nota seni visual

29
Menggambar Definisi Menggambar Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata. Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik. Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek Alat, Media dan Teknik Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll. Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Tujuan Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukis dan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer. (a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi (b) Aras Aplikasi dan Analisa Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual dengan perasaan gembira Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif (c) Aras Sintesis dan Penilaian Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea

Upload: fatin-fatini

Post on 30-Sep-2015

269 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

lhjgjgl

TRANSCRIPT

Menggambar

Definisi Menggambar

Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas permukaan rata.

Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.

Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek

Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.

Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2 dimensi

Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek

Alat, Media dan Teknik

Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah dll.Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna, media kering atau basah semuanya amat berguna untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar.Tujuan Menggambar Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam melukisdan membuat gambar Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar berdasarkan tema imaginasi murid Menggambar berdasarkan tema, pengalaman, imaginasi dan fantasi murid secara manual dan berbantukan komputer.(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui kegiatan menggambar. Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi(b) Aras Aplikasi dan Analisa Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda, alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara spontan Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual denganperasaan gembira Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif(c) Aras Sintesis dan Penilaian Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak isukai Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur flora dan fauna Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta mengutamakan keselamatan Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif

LUKISAN(a) Definisi LukisanLukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan ceta

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.(b) Alat, Media dan BahanPensil H- Adalah sejenis pensel jenis kerasPensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembutPensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warnaArang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesanPen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halusSoft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembutKrayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilinPen marker- Menghasilkan kesan garisan tebalMarker pelukisan (rendering marker)Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut. Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan. Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.(d) Tekniki. Coreng / contengii. Garisan konturiii. Titikiv. Pangkah silangv. Garisan selari.Menentukan Tema atau Subjek(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studioDalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan(iv) Kesan cahaya pada imej(v) Pembentukan bayang-bayang(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar bandingCATANCatan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrakJenis Warna1. Warna Poster2. Warna Air3. Cat Akrilik4. Cat Minyak5. Cat Tempera6. Cat Gouache7. Fresko - Kapur plaster

KOLAJKolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata.Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolajperlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.

MONTAJMontaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama.Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati.

CETAKANCetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotongpermukaan plat dengan dakwatTeknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih dahulu.

GOSOKANGosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan.Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan dan menghasilkan berbagai jalinan.Teknik gosokan Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang samasecara berulang kali Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan Gosokan secara pusingan Gosokan menggunakan berbagaibagai warna Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja. Gosokan potongan kertas

RESISResis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin.Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang terdapat pada permukaan kertas.Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk menghasilkan garisan di atas permukaan kertasResis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan menggunakan teknik tekanan garisan.Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting untuk membuat garisan lilin pada corak batik.Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

PERCIKANPercikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan.Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik.Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.

MOZEKSatu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas permukaan rata.Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan secara bersebelahan dan rapat tetapi masih meninggalkan ruang latar.Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan semulajadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam seni menggambar di dalam sekolah dan pada bangunan- bangunan di luar sekolah.

RUMUSAN Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid. Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana kemampuan murid terhadap aspek melukis dan membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu proses pembelajaran murid. Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas dan pemberitahuan imej mental seseorang. Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni bermutu dan menarik perhatian ramai. Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian. Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui 4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi dan penilaian. Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain, dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik.

Membuat Corak & Rekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

i. Corak tidak terancang secara:

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan.

Pualaman -

penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit seperti cat minyak.

Tiupan -

menggunakan straw dan warna untuk menghasilkan corak melalui teknik tiupan.

Titisan -

menggunakan lilin untuk dititiskan keatas permukaan rata atau kertas untuk menghasilkan corak, kemudian dilapis dengan sapuan warna untuk menampakkan kesan titisan.

Ikatan dan celupan -

menggunakan teknik ikat dan celup sama ada dengan simpulan ikatan,lipatan atau jahitan. ia juga dikenali sebagai batik pelangi.

Renjisan dan percikan -

sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara renjis dan percik.

ii. Corak terancang secara:

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik anyaman dan corak menggunakan garisan grid.

Lukisan -

membuat corak menggunakan teknik asas dalam melukis sama ada dengan melorek ton, melakar garisan, titikan dan gosokan.

Catan -

menggunakan media catan untuk menghasilkan corak terancang. contoh susunan batu bata.

Cetakan -

membuat corak dengan mencetak sama ada cetakan stensil, cetakan litografi, cetakan timbulan dan sebagainya.

Capan -

menggunakan kaedah capan iaitu teknik mengecap menggunakan bahan semulajadi untuk menghasilkan corak.

Lipatan dan guntingan -

menggunakan teknik lipatan dan guntingan untuk menghasilkan corak terancang.

Resis -

Teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

kolaj -

menggunakan teknik kolak untuk menghasilkan corak.

Kaligrafi

menggunakan teknik kaligrafi atau peggunaan muka taip sebagai corak.

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

Membentuk & Membuat Binaan

PengenalanMembentuk dan Membuat Binaan adalah satu bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Bidang ini mengandungi aktiviti untuk menghasilkan karya berbentuk tiga dimensi. Anda juga dapat memilih alat dan bahan yang sesuai mengikut aktiviti yang dipilih. Daripada aktiviti membentuk dan membuat binaan ini anda dapat menghasilkan pelbagai jenis kraf.KandunganTajuk ini disediakan untuk mengetahui dan memperoleh pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik membentuk dan membuat binaan. Semua hasil karya dalam unit ini adalah berbentuk tiga dimensi.

Bidang Kegiatan Membentuk dan Membuat Binaan memberi perhatian kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan.Aktiviti membentuk peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Antara aktiviti membentuk, murid dapat mengubah bentuk bahan seperti plastersin, tanah liat, tepung dan papier mache.Alat dan BahanPenggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya. Pilihlah alat dan bahan yang sesuai mengikut tajuk dan aktiviti.

Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat BinaanTerdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan.

Teknik Picitan

Teknik Lipatan

Teknik Potongan

Teknik Cantuman

Teknik Pembungkusan

Teknik Guntingan

Teknik Luakan

Jenis Aktiviti Membentuk dan Membuat BinaanTerdapat beberapa aktiviti dan teknik untuk menghasilkan karya dalam bidang Membentuk dan Membuat Binaan adalah seperti arca timbul, arca mobail, arca stabail, asemblaj, model, diorama, boneka, topeng dan origami.Untuk setiap aktiviti, anda perlu menggunakan tema yang sesuai dengan peringkat perkembangan murid. Sekiranya dirancang dengan rapi, murid dapat melibatkan kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam proses penghasilan. Selain daripada menggalakkan minat, imaginasi dan kreativiti kanak-kanak, anda perlu fikirkan bagaimana tema tersebut dapat dikaitkan dengan peringkat perkembangan kanak-kanak.Arca TimbulBentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj.

Arca MobailBahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan.

Arca StabailBahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.

AsemblajBahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam.

ModelBentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah-buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan.

DioramaGubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan.

BonekaModel yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru.

TopengMewatakkan semula imej manusia, binatang, atau unggas dalam konteks menampilkan semula kerangka yang boleh dipakai atau diserkup. Teknik yang digunakan adalah gam, cantuman atau kimpalan.

OrigamiObjek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan.

Mengenal Kraf Tradisional

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

Alat domestik

Alat permainan

Alat pertahanan diri

Perhiasan diri (ornamen)

Batik

Tekat

Ukiran

Tenunan

Anyaman

Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

Persatuan Pelukis Malaysia

Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS)i. Sejarah PenubuhanMajlis Kesenian Melayu telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan YTM Tunku Abdul Rahman Putra sebagai penaungnya. Pada tahun 1958, Majlis Kesenian Melayu telah diubah kepada nama Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dan seterusnya pada tahun 1964, ia telah diubah kepada Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS). Wujudnya APS adalah hasil dari kesedaran guru-guru yang telah menubuhkan Majlis Kesenian Melayu dalam tahun 1956.Majlis Kesenian Melayu menjalankan aktiviti-aktiviti kesenian seperti seni lukis, muzik dan kegiatan yang lain. Akhirnya pada awal tahun 1957, beberapa orang ahli merasakan bahawa perlunya sebuah persatuan kepada pelukis-pelukis Melayu. Oleh itu, Majlis Kesenian Melayu dibubarkan dan digantikan dengan Angkatan Pelukis Semenanjung pada 15 April 1958.ii. Pengasas dan Ahli-Ahli PersatuanFrank Sullivan, penaung seni yang terkenal telah menemui Mohd Hoessein Enas di Pulau Pinang pada tahun 1949 dan telah menggesa beliau berpindah ke Kuala Lumpur Hoessein. Akhirnya, Hoessein Enas bersama dengan kawan-kawannya menubuhkan Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) pada tahun 1967 dengan cogan katanya seni untuk masyarakat dan menggunakan kaedah figuratif.Pada peringkat awal, Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) dipengerusikan oleh Mohammed Hoessein Enas dan setiausahanya ialah Idris Salam. Beliau menumpahkan sepenuh jiwa dan raganya untuk membina seni tampak di negara ini.Ahli jawatankuasa terdiri daripada Zakaria Noor, Sabtu Yusuf, Habibah Baharuddin dan beberapa nama yang lain. Allahyarham Tan Sri Yaacob Latif telah dipilih sebagai penaung persatuan ini.Ahli-ahli pada peringkat awalnya ialah Mohd Hoessein Enas, Yaacob Latif, Habibah Manan, Idris Salam, Zakariah Noor, dan Sabtu Yusuf. Ahli yang menyertai kemudiannya ialah Mazli Mat Som dan Syed Ahmad Jamal. Antara ahli-ahli yang terkenal dalam persatuan ini ialah Idris Salam, Mohd Sallehuddin, Sabtu Mohd Yusof, Mazli Mat Som, Ahmad Hassan, Yusof Abdullah dan Zakariah Noor.iii. Kepentingan / Objektif / Hala tuju PersatuanObjektif utama APS ialah memperjuangkan nasib semua pelukis di negara ini selain menjadi medium penghubung antara golongan itu dengan kerajaan.Di samping itu, APS juga bertujuan untuk memperluaskan konsep dan pendekatan dalam seni catan realisme yang menampilkan identiti Melayu. Tidak dinafikan, pengaruh seni tampak Barat masih menebal terutama pada dekad pasca merdeka.Tetapi itu ketika Mohd. Hoessin masih ada. Kenyataannya kini tidak ada sebuah persatuan aktif yang menggabungkan seluruh pelukis tanah air di bawah satu bumbung. Dalam sastera, ada Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) dan teater ada Majlis Teater Kebangsaan (Tema).Penubuhan APS :a) Menyatupadukan peminat-peminat seni lukis di seluruh Malaysiab) Mengutamakan seni yang berkeperibadian Malaysia sebagai teras seni kebangsaan.c) Memelihara dan memperjuangkan seni kebangsaan.d) Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan kesenian khasnya seni lukis kebangsaan dan antarabangsa untuk kepentingan serta kemajuan APS dan seni kebangsaan..Ciri Ciri Istimewa APS :i. Catan berbentuk manusia secara realism menggunakan media cat minyak dan pastelii. Mempunyai pengikut yang ramai dari kalangan pelukis berpendidikan Melayuiii. Selepas 1970-an, pelbagai gaya catan telah bercampuriv. Aktiviti-AktivitiPada tahun 1959, kelas melukis potret telah diadakan di bangunan PBMS. Kelas ini terus berkembang dan akhirnya menjadi empat buah kelas.a) Kelas potret oleh Mohd Hoessein Enasb) Kelas Arca oleh Idris Salamc) Kelas grafik oleh Zakaria Noord) Seni dalaman oleh Habibah BaharuddinPada tahun 1964, Mazli Mat Som dilantik menjadi pengerusi APS menggantikan Mohammed Hoessein Enas. Angkatan Pelukis Semenanjung bertukar nama kepada Angkatan Pelukis SeMalaysia, selaras dengan gagasan pembentukan Malaysia.APS terus menjalankan aktiviti-aktiviti seperti kelas lukisan, pameran, bengkel dan sebagainya. Kini APS telah pun mempunyai bangunannya sendiri di JalanTun Abdul Razak, Kuala Lumpur.Pada tahun 1969 setelah Syed Ahmad Jamal menjadi yang diPertua APS, kelas-kelas diajar dengan konsep-konsep baru yang dikelolakan oleh pelukis-pelukis terkemuka yang kebanyakannya terdiri daripada pensyarah-pensyarah.v. Hasil Karya / AliranGaya seni lukis APS banyak dipengaruhi oleh gaya naturalis dan realism. Hanya selepas tahun 1970-an, pelbagai gaya telah bercampur.THE WEDNESDAY ART GROUPPengenalanPada tahun 1952, Peter Harris telah menubuhkan Wednesday Art Group di Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memperkenalkan estetika dan cara seni lukis moden kepada guru dan pelukis muda tempatan yang berminat. Pengasas kumpulan ini iaitu Peter haris merupakan ekspatariat lepasan sekolah seni lukis di United Kingdom yang bertugas sebagai Pengawas Seni Lukis Jabatan Kuala Lumpur pada tahun 1951. Beliau merupakan tokoh yang begiru berpengaruh terhadap seni lukis di sekolah-sekolah pada tahun 1950-an.Tema dan stailTema kumpulan ini ialah Seni sebagai wadah ekspresi diri. Ianya membawa maksud seni dilihat sebagai alat untuk meluahkan ekspresi ataupun menyampaikan maksud yang tersirat yang wujud dalam diri pengkarya. Tema ini sekaligus memberi galakan kepada pelukis untuk mencipta kaedah, penekanan dan pengucapan tampak yang tersendiri.Objektif utama kumpulan ini ialah memperkenalkan estetika, cara seni lukis, serta alat dan media catan baru kepada ahli-ahlinya. Pengasas kumpulan ini, iaitu Peter Harris juga telah memperkenalkan penggunaan berus besar dan keras menggantikan berus halus dan lembut serta penggunaan gouche sebagai bahan yang lebih liut daripada cat air sebagai media catan baru.Aktiviti yang dilaksanakan ialah bertemu pada setiap hari Rabu dan Sabtu untuk lukisan tubuh manusia (figuratif, gubahan dan lakonan.). Gaya catan kumpulan ini adalah pelbagai seperti aliran impresionis, post-impresionis dan gaya tersendiri. Sumbangan yang diberikan oleh kumpulan ini dikatakan bahawa asas falsafah yang disemai telah menjadi tenaga pembimbing utama dalam bidang seni lukis di Malaysia pada hari ini.Antara pelukis Wednesday Art Group ialah Cheong Laitong, Patrick Ng Kah Onn, Jolly Koh, Antony Lau, Dzulkifli Buyong, IsmailMustam, Hajedar Abdul Majid, Mustapha Mahmud, Zakaria Noor, Ho Kai Peng, LiauSiat Moi, Grace Selvanayagam, Phoon Poh Hon, Abdul Halim Mat, dan tokoh-tokoh lain.Antara contoh karya yang dihasilkan ialah karya Rumah Rakit-Kuala Lipis (1956) yang dihasilkan oleh Peter Harris. Karya ini menggambarkan keindahan dan kepermaian pemandangan alam tempatan. Karya ini dihasilkan daripada sapuan-sapuan berus yang yang terkawal dengan sifat gouche yang tebal. Nilai yang cuba disampaikan ialah budaya tempatan yang menonjolkan perspektif keindahan rumah tempatan iaitu rumah rakit di sebatang, Sungai PahangDari aspek gaya, karya ini merupakan catan gaya impresionis berdasarkan formula asas yang sangat digemari oleh pelukis Inggeris selepas Perang Dunia Kedua. Gubahan seolah-olah telah dibingkaikan oelh dahan-dahan pokok di sebelah tepi kiri dan kanan. Peniruan dan gaya harmoni kekuningan menimbulkan suasana tertentu di dalam karya.Asimilasi stail antara karya-karya Peter Harris dengan pelukis lain dalam kumpulan ini dapat dihayati dengan jelas menerusi pengolahan figura manusia yang berbentuk dengan jinjang dan tinggi lampai serta sapuan berus tebal ala impasto. Kepekaan para pelukis kepada tema-tema kedaerahan dan serantau juga dapat dilihat dalam karya Patrick Ng Kah Onnseperti semangat Bumi, Air dan udara (1958).Pengolahan figura juga dapat dilihat dalam karya Dzulkifli Buyong yang banyak mengambil tema kanak-kanak dalam karyanya. Catan pelukis ini merupakan representasi keriangan, kenakalan, keharmonian dan kegembiraan hidup kanak-kanak yang diterjemahkan riang bermain dan bergurau dalam persekitaran alam tempatan. Contoh karyanya seperti Murid Sekolah (1962), Kapal Kertas (1966), dan Burning Ants (1967).Teknik yang digunakan oleh Dzulkifli Buyong ialah catan dipersembahkan secara bersahaja dalam gaya impresionis manakala figura yang digayakan mempunyai daya tarikan spontan dan naf. Kegembiraan hidup kanak-kanak diterjemahkan melalui aktiviti-aktiviti harian mereka. Dari aspek gaya, beliau melambangkan kanak-kanak digambarkan riang bermain dalam persekitaran alam tempatan di samping penggunaan motif-motif kedaerahan menggambarkan suasana dan budaya di desa.Dalam karya Kapal Kertas (1966), beliau telah menggambarkan suasana budaya tempatan di desa. Kanak- kanak di dalam gambar jelas memperlihatkan cirri-ciri kanak-kanak Melayu di perkampungan Melayu. Ianya ditonjolkan dengan pakaian tradisional baju kurung dan kertas akhbar bertulisan jawi di dalam karya tersebut.KesimpulanDapat dilihat bahawa pelukis-pelukis dalam Wednesday Art Group telah membuat pembaharuan dengan meneroka media, teknik dan tema yang baru dalam mempamerkan tema pemandangan tempatan yang biasanya dihasilkan menggunakan cat air.Selain cuba menyampaikan mesej alam, mereka juga mengambil berat mengenai aspek kesenian dan budaya hidup masyarakat. Ini adalah sejajar dengan tema utama kumpulan ini yang bertunjangkan kepada Seni sebagai Wadah Ekspresi DiriContoh karyaPelukis :Peter HarrisTajuk : Rumah Rakit-Kuala Lipis (1956)Media : cat goucheAliran : impresionisPelukis : Dzulkifli BuyongTajuk : Kapal kertas (1966)Media : kapur pastelAliran : impresionisAKADEMI SENI NANYANGSejarah PenubuhanAkademi Seni Nanyang terbentuk hasil daripada penghijrahan pelukis-pelukis Cina ke Asia Tenggara, khususnya Singapura, akibat daripada perlanggaran tentera Jepun ke atas China pada tahun 1936 dan ia juga merupakan akademi seni yang awal ditubuhkan di negara ini atas usaha beberapa orang pelukis yang datang dari negara China di sekitar tahun 1930-an. Akademi yang julung kalinya ditubuhkan di Malaya dibuka dengan sebuah bilik yang kecil bertentangan dengan taman hiburan Gay World di Geylang, Singapura dalam tahun 1937. Setahun kemudian, ia berpindah ke sebuah bangunan yang terletak di 93, Jalan Seranggon, Singapura. Kemasukan kumpulan pelajar pertama adalah seramai 14 orang sahaja.Pada peringkat awal,hanya terdapat tiga orang tenaga pengajar sepenuh masa. Lim Hak Tai bertugas sebagai pengetua. Beliau mengajar catan cat air dan minyak. Kao Fei Tse mengajar asas lukisan dan Chang Meng Tee mengajar grafik ( reka bentuk ). Seorang pelukis mengajar sambilan di akademi ini ialah Chung Ting Wei.Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, akademi ini ditutup. Lim Hak Tai pula bersara. Pada tahun 1946, akademi ini dibuka semula dan berpindah ke 49, St Thomas Walk, Singapura. Akademi ini kemudiannya menghadapi masalah kewangan dan dua orang kaya telah dilantik menjadi lembaga pengarah untuk membantu kesulitan mereka, iaitu Tseng Chee Dahy dan Tsai Yan Fu.Kemudian pelukis-pelukis seperti Cheng Soo Pieng, Cheng Wen His, Maddamme Georgette Chen dan lain-lain dari negara China telah datang ke Singapura. Mereka ini mendapat pendidikan seni dari beberapa buah university di negara China. Kedatangan mereka member keyakinan kepada akademi ini. Cheng Soo Ping adalah salah seorang bekas pelajar, Lim Hak Tai di Akademi Seni Amoy, China, Cheng Wen His pula lulusan seni halus di New China University, Shanghai. Madam Georgette Cheng dilahirkan di Paris dan terpengaruh dengan catan Barat.Pada tahun 1950-an, akademi ini menawarkan kursus-kursus peringkat diploma yang mengambil masa selama 3 tahun. Kelas akan diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang. Akademi ini mengikut model akademi Beaux-arts.Pengasas / Ahli PersatuanLim Hak Tai yang merupakan pengasas kepada Akademi Seni Nanyang telah menerima pendidikan di Kolej Perguruan Seni Amoy ( Amoy Art Teachers Training College ) dalam bidang matematik, pendidikan seni dan seni catan barat.Beliau kemudiannya mengajar di Universiti Chip Bee di Amoy dan di Akademi Seni Amoy sebelum berhijrah ke Singapura. Di samping Hak Tai, pelukis-pelukis penting Nanyang yang lain adalah seperti Cheong Soo Pieng, Chen Wen Hsi, Georgette Chen, dan Chen Chong Swee ( Wharton, 1971 ). Kesemuanya tiba di Singapura selepas Perang Dunia Kedua dan mengajar di Akademi Nanyang selepas ia dibuka semula pada tahun 1946.Generasi kedua pelukis-pelukis Nanyang ini telah mengikuti pendidikan seni lukis Barat dan seni tradisi Cina di negara kita. Cheong Soo Pieng belajar di Akademi Seni Halus Amoy dan Akademi Seni Sin Hwa di Shanghai ( 1936 ) ; Chen Wen His menerima pendidikan di Akademi Sin Hwa dan Universiti Shanghai ( 1932 ); sementara Georgette Chen belajar di Academic Colarossi dan Academie Biloul di Paris, serta di Students League, New York ( Wharton, 1971 ; Piyadasa, 1979. Pengalaman luas mereka dalam seni Barat dan Cina telah mewujudkan pertembungan stail dalam perkembangan awal seni lukis moden tempatan.Kepentingan / hala tuju / objektifTujuan utama Akademi Seni Nanyang ini ditubuhkan di Malaya adalah untuk memberikan peluang kepada penggemar seni untuk menjalani kursus pada peringkat diploma di mana di dalam jangka masa kursus tersebut mengambil masa selama tiga tahun pada tahun 1950-an.Berdasarkan kepada kursus yang telah ditawarkan di dalam akademi ini, ia adalah berlandaskan atau berpandukan kepada model akademi Beaux-arts di mana akademi ini merupakan salah satu akademi seni halus kerajaan Perancis yang dianggap sebagai institusi seni yang paling penting di dunia.Dengan adanya kursus yan ditawarkan ini, diharapkan penggiat seni atau pun pelukis-pelukis Nanyang dapat mencerminkan asas serta permulaan kekuatan pengaruh Barat dalam dunia seni lukis tempatan yang sekali gus menyimbolkan proses asimilasi budaya dalam bidang kesenian.Aktiviti-aktiviti yang dijalankanPengasas dan juga ahli-ahli yang terdapat di dalam Akademi Nanyang ini merupakan pensyarah sepenuh masa dengan memberikan kursus kepada semua pelajar yang memasuki akademi ini. Lim Hak Tai ( pengetua & pensyarah cat air dan cat minyak ) Kao Fei Tse ( pensyarah asas lukisan ) Chang Meng Tee ( pensyarah grafik ) Chung Ting Wei ( pensyarah sambilan )Ciri keistimewaan :- Akademi ini ditutup semasa Perang Dunia Kedua ( 1941-1945 ) Akademi ini dibuka semula pada tahun 1946 tetapi menghadapi masalah kewangan. Jutawan Tseng Chee Dahy dan Tsai Yan Fu dilantik sebagai lembaga pengarah untuk menyelesaikan kesulitan.Pelukis tempatan keluaran Akademi Seni Nanyang Chung Chen Sun Cheah Yew Saik Jehan Chan Khoo Sui-Ho Kuo Ju Ping Le Chek Wan Lai Foong Moi Tan Choon Ghee Tew Nai-TongGaya catan pelukis keluaran Akademi Seni NanyangDipengaruhi oleh catan Eropah aliran impresionis, Post-Impresionis, fauvisme, kiubisme, ekspresionisme, dan abstrak ekspresionisme. Tidak ketinggalan juga gaya lukisan dan catan cina.