pen gen alan

2
1.0 Pengenalan Seni Dalam Pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui pe intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalank aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi cita rasa pancaindera. Murid diharap dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optim menyeluruh dan menyeronokkan. Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang ti imaginati, kritis, kreati, inovati dan inventi. !andungan kurikulum berupaya membant meningkatkan rasa kesyukuran terhadap "uhan, menghargai keindahan alam persekita keindahan seni dan #arisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat $alsaah Pendidikan !ebangsaan. Seni dalam pendidikan amat penting diintegerasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya i untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenia berji#a kreati, inovati, inventi dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan ti seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersiat holistik. %ntegrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangka perkembangan otak kiri dan otak kanan. %ni diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti 'ac(ues Dalcroze, )arl *r, ShinuchiSuzuki,+oltan !odaly dan &r#in Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. alaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan baha#a murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran beriki dan penghayatan secara berperingkat.

Upload: may-lee

Post on 02-Nov-2015

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1.0 PengenalanSeni Dalam Pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni Dalam Pendidikan lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi cita rasa pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Seni dalam pendidikan amat penting diintegerasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Penggabungan tiga jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.Integrasi seni muzik dengan matapelajaran lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan otak kanan. Ini diakui oleh beberapa tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki, Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon yang mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara berperingkat.Aktiviti seni pergerakkan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuri, dan kecerdasan pelbagai. Hal ini kerana setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-pergerakan kreatif ini pula membolehkan murid menaakul dan membuat pertimbangan rasional mengenai apa yang hendak mereka lakukan.Bidang seni visual pula mendatangkan kesan positif dari segi meningkatkan kebolehan murid dalam pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Hal ini diakui oleh Brown (1980), yang berpendapat bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan murid dalam aspek yang disebutkan. Jika kanak-kanak diberi pendedahan kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis.Seni dalam pendidikan berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Bagi guru pula, bidang seni dalam pendidikan akan memudahkan guru menyediakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik kepada murid. Guru juga lebih mudah untuk merancang, mereka bentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran yang lain.Kesimpulannya, seni dalam pendidikan ini banyak membantu mengembangkan pelbagai potensi pelajar. Seni dalam pendidikan juga dapat membantu guru dalam usaha menentukan jenis kaedah pengajaran yang boleh digunakan di dalam kelas mengikut tahap penerimaan murid.