perkembangan terkini berkaitan isu-isu falak syarie...

24
- 1 - Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie di Malaysia* Dr. Azhari bin Mohamed Ahli Panel Pakar Falak JAKIM / Timbalan Yang DiPertua, Persatuan Falak Syari’ Malaysia (PFSM) / Naib Presiden Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) / Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia I Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Kuala Lumpur [email protected] https://www.jupem.gov.my Tel: +603 2617 0800 Fax: +603 2691 7457 Abstrak Falak merupakan antara bidang ilmu yang terpenting dalam Islam. Sejak kebelakangan ini, terdapat perkembangan pesat dan minat yang tinggi terhadap ilmu falak di Malaysia. Justeru, khalayak yang mengendalikan ilmu falak perlu dipertingkat bagi memastikan ianya dapat memberi sumbangan dan manfaat yang besar kepada umat Islam. Keupayaan mengurus dan menyampaikan maklumat falak yang benar juga perlu selari dengan peredaran masa, selain tuntutan tinggi terutama dari sudut syarak dan saintifik. Ia sejajar dengan keperluan bagi umat Islam untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti keagamaan dan sosial yang semakin meningkat dengan lebih yakin, lebih-lebih lagi dari segi penentuan hala kiblat, perhitungan waktu solat dan penetapan tarikh bulan hijriah. Kertas kerja ini, antara lain, menetengahkan peranan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sebagai agensi penasihat teknikal kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam bidang falak dan astronomi. Ianya turut membincang mengenai beberapa isu semasa berkaitan falak dan mengupas secara ringkas serta berkongsi beberapa kaedah penyelesaian yang bersesuaian. * Berdasarkan kertas kerja bertajuk ‘Peranan JUPEM Dalam Permasalahan dan Isu-isu Falak di Malaysia’ yang telah dibentangkan semasa Seminar Falak Nusantara 2018 yang telah diadakan di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) pada 17 - 18 Oktober 2018

Upload: others

Post on 04-Jul-2020

106 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 1 -

Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie di Malaysia*

Dr. Azhari bin Mohamed

Ahli Panel Pakar Falak JAKIM / Timbalan Yang DiPertua, Persatuan Falak Syari’ Malaysia (PFSM) /

Naib Presiden Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) / Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia I

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Kuala Lumpur

[email protected] https://www.jupem.gov.my

Tel: +603 2617 0800 Fax: +603 2691 7457

Abstrak

Falak merupakan antara bidang ilmu yang terpenting dalam Islam. Sejak kebelakangan ini, terdapat perkembangan pesat dan minat yang tinggi terhadap ilmu falak di Malaysia. Justeru, khalayak yang mengendalikan ilmu falak perlu dipertingkat bagi memastikan ianya dapat memberi sumbangan dan manfaat yang besar kepada umat Islam. Keupayaan

mengurus dan menyampaikan maklumat falak yang benar juga perlu selari dengan peredaran masa, selain tuntutan tinggi terutama dari sudut syarak dan saintifik. Ia sejajar dengan keperluan bagi umat Islam untuk merancang dan melaksanakan segala aktiviti keagamaan dan sosial yang semakin meningkat dengan lebih yakin, lebih-lebih lagi dari segi penentuan hala kiblat, perhitungan waktu solat dan penetapan tarikh bulan hijriah.

Kertas kerja ini, antara lain, menetengahkan peranan Jabatan Ukur dan Pemetaan

Malaysia (JUPEM) sebagai agensi penasihat teknikal kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam bidang falak dan astronomi. Ianya turut membincang mengenai beberapa isu semasa berkaitan falak dan mengupas secara ringkas serta berkongsi beberapa kaedah penyelesaian yang bersesuaian.

* Berdasarkan kertas kerja bertajuk ‘Peranan JUPEM Dalam Permasalahan dan Isu-isu Falak di Malaysia’ yang telah dibentangkan semasa Seminar Falak

Nusantara 2018 yang telah diadakan di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) pada 17 - 18 Oktober 2018

Page 2: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 2 -

1.0 PENGENALAN

Ilmu falak terbina diatas rasa kagum dan ingin tahu masyarakat purba mengenai langit

malam - perubahan langit serta perkaitannya dengan kehidupan seharian manusia.

‘Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga)

pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? Dan di langit terdapat (sebab-

sebab) rezekimu dan terdapat (pula) apa yang dijanjikan kepadamu’

Surah adz-Dzaariyaat Ayat 20-22

Istilah falak berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud garis edar (orbit).

‘Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari

keduanya itu beredar di dalam garis edarnya’

Surah Al Anbiyaa’ Ayat 33

Bagaimanapun, definasi falak dalam konteks masakini boleh diberikan takrifan sebagai

ilmu yang membincangkan mengenai pergerakan jasad-jasad samawi. Ia terhasil daripada

gabungan beberapa disiplin seperti ilmu ukur, matematik, fizik, sejarah, sosiologi dan

keagamaan. Dan apabila ilmu falak ini dikaitkan penggunaannya dengan perlakuan ibadat,

maka lahirlah istilah ilmu falak syarie. Dalam erti kata mudah, ilmu falak syarie mencakupi

antara lain perkara-perkara seperti pembentukan takwim tahunan, pencerapan hilal,

perhitungan waktu solat, penentuan hala kiblat dan pencerapan gerhana.

2.0 PERANAN JUPEM

Antara fungsi-fungsi utama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) adalah

menerbitkan produk falak dan astronomi termasuk jadual-jadual arah kiblat, waktu solat,

data rukyah hilal, takwim hijriah dan maklumat gerhana serta almanak falak syarie. JUPEM

di bawah pengawasan Panel Pakar Falak (dahulunya dikenali sebagai Jawatankuasa

Teknikal Kalendar Islam Kebangsaan) berperanan menyediakan maklumat berkaitan falak

syarie untuk kegunaan resmi rakyat di negara ini. Ahli-ahli Panel dilantik setiap 2 tahun

sekali di mana ada yang dilantik melalui Jabatan dan Universiti manakala ada juga yang

dilantik secara perseorangan. Ianya adalah terdiri daripada pegawai berugama Islam dari

agensi-agensi yang terlibat secara langsung di bidang ini. Panel tersebut dipengerusikan

oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

3.0 ISU-ISU BERKAITAN FALAK SYARIE

3.1 Pembentukan Takwim Tahunan

"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan Nya manzilah-

manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan

perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia

menjelaskan tanda-tanda (kebesaran Nya) kepada orang-orang yang mengetahui"

Surah Yunus Ayat 5-6

Hubungan di antara ilmu falak syarie dan penentuan awal bulan hijriah sudah tidak asing

lagi bagi umat Islam. Ianya amat penting dalam membentuk Takwim atau Kalendar dan

seterusnya untuk menentukan tarikh-tarikh penting seperti awal Ramadhan, Hari Raya

Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Asas astronomi bagi Takwim Islam iaitu Takwim Hijriah

adalah berdasarkan sistem qamariyyah di mana ianya berpandukan kepada peredaran

bulan mengelilingi bumi.

