perkembangan seni knk2

19
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBAE1203 PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK TAJUK: 1) Laura Chapman dalam bukunya bertajuk “Approaches in Art Education” menjelaskan bahawa menghasilkan karya seni merupakan suatu proses artistik yang boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah.Huraikan bagaimana guru Pendidikan Seni Visual dapat mengembangkan kreativiti kanak-kanak berdasarkan 3 kaedah yang disarankan oleh Chapman. Huraian anda perlu berdasarkan beberapa contoh hasil seni kanak-kanak. NAMA: RASMAWATI BINTI TAUSE NO MATRIK: 811217125250001 NO KAD PENGENALAN: 811217-12-5250 NO TELEFON: 019-9889315 EMAIL: [email protected] [email protected],my NAMA TUTOR: PN SUZANA 0

Upload: micah-lewis

Post on 18-Nov-2015

248 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

pendidikan seni visual

TRANSCRIPT

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGESHBAE1203PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAKTAJUK:1) Laura Chapman dalam bukunya bertajuk Approaches in Art Education menjelaskan bahawa menghasilkan karya seni merupakan suatu proses artistik yang boleh dijalankan dengan pelbagai kaedah.Huraikan bagaimana guru Pendidikan Seni Visual dapat mengembangkan kreativiti kanak-kanak berdasarkan 3 kaedah yang disarankan oleh Chapman. Huraian anda perlu berdasarkan beberapa contoh hasil seni kanak-kanak.

NAMA:RASMAWATI BINTI TAUSE

NO MATRIK:811217125250001

NO KAD PENGENALAN:811217-12-5250

NO TELEFON:019-9889315

EMAIL:[email protected]@oum.edu,my

NAMA TUTOR:PN SUZANA

PUSAT PEMBELAJARAN:KOTA KINABALU

SMP PPG MAC 2012

ISI KANDUNGANMUKA SURAT

1. PENGENALAN22. PROSES ARTISTIK MENGGUNAKAN KAEDAH CHAPMAN43. MAKLUMAT SOKONGAN74. KESIMPULAN105. BIBLIOGRAFI116. LAMPIRAN12

PENGENALANSetiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan professional (initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru seni yang cemerlang sekiranya dia tiidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain mengajar, seseorang guru seni juga mempunyai peranan yang lain. Antara peranan guru Pendidikan Seni Visual ialah sebagai pengurus, pembimbing, motivator, pemudah cara(fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.Peranan utama guru Pendidikan Seni Visual ialah sebagai pengurus. Bermaksud guru perlu menjalankan tugas-tugas yang berkaitan dengan mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F.Connell, 1972). Antara perkara yang perlu diuruskan oleh seorang guru seni ialah menguruskan rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas harian, mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, mengurus keadaan fizikal bilik darjah, mengurus aktiviti kumpulan, mengurus karya dan hasil kerja murid, mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual, mengurus bilik seni dengan sempurna dan bersistematik serta mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.Antar lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan pengetahuan baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata pelajaran Seni Visual. Sebagai pembimbing, seseorang guru itu perlu peka terhadap tingkahlaku dan perkembangan spiritual murid dalam pengajaran seni visual. Sebagai contoh, jika seseorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid mengenai suasana di tepi pantai. Kemudian guru perlu membimbing murid melukis gambar tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut.Seterusnya, peranan guru Pendidikan Seni Visual ialah sebagai motivator. Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, guru perlu berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan kegunaanya dalam kehidupan seharian. Motivasi guru juga dapat meningkatkan keyakinan murid dan memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni.Guru sebagai pemudah cara. Menurut Joyce, B., &Weil, M.,(2003), hasil pengajaran yang paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan akibat perolehan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan proses pembelajaran. Ini bermaksud pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang mendalam dan mudah difahami oleh murid.Akhir sekali guru sebagai inisiator. Bermaksud individu yang sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-muridnya secara berkesan. Apabila seseorang guru itu menunjukkan kesungguhan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, pasti murid-murid akan turut berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.

