pembangunan perisian pembelajaran · pdf file... (matematik) fakulti pendidikan ... 4.2.8...

20

Upload: vodien

Post on 02-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN
Page 2: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN
Page 3: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN BERASASKAN WEB UNTUK

SUBJEK TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

TINGKATAN 4 - PENYELENGGARAAN KOMPUTER PERIBADI

AZMAWATI BT MOHAMAD

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2007

Page 4: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

ii

Page 5: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

iii

Khusus buat suami yang kucintai...Mohd Azrul b. Abd Aziz

dengan penuh kasih dan penghargaan.

Untuk mak dan arwah abah...

tidak terbalas jerih payah kalian mendidikku.

Untuk kedua ibu dan bapa mertuaku...

yang dihormati.

Kepada abang-abang, kakak dan adik-adik...

yang disayangi.

Kepada anak-anak saudaraku...

Doaku agar kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah

serta berjaya dunia & akhirat.

Dan untuk guru-guru yang pernah mendidikku...

tunjuk ajar kalian sentiasa menjadi inspirasiku.

Juga tak kulupakan sahabat-sahabatku...

yang sentiasa mewarnai hidupku.

“ Semua orang bermimpi, tapi tak sama.

Mereka yang bermimpi di malam hari, mimpinya kekal sebagai khayalan.

Pemimpi-pemimpi di siang hari adalah mereka yang berbahaya,

kerana mereka akan berusaha menjadikan mimpi itu, satu kenyataan ”

Page 6: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

iv

PENGHARGAAN

Jutaan terima kasih dan penghargaan ikhlas kepada penyelia Projek Sarjana

Muda saya, Puan Norah bt Md Noor atas bimbingan dan dorongan serta idea-idea yang

bernas yang sudi beliau kongsikan bersama saya sepanjang tempoh pembangunan laman

web ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat suami tercinta En. Mohd Azrul b.

Abd Aziz yang sentiasa memberi dorongan serta membantu dari segi kewangan dan

seterusnya keluarga yang disayangi. Tidak lupa buat rakan-rakan seperjuangan, terima

kasih diucapkan atas idea yang diberikan.

Penghargaan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada

secara langsung mahupun tidak langsung membantu menjayakan projek pembangunan

laman web ini.

Page 7: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

v

ABSTRAK

Projek ini bertujuan untuk membangunkan sistem pembelajaran berasaskan web

bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk pelajar tingkatan 4 di

bawah sub tajuk Penyelenggaraan Komputer Peribadi mengikut huraian sukatan

pelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Laman web ini

dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX sebagai

perisian utama dan di sokong oleh perisian-perisian lain seperti Macromedia Flash MX

dan Adobe Photoshop. Proses reka bentuk pengajaran dan pembangunan bagi laman

web ini dibina berlandaskan model reka bentuk instruksi bersistem oleh Hanafin & Peck.

Bahasa penyampaian laman web ini adalah bahasa inggeris. Nota dan latihan yang

disediakan dalam laman web ini adalah dalam bentuk langkah demi langkah bagi

menggalakkan proses interaktiviti dengan pelajar. Diharapkan agar laman web ini dapat

membantu pelajar dalam memahami dan menguasai sub tajuk Penyelenggaraan

Komputer Peribadi.

Page 8: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

vi

ABSTRACT

The purpose of this project is to develop a web-based learning system for Form 4

Information Communication Technology (ICT) subject on topic PC Assembling which

based on the syllabus set by Malaysian Ministry Of Education. This web was developed

using Macromedia Dreamweaver MX as the main tool and supported by other

development software such as Macromedia Flash MX and Adobe Photoshop. The

development of this website is based on systematic instructional design model by

Hanafin & Peck. The contents of the website are presented in English. Notes and

exercises provided in this web page were in step by step action to encourage interactivity

process with the student. Hopefully, this website can be utilized to help students in

understanding and mastering the sub topic PC Assembling.

Page 9: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Rajah xi

Senarai Lampiran xii

1 PENDAHULUAN

1

1.1 Pengenalan

1.2 Latar belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Projek

1.4.1 Objektif Pembangunan Web

1.4.2 Objektif Pembelajaran

1.5 Kepentingan Projek

1.5.1 Pengguna / Pelajar

1.5.2 Pendidik

1.6 Skop Projek

1.7 Takrifan Istilah

1.7.1 Laman Web

1.7.2 Pembelajaran

1

3

4

5

5

6

6

6

7

7

8

8

8

Page 10: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

viii

1.7.3 Multimedia

1.7.4 Internet

1.7.5 Komputer

1.8 Penutup

8

9

9

10

2 SOROTAN PENULISAN

11

2.1 Pengenalan

2.2 Perkembangan ICT dalam pendidikan

2.3 Perkembangan teknologi internet dan laman

web dalam pendidikan

2.4 Pembelajaran Berbantukan Komputer

2.5 Laman web sebagai medium pengajaran dan

pembelajaran

2.6 Keberkesanan laman web dalam proses

pengajaran dan pembelajaran

2.7 Teori Pembelajaran

2.8 Penutup

11

11

13

14

15

17

18

21

3 REKA BENTUK PERISIAN

22

3.1 Pengenalan

3.2 Model Reka Bentuk Perisian

3.3 Fasa-fasa pembangunan

3.3.1 Fasa 1 : Analisa Keperluan

3.3.1.1 Tajuk Dan Skop Pelajaran

3.3.1.2 Pengguna Sasaran

3.3.1.3 Objektif

3.3.1.4 Perisian Yang Diperlukan

3.3.1.5 Perkakasan Yang Diperlukan

3.3.1.6 Peralatan Tambahan Untuk

Membangunkan Laman web

22

23

24

24

24

25

25

25

27

27

Page 11: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

ix

3.3.2 Fasa 2 : Reka bentuk

3.3.2.1 Kaedah Penyampaian

3.3.2.2 Reka Bentuk Skrin

3.3.2.2.1 Teks

3.3.2.2.2 Warna

3.3.2.2.3 Grafik

3.3.2.2.4 Animasi

3.3.2.2.5 Audio

3.3.3 Fasa 3 : Pembangunan dan Perlaksanaan

3.4 Penutup

28

28

29

30

30

31

31

31

32

32

4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB

33

4.1 Pengenalan

4.2 Paparan Laman Web

4.2.1 Home (Halaman Utama)

4.2.2 Intro & Objective (Pengenalan dan Objektif)

4.2.3 Info : Hardware Information

(Maklumat Perkakasan)

4.2.4 Notes : Assemble the PC

( Penyelenggaraan Komputer Peribadi)

4.2.5 Exercises (Latihan)

4.2.6 Games (Permainan)

4.2.7 Glossary (Glosari)

4.2.8 Books (Buku)

4.2.9 Contact (Hubungi)

4.3 Ciri-ciri Laman Web

4.4 Pengujian Laman Web dan Kesesuaian

4.5 Penutup

33

33

35

36

37

39

41

42

44

45

45

46

48

48

Page 12: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

x

5 PERBINCANGAN 49

5.1 Pengenalan

5.2 Perbincangan

5.3 Kelebihan laman web

5.4 Kelemahan laman web

5.5 Masalah yang dihadapi semasa pembangunan

laman web.

5.5.1 Kekurangan kemahiran dan kepakaran.

5.5.2 Kekurangan masa

5.6 Cadangan

5.7 Penutup

49

49

50

52

52

52

53

53

54

RUJUKAN 55

LAMPIRAN A 59

Page 13: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

3.1 Model Reka Bentuk Hannafin & Peck 23

4.1 Paparan Laman Utama Web 35

4.2 Paparan Pengenalan dan Objektif Pembelajaran 36

4.3 Paparan Maklumat Perkakasan Komputer 37

4.4 Paparan Penerangan Perkakasan Komputer 38

4.5 Paparan Senarai Semak Perkakasan Komputer 39

4.6 Paparan Nota Pelajaran 40

4.7 Paparan Latihan 41

4.8 Paparan Proses Memuat Turun Permainan 42

4.9 Paparan Permainan 43

4.10 Paparan Istilah-Istilah Penting 44

4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45

Page 14: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

xii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Carta Alir Laman Web 59

Page 15: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

31 0gos 1957 adalah merupakan tarikh keramat yang amat penting buat

Malaysia. Dimana pada waktu itu negara telah mencapai kemerdekaan. Semenjak itu,

sistem pendidikan kebangsaan telah mengalami perubahan ke arah kemajuan dan

pemantapan. Kini, pada abad ke-21, negara menghadapi cabaran dalaman dan luaran

akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (Information Communication Technology) (ICT). Salah satu cabaran

negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan

atau k-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. Perubahan sistem

ekonomi ini adalah satu fenomena yang merupakan akibat daripada arus perdana yang

dibawa oleh globalisasi. Ekonomi baru ini memerlukan sokongan padu daripada sektor

pendidikan yang merupakan ekonomi utama bagi menjayakan agenda negara. Cabaran

tersebut menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri

k-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan

juga pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi.

Secara realitinya Teknologi maklumat telah membawa pendidikan sedunia mara

setapak ke hadapan. Teknologi Maklumat membolehkan pendidikan jarak jauh

dilaksanakan. Mengikut sistem ini, para pelajar dapat mengambil kursus menerusi

mana-mana Institusi Pengajian Tinggi di dalam mahupun di luar negara melalui

Page 16: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

2

internet. Mereka tidak perlu menghadiri kuliah di institusi pengajian tersebut. Asalkan

ada sambungan internet, mereka dapat mempelajari kursus yang diambil tanpa mengira

masa dan tempat. Di Malaysia umpamanya, sebuah universiti maya yang pertama iaitu

Universiti Tun Abdul Razak atau UniTAR telah ditubuhkan dan akan mempelopori

pendidikan jarak jauh secara multimedia di negara ini. UniTAR mempunyai ciri-ciri

istimewa seperti pendidikan bebas, interaksi dalam talian, kelas maya, belajar secara

berkumpulan, penilaian dan peperiksaan. Perkembangan ini telah membuka lebih

banyak peluang pendidikan dan seterusnya akan melahirkan masyarakat madani yang

mahir dalam teknologi maklumat.

Satu lagi perkembangan dalam sistem pendidikan negara ialah penubuhan

Sekolah Bestari. Projek Sekolah Bestari bertujuan untuk menyediakan asas bagi

penghasilan pekerja ilmu yang akan memainkan peranan penting untuk membentuk

ekonomi yang berasaskan maklumat. Sekolah Bestari ditubuhkan bukan sahaja

ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Koridor Raya Multimedia (MSC), malahan

untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia yang akan menjadi kreatif serta inovatif

dalam pemikiran. Sehubungan dengan itu sistem pendidikan negara ini mempunyai dua

objektif yang perlu dicapai iaitu melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran

tertentu sebagai persiapan dalam melawan arus modenisasi dan globalisasi pada masa

depan dan mengembangkan nilai-nilai integriti yang diingini bagi membentuk pelajar

sebagai warganegara yang berdaya saing dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada

negara. Keupayaan dalam menjana generasi bangsa Malaysia yang bertamadun tinggi

dan diiktiraf pada masyarakat dan dunia adalah bergantung kepada sejauh mana

keberkesanan sistem pendidikan negara supaya dapat mencapai kedua-dua objektif

utama tersebut secara maksimum.

Page 17: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

3

1.2 Latar belakang Masalah

Kurikulum mata pelajaran Teknologi Maklumat telah dilaksanakan sejak tahun

1999. Lantaran kepesatan pembangunan dan kemajuan dalam bidang teknologi

maklumat maka kandungan kurikulum mata pelajaran Teknologi Maklumat telah

disemak semula dan dikemaskini untuk disesuaikan dengan kepesatan perubahan

tersebut. Pada masa yang sama, mata pelajaran ini telah dikategorikan sebagai mata

pelajaran sains dan teknologi maka bermula pada tahun 2006 mata pelajaran ini akan di

ajar dalam Bahasa Inggeris. Selari dengan perkembangan di atas, nama mata pelajaran

ini telah diubah daripada Teknologi Maklumat (Information Technology) kepada

Information and Communication Technology (ICT). Dalam kurikulum yang disemak

semula ini, di samping penyampaian bidang pengetahuan dalam ICT, penekanan kepada

bidang kemahiran ICT dipertingkatkan. Penekanan ini bertujuan untuk memantapkan

perlaksanaan kurikulum ICT di sekolah-sekolah menengah bagi meningkatkan minat,

ilmu pengetahuan dan kemahiran pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ICT

atau menceburi kerjaya yang berkaitan dengannya.

Sebagaimana yang telah kita ketahui dunia pendidikan negara kita pada masa

kini sangat mengharapkan kehadiran media pembelajaran yang bermutu tinggi bagi

meningkatkan kualiti pendidikan. Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Information

and Communication Technology (ICT) ini adalah mata pelajaran yang baru

diperkenalkan di sekolah dan sudah pasti bahan rujukan mengenai mata pelajaran ini

amat berkurangan dan terhad. Pada amnya, mata pelajaran ini tidak mempunyai buku

teks ataupun modul yang khusus. Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu mencari

nota pengajaran sendiri berdasarkan silibus pengajaran dan CD yang dibekalkan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 18: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

4

1.3 Pernyataan Masalah

Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan laman web bagi silibus

pengajaran ICT. Namun begitu, hingga kini masih lagi tiada sistem pembelajaran rasmi

yang disediakan menerusi web memandangkan mata pelajaran ini baru diubah dan

diperkenalkan pada tahun 2006. Walaupun terdapat maklumat di dalam internet

mengenai sistem komputer, perisian, perkakasan dan sebagainya mengenai ICT. Namun

demikian, kebanyakannya tidak memenuhi keperluan dan silibus mata pelajaran.

ICT ini. Hal ini menyusahkan para pelajar mahupun para pendidik untuk mencari

maklumat yang tepat dan bersesuaian.

Penggunaan laman web dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu

yang baru dalam pendidikan. Ciri interaktif dan fleksibel yang disediakan menjadi

pilihan utama kenapa laman web dilihat sebagai alternatif terkini proses penyampaian

pengajaran. Justeru itu pembangun akan memfokuskan bagaimana untuk menghasilkan

laman web yang memenuhi tuntutan semasa dan menjadi media pembelajaran yang

bermutu tinggi untuk digunakan oleh pelajar mahupun pendidik dan seterusnya dapat

meningkatkan kualiti pendidikan negara.

Sejajar dengan perkembangan terbaru ini, pembangun amat berminat untuk

membangunkan laman web yang dapat memperkenalkan dan seterusnya membantu

pelajar tingkatan 4 dan para pendidik dalam sub topik Penyelenggaraan Komputer

Peribadi bagi mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Nota dan latihan

yang disediakan dalam laman web ini adalah dalam bentuk langkah demi langkah bagi

menggalakkan proses interaktiviti dengan pelajar. Pembangun akan membina laman web

yang lebih interaktif disamping mengaplikasikan beberapa elemen multimedia.

Disamping itu, laman web ini juga mempunyai reka bentuk skrin, antara muka dan

penggunaan unsur hipermedia yang menggalakkan penerokaan kendiri sekaligus

memberikan peluang kepada pengguna membina kefahaman berdasarkan keupayaan

sendiri.

Page 19: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

5

Pembangun memilih laman web sebagai flatform kerana laman web merupakan

sesuatu kemudahan yang penting untuk membolehkan maklumat dikongsikan. Dengan

adanya laman web ini ianya akan memudahkan pelajar, guru dan pengguna yang lain

mengakses maklumat dengan lebih cepat, mudah dan murah. Melalui laman web,

aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan tanpa terikat kepada fakta

geografi, masa dan sempadan budaya. Di samping itu, laman web yang dibangunkan ini

dapat digunakan oleh pelajar di dalam makmal komputer sekolah sambil

mengaplikasikannya sendiri.

Justeru itu pembangun akan memfokuskan bagaimana untuk menghasilkan

laman web yang baik serta dapat memenuhi tuntutan semasa pendidikan dan menjadi

media pembelajaran yang bermutu tinggi untuk digunakan oleh pelajar mahupun

pendidik serta orang ramai dan seterusnya dapat meningkatkan kualiti pendidikan

negara.

1.4 Objektif Projek

Projek ini dibangunkan untuk memenuhi objektif pembangunan web dan objektif

pembelajaran.

1.4.1 Objektif Pembangunan Web Laman web ini dibangunkan untuk mencapai objektif berikut : i. Membangunkan sebuah laman web pendidikan bagi mata pelajaran

Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk pelajar tingkatan 4, di

bawah sub tajuk Penyelenggaraan Komputer Peribadi

Page 20: PEMBANGUNAN PERISIAN PEMBELAJARAN · PDF file... (Matematik) Fakulti Pendidikan ... 4.2.8 Books (Buku) 4.2.9 Contact ... 4.11 Paparan Senarai Buku Rujukan 45 . xii SENARAI LAMPIRAN

6

ii. Menghasilkan sebuah laman web pendidikan yang menarik yang

mengandungi elemen multimedia serta menggunakan kaedah langkah

demi langkah dalam menyampaikan isi pelajaran.

1.4.2 Objektif Pembelajaran Laman web ini dibangunkan untuk mencapai objektif pembelajaran berikut :

i. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar dan membina kefahaman

berdasarkan keupayaan sendiri.

ii. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan.

iii. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar.