masyarakat imigran di malaysia

Upload: sheikh-ahmad-firdaus

Post on 15-Oct-2015

211 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    1/86

    MASYARAKAT IMIGRAN DI MALAYSIA

    Teh Koon Hoo

    Masyarakat majmuk yang ada di Malaysia pada hari ini bukanlah suatu bentuk masyarakat yang

    sememangnya telah wujud secara asalnya di sini. Sebaliknya,masyarakat yang ada pada hari ini adalahmasyarakat yang telah dicampuri pelbagai asal-usul, budaya dan sejarahnya yang berbeza-beza.

    Seperti yang sedia kita maklumi, penduduk asal Tanah Melayu adalah orang Melayu dan beberapa kaum

    minoriti yang lebih mudah kita kenali sebagai kaum orang asli dibeberapa bahagian pendalaman di

    Tanah Melayu.Di Sabah dan Sarawak pula,penduduk asalnya ialah terdiri daripada kaum Kadazan,

    Dusun, Murut, Iban, Bajau, Melanau dan pelbagai suku minoriti yang lain.

    Kaum-kaum lain yang ada di Malaysia pada hari pula seperti kaum Cina,bIndia, Serani, Siam, Bugis, Jawa

    dan sebagainya ialah golongan imigran yang datang dan menetap di Tanah Melayu sama ada secara

    tetap ataupun hanya sekadar singgah untuk memenuhi keperluan mereka. Secara mudahnya,mereka

    bukanlah penduduk asal di Tanah Melayu.

    Kenapa mereka berhijrah ke Tanah Melayu? Atas alasan apa? Bagaimana? Bila? Bagaimana mereka

    hidup di Tanah Melayu?

    Perkara inilah yang akan kita kupas sekadar yang boleh di dalam ruangan yang terbatas ini. Kita akan

    mengenalpasti cara-cara kemasukan golongan ini sekaligus mengikuti perkembangan mereka apabila

    menetap di Tanah Melayu dalam ruang waktu antara abad ke-15 hinggalah abad ke 19 Masehi.

    Para ahli akademik, sama ada seorang sejarawan, sosiologis dan sebagainya seakan sependapat bahawa

    proses migrasi jelas terlihat pada abad ke-19 apabila British berusaha membawa masuk golongan

    imigran untuk berkerja di dalam beberapa sektor yang tidak mendapat sambutan penduduk tempatan.

    Bahkan bukan sedikit yang berpendapat, masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini ialah kerana

    perancangan pihak British.

    Namun, perlu kita akui migrasi yang pertama sekali sebenar-benarnya berlaku di Tanah Melayu amat

    sukar untuk ditentukan. Apa yang pasti ianya bukanlah hanya berlaku apabila era penjajahan itu

    bermula, tetapi sudah berlaku jauh ketika zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka lagi (abad

    ke-15). Bahkan ada yang mengatakan bahawa orang Arab(imigran) itu sudah mula memasuki Kedah

    (Tanah Melayu)seawal abad ke-9 lagi dan kemasukan Cina pada abad ke 7. Walau bagaimanapun,

    pendapat itu tidak popular kerana tidak mempunyai bukti yang cukup kukuh.

    Secara mudahnya, kita akan mengguna pakai pendapat ramai sarjana sejarah yang menyatakan, asas

    proses migrasi yang boleh dipertanggunjawabkan ialah bermula pada pada abad ke-15 iaitu pada zaman

    Kesultanan Melayu Melaka dan ianya hanya jelas kelihatan pada era pendudukan British di Tanah

    Melayu. Jadi, dua pembahagian yang utama dalam kajian ini ialah kajian pekembangan masyarakat

    imigran pada era sebelum pendudukan British dan era selepas pendudukanya.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    2/86

    Sebagai awalan, kita perlu tahu garis pemisah zaman bebas dan zaman dijajah di Tanah Melayu ialah

    apabila jatuhnya kerajaan Melaka ditangan Portugis pada 1511. Bermula daripada penjajahan Portugis

    inilah Tanah Melayu telah mula dijajah. Namun dari segi penstrukturan masyarakat, perubahan yang

    jelas, hanya terlihat bermula ketika bermulanya pendudukan British di Pulau Pinang pada tahun 1800.

    Bermula dari situlah berlaku perbagai proses tranformasi dalam masyarakat Tanah Melayu. Pada zaman

    sebelum pendudukan British, antara kaum yang dikenalpasti memasuki dan menetap di Tanah Melayu

    ialah khususnya di Melaka ialah:-

    1-India

    2-Cina

    3-Arab

    4-WargaIndonesia

    Kita akan mengkaji cara kemasukan, sebab mereka bermigrasi dan kesan-kesan yang sedikit sebanyak

    telah mempengaruhi sosio-budaya di Tanah Melayu ketika itu.

    Kemasukan India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Candi di Lembah Bujang antara

    bukti kukuh kemasukan India yang menyebabkan tersebarnya pengaruh Hindu di Tanah Melayu. Begitu

    juga tentang teori kedatangan Islam yang turut didakwa sesetengah sarjana berasal dari India. Namun

    sejarah titik mula pertapakan masyarakat India di Tanah Melayu tidak akan dibincangkan di sini kerana

    ianya telah mendahului abad ke 15 hingga abad ke 18 yang menjadi fokus tulisan ini. Apabila Melaka

    muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15, masyarakat India yang terdiri

    daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang

    untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Antara faktor penolak yang membawa

    kepada penghijrahan mereka ialah hasrat pemuka-pemuka agama mereka untuk meluaskan ajaran

    Buddha dan Hindu ke seluruh dunia.Mencari pasaran baru untuk berniaga juga merupakan faktor utama

    penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu sebelum pendudukan British di Tanah Melayu. Melaka

    yang pada ketika itu sangat terkenal telah menarik minat pedagang India untuk turut serta berniaga di

    situ.

    Melaka yang menyediakan pelbagai kemudahan dan jaminan untuk pedagang juga telah memberi

    keyakinan kepada pedagan India.Mereka membawa barangan seperti ubat ubatan dan candu untuk

    diniagakan di Melaka serta membawa pulang barangan seperti ubat akar kayu dan bijih timah dari

    Melaka. Kemasukan India ke Tanah Melayu yang mempunyai sejarah yang panjang ini sudah tentu

    menghasilkan pengaruh dan kesan tertentu kepada masyarakat peribumi Tanah Melayu antaranya dari

    aspek agama,ekonomi,dan kebudayaan.

    Dari aspek agama, kita dapat melihat tinggalan-tinggalan lampau warisan Hindu dan Buddha di Tanah

    Melayu seperti runtuhan Candi di Lembah Bujang seperti yang kita sebutkan tadi yang melambangkan

    anutan masyarakat tempatan ialah Hindu dan Buddha selepas anutan tradisi seperti Animisme dan

    sebagainya. Dalam ekonomi pula, kesan penghijrahan komuniti India yang paling utama dirasai di Tanah

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    3/86

    Melayu sebelum pendudukan British ialah industri perdagangan Melaka semakin berkembang. Ini

    kerana, Pedagang India merupakan antara pedagang luar yang pertama sampai ke Tanah Melayu. Oleh

    itu kita tidak dapat nafikan, perkembangan perlabuhan-perlabuhan di Tanah Melayu sedikit sebanyak

    ialah kerana usaha masyarakat India yand bermigrasi ke Tanah Melayu.

    Melihat kesan dari segi kebudayaan pula, perlu diakui bahawa kebanyakan adat yang diamalkan olehmajoriti peribumi Tanah Melayu adalah berorientasikan kebudayaan Hindu. Sebagai contoh, adat

    bersanding ketika majlis perkahwinan,adat melenggang perut ketika seseorang ibu hendak bersalin dan

    adat memakan manisan pada hari raya. Adat-adat ini ternyata masih diamalkan walaupun selepas

    proses Islamisasi berlaku di Tanah Melayu.Begitu juga dengan cerita-cerita hikayat dari epik Rayamana

    dan Mahabrata yang cukup berpengaruh dalam masyarakat Tanah Melayu ketika itu sehingga beberapa

    karya lokal seperti Hikayat Merong Mahawangsa turut terlihatkan pengaruh Hindu dalam penulisanya.

    Kemasukan masyarakat Cina ke Tanah Melayu mengikut pendapat para sejarawan dikatakan bermula

    sebelum zaman kegemilangan Melaka lagi. Namun kemasukan yang agak jelas, bermula pada zaman

    Kesultanan Melayu Melaka manakala kemasukan besar-besaran dan bersistematik komuniti ini hanyaberlaku selepas pendudukan British di Pulau Pinang dan Singapura pada abad ke 18. Namun, dalam

    bahagian ini, kita hanya akan menfokuskan perihal kemasukan dan perkembangan komuniti Cina di

    Tanah Melayu pada lingkungan abad ke 15 sahaja.

