moral dan etika- peperangan (mulan)

24
PEPERANGAN ANTARA MONGOLIA DENGAN DINASTI SHANG

Upload: joey-teh

Post on 23-Jun-2015

379 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

PEPERANGAN ANTARA MONGOLIADENGAN

DINASTI SHANG

Page 2: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

PEPERANGAN

Page 3: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Pada zaman dahulu, Mongolia ingin menjajah tanah negara Dinasti Shang. Oleh itu, tercetusnya peperangan antara dua negara tersebut.

Bilangan tentera Dinasti Shang tidak mencukupi dan menyebabkan kerajaan memaksa tentera lelaki untuk melibatkan diri dalam peperangan itu.

Hua seorang lelaki yang berusia terpilih untuk berkhidmat dalam peperangan. Anak tunggalnya, seorang perempuan yang bernama Mulan serta berusia 18 tahun dengan suka relanya mengganti bapanya pergi berperang.

Page 4: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Hal ini telah diketahui oleh ibunya. Ibu turut membantah perbuatan itu dan menasihati Mulan agar jangan pergi berperang.

Tetapi Mulan bertekad terhadap keputusannya dan pergi ke kem latihan bagi menyediakan diri untuk peperangan.

Page 5: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Beberapa bulan kemudian, Mulan dan pasukan tenteranya memulakan peperangan pertama terhadap tentera Mongolia. Mulan kekurangan strategi dan teknik peperangan telah menyebabkan ramai tentera terkorban dalam peperangan itu.

Page 6: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Peperangan itu telah mendatangkan penderitaan kepada kebanyakan rakyat jelata dan sumber-sumber negara telah habis digunakan dalam peperangan ini. Secara tidak langsung, ketenteraman dan keharmonian negara telah diancam.

Page 7: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Selepas peperangan itu, Mulan telah mendapat pengajaran dan melengkapkan diri dengan pelbagai teknik dan strategi peperangan. Dia menyemarakkan semangat pasukan tentera dan bersedia untuk peperangan kali kedua.Walaupun bilangan pasukan tentera Mulan agak kecil, tetapi mereka mempunyai keyakinan yang tinggi. Akhirnya, Mulan telah menang dalam peperangan itu dengan menggunakan akal dan teknik yang strategik untuk memimpin tenteranya.

Page 8: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Identiti Mulan telah diketahui oleh pasukannya, dia turut meminta maaf dengan tentera pasukannya secara umum.Mereka memaafkan perbuatan Mulan kerana menaruh kasihan kepada Mulan yang mempunyai perasaan yang dalam terhadap bapanya dan semangat patriotik terhadap negaranya.Raja Dinasti Shang melantik Mulan sebagai general perempuan yang pertama.

Page 9: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

TEORI SOKONG

Page 10: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

ALIRAN EGOISME ETIKA

Definisi: Tindakan yang bermoral ialah sesuatu tindakan yang membawa kegembiraan kepada diri sendiri.

Page 11: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Tindakan Mulan adalah bermoral kerana:

Dia akan menjadi lebih berani selepas dia melibatkan diri dalam peperangan.

Dia tidak perlu bimbang kalau dia mengganti bapanya pergi berperang.

Dia dapat menimba pengetahuan yang luas selepas menjadi ketua tentera.

Page 12: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

ALIRAN EKSISTENSIALISME

Definisi: Tindakan yang bermoral yang dilakukan atas kebebasan sendiri untuk membuat pilihan dengan syarat seseorang itu mesti bertanggungjawab terhadap pilihannya.

Page 13: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Tindakan Mulan adalah bermoral kerana:

Dia menggunakan kebebasannya memilih untuk mengganti bapanya pergi berperang.

Dia sudi bertanggungjawab akan perbuatannya dengan sudi mengorbankan nyawanya dalam peperangan tersebut.

Walaupun Mulan dinasihati oleh ibunya, tetapi akhirnya Mulan yang membuat keputusan sendiri untuk mengganti bapanya pergi berperang.

Page 14: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

TEORI BANTAH

Page 15: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

UTILITARIANISME TINDAK

Definisi: Tindakan yang bermoral ialah tindakan yang boleh membawa kebaikan maksimum kepada sejumlah orang yang paling banyak.

Page 16: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Tindakan Mulan adalah tidak bermoral kerana:

Dia menyebabkan ibunya berasa risau akan keselamatannya.

Dia menyusahkan rakyat jelata karana mereka terpaksa mengalami kehidupan yang perit dan derita.

Dia menyebabkan kematian ramai anggota tentera akibat melancarkan dua kali peperangan.

Page 17: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

PRINSIP KEWAJIPAN KANT

Definisi: Tindakan yang bermoral ialah tindakan yang dilakukan kerana kewajipan/ tanggungjawab/ obligasi/ tugas dan tindakan tersebut dilakukan dengan tekad/ motif yang baik.

Page 18: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Tindakan Mulan adalah tidak bermoral kerana:

Dia tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai anak yang harus megikut nasihat ibunya.

Dia tidak bertekad baik kerana mengganti bapanya pergi berperang tanpa mempedulikan perasaan ibu bapanya.

Dia tidak mengutamakan prinsip kemanusiaan kerana peperangan tersebut menyebabkan pengorbanan ramai nyawa.

Page 19: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

AGAMA

Page 20: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

AGAMA KRISTIAN

Mematuhi nilai kesetiaan yang tergantung dalam nilai-nilai Roh Tuhan.

Definisi: Kesetiaan bermaksud Umat Kristian bersikap setia dalam menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawab kepada mereka.

Page 21: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Mulan dan tenteranya bersikap setia akan negaranya untuk mempertahankan tanahnya dengan menentang penjajah.

Mulan bersikap setia dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua tentera dengan memenangi peperangan tersebut.

Pendirian: Tindakan Mulan adalah bermoral.

Page 22: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

AGAMA KONFUSIANISME

Nilai murni “Yi”, “Ba De” atau lapan nilai murni.

“Yi” bermaksud melakukan sesuatu dengan cara yang betul atau bermoral dan patut dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

Page 23: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

Mulan yang mengganti bapanya pergi berperang merupakan cara yang betul kerana bapanya sudah berusia.

Pemerintah negara harus menjaga kepentingan negara dan keselamatan rakyat dengan tidak melancarkan peperangan.

Dalam menyelesaikan sesuatu masalah, peperangan tidak harus dilancarkan kerana akan menyebabkan pengorbanan nyawa.

Pendirian: Tindakan Mulan adalah bermoral.

Page 24: Moral dan Etika- Peperangan (Mulan)

TAMAT