migrasi penduduk

Download MIGRASI penduduk

Post on 07-Jul-2015

4.571 views

Category:

Documents

7 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

KONSEP MOBILITI DAN MIGRASI Mobiliti penduduk/pergerakan penduduk mempunyai pengertian yang lebih luas dan umum berbanding dengan konsep migrasi.istilah mobiliti boleh difahami dari dua pengertian:

a. Mobiliti reruang-merangkumi semua jenis pergerakan penduduk di satu kawasan atau antara kawasan sama ada bersifat jangka pendek atau bersifat jangka panjang.misalnya pergerakan ulangalik penduduk dari rumah ke tempat kerja.konsep mobiliti reruang ini juga mempunyai persamaan dengan konsep migrasi.

b. Mobiliti sosial-perubahan status sosial ekonomi para migran yang berhijrah dari kawasan mundur ke kawasan maju.

Oleh kerana ruang merupakan identiti geografi maka istilah mobiliti reruang lebih penting berbanding dengan mobiliti sosial.mobiliti reruang boleh dikenal pasti menerusi dua ciri berikut: a. Ciri sempadan-pergerakan penduduk yang melintasi sempadan atau tidak melintasi sempadan.Misalnya migrasi antarabangsa yang melibatkan sempadan antara negara dan migrasi dalaman yang hanya melibatkan pergerakan penduduk dalam sesebuah negara sahaja. b. Ciri masa-pergerakan penduduk yang melibatkan perubahan masa sama ada bersifat jangka panjang atau jangka pendek.Jangka panjang melibatkan migrasi kekal manakala jangka pendek melibatkan migrasi musiman ataupun mobiliti harian.

Migrasi-penghijrahan atau perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain yang melibatkan perubahan ruang dan masa.Terdapat tiga jenis istilah penting yang berkaitan dengan migrasi iaitu:

a.Imigrasi-penhijrahan masuk penduduk ke sesebuah kawasan. b.Emigrasi-penghijrahan keluar penduduk daari sesebuah kawasan.

c.Migrasi bersih-perbeaan nilai yang wujud antara imigrasi denganemigrasi.

Berdasarkan kerangka ruang dan masa maka istilah migrasi mesti memenuhi dua ciri yang berikut: a. Pergerakan penduduk mestilah melintasi sempadan antara kawasan seperti sempadan pentadbiran.Misalnya sempadan antara mukim,antara daerah,antara luar bandar dengan bandar,antara negeri,antara negara,antara benua,dan sebagainya.Ini akan melibatkan perubahan kediaman yang kekal ataupun separa kekal. b. Istilah imigrasi hanya dirujuk kepada migrin yang berpindah melebihi daripada enam bulan di sesuatu tempat sebelum kembali ke tempat asalnya.

Hukum migrasi-semakin jauh antara tempat maka aliran migrasi semakin berkurangan dan apabila jarak menjadi lebih dekat maka tarikan aliran migrasi semakin bertambah. Proses migrasi berlaku mesti adanya daya tolakan di tempat asal dan daya tarikan maka isipadu aliran migrasi akan bertambah pesat.

Jenis dan pola aliran migrasi penduduk Migrasi terbahagi kepada dua: a. Migrasi antarabangsa(migrasi luaran)-perpindahan penduduk yang melintasi sempadan politik antarabangsa misalnya sempadan antara negara dan sempadan antara benua. b. Migrasi dalaman-perpindahan penduduk yang melintasi sempadan di dalam sebuah negara sahaja. Migrasi antarabangsa terbahagi kepada dua: a. Migrasi antara negara. b. Migrasi antara benua Migrasi dalaman terbahagi kepada lima: a. Transmigrasi b. Migrasi antara bandar ke luar bandar. c. Migrasi antara luar bandar ke bandar. d. Migrasi antara bandar ke baandar. e. Migrasi antara luar bandar ke luar bandar.

5.2-MIGRASI ANTARABANGSA

KONSEP DAN POLA ALIRAN MIGRASI ANTARABANGSA Migrasi antarabangsa ialah perpindahan penduduk yang melintasi sempadan politik antarabangsa.Pada amnya,pergarakan penduduk yang melintasi sempadan antarabangsa ini bleh dibahagikan kepada dua iaitu: a. Pergerakan yang melintasi sempadan antara negara misalnya migrasi masuk buruh asing dari negara Indonesia,Thailand,vietnam,filipina,bangladesh, dan India ke negara Malaysia pada masa kini. b. Pergerakan penduduk yang melintasi sempadan antara benua migrasi hamba abdi dari benua Afrika kebenua Eropah pada abad ke-19,migrasi penjajah dari benua Eropah ke benua Asia,benua Afrika,benua Amerika,dan benua Australia yang juga belaku pada abad ke-19,dan migrasi golongan cerdik pandai dan profesional dari benua Asia ke benua Eropah,benua Amerika,dan benua Australia.

PERKEMBANGAN POLA ALIRAN MIGRASI ANTARABANGSA Mi r i ri r ri - .Di r rj t -j t i l r i r it i i it ri S ri t K . t ri

rl ri r j Ut r

l t li

Mi r i ri r fri , i , O i . r i r ii i l iri ti l r j l j rti l l Mar l .K ian fakt r nj lajahan bert kar ada penjajahan.Di atas semangat kolonialisme bagi memperl askan empayar masing-masing maka bangsa Eropah seperti Inggeris, elanda, ort gis, erancis telah menakl ki negara-negara di benua Asia,Afrika dan Oceania.

Migrasi dari benua Afrika ke benua Eropah,Amerika tara dan Caribbean.Aliran migrasi ini sebenarnya bersifat paksaan yang melibatkan perdagangan hamba abdi dari benua Afrika yang ditangkap oleh penjajah Eropah untuk dijual sebagai buruh abdi ke benua Eropah dan Amerika tersebut. Migrasi dari India dan China ke Asia Tenggara dan Afrika Timur.Migrasi ini disebabkan oleh faktor dasar dan polisi penjajah pada waktu itu yang membawa masuk buruh asing ke negara yang dijajah untuk meneroka dan berkerja sebagai buruh. Migrasi pekerja asing atau buruh asing dari negara jiran.Pada masa kini aliran migrasi antarabangsa yang utama adalah melibatkan penduduk dari jiran-jiran terdekat.Misalnya pekerja asing dari Malaysia,Thailan,Vietnam,Filipina ke Malaysia dan ingapura.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PROSES MIGRASI ANTARABANGSA:KAJIAN KES MALAYSIA Antara faktor Malaysia dibanjiri oleh migran luar khususnya pekerja-pekerja asing dari negara-negara jiran seperti dari Indonesia dan Thailand ialah: a. Tarikan ekonomi. b. Geofizikal dan geopolitik. c. ejarah masa lalu.

d. Penolakan di tempat asal. e. Peperangan dan ketidakstabilan politik. f. Budaya dan tali persaudaraan.

TARIKAN EKONOMI Tarikan ekonomi iaitu peluang pekerjaan yang luas dengan gaji atau upah yang lumayan dalam pelbagai sektor seperti perladangan,pembinaan,perindustrian,perkhidmatan dan sebagainya yang terdapat di Malaysia. eluang pekerjaan dalam sektor ini amat banyak dan pada masa yang sama sekktor-sektor tertentu mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan yang kritikal seperti sektor perladangan dan pembinaan.

Kepesatan pembangunan ekonomi Malaysia yang lebih maju dan stabil berbanding dengan negara asal migran turut menjadi tarikan untuk berhijrah ke Malaysia. Nilai mata wang Malaysia yang lebih tinggi berbanding dengan nilai mata wang migran turut menjadi punca mengapa mereka berhijrah ke negara ini.

GEOGFIZIKAL DAN GEOGPOLITIK

Letakan Malaysia yang bersempadan dengan negarajiran seperti Thailand,Indonesia dan Filipina memudahkan para migran untuk datang ke negara ini di samping kos pengankutan yang murah. Jarak yang dekat dan sistem pengangkutan yang pelbagai seperti feri,kapal laut,kapal terbang,kereta api,bas dan kereta menyebabkan darjah ketersampaian ke Malaysia menjadi tinggi.. Keadaan ini ditambahkan lagi dengan sistem kawalan perairan dan sempadan Malaysia yang agak longgar telah memudahkan migran untuk memasuki negara ini secara haram.

BUDAYA DAN TALI PERSAUDARAANCorak kebudayaan,agama, dan adat yang hampirsama antara Malaysia dengan Indonesia menyebabkan proses asimilasi dan penyesuaian lebih mudah berlaku di dalam pekerja asing dengan penduduk tempatan.Para migran muah diterima oleh masyarakat tempatan tanpa konflik yang kompleks.Faktor ini akan mendorong kkemasukan rakan-rakan migran yang lain. ebanyakan penduduk di negara ini mempunyai talian persaudaraan yang telah lama wujud.

PENOLAK DI TEMPAT ASAL

Keadaan politik yang tidak stabil,penduduk berlebihan yang menyebabkan tekanan ekonomi,kemiskinan,kadar pengagguran yang tinggi,kemelut sosial,dan sebagainya yang berlaku di negara migran yang mendorong mereka untuk keluar dari masalah tersebut.

SEJARAH MASA LALU Faktor penjajahan- asar imprealisme yang dilakukan oleh bangsa asing telah menyebabkan Malaysia dijajah oleh Portugis,Belanda,British, dan Jepun.Imprealisme adalah bertujuan untuk perluasan empayar,menguasai perdagangan rempah,membolot hasil bumi negara seperti bijih timah dan getah di samping menyebabkan agama Kristian. Polisi penjajah-penjajah British misalnya telah bertanggungjawab membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah Melayu pada waktu itu untuk dijadikan buruh lombong dan buruh ladang getah di negara ini. istem migrasi yang digunakan dikenali sebagai sistem Kangchu dan sisitem Kangani. Faktor tarikan-Tanah Melayu pada masa itu khususnya peluang pekerjaan yang luas wujud dalam sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah.Migran telah berhijrah keluar beramai-ramai dari negara asal dengan hasrat untuk mencari kekayaan baru. Faktor tolakan-misalnya di negara China telah berlaku peperangan dan kekacauan politik,wabak penyakit,kemerosotan hasil pertanian akibat banjir,masalah kemiskinan dan kebuluran telah mendorong mereka untuk berhijrah keluar.

PEPERANGAN DAN KETIDAKSTABILAN POLITIK Status migran dikenali sebagai orang pelarian.Sebagai contoh peperangan di Vietnam pada tahun 1974 telah menyebabkan ramai rakyatnya mencari pelindungan di negara-negara dunia ketiga. Perangan unia Pertama pula telah menyebabkan ramai orang Yahudi terutama sekali yang tinggal di Jerman dan Rusia telah melarikan diri ke negara baru mereka iaitu Israel.Peperangan di ganda pada tahun 1983 pula telah menyebabkan ramai penduduknya melarikan diri ke Kenya.

FAKTOR-FAKTOR LAIN

Melanjutkan pelajaran dan meningkatkan taraf hidup yang lebih tinggi terutamanya di kalangan golongan yang mahir dan profesional. Terdapat juga para migran yang datang ke Malaysia dengan tujuan untuk melanjutkan pengajian di pusatpusat pengajian tinggi yang terdapat di negara ini untuk jangka waktu tertentu.

KESAN POSITIF MIGRASI ANTARABANGSA

Masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor kritikal khususnya sektor perladangan dan pembinaan dapat diatasi dan dikurangkan. Sektor pembinaan di Malays

Recommended

View more >