Page 3: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 3 -

‘Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu

tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji’

Surah Al-Baqarah: 189

Takwim boleh ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau sistem susunan masa

yang membahagikan tahun menjadi bulan, bulan menjadi minggu dan minggu menjadi

hari. Peranan Takwim didalam kehidupan manusia sejak berzaman adalah sangat penting.

Ia ibarat satu time planning mechanism yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan

keagamaan bagi membantu manusia mentadbir kehidupan seharian, termasuklah amalan-

amalan ketamadunan dan keagamaan. Samada ia di asaskan kepada kedudukan bulan

(seperti Takwim Hijriah) atau matahari (Kalendar Miladiah) atau kedua-duanya sekali

(Kalendar Cina dan Hebrew), manusia menggunakan Takwim bagi merancang, mengurus,

mengatur, mentadbir dan melaksanakan aktiviti-aktiviti hariannya, termasuklah perlakuan

ibadat keagamaan, perayaan, kebudayaan, pertanian dan sebagainya.

Menurut ilmu astronomi, perkiraan bulan baru dikatakan bermula ketika berlakunya waktu

ijtimak, sementara menurut ilmu falak syarie, perkiraan awal bulan baru Hijriah dikira

bermula selepas peristiwa ijtimak dengan ‘terlihatnya’ hilal di ufuk barat selepas matahari

terbenam.

3.1.1 Kriteria Imkanurukyah 1991

Bulan Hijrah bermula pada waktu maghrib (matahari terbenam) hari 'terlihatnya' hilal.

Kecanggihan teknologi dan perkiraan sekarang memungkinkan kita untuk membuat

perkiraan tentang kedudukan bulan dengan tepat. Bagaimanapun, samada hilal boleh

dilihat di sesuatu lokasi atau tidak agak sukar untuk dijangkakan.

Kebolehnampakan hilal bergantung kepada beberapa faktor seperti keadaan cuaca,

ketinggian bulan ketika maghrib, jarak lengkung bulan-matahari ketika maghrib, tempoh

masa antara matahari terbenam dan bulan terbenam, pencemaran udara, peralatan optik,

pencerap dan sebagainya. Oleh itu, kaedah ketetapan kriteria Imkanur Rukyah

(kebolehnampakan hilal) yang mengambilkira faktor-faktor tersebut digunakan bagi

menentukan permulaan bulan Hijriah. Kriteria ini boleh disesuaikan berdasarkan laporan-

laporan rukyah yang dibuat dari masa kesemasa.

Kriteria Imkanur Rukyah mula diperkenal ketika Muktamar Hilal bagi Penentuan

Permulaan Bulan Hijriah di Istanbul pada 26-29 November 1978 dengan ketetapan:

Ketinggian hilal tidak kurang dari 5 ketika matahari terbenam; dan Jarak dari tengah bulan ke jisim matahari tidak kurang daripada 8 ketika matahari

terbenam.

Page 4: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 4 -

Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menerima pakai Deklirasi Istanbul

1978 dengan tambahan syarat alternatif:

Umur bulan tidak kurang dari 8 jam ketika hilal terbenam.

Pada 1 Jun 1992, bertempat di Labuan, Pertemuan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama

Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) telah bersepakat untuk

mengubahsuai Kaedah Imkanur Rukyah yang sedia ada.

Kriteria Ketetapan Imkanur Rukyah adalah:

Sebelum matahari terbenam, ijtimak telah berlaku 29 haribulan Hijriah dan

melalui perkiraan kewujudan hilal adalah positif serta dapat memenuhi

salah satu syarat-syarat berikut :

Di ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang dari 2 dan jarak tengah bulan ke jisim matahari tidak kurang dari 3

atau Di ketika hilal terbenam, umur hilal tidak kurang daripada 8 jam (selepas

ijtimak berlaku).

Bagaimanapun, perbahasan mengenai kesesuaian KIR92 yang diterimapakai sehingga

sekarang masih berterusan, bukan sahaja di dalam Negara malah dipentas antarabangsa.

Penulis mendapati bahawa kaedah penetapan tarikh awal bulan Hijri tidak selari dengan

hukum sains dan tuntutan syarak. Kaedah yang diterima umum harus berdasarkan data

yang kukuh dan mengambilkira kelonggaran syarak puasa/raya. Kajian hilal harus juga

membezakan antara untuk tujuan penyelidikan/akademik dan tujuan ibadah.

Penulis juga mendapati bahawa penggunaan dua kriteria iaitu faktor geometri dan faktor

kematangan anak bulan bagi penentuan taqwim Islam adalah bercanggah dengan sains

dan seterusnya mencadangkan penggunaan satu parameter sahaja, tanpa diberi pilihan.

Selanjutnya, keputusan telah dibuat untuk mengkaji semula KIR92 dengan nilai yang baru

dan sehingga kini perkara ini masih dalam pertimbangan MABIMS. Secara ringkasnya,

sejarah evolusi kriteria tersebut adalah seperti berikut:

Kriteria

Imkanur

Rukyah dan

Tahun

Ketika Matahari terbenam

Ketika bulan

terbenam

Ketinggian

Bulan

Jarak dari

pusat Bulan ke

jisim Matahari

Umur Bulan

KIR78Istanbul 5 dan 8 -

KIR84MABIMS 5 dan 8 dan 8 jam

KIR92MABIMS 2 dan 3 atau 8 jam

*KIR16Malaysia 3 dan 5 -

*KIR16MABIMS 3 dan **6.4 -

*KIR16Istanbul 5 dan 8 -

* Masih di peringkat cadangan

** Jarak dari pusat Bulan ke pusat Matahari

Page 5: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 5 -

3.1.2 Jarak Bulan ke Matahari

Jarak dari bulan ke matahari merupakan salah satu parameter daripada kriteria

imkanurukyah (KIR) yang digunakan di Malaysia. Sejak mula diperkenalkan di Istanbul

dan seterusnya diterimapakai di Malaysia dan negara-negara MABIMS, jarak ini adalah

daripada bulan ke jisim matahari atau lebih tepat daripada pusat bulan ke piring matahari

di ufuk ketika maghrib.

