penyelidik - ir.unimas.my isu dan cabaran... · jain jabatan- jabatan agama negeri jakim jabatan...

24
LAPORAN PENYELIDIKAN KAJIAN ISU DAN CABARAN HUBUNGAN ANTARA PENGANUT AGAMA DI MALAYSIA KETUA PENYELIDIK Prof. Datin. Dr. Azizan Baharuddin Prof. Dr. Zaid Ahmad PENYELIDIK Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib Prof. Dr. Jayum Anak Jawan Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Darshan Singh Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh Dr. Hj. Ahmad Nasir Bin Mohd Yusoff Dr. Adlina Abd. Halim Dr. Arfah Ab. Majid Dr. Daud Awang Dr. Mohd Sani Badron Dr. Mohd Zaidi Ismail Dr. Mohd Farid Mohd Shahran Dr. Wan Azhar Wan Ahmad Pn. Enizahura Abdul Aziz Dr. Abd Hakim Mohad Dr. Fatahyah Yahya Pn. Nur Ayuni Mohd Isa En. Soffizzan Abdul Rahman En. Ahmad Adib Akhyar Aminarrashid KERJASAMA Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Universiti Putra Malaysia (UPM)

Upload: votuyen

Post on 17-Feb-2018

335 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

LAPORAN PENYELIDIKAN

KAJIAN ISU DAN CABARAN HUBUNGAN ANTARA PENGANUT AGAMA DI

MALAYSIA

KETUA PENYELIDIK

Prof. Datin. Dr. Azizan Baharuddin

Prof. Dr. Zaid Ahmad

PENYELIDIK

Prof. Madya Dr. Ahmad Tarmizi Talib

Prof. Dr. Jayum Anak Jawan

Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Darshan Singh

Prof. Madya Dr. Nurdeng Deuraseh

Dr. Hj. Ahmad Nasir Bin Mohd Yusoff

Dr. Adlina Abd. Halim

Dr. Arfah Ab. Majid

Dr. Daud Awang

Dr. Mohd Sani Badron

Dr. Mohd Zaidi Ismail

Dr. Mohd Farid Mohd Shahran

Dr. Wan Azhar Wan Ahmad

Pn. Enizahura Abdul Aziz

Dr. Abd Hakim Mohad

Dr. Fatahyah Yahya

Pn. Nur Ayuni Mohd Isa

En. Soffizzan Abdul Rahman

En. Ahmad Adib Akhyar Aminarrashid

KERJASAMA

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Universiti Putra Malaysia (UPM)

Page 2: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

SOKONGAN DARI

Majlis Kebangsaan Islam (MKI)

Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN)

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman Dan Keharmonian Antara Penganut Agama

(JKMPKA)

2013/2014

PENGHARGAAN

Kajian ini merupakan hasil kerjasama bestari pelbagai pihak. Idea bagi kajian ini telah

dicetuskan oleh Jawatankuasa Kerja 1 (Isu dan Cabaran Antara Penganut Agama) dalam

Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama

(JKMPKA). Ia bermula dengan dana yang diperolehi dari Jabatan Perpaduan Negara dan

Integrasi Nasional (JPNIN) bagi membiayai fasa awal penyelidikan ini pada tahun 2012 dan

diteruskan dengan suntikan dana kajian dari Majlis Kebangsaan Islam (MKI) melalui Institut

Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sejak Ogos 2013. Komitmen dan kepercayaan yang

diberikan oleh MKI, IKIM, JPNIN dan JKMPKA bagi menjayakan penyelidikan ini amat

bermakna bagi semua penyelidik. Sekalung penghargaan dan juga jutaan terima kasih kepada

pusat pengurusan penyelidikan (RMC) Universiti Putra Malaysia (UPM) di atas kerjasama dan

sokongan berterusan sepanjang projek penyelidikan ini dijalankan. Ucapan terima kasih juga

kepada semua responden budiman yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan kajian

ini. Akhir sekali, setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada semua pihak yang terlibat

sama ada secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga hasil

kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak bagi menjamin kesejahteraan,

keharmonian dan kestabilan negara terutama dalam mencapai status negara maju pada tahun

2020 nanti.

i

Page 3: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

ii

SENARAI KANDUNGAN

BAB

1

2

3

4

5

PERKARA

PENGHARGAAN

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI RAJAH

SENARAI JADUAL

SENARAI SINGKATAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Pernyataan Masalah

1.3 Kepentingan Kajian

1.4 Objektif Kajian

TINJAUAN LITERATUR

2.1 toleransi sosio agama dan etnik

2.2 Konsep Hubungan Antara Penganut Agama

REKA BENTUK PENYELIDIKAN

3.1 Skop Penyelidikan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Kaedah dan saiz persampelan

3.4 Populasi dan sampel kajian

3.5 Lokasi Penyelidikan

3.6 Instrumen Kajian

3.7 Penganalisaan Data

DAPATAN KAJIAN

4.1 Profil Demografi

HASIL PENYELIDIKAN

5.1 Tahap Pengetahuan Responden Terhadap

Halaman

i

ii

iv

iv

1

2

4

5

6

6

8

9

9

10

10

10

10

12

13

37

Page 4: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

iii

Agama Secara Keseluruhan

5.2 Taburan Persepsi Terhadap Agama Secara

Kesuluruhan

5.3 Tahap Prejudis Responden Terhadap Agama

Secara Keseluruhan

5.4 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama

Secara Keseluruhan

69

85

99

6 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

6.1 Rumusan Penemuan Kajian

6.2 Implikasi

6.3 Cadangan

108

110

111

RUJUKAN

LAMPIRAN

BIODATA PENYELIDIK

112

118

130

Page 5: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

iv

SENARAI JADUAL

Jadual Perkara Halaman

1 Taburan Umur 13 2 Taburan Jantina 15 3 Taburan Tahap Pendidikan 16 4 Taburan Pendapatan Bulanan 18

5 Taburan Sektor Pekerjaan 19

6 Taburan Agama 21

7 Taburan Etnik 21

8 Taburan Status Perkahwinan 22

9 Taburan Kawasan Penempatan 23

10 Taburan Latar Belakang Sekolah Rendah 24

11 Taburan Latar Belakang Sekolah Menengah 26

12 Taburan Rumah Ibadat 27

13 Taburan Agama Majoriti 29

14 Taburan Penganut Agama Lain 30

15 Taburan Responden Yang Mempunyai Rakan Dari Agama

Lain Di Kawasan Penempatan 32

16 Taburan Responden Yang Mempunyai Rakan Dari Agama

Lain Di Kawasan Penempatan (Mengikut kategori Agama) 33

17 Taburan Responden Yang mempunyai Jiran Dari Agama

Lain Di Kawasan Penempatan 34

18 Taburan Responden Yang Mempunyai Jiran Dari Agama

Lain Di Kawasan Penempatan (Mengikut Kategori Agama) 35

19 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama

Secara Keseluruhan 37

20 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama

Mengikut Kategori Agama 39

21 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama

Mengikut Kategori Umur 41

22 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama

Mengikut Kategori Jantina 43

23 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Mengenai Agama

Mengikut Kategori Tahap Pendidikan 44

24 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama

Mengikut Kategori Pendapatan Bulanan 48

25 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama

Mengikut Kategori Sektor Pekerjaan 51

26 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama

Mengikut Kategori Kumpulan Etnik/Kaum 54

27 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama

Mengikut Kategori Status Perkahwinan 56

Page 6: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

v

28 Jadual Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap

Agama Mengikut Kategori Kawasan Penempatan 57

29 Taburan Tahap Pengetahuan Terhadap Agama Mengikut

Kategori Sekolah Rendah 59

30 Taburan Tahap Pengetahuan Terhadap Agama Mengikut

Kategori Sekolah Menengah 61

31 Taburan Tahap Pengetahuan Responden Terhadap Agama

Mengikut Kategori Agama Majoriti (Lokaliti) 63

32 Taburan Tahap Pengetahuan Tentang Agama Lain Bagi

Responden Yang Mempunyai Rakan Beragama Lain 65

33 Taburan Tahap Pengetahuan Tentang Agama Bagi

Responden Yang Mempunyai Jiran Beragama Lain 66

34 Taburan Persepsi Terhadap Agama Secara Keseluruhan 67

35 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Agama 68

36 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Umur 69

37 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Jantina 71

38 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Pendidikan 72

39 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Pendapatan Bulanan 75

40 Taburan Persepsi Responden Mengikut Sektor Pekerjaan 77

41 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Agama 78

42 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Status Perkahwinan 79

43 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Kawasan Penempatan 79

44 Taburan Persepsi Tentang Agama Mengikut Kategori

Sekolah Rendah 80

45 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Sekolah Menengah 81

46 Taburan Persepsi Terhadap Agama Mengikut Kategori

Agama Majoriti 82

47 Taburan Persepsi Terhadap Agama Berdasarkan

Mempunyai Rakan Dari Kumpulan Agama Lain 83

48 Taburan Persepsi Terhadap Agama Berdasarkan

Mempunyai Jiran Dari Kumpulan Agama Lain 83

49 Taburan Tahap Prejudis Responden Secara Keseluruhan 84

50 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama Lain

Mengikut Kategori Agama 84

51 Taburan Tahap Prejudis Responden Terhadap Agama

Mengikut Kategori Umur 85

52 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama

Mengikut Jantina 86

53 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama

Mengikut Tahap Pendidikan 87

54 Taburan Tahap Prejudis Responden Terhadap Agama 88

Page 7: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

vi

Mengikut Pendapatan Bulanan

55 Taburan Tahap Prejudis Responden Terhadap Agama

Mengikut Sektor Pekerjaan 89

56 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama

Mengikut Etnik 90

57 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama

Mengikut Status Perkahwinan 92

58 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama

Mengikut Kategori Kawasan Penempatan 93

59 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama

Mengikut Jenis Sekolah Rendah 94

60 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama

Mengikut Jenis Sekolah Menengah 95

70 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama

Mengikut Agama Majoriti Di Kawasan Penempatan 96

71 Taburan Tahap Prejudis Responden Tentang Agama Yang

Mempunyai Rakan Berlainan Agama 97

72 Taburan Tahap Prejudis Tentang Agama Bagi Responden

Yang Mempunyai Jiran Berlainan Agama 97

73 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Secara Keseluruhan 98

74 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden

Beragama Islam 100

75 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden

Beragama Buddha 101

76 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden

Beragama Kristian 102

77 Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden Beragama

Sikh 103

78 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden

Beragama Hindu 104

79 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden

Beragama Tao 105

80 Taburan Tahap Kepentingan Isu Agama Bagi Responden

Yang Menganut Kepercayaan Tradisional 106

Page 8: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

vii

SENARAI SINGKATAN

IKIM Institusi Kefahaman Islam Malaysia

IPT Institusi Pengajian Tinggi

IFC International Finance Corporation

JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri

JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

Antara Penganut Agama

JPNIN Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional

KDN Kementerian Dalam Negeri

MCCBCHST Malaysian Consultative Council of Christianity, Buddhisme,

Hinduisme, Sikhisme and Taoism

MGC Persatuan Gurdwara Malaysia

MKI Majlis Kebangsaan Islam

NGO Non-Governmental Organisation

PERKASA Pertubuhan Pribumi Perkasa

UPM Universiti Putra Malaysia

RMC Research Management Center

S.A.W Sallallahu Alaihi Wasallam

SPSS Statistical Package For The Social Sciences

SUK Setiausaha Kerajaan

Page 9: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

viii

Page 10: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarakat berbilang agama dan budaya yang hidup

secara aman dan damai serta mengekalkan keunikan masing-masing. Kemajmukan ini

menjadikan Malaysia sebuah negara yang sering dicontohi oleh masyarakat antarabangsa. Walau

bagaimanapun kemajmukan tersebut turut digariskan sebagai salah satu cabaran utama dalam

misi menjayakan pembangunan negara ke arah mencapai status negara maju pada 2020. Situasi

semasa yang berkaitan dengan aspek agama dan hubungan antara agama khususnya antara Islam

dan bukan Islam merupakan fenomena dalam perhubungan antara penganut agama sekarang.

Beberapa permasalahan kajian telah dikenal pasti.

Secara amnya kajian ini dijalankan untuk mendalami dan menghurai isu serta cabaran hubungan

antara penganut agama yang dikatakan semakin rumit dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Penilaian telah dibuat menggunakan empat pembolehubah, iaitu pengetahuan, persepsi, prejudis

dan tahap kesedaran tentang isu agama berasaskan empat objektif utama, iaitu 1) Mengenalpasti

tahap pengetahuan umum responden terhadap asas-asas agama; 2) Mengenalpasti persepsi

Page 11: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

2

responden terhadap agama; 3) Mengenalpasti tahap prejudis responden terhadap agama; dan 4)

Mengenalpasti tahap kepentingan isu agama kepada responden.

1.2 Pernyataan Masalah

Terdapat beberapa kes yang melibatkan hubungan antara penganut agama yang terjejas dan

berkait rapat dengan isu sensitiviti agama terutama isu kalimah Allah. Menurut Mujahid Yusof

Rawa (2013) pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada 16 Februari 2009 apabila

Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan

kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden. Keadaan ini berlaku

apabila pihak gereja menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk "God" bagi

terjemahan Bible Bahasa Malaysia. Pihak gereja menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri

Dalam Negeri ketika itu, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 7 Januari 2009 berhubung

larangan penggunaan kalimah Allah dalam “The Herald” tidak sah. Menurut pihak gereja lagi,

kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada penganut agama Islam sahaja. Namun kerajaan

berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam. Pada

31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa

keputusan Menteri melarang penerbitan “The Herald” itu daripada menggunakan kalimah Allah

menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah. Kes ini berlarutan di mana pada Julai 2013,

Titular Roman Catholic Archbishop dari Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi

membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang tidak

membenarkan penggunaan kalimah tersebut. Menurut beliau lagi, Mahkamah Rayuan menolak

dan menetapkan pendengaran penuh rayuan pada 10 September lalu. Keputusan 10 September

untuk rayuan penuh ditangguh kepada 13 Oktober 2013. Keputusan rayuan pada 14 Oktober

2013 yang lalu menetapkan bahawa “The Herald” tidak boleh menggunakan kalimah Allah

Page 12: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

3

dalam penerbitannya. Sehubungan dengan isu ini berlaku ketegangan di antara umat Islam yang

tidak berpuas hati terhadap tuntutan penganut Kristian di Malaysia.

Selain daripada itu, menurut, Azian Aziz (2009) terdapat isu pembinaan Kuil Hindu di Seksyen

23 Shah Alam, Selangor yang telah menimbulkan kemarahan penduduk Melayu Islam di

kawasan berkenaan. Kes ini bermula apabila penduduk di Seksyen 23 membantah cadangan

pembinaan kuil di kawasan mereka yang majoritinya beragama Islam berbanding hanya 40

penganut Hindu. Menurut beliau lagi, ekoran tiada jaminan daripada kerajaan negeri untuk

membatalkan cadangan itu, kira-kira 200 penduduk bertindak mengadakan perhimpunan selepas

solat Jumaat bagi menyuarakan bantahan tersebut. Keadaan bertukar menjadi kecoh dan

kontroversi apabila ada kalangan individu yang menyertai perhimpunan itu membawa kepala

lembu semasa berarak ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. Tindakan ini

menimbulkan kemarahan penganut agama Hindu akibat penghinaan yang melampau. Kesannya

telah mengakibatkan hubungan penganut Islam dan India menjadi tegang. Menurut Syed Mu’az

Syed Putra (2010) keputusan telah dibuat bahawa kuil tersebut akan dipindahkan ke Seksyen 23

dimana pembinaannya bukan di kawasan perumahan tetapi akan dibina di kawasan perindustrian

di Seksyen 23. Perkara ini telah dinyatakan oleh Y.B Puan Rodziah Ismail selaku Pengerusi

Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Negeri

Selangor. Beliau menegaskan keputusan telah dibuat selepas mengambil kira pandangan semua

pihak termasuk pengurusan Kuil Sri Maha Mariaman. Pihak pengurusan kuil telah bersetuju

dengan keputusan tersebut dan berharap semua pihak termasuk penduduk di Seksyen 23 dapat

menerima keputusan ini.

Rentetan daripada beberapa kes dan insiden di atas telah memperlihatkan hubungan antara

agama yang kurang harmoni di Malaysia.

Page 13: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

4

1.3 Kepentingan Kajian

Pemaparan isu sensitiviti agama oleh media sebenarnya membimbangkan pelbagai pihak

terutama rakyat dan kerajaan. Persepsi masyarakat dibentuk melalui pengaruh media. Perkara ini

turut ditegaskan oleh Zulkifli Hassan (2012) bahawa media amat berpengaruh dalam membentuk

persepsi masyarakat. Menurutnya penerbitan beberapa filem berunsur Islamofobia seperti filem

“Innocence of Muslim’ arahan Sam Becille yang secara jelas menghina Islam dan Rasulullah

SAW serta menunjukkan salah faham terhadap agama Islam itu sendiri. Perkara ini terjadi

berikutan dengan beberapa insiden keganasan yang berlaku di dunia seperti peristiwa 11

September 2001 di bandar New York sebagai pencetus utama kepada fenomena Islamofobia.

Peristiwa berkenaan telah mengorbankan kira-kira 2,996 nyawa. Seterusnya, peristiwa

pengeboman di Madrid pada 11 Mac 2004 melibatkan kematian 191 orang. Malah pengeboman

di London pada 7 Julai 2005 yang meragut 52 nyawa oleh pengganas yang disyaki Muslim telah

memburukkan lagi imej Islam di mata masyarakat dunia. Insiden sebegini menyebabkan umat

Islam dikaitkan dengan keganasan (terrorisme).

Walau bagaimanapun persepsi sebenar penganut agama terhadap penganut agama lain tidak

dapat dipastikan. Keadaan ini disebabkan oleh tiada data yang dapat menunjukkan secara tepat

tentang had antara agama terutama dalam konteks persepsi dan prejudis. Rentetan daripada itu,

menyebabkan masyarakat semakin sensitif terhadap isu agama seperti isu kalimah Allah,

pertukaran agama dan lain-lain. Oleh itu, penyediaan bukti saintifik yang empirikal amat

diperlukan.

Sehubungan itu, dapatan kajian ini dijangka boleh mengemukakan bukti terhadap status semasa

persepsi dan tahap prejudis masyarakat mengenai hubungan antara agama di Malaysia. Dengan

Page 14: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

5

penentuan tersebut ia dapat membantu pihak seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),

Institusi Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan- Jabatan Agama Negeri (JAIN), Jabatan

Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Kluster Perpaduan Nasional, Majlis Profesor

Negara (MPN), Malaysian Consultative Council of Christianity, Buddhism, Hinduism, Sikhism

and Taoism” (MCCBCHST), Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) dan lain-lain dalam merencana

program dan aktiviti untuk mengukuhkan hubungan antara penganut agama di Malaysia.

1.4 Objektif Kajian

1. Mengenalpasti tahap pengetahuan responden terhadap agama.

2. Mengenalpasti persepsi responden terhadap hubungan antara agama.

3. Mengenalpasti tahap prejudis responden terhadap hubungan antara agama.

4. Mengenalpasti tahap kepentingan isu agama kepada responden.

Page 15: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

6

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Ulasan literatur merupakan bahagian yang menerangkan ulasan-ulasan yang berkaitan dengan

kajian dibuat berdasarkan bahan rujukan seperti jurnal, tesis, buku, keratan akhbar, majalah,

bahan media massa dan bahan bercetak. Sorotan literatur ini digunakan bagi lebih memahami

kajian yang dijalankan dengan menerangkan tentang dapatan dan ulasan yang diperolehi

daripada kajian-kajian lepas.

2.1 Toleransi Sosio Agama dan Etnik

Toleransi dapat definisikan sebagai secara sukarela iaitu tidak mengambil tindakan terhadap

sesuatu yang tidak dibenarkan, di mana ia membawa maksud kebebasan terhad dan kebebasan

bersyarat (Adeney, 1926). Toleransi ditunjukkan dengan melibatkan sikap, pandangan,

tingkahlaku dan kepercayaan (Ferrar, 1976). Selain itu, sebagai satu polisi atau sikap terhadap

sesuatu yang tidak di terima, tetapi tidak pula ditolak secara aktif (Laursen, 2005). Dimensi

sosial adalah salah satu dari pelbagai dimensi yang perlu di kaji untuk memahami agama.

Menurut A.T Talib, (2012) tolenrasi agama ialah sikap atau kesediaan untuk membenarkan dan

menerima agama lain untuk diamalkan dalam mana-mana komuniti tanpa ada sebarang unsur

prejudis, bertujuan untuk mencapai keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Tambah

beliau lagi, tolenrasi agama bukanlah membawa maksud melihat agama lain juga benar, tetapi

Page 16: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

7

ianya adalah memberikan hak kepada penganut agama lain untuk mengamalkan agama masing-

masing.

Toleransi beragama yang diamalkan di Malaysia selama ini adalah dengan bersandarkan kepada

Artikel 11(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mana “tiap-tiap orang adalah berhak

untuk menganuti dan mengamalkan agamanya tertakluk kepada Fasal (4),16 mengembangkan

agamanya”. Daripada peruntukan ini, sudah jelas bahawa umat Islam dan penganut-penganut

agama lain bebas untuk mengikut dan mengamalkan ajaran agamanya masing-masing dengan

tertakluk kepada syarat bahawa tidak boleh melakukan sebarang bentuk tindakan penyebaran

mana-mana ajaran agama terhadap umat Islam. Menurut Khadijah Mohd Khambali & Mohd

Herzali, (2008) Islam sekadar mengiktiraf kewujudan agama-agama lain di dunia ini sebagai

suatu sunnatullah dan bukan mengakui kebenaran doktrin dan falsafah ajaran yang terkandung

di dalam agama lain.

Islam adalah agama yang dominan di Malaysia dan telah mewarnai kehidupan masyarakat

Melayu selepas pertapaan agama Hindu di Tanah Melayu (Ahmad Bashir Aziz, 2004). Oleh

yang demikian, masyarakat Malaysia dan agama Islam telah dilihat sebagai sinonim dan

kebanyakan persoalan mengenai adat istiadat, politik dan pemerintahan masyarakat Melayu telah

dipengaruhi oleh Islam. Jika diperhalusi, nilai yang terkandung dalam Islam adalah bersifat

universal dan dapat diterima oleh semua peringkat manusia dan mampu beroperasi dalam

konteks kepelbagaian bangsa dan agama di Malaysia (Auni Abdullah, 1991).

Namun begitu, penganut Islam perlu berusaha untuk memahami realiti kehidupan beragama

masyarakat bukan Melayu di Malaysia . Keadaan ini, selaras dengan ajaran agama Islam untuk

Page 17: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

8

mengelakkan sikap salah faham masyarakat bukan Islam terhadap penganut Islam, Muhammad

Abu Bakar (1987). Selain itu, Batumalai (1989), menyatakan bahawa penganut agama Kristian

perlu mengamalkan sikap proaktif dan terbuka untuk memahami sosio-budaya dan agama

masyarakat bukan Kristian khususnya masyarakat Melayu dalam usaha mendekati mereka.

Dari segi toleransi etnik pula, Rabushka (1973) menyatakan segelintir etnik Melayu sahaja yang

menyatakan kesanggupan mereka untuk makan bersama dengan etnik Cina. Menurut beliau lagi

masyarakat Cina di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur tidak mempunyai masalah dan lebih

bertoleransi dalam konteks kesanggupan mereka untuk makan, kerja mahupun tinggal bersama

dengan etnik Melayu. Selain itu dari aspek stereotaip pula, etnik Melayu melihat orang-orang

Cina sebagai cerdik, bercita-cita tinggi, aktif, sopan dan bersih manakala bagi etnik Cina pula

menggambarkan orang-orang Melayu sebagai bersih, kurang bercita-cita, aktif, sopan dan cerdik.

Keadaan ini menunjukkan bahawa ada sebahagian amalan yang dipraktik oleh sesetengah etnik

dapat diterima oleh etnik yang berbeza seperti kesanggupan untuk makan bersama dengan etnik

lain.

2.2 Konsep Hubungan Antara Penganut Agama

Momokkan segelintir pihak tertentu dengan propaganda seperti Islamofobia, ganas, ekstrim,

jumud dan sebagainya sedikit sebanyak telah mempengaruhi dan mengganggu gugat hubungan

baik antara pelbagai etnik dan agama di Malaysia. Kenyataan ini menggambarkan bahawa

cabaran yang dihadapi oleh umat Islam bukan sahaja hadir dalam bentuk serangan fizikal

semata-mata malah turut melibatkan serangan pemikiran (Mohd Roslan Mohd Nor, 2011).

Page 18: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

9

Islamofobia merujuk kepada situasi di mana persepsi negatif atau kebimbangan atau kebencian

kepada Islam itu dizahirkan dalam bentuk ekspresi intelaktual seperti penulisan karya ilmiah atau

perbuatan yang merangkumi keganasan, protes dan gerakan Islamofobia itu sendiri (Zulkifli

Hassan, 2012). Dalam konteks di Malaysia, beliau mendapati manifestasi Islamofobia dikesan

berlaku dalam pelbagai bentuk. Misalnya, terdapat pemimpin parti politik yang memberi

kenyataan secara terang-terangan tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud, selain

kenyataan beberapa pemimpin politik bukan Muslim yang berbaur menghina undang-undang

Islam. Didapati juga kes-kes melibatkan penghinaan terhadap Islam menerusi ruang siber seperti

Facebook dan Twitter serta manifestasi Islamofobia yang dizahirkan dalam bentuk lain seperti

menafikan hak berpakaian Muslim dalam pertandingan renang di sebuah kompleks sukan di

Selangor.

Seterusnya ialah berkaitan pluralisme agama yang dikenalpasti sudah mencapai suatu tahap

‘ancaman’ (Yusri Mohamad, 2010). Hal ini berikutan penekanan pluralisme lebih kepada

“kesamaan” dan “kesetaraan” dalam segala hal termasuk beragama. Kajian Yusri Mohamad

(2010) mendapati gejala pluralisme agama dalam konteks di Malaysia boleh dilihat menerusi isu

murtad dan cinta rentas agama, cadangan penubuhan Interfaith Commission (IFC) (Suruhanjaya

Antara Agama) perkongsian perayaan dan acara keagamaan, penggunaan kalimah Allah oleh

orang bukan Islam, ucapan salam kepada orang bukan Islam, isu pengharaman yoga kepada

orang Islam dan penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis oleh bukan Islam dalam ucapan-

ucapan politik.

Page 19: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

10

Seterusnya, terdapat segelintir aktivis agama bukan Islam yang turut mempersoalkan dan

mengapi-apikan isu pertukaran agama Islam dalam kalangan etnik bukan bumiputera di mana

mereka cuba untuk menimbulkan pelbagai konflik keagamaan dan perkauman (Mohamed Azam,

2000). Namun begitu, terdapat juga aktivis Islam yang turut mengapi-apikan isu agama yang

mengugat hubungan antara penganut agama. Perkara yang sama berlaku dalam kelompok Islam

dan bukan Islam. Menurut Azizul Osman (2013) isu saranan pembakaran Bible versi Bahasa

Melayu menggunakan kalimah Allah. Isu ini bermula daripada Presiden Pertubuhan

Pribumi Perkasa (PERKASA) iaitu Datuk Ibrahim Ali membuat kenyataan dalam satu

perhimpunan di Pulau Pinang menyeru kepada umat Islam di negeri itu agar membakar Bible

yang menggunakan nama Allah atau mana-mana perkataan Arab yang dikatakan khas untuk

umat Islam. Ekoran daripada kenyataan itu, siasatan dijalankan selepas khabar angin tentang satu

perhimpunan untuk bakar Bible tersebar. Bagaimanapun pada 21 Januari lalu, Perkasa

mengeluarkan kenyataan bahawa kenyataan Presiden Perkasa itu telah disalah ertikan.

Terdapat juga konflik intra agama seperti kes Ahmadiah di mana mereka ditangkap ketika

melakukan solat jumaat berjemaah di sebuah hotel bajet. Mereka merasa tertindas kerana pihak

kerajaan tidak mengiktiraf ajaran dan mengangap bahawa mereka adalah ajaran sesat

(myMetro,12 April 2014). Mereka turut mempertikaikan tindakan tersebut dengan hujah bahawa

ajaran berkenaan telah bertapak di Malaysia sejak puluhan tahun lalu. Selain itu, turut disertakan

dalam memorandum bertajuk ‘Penindasan Terhadap Orang Islam Ahmadi di Malaysia’ ialah

surat kepada wakil media serta agensi berkuasa agama di beberapa negeri memohon keadilan

kepada ajaran berkenaan dalam setiap liputan di negara ini. Mereka turut menghantar

memorandum setebal 48 muka surat kepada kerajaan Selangor pada 2012 yang sebelum itu telah

Page 20: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

11

dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010 bagi menuntut keadilan.

Walaubagaimanapun, JAKIM telah menyenaraihitamkan kumpulan ini dibawah senarai

kumpulan yang diharamkan (rujukan di bahagian lampiran A pada muka surat 67).

Kesimpulannya, walaupun toleransi sosio antara agama pada keadaan yang baik, namun dengan

terdapatnya pelbagai isu yang berlaku sejak kebelakangan ini, dikhuatiri ianya mampu

mengeruhkan hubungan antara pelbagai penganut agama di Malaysia. Maka dengan itu, kajian

perlu dilakukan untuk mengetahui isu dan hubugan antara penganut agama.

Page 21: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

12

3.0 REKA BENTUK PENYELIDIKAN

Bahagian ini menerangkan reka bentuk kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini.

3.1 Skop kajian

Secara umum, kajian ini dijalankan di seluruh Malaysia dengan tumpuan kepada kawasan bandar

di setiap negeri. Persampelan ini dibuat dengan mengambil kira demografi kawasan tersebut

yang mempamerkan kepelbagaian agama selain isu hubungan antara agama yang lebih menonjol

dipengaruhi senario politik yang lebih agresif.

Mengenalpasti pengetahuan, persepsi, prejudis dan kesedaran semasa terhadap isu-isu sensitif

yang melibatkan hubungan antara agama dalam kalangan masyarakat Malaysia yang beragama

Islam, Kristian, Buddha dan Hindu.

3.2 Rekabentuk kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan dua kaedah utama, iaitu survei dan pemerhatian. Bagi

kaedah survei, set soal selidik (instrumen) berkaitan isu-isu hubungan antara agama telah dibina

berdasarkan tinjauan literatur dan menerusi beberapa siri bengkel. Secara ringkasnya, metodologi

kajian adalah berdasarkan kepada perkara berikut:

Page 22: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

13

3.3 Populasi dan sampel kajian

Dalam kajian ini, sampel dipilih terdiri daripada individu yang berumur antara 15 hingga 60

tahun. Kajian ini berjaya mendapatkan 1,500 responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat

umur.

3.4 Kaedah dan saiz persampelan

Teknik persampelan

Bagi mendapatkan sampel, teknik persampelan rawak mudah berstrata digunakan di mana

berasaskan kepada bancian kependudukan Malaysia (2010) dibahagi mengikut nisbah setiap

agama yang dominan dan negeri, iaitu Islam (40%), Kristian (30%), Buddha (20%) dan Hindu

(10%).

Saiz sampel

Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah 1,500 orang di mana ia mencukupi bagi mewakili

saiz sampel penduduk Malaysia.

3.5 Lokasi kajian

Kajian ini meliputi bandar-bandar utama di setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Di Sabah

kawasan tumpuan merangkumi bandaraya Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Manakala di

Sarawak pula fokus kajian adalah di sekitar bandaraya Kuching, Sibu dan Bintulu.

3.6 Instrumen dan pengumpulan data kajian

Pengumpulan data bagi kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik yang telah di rangka

berdasarkan kepada objektif kajian dan pembolehubah yang ingin diukur, antaranya:

Bahagian A Maklumat demografi responden yang merangkumi meliputi agama, negeri, kaum,

jantina, umur, latar belakang sekolah rendah dan menengah, tahap pendidikan

tertinggi, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan, status perkahwinan dan kawasan

penempatan responden.

Page 23: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

14

Bahagian B Beberapa soalan yang berkaitan dengan pengetahuan mengenai agama Islam,

Kristian, Buddha dan Hindu, iaitu empat agama yang dianuti oleh majoriti

penduduk Malaysia. Soalan ini adalah soalan asas mengenai pengetahuan mengenai

perayaan, makanan, amalan dan sebagainya.

Bahagian C Soalan di bahagian ini merangkumi soalan mengenai persepsi individu mengenai

agama. Soalan juga berbentuk asas mengenai persepsi asas agama-agama utama di

Semenanjung Malaysia. Skala pengukuran untuk instrumen ini adalah 1 = sangat

tidak setuju hingga 5 = sangat setuju.

Bagaian D Soalan di bahagian ini juga merangkumi soalan yang bersifat prejudis kepada

agama. Terdapat soalan negatif dan positif dinyatakan untuk responden menjawab

dimana setiap soalan menguji tahap prejudis individu terhadap aktiviti yang

dilakukan oleh setiap agama. Skala pengukuran untuk instrumen ini adalah 1 =

sangat tidak setuju hingga 5 = sangat setuju.

Bahagian E Merangkumi sebelas isu agama semasa yang diketengahkan untuk melihat sejauh

manakah sesuatu isu itu penting bagi responden. Sebelas isu ini dikenalpasti

berasaskan respons awam kepada IKIM. Hasilnya kajian akan melihat kepada dua

darjah kepentingan iaitu 1 = tidak penting dan 2 = penting bagi mereka. Antara

sebelas isu yang diketengahkan adalah :

1. Isu penghinaan terhadap agama

2. Isu hak penjagaan anak

3. Isu tuntutan mayat

4. Isu Malaysia negara Islam/sekular

5. Isu tapak rumah ibadat

6. Isu hudud

7. Isu bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah

8. Isu kalimah Allah

9. Isu Bible versi Bahasa Melayu

10. Isu pertukaran agama

11. Isu penyebaran agama lain

Page 24: PENYELIDIK - ir.unimas.my ISU DAN CABARAN... · JAIN Jabatan- Jabatan Agama Negeri JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JKMPKA Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian

15

3.6 Analisis kajian

Analisis deksriptif digunakan dengan melihat kepada frekuensi (n) dan juga peratus (%) bagi

setiap pembolehubah dan juga melihat kepada nilai skor dan min bagi empat pembolehubah yang

utama dalam kajian. Antara analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti di bawah:

Objektif 1

Mengenalpasti tahap pengetahuan

responden terhadap agama

Analisis deskriptif

- Untuk mengenalpasti tahap pengetahuan

responden terhadap pengetahuan agama,

jumlah skor bagi pembolehubah

pengetahuan dikira.

Objektif 2

Mengenalpasti persepsi responden

terhadap hubungan antara agama

Analisis deskriptif

- Untuk mengenalpasti persepsi responden

terhadap hubungan antara agama, jumlah

skor bagi pembolehubah pengetahuan

dikira.

Objektif 3

Mengenalpasti tahap prejudis responden

terhadap hubungan antara agama

Analisis deskriptif

- Untuk mengenalpasti tahap prejudis

responden terhadap hubungan antara

agama, jumlah skor bagi pembolehubah

prejudis dikira.

Objektif 4

Mengenalpasti tahap kepentingan isu

agama kepada responden

Analisis deskriptif

- Untuk mengenalpasti tahap kepentingan

isu agama frekuensi bagi setiap isu dikira,

kemudian disusun mengikut turutan

frekuensi tinggi kepada frekuensi rendah.

Hasil kajian ini dipersembahkan dalam bentuk crostabulation bagi memberikan gambaran yang

lebih jelas.