edu 3102 perkembangan kanak-kanak
DESCRIPTION
Tugasan perkembangan kanak-kanak 1PISMP. PKK. Perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak.TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
. .
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JANUARI 2011
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
NAMA MOHAMAD KHALILIZUL SYAHMIE BIN NORDIN @ NORDEY
NO. I/C 910509-03-5189
ANGKA GILIRAN
KUMPULAN 1 PISMP SN 2 SUBJEKPERKEMBANGAN KANAK-KANAK (EDU3102)
TARIKH SERAHAN
PENSYARAHPN. ZAIRIHAN BINTI CHE HARON
SURAT PERAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :
Nama Penulis : Mohamad Khalilizul Syahmie bin Nordin @ Nordey
Opsyen : 1 PISMP SN
Tarikh : 11 April 2011
PENGHARGAAN
1 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Pertama sekali, saya ingin memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada
Allah kerana melalui pengajian PISMP ini saya berpeluang untuk belajar mengenai
Perkembangan Kanak-Kanak dengan lebih mendalam bagi menempuhi pengajian
Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang akan saya tempuhi selama lima tahun nanti.
Saya juga ingin berterima kasih kepada pensyarah kerana telah banyak
memberi bimbingan serta pertolongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Tunjuk ajar beliau amat saya hargai kerana pertolongan yang telah beliau hulurkan
sungguh bermakna dalam membantu saya dalam menyiapkan kerja khusus ini.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya
yang sudi membantu, dan memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan
kerja kursus yang telah diberikan ini. Penerangan yang lebih lanjut yang telah
diberikan oleh rakan-rakan telah banyak membantu saya untuk lebih memahami
tentang cara untuk menyiapkan tugasan ini secara tepatnya. Selain itu, saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang banyak memberikan
dorongan dan sokongan moral sepanjang kerja kursus ini berjalan.
Terima Kasih
ISI KANDUNGAN
2 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PERKEMBANGAN KANAK-KANAKSurat Perakuan 1
Penghargaan 2
Objektif 4
1.0 Konsep dan Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak 5
1.1 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak 5
1.2 Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak 6
2.0 Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak 9
2.1 Faktor Baka 9
2.2 Faktor Persekitaran 11
3.0 Perkembangan Kognitif dan Bahasa Kanak-Kanak 13
3.1 Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak 13
3.2 Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 16
4.0 PEMERHATIAN KENDIRI SAYA 21
4.1 Pelajar Pertama – Muhammad Fakhrul Nizam bin Fakrulrozi 21
4.2 Pelajar Kedua - Azrie Zulsyahmie bin Nordin @ Nordey 24
5.0 Kesan Perkembangan Kanak-Kanak 28
6.0 Rumusan / Cadangan 30
7.0 Refleksi 31
8.0 Borang Rekod Kolaborasi Kerja Kursus 32
9.0 Bibliografi 33
10.0 Lampiran 34
OBJEKTIF
3 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
1. Mengenal pasti teori-teori Perkembangan Kanak-Kanak dan perkaitannya
dalam pendidikan
2. Mengaitkan fahaman Perkembangan Kanak-Kanak dalam membantu
meningkatkan pembelajaran pelajar.
3. Mengaplikasikan teori dan proses pembelajaran dalam menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh murid di dalam bilik darjah.
4. Perlu merangkumi aspek-aspek seperti :
a) Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak.
b) Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan.
c) Perkembangan kognitif dan bahasa peringkat kanak-kanak.
d) Implikasi perkembangan kanak-kanak.
e) Rumusan / Cadangan.
5. Melakukan pemerhatian terhadap 2 orang murid dan menghuraikan
perkembangan kanak-kanak tersebut dari aspek kognitif dan bahasa.
1. KONSEP DAN PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
1.1 Konsep Perkembangan Kanak-Kanak
4 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Santrock (2008), Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel mentafsirkan perkembangan
sebagai perubahan dalam aspek biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang
bermula daripada peringkat awal kehidupannya sehinggalah ke akhir hayatnya.
Menurut Dr. Ragbir Kaur (2008) pula, perkembangan didefinisikan sebagai
perubahan-perubahan yang sistematik dan berterusan yang berlaku dalam diri
seseorang sepanjang hidupnya. Sebagai tambahan, beliau telah menyatakan
bahawa perubahan-perubahan ini berlaku secara progresif di dalam diri setiap insan.
Selain itu, Mok Soon Sang (2009) juga telah memberikan input pemahaman
beliau berkenaan dengan konsep perkembangan kanak-kanak. Menurut beliau,
perkembangan merupakan satu konsep yang berterusan sepanjang hidupnya
daripada lahir sehinggalah individu tersebut mencapai kematangan. Beliau juga
menyatakan bahawa konsep perkembangan pada asasnya ialah perubahan tingkah
laku mental.
Crow dan Crow juga telah memberikan konsep-konsep perkembangan kanak-
kanak menurut pemahaman mereka. Mereka menyatakan bahawa perkembangan
merupakan perubahan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari
segi pemikiran, rohani, moral, dan juga sosial.
Karl E. Garrison pula menyatakan bahawa perkembangan ini terhasil
daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan
pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur atau
sebagainya adalah mngikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat yang sejagat.
Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling
berkait di antara perubahan kuantitatif dan perubahan kualitatif yang menuju ke arah
tertentu dan yang dijangkakan.
D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan
yang berlaku dalam warisan hayat atau baka dan merupakan organisasi kepada
struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan
pertambahan umur.
Menurut Atan Long pula, perkembangan merupakan perubahan kualitatif. Ia
tidak dapat diukur secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana
sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan pula,
perkembangan sentiasa akan berlaku secara berterusan dari permulaan hidup
5 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
hinggalah kepada saat kematian sesuatu organisma. Ini bermakna, perkembangan
bukanm sahaja membawa sesuatu organisma ke peringkat kematangan, tetapi juga
perkembangan berlau secara berterusan meskipun peringkat kematangan
dilangkaui. Tegasnya, perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal
sehingga ke akhir hayat sesuatu organisma. Proses perkembangan bagi sesuatu
organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada
keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu adalah
serupa.
Dan yang terakhir, Gesell (1949) telah menyatakan bahawa walaupun tidak
ada dua individu yang benar-benar serupa, namun secara global, semua kanak-
kanak yang normal cenderung untuk mengikut sususan perkembangan
pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak.
Sebagai kesimpulannya, perkembangan dapat didefinisikan sebagai satu
perubahan kualitatif yang sistematik yang meliputi aspek biologi, kognitif, dan juga
sosioemosi. Perubahan-perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan
dan mendewasakan sesuatu benda hidup hinggalah ke akhir hayatnya.
1.2 Prinsip Perkembangan Kanak-Kanak
Berikut adalah prinsip-prinsip perkembangan kanak-kanak :
Ada arah tertentu yang dapat diramalkan:
Cephalocaudal1
Proximodistal2
Susunannya adalah serupa bagi semua ahli; ada yang terdahulu dan ada
yang terkemudian, tetapi urutan tetap tidak berubah. Contohnya, duduk
sebelum berdiri atau berdiri sebelum berjalan.
Daripada keadaan menyeluruh kepada keadaan tertentu iaitu mulanya umum
kemudian khusus.
Berlaku secara berterusan iaitu perkembangan berlaku dari detik masa
fertilisasi ovum oleh sperma sehinggalah ke peringkat kematian.
1 Arah dari kepala ke kaki2 Arah dari tengah ke tepi
6 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Berlaku mengikut kepantasan yang berbeza: walau berterusan tetapi
beberapa aspek perkembangan pada satu organisma mungkin berbeza.
Perkembangan satu bahagian saling berhubung dengan bahagian yang lain
iaitu wujud pertalian yang nyata antara kematangan jasmani dan kematangan
mental.
Corak perkembangan berbeza-beza kerana tidak semua kanak-kanak
mencapai titik perkembangan yang sama pada umur yang sama.
Perkembangan berlaku mengikut peringkat-peringkat berikut:
Peringkat pralahir / prenatal : Dalam kandungan 9 bulan
Peringkat bayi : 0-2 tahun.
Peringkat awal kanak-kanak : 2-6 tahun.
Peringkat pertengahan kanak-kanak : 6-9 tahun.
Peringkat akhir kanak-kanak : 9-11 tahun.
Peringkat awal remaja : 11-15 tahun.
Peringkat pertengahan remaja : 16-18 tahun.
Peringkat akhir remaja : 18-21 tahun.
Peringkat dewasa : 21-60 tahun
Peringkat tua : 60 tahun ke atas.
Proses perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi
perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahan-perubahan tersebut
melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental dan sosial dari segi kuantiti serta
kualiti. Keseluruhan proses perubahan tersebut adalah proses penyuburan. Oleh itu,
proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan perkembangan.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membangkitkan kebijaksanaan
di dalam diri anak-anak dengan mendidiknya secara holistik dalam cara-cara seperti:
Memberikan makanan berkhasiat yang berkualiti.
Mewujudkan peluang dan ruang untuk perkembangan fizikal.
Memberikan panduan dan rangsangan yang sesuai untuk
perkembangan kognitif.
Memberi galakan dan empati bagi melengkapkannya secara emosi
dan sosial.
Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009) turut menyatakan bahawa prinsip-prinsip
pertumbuhan dan perkembangan adalah seperti berikut:
7 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Proses perkembangan berlaku mengikut aturan. Misalnya seseorang bayi
pada peringkat awal boleh duduk dengan bantuan, kemudian merangkak
diikuti dengan kebolehan berdiri dan seterusnya berjalan. Perkembangan juga
bermula daripada konkrit kapada abstrak. Ini dapat dilihat khususnya dalam
perkembangan kognitif dan bahasa.
Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan beransur daripada
keadaan umum kepada yang lebih spesifik. Seorang bayi boleh
menggengam objek dengan tangan sebelum belajar menggunakan jari
tangan. Pertumbuhan berlaku dengan otot-otot besar terlebih dahulu sebelum
beransur ke otot-otot halus.
Corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar
perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu. Misalnya,
sesetengah kanak-kanak dapat berjalan pada umur 10 bulan manakala ada
yang hanya boleh berjalan pada 18 bulan. Ini adalah salah satu faktor yang
membawa kepada perbezaan di antara manusia yang kita dapat lihat di
dalam sebuah bilik darjah.
Perkembangan adalah hasil interaksi di antara kematangan dan
pembelajaran. Kematangan adalah kemunculan potensi yang sedia ada
dalam seseorang individu, misalnya merangkak, duduk, berjalan dan
kemudian berlari. Ia dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik. Pembelajaran
adalah hasil daripada latihan, proses peniruan atau identifikasi dan
memerlukan usaha.
Proses pembelajaran membantu seseorang individu memperkembangan
potensi yang sedia ada dalam dirinya. Misalnya perkembangan otot dan
saraf anggota badan yang sempurna memungkinkan seseorang itu berenang
tetapi dia hanya boleh berenang jika berlatih atau meniru cara- cara
berenang.
2. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Mengikut kajian ahli psikologi, perkembangan kanak-kanak dipecahkan kepada 5
aspek iaitu aspek jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani. Kelima-lima aspek ini
8 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
pula adalah berasakn kepada 2 faktor yang utama iaitu dipengaruhi oleh faktor baka
dan faktor persekitaran. Perkembangan ini biasanya dikaitkan dengan
perkembangan atau perubahan fizikal tubuh badan. Ahli psikologi juga telah
berpendapat bahawa tiada individu di dunia ini yang mempunya kadar
perkembangan yang sama dan menjadikan faktor baka (nature) dan faktor
persekitaran (nurture) sebagai penyebab ketidaksamaan kadar perkembangan
individu.
2.1 Faktor Baka
Baka ialah gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya.
Persekitaran pula merujuk kepada semua pengalaman luar individu tersebut. Kedua-
dua faktor ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Terdapat persamaan yang serupa
bagi setiap pertumbuhan. Bagaimanapun, proses perkembangan setiap individu
adalah berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui aspek fizikal, kognitif, emosi,
sosial dan jasmani.
Pengaruh genetik atau baka keatas pertumbuhan dan perkembangan
manusia ini sebenarnya dipelopori oleh Johann Gregor Mendel (1822-1889) di
Austri. Menurut Norman L. Munn, dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri
yang diturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Manakala R.
Hilgard pula menyatakan bahawa baka ialah ciri-ciri biologi yang diturunkan melalui
ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen. Amran Schienfed mengatakan bahawa
baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya, di kalangan
ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat-sifat seperti kebolehan, minat dan
kawalan emosi.
Faktor baka atau nature lebih dikenali sebagai gen yang terdiri daripada
nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Kedudukan nukleoprotein
terletak di atas lokus kromosom, yang berupa benang halus yang terdapat dalam
nukleus sel sperma (jantan) juga sel ovum (betina). Mengikut kajian, kromosom
mengandungi bahan DNA dan RNA dan masing-masing membawa gen-gen yang
mengandungi sifat-sifat baka. Gen akan menguasai perkembangan manusia dan
memberi sifat unik kepada setiap manusia. Tidak dinafikan bahawa pertumbuhan
dan perkembangan individu dipengaruhi oleh faktor genetik individu tersebut.
