pantun empat kerat
TRANSCRIPT
AGAMA
Kemumu di dalam semak,
Jatuh melayang selaranyaMeski ilmu setinggi tegak,
Tidak sembahyang apa gunanya.Asam kandis asam gelugur,
Ketiga asam riang-riang,Menangis di pintu kubur,
Teringat badan tidak sembahyang
Kemumu di tengah pekan,Dihembus angin jatuh ke bawah,
Ilmu yang tidak diamalkanBagai pohon tidak berbuah
Banyaklah bulan antara bulan,Tidak semulia bulan puasa,
Banyaklah tuan serupa tuan,Tidak semulia Tuhan Yang Esa.
Bendahara Datuk Seri Paduka,Memerintah kota dan negeri,
Sengsara masuk dalam neraka,Hendaklah kita ingatkan diri.
Pohon dikebun habis berbuah,Disambut masak buah rembega,
Mohonkan ampun dosa yang sudah,Hendak masuk dalam syurga
RANGKAP 2Menyesal di penghujung usia keranatidak sembahyang
MAKSUD
RANGKAP 1Mempunyai ilmu yang tinggitidak berguna jika tidaksembahyang
RANGKAP 3Ilmu yang tidak diamalkanseperti sebatang pokok yang tidak berbuah
RANGKAP 4Banyak manusia yang mulia tetapi tidak bolehdisamakan dengan kemuliaan Tuhan YangEsa
RANGKAP 5Azab jika masuk neraka sebab itulahperlu sentiasa muhasabah diri
RANGKAP 6Memohon keampunan dosadaripada Tuhan supayadapat masuk syurga
TEMA
Kesedaran terhadap kewajipanmanusia ketika hidup di dunia
sebaai bekalan untuk ke akhirat
PERSOALAN1. Manusia perlu berilmu dan menunaikan solat.
2. Menyesal diusia tua kerana meninggalkan solat.
3. Ilmu yang ada perlu diamalkan, jikalau tidak sia-sia
4. sahaja ilmu itu.
5. Darjat dan kebesaran Tuhan Yang Esa.
6. Sentiasa muhasabah diri agar disayangi Tuhan yang Esa
7. Memohon keampunan daripada Tuhan supaya masuk syurga
BENTUK1. Enam rangkap.
2. Empat baris setiap rangkap.
3. Kebanyakan empat patah perkataan setiap rangkap.
4. Bilangan suku kata dalam setiap rangkap berbezaiaitu
5. lapan hingga sebelas suku kata.
6. Berbentuk terikat.
7. Rima akhir ialah abab.
GAYA BAHASA
Repetis/pengulangan perkataan pada
baris yang sama.
Asam kandis asam gelugur (rangkap 2)
Banyaklah bulan antara bulan (rangkap 4)
Banyaklah tuan serupa tuan(rangkap 4)
GAYA BAHASA
Anafora/pengulangan perkataan pada
awal baris
Tidak semulia bulan puasa (rangkap 4)
Tidak semulia Tuhan Yang Esa (rangkap 4)
Banyaklah bulan antara bulan (rangkap 4)
Banyaklah tuan serupa tuan (rangkap 4)
GAYA BAHASAResponi/pengulangan perkataan pada
tengah-tengah baris
Ilmu yang tidak diamalkan (rangkap 3)
Bagai pohon tidak berbuah (rangkap 3)
Sengsara masuk dalam neraka (rangkap 5)
Hendak masuk dalam syurga (rangkap 6)
GAYA BAHASASimile
Bagai pohon tidak berbuah (rangkap 3)
Imej alam
Asam kandis, asam gelugur, pohon kemumu dan buah
rembaga
Perlembangan
Pintu kubur bermaksud usia tua
NILAI PENGAJARAN
Taat kepada suruhan
agama
Kita wajib menunaikan sembahyang
Berilmu Kita perlu menjadi seorang yang berilmu
dan menggunakan ilmu yang ada
Mengakui kesalahan diri Kita perlu sentiasa muhasabah diri
keinsafan Kita hendaklah sentiasa memohon
keampunan daripada Tuhan
NILAI DAN PENGAJARAN
LATIHAN:
Jawab soalan-soalan yang berikut.1. Apakah nilai yang terdapat dalam Pantun
Empat Kerat (Agama)?
2. Nyatakan maksud pantun di bawah.Banyaklah bulan antara bulan
Tidak semulia bulan puasaBanyaklah tuan serupa tuan,
Tidak semulia Tuhan Yang Esa.
3. Jelaskan bentuk Pantun Empat Kerat (Agama)