    Seperti kemasukan orang India, dan juga kebanyakan komuniti lain ke Tanah Melayu pada zaman

    Melaka, Kaum Cina juga datang ke Tanah Melayu untuk berdagang. Kedudukan Melaka yang

    sememangnya strategik dan terletak antara laluan China dan India membolehkan setiap pedagang Cina

    untuk datang atau singgah ke pelabuhan Melaka ketika itu, dan jika kita hendak menceritakan kenapa

    Melaka begitu menarik perhatian kaum imigran secara terlalu, sudah tentu ianya akan mengalih fokus

    utama tulisan ini.

    Mereka datang ke Tanah Melayu untuk mendapatkan bekalan buah-buahan, bijih timah, gincu, lada

    hitam, candu dan ubat akar kayu. Mereka juga memperniagakan barangan mereka seperti kain sutera,

    kain benang emas, tembikar, pinggan mangkuk dan sebagainya. Hubungan perniagaan yang luas dan

    mewah ini membuatkan kehadiran kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu sangat konsisten dan

    berterusan.

    Kemasukan golongan Cina juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada pelbagai aspek terhadap sosio-

    budaya masyarakat di Tanah Melayu. Antara yang utama ialah dari aspek politik, sosial, ekonomi dan

    kesenian di Tanah Melayu.

    Dari aspek politik, kemasukan masyarakat Cina pada zaman Melaka telah membawa kepada hubungan

    baik antara Melaka dan juga kerajaan China. Perkahwinan antara Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur

    Shah dengan salah seorang Puteri Maharaja China iaitu Puteri Hang Li Poh telah merapatkan lagi

    hubungan politik antara Melaka dan China. Bahkan, seawal tahun 1404 lagi hubungan baik ini telah

    berlaku melalui lawatan Laksamana Yin Ching dan diikuti oleh Laksamana Cheng Ho pada 1409 ke

    Melaka sebagai utusan Maharaja China. Parameswara dan bakal penggantinya pula telah mengadakan

    kunjungan hormat mengadap Maharaja China di Nangking pada 1411.Kesan daripada hubungan baik ini

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    4/86

    juga, Melaka telah diiktiraf oleh Maharaja China dan pihak China sudi menaungi keselamatan Melaka

    khususnya dari ancaman Siam ketika itu.

    Kesan kemasukan masyarakat Cina kepada Tanah Melayu dari aspek sosial pula ialah berlaku

    perkahwinan antara masyarakat Cina dengan masyarakat tempatan khususnya dalam kalangan pelayan

    Cina yang mengiringi keberangkatan Puteri Hang Li Poh ke Melaka kerana mengikuti Sultan MansurShah. Melalui perkahwinan dan pembaharuan sosial inilah, wujud suatu golongan yang digelar baba cina

    yang memang mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan mereka. Pembaharuan sosial inilah yang

    dikaitkan dengan proses amalgamasi di Malaysia oleh para sarjana antropologi dan sosiologi.

    Dalam aspek ekonomi pula, hubungan antara pedagang China dan Tanah Melayu dikatakan telah

    bermula semenjak abad ke 7 lagi. Justeru hal ini pasti dapat menunjukkan kesan utama dalam bidang

    ekonomi di Tanah Melayu. China sebagai kuasa besar ketika itu telah membantu mempopularkan

    pelabuhan Melaka kepada dunia pada abad ke 15 kerana hubungan ekonomi yang telah lama terjalin

    antara China dan Kepulauan Melayu. Seperti yang kita bahaskan dalam esei ini tadi, China datang

    dengan membawa banyak benda-benda yang dianggap asing dan baru di Tanah Melayu seperti sutera,tembikar, teh dan sebagainya. Hal ini membolehkan masyarakat Tanah Melayu memperluaskan

    perniagaan mereka dengan turut memasarkan kepada pembeli lain barangan yang mereka perolehi dari

    pedagang dari China ini.

    Dari aspek kesenian juga, pengaruh masyarakat Cina bukanlah kecil. Jika dilihat di Melaka sahaja,

    beberapa buah masjid tua di Melaka nyata mempunyai pengaruh senibina masyarakat Cina yang jelas.

    Sebagai contoh,menara masjid Tengkera di Melaka mencerminkan senibina Pagoda di China. Begitu juga

    dengan seni tempa yang dikatakan diinspirasikan dari kebudayaan Cina. Pengaruh lain ialah dalam

    pembuatan tembikar dan juga seni kaligrafi Cina yang sudah dipergunakan secara meluas semenjak

    dahulu lagi.

    Kemasukan orang Arab ke Tanah Melayu dikatakan sejajar dengan kemasukan Islam ke Tanah Melayu

    iaitu pada abad ke 13. Seperti yang diketahui, proses perkaitan antara bangsa Arab dengan teori

    kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah amat dominan. Kemasukan Arab ke Tanah Melayu ini

    dikatakan telah bermula di Terengganu berikutan penemuan batu bersurat di negeri tersebut. Namun

    kebanyakan sarjana berpendapat pengislaman besar-besaran hanya jelas kelihatan pada zaman Melaka

    pada abad ke 15. Maka, berdasarkan teori kemasukan Islam ini juga dapatlah kita pertanggungjawabkan

    ke atas kemasukan masyarakat Arab ke Tanah Melayu pada abad ke 15.

    Arab pada asasnya datang ke Tanah Melayu untuk tujuan berdagang berikutan pelabuhan Melaka ketika

    itu merupakan perlabuhan entrepot tersohor di rantau ini. Disini berlaku pelbagai urus niaga yangmerangkumi ruang lingkup antara Timur dan Barat. Faktor penarik ini juga turut menarik kemasukan

    masyarakat Arab ke Tanah Melayu yang kita bincangkan tadi. Disamping memasarkan barangan

    dagangan mereka, mereka turut membeli barangan di Tanah Melayu seperti rempah ratus, bijih timah,

    bunga cengkih dan sebagainya.Mereka juga dapat membeli barangan dari lain-lain negara yang turut

    berdagang di Tanah Melayu.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    5/86

    Masyarakat Arab juga turut memasuki Tanah Melayu atas tanggungjawab untuk meneruskan

    kesinambungan dakwah Islam yang ditinggalkan oleh Nabi S.A.W. Bahkan ada dalam kalangan warga

    Arab yang digelar guru professional, bermigrasi ke Tanah Melayu semata-mata untuk berdakwah tanpa

    mempunyai kepentingan lain selain dari itu.

    Seperti yang kita bahaskan di awal tadi, kemasukan Orang Arab ke Tanah Melayu adalah sejajar dengankemasukan Islam di Tanah Melayu. Justeru, Proses Islamisasi Tanah Melayu khususnya Melaka pada

    ketika itu adalah antara kesan yang paling jelas sekali.

    Raja Melaka yang pertama iaitu Parameswara telah menerima dan memeluk Islam pada tahun 1409 M

    dan memakai gelaran Sultan Iskandar Zulkarnain. Hal ini menyebabkan proses Islamisasi penduduk

    Melaka samada peribumi ataupun masyarakan imigran yang lain menjadi begitu berkesan. Apabila

    Melaka mengambil Pahang daripada Siam pada tahun 1456, maka proses Islamisasi ini semakin meluas

    dan Islam menjadi agama rasmi negeri Pahang. Hal ini juga merupakan kesan kemasukan masyarakat

    Arab ke Tanah Melayu.

    Daripada aspek politik dan perundangan, kesan yang jelas ialah penggunaan gelaran Sultan oleh

    kebanyakan Raja di Tanah Melayu ketika itu. Penggunaan hukum Islam sebagai asas penggubalan

    undang-undang di negeri-negeri Tanah Melayu seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut

    Melaka juga menunjukan betapa kuatnya pengaruh Islam ketika itu. Jawatan mufti juga sudah mula

    diwujudkan dalam pentadbiran bagi menasihati Sultan mengenai hal ehwal agama. Mufti juga

    berperanan sebagai guru agama di Istana. Diperingkat awal Islamisasi, golongan mufti ini kebanyakan

    adalah pendatang Arab, sebagai contoh, Syed Abdul Rahman al-Saggaf di Pahang.

    Dari segi sosial,penggunaan nama berunsur Islam dan Arab dalam kalangan pemerintah dan rakyat juga

    merupakan kesan pendudukan Arab di Tanah Melayu. Penggunaan nama berunsur Islam dan Arab

    seperti Muhammad, Abdul dan Abdullah begitu mendapat sambutan bagi mencerminkan jiwa Islam

    dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu. Masyarakat juga tidak lagi mengamalkan sistem

    kasta yang membezakan darjat seseorang individu itu dengan individu yang lain seperti yang diwarisi

    dari tradisi Hindu dahulu.

    Begitu juga dalam bidang ekonomi,kesan utama yang dapat dilihat ialah berkenaan dengan amalan riba

    dalam perniagaan sudah tidak diterima pakai lagi. Penggunaan sistem ekonomi yang lebih adil telah

    digunakan. Melalui warga Arab yang ada ketika itu jugalah, fasal-fasal atau bahagian-bahagian dalam

    ekonomi Islam mula digunapakai. Contohnya melalui institusi kebajikan untuk orang Islam seperti

    Baitulmal dan juga amalan wajib mengeluarkan zakat daripada harta yang diperolehi seseorang.

    Dari aspek pendidikan, kesan utama yang dapat dilihat ialah pendidikan Islam mula diajar oleh

    pedagang-pedagang Arab kepada warga tempatan bagi mengantikan pendidikan yang beorientasikan

    Hindu dan Buddha. Pada mulanya Islam diajar di Istana Sultan, tetapi apabila sambutan dari masyarakat

    tempatan makin memberangsangkan, penubuhan institusi pendidikan Islam seperti Pondok dan

    Madrasah-madrasah tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Kebanyakan institusi sebegini wujud di

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    6/86

    Kedah,Kelantan dan Terengganu.Penguasaan bahasa Arab dan tulisan jawi dalam kalangan warga

    tempatan juga menjadi bukti penting pendudukan masyarakat Arab di Tanah Melayu

    Penghijrahan warga Indonesia ke Tanah Melayu telah bermula pada abad ke 14 lagi seiiring dengan

    kemasukan dari India, Arab, China dan lain-lain kaum pendatang yang lain. Tujuan utama yang

    mendorong mereka memasuki Tanah Melayu khususnya Melaka pada abad ke 15 ialah kerana inginmeluaskan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa.

    Mereka yang datang daripada pelbagai daerah di Indonesia membawa barangan yang berbeza-beza

    untuk diperniagakan. Sebagai contoh,masyarakat dari Sumatera membawa barangan seperti emas dan

    rempah, dari Pulau Jawa membawa bahan makanan, dari Maluku membawa bunga cengkih dan dari

    Pulau Banda membawa buah pala.

    Mereka dari kalangan Minangkabau dari Sumatera Barat juga telah berhijrah ke Negeri Sembilan yang

    masih belum bernama ketika itu. Sehinggalah pada abad ke 17, Masyarakat tempatan di Sungai Ujung,

    Johol, Naning dan Jelebu menerima seorang raja dari Minangkabau yang dijemput untuk memerintah

    Negeri Sembilan.

    Orang Bugis yang berasal dari Sulawesi juga telah datang dan menetap di Selangor, Perak dan Johor

    ketika itu. Pada 1766 pula, Raja Lumu yang berasal daripada keturunan Bugis telah ditabalkan sebagai

    Sultan Selangor yang pertama. Penghijrahan mereka yang besar ini kerana mereka menganggap

    kepulauan Indonesia dan Tanah Melayu adalah serumpun dan tidak bersempadan.

    Kesan pendudukan masyarakat Indonesia di Tanah Melayu adalah amat jelas sekali dan tidak boleh

    dipertikaikan. Kesan-kesan ini dapat dilihat antaranya dari aspek politik, sosial, bahasa, kesenian dan

    kebudayaan.

    Dari aspek politik, kita dapat melihat hubungan persahabatan yang amat baik antara Tanah Melayu

    dengan Kepulauan Indonesia telah berlaku. Seperti yang kita tahu, Kerajaan Melaka melalui Sultan

    Mansur Shah telah menjalin hubungan akrab dengan Majapahit, bahkan Baginda telah mengahwini

    Peteri kepada Betara Majapahit dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan antara Melaka dan

    Majapahit. Penubuhan kerajaan Negeri Sembilan dan Selangor seperti yang kita sebutkan di atas tadi

    juga merupakan kesan besar kemasukan masyarakat Indonesia ke Tanah Melayu. Begitu juga dengan

    hubungan baik kerajaan-kerajaan di kepulauan Indonesia dengan kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu

    seperti Kedah dan sebagainya.

    Dari aspek sosial, kita melihat kehadiran masyarakat Indonesia ini telah membuka penempatan-

    penempatan baru di Tanah Melayu khususnya di Negeri Sembilan seperti Johol, Sungai Ujong dan

    Naning. Di Selangor seperti Parit Jawa dan Kampong Jawa seperti yang dicatatkan oleh Tom Pires,

    seorang penulis berbangsa Portugis. Tidak dinafikan juga dari segi kependudukan, mengikut pandangan

    Pires lagi, Orang Jawa pula adalah golongan paling ramai di Melaka ketika era kejatuhanya pada 1511.

    Hal ini menunjukkan betapa meluasnya kesan pendudukan masyarakat Indonesia di Tanah Melayu.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    7/86

    Daripada aspek bahasa, memanglah Tanah Melayu dan Kepulauan Indonesia adalah serumpun,

    sebahasa dan sebudaya. Tetapi sedikit sebanyak, proses peminjaman dan penciplakan bahasa dan istilah

    daripada bahasa Indonesia tetap berlaku. Sebagai contoh, istilah sihat dan makan merupakan bahasa

    Jawa yang digunapakai oleh masyarakat Tanah Melayu hingga ke hari ini. Awalan tuna juga adalah

    berasal daripada dialek atau bahasa Indonesia. Sebagai contoh,tunakarya(penganggur) dan

    tunawisma(tidak berumah). Begitu juga dengan kata akhiran wan yang jelas mempamerkan pengaruh

    bahasa Indonesia yang kental. Sebagai contoh,budayawan,sukarelawan dan sejarawan.

    Pengaruh Indonesia juga dapat dilihat dari segi kesenian dalam masyarakat di Tanah Melayu. Proses

    mencanting batik merupakan khazanah yang berasal dari kepulauan Jawa, begitu juga dengan seni ukir

    dan penulisan khat, walaupun ianya merupakan kesenian Islam, tetapi ianya sampai ke Tanah Melayu

    melaui Indonesia. Begitu juga halnya dengan seni pembuatan senjata yang mana memang jelas senjata

    tradisi di Tanah Melayu seperti keris dan tombak adalah berorientasikan senjata-senjata tradisi dari

    Indonesia.

    Begitu juga dari aspek kebudayaan, ada pendapat yang mengatakan bahawa wayang kulit yang cukuppopular dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu juga berasal dar Indonesia. Begitu juga dengan

    Nobat yang menjadi kebanggaan Pemeritah Tanah Melayu, adalah berasal dari Kepulauan Indonesia.

    Sama juga halnya dengan Ulik Mayang yang cukup popular di Terengganu, adalah berasal dari Indonesia.

    Ini menunjukkan betapa kuasnya pengaruh Indonesia kepada kebudayaan Tanah Melayu.

    Cacatan sejarah memperlihatkan hanya sebahagian kecil Tanah Melayu didiami antara abad 15

    menjelang penubuhan Kerajaan Melaka hingga abad 17 selepas sekian lama kejatuhan Melaka. Pada

    ketika itu juga cacatan menunjukkan walaupun perkembangan masyarakat imigran telah merebak ke

    Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan, jumlah penduduk yang ada tidaklah sebanyak

    mana. Pada awal 1800 di Tanah Melayu, Orang Melayu sekadar berjumlah 250,000 dan orang asli

    berjumlah 9000.

    Selepas pendudukan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura pada abad ke 19, kepadatan

    penduduk Tanah Melayu adalah meningkat. Pada tahun 1826, penduduk Melaka dianggarkan berjumlah

    25000 orang yang mana selain daripada kaum Melayu, 16% ialah imigran Cina dan India sebanyak 9%. Di

    Pulau Pinang, jumlah penduduknya ialah seramai 30,000. Selain Melayu sebagai kaum utama, 28% dari

    jumlah itu ialah kaum India dan 27% ialah kaum Cina. Begitu juga situasinya di lain-lain negeri. Hal ini

    menunjukkan betapa meningkatnya kemasukan imigran ketika zaman pendudukan British. Kenapa?

    Sama-samalah kita mencari jawapanya.

    Dalam bahagian penceritaan berkenaan sejarah proses migrasi selepas pendudukan British ini, kita akanmelihat cara kemasukan, sebab mereka bermigrasi dan kesan-kesan yang sedikit sebanyak telah

    mempengaruhi sosio-budaya di Tanah Melayu ketika itu. Antara masyarakat imigran utama yang

    mampu dikaji ialah:-

    1-Cina.

    2-India.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    8/86

    Masyarakat Cina mula memasuki Tanah Melayu secara beramai-ramai apabila British mula bertapak di

    Singapura, Pulau Pinang dan Melaka. Menurut cacatan, pada 1881, seramai 89 900 orang Cina telah tiba

    di Pulau Pinang dan Singapura,dan jumlah ini tentulah semakin meningkat pada tahun-tahun berikutnya.

    Antara sebab utama mereka berhijrah ke Tanah Melayu ketika itu ialah British kerana kekayaan hasil

    yang belum dikeluarkan secara komersil di Tanah Melayu ketika itu. Masyarakat Melayu hanyamenggunakan kekayaan tanahnya dengan minimum melalui kegiatan ekonomi sara diri yang kurang

    menguntungkan, walaupun terdapat perusahaan bijih timah yang diusahakan, mereka yang terlibat

    amatlah sedikit dimana kebanyakan golongan ini adalah dari kalangan pembesar dan orang-orang kaya

    seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim sahaja. Apabila British berjaya mencengkamkan kukunya di Tanah

    Melayu, British telah memulakan projek melombong bijih timah secara besar-besaran yang kebanyakan

    berada di negeri Perak dan Terengganu. Maka orang Cina dibawa masuk untuk menjalankan kerja-kerja

    di lombong bijih timah tersebut.

