pendirian syara' terhadap bank konvensional

21
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM PENDIRIAN-PENDIRIAN SYARAK TERHADAP BEBERAPA AKTIVITI-AKTIVITI BANK KONVENSIONAL A) Prinsip-prinsip dan taujihad Islam di dalam mu’amalat yang berkaitan dengan harta 1 . 1. Pengharaman semua jenis riba. Menurut Ibnu Rusyd usul riba ada lima iaitu : (1) ا رب سأ لن ا( 2 ) ا رب ل ض ف ل ا( 3 ) ى ن ر خ ا و دك ار( 4 ) ع ض و ل" ي ج ع& ت و( 5 ) ى ن ر عأ لط ا ل ب& ق& ة ض ;pma&ب ق(2 ) Pengharaman Gharar ( ر ر 2222 لغ ا) dan perjudian ( & رة م أ& ق م ل ا) Abu Hurairah r.a berkata di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim : ى ه ن ول س ر لة الB ن ع عE يG بر ر لغ اFirman Allah Taala : هأE ن اE بB نE ي الذ وا ن م ا مأ ن ا ر م خ ل ا رE سيE من ل وا ضأب نلا وا لام لار وا س ج رB ن م ل م عB طأنE بa ش ل ا وة نd ن& ي ج أ ف1 لام سلا ى ا ف ضأدj ;pma&ب قلا ا أدئ ب م ل اDr. Ali Ali Abdur rasul m/s 117-125 1

Upload: fahmi2010

Post on 16-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

Manhal-alex/feqah/3/54

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

PENDIRIAN-PENDIRIAN SYARAK TERHADAP BEBERAPA AKTIVITI-AKTIVITI BANK KONVENSIONAL

A) Prinsip-prinsip dan taujihad Islam di dalam muamalat yang berkaitan dengan harta1.1. Pengharaman semua jenis riba.

Menurut Ibnu Rusyd usul riba ada lima iaitu :

(1) (2) (3) (4) (5) (2 ) Pengharaman Gharar ( ) dan perjudian ( )

Abu Hurairah r.a berkata di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :

Firman Allah Taala :

(3) Kewajipan memenuhi semua tuntutan.

Secara umumya Islam mewajibkan manusia supaya memenuhi segala jenis tuntutan sepertimana yang difirman Allah Taala:

Walau bagaimanapun apa yang kita maksudkan di dalam perbicaraan kita ialah kewajipan memenuhi segala jenis tuntutan yang berkaitan dengan harta, iaitu Islam memerintahkan supaya manusia mengambil berat terhadap tuntutan membayar hutang pada waktu yang dijanjikan.Sabda Nabi saw :

(4) Berlaku adil dan bertasamuh / bertolak ansur dalam muamalat.

Firman allah swt :

Sabda Nabi saw : B) Pendirian syariat dan feqah Islam terhadap beberapa muamalat bank1. Qarar daripada ,

Dalam qarar yang telah dikeluarkan oleh , pada tahun 1965 mengenai muamalat-muamalat bank disebutkan bahawa :

Faedah / bunga yang dikenakan ke atas segala jenis pinjaman / hutang, semuanya adalah tergolong di dalam riba yang diharamkan.Tidak kira samada pinjaman tersebut adalah untuk perbelanjaan hangus ( ) atau pinjaman untuk aktiviti pengeluaran

( ). Ini kerana keseluruhan nas-nas al-Quran secara qatienya mengharamkan dua jenis riba ini.

1. Riba sama ada banyak atau sedikit, adalah haram sepertimana yang ditunjukkan oleh pemahaman yang betul / tepat terhadap firman Allah : 2. Memberi pinjaman dengan mensyaratkan riba adalah sesuatu yang diharamkan dan pengharaman ini tidak terangkat dengan sebab hajat atau darurat. Meminjam dengan disyaratkan riba juga adalah suatu yang diharamkan dan tidak terangkat dosanya melainkan kerana darurat / terpaksa.

3. Aktiviti-aktiviti bank yang terdiri daripada simpanan-simpanan semasa, pengeluaran cek-cek, surat-surat pinjaman dan draf-draf dalaman yang berfungsi di antara para peniaga dan bank-bank dalam negeri, semuanya adalah muamalat-muamalat bank yang diharuskan oleh syarak. Komisyen atau bayaran yang dikenakan oleh bank bagi perkhidmatan-perkhidmatan ini tidak tergolong di dalam riba.

4. Simpanan-simpanan yang mempunyai jangka masa tertentu ( iaitu simpanan tetap) membuka kredit dengan menggunakan faedah dan segala jenis pemberian pinjaman dengan bunga / faedah , semuanya terdiri daripada muamalat-muamalat riba yang diharamkan.

5. Adapun muamalat-muamalat bank yang berkaitan dengan draf-draf luaran, ditangguh pandangan terhadapnya sehinggalah sempurna perbahasan mengenainya.

2. Kedudukan bunga / faedah bagi pinjaman / hutang

Berkata Ibnu Qudamah di dalam kitabnya

Berkata Ibnu Munzir :

Daripada ungkapan Ibnu Munzir dan ibnu qudamah ini,jelas kepad akita bahawa para Ulama sepakat menyatakan bahawa sebarang penambahan yang disyaratkan oleh orang yang memberi pinjaman kepada orang yang meminjam ke atas pinjaman / hutang yang diberika , adalah riba yang diharamakn oleh syarak tanpa melihat kepada nama yang diletakkan kepada penambahan tersebut seperti bunga / faedah, hadiah, saguhati dan sebagainya kerana kaedah yang dipakai oleh Ulamak di dalam menetukan sesuatu perkara ialah :

Didalam syariat Islam, aqad hutang tergolong di dalam aqad sukarela ( ) dan bukan tergolong di dalam aqad pertukaran ( ) kerana matlamat asasi daripada pemberian hutang ialah untuk membantu peminjam ( ). Oleh kerana matlanat daripada pemberian hutang ini adalah aqad tabarru maka tidak seharusnya pemberian hutang dibuat untuk memperolehi keuntungan atau habuan kerana ia berlawanan dengan ruh tabarru itu sendiri2.

3. Mauqif Syariah terhadap denda berbentuk wang yang dikenakan kepada peminjam kerana melewatkan membayar pinjaman.3

Menurut bekas Mufti Mesir , Dr Syed Tantawi : Hukuman atau denda yang berbentuk wang yang diputuskan oleh institusi kehakiman ke atas peminjam yang melewat-lewatkan membayar hutang bukanlah bermatlamatkan riba tetapi ia adalah untuk memelihara / menjaga harta manusia supaya tidak dinikmati dengan cara batil atau salah oleh orang-oarng yang tamak dan melewat-lewat membayar hutang.

Walau bagaimanapun pendapat ini telah dijawab oleh Dr ramadhan Hafiz As-Suyuti,Pensyarah Fiqh Muqarran di Universiti Al-Azhar, dengan katanya : pendapat ini adalah batil kerana seseorang hakim apabila memutuskan hukuman supaya peminjam yang lewat membayar hutangnya daripada bank supaya menyempurnakan pembayaran dan kemudiannya memutuskan pula supaya peminjam tadi satu jumlah tambahan ke atas hutang asal sebagai denda,maka tidak syak lagi bahawa penambahan yang berlaku ke atas hutang asal ini adalah riba yang diperolehi oleh orang yang memberi pinjam daripada si peminjam.Keadaannya adalah serupa dengan amalan biasa bank yang bertindak sebagai pemberi pinjaman kepada seorang dan kemudiannya mengambil hutang asal beserta faedah daripadanya sebagai pembayaran balik. Kedua-dua bentuk ini tidak ada perbezaannya.Maka bagaimana kita boleh menyatakan bahawa salah satu daripadanya bukan riba?.

Ini tidak bermakna bahawa Islam tidak memelihara harta yang menjadi milik pemberi hutang. Islam mempunyai caranya tersendiri yang lebih adil iaitu dengan memberi hak kepada hakim untuk mengenakan tindakan al hajr ( penahan daripada membelanjakan harta ) ke atas si peminjam ( yang enggan membayar hutangnya ) dan kemudian menjual harta miliknya untuk membayar hutang yang tertanggung di atas bahunya. Diriwayatkan daripada kaab bun Malik :

...... 4. Pendirian Ualamak terhadap simapanan-simpanan bank dan faedah-faedah bagi simpanan bank

Walaupun ahli-ahli bank mengistilahkan wang yang diberikan oleh individu untuk disimpan di dalam bank sebagai simpanan ( ) tetapi kebanyakan para Ulamak menyatakan ia adalah pinjaman / hutang ( ) yang diberikan oleh pelangan kepada bank 4.

Ini kerana kandungan aqad yang berlaku diantara individu ( yang bertindak sebagai pelanggan) dengan bank di dalam aktiviti tersebut menyalahi syarat-syarat Wadiah di dalam Fiqh Islami dan aqad tersebut lebih mirip kepada aqad hutang ( al-Qiradh ). Sebagai contohnya,di dalam aktiviti penyimpanan yang berlaku di dalam muamalah bank pada hari ini, bank terpaksa menjamin / menanggung ebarang kerosakan yang berlaku terhadap harta-harta simpanan tidak kira samada kerosakan tersebut datang dari pihak bank sendiri atau tidak,sedangkan di dalam aqad wadiah pada pandangan fiqh Islami,pemegang harta ( ) tidak menjamin kerosakan harta simpanan melainkan yang berpunca daripadanya.

Para Ulamak sepakat menyatakan pemegang harta simpanan ( ) adalah pemegang amanah dan bukan penjamin.Oleh itu, ia tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan, kecurian atau kemusnahann yang berlaku pada harta simpanan melainkan sekiranya berlaku khianat,merosakkan harta tersebut atau lalai di dalam menjaganya.Berkata Ibnu Rusyd :

Nabi saw bersabda :

Begitu juga menurut Ulamak,pemegang harta simpanan ( ) sekiranya ia menggunakan harta ataupun ia mencampur harta simpanan tersbut dengan hartanya samada dengan izin daripada orang yang menyimpan ( ) atau tidak,maka simpanan tersebut akan hilang sifatnya sebagai wafiah dan berpindah menjadi hutang ( ) yang berada di bawah tanggungan pemegang harta simpanan tadi serta mengenai padanya hukum alqardh ( ). Didalam pengamalan bank-bank konvensional pada hari ini menunjukkan kepada kita bahawa bank menggunakan simpanan-simpanan pelanggannya untuk pelaburan dan juga untuk pemberian pinjaman5 .

Apabila menyedari bahawa aqad yang berlaku adaalah aqad hutang ( tanpa melihat nama atau istilah yang diberikan ), maka ia mesti menjadi dan bukan . Oleh itu ,tidak harus berlaku padanya faedah atau bunga kerana ia adalah riba yangdiharamkan pada semua jenis hutang.

Kesimpulannya semua jenis simapanan ( akaun ) bank samada simpanan semasa,simpanan tetap atau simpanan tabungan adalah tergolong di dalam pengertian hutang ( iaitu hutang yang diberikan oleh individu kepada bank ) dan bungan atau faedah yang ditentukan bagi simpanan-simpanan ini oleh bank adalah riba yang diharamkan oleh syarak.

5. Pandangan Ulamak terhadap wang

Diantara tugas utama bank pada hari ini ialah mengeluarkan wang. Perbahasan Ulamak Islam terhadap kedudukan wang ini pada pandangan Islam adalah panjang dan luas serta banyak berlaku percanggahan pendapat.Oleh itu di dlaam kertas ini, kita hanya mengemukakan secara ringkas pendapat-pendapat Ulamak dengan memberi penekanan kepada pendapat yang kuat.

Para fuqahak telah membahagikan harta ( melihat kepada tugas / fungsinya ) kepda dua bahagian iaitu :6(1) Wang ( )

(2) Barangan7 ( )Tujuan dan fungsi asal wang ialah muamalat ( ) dan maksud muamalah ini di sisi fuqahakialah menjadikannya sebagai pengukur nialai ( ). Adapun tujuan asal arudh ialah untuk mengambil manfaat.

Sistem wang bagi mana-mana negara hari ini terdiri daripada tiga jenis duit / wang iaitu wang pembantu ( ) atau wang syiling, wang kertas ( ) dan wang bank ( ). Pandangan Ualmak tentang semua jenis wang ini adalah seperti di bawah8a) Wang Pembantu / Syiling

Ia adalah wang logam yang diperbuat daripada logam yang murah seperti tembaga , timah dan aluminium. Wang jenis ini hanya merupakan sebahagian kecil daripada jumlah dalam edaran dan matlamat utama diwujudkannya ialah untutk memudahkan pertukaran di dalam jual beli yang melibatkan baranagn yang memempunyai nilai yang kecil.

Kebiasaannya, nilai sebenar logam wang pembantu adalah lebih rendah dari nilai muka yang dinyatakan di atas logam tersebut. Oleh itu, ia juga dikenal sebagi wang tanda sebab ia mempunyai nilai muka yang lebih tinggi daripada nilai logam tersebut.

Kewujudan wang jenis ini bukanlah sesuatu perkara baru tetapi ia telah dugunakan oleh orang Arab pada zaman Jahiliah dan Islam, Dan mereka memanggilnya dengan nama fulus ( ). Keadaan dan fungsi fulus ini adalah serupa dengan wang logam pada masa ini iaitu ia dibuat daripada logam yang rendah nilainya dan digunakan untuk melakukan pertukaran secara kecil-kecilan sahaja.

Para Fuqahak telah membahaskan hukum fulus ini dan berlaku perbezaan diantara mereka kepada dua golongan.

1. Golongan Pertama

Mereka menganggap Fulus sebagai barangan ( / ) dan bukan thaman ( ). Oleh itu mereke membezakan hukum antara fulus dengan hukum dua matawang yang terkenal ( emas dan peraka ) di dalam masalah riba, pertukaran ( ), salam ( ) dan zakat. (*Maksud ( ) di sini ialah matawang pengukur bilai / harga barangan )

2. Golongan Kedua

Pada pandangan golongan ini,fulus adalah tergolong di dalam jenis thaman ( seperti juga emas dan perak ) dan hukumnya sama seperti hukum wang ( samada emas atau perak ) di dalam masalah riba, salam, pertukaran dan zakat ( yang akan dihuraikan ketika kiat membicarakan hukum wang kertas nanti ).

Dr. Ali Ali Abdur Rasul menyatakan : Jumhur Fuqahak berpendapat bahawa fulus adalah barangan ( / ) dan bukan thaman. Walau bagaimanapun, golongan yang menyatakan bahawa fulus tergolong di dalam thaman adalah lebih kuat hujahnya, lebih mendalam pemahamannya serta lebih bertetapatan dengan realiti yang berlaku di mana ia telah berperanan sebagai thaman (matawang) dan diterima umum oleh manusia sebagai perantara di dlam pertukaran mereka. Apa yang berlaku pada fulus juga berlaku pada wang pembantu pada masa ini. ( Oleh itu,hukum wang pembantu ini sama seperti hukum fulus )

b) Wang Kertas

Wang Kertas ialah wang yang dicetak oleh kerajaan melalui bank pusat yang merupakan wang sah kerana pihak kerajaan memberi jaminan akan membayar nilai yang dinyatakan di atas kertas tersebut. Setiap wang kertas yang dikeluarkan disokong oleh harta kerajaan samada di dlaam bentuk emas atau wang asing yang lainnya. Nmaun dalam kebanyakan ekonomi moden sekarang terdapat sistem wang fiat9 , dimana wang kertas dan syiling tidak perlu disokong dengan sepenuhnya oleh emas atau logam-logam lain yang bernilai. Ini bermakna matawang dalam edaran mempunyai nilai lebih rendah daripada nilai yang dinyatakan di atasnya.

Sistem wang kertas ini tidak dikenali pada zmaan Fuqahak terdahulu. Oleh itu tidak ada penghuraian dibuat oleh mereka tentang hukum wang kertas ini. Adapun Ulamak Mutaakhirin, setelah mendpaati wang kertas ini meluas penggunaannya disetiap negara di dunia pada hari ini, maka mereka membuat perbahasan meliputi pelbagai cabang yang berkiatan dengan wang kertas ini seperti adakah diwajibkan zakat ke atasnya ?, apakah hukum pertukaran di antara wang-wang kertas ?, adakah berlaku riba padanya ( sepertimana wang emasa dan perak ) atau tidak ?, dan apakah harus untuk dijadikan modal di dalam aqad salam,syarikat dan aqad-aqad syarak yang lainnya?.

Berlaku percanggahan pendapat diantara Ulamak Mutaakhirin di dalam menentukan jawapan bagi persoalan-persoalan di atas. Percanggahan pendapat ini adalah rentetean daripada perbezaan pendapat di dalam memahami dan menetukan kedudukan sebenar wang kertas ini yang dapat diringkaskan seperti berikut:

1. Pendapat Pertama

Wang Kertas ini adalah smata-mata dokumen hutang10 yang dikeluarkan oleh Bank Pusat.

2. Pendapat Kedua

Wang kertas ini adalah sama di dalam kategori barangan perniagaan

( ) dan hukum hakamnya sama seperti hukum barang perniagaan.

3. Pendapat Ketiga

wang Kertas adalah sama seperti fulus dan hukum hakam yang sabit pada fulus maka ini juga sabit pada wang kertas.

4. Pendapat Keempat

Wang Kertas adalah gantian kepada emas atau perak

5. Pendapat Kelima

Wang-wang kertas ini ialah sejenis matawang yang tersendiri yang berfungsi seperti fungsi wang yang berlaku pasa emas dan wang perak serta athman yang alinnya. Bahkan pada hari ini, ia telah mengambil kedudukan emas dan perak sebagai pengukur nilai sesuatu barangan atau benda ekorang daripada lenyapnya penggunaan wang emas dan perak di dalam kebanyakan gerakerja pertukaran. Wanng-wang kertas ini dikira sebagai jenis-jenis matawang yang berasingan bergantung kepada negara yang menjdai tempat keluarnya. Wang kertas Saudi dikira satu jenis matawang, wang kertas Amerika dikira satu jenis matawang dan begitulah seterusnya dengan wang-wang kertas yang lainnya.

Pendapat yang diterima oleh kebanyakan Ulamak pada hari ini ialah pendapat yang kelima. Berdasarkan kepada pendapat ini, dapat disimpulkan bahawa hukum hakam yang berkaitan dengan wang kertas ini adalah seperti berikut :

a) Tidak harus secara mutlaknya, menjual wang kertas dengan wang kertas atau menjual wang kertas dengan wang lain ( seperti wang eamas, wang perak atau fulus ) secara bertangguh. Sebagai contohnya, tidak harus menjual satu Dolar Amerika dengan liam Rial saudi atau lebih banyak daripada itu, secara bertangguh.11b) tidak harus menjual sejenis wang kertas dengan wang kertas dari jenis yang sama, dengan saling melebihkan ( ) samada bertangguh atau tunai. Sebagai contohnya, tidak harus menjual 15 Rial Perak Saudi dengan 16 Rial Perak Saudi.

c) Harus secara mutlaknya menjual sejenis wang kertas dengan wang kertas dari jenis yang lain, sekiranya berlaku secara tunai ( iaitu menerima di dalam majlis ). Sebagai contohnya, harus menjual satu Dolar Amerika dengan tiga Riyal saudi atau lebih sekiranya berlaku secara tunai.12

Berkata Ibnu Munzir :

Berkata Ibnu Qudamah :

: 2 Wajib dikeluarkan zakat wang keatasnya sekiarnya sampai nisab. Kadar nisab zakat wang ialah jumlah yang menyamai nilai 20 Dinar ( 85 gram Emas ) atau 200 Dirham ( 595 gram Perak ). Jadi kadar nisab wang kertas ialah : 85 garm Emas x Nilai Pasaran bagi 1 gram Emas.

3. Harus menjadikan wang kertas sebagai modal di dalam aqad Saham dan syarikat.

c) Wang Bank

Wang Bank ialah wang berbentuk simpanan di bank. Ia terdiri daripada wang simpanan orang rami dalam akaun semasa di bank perdagangan dan ia boleh dikeluarkan dengan menggunakan cek. Wang-wang simpanan di bank ini wujud dengan dua cara :

a) Dengan simpanan daripada pelanggan

Iaitu pelanggan mengemukakan wangnya untuk disimpan oleh bank dan wang tersebut dapat dikeluarkan dengan menggunakan cek pada bila-bila amsa yang diperlukan. Simpanan jenis ini dipanggil simpanan sebenar.

b) Bank mengemukakan akun / simpanan bagi pelanggan melalui pemberian pinjaman

Iaitu bank akan mengkreditkan jumlah pinjaman yang telah dipohon dan diluluskan ke dalam akun / simpanan semasa pelanggan ( yang memohon pinjaman ) dan ia boleh mengeluarkannya dengan cek. Simpanan jenis ini dipanggil simpanan kredit.

Dr. Ali Ali Abdur Rasul menyatkan : Sifat yang ada pada wang bank iaitu ia boleh dipindahklan dengan serta merta ( melalui cek ) kepada wang kertas pada bila-bila masa, meletakkan kedudukannya sebagai gantian kepada wang kertas. Oleh kerana hukum penganti adalah sama dengan hukum sesuatu yang kena ganti, maka kita berpendapat bahawa hukum wang bank adalah sama dengan hukum wang kertas ( seperti yang dihuraikan tadi ). Walau bagaimanapun, pendapat ini hanyalah kepada wang bank yang berupa simpanan sebenar iaitu simapanan yang diterima daripada pelanggan. Adapun wang bank yang berupa smpanan kredit iaitu simpanan byang dicipta oleh bank-bank ribawi apabila ia mengeluarkan pinjaman, maka ia tidak dapat disatukan dengan hukum hakam wang kertas tadi. Ini kerana asas kwujudan simpanan kredit ini ialah pemberian hutang / pinjaman dengan mengenakan faedah dan asas ini tidka diterima oleh syarak.

6) Kedudukan cek sebagai pengganti matawang

Perkara ini berlaku ketika pertukaran matawang di bank-bank atau diantara individu-individu. Sebagai contohnya, seorang lelaki menukar di bank matawang Ringgit Malaysia dengan Dolar Amerika. Ia memberi wang Ringgit Malaysia kepada bank dan menerima daripada bank, cek yang termaktub padanya jumlah wang Dolar Amerika yang bersamaan dengan nilai Ringgit Malaysia yang diberikan kepada bank. Di dalam hal ini, adakah menerima cek sebagai pengganti wang dikira sebagai "" ( penerimaan di dalam majlis ) yang menjadi syarat kepada pertukaran dua matawang yang berlainan jenis seperti yang disebutkan tadi ?

Menurut jawapan yang diberikan oleh Lujnah Fatwa Saudi : Di dalam masalah ini, menerima cek terkandung di dalam pengertian menerima wang ( yang ingin diperolehi daripada pertukaran )13 dan ia menyerupai Hawalah ( ). Walau bagaimanapun,kalau tidak menjadi kesukaran untuk menerima wang terlebih dahulu dan kemudian baru menukarnya kepada cek, maka ia adalah lebih sempurna dan lebih ihtiat ( ).

Kesimpulannya cek boleh menjadi penganti yang sempurna bagi wang dan menerima cek terkandung di dalam pengertian di dalam pertukaran matawang.Ini kerana di dalam hal ini, cek telah mengambil tempat matawang yang tidak kelihatan ketika berlakunya pertukaran.147) Membuat Pelaburan di dalam bank-bank mengamalkan riba

Rumah Fatwa Mesir ( ) ketika ditanya mengenai hukum menyimpan harta anak-anak yatim di dalam bank-bank tempatan ( yang mengamalkan muamalah riba ), menyatakan : melaburkan harta dengan corak yang telah disebutkan itu adalah tidak harus kerana ia tergolong di dalam riba yang diharamkan oleh syarak. Begitu juga tidak harus melabur harta anak-anak yatim di dalam bentuk yang disebutkan ini.

Menurut fatwa yang dikeluarkan oleh Rumah fatwa Saudi : Tidak harus memberi saham kepada bank-bank ribawi dan begitu juga tidak harus menjalankan amalan-amalan / aktiviti yang mengandungi unsur-unsur riba dengan bank-bank atau selainnya kerana ia tergolong di dalam pengertian bantu-membantu di dalam perkara dosa dan permusuhan yang dilarang oleh syarak di dalam firmanNya :

Kesimpulan daripada fatwa di atas ialah tidak harus membuat pelaburan harta di dalam bank-bank yang mengamalkan riba walupun harta-harta yang hendak dilaburkan itu milik anak-anak yatim15.

8. Bekerja di bank-bank yang mengamalkan riba

Ditanya kepada Rumah Fatwa Mesir mengenai seorang lelaki yang bekerja sebagai seorang pencatat di bank ( ) dan seluruh aktiviti bank ini berlaku dengan faedah dan riba yang diharamkan atau dilarang oleh agama sedangkan ia berhajat kepada pekerjaan tersebut di dalam kehidupan ?

Jawapan yang diberikan ialah : riba adaalh sesutu yang diharamkan oleh syarak dengan nas daripada kitab, sunnah dan ijmak para muslimin. Melakukan perbuatan atau amalan-amalan yang bersangkut paut dengan riba seperti menuli / mencatat dan sebagainya adalah membantu di dalam melakukan perkara yang diharamkan. Setiap perkara yang membantu melakukan perkara yang diharamkan maka ia juga diharamkan oleh syarak. Didalam ahdis yang diriwayatkan oleh Bukhaori dan muslim Rasulullah saw bersabda:

Laknat yang diterima oleh orang-orang yang disebut di dalam hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan mereka adalah suatu dosa.16PENUTUP

Demikianlah dibentangkan secara ringkas maklumat-maklumat tentang bank konvensional dan beberap mauqif syariah dan feqah Islam terhadap aktiviti-aktiviti konvensional. Semoga pembentangan yang sederhana dan serba kekuranga ini dapat membuka jalan kepada pembaca untuk membuat pengkajian seterusnya.

DISEDIAKAN OLEH : AHMAD ADNAN BIN FADZIL

HAK CIPTA TERPELIHARA

TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN, MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.1 Dr. Ali Ali Abdur rasul m/s 117-125

2 ........ dr Taufiq mohd As-syawi m/s 108

3 ........ dr Taufiq mohd As-syawi m/s 75

4 Berkata Dr yusuf al-Qardhowi : Istilah wadiah ( simpanan ) yang diletakkan sebagai penamaan kepada wang yang diberikan oleh pelanggan kepada bank untuk memperolehi faedah / bunga adalah istilah bank wadie dan bukan istilah syara dan feqah islami. Wadiah pada pandangan syara mempunyai pemahamannya tersendiri dan hukum-hakamnya tertentu yang sedia diketahui.

(*Asas di dalam aktiviti pemberian hutang / pinjaman ialah sukarela dan tolong menolong.Adapun asa bagi aktiviti pelaburan ( ) ialah idea untuk memperolehi keuntungan dan saling memikul tanggunagn ketika di dalam suasana untung dan rugi.)

5 Dr mohd Abdul Hamid As-Sayid Mutawalli dan Dr Mughawiri As-Sayid Ahmad Bakhit, m/s 173

6 Dr abu bakar As-siddiq Omar Mutawalli dan Dr Syauqi Ismail syahatah m/s 16-18

7 Al arudh ( barangan ) dikategorikan oleh Ulamak kepada dua pula iaitu : (1) Barangan perniagaan

( iaitu barangan-barangan yang disediakn untuk jualan ) (2)Barangan pemilikan ( iaitu barangan bukan untuk jualan ) didalam istialh ekonomi moden barangan pertama dipanggil sebagai aset semasa ( current assets/ ) dan barangan kedua dipanggil aset tetap ( fixed asset/ )

8 Dr. ali Ali Abdur Rasul m/s 126-157. ( untuk penjelasan lanjut tentang mauqif terhadap wang syiling dan wang kertas, rujuk buku Dr. Yusuf Al-Qordhowi ~ m/s 54-60 )

9 Wang Fiat atau wang tersendiri ( ) ialah : ( rujuk buku oleh dr. Abdul Munim Mubarak dan Dr. Ahmad An-Naqah m/s 19 )

10 Iaitu dokumen yang menunjukkan bahawa negara berhutang kepada individu yang memegang dokumen tersebut.

11 Contohnya : Ali buat pertukaran dengan Ahmad. Ali beri kepada Ahmad satu Dolar dan kemudia Ahmad kata kepada Ali : Aku akan beri kepada kmu 5 Rial besok atau lusa . Pertukaran ini adalah tidak sah kerana ia tidak berlaku secara tunai.

12 Sandaran-sandaran bagi keharusan ini adalah hadis-hadis Nabi diantaranya ialah hadis : dan hadis

( )

13 Iaitu sahnya pertukaran disyaratkan saling menerima ( ) di dalam majlis supaya penukaran tersebut berlangsung secara tunai.

14 Syeikh Said abdul Azim m/s 23 ( penaqalan dibuat secara mafhum )

15 Syeikh Said abdul Azim m/s 37-49

16 Syeikh Said abdul Azim m/s 39-40

PAGE 13