PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM AKTIVITI
KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA
ALINA WARDATI BINTI ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PERSEPSI PELAJAR IPTA TERHADAP NGO ISLAM DALAM AKTIVITI
KEMASYARAKATAN DI MALAYSIA
ALINA WARDATI BINTI ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian hanya
padaMu Ya Allah. Cukup Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terhingga Selawat dan Salam ke atas
junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
.
Untaian Kasih DAN Cinta buat Ayahandaku Ismail Bin Chia’a dan bondaku Fatimah Binti
Awang Draman, Nasihatmu sungguh bermakna bagiku, tidak pernah serik Mengenalkanku erti
kehidupan. InsyaAllah, selagi nafasku masih berbaki, Jasa dan Pengorbanan kalian sentiasa
meniti dalam doa kudusku setiap masa.
Secangkir Tanda Ingatan Dan Penghargaan Kepada Kakanda dan Juga Adinda Yang
Sentiasa Memberi Suntikan Semangat Kepadaku Untuk Meneruskan Perjuangan Ini...
Kakanda Rohani, Che Kamariah & Siti Nor Aziah,
Kakanda Mohd Jusoh & Mohd Noor, dan Adinda Mimi Nor Asmida
Semoga Kalian di Rahmati Allah Selalu... Tidak lupa juga ahli keluargaku yang lain, terima kasih
atas keprihatinan dan kasih sayang yang terpatri selama ini dan selamanya.
Warga pendidik (terutama ayahanda Ahmad Puhad Alim) Lautan ilmu ini membuatkan daku
tenggelam asyik dalam mengenali Sang Pencipta RabbulA’lamin. Daku akan sematkan segala
mutiara ilmu yang telah kalian curahkan buat pedoman meniti hidup ini.
Sahabat, Tawa riangmu menghiburkan hatiku, kenangan bermuhajadah selama bergelumang di
lautan ilmu ini adalah antara kenangan terindah yang pernah terakam dalam bait memori hidupku,
panjang umur, kita berjumpa lagi. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat kalian.
Untuk diriku yang serba Dha’if, Jadikan AL QURAN sebagai teman sejati, ZIKRULLAH
sebagai penghibur hati, SOLAT sebagai pendinding diri dan TAQWA menjadi baja dalam
taman hati.
- Amin –
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T, tuhan yang mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia
dan hidayah darinya dapat saya menyiap dan menyempurnakan laporan Projek Sarjana
Muda (PSM) ini.
Jutaaan penghargaan diucapkan kepada Ustaz Ahmad Puhad Alim selaku
penyelia dan penasihat akademik yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, nasihat,
buah fikiran serta kata-kata semangat dalam usaha menyiapkan laporan ini. Jutaan
terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun Islam (FTI) di atas tunjuk
ajar yang diberikan membantu melengkapkan lagi Projek Sarjana Muda (PSM) ini.
Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan khas buat ayahandaku Ismail Bin Chia’a
dan bondaku Fatimah Binti Awang Draman, jasa dan pengorbanan yang ditaburkan
kalian sentiasa meniti dalam doa kudusku setiap masa, dan tidak lupa juga kepada
seluruh anggota keluarga yang telah memberikan sepenuh sokongan dan dorongan
dalam segala kerja yang dilakukan.
Syukran jazilan juga buat rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dan
sentiasa sabar dengan kerenahku dalam proses menyiapkan laporan ini.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak
langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala amalan kalian
seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan suatu tinjauan umum berkenaan persepsi pelajar IPTA
terhadap NGO Islam dalam aktiviti kemasyarakatan.Tinjauan ini juga bertujuan untuk
mendapat maklum balas mengenai persepsi pelajar IPTA terhadap penglibatan NGO
Islam dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia, pengetahuan pelajar IPTA terhadap
aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam serta kesedaran pelajar IPTA
untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam. Sampel
kajian ini terdiri daripada keseluruhan populasi dalam kursus Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam), tahun tiga dan empat iaitu seramai 103. Set soal selidik
mengandungi 42 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif
untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) 14.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan
soal selidik ialah α = 0.9450. Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi
menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif terhadap aspek yang dikaji
iaitu dengan min berjumlah 4.07. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa
cadangan kepada pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk
penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study was general survey of IPTA's students perception on Muslims NGOs in
community activities. Hence, the aims of this study was to determine IPTA’s students
perception about Muslims NGOs involvement in community activities in Malaysia,
IPTA’s students knowledge on community activities and also IPTA’s students
awareness to involve in community activities organized by Muslims NGOs. The sample
of this study consist entire population of Bachelor of Science with Education (Islamic
Studies), third and fourth year student totally 103. A set of questionnaire which is
consist of 42 elements were distributed to respondents and has been analyzed
descriptively to get the number of frequency, percentage and mean by using the
Statistical Package For Social Science (SPSS) 14.0 for Windows software. The
reliability value of the pilot study is = 0.9450. The overall, outcome of the study
showed that respondents gave a positive respond and perception to the aspects of study
with a mean of 4.07. At the end of the study, the researcher has proposed several
suggestions to the related parties. Researcher concluded by providing a few
recommendations for further study.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 9
1.6 Kepentingan Kajian 10
viii
1.7 Batasan dan Skop Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 11
1.9 Kesimpulan 14
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Sejarah NGO Islam 16
2.3 Peranan NGO Islam dalam Kalangan Masyarakat 17
2.4 Pertubuhan NGO Islam di Malaysia 19
2.4.1 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) 20
2.4.2 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 20
2.4.3 Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) 21
2.4.4 Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) 21
2.4.5 Yayasan Amal Malaysia (AMAL) 22
2.4.6 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 23
2.4.7 Pertubuhan Belia 23
2.4.8 Nisa Malaysia 24
2.5 Tuntutan Berjemaah 25
2.6 Tuntutan Berlumba-lumba Melaksanakan Kebajikan 27
2.6.1 Perlaksanaan Amalan Kebajikan 28
2.6.1.1 Bekerja Bersungguh-sungguh 30
2.6.1.2 Menghargai Dan Bijak Mengurus Masa 31
2.6.1.3 Sanggup Berkorban Masa, Tenaga
dan Harta benda 32
2.6.1.4 Jujur dan Ikhlas 33
2.6.1.5 Pro Aktif dan Positif 34
2.6.1.6 Semangat Kerja Berpasukan 35
2.6.1.7 Muhasabah Diri 36
2.7 Fokus NGO Islam dalam Kalangan Masyarakat 37
2.7.1 Kanak-kanak 38
2.7.2 Remaja 38
ix
2.7.3 Pesalah sosial/Penjenayah dan
Mangsa penjenayah 39
2.7.4 Orang kurang Upaya (OKU) 39
2.7.5 Golongan miskin 40
2.7.6 Wanita 40
2.7.7 Warga tua 40
2.7.8 Pesakit melarat 41
2.7.9 Keluarga 41
2.7.10 Suku kaum 42
2.7.11 Penagih dadah 42
2.7.12 Mangsa bencana 43
2.8 Aktiviti-aktiviti Kemasyarakatan Di Malaysia 43
2.8.1 Khidmat Masyarakat 44
2.9 Cabaran NGO Islam Masa Kini 46
2.10 Kajian Lepas 48
2.11 Kesimpulan 50
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 51
3.2 Rekabentuk Kajian 51
3.3 Tempat Kajian 52
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 53
3.5 Instrumen Kajian 54
3.5.1 Pengumpulan Data Primer 54
3.5.1.1 Soal Selidik 54
3.5.2 Pengumpulan Data Sekunder 56
3.6 Prosedur Kajian 57
3.6.1 Kajian Rintis 57
3.6.2 Kajian Sebenar 58
3.7 Analisis Data 59
3.8 Kesimpulan 60
x
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 61
4.2 Data 62
4.3 Analisis Data Bahagian A 62
4.3.1 Umur Responden 63
4.3.2 Tahun Pengajian Responden 63
4.3.3 Pendaftaran Responden Dengan NGO Islam 64
4.3.4 Penyertaan Responden Dalam Aktiviti
Kemasyarakatan Anjuran NGO Islam 65
4.3.5 Bilangan Tahun 66
4.4 Analisis Data Bahagian B, C Dan D 67
4.4.1 Analisis Data Mengenai Persepsi Pelajar
IPTA Terhadap Penglibatan NGO Islam
Dalam Aktiviti Kemasyarakatan di Malaysia 67
4.4.2 Analisis Data Mengenai Pengetahuan Pelajar
IPTA Terhadap Aktiviti Kemasyarakatan Yang
Dianjurkan Oleh NGO Islam 74
4.4.3 Analisis Data Mengenai Kesedaran Pelajar
IPTA Untuk Terlibat Dalam Aktiviti
Kemasyarakatan Yang Dianjurkan Oleh
NGO Islam 79
4.5 Rumusan Min Dapatan Kajian 87
4.5.1 Mengenalpasti Persepsi Pelajar IPTA Terhadap
Penglibatan NGO Islam Dalam Aktiviti
Kemasyarakatan di Malaysia 87
4.5.2 Mengenalpasti Pengetahuan Pelajar IPTA
Terhadap Aktiviti Kemasyarakatan Yang
Dianjurkan Oleh NGO Islam 89
4.5.3 Mengenalpasti Kesedaran Pelajar IPTA
Untuk Terlibat Dalam Aktiviti Kemasyarakatan
Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 90
4.6 Kesimpulan 92
xi
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 93
5.2 Perbincangan 94
5.2.1 Perbincangan Maklumat Latar Belakang
Responden 94
5.2.2 Perbincangan Bahagian B,C Dan D 96
5.2.2.1 Persepsi Pelajar IPTA Terhadap
NGO Islam Dalam Aktiviti
Kemasyarakatan di Malaysia 96
5.2.2.2 Pengetahuan Pelajar IPTA
Terhadap Aktiviti Kemasyarakatan
Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 99
5.2.2.3 Kesedaran Pelajar IPTA Untuk Terlibat
Dalam Aktiviti Kemasyarakatan
Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 100
5.3 Rumusan 102
5.4 Cadangan 105
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 107
5.6 Kesimpulan 108
BIBLIOGRAFI 109
LAMPIRAN 113
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan Skala Likert 56
3.2 Agihan soalan mengikut klasifikasi persoalan kajian 56
3.3 Nilai skor min 59
3.4 Perubahan Lima Skala Likert Kepada Dua Peringkat 59
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 63
4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 64
4.3 Taburan Mengikut Pernahkah Responden Mendaftarkan
Diri Dengan Mana-Mana NGO Islam 64
4.4 Taburan Responden Yang Pernah Menyertai Aktiviti
Kemasyarakatan Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 65
4.5 Taburan Bilangan Tahun Responden Terlibat Dalam
Aktiviti Anjuran NGO Islam 66
4.6 Taburan Skor Min Bagi Item Satu 67
4.7 Taburan Skor Min Bagi Item Dua 68
4.8 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga 68
4.9 Taburan Skor Min Bagi Item Empat 69
4.10 Taburan Skor Min Bagi Item Lima 69
4.11 Taburan Skor Min Bagi Item Enam 69
4.12 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh 70
4.13 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan 70
4.14 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan 71
4.15 Taburan Skor Min Bagi Item Sepuluh 71
4.16 Taburan Skor Min Bagi Item Sebelas 71
4.17 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Belas 72
xiii
4.18 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Belas 72
4.19 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Belas 73
4.20 Taburan Skor Min Bagi Item Lima Belas 73
4.21 Taburan Skor Min Bagi Item Enam Belas 74
4.22 Taburan Skor Min Bagi Item Tujuh Belas 74
4.23 Taburan Skor Min Bagi Item Lapan Belas 75
4.24 Taburan Skor Min Bagi Item Sembilan Belas 75
4.25 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh 76
4.26 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Satu 76
4.27 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Dua 77
4.28 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tiga 77
4.29 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Empat 78
4.30 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Lima 78
4.31 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Enam 79
4.32 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Tujuh 79
4.33 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh lapan 80
4.34 Taburan Skor Min Bagi Item Dua Puluh Sembilan 80
4.35 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh 81
4.36 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Satu 81
4.37 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Dua 82
4.38 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Tiga 82
4.39 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Empat 83
4.40 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Lima 83
4.41 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Enam 83
4.42 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Tujuh 84
4.43 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Lapan 84
4.44 Taburan Skor Min Bagi Item Tiga Puluh Sembilan 85
4.45 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Puluh 85
4.46 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Puluh Satu 86
4.47 Taburan Skor Min Bagi Item Empat Puluh Dua 86
4.48 Rumusan Dapatan Kajian Persepsi Pelajar IPTA
Terhadap Penglibatan NGO Islam Dalam Aktiviti
xiv
Kemasyarakatan di Malaysia 87
4.49 Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Pengetahuan
Pelajar IPTA Terhadap Aktiviti Kemasyarakatan
Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 89
4.50 Rumusan Dapatan Kajian Terhadap Kesedaran Pelajar
IPTA Untuk Terlibat Dalam Aktiviti Kemasyarakatan
Yang Dianjurkan Oleh NGO Islam 90
xv
SENARAI SINGKATAN
NGO - Non-Government Organisation
S.W.T - Subhanahu Wa Taala
s.a.w - Sallahualaihi Wasallam
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SPI - Sarjana Pengajian Islam
SPACE - School Of Professional And Continuing Education
LKPI - Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu
UMNO - United Malays National Organisation (Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu)
PPI - Pergerakan Puteri Islam
PAS - Parti Islam Semalaya
PERKIM - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
ABIM - Angkatan Belia Islam Malaysia
JIM - Jamaah Islah Malaysia
PUM - Persatuan Ulama Malaysia
OKU - Orang Kurang Upaya
YADIM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
AMAL - Yayasan Amal Malaysia
PKPIM - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
PPIM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia
N - Jumlah Responden (Sampel)
xvi
SPSS - Statistical Package for the Sosial Sciences
STS - Sangat Tidak Setuju
TS - Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
S - Setuju
SS - Sangat Setuju
Mohd - Mohammad
Abd - Abdul
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Istilah NGO Islam merupakan suatu istilah yang tidak asing lagi di kalangan
masyarakat pada hari ini. Ini kerana, NGO Islam merupakan suatu pertubuhan yang
berfungsi dalam memberi penekanan kepada aktiviti kemasyarakatan dan pembangunan
Islam secara menyeluruh di samping mengerakkan aktiviti secara sukarela, yang bersifat
khidmat sosial sekaligus menjadi pembela kepada masyarakat yang memerlukan
sokongan dari semua aspek kehidupan. Hal ini dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam ayat
berikut :
2
Maksudnya : “dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada
melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. dan bertaqwalah kepada
Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya (bagi
sesiapa yang melanggar perintahNya).”
(al-Ma‟idah : 2)
Pertubuhan bukan kerajaan atau dalam bahasa Inggerisnya Non-Governmental
Organisation (NGO) merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau
pertubuhan swasta yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana
kerajaan. Secara amnya, NGO ialah badan bukan kerajaan sama ada yang menggunakan
label „Islam‟ dalam namanya ataupun istilah-istilah lain yang berkaitan dengan Islam.
Namun apa yang lebih utama dan pasti, sesuatu NGO itu dikategorikan sebagai NGO
Islam berdasarkan kepada matlamat dan tujuan penubuhannya. Ini termasuklah visi,
misi, objektif, kaedah pelaksanaan dan budaya yang diamalkan dalam pertubuhan
tersebut mestilah selari dengan tuntutan ajaran Islam yang sebenar.
NGO Islam berperanan memberi penekanan kepada kegiatan yang memberi
fokus kepada isu kebajikan, pendidikan, ekonomi, sosial, penghayatan nilai murni Islam
secara menyeluruh dan seterusnya dalam aspek pembangunan kemasyarakatan dan
kebajikan sosial (Zulkiple Abd. Ghani et al, 2005:255). Peranan gerakan dan
pertubuhan-pertubuhan sukarela dalam pembangunan negara amat penting. Mereka
menyediakan peluang untuk rakyat terlibat secara langsung dalam pembangunan
tersebut, di samping menyumbang kearah pembangunan demokrasi dan keadilan sosial
dalam kehidupan bermasyarakat.
Sebagai sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk yang yang beragama
Islam, aktiviti kemasyarakatan menjadi satu amalan yang sangat penting dan ia
dijalankan oleh pelbagai pihak samada diperingkat individu dan persendirian mahupun
berkumpulan dan di peringkat kerajaan.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Sumbangan NGO Islam dalam pembangunan Islam di Malaysia memang tidak
dapat disangkal selain menjadi golongan yang memeriahkan lagi usaha kerajaan dalam
membangunkan Islam di Malaysia. Pada hari ini pembangunan Islam merupakan agenda
utama kepada setiap gerakan atau pertubuhan sukarela yang memperjuangkan Islam
sebagai matlamat.
Dunia pada hari ini sedang menghadapi perubahan yang drastik untuk menuju ke
alaf baru. Banyak perubahan sedang berlaku dan memberi kesan kepada cara hidup,
sosioekonomi, sistem kepercayaan, nilai dan moral masyarakat. Keruntuhan nilai sosial
di kalangan masyarakat mula menular pada awal 1960an namun tahap peningkatan
gejala keruntuhan nilai sosial ini semakin meruncing hingga ke hari ini. Keadaan ini
amat membimbangkan kerana pengaruh daripada masyarakat ini memberi kesan kepada
golongan belia.
Masalah sosial dibahagikan kepada masalah individu dan aspek kemasyarakatan.
Masalah individu seperti dibuang kerja, kurang bimbingan, kurang dorongan daripada
ahli keluarga, kelakuan jenayah, gangguan emosi, dan gangguan mental adalah
penyebab seseorang itu menghadapi masalah sosial. Masalah dalam aspek
kemasyarakatan pula seperti pengangguran beramai-ramai, kadar jenayah yang tinggi
atau bencana alam semulajadi seperti gempa bumi. Contoh kepada masalah sosial adalah
jenayah, ketidakadilan sosial, kemiskinan, perkauman, penagihan dadah, masalah dalam
keluarga dan kegagalan dalam mengagih-agih sumber yang terhad. Dengan kata lain,
masalah sosial merupakan suatu keadaan yang telah terkeluar daripada ukuran standard
sosial yang dapat memusnahkan tahap kesejahteraan ahli masyarakat yang melibatkan
gangguan psikologi kehidupan manusia.
4
Masalah sosial dalam pembangunan kemasyarakatan merupakan isu yang hangat
diperkatakan. Sejajar dengan perkembangan masyarakat yang semakin kompleks dan
mencabar sumbangan tenaga kerja sosial melalui aktiviti-aktiviti pembangunan yang
menjurus kepada pembangunan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat
penting dipertingkatkan. Adanya khidmat sosial, bantuan berbantu emosi, sosial dan
material dapat dirasai oleh semua golongan masyarakat.
Segenap sektor masyarakat di Malaysia terlibat menyumbang terhadap proses
pembinaan negara bangsa semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan pada 1957.
Sektor-sektor tersebut mewakili kumpulan kaum, gerakan pekerja, budayawan, warga
pendidik, agensi media, pertubuhan agama dan pergerakan belia dan pelajar. Mereka
merupakan antara kumpulan teras dalam masyarakat sivil yang terbentuk berasaskan
idealisme dan kepentingan pelbagai sejajar dengan fitrah kerencaman citra bangsa
Malaysia (http://www.mindamadani.my/content/, 28/2/2010).
Umat Islam hari ini berhadapan dengan perkembangan baru dan cabaran moden.
Cabaran mereka datang dari berbagai sudut seperti pemikiran, hiburan, permainan,
fesyen, media massa, harta benda, populariti dan berbagai lagi. Mereka seolah-olah
hilang arah dan tuntunan selepas kebanyakan mereka tidak lagi mengikut al-Quran dan
as-Sunnah sebagai panduan.
Golongan belia ataupun digelar remaja perlu dijaga dan diberi perhatian ini
adalah kerana golongan merupakan aset penting bagi masa depan negara. Hal ini kerana,
kebiasaannya peringkat remaja mudah dipengaruhi oleh pelbagai gangguan emosi dan
tekanan hidup yang mendesak. Oleh itu, bimbingan, sokongan serta panduan daripada
ibu bapa, keluarga, masyarakat tempatan dan semua pihak yang terlibat adalah penting
supaya golongan ini dapat mengatasinya dengan lebih tenteram dan yakin. Perkara ini
juga tidak terkecuali melanda para remaja yang bijak pandai terutamanya dikalangan
pelajar IPTA. Pada hakikatnya, pelajar IPTA juga merupakan remaja yang sifatnya ingin
mencuba perkara baru.
5
Menurut Hamden Ramli (2010:5), remaja merupakan aset paling penting negara
yang perlu masyarakat jaga dan beri perhatian yang lebih (Utusan Malaysia, Februari
2010). Hal ini kerana, kebiasaannya peringkat remaja mudah dipengaruhi oleh pelbagai
gangguan emosi dan tekanan hidup yang mendesak. Terdapat isu yang memperkatakan
tentang remaja-remaja merempat di jalanan semakin berleluasa. Isu orang tiada rumah
atau remaja berpeleseran perlu diambil serius oleh pihak berkuasa Islam termasuk
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam kerana apa yang pasti sekiranya gejala ini
tidak dibendung maka tidak mustahil negara akan menghadapi masalah yanglebih besar
pada masa akan datang.
Masalah sosial merupakan suatu masalah yang tidak asing lagi yang menjadi
punca kepada keruntuhan moral dan nilai yang ada pada masyarakat. Pada umumnya,
sesuatu perkara itu akan dianggap sebagai masalah sosial apabila sebahagian besar
daripada ahli masyarakat ataupun sekumpulan masyarakat yang mempunyai pengaruh
merasakan bahawa perkara yang berlaku itu tidak baik dan bercanggah dengan nilai dan
norma kehidupan masyarakat. Lanjutan daripada itu, masyarakat dan kumpulan yang
terbabit bersetuju untuk mengubah ataupun membetulkan keadaan berkenaan.
Antara permasalahan yang sering menjadi tumpuan ialah bantuan yang
disalurkan oleh NGO Islam hanya memfokuskan kepada skop yang kecil sahaja yang
tidak merangkumi keseluruhan masyarakat di Malaysia. Adakalanya NGO Islam
mengabaikan banyak aspek dalam pembangunan masyarakat. Satu perkara yang agak
ketara ialah betapa hambarnya penglibatan NGO Islam dalam menjalankan aktiviti-
aktiviti sukarelawan yang sepatutnya dipelopori oleh kebanyakan NGO Islam. Apa yang
berlaku sebaliknya adalah kebanyakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dipelopori oleh
badan-badan bukan kerajaan yang bukan Islam.
Selain itu, kewujudan pelbagai program pada masa kini bertujuan untuk
mengatasi kepincangan sosial dan kebajikan masyarakat perlu di pantau setiap masa. Ini
penting kerana, ada kalanya program serta aktiviti yang dilakukan kelihatannya agak
6
longgar penghayatan Islam. Apa yang perlu ditambah adalah semua program ini perlu
diperkemaskan lagi dengan diberikan sokongan moral dan material yang sepatutnya, di
samping perlu diberikan suntikan Islam yang lebih bersifat “advance” tetapi masih
bercirikan penghayatan Islam.
Jika diteliti secara global, NGO Islam di Malaysia sifatnya lebih khusus kepada
kegiatan dakwah dan aktiviti-aktiviti pembangunan kemasyarakatan berbanding bantuan
lain seperti bantuan kemanusiaan dan kebajikan sosial yang sangat kecil bilangannya.
Apa yang berlaku sekarang adalah kebanyakan gerak kerja sosial dan pelbagai jenis
bantuan kemanusiaan telah diambil alih oleh pihak kerajaan keseluruhannya dan
beberapa NGO yang bukan Islam seperti Persatuan Palang Merah, Bulan Sabit Merah,
St John Ambulan dan Mercy Malaysia.
Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini perlu bergerak aktif dan
proaktif sebagai kumpulan pendesak dalam membantu kerajaan menyelesaikan pelbagai
masalah berkaitan agama. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir
Baharom berkata, sudah sampai masanya NGO Islam terbabit bergerak aktif dan tampil
ke hadapan membantu memperjuangkan kepentingan masyarakat Islam (Mingguan
Malaysia, Disember, 2009:20).
Selain itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur (2009) berkata,
semua Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) disaran mengutamakan hal relevan dan tidak
mempersoalkan perkara kecil dalam memperjuangkan misi pertubuhan mereka (Utusan
Malaysia, Disember, 2009:4).
Akan tetapi, pada hari ini kelemahan adakalanya berlaku apabila pertubuhan-
pertubuhan Islam ini terlalu banyak dan tidak bersatu. Mereka membawa haluan masing-
masing walaupun tidak dinafikan sering berlaku kerjasama antara mereka dalam aktiviti
atau program-program tertentu. Ini menyebabkan ada sesuatu sudut yang ditumpukan
oleh banyak pertubuhan dan ada sesuatu sudut yang tidak ditumpukan oleh mana-mana
persatuan atau persatuan yang terhad kemampuannya sahaja.
7
NGO Islam sering di perkatakan di media akhbar dan elektronik sebagai tidak
menonjol dan tidak berfungsi dengan sebaiknya, banyak isu-isu kemasyarakat sama ada
dalam dan luar negara yang melibatkan alam sekitar, bencana alam dan isu kemanusiaan
ditangani oleh NGO-NGO bukan Islam. Terdapat segalintir pertubuhan NGO Islam
terlalu jumud, tidak terbuka dan mempunyai batas sempadan yang tersendiri. Program-
program yang dianjurkan kebanyakannya masih berlegar sekadar dalam kalangan
pendokong NGO dan linkungan yang berkenaan sahaja (http://www.muhtarsuhaili.com/,
28/2/2010).
Tambahan pula, kerajaan bercadang memberikan sumbangan kewangan kepada
beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti
masyarakat dan dakwah di negara ini. Datuk Seri Najib Tun Razak (2010) berkata,
kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan NGO Islam dalam membantu dan mengerakkan
program serta aktiviti dalam membangunkan ummah dan mempertahankan agama Islam.
Tegas beliau lagi, NGO Islam perlu memainkan peranan dan tanggungjawab sosial
dalam membantu kerajaan menjelaskan dasar-dasar kerajaan termasuk menyebarluaskan
Gagasan 1Malaysia sehingga ke peringkat akar umbi (http://www.utusan.com.my/
utusan/info, 9/3/2010).
Selain itu, antara kelemahan yang berlaku apabila kurangnya sokongan
masyarakat luar dalam melibatkan diri ke dalam aktiviti anjuran NGO Islam sejak
kebelakangan ini. Manakala di peringkat IPT, dianggarkan hanya segelintir dari
kalangan pelajar-pelajar yang berminat terhadap aktiviti luar sebegini. Mereka lebih
menggemari aktiviti-aktiviti yang bersifat mencabar dan lasak berbanding dengan
penglibatan berbentuk kesukarelawanan sebegini.
8
1.3 Pernyataan Masalah
NGO Islam antara organisasi sukarela yang berperanan untuk memperjuangkan
masyarakat Islam kearah membina kehidupan yang lebih baik berteraskan ajaran Islam
yang suci. Selain itu, pertubuhan badan sukarela tersebut bermatlamat untuk membentuk
masyarakat yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah Allah S.W.T. Selain itu,
sebagai salah satu badan sukarela, NGO Islam berperanan dalam mengatur aktiviti serta
program yang mampu membantu masyarakat Islam menerapkan nilai-nilai akhlak dan
rohaniah Islam dalam masyarakat dan seterusnya membasmi punca-punca keruntuhan
akhlak dan moral, di samping membimbing masyarakat kearah amar makruf nahi
mungkar.
NGO Islam ditubuhkan sebagai satu pelengkap kepada kegiatan sukarelawan
secara menyeluruh di samping mengerakkan aktiviti secara sukarela, yang bersifat
kemasyarakatan sekaligus menjadi pembela kepada masyarakat Islam. Jika kita perhati,
NGO Islam yang terlibat dalam kegiatan dakwah, aktiviti-aktiviti pembangunan
kemasyarakatan dan kebajikan sosial sangat kurang disebabkan beberapa faktor dan
peranan NGO Islam dalam menggerakkannya juga kurang mendapat perhatian. Selain
itu, ada dikalangan pelajar IPTA yang kurang menyedari akan keberadaan NGO Islam
ini dalam kehidupan masyarakat Islam.
Justeru, kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar IPTA terhadap
penglibatan NGO Islam dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia, dengan
memfokuskan kepada persepsi, pengetahuan dan kesedaran pelajar IPTA terhadap
aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam.
9
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. mengenalpasti persepsi pelajar IPTA terhadap penglibatan NGO Islam
dalam aktiviti kemasyarakatan di Malaysia
ii. mengenalpasti pengetahuan pelajar IPTA terhadap aktiviti
kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam
iii. mengenalpasti kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti
kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang dikaji adalah seperti berikut :
i. Apakah persepsi pelajar IPTA terhadap penglibatan NGO Islam dalam
aktiviti kemasyarakatan di Malaysia?
ii. Adakah pelajar IPTA mengetahui tentang aktiviti kemasyarakatan yang
dianjurkan oleh NGO Islam?
iii. Adakah terdapat kesedaran pelajar IPTA untuk terlibat dalam aktiviti
kemasyarakatan yang dianjurkan oleh NGO Islam?