nota kadaster

Upload: afif-asyraf

Post on 04-Oct-2015

158 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

nota bagi ukur kadaster

TRANSCRIPT

SISTEM KADASTERPENGENALAN Adalah sistem pentadbiran tanah bagi mengurus pemilikan, pengukuran, dan pendaftaran tanah secara teratur.

Kadaster asal daripada perkataan Latin, Kadastikon, yang bermaksud buku nota/catetan mengenai sesuatu bidang tanah.

Pada masakini, sesuatu sistem kadaster itu umumnya akan merangkumi 3 aspek, iaitu: a. Tanah merupakan harta yang setiap manusia perlu miliki untuk menetap di atas mukabumi. b. Manusia adalah pemilik/tuanpunya tanah. Sebagai pemilik perlulah dia menjaga dan mengurus tanahnya supaya ia boleh menjadi sebagai satu sumber ekonomi.

c. Undang-undang adalah undang-undang tanah, yang diperuntukkan oleh Kerajaan bagi mentadbir dan menjaga kepentingan pemilik ke atas tanahnya supayaia kekal menjadi pemilik tanah yang sah.

Definasi kadaster (mengikut FIG 1996) ialah

A cadastre is normally a parcel based and up-to-dated land information system containing a record of interests in land (e.g. rights, restrictions and responsibilities).

It usually includes a geometric description of land parcels linked to other records describing the nature of the interests, and ownership or control of those interests and often the value of parcels and its improvements.

It may be established for fiscal purposes (e.g. valuation and equitable taxation).

Legal purposes (conveyancing), to assist in the management of land and land use (e.g. for planning and other administrative purposes), and enables sustainable development and environmental protection.Tiga (3) jenis kadaster iaitu;

Fiskal; Juridical/Legal; Multipurpose. Pada asalnya sistem kadaster disusun untuk tujuan fiskal iaitu bagi tujuan percukaian.

Kini sistem kadaster mengandungi urusan berkaitan legal seperti rekod hakmilik, pemberimilikan, hak, syarat dan kini boleh dianggap sebagai rekod pentadbiran dan perundangan tanah.

Sistem kadaster kini kearah kadaster serbaguna (multipurpose) bagi tujuan pengurusan tanah.

Ini adalah kerana kadaster legal dan kadaster fiskal jika digabungkan dengan maklumat-maklumat yang lain, ianya boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

Sistem kadaster bergantung kepada keperluan soslo-ekonomi negara, sistem pentadbiran tanah serta peruntukan undang-undang tanah di sesebuah negara.

Sistem kadaster tidak statik dan akan diubah bersesuaian dengan kehendak undang-undang negara, keperluan negara dan teknologi semasa.

Daripada undang-undang tanah, pelaksanaannya akan dibuat melalui peraturan dan pekeliling oleh agensi atau jabatan yang bertanggungjawab melaksanakannya

SISTEM KADASTERTAKRIFAN TANAHMenurut KTN 1965 (Sek 5), Tanah adalah:

a. Mukabumi dan semua benda yang berada di atas mukabumi, termasuk: - semua tumbuhan di atas mukabumi, seperti, pokok-pokok - semua benda yang terlekat pada mukabumi, atau, yang terlekat secara kekal pada benda-benda yang terlekat pada mukabumi, seperti bangunan b. Tanah di bawah mukabumi dan semua benda yang terkandung di dalamnya, seperti batu batan, bijih-bijih, logam, dsbnya c. Tanah yang diliputi air.

Menurut KTN 1965, semua tanah di dalam negeri, termasuk sungai, dasar laut,dan tepi pantai, adalah Tanah Kerajaan, kecuali:

a. Tanah yang diberimilik b. Tanah Rizab c. Tanah Lombong d. Tanah Hutan Simpanan.SISTEM KADASTERHAK PEMILIK Apabila sesuatu tanah itu telah diberimilik, maka hakmilik itu dijamin oleh pihak berkuasa dan tidak boleh dipertikaikan lagi.

Mengguna dan menikmati dengan munasabah seluas mana ruang udara yang ada di atas tanah mukabumi, dan juga, tanah yang ada di bawah mukabumi.

Melakukan pindahmilik, pajakan, gadaian, memberi sewaan, lien, ismen, atau, lain-lain urusniaga tanah.

Melakukan pecah sempadan, pecah bahagian, cantuman, dan pecah bahagian bangunan.

Melakukan penyerahan balik kesemua atau sebahagian tanahnya.

Mendapatkan hak lalu-lalang ke kawasan awam.SISTEM KADASTERPERUNDANGANJenis undang-undang mengenai tanah:

a. Kanun iaitu, Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965), adalah undang-undang tanah yang utama, yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan dan dikuatkuasa pada 1.01.1966, di semua negeri di Semenanjung Malaysia b. Enakmen iaitu, undang-undang yang diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri, untuk dipakai di setiap Negeri. c. Akta ini adalah undang-undang tambahan kepada KTN, yang diperuntukkan mengenai tajuk-tajuk tertentu, seperti :

i. Akta Pengambilan Tanah 1960 ii. Akta Penempatan Tanah Berkelompok 1960 iii. Akta Tanah Simpanan Melayu iv. Akta Hakmilik Strata 1985 SISTEM KADASTER PIHAK BERKUASA Terdapat 3 jenis Kerajaan yang berkuasa memperuntukkan undang-undang tanah: a. Kerajaan Persekutuan menentukan dasar bagi seragamkan undang-undang mengenai tanah di semua Negeri, di Parlimen. Menurut KTN Sek 6, Kerajaan Persekutuan boleh mewakilkan kuasanya kepada : - Majlis Tanah Negara (MTN) (Per 91 Akta Perlembagaan, KTN Sek 9) - Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan (KPUP)

b. Kerajaan Negeri tanah adalah hak Kerajaan Negeri, maka, undang-undang mengenai tanah dibuat oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN), di Dewan Negeri. Menurut KTN (Sek 12), PBN boleh mewakilkan kuasanya kepada pegawai-pegawai di jabatan-jabatan di setiap negeri, iaitu: - Pengarah Tanah dan Galian (PTG) - Pentadbir Tanah Daerah (PTD) - Pengarah Ukur dan Pemetaan (PUP)

c. Kerajaan Tempatan iaitu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengurus-tadbir dan menyelenggara segala harta-benda awam di kawasan Perbandaran, seperti, DBKL, MBPJ, MBSA, dsbnya, yang diketuai oleh Datuk Bandar, atau, YDP Majlis.SISTEM KADASTERJENIS-JENISTerdapat 3 jenis Sistem Kadaster, iaitu:

a. Kadaster Fiskal sistem kadaster yang hanya mengandungi catetan mengenai tanah dan pemiliknya, hanya untuk tujuan kutipan cukai. b. Kadaster Perundangan sistem kadaster yang berasaskan undang-undang tanah.

c. Kadaster Serbaguna sistem kadaster yang mengabungkan fiskal dan perundangan, serta pelbagai maklumat lain, seperti, jenis-jenis tanah, tanaman, bangunan, dsbnya, untuk pembangunan tanah. SISTEM KADASTER KONSEPTerdapat 2 jenis konsep yang digunakan di dalam Sistem Kadaster:1. Sistem Pendaftaran Surat Ikatan (Registration of Deeds) telah diperkenalkan pada 1880, berasaskan undang-undang tanah Inggeris. Ciri-cirinya: - Hakmilik tanah dibuat secara bertulis di atas surat ikatan yang diakui. - Sempadan tanah hakmilik tidak diukur dan tidak ditanda. - Surat ikatan tidak didaftar, dan data asal tidak dapat ditentukan kesahihannya, maka, hakmilik tidak terjamin. - Urusniaga tanah adalah rumit.

Sistem Torrens (Torrens System) telah diperkenalkan oleh Sir Robert Torrens dari negara Australia pada 1882. Ciri-cirinya: - Pemilik dan segala maklumat mengenai tanah yang dimiliki, didaftar. - Sempadan tanah Hakmilik diukur dan tanda di atas tanah. - Berdasarkan prinsip mirror , iaitu, maklumat di dalam dokumen hakmilik mencerminkan data-data mengenai tanah yang dimiliki; dan prinsip curtain, dimana, pembeli hanya perlu melihat pada maklumat yang tercatet dalam dokumen hakmilik sebagai maklumat yang sah. Ini menjadikan Hakmilik tidak boleh disangkal (indefeasibility of title) , dan dijamin oleh Kerajaan. - Urusniaga tanah yang mudah, murah, dan tulus.

SISTEM KADASTERBAHAGIAN Terdapat 2 bahagian dalam melaksanakan Sistem Kadaster, iaitu:

a. Pentadbiran Kadaster adalah bahagian yang mentadbir urusan pemberimilikan dan pendafatran tanah, dan menyediakan rekod-rekod yang berkaitan. Pihak-pihak yang berkuasa adalah PTG dan PTD

b. Pengukuran Kadaster setelah menerima permohonan ukur daripada pihak PTD, bahagian ini akan menjalankan kerja-kerja pengukuran dan penandaan sempadan, menyediakan pelbagai maklumat dan pelan kadaster, yang diperlukan untuk pendaftaran tanah. Pihak-pihak yang terlibat di dalam bahagian ini adalah JUPEM, JUPN dan JUTB. SISTEM KADASTERPROSEDURTerdapat 4 peringkat prosedur dalam perlaksanaan Sistem Kadaster:

a. Keputusan Sempadan ini adalah prosedur awal dalam pemberimilikan tanah, (Adjudication) dimana, petempatan dan had sempadan ditentukan setelah permohonan tanah diterima, oleh PTD

b. Penandaan Sempadan - setelah keputusan sempadan dibuat, maka, kerja-kerja (Demarcation) pemeriksaan dan penandaan sempadan dilakukan di atas tanah oleh PTD

c. Pengukuran Sempadan - prosedur ini dijalankan setelah mendapat permohonan (Survey) ukur daripada PTD, bagi mengukur dan menandakan sempadan di atas tanah, dan menggira keluasan, oleh JUP

d. Keterangan Sempadan Pelan kadaster dihasilkan oleh pihak JUP untuk beri (Description) keterangan mengenai sempadan yang perlu direkodkan ke dalam dokumen pendaftaran tanah. UKUR KADASTERPENGENALAN Ukur kadaster adalah sebahagian daripada Sistem Kadaster.