Sebagai contoh saiz dan bentuk badan, ketinggian, rambut dan warna.
9 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
10 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Rajah 1.1 – Persenyawaan, pencatuman dan pertukaran kromosom diantara gamet lelaki (sperma) dan gamet wanita (ovum).
Kajian ahli-ahli psikologi Galton(1865), Goddard(1890), Newman(1937) dan
Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan
dan intelek yang berbeza. Perbezaan kecerdasan di antara individu boleh
diperhatikan daripada prestasi pelajar dalam sesuatu kelas. Kajian ahli-ahli psikologi
sering mengaitkan perbezaan kecerdasam individu dengan kecerdasan ibu bapa
mereka. Biasanya, ibu bapa yang bijak pandai akan melahirkan anak-anak yang
juga bijak pandai. Emosi seseorang juga diwarisi daripada baka ibu bapa. Misalnya,
ibu bapa yang mempunyai emosi yang kurang stabil dan bersifat pemarah akan
melahirkan anak yang agresif dan autokratik.
2.2 Persekitaran (Nurture)
Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman
sebelum dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak
pemakanan, gaya hidup dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah
dipengaruhi oleh cara pemakanan, sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga,
rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran dunia.
Mengikut teori Ekologi Bronfenbrenner (1979,1989), menjelaskan bahawa
perkembangan kanak-kanak merangkumi lima jenis sistem ekologi iaitu mikrosistem,
mesosistem, ekosistem, makrosistem, dan kronosistem. Menurut Bronfenbrenner,
kelima-lima sistem ekologi ini adalah mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Mikrosistem merujuk kepada persekitaran terdekat dimana kanak-kanak lebih
banyak menghabiskan masa dan interaksi secara langsung di dalam persekitaran
itu. Sebagai contoh hubungan interaksi secara langsung antara kanak-kanak dengan
11 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Orang-orang dalam mikrosistem ini memainkan
peranan yang tidak kurang penting di dalam perkembangan kanak-kanak.
Mesosistem pula merujuk kepada kaitan antara perhubungan dengan 2
mikrosistem. Hal ini bermaksud satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi
dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan yang berlaku di rumah boleh
mempengaruhi sikap atau tingkah-laku di sekolah dan sebaliknya. Mengikut
Bronfenbenner juga, kanak-kanak yang diberikan galakan untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dalam mesosistem ini menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada
kanak-kanak yang kekurangan peluang.
Ekosistem merupakan pengalaman dengan persekitaran yang tidak
melibatkan kanak-kanak secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam
persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut. Misalnya
sekolah dengan pasar raya. Kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-
peraturan yang dikuatkuasa oleh tempat membeli belah secara tidak langsung
mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.
Makrosistem pula adalah perkembangan individu yang melibatkan norma-
norma, nilai dan amalan masyarakat itu sendiri. Misalnya dalam sesetengah
masyarakat, peranan jantina dititikberatkan (Santrock,2008). Di sesetengah negara,
kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang
pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting.
Kronosistem pula melibatkan perubahan perkembangan dalam suatu tempoh
masa. Sebagai contoh situasi kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada
permainan-permainan komputer jika dibanding dengan kanak-kanak pada zaman
dahulu kala yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara
satu sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka
setiap individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.
3. PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA PERINGKAT KANAK-KANAK
3.1 Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak
12 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
3.1.1 Teori Perkembangan Kognitif John Piaget
Jean Piaget ( 1896-1980) telah menjelaskan tentang kaedah manusia
mempersepsikan ilmu dan membina hipotesis. Beliau juga menjelaskan bagaimana
minda manusia membentuk skemata dan melaksanakan proses akomodasi dan
asimilasi dalam membina ilmu.
Piaget mengenalpasti 4 faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi
proses pemikiran individu:
1. Kematangan Biologi: Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka/
genetik.
2. Interaksi Individu dengan Persekitaran: Salah satu proses yang dilalui oleh
manusia untuk memahami perkara-perkara yang berlaku.
3. Pengalaman Sosial: Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan
individu dengan orang2 di sekelilingnya.
4. Keseimbangan: Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara
yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi yang baru
dialami.
Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka
dan proses ini dikenali sebagai Proses Mencapai Keseimbangan. Setiap kali individu
memperoleh sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun pengalaman2 tersebut
dalam minda dan membentuk satu sistem yang dipanggil Skema. Proses
penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil Organisasi.
Skema2 ini akan digunakan oleh individu apabila mereka berdepan dengan
sesuatu situasi yang memerlukan penyelesaian. Pembentukan skema bermula
sebaik sahaja individu dilahirkan. Contoh: Kanak-kanak membina skema dan
mengkategori bahawa kenderaan yang mempunyai dua tayar sebagai basikal.
Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk ini akan berhadapan
dengan situasi yang baru. Contohnya: Kanak-kanak telah mengenal bahawa
kenderaan bertayar dua hanya basikal, namun apabila terlihat kenderaan bertayar
dua yang lain, ibunya menerangkan bahawa ini motosikal. Kanak-kanak akan
menjadi buntu, kerana skema yang asal menyatakan, hanya basikal bertayar dua.
Namun, proses ini adalah proses yang mana semua individu akan laluinya dan
13 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
mereka perlu mengubahsuai skema yang lama supaya mereka dapat mengadaptasi
dengan situasi yang baru.
Proses perubahan atau penukaran skema yang lama kepada skema yang
baru dipanggil adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu
asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan
cuba untuk menyesuaikan pengalaman-pengalaman ini dengan skema yang telah
sedia ada. Contohnya: Setelah kanak-kanak tersebut melihat bahawa motosikal juga
bertayar dua, dia akan mengasimilasikan skema yang baru ini dengan skema yang
sedia ada. Melalui pengalaman dan bimbingan, kanak-kanak akan cuba
memadankan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada.
Manakala, akomodasi pula merupakan proses yang berlaku apabila individu
dapat menukar skema yang lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru dan
seterusnya membentuk skema yang baru. Dalam contoh di atas: Kanak-kanak tadi
dapat mengakomodasi di mana dapat mengkategorikan motosikal sebagai sebuah
kenderaan bertayar dua.
Menurut Piaget lagi, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan
mengakomodasi adalah satu proses yang digunakan untuk individu mencapai
keseimbangan. Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru untuk
situasi atau pengalaman yang baru dan ianya berjaya, maka keseimbangan akan
berlaku, tetapi sekiranya tidak memberi penyesuaian terhadap diri kita, maka
keseimbangan tidak berlaku namun kita akan terus membina skema-skema baru
untuk disesuaikan dengan situasi yang baru tersebut.
