pengakuan - bic.utm.my

98
i PENGAKUAN Saya akui tesis yang bertajuk “Pengurusan Keselamatan Kebakaran Untuk Bangunan Asrama Pelajar: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. Tandatangan : Nama : NOR RIMIE BT ZAKERYA Tarikh : 29 MEI 2017

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENGAKUAN - bic.utm.my

i

PENGAKUAN

Saya akui tesis yang bertajuk “Pengurusan Keselamatan Kebakaran Untuk Bangunan

Asrama Pelajar: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia” adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya.

Tandatangan :

Nama : NOR RIMIE BT ZAKERYA

Tarikh : 29 MEI 2017

Page 2: PENGAKUAN - bic.utm.my

ii

DEDIKASI

Teristimewa buat keluarga tersayang

dan

rakan-rakan seperjuangan...

SBEC UTM Space Kuala Lumpur

Sesi 2012/2013

Page 3: PENGAKUAN - bic.utm.my

iii

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan kuasaNya sahaja saya mampu bernafas

dan hidup seterusnya berjaya menyiapkan kajian ini. Terima kasih kepada Ayah, Ibu,

Insan Teristimewa, dan keluarga kerana tidak pernah berhenti menyokong dalam

menyiapkan kajian ini. Jutaaan terima kasih buat penyelia kajian, Sr.Dr. Mohd Saidin

Misnan, pensyarah, rakan-rakan dan mereka yang membantu secara langsung dan

tidak langsung sepanjang penyiapan kajian ini. Terima kasih.

Page 4: PENGAKUAN - bic.utm.my

iv

ABSTRAK

Pengurusan prosedur keselamatan kebakaran dalam bangunan asrama perlu sentiasa

berada pada tahap terbaik dalam menjaga keselamatan semua penghuni asrama. Ia

juga adalah penting untuk memastikan setiap penghuni asrama adalah dilindungi

sewajarnya dari risiko kebakaran. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti

pematuhan terhadap prosedur keselamatan kebakaran serta kos terhadap pematuhan

prosedur audit keselamatan kebakaran di bangunan asrama pelajar Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia. Bagi mencapai matlamat objektif yang telah ditetapkan,

kajian ini dijalankan melalui kaedah senarai semak audit dan analisis dokumen. Data

yang diperolehi dianalisis melalui kaedah analisis frekuensi dan analisis kandungan.

Diakhir kajian ini, didapati wujud prosedur keselamatan kebakaran bagi bangunan

asrama namun terdapat beberapa elemen yang perlu diperbaiki. Manakala kos bagi

pematuhan keselamatan kebakaran adalah kos bagi tujuan menambahbaik fasiliti

kehendak keselamatan kebakaran yang terdapat di bangunan asrama. Pengurusan

prosedur keselamatan kebakaran yang efektif di bangunan asrama adalah penting

kerana keselamatan penghuni adalah perkara yang paling utama.

Page 5: PENGAKUAN - bic.utm.my

v

ABSTRACT

The hostel fire safety management procedures should always be at its greatest to

maintain the safety of all occupants. It is also vital to ensure that every occupant is

protected accordingly from fire. The objectives of the study are to identify the

compliance towards fire safety procedures and to identify the cost of compliance fire

safety procedures in the hostel building at Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

The methods used to achieve the desired objectives are by performing an audit

checklist and document analysis. Data obtained were then analyzed by means of

frequency and content analysis. At the end of the study, it was found that significant

fire safety procedures established at the hostel but there are some elements that need

to be improved. Meanwhile, the cost of compliance fire safety procedures was the

cost for facility enhancement available at the hostel. An effective management of fire

safety safety procedures is crucial as the safety of each occupant is paramount.

Page 6: PENGAKUAN - bic.utm.my

vi

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

iii

iv

v

SENARAI KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH vi

LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Pernyataan Masalah 3

1.2 Persoalan Kajian 7

1.3 Objektif Kajian 7

1.4 Skop Kajian 8

1.5 Kepentingan Kajian

8

Page 7: PENGAKUAN - bic.utm.my

vii

BAB 2 PENGURUSAN KESELAMATAN KEBAKARAN

KAJIAN LITERATUR

9

2.1 Pengenalan 9

2.2 Definisi Pengurusan, Keselamatan, Kebakaran,

Pengurusan Keselamatan dan Pengurusan

Kebakaran

2.2.1 Pengurusan

2.2.2 Keselamatan

2.2.3 Kebakaran

2.2.4 Pengurusan Keselamatan

2.2.5 Pengurusan Kebakaran

2.3 Pengurusan Keselamatan Kebakaran

2.3.1 Penilaian Terhadap Risiko

2.3.2 Pengurangan Risiko

2.3.3 Pemindahan Risiko

2.4 Objektif Pengurusan Keselamatan Kebakaran

2.4.1 Mencegah Nyalaan Terhadap Bahan

Binaan

2.4.2 Mengawal Pembentukan Api

2.4.3 Melindungi Penghuni

2.5 Peranan dan Tanggungjawab Pihak Pengrusan

2.5.1 Menyediakan Polisi Keselamatan

Kebakaran

2.5.2 Menyediakan Latihan Keselamatan

Kebakaran

2.5.3 Struktur Jawatankuasa Pengurusan

Keselamatan Kebakaran

2.6 Akta dan Perundangan

2.6.1 Akta Perkhidmatan Bomba 1988

2.6.2 Undang-Undang Kecil Bangunan

Seragam (UKBS) 1984

2.6.3 National Fire Protection Association

(NFPA)

9

10

10

10

11

11

12

15

16

16

17

17

18

18

19

19

20

20

21

21

23

23

Page 8: PENGAKUAN - bic.utm.my

viii

2.7 Polisi Pengurusan Keselamatan Kebakaran

2.8 Prosedur Keselamatan Kebakaran

2.8.1 Prosedur Pencegahan Kebakaran

2.8.2 Prosedur Semasa Kebakaran

2.9 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur Keselamatan

Kebakaran

2.9.1 Kos Pengurangan Risiko Kebakaran

2.9.2 Kos Persediaan Dan Tindak Balas

2.9.3 Kos Pemulihan

2.10 Rumusan Bab

24

27

26

26

27

27

28

29

29

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

30

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Kaedah Kajian Literatur dan Teoritikal

3.4 Instrumen Kajian

3.5 Kaedah Pengumpulan Data

3.5.1 Data Sekunder

3.5.2 Data Primer

3.6 Analisis Data

3.7 Rumusan Bab

30

31

32

32

34

34

35

36

37

BAB 4 ANALISA DATA 38

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Demografi Kajian

4.2.1 Latarbelakang Kampus Kajian

4.3 Analisis Bangunan 1

4.3.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan

Kebakaran

4.3.2 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan

Kebakaran

38

39

39

41

41

46

Page 9: PENGAKUAN - bic.utm.my

ix

4.4 Analisis Bangunan 2

4.4.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan

Kebakaran

4.4.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur

Keselamatan Kebakaran

4.5 Analisis Bangunan 3

4.5.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan

Kebakaran

4.5.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur

Keselamatan Kebakaran

4.6 Analisis Bangunan 4

4.6.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan

Kebakaran

4.6.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur

Keselamatan Kebakaran

4.7 Analisis Bangunan 5

4.7.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan

Kebakaran

4.7.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur

Keselamatan Kebakaran

4.8 Analisis Keseluruhan Bangunan

4.8.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan

Kebakaran

4.8.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur

Keselamatan Kebakaran

4.9 Rumusan Bab

47

48

51

52

52

55

56

56

60

61

61

65

66

66

72

73

BAB 5 CADANGAN DAN KESIMPULAN 75

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.2.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan

Kebakaran

5.2.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur

75

76

76

78

Page 10: PENGAKUAN - bic.utm.my

x

Keselamatan Kebakaran

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan

79

Page 11: PENGAKUAN - bic.utm.my

xi

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK HALAMAN

2.1 Pecahan Bahagian Dalam Akta Perkhidmatan Bomba

1988

22

3.1 Jadual keperluan maklumat berdasarkan kepada

objektif dan kaedah yang diperlukan bagi mendapatkan

maklumat

33

4.1 Analisis latar belakang kampus kajian 39

4.2 Analisis keperluan kehendak keselamatan kebakaran

Bangunan 1

41

4.3

4.4

4.5

Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran

Bangunan 1

Analisis kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 1

Analisis purata kos kehendak keselamatan kebakaran

42

44

46

Bangunan 1

4.6

4.7

Analisis kehendak keselamatan kebakaran

Bangunan 2

Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran

Bangunan 2

46

47

Page 12: PENGAKUAN - bic.utm.my

xii

4.8 Analisis kehendak keselamatan kebakaran 48

Bangunan 2

4.9 Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran 50

Bangunan 3

4.10 Analisis kehendak keselamatan kebakaran 52

Bangunan 3

4.11 Analisis anggaran kos kehendak keselamatan kebakaran 53

Bangunan 3

4.12 Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran 54

Bangunan 4

4.13 Analisis kehendak keselamatan kebakaran 55

Bangunan 4

4.14 Analisis anggaran kos kehendak keselamatan kebakaran 57

Bangunan 4

4.15 Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran 57

Bangunan 5

4.16 Analisis kehendak keselamatan kebakaran 58

Bangunan 5

4.17 Analisis anggaran kos kehendak keselamatan kebakaran 60

Bangunan 5

4.18 Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran 62

4.19 Analisis purata kos bagi setiap kehendak keselamatan kebakaran 66

4.20 Analisis keseluruhan kos terhadap pematuhan prosedur 67

keselamatan kebakaran untuk bangunan asrama UIAM

4.20 Analisis jumlah anggaran kos mengikut elemen dan jumlah anggaran

kos bagi setiap bangunan 68

Page 13: PENGAKUAN - bic.utm.my

xiii

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1

2.1

3.1

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

4.7

4.8

Jumlah kebakaran premis kediaman.

Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Bomba dan

Penyelamat 2014

Model interaksi antara elemen-elemen keselamatan.

Carta aliran kajian.

Analisis taburan pelajar di kampus Gombak dan

Petaling Jaya

Tahap pematuhan pengurusan prosedur pencegahan

kebakaran.

Analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi

bangunan 1

Analisis kehendak keselamatan kebakaran bangunan 2

Analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi

bangunan 4

Analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi

bangunan 5

Analisis keseluruhan bangunan: Tahap pematuhan

prosedur keselamatan kebakaran (pengurusan)

Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran:

sistem pemadam api tetap – hos gelung

4

13

31

40

43

45

49

56

59

61

62

Page 14: PENGAKUAN - bic.utm.my

xiv

4.9

4.10

4.11

Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran:

sistem penggera kebakaran

Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran:

pencahayaan kecemasan

Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran:

lampu tanda ‘KELUAR’

2.1

63

64

65

Page 15: PENGAKUAN - bic.utm.my

1

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Istilah ‘asrama’ berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (2005) membawa

maksud sebagai sebuah bangunan tempat tinggal bagi menempatkan kumpulan

tertentu seperti murid sekolah, mahasiswa, jururawat dan lain-lain (DBP, 2005). Di

institusi pengajian tinggi, mahasiswa dianggap sebagai pelanggan yang memerlukan

persekitaran yang sihat dan selamat bagi kelangsungan aktiviti pembelajaran yang

baik termasuk penyediaan asrama pelajar yang kondusif (Shuhana Shamsuddin et al.,

2007). Asrama diandaikan sebagai tempat penginapan bagi mahasiswa yang

menuntut di universiti dan tempat bagi mereka meneruskan aktiviti pembelajaran dan

kehidupan seharian.

Tempat penginapan pelajar mampu menjadi pusat pembangunan dalam

membentuk sahsiah dan disiplin pelajar dan kualiti hidup pelajar semasa berada di

universiti sebahgaiannya dipengaruhi oleh tempat kediaman mereka (Mohd Asmedi

Bin Yaacob dan Zurina Binti Yasak, 2008). Pihak pentadbiran universiti perlu

melihat aspek penyediaan asrama pelajar ini sebagai sebahagian daripada misi

Page 16: PENGAKUAN - bic.utm.my

2

pendidikan bagi sesebuah universiti (Beudin dan Halpern, 1997 di dalam Mohd

Asmedi Bin Yaacob dan Zurina Binti Yasak, 2008). Adalah menjadi tanggungjawab

pihak universiti memastikan bangunan asrama pelajar beroperasi di dalam keadaan

baik serta selamat untuk didiami, dan ini termasuk aspek penting iaitu keselamatan

kebakaran dimana setiap penghuni adalah dilindungi dengan sewajarnya terhadap

kebakaran.

Kebakaran boleh mengakibatkan kehilangan nyawa atau kecederaan kepada

penghuni bangunan serta mengakibatkan jumlah kerosakan dan kemusnahan harta

benda yang besar. Kebakaran adalah proses pengoksidaan yang pantas, iaitu tindak

balas kimia yang menghasilkan evolusi cahaya dan haba dalam keamatan yang

berbeza-beza (NFPA Glossary of Terms, 2013). Kebakaran turut memberi kesan

terhadap penurunan produktiviti dan penjualan, kehilangan penjawatan, kesan

kepada emosi atau trauma, iaitu kemusnahan yang tidak menyumbang secara

signifikan terhadap jumlah kerugian akibat kebakaran (G. Ramachandran, 1999).

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kebakaran seperti litar

pintas dalam sistem pendawaian elektrik, penggunaan bahan elektrik yang berlebihan

dan melebihi kapasiti yang ada, kecuaian yang datang dari penghuni bangunan

(Nawal Mohd Khudzairi, 2007), keadaan premis yang beroperasi tanpa mematuhi

peraturan keselamatan kebakaran atau tidak memenuhi piawaian seperti yang

termaktub di dalam undang-undang, sikap dan tanggungjawab pengurus bangunan

terhadap keselamatan kebakaran serta pemeriksaan secara berkala terhadap sistem

pencegahan kebakaran yang kurang memuaskan (Tan Hin Kwong, 2002).

Kajian ini memfokuskan kepada pematuhan prosedur keselamatan kebakaran

di asrama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta mengenalpasti kos terhadap

pematuhan prosedur audit keselamatan kebakaran dalam usaha mencapai suatu

standad amalan keselamatan kebakaran yang baik di asrama tersebut.

Page 17: PENGAKUAN - bic.utm.my

3

1.1 Pernyataan Masalah

Sistem pendidikan Malaysia adalah tunjang kepada pembangunan negara

yang menyediakan ilmu kepada generasi terdahulu dan kini bagi memacu

pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran negara Malaysia menunjukkan komitmen

yang tinggi dalam merealisasikan hasratnya menjayakan Model Baru Ekonomi,

Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan melalui sistem

pendidikan yang baik kerana pendidikan adalah penyumbang utama kepada

pembangunan modal sosial dan ekonomi negara (Pelan Pembangunan Pendidikan

2013-2025). Maka keseluruhan aspek yang menjadi pemangkin kepada pendidikan

yang baik perlu diambil kira dan ini termasuk penyediaan fasiliti pembelajaran dan

pengajaran (P & P) yang kondusif seperti asrama pelajar yang dilengkapi dengan

sistem pengurusan keselamatan dan kebakaran yang baik. Kegagalan menyediakan

premis asrama pelajar mengikut garis panduan serta piawaian keselamatan dan

kebakaran yang ditetapkan hanya mengakibatkan kejadiaan yang tidak diingini

seperti kebakaran berlaku.

Beberapa kes kejadian kebakaran yang melibatkan bangunan asrama pelajar:

7 Mac 2016 - 60 pelajar Tahfiz Darul Itqan Al-Muhammadi hilang

tempat tinggal akibat asrama terbakar

22 April 2015 - Membabitkan seramai 21 pelajar Malaysia di

Universiti Perubatan Kajian Kebangsaan Rusia

(RNRMU) Moscow. 2 maut, 6 menerima rawatan

pernafasan, selebihnya stabil

26 Jun 2014 - Kira-kira 800 pelajar terselamat selepas kediaman

asrama lelaki (UIAM) terbakar.

22 September 1989 - Sekolah Menengah Agama Taufikiah Khairiah

Al Halimiah, Padang Lumat. 27 pelajar terkorban.

Page 18: PENGAKUAN - bic.utm.my

4

Dalam Jadual Kelima UKBS 1984, asrama diletakkan dalam Kumpulan

ke-III (lain-lain kediaman) iaitu kemudahan untuk tujuan penginapan selain dari

premis yang kediaman kecil dan institusi. Bangunan asrama seperti bangunan

bertingkat lain adalah terdedah kepada risiko kebakaran. JBPM menerusi portalnya

menyatakan berada berjauhan daripada keluarga menyebabkan pelajar terpaksa

memikul tanggungjawab yang lebih termasuk menjaga asrama dan kolej agar bebas

daripada kebakaran. Aktiviti-aktiviti di asrama seperti memasak, penggunaan

perkakasan elektrik yang berlebihan, penggunaan lilin, malah perbuatan merokok

menuntut mereka untuk sentiasa bersedia menghadapi kebakaran. Sebanyak 95 kes

kebakaran bangunan yang melibatkan bangunan asrama dicatatkan dari tahun 2012

sehingga 2014. 53 kes pada tahun 2012, menurun kepada 13 kes pada tahun 2013

dan kemudian meningkat kepada 29 kes pada tahun terakhir (JBPM, 2012-2014).

Rajah 1.1: Jumlah kebakaran premis kediaman.

Sumber: Laporan Tahunan Jabatan Bomba dan Penyelamat 2014

Walaupun angka kebakaran yang melibatkan bangunan asrama tidak

signifikan, namun perhatian wajar diberikan dalam mengenalpasti apakah kelemahan

yang terdapat dalam pengurusan keselamatan kebakaran dengan kepada melihat

prosedur pelaksanaan pengurusan keselamatan kebakaran seterusnya memperbaiki

aspek-aspek tersebut dalam usaha membendung kejadian kebakaran di asrama

berulang.

