 1994; Johnson dan Hackett, 1997).

Oleh sebab itu, Ruxton (1993) dan Hackett (1997) mengatakan sekolah perlu

melakukan inisiatif dalam membaiki dan membentuk tabiat pemakanan pelajar. Watt

dan Sheiham (1997) pula menekankan setiap usaha dalam membaiki dan membentuk

tabiat pemakanan yang seimbang di kalangan pelajar mestilah berteraskan kepada

kefahaman dan keyakinan pelajar itu sendiri terhadap makanan.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkhidmatan secara kontrak di kantin sekolah-sekolah di Malaysia di

keluarkan melalui Jabatan Pelajaran kepada pengusaha-pengusaha yang berminat

untuk mengendalikannya. Harga merupakan faktor utama kepada pemilihan tender

tersebut (Julia Brannen dan Pamela Storey , 1998). Dengan yang demikian,

kebanyakkan pengusaha kantin sekolah yang mendapat kontrak tersebut

menyediakan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak segar bagi mengurangkan kos

perbelanjaannya.

Hal ini sangat berkaitan dengan pelajar di sekolah. Dalam lima hari seminggu

pelajar akan pergi ke sekolah. Sepanjang mereka berada di sekolah, menu dipilih

secara individu oleh pelajar (Julia Brannen dan Pamela Storey,1998). Oleh itu,

perkhidmatan makanan di kantin sekolah juga memainkan peranan penting dalam

memastikan pelajar dapat makanan yang seimbang dalam menu harian pelajar di

kantin sekolah (Ruxton et al., 1993).

Dalam satu kajian tentang pemakanan pelajar sekolah mendapati hidangan

makanan di sekolah sangat rendah zat seperti kalsium, besi dan folate (Gregory et al.,

2000). Ini tidak dapat menampung pertumbuhan pelajar sebagai remaja yang

memerlukan 2200 hingga 2500 kalori tenaga sehari bagi pelajar perempuan dan 3000

hingga 3400 kalori sehari bagi pelajar lelaki (Anita L Owen et al., 1999). Dari itu,

pemakanan yang seimbang mampu memberikan tenaga yang di perlukan oleh pelajar

untuk menjalankan aktiviti harian dengan sempurna.

Lynd-Evans (1993) mencadangkan pihak pengusaha kantin membuat makanan

seimbang dalam penghasilan menu harian pelajar di sekolah dan jadikan makanan

tersebut sebagai makanan kegemaran pelajar dengan menjadikan makanan tersebut

menarik dari segi rupa dan rasa. Selain itu, pihak kantin juga boleh mempelbagaikan

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

menu yang berkhasiat bagi menarik minat pelajar untuk membeli dan tidak merasa

jemu makan di kantin sekolah.

Dorongan keluarga, rakan sebaya dan persekitaran juga mempegaruhi

pengambilan pemakanan pelajar (Greenwood dan Richardson, 1972). Kebanyakan

ibu bapa di Malaysia lebih tertumpu pada keselamatan anak-anak mereka berbanding

dengan corak pemakanan mereka (Lating et al., 1994). Pelbagai pihak bersetuju

bahawa faktor pemakanan berkhasiat penting bagi melahirkan pelajar yang

cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik.

Amalan pemakanan yang baik dan teratur dapat mempengaruhi keupayaan

dan pencapaian pelajar dalam mengikuti pelajaran. Dengan itu, pengkaji

berpendapat bahawa satu kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti persepsi

pelajar terhadap makanan seimbang di kantin sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan kepada latarbelakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik

ingin melakukan penyelidikan persepsi pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah

Kebangsaan Mutiara Rini terhadap makanan seimbang di kantin sekolah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi pelajar tingkatan dua Sekolah

Menengah Kebangsaan Mutiara Rini terhadap makanan seimbang di kantin sekolah.

Objektif yang ditetapkan bagi kajian ini adalah untuk:

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH  · PDF file(KEMAHIRAN HIDUP) FAKULTI PENDIDIKAN . UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA . 2009 . PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil

1. Mengenalpasti tahap gaya pemakanan pelajar tingkatan dua Sekolah

Menengah Kebangsaan Mutiara Rini di kantin sekolah.

2. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tingkatan dua Sekolah

Menengah Kebangsaan Mutiara Rini terhadap pemakanan seimbang.

3. Mengenalpasti tahap dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan pihak

sekolah kepada pelajar terhadap pengambilan makanan seimbang di

kantin sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah:

1.5.1 Apakah tahap gaya pemakanan pelajar tingkatan dua Sekolah

Menengah Kebangsaan Mutiara Rini di kantin sekolah.

1.5.2 Apakah tahap pengetahuan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah

Kebangsaan Mutiara Rini terhadap pemakanan seimbang.

1.5.3 Apakah tahap dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan pihak sekolah

kepada pelajar terhadap pengambilan makanan seimbang di kantin

sekolah.