penulisan ilmiah - mengetahui falsafah dalam pendidikan awal kanak-kanak
TRANSCRIPT
KAQ 1053
PENJAGAAN BAYI DAN KANAK-KANAK YANG BERKUALITI
PENULISAN ILMIAH
PERANAN GURU YANG MEMENTINGKAN
PENJAGAAN BERKUALITI DI TASKA ATAU TADIKA
NAMA : NORYUSMANIA BT JUNAIDI (E 20101000826)
NO MATRIK : E20101000826
PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK – KANAK.
SEMESTER : SEMESTER 3 2011/2012
KUMPULAN KULIAH : KUMPULAN B
NAMA PENSYARAH :
ISI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGANMUKA
SURAT
1 PENGENALAN
2FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KEPENTINGAN GURU
MENGETAHUI MENGENAINYA.
3
IDEA DAN TEORI AHLI FALSAFAH YANG BOLEH
DIAPLIKASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
4 KESIMPULAN
5 RUJUKAN
PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan edisi empat, pendidik atau lebih mesra di panggil sebagai cikgu
atau guru merujuk kepada individu yang mengajar, mendidik, dan mengasuh secara formal
atau pun tidak formal. Guru adalah faktor penyumbang yang paling penting kepada kejayaan
sesuatu program, taska atau taska. Guru yang berkualiti akan memastikan program asuhan dan
didikan awal kanak-kanak sama ada di taska atau tadika yang dirancang dan dilaksanakan
dengan sempurna, berkesan dan bermakna. Guru taska atau tadika mempunyai peranan yang
agak berbeza jika dibandingkan dengan guru yang mengajar di peringkat sekolah rendah dan
menengah. Seorang guru taska, tadika atau lebih dianggap sebagai guru dalam pendidikan
awal kanak-kanak bukan sahaja melibatkan didikan dari segi akademik bahkan dari segi
asuhan juga.
Sekira seorang guru taska atau tadika itu seorang yang mementingkan penjagaan yang
berkualiti, perkara pertama yang diutamakan olehnya adalah mengetahui falsafah pendidikan
awal kanak-kanak dan aplikasinya dalam pengajaran dan pembelajaran. Falsafah berasal
daripada perkataan Greek philosophia yang bermakna love of wisdom. Istilah falsafah pertama
kali digunakan oleh Pythagoras yang membahagikan manusia kepada tiga jenis, iaitu:
Orang yang gemar akan keseronokan.
Orang yang gemar akan aktiviti.
Orang yang gemar akan kebijaksanaan (wisdom)
Socrates pernah menyatakan bahawa fungsi falsafah adalah untuk mendapatkan
pengetahuan kendiri (self-knowledge) manakala Plato pula berpendapat bahawa matlamat
falsafah adalah untuk memperoleh kebenaran yang mutlak. Bagi Aristotle disiplin ini
berkaitan dengan penyelidikan sebab-sebab dan prinsip sesuatu benda.
Dari pandangan tokoh islam seperti Omar Al-Syaibani (1991), dalam mengehuraikan
pengertian falsafah beliau menyatakan bahawa falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi
cinta akan hikmah dan berusaha untuk mendapatkannya. Seterusnya beliau berkata
...hikmah yang dicintai oleh filosof dan selalu berusaha mencapainya
mengandungi lima unsur iaitu universal, pandangan yang luas cerdik,
pandangan secara merenung (meditative) dan mengetahui pelaksanaan
pengetahuan yang disertai dengan tindakan yang baik (hlmn. 26)
Selain itu terdapat juga ahli falsafah yang mendefinisikan falsafah sebagai the
process of asking question. Definisi ini telah diutarakan oleh Shofield yang juga
menggunakan kaedah persoalan untuk mendapatkan pengetahuan yang benar (true
knowledge). Shofield menyatakan falsafah menggunakan persoalan untuk menjelaskan
idea-idea seseorang untuk menghapuskan kesalahan yang terdapat dalam pemikiran
orang itu. Beliau juga percaya bahawa seseorang individu menerima pemikiran orang
lain secara sekunder tanpa membuat penyelidikan serta terus sahaja menggunakan
maklumat tersebut tanpa memahaminya dengan betul.
Definisi yang dipakai dan diperkenalkan oleh Shofield sesuai dengan pendidikan
awal kanak-kanak kerana kanak-kanak akan selalu menyoal guru tentang sesuatu
perkara yang ingin di ketahuinya. Peranan guru adalah untuk menjelaskan apa yang
ingin diketahui oleh kanak-kanak tersebut. Dalam kehidupan seharian falsafah umum
ditakrifkan sebagai pandangan hidup, cara hidup, atau prinsip-prinsip yang dipercayai
seseorang dalam kehidupan dan dijadikan panduan dalam tindakan, pilihan dan
keputusannya.
FALSAFAH PENDIDIKAN DAN KEPENTINGAN GURU MENGETAHUI
MENGENAINYA.