Page 19: PENGAKUAN - bic.utm.my

5

Kajian-kajian mengenai keselamatan kebakaran yang dilakukan oleh

beberapa penyelidik seperti Chandrakantan Subramaniam (2004), Woon Cin Ong

dan Mohd Zailan Suleiman (2014), G. Ramachandran (1999), dan Prashant a/l

Tharmarajan (2007) menunjukkan bahawa komuniti masa kini mengakui tentang

kepentingan pengurusan keselamatan kebakaran yang baik dalam mengurangkan

bilangan kes kebakaran dan kesan akibat daripada kebakaran. Kunci kepada

pengurusan keselamatan dan kebakaran yang efektif adalah pemahaman terhadap

peranan dan tanggungjawab yang dimiliki oleh organisasi serta individu untuk

memastikan keselamatan tempat kerja, aktiviti, produk dan sebagainya (Andrew

Furness dan Martin Muckett, 2007). Organisasi serta pihak yang dilantik memegang

tanggungjawab penuh dalam menyediakan pengaturan keselamatan kebakaran untuk

melindungi setiap pengguna atau penghuni premisnya. Pengurusan keselamatan

kebakaran yang efektif meliputi latihan kepada kakitangan, kepatuhan kepada

keperluan undang-undang, alat pengesan kebakaran, alat pemadam kebakaran, laluan

kecemasan, sistem penggera kebakaran, tangga untuk digunakan ketika kebakaran,

manual keselamatan kebakaran, prosedur kecemasan, pemantauan dan semakan

terhadap dokumen keselamatan kebakaran serta penyelenggaraan kemudahan

keselamatan kebakaran (W.K. Chow, 2001). Terdapat elemen keselamatan kebakaran

yang tidak mematuhi keperluan undang-undang seperti yang terdapat didalam UBBL

1984 adalah kerana bangunan tersebut dibina sebelum akta UBBL diwujudkan

(Chandrakantan Subramaniam, 2004).

Banyak kajian menunjukkan sikap dan gaya hidup penghuni premis terhadap

keselamatan kebakaran adalah masih lemah dan berada pada tahap yang tidak endah

(Mohd Nawal Khudzairi, 2007). Pengetahuan serta kesedaran yang kurang terhadap

keselamatan kebakaran membawa kepada kegagalan pelaksanaan pengurusan

keselamatan kebakaran dengan baik. Kajian oleh Woon Chin Ong dan Mohd Zailan

Suleiman (2015) menemukan beberapa permasalahan yang dihadapi dalam

pelaksanaan pengurusan kebakaran:

i. Kegagalan mempamerkan dokumen pengurusan keselamatan

kebakaran akibat masalah vandalisma

Page 20: PENGAKUAN - bic.utm.my

6

ii. Penggunaan bahan yang mudah terbakar dalam bangunan

iii. Kekurangan peralatan sistem pencegahan kebakaran atau penggunaan

peralatan keselamatan kebakaran yang tidak terkini serta kos

menaiktaraf yang tinggi

iv. Pintu rintangan api yang yang berkunci

v. Kekurangan kakitangan yang terlatih

vi. Peralatan keselamatan kebakaran yang terhalang

Biarpun bangunan asrama pelajar mungkin dilengkapi dengan pelbagai

sistem keselamatan yang terkini serta moden, namum kesedaran dan motivasi dalam

amalan gaya hidup keselamatan kebakaran perlu dititikberatkan agar segala usaha

yang dilakukan tidak sia-sia (Chandrakantan Subramaniam, 2015). Membudayakan

amalan pencegahan keselamatan kebakaran di dalam bangunan adalah

tanggungjawab semua pengurus dan penghuni bangunan kerana amalan ini dapat

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keselamatan kebakaran.

Selain amalan pengurusan keselamatan kebakaran tersebut, kos bagi

pematuhan prosedur pengurusan keselamatan kebakaran yang baik juga perlu

diambil kira. Beberapa kajian mendapati kekangan kos bagi tujuan memperbaiki atau

menaiktaraf sistem keselamatan kebakaran di bangunan adalah tinggi dan mengambil

masa yang lama untuk dilaksanakan (Woon Chin Ong dan Mohd Zailan Suleiman,

2014). Secara umumnya setiap premis yang beroperasi perlu mempunyai satu sistem

pengurusan keselamatan kebakaran yang baik serta melaksanakan pematuhan

prosedur pelaksanaan yang optimum. Pada asasnya, peranan pihak pengurusan atau

pemilik bangunan adalah menyediakan dasar keselamatan kebakaran yang efektif

serta menyediakan ruang yang selamat dan kondusif, dengan sumber-sumber yang

mencukupi.

Pengurusan keselamatan kebakaran yang dimaksudkan adalah dengan

melakukan penilaian terhadap tahap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran

dalam mencapai amalan standad pengurusan keselamatan kebakaran yang tinggi.

Page 21: PENGAKUAN - bic.utm.my

7

Keperluan untuk mengkaji tahap pematuhan kepada prosedur berkenaan serta

melihat kos terhadap pematuhan tersebut adalah serius bagi tujuan mengurangkan

risiko kebakaran, kemalangan nyawa serta kemusnahan harta benda.

1.2 Persoalan Kajian

Berdasarkan pernyataan di atas, persoalan di bawah diharap dapat dikaji dan

dijawab di akhir kajian ini. Persoalan yang ingin dibangkitkan adalah:

i. Apakah tahap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran bagi asrama

pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM ?

ii. Apakah kos terhadap pematuhan prosedur audit keselamatan kebakaran bagi

asrama pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)?

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan berdasarkan kenyataan di atas adalah untuk:

i. Mengenalpasti tahap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran di asrama

pelajar UIAM.

ii. Mengenalpasti kos terhadap pematuhan prosedur audit keselamatan

kebakaran di asrama pelajar UIAM.

Page 22: PENGAKUAN - bic.utm.my

8

1.4 Skop Kajian

Kajian ke atas tahap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran dan kos

terhadap pematuhan prosedur audit keselamatan kebakaran di asrama ditumpukan

kepada Beberapa blok asrama pelajar lelaki dan perempuan di Universiti Islam

Antarabangsa Malaysia kampus Gombak dan Petaling. Jaya Kajian ini juga hanya

memfokuskan kepada pelajar yang menghuni asrama yang disediakan sahaja

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian yang dilaksanakan ini diharap dapat menyumbang dan memberi

manfaat kepada pihak-pihak yang berkenaan khususnya kepada pihak Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia dalam usaha menambahbaik prosedur keselamatan

kebakaran di asrama seterusnya mewujudkan persekitaran fizikal yang kondusif serta

selamat kepada pelajar

Page 23: PENGAKUAN - bic.utm.my

9

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan tentang pengurusan keselamatan kebakaran secara

umum, definisi, objektif, peranan dan tanggungjawab, akta dan perundangan, polisi

serta prosedur-prosedur dalam pengurusan keselamatan kebakaran. Penerangan

adalah sebagai garis panduan bagi melihat tahap pematuhan ke atas prosedur

pengurusan keselamatan kebakaran. Akhir sekali, bab ini akan menerangkan tentang

kos terhadap pematuhan prosedur pengurusan kesemalatan kebakaran. Bagi

menjamin kebolehpercayaan hujah dan fakta, penulis turut membuat rujukan dan

memasukkan perenggan yang dipetik dari jurnal.

Page 24: PENGAKUAN - bic.utm.my

10

2.2 Definisi

2.2.1 Pengurusan

Pengurusan adalah sebagai perihal mengurus sesuatu seperti kerja, syarikat,

perniagaan dan sebaginya (DBP, 2007).

Pengurusan adalah sebagai satu proses pengagihan input termasuk ekonomi dan

tenaga kerja melalui perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan

penghasilan output iaitu segala barangan dan perkhidmatan yang diperlukan para

pelanggan untuk mencapai objektif sesebuah organisasi (Jaafar Muhammad, 1992).

Pengurusan didefinisikan sebagai suatu gabungan atau penyelarasan aktiviti atau

program yang meliputi pengurus dan kumpulannya untuk mencapai bagi mencapai

matlamat yang telah ditetapkan (N. Nadzim dan M. Taib, 2014).

2.2.2 Keselamatan

Istilah ‘keselamatan’ ditakrifkan sebagai perihal selamat, kesejahteraan atau

keamanan dan terhindar daripada keadaan bahaya, bencana atau gangguan bagi

mengelakkan sebarang kemudaratan seperti kemalangan, kecederaan atau kematian

(DBP, 2007)

Keselamatan boleh ditakrifkan sebagai kebebasan relatif dari risiko dan ancaman

bahaya terhadap individu atau kumpulan sama ada berlaku secara sengaja atau tidak

disengajakan.

Page 25: PENGAKUAN - bic.utm.my

11

2.2.3 Kebakaran

Kebakaran adalah satu atau satu siri tindak balas kimia yang melibatkan proses

pengoksidaan, penghasilan haba, cahaya dan asap (Andrew Furness dan Martin

Muckett, 2007).

Kebakaran adalah proses pengoksidaan yang berlaku sangat cepat serta

menghasilkan haba, cahaya dan bunyi (NFPA).

2.2.4 Pengurusan Keselamatan

Pengurusan keselamatan adalah subsistem yang terkandung di dalam

pengurusan sesebuah organisasi secara keseluruhan dan direka bagi mengawal

bahaya yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan pekerja (Labadova,

2004).

Chandrakantan dan Md Lazim (2013) mentakrifkan pengurusan keselamatan melalui

penetapan enam elemen iaitu komitmen pengurusan, latihan keselamatan,

penglibatan pekerja, komunikasi dan maklum balas, peraturan dan prosedur serta

dasar promosi keselamatan.

Di dalam kajian lain, Fernandez-Muniz (2007) menganggap pengurusan keselamatan

sebagai suatu polisi, strategi, prosedur dan aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak

pengurusan dan dipatuhi oleh pengurusan sesebuah organisasi bagi menjaga

keselamatan pekerja.

Amalan pengurusan keselamatan yang efektif mampu meningkatkan

produktiviti dan memberikan pulangan kepada sesebuah organisasi. Sebaliknya

kelemahan dalam penyediaan, pematuhan serta pelaksanaan pelan pengurusan

keselamatan yang baik, akan menyebabkan berlaku kemerosotan produktiviti,

gangguan operasi, risiko terhadap kesihatan, keselamatan dan moral, kemalangan,

kehilangan nyawa serta organisasi berdepan dengan pelbagai tuntutan kos seperti kos

perubatan, kos pampasan, kos penyiasatan dan kos perundangan (Chandrakantan

Subramaniam dan Md Lazim Mohd Zin, 2013).

Page 26: PENGAKUAN - bic.utm.my

12

2.2.5 Pengurusan Kebakaran

Pengurusan kebakaran adalah gabungan atau koordinasi beberapa aktiviti

atau program seperti latihan kebakaran, latihan kepada pekerja, laluan kecemasan

dan sebagainya bagi mencegah kemusnahan akibat kebakaran dan adalah penting

mengetahui bahawa pengurusan kebakaran bukan hanya dinamik yang melibatkan

kawalan asap, pengesan kebakaran, jabatan kebakaran, ketahanan struktur,

pencegahan kebakaran atau pengurusan risiko (N. Nadzim dan M.Taib, 2014).

Pengurusan kebakaran adalah proses merancang, mencegah dan melawan kebakaran

utnuk melindungi manusia, harta benda dan sumber (Natural Resources Canada).

2.3 Pengurusan Keselamatan Kebakaran

Pengurusan keselamatan kebakaran adalah satu proses yang berlaku secara

berterusan iaitu sepanjang kitar hayat sesebuah bangunan (Shipp, 1994). Pengurusan

keselamatan kebakaran bermula dari peringkat awal rekabentuk yang bertujuan

meminimakan insiden kebakaran dan memastikan sistem keselamatan kebakaran

berada dalam keadaan serta berfungsi dengan baik (Jabatan Standard Malaysia).

Penyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa pengurusan keselamatan kebakaran

adalah suatu elemen yang kritikal dan penting di dalam pengurusan keseluruhan

sesebuah bangunan atau organisasi serta tidak dibuat pada masa-masa tertentu sahaja

kerana pengurusan keselamatan kebakaran yang baik adalah merupakan suatu

keperluan undang-undang (Todd, 1992).

Pengurusan keselamatan kebakaran yang efektif menuntut komitmen tinggi

dari pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan tempatan, pengurusan bangunan,

pengguna atau penghuni bangunan. Malah ianya merupakan keperluan untuk

Page 27: PENGAKUAN - bic.utm.my

13

mempunyai satu struktur pengurusan keselamatan kebakaran dan kakitangan yang

kompeten, dan menyatakan secara terperinci tentang peranan serta tanggungjawab

setiap pihak (Alan Porter, 1990). Rajah 2.1 menunjukkan model interaksi antara

elemen-elemen keselamatan oleh Derek J. HowarthChakib Kara-Zaitri.

Rajah 2.1: Model interaksi antara elemen-elemen keselamatan.

(Derek J. HowarthChakib Kara-Zaitri, 1999)

Biarpun pada asasnya, tiada satu bangunan atau keadaan yang benar-benar

selamat atau bebas dari risiko kebakaran (G. Ramachandran, 1999 dan Hay, 1992),

dan menyedari bahawa ancaman terhadap kehidupan serta harta benda tidak dapat

dielakkan secara total, tetapi pengurusan keselamatan kebakaran dibentuk bagi

mengurangkan atau meminimakan risiko kebakaran ke tahap yang paling rendah

serta boleh diterima oleh masyarakat secara umumnya (G. Ramachandran, 1999).

Kebakaran tidak berlaku setiap hari dan kehadirannya adalah tidak dijangka. Namun

jika kebakaran berlaku, ia boleh meninggalkan kesan jangka panjang terhadap moral

serta fizikal (Muizz O. Sanni-Anibire dan Mohammad A. Hassanain, 2015) dan

mengakibatkan trauma kepada masyarakat akibat daripada kemusnahan harta benda,

kecederaan dan kehilangan nyawa (Argueta el. Al, 2009).

Bangunan asrama pelajar adalah satu bentuk kediaman yang menempatkan

bilangan penghuni yang ramai pada satu-satu masa dan merupakan tempat bagi

pelajar untuk beristirehat, mengulangkaji pelajaran, menyimpan peralatan serta

perkakaksan peribadi, kafeteria sebagai ruang untuk makan dan minum serta

pelbagai lagi aktiviti lain. Kemudahan asrama yang mencukupi, selamat dan selesa

Environment

Health

Fire

Security

Safety

Page 28: PENGAKUAN - bic.utm.my

14

adalah satu keperluan memandangkan bilangan pelajar yang mendaftar di institusi

pengajian tinggi kini adalah semakin meningkat (Kofi Agyekum et.al, 20116).

Terdapat perbezaan dalam mengklasifikasikan bangunan asrama pelajar sebagai

bangunan yang berisiko tinggi atau rendah risiko kebakaran. Chandrakantan

Subramaniam (2004) menganggap bangunan asrama pelajar di universiti sebagai

mempunyai risiko kebakaran yang rendah memandangkan ianya dibuat berpandukan

kepada maksud dan tujuannya seperti yang terdapat dalam UKBS 1984. Sebaliknya

Muizz dan Mohammad (2015) pula menyatakan bahawa bangunan asrama pelajar

boleh dianggap mempunyai risiko kebakaran yang tinggi yang mana jika berlaku

kebakaran boleh mengakibatkan api marak dengan cepat yang berpunca daripada

kawalan yang kurang sesuai dan tidak mencukupi. Biarpun perbezaan pendapat

tentang pengelasan ini dilihat signifikan, tetapi kedua-dua kajian masih menekankan

kepada kepentingan mempunyai satu pengurusan keselamatan kebakaran yang

efektif. Pengurusan keselamatan ditakrifkan sebagai amalan mematuhi mana-mana

peraturan keselamatan seperti yang telah ditetapkan di dalam garis panduan

(Vinodkumar dan Basi, 2010 di dalam Chandrakantan Subramaniam dan Md Lazim,

2013). Pengurusan keselamatan kebakaran yang efektif adalah memastikan bahawa

semua langkah dan peralatan pencegahan kebakaran yang disediakan mencukupi

serta berfungsi dengan baik untuk digunakan sekiranya berlaku sebarang insiden

kebakaran (G. Ramachandran, 1999).

Antara cabaran yang dilihat kritikal dalam melaksanakan pengurusan

keselamatan yang efektif adalah sikap pasif pemilik atau pemgurus bangunan

terhadap pengurusan dan penyelenggaraan serta kos pemasangan sistem

perlindungan keselamatan kebakaran yang tinggi (Kofi Agyekum et al., 2016).

Pengurusan keselamatan kebakaran adalah gabungan dan koordinasi beberapa

aktiviti mencegah kemusnahan akibat kebakaran. Kaedah yang paling efektif dalam

memningkatkan tahap kesedaran keselamatan kebakaran adalah dengan mengadakan

program pengurusan keselamatan kebakaran melibatkan semua kakitangan

pengurusan, penghuni dan pengguna bangunan (N. Nadzim dan M. Taib, 2014).

Page 29: PENGAKUAN - bic.utm.my

15

Di dalam kajian N. Nadzim dan M. Taib (2014), mereka telah membahagikan

program keselamatan kebakaran kepada lapan elemen yang saling berhubungan

antara satu sama lain, dan kegagalan pelaksanaan satu elemen program akan

memberi kesan kepada program yang lain yang saling bersangkutan hingga

membawa kepada peningkatan risiko. Berikut adalah lapan elemen di dalam program

pengurusan keselamatan kebakaran:

i.Pemeriksaan terhadap bangunan secara kerap dan berkala

ii.Pendidikan dan latihan keselamatan kebakaran yang melibatkan semua

pengurus dan penghuni bangunan

iii.Halangan kebakaran

iv.Perkhidmatan kecemasan

v.Penilaian terhadap kemungkinan kebakaran berlaku

vi.Sistem pencegahan kebakaran

vii.Laporan pengurusan keselamatan kebakaran

viii.Simpanan rekod pengurusan keselamatan kebakaran dan komunikasi

G. Ramachandran (1999) membahagikan pengurusan keselamatan kebakaran kepada

tiga komponen utama iaitu penilaian terhadap risiko, pengawalan risiko dan

pemindahan risiko.

2.3.1 Penilaian Terhadap Risiko

Penilaian risiko kebakaran adalah tindakan melihat secara terancang dan

teratur terhadap semua bentuk aktiviti di dalam premis serta kebarangkalian

kebakaran boleh berlaku dan mendatangkan kemudaratan kepada mereka yang

berada di dalam dan di sekitar premis (HM Government, 2006). Terdapat dua aktiviti

yang terlibat di dalam komponen pertama iaitu mengenal pasti risiko dan

mengkuantifikasi risiko, iaitu menilai kemungkinan kebakaran boleh berlaku pada

suatu masa dan kesan terhadap kehidupan dan kemusnahan harta benda berdasarkan

Page 30: PENGAKUAN - bic.utm.my

16

kepada jangkaan yang dibuat (G. Ramachandran, 1999). Mengenalpasti risiko adalah

proses mengenalpasti sumber risiko kebakaran, menentukan prosedur lain dalam

mengenalpasti kebakaran bagi mengatasi kelemahan prosedur sedia ada dan

pengelasan risiko (Comunidad de Madrid, 2006).