Penggunaan istilah Jarak Lengkung/Elongation/Sudut Elongasi/Jarak Sendeng dalam

konteks KIR yang merujuk kepada jarak dari titik tengah bulan ke titik tengah matahari

adalah salah, sepertimana dibangkitkan oleh penulis dalam tahun 2002, 2016 dan 2017.

Page 6: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 6 -

Oleh itu, takrifan Jarak Lengkung hendaklah dikaji semula dan pembetulan perlu dibuat

kepada resolusi Muzakarah Rukyah dan Takwim Islam Negara Anggota MABIMS 2016 pada

2 - 4 Ogos 2016 “dari pusat bulan ke pusat matahari”. Istilah Jarak

Lengkung/Elongation/Sudut Elongasi/Jarak Sendeng perlu ditukar kepada “Jarak pusat

hilal ke jisim matahari” selaras dengan ketetapan Istanbul 1978 dan ketetapan KIR78,

KIR84 dan KIR91.

3.1.3 Tarikh Hari Raya Aidil Adha

Umum mengetahui bahawa polemik mengenai kaedah penetapan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha bukanlah sesuatu perkara yang baru. Malah, ianya berlaku bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di lain-lain Negara. Secara amnya, amalan menyambut Hari Raya Aidil Adha terbahagi kepada dua cara. Pertamanya, ia disambut sehari selepas hari Wukuf di Padang Arafah yang ditetapkan

melalui pengisytiharan oleh pihak Arab Saudi. Dari tahun 1977 hingga 1995, amalan ini dipraktiskan di Malaysia. Antara pendapat yang menyokong kepada amalan ini termasuklah bahawa Hari Raya Aidil Adha pada asasnya adalah untuk jemaah yang

sedang menunaikan fardhu Haji di Mekah dan oleh itu kita perlulah menyambut Hari Raya Aidil Adha secara serentak bersama-sama mereka;

atau Keduanya, ia disambut mengikut ketetapan tarikh 10 Zulhijjah yang dibuat melalui

penentuan tarikh kebolehnampakan hilal Zulhijjah. Sebenarnya di Malaysia, praktis ini telah digunapakai sejak sekian lama sehingga tahun 1977. Kita mengamalkannya

semula dalam tahun 1995 sehingga sekarang selepas melalui beberapa siri Muzakarah dan kajian. Ianya dibuat dengan berpegang kepada pendapat bahawa asas penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha tidak seharusnya berbeza dengan kaedah penetapan tarikh awal Ramadhan, Syawal serta bulan-bulan Hijriah yang lain dan hendaklah dibuat menggunakan asas yang sama, iaitu rukyah dan hisab.

Bermula 1996, Malaysia menyambut Aidil Adha pada 10 Zulhijjah, dan tidak lagi sehari

selepas wukuf di Padang Arafah. Ini berdasarkan kepada justifikasi berikut, antaranya:

o Ibadat Haji telah difardhukan dalam tahun 6 Hijrah.

‘ Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu

dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang

jauh supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi mereka dan supaya mereka menyebut nama

Allah pada hari yang telah ditentukan atas rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka berupa

binatang ternak. Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk

dimakan orang-orang yang sengsara lagi fakir.’

Surah Al Hajj ayat 27-28 Manakala, Hari Raya Aidil Adha telah mula disambut dalam tahun 1 Hijrah di

Madinah.

‘ Dari Anas r.a. berkata: Setelah Rasulullah S.A.W. tiba di Madinah, di dapati bagi orang-orang Madinah ada dua hari mereka bermain-main. Maka Rasulullah S.A.W. bertanya Aapakah dua hari ini?, mereka menjawab Kami bermain-main pada dua hari tersebut pada zaman Jahiliah. Sabda Rasulullah S.A.W. Bahawa sesungguhnya Allah Taala telah menukarkan kepada kamu hari yang lebih baik daripada keduanya iaitu Hari Adha dan hari Fitri ’

Hadis

Page 7: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 7 -

Ibadat Haji juga terikat dengan tempat dan masa, iaitu di Mekah dan sekitarnya. Sambutan Hari Raya Aidil Adha pula boleh disambut pada hari-hari tertentu tetapi tidak terikat dengan tempat. Oleh kerana tidak ada kaitan diantara ibadat Haji dengan sambutan Hari Raya Aidil Adha, maka boleh disimpulkan bahawa

penetapan tarikh rayanya tidak seharusnya bergantung kepada pengisytiharan hari Wukuf. Dengan sebab itu, Hari Raya Aidil Adha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban, dan bukannya Hari Raya Haji bagi kita di luar Mekah.

o Hubungan diantara pergerakan bulan dengan Taqwim Islam adalah jelas. Demikian menurut ayat di bawah:

‘Dialah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkanNya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak. Dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNya) kepada orang-orang yang mengetahui’

Surah Yunus ayat 5-6

Allah menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai hilal dan waktu berhaji:

‘Mereka itu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang bulan sabit katakanlah, bulan sabit itu

tanda-tanda waktu bagi orang-orang puasa, raya puasa dan waktu-waktu ibadah dan berhaji’

Surah Al-Baqarah ayat 189

Hadis Nabi juga menjelaskan tentang hari Wukuf di Padang Arafah pada 9

Zulhijjah:

‘Bahwa Rasulullah saw menyuruh seseorang buat menyerukan: “Haji itu ialah Arafah!

Barangsiapa datang pada malam tanggal sepuluh sebelum fajar terbit, bererti ia telah mendapatkan

Arafah”.’

Hadis riwayat Ahmad dan Ashhabus Sunan dari Abdurrahman

bin Ya’mur ( Fikih Sunnah )

o Malaysia berada di timur Mekah dan terpisah dengan 5 Zon Waktu. Ini bermakna

bahawa waktu di Malaysia mendahului waktu di Mekah sebanyak +5 jam. Dalam kata lain, jam 12.00 tengahari di Mekah adalah bersamaan dengan jam 5 petang

Hari Raya

Aidil Adha

ISNIN SELASA RABU

+5 jam

+5 jam

8.00 pg

Mekah

Malaysia

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

4.00

petang

12.00

tgh mlm

8.00

pagi

SOLATSOLATTAKBIRTAKBIR

SOLATSOLATW U K U F

(1.00 tgh - 7.00 pagi)

W U K U F

(1.00 tgh - 7.00 pagi) KORBANKORBAN

Hari Wukuf

KORBANKORBANKORBAN

ISNIN SELASA RABU

TAKBIRTAKBIR

Page 8: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 8 -

di Malaysia. Sekiranya kita berpegang kepada kaedah penetapan Hari Raya Aidil Adha berdasarkan kepada sehari selepas Wukuf, maka akibat daripada perbezaan zon waktu ini, ibadat-ibadat seperti laungan takbir Raya, solat sunat Aidil Adha serta ibadat korban yang dilakukan di Malaysia sebenarnya telah mendahului

ibadat-ibadat yang sama di Mekah.

o Selain daripada perbezaan Zon Waktu, Malaysia dan Mekah juga terpisah dengan jarak sejauh 1700 km. Dalam era globalisasi dan internet seperti masakini, faktor geografi bukanlah satu isu besar. Bagaimanapun, sekiranya kita kembali semula kepada zaman 1,429 tahun dahulu, sementelah 200 tahun dahulu, keadaan tidak akan memungkinkan umat Islam untuk bertukar-tukar apa jua maklumat dengan

pantas – keterbatasan teknologi, pengangkutan serta komunikasi. Oleh itu, persoalan timbul mengenai bagaimana pengetahuan mengenai tarikh hari Wukuf boleh disampaikan kepada semua umat Islam di segenap pelusok dunia untuk merayakan Aidil Adha sekiranya itulah tuntutan syarak. Ini tentulah menjadi masalah besar bagi umat Islam, malah mustahil untuk diikuti, melainkan tarikh raya tersebut ditetapkan dengan penentuan awal bulan Zulhijjah dan seterusnya 10 Zulhijjah. Oleh sebab itu, adalah tidak menjadi keterlaluan sekiranya dianggap bahawa kaedah penetapan Hari Raya Aidil Adha sehari selepas Wukuf bagi umat Islam di luar Tanah Arab adalah satu ‘fatwa’ baru yang direka dan yang tiada mempunyai apa-apa kaitan langsung dengan sunnah.

o Perayaan Hari Raya Aidil Adha yang ditetapkan sehari selepas hari Wukuf supaya

serentak dengan para jemaah Haji disifatkan sebagai melambangkan penyatuan Ummah. Sekiranya pendapat ini boleh dijadikan pegangan, maka mengapa tidak

diperluaskan kepada ibadat solat untuk dilakukan secara serentak juga!

o Penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha pada masa kini sudah tidak menjadi isu lagi dan ianya sudah lama selesai. Perkara ini telah pun dibincang serta dibahas dengan panjang lebar dan telah menjadi salah satu daripada resolusi Islamic Fiqh Academy yang diadakan dari 11 hingga 16 Oktober 1986 di Jordan. Resolusi ini

telah membuat ketetapan dan memutuskan agar semua negara Islam

menentukan permulaan bulan hijriah termasuk Zulhijjah menggunakan asas

yang sama bagi Aidil Fitri dan Aidil Adha.

o Pada 16 Jun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu yang ke-167 telah bersidang dan bersetuju, antara lainnya, agar penentuan Hari Raya Aidil Adha (sehari selepas wukuf di Padang Arafah) dipinda kepada penentuan berdasarkan Ktiteria Imkanur-Rukyah. Keputusan ini dicapai setelah ianya dibincang dan dibahaskan diperingkat Jawatankuasa Penyelarasan Rukyah dan Takwim Islam Pertemuan MABIMS, Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya serta Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Oleh itu, kita perlulah mengikut ketetapan awal puasa dan raya seperti mana yang dibuat oleh pihak pemerintah.

“ Hai orang yang beriman taatilah Allah dan taatilah Rasulmu dan Ulil Amri di kalangan kamu ”

59 dalam Surah Al-Nisa

Dalam tahun 1994, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-167 telah berkenan supaya

Malaysia merayakan Aidil Adha pada 10 Zulhijjah dan tidak lagi mengikut sebagaimana

ketetapan sehari selepas hari Wukuf di Padang Arafah.

Manakala pada tahun 1996, Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam telah mengesyorkan

kaedah Imkanur Rukyah agar diperluaskan bagi penentuan kesemua bulan-bulan Hijriah

sebagai asas kepada Takwim Islam Malaysia. Justeru, mulai tahun 1996, kesemua bulan-

bulan Hijriah ditentukan melalui ketetapan kriteria Imkanur-Rukyah.

Page 9: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 9 -

3.1.4 Tarikh Puasa Hari Wukuf

Lanjutan daripada paragraf 2.1.2 diatas serta justifikasi penetapan tarikh Hari Raya Aidil Adha pada 10 Dzulhijjah, maka tarikh puasa hari wukuf adalah pada 9 Dzulhijjah bagi umat Islam yang berada di luar Tanah Haram Mekah yang tidak mengerjakan ibdat haji.

3.1.5 Status Imej Hilal Yang Diproses

Hilal yang dicerap akan diusahakan untuk dirakam menggunakan kamera DSLR sebagai

salah satu daripada pembuktian kenampakan. Ada ketika di mana imej hilal yang diambil

sebaik sahaja ia berjaya dikesan melalui teleskop. Ada juga berlaku keadaan di mana hilal

tidak kelihatan melalui teleskop, namun ianya hanya ‘timbul’ apabila imej tersebut

diproses menggunakan perisian tertentu. Dalam hal ini, keputusan samada imej hilal yang

diproses diterima dan boleh disabit kenampakannya atau sebaliknya masih belum dibuat.

Page 10: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 10 -

Secara ringkasnya, isu-isu berkaitan pembangunan taqwim Islam dan statusnya adalah

seperti dalam jadual di bawah.

Bil. Isu Telah Selesai

Belum Selesai

1. Kriteria imkanurukyah 1992 ×

2. Jarak bulan ke matahari ×

3. Tarikh hari raya Aidil Adha √

4. Tarikh puasa hari wukuf √

5. Status imej hilal yang diproses ×

3.2 Perhitungan Waktu Solat

‘. . . Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang

beriman.’

Surah An-Nisaa’ Ayat 103

Antara sebab yang paling utama umat Islam terdahulu perlu mendalami ilmu falak adalah

bagi tujuan penentuan masa. Terdapat banyak perlakuan ibadat yang terikat dengan

masa, antaranya berpuasa, berhaji, berzakat dan tidak ketinggalan bersolat lima waktu.

Menunaikan solat dalam waktu yang ditetapkan merupakan salah satu daripada syarat

sah solat. Oleh sebab itu, pengetahuan mengenai masuk dan berakhirnya waktu-waktu

solat amat penting untuk memastikan kesempurnaan ibadat ini.

