pemulihan tulisan

21
5.0 PEMULIHAN TULISAN 5.1 SARINGAN DAN DIAGNOSIS Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak di-bacanya. Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimana¬pun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik. Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan me¬ngenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah. 1. Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan me¬matuhi dua syarat berikut: (a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja. (b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid. 2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya, guru boleh memberi¬tahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan. 3. Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut. 4. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memer¬hatikan perkara-perkara berikut: (a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa. (b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa. (c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa). 5. Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pe¬mulihan

Upload: aj-davian

Post on 25-Jun-2015

991 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: pemulihan tulisan

5.0 PEMULIHAN TULISAN

5.1 SARINGAN DAN DIAGNOSIS

Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak di-bacanya.

Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau bagaimana¬pun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. Dengan itu, cara yang dapat mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.

Cara berikut untuk mengesan, atau membuat saringan me¬ngenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru bilik darjah.1. Ayat, atau perenggan biasa boleh digunakan, asalkan me¬matuhi dua syarat berikut:(a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana kerumitan mengeja.(b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.2. Setelah murid membaca ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya, guru boleh memberi¬tahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.3. Setelah semua murid selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut.4. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memer¬hatikan perkara-perkara berikut:(a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.(b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan ujian yang menghadkan masa.(c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut: Jumlah perkataan dibahagi dengan masa).5. Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan latihan pe¬mulihan tulisan.(a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat di¬baca dalam ujian yang masanya dihadkan.(b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam ujian yang tidak mengehadkan masa.(c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.(d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri, atau yang tulisannya terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.

Cara mengesan murid yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti

Page 2: pemulihan tulisan

mutunya. Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkait¬kan dengan darjah murid. Dengan menggunakan Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-¬contoh skel ini ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for Handwriting (Gettysburg Edition) ‘,`American Handwriting Scale', dan 'Minneapolis Handwriting Scale'. Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan seperti yang dibuat dalam diagnosis.Setelah murid yang memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, guru harus dapat membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. Cara yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan penelitian kali kedua. Sediakan jadual senarai semua murid dan catatkan ke¬lemahan setiap murid. Perkara ini mudah dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan pe¬nyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca. Antara bentuk-bentuk yang tidak dapat dibaca itu adalah seperti ber¬ikut:—1. perkataan terlalu rapat 3. perkataan berpecah2. terlalu condong 4. huruf-huruf terlalu dekat5. barisan terlalu dekat 36. n seperti v6. a seperti u 37. n seperti s7. e tertutup 38. o seperti a8. a seperti o 39. o seperti r9. a seperti oi 40. o tidak tertutup10. b seperti Ii 41. o seperti u11. b seperti l 42. r seperti s12. b seperti k 43. r seperti i13. b seperti f 44. r terlalu kecil14. n seperti u 45. r seperti n15. c seperti e 46. r seperti u16. c seperti i 47. r seperti e17. c seperti a 48. s tidak jelas18. d seperti cl 49. s seperti r19. d seperti l 50. s seperti c20. d seperti a 51. t seperti l21. e seperti o 52. t tangkai jauh22. e terlalu tinggi 53. t tiada tangkai23. e seperti c 54. t tangkai di kanan24. f seperti b 55. t tangkai di kiri25. of seperti of 56. u seperti oi26. g seperti y 57. ur seperti w27. h seperti li 58. v seperti n28. h seperti p 59. v seperti r29. h seperti b 60. w seperti v30. h seperti l 61. w seperti m31. i seperti c 62. wr seperti ur32. i tanpa titik 63. D tidak tertutup33. k seperti h 64. I seperti cl

Page 3: pemulihan tulisan

34 .l tertutup 65. T seperti l35. m seperti w

Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan t.menyebabkan kesilap¬an menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling menimbul¬kan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah rendah.

5.2 CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN

Guru perlulah memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul. Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.

5.3 KAEDAH PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYAPengajaran pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran tulisan yang betul dan kukuh.Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubung¬kan bahasa lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga, penulisan adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi, seperti pada umur empat tahun setengah.Latihan permulaan untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon. Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti berikut:1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengeli¬lingi pensil tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat, dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di se¬belah belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.