2.3.2 Pengurangan Risiko

Komponen kedua, pengurangan risiko adalah tindakan mengurangkan

kekerapan insiden kebakaran melalui hebahan atau pendidikan tentang keselamatan

kebakaran, dan mengadakan struktur perlindungan kebakaran, alat pengesan

kebakaran serta latihan kebakaran bagi mengurangkan kemusnahan akibat kebakaran

(G. Ramachandran, 1999). Keperluan asas bagi meminimakan risiko kebakaran

adalah melalui penyediaan peralatam pemadam kebakaran, penggera kebakaran,

pintu dan dinding rintangan api, laluan ke tempat selamat, menyimpan bahan-bahan

yang mudah terbakar dengan selamat dan latihan kepada kakitangan (ICAEW, 2013).

2.3.3 Pemindahan Risiko

Ini adalah strategi perlindungan dengan memindahkan ketidaktentuan

kerugian akibat kebakaran kepada satu kos tentu melalui perlindungan penuh insuran

(G. Ramachandran, 1999). Insurans adalah pemindahan risiko kerugian kewangan

akibat sebab yang dinyatakan tetapi tidak dijangkakan berlaku dari individu atau

entiti kepada pihak insurans sebagai balasan bayaran atau premium yang dibuat

(Insurance Europe, 2012). Mekanisme ini telah digunakan selama berabad-abad dan

telah menjadi satu asas penting dalam mengurangkan ketidaktentuan kerugian

kewangan melalui pemindahan risiko dengan insurans (Swenja Surminski, 2013).

Page 31: PENGAKUAN - bic.utm.my

17

2.4 Objektif Pengurusan Keselamatan Kebakaran

Objektif pengurusan keselamatan kebakaran adalah untuk mengurangkan

risiko kebakaran terhadap nyawa dan harta benda ke satu tahap yang munasabah

melalui pelaksanakan aktiviti pencegahan kebakaran yang akan mengurangkan

frekuensi kebakaran dengan signifikan dan memasang perlindungan keabakaran pasif

dan aktif di dalam bangunan bagi meminimakan kesan kemusnahan akibat kebakaran

(G. Ramachandran, 1999). Chow (2001) di dalam kajiannya menyatakan, objektif

pengurusan keselamatan kebakaran adalah memastikan kesemua elemen keselamatan

kebakaran diselenggara dengan baik serta dapat berfungsi dengan sewajarnya

sekiranya berlaku kebakaran. Kofi Agyekum et al. (2016) berpendapat objektif

utama pengurusan keselamatan kebakaran adalah memastikan kesemua langkah-

langkah keselamatan yang disediakan berada dalam keadaan baik agar tindakan

keselamatan kebakara dapat diambil sekiranya berlaku kebakaran. Terdapat tiga

objektif utama pengurusan keselamatan kebakaran iaitu mencegah nyalaan terhadap

bahan binaan, mengawal pembentukan api dan, melindungi penghuni yang terdedah

kepada kebakaran (Muizz. O Sanni et al., 2015).

2.4.1 Mencegah Nyalaan Terhadap Bahan Binaan

Objektif ini dicapai melalui pelaksanaan aktiviti kawalan terhadap sumber

yang boleh menyebabkan api berlaku, kawalan karakter bahan bakar dan mengawal

interaksi bahan api atau haba dengan mengadakan pengasingan kebakaran yang

mencukupi (Muizz. O Sanni et al., 2015). Sejarah pembinaan menunjukkan kawalan

penyebaran api di dalam bangunan dibuat melalui penyediaan perlindungan

kebakaran pasif dengan membahagikan ruang-ruang kepada beberapa bahagian.

Namun bagi pembinaan moden, konsep pembahagian ruang dilihat tidak lagi sesuai

Page 32: PENGAKUAN - bic.utm.my

18

kerana konsep ruang terbuka yang luas sering menjadi permintaan (Alan Porter,

1990). Ketahanan bahan binaan adalah bahan yang cukup untuk menahan nyalaan

atau pembakaran yang berterusan di dalam keadaan cuaca teruk, bahan api serta dan

dalam keadaan terdedah kepada bara atau kebakaran kecil (David Bueche, 2012).

2.4.2 Mengawal Pembentukan Api

Objektif kedua adalah mengawal kebakaran melalui alat pengesan haba, asap

dan api, mengawal pembakaran dan menghadkan kadar pembangunan, penyebaran

dan keterukan api (Muizz. O Sanni et al., 2015). Pemasangan sistem perlindungan

kebakaran seperti alat pemadam kebakaran adalah perlu untuk memperlahankan

penyebaran api ke tempat lain (N. Nadzim dan M. Taib, 2014). Membuat jangkaan

kebakaran adalah sama penting dengan mengmbil kira kesan penyebaran api dan

asap yang terhasil akibat kebakaran (H.H. Wu, 2003)

2.4.3 Melindungi Penghuni

Objektif ketiga adalah untuk melindungi penghuni bangunan dengan

memaklumkan kepada penghuni bangunan, menyediakan laluan jalan keluar serta

melindungi penghuni setempat sekiranya berlaku kebakaran (Muizz. O Sanni et al.,

2015). Laluan keluar perlu ditandakan dengan jeals dan setiap tanda keluar perlu

diletakkan pada tempat yang jelas menunjukkan ianya adalah jalan keluar (N.Nadzim

dan M. Taib, 2014). Kelemahan dalam pengurusan keselamatan kebakaran berlaku

kerana tiada korelasi efektif di antara rekabentuk bangunan dan pelan pengurusan

keselamatan kebakaran. Kerana itu terdapat keperluan kritikal dalam mengimbangi

rekabentuk keselamatan kebakaran dengan pengurusan keselamatan kebakaran bagi

mencapai risiko kebakaran yang paling minimum (CWC, 2002).

Page 33: PENGAKUAN - bic.utm.my

19

2.5 Peranan dan Tanggungjawab Pihak Pengurusan

Pengurusan keselamatan kebakaran yang efektif bukan hanya melalui

penyediaan elemen keselamatan kebakaran aktif dan pasif atau semata-mata

penggunaan sistem keselamatan kebakaran yang terkini tetapi turut menuntut

komitmen penuh pihak pengurusan. Memahami peranan dan tanggungjawab setiap

individu dan organisasi dalam memastikan temapt kerja yang selamat, aktiviti yang

selamat serta produk yang selamat adalh kunci keapda pengurusan keselamatan yang

efektif (Andrew Furness dan Martin Muckett, 2007). Adalah penting dalam mana-

mana organisasi mempunyai satu struktur pengurusan keselamatan kebakaran yang

komprehensif dengan menggariskan secara terperinci peranan dan tanggungjawab

setiap kedudukan di dalam struktur itu (Alan Porter, 1990). Amalan pengurusan

keselamatan kebakaran yang baik di asrama akan membentuk suasana yang kondusif,

meningkatkan kesedaran serta mempengaruhi tahap pematuhan keselamatan

kebakaran di dalam asrama. RRFSO (2005) mendifinisikan peranan utama

pengurusan keselamatan kebakaran dalam organisasi sebagai ‘orang yang

bertanggungjawab’, di mana mereka perlu merekabentuk pelan tindakan kebakaran

secara umum bagi melindungi penghuni, pengguna atau sesiapa sahaja yang berada

di dalam bangunan dan berisiko menghadapi kebakaran.

2.5.1 Menyediakan Polisi Keselamatan Kebakaran

Peranan dan tanggungjawab pihak pengurusan asrama adalah menyediakan

satu polisi keselamatan kebakaran yang menyeluruh dengan melaksanakan aktiviti

pencegahan kebakaran bagi memastikan setiap penghuni mampu untuk keluar dari

bangunan dengan cepat dan selamat jika sekiranya berlaku kebakaran (BIFM, 2016).

Polisi dan prosedur pengurusan keselamatan kebakaran adalah kritikal bagi

Page 34: PENGAKUAN - bic.utm.my

20

pegurusan keselamatan kebakaran yang efektif serta perlu dilihat sebagai satu asas

dan elemen penting dalam pengurusan keselamatan kebakaran (Alan Porter, 1990).

Kepentingan polisi keselamatan kebakaran adalah bagi memenuhi keperluan undang-

undang, memaksimakan penglibatan kakitangan dalam organisasi serta mengelakkan

kerugian (Andrew Furness dan Martin Muckett, 2007).

2.5.2 Menyediakan Latihan Keselamatan Kebakaran

Latihan keselamatan kebakaran kepada semua kakitangan termasuk

menyediakan garis panduan keselamatan kebakaran, langkah-langkah yang perlu

diambil sekiranya berlaku kebakaran, latihan penggunaan peralatan keselamatan

kebakaran serta kaedah menyelamatkan diri ke temapt selamat sekiranya berlaku

kebakaran (H.H. Wu, 2003). Latihan pengurusan keselamatan kebakaran kepada

kakitangan yang bertujuan melindungi penghuni, bangunan, dan isi kandungan

bangunan secara keseluruhannya. Pelan latihan keselamatan kebakaran perlu

merangkumi penerangan tentang peranan kakitangan, warden kebakaran,

penggunaan peralatan kebakaran, panduan menyelamatkan diri serta pengetahuan am

tentang dinamik kebakaran (W.K. Chow, 2001).

2.5.3 Struktur Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kebakaran

Struktur jawatankuasa pengurusan keselamatan kebakaran adalah terdiri

daripada mereka yang dilantik dengan kedudukan serta peranan yang berbeza,

diamanahkan kepada ‘orang yang bertanggungjawab’ dan diharap dapat menjalankan

tugas masing-masing mengikut keperluan dan peranan di dalam pengurusan (N.

Nadzim; M. Taib, 2014). Struktur pengurusan keselamatan kebakaran boleh terdiri

daripada majikan, pemilik premis, pengarah, pengurus peringkat pertengahan,

penasihat keselamatan kebakaran yang kompeten dari aspek pendidikan, kemahiran

dan pengalaman, pengurus serta koorditor keselamatan kebakaran (Andrew Furness

dan Martin Muckett, 2007). Mereka diharapkan dapat membantu penghuni bangunan

Page 35: PENGAKUAN - bic.utm.my

21

keluar dari bangunan dengan selamat, memeriksa bangunan untuk memastikan

semua penghuni telah keluar dari bangunan, berkemahiran menggunakan peralatan

keselamatan kebakaran yang disediakan, berhubung dengan pihak keselamatan dan

melakukan tugasan penyeliaan atau pengurusan sekiranya berlaku kebakaran (BIFM,

2016). Bagi bangunan yang mempunyai bilangan penghuni yang ramai seperti

bangunan asrama pelajar, kebergantungan sepenuhnya kepada pihak pengurusan

asrama untuk mengendalikan setiap penghuni dilihat tidak praktikal kerana ianya

akan memerlukan kakitangan yang ramai (Chandrakantan Subramaniam, 2004).

Maka, untuk mencapai pengurusan keselamatan kebakaran yang efektif, agihan

tanggungjawab itu diberikan kepada kakitangan yang terlatih.

2.6 Akta dan Perundangan

Jabatan Bomba dan Penyelamat atau lebih dikenali sebagai Bomba adalah

agensi kebakaran dan penyelamat di Malaysia. Malaysia turut melaksanakan

beberapa peraturan keselamatan yang diambil dari luar. Standard keselamatan

kebakaran di Malaysia perlu dilaksanakan berpandukan kepada peraturan-peraturan

yang terdapat di dalam:

i.Akta Perkhidmatan Bomba 1988

ii.Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

iii.National Fire Protection Association (NFPA)

Page 36: PENGAKUAN - bic.utm.my

22

2.6.1 Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yang diwartakan pada 9 Jun 1988 adalah

suatu akta untuk membuat peruntukan yang perlu untuk Jabatan Bomba dan

Penyelamat berfungsi dengan berkesan dan cekap bagi melindungi manusia dan harta

benda daripada risiko kebakaran dan untuk tujuan yang berkaitan dengannya (APB

1988, 2009). JBPM menggunapakai akta keselamatan kebakaran yang lebih spesifik

berbanding akta pelesenan bangunan bagi memastikan langkah mencegah kebakaran

adalah memuaskan. Sebagai tambahan, akta ini juga digubal bertujuan mendidik dan

menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasi prinsip keselamatan kebakaran bagi

mengelakkan kebakaran berlaku, memelihara kehidupan manusia dan kemusnahan

harta yang tidak munasabah akibat kebakaran. Akta ini dibahagikan kepada sembilan

bahagian dan ditunjukkan di dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Pecahan bahagian dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Bahagian I Permulaan

Bahagian II Pentadbiran

Bahagian III Penghapusan Bahaya

Kebakaran

Bahagian IV Air Dan Pili Bomba

Bahagian V Perakuan Bomba

Bahagian VI Penguatkuasaan

Bahagian VII Siasatan Tentang Kebakaran

Bahagian VIII Kumpulan Wang Kebajikan

Bahagian IX Pelbagai

Sumber: APB 1988 pindaan 1 Oktober 2009

Bahagian V menekankan bahawa setiap premis yang telah diluluskan perlu

mendapatkan perakuan bomba. Tanggungjawab Akta ini membolehkan pihak JBPM

memeriksa dan mengawal operasi serta kaedah urustadbir bagi sesebuah bangunan

dengan elemen penting adalah memastikan setiap kemudahan keselamatan kebakaran

yang disediakan berada di dalam keadaan baik.

Page 37: PENGAKUAN - bic.utm.my

23

2.6.2 Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam (UKBS) 1984

UKBS 1984 dirujuk sebagai satu keperluan keselamatan standard bagi semua

bangunan. Setiap pemilihan bahan dan penggunaanya yang berkaitan dengan

keselamatan kebakaran serta sistem pencegahan kebakaran dalam setiap bangunan

hendaklah mematuhi UKBS 1984 dan peraturan-peraturan lain yang diterima oleh

JBPM. UKBS mencadangakan bahawa keselamatan penghuni bangunan adalah

perkara yang perlu diutamakan dengan menyediakan keperluan minimum

keselamatan kebakaran di dalam bangunan. Keperluan minimum tersebut antaranya

merujuk kepada penyediaan akses keluar bagi penghuni, sistem pancur basah/kering,

sistem kawalan penyebaran api di dalam bangunan atau dari satu bangunan ke

bangunan lain serta alat pengesan dan pemadam kebakaran. Keperluan asas dalam

UKBS 1984 secara umum dapat diringkaskan kepada penyediaan sistem keselamatan

kebakaran yang memadai dan memuaskan bagi memastikan keselamatan setiap

penghuni, bangunan, dan isi kandungan bangunan secara keseluruhannya.

2.6.3 National Fire Protection Association (NFPA)

NFPA yang ditubuhkan pada 1896 adalah sebuah pertubuhan non-profit

antarabangsa yang diberi mandat ke atas isu keselamatan kebakaran, keselamatan

elektrik dan keselamatan bangunan. Ia menumpukan kepada usaha memerangi

kematian, kecederaan, kemusnahan harta benda dan kerugian ekonomi akibat

kebakaran. NFPA adalah pertubuhan utama dunia yang mengajurkan pencegahan

kebakaran serta merupakan sumber yang boleh dipercayai bagi mendapatkan

maklumat mengenai keselamatan kebakaran. NFPA telah membangunkan lebih

daripada 300 standard dan kod konsensus melalui penyelidikan, latihan, pendidikan,

serta melalui kerjasama dan sokongan dari pihak luar.

2.7 Polisi Pengurusan Keselamatan Kebakaran

Page 38: PENGAKUAN - bic.utm.my

24

Polisi pengurusan keselamatan kabakaran adalah satu penyataan tentang

keselamatan kebakaran yang dibuat secara komprehensif dan teguh agar keselamatan

kebakaran dapat dilaksanakan dengan efektif. Ini termasuk mengambil langkah

berjaga-jaga bagi mengelakkan kejadian kebakaran berlaku dan sekiranya kebakaran

berlaku ianya dapat dikawal dengan cepat, efektif, selamat serta memastikan setiap

penghuni bangunan mampu untuk keluar ke tempat yang selamat dengan mudah dan

cepat (BIFM, 2016). Objektif polisi pengurusan keselamatan kebakaran dibangunkan

adalah bagi mewujudkan satu rangka kerja serta memastikan spesifikasi standard

keselamatan kebakaran dapat dicapai dan dikekalkan dengan baik kerana pengurusan

keselamatan kebakaran seharusnya dihubungkan kepada satu dasar polisi utama

(Alan Porter, 1990). Satu polisi keselamatan kebakaran untuk melindungi semua

penghuni bangunan termasuk kakitangan dan pelawa dan polisi ini merangkumi

tugasan merancang, organisasi, kawalan, pemantauan dan kajian semula terhadap

langkah-langkah keselamatan kebakaran (Safer Scotland, 2008).

Polisi keselamatan kebakaran perlu dibentuk selari dengan polisi kesihatan

dan keselamatan organisasi yang mengandungi penyataan tentang komitmen,

peranan dan tanggungjawab pihak yang ditugaskan melaksanakan polisi tersebut

(Andrew Martin dan Martin Muckett, 2007). Penyediaan polisi pengurusan

keselamatan kebakaran dalam bangunan asrama pelajar menunjukkan keprihatinan

dan komitmen serius pihak pengurusan terhadap keselamatan dan kesejahteraan

penghuni, pengguna, sumber dan aset organisasi secara keseluruhannya. Polisi

pengurusan keselamatan kebakaran perlu bersifat dinamik dan cukup fleksibel bagi

tujuan pengubahsuaian, penambahbaikan atau untuk disesuaikan dengan keadaan

semasa serta perlu disemak dan dikemaskini secara berkala (BIFM, 2016). Cabaran

kritikal yang dihadapi dalam pengurusan keselamatan kebakaran yang efektif di

asrama pelajar dengan salah satu cabaran tersebut adalah ketidakberkesanan dan

kelemahan penguatkuasaan polisi dan peraturan keselamatan kebakaran (Kofi

Agyekum, 2016).

2.8 Prosedur Keselamatan Kebakaran

Page 39: PENGAKUAN - bic.utm.my

25

Prosedur ditakrifkan sebagai cara lazim, aturan, tatacara atau cara kerja bagi

melakukan sesuatu perkara dengan betul dan mengikut peraturan (DBP, 2005).

