penglibatan sukarelawan masyarakat jepun terhadap isu alam sekitar
TRANSCRIPT
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 457
PENGLIBATAN SUKARELAWAN MASYARAKAT JEPUN TERHADAP ISU ALAM
SEKITAR
Artikharina binti Awang
Fakulti Sastera dan Sains Sosial
Universiti Malaya
Zakaria bin Mustafa
Section for Co-Curricular Courses, External Faculty Electives and TITAS (SKET)
University Malaya
ABSTRAK
Perkembangan pesat ledakan perindustrian di Jepun pada era 1960-an menyebabkan isu pemcemaran
alam sekitar menjadi sangat kritikal. Isu pencemaran yang berlaku di Dokai Bay, Yokkaichi, Minamata
dan pulau Teshima sebagai contoh bukan sahaja menjejaskan sumber pendapatan tetapi juga
menjejaskan kesihatan penduduk tempatan. Kesedaran penduduk tempatan untuk mula penyedari dan
prihatin kepada isu pencemaran membawa kepada satu gelombang reforamsi perubahan dari aspek
penglibatan penduduk tempatan sebagai sukarelawan, polisi kerajaan yang lebih kepada mesra
persekitaran serta penglibatan pihak industri dalam pemeliharan alam sekitar. Pihak kerajaan dengan
beberapa polisi seperti Green Technology Policy dan sebagainya dilihat sebagai satu langkah
komprehensif pelbagai pihak dalam menyatakan pendirian mengenai kepentingan memelihara alam
sekitar. Pihak industri pula berperanan unutk memastikan proses penindustrian mereka mengikut
ketetapan yang digariskan. Kajian ini akan membentangkan akan peranan penglibatan NGO dan NPO di
kalangan rakayat Jepun dalam memelihara alam sekitar. Peranan mereka sangat signifikan dalam
membantu pihak kerajaan untuk memastikan khazanah yang sedia ada ini dapat dipelihara untuk
dinikmati oleh generasi masa depan.
Keywords: Tenaga Hijau, Kempen Alam Sekitar, NGO /NPO
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Pengenalan
Penduduk merupakan entiti utama dalam negara dalam menentukan hala tuju pembentukan
sesebuah negara. Penduduk mempunyai hak-hak mereka yang diperjuangkan dalam menuntut
kehidupan yang lebih baik daripada kerajaan yang telah diberikan kuasa untuk memerintah daripada
penduduknya. Gerakkan penduduk merupakan sebuah kumpulan penduduk yang dibentuk dalam
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 458
menyuarakan pendapat ataupun ketidak puasan kepada kerajaan, masyarakat ataupun ke peringkat
antarabangsa. Mengikut Koichi Hasegawa dalam bukunya yang bertajuk Constructing Civil Society in
Japan; Voices of Environmental Movements, gerakkan penduduk didefinasikan sebagai:
“collective action oriented towards change that are based on grievances and discontent with the
status quo or an anticipated state of affairs”1
Gerakkan penduduk ini dibentuk untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu sama ada untuk
mendapatkan perubahan, mendapatkan kepentingan bersama dan sebagainya sama ada dalam dalam
bentuk alam sekitar, keadilan, sosial , politik dan lain-lain lagi yang dilakukan bersama dalam kelompok
masyarakat yang mengalami masalah bersama. Didalam kajian ini kita akan melihat bagaimana
penduduk sendiri memainkan peranan yang penting dalam perubahan alam sekitar yang berlaku di
Jepun. Dilihat gerakkan penduduk yang berteraskan alam sekitar di Jepun mula aktif pada akhir tahun
1960an dan 1970an apabila pencemaran yang berlaku mula mencapai tahap serius yang berterusan
semenjak zaman restorasi Meiji lagi apabila bermulanya kegiatan industri di Jepun. Dengan aktiviti
pembuangan dan pembebasan bahan kimia berbahaya yang berrterusan berlaku pada jangka masa yang
lama, Jepun untuk pertama kalinya menghadapi masalah krisis alam sekitar yang serius.
Pada masa tersebut tidak banyak kajian yang dijalankan untuk membuktikan kegiatan industri
merupakan punca kepada pencemaran alam yang berlaku dan hanya beranggapan isu alam sekitar pada
masa tersebut merupakan masalah sosial sahaja dan pihak kerajaan tidak mengambil langkah-langkah
yang efektif dalam menyelesaikan isu pencemaran. gerakkan penduduk ini ataupun lebih dikenali
sebagai gerakkan alam sekitar ini telah memainkan peranan yang penting dalam masyarakat Jepun
dalam memandang serius isu alam sekitar dalam mengubah pandangan masyarakat dan kerajaannya
dalam memandang serius masalah pencemaran yang berlaku.
Isu-isu pencemaran alam sekitar yang berlaku di Jepun bukan sahaja menjejaskan kualiti alam
sekitar tetapi juga sumber pendapatan dan kesihatan penduduk tempatan. Antara isu pencemaran yang
paling teruk adalah pencemaran air yang berlaku di Dokai Bay akibat daripada aktiviti perindustrian
berat pada tahun 1960an, sungai Minamata akibat daripada pembuangan sisa industri pada akhir tahun
1950an, pencemaran udara di bandari Yokkachi akibat daripada pembebasan gas beracun daripada
kompleks petrokimikal dan pembuangan sisa industri di kepulauan Teshima pada pertengahan tahun
1970an. Kempat-empat kes pencemaran ini merupakan antara kes pencemaran terbesar yang berlaku di
Jepun dan juga usaha gerakan penduduk dalam mengubah pandangan masyarakat, kerajaan, pihak
industri dan sebagainya.
1 Koichi Hasegawa, Constructing Civil Society in Japan; Voices of Environmental Movements, Trans Pacific Press:
Australia, 2004. Pg. 38.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 459
2. Isu Pencemaran Air Dokai Bay
Pada abad ke-19, Dokai Bay yang terletak di utara Kitakyushu, merupakan kawasan perairan sungai
yang kaya dengan sumber hidupan laut yang menjadi sumber pendapatan bagi penduduk tempatan di
sekitar perairannya. Kawasan perairan Dokai ini kemudiannya dibina menjadi sebuah perlabuhan pada
abad ke-20, yang menjadi sebuah pusat perlabuhan logistik bagi pengangkutan bahan industri.Yawata
Steel Works merupakan salah sebuah industri yang diuruskan dibvawah kerajaan Jepun sendiri yang
telah ditubuhkan semenjak tahun 1901 yang terletak disepanjang Dokai Bay2. Selepas penubuhan
Yawata Steel Works ini, ia telah membawa bersama perkembangan industri-industri lain dikawasan
perlabuhan tersebut. Kesannya, tahap kualiti air dikawasan perlabuhan ini mula terjejas akibat daripada
pembuangan sisa-sisa industri berat pada tahap kuantiti yang banyak. Dokai Bay yang dulunya kaya
dengan sumber perikanan telah berkurangan sehingga tiada kehidupan yang dapat hidup didalam
perairan terseut. Bermula pada tahun 1960an Dokai Bay telah dikenali sebagai ‘sea of death’3 kesan
daripada pembuangan bahan kimia yang telah menyebabkan tahap toksid yang tinggi di perairan Dokai
Bay. Semenjak penubuhan Yawata Steel Works, sumber pendapatan para nelayan mula terjejas apabila
kuantiti sumber perikanan berkurangan secara mendadak dan menjelang pada tahun 1942, hasil lautan
berkurangan sehingga tahap sifar4. Kesannya aktiviti perikanan telah terhenti dan kebanyakkan
penduduk tempatan bertukar kerja di kilang-kilang perindustrian di sekitar Dokai Bay. Sisa-sisa industri
yang dibuang kedalam Dokai Bay ini telah menyebabkan kualiti air sungai mengandungi tahap
konsentrasi cyanide, cadmium, arsenic dan mercury yang tinggi. Sebanyak 22 kilang yang dikaji untuk
mengukur jumlah bahan kimia yang dikeluarkan contohnya seperti tahap pH, cyanide, phenol, cadmium,
suspended solids (SS) dan chemical oxiygen demand (COD, mendapati 135 tan COD dan 229 tan SS
dikeluarkan oleh pihak industri dalam masa sehari5. Sisa-sisa buangan yang dibuang ini, adalah bahan
kimia yang tidak dirawat yang telah menyebabkan tahap konsentrasi toksid yang tinggi sehingga
mengakibatkan tiada hidupan laut yang terdapat di Dokai Bay.
Apabila tahap kualiti air dan sumber perikanan penduduk mula terjejas teruk dan tiada tindakab
yang diambil dari pihak kerajaan sendiri, penduduk tempatan mula mengambil inisiatif sendiri dalam
menjalankan aktiviti pemuliharaan Dokai Bay. Golongan wanita merupakan pihak yang aktif dalam
menentang aktiviti pencemaran yang berlaku di bandar Kitakyushu. Golongan wanita ini tidak membuat
tentangan secara terus kepada pihak industri tetapi melalui penyebaran kesedaran dikalangan
penduduk. pada pertengahan tahun 1960an, Tobata Women’s Association telah menghasilkan sebuah
dokumentari yang bertajuk ‘Aozora ga Hoshii’ ataupun ‘We Want our Blue Sky Back’ yang menunjukkan
2 Tetsuo Yanagi, Machiko Yamada & Manabu Suzuki, A Challenge of Water Purification in Dokai Bay, Japan. From
http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0025326X99001927. Retrieved May 25, 2012. 3 The rebirth of the “Sea of Death” : History of the recovery of Dokai Bay. From
http://enviroscope.iges.or.jp/contents/76/eng/story/storyi2.htm. Retrieved May 26, 2012. 4 Ibid.
5 Ibid.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 460
kerosakkan berlaku kesan daripada pencemaran6. Dokumentari ini disebarkan ke seluruh daerah
Kitakyushu dan memberikan kesan yang memberangsangkan, apabila terdapat usaha-usaha yang
dijalankan untuk memulihkan keadaan pencemaran di daerah Kitakyushu.
Dengan penubuhan Kitakyushu Region Labor Union, ia telah menyediakan sebuah laporan berkenan
tahap pencemaran pada tahun 19717 dan juga kerjasama daripada persatuan wanita dalam menjalankan
aktiviti kesedaran dikalangan penduduk. Manakala, Kitakyushu Bay Management Union yang
merupakan pihak yang bertanggungjawab terhadap perlabuhan tersebut telah menubuhkan Dokai Bay
Cleaning Study Group, yang bertujuan untuk menjalankan aktiviti pembersihan besar-besaran terhadap
kawasan perairan Dokai Bay. Persatuan ini telah menjalankan kajian selama tiga tahun dalam merawat
perairan Dokai Bay dengan lebih efektif tanpa menjejaskan alam sekitar. Pembahagian kerja-kerja
pembersihan ini kemudiannya ditentukan berdasarkan kepada Pollution Control Public Works Cost
Allocation Law dimana sebanyak 71 peratus (1.28 billion yen) merupakan sisa buangan dari pihak
industri dan sebanyak 29 peratus (0.52 billion yen)8 daripada pihak kerajaan dan kos pembersihan ini
dibahagikan kepada kedua-dua pihak tersebut. Pihak syarikat perindustrian juga melakukan beberapa
perubahan seperti menutup beberapa saliran sisa pembuangannya untuk mengawal tahap pengeluaran
sisa buangannya. Dengan aktiviti pembersihan dijalankan secara berterusan, tahap konsentrasi toksid
perairan Dokai Bay telah berkurangan. Hasil kerjasama daripada pihak penduduk, kerajaan tempatan,
universiti, perusahaan dan organisasi kerajaan, kualiti alam sekitar di Dokai Bay bertambah baik secara
mendadak. Dokai Bay, yang dahulunya dikenali sebagai ‘sea of death’ telah memperlihatkan kepada
peningkatan tahap kualiti perairan yang lebih baik hasil daripada pengawalan sisa buangan industri,
pembinaan sistem perairan dan juga pengurusan sisa buangan industri oleh pihak perindustrian dan
kerajaan.
