pendidikan negara jepun.pptx

20
PENDIDIKAN NEGARA JEPUN PERBEZAAN PENDIDIKAN NEGARA

Upload: shin-chan

Post on 26-Oct-2015

945 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Perbandingan pendidikan di negara Jepun dan Malaysia

TRANSCRIPT

PENDIDIKAN NEGARA JEPUN

PERBEZAAN PENDIDIKAN NEGARA

Jepun merupakan salah satu negara termaju dalam pelbagai bidang seperti ekonomi,

teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politik dan lain-lain. Kemajuan-kemajuan ini berkait rapat

dengan kemajuan pendidikan.

Tujuan• Mengembangkan keperibadian secara penuh.• Berupaya keras membangun manusia yang

sihat mental dan fizikal.• Mencintai kebenaran dan keadilan.• Menghormati perseorangan.• Menghargai kerja.• Mempunyai rasa tanggungjawab yang dalam.• Memiliki semangat berdikari sebagai

pembangun negara dan masyarakat yang damai.

Kaedah Pengajaran

• Penjelasan dan soal jawab dengan guru.• Perbincangan sesama murid.• Penerokaan oleh sendiri dengan menggunakan alat

pembelajaran.• Murid diberi penjelasan kemudian melakukan

perbincangan sesama sendiri atau meneroka menggunakan alat pembelajaran seperti multimedia.

• Hasil perbincangan dipersembahkan depan kelas dengan bimbingan guru.

Pendidikan di Jepun terbahagi kepada empat peringkat:

1. Peringkat Sekolah Rendah (6 tahun) (小学校  shōgakkō)

2. Peringkat Sekolah Menengah Rendah (3 tahun) (中学 校  chūgakkō)

3. Peringkat Sekolah Menengah Tinggi (3 tahun) (高等学校  kōtōgakkō)

4. Peringkat Universiti (4 tahun) (大学  daigaku; 学士課程  gakushi-katei)

SISTEM PENDIDIKAN JEPUN• Pendidikan di Jepun adalah wajib untuk semua rakyat yang berumur antara enam

hingga 15 tahun. Pelajaran di berikan secara percuma.

• Sembilan tahun pendidikan wajib ini, meliputi enam tahun sekolah rendah dan

tiga tahun sekolah menengah bawah.

• Kelas sekolah rendah dipecahkan kepada beberapa waktu dalam sehari. Setiap

waktu adalah 45 minit. Waktu rehat sepanjang 10 hingga 20 minit dikhaskan

antara waktu pengajaran.

• Murid di sekolah rendah tidak disalurkan mengikut pencapaian akademik

mereka. Ini adalah untuk mengurangkan lagi perbezaan antara kelas dan juga

menghilangkan pra-sangka guru apabila mengajar kelas pandai berbanding

dengan kelas lemah.

• Dengan cara ini, kelas dipecahkan kepada kumpulan kecil di mana bukan sahaja murid lelaki dan perempuan dicampur dalam kumpulan yang sama, malah pencapaian akademik mereka sengaja dijadikan heterogenus.

• Satu lagi keistimewaan ialah tidak ada ketua darjah yang tetap sepanjang tahun. Semua murid diberi peluang merasakan beban tanggungjawab sebagai seorang ketua darjah.

• Satu ciri istimewa sekolah rendah Jepun ialah walaupun terdapat dapur sekolah, tetapi tiada kantin sekolah. Murid dan guru makan dalam bilik darjah masing-masing.

• Apa yang menarik ialah pengendalian, pengagihan, dan layanan makanan dilakukan sepenuhnya oleh murid kelas yang terbabit.

• Pada waktu rehat makan, makanan yang siap dimasak di dapur sekolah oleh tukang masak (diupah oleh sekolah), dibawa ke kelas masing-masing melalui troli oleh wakil murid kelas.

• Murid yang tinggal dalam kelas akan mengatur dan menyediakan kerusi meja untuk sesi makan.

• Jangka waktu persekolahan di Jepun lebih panjang jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat.

• Menu makanan diumumkan lebih awal lagi. Satu sampel

makanan mesti disediakan dan dipamerkan di tempat khas.

Ini adalah untuk membuat siasatan sekiranya terdapat

makanan yang disyaki telah rosak atau murid diserang

keracunan makanan.

• Selain itu, sepanduk dan carta yang mencerminkan matlamat

sekolah, kelas atau kumpulan sering dilihat di dalam bilik

darjah mahupun di luar.

• Sekolah-sekolah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, dan pada hari

Sabtu, pelajar-pelajar di Jepun tetap menghadiri kelas selama setengah

hari.

• Selain dari itu, jumlah hari persekolahan dalam setahun di negara Jepun

ialah 240 hari berbanding dengan cuma 180 hari di Amerika Syarikat.

• Oleh itu, para pelajar Jepun dikatakan lebih mahir dari para pelajar

Amerika Syarikat terutamanya dalam bidang sains dan matematik.

• Oleh sebab rekod Jepun yang cemerlang dalam sains dan teknologi,

negara Jepun telah diterima masuk ke arena 'penjelajahan angkasa'

Institusi Khas Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi Jepun

Hirofumi Hirano

Takashi Sugimura

Yoshihide Kozai

Hiroshi Shiono

Perbezaan Antara Peranan Kerajaan Pendidikan Di Jepun Dan Malaysia

JEPUN MALAYSIA

Pendidikan kunci ekonomi dan ketenteraan. Pengarah pelajaran negeri bertanggungjawab terhadap pelaksanaan program-program, projek-projek aktiviti pendidikan dalam negeri masing-masing.

Sistem pelajaran yang sama dan sekata Pejabat pelajaran daerah ditubuhkan untuk meningkat kualiti PdP disamping menjadi pusat rujukan ibubapa.

Kementerian pelajaran memainkan peranan yang kritikal dalam mengubah imej Jepun ke sebuah negara yang bertaraf pendidikan yang tertinggi.

PPD juga bertindak sebagai agen kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran.

Ketika pemerintahan kerajaan Meiji, kementerian pelajaran bertanggungjawab menggubal sistem pendidikan yang bersifat seragam.

Pelaksanaan dasar program dan aktiviti di peringkat daerah.

JEPUN MALAYSIA

Keseragaman sistem pendidikan termasuklah :• Usia• Infrastruktur• Kaedah pengajaran• Buku teks• Penyeragaman ilmu barat dan ilmu jepun

Pendidikan Malaysia terdiri daripada beberapa peringkat:• Prasekolah• Pendidikan rendah• Pendidikan menengah• Pengajian tinggi

Pendidikan menjurus kepada semangat cintakan tanah air.

Pendidikan asas percuma, RMT, penjagaan gigi, susu, SPBT, penjagaa kesihatan

Ibu bapa diwajibkan menghantar anak berumur 6 tahun ke atas ke sekolah.

Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian.

JEPUN MALAYSIA

Sistem penyeragaman sekolah rendah ditetapkan tempoh pengajaian selama 8 tahun untuk semua sekolah tanpa ada pengecualian.

Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.

Di sekolah menengah hanya 4 tahun. Pendidikan wajib bagi kanak-kanak berumur 6 tahun. Tempoh pendidikan disekolah rendah adalah selama 6 tahun dan menengah 5 tahun.

Penuntut Jepun dihantar keluar negeri untuk mempelajari ilmu sains, pentadbiran, dan teknik perindustrian dari barat.

Ujian awam• Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)• Penilaian Menengah Rendah (PMR) • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)

JEPUN MALAYSIAMenggubal sistem pendidikan ala barat. Sistem diperbaharui dari semasa ke

semasa.

KLSR -> KBSR -> KSSR -> AKAN DATANG…Guru di Jepun dihormati dan dihargai dengan pemberian segala kemudahan.

Guru bertanggungjawab terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah.

Guru sek. ren. mendapat gaji yang tinggi berbanding dengan pensyarah universiti yang mula berkhidmat.

Gaji pensyarah universiti dan sekolah menengah lebih tinggi berbanding guru sekolah rendah.

Semua guru sek. ren. adalah berijazah dan sekiranya tiada (segelintir kecil sahaja), mereka digalakkan meneruskan pelajaran mereka.

Guru lepasan DG41 untuk mengajar sekolah rendah.

Semua sekolah Jepun adalah satu sesi dan ini memang sesuai dengan iklim disana.

Sekolah yang mempunyai 2 sesi bergantung kepada bilangan murid sekolah tersebut.

KELEMAHAN KURIKULUM JEPUN

1. Berorientasikan pendidikan• Menurut kajian yang dilakukan oleh Prof.Yoshida

yang melakukan perbandingan dengan persekolahan J. Waldrof (2005) mendapati bahawa kurikulum pendidikan di Jepun lebih berorientasikan peperiksaan.

2. Penggunaan buku teks secara menyeluruh• Penggunaan buku teks secara asasnya penting

dalam memastikan gred objektif pengajaraan dan pembelajaran tercapai.

3. Objektif lebih bermatlamatkan kenegaraan• Seseorang boleh mengandaikan bahawa ia berjaya

menghalang kebanyakan daripada mereka menentang negara secara terang-terangan, tetapi ada individu yang tidak dapat menerimanya (Kaori Okano & Motonori Tsuchiya, 2004).

• Objektif kurikulum yang lebih menonjolkan matlamat kenegaraan ini memerlukan daya usaha yang kuat terutama dalam mereka bentuk kurikulum tersebut

RUJUKAN• Penuh:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=0402&pub=Utusan

_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_02.htm#ixzz2fUQLVa3d

© Utusan Melayu (M) Bhd

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Kabinet_Jepun

• Cummings, William K, Education and Equality

in Japan, Princeton, NJ: Princeton UniversityPress, 1980.

• Kaori Okano & Motonori Tsuchiya, (Terjemahan Faridah

Mohamad) Pendidikan Moden Jepun: Ketaksamaan dan Kepelbagaian, Kuala

Lumpur: Institut Terjemahan NegaraMalaysia Berhad, 2004.

• http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikan_di_Malaysia