Prosedur keselamatan kebakaran memgandungi panduan lengkap untuk tindakan

setiap peringkat pengurusan dan kakitangan apabila berhadapan dengan kebakaran

(Alan Porter, 1990). Prosedur pengurusan keselamatan kebakaran memainkan

peranan penting dalam mengawal dan mencegah kebakaran, pemindahan penghuni

bangunan serta dalam penyelenggaraan sistem keselamatan. (W.K. Chow, 2001) dan

ianya perlu dibuat berpadanan dengan penyediaan struktur dan rekabentuk laluan

keluar serta sistem keselamatan kebakaran yang lain (Alan Porter, 1990). Selain

mengandungi informasi berkaitan keselamatan kebakaran, prosedur ini juga adalah

salah satu medium komunikasi diantara pihak pengurusan dengan penghuni dan

pengguna bangunan. Komunikasi baik antara pihak pengurusan dengan kakitangan

serta penghuni bangunan adalah kunci utama jika berlaku kebakaran Semua prosedur

pengurusan keselamatan kebakaran yang ingin dilaksanakan hendaklah dipraktikkan

melalui latihan kebakaran dan ditambahbaik mengikut kesesuaian (Alan Porter,

1990). Audit ke atas prosedur keselamatan kebakaran disarankan dibuat secara

berkala (W.K. Chow, 2001) yang bertujuan menilai tahap pematuhan dan

keberkesanan aturan keselamatan (Alan Porter, 1990) sesebuah organisasi dengan

kod keselamatan kebakaran yang disediakan (Muizz. O Sanni, 2015) bagi mencapai

satu standard pengurusan keselamatan kebakaran yang tinggi.

2.8.1 Prosedur Pencegahan Kebakaran

Prosedur pencegahan kebakaran terdiri daripada latihan dan panduan kepada

kakitangan dalam organisasi tentang pencegahan kebakaran merangkumi latihan

menggunakan peralatan, kaedah penstoran dan pelupusan, penyimpanan bahan-bahan

mudah terbakar, penggunaan cecair atau gas mudah terbakar serta prosedur kerja

yang betul (Alan Porter, 1990). Pencegahan kebakaran dapat ditingkatkan lagi

dengan memastikan reka bentuk, pembinaan dan operasi bangunan mematuhi

Page 40: PENGAKUAN - bic.utm.my

26

piawaian kod binaan bangunan (Muizz O. Sanni-Anibire dan Mohammad A.

Hassanain, 2015). Kombinasi dan koordinasi beberapa aktiviti atau program seperti

latihan kebakaran, latihan untuk kakitangan, penstoran dan penyelenggaraan berkala

mampu mencegah kejadian kebakaran (N. Nadzim dan M. Taib, 2014).

Kajian oleh Chandrakantan (2004) terhadap ciri-ciri keselamatan iaitu alat

pemadam kebakaran, sistem gelendong hos, sistem penggera kebakaran, papan tanda

keluar dan tangga menunjukkan kadar pematuhan keseluruhan keadaan keselamatan

kebakaran pada kediaman pelajar di universiti tempatan adalah sekitar 76 peratus

dengan papan tanda keluar adalah aspek paling kritikal yang tidak mematuhi

kehendak dan peraturan seperti yang terkandung di dalam UKBS 1984.

2.8.2 Prosedur Semasa Kebakaran

Prosedur semasa kebakaran adalah prosedur yang perlu dilaksanakan semasa

kebakaran dan mengandungi panduan terperinci untuk tindakan setiap peringkat

pengurusan dan kakitangan sesebuah organisasi (Alan Porter, 1990).

semasa Penyediaan prosedur keselamatan kebakaran yang komprehensif menjadi

tunjang utama dalam pengurusan keselamatan kebakaran yang efektif dan adalah

penting memastikan setiap elemen di dalam setiap prosedur keselamatan kebakaran

dilakukan dengan baik agar kesan akibat kebakaran terhadap manusia, persekitaran,

aset dan reputasi sesebuah organisasi dapat dihapuskan atau diminimakan.

Page 41: PENGAKUAN - bic.utm.my

27

2.9 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

Kemudahan dan sistem keselamatan kebakaran yang terkini seiring dengan

perkembangan teknologi semasa dilihat sebagai satu keperluan. Namun begitu, kerja-

kerja menaiktaraf teknologi sistem keselamatan kebakaran yang tidak memenuhi

piawaian atau yang telah usang melibatkan kos yang tinggi (Woon Chin Ong dan

Mohd Zailan Suleiman, 2014). Antara cabaran di dalam pelaksanaan pengurusan

keselamatan kebakaran yang efektif adalah kos pemasangan sistem keselamatan

kebakaran yang sangat tinggi (Kofi Agyekum, 2016). Secara ringkas, kos boleh

diringkaskan kepada tiga kategori iaitu kos pengurangan risiko, kos persediaan dan

tindak balas, dan kos pemulihan (Mark Goodchild et.al, 2005).

2.9.1 Kos Pengurangan Risiko Kebakaran

Terma pengurangan risiko kebakaran ditakrifkan sebagai mengaplikasi

teknologi dan langkah-langkah pengurusan untuk mengurangkan kebakaran kepada

satu tahap yang munasabah dan ia tidak mungkin dicapai tanpa penglibatan kos

(Thomas F. Barry, 2001). Kos pengurangan risiko adalah kos yang berkaitan dengan

pencegahan kebakaran dan pengurangan risiko kebakaran. Program pembangunan

dan pelaksanaan pengurangan risiko melalui pelan perancangan yang strategik adalah

mahal (Francis Vorhies, 2012). Kos pengurangan risiko meliputi langkah-langkah

pelindungan kebakaran di dalam bangunan, peraturan-peraturan dan pematuhan

keselamatan kebakaran dan perkhidmatan insurans (Mark Goodchild et.al, 2005).

Kos dalam langkah-langkah pelindungan kebakaran terdiri daripada kemasan

permukaan luar bangunan, pembahagian ruang dalaman, laluan keluar, sistem

keselamatan kebakaran seperti pengesan asap atau sistem pancur, dan keperluan

struktur pelindungan kebakaran.

Page 42: PENGAKUAN - bic.utm.my

28

2.9.2 Kos Persediaan Dan Tindak Balas

Persediaan (readiness) bermaksud membina sistem operasi dan kemahiran

sebelum sebarang kecemasan berlaku, manakala tindak balas (response) adalah

tindakan yang diambil sebelum, semasa atau sejurus selepas kejadian berlaku untuk

menyelamatkan nyawa, harta benda selain membantu proses pemulihan komuniti

setempat (Fire Review Panel, 2012). Kos ini adalah kos yang berkaitan dengan

mengenalpasti punca kebakaran dan tindak balas terhadap potensi kebakaran atau

kejadian kebakaran yang sebenar meliputi retikulasi sistem bekalan air,

perkhidmatan kecemasan kebakaran dan sistem penggera kebakaran (Mark

Goodchild et.al, 2005). Biarpun kebarangkalian atau masa kejadian kebakaran tidak

dapat dijangka serta tidak mudah untuk menentukan ianya optimum secara ekonomi,

tetapi ketidaktentuan ini perlu diambil kira (Francis Vorhies, 2012). Terdapat lima

keperluan umum dan dua keperluan tambahan bagi persediaan dan tindak balas

terhadap kecemasan dalam kebakaran (OSHA, 2004):

i. Keperluan rekabentuk dan pembinaan laluan keluar

ii. Penyelenggaraan, pelindungan dan cara operasi laluan keluar

iii. Perkhidmatan perubatan dan peti kecemasan

iv. Pemadam kebakaran mudah alih

v. Sistem penggera

vi. Pelan tindakan kecemasan

vii. Pelan pencegahan kebakaran

Page 43: PENGAKUAN - bic.utm.my

29

2.9.3 Kos Pemulihan

Kos pemulihan adalah kos yang terbentuk disebabkan oleh insiden kebakaran

yang merangkumi kos kerosakan harta benda, kehilangan output, kos kecederaan

langsung dan tidak langsung (Mark Goodchild et.al, 2005). Ia adalah tindakan-

tindakan yang diambil bermula selepas kejadian kebakaran berlaku dan

memperluaskan bantuan sehingga komuniti setempat boleh bertindak sendiri (Fire

Review Panel, 2012). Kos kerosakan harta benda adalah seperti kerosakan struktur,

isi kandungan bangunan, saham perniagaan dan peralatan.

2.10 Rumusan Bab

Pengurusan keselamatan kebakaran yang efektif adalah menjadi

tanggungjawab pihak pengurusan sesebuah organisasi, dan menuntut komitmen

penuh semua kakitangannya dalam usaha mewujudkan suasana kerja yang kondusif

dan selamat. Bagi mencapai matlamat pengurusan yang efektif, ia perlu dilaksanakan

dengan berpandukan kepada satu prosedur pengurusan keselamatan kebakaran yang

disediakan secara komprehensif serta mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

Pematuhan terhadap prosedur keselamatan kebakaran akan dapat membantu

mengelakkan kemusnahan harta benda, kecederaan serta kehilangan nyawa akibat

kebakaran. Prosedur keselamatan kebakaran terdiri daripada amalan-amalan seperti

pemeriksaan, penyelenggaraan, naik taraf serta pemasangan sistem keselamatan

kebakaran, dan ianya melibatkan nilai kos yang besar. Biarpun kajian menunjukkan

bahawa kos bagi kemudahan keselamatan kebakaran adalah tinggi, namun ianya

perlu bagi kelangsungan pelaksanaa pengurusan keselamatan kebakaran yang efektif

bagi menjamin keselamatan setiap induvidu dan harta benda.

Page 44: PENGAKUAN - bic.utm.my

30

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Metodologi kajian adalah satu kaedah penyelesaian masalah secara sistematik

dan boleh difahami sebagai satu sains mengkaji bagaimana kajian dijalankan secara

sistematik (C.R. Kothari, 2004). Bab ini akan memberikan tumpuan dan pemerhatian

kepada bentuk kajian yang akan dijalankan. Ia bertujuan memastikan kaedah-kaedah

yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data penyelidikan kajian adalah

bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai. Selepas

mengenalpasti masalah kajian dan melakukan kajian literatur, pengkaji dikehendaki

merangka pelan perlaksanaan prosedur kajian. Ia terbahagi kepada reka bentuk

kajian, kajian literatur dan teoritikal, kaedah pengumpulan data (data sekunder dan

data primer) dan kaedah penganalisisan data. Akhir sekali adalah cadangan dan

kesimpulan.

Page 45: PENGAKUAN - bic.utm.my

31

Cadangan dan Kesimpulan

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ditunjukkan dalam Rajah 3.1.

Rajah 3.1: Carta aliran kajian

Menambahbaik prosedur keselamatan kebakaran

Persekitaran fizikal yang kondusif serta selamat

Objektif Kajian

Mengenal pasti tahap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran

Mengenal pasti kos terhadap pematuhan prosedur audit keselamatan

kebakaran

Penyataan Masalah

Kepentingan Kajian

Page 46: PENGAKUAN - bic.utm.my

32

Kajian ini dijalankan terhadap pelajar yang menghuni asrama Universiti

Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi Gombak dan Petaling Jaya. Sehubungan

itu, pelaksanaannya berpandukan kepada kenyataan masalah seperti yang telah

dibincangkan sebelum ini. Objektif kajian adalah mengenalpasti tahap pematuhan

prosedur keselamatan kebakaran dan kos terhadap pematuhan prosedur audit

keselamatan di asrama pelajar UIAM.

3.3 Kaedah Kajian Literatur dan Teoritikal

Bahagian ini akan merangkumi penyataan tentang kaedah kajian, penetuan

terhadap topik kajian secara spesifik serta pemilihan sampel kajian yang sesuai yang

akan diterangkan secara terperinci. Kajian literatur atau teoritikal ditulis dalam dua

bahagian. Bahagian pertama akan menjelaskan prosedur pengurusan keselamatan

kebakaran di Malaysia, amalan-amalan serta aspek peruntukan dan perundangan

pengurusan keselamatan kebakaran yang telah ditetapkan. Bahagian kedua akan

melihat kepada kos pematuhan prosedur audit keselamatan kebakaran dengan

melihat kepada kajian-kajian terdahulu yang dijalankan di dalam dan luar negara.

Pada asasnya kaedah ini memfokuskan kepada prosedur pelaksanaan serta kos

terhadap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran. Sumber-sumber untuk

menjalankan kajian literatur atau teoritikal ini ini diperoleh daripada sumber bahan

bercetak seperti buku-buku, jurnal dan artikel. Data daripada sumber-sumber

berkenaan banyak digunakan dalam penyataan awal dan penulisan teori.

3.4 Instrumen Kajian

Instrumen kajian boleh difahami sebagai alat yang digunakan untuk kerja-

kerja pengumpulan data primer dan sekunder melalui pelbagai kaedah seperti soal

Page 47: PENGAKUAN - bic.utm.my

33

selidik, temu bual, pembacaan, pemerhatian, senarai semak, dan dokumen analisis.

Pada dasarnya pengkaji perlu memastikan bahawa setiap instrumen yang dipilih

adalah sah dan boleh dipercayai yang sebahagian besarnya bergantung kepada

kesesuaian instrumen tersebut. Jadual 3.1 menunjukkan ringkasan tentang maklumat

yang diperlukan berserta kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat

tersebut.

Jadual 3.1: Jadual keperluan maklumat berdasarkan kepada objektif dan kaedah

yang diperlukan bagi mendapatkan maklumat.

Objektif Maklumat/data

yang diperlukan

Kaedah mendapatkan

maklumat/data yang

diperlukan

Mengenal pasti tahap

pematuhan prosedur

keselamatan kebakaran di

asrama pelajar.

i. Apakah prosedur

keselamatan kebakaran

semasa?

ii. Apakah tujuan prosedur

pengurusan kebakaran

dibentuk?

iii. Adakah prosedur

keselamatan kebakaran yang

direka memenuhi piawaian

ditetapkan?

iv. Apakah halangan

pelaksanaan prosedur

keselamatan kebakaran?

i. Senarai semak

audit

Mengenal pasti kos

terhadap pematuhan

prosedur audit

keselamatan kebakaran di

asrama pelajar

i. Apakah kos yang terlibat

dalam pematuhan prosedur

keselamatan kebakaran?

ii. Berapakah kos yang terlibat

bagi pematuhan prosedur

keselamatan kebakaran?

i. Analisi

dokumen

Page 48: PENGAKUAN - bic.utm.my

34

3.5 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data digunakan bertujuan mengumpul data dan

maklumat berkaitan dengan kajian. Kaedah pengumpulan data ini diyakini dapat

membantu mencapai objektif kajian yang telah digariskan dahulu. Kaedah

pengumpulan data membolehkan informasi berkaitan dengan kajian dikumpul secara

sistematik. Data yang dikumpul secara sembarangan atau tanpa asas akan

menyukarkan persoalan kajian dijawab secara muktamad (Kongmany Chaleunvong,

2009). Pengumpulan data adalah proses mengumpul data dari pelbagai sumber

(Norazaman, et al., 2006) dengan istilah deskriptif yang paling mudah untuk

difahami adalah kualitatif dan kuantitatif. Kedua-dua data primer dan sekunder boleh

didapati sama ada kualitatif atau kuantitatf (Acaps, 2012). Kajian ini menggunakan

kaedah pengumpulan data bagi primer dan data sekunder. Data primer diperolehi

menerusi borang kajian soal selidik borang audit, dan temu bual. Manakala data

sekunder melalui data yang dikumpulkan oleh syarikat, agensi atau penyelidik lain

untuk tujuan tertentu dan digunakan oleh penyelidik bagi tujuan kajiannya

(Zulkarnain, 1999).

3.5.1 Data Sekunder

Data sekunder adalah data yang diperoleh melalui penelitian menerusi

pelbagai sumber atau bahan bacaan seperti keratan akhbar, buku, laporan, jurnal,

tesis, kajian-kajian lepas yang berkaitan, sumber elektronik dan risalah. Data-data

sekunder dikumpul bagi memahami dengan lebih lanjut tentang maklumat berkaitan

dengan kajian serta dapat membantu dan menyokong penghujahan dalam penulisan

kajian literatur. Bagi kajian ini, rujukan telah dibuat kepada pelbagai pengkalan data

jurbal seperti www.emeraldinsightcom dan www.sciencedirect.com.

Page 49: PENGAKUAN - bic.utm.my

35

a) Analisis Dokumen

Analisis dokumen adalah satu bentuk kaedah yang sangat penting bagi

mengumpulkan data kualitatif. Ia adalah satu kaedah yang digunakan sebagai alat

bagi mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian sebagai sokongan dan

mengesahkan fakta yang telah dinyatakan di dalam kajian, terutamanya di dalam bab

kajian literatur. Kaedah analisis dokumen adalah satu proses yang berterusan yang

tidak terhad kepada maklumat berkaitan kajian malah memberi dimensi bagi

pengumpulan data pada masa akan datang. Analisis dokumen melibatkan pembacaan

secara analitikal dan kajian kepada pelbagai sumber bertulis, menyediakan latar

belakang maklumat yang komprehensif, menunjukkan trend semasa serta tidak

melibatkan kos yang tinggi.

3.5.2 Data Primer

Data primer adalah data utama yang diperoleh atau dikumpul secara langsung

oleh pengakaji melalui responden atau kerja di lapangan. Bagi kajian ini, kaedah

kualitatif dan kuantitatif digunakan bagi mendapatkan maklumat dan data primer ini.

Instrumen kajian yang digunakan adalah dengan kaedah borang senarai semak audit

dan borang soal selidik.

i. Senarai Semak Audit

Pengumpulan data primer yang pertama adalah melalui senarai semak audit

keselamatan kebakaran. Borang senarai semak audit keselamatan kebakaran

direkabentuk bagi mendapatkan maklumat kuantitatif dan direka bersesuaian dengan

iklim asrama pelajar bagi universiti tempatan. Audit ini dilakukan bertujuan untuk

mengenalpasti keadaan semasa keselamatan kebakaran di asrama pelajar. Kajian para

penyelidik dalam tahun-tahun kebelakangan ini menunjukkan pengurusan sistem

keselamatan kebakaran yang mantap terdiri daripada pemeriksaan peralatan

keselamatan serta latihan kepada semua kakitangan dan penghuni bangunan

Page 50: PENGAKUAN - bic.utm.my

36

merupakan aspek yang menyokong perlindungan keselamatan kebakaran secara

fizikal (Chandrakantan Subramaniam, 2004).

Data bagi senarai semak audit keselamatan kebakaran dikumpul secara rawak

melalui sampel populasi. Lima blok asrama dipilih secara rawak di setiap kampus

UIAM diambil sebagai sampel populasi. Kajian ini menghadkan audit keselamatan

kebakaran kepada elemen prosedur keselamatan kebakaran dan setiap blok asrama

yang dipilih dinilai mengikut cara yang sama agar maklumat yang diperoleh adalah

konsisten. Borang pemeriksaan audit keselamatan kebakaran ini diadaptasi dari

beberapa kajian tentang pengurusan keselamatan kebakaran dan diolah untuk

disesuaikan dengan kod keperluan undang-undang bagi memudahkan pemeriksaan

ini dibuat. Borang senarai semak audit keselamatan kebakaran ini dibahagikan

kepada lima bahagian agar analisis dapat dibuat dengan lebih mudah.

3.6 Analisis Data

Analisis data adalah satu lingkungan proses dan prosedur dimana peralihan

daripada pengumpulan data kualitatif kepada satu bentuk penerangan, pemahaman

atau interpretasi tentang kajian yang dijalankan (Tilahun Nigatu Haregu, 2009). Ia

adalah kaedah dimana data yang telah dikumpul diatur bagi memudahklan proses

membina jawapan terhadap persoalan kajian melalui pemeriksaan dan interpretasi

data. Kaedah analisis data yang digunakan adalah seperti berikut:

i. Analisis Frrekuensi

Analisis yang digunakan untuk menganalisis data-data hasil kajian soal

selidik serta senarai semak audit. Analisis frekuensi merupakan kaedah analisis

mudah yang bergantung kepada kekerapan sesuatu perkara.

Page 51: PENGAKUAN - bic.utm.my

37

3.7 Rumusan Bab

Analisis data adalah satu lingkungan proses dan prosedur dimana peralihan

daripada pengumpulan data kualitatif kepada satu bentuk penerangan, pemahaman

atau interpretasi tentang

Page 52: PENGAKUAN - bic.utm.my

38

BAB 4

ANALISA KAJIAN

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai hasil dapatan kajian yang diperoleh

melalui kaedah senarai semak audit bagi mencapai keseluruhan maksud objektif

kajian iaitu:

i. Mengenal tahap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran di asrama

pelajar.

ii. Mengenal kos terhadap pematuhan prosedur audit keselamatan kebakaran di

asrama pelajar.

Seperti yang telah dijelaskan di dalam Bab 3, kajian ini dibuat melalui kaedah

senarai semak audit. Aktiviti audit terhadap lima bangunan asrama dibuat dengan

seliaan Pegawai Keselamatan UIAM; tiga blok di kampus Gombak, dan dua blok di

kampus Petaling Jaya.

Page 53: PENGAKUAN - bic.utm.my

39

4.2 Analisis Demografi Kajian

Analisis demografi kajian adalah mengenai latar belakang kampus, latar

belakang bangunan asrama yang diperiska, jenis bangunan, kategori asrama serta

bilangan penghuni. Ia bertujuan untuk mendapatkan gambaran ringkas tentang

bangunan asrama yang diperiksa.

4.2.1 Latarbelakang Kampus Kajian

Jadual 4.1 menunjukkan rumusan bagi analisis latarbelakang kampus induk

UIAM Gombak, dan kampus Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya. Kampus Gombak

beroperasi secara rasmi pada 10 Mei 1983, manakala kampus Petaling Jaya bermula

dari Julai 1985.

Jadual 4.1: Analisis latar belakang kampus kajian

Kampus Bilangan

Asrama

Kategori

Bangunan

Kategori

Asrama Blok

Bilangan

Penghuni Penghuni

Petaling Jaya

1 Sewa Lelaki 1 752 Lelaki

1 Sewa Perempuan 2 571 Perempuan

Gombak 1 Beli Campuran 3 128 Lelaki

4 128 Lelaki

5 124 Perempuan

Nota: Pemilihan bangunan asrama dibuat oleh pihak UIAM.

Secara keseluruhannya, terdapat 17 asrama di kampus Gombak mempunyai

dengan kapasiti 16000 penghuni. Terdapat tiga jenis kategori asrama di kampus

Gombak iaitu asrama lelaki, perempuan, dan campuran. 80% kemudahan penginapan

Page 54: PENGAKUAN - bic.utm.my

40

asrama adalah bagi pelajar siswazah sepenuh masa dengan keutamaan diberikan

kepada pelajar antarabangsa. Manakala, kampus Petaling Jaya terdapat hanya 5

asrama pelajar yang boleh menempatkan seramai 8000 penghuni pada setiap

semester. Namun, salah satu asrama kini dalam proses untuk dikembalikan semula

kepada pemilik asal iaitu Lembaga Pemegang Amanah Kolej Islam Malaya. Kampus

ini adalah khusus untuk pelajar matrikulasi UIAM.

Kesemua bangunan asrama di kampus Gombak memiliki ketinggian seragam

iaitu empat tingkat, dengan setiap bangunan mempunyai dua bahagian. Setiap unit

bangunan asrama kampus Gombak mempunyai 32 bilik. Bagi bangunan asrama

kampus Petaling Jaya, kedua-dua bangunan memiliki ketinggian yang berbeza.

Bangunan 1 yang menempatkan pelajar lelaki berketinggian sembilan tingkat dengan

empat bahagian, manakala bagi pelajar perempuan, 2 mempunyai empat tingkat

dengan tiga bahagian. Namun begitu, hanya empat tingkat sahaja bangunan B yang

digunakan bagi tujuan penempatan pelajar.

Bilangan pelajar bagi setiap bilik di kedua-dua kampus adalah seramai empat

orang. Bangunan 5 hanya menempatkan seramai 124 penghuni, manakala bilik

selebihnya disediakan untuk pelajar pasca siswazah. Bagi asrama kampus Petaling

Jaya, seramai 571 pelajar perempuan ditempatkan berbanding kapasiti asal iaitu

seramai 624 orang, manakala bagi asrama lelaki adalah seramai 752 orang pelajar di

kesemua empat tingkat yang digunakan.

4.3 Analisis Bangunan 1

Bangunan B adalah bangunan asrama sembilan tingkat dengan kapasiti

pelajar paling tinggi iaitu seramai 752 orang penghuni. Jadual 4.2 menunjukkan

Page 55: PENGAKUAN - bic.utm.my

41

analisis bilangan keperluan kehendak keselamatan kebakaran yang terdapat pada

bangunan 1.

Jadual 4.2: Analisis keperluan kehendak keselamatan kebakaran bangunan 1

Bil. Jenis Kehendak Keselamatan Kebakaran Kuantiti /

Unit

1 Sistem pemadam api tetap - hos gelung 16

2 Sistem pengera kebakaran: Pengesan api automatik &

sistem penggera kebakaran elektrik manual 20

3 Pencahayaan kecemasan - unit titik isyarat 34

4 Sistem pemadam api mudah alih 28

5 Tanda 'KELUAR' 4

6 Tangga 4

4.3.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

Kriteria penilaian aspek tahap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran

dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pengurusan dan kehendak keselamatan

kebakaran yang dinilai berdasarkan kepada keperluan UKBS 1984. Terdapat lapan

elemen yang dinilai dalam aspek pengurusan, manakala enam elemen bagi kehendak

keselamatan kebakaran.

i. Pengurusan

Jadual 4.3 menunjukkan analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran

bagi bangunan 1. Jumlah keseluruhan audit bagi aspek pengurusan prosedur

pencegahan kebakaran adalah 6.

Page 56: PENGAKUAN - bic.utm.my

42

Jadual 4.3: Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran bangunan 1

Bil. Elemen Audit Pengurusan Jumlah

Ketidakpatuhan

1 Sistem pemadam kebakaran 1

2 Perkhimatan kecemasan. 1

3 Kursus dan latihan kepada kakitangan. 0

4 Penilaian kemungkinan kebakaran 0

5 Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran. 1

6 Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan

keselamatan kebakaran secara berkala. 1

7 Laporan dan penyimpanan rekod. 1

78 Komunikasi 1

Rajah 4.2 menunjukkan tahap pematuhan keseluruhan pengurusan prosedur

pencegahan kebakaran bagi bangunan 1.

Rajah 4.2: Tahap pematuhan keseluruhan pengurusan prosedur pencegahan

kebakaran Bangunan 1

25% ketidakpatuhan telah direkodkan iaitu dalam aspek kursus dan latihan

kepada kakitangan dan penilaian keperluan peralatan keselamatan kebakaran di

bangunan asrama.

a. Sistem pemadam kebakaran

Sistem pemadam kebakaran yang terdapat pada Bangunan 1 adalah sistem

pemadam api mudah alih, sistem hos gelung, pengesan api automatik dan

sistem penggera kebakaran manual.

Page 57: PENGAKUAN - bic.utm.my

43

b. Perkhidmatan kecemasan

Perkhidmatan kecemasan bagi Bangunan 1 disediakan dengan melantik

pasukan tindakan kecemasan yang terdiri daripada pihak pengurusan asrama,

felo asrama, dan wakil pelajar yang menghuni Bangunan 1.

c. Kursus dan latihan kepada kakitangan

Elemen kursus dan latihan kepada kakitangan dicatatkan sebagai ‘sifar’

kerana tiada kursus dan latihan kepada kakitangan diberikan untuk tempoh

dua tahun dengan latihan terkahir direkodkan pada tahun 2015.

d. Penilaian kemungkinan kebakaran

Penilaian kemungkinan kebakaran dicatatkan sebagai ‘sifar’ kerana tiada

rekod menunjukkan bahawa penilaian kemungkinan kebakaran telah atau

pernah dibuat pada Bangunan 1.

e. Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran

Penilaian terhadap keperluan peralatan keselamatan kebakaran dilakukan oleh

pihak keselamatan, kesihatan, dan alam bina (OSHBE) UIAM dari kampus

Gombak.

f. Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran secara

berkala

Aktiviti penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran

dibuat secara berkala pada setiap bulan oleh pihak kontraktor yang dilantik

oleh UIAM iaitu Daya Bersih Sdn. Bhd. Pemeriksaan dan penyelenggaraan

terkini bagi Bangunan 1 direkodkan pada Februari 2017.

g. Laporan dan penyimpanan rekod

Laporan penyelenggaraan dan pemeriksaan disediakan oleh pihak DBSB

seterusnya dihantar kepada pihak pengurusan Bangunan 1, dan rekod

penyelenggaraan dan pemeriksaan disimpan oleh pihak DBSB dan

pengurusan bangunan asrama.

Page 58: PENGAKUAN - bic.utm.my

44

h. Komunikasi

Komunikasi pada Bangunan 1 wujud melalui notis atau pengumuman melalui

alat pembesar suara, serta nombor telefon kecemasan yang diletakkan pada

aras bawah bangunan.

ii. Kehendak Keselamatan Kebakaran

Terdapat enam elemen kehendak keselamatan kebakaran yang dinilai iaitu

sistem pemadam api tetap - hos gelung, sistem penggera kebakaran iaitu pengesan

api automatik dan sistem penggera kebakaran elektrik manual, pencahayaan

kecemasan, pemadam api mudah alih, lampu tanda ‘KELUAR’, dan tangga. Melalui

analisis yang dibuat, terdapat dua sub-elemen yang memperolehi jumlah audit sifar.

Sub-elemen 2.3 iaitu penggera kebakaran diperiksa dan diselenggara mengikut jadual

dicatatkan sebagai sifar keran tiada rekod yang menunjukkan bahawa penggera telah

atau pernah diperiksa dan diselenggara mengikut jadual. Manakala bagi sub-elemen 5.2 iaitu

terdapat anak panah yang menunjukkan arah menuju ke pintu keluar yang terdekat pula,

tiada sebarang anak panah diletakkan pada mana-mana jalan keluar yang terdekat di semua

aras. Jadual 4.4 menunjukkan analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi

Bangunan 1.

Page 59: PENGAKUAN - bic.utm.my

45

Jadual 4.4: Analisis kehendak keselamatan kebakaran bangunan 1

Elemen Elemen Audit Jumlah Audit

Diperolehi

Keseluruhan

Nilai Audit

1. Sistem Pemadam Api Tetap - Hos Gelung

1.1 Kedudukan yang jelas dan mudah diakses. 16 16

1.2 Tidak dihalang dan boleh digunakan pada bila-bila

masa. 5 16

1.3 Muncung hos berada pada kedudukannya serta dalam

keadaan baik. 9 16

2. Sistem Penggera Kebakaran: 1 & 2 - Pengesan Api Automatik & Sistem Penggera Kebakaran

Elektrik Manual

2.1 Sistem pengesan dan penggera kebakaran yang

menepati piawaian dipasang. 196 196

2.2 Penggera kebakaran berfungsi dengan baik. 5 8

2.3 Penggera kebakaran diperiksa dan diselenggara

mengikut jadual. 0 8

3. Pencahayaan Kecemasan - Unit Titik Isyarat

3.1 Lampu dari jenis yang dibenarkan oleh JBPM. 34 34

3.2 Berada dalam keadan baik dan berfungsi dengan baik. 11 34

4. Sistem pemadam api mudah alih

4.1 Diletakkan pada tempat-tempat penting pada jalan

keluar. 4 4

4.2 Mudah dilihat daripada semua arah 28 28

4.3 Dari jenis dan cara kendalian yang sama. 28 28

5. Tanda 'KELUAR'

5.1 Dapat dilihat dengan mudah dan tidak dilindungi 16 16

5.2 Terdapat anak panah yang menunjukkan arah menuju

ke pintu keluar yang terdekat 0 16

5.3 Tanda keluar diterangi berterusan sepanjang tempoh

pendudukan 1 15

5.4 Perkataan 'KELUAR' dengan huruf terang dan boleh

dibaca 16 16

6. Tangga

3.1 Mempunyai jalan keluar sekurang-kurangnya dua

tangga berasingan. 4 4

3.2 Lebar tangga dikekalkan keseluruhannya (m). 4 4

3.2 Tiada halangan pada laluan tangga. 4 4

Rajah 4.3 menunjukkan analisis pematuhan kehendak keselamatan kebakaran

bagi Bangunan 1.

Page 60: PENGAKUAN - bic.utm.my

46

Rajah 4.3: Analisis pematuhan kehendak keselamatan kebakaran bagi bangunan 1

Elemen pencahayaan kecemasan mencatatkan pematuhan yang paling rendah

iaitu 32.35%. Bangunan 1 dilengkapi dengan 16 unit pencahayaan kecemasan jenis

LED. Namun begitu, hanya satu unit pencayaan kecemasan sahaja yang berfungsi

dengan baik manakala yang selebihnya tidak berada dalam keadaan baik serta tidak

berfungsi dengan baik.

4.3.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

Kos terhadap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran dibahagikan

kepada dua bahagian, iaitu kos pengurangan risiko kebakaran atau pengurusan dan

kos persediaan dan tindak balas atau kehendak keselamatan kebakaran. Namun

begitu, hanya kos persediaan dan tindak balas dapat dinilai melalui anggaran kerana

ianya lebih signifikan dan mempunyai kos nyata.

i. Kos Persediaan dan Tindak Balas

Jadual 4.5 menunjukkan analisis anggaran kos persediaan dan tindak balas

atau kos kehendak keselamatan kebakaran bagi Bangunan 1.

Page 61: PENGAKUAN - bic.utm.my

47

Jadual 4.5: Analisis purata kos kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 1

No. Elemen Kos Persediaan dan Tindak Balas Kuantiti Purata Harga

Seunit (RM)

Jumlah

Kos

(RM)

1

Sistem penggera kebakaran: Pengesan Api

Automatik & Sistem Penggera Kebakaran

Elektrik Manual

a. Loceng penggera

4 97.67 390.68

2 Pencahayaan kecemasan - unit titik isyarat 23 139.72 3213.56

3 Tanda 'KELUAR' 15 142.50 2137.50

Berdasarkan kepada analisis diatas, dianggarkan kos bagi kehendak

keselamatan kebakaran bangunan 1 adalah RM 5741.74. Walaupun kesemua elemen

di atas direkodkan sebagai mematuhi keperluan UKBS 1984, namun ianya tidak

berada dalam keadaan baik serta tidak berfungsi dengan baik.

4.4 Analisis Bangunan 2

Bangunan 2 adalah bangunan asrama empat tingkat yang menempatkan

seramai 571 orang pelajar perempuan dengan kapasiti maksimum, iaitu seramai 624

orang. Bangunan ini mempunyai 39 bilik di setiap aras dengan empat orang penghuni

pada setiap bilik. Jadual 4.6 menunjukkan analisis bilangan keperluan kehendak

keselamatan kebakaran yang terdapat pada Bangunan 2.

Jadual 4.6: Analisis keperluan kehendak keselamatan kebakaran bangunan 2

Bil. Jenis Kehendak Keselamatan Kebakaran Kuantiti /

Unit

1 Sistem pemadam api tetap - hos gelung 20

2 Sistem pengera kebakaran: Pengesan api automatik &

sistem penggera kebakaran elektrik manual 16

3 Pencahayaan kecemasan - unit titik isyarat 36

4 Sistem pemadam api mudah alih 25

5 Tanda 'KELUAR' 20

6 Tangga 5

Page 62: PENGAKUAN - bic.utm.my

48

4.4.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

i. Pengurusan

Jadual 4.7 menunjukkan analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran

bagi Bangunan 2.

Jadual 4.7: Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran Bangunan 2

Bil. Elemen Audit Pengurusan Jumlah Audit

Diperolehi

1 Sistem pemadam kebakaran 1

2 Perkhimatan kecemasan. 1

3 Kursus dan latihan kepada kakitangan. 0

4 Penilaian kemungkinan kebakaran 0

5 Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran. 1

6 Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan

keselamatan kebakaran secara berkala. 1

7 Laporan dan penyimpanan rekod. 1

8 Komunikasi 1

Melalui lapan elemen yang diperiksa, hanya enam elemen yang dicatatkan

sebagai mematuhi prosedur keselamatan kebakaran. Kursus dan latihan kepada

kakitangan mencatatkan nilai sifar kerana rekod menunjukkan tiada kursus dan

latihan bagi kakitangan Bangunan 2 untuk tempoh hampir dua tahun. Manakala, bagi

elemen penilaian kemungkinan kebakaran, tiada data menunjukkan atau menyokong

bahawa penilaian kemungkinan kebakaran telah dibuat pada Bangunan 2.

a. Sistem pemadam kebakaran

Sistem pemadam kebakaran yang terdapat pada Bangunan 2 adalah sistem

pemadam api mudah alih, hos gelung, pengesan api automatik, pengesan asap

yang diletakkan pada setiap bilik dan sistem penggera kebakaran manual.

b. Perkhidmatan kecemasan

Perkhidmatan kecemasan bagi Bangunan 2 diwujudkan dengan melantik

pasukan tindakan kecemasan yang terdiri daripada pihak pengurusan asrama,

felo asrama, dan wakil pelajar yang menghuni Bangunan 2 (Block

Represenatative Committee, BRC).

Page 63: PENGAKUAN - bic.utm.my

49

c. Kursus dan latihan kepada kakitangan

Kursus dan latihan kepada kakitangan bagi Bangunan 2 dicatatkan sebagai

‘sifar’ kerana tiada kursus dan latihan kepada kakitangan diberikan untuk

tempoh dua tahun dengan latihan terkahir direkodkan pada tahun 2015.

d. Penilaian kemungkinan kebakaran

Penilaian kemungkinan kebakaran dicatatkan sebagai ‘sifar’ kerana tiada

rekod atau data menunjukkan bahawa penilaian kemungkinan kebakaran

telah atau pernah dibuat pada Bangunan 2.

e. Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran

Penilaian terhadap keperluan peralatan keselamatan kebakaran bagi

Bangunan 2 dibuat oleh pihak keselamatan, kesihatan, dan alam bina

(OSHBE) UIAM dari kampus Gombak.

f. Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran secara

berkala

Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran bagi

Bangunan 2 dibuat secara berkala pada setiap bulan oleh pihak kontraktor

yang dilantik iaitu Daya Bersih Sdn. Bhd. Pemeriksaan dan penyelenggaraan

terkini bagi Bangunan 2 direkodkan pada Februari 2017.

g. Laporan dan penyimpanan rekod

Laporan penyelenggaraan dan pemeriksaan disediakan oleh pihak DBSB dan

kemudian dihantar kepada pihak pengurusan bangunan asrama, manakala

rekod penyelenggaraan dan pemeriksaan disimpan oleh pihak DBSB dan

pengurusan bangunan asrama.

h. Komunikasi

Komunikasi pada Bangunan 2 wujud melalui notis atau pengumuman melalui

alat pembesar suara, serta nombor telefon kecemasan yang diletakkan pada

aras bawah bangunan.

Page 64: PENGAKUAN - bic.utm.my

50

ii. Kehendak Keselamatan Kebakaran

Jadual 4.8 menunjukkan analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi

Bangunan 2.

Jadual 4.8: Analisis kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 2

Elemen Elemen Audit Jumlah Audit

Diperolehi

Keseluruhan

Nilai Audit

1. Sistem Pemadam Api Tetap - Hos Gelung

1.1 Kedudukan yang jelas dan mudah diakses. 20 20

1.2 Tidak dihalang dan boleh digunakan pada bila-bila

masa. 20 20

1.3 Muncung hos berada pada kedudukannya serta dalam

keadaan baik. 1 19

2. Sistem Penggera Kebakaran: 1 & 2 - Pengesan Api Automatik & Sistem Penggera Kebakaran

Elektrik Manual

2.1 Sistem pengesan dan penggera kebakaran yang menepati

piawaian dipasang. 160 160

2.2 Penggera kebakaran berfungsi dengan baik. 4 4

2.3 Penggera kebakaran diperiksa dan diselenggara mengikut

jadual. 0 4

3. Pencahayaan Kecemasan - Unit Titik Isyarat

3.1 Lampu dari jenis yang dibenarkan oleh JBPM. 36 36

3.2 Berada dalam keadan baik dan berfungsi dengan baik. 36 36

4. Sistem pemadam api mudah alih

4.1 Diletakkan pada tempat-tempat penting pada jalan

keluar. 25 25

4.2 Mudah dilihat daripada semua arah 25 25

4.3 Dari jenis dan cara kendalian yang sama. 25 25

5. Tanda 'KELUAR'

5.1 Dapat dilihat dengan mudah dan tidak dilindungi 20 20

5.2 Terdapat anak panah yang menunjukkan arah menuju ke

pintu keluar yang terdekat 0 20

5.3 Tanda keluar diterangi berterusan sepanjang tempoh

pendudukan 20 20

5.4 Perkataan 'KELUAR' dengan huruf terang dan boleh

dibaca 20 20

6. Tangga

3.1 Mempunyai jalan keluar sekurang-kurangnya dua tangga

berasingan. 5 5

3.2 Lebar tangga dikekalkan keseluruhannya (m). 5 5

3.2 Tiada halangan pada laluan tangga. 5 5

Bangunan 2 dilihat mempunyai kehendak keselamatan kebakaran yang lebih

baik berbanding dengan bangunan 1 walaupun kedua-dua bangunan berada di dalan

kampus yang sama. Hanya satu unit sistem pemadam api tetap – hos gelung

dicatatkan sebagai muncung hos tidak berada dalam keadaan baik. Bangunan 2 juga

tidak mempunyai rekod yang menunjukkan bahawa penggera kebakaran diperiksa

Page 65: PENGAKUAN - bic.utm.my

51

dan diselenggara mengikut jadual penyelenggaraan rutin yang telah ditetapkan.

Rajah 4.4 menunjukkan analisis tahap pematuhan kehendak keselamatan kebakaran

bagi Bangunan 2.

Rajah 4.4: Analisis kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 2

Sistem hos gelung menunjukkan pematuhan yang paling tinggi dengan lebih

90% hos gelung yang disediakan berada dalam keadaan baik, tidak dihalang dan

boleh diakses pada bila-bila masa, serta muncung hos berada pada kedudukan yang

baik. 28.75% ketidakpatuhan dicatatkan pada Bangunan 2 dengan ketidakpatuhan

tertinggi adalah pada elemen lampu tanda ‘KELUAR’, iaitu bagi ketiadaan anak

panah yang menunjukkan arah menuju ke pintu keluar yang terdekat.

4.4.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

i. Kos Persediaan dan Tindak Balas

Berdasarkan kepada keadaan dan analisis kehendak keselamatan kebakaran

Bangunan 2, didapati tiada kos persediaan dan tindak balas yang terlibat. Ini kerana

hampir keseluruhan kemudahan kehendak keselamatan kebakaran yang terdapat pada

Bangunan 2 berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada ianya diperlukan.

Page 66: PENGAKUAN - bic.utm.my

52

Kehendak keselamatan kebakaran di bangunan dipelihara dan diselenggara dengan

baik berbanding dengan Bangunan 1.

4.5 Analisis Bangunan 3

Bangunan 3 adalah bangunan asrama empat tingkat yang menempatkan

seramai 128 orang pelajar lelaki. Bangunan ini terbahagi kepada dua bahagian. Ia

mempunyai sebanyak 32 bilik dengan empat orang pelajar bagi setiap bilik.

Bangunan ini menempatkan pelajar yang menyertai badan beruniform di UIAM dan

asrama ini dikategorikan sebagai asrama campuran.

4.5.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

i. Pengurusan

Jadual 4.9 menunjukkan analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran

bagi Bangunan 3. Jumlah keseluruhan audit bagi aspek pengurusan prosedur

pencegahan kebakaran Bangunan 3 adalah 6.

Jadual 4.9: Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran bangunan 3

Bil. Elemen Audit Pengurusan Jumlah Audit

Diperolehi

1 Sistem pemadam kebakaran 1

2 Perkhimatan kecemasan. 1

3 Kursus dan latihan kepada kakitangan. 0

4 Penilaian kemungkinan kebakaran 0

5 Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran. 1

6 Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan

keselamatan kebakaran secara berkala. 1

7 Laporan dan penyimpanan rekod. 1

8 Komunikasi 1

Page 67: PENGAKUAN - bic.utm.my

53

a. Sistem pemadam kebakaran

Pada asasnya Bangunan 3 dilengkapi dengan sistem pemadam kebakaran

seperti hos gelung, penggera kebakaran, pengesan asap, dan sistem pemadam

api mudahalih.

b. Perkhidmatan kecemasan

Perkhidmatan kecemasan bagi Bangunan 3 terdiri daripada pasukan tindakan

kecemasan iaitu pihak pengurusan asrama, dan melantik wakil pelajar iaitu

MRC dan BRC (Block Represenatative Committee, BRC).

c. Kursus dan latihan kepada kakitangan

Elemen kursus dan latihan kepada kakitangan Bangunan 3 direkodkan

sebagai ‘sifar’ kerana tiada kursus dan latihan disediakan untuk kakitangan

pengurusan bangunan untuk tempoh dua tahun dengan latihan terkahir

direkodkan pada tahun 2015.

d. Penilaian kemungkinan kebakaran

Penilaian kemungkinan kebakaran dicatatkan sebagai ‘sifar’ kerana tiada

rekod yang menunjukkan atau data yang menyokong bahawa penilaian

kemungkinan kebakaran telah atau pernah dibuat pada Bangunan 3.

e. Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran

Rekod menunjukkan bahawa penilaian terhadap keperluan peralatan

keselamatan kebakaran bagi Bangunan 3 dibuat oleh pihak keselamatan,

kesihatan, dan alam bina (OSHBE).

f. Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran secara

berkala

Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran bagi

Bangunan 3 dibuat secara berkala pada setiap bulan oleh pihak DBSB.

Page 68: PENGAKUAN - bic.utm.my

54

g. Laporan dan penyimpanan rekod

Laporan penyelenggaraan dan pemeriksaan Bangunan 3 disediakan oleh

pihak DBSB yang kemudian dihantar kepada pihak pengurusan bangunan

asrama untuk semakan, manakala rekod penyelenggaraan dan pemeriksaan

disimpan oleh pihak DBSB dan pengurusan bangunan asrama. Walau

bagaimanapun, laporan penyelenggaraan dan pemeriksaan bagi Bangunan 3

untuk tahun 2017 masih belum dihantar kepada pihak pengurusan bangunan

asrama.

h. Komunikasi

Medium komunikasi bagi Bangunan 3 diwujudkan melalui notis atau

pengumuman melalui alat pembesar suara, dan penyediaan nombor telefon

kecemasan yang diletakkan pada aras satu Bangunan 3.

.

ii. Kehendak Keselamatan Kebakaran

Kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 3 terdiri daripada 12 unit hos

gelung, 8 unit sistem penggera, 32 unit pengesan asap yang diletakkan di dalam

setiap bilik, 16 unit pencahayaan kecemasan, 16 unit sistem pemadam api mudahalih,

12 unit lampu tanda ‘KELUAR’, dan mempunyai 3 tangga keluar. Melalui analisis

yang dibuat, terdapat dua sub-elemen yang dicatatkan sebagai sifar pada bangunan 3.

Kedua-duanya dicatatkan pada elemen lampu tanda ‘KELUAR’, iaitu ketiadaan anak

panah menunjukkan ke arah jalan keluar yang terdekat serta tanda ‘KELUAR’ yang

tidak berfungsi. Kesemua tanda ‘KELUAR’ adalah dengan huruf terang dan boleh

dibaca, namun kesemuanya tidak diterangi sepanjang tempoh pendudukan. Manakala

satu unit sistem pemadam api – hos gelung terhalang pada aras dua. Jadual 4.10

menunjukkan analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi Bangunan 3.

Page 69: PENGAKUAN - bic.utm.my

55

Jadual 4.10: Analisis kehendak keselamatan kebakaran bangunan 3

Elemen Elemen Audit

Jumlah

Audit

Diperolehi

Keseluruhan

Nilai Audit

1. Sistem Pemadam Api Tetap - Hos Gelung

1.1 Kedudukan yang jelas dan mudah diakses. 12 12

1.2 Tidak dihalang dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 11 12

1.3 Muncung hos berada pada kedudukannya serta dalam

keadaan baik. 12 12

2. Sistem Penggera Kebakaran: 1 & 2 - Pengesan Api Automatik & Sistem Penggera Kebakaran

Elektrik Manual

2.1 Sistem pengesan dan penggera kebakaran yang menepati

piawaian dipasang. 40 40

2.2 Penggera kebakaran berfungsi dengan baik. 8 8

2.3 Penggera kebakaran diperiksa dan diselenggara mengikut

jadual. 8 8

3. Pencahayaan Kecemasan - Unit Titik Isyarat

3.1 Lampu dari jenis yang dibenarkan oleh JBPM. 16 16

3.2 Berada dalam keadan baik dan berfungsi dengan baik. 16 16

4. Sistem pemadam api mudah alih

4.1 Diletakkan pada tempat-tempat penting pada jalan keluar. 12 12

4.2 Mudah dilihat daripada semua arah 12 12

4.3 Dari jenis dan cara kendalian yang sama. 12 12

5. Tanda 'KELUAR'

5.1 Dapat dilihat dengan mudah dan tidak dilindungi 12 12

5.2 Terdapat anak panah yang menunjukkan arah menuju ke

pintu keluar yang terdekat 0 12

5.3 Tanda keluar diterangi berterusan sepanjang tempoh

pendudukan 0 12

5.4 Perkataan 'KELUAR' dengan huruf terang dan boleh

dibaca 12 12

6. Tangga

3.1 Mempunyai jalan keluar sekurang-kurangnya dua tangga

berasingan. 3 3

3.2 Lebar tangga dikekalkan keseluruhannya (m). 3 3

3.2 Tiada halangan pada laluan tangga. 3 3

4.5.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

i. Kos Persediaan dan Tindak Balas

Jadual 4.11 menunjukkan analisis purata kos persediaan dan tindak balas atau

kos kehendak keselamatan kebakaran bagi bangunan 3.

Page 70: PENGAKUAN - bic.utm.my

56

Jadual 4.11: Analisis anggaran kos kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 3

No. Elemen Kos Persediaan dan Tindak Balas Kuantiti Purata Harga

Seunit (RM)

Jumlah

Kos (RM)

1 Tanda 'KELUAR' 12 142.50 1710.00

Berdasarkan kepada analisis diatas, dianggarkan kos bagi kehendak

keselamatan kebakaran bagi elemen lampu tanda ‘KELUAR’ Bangunan 3 adalah

RM 1710.00. Ini adalah kerana semua lampu tanda ‘KELUAR’ di Bangunan 3 tidak

berfungsi dengan baik dan tidak diterangi sepanjang pendudukan.

4.6 Analisis Bangunan 4

Bangunan 4 memiliki ciri-ciri fizikal sama seperti bangunan 3. Berketinggian

empat tingkat, mempunyai 32 bilik dengan 128 orang bilangan penghuni.

4.6.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

i. Pengurusan

Jadual 4.12 menunjukkan analisis pengurusan prosedur pencegahan

kebakaran bagi Bangunan 4.

Page 71: PENGAKUAN - bic.utm.my

57

Jadual 4.12: Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran Bangunan 4

Bil. Elemen Audit Pengurusan Jumlah Audit

Diperolehi

1 Sistem pemadam kebakaran 1

2 Perkhimatan kecemasan. 1

3 Kursus dan latihan kepada kakitangan. 0

4 Penilaian kemungkinan kebakaran 0

5 Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran. 1

6 Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan

keselamatan kebakaran secara berkala. 1

7 Laporan dan penyimpanan rekod. 1

8 Komunikasi 1

Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran Bangunan 4

mencatatkan hasil audit yang sama seperti bangunan-bangunan lain.

a. Sistem pemadam kebakaran

Bangunan 4 dilengkapi dengan sistem pemadam kebakaran yang sama seperti

bangunan-bangunan asrama yang diperiksa seperti hos gelung, penggera

kebakaran, pengesan asap, dan sistem pemadam api mudahalih.

b. Perkhidmatan kecemasan

Perkhidmatan kecemasan bagi Bangunan 4 terdiri daripada pasukan tindakan

kecemasan dan wakil pelajar yang dilantik iaitu MRC (Mahallah

Representative Committee) dan BRC (Block Represenatative Committee,

BRC).

c. Kursus dan latihan kepada kakitangan

Kursus dan latihan kepada kakitangan Bangunan 4 juga direkodkan sebagai

‘sifar’ kerana latihan terkahir kepada kakitangan adalah pada tahun 2015.

d. Penilaian kemungkinan kebakaran

Penilaian kemungkinan kebakaran bagi Bangunan 4 dicatatkan sebagai ‘sifar’

kerana tiada maklumat atau data yang menunjukkan atau dapat menyokong

bahawa ianya telah atau pernah dilakukan.

Page 72: PENGAKUAN - bic.utm.my

58

e. Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran

Penilaian terhadap keperluan peralatan keselamatan kebakaran bagi

Bangunan 4 dibuat oleh pihak keselamatan, kesihatan, dan alam bina

(OSHBE).

f. Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran secara

berkala

Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran bagi

Bangunan 4 dibuat secara berkala pada setiap bulan oleh pihak DBSB.

g. Laporan dan penyimpanan rekod

Laporan penyelenggaraan dan pemeriksaan bagi Bangunan 4 disediakan oleh

pihak DBSB, manakala rekod penyelenggaraan dan pemeriksaan disimpan

oleh pihak DBSB dan pengurusan bangunan asrama. Walau bagaimanapun,

laporan penyelenggaraan dan pemeriksaan bagi Bangunan 4 untuk tahun

2017 masih belum dihantar kepada pihak pengurusan bangunan asrama.

h. Komunikasi

Medium komunikasi bagi Bangunan 4 wujud melalui notis atau pengumuman

melalui alat pembesar suara, dan penyediaan nombor telefon kecemasan yang

diletakkan pada aras satu bangunan.

ii. Kehendak Keselamatan Kebakaran

Kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 4 terdiri daripada 12 unit hos

gelung, 1 sistem penggera kebakaran, 16 unit lampu kecemasan, 12 sistem pemadam

api mudah alih, 12 lampu tanda ‘KELUAR’, dan 3 jalan keluar. Jadual 4.13

menunjukkan analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi Bangunan 4.

Page 73: PENGAKUAN - bic.utm.my

59

Jadual 4.13: Analisis kehendak keselamatan kebakaran bangunan 4

Elemen Elemen Audit

Jumlah

Audit

Diperolehi

Keseluruhan

Nilai Audit

1. Sistem Pemadam Api Tetap - Hos Gelung

1.1 Kedudukan yang jelas dan mudah diakses. 12 12

1.2 Tidak dihalang dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 11 12

1.3 Muncung hos berada pada kedudukannya serta dalam

keadaan baik. 12 12

2. Sistem Penggera Kebakaran: 1 & 2 - Pengesan Api Automatik & Sistem Penggera Kebakaran

Elektrik Manual

2.1 Sistem pengesan dan penggera kebakaran yang menepati

piawaian dipasang. 40 40

2.2 Penggera kebakaran berfungsi dengan baik. 8 8

2.3 Penggera kebakaran diperiksa dan diselenggara mengikut

jadual. 8 8

3. Pencahayaan Kecemasan - Unit Titik Isyarat

3.1 Lampu dari jenis yang dibenarkan oleh JBPM. 16 16

3.2 Berada dalam keadan baik dan berfungsi dengan baik. 16 16

4. Sistem pemadam api mudah alih

4.1 Diletakkan pada tempat-tempat penting pada jalan keluar. 12 12

4.2 Mudah dilihat daripada semua arah 12 12

4.3 Dari jenis dan cara kendalian yang sama. 12 12

5. Tanda 'KELUAR'

5.1 Dapat dilihat dengan mudah dan tidak dilindungi 9 12

5.2 Terdapat anak panah yang menunjukkan arah menuju ke

pintu keluar yang terdekat 0 12

5.3 Tanda keluar diterangi berterusan sepanjang tempoh

pendudukan 0 12

5.4 Perkataan 'KELUAR' dengan huruf terang dan boleh

dibaca 9 12

6. Tangga

3.1 Mempunyai jalan keluar sekurang-kurangnya dua tangga

berasingan. 3 3

3.2 Lebar tangga dikekalkan keseluruhannya (m). 3 3

3.2 Tiada halangan pada laluan tangga. 3 3

Berdasarkan kepada analisis di atas, ketidakpatuhan bagi Bangunan 4

dicatatkan pada elemen hos gelung dengan satu unit hos gelung pada aras 4 telah

terhalang. Manakala bagi elemen tanda ‘KELUAR’, tidak terdapat lampu tanda

‘KELUAR’ pada aras satu bangunan asrama ini. Rajah 4.5 menunjukkan analisis

kehendak keselamatan kebakaran bagi Bangunan 4.

Page 74: PENGAKUAN - bic.utm.my

60

Rajah 4.5: Analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi bangunan 4

Lebih 60% ketidakpatuhan direkodkan bagi elemen lampu tanda ‘KELUAR’

pada bangunan 4. Ini kerana kesemua lampu tanda ‘KELUAR’ yang terdapat pada

bangunan ini tidak berfungsi, malah tiada sebarang tanda ‘KELUAR’ yang

diletakkan pada aras satu bangunan ini.

4.6.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

a) Kos Persediaan dan Tindak Balas

Jadual 4.14 menunjukkan analisis anggaran kos persediaan dan tindak balas

atau kos kehendak keselamatan kebakaran bagi Bangunan 4.

Jadual 4.14: Analisis anggaran kos kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 4

No. Elemen Kos Persediaan dan Tindak Balas Kuantiti Purata Harga

Seunit (RM)

Jumlah

Kos (RM)

1 Tanda 'KELUAR' 12 142.50 1710.00

Page 75: PENGAKUAN - bic.utm.my

61

Berdasarkan kepada analisis diatas, dianggarkan kos kehendak keselamatan

kebakaran bagi elemen lampu tanda ‘KELUAR’ bangunan 4 adalah RM 2976.00.

Anggaran kos adalah bagi lampu jenis LED.

4.7 Analisis Bangunan 5

Bangunan 5 adalah bangunan asrama empat tingkat yang mempunyai 32

bilik. Ia boleh menempatkan seramai 128 penghuni dalam satu masa. Walau

bagaimanapun, sebuah bilik dikosongkan dan disimpan untuk pelajar pasca siswazah.

4.7.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

i. Pengurusan

Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran bangunan 5

tidak menunjukkan sebarang perbezaan yang signifikan dengan empat bangunan lain

yang diperiksa, dengan hasil audit masih menunjukkan elemen kursus dan latihan

kepada kakitangan dan penilaian kemungkinan kebakaran direkodkan sebagai sifar.

Jadual 4.13 menunjukkan analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran bagi

Bangunan 5.

Page 76: PENGAKUAN - bic.utm.my

62

Jadual 4.15: Analisis pengurusan prosedur pencegahan kebakaran Bangunan 5

Bil. Elemen Audit Pengurusan Jumlah Audit

Diperolehi

1 Sistem pemadam kebakaran 1

2 Perkhimatan kecemasan. 1

3 Kursus dan latihan kepada kakitangan. 0

4 Penilaian kemungkinan kebakaran 0

5 Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran. 1

6 Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan

keselamatan kebakaran secara berkala. 1

7 Laporan dan penyimpanan rekod. 1

8 Komunikasi 1

a. Sistem pemadam kebakaran

Sistem pemadam kebakaran yang terdapat pada Bangunan 5 adalah sama

seperti empat bangunan asrama yang lain iaitu sistem hos gelung, penggera

kebakaran, pengesan asap yang diletakkan pada setiap bilik, dan sistem

pemadam api mudahalih.

b. Perkhidmatan kecemasan

Perkhidmatan kecemasan bagi Bangunan 5 terdiri daripada pasukan tindakan

kecemasan dan wakil pelajar yang dilantik iaitu MRC (Mahallah

Representative Committee) dan BRC (Block Represenatative Committee,

BRC).

c. Kursus dan latihan kepada kakitangan

Kursus dan latihan kepada kakitangan Bangunan 5 juga direkodkan sebagai

‘sifar’ kerana tiada kursus dan latihan diberikan dan latihan terkahir kepada

kakitangan adalah pada tahun 2015.

d. Penilaian kemungkinan kebakaran

Penilaian kemungkinan kebakaran bagi Bnagunan 5 dicatatkan sebagai ‘sifar’

kerana tiada rekod atau data yang menunjukkan atau dapat menyokong

bahawa aktiviti penilaian telah atau pernah dilakukan.

Page 77: PENGAKUAN - bic.utm.my

63

e. Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran

Penilaian terhadap keperluan peralatan keselamatan kebakaran bagi

Bangunan 5 dibuat oleh pihak keselamatan, kesihatan, dan alam bina

(OSHBE).

f. Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran secara

berkala

Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran bagi

Bangunan 5 dilakukan pada setiap bulan oleh pihak DBSB.

g. Laporan dan penyimpanan rekod

Laporan dan penyimpanan rekod dibuat oleh pihak DBSB dan kemudian

akan dihantar kepada pihak pengurusan bangunan asrama bagi tujuan

semakan dan rekod. Namun begitu, laporan penyelenggaraan dan

pemeriksaan bagi Bangunan 5 untuk tahun 2017 masih belum dihantar

kepada pihak pengurusan bangunan asrama.

h. Komunikasi

Medium komunikasi bagi Bangunan 5 wujud melalui notis atau pengumuman

melalui alat pembesar suara, dan penyediaan nombor telefon kecemasan yang

diletakkan pada aras satu bangunan.

ii. Kehendak Keselamatan Kebakaran

Hasil analisis kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 5 menunjukkan

enam unit hos gelung telah dihalang dan tidak dapat digunakan pada bila-bila masa.

Halangan dicatatkan pada aras dua hingga empat pada unit yang ketiga. Kedudukan

hos gelung telah dihalang oleh perletakkan tong sampah dan juga perkakasan

peralatan mencuci bangunan. Manakala, bagi elemen lampu tanda ‘KELUAR’,

ketidakpatuhan direkodkan sebagai sifar kerana ianya tidak bergungsi dengan baik

dengan lampu tanda ‘KELUAR’ tidak diterangi sepanjang tempoh pendudukan. pada

Jadual 4.16 menunjukkan analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi Bangunan

5.

Page 78: PENGAKUAN - bic.utm.my

64

Jadual 4.16: Analisis kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 5

Elemen Elemen Audit

Jumlah

Audit

Diperolehi

Keseluruhan

Nilai Audit

1. Sistem Pemadam Api Tetap - Hos Gelung

1.1 Kedudukan yang jelas dan mudah diakses. 12 12

1.2 Tidak dihalang dan boleh digunakan pada bila-bila masa. 6 12

1.3 Muncung hos berada pada kedudukannya serta dalam

keadaan baik. 12 12

2. Sistem Penggera Kebakaran: 1 & 2 - Pengesan Api Automatik & Sistem Penggera Kebakaran

Elektrik Manual

2.1 Sistem pengesan dan penggera kebakaran yang menepati

piawaian dipasang. 40 40

2.2 Penggera kebakaran berfungsi dengan baik. 8 8

2.3 Penggera kebakaran diperiksa dan diselenggara mengikut

jadual. 8 8

3. Pencahayaan Kecemasan - Unit Titik Isyarat

3.1 Lampu dari jenis yang dibenarkan oleh JBPM. 16 16

3.2 Berada dalam keadan baik dan berfungsi dengan baik. 16 16

4. Sistem pemadam api mudah alih

4.1 Diletakkan pada tempat-tempat penting pada jalan keluar. 12 12

4.2 Mudah dilihat daripada semua arah 12 12

4.3 Dari jenis dan cara kendalian yang sama. 12 12

5. Tanda 'KELUAR'

5.1 Dapat dilihat dengan mudah dan tidak dilindungi 12 12

5.2 Terdapat anak panah yang menunjukkan arah menuju ke

pintu keluar yang terdekat 12 12

5.3 Tanda keluar diterangi berterusan sepanjang tempoh

pendudukan 0 12

5.4 Perkataan 'KELUAR' dengan huruf terang dan boleh

dibaca 12 12

6. Tangga

3.1 Mempunyai jalan keluar sekurang-kurangnya dua tangga

berasingan. 3 3

3.2 Lebar tangga dikekalkan keseluruhannya (m). 3 3

3.2 Tiada halangan pada laluan tangga. 3 3

Sub-elemen 5.2 menunjukkan perbezaan yang paling signifikan diantara

kesemua bangunan yang diperiksa. Ini adalah kerana Jawatankuasa Perwakilan

Bangunan (BRC) telah mengambil inisiatif untuk meletakkan anak panah yang

menunjukkan arah menuju ke pintu keluar yang terdekat. Rajah 4.6 menunjukkan

analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi Bangunan 5.

Page 79: PENGAKUAN - bic.utm.my

65

Rajah 4.6: Analisis kehendak keselamatan kebakaran bagi Bangunan 5

Daripada keseluruhan penilaian yang dibuat bagi elemen hos gelung, 2.78%

ketidakpatuhan dicatatkan kerana ianya dihalang. Namun begitu, keseluruhan

pematuhan 62.50% dicatatkan bagi elemen lampu tanda ‘KELUAR’ berbanding

dengan empat bangunan lain adalah kerana inisiatif yang telah diambil oleh pihak

BRC dengan menyediakan anak panah untuk jalan keluar.

4.7.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

a) Kos Persediaan dan Tindak Balas

Jadual 4.17 menunjukkan analisis anggaran kos persediaan dan tindak balas

atau kos kehendak keselamatan kebakaran bagi Bangunan 5.

Jadual 4.17: Analisis anggaran kos kehendak keselamatan kebakaran Bangunan 5

No. Elemen Kos Persediaan dan Tindak Balas Kuantiti Purata Harga

Seunit (RM)

Jumlah

Kos (RM)

1 Tanda 'KELUAR' 12 142.50 1710.00

Berdasarkan kepada analisis yang dibuat, purata kos kehendak keselamatan

kebakaran bagi elemen lampu tanda ‘KELUAR’ Bangunan 5 adalah RM 1710.00.

Page 80: PENGAKUAN - bic.utm.my

66

4.8 Analisis Keseluruhan Bangunan

4.8.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

i. Pengurusan

Pada keseluruhannya, terdapat lapan elemen yang dinilai dalam aspek

pengurusan. Aspek tersebut adalah:

a. Sistem pemadam kebakaran

b. Perkhidmatan kecemasan

c. Kursus dan latihan kepada kakitangan

d. Penilaian kemungkinan kebakaran

e. Menilai keperluan peralatan keselamatan kebakaran

f. Penyelenggaraan dan pemeriksaan peralatan keselamatan kebakaran

secara berkala

g. Laporan dan penyimpanan rekod

h. Komunikasi

Berdasarkan kepada hasil audit yang dibuat keatas lima bangunan asrama

UIAM kampus Gombak dan Petaling Jaya, didapati bentuk pengurusan di kedua-dua

kampus menunjukkan pola yang sama. Rajah 4.7 menunjukkan hasil analisis

keseluruhan bangunan asrama dalam menilai tahap pematuhan prosedur pengurusan

keselamatan kebakaran di kampus Gombak dan Petaling Jaya.

Page 81: PENGAKUAN - bic.utm.my

67

Rajah 4.7: Analisis keseluruhan bangunan: Tahap pematuhan prosedur

keselamatan kebakaran (pengurusan)

Sebanyak 75% pematuhan dicatatkan bagi aspek pengurusan.

Walaubagaimanapun, terdapat 25% ketidakpatuhan yang direkodkan bagi elemen

kursus dan latihan kepada kakitangan dan penilaian kemungkinan kebakaran pada

kelima-lima bangunan asrama yang diperiksa. Data analisis menunjukkan kursus dan

latihan kepada kakitangan pengurusan asrama kali terakhir dibuat pada tahun 2015.

ii. Kehendak Keselamatan Kebakaran

Jadual 4.18 menunjukkan jumlah keseluruhan kehendak keselamatan

kebakaran yang terdapat pada lima bangunan asrama yang diperiksa.

Jadual 4.18: Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran

No. Elemen Audit Kuantiti

1 Sistem pemadam api tetap - hos gelung 72

2 Sistem penggera kebakaran 488

3 Pencahayaan kecemasan 118

4 Sistem pemadan api mudahalih 89

5 Lampu tanda 'KELUAR' 72

6 Tangga 18

Page 82: PENGAKUAN - bic.utm.my

68

i. Sistem pemadam api tetap - hos gelung

Rajah 4.8 menunjukkan analisis keseluruhan kehendak keselamatan

kebakaran bagi sistem pemadam api tetap – hos gelung.

Rajah 4.8: Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran:

sistem pemadam api tetap – hos gelung

Analisis keseluruhan bagi sistem pemadam api tetap – hos gelung

menunjukkan 26.29% ketidakpatuhan dicatatkan kerana terdapat halangan pada

sistem tersebut, manakala 36.11% lagi adalah kerana muncung hos gelung tidak

berada pada kedudukan baik.

ii. Sistem penggera kebakaran

Rajah 4.9 menunjukkan analisis keseluruhan kehendak keselamatan

kebakaran bagi sistem penggera kebakaran iaitu sistem pengesan api automatik dan

sistem penggera kebakaran elektrik manual.

Page 83: PENGAKUAN - bic.utm.my

69

Rajah 4.9: Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran:

sistem penggera kebakaran

Sistem penggera kebakaran terdiri daripada beberapa komponen iaitu panel

kawalan yang menunjukkan isyarat dan zon yang terlibat sekiranya berlaku

kebakaran, pengesan kebakaran iaitu dari jenis pengesan asap, dan loceng penggera.

Secara keseluruhannya, terdapat 440 unit pengesan asap dan 48 unit penggera. Hanya

75% pematuhan dicatatkan pada sub-elemen 2.3 iaitu untuk semua bangunan asrama

di kampus Gombak, manakala tiada rekod membuktikan penggera kebakaran

diperiksa dan diselenggara bagi kampus Petaling Jaya.

iii. Pencahayaan Kecemasan

Rajah 4.10 menunjukkan analisis keseluruhan kehendak keselamatan

kebakaran bagi sistem pencahayaan kecemasan.

Page 84: PENGAKUAN - bic.utm.my

70

Rajah 4.10: Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran:

pencahayaan kecemasan

Secara keseluruhannya terdapat sebanyak 118 unit pencahayaan kecemasan

yang diperiksa. Sebanyak 19.49% atau bersamaan dengan 23 unit pencahayaan

kecemasan dicatatkan sebagai tidak berada dalam keadaan baik dan tidak berfungsi

dengan baik. Ketidakpatuhan ini direkodkan pada bangunan 1.

iv. Sistem Pemadam Api Mudahalih

Sistem pemadam api mudahalih di kelima-lima bangunan asrama

mencatatkan pematuhan 100% bagi kesemua kriteria yang diperiksa. Ini kerana

sistem pemadam api mudahalih di kesemua bangunan diselenggara dan diperiksa

secara berkala oleh pihak DBSB.

v. Lampu Tanda ‘KELUAR”

Rajah 4.11 menunjukkan analisis keseluruhan kehendak keselamatan

kebakaran bagi lampu tanda ‘KELUAR’.

Page 85: PENGAKUAN - bic.utm.my

71

Rajah 4.11: Analisis keseluruhan kehendak keselamatan kebakaran:

lampu tanda ‘KELUAR’

Jumlah keseluruhan lampu tanda ‘KELUAR’ yang diperiksa adalah 72 unit.

Analisis menunjukkan lampu tanda ‘KELUAR’ pada semua bangunan yang

diperiksa adalah mudah dilihat serta tidak dilindungi. Ketidakpatuhan sebanyak

4.17% dicatatkan kerana tiada lampu tanda ‘KELUAR’ diletakkan pada aras satu

bangunan 4. Anak panah yang menujukkan arah jalan keluar terdekat hanya terdapat

pada bangunan 5 mewakili 16.67% pematuhan. 29.17% tanda keluar diterangi

berterusan sepanjang tempoh pendudukan direkodkan pada bangunan 2 dan satu unit

pada bangunan 1.

vi. Tangga

Jumlah keseluruhan tangga yang diperiksa adalah 18. Kesemua bangunan

mempunyai jalan keluar sekurang-kurangnya dua tangga berasingan, lebar tangga

yang dikekalkan keseluruhannya serta tidak terdapat halangan pada tangga di

keemua aras bangunan yang diperiksa.

Page 86: PENGAKUAN - bic.utm.my

72

4.8.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

Nilai purata kos terhadap kehendak keselamatan kebakaran diperolehi melalui

analisis kandungan dokumen sebut harga yang diperoleh dari enam buah syarikat

pengeluar barang keselamatan kebakaran. Jadual 4.19 menunjukkan analisis purata

kos bagi setiap keperluan kehendak keselamatan kebakaran yang terdapat di

bangunan asrama UIAM.

Jadual 4.19: Analisis purata kos bagi setiap kehendak keselamatan kebakaran

No. Kehendak Keselamatan Kebakaran

Purata

Harga Seunit

(RM)

1 Sistem Pemadam Api Tetap - Hos Gelung (30m) 525.56

2

Sistem penggera kebakaran: Pengesan Api Automatik &

Sistem Penggera Kebakaran Elektrik Manual

a. Loceng penggera 97.67

b. Pengesan asap 206.39

3 Pencahayaan kecemasan jenis LED 139.72

4

Sistem pemadan api mudahalih:

a. Jenis ABC 9kg Serbuk Kering 147.17

b. Jenis Carbon Dioxide (CO2) 195.50

5 Lampu tanda 'KELUAR' jenis LED 142.50

Jadual 4.20 pula menunjukkan analisis keseluruhan kos terhadap pematuhan

prosedur keselamatan kebakaran bagi aspek kehendak keselamatan kebakaran untuk

bangunan asrama UIAM. Kos terhadap pematuhan prosedur keselamatan kebakaran

adalah kos bagi persediaan dan tindak balas.

Page 87: PENGAKUAN - bic.utm.my

73

Jadual 4.20: Analisis keseluruhan kos terhadap pematuhan prosedur keselamatan

kebakaran untuk bangunan asrama UIAM

Bilangan Kuantiti Yang Diperlukan

Bagi Setiap Bangunan

Elemen

Purata

Harga

Seunit (RM)

1 2 3 4 5 Anggaran

Kos (RM)

Sistem pemadam api

tetap - hos gelung - - - - -

Sistem penggera

kebakaran: Sistem

penggera kebakaran

elektrik manual

97.67 4 - - - - 380.68

Pencahayaan kecemasan

jenis LED 139.72 23 - - - - 3213.56

Sistem pemadan api

mudahalih - - - - -

Lampu tanda 'KELUAR' 142.50 15 - 12 12 12 7267.50

Tangga - - - - -

Anggaran Jumlah Keseluruhan 10, 861.74

Berdasarkan kepada analisis yang dibuat, bangunan 1 menunjukkan

penglibatan kos pematuhan yang paling tinggi dengan anggaran jumlah keseluruhan

adalah sebanyak RM 7267.50. Elemen lampu tanda ‘KELUAR’ menunjukkan

penglibatan kos yang paling signifikan untuk 51 unit lampu tanda ‘KELUAR”

dengan kos RM 10, 861.74 yang menyumbang sebanyak 66.91% daripada anggaran

kos pematuhan keseluruhan.

4.9 Rumusan Bab

Analisis data menunjukkan terdapat prosedur pengurusan keselamatan

kebakaran serta inisiatif yang diambil oleh pihak pengurusan bangunan asrama

UIAM dalam memastikan keselamatan serta menjaga kepentingan para penghuni

asrama. Pola pengurusan dan kehedak keselamatan di kedua-dua kampus bangunan

asrama UIAM juga adalah sama. Anggaran kos pengurusan prosedur keselamatan

kebakaran tidak dapat ditentukan, serta terdapat aktiviti pengurusan yang tidak

melibatkan kos. Walaubagaimanapun, anggaran kos pematuhan prosedur

Page 88: PENGAKUAN - bic.utm.my

74

keselamatan kebakaran bagi kehendak keselamatan kebakaran dapat ditentukan yang

diperolehi melalui kiraan nilai purata. Menerusi analisis yang dibuat, terdapat

beberapa faktor yang dikenal pasti menghalang pihak pengurusan bangunan asrama

untuk terus menyediakan perkhidmatan keselamatan kebakaran secara konsisten.

Dalam memastikan pengurusan prosedur pencegahan kebakaran berjalan dengan

baik, komitmen pihak pengurusan asrama khususnya pihak pengurusan UIAM

adalah amat dituntut. Biarpun mengakui bahawa faktor kewangan banyak

mempengaruhi kelancaran pengurusan keselamatan kebakaran di bangunan asrama

UIAM, namun kesedaran tentang kepentingan pengurusan keselamatan kebakaran

yang baik di setiap bangunan asrama dapat memberi kebaikan seterusnya

menyelamatkan banyak nyawa.

Page 89: PENGAKUAN - bic.utm.my

75

BAB 5

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab 5 adalah merupakan bab terakhir dalam penulisan ini. Bab ini akan

membincangkan hasil-hasil penemuan kajian melalui analisis yang dibuat bagi

menetukan semua objketif kajian telah dicapai. Selain itu, ianya turut meliputi

tentang cadangan kajian lanjutan, limitasi kajian serta isu yang diahadapi dalam

usaha melaksanakan kajian ini. Pendapat serta kesimpulan kajian ini akan

diterangkan lanjut setelah perbincangan dilakukan.

Page 90: PENGAKUAN - bic.utm.my

76

5.2 Kesimpulan

Terdapat dua objektif utama kajian ini yang dibentuk pada peringkat awal

kajian. Ibjektif-objektif ini telah dinyatakan pada Bab 1 penulisan ini. Hasil

penemuan kajian bagi kedua-dua objektif dinyatakan seperti berikut:

5.2.1 Tahap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

Setiap bangunan asrama telah diperuntukkan supaya mempunyai pelan

pengurusan kebakaran serta kehendak keselamatan kebakaran seperti yang telah

ditetapkan oleh JBPM dan UKBS 1984. Walaubagaimanapun, masih terdapat isu-isu

kebakaran yang berlaku pada bangunan asrama yang mengakibatkan kerosakan harta

benda, kecederaan, dan kemalangan jiwa.

i. Pengurusan

Setiap bangunan asrama yang diperiksa dilengkapi dengan sistem pemadam

kebakaran yang sama dan melalui rutin pemeriksaan dan penyelenggaraan yang

sama, yang dilakukan secara berkala pada setiap bulan oleh pihak DBSB. Penilaian

keperluan peralatan keselamtan kebakaran bagi etiap bangunan asrama yang

diperiksa dibuat dengan merujuak kepada beberapa dokumen seperti Akta

Perkhidmatan Bomba 1988, Undang-Undang Kecil Bangunan (UKBS) 1984, dan

Majlis Keselamatan Negara (MKN) Arahan No. 2.Malah semua bangunan asrama

yag diperiksa turut mempunyai sistem perkhidmatan kecemasan serta kaedah

komunikasi yang sama. Ini jelas menunjukkan suatu keseragaman dalam bentuk

pengurusan keselamatan kebakaran bagi bangunan asrama di UIAM. Kaedah

pengurusan yang diaplikasi adalah sama kepada setiap bangunan sama ada bagi

bangunan milik persendirian atau bangunan asrama yang disewa.

Page 91: PENGAKUAN - bic.utm.my

77

Namun begitu, terdapat dua elemen lain yang perlu diberikan perhatian serius

dan penambahbaikan iaitu bagi aspek latihan dan kursus kepada kakitangan dan

penilaian kemungkinan kebakaran. Kedua-dua elemen ini menunjukkan pola

pengurusan yang sama iaitu latihan dan kursus kepada kakitangan yang terkahir

direkodkan pada tahun 2015, manakala tiada sebarang rekod atau data yang

menunjukkan bahawa penilaian kemungkinan kebakaran pernah atau telah dibuat

terhadap kesemua bangunan asrama yang diperiksa. Elemen-elemen ini adalah

penting dan saling bersangkutan bagi menjamin kelangsungan pengurusan prosedur

keselamatan kebakaran di bangunan asrama khususnya di UIAM.

ii. Kehendak Keselamatan Kebakaran

Setiap bangunan asrama dilengkapi dengan sistem hos gelung yang

diletakkan pada tempat yang mudah dilihat seperti di ruang legar dan di dalam bilik

bantu mula dan pancur basah. Bangunan asrama di kampus Gombak dan Petaling

Jaya dipasang dengan sistem penggera kebakaran konvensional yang dilengkapi

dengan komponen pengesan kebakaran jenis pengesan asap yang diletakkan pada

setiap bilik dan loceng penggera. Bagi elemen pencahayaan kecemasan, setiap

bangunan asrama di kampus Gombak dan Petaling Jaya dilengkapi dengan lampu

kecemasan dari jenis LED dan yang dibenarkan oleh pihak JBPM. Terdapat dua jenis

sistem pemadam api mudahalih yang digunakan dalam bangunan asrama UIAM iaitu

jenis 9 kg ABC Serbuk Kering dan jenis Carbon Dioxide (CO2). Selain itu, bagi

elemen lampu tanda ‘KELUAR’, ianya diletakkan pada kedudukan yang jelas dan

mudah dilihat iaitu pada setiap jalan keluar, namun hampir 80% dari keseluruhan

lampu tanda keluar adalah tidak berfungsi dan perlu diganti. Malahan tiada tanda

‘KELUAR’ diletakkan pada aras satu bangunan 4. Elemen terkahir kehendak

keselamatan kebakaran yang diperiksa adalah tangga, dengan hasil pemeriksaan

mendapati ebar laluan tangga pada semua bangunan asrama dikekalkan

keseluruhannya dan tiada halangan pada keseluruhan laluan tangga yang diperiksa.

Page 92: PENGAKUAN - bic.utm.my

78

5.2.2 Kos Terhadap Pematuhan Prosedur Keselamatan Kebakaran

Bagi memastikan pematuhan prosedur keselamatan kebakaran berada pada

tahap terbaik, kakitangan pengurusan asrama perlu diberi latihan dan kursus tentang

peranan, cara mengendalikan peralatan kebakaran serta tindak balas mereka ketika

berlaku kebakaran. Dengan latihan dan kursus terakhir adalah pada tahun 2015, ianya

menunjukkan berlaku ketirisan dalam pengendalian pengurusan prosedur

keselamatan kebakaran di bangunan asrama UIAM. Difahamkan, pihak pengurusan

asrama berdepan dengan kekangan kewangan dimana ianya jelas berada di luar

kawalan mereka. Tiada sebarang kos langsung atau tidak langsung dapat dikenalpasti

dalam aspek pengurusan, malah terdapat beberapa elemen pengurusan yang

dimaklumkan tidak melibatkan kos. Jadual 4.21 menunjukkan analisis keseluruhan

kos diperlukan bagi setiap bangunan asrama dan anggaran keseluruhan kos mengikut

elemen.

Jadual 4.21: Analisis jumlah anggaran kos mengikut elemen dan jumlah anggaran

kos bagi setiap bangunan

Elemen

Bangunan Jumlah

Anggaran

Kos / Elemen 1 2 3 4 5

Sistem Pemadam Api

Tetap - Hos Gelung (30m) - - - - - -

Sistem penggera

kebakaran: Pengesan Api

Automatik & Sistem

Penggera Kebakaran

Elektrik Manual

390.68 - - - - 390.68

Pencahayaan kecemasan

jenis LED 3213.56 - - - - 3213.56

Sistem pemadan api

mudahalih: - - - - - -

Lampu tanda 'KELUAR'

jenis LED 2137.50 - 1710.00 1710.00 1710.00 7267.50

Jumlah Anggaran Kos /

Bangunan 5741.74

1710.00 1710.00 1710.00

Page 93: PENGAKUAN - bic.utm.my

79

Berdasarkan kepada Jadual 4.21, didapati bahawa Bangunan 1 menunjukkan

keperluan kos yang paling tinggi dengan anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak

RM 5741.74. Kos-kos terbabit meliputi kos sistem penggera kebakaran iaitu loceng

penggera, pencahayaan kecemasan jenis LED, dan lampu tanda ‘KELUAR’.

Bangunan 3, 4 dan 5 menunjukkan keperluan kos yang sama iaitu sebanyak

RM 1710.00 bagi elemen yang sama. Hanya Bangunan 2 yang tidak mencatatkan

sebarang keperluan kos persediaan dan tindak balas yang terlibat kerana hampir

keseluruhan kemudahan kehendak keselamatan kebakaran yang terdapat pada

Bangunan 2 berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada ianya diperlukan.

Elemen lampu tanda ‘KELUAR’ menunjukkan keperluan kos yang paling

signifikan berbanding elemen-elemen lain. Keseluruhan kos yang bernilai RM

7267.50 meliputi sejumlah 51 unit lampu tanda ‘KELUAR’ yang perlu diganti, 24

pencahayaan kecemasan jenis LED dengan anggaran kos terlibat RM 3213.56 serta 4

unit loceng penggera untuk Bangunan 1 dengan anggaran kos sebanyak RM 360.68.

Nilai keseluruhan kos yang diperlukan bagi tujuan menambah baik kemudahan

peralatan kehendak keselamatan kebakaran di asrama yang terlibat adalah sebanyak

RM 10841.74.

Pengurusan prosedur keselamatan kebakaran dan keperluan kehendak

keselamatan kebakaran perlu bergerak seiring dalam memastikan pengurusan

prosedur keselamatan berada pada tahap terbaik dan sedia untuk digunakan pada

bila-bila masa. Faktor-faktor tersebut merumuskan bahawa keperluan kos terhadap

elemen pengurusan dan kehendak keselamatan kebakaran dilihat amat penting dan

menjadi tanggungjawab pihak UIAM untuk terus komited dalam menjaga

keselamatan penghuni asrama.

Page 94: PENGAKUAN - bic.utm.my

80

5.3 Cadangan Kajian Lanjutan

Cadangan kajian lanjutan dibuat kerana timbul beberapa limitasi serta hasil

kajian ini menimbulkan beberapa persoalan baru yang perlu diambil kira dalam

kajian lanjutan. Bagi tujuan kajian lanjutan, cadangan berikut mungkin boleh dilihat

bagi memenuhi kekurangan dalam penulisan kajian ini:

i. Mengenal pasti bagaimana maklumat tentang prosedur keselamatan

kebkaran disampaikan kepada penghuni asrama. Ini akan memberikan

gambaran sebenar bentuk komunikasi yang wujud di antaara pihak

pengurusan asrama dan penghuni asrama.

ii. Mengenal pasti keberkesanan medium komunikasi yang digunakan dalam

menyampaikan maklumat tentang prosedur keselamatan kebakaran

melalui kajian soal selidik terhadap penghuni asrama. Ia memberikan

gambaran tentang keadaan sebenar yang berlaku dan kualiti maklumbalas

yang diterima dari responden juga adalah lebih tepat.

Page 95: PENGAKUAN - bic.utm.my

81

RUJUKAN

Akta 341. Akta Perkhidmatan Bomba 1988. 2009.

Alan Porter (1990). Management of Fire Safety. Property Management. 8(2), 154-

158.

Andrew Furness dan Martin Muckett (2007). Introduction to Fire Safety

Bangunan Dalam Menghadapi Situasi Kebakaran Kajian Kes: Menara Ansar,

Johor Bhahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Sains

(Pengurusan Fasiliti).

Chandrakantan Subramaniam (2004). Human Factors Influencing Fire Safety

Measures. Disaster Prevention and Management: An International Journal.

(Iss 2), 110-116.

Chandrakantan Subramaniam dan Md Lazim Mohd Zin (2013). Hubungan Amalan

Pengurusan Keselamatan dengan Pematuhan Keselamatan Pekerjaan di

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jurnal Pengurusan. 37, 133-142.

Department of Standards Malaysia. Draft Malaysian Standard. Fire Safety in the

Design, Management, and Use of Buildings – Code of Practice (First

Revision). 2014.

Derek J. Howarth dan Chakib Kara-Zaiti (1999). Fire Safety Management at

Passenger Terminals. Disaster Prevention and Management. An Internatioanl

Journal. 8(5), 362-369.

Francis Vorheis (2012). The Economics of Investing in Disaster Risk Reduction.

Educational Building. School of Housing, Building and Planning,

Page 96: PENGAKUAN - bic.utm.my

82

Existing Buildings. Structural Survey. 16(Iss 4), 209-217.

Fire and Rescue Department Malaysia. Safety Against Fire in Buildings. 2006.

Fire Management Working Paper FM17E. FAO, Rome, Italy.

Fire Management: Voluntary Guildeline. Principles and Strategic Actions (2006).

Fire. Property Management. 4(4), 309-314.

G. Ramachandran (1999). Fire Safety Management and Risk Assessment. Facilities.

17 (Iss 9/10), 363-377.

H.H. Wu (2003). Fire Safety Engineering in A Hotel. International Journal on

Engineering Performance-Based Fire Codes. 5(4), 189-193.

Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan).

Kofi Agyekum, Joshua Ayarkwa dan Peter Amoah (2016). Challenges to Fire

Safety Management in Multi-Storey Students’ Hostels. Modern Management

Science and Engineering. (4/1), 53-61.

M. N. Ibrahim, K. Abdul-Hamid, M. S. Ibrahim, A. Mohd Din, R.M. Yunus dan M.

R. Yahya (2011). The Development of Fire Risk Assessment Method for

Heritage Building. The 2nd International Building Control Conference. (20),

317-324.

Martin Jarrett FRICS MACostE (1986). Reducing The Risk of Financial Loss From

Fire. Property Management. 4(4), 309-314.

Mark Goodchild, Kel Sanderson, Jason Leung-Wai dan Dr. Ganesh Nana (2005).

The Cost of Managing the Risk of Fire in New Zealand. New Zealand Fire

Service Commission Research Report Number 53

Muizz o. Sanni-Anibire dan Mohammad A. Hassanain, (2015). An Integrated Fire

Safety Assessment of a Student Housing Facility. Structural Survey. (Iss 4/5),

354-371.

Page 97: PENGAKUAN - bic.utm.my

83

N. Nadzim dan M. Taib (2014). Appraisal of Fire Safety Management Systems at

Educational Building. School of Housing, Building and Planning,

Universiti Sains Malaysia. SHS Web of Conferences. 05-10 November, 1-7.

Nawal Bt. Hj Mohd Khudzairi (2007). Sikap dan Tindakbalas Penghuni

Bangunan Dalam Menghadapi Situasi Kebakaran Kajian Kes: Menara Ansar,

Johor Bhahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Ijazah Sarjana Sains

(Pengurusan Fasiliti).

Ooi Peih SHIA dan Md Azree Othuman MYDIN (2012). An Assessment of Building

System and Active Fire Protection System in Administrstive Building.

4(ISSN 2067-3809), 47-50.

P. Hadley (1992). Optimising Recovery from Flood and Fire. Property

Management. 10 (Iss 4), 348-353.

Prashant A/L Tharmarajan (2007). The Essential Aspects of Fire Safety

Management in High-Rise Building. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis

Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pembinaan).

Robert Greenfield (2016). Managing Fire Safety. British Institute of Facilities

Management (BIFM). Hertfordshire, UK.

S.M. LoW.Y. Cheng (2003). Issues of Site Inspections for Fire Safety Ranking of

Multi-Storey Building. Structural Survey. 21 (Iss 2), 79-86.

Siu Ming Lo (1998). A Building Safety Inspection System for Fire Safety Issues in

Existing Buildings. Structural Survey. 16(Iss 4), 209-217.

W.K. Chow (2001). Review On Fire Safety Management And Application To Hong

Kong. International Journal on Engineering Performance-Based on Fire

Codes. 3(1), 52-58.

Page 98: PENGAKUAN - bic.utm.my

84

Woon Chin Ong dan Mohd Zailan Suleiman (2014). Problems In Implementation of

Fire Safety Management in Malaysia Government Hospital. School of

Housing, Building and Planning, Universiti Sains Malaysia. AENSI Journals.

9(4), 47-50.