3.1.2 Peringkat-Peringkat Perkembangan Kognitif
a) Peringkat Sensori Motor
Peringkat ini merupakan permulaan dalam perkembangan kognitif yang
mana bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari
tentang persekitarannya. Skema-skema yang terbentuk adalah hasil
interaksi fizikal bayi dan persekitaran. Contoh: menggunakan mulut untuk
merasa objek dan mengkoordinasi mata dan tangan untuk mencapai
objek.
14 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Peringkat sensori motor adalah peringkat yang mana kanak-kanak
mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk
membentuk skema bagi membolehkan mereka meneroka dan mengetahui
persekitaran mereka.
Pada peringkat akhir sensori motor, kanak-kanak akan melakukan imitasi
(proses peniruan) terhadap tingkahlaku yang dilihat atau diperhatikan.
Contohnya: meniru perlakuan melambaikan tangan.
b) Peringkat Pra-Operasi (2-7 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak akan cuba menggambarkan dan
merancang pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka
untuk kemudiannya membentuk skema.
Peringkat pra operasi adalah apabila kanak-kanak dapat mewakili sesuatu
dengan simbol mental. Simbol yang digunakan termasuk bahasa, isyarat,
gambar dan sebagainya.
Antara kebolehan lain yang diperoleh pada peringkat ini ialah permainan
membayangkan (pretend play). Seperti mengambil watak kartun/ karakter
popular seperti spiderman, power rangers, barbie serta meniru perlakuan
doktor, guru dan lain-lain. Mereka juga memberi kualiti atau ciri benda
hidup kepada benda bukan hidup seperti hujan turun kerana menangis.
Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini menunjukkan sikap
egosentrik3. Pada peringkat ini, kanak-kanak selalu menyangka orang lain
mempunyai perasaan, reaksi dan perspektif yang sama dengan mereka.
Contoh: Seorang kanak-kanak yang suka melihat siri kartun, beranggapan
semua orang lain juga mempunyai minat yang sama dengannya.
c) Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun)
Kanak-kanak dalam peringkat ini berkebolehan berfikir secara logik
walaupun pemikiran masih terikat dengan situasi yang konkrit.
Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses pengkelasan.
Dalam kemahiran ini, kanak-kanak dapat mengklasifikasikan objek ke
3 Egosentrik : Melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri
15 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contoh: Pengelasan
mengikut ciri, warna, saiz dan sebagainya.
Pemikiran egosentrik pula telah menjadi pemikiran secara decentered atau
objektif. Pemikiran ini membolehkan kanak-kanak memahami persepsi
dan pandangan orang lain yang berlainan daripada persepsi mereka.
Mereka sudah boleh mula bersosial dan menerima pandangan rakan-
rakan semasa bermain atau membuat aktiviti bersama.
d) Peringkat Operasi Formal
Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas
idea2 dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta dan
pemikiran mereka tidak lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit.
Antara ciri-ciri pemikiran secara formal yang dilalui seperi berfikir secara
abstrak, sistematik dan boleh membuat hipotesis.
Selain daripada ciri-ciri di atas, egosentrik remaja muncul dan lebih
tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah untuk
menerima pendapat orang lain dan mempunyai perasaan mereka sentiasa
diperhatikan oleh orang sekeliling.
3.2 Perkembangan Bahasa Peringkat Kanak-Kanak
Umur 3 tahun, umumnya kanak-kanak tahu bagaimana menggunakan 900 hingga
1,000 perkataan. Jumlah ini meningkat kepada 2,600 perkataan apabila mencapai
umur 6 tahun. Apabila kanak-kanak mula menjejakkan kaki ke sekolah,
perbendaharaan kata mereka bertambah dari semasa ke semasa sehingga
mencecah 80,000 perkataan. Perkembangan pesat bahasa ini disumbangkan oleh
kepesatan minda kanak-kanak untuk mengingat makna perkataan baru selepas
mendengarnya bagi kali pertama atau bercakap dengan rakan-rakannya.
16 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Walaupun kadang-kadang sebutan sesuatu perkataan itu kurang tepat, ia
dapat diperbaiki dengan teguran dan kekerapan bercakap dengan orang dewasa
seperti ibu, bapa atau adik-beradik. Kanak-kanak mulai bercakap dengan
menggunakan ayat yang ringkas dan mudah. Jawapan mereka juga mudah dan
singkat. Semakin lama bercakap, mereka dapat memahami sebab dan akibat,
kerana perkembangan mental yang bertambah baik. Sebutan dan tatabahasa yang
baik menjadikan orang dewasa dapat memahami bahasa mereka. Jika tidak
difahami, mereka akan cuba menerangkannya dengan lebih jelas.
Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan
mereka menerima, memahami dan menggunakan semula. Kemampuan ini
berkembang secara beransur-ansur mengikut masa. Dengan perkembangan bahasa
yang semakin meningkat ini, kanak-kanak tersebut akan dapat membuat huraian
dengan lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Perkembangan bahasa
kanak-kanak bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama.
Crystal (1995) mendefinisikan bahawa bahasa adalah satu penggunaan bunyi
yang sistematik dan konvensional (lambang atau simbol tulisan) untuk tujuan
komunikasi dan luahan perasaan.
Memahami perkembangan bahasa adalah penting kerana ia memudahkan
proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran membaca dan menulis.
Dengan meningkatkan perkembangan bahasa, ia akan memudahkan pelajar untuk
mempelajari konsep-konsep abstrak.
3.2.1 Perkembangan Bahasa Mengikut Belbagai Komponen
3.2.1.1 Perkembangan Pragmatik
Perkembangan komunikasi anak sesungguhnya sudah dimulai sejak
dilahirkan, pertama dari tangisannya bila bayi merasa tidak selesa, misalnya kerana
lapar, lampin basah. Dari sini bayi akan belajar bahawa ia akan mendapat perhatian
ibunya atau orang lain saat ia menangis yang kemudiannya menyebabkan bayi akan
menangis bila meminta orang dewasa melakukan sesuatu buatnya.
Pada usia 3 minggu bayi tersenyum saat ada rangsangan dari luar, misalnya
wajah seseorang, tatapan mata, suara dan gelitikan. Ini disebut senyum sosial. Usia
17 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
12 minggu dimulai dengan pola dialog sederhana berupa suara balasan apabila
ibunya memberi reaksi. Pada usia 2 bulan, bayi mulai memahami ajakan komunikasi
ibunya. Pada usia 5 bulan pula, bayi mulai meniru gerak-geri orang disekelilingnya,
dan mulai mempelajari bentuk ekspresi wajah.
Pada usia 6 bulan, bayi mulai tertarik dengan benda-benda sehinggakan
komunikasi tersebut melibatkan komunikasi ibu, bayi dan benda-benda. Usia 7-12
bulan anak menunjuk sesuatu untuk menyatakan keinginannya. Gerak-geri ini akan
berkembang disertai dengan bunyi-bunyi tertentu yang mulai konsisten. Pada masa
ini sampai sekitar 18 bulan, peranan gerak-geri lebih menonjol dengan penggunaan
satu suku kata.
Usia 2 tahun, anak kemudian memasuki tahap sintaksis dengan mampu
menggunakan 2 patah perkataan kata, bertindak balas terhadap pasangan interaksi
perbualannya dan masuk dalam dialog singkat. Pada tahap ini, kanak-kanak mulai
memperkenalkan atau merubah topik dan mulai belajar memelihara gaya
percakapan dan menangkap persepsi pendengar. Perilaku ibu sebagai fasilitator
akan membantu anaknya dalam memperkenalkan topik baru. Akhir umur 3 tahun,
anak mulai berdialog lebih lama sampai beberapa kali.
Pada akhir umur ini, anak mulai mampu mempertahankan topik yang
selanjutnya dan mulai membuat topik baru. Ucapan yang ditujukan pada pasangan
perbualannya menjadi semakin jelas, tersusun baik dan teradaptasi baik untuk
pendengaran.
Sebahagian besar pasangan berkomunikasi dengan anak adalah orang
dewasa, dan kebiasaannya ialah ibubapa kanak-kanak tersebut. Pada saat kanak-
kanak mulai membangun jaringan sosial melibatkan orang di luar keluarga, mereka
akan memodifikasi pemahaman diri dan bayangan diri dan menjadi lebih sedar akan
lingkungan sosial. Persekitaran linguistik mempunyai pengaruh bermakna pada
proses belajar berbahasa. Ibu memegang peranan penting dalam membangun dan
mempertahankan dialog yang benar. Anak berada pada fasa mono dialog,
percakapan sendiri dengan kemahuan untuk melibatkan orang lain. Monolog ini
penuh dengan unsur lagu, suara, kata-kata tak bermakna, fantasi dan ekspresi
perasaan.
3.2.1.2 Perkembangan Semantik
18 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Kerana faktor lingkungan umur ini sangat berpengaruh dalam perkembangan
semantik, maka pada umur 6-9 bulan kanak-kanak telah mengenali orang atau
benda yang berada di persekitarannya. Pemerolehan konsep berkembang pesat
pada masa mereka di pra sekolah.
Dianggarkan terjadi penambahan 5 perkataan perhari di usia mereka berada
pada 1,5 dan 6 tahun. Pemahaman perkataan ini bertambah tanpa pengajaran
secara langsung oleh orang dewasa. Pemetaan yang cepat adalah langkah awal
dalam proses pemerolehan leksikal. Selanjutnya secara berperingkat anak akan
memahami lagi maklumat-maklumat baru yang diterima.
Definisi kata nama kanak-kanak pra sekolah merangkumi ciri-ciri fizikal
seperti bentuk, ukuran dan warna, fungsi, pemakaian dan lokasi. Definisi kata kerja
kanak-kanak pra sekolah juga berbeza daripada kata kerja orang dewasa atau
kanak-kanak yang lebih dewasa. Kanak-kanak pra sekolah dapat menjawab soalan-
soalan siapa, apa, di mana, untuk apa, untuk siapa, dengan apa, tapi pada
kebiasannya, mereka belum memahami pertanyaan bagaimana dan mengapa atau
bagaimana untuk menjelaskan sesuatu proses.
Kanak-kanak akan mengembangkan lagi kosa katanya melalui cerita-cerita
atau kisah-kisah yang dibacakan ibu bapa mereka. Seiring dengan kosa kata yang
berkembang, keperluan untuk mengorganisasikan kosa kata akan lebih meningkat,
dan beberapa rangkaian semantik atau antara relasi akan terbentuk.
3.2.1.3 Perkembangan Sintaksis
Susunan sintaksis paling awal terlihat pada usia kira-kira 18 bulan. Awalnya berupa
dua patah perkataan yang lengkap. Perkataan satu kata biasa ditafsirkan dengan
mempertimbangkan konteks penggunaannya.
Peralihan dari satu kata menjadi sebuah perkataan yang merupakan
rangkaian kata yang terjadi secara bertahap. Pada waktu perkataan pertama
terbentuk iaitu penggabungan dua kata menjadi satu perkataan, rangkaian kata
tersebut berada pada jalinan intonasi. Jika perkataan tersebut memberi makna lebih
dari satu, maka kanak-kanak akan membezakannya dengan menggunakan pola
intonasi yang berbeza. Perkembangan pemerolehan sintaksis meningkat dengan
19 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
pesat pada waktu kanak-kanak berusia 2 tahun, yang mencapai puncaknya pada
akhir usia 2 tahun.
Pada akhir usia 3 tahun, kanak-kanak mulai menanyakan hal-hal yang
abstrak dengan kata tanya “mengapa?”. Penggunaan kalimat kompleks bermula
selepas anak menguasai ayat empat perkataan sekitar usia 4 tahun.
3.2.1.4 Perkembangan Morfologi
Tempoh perkembangan ini diukur dengan peningkatan panjangnya ucapan, yang
diukur dalam ukuran morfem. Panjang ucapan atau MLU4 adalah alat ramalan
kompleks bahasa pada kanak-kanak yang berbahasa Inggeris. MLU sangat erat
berhubungan dengan usia dan merupakan prediktor yang baik untuk perkembangan
bahasa. Dari usia 18 bulan hingga 5 tahun, MLU meningkat kira-kira 1 hingga 2
morfem setiap tahun. Beberapa sumber yang membahaskan tentang morfem dalam
kaitannya dengan morfologi semuanya merupakan bahasa inggeris yang sangat
berbeza dengan bahasa melayu.
3.2.1.5 Perkembangan Fonologi
Perkembangan fonologi berpunca melalui proses yang panjang dari dekode bahasa.
Sebahagian besar pembinaan morfologi kanak-kanak akan bergantung pada
kemampuannya menerima dan mengeluarkan unit fonologi. Semasa peringkat pra
sekolah, kanak-anak tidak hanya menerima inventori fonetik dan sistem fonologi tapi
juga mengembangkan kemampuan menentukan bunyi mana yang dipakai untuk
membezakan makna. Pemerolehan fonologi berkaitan dengan proses pembinaan
suku kata yang terdiri dari gabungan vokal dan konsonan.). Proses lainnya berkaitan
dengan asimilasi dan substitusi sampai pada persepsi dan penghasilan suara.
4. PEMERHATIAN SAYA TERHADAP KANAK-KANAK DARI ASPEK KOGNITIF DAN BAHASA
4 Mean Length of Utterance
20 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah memilih 2 orang murid semasa
melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah atau PBS dan telah melakukan
beberapa ujian serta pemerhatian terhadap mereka. Seorang daripada mereka
adalah dari kalangan tahap 1 dan seorang lagi dari tahap 2.
Pelajar pertama yang telah saya pilih untuk diuji ialah Muhammad Fakhrul Nizam
bin Fakrurozi dari kelas 3C di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri. Pelajar ini telah
menunjukkan beberapa ciri-ciri yang amat berbeza jika dibandingkan dengan pelajar
saya yang kedua.
4.1 PELAJAR PERTAMA – MUHAMMAD FAKHRUL NIZAM BIN FAKRUROZI
BIODATA NAMA : Muhammad Fakhrul Nizam bin Fakrurozi
UMUR : 9 Tahun
KELAS : 3 Cemerlang
TARIKH LAHIR : 5 Mei 2002
JANTINA : Lelaki
TEMPAT KELAHIRAN : Hospital Daerah Besut
TINGGI : 122 cm / 48 Inci
BERAT : 50 kg
*Maklumat lanjut boleh dirujuk pada lampiran
PEMERHATIAN
UMUM
Fakhrul Nizam merupakan seorang pelajar yang ceria namun
kurang berkata-kata. Ini mungkin kerana dia segan dengan
pertemuan pertamanya dengan saya. Murid ini senang
21 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
bekerjasama dengan saya dalam melakukan beberapa ujian
terhadapnya. Dia juga merupakan salah satu pelajar yang
kurang menonjol dalam kelas dan keputusan peperiksaannya.
*rujuk lampiran.
UJIAN-UJIAN
YANG TELAH
DILAKUKAN
1) TULISAN : Untuk menguji murid ini, saya telah
memintanya untuk menyalin satu perenggan ayat dari
sebuah buku. *Hasil tulisan dapat dirujuk dalam lampiran.
2) SUKATAN ISIPADU AIR : Saya telah menguji murid ini
dengan menggunakan 2 jenis gelas yang berbeza bentuk
dan ketinggiannya.
Air pada mulanya diisi dengan isipadu yang sama
kedalam kedua gelas bewarna merah. Air dari salah
satu gelas merah tersebut kemudiannya dituangkan
kedalam gelas yang lebih tinggi tersebut. Segala
aktiviti ini diperhatikan oleh murid dan kemudiannya
saya menanyakan tertang pandangan mereka
berkenaan isipadu air dalam kedua-dua jenis gelas
terbabit. Adakah isipadu air dalam kedua jenis gelas
ini sama?
3) BILANGAN DAUN
22 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Daun-daun ini sebenarnya mempunyai bilangan
yang sama pada barisan atas dan juga barisan
bawah. Barisan daun pada bahagian bawah
kemudiannya direnggangkan dan murid
kemudiannya disoal berkenaan dengan perbezaan
bilangan daun diantara barisan atas dan bawah.
Adakah bilangan daun pada barisan atas dan bawah
adalah sama?
4)PERBUALAN (BAHASA)
Saya telah mengadakan satu sesi perbualan dengan murid ini.
Ini adalah untuk menguji tahap kemahiran berbahasanya.
Perbualan ini telah saya rakam dalam video di dalam CD yang
telah dilampirkan sekali dengan tugasan ini. Semasa
melakukan ujian-ujian diatas, saya juga telah berinteraksi
dengan mengadakan soal-jawab dengannya.
HASIL
PEMERHATIAN
1) TULISAN : Dalam ujian ini, saya telah dapat melihat
bahawa Fakhrul Nizam agak lemah dari segi penulisan.
Dia memerlukan masa yang agak lama untuk menyalin
satu perenggan ringkas. Hasil tulisannya juga nampak
sedikit berterabur dan mempunyai beberapa kesalahan
ejaan di beberapa perkataan.
2) UJIAN ISIPADU AIR : Fakhrul Nizam terkeliru dengan
isipadu air diantara dua jenis gelas tersebut. Hasil ini juga
telah saya rakam didalam CD yang telah saya lampirkan.
23 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Dia menyatakan bahawa isipadu air dalam kedua-kedua
gelas yang berbeza isipadu air tersebut adalah berbeza
meskipun pada hakikatnya adalah sama. Ini menunjukkan
tahap pemikiran kanak-kanak pada tahap ini masih lemah
dari segi ini.
3) UJIAN SUSUNAN DAUN : Murid ini juga terkeliru dengan
bilangan daun ini. Hanya kerana susunan daun pada
barisan bawah adalah lebih panjang kerana
direnggangkan, murid ini telah terkeliru dengan
menyatakan bahawa bilangan daun pada barisan bawah
tersebut adalah lebih banyak.
4) PERBUALAN : Murid ini juga menunjukkan beberapa
kelemahan dalam berbahasa. Dia seakan-akan seperti
cuba menyusun ayat untuk berbual dengan saya. Dia juga
tidak dapat mengingati nama penuh ayah dan juga
ibunya. (rujuk rakaman video). Tatabahasa dan susunan
ayatnya juga terdapat sedikit kelemahan.
5) KEPUTUSAN PEPERIKSAAN : *Boleh dirujuk dalam
lampiran.
4.2 PELAJAR KEDUA – AZRIE ZULSYAHMIE BIN NORDIN @ NORDEY
BIODATA NAMA : Azrie Zulsyahmie bin Nordin @ Nordey
24 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
UMUR : 12 tahun
KELAS : 6 Cemerlang
TARIKH LAHIR : 4 November 2002
JANTINA : Lelaki
TEMPAT KELAHIRAN : Hospital Daerah Besut
TINGGI : 146 cm / 48 inci
BERAT : 60 kg
PEMERHATIAN
UMUM
Azrie Zulsyahmie merupakan seorang pelajar yang amat ceria.
Dia juga senang bekerjasama dengan saya, mungkin kerana
dia sudah terbiasa dengan kehadiran saya. Di dalam kelas,
gurunya menyatakan dia adalah seorang pelajar yang amat
cerdik, namun, mungkin kerana tidak fokus dalam pelajaran,
keputusan peperiksaannya agak tidak memuaskan.
UJIAN-UJIAN
YANG TELAH
DILAKUKAN
1) TULISAN : Untuk menguji murid ini, saya telah
memintanya untuk menyalin satu perenggan ayat dari
sebuah buku. *Hasil tulisan dapat dirujuk dalam
lampiran.
2) SUKATAN ISIPADU AIR : Saya telah menguji murid ini
dengan menggunakan 2 jenis gelas yang berbeza
bentuk dan ketinggiannya.
Air pada mulanya diisi dengan isipadu yang sama
kedalam kedua gelas bewarna merah. Air dari salah
25 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
satu gelas merah tersebut kemudiannya dituangkan
kedalam gelas yang lebih tinggi tersebut. Segala
aktiviti ini diperhatikan oleh murid dan kemudiannya
saya menanyakan tertang pandangan mereka
berkenaan isipadu air dalam kedua-dua jenis gelas
terbabit. Adakah isipadu air dalam kedua jenis gelas
ini sama?
3) BILANGAN DAUN
Daun-daun ini sebenarnya mempunyai bilangan yang
sama pada barisan atas dan juga barisan bawah.
Barisan daun pada bahagian bawah kemudiannya
direnggangkan dan murid kemudiannya disoal
berkenaan dengan perbezaan bilangan daun
diantara barisan atas dan bawah. Adakah bilangan
daun pada barisan atas dan bawah adalah sama?
4)PERBUALAN (BAHASA)
Saya telah mengadakan satu sesi perbualan dengan murid ini.
Ini adalah untuk menguji tahap kemahiran berbahasanya.
Perbualan ini telah saya rakam dalam video di dalam CD yang
telah dilampirkan sekali dengan tugasan ini. Semasa
melakukan ujian-ujian diatas, saya juga telah berinteraksi
dengan mengadakan soal-jawab dengannya.
HASIL a. TULISAN : Dalam ujian ini, saya dapat melihat
26 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
PEMERHATIAN Azrie dapat menyalin perenggan yang telah
diberikan dengan lebih cepat. Dia juga dapat
menyalin tanpa kesalahan dari segi ejaan dan
sebagainya. Berbanding dengan Fakhrul Nizam,
tulisan murid ini kelihatan lebih cantik dan
tersusun.
b. UJIAN ISIPADU AIR : Azrie dengan mudah dapat
meneka isipadu air dengan tepat meskipun kedua
jenis gelas tersebut adalah berlainan dari segi
ketinggian.
c. UJIAN SUSUNAN DAUN : Azrie juga tidak
terkeliru dengan susunan daun yang telah
diberikan oleh saya. Dia mengetahui bahawa
bilangan daun pada kedua-dua baris adalah sama
meskipun susunan daun pada barisan bawah
adalah lebih lebar dan berjarak.
d. PERBUALAN : Melalui perbualan, saya dapat
melihat bahawa murid ini lebih tersusun dalam
bahasa dan tatabahasa yang telah digunakan.
Dia juga lebih fasih berbicara berbanding dengan
Fakhrul Nizam.
e. KEPUTUSAN PEPERIKSAAN : *Boleh dirujuk
dalam lampiran.
4.3 KESIMPULAN
Dari ujian-ujian yang telah dilakukan sendiri oleh saya ini, saya dapat melihat akan
perbezaan dan perkembangan kognitif dan bahasa yang digunakan oleh kanak-
kanak apabila umur mereka meningkat. Dari segi kognitif, mereka lebih cepat dalam
menulis atau menyalin sesuatu. Mereka juga dapat membezakan isipadu atau
sukatan sesuatu benda dengan lebih baik. Mereka dapat memahami segala urusan
dengan lebih baik. Selain itu, mereka juga lebih fasih berbicara dan mahir dalam
menyusun ayat-ayat untuk digunakan. Ini menunjukkan perubahan yang mendadak
dari aspek bahasa.
27 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
5. KESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
5.1 Kesan Perkembangan Kognitif Terhadap Proses P&P
Guru perlu menggunakan ABM atau alat bantu mangajar yang konkrit.
Murid-murid boleh diajar dengan menggunakan bahan yang maujud
seperti batang pensil untuk belajar menambah atau menolak.
Setiap arahan yang diberikan oleh guru perlulah pendek, jelas, ringkas serta
disertai dengan contoh.
Sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, guru boleh mendahulukannya
dengan melakukan demonstrasi yang disertai dengan penerangan yang
menarik, jelas dan tepat.
Guru perlulah memberikan peluang untuk kanak-kanak melakukan aktiviti-
aktiviti secara hands-on.
Peluang ini dapat meningkatkan keyakinan kanak-kanak terhadap diri
mereka dan membantu mereka berdikari dan menguasai kemahiran.
Gunakan contoh-contoh yang saling berkait dengan pengalaman kehidupan
yang sedia ada dalam murid-murid.
Ini boleh dilakukan dengan mengaitkan proses P&P dengan pengalaman
mereka dalam memahami perkara yang lebih kompleks.
5.2 Kesan Perkembangan Bahasa Terhadap Proses P&P
Guru perlu mengaitkan kemahiran berbahasa dengan pengalaman yang
konkrit.
Apabila kanak-kanak melakukan sesuatu aktiviti, arahkan mereka untuk
menceritakan bagaimana mereka melakukan aktiviti tersebut. Semasa
aktiviti membaca, beri tumpuan kepada perkataan-perkataan yang susah.
Terangkan makna perkataan dengan ayat yang mudah difahami.
Guru perlu menggunakan strategi pengajaran yang pelbagai
Dalam pengajaran bahasa kedua, pasangkan kanak-kanak dengan rakan
sebaya yang lebih mahir dalm kedua-dua bahasa (bahasa ibunda dan
bahasa kedua). Guru menggunakan strategi bercerita, simulasi,
28 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
sumbangsaran, pembelajaran koperatif yang menonjolkan kemahiran
berbahasa.
Guru perlu memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan
bahasa di dalam kelas.
Dalam aktiviti kumpulan, setiap ahli diberi peluang untuk menceritakan
hasil kerja masing-masing. Galakkan pembentangan di dalam kelas. Beri
peluang kepada kanak-kanak untuk memberikan maklumbalas terhadap
aktiviti0aktiviti yang telah dijalankan.
29 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
6. RUMUSAN / CADANGAN
Sudah menjadi lumrah kehidupan, manusia akan selalu berubah dan berkembang
ke arah yang lebih baik. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka akan berkembang
ke arah yang lebih baik dengan memantapkan lagi kognitif dan bahasa mereka
tanpa mereka sedari.
Kesemua perkembangan ini dipengaruhi oleh dua aspek penting iaitu
pengaruh biologi atau baka dan juga pengaruh persekitaran. Baka menentukan had
perkembangan manakala persekitaran akan membantu individu untuk mencapai
tahap yang maksimum. Segala perkembangan ini juga berlaku mengikut beberapa
peringkat. Peringkat-peringkat tersebut adalah peringkat bayi belum lahir (prenatal),
bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa dan seterusnya. Segala perkembangan ini juga
merupakan asperk perubahan yang dialami individu dan bersifta kualitatif tetapi jelas
berubah mengikut peredaran masa. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan
yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan yang tertentu.
Peringkat-peringkat perkembangan ini membawa perubahan yang menuju ke arah
tertentu seperti yang telah dijangkakan.
Perkembangan kognitif dan bahasa kanak-kanak perlu diberi perhatian yang
tinggi kerana kanak-kanak ini merupakan insan yang mudah menerima dan
memahami sesuatu perkara dengan cepat seperti pepatah ; "melentur buluh biarlah
dari rebungnya”. Orang atau insan yang paling mempengaruhi mereka sudah
semestinya para ibubapa dan guru kerana merekalah merupakan insan yang paling
rapat kepada mereka. Segala tindak laku ibubapa dan guru dapat memberi
pengaruh yang besar dalam kehidupan kanak-kanak ini. Justeru itu, demi
memastikan negara terus dibekalkan dengan modal insan yang berkualiti, ibubapa
dan guru ini perlu menerapkan banyak nilai-nilai murni kedalam diri mereka sejak
dari awal lagi.
30 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
7. REFLEKSI KESELURUHAN TUGASAN
Pertamanya, saya ingin mengulangi ucapan terima kasih kepada pensyarah dan
sahabat-sahabat yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan amanah
yang telah diberikan ini.
Dalam menyiapkan tugasan ini, saya telah melalui beberapa ujian dan cabaran.
Salah satunya ialah dengan kekangan masa yang dihadapi. Semasa melakukan
PBS, saya hanya mempunyai masa yang amat sedikit memandangkan saya perlu
masuk ke kelas untuk menggantikan guru yang mengajar. Keadaan waktu yang
suntuk ini menyukarkan saya untuk bertemu dengan pelajar untuk menunaikan
kehendak tugasan. Namun, disebalik kesusahan yang telah dihadapi, saya telah
dapat mengasah lagi kemahiran saya dalam menguruskan masa peribadi.
Melalui tugasan ini juga, saya dapat mendalami lagi tentang ilmu-ilmu berkaitan
dengan teori-teori perkembangan kanak-kanak dan kaitannya dengan pendidikan.
Ilmu-ilmu yang telah saya timba ini sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk
meneruskan profesion ini. Dengan ilmu yang ditimba, harapnya segala proses P&P
yang saya lakukan dalam bilik darjah bersama murid-murid akan lebih efisien.
31 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
8. BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS
Nama Pelajar :Mohamad Khalilizul Syahmie bin Nordin @ Nordey
No. IC :910509-03-5189
Kumpulan :1 PISMP SN 2
Semester :2
Tahun :1
Kursus :Perkembangan Kanak-Kanak
Pensyarah Pembimbing :Pn. Zairihan binti Che Haron
Tarikh Perkara yang dibincangkan Tandatangan
Penerangan Kerja Kursus
Perbincangan kumpulan dan pembahagian tugas
Pencarian Maklumat
Penyediaan rekod maklumat tugasan dan
perbentanganPenyerahan tugasan
9. BIBLIOGRAFI
32 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
SUMBER BUKU
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan
Kanak-Kanak Untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian
Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (2009), Perkembangan Kanak-kanak, Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd
Nor‟aini bt Tahir, Roszikin bt Zakaria, Zainab bt Zakaria (2007).
Perkembangan Kognitif dan Pembelajaran Kanak-kanak. Kuala Lumpur:
Meteor Doc. Sdn. Bhd
Kamaruddin Hj. Husin (1996). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
SUMBER JURNAL
Jay Belsky & Michael Pluess. (2009). The Nature (and Nuture) of Plasticity in
Early Human Development, Perspectiveon Psychological Science. Volume 4
(4) 345- 35
Shahbudin Hisham, Mahani Razali dan Ramlah Jantan. (2003). Siri
Pendidikan Perguruan: Psikologi Pendidikan. PTS Publication & Distrbutors
Sdn. Bhd
SUMBER INTERNET
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/pra/hk_pra_sek_keb2.pdf
http://genome.welcome.ac.uk/doc_WTD0208893.html
http://imannnotapadat.blogspot.com/2009/06/hbae1203-perkembangan-seni-
dan-kanak.html
http://impreschoolteacha.blogspot.com/2008/12/faktor-yang-mempengaruhi-
perkembangan.html
http://seab.envmd.rochester.edu/jaeb/article/2003/jeab-79-01-0137.pdf
http://www.docstoc.com/docs/38859554/nota-padat-psv--HBAE1203
33 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
9.0 LAMPIRAN
BORANG MAKLUM BALAS TUGASAN
34 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Nama Pelajar :Mohamad Khalilizul Syahmie bin Nordin @ Nordey
Angka Giliran Pelajar :
Tajuk Tugasan : PERKEMBANGAN KANAK-KANAKPensyarah : PN. ZAIRIHAN BINTI CHE OMAR Subjek/ Kursus : PERKEMBANGAN KANAK-KANAKTarikh Hantar : 11/4/2011 Tarikh Diterima (diisi oleh pensyarah) :
KRITERIA PENTAKSIRANTAHAP PENCAPAIAN
Cemerlang Baik Memuaskan Kurang memuaskan
Lemah
1. Kandungan / Coverage and Content
2. Perbincangan Kritikal dan Reflektif / Critical and Reflective Discussion
3. Persembahan / Presentation
4. Organisasi / Organisation
5. Bahasa / Language
6. Rujukan dan Bahan-bahan Sokongan
7. Nilai-nilai Keguruan
*Markah tercatat tertakluk kepada kelulusan JKPPIPG/Senat
Kekuatan:
Aspek yang boleh diperbaiki:
Nama Pemeriksa : PN ZAIRIHAN BINTI CHE OMAR
35 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Pengakuan PelajarSaya telah meneliti Peraturan Maktab Pendidikan Guru (Peperiksaan, Penilaian Dan Pensijilan) 1999.
Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : _______________________ Tarikh : ______________
(MOHAMAD KHALILIZUL)
MARKAH
Perincian Maklum Balas Tugasan
Pengesahan Pelajar Terhadap Maklumbalas Yang Diberikan Pensyarah:
Saya mengesahkan bahawa maklumbalas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan fahami.
Tandatangan pelajar: Tarikh:
36 | EDU3102 – PERKEMBANGAN KANAK-KANAK