isu kanak-kanak
DESCRIPTION
sosieoemosi kanak-kanakTRANSCRIPT
ISU KANAK-KANAKPENDERAAN KANAK-KANAK
OLEHIRWAN ASMIN
MOHAMMAD AZRUL HARONMOHAMAD NOR HAKIM MOHAMAD ALI
DEFINISI KANAK-KANAK
Kanak-kanak ialah golongan di bawah umur 18 tahun yang memerlukan jagaan, pemeliharaan, perlindungan dan pemuliharaan mengikut takrifan Akta Kanak-kanak 2001
JENIS PENDERAAN KANAK-KANAK
• PENDERAAN FIZIKAL KANAK-KANAK• PENDERAAN MENTAL KANAK –
KANAK(EMOSI)
PENDERAAN FIZIKAL KANAK-KANAK
• satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan
• Juga bertujuan untuk menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi
PENDERAAN EMOSI KANAK-KANAK
• Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak.
• Penderaan emosi memberi kesan terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak.
KATEGORI PENDERAAN EMOSI OLEH IBU BAPA
• penolakan,• pengasingan,• menakutkan,• sikap tidak peduli• sikap merasuah fikiran
PENOLAKAN
• Tindakan ibu bapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anak mereka sebagai anak mereka.
• Memanggil anak mereka dengan kata-kata yang hina, kesat dan sengaja menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai.
PENGASINGAN
• tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang.
• tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain.
MENAKUTKAN
• tindakan mengancam untuk mencedera, membunuh dan meninggalkan anak (abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkah laku yang diharapkan.
• Termasuk ancaman oleh pendera yang mahu melakukan sesuatu kepada orang yang disayangi oleh kanak-kanak tersebut sekiranya tidak menurut perintah
SIKAP TIDAK PEDULI
• tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka.
• Ibu bapa tidak berminat untuk menjalinkan emosi dengan anak.
• Tingkah laku ini sering terjadi pada kanak-kanak yang dianaktirikan.
SIKAP MERASUAH FIKIRAN
• tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah.
• Ibu bapa yang mempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak mereka.
KESAN-KESAN PENDERAAN
KEPADA KANAK-KANAK
• Terdapatnya kesan-kesan kecederaan fizikal pada tubuh kanak-kanak
• kanak-kanak yang sering menjadi mangsa dera akan mengikut sikap ibu bapa mereka.
• Kanak-kanak ini juga akan lebih bersikap agresif dan menentang(memberontak)
• mengakibatkan mangsa sukar untuk mempercayai orang dewasa, menjalin persahabatan yang tidak mendalam, dan sering meninggalkan kawan baru jika ia merasakan bahawa ia tidak diterima.
• Di sekolah pula, mereka merupakan pelajar lemah, kesepian dan tidak mempunyai kawan.
• Mengalami gangguan mental atau tingkah laku, termasuk keresahan, kemurungan, pengasingan diri,
PUNCA-PUNCA PENDERAAN
OLEH IBU BAPA
• PERTENGKARAN• MASALAH KEWANGAN• MASALAH RUMAH TANGGA• MASALAH ARAK DAN DADAH
PERTENGKARAN
• ibu bapa yang menghadapi tekanan samada pertengkaran di tempat kerja, mahupun pertengkaran suami-isteri,
• Akan menyebabkan anak mereka menjadi mangsa untuk melepaskan geram.
• kajian saintifik terhadap otak manusia menunjukkan apabila seseorang itu tertekan, maka otak mereka tidak akan dapat berfungsi dengan baik seterusnya bertindak di luar kawalan.
MASALAH KEWANGAN
• Tekanan masalah ekonomi keluarga atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa juga merupakan faktor berlakunya penderaan kanak-kanak.
• Keperluan wang yang semakin bertambah pada hari ini meningkatkan lagi tekanan ibu bapa
• Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan menyakiti atau memukul anak-anak.
MASALAH RUMAH TANGGA
• Penderaan anak-anak lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian.
• ibu bapa akan mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam.
• Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka untuk memilih di antara ibu atau bapa.
MASALAH ARAK DAN DADAH
• Ketagihan arak dan dadah akan menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan perikemanusiaan. Anak-anaklah yang sering menjadi mangsa mereka
• Kesan dadah atau arak juga menyebabkan si penagihnya lupa diri dan khayal. Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PENDERAAN KANAK-KANAK
• Kesedaran pada ibu bapa. - Kempen menyayangi anak. - Memberi ceramah keagamaan kepada ibu bapa atau
penjaga. - Kesedaran tentang hak kanak-kanak dilindungi undang-
undang. • Tindakan undang-undang. - Hukuman penjara . - Memisahkan anak daripada jagaan ibu bapa yang dihukum.
• Kerjasama daripada semua pihak -jiran-jiran membuat laporan jika ada berlaku
penderaan di kawasan tempat tinggal. - guru-guru hendaklah sentiasa perihatin
dengan perubahan sikap kanak-kanak yang berkemungkinan menjadi mangsa dera.
KESIMPULAN
• Setiap detik gangguan yang berlaku boleh membawa kepada pelbagai reaksi dan padah yang berpanjangan sehingga menggangu saat-saat penting dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
• Jika perkembangan sosioemosi kanak-kanak sudah terganggu dari awal lagi, pelbagai masalah mental dan sosial akan timbul apabila kanak-kanak ini melangkah ke alam dewasa.
SEKIAN
TERIMA KASIH