fiqh sirah -wasiat dan khutbah rasulullah saw-
TRANSCRIPT
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGHARGAAN 1
PENGENALAN 2
KHUTBAH YANG DISAMPAIKAN OLEH RASULULLAH SAW
KHUTBAH RASULULLAH SAW BERKAITAN DAJJAL 3 KHUTBAH RASULULLAH SAW YANG TERAKHIR 7
(HUJJATUL WIDA’) KHUTBAH RASULULLAH SAW MENGENAI CARA 9
MENYAMBUT BULAN RAMADHAN KHUTBAH RASULULLAH SAW BERKAITAN 11
PERNIKAHAN PUTERINYA FATIMAH AZ-ZAHRA
PESANAN-PESANAN RASULULLAH SAW
PESANAN RASULULLAH SAW DI AKHIR 15KEHIDUPANNYA
PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP WANITA 19 PESANAN RASULULLAH SAW 20 PESANAN RASULULLAH SAW BERKAITAN AL-QURAN 23
DAN AS-SUNNAH PESANAN RASULULLAH SAW BERKAITAN 25
PERKARA-PERKARA YANG MEMUSNAHAKAN PESANAN RASULULLAH SAW BERKAITAN 27
PERKARA-PERKARA YANG MENYELAMATKAN PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP TIGA 27
PERKARA YANG MESTI DIJAUHI PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP EMPAT 28
PERKARA YANG BERHARGA DALAM DIRI MANUSIA PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP BENDA 28
YANG DICINTAI DAN LIMA PERKARA YANG MESTI DILUPAKAN
PESANAN RASULULLAH SAW UNTUK MENGUSIR 29SYAITAN DAN BALA TENTERANYA
KESIMPULAN 30
BIBLIOGRAFI 31
PENGHARGAAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Syukur kehadrat Allah SWT dengan
kesyukuran yang tiada terhingga kerana dengan limpah kurniaNya dan ehsan kasih
sayingNya,dapatlah saya menyiapkan dan menyempurnakan tugasan yang telah diberikan
kepada saya ini dengan lancar.
Ucapan jutaan terima kasih kepada kedua ibi bapa saya yang selama ini banyak menyokong
saya dari segi moral dan kewangan sehinggalah saya dapat menyambung pengajian saya
keperingkat ini.
Jutaan terima kasih juga saya rakamkan kepada pensyarah mata pelajaran Usul Al-Fiqh
iaitu,Al-Fadhil Ustaz Mujahid diatas tunjuk ajar,dorongan dan teguran yang diberikan
sehinggalah saya dapat melangsaikan kerja kursus saya ini dengan jayanya
Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada warga Kolej Dar Al-Hikmah
terutamanya pihak perpustakaan kerana membenarkan kami meminjam bahan rujukan
daripada perpustakaan dan juga jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan sahabat handai
saya kerana telah banyak memberikan bantuan,pandangan dan motivasi dalam saya
menyempurnakan kerja kursus ini.
Akhir sekali,saya ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat dan telah memberikan bantuan kepada saya sehinngalah saya dapat
melangsaikan dengan sempurnanya kerja kursus saya ini.
Sekian,terima kasih.
PENGENALAN
Dalam Bahasa Arab,perkataan al-washiat bermaksud sesuatu yang diwasiatkan.Contohnya
dalam majalah, “Uushiar-rajulu wa-washaahu”bererti kepada seseorang ditugaskan untuk
mengerjakan sesuatu pekerjaan.Kandungan wasiat berkait rapat dengan kematian.Wasiat
menjadi penghubung orang yang meninggal dunia,iaitu segala yang pernah berlaku dalam
kehidupan dan kematiannya.Perkataan washi bermaksud orang yang diberikan wasiat dan
orang yang diwasiatkan.Dalam fiqih,wasiat bermakna pemilikan yang lebih terarah pada
masa kematian.Segelintiran Fuqaha mendefinisikan wasiat sebagai perintah keatas perbuatan
selepas kematian dan bersedekah dengan harta si mati.Hal ini mencakupi peringatan supaya
tidak melakukan perkara yang dilarang oleh agama dan dorongan untuk mengerjakan
perintah agama.Wasiat juga dalam erti kata lain dikenali sebagai peringatan atau
peninggalan.Dalam kerja kursus yang saya lakukan ini,saya mengkaji dan menyelidik dengan
lebih mendalam mengenai pesanan-pesanan dan khutbah yang pernah disampaikan oleh Nabi
Muhammad SAW kepada seluruh umat Islam yang mendatang dari pelbagai aspek kehidupan
yang mana merangkumi kaum hawa,syaitan,dajjal,puasa,perkara yang ditegah dan lain-lain
lagi.Segala pesanan dan khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah melengkapi
seluruh aspek kehidupan seharian setiap individu muslim.
1.KOLEKSI KHUTBAH YANG DISAMPAIKAN OLEH RASULULLAH S.A.W
SEPANJANG HAYATNYA.
1.1)KHUTBAH RASULULLAH S.A.W BERKAITAN DAJJAL
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata:
"Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak
menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah
(kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal.
Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku
adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih
ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia
datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya sendiri.Sesungguhnya Allah
SWT akan menjaga orang-orang mukmin."Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat
antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba
Allah, wahai manusia, tetaplah kamu.Disini,akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri
Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya."Pada mulanya
nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi.Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku.
Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan.Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak
mungkin kamu lihat sebelum kamu mati.Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT
tidak cacat,bahkan tidak sama dengan baharu.Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis
KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta
huruf.Diantara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka.Nerakanya itu
sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka,yakni panas.Sesiapa di antara kamu
yang disiksanya dengan nerakanya,hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan
hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi.1
1 )www.khutbahdajjal.com.my
Maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi
sejuk."Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab:"Seandainya aku
sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu,apakah
engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?"Orang Arab itu akan berkata:"Tentu sekali."Maka
syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya.Rupanya sama,sifat-sifatnya sama dan
suaranya pun sama.Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku,ikutilah
dia,sesungguhnya dialah Tuhanmu." di antara tipu dayanya juga ialah,dia tipu
seseorang,yakni dia bunuh dan dia belah dua.Setelah itu dia katakan kepada orang
ramai:"Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini,sekarang akan kuhidupkan
dia semula.Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula.Kemudian, Laknatullah Alaih itu
bertanya:"Siapa Tuhanmu?"Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman,
menjawab:"Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah."Orang itu bererti
lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga”.Kata
Rasulullah s.a.w lagi:"Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan
tiba-tiba hujan pun turun.Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya,ianya
tiba-tiba tumbuh.Termasuk juga dalam ujian yang paling berat bagi manusia iaitu,Dajjal itu
datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakuinya sebagai
Tuhan,maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak
menjadi."Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk
kampung itu mengakuinya sebagai Tuhan.Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat
mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi subur."Tidak ada kampung atau daerah di
dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah.Kedua-dua kota itu tidak
dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat.Dia hanya berani menginjak
pinggiran Makkah dan Madinah.Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di
luar kota Madinah,kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi.Ketika itu orang-orang
munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah.Mereka keluar dan
pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang
dikatakan hari pembersihan kota Madinah.2
2)www.khutbahdajjal.com.my
Dalam hadis yang lain,"di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu,Dajjal itu lalu di
satu tempat kemudian mereka mendustakannya(tidak beriman kepadanya),maka disebabkan
yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah
mereka.Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya.
Mereka pun beriman kepadanya.Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit
supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-
tumbuhannya.Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."
Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Menjelang turunnya Dajjal ada
tahun-tahun tipu daya,iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur
tidak dipercayai.Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."
Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda:"Bumi yang paling baik
adalah Madinah.Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat.Dajjal tidak
sanggup memasuki Madinah.Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah
bergegar tiga kali.Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan)
bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah.Kaum wanita
adalah yang paling banyak lari ketika itu.Itulah yang dikatakan hari pembersihan.Madinah
membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan:"Pernah satu
hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis.Melihat saya menangis
beliau bertanya:"Mengapa menangis?"Saya menjawab:"Ya Rasulullah,engkau telah
menceritakan Dajjal,maka saya takut mendengarnya."Rasulullah s.a.w berkata:"Seandainya
Dajjal datang pada waktu aku masih hidup,maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya.
Kalau dia datang setelah kematianku,maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."
Dari Jabir bin Abdullah,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:"Dajjal muncul pada waktu orang
tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama.Pada zaman Dajjal ada empat puluh
hari,yang mana satu hari terasa bagaikan setahun,ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan,
ada satu hari yang terasa satu minggu,kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.3
3)www.khutbahdajjal.com.my
"Ada yang bertanya:"Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh
kami solat lima waktu juga?"Rasulullah s.a.w menjawab:"Ukurlah berapa jarak solat yang
lima waktu itu."Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata:"Akulah Tuhan sekalian alam
dan matahari ini berjalan dengan izinku.Apakah kamu bermaksud menahannya?"Katanya
sambil ditahannya matahari itu,sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu
bulan.Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu,dia berkata kepada manusia:
"Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?"Mereka semua menjawab:"Ya,
kami ingin.“Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat
berjalan.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda:"Akan keluarlah Dajjal kepada umatku
dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh.Saya sendiri pun tidak pasti
apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun.Kemudian Allah SWT
mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian
membunuh Dajjal itu."Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua
penduduk dunia menjadi kafir,yakni beriman kepada Dajjal.Menurut ceritanya juga,orang
yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.4
4)www.khutbahdajjal.com.my
1.2)KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W(KHUTBAH WIDA’)
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10
hijarah di Lembah Uranah,Bukit Arafah,baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di
hadapan kaum Muslimin,di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.
Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-
orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,
anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan
harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah
kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa
sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan
di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan
yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus
asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah
supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga
mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke
atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana
kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah
terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu
yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.5
5)Riwayat Hidup Rasulullah SAW,Abdul Hasan Al-Hasany An-Nadwy,Pustaka Nasional PTE LTD Singapura,Halaman 427
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat
dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu
semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk
dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan
tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku
tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah
Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku.Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan
risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.6
6)Fiqhus Sirah,Muhammad Al-Ghazaly,Pustaka Jiwa Sdn.Bhd.,Kuala Lumpur,1996,Cetakan Pertama,Halaman 747-753
1.3)KHUTBAH RASULULLAH S.A.W DALAM MENYAMBUT BULAN
RAMADHAN
Berikut adalah merupakan Khutbah Rasulullah S.A.W pada malam terakhir bulan Sya’ban,tatkala
menyambut datangnya Bulan Ramadhan:-
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah,
rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari
paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya
adalah jam-jam paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan
dimuliakan-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-
amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah.
Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah
membimbingmu untuk melakukan syiyam dan membaca kitab-Nya. Celakalah orang yang
tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan
hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat.
Bersedekahlah kepada kaum fukara dan masakin. Muliakanlah orang-orang tuamu,
sayangilah yang muda, sambunglah tali persudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu
dari apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu dari apa yang tidak
halal kamu mendengarkannya. Kasihanilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-
anak yatimmu. Bertobatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu
untuk berdoa pada waktu shalatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah
Azza wa Jalla memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih;Dia menjawab mereka
ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya, dan
mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.
Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka
bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-pungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka
ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu. Ketahuilah! Allah Ta’ala bersumpah dengan
segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang shalat dan sujud,
dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri dihadapan
Rabb Al-’Alamin.7
7)www.khutbahrasulullah.com.my
Wahai manusia! Barangsiapa diantaramu memberi buka kepada orang-orang Mukmin yang
berpuasa di bulan ini, maka disisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak
dan ia diberi ampunan atas dosa-dosanya yang lalu.
Sahabat-sahabat bertanya:
Ya Rasulullah! Tidaklah kami semua mampu berbuat demikian.”Rasulullah meneruskan:
Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah dirimu dari
api neraka walaupun hanya dengan seteguk air. Wahai manusia! Siapa yang membaguskan
ahlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati sirath pada hari ketika kaki-kaki tergelincir.
Barang siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya
(pegawai atau pembantu) di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari
Kiamat. Barang siapa menahan kejelekannya dibulan ini, Allah akan menahan murka-Nya
pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah
akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-nya.
Barangsiapa menyambungkan tali persudaraan (silaturahmi) di bulan ini, Allah akan
menghubungkan dia dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa
memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia
berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan
menuliskan , Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa
melakukan shalat fardhu baginya adalah ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardhu
dibulan yang lain.
Barang siapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan
timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa pada bulan ini membaca
satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Qur’an pada bulan-bulan
yang lain.
Wahai manusia! sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mintalah kepada
Tuhanmu agar tidak akan pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka
mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan
terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata:
Aku berdiri dan berkata,8
8)www.khutbahrasulullah.com.my
Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?
Jawab Nabi:
Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang
diharamkan Allah.9
1.4)KHUTBAH RASULULLAH S.A.W DALAM PERNIKAHAN PUTERINYA
FATIMAH AZ-ZAHRA’ (S.A)
Allah yang memerintahkan Nabi saw agar menikahkan Fatimah dengan Ali (sa)
Anas bin Malik berkata: Ketika Rasulullah saw berada di masjid, beliau bersabda kepada Ali
(sa): “Ini Jibril memberitahu aku bahwa Allah telah menikahkan kamu dengan Fatimah, dan
disaksikan oleh empat puluh ribu malaikat…”10
Ali bin Abi Thalib (sa) berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Datang kepadaku malaikat
Jibril dan berkata: Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah menyampaikan salam padamu dan
berfirman padamu: Sesungguhnya Aku telah menikahkan Fatimah puterimu dengan Ali bin
Abi Thalib di tempat yang paling mulia, maka nikahkan ia dengannya di bumi.”11
Hadis ini semakna dalam kitab:
1. Kanzul Ummal, jilid 6 halaman 152, fadhail Ali bin Abi Thalib (sa), hadis ke 32891.
2. Majma’ Az-Zawaid, Al-Haitsami, jilid 9 halaman 204, manaqib Fatimah (sa).
3. Faydh Al-Qadhir, Al-Manawi, jilid 2 alaman 215.
4. Kunuz Al-Haqaiq, halaman 29, hadis ke 1415.12
9)www.khutbahrasulullah.com.my10)Kitab Dzakhair Al-Uqba: 32, bab Fadhail Fatimah (sa)11) Kitab Dzakhair Al-Uqba: 32, bab Fadhail Fatimah (sa)12)Ash-Shawaiq Al-Muhriqah, Ibnu hajar, halaman 74, bab 9, fadhail Ali bin Abi Thalib (sa)
Khutbah Nabi saw dalam pernikahan Fatimah dengan Ali (sa)
Dalam Ar-Riyadh An-Nadhrah 2:183, bab 4, bab manaqib Ali bin Abi Thalib (sa):
Anas bin Malik berkata: Abu Bakar pernah melamar Fatimah (sa) kepada Rasulullah saw.
Tapi Rasulullah saw bersabda: Wahai Abu Bakar, belum turun ketetapan dari Allah swt.
Kemudian Umar melamarnya beserta beberapa orang quraisy. Rasulullah saw menjawab
seperti jawaban kepada Abu Bakar. Kemudian salah seorang dari mereka berkata kepada Ali
bin Abi Thalib (sa): Sekiranya engkau yang melamarnya kepada Nabi saw, niscaya beliau
menerima lamaranmu. Ali (sa) berkata: Bagaimana mungkin, padahal sebelumnya pemuka-
pemuka Quraisy telah melamarnya dan beliau tidak menerimanya? Anas berkata: Kemudian
Ali bin Abi Thalib (sa) melamarnya. Maka Rasulullah saw bersabda: “Telah memerintahkan
padaku Tuhanku Azza wa Jalla tentang hal itu.”
Anas bin Malik berkata: Berselang beberapa hari Nabi saw memanggilku dan bersabda:
Wahai Anas, undang agar datang kepadaku Abu Bakar, Umar bin Khaththab, Utsman bin
Affan, Abdurrahman bin Auf, Sa’d bin Abdul Waqqash, Thalhah, Zubair dan beberapa orang
dari Anshar. Kemudian aku mengundang mereka. Mereka pun datang dan berkumpul di dekat
Nabi saw, mereka menyiapkan majlis, sedangkan Ali bin Abi Thalib (sa) tidak hadir karena
menyiapkan keperluan Nabi saw. Dalam pernikahan puterinya Fatimah Az-Zahra’ Rasulullah
saw bersabda dalam khutbahnya:
المرهوبمن ، بسلطانه المطاع ، بقدرته المعبود ، بنعمته المحمود لله الحمد
وميزهم ، بقدرته الخلق خلق الذي ، وأرضه فيسمائه أمره النافذ وسطواته عذابه
( الله ( إن ، وسلم وآله عليه الله صلى محمد بنبيه وأكرمهم ، بدينه وأعزهم بأحكامه
أوشج مفترضا; وأمرا; ، الحقا; سببا; المصاهرة جعل ، وتعالتعظمته ، اسمه تبارك
) : ; بشرا الماء من خلق الذي وهو قائل من عز فقال ، األنام وألزم ، األرحام به
وقضاؤه ) ، إلىقضائه يجري تعالى الله فأمر قديرا; ربك وكان وصهرا; نسبا; فجعله
ما : ( الله يمحو كتاب أجل ولكل أجل قدر ولكل ، قدر قضاء ولكل ، قدره إلى يجري
). بنت فاطمة أزوج أن أمرني عزوجل الله إن ثم الكتاب أم وعنده ويثبت يشاء
فضة مثقال أربعمائة على زوجته قد أني فاشهدوا أبيطالب بن Vعلي من خديجة
أبيطالب بن علي بذلك رضي إن
“Segala puji bagi Allah yang terpuji dengan segala nikmat-Nya, yang disembah dengan
ketentuan-Nya, yang ditaati dengan kekuasaan-Nya, yang ditakuti azab dan kekuasaan-Nya,
yang meliputi perkara-Nya di langit dan bumi-Nya, yang menciptakan makhluk dengan
takdir-Nya, yang mengistimewakan makhluk-Nya dengan hukum-Nya dan memuliakan13
mereka dengan agama-Nya, yang menjadikan mereka mulia dengan Nabi-Nya Muhammad
saw.Sesungguhnya Allah nama-Nya Maha Mulia, Maha Tinggi dan Maha Agung. Ia telah
menjadikan mushaharah (hubungan keluarga karena pernikahan) sebagai sebab penerus
generasi, perkara yang menjadi sebab penyambung keluarga dan penerus generasi manusia.
Allah yang Maha mulia firman-Nya menyatakan: “Dialah yang menciptakan manusia dari air
kemudian menjadikan manusia punya keturunan dan mushaharah, dan Tuhanmu Maha
Kuasa.” (Al-Furqan: 54). Perkara Allah swt berlaku dalam ketetapan-Nya, ketetapan-Nya
berlaku dalam takdir-Nya, setiap ketetapan mempunyai takdir, setiap takdir mempunyai ajal,
dan setiap ajal mempunyai kitab, “Allah menghapus apa yang dikehendaki dan menetapkan
(apa yang dikehendaki), di sisi-Nya ada Ummul Kitab.” (Ar-Ra’d: 39).Sesungguhnya Azza
wa Jalla memerintahkan aku untuk menikahkan Fatimah puteri Khadijah dengan Ali bin Abi
Thalib, maka saksikan sesungguhnya aku telah menikahkannya dengan maskawin empat ratus
Fidhdhah ( dalam nilai perak).Kemudian Nabi saw minta mangkok yang berisi kurma yang
masih segar. Kemudian dihidangkan di depan kami, lalu beliau bersabda: “Ambil lalu
pergilah. Kemudian kami pergi. Ketika kami pergi datanglah Ali bin Abi Thalib (sa) datang
kepada Nabi saw, lalu Nabi saw tersenyum dan bersabda:
بذلك رضيت إن فضة مثقال أربعمائة على فاطمة أزوجك أن أمرني الله إن
“Sesungguhnya Allah telah memeritahkan aku untuk menikahkan kamu dengan Fatimah
dengan mahar empat ratus fidhdhah (perak), jika kamu ridha hal itu.”
Ali (sa) menjawab: Aku ridha ya Rasulallah.Anas berkata: kemudian Nabi saw berdoa:
; طيبا كثيرا; منكما وأخرج عليكما، وبارك جدكما، وأسعد شملكما، الله جمع
“Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan
kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan
yang banyak.”Anas bin Malik berkata: Demi Allah, sungguh telah keluar dari mereka berdua
kebajikan yang banyak.Muhibuddin Ath-Thabari Asy-Syafi’i berkata: Hadis ini juga
13)Ash-Shawa’iq Al-Muhriqah,Ibnu hajar,halaman 84, 85 dan 97, bab 11, fadhail Ahlul bait (sa).Pada halaman 97 terdapat sedikit perbedaan redaksi.
diriwayatkan oleh Abul Khayr Al-Qazwini Al-Hakimi.14
Khutbah ini juga disebutkan dalam kitab:
1. Dzakhair Al-‘Uqba, halaman 29, fadhail Fatimah (sa).
2. Mirqat Al-Mafatih, Ali bin Sulthan, jilid 5 halaman 574, bab fadhail Ali bin Abi Thalib
(sa), syarah hadis ke 6104.
Khutbah Nabi saw dalam Riwayat yang lain
Imam Ali Zainal Abidin (sa) berkata: Ketika Nabi saw menikahkan Fatimah (sa) dengan Ali
(sa) beliau menyampaikan khutbahnya:
عذابه المرهوبمن بسلطانه، المطاع بقدرته، المعبود بنعمته، المحمود لله الحمد
. الله إن ثم وأرضه فيسمائه أمره النافذ عنده، فيما إليه المرغوب وسطوته،
على ] [ زوجته فقد ، أبيطالب بن علي من فاطمة أزوج أن أمرني عزوجل
. بطبق وسلم وآله عليه الله صلى دعا ثم علي بذلك رضي إن فضة مثقال أربعمائة
( النبي] [ ( فتبسم السالم عليه علي دخل إذ ننتهب فبينا انتهبوا قال ثم بسر، من
: ( عزوجل( الله أن أعلمت علي يا قال ثم وجهه، في وسلم وآله عليه الله صلى
رضيت، إن فضة مثقال أربعمائة على زوجتكها فقد فاطمة أزوجك أن أمرني
:( رسوله ( وعن الله عن بذلك رضيت السالم عليه علي فقال
“Segala puji bagi Allah yang terpuji dengan segala nikmat-Nya, yang disembah dengan
ketentuan-Nya, yang ditaati dengan kekuasaan-Nya, yang ditakuti azab dan kekuasaan-Nya,
yang dicintai dengan segala yang ada di sisi-Nya, yang meliputi perkara-Nya di langit dan
bumi-Nya. Allah Azza wa Jalla telah memerintah aku untuk menikahkan Fatimah dengan Ali
bin Abi Thalib, maka aku nikahkan ia dengan mahar 400 fidhdhah (perak) jika Ali ridha hal
itu.” Kemudian Nabi saw menghidangkan kurma yang masih segar, lalu bersabda kepada para
sahabatnya: ambillah lalu pergilah. Kemudian kami (sahabat) pergi. Ketika Ali bin Abi Thalib
(sa) dating, Nabi saw tersenyum lalu bersabda: “Wahai Ali, tahukah kamu bahwa Allah Azza
wa Jalla merintahkan aku untuk menikahkan kamu dengan Fatimah, maka aku telah
menikahkan kalian berdua dengan mahar 400 fidhdhah jika kamu ridha. Ali (sa) menjawab:
14)Ash-Shawa’iq Al-Muhriqah, Ibnu hajar, halaman 84, 85 dan 97, bab 11, fadhail Ahlul bait (sa). Pada halaman 97 terdapat sedikit perbedaan redaksi.
Aku ridha hal itu karena itu Allah dan Rasul-Nya.15
Kemudian Nabi saw berdoa:
طيبا كثيرا منكما وأخرج عليكما وبارك جدكما وأسعد شملكما الله جمع
“Semoga Allah mengumpulkan kesempurnaan kalian berdua, membahagiakan kesungguhan
kalian berdua, memberkahi kalian berdua, dan mengeluarkan dari kalian berdua kebajikan
yang banyak.”16
2.PESANAN-PESANAN YANG DISAMPAIKAN OLEH RASULULLAH S.A.W
SEPANJANG HAYAT BELIAU
2.1)PESANAN RASULULLAH S.A.W DIAKHIR KEHIDUPAN
TANDA-TANDA AJAL
Tanda-tanda ajal kehidupan Rasulullah SAW dimulakan dengan baginda beriktikaf
selama dua puluh hari pada bulan Ramadhan tahun 10 Hijrah.Pada tahun
tersebut,Jibril dan Rasulullah SAW khatam Al-Quran sebanyak dua kali.Ketika
menunaikan haji Wada’ di Padang Arafah,Rasulullah SAW bersabda :
“Aku tidak pasti.Barangkali selepas tahun ini,aku tidak akan bertemu kalian lagi
ditempat wukuf untuk selamanya.”
Di Jamratul Aqabah,baginda bersabda :
“Ambillah daripadaku manasik kalian (cara-cara menunaikan ibadah
haji),sepertinya selepas tahunku ini,aku tidak lagi berkesempatan lagi untuk
menunaikan haji!”
Selain itu,pada pertengahan hari tasyrik surah an-Nashr diturunkan kepada
baginda.Dengan turunnya surah tersebut,mengertilah baginda bahawa saat perpisahan
telah tiba dan tanda-tanda ajal sudah sampai.17
15)Dalam kitab Makarimul Akhlaq,Syeikh Ath-Thabrasi,Halaman 20616)Dalam kitab Makarimul Akhlaq, Syeikh Ath-Thabrasi,Halaman 20617)Wasiat-Wasiat Akhir Hayat Rasulullah Dan Para Sahabat,Zuhair Mahmud Al-Humawi & Nurul Izzah,Synergy Media,Halaman 17-18
Pada bulan Safar,11 hijrah Rasulullah SAW pergi ke Gunung Uhud dan
melaksanakan solat untuk para syuhada yang dikebumikan disana.Kemudian
Rasulullah SAW bergerak menuju ke mimbar dan bersabda :
“Sesungguhnya aku yang mendahului kalian.Dan sesungguhnya aku menjadi saksi
terhadap kalian.Demi Allah,sungguh saat ini aku sedang melihat liang(kubur)-ku!
Kepadaku telah diserahkan kunci-kunci perbendaharaan bumi atau kunci-kunci
bumi.Dan demi Allah,aku tidak mengkhuatirkan kalian akan musyrik setelahku,tetapi
yang kutakutkan kalian akan berlumba-lumba mendapatkan kunci-kunci itu!”(hadis
riwayat Bukhari dan Muslim)
Pada malam lain,Rasulullah SAW keluar menuju Baqi’ lalu meminta ampun untuk
mereka yang dikebumikan disana dengan sabda :
“Assalamualaikum,wahai para penghuni hubur.Rasakanlah kemudahan keadaan
yang sedang kalian alami berbanding keadaan yang terjadi pada orang-orang yang
masih hidup;fitnah-fitnah telah dating seumpama potongan-potongan malam gelap
gelita yang hujung sepotongnya mengikuti awal potongan lainnya.Hari akhirat
adalah lebih berat daripada dunia.”
Diakhir ucapannya,Rasulullah SAW menyampaikan berita gembira kepada mereka
dengan mengucapkan, “sesungguhnya kami akan menyusul kalian semua.”18
RASULULLAH SAW JATUH SAKIT
Pada hari Isnin,29 Safar 11 Hijrah,Rasulullah SAW turut menyaksikan pengebumian
jenazah di Baqi’.Dalam perjalanan pulang,kepala baginda sakit secara tiba-tiba dan
suhu badan naik mendadak.Bahkan serban baginda kelihatan panas.
Dalam keadaan kesakitan,Nabi Muhammad SAW sempat menunaikan solat
berjemaah bersama kaum muslimin selama sebelas hari.Baginda mengalami kesakitan
selama tiga belas atau empat belas hari.
Ketika itu,penyakiy yang dihidapi Rasulullah semakin parah.Namun begitu,baginda
masih menanyakan kepada isteri-isterinya, “esok aku ditempat siapa?”.
18) Wasiat-Wasiat Akhir Hayat Rasulullah Dan Para Sahabat,Zuhair Mahmud Al-Humawi & Nurul Izzah,Synergy Media,Halaman 17-18
Pertanyaan itu diulang beberapa kali.19Ummahatul Mukminin pun memaklumkan
maksud Rasulullah SAW dan mengizinkan baginda untuk memilih ditempat siapa
sahaja yang diinginkan.Kemudian Rasulullah SAW ingin berpindah kerumah
Aisyah.Baginda dipapah oleh Al-Fadhl bin Abbas dan Ali bin Abi Talib dalam
keadaan kepala yang diikat serban,baginda melangkah sambil menyeret-nyeretkan
kakinya sampai kerumah Aisyah.Disanalah Rasulullah SAW menamatkan riwayat
hidupnya.
Pada hari itu,Aisyah kerap kali membaca mu’awwidzat-mu’awwidzat berserta doa-doa
yang pernah dihafalnya daripada Rasulullah SAW.Kemudian dia menghembuskannya
ketubuh Rasulullah SAW sambil tangan mengusap baginda.Hal ini dilakukan Aisyah
untuk mengharapkan keberkatan.20
PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW
Pada hari Rabu,lima hari sebelum Rasulullah SAW kembali kerahmatullah,panas
tubuh akibat sakit itu seperti menyala.Rasa pedih yang dihadapi baginda semakin
kuat.Dalam beberapa minit Rasulullah SAW tidak sedarkan diri.Setelah sedar,baginda
bersabda :
“Tuangkan air daripada tujuh bekas air yang diisi dari berbagai telaga keatas
badanku.Mudah-mudahan aku sanggup keluar menemui orang-orang dan
menyampaikan wasiatku kepada mereka.”
Kemudian Rasulullah SAW didudukkan pada sebuah tempayan dan tubuh baginda
disiramkan air sehingga berkata, “cukup,cukup!”
Rasulullah SAW merasa badannya menjadi segar.Dengan kepala yang terikat
kain,baginda masuk ke masjid menuju mimbar.Sambil duduk diatas mimbar,Nabi
Muhammad SAW berucap di depan kaum muslimin :
“Allah telah memerangi orang-orang Yahudi dan Nasrani kerana mereka menjadikan
kubur-kubur para nabi sebagai tempat beribadat.”(hadis riwayah Bukhari)
Selepas itu :
“Jangan kamu jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah!”(Imam Malik dalam
Muwaththa)
19)Wasiat-Wasiat Akhir Hayat Rasulullah Dan Para Sahabat,Zuhair Mahmud Al-Humawi & Nurul Izzah,Synergy Media,Halaman 1820)Wasiat-Wasiat Akhir Hayat Rasulullah Dan Para Sahabat,Zuhair Mahmud Al-Humawi & Nurul Izzah,Synergy Media,Halaman 19
Kemudian Rasulullah SAW mengajukan dirinya untuk diqisas :21
“Barangsiapa yang punggungnya pernah aku sebat,ini punggungku dan hendaklah ia
membalas sebatan itu!Dan barangsiapa yang pernah ku maki kehormatannya,ini
kehormatanku dan hendaklah ia membalasnya!”
Selepas berkata demikian,Rasulullah SAW turun dari mimbar dan menunaikan solat
Zohor.Selesai solat,baginda kembali ke mimbar dan mengulangi ucapan tadi dengan
penuh kesungguhan.Tidak lama kemudian,seseorang bangkit dan berkat, “kamu
berhutang dengan saya sebanyak tiga dirham.”
Rasulullah SAW pun berkata,
“wahai Fadhl,berikan kepadanya tiga dirham!”
Dalam ucapan tersebut,Rasulullah SAW berpesan agar selalu memperlakukan orang-
orang Ansar dengan sikap baik.Baginda bersabda :
“Aku wasiatkan kepada kalian agar selalu bersikap baik kepada orang-orang Ansar!
Mereka adalah teman kepercayaan dan orang yang dekat denganku.Mereka telah
menunaikan segala yang wajib,mereka laksanakan dan yang tersisa hanyalah apa
yang harus mereka terima.Oleh itu,sambutlah dengan baik apa yang datang daripada
orang baik dan maafkanlah orang yang tidak baik diantara mereka!”
Dalam riwayat lain Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya seseorang hamba telah diperintahkan oleh Allah SWT untuk memilih
yang diberikan oleh Allah SWT kepadanya,iaitu antara bunga duniaberapa pun yang
disukainyua atau apa yang ada disisinya.Maha hamba itu memilih apa yang ada
disisi Allah SWT.”
Rasulullah SAW juga berpesan supaya selalu bersikap baik kepada Abu
Bakar.Rasulullah SAW bersabda :
“Orang yang paling banyak memberikan jasa dan hartanya kepadaku ialah Abu
Bakar.Seandainya aku mengambil kekasih selain Rabbku,sungguh Abu Bakarlah
orangnya.Tetapi persaudaraan dan kasih saying di antara kami hanyalah lantaran
Islam.Semua pintu kecil didalam masjid harus ditutup,kecuali pintu kecil milik Abu
Bakar.”(hadis riwayah Bukhari dan Muslim)22
21)Wasiat-Wasiat Akhir Hayat Rasulullah Dan Para Sahabat,Zuhair Mahmud Al-Humawi & Nurul Izzah,Synergy Media,Halaman 19-2022)Wasiat-Wasiat Akhir Hayat Rasulullah Dan Para Sahabat,Zuhair Mahmud Al-Humawi & Nurul Izzah,Synergy Media,Halaman 20-22
2.2)PESANAN RASULULLAH TERHADAP WANITA
Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
(Riwayat Muslim).
Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum
lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan
zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani
dan Hakim)
Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya,
kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama
nescaya kamu beruntung.
Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara
kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia
kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).
Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya
dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya.
(Riwayat Tarmizi)
Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya,
sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf).
(Riwayat dari Hassan).
Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di
langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada
suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di
atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan
oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah
memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana
dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga
untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.23
23)www.pesananakhirhayatrasulullah.com.my
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan
memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai
syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi
sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari
neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.
Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari
engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun,
walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.
Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan
menghapus baginya seribu kejahatan.
Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya
melahirkannya.24
2.3)PESANAN RASULULLAH
Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat
baik kepada kita hingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak
nikmat yang Allah berikan kepada kita.Lantaran itu, kita terlupa memuji dan
menyebut nama Allah.Makhluk yang berbuat baik kita puji melangit, tetapi nikmat
yang terlalu banyak Allah berikan langsung tidak ingat. Sebaik-baiknya lidah kita
memuji Allah saban waktu, bukan ucapan alhamdulillah hanya selepas kekenyangan.
Pujian begini hanya di lidah tidak menyerap ke lubuk hati. Kita hendaklah sentiasa
membasahi lidah dengan zikrullah. Ini kerana dengan zikrullah manusia sentiasa ingat
nikmat yang Allah limpahkan.25
24)www.pesananakhirhayatrasulullah.com.my25)www.pesananrasulullah.com.my
Kata Imam Ibnu Qayyim, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan
roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh
yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”
Kerap menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia.
Dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Seribu tahun di dunia setimpal dengan
ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding
akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan
kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek
fikiran sibuk memikirkan wawasan dunia hingga terlupa wawasan akhirat.Oleh itu,
perbanyakkan menyebut perkara akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan
melabur saham akhirat. Dengan menyebut dan ingat kehidupan akhirat akan
menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan yang bakal
dijadikan bekalan. Dengan itu akan menyebabkan seseorang berakhlak mulia menurut
tuntutan agama sekali gus bersikap optimis terhadap nikmat dunia untuk mengejar
nikmat akhirat.Kata Imam al-Qurtubi, “Tuntutlah kurniaan Allah di dunia dan akhirat.
Tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat, iaitu syurga.”
Kerap menyebut dan mengingati hal kematian daripada hal kehidupan.
Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara, tetapi jarang
memikirkan bekalan hidup selepas mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana ia
menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan jauh ke
akhirat sudah tentu memerlukan bekalan sangat banyak. Bekalan itu hendaklah
dikumpulkan ketika hidup di dunia. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tidak
mengusahakan kebun dunia masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat.Dalam
hubungan ini eloklah sikap Saidina Ali dicontohi. Meskipun sudah dijamin syurga,
Saidina Ali masih mengeluh mengenai kekurangan amalan bakal dibawa ke akhirat
yang jauh perjalanannya.26
Jangan selalu menyebut kebaikan diri dan keluarga.
Syaitan sentiasa hendak memerangkap kita dengan menyuruh atau membisikkan
26) www.pesananrasulullah.com.my
supaya sentiasa mengingati atau menyebut kebaikan yang kita lakukan, sama ada
kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut
selalu macam ayam “bertelur sebiji riuh sekampung”.Kita terlupa dengan menyebut
dan mengingati kebaikan sendiri ia menimbulkan penyakit hati iaitu ujub. Penyakit
ujub ibarat api dalam sekam yang boleh merosakkan pahala kebajikan. Lebih dahsyat,
jika menimbulkan riak atau bangga diri, Allah memberi amaran tidak akan mencium
bau syurga.Riak adalah satu unsur daripada syirik (khafi).Oleh itu eloklah kita
berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingati kebaikan diri kepada
orang lain. Kita perlu sedar perbuatan baik yang ada pada diri kita sebenarnya
daripada Allah. Allah yang menyuruh kita berbuat baik. Jadi kita patut bersyukur
kerana Allah menjadikan kita orang baik, bukan mendabik dada mengatakan kita
orang baik. Kita terlupa Allah yang mengurniakan kebaikan.Berkenaan riak,
Rasulullah berpesan, “Yang amat kutakuti atas kamu ialah syirik yang paling kecil
iaitu riak.”Riak adalah amal yang dikerjakan untuk dipamerkan kepada orang dan
meninggalkan amal kerana orang.
Jangan selalu sebut keaiban atau keburukan orang lain.
Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita
menyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita gemar melihat keaiban orang
sehingga terlupa keaiban dan kekurangan diri sendiri. Bak kata pepatah, ‘kuman
seberang laut nampak, tetapi gajah depan mata tak nampak’.Islam menuntut kita
melihat kekurangan diri supaya dapat memperbaiki kekurangannya. Menuding jari
mengatakan orang lain tidak betul sebenarnya memberi isyarat diri kita tidak betul.
Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang, satu jari ke orang itu, tetapi empat jari
lagi menuding diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, tetapi diri kita lebih
buruk daripadanya.Sebab itu, biasakan melihat keburukan diri sendiri bukan
keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain sendiri
koyak-rabak.27
Dalam Islam digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama
manusia iaitu lihatlah satu kebaikan pada diri seseorang, meskipun ada banyak
kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihat kejahatan yang
ada walaupun kita pernah berbuat kebaikan.Hanya dengan cara ini kita terselamat
27) www.pesananrasulullah.com.my
daripada bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk
menjerumuskan kita ke dalam api neraka. Islam menganjurkan umatnya bersangka
baik dan berbuat baik sepanjang masa. Sabda Rasulullah,“Cukuplah bagi seseorang
keburukan jika ia menghina saudaranya sesama muslim.”Demikianlah lima pesanan
Rasulullah supaya umat Islam sentiasa dalam ruang lingkup kehidupan yang diberkati
Allah dengan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.Marilah pada setiap masa
mengingati pesan Nabi kita dan jadikan ia suluh pedoman dalam melayari kehidupan
di dunia yang fana ini.Sesungguhnya, peringatan Rasulullah sentiasa sesuai sepanjang
masa untuk umat manusia. Hanya kita yang lalai kepada pesanan berharga itu.Kita
hanya menyesal apabila kita ditimpa kesusahan atau sakit. Ketika itulah baru hendak
mengenali Allah dan ingat Rasulullah. Sebagai mukmin, marilah kita berpegang teguh
kepada pesanan Rasulullah s.a.w.28
2.4)PESANAN RASULULLAH BERKAITAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Daripada Abi Najih ‘Irbadh bin Sariyah r.a berkata : Telah menasihati kami oleh Rasulullah
s.a.w akan suatu nasihat yang mengetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika
mendengarnya, lalu kami berkata : Ya, Rasulullah! seolah-olah ini adalah nasihat yang
terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda bersabda : “Aku berwasiat
akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada
pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa
yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak.
Daripada Abu Hurairah R.A : Nabi Muhammad SAW bersabda mafhumnya aku tinggalkan
kepada kamu dua perkara yakni Al-Quran dan As-Sunnah.Apabila kamu berpegang teguh
terhadapnya,kamu tidak akan berada dalam ke sesatan.29
Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar-
Rasyidin Al-Mahdiyyin (Khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat petunjuk ke
jalan lurus) dan gigitlah (berpegang teguh) sunnah-sunnnah itu dengan gigi geraham dan
jauhilah perkara-perkara yang baru (bid’ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya
28)www.pesananrasulullah.com.my29)Pendidikan Al-Quran Dan As-sunnah Tingkatan 5,Sufian Bin Ahmad,Nazri Bin Ambong,Amir Husin Bin Muhammad Nur,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Pertama,2003,Halaman 122
setiap bid’ah itu adalah sesat.”
- Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
Pesanan yang mengandungi mutiara kata yang sangat berharga dari baginda Rasulullah s.a.w
untuk pedoman kita terutama apabila kita berada di akhir zaman yang penuh dengan huru-
hara, perbalahan, kezaliman, sesat dan sebagainya. Pesanan yang berumur lebih dari 1400 ini
telah menjad tunjang dan wasiat yang mesti dipegang oleh Umat Islam agar kita tidak
terjerumus ke kancah perbalahan yang akhirnya membawa Umat Islam ke lembah
kehancuran. “Pewaris Nabi” yang silih berganti memikul tanggunjawab yang telah
diamanahkan oleh Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w untuk membawa Islam itu dan memimpin
Umat Islam agar tidak lari atau tersesat dari landasan yang benar.Al-Quran dan Al-Hadis
merupakan dua pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam dan
baginda memberi jaminan bahawa sesiapa yang berpegang kepada kedua-duanya maka
mereka tidak akan sesat dan binasa buat selama-lamanya. Rasulullah s.a.w sebenarnya telah
menerangkan jalan penyelesaian kepada segala jenis permasalahan yang dihadapi oleh Umat
Islam 1400 tahun yang lalu. Tidak tertinggal walau sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada
sebesar-besar perkara, semuanya telah diterangkan oleh Rasulullah s.a.w cara dan kaedah
untuk menghadapi segala permasalahan.Umat Islam seharusnya kembali kepada pesanan
Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w terutama apabila berlaku pertikaian atau perselisihan dalam
sesuatu perkara. Jalan terbaik ialah rujuk kembali kepada kedua-duanya yang menjadi garis
panduan buat Umat Islam nescaya kita tidak akan sesat buat selama-lamanya.30
2.5)PESANAN RASULULLAH BERKAITAN PERKARA-PERKARA YANG
MEMUSNAHKAN
Sifat bakhil yang ditaati
30)Pendidikan Al-Quran Dan As-sunnah Tingkatan 5,Sufian Bin Ahmad,Nazri Bin Ambong,Amir Husin Bin Muhammad Nur,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Pertama,2003,Halaman 122-127
Sifat bakhil memang sedia ada dalam diri manusia.Semua kita memiliki sifat
bakhil.Kerana itu kita sayangkan harta benda kita dan kita tidak suka hak kita
diganggu.tidak ada salahnya pada semata-mata sifat bakhil.Salahnya ialah apabila
sifat itu dipertuhankan,iaitu kita mentaati sifat bakhil yang ada dalam diri kita hingga
kita enggan mengeluarkan zakat,apatahlagi untuk bersedekah.Jika itu yang menjadi
sikap kita,maka kemusnahan sedang menunggu kita.
Hawa nafsu yang dipatuhi
Hawa nafsu juga sama. Manusia dilahirkan dengan pelbagai nafsu yang melingkari
dirinya; nafsu makan, nafsu hiburan, nafsu seks dan sebagainya. Tanpa nafsu,
manusia tidak akan dapat hidup. Tanpa nafsu juga manusia tidak akan beranak-pinak.
Kehidupan manusia berbeza dengan malaikat yang tidak memiliki nafsu. Kerana itu,
sekali lagi tidak ada salahnya pada nafsu. Yang salah ialah apabila nafsu itu
dipertuhankan. Tanda orang yang mempertuhankan nafsu ialah; segala yang ia
lakukan dalam hidupnya diukur berdasarkan suara nafsu. Ia tidak menghiraukan
pandangan agama, halal-haram dan keredhaan Allah. Yang penting baginya ialah
adakah nafsunya puas atau tidak. Orang begini mengikut kata Nabi dalam hadis tadi ia
akan musnah.
Seseorang itu berasa takjub dengan diri sendiri
Takjub dengan diri sendiri adalah sifat Iblis, Fir'aun dan juga Qarun. Iblis tatkala
disuruh oleh Allah untuk sujud –menghormati- Adam, ia berkata kepada Allah.
31
12.Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika
Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan)
jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah."
Fir'aun mengaku diri sebagai Tuhan. Ia berkata kepada kaumnya –sebagaimana direkodkan
oleh al-Quran-;
31)www.pesananrasulullahterhadapperkarayangmemusnahkan.com.my
24.Dengan berkata: "Akulah Tuhan kamu, Yang tertinggi".
Qarun pula takjub dengan kekayaannya. Ia berkata;
78.Qarun menjawab (dengan sombongnya): "Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah
disebabkan pengetahuan dan kepandaian Yang ada padaku". (Kalaulah Qarun bijak
pandai) tidakkah ia mengetahui dan pandai memahami, Bahawa Allah telah
membinasakan sebelumnya, dari umat-umat Yang telah lalu, orang-orang Yang lebih
kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? dan (ingatlah)
orang-orang Yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa
mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya).
Apa kesudahan mereka? Iblis dilaknat oleh Allah hingga kiamat dan akan menjadi makhluk
pertama jatuh ke dalam neraka. Fir'aun ditenggelamkan oleh laut bersama bala tenteranya
yang besar. Nasib Qarun pula diceritakan Allah;
81.Lalu Kami timbuskan Dia bersama-sama Dengan rumahnya di Dalam tanah, maka tidaklah ia mendapat
sebarang golongan Yang boleh menolongnya dari azab Allah" dan ia pula tidak dapat menolong dirinya
sendiri.32
2.6)PESANAN RASULULLAH SAW BERKAITAN DENGAN PERKARA
MENYELAMATKAN
Bersederhana ketika miskin dan kaya
Ramai orang mampu bersederhana semasa ia miskin atau kurang berada. Namun apabila
kaya atau diberi rezki lebih, sifat sederhana itu hilang dan ia berubah menjadi pemboros.
Berlaku adil ketika suka dan marah
32) www.pesananrasulullahterhadapperkarayangmemusnahkan.com.my
Begitu juga, ramai orang yang mampu bersikap adil apabila moodnya baik atau apabila ia
suka kepada seseorang. Namun apabila ia marah atau berhadapan dengan orang yang tidak
disukainya, ia sudah tidak dapat berlaku adil lagi. Untuk menempuh hidup yang selamat, kita
hendaklah menjiwai sifat sederhana dan sifat adil dalam diri tanpa mengira masa, ketika dan
suasana.
Takut kepada Allah ketika bersendirian dan ketika bersama orang ramai
Sama juga dengan perasaan takut kepada Allah. Perasaan itu hendaklah ada dalam jiwa kita setiap masa tanpa mengira di mana kita berada sama ada bersendirian atau bersama orang lain. Dalam pesanan yang lain, Nabi s.a.w. berkata; "Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada".33
2.7)PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP TIGA PERKARA YANG MESTI
DI JAUHI
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang ertinya: "Barang siapa yang bangun di waktu pagi
sambil bersungut-sungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana
perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia
telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana
kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya."34
2.8)PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP EMPAT PERKARA YANG
BERHARGA DALAM DIRI MANUSIA
33)www.pesananrasulullahterhadapperkaramenyelamatkan.com.my34)www.pesananperkarayangmestidijauhi.com.my
Telah bersabda Nabi Muhammad saw yang ertinya: "Ada empat perkara yang berharga dalam
diri manusia dan ia boleh hilang dengan empat sebab. Adapun yang berharga itu ialah akal,
agama, malu dan amal soleh. Maka akal boleh hilang disebabkan marah. Agama boleh hilang
disebabkan dengki. Malu boleh hilang disebabkan tamak dan amal soleh boleh terhapus
disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain."
2.9)PESANAN RASULULLAH SAW TERHADAP LIMA BENDA YANG DICINTAI
DAN LIMA PERKARA YANG DI LUPAKAN
Nabi Muhammad saw telah bersabda yang ertinya: "Akan datang satu masa pada umatku,
ketika itu mereka mencintai lima macam dan melupakan lima perkara iaitu:
Mereka mencintai dunia dan lupa akhirat.
Mereka mencintai kehidupan dan lupa pada kematian.
Mereka cinta pada istana dan lupa pada kuburan.
Mereka cinta harta dan lupa pada perhitungan di akhirat.
Dan mereka cinta kepada makhluk dan lupa kepada Allah.35
2.10)PESANAN RASULULLAH SAW UNTUK MENGUSIR IBLIS DAN BALA
TENTERANYA
Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Anakmu mati". Katakan kepadanya:
"Sesengguhnya makhluk hidup diciptakan untuk mati, dan penggalan dariku (putraku)
akan masuk surga. Dan hal itu membuatku gembira".
35)www.pesanan-pesananrasulullahsaw.com.my
Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya:
"Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan
atasku kewajiban zakat".
Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu
tidak menzalimi seorang pun".Maka, katakan kepadanya :"Siksaan akan menimpa
orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat
kebajikan ( Mukhsinin)".
Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan
tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan
kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".
Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka
katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".
Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-
orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak
dari yang saya sedekahkan".
Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka
katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".
Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa
seringnya aku bermaksiat".36
Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Minumlah minum-minuman keras!" Maka
katakan :"Saya tidak akan mengerjakan maksiat".
Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Mengapa kamu tidak mencintai dunia ?"
Maka katakan :"Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu
olehnya".37
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat kita buat,Rasulullah SAW sering kali meninggalkan pesanan-pesanan
yang berguna kepada semua umat manusia yang mana ianya merangkumi keseluruhan aspek
kehidupan seharian kita seperti muamalat,ibadah,tingkah laku,kaum hawa,kaum adam dan
lain-lain lagi.Setiap apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW mengandungi pelbagai
36)www.pesananrasulullahsawmengenaiiblis.com.my37)www.pesananrasulullahsawmengenaiiblis.com.my
hikmah yang dapat memandu kehidupan kita kearah kesejahteraan.Selain itu juga pesanan
dan khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah SAW adalah menyuruh kita agar hidup dalam
landasan dan ajaran agama Islam.Setiap apa yang dipesan kepada kita haruslah dititik
beratkan agar sentiasa mendapat kebahagiaan didunia dan diakhirat.Tanpa ajaran melalui
pesanan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW,kehidupan seseorang individu tersebut tidak
akan terjamin dalam kesejahteraan.Selain dalam kita mendapat pengajaran,apabila kita
mengamalkan sunnah nabi,kita juga akan mendapat pahala melakukannya.Kasih sayang
Rasulullah SAW terhadap umatnya juga dapat dilihat melalui pesanan-pesanan yang
disampaikan oleh beliau.Beliau sering kali memperingatkan umatnya mengenai perkara-
perkara yang mendorong kepada dosa sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang
terakhir.Konklusinya,apabila kita hendakkan kehidupan yang sejahtera dan bahagia didunia
ini,amalkan dan laksanakanlah segala perintah dan pesanan-pesanan yang disampaikan oleh
Rasulullah dan hiduplah dalam suasana dan tarbiyyah islamiyah.Selain itu juga,berpegang
teguhlah kepada Al-Quran dan As-Sunnah.Rasulullah juga pernah berpesan yang
mafhumnya,apabila kamu ingin hidup dalam kebenaran,berpegang teguhlah kamu terhadap
ajaran Al-Quran dan As-Sunnah.Jadi,sama-samalah kita mengamalkan dan memperingati
segala pesanan-pesanan yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW bagi menjamin
kesejahteraan hidup didunia dan juga diakhirat.
BIBLIOGRAFI
1)Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah Tingkatan 5,Sufian Bin Ahmad,Nazri Bin Ambong,
Amir Bin Muhammad Nur,Dewan Bahasa Dan Pustaka,Cetakan Pertama,2003.
2)Wasiat-Wasiat Akhir Hayat Rasullah Dan Para Sahabat,Zuhair Mahmud Al-Humawi,Nurul
Izzah,Synergy Media.
3)Riwayat Hidup Rasulullah SAW,Abdul Hasan Al-Hasany An-Nadwy,Pustaka Nasional
PTE LTD Singapura.
4)Fiqhus Sirah,Muhammad Al-Ghazaliy,Pustaka Jiwa Sdn.Bhd.,Kuala Lumpur,1996,Cetakan
Pertama.
5)Kitab Makarimul Akhlaq,Syeikh Ath-Thabrasi
6)Ash-Shawaiq Al-Muhriqah,Ibnu Hajar,Bab 9 & 11,Fadhail Ali Bin Abin Thalib (sa)
7)www.khutbahdajjal.com.my
8)www.khutbahrasulullah.com.my
9)www.pesananakhirhayatrasulullah.com.my
10)www.pesananrasulullah.com.my
11)www.pesananrasulullahterhadapperkarayangmemusnahkan.com.my
12) www.pesananrasulullahterhadapperkarayangmenyelamatkan.com.my
13)www.pesananperkarayangmestidijauhi.com.my
14)www.pesanan-pesananrasulullah.com.my
15)www.pesananrasulullahmengenaiiblis.com
16)Kitab Dzakhair Al-Uqba: 32, bab Fadhail Fatimah (sa)