budaya jepun

7
Kenapa saya memilih bahasa jepun sebagai bahasa ketiga? Saya memilih bahasa jepun sebagai bahasa ketiga kerana saya sangat berminat dengan budaya mereka seperti mementingkan masa dan menjaga kesihatan. Bagi saya, orang jepun adalah bangsa yang sangat teliti dalam melakukan sesuatu sehinggalah mereka dapat menghasilkan sesuatu yang berkualiti tinggi dan dipercayai suluruh dunia. Budaya jepun (makanan) Orang Jepun mempraktikan memakan secara "Eating with the Seasons". "Wherever you live in the world, the influences of your climate, daily cycles of lightness and darkness, and what fresh foods you eat affect your body's natural rhythms; and these rhythms are influenced by the change of seasons." Sayuran yang mengikut musim lobak putih (daikon), lobak merah (ninjin), akar teratai (renkon)=Lotus root, ubi udo, ubi kledek, ubi keladi, ubi kentang, akar gobo, ubi konnyaku dan rebong. Orang Okinawa terkenal dengan panjang umur mereka berbanding dari lain-lain daerah di Jepun. Salah satu sayur yang ditanam di merata sini ialah goya=peria pahit.. Bila musim panas, nak katakan hari-hari makan goya. Tauhu, natto, air kacang soya, miso (sejenis taucu buat sop) dan segala yang diperoleh dari kacang soya. Bermula musim panas banyak orang Jepun menanam sayur-sayur walaupun mereka tidak ada tanah. Dalam pasu, pagar-pagar, di veranda, depan rumah, celah dapur.terung, tomato, piman (green peppers). Yang ada

Upload: siti-muniroh

Post on 24-Jun-2015

1.049 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Budaya jepun

Kenapa saya memilih bahasa jepun sebagai bahasa ketiga?

Saya memilih bahasa jepun sebagai bahasa ketiga kerana saya sangat berminat dengan budaya

mereka seperti mementingkan masa dan menjaga kesihatan. Bagi saya, orang jepun adalah

bangsa yang sangat teliti dalam melakukan sesuatu sehinggalah mereka dapat menghasilkan

sesuatu yang berkualiti tinggi dan dipercayai suluruh dunia.

Budaya jepun (makanan)

Orang Jepun mempraktikan memakan secara "Eating with the Seasons".

"Wherever you live in the world, the influences of your climate, daily cycles of lightness and

darkness, and what fresh foods you eat affect your body's natural rhythms; and these rhythms are

influenced by the change of seasons."

Sayuran yang mengikut musim lobak putih (daikon), lobak merah (ninjin), akar teratai

(renkon)=Lotus root, ubi udo, ubi kledek, ubi keladi, ubi kentang, akar gobo, ubi konnyaku dan

rebong. Orang Okinawa terkenal dengan panjang umur mereka berbanding dari lain-lain daerah

di Jepun. Salah satu sayur yang ditanam di merata sini ialah goya=peria pahit.. Bila musim

panas, nak katakan hari-hari makan goya. Tauhu, natto, air kacang soya, miso (sejenis taucu

buat sop) dan segala yang diperoleh dari kacang soya.

Bermula musim panas banyak orang Jepun menanam sayur-sayur walaupun mereka

tidak ada tanah. Dalam pasu, pagar-pagar, di veranda, depan rumah, celah dapur.terung, tomato,

piman (green peppers). Yang ada tanah pula akan menanam lebeh dari itu timun, jagung, kacang

boncis, bende, peria, petula, lada merah, sayur sawi, bayam, keledek, kentang, lobak putih dan

merah. Minuman tradisenal mereka ialah teh hijau. Khasiat teh hijau jauh lebeh tinggi dari kopi.

Orang Jepun biasanya gemar memakan makanan tradisi mereka. Sebahagian besar rancangan-

rancangan TV pada waktu petang dikhaskan kepada penemuan dan penghasilan makanan

tradisional yang bermutu. Makanan Jepun mencipta nama di seluruh dunia dengan sushi, yang

biasanya diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk

dan pes wasabi. sushi digermari penduduk seluruh dunia. Makanan jepun menumpu kepada

peralihan musim, dengan menghidangkan mi sejuk dan sashimi pada musim panas,

manakala ramen panas dan shabu-shabu disediakan pada musim sejuk.

Page 2: Budaya jepun

Antara makanan orang jepun

Makanan tradisi jepun yang kini popular dan telah mencipta nama di dunia adalah sushi. Sushi

diperbuat daripada pelbagai jenis ikan mentah yang digabungkan dengan nasi sejuk dan pes

wasabi. Ia diperbuat daripada nasi bercuka dan dibubuh inti campuran ikan, makanan laut,

sayuran atau telur. Inti tersebut boleh mentah, dimasak atau diperam. Asal-usul sushi tidak

diketahui, tetapi teknik peraman ikan bersama nasi dipercayai berasal di Asia Tenggara pada

abad ke-5 sebelum masihi. Dua aksara Cina untuk perkataan 'sushi', bererti 'ikan terperam'

pertama digunakan di Jepun pada abad ke-8. Yohei Hanaya yang membuka gerai sushi di

bandar Edo pada tahun 1800-an dikenali sebagai pencipta sushi gulungan tangan, atau nigiri

sushi. Nigiri sushi kemudiannya menjadi lebih popular semasa zaman Perang Dunia Kedua.

Sushi berlainan dari segi bentuk dan ramuan, tetapi nasi merupakan bahan yang sentiasa

dimasukkan. Kadangkala dua sushi yang berbeza mempunyai ramuan yang sama, hanya

berbeza dari segi penyediaan. Terdapat beberapa jenis sushi:-

1. Nigiri-sushi

2. Temaki-sushi

3. Maki-sushi

4. Oshi-sushi

5. Chirashi-sushi

6. Temari-sushi

Page 3: Budaya jepun

Sushi makanan tradisional orang jepun.

Sashimi ialah makanan laut dengan kesegaran utama yang terus dimakan dalam keadaan

mentah bersama penyedap seperti kicap masin, parutan halia, dan wasabi.

Makanan laut segar seperti ikan, kerang, dan udang kara dihidangkan dalam bentuk hirisan kecil

yang mudah dimakan, sedangkan udang yang berukuran kecil ada yang hanya dikupas kulit dan

dibuang kepalanya saja.

Tsuma adalah sebutan untuk bahan makanan pendamping yang boleh juga berupa lobak yang

dipotong panjang-panjang dengan ukuran sangat halus, daun berwarna hijau yang disebut Oba

(Aojizo), atau rumput laut seperti Wakame dan Tosakanori.

Sashimi juga bermaksud menikmati sesuatu dalam keadaan mentah, bermula dari potongan

mentah daging kuda (Basashi), daging ayam (Torisashi), hati ayam atau hati lembu, hingga pada

potongan Konnyaku dan tauhu yang disebut Yuba. Di daerah Kansai, sashimi lebih dikenali

dengan sebutan O-tsukuri.

Jenis-jenis sashimi

Page 4: Budaya jepun

1. Tsugatazukuri

Potongan-potongan ikan disusun di atas tubuh ikan yang dikekalkan bentuknya mula dari

bahagian kepala hingga ekor. Sashimi jenis ini kebanyakannya hanya dinikmati pada waktu-

waktu istimewa.

2. Ikezukuri

Tsugatazukuri dengan ikan hidup yang dijadikan sashimi hanya beberapa saat sebelum

dihidangkan.

3. Tataki

Potongan ikan yang diletak untuk beberapa saat di atas api sehingga kelihatan masak di

bahagian luar, segar di bahagian dalam. Tataki ikan (Katsuo) dimakan bersama sos Ponzu,

parutan bawang putih dan hirisan daun bawang.

Ramen ialah sejenis masakan Jepun berbentuk mi sup yang berasal dari China. Ramen selalu

dihidangkan air rebusan, dan menggunakan hias atas seperti hirisan daging khinzir (チャーシュ

ー, chāshū?), rumpai laut kering (海苔, nori?), kamaboko, bawang hijau, dan jagung pun. Hampir

setiap tempat atau wilayah di Jepun mempunyai variasi ramen yang tersendiri, dari ramen

tonkotsu di Kyūshū hingga ramen miso di Hokkaidō. Ramen diperkenalkan di Jepun (Pekan Cina

di Kobe atau Yokohama) pada zaman Meiji. Ramen garam berasal dari Hokkaidō pada zaman

Taisho.

Page 5: Budaya jepun

Meskipun berasal dari China, waktu ramen diperkenalkan di Jepun masih belum dipastikan. Asal-

usul perkataan "ramen" pun menjadi perdebatan. Satu hipotesis yang mungkin paling boleh

dipercayai ialah "ramen" merupakan sebutan Jepun untuk perkataan bahasa Cina 拉麺 (lamian),

iaitu "mi tarik" (nama yang masih digunakan untuk jenis mi sebegini dalam bahasa Cina). Satu

lagi hipotesis menyatakan 老麺 (laomian, "mi tua") sebagai bentuk asalnya, sementara satu lagi

menyatakan bahawa ramen mula-mulanya disebut 鹵麺 (lúmiàn), iaitu mi yang dimasak dalam

sos yang pekat dan berkanji. Satu lagi hipotesis ialah 撈麵 (lāomiàn, "lo mein"): 撈 bererti

"mengorek keluar" dan memaksudkan kaedah memasak mi ini dengan merendamkannya dalam

air yang mendidih sebelum mengeluarkannya dengan jarring dawai.

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada budaya jepun ini, kita dapat lihat orang jepun adalah

bangsa yang mementingkan kesihatan kerana makanan merreka terdiri daripada makanan laut,

sayur sayuran yang banyak untuk setiap hidangan dan juga dimasak dengan cara merebus atau

stim. Mereka juga kebiasaannya memakan ikan secara mentah bagi mengelakkan kehilangan

zat dalam sesuatu makanan.