pembinaan fabrik

22
1.1 Isi Kandungan

Upload: tarapkampung

Post on 23-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Pembinaan Fabrik

TRANSCRIPT

1.1 Isi Kandungan

1.2 Pengenalan1.2.1 Pembinaan Fabrik Fabrik dihasilkan daripada gentian buatan atau gentian asli. Gentian ini diproses untuk dijadikan yarn, benang dan seterusnya akan menghasilkan fabrik. Kemasan iaitu rawatan khas yang dilakukan ke atas gentian, yarn dan fabrik sebelum, semasa dan selepas fabrik dibina dengan tujuan untuk memperbaiki kualiti gentian pada fabrik itu. Antara kelemahan yang diperbaiki bagi meningkatkan kualiti fabrik ialah memperbaiki rupa, memperbaiki pengendalian, memberi kemasan tidak kecut dan tidak renyuk dan akhir sekali ialah memberi kemasan untuk perlindungan. Terdapat beberapa cara pembinaan fabrik yang dapat dibezakan dari segi rupa, tekstur dan rasa (sentuhan).Pembinaan fabrik diklasifikasikan seperti berikut : Fabrik tenun Fabrik kait Fabrik tanpa tenunGentian ialah serabut serat dan filamen yang diperoleh daripada bahan asli dan buatan. Pada mulanya, gentian ini akan diproses untuk dijadikan serat yang panjang yang juga dipanggil sebagai yarn. Dalam proses pembinaan fabrik yarn, biasanya selembar serat panjang atau filamen dipintal untuk membentuk satu lembar panjang yang kukuh dan tidak mudah berjerumbai. Gentian asli boleh didapati daripada tumbuhan dan haiwan. Gentian linen merupakan gentian yang paling kukuh diikuti dengan gentian kapas dan seterusnya gentian bulu biri-biri. Contoh serat gentian asli boleh dilihat pada Rajah 1.0 manakala contoh rupa filamen boleh dilihat pada Rajah 1.1.

Rajah 1.0 Serat gentian asli

Rajah 1.1 Contoh rupa filamen

1.2.2 Fabrik AsliFabrik asli merupakan penghasilan daripada sumber semula jadi yang melalui beberapa peringkat pemprosesan. Antara contoh fabrik asli ialah fabrik kapas yang diperolehi daripada gentian asli iaitu selulosa daripada biji kapas, fabrik linen pula dibuat dari gentian batang FLEKS yang mengandungi selulosa, gam dan lilin, fabrik sutera pula diperolehi dari sumber protein daripada BOMBYX MORRI iaitu sejenis kupu-kupu yang diternak dan akhir sekali ialah fabrik bulu biri-biri juga diperolehi dari sumber protein daripada bulu kambing biri-biri.

1.2.2.1 Fabrik KapasTerdapat lima peringkat proses dalam binaan fabrik kapas iaitu yang pertama ialah proses pengasingan. Dalam proses ini kapas berbiji akan dimasukkan ke dalam mesin yang mempunyai gigi gergaji dengan bertujuan untuk mencengkau gentian dan menariknya ke dalam lubang sempit. Oleh kerana biji kapas bersaiz besar maka ia tidak dapat masuk ke dalam lubang dan gentian dapat dipisahkan daripada biji. Selepas itu gentian kapas akan dimampatkan menjadi beberapa bendela untuk memudahkan lagi pengangkutan ke kilang tekstil. Gentian kapas juga digred mengikut standard yang berasaskan purata panjang, kebersihan, pemutihan, kehalusan, kekuatan dan kematangan.Proses kedua ialah penyerapan lembapan di mana bendela tersebut di masukkan ke dalam mesin khas untuk memastikan jenis kapas dapat diadun bersama. Seterusnya gentian kapas ini akan dileraikan menjadi lapisan nipis yang dinamakan lap. Pada masa yang sama juga, benda asing seperti pasir, cebisan daun dan butir-butir biji di keluarkan.Pada proses seterusnya iaitu penyisiran, lap tersebut di masukkan pula ke dalam sebuah silinder berputar yang bergigi yang kemudiannya menarik lap tersebut bertujuan untuk meluruskan lagi gentian yang panjang manakala gentian yang pendek akan dikeluarkan dan disisir semula menjadi spun kapas.

Dalam proses penipisan pula gentian disusun mengikut susuan selari melalui penggelek yang akan menipiskan gentian untuk dijadikan yan.Akhir sekali, yan akan melalui proses pemintalan di mana yan tersebut akan dipintal dan dililit pada gelendung untuk dijadikan benang dan kemudiannya ditenun menjadi fabrik.

1.2.2.2 Fabrik LinenBagi binaan fabrik linen, proses yang pertama ialah pereputan di mana untuk mendapatkan gentian, pokok fleks yang sudah matang akan dicabut dan akan direputkan pada bahagian batangnya. Proses ini boleh dijalankan dengan kaedah mengembunkan batang fleks, merendamkan batang tersebut di dalam tangki atau pun menggunakan bahan kimia. Ketiga-tiga kaedah ini mestilah dilakukan dalam keadaan yang terkawal kerana ia akan mempengaruhi warna dan kualiti linen dan jika gentian fleks direndam terlalu lama, ia akan menyebabkan gentian tersebut rosak.Selepas itu, gentian akan melalui proses pembantingan yang bertujuan untuk mengasingkan kulit batang daripada gentian fleks dengan menggunakan mesin.Proses binaan fabrik diteruskan lagi dengan penyisiran iaitu gentian disisir untuk meluruskan dan mengeluarkan gentian yang pendek. Gentian panjang yang terhasil dipanggil sebagai yan urai manakala gentian yang pendek pula dinamakan tow dan digunakan untuk membuat fabrik yang kurang bermutu.Seterusnya ialah proses penipisan yang bertujuan untuk mengurang ketebalan, yan urai dan tow ditipiskan menggunakan penggelek.Akhir sekali yan akan melalui proses pemintalan iaitu yan diwapkan bagi melonggarkan gan asli gentian, dengan itu yan mudah dipintal dan dililit pada gelendung untuk dijadikan benang dan seterusnya ditenun menjadi fabrik.

1.2.2.3 Fabrik SuteraDalam binaan fabrik sutera pula hanya mempunyai tiga proses iaitu yang pertama proses penggulungan. Dalam proses tersebut kokun akan dimasukkan ke dalam air panas untuk melembutkan serikin. Permukaan kokun direbus untuk mendapatkan hujung filamen dan dilekatkan pada roda penggulung yang akan menggulung sehingga habis. Filamen yang diperoleh tersebut dipanggil sebagai sutera mentah.Dalam proses seterusnya iaitu nyahgam di mana serikin dikeluarkan daripada sutera mentah untuk memperoleh sutera yang licin dan berkilau. Untuk mengeluarkan serikin tersebut, sutera akan direbus di dalam air yang beralkali. Proses ini akan mengurangkan berat sutera sehingga 20%.Pada akhirnya, yan sutera akan dipintal dan dililit pada gelendung untuk dijadikan benang dan seterusnya ditenun menjadi fabrik.

1.2.2.4 Fabrik Bulu biri-biriPada mulanya, proses pengasingan dilakukan iaitu bulu biri-biri akan dicukur dan diasingkan mengikut panjang, mutu, warna dan kehalusan kemudian dibungkus dan dihantar ke kilang untuk proses seterusnya. Selepas itu, bulu biri-biri yang kotor akan dibasuh dengan air suam bersabun dan dibilas bersih. Proses ini dipanggil sebagai proses pembersihan.Diteruskan lagi dengan proses ketiga iaitu proses korbonasi di mana bahan tumbuhan di dalam gentian dihancurkan dengan melarutkan gentian bulu tersebut di dalam larutan dua peratus hingga lima peratus asid sulfurik. Gentian bulu kemudiannya dineutralkan dengan merendamnya di dalam larutan alkali yang cair dan dikeringkan pada wap yang panas.Seterusnya, dalam proses penipisan gentian panjang yang disisir dan disusun selari iaitu yan worstad dimasukkan ke dalam mesin penggelek supaya menjadi lebih halus. Beberapa gentian dicampur dan dipintal untuk ditenun menjadi fabrik yang halus dan licin. Yan worstad adalah bermutu tinggi dibandingkan dengan yan bulu biri-biri.Akhir sekali, yan bulu biri-biri iaitu gentian yang pendek ditipiskan dan dipintal secara longgar untuk dibuat benang dan seterusnya ditenun menjadi fabrik atau dikait untuk meghasilkan pakaian. Proses terakhir ini dipanggil proses pemintalan.

1.2.3 Fabrik BuatanFabrik buatan pula dihasilkan daripada tindakan kimia dengan bahan mentah seperti petroleum, arang batu dan selulosa. Terdapat tiga cara asas yang digunakan dalam menghasilkan fabrik ini iaitu pintalan cair, pintalan basah dan akhir sekali pintalan kering.

