persepsi masyarakat mengenai transplan organ · pdf filependermaan organ di samping meninjau...
TRANSCRIPT
i
PERSEPSI MASYARAKAT MENGENAI TRANSPLAN ORGAN
NOORZIELA BINTI ARIFIN
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2011
ii
iii
Dedikasi
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang
Syukurku Atas Segala Kurniaan-Mu
Selawat Dan Salam Atas Rasul Junjungan Muhammad s.a.w.
Buat Ayah Dan Ibu Yang Tersayang..
Arifin Bin Saamah & Mek Som Binti Jusoh
Ku Pohon Doa Restu Kalian Dan Terima Kasih Atas Segala Pengorbanan Kalian
Buat Penyelia Yang Dikagumi..
Dr. Othman Bin Napiah
Terima Kasih Di Atas Segalanya, Tunjuk Ajarmu Menbuahkan Pemikiranku
Buat Warisan Sekeluarga..
Roslan. Roselina, Rosliha, Sayuti, Rosnani, Syukri, Salawati, Suhaiza, Taufik
Dan Nor Afiqah
Terima Kasih Kerana Memahami Diriku Ini
Buat Pensyarah-Pensyarah Fakulti Tamadun Islam Dan Fakulti Pendidikan
Yang
Disanjungi..
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat-Sahabat Seperjuangan Yang Dikasihi,
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendididkan (Pengajian Islam)..
Terima Kasih Di Atas Segala-Galanya
Semoga Kejayaan Menjadi Milik Kita Bersama
Amin...
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat
dan kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta
salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yang diutuskan untuk
membawa rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Othman
Bin Napiah selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sanggup meluangkan
masa keemasan beliau untuk memberi tunjuk ajar, menyumbang tenaga serta
melontarkan buah fikiran.sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun
Islam dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga
yang banyak memberi dorongan dan sokongan. Tidak lupa buat rakan-rakan
seperjuangan yang banyak membantu menyumbangkan idea dan bahan sampingan.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dalam menjayakan projek ini. Semoga segala usaha yang
dilakukan akan mendapat keberkatan Allah S.W.T. Mudah-mudahan hasil kajian ini
dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan suatu tinjauan umum berkenaan persepsi masyarakat
mengenai transplan organ. Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapat maklum
balas mengenai persepsi masyarakat. Selain itu ianya dilakukan bagi menganalisis
sejauh mana tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang kepentingan
pendermaan organ di samping meninjau persepsi masyarakat terhadap sistem
pendermaan organ yang dilakukan di negara ini. Kajian ini juga bertujuan untuk
mengetahui secara terperinci faktor-faktor kekurangan bilangan penderma organ.
Sampel kajian ini terdiri daripada keseluruhan populasi orang awam yang datang ke
klinik dalam masa seminggu iaitu seramai 50 orang. Set soal selidik mengandungi
45 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk
mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian
Statistical Package for Social Science (SPSS) 15.0 for Windows vision. Nilai
kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.881. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian yang diperolehi menunjukkan responden memberikan persepsi yang positif
terhadap aspek yang dikaji. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa
cadangan kepada pihak tertentu. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk
penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study is a general survey on public perception of organ transplant. This
study aims to obtain feedback on community perception on organ transplant. In
addition, it was done to analyze the community level of awareness and
understanding of the importance of organ donation as well as the public perception
of organ donation system in this country. The study also aimed to determine in
detail the factors shortage of organ donors. This sample of the study consisted of
the entire population of the public who came to the clinic within a week of about 50
people. Set of questionnaires contained 45 items each was distributed to the
respondents and was analyzed descriptively to find the frequency, percentage and
mean by using the Statistical Package for Social Science (SPSS) 15.0 for Windows
software. The value of the reliability of the questionnaire was α = 0881. In overall,
the findings showed that respondents have a positive perception of the aspects
studied. At the end of the study, the researcher has proposed several suggestions to
the related parties. Researcher concluded by providing a few recommendations for
further study.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENDAHULUAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
viii
BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 5
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Kesimpulan 10
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuan 11
2.1.1 Sejarah Pemindahan organ 12
2.1.2 Cara pengambilan hukum 12
2.1.3 Pandangan Ulama 19
2.2 Teori Asas Tentang Bidang Kajian 24
2.3 Kajian Lepas 25
2.4 Kerangka Pemikiran 26
2.5 Hipotesis 26
2.6 Kesimpulan 27
ix
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 29
3.2 Reka Bentuk Kajian 30
3.3 Populasi 31
3.4 Pensempelan 31
3.5 Instrumen Kajian 32
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 34
3.7 Analisis Data 36
3.8 Kajian Rintis 37
3.9 Kesimpulan 38
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.1 Pendahuluan 39
4.2 Analisis Data Bahagian A 40
4.3 Analisis Data Bahagian B Dan C 44
4.4 Analisis Keseluruhan 67
4.4.1 Analisis keseluruhan bahagian B 67
4.4.2 Analisis keseluruhan bahagian C 69
4.4.3 Analisis keseluruhan bahagian D 71
4.5 Kesimpulan 73
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 74
5.2 Perbincangan 75
5.3 Rumusan 86
5.4 Cadangan Kajian 88
5.5 Cadangan Kerja Lanjutan 91
5.6 kesimpulan 93
BIBLIOGRAFI 94
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 40
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Bandsa 41
Jadual 4.4 Taburan Responden Mengikut Agama 42
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan 42
Jadual 4.6 Taburan Keputusan Mengikut pekerjaan 43
Jadual 4.7 Jadual Likert 44
Jadual 4.8 Jadual Nilai Skor Min 44
Jadual 4.9 Taburan Skor bagi Item Satu 45
Jadual 4.10 Taburan Skor bagi Item Dua 46
Jadual 4.11 Taburan Skor bagi Item Tiga 46
Jadual 4.12 Taburan Skor bagi Item Empat 47
Jadual 4.13 Taburan Skor bagi Item Lima 47
Jadual 4.14 Taburan Skor bagi Item Enam 48
Jadual 4.15 Taburan Skor bagi Item Tujuh 49
Jadual 4.16 Taburan Skor bagi Item Lapan 49
Jadual 4.17 Taburan Skor bagi Item Sembilan 50
Jadual 4.18 Taburan Skor bagi Item sepuluh 50
Jadual 4.19 Taburan Skor bagi Item 11 51
Jadual 4.20 Taburan Skor bagi Item 12 52
Jadual 4.21 Taburan Skor bagi Item 13 52
Jadual 4.22 Taburan Skor bagi Item 14 53
xii
Jadual 4.23 Taburan Skor bagi Item 15 53
Jadual 4.24 Taburan Skor bagi Item 16 54
Jadual 4.25 Taburan Skor bagi Item 17 55
Jadual 4.26 Taburan Skor bagi Item 18 56
Jadual 4.27 Taburan Skor bagi Item 19 56
Jadual 4.28 Taburan Skor bagi Item 20 57
Jadual 4.29 Taburan Skor bagi Item 21 57
Jadual 4.30 Taburan Skor bagi Item 22 58
Jadual 4.31 Taburan Skor bagi Item 23 59
Jadual 4.32 Taburan Skor bagi Item 24 59
Jadual 4.33 Taburan Skor bagi Item 25 60
Jadual 4.34 Taburan Skor bagi Item 26 60
Jadual 4.35 Taburan Skor bagi Item 27 61
Jadual 4.36 Taburan Skor bagi Item 28 62
Jadual 4.37 Taburan Skor bagi Item 29 63
Jadual 4.38 Taburan Skor bagi Item 30 63
Jadual 4.39 Taburan Skor bagi Item 31 64
Jadual 4.40 Taburan Skor bagi Item 32 64
Jadual 4.41 Taburan Skor bagi Item 33 65
Jadual 4.42 Taburan Skor bagi Item 34 65
Jadual 4.43 Taburan Skor bagi Item 35 66
Jadual 4.44 Analisis Keseluruhan Bahagian B 67
Jadual 4.45 Analisis Keseluruhan Bahagian C 69
Jadual 4.46 Analisis Keseluruhan Bahagian D 71
Jadual 4.47 Analisis Keseluruhan Item Setiap Bahagian 72
xiii
SENARAI SINGKATAN
Bil Bilangan
Ha Hipotesis Alternatif
Ho Hipotesis Nol
KS Kurang Setuju
IJN Institut Jantung Negara
Ikim Institut Kefahaman Islam Malaysia
N Jumlah Responden
S Setuju
SAW Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
Sig Signifikan
SPSS Statistic Package For Social Science
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
x Pemboleh Ubah Bebas
y Pemboleh Ubah Bersandar
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Kelulusan Fakulti Pendidikan
Untuk Menjalankan Kajian
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuan
Pendermaan organ dan pemindahan organ melibatkan pertukaran tisu atau
organ yang tidak berfungsi. Organ yang masih berfungsi akan dipindahkan daripada
orang yang telah disahkan mati secara klinikal atau pun dikenali dengan nama mati
otak. Sebelum membahaskan dengan lebih lanjut tentang hukum pendermaan dan
juga hukum pemindahan organ dalam Islam, perlulah dikupas terlebih dahulu
perkara-perkara yang berkaitan, agar tiada yang menjadi kekeliruan dalam mentafsir
sesuatu perkara.
Menurut Kamus Dewan edisi keempat, (2008) derma membawa maksud
pemberian berupa wang kepada perkumpulan dan lain-lain. Ia juga membawa
maksud pemberian ikhlas dan sedekah kepada orang miskin dan yang memerlukan.
Apabila dikaitkan dengan pendermaan organ, pendermaan bermaksud pemberian
organ tertentu secara sukarela dan ikhlas daripada penderma kepada pesakit atau
penerima yang memerlukannya mengikut syarat-syarat yang tertentu berlandaskan
2
dalil yang Nas tanpa ada niat keuntungan secara individu. Sebagaimana firman Allah
S.W.T:
تعاىا على البر التقى ال تعاىا على اإلثه العدا
الل طدد العقاب اتقا الل إ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong
tolongan pada melakukan dosa (maksiat)dan pencerobohan. Dan
bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha
berat azab seksaNya (bagi sesiapa Yang melanggar
perintahNya)”.
(Surah al-Maidah, 5
:2)
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (2007), organ bermaksud alat yang
mempunyai tugas tertentu di dalam tubuh manusia (binatang dan sebagainya) dan
organ tumbuh-tumbuhan yang berfungsi sebagai alat pengembangbiakkan.
Apabila dikaitkan dengan pendermaan dan pemindahan organ, pendermaan
pula membawa maksud pemberian secara sukarela atau pun pemberian organ secara
sukarela dan ikhlas daripada penderma kepada pesakit yang sangat memerlukan
organ untuk menjalankan rutin harian dengan sempurna seperti orang lain, dengan
syarat-syarat tertentu. Dan pemberian ini tidak berlandaskan keuntungan dan
ganjaran tertentu.
3
Pengambilan sesuatu organ bukanlah semudah yang disangkakan. Organ akan
diambil apabila syarat-syarat yang ditatapkan mencukupi. Antara syaratnya yang
paling besar isunya ialah apabila seseorang pesakit mengalami isu mati otak atau
juga dipanggil „brain death’ kebiasaan pesakit kematian otak akan dipasangkan
dengan alat „life support system’. Alat yang dimaksudkan di sini ialah alat ventilator
darah ke seluruh badan melainkan otak. Ini bermakna apabila dimatikan alat
ventilator pasti akan menyebabkan kematian pesakit yang hanya bergantung harapan
kepada mesin tersebut.
Manakala pada pandangan perubatan, pesakit tersebut tidak mempunyai apa-
apa harapan kerana otak sudah „mati‟ dan seterunya menyebabkan otak tidak dapat
megarahkan perjalanan jantung dan pernafasan. Alat ventilator ini dapat mengambil
peranan otak dalam meneruskan proses penafasan dan perjalanan darah yang normal
dan pesakit hanya bergantung kepada mesin ini untuk terus hidup sehingga otaknya
dapat pulih kembali yang merupakan satu perkara yang mustahil berlaku kerana otak
adalah satu organ yang tidak dapat dibaik pulih apabila berlaku kemalangan dan
kecacatan yang teruk yang memusnahkan bahagian yang mengawal pernafasan dan
perjalanan darah. Dalam erti kata lain, tanpa alat ventilator, pesakit ini akan mati
pada bila-bila masa sahaja kerana jantung dan penafasan akan berhenti sebaik sahaja
alat tersebut dihentikan. (Mohd Fauzi Bin Mustaffa dan Abdul Monir bin Yaacob
:1998)
Menurut Zaharuddin Abd Rahman (2009) isu alat bantuan hayat dan mati
otak mula timbul dibincangkan dalam kalangan Fuqaha dan alam Islam sekitar awal
80 an. Ia dibincangkan di sidang Majma' Fiqh Islami tahun 1985 M di Jeddah yang
mana dihadiri oleh para ulama dunia dan doktor-doktor perubatan pakar tetapi tiada
keputusan dibuat demi meneliti isu. Sidang Majma' Fiqh seterusnya dibuat tahun
1986 Masihi, di Amman Jordan, dan tajuk ini dibincangkan dengan begitu
mendalam, hasilnya Majma' Fiqh Islam Sedunia telah membuat fatwa dalam isu alat
bantuan hayat dan mati otak, yakni bagi menjawab persoalan adalah seseorang dikira
4
mati dari sudut syarak atau belum apabila disahkan mengalami mati otak. Fatwanya
sebagai berikut : "Sesungguhnya seseorang dianggap mati dari sudut syarak dan
seluruh urusan melibatkan kematian boleh dilaksanakan sekiranya tedapat dua tanda
:
1. Apabila terhenti jantung dan pernafasan secara sempurna, dan Doktor
mengesahkan tiada harapan untuk kembali berfungsi.
2. Apabila terhenti seluruh tugas dan peranan otak secara sempurna ,
dan doktor pakar dalam bidang ini mengesahkan tiada harapan untuk
kembali fungsi setelah dibuat analisa lengkap.
Dalam keadaan tersebut, adalah harus untuk menanggalkan alat bantuan hayat
yang digunakan pesakit walaupun terdapat anggota tubuhnya yang berfungsi dengan
bantuan alat tersebut" Kesan Fatwa ini, maka terbukalah ruang yang luas bagi proses
pemindahan organ bagi pesakit mati otak yang dianggap mati dari sudut syarak lalu
bolehlah dijalankan proses pemindahan organ dalam keadaan organ masih segar dan
sel masih hidup. (https://www.zaharudin.net : 2009)
1.2 Latar belakang masalah
Pusat Sumber Transplan Nasional (PSTN) merekodkan lebih 6,500 pesakit di
seluruh negara yang masih menunggu simpati penderma organ terutama kumpulan
kritikal yang amat memerlukan buah pinggang, jantung, hati dan paru-paru. Pada
masa sama, ramai yang nekad ke luar negara untuk mendapatkan sendiri organ yang
dikehendaki walaupun terpaksa berdepan pelbagai risiko termasuk ditipu sindiket
5
penjualan organ antarabangsa. Ketua Penyelaras Transplan PSTN, Dr Lela Yasmin
Mansor, berkata ia kerana ada yang terpaksa menunggu terlalu lama mendapatkan
organ sumbangan rakyat tempatan. Beliau berkata PSTN menerima laporan ada
pesakit mencari sendiri bekalan organ di luar negara terutama China dan India
selepas terlalu lama menunggu sumbangan penderma tempatan. (Berita Harian :27
Mei 2006)
Di Malaysia, kesedaran untuk mendermakan organ atau atau tisu kepada
mereka yang memerlukan tidaklah begitu tinggi disebabkan beberapa perkara seperti,
keagamaan, kurang kefahaman dan sebagainya. Dalam kehidupan dunia yang serba
moden ini, masih perlukah manusia berpegang kepada faktor tersebut, bagi
melepaskan diri untuk memberi bantuan bagi menyelamatkan nyawa manusia lain.
Sebagaimana kaedah syariah Islam yang menjelaskan tentang kemudaratan:
الضرر زال
Maksudnya: “kemudaratan hendaklah dihilangkan.”
Dan juga :
إذا ضاق األمر اتشع
Maksudnya : “Apabila sesuatu perkara itu berada dalam keadaan
keempitan, ia akan mewujudkan keluasan.”
6
Kejahilan dan kurang kefahaman berkemungkinan boleh dijadikan faktor utama yang
menyebabkan kesedaran yang begitu rendah dalam kalangan masyarakat. Masyarakat
tidak mengetahui tentang kepentingan mendermakan organ mereka. Pengetahuan
tentang pendermaan organ hanya berkisar pada kesan buruk yang bakal berlaku
walaupun pemindahan itu akan dilakukan kepada seseorang yang telah disahkan
meninggal dunia ataupun yang menyalami mati otak. Ramai orang yang menganggap
bahawa penderman organ yang dilakukan dinegara ini adalah bertentangan dengan
hukum agama, namun pun begitu tiada hujah yang kukuh dalam menyokong
dakwaan berkenaan.
Menurut Selamat bin Hashim (2010), di dalam tujuan perundangan hukum
syarak tedapat perkara daruriyyat yang perlu diberi keutamaan. Terdapat lima
perkara daruriyyat tersebut, antaranya adalah menjaga agama, nyawa, akal, maruah
atau keturunan dan harta. Disini dapat dilihat betapa Islam sangat menjaga terhadap
nyawa seeorang manusia. Ianya berada barisan kedua selepas penjagaan terhadap
agama.
1.3 Penyataan Masalah
Pendermaan dan pemindahan organ bukanlah perkara yang baru dalam dunia
perubatan di Malaysia, tetapi kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai
kepentingan menderma organ masih pada peringkat rendah. Tajuk yang dipilih
adalah berkisarkan pada masalah yang selalu dihadapi oleh masyarakat. Dimana
masyarakat masih berada dalam keadaan yang was-was tentang isu pendermaan
organ, dan apatah lagi akan membuat pendaftaran sebagai penderma. Kajian ini akan
dijalankan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kepentingan
mendermakan organ bagi membantu orang yang memerlukan.
7
1.3 Objektif kajian
Objektif yang utarakan ini adalah untuk dijadiakan bahan rangka bagi pengkaji
untuk mendapatkan maklumat secara sistematik:
1.3.1 Untuk menganalisis sejauh mana tahap kesedaran dan kefahaman
masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ
1.3.2 Meninjau persepsi masyarakat terhadap sistem pendermaan organ
yang dilakukan di negara ini
1.3.3 Untuk mengetahui faktor-faktor kekurangan bilangan penderma
organ.
1.4 Persoalan kajian
Pengkaji berharap persoalan yang diutaran ini akan terjawab, seperti:
1.4.1 Sejauh manakah tahap kesedaran dan kefahaman masyarakat tentang
kepentingan pendermaan organ?
1.4.2 Apakah persepsi masyarakat terhadap sistem pendermaan organ yang
dilakukan di negara ini?
1.4.3 Apakah faktor-faktor kekurangan bilangan penderma organ?