Selaras dengan penubuhan Environmental Agency pada tahun 1971, Environmental Pollution
Control Bureau ditubuhkan oleh Bandar Kitakyushu bersama-sama dengan penguatkuasaan The City of
Kitakyushu Pollution Control Ordinance yang merupakan sebuah polisi alam sekitar yang lebih ketat
daripada kerajaan pusat yang merangkumi regulasi, perjanjian dan pengurusan yang lebih efektif untuk
mengelakkan isu pencemaran. Tambahan lagi, dibawah Green Kitakyushu Plan, membawa kepada usaha
gerakan alam sekitar dalam membentuk sebuah bandar yang lebih kearah mesra alam. Tindakan-
tindakan yang diambil ini adalah untuk mengelakkan pencemaran dan memelihara alam sekitar
bersama-sama dengan usaha yang dijalankan oleh penduduk member kesan yang memberangsangkan
dalam meningkatkan tahap kualiti alam sekitar bandar Kitakyushu sendiri. Organization for Economic
Co-operation and Development (OECD) telah memperkenalkan kejayaan peningkatan kualiti alam
sekitar bandar Kitakyushu di peringkat antarabangsa sebagai sebuah bandar yang bertukar daripada
6 Carin Holroyd, Local Economy and the Futureof Environmental Sustainability in Japan and Asia: Osaka and
Kitakyushu, The Asia-Pasific Journal: Japan Focus. From www. japanfocus.org/Carin-Holroyd/3844. Retrieved January 30, 2013. 7 The rebirth of the “Sea of Death” : History of the recovery of Dokai Bay. From
http://enviroscope.iges.or.jp/contents/76/eng/story/storyi2.htm. Retrieved May 26, 2012. 8 Ibid.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 461
sebuah bandar ‘Grey City’ kepada ‘Green City’9. Selain itu, bandar Kitakyushu juga terlibat dalam
pelbagai aktiviti dalam meningkatkan tahap kualiti alam sekitar dengan menggunakan pengalaman masa
lepasnya dalam mengawal pencemaran, peningkatan penjimatan tenaga dan pengetahuan yang
diperolehi daripada pengalaman pencemaran terdahulu yang boleh digunakan oleh bandar-bandar
ataupun negara-negara lain yang mengalami masalah pencemaran yang sama.
Pada tahun 1997, Kitakyushu dipilih salah satu daripada empat bandar pertama10 dalam projek eco-
town yang mengunakan prinsip kitar semula dalam kehidupan harian seperti penggunaan semula bahan
buangan sama ada isi rumah ataupun industri. Sistem proses kitaran ini adalah untuk mewujudkan
sebuah bandar yang mengeluarkan bahan buangan pada tahap sifar yang mengumpulkan kesemua
bahan buangan dan mengasingkannya sebagai bahan mentah bagi kegunaan industri lain. Kitakyushu
eco-town dibentuk sebagai sebuah masyarakat yang menyumbang kepada sumber dan kitar semula
yang boleh memberangsangkan ekonomi tempatan dengan perkembangan industri alam sekitar ini.
Bandar ini dilengkapi dengan kompleks-kompleks industri kitar semula serta dilengkapi dengan
kompleks R&D untuk menjalankan kajian dan pembinaan terhadap teknologi alam sekitar.
Rajah 1 : Polluted Dokai Bay (1960’s) dan Recovered Dokai Bay (Present)
3. Pencemaran Udara Yokkaichi
Yokkaicchi merupakan sebuah bandar yang terletak di daerah Mie dan merupakan pusat
perindustrian yang berdekatan dengan Ise Bay. Pada tahun 1957, sebuah kompleks petroleum telah
dibina di selatan perlabuhan Yokkaichi yang dilengkapi dengan stesen kuasa minyak dan kilang-kilang
minyak terbesar di Jepun. Kompleks-kompleks ini beroperasi sepenuh masa sehingga bandar Yokkaichi
9 City of Kitakyushu, The World Capital of Sustainable Development. From
http://www.city.kitakyushu.lg.jp/english/file_0064.html. Retrieved 29 January, 2013. 10
Carin Holroyd, Local Economy and the Futureof Environmental Sustainability in Japan and Asia: Osaka and Kitakyushu, The Asia-Pasific Journal: Japan Focus. From www. japanfocus.org/Carin-Holroyd/3844. Retrieved January 30, 2013.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 462
sendiri terkenal sebagai sebuah bandar ‘million-dollar night view’11 kerana diterangi oleh cahaya lampu
setiap malam. Oleh kerana kompleks ini menggunakan minyak mentah yang mempunyai kandungan
sulfur yang tinggi dan tidak mengaplikasikan sistem pengurusan desulfurisasi yang sewajarnya, kompleks
petroleum ini telah membebaskan sulfur dioxide melebihi tahap 100,000 tan yang telah menyebabkan
pencemaran udara dengan peningkatan konsentrasi sulfur dioxide setinggi 1 ppm12 di bandar tersebut.
Rajah 2 : The Sky Over Yokkaichi City in the 1960’s
Aktiviti pembebasan sulfur dioxide ini berterusan sehinggalah menjelang awal tahun 1960an,
terdapatnya peningkatan masalah pernafasan dan asma kronik dihidapi dikalangan penduduk yang
tinggal berdekatan dengan kompleks tersebut. ia telah menjadi satu isu masalah kesihatan di Jepun
sehingga dikenali sebagai ‘Yokkaichi Asthma’13. Penduduk mula membuat aduan tentang masalah
pernafasan yang dialami terutamnya dikalangan kanak-kanak dan juga peningkatan kadar kematian
terutama sekali mereka yang menghidap penyakit peparu bronkritis yang kronik. Oleh kerana
terdapatnya banyak laporan masalah peparu berlaku, para penyelidik terutamanya dari universiti telah
membuat kajian mereka sendiri untuk membuktikan pertalian diantara masalah pernafasan dengan
pencemaran udara yang berlaku di bandar Yokkaichi. Melalui kajian yang telah dibuat sehingga tahun
1990an, kadar kematian penduduk yang mempunyai masalah peparu berkurangan setelah tahap kualiti
udara bertambah baik selepas tahap pengeluaran konsentrasi sulfur dioxide dihadkan. Kajian ini
menunjukkan hasil yang sama dimana mengikut Yoshida, K., Oshima, M. dan Imai, M., didalam laporan
yang bertajuk Air pollution and asthma in Yokkaichi (1966), penduduk sehingga lingkungan 40 tahun
yang tinggal di enam kawasan daerah Yokkaichi, melaporkan sebanyak lima sehingga sepuluh peratus
penduduk yang tinggal dikawasan pencemaran menghidap penyakit peparu bronkritis yang kronik
11 Yokkaichi Asthma. From http://www.bookrags.com/research/yokkaichi-asthma-enve-02/. Retrieved May 25,
2012. 12 Peng Guo, Kazuhito Yokoyama, Masami Suenaga & Hirotaka Kida, Mortality and life expectancy of Yokkaichi
Atsma patients, Japan: Late effects of air pollution in 1960-70s. From http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2311286/. Retrived May 25, 2012. 13
Ibid.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 463
berbanding dengan kurang dari tiga peratus penduduk yang mempunyai penyakit yang sama dikawasan
yang tidak mempunyai masalah pencemaran.
Dengan tahap kesihatan dan kehidupan penduduk semakin teruk dipengaruhi oleh pencemaran
udara, pihak professional mula membentuk sebuah organisasi bantuan yang terdiri daripada
professional perubatan yang mempunyai hubungan yang kuat dengan penduduk tempatan. Organisasi
ini mengadakan sesi dan seminar pendedahan dan pada masa yang sama cuba mengadakan perjumpaan
dengan kerajaan tempatan. Organisasi ini juga bekerjasama dengan organisasi yang berada di daerah-
daerah lain yang memperjuangkan kepentingan mangsa-mangsa pencemaran untuk berkongsi aktiviti,
masalah dan kerjasama dengan Environmental Agency ataupun organisasi kerajaan yang berkaitan
untuk menyelesaikan masalah pencemaran ini dengan lebih efektif. Aktiviti yang dijalanakan oleh
organisasi bantuan ini telah membawa kepada Pollution-Related Health Damage Compensation
Program, program pemuliharaan kesihatan, tindakan pengawalan pencemaran dan insiatif-inisiatif lain14
untuk membantu mangsa pencemaran mencari bukti untuk membawa kes tersebut ke pihak
mahkamah. Antara golongan professional yang membantu adalah universiti professor iaitu Yoshida
Katsumi dari Universiti Mie dan Mizuno Hiroshi dari Universiti Nagoya sebagai pakar kesihatan15. Mereka
ini menjadi pasukan siasatan kerana mereka ini berada berdekatan dengan bandar Yokkaichi dan
mempunyai kepakaran yang boleh digunakan untuk mencari bukti hubungan antara aktiviti yang
dijalankan di kompleks petrokimikal dengan penyakit asma yang dihidapi oleh penduduk Yokkaichi.
Kesannya, penduduk yang tinggal berdekatan dengan dengan kompleks tersebut telah menfailkan
saman terhadap enam syarikat di mahkamah Yokkaichi. Kemenangan yang diperolehi oleh penduduk
membawa kepada sistem pengawalan pembebasan asap yang telah dikuatkuasa semenjak tahun 1972
dan juga pembayaran pampasan kepada mangsa-mangsa yang mengalami masalah kesihatan akibat
daripada pencemaran udara. Menjelang akhir tahun 1970an, tahap konsentrasi sulfur dioxide di bandar
Yokkaichi telah menurun pada tahap yang sama seperti dikawasan yang tidak dicemari. Manakala pihak
kerajaan pula, memberikan bantuan kewangan kepada para pesakit yang dikenali sebagai public Relief-
System pada tahun 1965. Pada awalnya, bantuan ini ditaja oleh bandar Yokkaichi sendiri tetapi
kemudiannya ditaja oleh daerah Mie dan pihka industri yang bertanggungjawab terhadap isu
pencemaran yang berlaku di bandar Yokkaichi. Program bantuan ini, kemudiannya berkembang dan di
naik tarafkan kepada Pollution-Related Health Damage Special Measures Law pada tahun 1969 yang
dikuatkuasakan, empat tahun selepas penubuhannya. Berdasarkan kepada polisi ini, kesemua mangsa
yang mempunyai masalah kesihatan akibat daripada pencemaran alam sekitar daripada aktiviti
perindustrian akan diberikan bantuan kewangan dan kesemua syarikat perindustrian harus mengikuti
standardisasi pengawalan pembebasan asap dan pengurusan pemprosesan bahan fosil terutamanya
minyak fosil dan arang batu yang mempunyai kandungan sulfur yang tinggi. Semenjak penguatkuasaan
polisi ini pada tahun 1965, tiada kes masalah kesihatan yang berkaitan dengan pencemaran dilaporkan
14
The History of Japan’s Air Pollution, The Aozora Foundation. From http://aozora.or.jp/lang/english/the-history-of-japans-air-pollution. Retrieved January 30, 2013. 15
Tomohisa Sumida, Public Health Experts on Yokkaichi Asthma, Medical History in Japan. From http://www.academia.edu/1199779/Public_health_experts_on_Yokkaichi_asthma. Retrived January 30, 2013.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 464
semenjak tahun 1988 di Yokkaichi16. Tuntutan saman yang dibuat oleh penduduk keatas syarikat
Shioyama Kombinato dan enam syarikat lain merupakan kemenangan yang di perolehi oleh penduduk
dalam mengubah dasar polisi pencemaran udara dan menjadi panduan kepada syarikat perindustrian
yang lain dalam menstandardisasikan pengurusan bahan kimia dan pengawalan tahap pembuangan sisa
industri untuk mengelakkan pencemaran berlaku.
4. Isu Pencemaran Mercury Minamata, Niigata
Pencemaran mercury yang berlaku di Jepun merupakan isu pencemaran yang paling popular kerana
ia telah mengakibatkan masalah kesihatan dikalangan penduduknya. Kes pertama berlaku di kawasan
Kumamoto pada pertenganhan tahun 1950an apabila syarikat Chisso Corperation membuang bahan
mercury kedalam Minamata Bay semenjak tahun 1932. Hasil perikanan merupakan sumber terpenting
penduduk Kumamoto yang mula menunjukkan tanda-tanda keracunan mercury yang serius dimana
keracunan mercury boleh merosakkan fungsi otak manusia yang boleh menyebabkan masalah
kekejangan, kemerosotan sistem saraf, kegagalan percakapan, kerosatan otak dan hilang kewarasan.
Pada masa ini, penduduk masih lagi tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk menentang
syarikat besar seperti Chisso Corperatian seperti mana yang dilakukan oleh Dr. Hajime Hosokawa yang
cuba untuk membuktikan pembuangan bahan mercury merupakan punca utama kepada masalah
kesihatan yang dialami oleh penduduk. Tetapi, usaha beliau telah ditolak oleh ahli lembaga Chisso
Corperation dan dilarang untuk menjalankan sebarang penyelidikan lagi. Aktiviti pembuangan mercury
tetap diteruskan dikawasan perairan sungai Minamata pada tahun 195817 dan telah meyebabkan
penduduk kawasan Hachimon dan Shiranui mempunyai tanda-tanda keracunan mercury yang sama.
Aktiviti pembuangan mercury di sungai Minamata hanya berhenti apabila teknik penggunaan mercury
tidak lagi digunakan dan telah disabitkan kesalahan kerana membuang bahan mercury di Minamata Bay
dan sungai Minamata dari tahun 1931 sehingga 1968. Mengikut pengukuran daripada kerajaan Jepun
seramai 2,955 orang mengidap penyakit Minamata dan seramai 1,784 telah mati akibat daripada
keracunan mercury18. Dilihat pada peringkat awal, penduduk tempatan tidak mempunyai keyakinan dan
sokongan yang kuat untuk menentang syarikat industri besar yang mempunyai pengaruh yang kuat
terutama apabila syarikat tersebut telah membawa banyak kemajuan dikawasan tersebut. Tetapi isu
Minamata amat berlainan berlaku di Niigata pada pertengahan tahun 1960an.
Isu Minamata yang kedua berlaku di sekitar kawasan sungai Agano di daerah Niigata. Tanda-tanda
keracunan mercury yang sama berlaku dikalangan penduduk terutamanya gologan nelayan. Tetapi isu
Minamata ini dapat dikesan lebih awal berbanding dengan daerah Kumamoto. Sebuah kumpulan
siasatan ditubuhkan dari Niigata University Medical Department untuk mencari bukti dan punca
16 Peng Guo, Kazuhito Yokoyama, Masami Suenaga & Hirotaka Kida, Mortality and life expectancy of Yokkaichi
Atsma patients, Japan: Late effects of air pollution in 1960-70s. From http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2311286/. Retrived May 25, 2012. 17
Minamata, Japan Disaster. From http://www1.american.edu/ted/MINAMATA.HTM. Retrieved May 19, 2012. 18
Mary Kugler, Minamata Disease; Thousands poisoned, disabled, and killed. From http://rarediseases.about.com/od/rarediseases1/a/102304.htm. Retrieved May 19, 2012.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 465
penyakit ini dan pada tahun 1966 didapati punca penyakit ini mempunyai kaitan yang kuat dengan
industri Showa Denko Company19 yang terletak di hulu sungai Agano. Walaupun terdapatnya bukti dan
laporan yang telah dibuat, perkara yang sama berlaku seperti isu Minamata pertama dimana
terdapatnya pelbagai pihak cuba untuk menghalang laporan tersebut di ketahui umum seperti
memberikan tekanan dan menghentikan sumber kewangan dikalangan pengkaji dan tambahan lagi
walaupun pihak kerajaan dapat mensabit kesalahan terhadap syarikat tersebut, pihak industri tidak akan
mengikut sebarang arahan yang dikenakan keatasnya. Kesannya, mangsa keracunan mercury sendiri
yang mengambil inisiatif untuk mengambil tindakan dengan membawa kes ini ke mahkamah sivil kerana
ketidak upayaan pihak kerajaan untuk mengambil tindakan. Melalui pertolongan para peguam yang
terpaksa memperlajari dan mendapatkan pertolongan daripada ahli saintis untuk menjalankan kajian
dan mendapatkan bukti yang secukupnya telah mendapat tindak balas yang positif daripada mangsa-
mangsa pencemaran yang lain seperti mangsa-mangsa penyakit itai-itai di daerah Toyama dan manga
penyakit minamata di Kumamoto yang sebelumnya ditekan oleh pihak industri dan tidak mempunyai
sokongan daripada pihak kerajaan. Pada tahun 1968, organisasi yang memberi sokongan kepada
penduduk mula berkembang dengan memberi sokongan kepada mangsa minamata untuk mengambil
tindakan. Pada masa ini terdapat dua kumpulan yang menyokong perjuangan mangsa penyakit
minamata iaitu People's Congress for the Minamata Disease dan Kumamoto City's Association to Indict
the Minamata Disease yang bergabung untuk membentuk Minamata Disease Research Group yang
terdiri daripada sukarelawan, penyelidik, wartawan, persatuan buruh dan masyarakat awam lain yang
bekerjasama untuk meneruskan siasatan keatas punca penyakit minamata melalui siasatan kes
minamata yang sama berlaku sebelumnya. Terdapat beberapa usaha yang dilakukan oleh syarikat
Chisso Corperation sendiri yang cuba untuk memusnahkan laporan dan bukti berkaitan dengan
pembuangan bahan mercury dan kaitanya dengan penyakit minamata. Tetapi bukti-bukti tersebut dapat
diselamatkan oleh persatuan buruh yang berkerja di syarikat industri tersebut dan juga kenyataan serta
laporan daripada bekas penyelidik Chisso Corperation, Dr. Hosokawa yang diperolehi, boleh dijadikan
bukti. Dari tahun 1968 dan 1970, terdapat banyak rencana, akhbar dan laporan yang dikeluarkan
mengenai pencemaran alam dan masalah kesihatan kepada pengetahuan umum.
Penduduk memfailkan saman keatas Showa Denko, yang telah membawa kepada pembukaan
semula kes keracunan mercury di daerah Kumamoto 1950an. Walaupun terdapat banyak bukti yang
dikemukakan, syarikat Chisso Corperation tetap cuba untuk menolak tuduhan keatasnya. Hal ini
ditambah lagi dengan sikap kerajaan yang memegang polisi ‘tidak mengambil tahu’ tentang penggunaan
teknologi mercury menyebabkan penyakit minamata dan mencemarkan alam sekitar yang masih lagi
digunakan oleh pihak industri lain. Pihak kerajaan sedar tindakan perlu diambil semenjak kes penyakit
minamata pertama berlaku, tetapi hanya menukar kenyataan daripada “unknown cause” dan
mengantikannya kepada “food poisoning caused by consuming large quantities of fish and shellfish from
19
United Nation University, VII. Rediscovery of the Minamata disease in Niigata. From http://archive.unu.edu/unupress/unupbooks/uu35ie/uu35ie0d.htm. Retrieved January 29, 2013.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 466
Minamata Bay”20. Oleh yang demikian, penduduk mula membuat himpunan di depan syarikat industri
Chisso Corperation di Tokyo pada akhir tahun 1960an, sehingga menyebabkan rusuhan dan kecederaan
diantara penduduk dan pihak berkuasa. Himpunan ini juga mendapat sokongan daripada pelajar-pelajar
universiti yang telah mula sedar masalah sosial dan alam sekitar yang berlaku di Jepun kesan daripada
pembangunan industri yang mendadak. Isu Minamata ini juga mendapat perhatian di peringkat
antarabangsa dimana semasa persidangan United Nation diadakan di Stockholm pada tahun 1972, telah
mengantar perwakilan, laporan dan hasil ujian kesihatan yang diperolehi daripada siasatan yang di
lakukan dipersidangan tersebut tentang keadaan sebenar yang berlaku kesan daripada pembangunan
ekonomi besar-besaran yang berlaku di Jepun. Disamping itu juga, mangsa-mangsa Minamata ini
menghadiri mesyuarat-mesyuarat organisasi bukan kerajaan (NGO) di Stolkholm melaporkan kepada
dunia masalah yang dihadapi oleh mangsa-mangsa pencemaran. Pada masa tersebut, Jepun dilihat
sebagai sebuah negara yang mempunyai pembangunan ekonomi pesat dan program modernisasi kesan
daripada polisi pembangunan ekonomi pesat yang digunakan oleh kerajaan, dan cuba untuk menutup
masalah yang dihadapi oleh Jepun. Tetapi, daripada pendedahan yang diberikan oleh mangsa Minamata
ini sendiri, menunjukkan kesan buruk daripada pembangunan ekonomi dan perindustrian pesat telah
memberi kesan negatif kepada alam sekitar, kesihatan dan sosial.
Rajah 3 : Protest Against Minamata Disease 1960’s
Oleh kerana terdapat banyak isu yang telah menjatuhkan imej kerajaan dan juga pihak syarikat
industri yang cuba untuk menghentikan himpunan yang dilakukan oleh penduduk dan masyarakat awam
di hadapan syarikat Chisso Corperatian selama setahun setengah, telah mempersoalkan objektif
rundingan pihak kerajaan dan perjanjian pampasan yang ditawarkan kepada mangsa-mangsa
pencemaran. Hal ini, telah membawa kepada pembongkaran penipuan dan pemalsuan didalam
perjanjian rundingan yang cuba ditawarkan dan telah menyebabkan pihak rundingan kerajaan hilang
kreadibiliti dan kuasanya untuk mencapai persetujuan didalam perundingan dengan pihak mangsa.
Pihak mahkamah sivil telah mencapai keputusan dengan memberi kemenangan kepada mangsa
20
Miyazawa Nobuo, Minamata Disease A History of Japanese Government andKumamoto Prefectural Irresponsibility. From http://aileenarchive.or.jp/minamata_en/aboutminamata/index.html. Retrieved January 30, 2013.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 467
minamata dan mendapatkan rundingan pampasan dengan Chisso Corperation yang berjanji untuk
menbayar pampasan kepada pesakit minamata. Isu Minamata kedua ini merupakan kemenangan
pertama yang diperolehi pada tahun 1973 oleh penduduk melalui tindakan undang-undang mahkamah
dalam menuntut bayaran pampasan21 daripada syarikat industri yang mempunyai pengaruh dan
sokongan daripada pihak kerajaan. Isu Minamata ini telah membawa kepada perkembangan kesedaran
masalah pencemaran yang dihadapi kesan daripada pekembangan industri lain yang berlaku di Jepun
yang telah mengubah haluan polisinya melalui penubuhan Pollution Diet pada tahun 1970an dalam
menangani masalah pencemaran22 terutamanya dikawasan perindustrian berat.
5. Isu Pembuangan Sisa Industri di Kepulauan Teshima
Bermula pada akhir tahun 1950an, Jepun giat menjalankan aktiviti perindustrian berat terutamanya
industri automobil dimana pada masa yang sama aktiviti pembuangan sisa automobil dan besi berat
juga meningkat. Pihak industri berat ini, menggunakan jalan mudah dengan membuangnya dikawasan
terpencil dan pendalaman yang tidak mempunyai penduduk yang ramai. Kepulauan Teshima, yang
terletak di Inland Sea, yang mempunyai populasi seramai 1600 penduduk merupakan sebuah kepulauan
yang terdiri daripada para petani dan nelayan, tetapi telah bertukar menjadi sebuah ‘island of waste’
kerana kerana lebih 500 tan sisa industri dibuang secara haram di kepulauan ini23. Masalah sisa industri
terutamanya bahan automobil mula menjadi masalah di kepulauan ini apabila syarikat Teshima Sogo
Kanko Kaihatsu, sebuah industri pengurusan sisa buangan mula membuanga sisa industri secara haram
pada tahun 1970an di kepulauan tersebut. Penduduk Teshima mula mengadakan gerakkan menentang
keatas syarikat industri ini pada pertengahan tahun 1970an apabila syarikat tersebut memohon untuk
mendapatkan lesen kebenaran pembuangan sisa industri berbahaya ke kepulauan Teshima. Aktiviti
pembuangan ini berlangsung selama 30 tahun dan telah mengakibatkan masalah kesihatan dan bau
busuk dikalangan penduduk tempatan. Sisa-sisa industri ini yang terdiri daripada kompenan automobil
seperti besi berat, batteri, enjin dan sebagainya yang boleh menghasilkan bahan kimia seperti dioxin,
polycholorinated biphenyl (PCB), mercury, arcenic dan sebagainya yang boleh mencemari dan meracuni
tanah, tumbuhan, haiwan dan air bawah tanah yang berdekatan dengannya.
Penduduk tempatan di kepulauan Teshima sering membuat bantahan terhadap aktiviti pembuangan
sisa industri di kerajaan tempatan tetapi tidak dipandang serius. Bantahan ini bermula selepas Sogo
Kanko Kaihatsu memohon lesen pembuangan sisa industri daripada kerajaan tempatan dearah
Kanagawa pada tahun 1975. Gerakkan penduduk ini mula menjalankan aktiviti bantahan dengan
mengumpul sebanyak 1425 tandatangan24 dalam membantah pembinaan plant pemprosesan sisa
21
Pradyumna P. Karan, Japan in the 21st
Century: Environment, Economy and Society, University Press of Kentucky: United States, 2005. Pg. 367. 22
Ibid. 23
Natsuko Matsuoka & Togo Tsukahara, An Island of Garbage in the Eco-Utopian Euphony viewed from the History
of Japanese Environmental Policy. From http://homepage2.nifty.com/tsukaken/matsuokanatsuko.pdf. Retrieved January 29, 2013. 24
Hiroshi Maruyama, Notes for EGEO 423 Pacific Rim: Sustainable Environment. From www.lib.muroran-it.ac.jp/kiyo/53go/53_irai08.pdf. Retrieved January 30, 2013.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 468
industri dan membuat petisi kepada daerah Kanagawa untuk menentang pembinaan tersebut. Pada
permulaannya kerajaan tempatan Kanagawa tidak memberikan kebenaran tetapi telah memberikan
kelulusan kepada syarikat tersebut membuat permohonan kali kedua pada tahun 1977, untuk membina
plant tersebut. Syarikat industri tersebut cuba untuk membuat suatu persetujuan dengan penduduk
tempatan dengan membuat perjanjian dengan penduduk Teshima untuk tidak membawa sebarang sisa
industri berbahaya di kepulauan tersebut, tetapi pihak Sogo Kanko Kaihatsu tidak memgikuti janjinya
dengan membawa sisa industri berbahaya dalam jumlah kuantiti yang banyak dari daerah Osaka ke
kepulauan Teshima. Bermula pada awal tahun 1980an, penduduk tempatan mula membuat kempen
bantahan dan meminta bantuan daripada kerajaan tempatan, tetapi seperti biasa pihak kerajaan
tempatan hanya mengambil jalan mudah dengan memberikan arahan kepada pihak syarikat industri
supaya menyatakan aktiviti pembuangan tersebut bertujuan untuk mengumpul bahan-bahan logam dan
bahan-bahan bernilai sahaja. Isu masalah kesihatan mula berlaku dikalangan penduduk Teshima kesan
daripada aktiviti pembakaran terbuka sisa industri.
Pada tahun 1990, pihak polis tempatan telah menahan enam orang pekerja25 syarikat industri
tersebut yang telah membawa kepada pendedahan aktiviti pembuangan haram sisa industri. Syarikat
industri dan pengurusnya telah disaman kerana telah melanggari polisi Waste Disposal and Cleansing
Law. Oleh kerana pihak kerajaan tempatan Kanagawa tidak mengambil tindakan yang sewajarnya,
penduduk Teshima mula mengambil tindakan sendiri dengan menubuhkan Congress of Teshima
Residents Against the Industrial Waste untuk menyelesaikan masalah pembuangan sisa industri. Selepas
penangkapan pengurus Sogo Kanko Kaihatsu, organisasi penduduk meminta pihak kerajaan tempatan
Kanagawa untuk membersihkan pembuangan sisa industri yang terdapat di kepulauan Teshima, tetapi
tidak mendapat respon yang memberangsangkan. Oleh yang demikian pada awal tahun 1990an,
penduduk Teshima mula mengadakan himpunan dihadapan pejabat kerajaan tempatan Kanagawa,
pengedarkan pamphlet, menghandar surat bantahan dan melawat ahli-ahli menteri Kanagawa dan
membuat himpunan jalanan di sekitar daerah Kanagawa untuk mendapatkan sokongan dan kesedaran
terhadap situasi kepulauan Teshima.
25English Information of Teshima. From http://www.teshima.ne.jp/blog-archives/000008.html. Retrieved January
30, 2013.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 469
Rajah 4 : Examining waste at an illegal dump on Teshima
Tambahan lagi, penduduk juga membawa contoh-contoh tanah dan air yang dicemari kesan
daripada aktiviti pembuangan sisa industri. Pada tahun 1994, Environmetal Disputes Coordination
Commission telah diberikan kuasa untuk menyiasat isu yang berlaku di kepulauan Teshima dan mencari
jalan untuk menyelesaikan masalah sisa industri dan mengekalkan keadaan alam sekitar. Pada akhir
tahun 1990an, penduduk tempatan dan kerajaan tempatan Kanagawa telah mencapai persetujuan
dalam mengimplimentasikan proses pengurusan sisa buangan industri dan mengkaji sistem pengurusan
sisa industri yang lebih efektif. Kerajaan tempatan Kanagawa juga perlu meminta kepada penduduk
tempatan kerana membiarkan aktivti pencemaran ini berlaku dalam jangka masa yang lama dan
bertanggungjawab dalam menguruskan dan membersihkan semua sisa industri berbahaya yang
terdapat di kepulauan Teshima dan pembersihan terhadap pencemaran alam sekitar yang berlaku kesan
daripada aktiviti pembuangan sisa industri.
6. Kesimpulan
Daripada keempat-empat kes yang dilihat diatas, boleh dikatakan penduduk memainkan peranan
penting dalam memperjuangkan hak-hak mereka dan mengubah polisi dalam negara. Dilihat pada
permulaannya pihak kerajaan lebih mementing kepada perkembangan ekonomi dan lebih menyebelahi
pihak syarikat industri yang membawa kepada pembangunan ekonomi negara semenjak tahun 1950an
lagi dimana polisi kerajaan pada masa tersebut adalah untuk mengejar perkembangan ekonomi dengan
negara-negara besar. Kegiatan industri berat giat dijalankan tanpa mengira kesannya terhadap alam
sekitar. Aktiviti-aktiviti pembuangan sisa industri dijalankan pada jangka masa yang lama dan dalam
kuantiti yang tinggi. Ia bukan sahaja telah menjejaskan sumber pendapatan, tetapi juga kesihatan
penduduk tempatan. Walaupun terdapat laporan yang dibuat kepada kerajaan tempatan, tetapi ia tidak
mendapat respon yang memberangsangkan daripada pihak kerajaan untuk mengambil sebarang
tindakan dan ini ditambah lagi dengan reaksi yang diberikan oleh syarikat industri yang tidak ingin
mengambil sebarang tanggungjawab daripada tindakkannya mencemari persekitaran alam sekitar dan
menjejaskan kesihatan penduduknya.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 470
Kesan daripada isu pencemaran dan pihak kerajaan yang gagal menjalankan tugasnya untuk
melindungi kepentingan rakyatnya, penduduk tempatan mula mengambil inisiatif untuk mengambil
tindakan mereka sendiri. Walaubagaimanapun, berbanding dengan syarikat industri dan pihak kerajaan
yang mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih tinggi, proses penentangan memakan masa yang lama.
Bermula dengan mangsa-mangsa pencemaran, penduduk dan bantuan yang diberikan oleh golongan
professional untuk menjalankan kajian dan mencari bukti serta meningkatkan kesedaran kepada
masyarakat umum tentang keadaan sebenar yang berlaku disebalik perkembangan aktiviti industri pesat
yang berlaku di Jepun. Isu penyakit minamata di Niigata dan pembuangan sisa industri di kepulauan
Teshima merupakan isu pencemaran terbesar yang dimenangi oleh penduduk tempatan melalui usaha
mereka sendiri dalam penentangannya terhadap syarikat industri didalam perbicaraan mahkamah dan
kelalaian pihak kerajaan sendiri yang membiarkan aktiviti pencemaran ini berlaku dalam jangka masa
yang lama. Isu-isu pencemaran yang berlaku pada tahun 1960an telah membawa kepada perkembangan
kesedaran alam sekitar dikalangan penduduk Jepun melalui sokongan yang diberikan kepada mangsa
pencemaran dalam meminta pihak kerajaan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Apabila
keadaan sebenar disebalik aktiviti perindustrian menjadi pengetahuan umum, pihak kerajaan mendapat
tekanan bukan sahaja daripada punduduknya tetapi juga dari masyarakat antarabangsa. Tekanan ini
telah membawa kepada perubahan yang dilakukan kepada pihak kerajaan dalam polisinya daripada
kepentingan industri kepada pemuliharaan alam sekitar. Penubuhan Environmental Agency, Basic
Environmental Law dan Pollution-Related Health Damage Special Measures Law contohnya, bertujuan
untuk menangani masalah pencemaran dan memastikan isu alam sekitar yang sama tidak berlaku lagi
serta memastikan mangsa pencemaran diberikan rawatan yang sewajarnya. Selain itu, syarikat industri
juga harus mematuhi polisi dan standardisasi yang dikenakan oleh pihak kerajaan. Kedua-dua pihak ini
perlu bertangungjawab dalam kerja-kerja pembersihan seperti mana yang dilakukan dalam isu
pencemaran Dokai Bay yang membahagikan kos-kos pembersihan diantara kerajaan dan syarikat
industri.
Boleh dikatakan, isu pencemaran yang berlaku di Jepun ini boleh menjadi pemangkin kepada
penduduk untuk memainkan peranan yang aktif dalam negara. Walaupun pencemaran memberi kesan
negatif terhadap alam sekitar tetapi ia memainkan peranan yang positif kepada penduduk untuk
bekerjasama untuk mencari penyelesaian dalam masalah sama yang dihadapi. Hak ini dapat dilihat
melalui isu asma Yokkaichi dan penyakit minamata melihatkan kepada pembentukan kerjasama yang
sama diantara penduduk didaerah yang berlainan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh penduduk untuk
mendapatkan perhatian pihak kerajaan, syarikat industri dan masyarakt umun seperti aktiviti himpunan
penentangan, penyebaran maklumat sama ada melalui pengedaran pamphlet ataupun documentari,
siasatan, kajian dan sebagainya menunjukkan terdapatnya hubungan dan kerjasama yang kuat berlaku
diantara penduduk tempatan.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 471
Sumber Rujukan:
City of Kitakyushu, The World Capital of Sustainable Development. From http://www.city.kitakyushu.lg.jp/english/file_0064.html. Retrieved 29 January, 2013.
English Information of Teshima. From http://www.teshima.ne.jp/blog-archives/000008.html. Retrieved January 30, 2013.
Guo, P., Yokoyama, K., Suenaga, M., & Kida, H., Mortality and life expectancy of Yokkaichi Atsma patients, Japan: Late effects of air pollution in 1960-70s. From http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2311286/. Retrived May 25, 2012.
Hasegawa, K., Constructing Civil Society in Japan; Voices of Environmental Movements, Trans Pacific Press: Australia, 2004.
Holroyd, C., Local Economy and the Futureof Environmental Sustainability in Japan and Asia:
Osaka and Kitakyushu, The Asia-Pasific Journal: Japan Focus. From www. japanfocus.org/Carin-Holroyd/3844. Retrieved January 30, 2013.
Karan, P. P., Japan in the 21st Century: Environment, Economy and Society, University Press of Kentucky: United States, 2005.
Kugler, M., Minamata Disease; Thousands poisoned, disabled, and killed. From http://rarediseases.about.com/od/rarediseases1/a/102304.htm. Retrieved May 19, 2012.
Maruyama, H., Notes for EGEO 423 Pacific Rim: Sustainable Environment. From www.lib.muroran-it.ac.jp/kiyo/53go/53_irai08.pdf. Retrieved January 30, 2013.
Matsuoka, N., & Tsukahara, T., An Island of Garbage in the Eco-Utopian Euphony viewed from the History of Japanese Environmental Policy. From http://homepage2.nifty.com/tsukaken/matsuokanatsuko.pdf. Retrieved January 29, 2013.
Minamata, Japan Disaster. From http://www1.american.edu/ted/MINAMATA.HTM. Retrieved May 19, 2012.
Nobuo, M., Minamata Disease A History of Japanese Government andKumamoto Prefectural Irresponsibility. From http://aileenarchive.or.jp/minamata_en/aboutminamata/index.html. Retrieved January 30, 2013.
Sumida, T., Public Health Experts on Yokkaichi Asthma, Medical History in Japan. From http://www.academia.edu/1199779/Public_health_experts_on_Yokkaichi_asthma. Retrived January 30, 2013.
The Aozora Foundation, The History of Japan’s Air Pollution. From http://aozora.or.jp/lang/english/the-history-of-japans-air-pollution. Retrieved January 30, 2013.
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013 (e-ISBN 978-967-11768-1-8). 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. Organized by WorldConferences.net 472
The rebirth of the “Sea of Death” : History of the recovery of Dokai Bay. From http://enviroscope.iges.or.jp/contents/76/eng/story/storyi2.htm. Retrieved May 26, 2012. Tetsuo Yanagi, Machiko Yamada & Manabu Suzuki, A Challenge of Water Purification in Dokai Bay, Japan. From http://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S0025326X99001927. Retrieved May 25, 2012.
United Nation University, VII. Rediscovery of the Minamata disease in Niigata. From http://archive.unu.edu/unupress/unupbooks/uu35ie/uu35ie0d.htm. Retrieved January 29, 2013.
Yokkaichi Asthma. From http://www.bookrags.com/research/yokkaichi-asthma-enve-02/. Retrieved May 25, 2012.