‘Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu

sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di

malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.’

Surah Thaha Ayat 130

Imej Hilal Ramadan 1440H yang dirakam oleh En. Muzamir di

Teluk Kemang pada 5 Mei 2019 dan dilakukan contrast

adjustment

Page 11: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 11 -

Daripada Abdullah ibni Amru bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, ‘Waktu Zohor bermula apabila

gelincir matahari sehingga panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek tersebut.

Waktu Asar bermula apabila panjang bayang sesuatu objek sama panjang dengan objek pula

sekiranya matahari belum kekuningan. Waktu Maghrib bermula apabila matahari kekuningan dan

berakhir apabila hilangnya cahaya mega merah (syafak ahmar). Dan waktu Isyak bermula apabila

hilang syafak ahmar sehingga tiga perempat malam. Waktu Subuh bermula dari terbitnya fajar dan

berakhir apabila terbit matahari. Apabila telah terbit matahari maka dilarang mendirikan solat.

Bahawa terbitnya di antara dua tanduk syaitan’

Hadis riwayat Muslim

Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan secara matematik bahawa:

Maghrib : apabila keselurohan cakera matahari telah terbenam di ufuk

barat dengan mengambilkira factor biasan

Isyak : apabila mega merah (syafak) hilang di ufuk barat (pusat

matahari berada 18° dibawah ufuk barat)

Suboh: Dari terbit fajar saddiq (pusat mh berada 20° dibawah ufuk

timur) hingga terbit matahari (apabila cakera matahari

mula menyentuh ufuk)

Zohor : apabila matahari gelincir sebanyak jejarinya melintasi

meridian samawi tempatan

Asar : apabila bayang tiang adalah sama dengan panjang tiang

campur bayang tiang ketika transit matahari

3.2.1 Nilai tempoh ihtiati dalam hitungan waktu solat

Sumber: http://mabbim.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/04/syariah.pdf

Nilai tempoh ihtiati bagi waktu solat perlu kajian semula bagi mendapatkan nilai yang

lebih realistik dan seragam, bersesuaian dengan perkembangan semasa dan

kemajuan teknologi terkini.

Page 12: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 12 -

3.2.2 Paparan jadual waktu solat

Hari dalam Islam bermula lebih awal, iaitu ketika terbenamnya matahari atau maghrib,

manakala dalam kalendar Miladiah, ianya bermula daripada waktu tengah malam.

Paparan jadual waktu solat yang dipraktis pada masa kini tidak mencerminkan

perbezaan diantara kedua-dua kalendar tersebut, oleh itu ianya adalah kurang tepat.

Dalam paparan jadual waktu solat sediada, sebagai contoh, Maghrib dan Isya’ pada

2 J’akhir 1425H adalah kepunyaan 19 Julai 2004 (bukannya 20 Julai 2004), manakala

Subuh hingga Asar adalah kepunyaan 20 Julai 2004.

Oleh itu, penulis telah mencadangkan dalam tahun 2004 agar paparan jadual perlu di

format semula seperti berikut:

3.2.3 Waktu solat bagi zon yang bersebelahan

Waktu solat bergantung rapat dengan kedudukan atau lokasi seseorang yang hendak

menunaikan solat. Secara tiorinya, waktu solat bagi seseorang yang berada di lokasi di

timur adalah lebih awal dari seseorang yang berada di barat.

Konsep zon waktu solat diperkenalkan untuk memudahkan penyeragaman di dalam

penyediaan jadual waktu solat. Prinsipnya ialah penggabungan semua lokasi kedalam satu

zon yang mempunyai waktu solat tidak melebihi dua (2) minit antara satu dengan yang

lain. Manakala kawasan tinggi dan pulau pula masing-masing diwujudkan zon secara

bersendirian. Di dalam kedua-dua kes tersebut, titik rujukan yang paling barat dalam zon

yang sama digunakan untuk pengiraan waktu solat. Mengikut statistik tahun 1996,

terdapat 66 zon waktu solat seluruh Malaysia.

Bagaimanapun, pemakaian zon waktu solat telah menimbulkan masalah baru,

terutamanya bagi zon-zon yang bersebelahan oleh kerana waktu solat yang berbeza dua

(2) minit. Contohnya ialah Bandar Tampin yang terletak di persempadanan antara Melaka

dengan Negeri Sembilan.

Page 13: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 13 -

Oleh itu, penulis mencadangkan jadual waktu solat yang menggunakan konsep zon

dilengkapi juga dengan maklumat pembetulan waktu solat bagi setiap daerah. Dengan

cara ini, kedua-dua daerah yang masing-masing berada berbelahan di dalam zon yang

berlainan akan mempunyai nilai waktu solat yang sama.

Page 14: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 14 -

3.2.4 Waktu syuruk dan solat maghrib di bangunan/tempat tinggi

Salah satu pembetulan yang perlu diberikan di dalam pengiraan waktu solat, selain

pembetulan semi-diameter matahari dan biasan, ialah junaman ufuk. Pembetulan

junaman ufuk penting kerana ia mengambilkira ketinggian sesuatu tempat kerana

mempunyai ufuk ketara yang berbeza dengan ufuk benar, berbanding dengan tempat

yang lebih rendah. Ini mengakibatkan waktu solat dan waktu syuruk bagi tempat yang

tinggi lebih lewat.

Pembetulan junaman ufuk perlu diberikan bagi waktu solat dan syuruk melibatkan

bangunan tinggi melebihi 20 meter. Bagaimanapun, bagi kawasan tinggi yang mempunyai

dataran yang lebar dan luas memerlukan kajian lanjut untuk mengenalpasti kelebaran

atau keluasan jarak ke ufuk sebelum keputusan samada ia layak untuk diberi pembetulan

junaman ufuk atau tidak.

Page 15: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 15 -

3.2.5 Definisi matematik waktu solat subuh dan isyak

Pengetahuan mengenai kedudukan matahari adalah sangat penting di dalam pengiraan

waktu solat. Waktu Subuh dikatakan bermula dari terbit fajar saddiq di ufuk timur,

manakala waktu Isyak pula bermula apabila mega merah (syafak) hilang di ufuk barat.

Di Malaysia, kriteria penentuan waktu bagi solat Subuh dan Isyak mengikut tafsiran

astronomi adalah masing-masing berdasarkan nilai sudut matahari di bawah ufuk

sebanyak 20 dan 18 (manakala bagi negeri Kelantan adalah 19 dan 17).

Namun, ketepatan nilai-nilai ini telah dipertikaikan dan disyakki tidak selaras dengan

maksud nas-nas syarak serta pandangan jumhur ulama di dalam kitab-kitab fiqh

muktabar. Kajian lanjut keatas nilai sebenar sudut matahari perlu dijalankan melalui

pencerapan kecerahan langit agar mematuhi kehendak syarak seperti yang telah

ditetapkan.

3.2.6 Waktu solat di angkasa lepas

Pelaksanaan ibadah di angkasa lepas telah menjadi isu, lanjutan daripada pengumuman

oleh pihak Kerajaan dalam tahun 2003 untuk menghantar angkasawan ke Stesen Angkasa

Antarabangsa (ISS). Hakikatnya adalah ISS mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dalam

tempoh sehari, dan menjadikan seseorang itu perlu mendirikan solat sebanyak 80 kali

setiap 24 jam! Beberapa cadangan telah dibincangkan semasa Seminar Islam dan

Kehidupan di Angkasa yang telah dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 25-26 April 2006.

Penulis telah mencadangkan supaya pengiraan waktu solat di angkasa lepas

menggunakan kaedah penyelesaian di kawasan abnormal. Dalam hal ini, Majlis Syariah Islam, Rabitah al-Alami al-Islami dalam tahun 1982 telah memutuskan bahawa bagi kawasan yang mengalami siang dan malam secara berterusan, contohnya di Kutub, jadual waktu solat kawasan yang terhampir yang siang dan malamnya dapat dibezakan boleh digunakan. Manakala bagi kawasan yang senja didapati bercantum dgn fajar (masalah

Page 16: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 16 -

bagi Isyak/Suboh), jadual waktu solat terakhir musim sebelumnya yang normal (mega merah dan fajar sadiq boleh dibeza) boleh digunakan. Oleh itu, memandangkan keadaan ISS menepati keadaan ini, penulis telah mencadangkan agar jadual waktu solat bagi angkasawan Muslim di ISS menggunakan jadual waktu solat di Baikonur, Russia iaitu

tempat berlepasnya roket ke angkasa lepas, melalui perisian COSMOS (Computation Of Solat-times for Muslims in Outer Space).

Setelah mengambilkira semua pandangan, JAKIM telah memutuskan bahawa angkasawan Muslim akan mendirikan ‘lima waktu solat dalam tempoh 24 jam (1 hari di bumi) menggunapakai waktu solat tempat berlepas angkasawan’.

3.2.7 Waktu solat dalam pesawat

Satu persoalan yang sering timbul dikalangan pengembara dalam penerbangan adalah

bila dan berakhirnya waktu untuk bersolat. Isu timbul kerana waktu solat di dalam

penerbangan berkait rapat dengan tiga (3) entiti, iaitu arah, kelajuan dan ketinggian kapal

terbang, arah pusingan bumi serta arah pergerakan matahari. Ini memberi kesan kepada

kesulitan di dalam pengiraan waktu solat.

Page 17: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 17 -

Persatuan Falak Syar'i Malaysia (PFSM) telah

memulakan satu inisiatif di dalam kajian

waktu solat dalam penerbangan jarak jauh

melalui kolaborasi di antara saintis dan

ulama tempatan.

Perisian MyMuwaqqit dijangka akan

dipasang kedalam InFlight Entertainment

System di semua pesawat MAS A350 secara

percuma setelah semua perbincangan

dengan semua pihak berkaitan

dimuktamadkan dalam masa terdekat.

3.2.8 Waktu solat dalam kapal selam

Pada tahun 2002, Kerajaan Malaysia dan pembuat kapal Perancis, Armaris telah

menandatangani kontrak pembelian dua (2) buah kapal selam, kini dikenali sebagai KD

Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak. Memandangkan kapal selam ini akan berada

lama di bawah laut berbanding dengan di permukaan, isu timbul berkaitan dengan

pengiraan waktu solat.

Setelah melalui beberapa siri perundingan, diputuskan bahawa kordinat bagi tujuan

pengiraan waktu solat akan menggunakan lokasi di permukaan laut di mana kapal selam

itu berada.

Scorpene

Page 18: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 18 -

Secara ringkasnya, isu-isu berkaitan penentuan waktu solat dan statusnya adalah

seperti dalam jadual di bawah.

Bil. Isu Telah Selesai

Belum Selesai

1. Nilai tempoh ihtiati dalam hitungan Waktu Solat √

2. Paparan Jadual Waktu Solat ×

3. Waktu solat bagi zon yang bersebelahan ×

4. Waktu syuruk dan solat maghrib di bangunan/tempat tinggi

×

5. Definisi matematik waktu solat suboh dan isya’ ×

6. Waktu solat di angkasa lepas √

7. Waktu solat dalam pesawat √

8. Waktu solat dalam kapal selam √

3.3 Penentuan Hala Kiblat

Kiblat merupakan pusat dan hala tumpuan bagi umat Islam untuk menyempurnakan

sesuatu ibadat. Pengetahuan mengenai hala kiblat diperlukan apabila melaksanakan

perlakuan ibadat dan aktiviti harian tertentu.

‘Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mendirikan solat) maka hadapkan mukamu kearah Masjidil Haram (Kaabah) dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu kearahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan nagi orang yang menyalahi kamu kecuali orang yang zalim diantara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasannya)”. Maka janganlah kamu takut kepada cacat cela mereka dan takutlah kamu kepada Ku semata-mata dan supaya Aku sempurnakan nikmat Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar)’

Surah Al-Baqarah Ayat 150

Berikut adalah beberapa definasi hala kiblat:

Ibn al-Haitham: ‘The qibla is the direction such that when a human observer faces

it, it is as if he is looking at the diameter of the earth passing through the Kaaba. And

the ray coming out of his eye in that direction is in the plane of the great circle passing

in the direction of his zenith and the point corresponding to [the zenith of] Mecca’

King: ‘The qibla at any locality is defined as the direction to Mecca along

the great-circle on the terrestrial sphere’

Al-Razi: ‘The qibla direction is the intersection point between the circle of

horizon and the great circle passing in the direction of our zenith and

Mecca’s zenith. The qibla angle is the arc on the circle of horizon between

the qibla direction and the meridian of our city; and [the angle] between

the qibla direction and the equinoctial sunset point [ie. west] is the

complement of the qibla angle.

Page 19: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 19 -

Bagi sesetengah ibadat, mengadap kiblat adalah wajib manakala bagi aktiviti harian

tertentu, ianya adalah sunat dan ada juga yang makruh (dan mungkin juga haram!).

Antaranya termasuklah:

Mendirikan solat (wajib mengadap Kiblat) Sebelum memulakan tawaf (mengadap kearah Hajarul Aswad di Kaabah) Melakukan tawaf keliling Kaabah (bahu kiri menjurus ke Kaabah) Meletak jenazah atas katil (arah kaki mayat menghala ke Kiblat) Menyempurnakan kedudukan jenazah dalam liang lahad (mayat di posisikan agar

mengiring sebelah kanan dan mengadap Kiblat) Mengambil wuduk (sunat mengadap Kiblat)

Mendiri masjid, surau dan lain-lain tempat peribadatan Islam (musolla) Menyembelih binatang (penyembelih menghadap dan binatang mengiring kearah

Kiblat) Berdoa (sunat dan afdal mengadap Kiblat) Membaca Al-Quran (sunat mengadap Kiblat) Tidur (sunat kepala menghala ke Kiblat atau dalam kedudukan jenazah dalam

kubur) Melaungkan azan Melakukan sujud syukur Melakukan sujud sajdah atau tilawah (as-Sajdah (15), al-A‘raaf (206), ar-Ra‘d (15),

an-Nahl (49), al-Israa‘ (107), Maryam (58), al-Haj (18), al-Furqaan (60), al-Naml (25), Fussilat (38), al-‘Alaq (19) dan an-Najm (62))

Memulakan pemakaian kain ihram (sunat mengadap Kiblat)

Melakukan ‘aktiviti bersama’ suami/isteri Menunaikan qadh’ hajat (ditegah mengadap atau membelakangkan Kiblat) Berlunjur kaki (ditegah menghala ke Kiblat) Berludah (ditegah menghala ke Kiblat)

3.3.1 Had Pesongan Hala Kiblat

Umum mengetahui bahawa perbezaan

kiblat sebanyak 1 darjah akan memberi

kesan pesongan jarak sejauh 124km.

Terdapat beberapa cadangan yang telah

dibincang dalam usaha menetapkan had

pesongan hala kiblat, termasuk

membezakan had mengikut taraf

premis seperti masjid, surau dan

kediaman.

Keputusan JK Fatwa Majlis Kebangsaan

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama

Islam Malaysia adalah seperti berikut:

3

Sumber: https://www.fatwa.my/community.php?tid=250

3⁰

Page 20: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 20 -

3.3.2 Hala Kiblat di Angkasa Lepas

Salah satu daripada cadangan menarik untuk

menyelesaikan masalah kiblat di angkasa lepas ialah

penggunaan kerusi kiblat yang dilengkapi dengan

mekanisma yang membolehkan ianya dihalakan

kepada kiblat secara berterusan dan automatik.

Bagaimanapun, ianya didapati tidak praktikal untuk

dilaksanakan.

Berikut adalah keputusan berkaitan hala kiblat di

angkasa lepas:

Secara ringkasnya, isu-isu berkaitan penetapan hala kiblat dan statusnya adalah seperti

dalam jadual di bawah.

Bil. Isu Telah Selesai

Belum Selesai

1. Had pesongan hala kiblat √

2. Hala kiblat di angkasa lepas √

3.4 Peristiwa Gerhana

‘Dan janganlah kamu sujud kepada matahari dan bulan, dan sujudlah kepada Allah yang menjadikan

keduanya’

Surah As Sajdah ayat 37

Peristiwa gerhana merupakan salah satu daripada banyak keajaiban alam yang ditawarkan

oleh langit. Samada ianya adalah gerhana matahari (akibat sekatan cahaya matahari

daripada sampai ke bumi oleh bulan) atau gerhana bulan (akibat daripada bayang bumi

menimpa permukaan bulan), fenomena ini tidak pernah gagal menarik perhatian manusia

untuk menjalankan cerapan dan kajian.

Sumber: http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/ Garis-Panduan-Pelaksanaan-Ibadah-Di-ISS.pdf

Page 21: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 21 -

Menurut sejarah Islam, terdapat tiga kejadian gerhana yang boleh dianggap sebagai

signifikan. Pertamanya dalam tahun ketika Nabi Muhammad s.a.w. lahir di Mekah yang

lebih dikenali sebagai Tahun Gajah (569-570M).

‘Apakah kamu tidak memerhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera bergajah?

Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Kaabah) itu sia-sia? Dan

Dia mengirimkan kepada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan

batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang

dimakan (ulat)’

Surah Al Fiil ayat 1-5

Tahun ini dinamakan sedemikian kerana mengambil sempena pencerobohan oleh tentera

bergajah yang diketuai oleh Abrahah untuk merobohkan Kaabah. Selain daripada dua

insiden besar ini, Tahun Gajah juga menyaksikan berlakunya gerhana matahari penuh.

Keduanya, sewaktu anak kecil Rasulullah s.a.w., Ibrahim meninggal dunia pada 22 Januari

632M, gerhana matahari cincin telah berlaku pada hari tersebut. Ketika itu ramai orang

mendakwa bahawa matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana, hinggakan mereka

berkata: Gerhana matahari kerana matinya Ibrahim. Rasullulah SAW telah menyangkal

kepercayaan tersebut melalui sabdanya:

‘Sesungguhnya matahari dan bulan keduanya menjadi tanda (dalil) dari dalil-dalil adanya Tuhan

dan kekuasaanNya. Keduanya gerhana bukan kerana matinya seseorang, dan tidak pula kerana

hidupnya seseorang maka apabila kamu lihat keduanya gerhana, hendaklah kamu berdoa kepada

Allah, dan sembahyang sampai habis gerhana itu’

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Fenomena gerhana matahari ketiga yang dikaitkan dengan sejarah Islam berlaku 39 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Gerhana matahari cincin telah berlaku dalam zaman pemerintahan Mu’awiyah dalam tahun 661M ketika usaha sedang di jalankan untuk memindahkan mimbar Rasulullah s.a.w. yang terletak di Madinah untuk di bawa ke Damascus, Syria, selaras dengan statusnya sebagai pusat pemerintahan Bani Umayyah. Akibat daripada berlakunya gerhana pada hari tersebut yang ditafsirkan sebagai satu amaran, hasrat itu telah dibatalkan. Maka mimbar itu dibiarkan kekal di Madinah.

Page 22: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 22 -

Pada masakini, ahli-ahli falak dan para penyelidik melaksanakan pemerhatian gerhana dengan tujuan-tujuan, antaranya seperti berikut:

Menyemak kedudukan bulan baru dan waktu ijtimak (ketika gerhana matahari) dan kedudukan bulan fasa suku kedua atau bulan purnama (ketika gerhana bulan).

Peristiwa ini boleh dianggap sebagai ‘a self-correcting mechanism’ kepada semakan Taqwim Islam

Mengkaji fasa-fasa gerhana (sentuhan pertama, kedua, maksimum, ketiga dan keempat)

Merakam gambar dan video gerhana Memahami fenomena Baily’s Beads, Shadowy effect, Diamond Ring, kromosfera,

prominens dan korona matahari

Photosfera: permukaan mh yang bersinar

Kromosfera: lapisan nipis yang menyelaputi permukaan mh,

hembusan gas panas mh beribu km tingginya

Prominens: rembesan lidah api mh

Korona: lapisan cahaya biru yang mengelilingi mh

Menjalankan cerapan keatas bintang dan planet ketika gerhana matahari Menilai kesan terhadap keadaan persekitaran (suhu, tekanan udara, cahaya, paras

air laut, kelajuan angin, graviti dsb) Mengkaji kesan keatas hidupan flora dan fauna sebelum, semasa dan selepas

gerhana matahari

Mengadakan eksperimen-eksperimen tertentu Meningkatkan keimanan melalui penghayatan kebesaran dan keagongan Allah

S.W.T., sekaligus menghindarkan aliran apa-apa kepercayaan karut-marut yang sering dikaitkan dengan gerhana

Selain daripada perkara-perkara di atas, umat Islam dianjurkan untuk menjalankan

aktiviti-aktiviti kerohanian iaitu sembahyang sunat khusuf (gerhana bulan), atau kusuf (gerhana matahari) serta mendengar khutbah mengenainya. Namun terdapat persoalan mengenai keperluan mengadakan solat sunat tersebut oleh kerana gerhana mempunyai fasa-fasanya yang tersendiri serta jenisnya disamping nilai peratus tutupan bayang yang berbeza.

Status berkaitan keperluan mendirikan solat sunat gerhana adalah seperti di jadual

dibawah.

Bil. Isu Telah Selesai

Belum Selesai

1. Keperluan mendirikan solat sunat gerhana khusuf

dan kusuf dengan jenis gerhana (peratus cahaya,

umbra, penumbra, gerhana separa, gerhana

penuh dsb)

×

Page 23: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 23 -

3.5 LAIN-LAIN ISU

Bil. Isu Telah Selesai

Belum Selesai

1. Matahari mengelilingi bumi ?

2. Bumi rata (Flat earth) ?

3. Bulan mengelilingi Kaabah ?

4. Matahari terbit di barat ?

5. Makhluk asing ?

6. UFO ?

7. Pendaratan manusia di bulan ?

4.0 SYOR DAN KESIMPULAN

• Sebahagian besar isu-isu falak syarie yang dibentangkan merupakan isu-isu

lama yang ditimbul dan dikitarkan semula oleh sesetengah pihak yang tidak

mengikuti permasalahan dari awal. Kebanyakannya telah selesai, namun

begitu, sebahagian daripadanya memerlukan kajian semula.

• Pengamal ilmu falak syarie perlu mempelajari dan memahami isu-isu

kontemporari supaya masyarakat awam jelas.

• Isu-isu boleh diselesaikan melalui perbincangan teknikal dan syariah.

• Disarankan supaya Negara-negara anggota MABIMS membincangkan isu-isu

falak syarie dan berkongsi jalan penyelesaian.

• Perlukan dana untuk jalankan penyelidikan.

• PFSM mengalu-alukan kolaborasi dan penyelidikan dan sedia

mempertimbangkan permohonan dana sokongan.

• JUPEM akan terus memainkan peranan sebagai agensi teknikal kepada JAKIM

dalam bidang falak syarie.

Page 24: Perkembangan Terkini Berkaitan Isu-isu Falak Syarie …mufti.johor.gov.my/wp-content/uploads/2020/02/...3.1 Pembentukan Takwim Tahunan "Dia lah yang menjadikan matahari bersinar dan

- 24 -

DAFTAR RUJUKAN

Azhari bin Mohamed (2017) Terminologi Jarak Lengkung. Mesyuarat Panel Pakar Falak,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 29 Mac 2017 Azhari bin Mohamed (2012). Pembentukan Taqwim Hijriah dan Penetapan Puasa

Ramadhan, Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, Wacana Falak 2012, Anjuran Pejabat Mufti Negeri Sarawak dan JAKIM Sarawak, 3 Rejab 1433H / 24 Mei 2012M

Azhari bin Mohamed (2007) Syarat Kriteria Imkanurukyah: Perlukah Ada Dua Pilihan?

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam, 21 Jun Azhari bin Mohamed (2007) Kaedah Penetapan Awal Bulan Islam di Malaysia: Antara

Mematuhi Hukum Sains dan Memenuhi Tuntutan Syarak. Seminar Ilmu Falak Sempena Sambutan 20 Tahun Persatuan Falak Syarie Malaysia, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor, 13 - 14 Julai

Azhari bin Mohamed (2004) Ilmu Falak Syarie dan Anda. Bengkel Falak dan Muktamar

Persatuan Falak Syar’i Malaysia Kali ke 12, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, 9 September

Azhari bin Mohamed (2004) Penentuan Arah Kiblat: Konsep dan Teori. Taklimat Falak

Syarie anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis dan JUPEM Perlis, 27 Mei

Azhari bin Mohamed (2002) Sistem Waktu Solat dan Perhitungan. Kursus Asas Falak

Syarie anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor, 19-21 Ogos

Azhari bin Mohamed (2002) Jarak Lengkong Bulan-Matahari dan Perisian Rukyah93. Muzakarah Semakan Kriteria dan Penyelarasan Kaedah Perhitungan Bagi Taqwim Imkanur-Rukyah, 1 - 3 Ogos

Mustafa Din bin Subari, Mohd. Saupi Che Awang, Azhari bin Mohamed,

Baharrudin Zainal & Md. Adnan Md. Daud (2001) Kaedah Panduan Falak Syarie,

Terbitan Unit Falak, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pp57

Samad Abu, Azhari bin Mohamed, Mohd. Saupi Che Awang, Mustafa Din bin

Subari, Baharrudin Zainal & Md. Adnan Md. Daud (2001) Kaedah Penentuan Awal

Hijrah, Terbitan Unit Falak, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

pp65

Azhari bin Mohamed (1999) Fenomena Gerhana. Kursus Falak Syarie Anjuran INSTUN,

Hotel Grand Continental Kuala Terengganu, 26 November

B.E. Schaefer (1994) Solar Eclipses That Changed the World, Sky & Telescope, May, p36-

39