    Antara cara dan kaedah kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ketika itu ialah melalui sejenis sistem

    kemasukan khas yang dipanggil tiket kredit. Tiket kredit dipraktikan dalam usaha membawa masukimigran dari Cina secara sistematik dan berkesan. Usaha British ini dibantu oleh agensi-agensi kerja yang

    menguruskan kemasukkan imigran Cina ke Tanah Melayu.

    Ejen-ejen ini kebanyakanya ialah orang tengah yang dilantik British untuk membawa buruh kasar dari

    China untuk berkidmat dalam sektor perlombongan dan perladangan. Pekerja yang berminat untuk

    mencuba nasib di Tanah Melayu akan diberikan tiket kredit yang mana, segala tambang dan kos untuk

    ke Tanah Melayu akan ditanggung oleh ejen yang dikenali sebagai Khek Thau. Apabila tiba di Tanah

    Melayu, ejen-ejen ini akan menjual buruh-buruh ini kepada majikan yang memerlukan khidmat buruh di

    Tanah Melayu khususnya pengusaha lombong bijih timah yang dimiliki British. Buruh yang dibeli,

    terpaksa berkerja untuk tempoh tertentu tanpa gaji, kerana gaji mereka dikira telah dibayar ketika

    majikan membeli mereka dari ejen dahulu.

    Mereka ini dikenali sebagai Sin Khekatau pendatang baru. Mereka ini kebanyakan tertindas dan

    menjadi mangsa mulut manis ejen yang membawa mereka ke Tanah Melayu yang mengatakan bahawa

    kebajikan mereka di sini akan dijaga sepenuhnya oleh majikan, hakikatnya, mereka menjadi mangsa

    penindasan majikan. Selepas tamat kontrak bekerja dengan majikan yang membeli mereka, barulah

    mereka akan dilepaskan dan dibenarkan berkerja dengan majikan lain. Apabila sudah tidak terikat,

    mereka dikenali sebagai Lau Khek.

    Antara kesan-kesan berlakunya kemasukan imigran Cina ke Tanah Melayu ialah wujudnya sistem

    ekonomi moden berteraskan industri buruh. Seperti yang sedia dimaklumi, masyarakat Melayu hanyamenumpukan perusahaan ekonomi sara diri terutama dalam sektor pertanian dan perikanan yang nyata

    tidak menyumbang banyak kepada pemangkinan ekonomi negara. Apabila British membawa masuk

    kaum Cina khususnya untuk berkhidmat dalam sektor ekonomi yang lebih komersial, ekonomi Tanah

    Melayu menjadi lebih terkehadapan dan moden.

    Kemasukan buruh asing iaitu kaum Cina yang dibawa British juga perlu diakui telah mampu

    meningkatkan hasil mahsul Tanah Melayu yang sebelum ini lebih banyak dibiarkan didalam tanah.Pada

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    9/86

    akhir pertengahan abad ke-19 berlaku peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu terutama dalam hasil

    bijih timah. Kemasukan imigran Cina juga telah menyebabkan Tanah Melayu juga telah menjadi

    pengeluar bijih timah yang besar di dunia sehinggakan permintaan datang bertali arus dan banyak lagi

    lombong bijih timah terpaksa dibuka. Hal ini berlaku kerana kos perkerja dapat dijimatkan berikutan gaji

    yang dibayar kepada buruh dari China adalah murah.

    Sejarah moden penghijrahan kaum India ke Tanah Melayu bermula pada 1824 selepas termeterainya

    perjanjian antara British dengan Belanda. Dibawah perjanjian itu,kaum India yang menjadi banduan di

    Bengkahulu telah dipindahkan ke Negeri-Negeri Selat oleh British. Namun jumlah mereka ini tidaklah

    terlalu besar kerana mereka hanya ditugaskan untuk menyelesaikan kerja-kerja pembanggunan Tanah

    Melayu seperti membina jalanraya dan jalan kereta api.

    Sebaliknya,penghijrahan kaum India secara besar-besaran ke Tanah Melayu hanya bermula pada tahun

    1840 apabila sektor tenaga kerja yang ramai diperlukan dalam bidang pertanian khususnya tanaman

    getah. Maka oleh sebab itulah jumlah masyarakat India meningkat secara mendadak di Tanah Melayu.

    Cara kemasukan kaum India ini juga melalui suatu sistem yang dicipta oleh British. Ianya dipanggil

    sebagai sistem kontrak ataupun indented labour. Sistem ini digunakan untuk menggalakkan dan untuk

    menarik perhatian rakyat India untuk datang ke Tanah Melayu dan berkerja sebagai buruh disini. Sistem

    ini mula diperkenalkan pada tahun 1820 yang mana pada asalnya digunakan untuk mengambil buruh

    untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan kopi. Namun apabila British memerlukan tenaga buruh yang

    besar untuk pembangunan sektor getah di Tanah Melayu, ejen perkerja yang kebanyakan berada di

    Madras dan Nagapatinam telah menggiatkan usaha untuk menambah jumlah buruh India yang hendak

    berkerja di Tanah Melayu.

    Pekerja yang akan ke Tanah Melayu akan menandatangani satu kontrak yang mana disebutkan

    beberapa perkara utama seperti tempoh berkerja yang dipersetujui, dan perkara-perkara yang difikirkan

    perlu ada didalam kontrak tersebut. Apabila kontrak telah dimeterai, majikan akan menguruskan

    pemergian mereka ke Tanah Melayu dan akan dibayar gaji. Setelah kontrak pekerja-pekerja ini tamat,

    mereka dibenarkan pulang ke India ataupun diberi peluang untuk terus berada di Tanah Melayu dan

    berkerja disini.

    Selain sistem kontrak, sistem kanganiturut digunakan untuk menarik kemasukan masyarakat India ke

    Tanah Melayu. Melalui sistem kangani ini, pengusaha ladang atau majikan dikehendaki menghantar

    seorang kangani pulang ke India untuk menarik seramai mungkin mereka yang mahu berkerja di Tanah

    Melayu. Setiap kangani akan dibayar mengikut jumlah perkerja yang dapat dicari, menggunakan wang

    yang diberikan oleh majikan itulah, kangani membiayai tambang dan kos-kos lain untuk membawamasuk buruh dari India. Apabila tiba di Tanah Melayu, pekerja-pekerja ini akan berkerja dibawah

    kawalan kangani yang membawa mereka.

    Untuk memudahkan urusan kemasukan, British menempatkan beberapa orang pegawainya di

    perlabuhan-perlabuhan India khususnya Madras dan Nagapatinam. Buruh-buruh ini akan menaiki kapal

    dan diturunkan di beberapa buah negeri kritikal seperti Pulau Pinang dan Perak, seterusnya akan

    diagihkan mengikut majikan masing-masing.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    10/86

    Sistem kangani ini lebih bersifat personalised dan ternyata lebih berjaya menarik kemasukan imigran

    berbanding dua sistem yang telah dibincangkan tadi.Ini kerana kangani akan memujuk orang yang

    mereka kenali dan rapat untuk ke Tanah Melayu. Secara tidak langsung,mereka akan dapat memancing

    keyakinan buruh untuk berkerja dengan selesa dan kegiatan penipuan serta penindasan perkerja dapat

    dihapuskan.

    Antara kesan utama kehadiran kaum India ataupun boleh kita katakan masyarakat imigran yang

    menguntungkan masyarakat peribumi ialah, orang Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem

    ekonomi sederhana sudah mula sedar dan mula mengorak langkah untuk bersaing untuk sama-sama

    menikmati hasil bumi mereka sendiri yang ketika itu kebanyakan dinikmati oleh kaum Imigran seperti

    India dan Cina.

    Orang Melayu menubuhkan Jabatan Ikhtisas pada 28 Julai 1946 yang bertujuan utama untuk menyelidik

    dan memperbaiki industri kecil di kampung seperti barang kesenian, kraf tangan, pemilihan biji benih

    padi, kelapa serta mengubah suai kedai runcit dan kedai kopi di kampung-kampung. Jabatan yang

    ditubuhkan ini juga bertujuan untuk menjaga kepentingan perniagaan orang Melayu dari diceroboh olehbangsa lain. Dengan semangat bersaing yang semakin memuncak inilah jurang pendapatan yang pada

    asalnya sangat jauh menjadi semakin rapat antara orang Melayu, India dan Cina.

    Hasil dari pemajmukan di Tanah Melayu juga ketika itu mewujudkan daerah-daerah petempatan dan

    fungsi ekonomi mengikut kaum. Dan situasi ini masih berlaku sehingga ke hari ini. Orang Melayu

    dilabelkan sebagai kaum petani dan tinggal di kampung-kampung tradisional sehingga ke hari ini. Kaum

    Cina pula dilabelkan sebagai kaum peniaga dan tinggal di bandar-bandar dan pekan-pekan sehinggakan

    wujud satu istilah untuk menggambarkan ramainya orang Cina di sesuatu kawasan petempatan iaitu

    istilah pekan cina dan ianya diguna pakai sehingga ke hari ini.Kaum India pula kebanyakan tinggal

    dalam kelompok mereka di ladang-ladang ataupun estet-estet sehingga ke hari ini. Pengkelasan ini nyata

    sangat tidak berpatutan kerana ianya mampu memecah belahkan masyarakat yang ada.

    Setelah melihat serba sedikit berkenaan dengan kemasukan dan perkembangan masyarakat imigran di

    Tanah Melayu dari abad ke 15 hingga abad ke 18, apa yang pasti terdapat banyak perbezaan baik dari

    cara kemasukan, sebab kemasukan dan kesan-kesan kemasukan seperti yang telah kita bahaskan tadi

    baik sebelum pendudukan British mahupun selepasnya.

    Kesimpulan yang dapat dibuat terbahagi kepada dua iaitu mengenai perkembangan imigran sebelum

    pendudukan British dan selepasnya. Sebelum pendudukan British iaitu bermulanya kajian pada abad ke

    15, kita tidak dapat lari daripada mengaitkan kemasukan imigran dengan kemasyhuran pelabuhan

    Melaka yang bermula pada abad itu.Tanah yang subur dan ruang niaga terbaik di Melaka sudah cukupuntuk menjadi faktor penarik kemasukan imigran asing ke Tanah Melayu. Ia juga didorong oleh faktor

    penolak di tempat asal imigran-imigran tersebut yang memaksa mereka untuk berhijrah dan memasuki

    Tanah Melayu. Hakikatnya, pada era tersebut, proses migrasi mereka secara umumnya adalah kerana

    ekonomi dan tidak terlalu memberi kesan kepada peribumi Tanah Melayu.

    Berbeza dengan proses migrasi masyarakat imigran selepas pendudukan British, penghijrahan mereka

    ialah kerana dikonstruk oleh British. Hubungan baik British dengan China dan India memudahkan British

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    11/86

    membawa masuk masyarakat dari negara-negara tersebut untuk kepentingan British di Tanah Melayu.

    Pada masa inilah hampir kebanyakan perkara di Tanah Melayu telah berubah kerana lambakan

    masyarakat imigran disini. Kita juga melihat masyarakat imigran yang banyak memasuki Tanah Melayu

    pada ketika ini ialah masyarakat Cina dan India kerana dasar British ketika itu yang menyekat kemasukan

    lain-lain kaum ke Tanah Melayu demi kepentingan mereka.

    BIBLIOGRAFI

    Bastin.J & Robin W. Winks,1979,Malaysia:Selected Historical Readings,Netherlands.KTO Press.

    Buyong Adil,1981,Sejarah Perak.K.Lumpur,DBP.

    Fatimi Q.S,1963,Islam Comes To Malaysia,Singapore,Malaysian Sosiological Intitute.

    Fuziah Shafie & Ruslan Zainudin.2000.Sejarah Malaysia.K.Lumpur.Penerbit

    Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Hall D.G.E.,1987,Sejarah Asia Tenggara,K.Lumpur.DBP.

    Jamaie Hamil,2005,UMNO dalam POLITIK dan PERNIAGAAN MELAYU.Bangi.Penerbit UKM.

    John Gullick,1981,Malaysia:Economic Expansion and National

    Unity,London,Westview Press.

    Kamaruzaman Yusof,Oong Hak Ching & Rupawan Ahmad.2004,Mahyudin Hj. Yahaya,Sumbangan dan

    Ketokohan,Tulisan Prof. Mahyudin dalam Nusantara 1984 ( sejarah masyarakat Islam di Pahang).

    Bangi.PPSPS.FSSK.

    Katiman Rostam,1984,Penduduk Malaysia,K.Lumpur.Nurin Enterprise.

    Md. Salleh B. Md Gaus,1984,Politik Melayu Pulau Pinang,K.Lumpur,DBP.

    Mohd Jasmin B. Jasni,2006,Kupasan Grafikal Sulalatus Salatin(Sejarah Melayu),K.Lumpur.Eastview.

    Mohd Isa Othman,2002.Sejarah Malaysia(1800-1963),K.Lumpur,Utusan

    Publications.

    Nik Safiah Karim,Farid M. Onn,Hasyim Hj. Musa & Abdul Hamid

    Mahmood,2003,Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.K.Lumpur,DBP.

    PJJ.UKMalaysia,1999,Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu,Bangi,Penerbit UKM.

    Rahmah Bujang & Nor Azlin Hamidon.2004.Kesenian

    Melayu.K.Lumpur.APM.U.Malaya.

    Shamsul Amri Baharuddin,2007,Modul Hubungan Etnik,Shah Alam,Penerbit UiTM.

    Shellabear W.G. ,1995,Sejarah Melayu,Shah Alam,Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Sivamaniam.J,1986,Indian in Malaysia,K.Lumpur.Persis Sdn. Bhd.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    12/86

    SEJARAH TEMPATAN DAN PENGHIJRAHAN ORANG-ORANG CINA KE TANAH MELAYU

    TEH KOON HOO

    1.1 Pengenalan

    Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarkat majmuk. Rakyatnya terdiri

    daripada berbilang kaum. Selain daripada bumiputra, kaum-kaum lain pada mulanya

    datang ke sini dengan tujuan perdagangan, seperti semasa Zaman Kesultanan Melaka.

    Pada masa itu, pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah bertumpu di situ. Ada di

    antara mereka telah menetap di situ tetapi bilangannya adalah kecil sahaja.

    Penghijrahan kaum-kaum Cina dan India secara besar-besaran bermula selepas pihak

    British mula menguasai Tanah Melayu. Disebabkan oleh Revolusi Perindustrian yang

    berlaku-di Eropah, kuasa-kuasa Barat memerlukan bahan-bahan mentah seperti galian,

    getah dan sebagainya untuk mengembangkan sektor ekonomi mereka. Bahan-bahan

    mentah itu boleh didapati dari tanah-tanah jajahan di sebelah Timur. Bagaimanapun,

    usaha ini memerlukan banyak tenaga kerja untuk mendapat sumber-sumber tersebut.

    Pada masa itu, penduduk-penduduk di Tanah Melayu masih tidak begitu ramai. Oleh

    itu, British terpaksa memberi galakan dan membawa masuk tenaga kerja terutamanya

    dari Negeri Cina dan India.

    1.2 Faktor-Faktor yang menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu

    Kedatangan dan pemastautinan orang Cina di Tanah Melayu telah mula kelihatan pada

    tahun 1700-an dan 1800-an. Mengikut kenyataan oleh lima orang British dari kapal Pulo

    Condore yang karam di perairan pantai Johor pada 19 Mac 1702/3, mereka menjumpai

    6 buahjung besar dan beberapa buah perahu di Johor Bahru. Juga ternampak

    beberapa orang Cina yang tinggal dan berdagang di sana. Juga mereka melihat kira-

    kira 600 orang Cina besenjatakan pedang dengan sasarannya di situ Jurnal Gray

    bertarikh 21 Januari 1827 pula mengatakan bahawa Saya diberitahu oleh saudagar-

    saudagar bahawa mereka telah menjumpai lombong bujih timah, berhampiran dengan

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    13/86

    Sungai Leppa (Lepar) yang jauhnya 2 hari perjalanan ke kawasan petempatan di

    Pahang. Ia diusahakan oleh kira-kira 800 orang Melayu dan beberapa orang Cina.

    Abdullah, dari Sungai Pahang ke Kampung China (Pekan Baharu), melihat beratus-

    ratus orang Melayu dan Cina lengkap dengan senjata di tebing sungai. Orang-orang

    Cina itu terdiri daripada kumpulan dialek Hakka.

    Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran bermula sejak kurun

    ke -19. Pada tahun 1881 seramai 89 900 orang Cina telah tiba di Singapura dan Pulau

    Pinang. Jumlah ini atelah meningkat kepada 224 100 orang pada tahun 1901 dan

    dijangka lebih 6 juta orang Cina telah memasuki Tanah Melayu antara 1895 hingga

    1927. Kebanyakan orang Cina yang datang ke Tanah Melayu itu berasal dari tiga

    wilayah selatan di Negeri China, iaitu Kwangdong, Kwangxi dan Fukien.Antara faktor-faktor penolak kepada penghijrahan beramai-ramai orang Cina ke Asia

    Tenggara amnya dan Tanah Melayu khususnya ialah kawasan-kawasan tersebut

    mempunyai sumber-sumber alam yang terhad dan masalah tekanan penduduk yang

    ramai di negara China. Kedatangan mereka bertujuan untuk bekerja dan menyara

    penghidupan masing-masing. Di samping itu, kebanyakan orang Cina dari wilayah

    selatan China mempunyai sifat-sifat keberanian, ingin mengembara dan mahir dalam

    ilmu pelayaran. Semangat ingin mengembara ini telah mendorong mereka cuba

    mencari penghidupan baru di seberang laut.

    Selain itu, penghijrahan keluar orang Cina dari negara asal adalah didorong oleh

    bencana alam yang sering melanda negara itu. Sebahagian besar rakyat China tinggal

    di kawasan lembah Sungai Hwang Ho dan Sungai Yangtze. Kedua-dua kawasan itu

    merupakan kawasan yang padat penduduknya tetapi selalu dilanda banjir yang besar

    dan dahsyat. Hasil-hasil pertanian di situ yang membekalkan sebahagian besar bahan-

    bahan makanan bagi seluruh negeri China selalu dimusnahkan. Ini menyebabkan

    kebanyakan rakyat China menghadapi masalah kekurangan makanan dan kebuluran.

    Masalah pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan keluasan tanah yang boleh

    diusahakan untuk kegiatan oleh sebahagian besar daripada penduduknya yang terdiri

    daripada petani semakin terbatas. Dari awal pemerintahan Dinasi Qing (Manchu)

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    14/86

    hingga akhir kurun ke-18, jumlah penduduk bertambah dari lebih kurang 100 juta ke

    lebih daripada 400 juta. Pertambahan penduduk yang berlipat ganda berbanding

    dengan keluasan tanah pertanian telah mengakibatkan timbunya masalah kemiskinan

    dan kemerosotan taraf hidup kaum tani. Masalah ini semakin buruk apabila tanah

    mereka dirampas oleh kerajaan akibat kegagalan membayar cukai yang tinggi.

    Kecepatan dalam menghasilkan bahan-bahan makanan dan peluang untuk

    memperoleh pekerjaan tidak seimbang dngan kadar kecepatan dalam pertambahan

    penduduk. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah berpindah ke tempat lain untuk

    mencari penghidupan baru.

    Satu aspek yang sering ditemui dalam sejarah negara China ialah pemberontakan dan

    perang saudara kerap berlaku. Hal ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati yangtimbul akibat penindasan daripada pihak pemerintah dan tekanan daripada masalah

    kemiskinan yang berterusan. Setiap kali berlakunya pemberontakan dan huru-hara,

    ribuan nyawa telah terkorban. Semasa pemerintahan Dinsati Qing atau Manchu (1644

    1911), kebanyakan masa negara berada dalam keadaan yang tidak aman kerana

    terdapatnya gerakan-gerakan penentangan yang bertujuan untuk menggulingkan

    Dinasti Qing, terutamanya di bahagian selatan China kerana mereka menganggap

    dinasti itu sebagai pemerintah asing. Antaranya ialah Pemberontakan Taiping (1857

    1867) yang dipimpin oleh Hung Hisu-Chuan di wilayah Kwangdong dan Kwangxi,

    rusuhan di timur laut Chihli (1891) dan Pemberontakan Boxer (1899 1901).

    Ketidakstabilan politik dalam negeri menyebabkan rakyat sentiasa hidup dalam

    ketakutan. Perkembangan ini telah mendorong rakyat biasa dan mereka yang terlibat

    dalam pemberontakan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.

    Pada peringkat awal, orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu tidak berminat untuk

    menetap selama-lamanya di situ. Mereka datang ke situ bertujuan untuk bekerja dan

    menyimpan wang seberapa banyak yang boleh sebelum balik ke negari China untuk

    menemui keluarga masing-masing. Walau bagaimanapun, disebabkan desakan hidup

    yang semakin genting, mereka terpaksa memberi perhatian kepada soal-soal

    kebendaan dan telah berhijrah ke seberang laut secara besar-besaran dengan

    membawa bersama keluarga masing-masing.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    15/86

    Selain daripada faktor-faktor penolak tersebut, wujud juga faktor-faktor penarik yang

    menyebabkan kaum Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Antaranya ialah galakan

    penjajah-penjajah Barat amnya pada masa itu, pihak British dalam kes Tanah Melayu

    khasnya, telah memberi galakan untuk membawa masuk warga-warga asing ke Asia

    Tenggara untuk memajukan dan mengembangkan sektor ekonomi di rantau tersebut.

    Akibat Revolusi Perindustrian pada kurun ke-19, pihak British memerlukan banyak

    bahan mentah dan galian untuk dijadikan sebagai input dalam perindustriannya.

    Lantaran itu, British telah memberi galakan kepada orang Cina dan India memasuki

    Tanah Melayu supaya mereka melibatkan diri dalam sektor-sektor ekonomi, seperti

    pelombongan dan penanaman.

    Di samping itu, perubahan sikap kerajaan China yang menggalakkan perpindahankeluar rakyatnya juga dapat menjelaskan berlakunya penghijrahan orang Cina secara

    besar-besaran selepas pertengahan abad ke-19. Sebelum itu, kerajaan Cina tidak

    memerlukan perdagangan atau hubungan ekonomi dengan negara-negara luar dan

    mengamalkan ekonomi sara diri. Akibat daripada berbagai-bagai masalah dalaman

    telah mempengaruhi kerajaan Manchu untuk mengubah pendiriannya. Mulai 1860,

    larangan ke atas penghijrahan keluar telah dilonggarkan apabila China

    menandatangani satu perjanjian dengan Britain dan Perancis yang membenarkan

    rakyat China berhijrah dan bekerja di tanah-tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.

    Pelbagai kemudahan dan insentif, seperti wang pendahuluan tambang, diberikan

    menyebabkan ramai orang Cina berpindah keluar dari negeri China. Arahan juga

    dikeluarkan kepada gabenor-gabenor wilayah supaya perlindungan diberikan kepada

    orang-orang Cina yang kembali semula dari seberang laut. Hal ini merupakan satu

    jaminan kepada para penghijrah kerana sebelum itu sesiapa yang berpindah keluar

    tidak dibenarkan kembali.

    Satu persetujuan dicapai antara kerajaan Manchu dan British untuk mengawasi

    bersama kontrak penghijrahan (indentured migration) yang melibatakan orang Cina

    yang diambil bekerja sebagai buruh di tanah jajahan dan negeri-negeri di bawah

    lindungan British. Perjanjian itu ditandatangani di London dan dikenali sebagai

    Emigration Convention Respecting the Employment of Chinese Labour in the British

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    16/86

    Colonies and Protectorates. Dengan itu, tindakan penghijrahan orang Cina ke seberang

    laut bukan lagi satu kesalahan di sisi undang-undang. Malahan, kerajaan China telah

    menggubal undang-undang untuk melindungi semua penghijrah China dan pegawai-

    pegawai dilantik untuk membantu dan melindungi kaum Cina di seberang laut.

    1.3 Petempatan orang-orang Cina di negeri Johor

    Orang-orang Cina tidak membuat petempatan di kawasan pedalaman Johor sehingga

    selepas tahun 1830-an. Pada 1834, Begbie menganggarkan jumlah penduduk di

    bandar-bandar Johor, Pulau Tinggi, Sungai Papan dan Segamat, tetapi tidak menyebut

    tentang orang-orang Cina. Begitu juga dengan Newold yang mengira jumlah kampung-

    kampung kecil pada tahun 1839. Tetapi, pada penghujung tahun 1830-an, orang-orang

    Cina dari Singapura telah mula berpindah lebih jauh ke pedalaman dan telah memasuki

    Johor. Pada tahun 1836, terdapat seramai 35000 orang Melayu dan beberapa orang

    Cina di Timiong (Temiang). Newbold tidak menyebut tentang orang-orang Cina di

    tempat-tempat lain termasuk daerah Muar dan Segamat.

    Johor, di bawah pemerintahan Temenggung Ibrahim, mula berubah dari sebuah negeri

    yang bergantung kepada hasil laut kepada pertanian. Pertanian gambir dan lada hitammenjadi tarikan utama kemasukan orang Cina ke Johor. Pada tahun 1870 sahaja,

    terdapat 30 ribu orang Cina terutama suku-suku dialek Teochew dan Khek menetap di

    negeri Johor. Orang Cina merupakan perintis dan banyak mendominasikan ekonomi

    pertanian ladang di Johor. Mereka dinaungi oleh Temenggung Ibrahim dan seterusnya

    Sultan Abu Bakar melalui satu sistem pajak yang terkenal, iaitu Sistem Kangcu.

    1.4 Sistem Kangcu

    Sistem Kangcu ialah satu sistem pajak tanah yang diperkenalkan oleh Temenggung

    Ibrahim dan kemudian dimajukan lagi oleh anak baginda, Sultan Abu Bakar.Kangcu

    bererti tuan sungai dalam bahasa Cina. Kangcu berkuasa ke atas sungai (biasanya

    anak sungai) dan tanah di kedua-dua tebing sungai. Tauke-tauke Cina yang hendak

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    17/86

    meneroka kawasan itu dan membuka ladang gambir dan lada hitam akan diberi Surat

    Sungai yang ditandatangani oleh Sultan Johor. (Lampiran1) Pemerintahan

    Temenggung Ibrahim menekankan dan menggalakkan kegiatan pertanian. Baginda

    membenarkan orang Cina masuk ke Johor untuk menjalankan kegiatan pertanian

    terutama lada hitam dan gambir. Sistem Kangcu telah digunakan untuk mengendali dan

    mengawasi orang Cina di Johor dan dimulakan di Johor sejak 1930-an.

    Kangcu dapat dianggap sebagai satu unit kerajaan tempatan. Biasanya Kangcu akan

    tinggal di kangkar (kaki sungai atau tebing sungai). Kangkar merupakan unit

    pentadbiran di kawasan kebun gambir dan lada hitam. Perkataan kangcu secara

    khususnya membawa dua makna, iaitu:

    (a) Ibu pejabat atau pusat pentadbiran seorang kangcu

    (b)Sebuah kawasan perladangan

    Kawasan tempat tinggal kuli-kuli pula dikenali sebagai bangsal. Kebanyakan bangsal di

    peringkat awal terdapat di Sungai Skudai, Danga, Melayu dan Tebrau. Pada tahun

    1845, terdapat 55 buah bangsal dan pada tahun-tahun 1860-an, 1200 buah. Saiz

    kangkar berbeza antara satu dengan yang lain. Kangkar yang kecil saiznya kurang

    daripada 2500 ekar manakala yang besar lebih 20000 ekar.

    Sistem Kangcu merupakan campuran sistem Melayu, Cina dan Inggeris. Dengan ini,

    perjalanan sistem ini mudah diterima oleh pihak-pihak yang terlibat. Pihak Temenggung

    juga telah memberi galakan dengan pemberian taraf perintis. Umpamanya, kangcu

    tidak perlu membayar cukai selama tiga tahun. Insentif ini dan keluasan tanah Johor

    yang besar dan subur telah menyebabkan kangcu membawa masuk lebih ramai buruh

    Cina. Antara tahun 1855 -1862, seramai 70 ribu orang Cina telah dibawa masuk bekerja

    di ladang gambir dan lada. Pada tahun 1894, daripada keseluruhan 300,000 orang

    penduduk Johor, 210,000 terdiri dariapda orang Cina dan tenaga buruh tersebutlah

    yang sangat-sangat diperlukan untuk peningkatan pengeluaran dalam bidang

    pertanian.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    18/86

    Dalam Surat Sungai, dicatatkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang mesti

    dipatuhi oleh kangcu-kangcu. (Lampiran 2) Walau bagaimanapun, kangcu-kangcu

    tersebut juga mmpunyai kuasa yang luas di kangkar dalam aspek eknomi dan kawalan.

    Kangcu diberi monopoli atas aktiviti-aktiviti berikut :

    (a) Penjualan arak(b) Penjualan babi(c) Perjudian(d) Pajak Gadai(e) Mengutip komisen atas barang-barang import dan eksport masuk ke kangkar danpembekalan candu.

    Kangcu juga mempunyai saham yang besar ke atas pengangkutan perahu yang masuk

    ke kangkar. Setiap kangkar perlu mempertahankan diri sendiri, menjaga hartabenda,mengawal penyeludupan dan memastikan buruh bekerja.

    1.5 Sumbangan Sistem Kangcu dan Orang Cina Terhadap Perkembangan Ekonomi

    Johor

    Sistem Kangcu bersama-sama dengan sistem pajak lain seperti pajak sungai, pajak

    kampung, pajak bandar dan pasar, monopoli candu dan hasil hutan telah membantu

    perkembangan ekonomi Johor. Pada tahun 1880, negeri Johor mengeksport 316 ribu

    pikul gambir dan lebih 56 ribu pikul lada. Satu lagi kesan ialah Sistem Kangcu

    menyebabkan petempatan-petempatan orang Cina secara sistematik dan kewujudan

    bandar, pekan atau kampung yang baru.

    Permintaan yang tinggi untuk gambir dan lada menyebabkan harganya melambung.

    Contohnya, harga gambir meningkat daripada $5.00 sepikul pada tahun 1884 kepada

    $8.00 pada tahun 1889. Harga lada hitam pula meningkat daripada $12.00 sepikul

    kepada $20.00 sepikul pada tahun 1889. Harga kedua-dua tanaman itu berada paras

    yang tinggi sehingga tahun 1905. Faktor tesebut yang menyebabkan ramai orang Cina

    telah dibawa masuk untuk melibatkan diri dalam sektor pertanian ini. Secara tidak

    langsung, kawasan petempatan baru telah diwujudkan dan seterusnya dimajukan

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    19/86

    menjadi pekan dan bandar. Malahan, cukai yang dapat dikutip oleh kerajaan Johor juga

    meningkat. Pada dekad pertama abad ke-20, perusahaan gambir dan lada hitam

    merosot ekoran kemerosotan harga dan ancaman dari kemunculan tanaman getah.

    Banyak kangkar sudah beralih kepada tanaman getah.

    1.6 Sejarah Kangkar Tebrau

    Kangkar Tebrau berada lebih kurang 6 batu dari pusat bandaraya Johor Bahru. Ia

    berada di timur laut Johor Bahru dan Sungai Tebrau mengalir melaluinya.(Peta 1, 2 & 3)

    Pada kurun 1800-an dan sebelumnya, kawasan ini masih diliputi oleh hutan rimba dan

    binatang-binatang liar hidup di situ.

    Pada tahun 1844, Temenggung Ibrahim telah mengeluarkan Surat Sungai yang kedua

    kepada Kapitan Tan Kee Soon atau Chen Kai Shun () (Lampiran 3) dan

    membenarkan beliau membina petempatan di Kangkar Tebrau. Chen Kai Shun telah

    membawa sekumpulan kuli Cina (kebanyakan dari suku dialek Teochew) dari

    Singapura ke Kangkar Tebrau dengan perahu. Mereka telah mendarat di Kangkar

    Tebrau dan mula meneroka kawasan itu. Pada masa itu, ramai peneroka telah

    meninggal kerana menghadapi banyak ancaman, seperti penyakit tempatan, ancamanbinatang liar, masalah penyesuaian diri dengan iklim serta alam sekitar tempatan dan

    sebagainya.

    Sumber ekonomi utama pada masa itu ialah penanaman gambir dan lada hitam

    disebabkan permintaan yang tinggi. Kemudian, tanaman tersebut telah digantikan oleh

    tanaman getah akibat kemerosotan permintaan gambir. Semasa kawasan itu dibuka

    oleh Chen Kai Shun, Kangkar Tebrau telah dikenali sebagai Chen Cuo Gang ()

    oleh masyarkat Cina pada masa itu dan nama ini masih diwarisi sehingga hari ini.

    Pada kemuncak kecemerlangan, Kangkar Tebrau diduduki oleh lebih daripada 4000

    orang Cina. Pada masa itu, Kangkar Tebrau merupakan sebuah kawasan yang makmur

    dengan kedai-kedai, rumah pelacur, rumah judi dan rumah candu juga kelihatan di situ.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    20/86

    Antara jalan-jalan utama di kawasan itu ialah Jalan Kangkar Tebrau dan Jalan Kangkar

    Kecil. Jalan-jalan itu pernah merupakan jalan yang sibuk dan ramai penduduk berlalu-

    lalang di situ. (Gambar 1) Bagaimanpun, akibat perkembangan kawsan itu diabaikan,

    sekarang hanya terdapat kurang daripada 20 buah keluarga yang masih tinggal di situ.

    Dari 1844 hingga 1855, Kangkar Tebrau merupakan pusat pentadbiran tempatan negeri

    Johor. Biasanya, pendatang-pendatang Cina yang awal akan mendirikan tokong,

    persatuan dan kemudian sekolah apabila mereka menetap di sesuatu tempat. Jadi,

    selain daripada lading-ladang, sebuah tokong juga telah didirikan oleh Chen Kai Shun

    pada 1844 dan sekarang tokong itu telah berusia lebih daripada 150 tahun. Juga

    dipercayai bahawa Persatuan Keng Chew (sekarang dikenali Persatuan Hainan)

    didirikan pada pada 1880. Sebuah sekolah rendah Cina yang dikenali sebagai Sekolah

    Rendah Yit Hwa (Yit Hwa National Type Primary School) (Gambar 2) juga didirikan di

    situ pada 1920 tetapi telah tutup pada 1966 kerana ketiadaan murid. Selepas Perang

    Dunia Kedua, terdapat juga sebuah majlis perundangan tempatan di Kangkar Tebrau

    tetapi ia juga dibubarkan pada 1960-an.

    Pada tahun 1917, Sultan Ibrahim telah memansuhkan Sistem Kangcu dan ini

    menandakan permulaan kemerosotan Kangkar Tebrau. Di bawah Sistem Kangcu,

    Kangkar Tebrau telah menikmati kemakmuran dan kemajuan selama 73 tahun.Sungguhpun pada 1924, masih terdapat lebih kurang 5000 orang penduduk tinggal di

    situ, tetapi semakin ramai penduduk telah berpindah dari situ selepas itu.

    Antara faktor-faktor yang menyebabkan keadaan tersebut termasuk :

    (a) Johor Bahru yang didirikan pada tahun 1855 telah berkembang dengan pesatnya

    dan telah menggantikan Kangkar Tebrau sebagai sebuah pusat pentadbiran dan

    ekonomi negeri Johor. Selanjutnya, semakin ramai penduduk di situ berpindah ke Johor

    Bahru untuk mencari rezeki.

    (b) Pada awalnya, mata pencarian utama penduduk-penduduk tempatan bergantung

    kepada gambir sebagai tanaman utama tetapi selepas permintaan gambir merosot,

    mereka terpaksa berpindah ke tempat-tempat lain untuk mencari nafkah.

    (c) Semasa pemerintahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, ramai penduduk di

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    21/86

    Kangkar Tebrau telah melarikan diri dan kemudian tidak balik ke situ lagi.

    (d) Kebanyakan bangunan-bangunan di Kangkar Tebrau telah usang dan tidak sesuai

    untuk kediaman dan lebih-lebih lagi kawasan-kawasan perumahan baru seperti

    Kampung Baru Pandan, Taman Daya dan Taman Istimewa, telah didirikan di

    sekelilingnya.

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang Cina berhijrah dari negara

    asal mereka.

    Selain golongan bumiputera yang merupakan penduduk asal di negeri ini terdapat juga

    warganegara Malaysia yang terdiri daripada penduduk yang berasal dari negeri China

    dan India. Walaupun terdapat pedagang dan saudagar dari negeri China dan India

    serta Arab yang belayar ke Selat Melaka untuk menjalankan perniagaan pada zaman

    kegemilangan Melaka, bilangan mereka yang menetap adalah kecil. Kebanyakan yang

    memihh untuk menetap di negara ini kemudiannya telah mengasimilasikan diri mereka

    dengan budaya dan cara hidup penduduk setempat. Hal ini ternyata berbeza sekali

    dengan gelombang kedatangan imigran yang berlaku dengan rancaknya mulai

    pertengahan abad ke-19. Penghijrahan masuk-secara beramai-rarnai orang Cina di

    peringkat awal berlaku setelah pihak Inggeris membuka Pulau Pinang (1786),

    Singapura (1819) dan menubuhkan Negeri-negeri Selat (1826). Dasar ekonomi dan

    pentadbiran Inggeris telah menggalakkan kedatangan beramai-rarnai imigran Cina.

    Di peringkat ini mereka tertumpu di Lukut dan Sungai Ujong untuk bekerja di lombong

    bijih yang diusahakan oleh para pembesar Melayu. Berikutan keadaan politik yang tidak

    stabil dan keadaan kucar-kacir yang berlaku di Perak, Selangor serta Sungai Ujong

    pada suku ketiga abad ke-19, telah mendorong campurtangan Inggeris ke atas

    pentadbiran negeri-negeri Melayu tersebut pada tahun 1874. Dengan terbentuknya

    pentadbiran Inggeris, lebih banyak buruh Cina bcrhijrah terutamanya ke kawasan

    perlombongan utama. Saudagar Cina dan Eropah di Negeri-negeri Selat juga semakin

    giat melabur dalam penisahaan bijih yang menjadi usahaniaga mereka.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    22/86

    Pada tahun 1870 terdapal kira-kira 10,000 orang Cina di Sungai Ujong. Di Selangor

    menjelang tahun 1850, sudahpun ada lombong bijih yang diusahakan oleh orang Cina

    di kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Sungai Kanching dan Kelang. Pada waktu yang

    sama terdapat juga perkembangan yang berlaku di Johor. Di sana Temenggung

    lbrahim telah menggalakkan tanaman lada dan gambir dengan memberikan kawasan-

    kawasan di sepanjang sungai untuk orang Cina membuka ladang. 'Surat Sungai' atau

    surat kuasa diberikan kepada sescorang ketua atau 'Kangchu' di satu-satu kawasan

    gambir dan lada. Pada tahun 1870-an dianggarkan penduduk Cina di Johor mencapai

    bilangan 100,000 orang. Di Perak.

    Long,Jaafar. seorang pembesar tempatan telah menernui kawasan bijih yang luas di

    Larut pada tahun 1840-an. Beliau telah membuka lombong di Kelian Pauh (Taiping) dan

    membawa buruh Cina untuk memajukan lombong di Larut. Dianggarkan terdapat

    40.000 orang Cina di Larut pada tahun 1873. Keadaan yang sama juga berlaku di Lukut

    iaitu kawasan lombong bijih yang ditadbirkan oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar.

    Kebanyakan imigran Cina berasal dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Terdapat

    beberapa puak yang berhijrah mengikut diaiek kedaerahan seperti daerah Arnoy, Sen-

    Yu, Hok-Chiu. Eng Choon dan daerah-daerah lain di wilayah Kwangtung; manakala

    suku-suku lain terdiri daripada penduduk daerah Canton. Tiu Chiu. Fui Chiu dan KhengChow.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    23/86

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang Cina berhijrah dari negara asal

    mereka. Di antaranya ialah keadaan huru-hara di bawah pemerintahan Manchu.

    Kekacauan, pembunuhan dan kekejaman sering terjadi dan tidak terkawal. Malapetaka

    seperti banjir dan taufan kerap melanda kawasan pertanian menyebabkan kesukaran

    kepada petani. Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentfasa meletus,

    antaranya ialah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.

    Pemberontakan Taiping yang berlaku pada tahun 1857 berakhir dengan kegagalan dan

    banyak yang terlibat melarikan diri ke beberapa tempat di Asia Tenggara. Adalah

    dipercayai banyak imigran yang tiba ke negara ini kerana dipaksa oleh agen buruh di

    negeri China. Manakala sesetengahnya pula terpengaruh oleh kaum keluarga yang

    berhijrah terlebih awal. Narnun demikian. faktor yang paling penting ialah tarikan untuk

    mencari rezeki dan kekayaan di seberang laut. Hal tersebut berlaku kerana kebanyakan

    mereka terdiri daripada kelas bawahan dan buruh miskin di negeri China. Penghijrahan

    secara beramai-rarnai buruh Cina sebenarnya merupakan langkah yang dirancang oleh

    Inggeris. Dasar ekonomi penjajah untuk mengaut kekayaan secepat mungkin daripadahasil bijih telah menyebabkan galakan diberi untuk mengimport buruh luar.

    Pertambahan permintaan bahan tersebut di Eropah telah mendesak peningkatan

    eksport bijih ke negara-negara perindustrian. Buruh Cina telah dibawa masuk

    khususnya untuk menjadi alat eksploitasi ekonomi Inggeris sendiri. Proses kemasukan

    imigran diawasi pula dengan meluluskan undang-undang imigresen, misalnya pada

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    24/86

    tahun 1877, The Chinese Immigrants Ordinance dan The Crimpling Ordinance

    diperkenalkan. Lanjutan daripada itu Jabatan Perlindung orang Cina dibentuk bagi

    melindungi buruh-buruh Cina. Agensi merekrut buruh dibenarkan beroperasi di

    Singapura dan di Negeri-negeri Selat yang lain. Menjelang awal abad ioi, orang Cina

    yang berhijrah ke negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah tersebar

    ke merata tempat, khususnya di kawasan pantai barat. Selain golongan buruh atau

    'sinkhek' terdapat juga kategori imigran yang terdiri daripada peniaga, tukang, pekerja

    mahir dan sebagainya. Di negeri Sarawak kedatangan secara beramai-ramai imigran

    Cina bermula pada suku kedua abad ke-19 iaitu setelah wujudnya pemerintahan James

    Brooke pada tahun 1841. James Brooke telah berusaha mengekalkan keamanan

    Sarawak dengan memerangi kegiatan lanun di sekitar perairan Sarawak. Kejayaannya

    telah menyebabkan berkembangnya aktiviti pemiagaan saudagar Inggeris dan Cina di

    Singapura dan Sarawak. Keamanan yang wujud di Sarawak telah menarik minat orang

    Cina untuk datang ke Sarawak. Pada peringkat awal orang Cina yang berhijrah

    bukanlah berasal dari negeri China tetapi terdiri daripada pelombong keturunan Hakka

    yang datang dari kawasan Sambas, Pontianak. Mereka telah melombong emas di

    kawasan tersebut sejak tahun 1760-an lagi.

    Apabila Belanda meluaskan kekuasaan di Pontianak pada tahun 1820-an, orang Cinamerasa tertekan. Apabila longgokan emas mulai berkurangan rarnai yang berpindah ke

    Bau, Sarawak dalam tahun 1841. Apabila bandar Kuching dibuka pada tahun 1836 oleh

    Pangeran Mahkota, banyak peniaga Hokkien mulai menetap di situ bersama-sama

    orang Melayu dan Bidayuh. Sepertimana dengan keadaan di Semenanjung, tarikan

    untuk mendapat keuntungan ekonomi menjadi faktor utama. Selain melombong emas di

    Bau dan Marup, tanaman gambir dan lada untuk tujuan eksport juga menjadi daya

    pcnarik. