pengantar fiqh sirah
DESCRIPTION
Nota perkuliahan PBJJ bagi kursus PPPY1272 Fiqh Sirah, kursus WAJIB dari Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.TRANSCRIPT
Pengantar Fiqh Sirah
PPPY1272 FIQH SIRAH
Ezad Azraai Jamsari, JPATI, FPI, UKM
(Bab 1)
Objektif Bab 1
Mengenal pasti maksud dan
perbezaan di antara Sejarah dan
Fiqh al-Sirah.
Memahami tujuan mempelajari
Fiqh al-Sirah dan sumber-sumber
yang berkaitan dengannya.
Mengenal pasti karya-karya
mengenai Fiqh al-Sirah yang
dihasilkan oleh para sarjana
Islam.
K1 / B1 • 2
PENGERTIAN SEJARAH
Apa itu Sejarah?
Asal-usul (keturunan), silsilah.
Peristiwa yang benar berlaku pada waktu
lampau.
Kajian atau pengetahuan mengenai
peristiwa lalu.
Laporan atau cerita.
Apa yang berlaku dalam kehidupan atau
perkembangan manusia, negara dan
institusi.
Antara bidang keilmuan yang
membicarakan peristiwa silam secara
sistematik.
K1 / B1 • 3
PENGERTIAN SEJARAH
(Sambungan)
Pentakrifan Sarjana Sejarah/Sejarawan:
Herodotus (m.424SM)
Fakta dan perkara yang berkaitan dengan
sesuatu peristiwa agar tidak diluput
zaman.
Thucydides (m.400SM)
Pemaparan sesuatu peristiwa secara
kronologi dengan menjelaskan human
causes.
St. Augustine (m.430SM)
Suatu proses yang mempunyai tahap
permulaan dan tahap pengakhiran. K1 / B1 • 4
PENGERTIAN SEJARAH
(Sambungan)
Al-Mas’udi (m.956M)
Catatan terhimpun tntg keseluruhan ilmu
pengetahuan manusia, sains termulia.
Ibn Khaldun (m.1406M)
Aktiviti menggarap dan menghidupkan
pengetahuan mengenai umat zaman Islam
Berita peperangan serta jatuh bangun
sesebuah kerajaan; keterangan nyata
sekitar kehidupan manusia.
Al-Sakhawi (m.1497M)
Kesenian yang memerihalkan peristiwa
dari sudut masa dan isu perbahasan.
K1 / B1 • 5
PENGERTIAN SEJARAH
(Sambungan)
Sementara itu, pada abad-abad
seterusnya, muncul beberapa tokoh
yang membicarakan tentang disiplin
sejarah seperti:
Rousseau (1712-1778M)
Von Herder (1744-1803M)
Hegel (1770-1831M)
Von Ranke (1795-1886M)
Croce (1866-1925M)
Bury (1861-1927M)
Collingwood (abad ke-20M)
Carr (abad ke-20M) K1 / B1 • 6
PENGERTIAN SEJARAH
(Sambungan)
Definisi sejarah:
Pengertian secara umum:
masa lalu atau peristiwa yang telah
berlaku.
Pengertian secara khusus:
catatan atau rekod sesuatu
peristiwa yang telah berlaku pada
suatu masa yang lalu.
kajian atau penyelidikan tentang
peristiwa yang telah berlaku.
K1 / B1 • 7
PENGERTIAN SEJARAH
(Sambungan)
Persoalan sejarah menurut sekular:
berkaitan dengan alam dan manusia
sahaja.
Persoalan sejarah menurut Islam:
berkaitan dengan Allah, alam dan
manusia, TETAPI Tuhan bukan sebagai
pelakon sejarah sbgmana praGreek.
Subdisiplin sejarah bersifat
Thematic
Paradigmatic
Geographical
K1 / B1 • 8
PENGERTIAN SEJARAH
(Sambungan)
Sejarah dan al-tarikh ada kaitan.
Dengan demikian, sirah amat berkait
rapat dengan sejarah.
Hasil penulisan awal: sirah ialah
biografi Nabi Muhammad (s.a.w.) dan
sering dikaitkan dengan maghazi.
Namun sirah juga tidak semestinya
hanya untuk Baginda, bukti: Kitab
Sirah Mu‘awiyah wa Bani Umayyah.
Maghazi: Peperangan yang disertai
Nabi Muhammad (s.a.w.). K1 / B1 • 9
PENGERTIAN FIQH SIRAH
Fiqh Sirah merupakan gabungan dua
kalimah Arab (faqiha dan sara).
Fiqh: memahami secara baik dan
mendalam.
al-Sirah: sunnah; keadaan atau
perjalanan Nabi Muhammad (s.a.w.),
sebelum dan sesudah Bi‘thah.
Fiqh al-Sirah: memahami secara
terperinci dan teliti mengenai sejarah
hidup Baginda dari pelbagai
perspektif, sama ada yang tersurat
mahu pun yang tersirat.
K1 / B1 • 10
FAEDAH MEMPELAJARI
FIQH SIRAH
Mendapat tasawwur sebenar tentang
hakikat Islam berdasarkan kehidupan
Nabi Muhammad (s.a.w.).
Memahami sahsiah Baginda.
Menjadikan Baginda sebagai contoh
ikutan dalam kehidupan seharian.
Memahami ajaran al-Qur’an secara
lebih mendalam.
Menambah pengetahuan dan
kebudayaan Islam yang sebenar.
K1 / B1 • 11
FAEDAH (Sambungan) Mengetahui bentuk pelaksaaan sistem
perundangan Islam.
Mendalami perihal mukjizat dan bukti
kenabian yang dapat meningkatkan
keimanan.
Memahami perjuangan Baginda dalam
menegakkan kalimah Tauhid.
Mengenal pasti bentuk hubungan yang
terjalin antara pihak pemerintah
dengan rakyat jelata.
Mengetahui tahap perkembangan
dakwah yang diusahakan Baginda.
K1 / B1 • 12
SUMBER-SUMBER
PENGAJIAN FIQH SIRAH Al-Qur’an
Sumber terpenting dan berautoriti.
Mengandungi maklumat tepat,
sahih dan tidak diragui.
Tiada unsur khayalan.
Merangkumi kehidupan Baginda,
sebelum dan selepas Bi‘thah.
Untuk memahami lebih jelas, rujuk
juga kitab-kitab tafsir seperti tafsir
al-Tabari, Ibn Kathir, Ibn al-Jawzi
dan al-Suyuti. K1 / B1 • 13
SUMBER FIQH SIRAH (Samb)
Al-Sunnah
Bermakna perjalanan hidup, sama ada
terpuji atau tercela.
Takrif: apa jua yang disandarkan
kepada Baginda, sama ada perkataan
atau perbuatan atau taqrir atau
kejadian atau sifat akhlak atau
riwayat hidup Baginda, sebelum dan
selepas Bi‘thah.
Sebahagian besar maklumat mengenai
Fiqh Sirah terdapat dalam kitab
hadith, merangkumi aspek agama,
sosial, ekonomi dan politik.
K1 / B1 • 14
Kitab-kitab al-Shama’il dan
Dala’il al-Nubuwwah
Ia membicarakan adab, sifat, akhlak,
sahsiah, kelakuan dan keperibadian
terpuji Baginda.
Antara kitab tersebut ialah:
Kitab al-Shama’il oleh al-Turmudhi.
Kitab Akhlaq al-Nabi oleh al-Asfahani.
Kitab al-Huda al-Nabi oleh al-Mutaghafari
Kitab al-Anwar fi Shama’il al-Nabi al-
Mukhtar oleh al-Bughawi.
Sifat al-Nabi oleh Isma’il al-Qadi.
SUMBER FIQH SIRAH (Samb)
K1 / B1 • 15
Kitab-kitab Sirah dan Maghazi
Ahli-ahli hadith yang menyampaikan
riwayat-riwayat berkaitan Sirah.
Antara mereka ialah seperti:
Abu Rafi’ Mawla Rasulillah (s.a.w.)
Sahl b. Abi Hathmah
‘Abd Allah b. ‘Amr b. al-‘As
‘Abd Allah b. ‘Abbas
Penulisan sirah diteruskan oleh Ibn al-
Zubayr, al-Zuhri, Ibn Ishaq, al-Waqidi,
Ibn Hisham, Ibn Sa’d, al-Tabari.
Ia diteruskan pula oleh Ibn Hazm, al-
Qadi ‘Iyad, al-Dhahabi dan Ibn Hajar.
SUMBER FIQH SIRAH (Samb)
K1 / B1 • 16
PERBANDINGAN
PENULISAN SIRAH
Sejarawan awal: panjang lebar dan
huraian; kurang memberi ulasan.
Penulis moden: sering memberi ulasan
dan penjelasan untuk menerangkan
faedah daripada sirah.
Sejarawan awal: mengutamakan
penyebutan isnad.
Penulis moden: tidak lagi gunakan.
Penulisan sirah zaman moden disertai
pelbagai aliran sarjana Islam: mereka
menghasilkan pelbagai pendekatan.
K1 / B1 • 17
Fiqh al-Sirah oleh Shaykh Muhammad
al-Ghazali.
Fiqh al-Sirah oleh Dr. Muhammad Sa‘id
Ramadan al-Buti.
al-Asas fi al-Sunnah wa Fiqhuha (al-
Sirah al-Nabawiyyah) oleh Sa‘id Hawa.
al-Sirah al-Nabawiyyah: Durus wa
‘Ibar oleh Dr. Mustafa al-Siba‘i.
al-Sirah al-Nabawiyyah oleh ‘Ali al-
Hasani al-Nadwi.
al-Rahiq al-Makhtum, al-Mubarakfuri
TULISAN-TULISAN MODEN
FIQH SIRAH (Muslim)
K1 / B1 • 18
Antara golongan orientalis ini ialah
seperti Becker, Sachau dan Jones.
Ada motif positif dan juga negatif.
Terdapat beberapa fakta yang
sengaja diselewengkan:
Mengada-adakan cerita palsu.
Menokok-tambah dan mengurangkan
fakta.
Mentafsir sejarah tidak menggunkan
pentafsiran Islam.
Menonjolkan aspek lemah dan silap.
TULISAN-TULISAN MODEN
FIQH SIRAH (Orientalis)
K1 / B1 • 19
Antara orientalis yang begitu ketara
menyelewengkan sirah ialah Muir dan
Dermengham.
AKAN TETAPI, ada pandangan mereka
yang boleh diterima sebagaimana
yang dinyatakan Prof. Dr. ‘Abd al-
Rahman al-Hajji.
Antara tokoh orientalis lain ialah
Watt, Gibb, Margoliouth, Glubb,
Armstrong, Pirenne, Lane Poole,
Andrae dan Sarjent serta ramai lagi.
TULISAN-TULISAN MODEN
FIQH SIRAH (Orientalis)
K1 / B1 • 20
RUMUSAN
Perbezaan pengertian Sejarah
dan Fiqh Sirah.
Terdapat beberapa faedah
mempelajari Fiqh Sirah.
Sumber-sumber Fiqh Sirah ialah
al-Qur’an, al-Sunnah, Kitab al-
Shama’il dan Kitab Sirah.
Terdapat beberapa karya yang
telah dihasilkan oleh para
sarjana Islam, sama ada karya
klasik mahu pun moden. K1 / B1 • 21