Page 4: pemulihan tulisan

3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang lain berada di keadaan senang dan selesa.4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan jari telun¬juk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawal¬an jari di kedudukan ini.5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari hantu) di kedudukan yang betul."

5.4 LATIHAN SEBELUM MENULISMurid-murid harus diajar membuat berbagai-bagai bentuk de¬ngan menggunakan jari mereka. Latihan in boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentuk-bentuk yang penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh murid.

5.5 LATIHAN MENULISMurid yang sudah dapat menggunakan pensil boleh disuruh melatih tangan mereka dengan menggunakan Latihan berikut sebagai panduan.

Huruf-huruf yang lebih kurang sama harus diajar bersama, kecuali huruf b dan d yang harus jangan diajar bersama, kerana kedua huruf ini mudah dibalikkan oleh murid. Begitu juga dengan huruf p dan b. Huruf q harus diajar lewat sedikit, bersama-sama dengan huruf u. Sebaik-baiknya beberapa kumpulan huruf harus diajar berturutan supaya setiap bentuk baru dapat dikaitkan dengan huruf yang baru dipelajari seperti dalam contoh berikut.

I. Murid boleh juga disuruh menyalin atau meniru bentuk-¬bentuk huruf yang telah disediakan.2. Titik permulaan harus disediakan oleh guru di atas kertas tulisan murid, dan ketika mengajar seseorang murid secara individu, guru harus menyatakan langkah-langkah yang di¬buatnya ketika menulis seperti ("Turun, naik, ke kanan dan bulat untuk huruf p").3. Setelah murid menulis huruf yang besar di kertas besar, mereka harus diajar menulis dalam ruang yang kecil sedikit. Dalam ruang, atau kotak kecil ini disediakan titik permulaan, dan murid diingatkan supaya jangan melintasi garisan

Page 5: pemulihan tulisan

di antara ruang. Ini akan mengelakkan huruf yang terbalik juga.4. Murid yang mempunyai masalah persepsi visual harus diberi huruf-huruf yang sudah sedia dipotong yang ditampalkan pads sehelai kertas untuk panduannya.

5.6 HURUF BESAR1. Biasanya, huruf besar diajar setelah murid tahu menulis huruf kecil, kerana huruf besar kurang digunakan jika dibandingkan dengan huruf kecil.2. Biasanya, di sebelah huruf besar, murid disuruh menulis huruf kecil yang sama.

Latihan untuk memulakan tulisan sambung adalah untuk me¬lembutkan tangan murid, supaya pelajaran tulisan menjadi lebih seronok.1. Garis sambungan yang menyatukan huruf harus diajar terlebih dahulu.2. Latihan ini boleh ditunjukkan di papan tulis dengan meng¬gunakan berbagai-bagai kapur warna, atau di atas buku tulisan murid dengan menggunakan berbagai-bagai pensil warna, atau krayon.3. Latihan seperti ini juga harus diikuti dengan keterangan oleh guru mengenai perjalanan kapur, atau pensil ketika guru menulis. Cara seperti ini sangat menarik perhatian murid. Contohnya adalah seperti berikut berpandukan gambarajah yang mengikuti ini.(a) Bukit dan lembah: Mari kita naik bukit, turun ke lembah, naik bukit, turun dsn.(b) Ombak: Ombak di lautan naik kemudian pecah, naik dan pecah dsn.(c) Tali disimpul: Naik dan simpul seperti menjerat lembu, naik dsn.(d) Gigi gergasi: Gigi atas gergasi, tanpa lubang, giginya masil baik dan belum rongak; gigi bawah gergasi yang tidak rongak juga.(e) Mencantum manik: Cantumkan manik, manik dan benang, manik dan benang, dsn.(f) Apel: Pusing, naik dan hayun, dsn.(g) Ekor: Naik dan beri ekor, naik beri ekor, dsn.4. Apabila murid telah diajar huruf yang tidak bersambung terlebih dahulu, maka tulisan sambung hanya merupakan lanjutan dari tulisan tidak bersambung, iaitu untuk menyambungkan scmua huruf supaya cepat ditulis. Murid harus diberitahu perkara ini. Setengah huruf perlu ditukar, atau perlu di¬panjangkan `ekornya' supaya menyentuh huruf di sebelah¬nya, atau perlu dibuat gelung dan lingkaran supaya cepat ditulis.5. Semua huruf sambung harus dibandingkan dengan huruf tidak bersambung, dan perubahan yang berlaku harus diterangkan oleh guru.6. Apabila seseorang murid rasa terlalu susah hendak menulis huruf sambung yang sangat berbeza dari huruf tidak bersam¬bung yang sama, maka guru boleh menunjukkan tulisan sambung yang hampir sama dengan yang tidak bersambung. Cara ini diberi nama tulisan manuskrip yang disambung.7. Guru boleh menggunakan warna, anak panah, atau pangkah untuk titik permulaan, dan arah perjalanan pensil, atau pen.8. Pengajaran tulisan sambung harus dibuat seperti mengajar tulisan tidak bersambung, iaitu huruf-huruf yang cara menulisnya hampir sama diajar bersama, satu demi satu.