Falsafah pendidikan pula adalah satu set kepercayaan tentang bagaimana kanak-kanak
berkembang dan belajar serta bagaimana meraka sepaputnya diajar. Falsafah hidup seseorang
akan menentukan apa yang akan diajar kepada kanak-kanak. Morrison (2001) menyebut
Your philosophy of education is based on your philosophy of life. What you
believe about yourself, about others, and about life infuses and determines
your philosophy of education (hlmn. 13)
Falsafah pendidikan yang dipegang oleh seseorang guru akan membantunya
menentukan arah dan matlamat pengajrannya. Keyakinan guru tentang bagimana kanak-kanak
belajar dengan baik akan menentukan pemilihan strategi dalam pengajarannya, sama ada ia
ingin menggunakan kaedah pengajaran secara individu atau mengajar cara yang sama untuk
setiapa kanak-kanak. Falsafah guru juga akan mennentukan sama ada guru itu akan
membiarkan kanak-kanak melakukan aktiviti untuk diri sendiri atau guru membantu mereka
dalam membuat aktiviti.
Pengetahuan tentang falsafah pendidikan penting kerana guru perlu mempunyai
matlamat dalam segala tindakannya. Pengetahuan tentang idea-idea yang dikemukakan oleh
ahli falsafah yang terdahulu dapat membantu guru memilih program untuk kanak-kanak di
bawah jagaannya. Pengetahuan ini memberi keyakinan kepada guru tersebut menjalankan
tugasnya.
Morrison (1995) memberi beberapa sebab mengapa guru atau pengamal pendidikan
taska atau tadika serta prasekolah perlu mengetahui idea dan teori yang dikemukakan oleh
tokoh-tokoh pendidik. Di antaranya adalah dapat mengetahui bahawa idea yang terdapat pada
hari ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi sesuatu yang dilahirkan semula (reborn) dan idea
atau amalan yang baik sudah wujud sebelum ini dan diamalkan beberapa kali dalam jangka
masa sepuluh hingga dua puluh tahun. Idea-idea lama yang baik seperti pendekatan child-
centered education boleh diaplikasikan semula dalam amalan pendidikan masa ini. Namun
sekiranya terdapat beberapa aspek yang tidak bersesuai dengan arus pada masa kini, guru
harus bijak dalam menubah suai dan menyesuaikannya sesuai dengan amalan pendidikan pada
masa kini dan tahap kanak-kanak pada masa kini yang lebih maju contohnya dari segi
pengetahuan IT dan dari segi pendedahan terhadap dunia sekeliling.
Idea-idea ahli falsafah boleh membantu guru dalam memahami cara-cara melaksanakan
strategi pengajaran. Contohnya Rousseau, Froebel dan Montessori percaya bahawa kanak-
kanak hendaklah dididik dengan penuh kemuliaan dan penghormatan. Selain itu teori-teori
tentang bagaimana kanak-kanak membesar, berkembang, dan belajar telah membentuk
pendidikan dan amalan penjagaan kanak-kanak pada hari ini. penerokaan dan penganalisisan
dan penemuan idea-idea falsafah boleh memberikan inspirasi dan ilham kepada pendidik awal
kanak-kanak untuk menilai semula pendapat yang dipegang selama ini dan menjadi dorongan
kepada guru untuk melakukan yang terbaik.
White dan Coleman (2000) menyatakan bahawa falsafah pendidikan yang dipegang
oleh seseorang guru bukan sahaja membantunya dalam berinteraksi dengan kanak-kanak
malah membantunya memahami amalan pengajaran dan dapat membezakan apa yang
diamalkan dengan apa yang diamalkan oleh guru-guru lain.
Mengajar kanak-kanak pada peringkat awal berbeza jika dibandingkan dengan mengajar
kanak-kanak di peringkat sekolah rendah yang terikat dengan silabus dan berbentuk lebih
formal. Dalam pendidikan awal kanak-kanak pula, guru perlu kreatif dan fleksibel dalam
mengajar kanak-kanak. Mereka juga perlu peka akan tahap perkembanagn dan cirri-ciri
peribadi kanak-kanak tersebut.
IDEA DAN TEORI AHLI FALSAFAH YANG BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Terdapat pelbagai falsafah dan pendekatan bagi mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Beberapa orang ahli falsafah yang idea dan
teori yang diutarakan oleh mereka yang sentiasa mempengaruhi pendidikan awal kanak-kanak
dan seharusnya diketahui dan dijadikan rujukan dalam mengaplikasikan teori pendidikan awal
kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran, antara nya ialah:
John Comenius
Comenius (1592 – 1670) mempercayai semua kanak-kanak perlu menghadiri sekolah.
Mereka belajar berkomunikasi melalui aktiviti lisan, menulis melalui aktiviti penulisannya
dan berfikir melalui aktiviti yang membenarkan mereka berfikir dan belajar secara aktif.
John Comenius John Locke Jean Jacques Rousseau
Johann Heinrich Pestalozzi
Friedrich Froebel
Maria Montessori Jean Piaget Lev Vygotsky
Howard Gardner
Imam al-Ghazali Ibnu Khaldun
Beliau juga percaya bahawa pendidikan haruslah berdasarkan keadaan semula jadi,
kecendurungan dan pengalaman kanak-kanak. Oleh itu seorang guru pendidikan awal kanak-
kanak yang mementingkan penjagaan yang berkualiti perlu membuat pemerhatian terhadap
kebolehan dan keupayaan kanak-kanak dan tidak harus memaksa kanak-kanak mempelajari
sesuatu yang mereka belum sedia.
Beliau juga menekankan pembelajaran yang melibatkan penggunaan deria.
Pembelajaran dapat mencapai matlamat apabila melibatkan deria dan pendidikan yang
menggunakan deria dianggap asas kepada semua pembelajaran. Guru haruslah menyediakan
bahan pengajaran yang terdiri daripada bahan maujud dan asli. Bahan-bahan ini perlu dibawa
berhampiran dengan kanak-kanak.
Berikut adalah antara prinsip pengajaran yang dinyatakan oleh Comenius yang boleh
dijadikan panduan dalam mengaplikasikan pengajaran danpembelajaran di tadika atau taska.
Comenius menyatakan pendidikan akan lebih mudah jika:
Bermula pada peringkat awal semasa otak masih bersih.
Semasa otak bersedia untuk menerimanya.
Bermula daripada umu kepada khusus.
Daripada senang kepada susah.
Tidak dibebankan dengan terlalu banyak matapelajaran.
Proses tidak terlalu cepat.
Berdasarkan umur dan kaedah yang betul.
Diajar dengan menggunakan deria.
Bahan pengajaran dipamerkan.
Semua bahan yang diajar mengikut kaedah yang sama.
John Locke
John Locke memfokuskan kepda pembinaan budi perkerti, perkembanagn moral,
fizikal, dan mental. Locke menganggap proses pembelajaran lebih penting daripada hasil
pembelajaran dan dengan ini proses pembelajaran dianggapnya sebagai matlamat terakhir
pendidikan. Menurut Locke juga, seseorang individu menerima pengetahuan hasil
pengalamannya yang dikaitkan dengan istilah tabula rasa atau blank slate. Locke
menganggap kanak-kanak seperti kertas putih. Pengalaman persekitaran akan mencorakkan
kanak-kanak. Locke yakin bahawa pengalaman mempengaruhi keadaan seseorang.
Beliau turut menekan penggunaan deria sebagai kaedah pendidikan yang berkesan
untuk kanak-kanak. Locke juga mengakui kepentingan permainan kerana pengajaran yang
menggunakan kaedah permainan menjadikan kanak-kanak belajar dengan cepat dan mereka
akan berasa seronok.
Jean Jacques Rousseau
Rousseau (1712 -1778), pandangannya dalam bidang pendidikan kanak-kanak disebut
sebagai naturalism yang bermakna meninggalkan pengaruh masyarakat yang penuh dengan
kepura-puraan. Pendidikan bercorakkan naturalism ini membenarkan perkembangan individu
tanpa gangguan dan paksaan. Bagi belai pendidikan secara semula jadi atau natural dapat
mempertingkatkan kualiti seperti kegembiraan, kespontanan dan inkuisitif.
Dalam aspek pendidikan awal kanak-kanak Rousseau melihat perkembangan kanak-
kanak sebagai satu proses yang tidak boleh dipaksa ataupun dikawal. Menurut Rousseau,
pendidikan kanak-kanak ada kaitan dan berasaskan cirri-ciri semula jadi kanak-kanak.
Berdasarkan teori beliau, perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat, iaitu:
Kanak-kanak baru lahir hingga lima tahun belajar melalui aktiviti
fizikal.
Kanak-kanak berusia lima tahun hingga 12 tahun belajar melalui
penerokaan.
Dari segi kaedah pengajaran Rousseau menghendaki guru-guru mengalakkan kanak-
kanak berkembang mengikut kebolehan semula jadi mereka. enurut Morrison, (1995)
Parents and teachers allow children to develop according to their abilities,
do not interfere with development by forcing education and tend not to
overprotect them from the corrupting influences of society (hlmn. 60).
Guru perlu membuat pemerhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dan
menyediakan pengalaman-pengalaman berdasarkan masa yang sesuai. Pendidikan pada
pandangan Rousseau berlaku melalui tiga punca, iaitu keadaan semula jadi, manusia dan
benda. Dalam Emile, Rousseau menyebut:
All that we lack at birth and need when grown up is given bu education. This
education comes to us from nature, from man, or from things. The internal
development of our faculties and organs is the education of nature..it is not
enough merely to keep children alive. They should learn to bear the blows of
fortune; to meet either wealth or poverty, to live if need be in the frosts of
iceland or on the sweltering rock of Malta (Morrison 1995:61)
Johann Heinrich Pestalozzi
Pestalozzi (1746 -1827) yang terpengaruh dengan konsep semula jadi Rousseau telah
mengasuh anaknya Jean-Jacques dengan menggunakan Emile sebagai panduan. Namun
Pestalozzi menghadapi kegagalan dalam mendidik anaknya berdasarkan idea Rousseau. Apa
yang dapat dipelajari daripada kegagalan Pestalozzi ini ialah guru pendidikan awal kanak-
kanak tidak harus bergantung sepenuhnya pada inisiatif kanak-kanak dan mengharapkan
kanak-kanak sendiri mempelajari apa yang perlu diketahuinya. Pestalozzi percaya bahawa
teknik mengajar secara mengingat dan menghafal adalah tidak berkesan.
Salah satu sumbangan Pestalozzi yang berharga ialah pembentukan kaedah yang
bersesuaian dengan keperluan individu. Mengikut Pestalozzi, kanak-kanak perlu mengambil
bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan berasaskan pengalaman hidup sebenar. Beliau
juga mencadangkan supaya kanak-kanak diajar secara berperingkat-peringkat berdasarkan
kebolehan dan usaha mereka sendiri. Kaedah pengajaran Pestalozzi menekankan penerokaan
melalui pengalaman deria. Berdasarkan kepercayaan beliau ini beliau membentuk kaedah
pengajaran berdasarkan objek.
Pestalozzi juga menggalakkan aktiviti yang berbentuk kumpulan dan terdiri daripada
kanak-kanak yang berbeza dari segi umur. Dalam kumpulan sebegini kanak-kanak yang lebih
besar dapat membantu kanak-kanak yang lebih kecil.
Friedrich Froebel
Sumbangan Froebel dalam pendidikan ialah dalam bidang pembelajaran, kurikulum,
metodologi pengajaran dan latihan guru. Konsepnya tentang kanak-kanak dan bagaimana
mereka belajar adalah berasaskan idea yang diistilahkan sebagai unfolding yang sebelum itu
telah diasaskan oleh Comenius dan Pestalozzi. Peranan guru ialah membuat pemerhatian
terhadap natural unfolding dan menyediakan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak belajar
apabila mereka sudah bersedia untuk belajar. Selain itu guru juga berperanan dalam
mengembangkan kualiti yang diwarisi untuk belajar. Oleh itu guru dianggap sebagai pereka
bentuk pengalaman dan aktiviti kanak-kanak.
Froebel menganggap kanak-kanak seperti benih yang baru ditanam kemuadian
bercambah dan mula mengeluarkan pucuk. Selepas tumbuh pokok itu membesar. Beliau
mengumpamakan guru sebagai tukang kebun. Didalam kebunnya yang dipenuhi kanak-kanak,
mereka dididik dalam suasana yang tertutup, penuh dengan keharmonian dalam keadaan
semula jadi. Bagi Froebel kindergarden perlu dipenuhi dengan keindahan untuk menarik
perhatian kanak-kanak. Sekurang-kurangnya kindergarden dicat dengan warna terang, bilik
dapat pencahayaan yang cukup dan dipenuhi dengan tanaman, binatang dan gambar. Untuk
memberikan keselesaan kepada kanak-kanak kindergarden perlu dilengkapi dengan kerusi
meja dan perabot yang sesuai. Tempat itu harus selesa dan mudah untuk menjalankan aktiviti.
Froebel berpendapat bahawa pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi kanak-
kanak. Pendidikan hendaklah berasaskan keperluan dan keupayaan kanak-kanak. Disebabkan
kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui perbuatan, mereka hendaklah dianggap sebagai
kanak-kanak dan perlu diberikan kebebasan. Bagi beliau kindergarden adalah tapak semaian
bagi latihan masyarakat seperti kerjasama, menggunakan daya usaha sendiri, menjaga
kebersihan dan menggalakkan kesihatan yang baik.
Dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, Froebel menekankan kaedah bermain
dan belajar melalui praktikal. Beliau menyatakan bahawa bermain itu kehidupan dan
merupakan tahap yang tertinggi dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bermain kanak-
kanak dapat melahirkan keunikan mereka. Bermain sesuatu strategi dalam pendidikan
dianggap sumbangan Froebel yang terbesar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Menurut Morrison (1995: 65)
Children unfold their uniqness in play and it is the area of unfolding and
learning through play that Froebel makes one of his greatest constibutions
to the early childhood curriculum
Selain konsep bermain, Froebel juga menekankan latihan pekerjaan untuk kanak-kanak.
Shapiro (1983: 22) telah memetik kata-kata Froebel,
“I desire that in the future all institutions in Germany for education and
care of little children, all that are based on games and occupations, all that
worthily correspond to the child’s nature and the man’s being, may be
called by this name kindergarden”
Dari segi jadual waktu beliau berpendapat bahawa jadual waktu pengajaran
kanak-kanak tidak terbatas. Froebel telah mencipta pelbagai latihan bagi setiap
peringkat perkembangan kanak-kanak. Untuk melatih kanak-kanak dengan aktiviti
menggenggam dan memegang, Froebel telah mencipta alat-alat geometri yang menjadi
bahan permainan kanak-kanak. Bahan ini diberi nama hadiah atau gift. Selain itu
Froebel turut membentuk kurikulum untuk melatih kanak-kanak bekerja yang
dinamakan occupations, permainan, nyanyian, pengajian tentang alam semula jadi dan
bahasa dan matematik untuk kanak-kanak memahami prinsip universal. Matlamat
pendidikan Froebel adalah mengembangkan aspek fizikal, kognitif dan sosial kanak-
kanak.
Menurut Froebel lagi, bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seorang guru
perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan ingin
tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung mereka terdorong untuk belajar sesuatu
yang baru.
Maria Montessori
Montessori menyokong Froebel dalam pendapat membenarkan kanak-kanak belajar
melalui bermain. Mengikut beliau dalam keadaan bermain kanak-kanak sebenarnya ‘bekerja’
bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi, beliau juga
menyarankan kanak-kanak menggunakan deria bagi meneroka persekitaran dan menambah
pengetahuan mereka.
Montessori percaya kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti
apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Guru pun merupakan pemudah
cara dalm proses pembelajaran kanak-kanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila mereka
menunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, secara menjawab soalan dan membantu mereka
ketika bantuan diperlukan. Bagi Montessori guru adalah pemudah cara sahaja, bukan penentu
bentuk atau jenis pengajaran yang harus diterima oleh kanak-kanak.
Dari kaedah pengajaran beliau menekankan kaedah yang bersesuaian dengan masalah
pembelajaran kanak-kanak. Alat mengajar yang disediakan perlu mempunyai cirri-ciri khas
supaya kanak-kanak boleh menggunakan deria. Kaedah Montessori dan bahan pengajarannya
menekankan penggunaan deria dalam pengajaran dan pembelajaran.
Mengikut Montessori, guru perlu melayan kanak-kanak dengan baik. Mereka perlu
dilayan seperti kanak-kanak dan bukannya seperti orang dewasa. Guru tidak boleh memaksa
kanak-kanak menerima idea mereka. Montessori pernah menyebut:
In conclusion we may say that the adult looks upon himself as the child’s
creator and judge the child’s actiona as good or bad from the viewpoint of
his own relations to the child. The adult makes himself the touch stone of
what is good and evil in the child, the model upon which the child must be
molded. Any deviation on the child’s part from adult ways is regarded as an
evil which the adult hastens to correct (Morrison, 1995:93)
Montessori menganggap perkembangan sahsiah kanak-kanak akan terhalang sekiranya
diberikan layanan yang tidak sesuai. Guru perlu membantu kanak-kanak dalam belajar
melakukan aktiviti pilihan mereka sendiri. Apabila kanak-kanak diberi peluang untuk
membuat pilihan sendiri, pada masa yang sama mereka akn memperkembangkan kemahiran
serta kebolehan mereka yang merupakan asas dalam pembelajaran yang berkesan, autonomi
dan penghargaan kendiri yang positif.
Britton (1992) yang melakukan pemerhatian mengenai teori Montessori, beliau
menyatakan bahawa semua kanak-kanak mempunyai cirri yang universal. Ciri-ciri tersebut
ialah:
semua kanak-kanak mempunyai absorbent mind.
semua kanak-kanak melalui peringkat umur yang sensitive.
semua kanak-kanak ingin belajar
semua kanak-kanak belajar melalui bermain/bekerja.
semua kanak-kanak melalui pelbagai peringkat perkembangan
semua kanak-kanak ingin berdikari
Montessor mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak-
kanak pada peringkat awal. Antara konsep asas tersebut ialah:
a) Minda yang mudah menyerap.
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap sesuatu
maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia
diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian
yang berlaku disekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat
kelahiran lagi.
b) Persekitaran tersedia.
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak adalah
persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bagan yang menyokong
perkembangan, pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila
kanak-kanak memerlukannya. Bagi tujuan ini, bahan pembelajarn yang
dipelih dengan teliti harus mampu untuk menarik minat kanak-kanak untuk
meneroka dan menggunakannya mengikut minat dan keperluan
perkembagan mereka. Peranan guru adalah menunjukkan ajar cara
menggunakan bahan pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai, iaitu
apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dengan menanyakan soalan
atau memerhatikannya.
c) Didikan diri.
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun
pengalaman melalui aktivitit yang sesuai, apabila persekitaran mereka
disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik.
Kanak-kanak mampu untuk menyusun pengalaman mereka apabila terlibat
dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru menurut Montessori lagi, tidak
perlu untuk mengajar secara formal, meraka hanya menunjuk ajar dan
membimbing kanak-kanak dalam pemilihan bahan dan aktiviti.Bahan
pembelajaran Montessori biasanya berbentuk ‘betul diri’ atau ‘self
correcting’. Kanak-kanak dikehendaki meniru dan mengulangi apa yang
mereka pernah perhatikan. Sekiranya cara mereka salah, mereka akan
mendapat maklum balas langsung melalui hasil mereka dalam aktiviti
tersebut.
d) Bahan pembelajaran.
Terdapat empat jenis bahan pembelajaran:
Bahan untuk melatih kemahiran hidup
Bahan sensori
Bahan akademik
Bahan seni dan budaya
Guru hanya memberikan cara yang betul bagaimana menggunakan bahan
pembelajaran selepas kanak-kanak membuat pilihan aktiviti berdasarkan
minat mereka secara bebas dan suka rela. Menurut Montessori, matlamat
kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri kanak-kanak
daripada segi penumpuan perhatian, kemahiran memerhati dan meneliti,
kesedaran mengenai susunan dan peraturan, keseimbangan pergerakan,
kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal, konsep matematik, kesedaran
bahasa, kemahiran menulis dan membaca, kebiasaan dengan seni kreatif,
pemahaman tentang alam sekitar, pengalaman dan pemahaman tentang sains
sosial, dan pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis
melalui pengalaman menyelesaikan sesuatu masalah.
e) Tempoh sensitif
Tempoh sensitive adalah tempoh yang paling sesuai kanak-kanak untuk
menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan apabila
kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu
dengan menanyakan soalan dan sentiasa tertarik untuk memerhati dan
menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.
Jean Piaget
Sumbangan Piaget dalam bidang awal kanka-kanak lebih berfokuskan kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak. Piaget berpendapat bahawa bayi dan kanak-kanak
adalah pembelajar yang aktif. Beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kepada
empat tahap iaitu deria motor, praoperasi, operasi konkrit dan operasi formal. Mengikut
Piaget pengetahuan dibina melalui proses organisasi yang disebut asimilasi, akomodasi dan
keseimbangan. Dari segi kurikulum dan program untuk awal kanak-kanak, Piaget
mencadangkan supaya kanak-kanak diberikan kebebasan untuk bermain, membuat uji kaji
dan mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran yang berpandu. Pendekatan berasaskan
teori Piaget turut menitikberatkan beberapa idea berikut:
Secara semula jadi, setiap kanak-kanak terdorong untuk belajar.
Kanak-kanak membina pengetahuan mereka melalui penerokaan dan
pengalaman berinteraksi dengan persekitarannya.
Persekitaran kanak-kanak perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang
membenarkan mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka.
Pengalaman pembelajaran adalah berasaskan aktiviti penerokaan dan
penemuan.
Setiap pembinaan pengetahuan adalah unik
Peranan guru bukan untuk memberi jawapan. Guru hanya membantu
membina pengetahuan kanak-kanak dengan menggalakkan mereka
meneroka persekitaran dan membimbing mereka dalam proses pembinaan
pengetahuan.
Kurikulum dan pengalaman pembelajaran disusun, berasaskan minat kanak-
kanak dan memberi pendedahan kepada sesuatu pengalaman baru yang
boleh mewujudkan rasa ingin tahu kanak-kanak.
Proses mencari maklumat, menganalisis pengalaman dan membuat
keputusan lebih penting daripada mempelajari fakta. Kanak-kanak akan
mempelajar banyak fakta dan konsep, tetapi setiap pengetahuan ini
berasaskan konteks pembelajaran yang bermakna.
Dalam membentuk kurikulum pengalaman adalah penting membenarkan
kanak-kanak memilih antara pelbagai jenis pengalaman yang dapat
memberikan maklumat yang sama bergantung pada minat, kecenderungan
dan peringkat perkembangan kanak-kanak.
Lev Vygotsky
Teori perkembangan Vygotsky amat berfaedah dalam memberikan gambarantentang
perkembangan mental, bahasa dan sosial kanak-kanak. Vygotsky memberikan penekanan
kepada kepentingan bermain dalam meningkatkan perkembangan bahasa dan sosial kanak-
kanak. Vygotsky percaya bahawa interaksi sosial antara kanak-kanak dengan orang
disekelilingnya dapat meningkatkan perkembangan mental, bahasa dan sosial kanak-kanak.
