persepsi pelajar ipta terhadap ngo islam dalam … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh...

28
PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM AKTIVITI KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA ALINA WARDATI BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vumien

Post on 01-May-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM AKTIVITI

KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA

ALINA WARDATI BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan
Page 3: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan
Page 4: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM AKTIVITI

KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA

ALINA WARDATI BINTI ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan
Page 6: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya

padaMu Ya Allah. Cukup Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terhingga Selawat dan Salam ke atas

junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

.

Untaian Kasih DAN Cinta buat Ayahandaku Ismail Bin Chia’a dan bondaku Fatimah Binti

Awang Draman, Nasihatmu sungguh bermakna bagiku, tidak pernah serik Mengenalkanku erti

kehidupan. InsyaAllah, selagi nafasku masih berbaki, Jasa dan Pengorbanan kalian sentiasa

meniti dalam doa kudusku setiap masa.

Secangkir Tanda Ingatan Dan Penghargaan Kepada Kakanda dan Juga Adinda Yang

Sentiasa Memberi Suntikan Semangat Kepadaku Untuk Meneruskan Perjuangan Ini...

Kakanda Rohani, Che Kamariah & Siti Nor Aziah,

Kakanda Mohd Jusoh & Mohd Noor, dan Adinda Mimi Nor Asmida

Semoga Kalian di Rahmati Allah Selalu... Tidak lupa juga ahli keluargaku yang lain, terima kasih

atas keprihatinan dan kasih sayang yang terpatri selama ini dan selamanya.

Warga pendidik (terutama ayahanda Ahmad Puhad Alim) Lautan ilmu ini membuatkan daku

tenggelam asyik dalam mengenali Sang Pencipta RabbulA’lamin. Daku akan sematkan segala

mutiara ilmu yang telah kalian curahkan buat pedoman meniti hidup ini.

Sahabat, Tawa riangmu menghiburkan hatiku, kenangan bermuhajadah selama bergelumang di

lautan ilmu ini adalah antara kenangan terindah yang pernah terakam dalam bait memori hidupku,

panjang umur, kita berjumpa lagi. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kalian.

Untuk diriku yang serba Dha’if, Jadikan AL QURAN sebagai teman sejati, ZIKRULLAH

sebagai penghibur hati, SOLAT sebagai pendinding diri dan TAQWA menjadi baja dalam

taman hati.

- Amin –

Page 7: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T, tuhan yang mentadbir

sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia

dan hidayah darinya dapat saya menyiap dan menyempurnakan laporan Projek Sarjana

Muda (PSM) ini.

Jutaaan penghargaan diucapkan kepada Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku

penyelia dan penasihat akademik yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat,

buah fikiran serta kata-kata semangat dalam usaha menyiapkan laporan ini. Jutaan

terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam (FTI) di atas tunjuk

ajar yang diberikan membantu melengkapkan lagi Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan khas buat ayahandaku Ismail Bin Chia’a

dan bondaku Fatimah Binti Awang Draman, jasa dan pengorbanan yang ditaburkan

kalian sentiasa meniti dalam doa kudusku setiap masa, dan tidak lupa juga kepada

seluruh anggota keluarga yang telah memberikan sepenuh sokongan dan dorongan

dalam segala kerja yang dilakukan.

Syukran jazilan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan

sentiasa sabar dengan kerenahku dalam proses menyiapkan laporan ini.

Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian

seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan suatu tinjauan umum berkenaan persepsi pelajar IPTA

terhadap NGO Islam dalam aktiviti kemasyarakatan.Tinjauan ini juga bertujuan untuk

mendapat maklum balas mengenai persepsi pelajar IPTA terhadap penglibatan NGO

Islam dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia, pengetahuan pelajar IPTA terhadap

aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA

untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam. Sampel

kajian ini terdiri daripada keseluruhan populasi dalam kursus Sarjana Muda Sains Serta

Pendidikan (Pengajian Islam), tahun tiga dan empat iaitu seramai 103. Set soal selidik

mengandungi 42 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif

untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS) 14.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan

soal selidik ialah α = 0.9450. Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi

menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji

iaitu dengan min berjumlah 4.07. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa

cadangan kepada pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk

penyelidikan pada masa akan datang.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

vi

ABSTRACT

This study was general survey of IPTA's students perception on Muslims NGOs in

community activities. Hence, the aims of this study was to determine IPTA’s students

perception about Muslims NGOs involvement in community activities in Malaysia,

IPTA’s students knowledge on community activities and also IPTA’s students

awareness to involve in community activities organized by Muslims NGOs. The sample

of this study consist entire population of Bachelor of Science with Education (Islamic

Studies), third and fourth year student totally 103. A set of questionnaire which is

consist of 42 elements were distributed to respondents and has been analyzed

descriptively to get the number of frequency, percentage and mean by using the

Statistical Package For Social Science (SPSS) 14.0 for Windows software. The

reliability value of the pilot study is = 0.9450. The overall, outcome of the study

showed that respondents gave a positive respond and perception to the aspects of study

with a mean of 4.07. At the end of the study, the researcher has proposed several

suggestions to the related parties. Researcher concluded by providing a few

recommendations for further study.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 10

Page 11: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

viii

1.7 Batasan dan Skop Kajian 11

1.8 Definisi Istilah 11

1.9 Kesimpulan 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sejarah NGO Islam 16

2.3 Peranan NGO Islam dalam Kalangan Masyarakat 17

2.4 Pertubuhan NGO Islam di Malaysia 19

2.4.1 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) 20

2.4.2 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 20

2.4.3 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) 21

2.4.4 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 21

2.4.5 Yayasan Amal Malaysia (AMAL) 22

2.4.6 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 23

2.4.7 Pertubuhan Belia 23

2.4.8 Nisa Malaysia 24

2.5 Tuntutan Berjemaah 25

2.6 Tuntutan Berlumba-lumba Melaksanakan Kebajikan 27

2.6.1 Perlaksanaan Amalan Kebajikan 28

2.6.1.1 Bekerja Bersungguh-sungguh 30

2.6.1.2 Menghargai Dan Bijak Mengurus Masa 31

2.6.1.3 Sanggup Berkorban Masa, Tenaga

dan Harta benda 32

2.6.1.4 Jujur dan Ikhlas 33

2.6.1.5 Pro Aktif dan Positif 34

2.6.1.6 Semangat Kerja Berpasukan 35

2.6.1.7 Muhasabah Diri 36

2.7 Fokus NGO Islam dalam Kalangan Masyarakat 37

2.7.1 Kanak-kanak 38

2.7.2 Remaja 38

Page 12: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

ix

2.7.3 Pesalah sosial/Penjenayah dan

Mangsa penjenayah 39

2.7.4 Orang kurang Upaya (OKU) 39

2.7.5 Golongan miskin 40

2.7.6 Wanita 40

2.7.7 Warga tua 40

2.7.8 Pesakit melarat 41

2.7.9 Keluarga 41

2.7.10 Suku kaum 42

2.7.11 Penagih dadah 42

2.7.12 Mangsa bencana 43

2.8 Aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan Di Malaysia 43

2.8.1 Khidmat Masyarakat 44

2.9 Cabaran NGO Islam Masa Kini 46

2.10 Kajian Lepas 48

2.11 Kesimpulan 50

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 51

3.2 Rekabentuk Kajian 51

3.3 Tempat Kajian 52

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 53

3.5 Instrumen Kajian 54

3.5.1 Pengumpulan Data Primer 54

3.5.1.1 Soal Selidik 54

3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 56

3.6 Prosedur Kajian 57

3.6.1 Kajian Rintis 57

3.6.2 Kajian Sebenar 58

3.7 Analisis Data 59

3.8 Kesimpulan 60

Page 13: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

x

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 61

4.2 Data 62

4.3 Analisis Data Bahagian A 62

4.3.1 Umur Responden 63

4.3.2 Tahun Pengajian Responden 63

4.3.3 Pendaftaran Responden Dengan NGO Islam 64

4.3.4 Penyertaan Responden Dalam Aktiviti

Kemasyarakatan Anjuran NGO Islam 65

4.3.5 Bilangan Tahun 66

4.4 Analisis Data Bahagian B, C Dan D 67

4.4.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar

IPTA Terhadap Penglibatan NGO Islam

Dalam Aktiviti Kemasyarakatan di Malaysia 67

4.4.2 Analisis Data Mengenai Pengetahuan Pelajar

IPTA Terhadap Aktiviti Kemasyarakatan Yang

Dianjurkan Oleh NGO Islam 74

4.4.3 Analisis Data Mengenai Kesedaran Pelajar

IPTA Untuk Terlibat Dalam Aktiviti

Kemasyarakatan Yang Dianjurkan Oleh

NGO Islam 79

4.5 Rumusan Min Dapatan Kajian 87

4.5.1 Mengenalpasti Persepsi Pelajar IPTA Terhadap

Penglibatan NGO Islam Dalam Aktiviti

Kemasyarakatan di Malaysia 87

4.5.2 Mengenalpasti Pengetahuan Pelajar IPTA

Terhadap Aktiviti Kemasyarakatan Yang

Dianjurkan Oleh NGO Islam 89

4.5.3 Mengenalpasti Kesedaran Pelajar IPTA

Untuk Terlibat Dalam Aktiviti Kemasyarakatan

Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 90

4.6 Kesimpulan 92

Page 14: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

xi

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 93

5.2 Perbincangan 94

5.2.1 Perbincangan Maklumat Latar Belakang

Responden 94

5.2.2 Perbincangan Bahagian B,C Dan D 96

5.2.2.1 Persepsi Pelajar IPTA Terhadap

NGO Islam Dalam Aktiviti

Kemasyarakatan di Malaysia 96

5.2.2.2 Pengetahuan Pelajar IPTA

Terhadap Aktiviti Kemasyarakatan

Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 99

5.2.2.3 Kesedaran Pelajar IPTA Untuk Terlibat

Dalam Aktiviti Kemasyarakatan

Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 100

5.3 Rumusan 102

5.4 Cadangan 105

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 107

5.6 Kesimpulan 108

BIBLIOGRAFI 109

LAMPIRAN 113

Page 15: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Pengkelasan Skala Likert 56

3.2 Agihan soalan mengikut klasifikasi persoalan kajian 56

3.3 Nilai skor min 59

3.4 Perubahan Lima Skala Likert Kepada Dua Peringkat 59

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 63

4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 64

4.3 Taburan Mengikut Pernahkah Responden Mendaftarkan

Diri Dengan Mana-Mana NGO Islam 64

4.4 Taburan Responden Yang Pernah Menyertai Aktiviti

Kemasyarakatan Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 65

4.5 Taburan Bilangan Tahun Responden Terlibat Dalam

Aktiviti Anjuran NGO Islam 66

4.6 Taburan Skor Min Bagi Item Satu 67

4.7 Taburan Skor Min Bagi Item Dua 68

4.8 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga 68

4.9 Taburan Skor Min Bagi Item Empat 69

4.10 Taburan Skor Min Bagi Item Lima 69

4.11 Taburan Skor Min Bagi Item Enam 69

4.12 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh 70

4.13 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan 70

4.14 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan 71

4.15 Taburan Skor Min Bagi Item Sepuluh 71

4.16 Taburan Skor Min Bagi Item Sebelas 71

4.17 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Belas 72

Page 16: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

xiii

4.18 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Belas 72

4.19 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Belas 73

4.20 Taburan Skor Min Bagi Item Lima Belas 73

4.21 Taburan Skor Min Bagi Item Enam Belas 74

4.22 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh Belas 74

4.23 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan Belas 75

4.24 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan Belas 75

4.25 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh 76

4.26 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Satu 76

4.27 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Dua 77

4.28 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tiga 77

4.29 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Empat 78

4.30 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Lima 78

4.31 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Enam 79

4.32 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tujuh 79

4.33 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh lapan 80

4.34 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Sembilan 80

4.35 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh 81

4.36 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Satu 81

4.37 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Dua 82

4.38 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Tiga 82

4.39 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Empat 83

4.40 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Lima 83

4.41 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Enam 83

4.42 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Tujuh 84

4.43 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Lapan 84

4.44 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Sembilan 85

4.45 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Puluh 85

4.46 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Puluh Satu 86

4.47 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Puluh Dua 86

4.48 Rumusan Dapatan Kajian Persepsi Pelajar IPTA

Terhadap Penglibatan NGO Islam Dalam Aktiviti

Page 17: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

xiv

Kemasyarakatan di Malaysia 87

4.49 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Pengetahuan

Pelajar IPTA Terhadap Aktiviti Kemasyarakatan

Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 89

4.50 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Kesedaran Pelajar

IPTA Untuk Terlibat Dalam Aktiviti Kemasyarakatan

Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 90

Page 18: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

xv

SENARAI SINGKATAN

NGO - Non-Government Organisation

S.W.T - Subhanahu Wa Taala

s.a.w - Sallahualaihi Wasallam

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPI - Sarjana Pengajian Islam

SPACE - School Of Professional And Continuing Education

LKPI - Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu

UMNO - United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan

Melayu Bersatu)

PPI - Pergerakan Puteri Islam

PAS - Parti Islam Semalaya

PERKIM - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia

JIM - Jamaah Islah Malaysia

PUM - Persatuan Ulama Malaysia

OKU - Orang Kurang Upaya

YADIM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia

AMAL - Yayasan Amal Malaysia

PKPIM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia

PPIM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia

N - Jumlah Responden (Sampel)

Page 19: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

xvi

SPSS - Statistical Package for the Sosial Sciences

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

Mohd - Mohammad

Abd - Abdul

Page 20: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Istilah NGO Islam merupakan suatu istilah yang tidak asing lagi di kalangan

masyarakat pada hari ini. Ini kerana, NGO Islam merupakan suatu pertubuhan yang

berfungsi dalam memberi penekanan kepada aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan

Islam secara menyeluruh di samping mengerakkan aktiviti secara sukarela, yang bersifat

khidmat sosial sekaligus menjadi pembela kepada masyarakat yang memerlukan

sokongan dari semua aspek kehidupan. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam ayat

berikut :

Page 21: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

2

Maksudnya : “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat

kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada

melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada

Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi

sesiapa yang melanggar perintahNya).”

(al-Ma‟idah : 2)

Pertubuhan bukan kerajaan atau dalam bahasa Inggerisnya Non-Governmental

Organisation (NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau

pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana

kerajaan. Secara amnya, NGO ialah badan bukan kerajaan sama ada yang menggunakan

label „Islam‟ dalam namanya ataupun istilah-istilah lain yang berkaitan dengan Islam.

Namun apa yang lebih utama dan pasti, sesuatu NGO itu dikategorikan sebagai NGO

Islam berdasarkan kepada matlamat dan tujuan penubuhannya. Ini termasuklah visi,

misi, objektif, kaedah pelaksanaan dan budaya yang diamalkan dalam pertubuhan

tersebut mestilah selari dengan tuntutan ajaran Islam yang sebenar.

NGO Islam berperanan memberi penekanan kepada kegiatan yang memberi

fokus kepada isu kebajikan, pendidikan, ekonomi, sosial, penghayatan nilai murni Islam

secara menyeluruh dan seterusnya dalam aspek pembangunan kemasyarakatan dan

kebajikan sosial (Zulkiple Abd. Ghani et al, 2005:255). Peranan gerakan dan

pertubuhan-pertubuhan sukarela dalam pembangunan negara amat penting. Mereka

menyediakan peluang untuk rakyat terlibat secara langsung dalam pembangunan

tersebut, di samping menyumbang kearah pembangunan demokrasi dan keadilan sosial

dalam kehidupan bermasyarakat.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk yang yang beragama

Islam, aktiviti kemasyarakatan menjadi satu amalan yang sangat penting dan ia

dijalankan oleh pelbagai pihak samada diperingkat individu dan persendirian mahupun

berkumpulan dan di peringkat kerajaan.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Sumbangan NGO Islam dalam pembangunan Islam di Malaysia memang tidak

dapat disangkal selain menjadi golongan yang memeriahkan lagi usaha kerajaan dalam

membangunkan Islam di Malaysia. Pada hari ini pembangunan Islam merupakan agenda

utama kepada setiap gerakan atau pertubuhan sukarela yang memperjuangkan Islam

sebagai matlamat.

Dunia pada hari ini sedang menghadapi perubahan yang drastik untuk menuju ke

alaf baru. Banyak perubahan sedang berlaku dan memberi kesan kepada cara hidup,

sosioekonomi, sistem kepercayaan, nilai dan moral masyarakat. Keruntuhan nilai sosial

di kalangan masyarakat mula menular pada awal 1960an namun tahap peningkatan

gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin meruncing hingga ke hari ini. Keadaan ini

amat membimbangkan kerana pengaruh daripada masyarakat ini memberi kesan kepada

golongan belia.

Masalah sosial dibahagikan kepada masalah individu dan aspek kemasyarakatan.

Masalah individu seperti dibuang kerja, kurang bimbingan, kurang dorongan daripada

ahli keluarga, kelakuan jenayah, gangguan emosi, dan gangguan mental adalah

penyebab seseorang itu menghadapi masalah sosial. Masalah dalam aspek

kemasyarakatan pula seperti pengangguran beramai-ramai, kadar jenayah yang tinggi

atau bencana alam semulajadi seperti gempa bumi. Contoh kepada masalah sosial adalah

jenayah, ketidakadilan sosial, kemiskinan, perkauman, penagihan dadah, masalah dalam

keluarga dan kegagalan dalam mengagih-agih sumber yang terhad. Dengan kata lain,

masalah sosial merupakan suatu keadaan yang telah terkeluar daripada ukuran standard

sosial yang dapat memusnahkan tahap kesejahteraan ahli masyarakat yang melibatkan

gangguan psikologi kehidupan manusia.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

4

Masalah sosial dalam pembangunan kemasyarakatan merupakan isu yang hangat

diperkatakan. Sejajar dengan perkembangan masyarakat yang semakin kompleks dan

mencabar sumbangan tenaga kerja sosial melalui aktiviti-aktiviti pembangunan yang

menjurus kepada pembangunan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat

penting dipertingkatkan. Adanya khidmat sosial, bantuan berbantu emosi, sosial dan

material dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat.

Segenap sektor masyarakat di Malaysia terlibat menyumbang terhadap proses

pembinaan negara bangsa semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.

Sektor-sektor tersebut mewakili kumpulan kaum, gerakan pekerja, budayawan, warga

pendidik, agensi media, pertubuhan agama dan pergerakan belia dan pelajar. Mereka

merupakan antara kumpulan teras dalam masyarakat sivil yang terbentuk berasaskan

idealisme dan kepentingan pelbagai sejajar dengan fitrah kerencaman citra bangsa

Malaysia (http://www.mindamadani.my/content/, 28/2/2010).

Umat Islam hari ini berhadapan dengan perkembangan baru dan cabaran moden.

Cabaran mereka datang dari berbagai sudut seperti pemikiran, hiburan, permainan,

fesyen, media massa, harta benda, populariti dan berbagai lagi. Mereka seolah-olah

hilang arah dan tuntunan selepas kebanyakan mereka tidak lagi mengikut al-Quran dan

as-Sunnah sebagai panduan.

Golongan belia ataupun digelar remaja perlu dijaga dan diberi perhatian ini

adalah kerana golongan merupakan aset penting bagi masa depan negara. Hal ini kerana,

kebiasaannya peringkat remaja mudah dipengaruhi oleh pelbagai gangguan emosi dan

tekanan hidup yang mendesak. Oleh itu, bimbingan, sokongan serta panduan daripada

ibu bapa, keluarga, masyarakat tempatan dan semua pihak yang terlibat adalah penting

supaya golongan ini dapat mengatasinya dengan lebih tenteram dan yakin. Perkara ini

juga tidak terkecuali melanda para remaja yang bijak pandai terutamanya dikalangan

pelajar IPTA. Pada hakikatnya, pelajar IPTA juga merupakan remaja yang sifatnya ingin

mencuba perkara baru.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

5

Menurut Hamden Ramli (2010:5), remaja merupakan aset paling penting negara

yang perlu masyarakat jaga dan beri perhatian yang lebih (Utusan Malaysia, Februari

2010). Hal ini kerana, kebiasaannya peringkat remaja mudah dipengaruhi oleh pelbagai

gangguan emosi dan tekanan hidup yang mendesak. Terdapat isu yang memperkatakan

tentang remaja-remaja merempat di jalanan semakin berleluasa. Isu orang tiada rumah

atau remaja berpeleseran perlu diambil serius oleh pihak berkuasa Islam termasuk

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam kerana apa yang pasti sekiranya gejala ini

tidak dibendung maka tidak mustahil negara akan menghadapi masalah yanglebih besar

pada masa akan datang.

Masalah sosial merupakan suatu masalah yang tidak asing lagi yang menjadi

punca kepada keruntuhan moral dan nilai yang ada pada masyarakat. Pada umumnya,

sesuatu perkara itu akan dianggap sebagai masalah sosial apabila sebahagian besar

daripada ahli masyarakat ataupun sekumpulan masyarakat yang mempunyai pengaruh

merasakan bahawa perkara yang berlaku itu tidak baik dan bercanggah dengan nilai dan

norma kehidupan masyarakat. Lanjutan daripada itu, masyarakat dan kumpulan yang

terbabit bersetuju untuk mengubah ataupun membetulkan keadaan berkenaan.

Antara permasalahan yang sering menjadi tumpuan ialah bantuan yang

disalurkan oleh NGO Islam hanya memfokuskan kepada skop yang kecil sahaja yang

tidak merangkumi keseluruhan masyarakat di Malaysia. Adakalanya NGO Islam

mengabaikan banyak aspek dalam pembangunan masyarakat. Satu perkara yang agak

ketara ialah betapa hambarnya penglibatan NGO Islam dalam menjalankan aktiviti-

aktiviti sukarelawan yang sepatutnya dipelopori oleh kebanyakan NGO Islam. Apa yang

berlaku sebaliknya adalah kebanyakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dipelopori oleh

badan-badan bukan kerajaan yang bukan Islam.

Selain itu, kewujudan pelbagai program pada masa kini bertujuan untuk

mengatasi kepincangan sosial dan kebajikan masyarakat perlu di pantau setiap masa. Ini

penting kerana, ada kalanya program serta aktiviti yang dilakukan kelihatannya agak

Page 25: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

6

longgar penghayatan Islam. Apa yang perlu ditambah adalah semua program ini perlu

diperkemaskan lagi dengan diberikan sokongan moral dan material yang sepatutnya, di

samping perlu diberikan suntikan Islam yang lebih bersifat “advance” tetapi masih

bercirikan penghayatan Islam.

Jika diteliti secara global, NGO Islam di Malaysia sifatnya lebih khusus kepada

kegiatan dakwah dan aktiviti-aktiviti pembangunan kemasyarakatan berbanding bantuan

lain seperti bantuan kemanusiaan dan kebajikan sosial yang sangat kecil bilangannya.

Apa yang berlaku sekarang adalah kebanyakan gerak kerja sosial dan pelbagai jenis

bantuan kemanusiaan telah diambil alih oleh pihak kerajaan keseluruhannya dan

beberapa NGO yang bukan Islam seperti Persatuan Palang Merah, Bulan Sabit Merah,

St John Ambulan dan Mercy Malaysia.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini perlu bergerak aktif dan

proaktif sebagai kumpulan pendesak dalam membantu kerajaan menyelesaikan pelbagai

masalah berkaitan agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir

Baharom berkata, sudah sampai masanya NGO Islam terbabit bergerak aktif dan tampil

ke hadapan membantu memperjuangkan kepentingan masyarakat Islam (Mingguan

Malaysia, Disember, 2009:20).

Selain itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur (2009) berkata,

semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) disaran mengutamakan hal relevan dan tidak

mempersoalkan perkara kecil dalam memperjuangkan misi pertubuhan mereka (Utusan

Malaysia, Disember, 2009:4).

Akan tetapi, pada hari ini kelemahan adakalanya berlaku apabila pertubuhan-

pertubuhan Islam ini terlalu banyak dan tidak bersatu. Mereka membawa haluan masing-

masing walaupun tidak dinafikan sering berlaku kerjasama antara mereka dalam aktiviti

atau program-program tertentu. Ini menyebabkan ada sesuatu sudut yang ditumpukan

oleh banyak pertubuhan dan ada sesuatu sudut yang tidak ditumpukan oleh mana-mana

persatuan atau persatuan yang terhad kemampuannya sahaja.

Page 26: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

7

NGO Islam sering di perkatakan di media akhbar dan elektronik sebagai tidak

menonjol dan tidak berfungsi dengan sebaiknya, banyak isu-isu kemasyarakat sama ada

dalam dan luar negara yang melibatkan alam sekitar, bencana alam dan isu kemanusiaan

ditangani oleh NGO-NGO bukan Islam. Terdapat segalintir pertubuhan NGO Islam

terlalu jumud, tidak terbuka dan mempunyai batas sempadan yang tersendiri. Program-

program yang dianjurkan kebanyakannya masih berlegar sekadar dalam kalangan

pendokong NGO dan linkungan yang berkenaan sahaja (http://www.muhtarsuhaili.com/,

28/2/2010).

Tambahan pula, kerajaan bercadang memberikan sumbangan kewangan kepada

beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti

masyarakat dan dakwah di negara ini. Datuk Seri Najib Tun Razak (2010) berkata,

kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan NGO Islam dalam membantu dan mengerakkan

program serta aktiviti dalam membangunkan ummah dan mempertahankan agama Islam.

Tegas beliau lagi, NGO Islam perlu memainkan peranan dan tanggungjawab sosial

dalam membantu kerajaan menjelaskan dasar-dasar kerajaan termasuk menyebarluaskan

Gagasan 1Malaysia sehingga ke peringkat akar umbi (http://www.utusan.com.my/

utusan/info, 9/3/2010).

Selain itu, antara kelemahan yang berlaku apabila kurangnya sokongan

masyarakat luar dalam melibatkan diri ke dalam aktiviti anjuran NGO Islam sejak

kebelakangan ini. Manakala di peringkat IPT, dianggarkan hanya segelintir dari

kalangan pelajar-pelajar yang berminat terhadap aktiviti luar sebegini. Mereka lebih

menggemari aktiviti-aktiviti yang bersifat mencabar dan lasak berbanding dengan

penglibatan berbentuk kesukarelawanan sebegini.

Page 27: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

8

1.3 Pernyataan Masalah

NGO Islam antara organisasi sukarela yang berperanan untuk memperjuangkan

masyarakat Islam kearah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam

yang suci. Selain itu, pertubuhan badan sukarela tersebut bermatlamat untuk membentuk

masyarakat yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah S.W.T. Selain itu,

sebagai salah satu badan sukarela, NGO Islam berperanan dalam mengatur aktiviti serta

program yang mampu membantu masyarakat Islam menerapkan nilai-nilai akhlak dan

rohaniah Islam dalam masyarakat dan seterusnya membasmi punca-punca keruntuhan

akhlak dan moral, di samping membimbing masyarakat kearah amar makruf nahi

mungkar.

NGO Islam ditubuhkan sebagai satu pelengkap kepada kegiatan sukarelawan

secara menyeluruh di samping mengerakkan aktiviti secara sukarela, yang bersifat

kemasyarakatan sekaligus menjadi pembela kepada masyarakat Islam. Jika kita perhati,

NGO Islam yang terlibat dalam kegiatan dakwah, aktiviti-aktiviti pembangunan

kemasyarakatan dan kebajikan sosial sangat kurang disebabkan beberapa faktor dan

peranan NGO Islam dalam menggerakkannya juga kurang mendapat perhatian. Selain

itu, ada dikalangan pelajar IPTA yang kurang menyedari akan keberadaan NGO Islam

ini dalam kehidupan masyarakat Islam.

Justeru, kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar IPTA terhadap

penglibatan NGO Islam dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia, dengan

memfokuskan kepada persepsi, pengetahuan dan kesedaran pelajar IPTA terhadap

aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam.

Page 28: PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM … · aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan

9

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk :

i. mengenalpasti persepsi pelajar IPTA terhadap penglibatan NGO Islam

dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia

ii. mengenalpasti pengetahuan pelajar IPTA terhadap aktiviti

kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam

iii. mengenalpasti kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti

kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut :

i. Apakah persepsi pelajar IPTA terhadap penglibatan NGO Islam dalam

aktiviti kemasyarakatan di Malaysia?

ii. Adakah pelajar IPTA mengetahui tentang aktiviti kemasyarakatan yang

dianjurkan oleh NGO Islam?

iii. Adakah terdapat kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti

kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam?