pantun empat kerat (muafakat)
TRANSCRIPT
PANTUN EMPAT KERAT MUAFAKAT
Indah sungguh warna pelangi,
Tidak luput hingga senja;
Ke lurah sama diharungi,
Usaha bersama membawa bahagia.
Buah salak di dalam kantung,
Kulitnya keras isinya kelat;
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.
Turun ke paya memetik kangkung,
Hati-hati terkena getahnya;
Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat hidup bahagia.
Beras segantang sudah disukat,Lalu disimpan di atas para;Andai seluruh masyarakat muafakat,Negara damai rakyat sejahtera.
Sawah padi luas terbentang,Kuning keemasan indahnya maya;Percaya-mempercayai asas berpegang,Barulah muafakat kekal selamanya.
Harum sungguh bunga melati,Hiasan sanggul amat memikat;Bertolak ansur, hormat-menghormati,
Mengukuhkan perpaduan ikatan muafakat.
Maksud Pantun
Rangkap 1: Kesungguhan bersama-sama menghadapi susah senang akhirnya akan membawa kejayaan.
Rangkap 2: Manusia akan bersatu padu apabila bermuafakat.
Rangkap 3: Sikap bekerjasama dan bergotong-royong perlu menjadi amalan bagi menjamin kebahagiaan hidup.
Rangkap 4: Negara akan damai dan kehidupan rakyat akan aman sejahtera sekiranya nilai bermuafakat diberikan keutamaan.
Rangkap 5: Persefahaman akan berkekalan dalam kalangan anggota masyarakat sekiranya mereka berpegang kepada sikap saling mempercayai.
Rangkap 6: Perpaduan akan dapat diperkukuh andainya sikap tolak ansur dan hormat-menghormati diamalkan.
i. Kepentingan amalan bergotong-royong.
Contoh :Bergotong-royong penduduk sekampung,
Hidup muafakat, hidup bahagia.
ii. Sikap saling mempercayai asas permuafakatan.
Contoh :Percaya-mempercayai asas berpegang,
Barulah muafakat kekal selamanya.
iii. Sikap toleransi mengukuhkan perpaduan.
Contoh :Bertolak-ansur hormat-menghormati,
Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.
PERSOALAN
BENTUKi. Mempunyai 6 rangkap.
ii Mempunyai 4 baris bagi setiap rangkap.
iii Dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris di bawah merupakan maksud.
iv Jumlah perkataan antara 3 hingga 4 perkataan sebaris.
Contoh: ke lurah sama diharungi. (3 perkataan – rangkap 1)
Contoh: indah sungguh warna pelangi. (4 perkataan – rangkap 1)
v Terdiri daripada 9 hingga 13 suku kata sebaris.
Contoh: ke/ lu/rah/ sa/ma/ di/ha/ru/ngi/ ( 9 suku kata – rangkap 1)
Contoh: per/ca/ya/ mem/per/ca/ya/i/ a/sas/ ber/pe/gang/ (13 suku kata – rangkap 5)
vi Rima akhir abab.
GAYA BAHASAi. Asonansi – Pengulangan vokal a Contoh: usaha bersama membawa bahagia.
a. Aliterasi – Pengulangan konsonan k Contoh: kulitnya keras isinya kelat
b. Anafora: Pengulangan perkataan ‘bulat’ pada awal baris
Contoh: Bulat air oleh pembetung, Bulat manusia oleh muafakat
ii. Peribahasa Contoh: Bulat air oleh pembetung, Bulat manusia oleh muafakat
iii. Repitisi – Pengulangan perkataan ‘hidup’ dalam satu baris.
Contoh: Hidup muafakat hidup bahagia
iv. Inversi – Pembalikan kata
Contoh: bergotong-royong penduduk sekampung sepatutnya penduduk sekampung bergotong-royong
vii Unsur alam
Contoh: Tumbuhan - kangkung, bunga melati Alam – paya, sawah padi
NILAI
i. Nilai bekerjasama. Amalan bermuafakat dan bekerjasama dalam kalangan penduduk kampung melahirkan kehidupan yang sejahtera.
Contoh :Andai seluruh masyarakat muafakat,Negara damai, rakyat sejahtera.
ii. Nilai semangat bermasyarakat. Masyarakat yang percaya mempercayai akan dapat mengukuhkan perpaduan. Contoh :Percaya-mempercayai asas berpegang, Barulah muafakat kekal selamanya.
iii. Hormat-menghormati. Masyarakat yang saling menghormati dapat memperkukuhkan perpaduan.
Contoh : Bertolak-ansur hormat-menghormati,Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.
PENGAJARAN
i. Kita haruslah bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Contoh : Ke lurah sama diharungi,Usaha bersama membawa bahagia.
ii Kita hendaklah saling mempercayai antara satu sama lain.
Contoh : Percaya-mempercayai asas berpegang,Barulah muafakat kekal selamanya.
iii Kita perlulah saling menghormati dalam kalangan masyarakat.
Contoh : Bertolak-ansur hormat-menghormati, Mengukuh perpaduan, ikatan muafakat.