perkembangan dan pertumbuhan kanak

9
PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK Perkembangan merupakan satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti di mana sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku dapat memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Perkembangan dikatakan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermaksud bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangan bahkan perkembangan juga berlaku berterusan. Pertumbuhan pula adalah merupakan suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kualiti yang dapat dibuat ke atas organisma dengan nyata. Perubahan kuantiti pula adalah seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga dapat didefinisikan sebagai perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses kematangan. Peringkat Perkembangan

Upload: lisa-cooper

Post on 30-Sep-2015

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cth

TRANSCRIPT

PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

Perkembangan merupakan satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti di mana sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku dapat memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu. Perkembangan dikatakan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermaksud bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangan bahkan perkembangan juga berlaku berterusan. Pertumbuhan pula adalah merupakan suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kualiti yang dapat dibuat ke atas organisma dengan nyata. Perubahan kuantiti pula adalah seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga dapat didefinisikan sebagai perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses kematangan. Peringkat PerkembanganMengikut ahli teori perkembangan, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak adalah mengikut peringkat. Pada setiap peringkat ini, kanak-kanak mempunyaikeperluan dan keinginan asasnya dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelekdan estetik.Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak(a) Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, mahupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).(b) Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.(c) Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.(d) Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.(e) Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang.(f) Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran.(g) Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaranCiri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri EkspresiAktiviti seni dapat dicipta untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong ketika diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan. Aktiviti seni juga senang direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak dapat melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Mereka juga suka menghidu, mengesan bunyi, meramas, menggosok, mendengar, menyentuh, mengguling, menguli, dan meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak sangat suka bermain. Seperti yang telah sedia maklum, bermain merupakan satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak. Apabila mereka bermain, secara tidak langsung jasmani, emosi,rohani, intelek dan aspek sosialnya telah dikembangkan. Oleh yang demikian, aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan ia juga boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya. Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni

Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental, dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pada pandangan beliau juga pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui pelbagai cara yang sesuai mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. Antaranya adalah dengan menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitannya dengan kehidupan seharian di peringkat tersebut. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognisi dan pembelajaran dapat berlaku secara semulajadi. Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental,sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Oleh yang dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan ianya secara tidak sedar.Perkembangan Diri Kanak-kanak Melalui Seni

Seni visual, muzik dan pergerakan sangat penting di dalam perkembangan diri kanak-kanak. Bagi aktiviti seni yang terancang ianya membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta membantu mereka memperkembangkan potensi secara menyeluruh.

KreativitiKanak-kanak dapat meluahkan keinginan dan keperluan mereka sekiranya mereka mendapat pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan. kebiasaannya, mereka akan dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Mereka mempunyai cara yang tersendiri untuk meluahkan rasa hati, dengan mencipta sesuatu menggunakan kaedah dan cara dalam pelbagai bentuk.

Cara unik yang sebeginilah yang mencerminkan kreativiti bagi seorang kanak-kanak. Proses kreativiti boleh melibatkan: Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti. Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil.

Kebolehan kanak-kanak dalam meluahkan perasaannya secara lahiriah.Matlamat guru-guru melalui proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati serta mempunyai kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni juga daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Seagai contoh, menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk sesuatu tema. Semasa kanak-kanak menyanyikan lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti di dalam lirik lagu. Seterusnya, kanak-kanak ini menghasilkan gambar berdasarkan tema. Ini membantu pembelajaran terhadap tema ini. Semasa belajar bersama-sama,mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kanak-kanak mempunyai kebolehan yang selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kebiasaanya kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasi alatan dan bahan yang mereka gunakan.Pemahaman

Kanak-kanak akan dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya sekiranya mereka kerap melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah dan di rumah. Ini dapat memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan untuk memperkukuhkan pemahaman mereka antaranya adalah seperti:(a) Aktiviti Pergerakan - Melalui aktiviti pergerakan, kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, imbangan berat badan dan daya atau aliran.

(b) Aktiviti Bermain - Kanak-kanak akan dapat memperkembangkan konsep pembentukan kendiri semasa bermain seperti meningkatkan kefahaman dari segi social, emosi, sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.(c) Lagu di dalam lagu, - Selain menjadi lebih kreatif dan menjadi seorang yang bertanggungjawab, kanak-kanak juga akan dapat menambahkan keyakinan diri seperti menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat, (d) Aktiviti Lakonan - Melalui lakonan, kanak-kanak akan dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi. Mereka juga cuba memahami sesuatu watak. Ini secara tidak langsung, akan dapat menjadikan mereka seorang yang kreatif, inovatif, bertanggungjawab, dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.Melaui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti yang di atas, maka pemahaman tentang sesuatu konsep atau perkara dapat dipertingkatkan.

Kesedaran KendiriKesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia ke arahpenyesuaian sendiri iaitu penerimaan atau penolakan dan penghargaan kendiri.Seseorang dapat mempertingkatkan kesedaran kendiri dengan menggunakancara berkongsi kasih sayang dengan keluarga, kawan atau gurunya. Perasaanyang dirasai ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yangberinteraksi dengannya. Perasaan ini akan membawanya menerima danmenghargai diri.Sebaliknya, jika seseorang individu merasai kurang mendapat penerimaandaripada orang yang berinteraksi dengannya, maka dia akan mengalamiperasaan penolakan kendiri. Manakala, penghargaan kendiri timbul daripadapenilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri.Dengan itu, kesedaran kendiri seseorang itu dapat dipupuk melalui pengaruhkonsep kendiri terhadap tingkah laku seseorang individu. Sekiranya seseorangpelajar ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah mempersepsikan dirinyasebagai seorang pelajar yang berkebolehan dan mempunyai penghargaankendiri yang tinggi.Di samping itu, guru memainkan peranan yang penting untuk mendapatkankonsep kesedaran kendiri yang positif. Antaranya ialah:(a) Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usaha pembelajaran.(b) Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran.(c) Mengajar pelajar mengikut kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan.(d) Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya.(e) Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.(f) Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting.(g) Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.