Menurut Morrison (2001) berpendapat bahawa pendapat Vygotsky ini bertentangan dengan
perspektif yang dipegang oleh Piaget yang menyatakan bahawa kanak-kanak sendiri yang
mengembangkan kecerdasan dan bahasa mereka. Vygotsky menyebut bahawa:
Learning awakens a variety of developmental processes that are able to
operate only when the child is interacting with people in his environment
and in collaboration with his peers.Once these process are internalized,
they become part of the child’s independent developmental achievement
(Morrison 2001:82)
Perkara penting lain yang diketengahkan oleh Vygotsky ialah interaksi sosial
memainkan peranan penting dalam perkembangan kognisi. Beliau menyatakan,
Every function in the child’s cultural development appears twice: first, on
the social level, and later on the individual level; first between people
(interpsycological). This applies equally to voluntary attention, to logical
memory, and to the formation of concepts. All the higher functions originate
as actual relationship between individuals (Vygotsky 1978: 57)
Aspek kedua yang dikenalkan oleh Vygotsky adalah teori Zon of Proximal Development
(ZPD) iaitu perkembangan kognitif terbatas kepada masa-masa tertentu. Konsep ini
menerangkan antara tahap perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak dengan cara bekerja
sendiri atau penyelesaian masalah yang dilakukan oleh kanak-kanak tanpa bantuan orang lain
dan tahap potensi perkembangan yang dicapai oleh kanak-kanak dengan panduan orang
dewasa atau dengan kerjasama rakan sebaya yang lebih berkemampuan.
Teori Vygotsky mencadangkan supaya kanak-kanak dibantu dengan memberikan
penerangan dan menunjukkan cara kepada mereka. Mereka boleh mencapai tahap pemikiran
aras tinggi jika mereka dibantu oleh orang dewasa yang berkebolehan.
Howard Gardner
Karya Gardner banyak memberikan focus kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak
dan orang dewasa. Gardner mendapati kreativiti kanak-kanak menurun apabila mereka
mencapai kematangan. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada akhir zaman kanak-kanak,
mereka lebih bergantung pada kemahiran bahasa yang dikuasai berbanding berkomunikasi
dengan bahasa bukan lisan seperti lukisan.
Antara sumbangan terbesar Gardner ialah teori Pelbagai Kecerdasan (Multiple
Intelligence). Gardner mendefinisikan kecerdasan sebagai the capacity to solve problems or to
fashion product that are valued in one or more cultural setting. Gardner telah membahagikan
kecerdasan kepada tujuh aspek iaitu:
bahasa
logic-matematik
ruang (spatial)
muzik
kinestatik
interpersonal
intrapersonal
Imam Al-Ghazali
Dalam kitab Ihya’ Ulumiddin anak-anak adalah amanat di tangan ibu bapa. Hatinya
yang suci adalah laksana mutiara yang berharga, indah bersih daripada segala garisan dan
bentuk. Kanak-kanak akan menerima apa sahaja yang dibuat kepadanya dan cenderong
kepada apa yang ditarik kepadanya.. Jika kanak-kanak dididik dengan perbuatan yang baik, ia
akan membesar dalam persekitaran yang sedemikian dan akan menjadi manusia yang baik.
Guru serta pengasuh dan semua orang yang mendidik nya akan mendapat pahala daripada
Allah. Selain itu Imam Al-ghazali banyak menekankan mengenai adab makan. Bagi belai ibu
bapa dan guru serta pengasuh harus mengingatkan kanak-kanak bahawa banyak makan adalah
sifat yang tercela. Imam Al-ghazali mengumpamakan orang yang makan banyak sebagai
binatang.
Imam al-Ghazali mementingkan unsur ganjaran kepada kanak-kanak. Beliau
menyatakan apabila kanak-kanak menunjukkan perlakuan atau prestasi yang baik mereka
harus diberi ganjaran yang dapat menggembirakan hati mereka. Namun jika kanak-kanak
melakukan kesalahan, orang dewasa seperti guru harus mengendahkannya dan tidak sesekali
memalukan kanak-kanak itu dengan memberitahu orang lain. Tetapi sekiranya kesalahan
tersebut berulang, kanak-kanak tersebut haruslah ditegur secara sembunyi dan menyatakan
bahawa kesalahan mereka itu tidak sepatutnya dilakukan. Dalam menegur kanak-kanak guru
hendaklah tidak terlalu bnayk memburuk-burukkan kanak-kanak tersebut.
Imam al-Ghazali juga sangat menekankan aspek bermainkerana katanya bermain adalah
sifat semula jadi kanak-kanak, boleh menyihatkan tubuh yang kecil, menguatkan otot kanak-
kanak, mendatangkan kegembiraan dan dapat merehatkan mereka selepas penat belajar.
Imam Al-Ghazali berpendapat bahawa guru harus memandang bahawa mereka telah
berbuat sesuatu perbuatan yang baik kerana mendidik jiwa anak-anak supaya hatinya dekat
dengan Allah dengan menanamkan pengetahuan kepadanya. Antara nasihat lain imam Al-
Ghazali kepada guru adalah:
menjadi pengasuh yang kuat pegangan agama kerana ini memberikan kesan
kepada kanak-kanak
Perbaiki kelakuan buruk kanak-kanak dengan rahmah bukan dengan cara
menempelak.
Mengajar sekadar kemampuan mereka.
Jangan mengajar terlalu tinggi sehingga menyusahkan mereka.
Guru hendaklah beramal dengan ilmu yang diajari
Guru harus mengikut jejak Rasulullah S.A.W iaitu mengajar ilmu tanpa
mengharapkan balasan dan upah namun mengajar kerana Allah dan mencari
keberkatan .
Ibnu Khaldun
Ibnu Khaldun juga merupakan salah seorang ahli falsafah Islam yang turut
mempengaruhi pendidikan awal kanak-kanak dengan teori yang dikemukakannya. Dalam
bidang pendidikan awal kanak-kanak, antara nasihat Ibnu Khaldun adalah:
Kanak-kanak tidak harus diajar perkara yang susah.
Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah dengan berperingkat-
peringkat dengan menggunakan latih tubi, dan bahan-bahan maujud sebagai
alat bantu mengajar.
Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan perkara-perkara di luar
kemampuan mereka kerana hal ini akan menyebabkan mereka tidak mahu
belajar, malas belajar dan mencerca pengajaran yang diberi.
Ibnu Khaldun telah memperkatakan konsep-konsep kesediaan belajar, motivasi,
pengukuhan, latihan, pemerhatian dan perbezaan individu. Dalam mendidik kanak-kanak
beliau melarang guru mendidik dengan menggunakan kekerasan kerana didikan seperti itu
akan menjadikan kanak-kanak pemalas, pembohong, dan berpura-pura kerana ingin
menyembunyikan perkara sebenar.
Dalam buku Muqaddimah, Ibnu Khaldun menyebut:
“Kekerasan itu boleh menjadikan mereka malas dan mendorong mereka
berbohong serta kelicikan. Yakni tindak-tanduk mereka adalah berbeza
dengan apa yang difikirkan, sebabnya ialah mereka berasa takut didera
sekiranya mereka menyatakan sesuatu yang benar.”(Ibnu Khaldun
1993:776)
Dari segi masa belajar, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa masa belajar tidak harus
panjang kerana ini menjadikan kanak-kanak lupa. Pengajaran dengan menggunakan waktu
yang pendek, betul cara nya mendatangkan hasil yang lebih baik. Dari segi bahasa, beliau
berpendapat bahawa bahasa adalah asas kepada pengajaran ilmu. Pengajaran bahasa dimulai
dengan menulis dan membaca, kemudian dikait perkataan dan makna.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, untuk menjadi seorang guru yang mementingkan penjagaan yang berkualiti
sama ada di tadika atau taska seseorang guru itu harus memainkan peranan dalam
melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan tentang teori dan falsafah dalam pendidikan
kanak-kanak serta cara untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran dan pembelajaran
mereka di tadika atau taska. Seorang guru yang lengkap dengan pengetahuan akan
menjadikan pengetahuan yang ada padanya sebagai panduan dalam melaksanakan penjagaan
yang berkualiti sama ada dari segi keselamatan, kesihatan, pengajaran dan pembelajaran
kanak-kanak. Daripada teori-teori yang dinyatakan oleh ahli falsafah yang terdahulu seorang
guru akan dapat memahami tentang perkembangan dan cara yang bersesuaian untuk mengajar
kanak-kanak mengikut kemampuan dan tahap perkembanagn mereka. Namun sekiranya teori
yang dinyatakan tidak sesuai untuk digunakan dalam era modenisasi seperti sekarang dimana
kanak-kanak lebih terdedah dengan perkembangan sesama, seorang guru harus bijak untuk
mengubah suai teori dan pendapat yang dikemukakan oleh tokoh agar dapat diguna pakai
dalam mendidik kanak-kanak. Pengetahuan mengenai teori dan juga falsafah ini dapat
diperolehi oleh guru melalui pembacaan, lawatan ke pusat pendidikan awal kanak-kanak,
menganggotai mana-mana persatuan yang berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dan
menghadiri bengkel-bengkel. Masa depan seorang kanak-kanak bergantung kepada bagai
mana mereka dididik sejak awal. Tadika atau Taska merupakan institusi pendidikan awal
kanak-kanak yang pertama mendidik kanak-kanak sebelum melangkah kle alam
persekolahan, oleh itu sebagai seorang guru tanggungjawab yang digalas cukup besar dan
terpuji kerana guru taska dan tadika merupakan orang pertama selain ibu bapa yang
membentu dalam mendidik anak bangsa yang merupakan pewaris tampuk kepimpinan negara
pada suatu hari nanti.
RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin (2002). Pendidikan Awal Kanak-kanak: Teori dan Amali. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Morrison, G. S. (2001). Early Childhood Education Today. New Jersey: Prentice Hall.
Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak: Penilaian Secara Portfolio. Selangor:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd Sharani Ahmad (2007). Panduan Kurikulum
Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors.
Saayah Abu (2007). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributor.