pengaruh iklim organisasi ke atas kepuasan kerja guru-guru
TRANSCRIPT
PENGARUH IKLIM ORGANISASI KE ATAS
MENENGAH : KAJIAN KES DI DAERAH PADANG TERAP, KEDAH.
KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH
Oleh :
Moharnad Ali Roshidi Bin Ahmad
Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Sains
(Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Jun 1998
Unit Kemasukan Siswazat~ Universiti Malaysia Sarawak
Adalah disahkan bahawa kami telah rnembaca tesis ini yang bertajuk "Pengaruh 1kIim Organisasi Ke Atas Kepuasan Kerja Guru-Guru Sekolah Menengah: Kajian Kes Di Daerah Padang Terap, Kedah" ole11 Mohd Ali Roshidi bin Ahmad, dan berpendapat bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kualiti dan persembahan sebagai syarat keperiuan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).
prof ~ d d ~ a M f f i n Zainal (Pemeriksa Luar)
Dr Spence r Empading \ (Pemeriksa Dalam)
Tiada bahagian daripada tesis ini telah dikernukakan untuk I
I menyokong sesuatu perrnohonan untuk mendapatkan kelayakan
ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk melihat hubungan di antara iklim organisasi sekolah dengan kepuasan kerja guru-guru sekolah menengah. Objektif utamanya ialah untuk mengenalpasti perkaitan iklirn organisasi sekolah (dimensi tingkahlaku pengetua dan tingkahlaku guru-guru) ke atas kepuasan kerja guru-guru. Sampel terdiri daripada 152 guru dari 5 buah sekolah menengah harian di daerah Padang Terap, Kedah. Strategi persampelan yang digunakan ialah rawak mudah. Organizational Climate Descriptive Questionaire (OCDQ) yang telah dibentuk oleh Halpin dan Croft (1963) dan Job Satisfaction Index (JS I ) yang telah diperkenalkan oleh Brayfield dan Rothe (1951) juga telah digunakan sebagai alat kajian. Ujian-ujian untuk penganalisisan data ialah ujian korelasi Pearson 'r', ujian-t dan ANOVA satu hala. Untuk semua ujian statistik di atas, darjah kesignifikanan adalah ditetapkan pada aras p<0.05. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa (a) iklim organisasi sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja. (b) Faktor sosio- demografi: jantina, umw, pengalaman kerja dan kelayakan akademik mempunyai kaitan rapat dalam mempengaruhi hubungan di antara kepuasan kerja dan persepsi guru-guru terhadap iklim organisasi sekolah. (c) Taraf perkahwinan tidak mempengaruhi persepsi guru- guru terhadap iklim organisasi. Kesimpulannya, sekolah-sekolah di daerah Padang Terap didapati mempunyai iklim berautonomi dan kurang terbuka. Tingkahlaku pengetua telah dipersepsikan sebagai bertimbang rasa, mendesak dan pengasingan, serta didapati kurang berinteraksi secara tidak formal dengan guru-guru.
ABSTRACT
The purpose of this study tuas to find out the relationship between school organizational climate and the job satisfaction among the secondary teachers. The primary objective of this study was to identify the relationship between the school organizational climate from the perspective of the principals a72d teachers behavioral dimensions) and teachers job satisfaction. A total of 152 teachers from 5 non-residential secondary schools in Padang Terap, Kedah were taken as samples. A simple random method was used. Organizational Climate Descriptive Questionnaire (OCDQ) which was designed by Halpin and Croft (1 963) and Job Satisfaction Index (JSI) which has be introduced by Brayfield and Rothe (1 951) were used as an instrument for this study. The data collected were analysed by using Pearson correlation 'r', t-test and one way ANOVA. For all the statistical tests, a significant level of p<0.05 was set. The finding showed that (a) there was a significant relationship between school organizational climate and the teacher's job satis faction. (b) Demographic factors; gender, age, working experienced and level of education were significantly relationship to job satisfaction and the teachers' perception toward school organizational climate. (c) Marital status did not influence the perception of teachers toward school organizational climate. It car2 be concluded that schools in Padang Terap had an autonomous climate and practiced a less open- system organization. Principals behaviour were perceived to be considerate, thrust and aloofness, and less informal with teachers when interacting.
BIODATA DIRI
Mohamad Ali Rosbidi bin Ahmad telah dilahirkan pada 19 Oktober
1965, di Pedu, Icedah Darul Aman. Beliau telah rncnerirna pendidikan
hingga ke peringkat SPM di ternpat kelahirannya. Kemudian
rneneruskan pelajaran ke tingkatan enarn di Sekolah Menengah
Tunku Abdul Malk, Alor Setar, Kedah Darul Arnan. Mula i Mei 1984
beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia d m lulus
Ijazah Sarjanamuda Perakaunan (Kepujian) pada tahun 1989.
Seterusnya memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti Sains
Malaysia pada tahun 199 1.
Karier beliau sebagai seorang pendidik ber~nula pada 1 Ogos 199 2
apabila ditugaskan sebagai guru di Pusat Matrikulasi UUM, Sintok,
Kedah Darul Aman. Pada tahun 1997, beliau telah melanjutkan
pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak di perii~gkat Ijazah Sarjana
Sains (Pernbangunan Surnber Manusia).
Beliau seorang yang aktif di dalam Rejirnen Askar Wataniah, dan
telah ditauliahkan sebagai pegawai pada 12 Januari 1994. Kini,
beliau mernegang jawatan ketua platun sukaxela di Rejirnen 504 AW
berpangkat Leftenan.
Didedikasikan untuk
Fuan Zulinah, isteriku Alya Syahrnina, puteriku Emak dan ayahku Mertuaku Guru-guruku.
Kalian amat rnengerti harga sebuah pengorbanan,
SEKALUNG BUD1
Di kesempatan ini, ingin saya rakamkan penghargaan yang tidak
terhitung nilainya kepada penyelia tesis ini, Cik Angela Anthonysamy
kerana tidak mengenal jemu memberi nasihat dan teguran sepanjang
penulisan tesis ini. Seterusnya kepada Pengarah IAB, Genting
Highland dan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Unimas.
Kedua, terima kasih kepada Pengetua sekolah-sekolah menengah
terlibat kerana telah memberi izin kepada saya untuk menjalankan
kajian di sekolah masing-masing. Terima kasih yang tidak terhingga
juga ditujultan kepada En. Abd Rohim Abdullah (SMDSA) dan En.
Chow Choon Wooi (PMUUM) atas bantuan yang diberikan.
Ketiga, terirna kasih khas kepada bekas Pengetua PMUUM, En. Abdul
Adzis Abas yang telah banyak mendorong kejayaan ini. Tidak
dilupakan rakan-rakan Kohort 2 (IAB-Unimas), antara nama yang
sernpat dirakamkan ialah Mokhtar, Hut, Kamaruddin, Ridzuan,
Rosley, Rahrnan dan Salawati, jasa kalian pasti tidak dilupakan.
Akhir sekali, terima kasih dan penghargaan yang tidak ternilai
tingginya untuk isteri tersayang , Puali Zulinah Jernon. D oronganrnu
penguat semangat dan kesabaranmu tatkala kita berjauhan acialah
sebuah pengorbanali ulituk kejayaan ini. Buat puteri sulungku, Alya
Syahrnina, kehadiranmu di saat ini menyuntik semangat baru untuk
kejayaan abah.
Perighargaan khas ditujukan kepada emak dan ayah, serta emak
rnertua. Doa dan restu kafian penawar mujarab kejayaan ini, pasti
tidak mampu anakanda rnembalasnya. Mudah-mudahan /ill&
rnembalasnya naliti.
KANDUNGAN
Mukasurat
Abstrak
Biodata
Dedikasi
Sekalung Budi
Kandungan
Senarai Jadual
Senarai Rajah
Senarai Latnpiran
BAB 1 - PENGENALAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latarbelakang Masalah
1.2 Pernyataan Masalah
1.3 Tujuan Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Am
1.4.2 Objektif Khusus
1.5 Hipotesis
1.6 Batasan Kajian
. . ll
... 1I.l
iv
vi
X
xii
xiii
1.7 Definisi I s t i ld~
1.7.1 Iklim Organisasi Sekolab
1.7.2 Kepuasan Kei-j a
1.7.3 Guru-guru Sekolah Menengah
BAB 2 - SOROTAN KARYA
2.0 Pengenalan 14
2.1. Konsep Iklim Organisasi 14
2.2 Koizsep Kepuasan Kerja 20
2.3 Kajian Tentang Iklirn Organisasi dan Hubungannya Dengan Icepuasan Kerja 23
2.4 Kajian Mengenai Kepuasan Kerja 25
2.5 Teori Rerkaitan ICepuasan Kerja 28
BAB 3 - METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Sampel Kajian
3.3 Alat Kaj ian
3.4 ICajian Rintis
3.5 Analisa Data
vii
BAB 4 - HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
4.1 Ciri-ciri Dernografi Responden
4.1.1 Jantina
4.1.2 Urnur
4.1.3 Bangsa
4.1.4 Taraf Perkahwinan
4.1.5 Kelayakan Akadernik
4.1.6 Pengalman Bekerj a
4.2 Analisis Persepsi Guru-guru Terhadap Iklim Organisasi Sekolah
4.2.1 Dirnensi Tingkahlaku Pengetua
4.2.1 Dimensi Tii~gkahlaku Guru-Guru
4.3 Hasil Pengujian I-lipotesis
4.3.1 Hubungan Antara Iklim Organisasi Seltolah Dengan Kepuasan Kerja
4.3.2 Hubungan Iklirn Organisasi Sekolah Dengan Ciri-ciri Demografi
4.3.2.1 Persepsi Guru-guru Terhadap Iklim Sekolah Berasaskan Jantina
4.3.2.1.1 Dirnensi Mendesak
4.3.2'1.2 Dimensi Kekitaan
4.3.2.2 Persepsi Guru-guru Tertiadap I k h Sekolah Berasaskan Urnur
4.3.2.3 Persepsi Guru-guru Terhadap lklim Sekolah Berasaskan T a r d Perkahwinan 63
4.3.2.4 Persepsi Guru-guru Terhadap Iklim Sekolah Berasaskan Kelayakan Akademik 65
4.3.2.5 Persepsi Guru-guru Terhadap Iklirn Sekolah Berasaskan Penga l aan ~el lgajar 70
4.4 Kesimpulan
BAB 5 - KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan
5.1 Rumusan
5.2 TCesimp-~xlan
5.3 Cadangan
5.4 Cadangan Penyelidikan Aka11 Datang
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUM
Taburan responden berasaskan jantina
Taburari responden berasaskan umur
Tabwan responden berdasarkan bangsa Tabwan responden berdasarkan taraf perkahwinan
Taburan responden berdasarkan kelayakan akadernik
Taburan responden berdasarkan pengalaman bekerj a
Mi11 skor dan sisihan piawai persepsi guru-guru terhadap dimensi tingkahlaku pengetua.
Min skor dan sisihan piawai persepsj guru-guru terhadap dirnensi tingkahlaku guru-guru
Ujim korelasi antara iklim sekolah dengan kepuasan kerja
Ujiarn- t bagi persepsi guru-guru terhadap dimensi iklim sekolah berasaskan jantina
Analisis varian satu hala persepsi guru- guru terhadap dimensi iltlirn sekolah berasaskan umur
Ujiari Tukey-HSD persepsi guru-guru terhadap dimensi pengasingan berasaskan urnur
4.13 Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru terhadap dimensi bertirnbang rasa berasaskan umur
4.14 Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru terhadap dimensi kebebasan berasaskan umur
4.15 Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru terhadap dimensi halangan berasaskan urnur 62
4.16 Ujian- t persepsi guru-guru terhadap dimensi iklim sekolah berasaskan taraf perkahwinan
4.17 Analisis varian satu hala persepsi guru- guru terhadap dimensi iklim sekolah berasaskan lcelayakan akademik
4.18 Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru terhadap dimensi pengasingan berasaskan kelayakan akademik
4.19 Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru terhadap dimensi kemesraan berasaskan kelayakan akademik
4.20 Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru terhadap dimensi kekitaan berasaskan kelayakan akademik
4.2 1 Analisis varian satu hala persepsi guru- guru terhadap dimensi iklim sekolah berasaskan pengalaman mengajar
4.22 Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru terhadap dimensi pengasingan berasaskan pengalaman mengajar
4.23 Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru terhadap dimensi bertimbang rasa berasaskan pengalaman mengajar
NO. RAJAH
SENARAI RAJAH
2.1 Teori D u a Faktor Herzberg
3.1 Kerangka Model Kajian
xii
SENAM1 LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN TAJUK
A Soal selidik
B Surat kebenaran kajian daripada Bahagian Peraicangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Surat kebenaran ltajian daripada Jabatan Pendidikan Kedah Darul Aman.
Senarai itern-item soalan bagi setiap dimensi iklim sekolah,
Indeks kolerasi Davis.
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Negara kini sedang bergerak pantas menuju ke arah negara maju
menjelang tahun 2020. Dalam usaha mencapai hasrat ini,
pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk wajah
masyarakat dan merupakan alat terpenting untuk menjayakan
wawasan negara. Di Malaysia, pendidikan bertujuan untuk
membolehkan masyarakat membina ilmu pengetahuan, memperolehi
kemahiran, dan menghayati nilai murni yang diperlukan bagi
merealisasikan wawasan negara untuk menjadi negara maju
mengikut acuan tempatan (Nik Azis Nik Pa, 1996).
Wujudnya Wawasan 2020, hasil cetusan idea Perdana Menteri, telah
mengajak setiap warganegara Malaysia memikirkan tentang realiti
negara maju membawa implikasi besar kepada fungsi institusi
pendidikan, terutamanya sekolah. Kejayaan sekolah memikul semua
tanggungjawab di atas banyak bergantung kepada kredibiliti para
gurunya. Ini bererti sekolah memerlukan guru-guru yang berdedikasi
bagi merealisasikan hasrat ini (Hussein Ahmad, 1993). Kualiti dan
semangat seseorang guru perlu dipupuk dan dipertingkatkan pada
setiap masa. Pencapaian objektif sesuatu organisasi adalah
bergantung kepada kualiti dan semangat personelnya (Wan Azmi
Rarnli, 1990). Setiap guru pada asasnya mempunyai kualiti,
perasaan, persepsi, motivasi, kebolehan dan cita-cita yang berbeza
daripada guru lain (Hussein Ahmad, 1993).
Betapa bermaknanya sesuatu pekerjami bergantung kepada nilai
pekerjaan meligikut persepsi guru-guru. Seseorang guru bekerja
kerana profesion itu mampu memberi kepuasan kepadanya (Nawi
Jusoh, 1989). Jika diteliti dengan lebih mendalam, kepuasan kerja
guru-guru telah dipengaruhi oleh banyak faktor, yang terdiri
daripada faktor intrinslk dan ekstrinslk kepada pekerjaan (Yusuf
Ahmad, 1996).
Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Moharnmad Sharif
(1989), Ghazali Othman (1979) dan Habsah Abd. Rauf (1986) tidak
terdapat satu faktor yang sama menerangkan tentang kepuasan kerja
guru-guru. Kajian Ghazali Othman (1979) melaporkan faktor
ekstrinsik mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru, manakala
kajian Ahmad Mohammad Sharif (1989) dan Habsah Abd. Rauf (1986)
pula mendapati kepuasan kerja berkaitan dengan faktor intrinsik.
Iklim sekolah merupakan satu komponen penting faktor ekstrinslk
yang mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru. Iklim sekolah
merupakan persepsi guru-guru terhadap persekitaran kerjanya. la
mempunyai kesan yang besar kepada prestasi sekolah (Hoy dan
Clover, 1986) kerana ia mempengaruhi motivasi guru-guru. Gelagat
dan motivasi guru-guru secara langsung dipengaruhi oleh hubungan
interpersonal sesama guru-guru dan antara pengetua dengan gwu- Z
guru (Abu-Saad, 1995). Bagi menjelaskan dimensi-dimensi iklim yang
mempengaruhi gelagat guru-guru, Halpin dan Croft (1966) telah
menyediakan satu huraian yang lengkap; di mana mereka telah
menyenaraikan lapan dimensi hubungan antara guru-guru dan
hubungan guru- pengetua.
Ringkasnya, konsep iklim sekolah boleh dikatakan sebagai kualiti
persekitaran sesebuah sekolah yang (a) terhasil kesan daripada gaya
kepimpinan pengetua, (b) dinyatakan oleh guru-guru, (c)
mempengaruhi gelagat ahli-ahlinya, dan (d) wujud daripada persepsi
guru-guru (Hoy dan Clover, 1986).
1.1 Latarbelakang Masalah
Institusi pendidikan amat penting bagi penerusan, kesinarnbungan
dan penentu ke arah mencapai tujuan sesebuah negara. Dengan kata
lain, institusi pendidikan merupakan tulang belakang kepada hasrat
negara untuk mencapai wawasan pembangunan. Bagi melaksanakan
tanggungjawab ini, maka institusi pendidikan harus lebih mantap
dan bersedia untuk menangani arus perubahan yang deras yang
boleh menumbangkan masyarakat dan melumpuhkan negara (Nlk
Azis Nik Pa, 1996).
Dalam konteks ini, institusi pendidikan mestilah lebih bersedia ke
arah pemantapan, melalui peningkatan dan keberkesanan organisasi.
Adalah menjadi tanggungjawab pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia, jabatan pendidikan negeri dan pentadbir institusi
pendidikan untuk memastikan kejayaan institusi berkenaan dengan
mengintegrasikan sumber manusia, yang terdiri daripada kalangan
guru dan kakitangan pentadbiran, dan tenaga ekonorninya secara
optimum dart cekap.
Sargent (1 967) menjelaskan, pengukur utama kejayaan sesebuah
sekolah ialah darjah keupayaannya memberi pendidikan yang baik
kepada para pelajarnya. Sekolah akan diklasifikasikan sebagai
sebuah sekolah yang baik jika keputusan peperiksaan awarn yang
dicapainya adalah baik, mengatasi sekolah-sekolah lain. Tetapi, tidak
dapat dinafikan bahawa faktor guru dan kemudahan fizikal sekolah
berkenaan turut berperanan membantu kejayaan sesebuah sekolah.
Ini bererti isu-isu kebajikan guru seperti gaji, polisi sekolah,
penglibatan masyarakat dan jangkaan ibu bapa turut mempengaruhi
gelagat guru yang secara langsung akan memberi kesan kepada
kejayaan sekolah.
Kajian ini bagaimanapun hanya akan mengkaji hubungan
tingkahlaku pengetua dan tingkahlaku guru-guru dengan kepuasan
kerja guru-guru. Pengetua merupakan orang yang paling penting dan
berpengaruh dalam sesebuah sekolah kerana mereka
bertanggungjawab kepada segala aktiviti yang berlaku di sekolahnya.
Kepirnpinan pengetua memberi kesan kepada iklim sekolah, suasana
pembelajaran, tahap profesionalisme dan kepuasan kerja di kalangan
guru-guru. Kawalan kehidupan harian di sekolah terletak di atas
bahu pengetua (Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob,
1992).
Hubungan mesra antara pekerja memberi kesan kepada kepuasan
kerja dan prestasi kerja mereka (Vroom, 1964). Kegembiraan dalarn
menjalankan kerja dapat dirasakan oleh guru-guru kerana
terdapatnya hubungan yang rapat di antara guru dengan pengetua
dan antara guru dengan guru (Noran Fauziah Yaakub dan Sharifah
Mohd. Nor, 1990). Keadaan iklim yang kurang sihat boleh
menyebabkan penekanan tugas diberikan kepada perkara-perkara
yang remeh dan tidak berobjektif. Iklim-iklim seperti kurangnya sifat
keterbukaan, budaya kerah, kepimpinan berisiko rendah dan
mengelakkan konflik, kurang layanan kernanusiaan, ketiadaan
sistem insentif dan ganjaran yang setimpal boleh menjejaskan
hubungan dan kerjasama serta memberi kesan kepada kepuasan
kerja guru-guru.
Terdapat di kalangan guru yang sentiasa berpandangan negatif
terhadap pekerjaan mereka. Keadaan ini memberi kesan kepada
motivasi, gelagat dan kepuasan kerja mereka semasa menjalankan
tugas. Mereka berkemungkinan mengalami tekanan perasaan,
suasana yang menjemukan, kekecewaan, kepenatan, kebimbangan
dan tidak menyeronokkan. Semua ini boleh merendahkan tahap
kepuasan kerja mereka. Maka, menjadi tugas dan tanggungjawab
pihak pengetua untuk mewujudkan suasana persekitaran dan
menyediakan pelbagai keperluan lain yang sesuai untuk mengatasi
masalah ini.
1.2 Pernyataan Masalah
Sehubungan dengan latarbelakang masalah yang dinyatakan di atas,
adalah sesuai diadakan kajian untuk melihat pengaruh iklim
organisasi seltolah ke atas kepuasan kerja guru-guru sekolah
menengah. Dalam kajian ini, iklim sekolah hanya diukur dalarn dua
dimensi sahaja, iaitu tingkahlaku pengetua dan tingkahlaku rakan
sekerja di mana guru itu bertugas, manakala dimensi-dimensi lain
diabaikan.
Tingkahlaku pengetua dipilih kerana gaya kepimpinan pengetua
dikatakan berkait rapat dengan iltlim sekolah dan kepuasan kerja
guru-guru. Gaya kepimpinan pengetua mempunyai kaitan yang
positif dengan iklim sekolah (Rahimah Haji Ahmad, 1981) dan iklim
sekolah mempunyai kaitan yang signifikan dengan kepuasan kerja
guru-guru (Wan Rafaei Abdul Rahman dan Kee, 1987). Tingkahlaku
pengetua yang mengambil berat tentang kepentingan staf didapati