5.7 MENULIS PERKATAAN DALAM TULISAN SAMBUNGLatihan menulis perkataan dalam tulisan sambung harus dimula¬kan sebaik sahaja

Page 6: pemulihan tulisan

murid dapat menulis huruf sambung satu demi satu yang kecil atau yang tidak terlalu besar. Murid yang rasa susah hendak menulis tulisan sambung mungkin tidak dapat mengaitkan tulisan sambung dengan huruf-huruf yang tidak ber¬sambung. Guru boleh mengurangkan kesusahan ini dengan mem¬buat garisan condong di antara setiap huruf dan menutup huruf lain dengan pensil supaya setiap huruf dapat dikenal oleh murid.

Untuk mengajar jarak di antara perkataan pula, guru boleh menyuruh murid meletakkan jari kecil (jari kelengkeng) dari tangan sebelah yang tidak digunakan untuk menulis di hujung perkataan, dan menandakan jarak ini dengan titik. Perkataan barn boleh dimulakan di titik ini.Prinsip-prinsip pengajaran tulisan yang telah dikemukakan ini boleh digunakan untuk pengajaran pemulihan menulis. Contoh¬nya, apabila seseorang murid itu didapati tidak dapat mengenal keseluruhan sesuatu huruf, ia boleh menggunakan huruf yang telah sedia dipotong sebagai panduan. Jika seseorang murid itu menulis terbalik, ia boleh disuruh menulis dalam ruang-ruang tertentu (atau grid) yang telah disediakan dengan titik permula¬an dan sebagainya.Cara yang paling berkesan untuk mengajar murid yang harus sudah pandai menulis, tetapi masih kaku, ialah dengan cara menyalin. Mula-mula murid boleh disuruh menyalin tulisan sambung yang besar (1/2 inci atau 3/4 inci) yang telah disedia¬kan oleh guru; ke atas kertas yang nipis (supaya jelas kelihatan tulisan yang disalin). Kemudian tulisan induk boleh dikecilkan. Dengan cara ini, murid dapat dilatih kecepatan menulis di samping memudahkan tugasan menulis.Posted by mohd nor izwan sulaiman at 4:47 PM

Page 7: pemulihan tulisan

PROGRAM       :  PEMULIHAN KHAS

KERTAS            :  STRATEGI BAHASA MELAYU

TAJUK               :  KAJIAN TINDAKANASPEK PENGABAIAN PENULISAN DALAM KALANGAN

MURID PEMULIHAN KHAS

Nama Pelajar

XXX

Kemasukan

XXX

Tugasan

KUMPULAN

Nama Pensyarah

XXX

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

1. TAJUK KAJIAN              : ASPEK PENGABAIAN PENULISAN

Page 8: pemulihan tulisan

DALAM KALANGAN MURID PEMULIHAN KHAS

2. NAMA PENYELIDIK       : SAFILAH BINTI ABDULLAH

: NOOR ASLIZA BINTI MAMAT

3. NAMA SEKOLAH           : SK ( 2) PETALING JAYA  ,

JALAN 1/10 46000  PETALING JAYA ,

SELANGOR.

4. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pada minggu pertama pratikum pada 10 Julai 2007, kami telah menjalankan ujian diagnostik tulisan

kepada murid-murid pemulihan tahun 2 Cerdas  dan 3 Cerdas   . Daripada dapatan yang kami perolehi,

tulisan  mereka    amat tidak memuaskan kerana tulisan mereka  tidak kemas , menulis dengan keadaan

menyongsang , saiz huruf yang tidak sekata dan berbalik-balik cara menulisnya . Ini menyebabkan

penulisan mereka   amat comot, tidak kemas dan apa yang  ditulis sukar dibaca dan difahami. Kami

berpendapat masalah ini perlu diatasi segera untuk membolehkannya menjalani proses pembelajaran

dengan lebih berkesan pada masa hadapan.

5. FOKUS KAJIAN

Sehubungan dengan itu, melalui  pemerhatian yang kami lakukan berdasarkan ujian diagnostik dan

latihan yang dibuat oleh  murid – murid pemulihan ini, kami dapati kelemahan mereka dalam aspek

tulisan berpunca daripada ketiadaan  latihan menulis yang terancang dan pengabaian guru terhadap

aspek tulisan murid-murid ini sejak awal persekolahannya  terutama semasa berada di dalam kelas pra

persekolahan . Dengan pengabaian inilah yang menyebabkan keciciran murid-murid dalam teknik

penulisan dan   seterusnya mengakibatkan mereka jauh ketinggalan dan gagal untuk menulis dengan

betul.

Oleh itu sekiranya masalah ini berpanjangan , pencapaian murid-murid ini akan terjejas dan seterusnya

akan memberikan impak  yang kurang memuaskan  terhadap pencapaian keputusan peperiksaan  yang

bakal dihadapi. Maka   haruslah diambil tindakan yang sewajarnya dan tindakan yang sepatutnya   

dilakukan bagi memperbaiki situasi yang wujud sekarang. Oleh itu kami telah membuat kajian terhadap

murid-murid yang mengalami masalah tulisan bagi mengatasi masalah ini supaya tidak berlarutan. Oleh

itu kami telah memilih seorang murid Eendiran sebagai responden dalam kajian tindakan kami.

6. OBJEKTIF KAJIAN

i) OBJEKTIF UMUM

Membolehkan sasaran  murid menulis dengan tulisan yang kemas dan

teratur.

ii) OBJEKTIF KHUSUS

Page 9: pemulihan tulisan

1)    Membetulkan cara murid menulis supaya tulisan mereka tepat dan kemas.

2)    Murid dapat menulis huruf, sukukata dan perkataan dengan kemas dan betul.

3)    Memudahkan murid berkomunikasi atau berhubung dalam bentuk penulisan dengan menggunakan

bahasa baku.

7. KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada  seorang murid pemulihan yang lemah dalam kemahiran tulisan.

8. TINDAKAN YANG DICADANGKAN

i) Tinjauan Masalah

Tidak dapat dinafikan segelintir murid masih menghadapi masalah lemah penulisan. Senario ini dapat

dikenal pasti sejak awal tahun lagi melalui latihan-latihan yang diberikan kepada murid-murid kelas ini.

Kebanyakan murid tidak menghantar buku latihan untuk disemak oleh guru. Ini kerana mereka gagal

menyiapkan latihan yang diberikan mengikut tempoh masa yang diberikan. Berdasarkan buku latihan

mereka, kami dapati mereka lambat menulis dan tulisan mereka tidak kemas, latihan yang diberikan juga

tidak dapat disiapkan dalam tempoh masa yang agak panjang. Murid yang bermasalah penulisan juga

sering memandang papan hitam berulang kali. Keadaan ini menyebabkan mereka lambat untuk menyalin

latihan yang diberikan.

ii) Strategi Yang Dilaksanakan

Latihan bertulis -(  Tulisan Cantik )

iii)        Cara Pelaksanaan (P – Pemerhatian)

i)             Guru membuat tinjauan  pemerhatian dan maklum balas dari guru kelas atau guru mata

pelajaran.

ii)            Guru memberi bahan tulisan untuk disalin oleh murid.

Pelaksanaan (M – Merancang )

i)             Guru merangka dan merancang latihan –latihan pergerakan tangan dan keselarasan 

( kordinasi ).

ii)            Guru memberikan  latihan kepada kumpulan  sasaran.

iii)           Menjalankan aktiviti yang dirancang.

Pelaksanaan (R – Refleksi )

i)          Guru membuat refleksi berdasarkan latihan dan aktiviti

yang telah dijalankan

Page 10: pemulihan tulisan

9. JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN

Bil

Aktiviti

Tarikh

Catatan

1.

Mengenal pasti masalah

10 Julai 2007

Mengadakan ujian Diagnostik   1 Tulisan .

2.

Menyediakan program Tulisan Cantik

23 Julai 2007

3.

Menyediakan bahan

25 Julai 2007

4.

Mengendalikan ujian pra

27 Julai 2007

5.

Melaksanakan tindakan

30 Julai 2007

6.

Mengendalikan ujian pos

6 Ogos 2007

7.

Mencatat dapatan dan membuat rumusan

Page 11: pemulihan tulisan

6 Ogos 2007

Aktiviti khusus bagi membetulkan serta membaiki  cara penulisan ialah

1.  Cara duduk murid  supaya permukaan meja selari dengan tulang selangka

yang terakhir, lengan pula terletak di bahagian tepi permukaan meja

berhampiran dengan murid. Jarak mata adalah lebih kurang 25 cm di

antara buku tulis.

2. Murid diajar memegang pensel dalam keadaan condong iaitu kira-kira 45     darjah dan mengerakkan

pensel dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk manakala 3 jari yang lain dalam keadaan selesa.

3.  Aktiviti permainan mencari jalan keluar .

4.  Menyalin  perkataan dari kad yang disediakan dengan menggunakan warna

bagi huruf awal.

5.  Pengamatan iaitu menyambung titik-titik untuk menghasilkan bentuk-bentuk

dan latihan pertalian jarak.

6. Latihan-latihan mendiskrimasikan bentuk yang sama , berbeza dan serupa

dan latihan tidak sama

10. ANGGARAN PERBELANJAAN

1) Kertas A4 pelbagai warna                                            RM10.00

2) Pen Marker (RM3 x 6)                                                     RM18.00

3) Kad Latihan                                                                      RM12.00

4) Kertas Filem                                                                    RM45.00

5) Ganjaran ( 4 Minggu)                                                     RM20.00

6) Dakwat mesin pencetak                                                 RM68.00

______________________________________________________

JUMLAH                                                                               RM163.00___

Laporan Kajian Tindakan   Tulisan Cantik Kelas Pemulihan

Abstrak

Page 12: pemulihan tulisan

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti murid yang menghadapi masalah penulisan yang tidak

kemas ,comot dan sukar dibaca . Kumpulan sasaran telah dijalankan dalam kalangan murid tahun 2 dan

3 dari kelas pemulihan Sekolah Kebangsaaan (2)  Petaling Jaya, Selangor . Perancangan

menitikberatkan cara penulisan yang betul dalam kalangan murid pemulihan . Hasil daripada tulisan yang

dilahirkan oleh seseorang murid inilah yang akan mencerminkan kemahiran dan perkembangan

mentalnya , kerana tulisan yang baik akan boleh dibaca dan difahami maksudnya.

Latar belakang  Responden

Murid yang telah kami perhatikan yang memerlukan bimbingan ialah  Eendiran Sivapragasam .Murid ini

merupakan murid   tahun 2 yang baru berpindah dari Sekolah Kebangsaan(1) Petaling Jaya ke  Sekolah

Kebangsaan (2) Petaling Jaya. Penampilan diri agak tidak terurus dan sering datang lewat ke sekolah .

Semasa di sekolah, Eendiran tidak mempunyai ramai kawan sepermainan . Dia juga sering membuli

beberapa rakannya mungkin disebabkan badannya yang bersaiz besar .  Kadangkala dia akan

melakukan sesuatu yang kurang disenangi untuk menarik perhatian rakan-rakan dan guru yang

mengajarnya. Namun begitu, Eendiran sebenarnya bukanlah seorang murid yang sangat malas, cuma

dia memerlukan bimbingan dan  tunjuk ajar yang sistematik bagi membantunya memajukan diri dalam

pelajarannya .

Refleksi  Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Ekoran daripada tinjauan dan Ujian Diagnostik (Tulisan), tahap penulisan yang membimbangkan dalam

kalangan murid pemulihan mencetuskan keinsafan dan keazaman pengkaji untuk membantu mengatasi

masalah tersebut. Murid pemulihan sering kali atau kerap menulis dengan cara terbalik, ketetapan jarak

huruf yang tidak seragam, mencampur-adukkan huruf besar dengan huruf kecil dan tulisan terlalu buruk

sehingga tidak boleh dibaca . Kesukaran-kesukaran pengamatan pendengaran, penglihatan, masalah

keselarasan motor mata dan tangan atau gangguan emosi serta kurang mendapat pengalaman pra

tulisan  boleh mempengaruhi kesukaran dalam penulisan seseorang murid.

Kepentingan Kajian

1. Mengetahui  tahap penguasaan penulisan  sebenar murid pemulihan yang dikaji.

2.  Melihat keberkesanan  aktiviti yang dirancang kepada sasaran yang dikaji.

3.  Murid dapat menulis huruf ,sukukata dan perkataaan dengan baik dan betul .

4.  Murid dapat menulis dalam tatabahasa yang betul .

5. Malahan murid juga dapat menulis dengan menggunakan tanda baca yang betul di dalam

penulisannya.

Metodologi / Kaedah

Cara mengetahui langkah-langkah yang sistematik proses pengumpulan dan mencatat data maklumat

adalah seperti berikut:

Page 13: pemulihan tulisan

Reka bentuk kajian adalah berdasarkan:

Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan).

Sampel kajian:

Seorang murid lelaki  berbangsa India  bernama Eendiran A/l Sivapragasam

Analisa tinjauan  masalah

Kelemahan gerak kerja bertulis Ujian Diagnostik telah dibina dalam berbagai bentuk iaitu mengisi tempat

kosong ,penyesuaian abjad ,gambar dan perkataan .

Keputusannya adalah seperti berikut :

Bil

Ujian

Markah

Penilaian

1.

Isikan tempat kosong

4/10

Tidak faham abjad kecil secara turutan

2

Menulis berdasarkan gambar

0/10

Tidak boleh menulis perkataan

3

Melengkapkan perkataan berdasarkan gambar

1/10

Tidak ada pengetahuan sedia ada tentang gambar

*seperti dilampirkan

Hasil dapatan

Page 14: pemulihan tulisan

Murid dapat dipulihkan dengan kaedah penulisan yang sistematik dan menarik .

Kaedah permainan dapat menghilangkan perasaan bosan  malah mewujudkan suasana pembelajaran 

yang menyeronokkan . Kajian perlu diteruskan bagi membantu dan membimbing  murid yang

menghadapi masalah di dalam penulisan khususnya dari pra persekolahan lagi.

Cara pengajaran pemulihan khas adalah berbeza dengan cara yang digunakan di dalam kelas biasa.

Biasanya murid pemulihan yang menghadapi masalah ini memerlukan pengajaran secara individu. Dalam

menyediakan bahan dan aktiviti, kita sebagai guru perlu mengambil kira aspek kebolehan,kesediaan dan

kemampuan murid itu. Dengan itu proses pengajaran akan dapat dijalankan dengan lebih efektif dan

bermakna kepada murid itu.

Seterusnya, guru harus menyediakan aktiviti yang dapat memberi maklum balas dengan segera supaya

murid dapat mengetahui sama ada mereka telah membuat kesalahan atau tidak.

Kesimpulannya setelah menganalisa keputusan gerak kerja bertulis yang telah dijalankan ke atas 

Eendiran keseluruhan didapati murid ini ;

1.    Masih  keliru tidak dapat mengenal abjad secara turutan

2.    Tidak pasti dengan penggunaan vokal.

3.    Tidak mahir dalam membentuk perkataan.

4.    Tidak faham dan tidak boleh mengadunkan bunyi suku kata tertutup dngan betul.

5.    Masih keliru dengan huruf konsonan ng.

6.    Lemah dalam perbendaharaan kata.

7.    Kelemahan dalam ejaan dan tulisan.

Berikut ialah perkataan yang dibaca oleh guru supaya Eendiran mengeja dan menulis di atas sehelai

kertas .

Bil

Perkataan

1

Abu  – ini

2

Cuba – Rabu

3

Page 15: pemulihan tulisan

Kalau  – Sabtu

4

Talam  – simpan

5

Kemarau  – halau

Perkatan tersebut berdasarkan penggunaan vokal suku kata terbuka ,tertutup, kemahiran dari aras

mudah ke aras sukar . Keputusannya, Eendiran amat sukar mengeja dengan betul perkataan-perkataan

itu terutamanya perkataan yang mengandungi gabungan –gabungan 2 atau 3 suku kata. Dia keliru

menggunakan huruf ‘b’  ditulis huruf ‘d’ , huruf ‘m’ pula dituis huruf ‘n’,huruf ‘I’ kecil ditulis dengan huruf

besar dan huruf ‘l’ kecil ditulis dengan huruf ‘L’ besar.Tulisannya pula kurang memuaskan iaitu boleh

dibaca tetapi berbagai bentuk saiznya . Dengan itu, Eendiran menghadapi masalah yang teruk dalam

penulisannya .

Berdasarkan daripada keputusan  Ujian Diagnostik Bahasa Melayu (Tulisan) yang telah dijalankan pada

11 Julai 2007, Eendiran telah mendapat markah sebanyak 48/ 100 . Dia hanya menjawab  beberapa

soalan dalam bahagian satu iaitu soalan:Menulis huruf yang disebut oleh guru.Eendiran meminta gurunya

membaca dan mengulangi arahan soalan. Manakala menurut guru  pelajaran Bahasa Melayu, Puan Siti

Aisah, markah keputusan  Ujian Formatif Bahasa Melayu ,Eendiran adalah yang terendah di dalam

kelasnya . Dari keputusan yang diperolehinya, kesimpulannya pencapaian Eendiran adalah lemah sekali .

Namun begitu, dia masih mempunyai peluang untuk membantu dan memperbaikinya Keputusan ujian-

ujian yang lalu juga menunjukkan murid ini mempunyai banyak kelemahan . Kedudukan Eendiran dalam

kelas adalah tempat yang terakhir iaitu 30/30.

Selain faktor-faktor yang telah diperkatakan terdahulu kelemahan  Eendiran dalam pembelajaran Bahasa

Melayu mungkin boleh diandaikan kepada kelemahan dan kekurangan  pengajaran guru di sekolah .

Faktor ini sekiranya berlaku akan secara langsung melemahkan pembelajaran seseorang murid seperti

Eendiran. Di dalam kelas Eendiran pula ditempatkan dalam kumpulan D iaitu kumpulan yang kurang

berkebolehan. Kumpulan tersebut pula mengandungi 7 orang murid dan kesemuanya dimasukkan ke

dalam kelas pemulihan .

Tumpuan semasa mata pelajaran Bahasa Melayu, Eendiran dan kawan-kawannya kurang bermotivasi.

Setiap hari semasa pelajaran Bahasa Melayu Eendiran masuk ke kelas pemulihan, dia akan  terus

ketinggalan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang diajar di dalam kelas sebenarnya.

Manakala guru Bahasa Melayu pula tidak prihatin, peka dan tidak langsung cuba berusaha

memulihkannya. Impaknya, Eendiran memang diserahkan bulat-bulat kepada guru pemulihan yang

Cuma mengajar kemahiran asas Bahasa Melayu sahaja .Selain itu kemudahan pembelajaran bahasa

agak terbatas namun mencukupi untuk digunakan di dalam kelas itu sahaja.

Ketiadaan sudut bacaan buku dan suasana kelas yang tidak kondusif kurang sesuai untuk Eendiran .Dia

hanya membelek-belek dan melihat-lihat gambar apabila diberi peluang ke sudut bacaan . Setiap murid 

berpeluang ke pusat sumber dan boleh meminjam buku cerita . Bagi Eendiran, dia lebih suka meminjam

Page 16: pemulihan tulisan

buku –buku yang mengandungi banyak gambar  kerana katanya dia suka melihat gambar-gambar dalam

buku cerita tersebut.

Eendiran juga  berpeluang mengikuti  pelajaran  Bahasa Melayu di dalam program TV Pendidikan atau

cakera padat. Eendiran mengatakan dia faham tetapi tahap kefahamannya itu masih menjadi tanda

persoalan kepada pengkaji.

Kesimpulannya dari tinjauan dan Ujian Diagnostik yang dijalankan, pengkaji telah mendapat gambaran

secara am prestasi dan kemajuan pencapaian Bahasa Melayu. Berdasarkan  hasil perbincangan ringkas

dengan guru kelas didapati ;

1.Keseluruhan pelajarannya adalah lemah

2.Pelajaran paling lemah ialah Bahasa Melayu .Selain mendapat gred D di dalam peperiksaan malah

pertuturannya dan tidak menggunakan bahasa yang betul..Tulisannya agak baik, tidak terlalu buruk .

3.Selalu salah menyalin perkataan –perkataan dari papan hitam.

4. Kurang mengenali dan menggunakan tanda baca  kecuali noktah.

Sememangnya Eendiran  perlu dipulihkan segera dan mendapat perhatian dari semua pihak sekolah ,ibu

bapa, penjaga dan dedikasi guru yang peka terhadap masalah yang dihadapi. Dengan pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan dan sistematik, Eendiran  masih boleh meneruskan pembelajaran dan

bukan

bergantung  seperti kanak-kanak lain .

Saranan  yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada tempat pembelajaran dan situasi pembelajaran

di dalam kelas dan sekolah serta diri murid itu sendiri.

Kedudukan Eendiran di dalam kelas adalah kurang tepat. Seharusnya dia diletakkan dalam kumpulan

pelbagai kebolehan supaya dapat memberi peluang belajar dengan kawan- kawan yang lebih pandai .

Seharusnya Eendiran perlu juga  dipulihkan di dalam kelasnya sebagai meneruskan kesinambungan

pembelajaran di kelas biasa.

Guru perlu menyediakan bahan  bantu pengajaran  dan teknik penulisan yang bersesuaian dengan tahap

kebolehan murid.

Perbincangan dari semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan  pembelajarannya dan cara

mengatasinya.

Kesimpulan dan Cadangan Kajian Seterusnya

Sesungguhnya murid-murid pemulihan boleh dididik dengan sempurna sekalipun mereka telah

dibesarkan dalam persekitaran yang tidak kondusif untuk belajar. Maka tanggungjawab seseorang

pendidik adalah perlu bagi membantu mengatasi permasalahan murid pemulihan. Selain daripada itu,

Page 17: pemulihan tulisan

para ibu bapa dan pihak sekolah perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam pengendalian

proses pembelajaran supaya murid pemulihan mendapat input yang bermanfaat.

Guru-guru lain juga perlu mengenali dan melibatkan diri dengan aktif dalam proses membantu murid

pemulihan. Guru pemulihan perlu kreatif untuk mengaplikasi bahan pengajaran agar dapat membantu

murid mengatasi masalah.

Pemberatan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan tergesa-gesa, tindakan akan

menyebabkan keciciran berlaku. Seharusnya guru perlu menitikberatkan kemahiran yang perlu dikuasai

oleh murid. Contohnya, kemahiran  membina ayat dengan betul dan menulis dengan betul.

Terdapat alasan guru yang mengatakan murid pemulihan lemah, tidak bermotivasi dan kelas yang padat

menyebabkan guru tersebut mengabaikan aspek pengajaran yang berkesan.

Sehubungan dengan itu,jika murid pemulihan mendapat perhatian dan tindakan susulan yang

sewajarnya, maka masalah keciciran dalam pelajaran akan dapat diatasi.

Lampiran

1.Hasil tulisan tangan responden

2.Keputusan Ujian Diagnostik  Bahasa Melayu( Tulisan)

3.Rekod Ujian semasa Tahun 1 di sekolah lama responden

4.Maklumat rekod kesihatan  responden

5. Gambar Responden  Kajian Tindakan

SK Jln Batu

Page 18: pemulihan tulisan