1.2.3.1 Fabrik AkrilikPembentukan bahan asas cecair akrilik dihasilkan dengan mencampurkan ammonia, petroleum dan air. Cecair ini dipanaskan dan dilarutkan supaya boleh dipintal.Selepas itu proses pengeluaran gentian dilakukan dengan memasukkan bahan larutan ke dalam spinerit dan filament yang terbentuk dikumpulkan di dalam air. Filamen tersebut diregang, dibasuh dan dipotong untuk dijadikan yan stapel.

1.2.3.2 Fabrik NilonFabrik ini juga dikenali sebagai poliamida. Bahan asas untuk membuat fabrik ini ialah arang batu, udara dan air. Pada mulanya, ketiga-tiga bahan asas tersebut akan dicampurkan untuk menghasilkan heksametilenadiamina dan asid adipik. Kedua-dua bahan ini dicairkan, kemudian dijadikan pepejal dan dipotong menjadi kepingan polimer poliamida. Seterusnya polimer tersebut akan dicairkan semula dan dimasukkan ke dalam spinerit. Cecair poliamida yang keluar akan disejukkan oleh aliran udara sejuk untuk dijadikan gentian filamen atau gentian staple.Selepas itu, proses penipisan dijalankan iaitu filamen diregang atau ditipis, dipintal dan dililit pada gelendung atau dipotong untuk dijadikan staple. 1.2.3.3 Fabrik PoliesterBagi fabrik poliester pula, proses binaannya adalah sama dengan nilon. Petroleum dicampurkan dengan asid tereftalik dan dicampur dengan glikoetilina untuk membentuk polimer yang dicairkan, dijadikan pepejal, dipotong dan dikeringkan.

Rajah 1.3 menunjukkan proses-proses yang terlibat dalam penghasilan fabrik.

Rajah 1.3 Proses Penghasilan Fabrik

1.3 Fabrik Tenun Tenun dilakukan dengan menjalinkan dua set yarn,iaitu yarn memanjang dan yarn melintang.Yarn memanjang dinamakan yarn lungsin,manakala yarn melintang dinamakan yarn pakan. Kedua-dua benang ini dijalin berselang-seli dan bertemu di antara satu sama lain dengan bersedut tepat. Bahagian tepi yang memanjang pada fabrik bertenun dikenali sebagai selvage. Fabrik bertenun sangat teguh kerana jalinan yang rapat kerana jalinan yang berselang seli tidak memberi ruang untuk fabrik memeri ke kiri dan ke kanan.Tenun boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis : Biasa Kelarai Satin

1.3.1 Tenun BiasaBagi fabrik tenun biasa, terdapat tiga jenis bentuk seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.4.

Rajah 1.4 Jenis bentuk Tenun Biasa

Ciri dan contoh fabrik tenun biasa adalah seperti berikut :

1.3.1.1 Tenun Biasa 1/1Yarn pakan menyusup di atas dan di bawah secara berselang-seli setiap yarn lungsin. Lihat Rajah 1.5.Yarn pakanYarn lungsin

Rajah 1.5 Rupa yarn Tenunan Biasa

Contoh fabrik tenun biasa dan kegunaan dapat dilihat pada Rajah 1.6.

Rajah 1.6 Contoh fabrik tenun biasa dan kegunaan

1.3.1.2 Tenun RagaBagi tenun raga pula, terdapat dua lembar benang yang diselang-seli seperti tenun biasa 1/1. Lihat Rajah 1.7.

Rajah 1.7 Rupa yarn Tenunan Raga

1.3.1.3 Tenun RibDalam tenunan rib, saiz yarn lungsin dan yarn pakan tidak sama. Lihat Rajah 1.8.

Rajah 1.8 Rupa yarn Tenunan Rib

1.3.2 Tenun KelaraiDua lembar yarn pakan menyusup di atas dan di bawah dua lembar yarn lungsing. Lihat Rajah 1.9.

Baris 1 : Yarn pakan ditenun ke atas dua yarn lungsing, kemudian dua ke bawah , dua ke atas dan seterusnya.Baris dua : Yarn pakan ditenun ke bawah satu yarn lungsing, kemudian dua ke bawah, dua ke atas dan seterusnya.Baris 3 : Yarn pakan ditenun ke bawah dua yarn lungsing, kemudian dua ke atas dan dua ke bawah.Baris 4 : Yarn pakan ditenun ke atas satu yarn lungsin, kemudian dua ke bawah, dua ke atas dan seterusnya.Baris 5 : Seperti baris 1.

Rajah 1.9 Rupa yarn Tenunan Kelarai

Ciri dan contoh fabrik tenun kelarai adalah seperti berikut :

Contoh fabrik tenun kelarai dan kegunaan dapat dilihat pada Rajah 2.0.

Rajah 2.0 Contoh fabrik kelarai dan kegunaan

1.3.3 Tenun SatinBagi tenun satin, yarn lungsin terapung terhasil apabila yarn pakan menyusup di bawah empat yarn lungsin. Di baris kedua dan seterusnya yarn pakan beralih bertingkat-tingkat secara beransur ke kiri atau ke kanan seperti tenun kelarai. Lihat Rajah 2.1.

Rajah 2.1 Rupa yarn Tenunan Satin

Ciri dan contoh fabrik tenun satin adalah seperti berikut :

Contoh fabrik tenun satin dan kegunaan dapat dilihat pada Rajah 2.2.

Rajah 2.2 Contoh fabrik satin dan kegunaan

1.4 Fabrik KaitDilakukan dengan mencangkuk gelung benang antara satu sama lain secara berangkai. Mempunyai benang memanjang ( gelung tegak/wales ) dan benang lintang ( gelung lintang/course ). Fabrik boleh dibuat dengan cara tradisional menggunakan jarum kait tangan atau dengan menggunakan mesin. Terdapat dua kaedah pembinaan fabrik kait iaitu kait lungsin dan kait pakan. Rupa kait lungsin dan kait pakan dapat dilihat pada Rajah 2.3.

Rajah 2.3 Rupa kait lungsin dan kait pakan

Ciri dan contoh kait lungsin adalah seperti dalam Rajah 2.4 :

NetTricot

Rajah 2.4 Ciri dan contoh Kait LungsinCiri dan contoh kait pakan adalah seperti dalam Rajah 2.5 :FleecVelourTerry

Rajah 2.5 Ciri dan contoh Kait PakanKegunaan kait lungsin dan kait pakan adalah seperti berikut :

1.5 Fabrik Tanpa TenunFabrik ini tidak dikait atau ditenun tetapi dibina terus daripada gentian. Gentian dalam bentuk stapel dan filament disusun rapat dan dilekatkan antara satu sama lain menjadi kepingan struktur sesawang dengan menggunakan haba, kelembapan,tekanan atau bahan perekat melalui proses penjaruman, tindakan kimia dan tekanan suhu.Fabrik tanpa tenun ini boleh diklasifikasikan seperti berikut : Fabrik Terikat

Fabrik Felt1.5.1 Fabrik TerikatFabrik ini dihasilkan daripada gentian yang disusun dalam bekas kemudian diberi tindakan bahan kimia atau dijalin bersama-sama melalui proses mekanikal. Gentian kapas atau royan digunakan dalam penghasilan fabrik ini kerana jenis gentian ini akan menghasilkan fabrik yang tinggi daya serap. Selain daripada itu, gentian asli atau gentian buatan juga boleh digunakan untuk membuat fabrik ini.Ciri-ciri fabrik terikat adalah seperti berikut : Kuat dan teguh (dari yarn filamen atau stapel)

Tinggi daya serap (dari gentian kapas dan rayon)

Lembut dibandingkan dengan fabrik feltContoh dan kegunaan fabrik terikat boleh dilihat pada Rajah 2.6.

Rajah 2.6 Contoh dan kegunaan Fabrik Terikat

1.5.2 Fabrik FeltFabrik ini diperbuat daripada gentian bulu biri-biri atau benang sayat. Pertama sekali gentian akan disusun sehingga ketebalan yang dikehendaki kemudian susunan gentian tersebut akan diberi tekanan yang kuat dengan menggunakan lembapan, haba dan tekanan secara mekanikal. Akhir sekali, gentian tersebut akan bercantum dan menjadi sekeping fabrik.Ciri-ciri fabrik felt adalah seperti berikut : Kurang kukuh

Permukaan yang kasar

Tidak ada tepi kain

Kaku dan bentuknya tidak berubah kerana tiada yarn

Tepinya tidak berjerumbai dan boleh dipotong mengikut bentuk

Contoh dan kegunaan fabrik felt boleh dilihat pada Rajah 2.7.

Rajah 2.7 Contoh dan kegunaan Fabrik Felt1.6 Kemasan FabrikKemasan fabrik adalah salah satu proses yang terlibat dalam penghasilan fabrik di mana istilah kemasan fabrik ini berkaitan dengan proses rawatan yang dikendalikan kepada fabrik sebelum, semasa atau selepas fabrik tenun, kait atau dibuat bersesuaian dengan tujuannya iaitu memperbaiki rupa dan meningkatkan kualiti fabrik tersebut.Terdapat empat sebab utama kemasan fabrik dilakukan : Keselesaan

Kendalian

Keselamatan

Hiasan