PROSES ARTISTIK LAURA H.CHAPMANLaura H. Chapman ialah seorang perunding dan penulis dalam bidang Pendidikan Seni di Cicinnati, Ohio. Berpengalaman mengajar prasekolah serta kelas dewasa, di kawasan luar Bandar , pinggir Bandar dan sekolah sekolah di pusat bandar. Beliau juga pernah mengajar mahasiswa dan program-program ijazah pendidikan Seni di Indiana Universty, The Ohio State University, University Of Illinois dan University Of Cincinnati.Pelbagai model perkembangan telah dikemukakan dan dapat membantu memperjelaskan perkembangan artistik kanak-kanak. Model yang telah diformulasikan oleh Lowenfeld (1975) dan Chapman (1972) mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah transisi perkembangan daripada peringkat scribbling ke representasi. Antara persamaan-persamaan yang lain ialah faktor sosio-ekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama diperingkat awal pertumbuhan. Selain itu lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal berbanding berus dan warna. Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkat-peringkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.Laura H. Chapman dalam bukunya bertajuk Approches In Art Education (1978) menjelaskan bahawa proses kreativiti mmepunyai pertalian dan hubungan yang hamper sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai artistic. Menurut beliau, proses artistic ini digunakan oleh penggiat seni dalam penghasilan karya. Proses artistik yang dijelaskan oleh Chapman tidak bersifat statik, bersifat boleh ubah dan berulang-ulang. Menurut Chapman lagi, tiga disiplin ini menjadi keutamaan asalkan objektif menghasilkan karya seni tercapai.Terdapat tiga kaedah yang diperkenalkan oleh Chapman bagi menghasilkan karya seni:a) Kaedah penjanaan idea ( Inception of Idea)Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya. Di dalam konteks Pendidikan Seni Visual, guru dimestikan untuk membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju dalam menghasilkan karya . ini kerana jika diabaikan, adalah dikhuatiri pelajar mungkin tidak mampu menghasilkan karya. Oleh yang demikian sebagai guru Pendidikan Seni Visual, perlulah mempunyai kepekaan terhadap pelajar yang berada di dalam kelasnya. Ini kerana tidak semua pelajar berminat dalam sesuatu mata pelajaran. Persaingan dikalangan pelajar sering berlaku. Pelajar yang lemah akan mengalamai masalah. Peranan seorang guru untuk membimbing dan memberi penerangan dengan betul. Jika tidak kemungkinan minatnya terhadap seni akan terkubur. Selain itu juga, guru perlu peka terhadap tingkahlaku dan perkembangan spiritual murid. Sebagai contoh, jika seseorang guru itu ingin mengajar murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlulah mengetahui pengetahuan sedia ada murid mengenai suasana tepi pantai, kemudia guru membimbing murid melukis gambar tersebut dan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut.

b) Pengolahan dan pemurnian.Proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan. Dalam penghasilan karya diperingkat kanak-kanak, proses ini dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil yang terbaik.Dalam konteks ini, murid-murid perlu dilatih dan diasah agar lebih teliti. Guru perlulah bijak dalam memotivasikan pelajarnya untuk menghasilkan karya seni yang terbaik serta dapat meningkatkan keyakinan diri secara tidak langsung. Melalui kaedah pengolahan dan pemurnian yang sering dilakukan berulang kali adakalanya akan menimbulkan rasa bosan dikalangan pelajar dan membuat kerja secara ala kadar oleh itu motivasi guru akan dapat memupuk perasaan ingin membuat yang terbaik dalam penghasilan karya seni mereka.Sebagai contoh memberikan komentar yang positif terhadap hasil karya seni mereka dan mengelakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak berminat meneruskan penghasilan karya.

c) Kemahiran menggunakan bahan.Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya. Sesetengah pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi menghasilak karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu. Jelasnya, pemilihan bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan sebelum mengahsilkannya. Oleh yang demikian, guru perlu membimbing murid terhadap bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan. Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai tersendiri.Guru perlu menggalakkan murid untuk membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan penggunaan bahan. Ini kerana murid boleh membuat interpretasi dan menyelaras hasil karya nya dengan objek yang dilihat.

Peranan seorang guru untuk membimbing murid dalam menggunakan bahan. Ini kerana murid pada kebiasaanya akan memilih bahan mengikut suka hati. Oleh itu guru perlu member penegasan bahawa pemilhan bahan yang dilakukan mestilah mempunyai makna yang tersendiri.Ciri-ciri seseorang guru Pendidikan Seni Visual ialah mestilah bersifat fleksibel. Iaitu boleh menyesuaikan diri dalam apa sahaja keadaaan dan sentiassa berfikiran optimis. Sebagai contoh, dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar kemungkinan akan mengalami kecederaan. Oleh itu guru mestilah tidak panik dalam menghadapi situasi tersebut.Guru Pendidikan Seni Visual ini juga mestilah sentiasa sensitif dan peka terhadap keadaan sekelilingnya termasuklah keadaan, minat pelajar. Guru yang mempunyai ciri ini akan sentiasa dapat menimbulkan minta terhadap pelajarnya dalam mempelajari seni.Selain itu, mesti sentiasa bersifat terbuka dalam menerima pandangan dan pendapat daripada pelajar-pelajarnya mengenai hasil karya dan kerja mereka. Akhir seklai guru Pendidikan Seni ini juga sentiasa bersifat logik dan berfikiran bebas.

MAKLUMAT SOKONGAN

Dalam merealisasikan tugasan saya, saya telah memilih pelajar saya yang berada di tahun 5. Saya telah memilih bidang menggambar dan tajuknya ialah pemandangan di tepi laut. Bersandarkan kepada bidang yang telah saya pilih, saya telah mengaplikasikan kaedah Chapman dalam proses saya mengajar tajuk Pendidikan Seni Visual kepada pelajar-pelajar saya.Berlandaskan kepada kaedah Laura H. Chapman yang pertama iaitu kaedah penjanaan idea dimana saya sebagai seorang guru telah menetapkan tajuk pengajaran iaitu pemandangan di tepi laut. Sebelum pelajar saya memulakan aktiviti penghasilan karya, amat penting selaku guru untuk membimbing mereka bermula dari proses pertama sehinggalah penghasilan karya mereka yang sebenar. Cetusan idea-idea mereka tentang pemandangan tepi pantai banyak menghasilkan idea kepada pelajar lain. Soal jawab yang banyak berlaku bagi mempastikan karya yang hendak dihasilkan memenuhi objektif

Gambar 1 : murid melukis idea yang berkaitan dengan tajuk.

Kaedah yang kedua oleh Laura H. Chapman ialah pengolahan dan pemurnian. Berlandaskan kepada kaedah ini, saya telah menerapkannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Sebagai guru, bimbingan dalam pengolahan karya amat penting. Selaku guru, saya telah menyediakan dua keping kertas sebagai bahan yang boleh digunakan untuk mengolah bahan. Mereka berasa seronok dalam menghayati dan mengaplikasikan kaedah pengolahan ini kerana sebelumnya, mereka tidak pernah mengolah bahan dan terus mengaplikasikan dalam karya. Apabila di beri tunjuk ajar agar membuat pengolahan terlebih dahulu sebelum menghasilkan karya sebenar, barulah mereka berpuas hati dan mempunyai keyakinan diri terhadap hasil karya masing-masing.Walaupun banyak masa yang diambil namun hasil yang ditunjukkan oleh pelajar saya amat memuaskan hati.

Gambar 2: Penghasilan objek yang berkaitan dengan pantai.

Kaedah terakhir ialah, kemahiran menggunakan bahan. Guru memberikan bimbingan agar pelajar dapat menggunakan bahan yang sesuai dengan karya yang dihasilkan.

Gambar 3: Penggunaan warna

Gambar 4: Penghasilan karya oleh salah seorang pelajar

KESIMPULANMaklumat mengenai mengapa kanak-kanak melukis dan memahami lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak selalunya mempunyai interpretasi dan makna yang tertentu. Lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak juga kebiasaannya merupakan satu cara untuk kita mengenalpasti proses perkembangan minda dan kreativiti mereka. Pengetahuan ini boleh dijadikan panduan kita untuk mengadakan aktiviti untuk menggalakkan perkembangan artistic kanak-kanak dan kita boleh juga member peluang kepada kanak-kanak untuk bercerita dan berkongsi pengalaman mereka dengan rakan yang sebaya supaya pengalaman mereka dapat dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran yang berfaedah.Melalui kajian ini, sebagai seorang guru seni, kita perlu mahir dalam menggunakan kaedah-kaedah yang betul dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Ini penting untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Selain itu, guru seni juga perlu melihat teori-teori yang ditulis oleh tokoh-tokoh seni agar dapat membantu guru memahami tentang seni itu sendiri. Ini kerana kreativiti dan imaginative pelajar adalah berbeza dan luas.Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni.Melalui kajian ini juga, saya dapat lihat pelajar-pelajar saya seronok dalam melakukan aktiviti seni di dalam seni. Ini kerana pada pengajaran sebelum ini mereka hanya melukis sahaja dan tidak diperkenalkan dengan kaedah-kaedah. Setelah saya perkenalkan kaedah ini mereka mempunyai banyak soalan dan semuanya nampak seronok dalam menghasilkan karya.

BIBLIOGRAFIChua Yan Piaw, (2011).Pendidikan Seni Visual SPM. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia. Sdn.Bhd.https://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:X8khaMXsjAUJ:www.oocities.org/zulmz65/senikanakanak1.pdf+&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESjBucGpHZA2UKX1t1cbqe3ZTgVwduNOr9A4UWcC0KG3vUlMnYAwAGBf0zbj_b3TSGlyWy9Pvh8v7MUI9cp0Kp8ZSd9GEyWPGgk41cg4F5gb8Us1c7cdyl8y8NNlRM3eb_d1XjCN&sig=AHIEtbTUK8t_2mJ72MFF9_70qO1cN9khQQhttps://docs.google.com/viewer?a=v&q=cache:DX9DlLtiYVYJ:www.lmsipda.net/ppg_lms/file.php/1/MODUL_PPG_SEMESTER_2/PSV3103_Kreativiti_Dan_Seni_KanakKanak.pdf+&hl=en&gl=my&pid=bl&srcid=ADGEESjSu3VkOY2J9RxX0SvR2RuAH1BDRloAODzWxwUHDJGdlVCTEmOscAMBUxFXLOP23xxNC17_6coxP17EwsqL_MHllStFYtPc9sDNO1DXHzJUBkwiyiwT_h8n4LcYBLPzF9HZhDRI&sig=AHIEtbRcJDs64sbfUa6kbG53Km_jcsPflQLowenfeld, V. &Brittain, W.L. (1987).Creative and Mental Growth,(8th.ed.). USA: Macmillan Pub.Open University Malaysia, (2011). HBAE 1203 Perkembangan Seni Kanak-kanak: Selangor. Meteor Doc. Sdn. Bhd.Roslina.(2012).Kreativiti dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Bahagian Pendidikan Guru. Putrajaya:Kementerian Pelajaran Malaysia.

12