Pengukuran dijalankan bagi menyokong keperluan pentadbiran dan pendaftaran hakmilik, maka itu, ia juga disebut sebagai Ukur Hakmilik.

Menurut Peraturan Ukur 2002 (Per 5), ukur hakmilik ditakrifkan sebagai:

Ukuran yang meliputi mana-mana kerja ukur hakmilik tanah, strata, dan stratum, yang diwajibkan oleh undang-undang bertulis yang berkaitan dengan pendaftaran sesuatu hakmilik bagi pelupusan tanah, pecah sempadan/bahagian, dan cantuman termasuk : - Menanda, mengganti, menanam pastian, dan mengesahkan tanda-tanda sempadan, dimana perlu - Merekodkan data ukuran - Menyediakan data hitungan, dan - Menyediakan pelan-pelan kadaster

UKUR KADASTERKEPERLUANKeperluan mengikut Sistem Pendaftaran Torrens, bahawa : - Hakmilik sebagai bukti muktamad yang menunjukkan orang yang disebut di dalamnya adalah pemilik tanah yang sah. - Hakmilik tidak boleh disangkal, dan dijamin oleh Kerajaan. - Hakmilik tanah yang sah memerlukan perihal sempadan-sempadan yang tepat, dan ini hanya boleh ditentukan dengan pengukuran.

Keperluan menurut Kanun Tanah Negara:

a. Menurut KTN Sek 18(1) bahawa PTD hendaklah buat permohonan ukur kepada PUP, atau, menurut KTN Sek 409A, melantik JUTB, untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran.

b. Menurut KTN Sek 77(2) bahawa tanah yang diberimilik hendaklah diukur, sebelum ia boleh didaftarkan di bawah hakmilik muktamad. c. Menurut KTN Sek 396, tanah tidak dianggap telah diukur sehingga:

- Sempadan-sempadannya telah diukur dan telah ditandakan dengan batu-batu sempadan di atas tanah bagi menunjukkan had-had sempadan tanah. - Keluasan tanah telah dikira - Satu nombor lot telah diberikan - Satu pelan akui telah diluluskan oleh PUP

UKUR KADASTERPERANAN Terdapat 2 organisasi yang berperanan menjalankan aktiviti ukur kadaster, iaitu:

- Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM/JUPN), dan - Juruukur Tanah Berlesen (JUTB)

1. Peranan JUPEM dilaksanakan oleh Pengarah Ukur Negeri menurut KTN, seperti berikut:

- Mengeluarkan nombor lot tanah sebaik saja permohonan ukur diterima dari PTD. - Mengeluarkan arahan ukur kepada pegawai ukur, atau, memberi kebenaran kepada JUTB untuk menjalankan kerja-kerja ukur hakmilik. - Memastikan kerja-kerja ukur disiapkan mengikut tempoh waktu yang ditetapkan. - Mengawalselia dan memeriksa kerja-kerja pengukuran yang dijalankan oleh JUTB - Menyemak hasil-hasil kerja data ukuran, buku kerjaluar, shit-shit hitungan, dan dll - Memperakui pelan-pelan dan segala dokumen untuk tujuan pendaftaran hakmilik. 2. Peranan JUTB:

Menurut Akta JUTB 1958 (Sek 13), JUTB mempunyai hak bagi menjalankan perkhidmatan sebagai Juruukur Tanah untuk melaksanakan kerja-kerja ukur hakmilik, seperti yang diperuntukkan menurut Sek 2, iaitu: - Mengukur sempadan-sempadan hakmilik. - Menanam, mengganti, dan mencabut tanda-tanda sempadan. - Ukuran yang diperlukan untuk pembetulan sempadan, atau, tanda sempadan. - Membuat dan merakam semua ukuran dan hitungan yang berkaitan. - Menghasilkan pelan-pelan kadaster.

JUTB juga dikhendaki menjalankan kerja-kerja pengukuran menurut Peraturan JUTB 1959, seperti berikut: - Memberi notis izin kepada PU untuk menjalankan kerja-kerja ukur hakmilik. - Memastikan kerja-kerja ukur dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan- peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa, PU, dan PTD - Menyiapkan kerja-kerja ukur mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh PU - Mendepositkan semua data ukuran, buku kerjakuar, shit hitungan, dan pelan- pelan yang berkaitan, kepada PU - Memaklumkan apa-apa kesalahan ketara pada ukuran terdahulu, kepada PU, sebelum mengambil tindakan pembetulan.

UKUR KADASTERSEMPADAN & TANDA SEMPADANKONSEP SEMPADAN - Sempadan adalah garisan yang tidak ketara, yang memisahkan dua lot tanah, atau, lebih. - Sempadan hendaklah diukur dan ditanda kedudukannya supaya ia menjadi sebahagian daripada undang-undang, (KTN 396) - Tanda-tanda sempadan mestilah kukuh, kekal, mempunyai identiti, dan ketara. - Jika, terdapat perubahan pada kedudukan asalnya, perlulah dibetulkan semula dengan ukuran tanam pastian.

JENIS SEMPADAN a. Sempadan Tetap ialah sempadan yang ditentukan melalui ukur Kadaster. Setelah siap diukur dan disahkan oleh PU, kedudukan sempadan adalah tetap dan kekal

b. Sempadan Am ialah sempadan yang mempunyai bentuk semulajadi seperti, pagar, parit, tembok, sungai, tepian pantai, dan dsbnya; sebagai tanda garis sempadan. Ia tidak perlu diukur, oleh itu, kedudukannya tidak kekal. JENIS-JENIS TANDA SEMPADAN

- Batu Granit (BL) - Batu Konkrit Lama (BKL) - Batu Konkrit Baru (BKB) - Paip Besi (P) - Pepaku Besi

UNDANG-UNDANG MENGENAI TANDA SEMPADAN

- Menurut KTN 403, adalah menjadi satu kesalahan bagi sesiapa yang dengan sengaja telah mengganggu, memusnah, merosak, mengalih, dsbnya, dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500, dengan kos-kos upah kerja ukur untuk menandakan semula kedudukan asal tanda sempadan.

- Menurut KTN 405, adalah menjadi satu kewajipan setiap Pegawai Ukur untuk melaporkan kepada PTD mengenai apa-apa tanda sempadan yang didapati telah diubah, rosak, dsbnya, untuk diganti dan ditanda semula. Segala kos upah kerja ukur akan ditanggung oleh pemilik tanah.

UKUR KADASTERSISTEM KOORDINAT Menggunakan sistem koordinat segi-empat berdasarkan unjuran Cassini Soldner.

Setiap negeri mempunyai titik asal (origin) sistem koordinatnya tersendiri bagi kerja-kerja ukur yang dijalankan di negeri itu.

Sistem koordinat ukur kadaster berbeza dengan sistem koordinat ukur topografi, yang mengguna unjuran Bentuk Benar Serong di Tepati (Rectified Skew Orthomorphic, RSO)

Terdapat 2 jenis koordinat yang digunakan dalam ukur kadaster, iaitu: - Koordinat Tegar (Rigid Coordinates) yang diasaskan daripada ukuran penigasudutan, ukuran terabas piawai, dan ukuran kawalan. - Koordinat Pelotan (Plotting Coordinates) yang berpunca daripada koordinat tegar.

Koordinat Tegar mempunyai ketepatan 0.001 meter, dan Koordinat Pelotan mempunyai ketepatan 0.1 m. Koordinat pelotan di kawasan bandar akan dikira ketahap ketepatan 0.01mNegeriStesenG Lintang(Lat U)G. Bujur(Long T)Koordinat U/SKoordinatT/BJohorG.Blumut2 0233.30103 3345.9300N. Sembilan & MelakaG. Hill2 4244.22101 5628.20-948.547-242.005PahangG. Senyum3 4239.50102 2610.2400SelangorBkt Asa3 4049.24101 3029.68+55960.954-21759.457TerengganuG.Gajah4 5646.11102 5342.7500Pulau PinangFortCornwalli5 2516.77100 2045.1300Kedah & PerlisG.Perak5 5754.53100 3815.3400PerakG.Hijau Larut4 5133.77100 4900.36+133453.7850KelantanBkt Panau5 5338.12102 1038.2500ORIGIN SISTEM KOORDINAT CASSINI-SOLDNER SISTEM LAMAUKUR KADASTER2.6 SISTEM KAWALAN UKUR Terdapat 3 jenis Rangkaian Sistem Kawalan Ukur yang disediakan untuk kerja- kerja ukur kadaster, iaitu :

- Rangkaian tanda-tanda sempadan yang sediaada. - Rangkaian Terabas Piawai. - Rangkaian Stesen-stesen GPS.

Menurut Peraturan Ukur (Per 19), bahawa apabila terdapat stesen Rangkaian Kawalan Ukur Kadaster yang berkeadaan baik berhampiran tapak kerja, ukuran ikatan ke stesen-stesen tersebut hendaklah dilakukan.

Menurut Peraturan Ukur (Per 24), bahawa ukur kadaster hendaklah berasaskan kepada datum yang memuaskan, terdiri drpd 2 atau 3 tanda sempadan yang telah dibukti berada dalam kedudukan asal.

Menurut Peraturan Ukur (Per 26), bahawa semua bearing hendaklah ditutup pada setiap sela yang tidak melebihi 25 stesen, pada mana-mana tanda sempadan yang berkedudukan baik, atau, pada garisan cerapan matahari.

UKUR KADASTER2.7 PERATURANPeraturan-peraturan Ukur yang perlu dirujuk semasa menjalankankerja-kerja pengukuran hakmilik adalah, seperti berikut:

1. Peraturan Ukur Kadaster 2002

2. Pekeliling KPUP

3. Peraturan Juruukur Tanah Berlesen 1959 UKUR KADASTER2.8 JENIS-JENIS Jenis-jenis kerja ukur adalah berbeza-beza mengikut tujuan-tujuannya, seperti berikut: - Ukuran Pemberimilikan - Ukuran Pecah Sempadan/Bahagian - Ukuran Cantuman - Ukuran Serahbalik - Ukuran Pengambilan-balik Tanah - Ukuran Naiktaraf - Ukuran Hak Lalulalang - Ukuran Strata - Ukuran Stratum

Walaupun jenis-jenis kerja ukur itu berbeza-beza , tetapi, cara menjalankan setiap kerja ukur itu adalah mengikut Peraturan Ukur yang sama, kecuali, Ukur Strata dan Ukur StratumUKUR KADASTER2.9 PROSEDUR AWALPERMOHONAN UKUR Permohonan Ukur adalah satu borang yang dikeluarkan oleh PTD kepada JUP untuk menjalankan kerja-kerja ukur hakmilik yang diperlukan menurut KTN 396.

Berikut adalah butiran-butiran yang terdapat di dalam borang permohonan ukur : - Nombor Permohonan ukur - Nombor rujukan Pejabat Tanah - Jenis dan kegunaan tanah - Dokumen hakmilik tanah - Daerah/Mukim/Bandar/Pekan - Anggaran luas tanah - Nama dan alamat pemohon - Bayaran upah ukurPELAN PERMOHONAN UKUR

Ini adalah pelan asas yang digunakan oleh JUP untuk menyediakan surihan kerjaluar untuk kegunaan pegawai ukur menjalankan kerja ukur. Ia mengandungi : - Daerah/Mukim/Bandar - Skala yang diguna - Nombor syit piawai - Pelan lokasi - Rajah lot tanah yang perlu diukur, yang mengandungi no.lot PTD, ukuran sempadan dan luas tanah yang ditandakan merah, dan ukuran-ukuran sambungan ke lot-lot bersebelahan. - Rizab-rizab jalan/sungai - Nombor-nombor lot bersebelahan - Kedudukan tanda-tanda sempadan

SURIHAN KERJA LUAR (SKL) atau field tracing adalah panduan rajah yang dibekalkan oleh JUP, kepada pegawai ukur untuk menjalankan kerja-kerja ukur. Ia mengandungi 3 perkara:

- Permohonan Ukur mengandungi maklumat mengenai lot tanah yang dimohon

- Surihan rajah mengandungi maklumat ukuran sempadan lot tanah dan lot-lot bersebelahan.

- Arahan Ukur mengandungi arahan kerja pengukuran yang hendak dijalankan.UKUR KADASTER2.10 TENTUKURAN ALAT Menurut Peraturan Ukur (Per 21), bahawa alat-alat ukur yang digunakan untuk menjalankan kerja-kerja ukur hendaklah dibuat ujian alat bagi mempastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, mengikut prosedur dan tempoh yang ditetapkan oleh JUPEM .

Alat pengukur jarak seperti, rantai dan EDM hendaklah di uji seperti berikut:

- Ujian kalibrasi (Calibration Test) adalah ujian yang dijalankan mengikut tempoh yang tertentu, di tapak ujian yang disediakan oleh JUPEM.

- Ujian Perbezaan (Differential Test) adalah ujian yang dijalankan setiap kali mula kerja baharu. Ujian ini boleh dilakukan di tapak kerja.

- Ujian Harian (Daily Test) adalah ujian yang dijalankan setiap hari, sebelum menyambung kerja. Ujian dilakukan dengan mengukur semula garisan yang akhir diukur. UKUR KADASTER2.11 KAEDAH PENGUKURAN Kaedah pengukuran yang digunakan dalam ukur kadaster adalah Ukur Terabas Tertutup, iaitu, kerja ukur terabas yang bermula dan berakhir dengan tanda- tanda sempadan. Melibatkan 2 jenis pengukuran, iaitu, bearing dan jarak.

Jenis ukur terabas tertutup : - Ukur Terabas Gelung, iaitu, kerja ukur terabas yang bermula dan berakhir pada tanda-tanda sempadan yang sama.

- Ukur Terabas Penghubung, iaitu, kerja ukur terabas yang bermula dan berakhir pada tanda-tanda sempadan yang berlainan.

Kelasifikasi Ukur Terabas : - Ukur Terabas Kelas Satu mempunyai had tikaian bearing 1 15, dan tikaian lurus 1: 8000

- Ukur Terabas Kelas Dua mempunyai had tikaian bearing 2 30, dan tikaian lurus 1: 4000 UKUR KADASTER2.12 AMALAN KERJA UKURPENGUKURAN SUDUT DAN BEARING

- bearing hendaklah berasaskan kepada datum yang memuaskan. - bearing hendaklah dicerap pada dua penyilang, dimulai dengan cerapan penyilang kiri dan kemudian penyilang kanan. Perbezaan bacaan di antaranya mestilah tidak melebihi 20. - Bearing hendaklah dibaca sehingga 01 (Kelas Satu), atau, 10 (Kelas Dua) - Sudut tegak pertama perlu diukur di kedua-dua penyilang sehingga 01, dan perbezaan bacaan mestilah tidak melebihi 01.

PENGUKURAN JARAK

- Ukuran jarak sempadan seboleh-bolehnya dibuat secara terus. - Ukuran jarak diukur pada 2 penyilang, sehingga 0.001meter. Perbezaan bacaan tidak melebihi 0.004 meter - Ukuran jarak dengan alat EDM, hanya ukuran jarak ufuk sahaja perlu dibaca. SEMAKAN SUDUT DAN JARAK - Pengukuran untuk tujuan semakan sudut dan jarak hanya dilakukan kepada garis tergantung.

- Garis tergantung hendaklah sewajarnya pendek, tidak melebihi 20 meter.

- Semakan sudut perlu diukur pada satu penyilang, tetapi, dengan rujukan bearing yang berlainan. Perbezaan bacaan sudut tidak melebihi 01 - Semakan jarak dilakukan dengan ukuran cara berperingkat, atau, dengan cerapan sudut tegak yang berbeza.UKUR KADASTER2.13 DATUM TERABAS Datum ialah nilai-nilai ukuran yang dirujuk sebagai asas pemulaan dan penutup bagi sesuatu kerja Ukur terabas, iaitu, bearing datum.

Jenis-jenis bearing yang boleh digunakan sebagai Datum :

- Bearing Akui adalah bearing asal daripada kerja-kerja ukur terdahulu, yang nilainya telah diakui/disahkan betul mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam Peraturan Ukur. Bearing asal boleh diperolehi daripada Pelan-pelan Akui.

- Azimut adalah bearing yang diperolehi daripada cerapan matahari . Azimut mestilah diberikan pembetulan konvergen untuk mendapatkan bearing grid seperti yang digunakan dalam kerja-kerja ukur lapangan.

- Bearing Anggapan adalah bearing yang boleh diperolehi daripada kompas ukur. Bearing diguna hanya sementara, dan hendaklah diberikan pembetulan meridian setelah bearing asal diketahui daripada ukuran garis ikatan ke tanda-tanda sempadan. Menurut Peraturan Ukur (Per 24), setiap ukur kadaster hendaklah berasaskan kepada datum yang memuaskan, yang terdiri daripada :

a. 2 tanda sempadan bersebelahan dari ukuran terdahulu, yang mana, kedudukan asalnya telah dibuktikan betul dengan cerapan terus, atau, terabas dan hitungan, berserta dengan cerapan matahari untuk azimut.Secara terusSecara terabas dan hitunganhalanganmatahariBKLBKLBKLBKL3 tanda sempadan, dua daripadanya bersebelahan, yang dibuktikan dengan ukuran sudut dan jarak, atau, dengan terabas dan hitungan, berada dalam kedudukan asalnya.Secara terusSecara terabas dan hitunganBKLBKLBKLBKLBKLpktpktBKLBKLBKLUKUR KADASTER2.14 PEMBUKUAN Jenis pembukuan yang boleh digunakan untuk merekodkan ukuran Kadaster :

a. Pembukuan Manual merekod data-data cerapan ke dalam buku kerjaluar. b. Pembukuan Elektronik merekod data-data cerapan ke dalam buku kerja luar elektronik, seperti PC Tablet.

Peraturan Pembukuan Cerapan :

- Pembukuan dibuat terus ke dalam buku kerjaluar yang rasmi (JUPEM) menggunakan pen berdawat hitam. - Bearing dan jarak hendaklah dicatatkan pada ruang-ruang yang ditetapkan, dengan kejituan mengikut kelas-kelas ukuran, seperti berikut :Kelas SatuKelas DuaKelas TigaBearing011001Jarak0.001m0.001m0.01mBrg Muktamad013001 Keterangan datum hendaklah dituliskan pada ruang pertama bagi menyatakan jenis datum yang digunakan, samaada, bearing akui atau bearing anggapan.

Tarikh mula dan tamat kerja pada setiap hari, hendaklah dituliskan di ruang suhu.

Keterangan bagi setiap stesen yang diduduki hendaklah dinyatakan, seperti, BKL, BKB, Pb, Pk, Pkt....dsbnya.

Keterangan bagi bearing tutup hendaklah dituliskan seperti berikut:

Garis 1 2 dibaca 123 45 50 sepatutnya 123 45 00 Tikaian bearing + 50 dalam 5 stn, 2,3,4,5, dan 1 Pembetulan - 10 se stn. Sebarang kesilapan atau perubahan pada catatan, samaada, dengan cara memadam atau menindih tulisan (overwriting), adalah tidak dibenarkan.

Sebarang pembatalan pada catatan hendaklah dilakukan dengan betul mengikut ruang-ruang tertentu, iaitu, ruang cerapan dan ruang hitungan, seperti berikut:P. KiriP. KananPurataBrg MS. TegakJarakJ. Muktamad 2 45 12 30225 12 3034H35.67835.68735.677 3(35.676) 4236 47 00236 47 50 245 12 30225 12 30236 47 20 (sepertidi atas) 3 BKL 4236 47 20236 47 20Ruang cerapanRuang cerapanRuanghitungRuanghitungRuanghitung Setiap pembatalan hendaklah ditandatangani dan bertarikh. Peraturan Pembukuan Gambarajah :

- Gambarajah hendaklah dilukis di mukasurat sebelah kanan, sebagai rujukan kepada cerapan-cerapan yang dicatat di mukasurat sebelah kiri.

- Bearing-bearing garis terabas dan sempadan hendaklah dilukiskan mengikut arah Utara yang menegak, dan jarak-jarak hendaklah dilukis tanpa skala. Garis-garis ukur hendaklah ditandakan dengan warna merah.

- Bearing dan jarak hendaklah dicatat di garis-garis ukur, mengikut kejituan berikut: Kelas SatuKelas DuaKelas TigaBearing103001Jarak0.001m0.001m0.01m - Butiran-butiran seperti jalan, sungai, dsbnya, yang diukur hendaklah dilukiskan juga.

- Keterangan-keterangan yang lain seperti Mukim, Daerah, no. Lot-lot tanah, dsbnya, hendaklah juga dinyatakan.UKUR KADASTER2.15 PERMASALAHAN Jenis-jenis permasalahan dalam kerja ukur terabas :

a. Garis sempadan pendek garis sempadan yang 1000 hektar 0.0001 ha 0.001 ha 0.01 ha 0.1 ha 1 haSaiz Format Pelan Akui

Pelan Akui hendaklah dilukiskan di atas sebidang kertas pelotan yang berukuran 420mm x 594mm (saiz A2), mengikut format-format yang telah ditetapkan seperti berikut:JenisFormatSaizKertas(mm)Jidar Minima (mm)Atas BawahKiri KananRuang TekRuang GrafikA420X5941010400X114400X460B420X5941710560X120560X280C420X5941017120X560280X560RuangTekRuang Grafik594mm114mm460mm10mm10mm10mm10mm420mm400mmFormat ARuang TekRuang TekRuang GrafikRuang GrafikFORMAT BFORMAT C

TUGASAN

HITUNG:1. MISSING LINE2. TIKAIAN LURUS3. KORDINAT TERLARASKORDINAT1000 UTARA, 1000 TIMUR456312GrouplinelinelinelineLinelinelineline13-44-66-77-88-99-11-3 ?27-88-99-11-22-33-44-7?37-88-99-11-22-33-55-66-7?48-99-11-22-33-44-66-8?52-33-44-66-77-88-99-11-2?62-33-44-66-55-77-88-99-2?UKUR KADASTER2.19 CERAPAN MATAHARIPENGENALAN Cerapan matahari adalah satu kaedah pengukuran bagi menentukan azimut garisan secara astronomikal, iaitu, dengan melakukan cerapan ke matahari.

Digunakan dalam kerja-kerja ukur terabas untuk pengesahan datum dan kawalan bearing.

KAEDAH Terdapat 2 kaedah cerapan iaitu : - Kaedah Sudut Tegak - Kaedah Sudut Waktu

Kaedah yang paling sesuai digunakan di Malaysia adalah kaedah Sudut Tegak kerana kawasan negara ini mempunyai latitud yang rendah ( 3 ).

Dalam kaedah ini, sudut tegak matahari diukur dan waktu cerapan dicatatkan.

Azimut matahari dihitungkan dengan menggunakan trigonometri sfera berdasarkan kaedah cerapan extra-meridian matahari.PROSEDURButir-butir cerapan : - Bearing garis stesen rujukan (R.O) - Bearing matahari - Sudut tegak matahari - Tarikh dan Waktu cerapan - Bacaan gelembung ufuk - Koordinat stesen cerapan dan stesen origin, dan Latitud stesen origin - Almanak bintang b. Syarat-syarat cerapan - Masa cerapan yang sesuai adalah disebelah pagi di antara 830pg 10pg, ketika matahari sedang naik perlahan pada sudut tegak 14 - 30. Ketika ini perubahan pada sudut adalah kecil. - Atau, di sebelah petang pada sudut tegak yang sama sebelum matahari terbenam. Masa cerapan hendaklah guna +12jam dan azimut yang dihitung hendaklah 360. - Cerapan pada sudut tegak yang rendah tidak digalakan untuk menggelakkan selisih biasan udara. Manakala, cerapan pada sudut tegak yang tinggi tidak sesuai kerana perubahan pada sudut tegak sangat ketara dan kesukaran mendonggak teropong. - Cerapan hendaklah dilakukan sekurang2nya dalam 2 set, menggunakan borang yang yang disediakan oleh JUPEM. Perbezaan azimut di antara set-set hendaklah < 10 bagi Kelas Satu, dan < 30 bagi Kelas Dua. - Sela waktu di antara cerapan hendaklah kecil dan sama. - Panjang garisan stesen rujukan hendaklah jangan < 40m.c. Prosedur cerapan - Dirikan alat di stesen cerapan, set bearing stesen rujukan di penyilang kiri, dan cerap ke stesen rujukan.

- Kemudian, cerap (menggunakan kanta gelap) ke matahari dan awasi pergerakan nya dengan skru-skru slowmotion sehingga garis rerambut tepat pada sisi kanan bulatan matahari. Catatkan waktu cerapan , sudut tegak , bearing, dan bacaan gelembung ufuk. Cerap pula tepat ke sisi kiri bulatan matahari. Catatkan butir- butir yang sama seperti di atas.

- Transit teropong ke penyilang kanan, dan cerap tepat ke sisi kiri bulatan matahari. Kemudian, cerap pula tepat ke sisi kanan bulatan matahari. Catatkan butir-butir yang sama.

- Akhirnya, cerap ke stesen rujukan, dan catatkan bearing penyilang kanan. Selesai cerapan bagi set pertama.

- Ulangi keseluruhan cara di atas bagi cerapan set ke dua.Penyilang kiriPenyilang kananPERHITUNGAN

a. Pembetulan Kepada Cerapan Matahari

Data-data cerapan matahari perlulah dilaraskan dengan memberikan pembetulan-pembetulan berikut : Pelarasan sudut tegak. - pembetulan refraksi dan paralaks (Jadual di dalam Almanak Bintang) - pembetulan semi-diamater matahari (jika cerapan tidak pada pusat m/hari).

Pelarasan bearing cerapan - pembetulan gelembung (disebabkan oleh kecondongan paksi tegak): a ( R L) Tan a - bacaan satu bahagian gelembung 8 - bacaan sudut tegak - pembetulan konvergen (bagi menukar azimut kepada bearing grid)

Pelarasan Waktu cerapan - pembetulan waktu GMT : - 8 jam (daripada waktu tempatan) Perhitungan Azimut

Hitungkan nilai-nilai purata bagi setiap set cerapan: - bearing stesen rujukan - bearing matahari - sudut tegak - waktu cerapan

Hitungkan pembetulan-pembetulan bagi : - gelembung - refraksi dan paralaks - waktu GMT

Hitungkan beza-beza koordinat (U&T) di antara koordinat stesen dengan Origin. (Koordinat stesen boleh diperolehi daripada terabas atau pelan sediaada).

Hitungkan Latitud stesen : stn = Origin + (beza koordinat Utara x 0.03256 ).

Hitungkan konvergen : Beza koordinat Timur x 0.03246 x Sin stn ( Jika stesen cerapan berada di sebelah timur stn origin, maka, konvergen negatif dan sebaliknya ).

Hitungkan Azimut matahari daripada formula berikut :

Cos Az = Cos P Sin stn Sin Cos stn Cos

dimana : Jarak Polar, P = ( 90 + ), dan Deklinasi, - bagi matahari di sebelah Utara + bagi matahari di sebelah Selatan Azimut matahari, Az ( jika, matahari di sebelah Timur, pagi ), dan 360- Az ( jika, matahari di sebelah Barat, petang)

Hitungkan selisih sudut di antara bearing matahari yang dicerap dengan azimut matahari yang dihitung, untuk mendapatkan azimut stesen rujukan.

Sel sudut = bearing matahari azimut matahari Az. Stn rujukan = bearing stn rujukan + sel sudut Hitungkan bearing stesen rujukan dengan memberikan pembetulan-pembetulan gelembung dan konvergen kepada azimut stesen rujukan.

Brg stn rujukan = Az. stn. rujukan + konvergen gelembung Selisih yang dibenarkan di antara 2 set bacaan hendak 10 (Kelas 1), atau, 30 (Kelas 2).

UKUR KADASTER2.20 TANAM PASTIANPENGENALAN:

Menurut Perkeliling 9/55, kedudukan tanda-tanda sempadan yang dikatakan tidak teranjak ialah apabila :

- tanda sempadan didapati masih tegak dan tegap, dan kepalanya terdedah dari permukaan tanah dengan ketinggian biasa, dianggap dalam kedudukan asal sehingga dibuktikan sebaliknya.

- Tanda sempadan didapati condong dari pangkalnya, dianggap berada dalam kedudukan asalnya sehingga dibuktikan sebaliknya. Oleh itu, ia hendaklah ditegakkan semula sebelum cerapan dibuat kepadanya.

Menurut Peraturan Ukur 2002 (Perkara 29), tanda-tanda sempadan yang hilang, atau, teranjak melebihi had yang dibenarkan, hendaklah dibuat tanam pastian.

KRITERIA

Menurut Peraturan Ukur Per. 43, Perbandingan dengan nilai ukuran asal hendaklah dibuat bagi memastikan tiada perselisihan garis sempadan dan tanda- tanda sempadan tidak teranjak daripada kedudukan asalnya.

Penentuan ajakan pada garis sempadan adalah seperti berikut :

- bagi garisan yang tidak < 40m, selisih bearing 01 dan selisih jarak garisan 0.015m

- bagi garisan yang > 40m, selisih bearing 30, selisih jarak garisan 0.006m setiap 20m, dengan ajakan maksimum 0.05m.

Penentuan ajakan pada tanda sempadan adalah seperti berikut :

- bagi kawasan luar bandar yang diukur dengan kelas kedua, tanam pastian hanya perlu dibuat jika anjakan melebihi 0.1m

- bagi lain-lain kawasan yang diukur dengan kelas satu, tanam pastian perlu dibuat jika anjakan melebihi 0.05m PROSEDUR :

Jalankan kerja Ukuran Semula pada sempadan-sempadan lot yang terdapat tanda-tanda sempadan yang teranjak, atau, hilang.

- Guna ukur terabas (kelas 1 atau 2) mengikut kawasan.

- Seboleh-bolehnya tanda-tanda sempadan hendaklah diduduki sebagai stesen dan dicerap secara terus.

- Jika terdapat perbezaan di antara ukuran baru dan ukuran asal, maka, piket terabas hendaklah dibuat berdekatan (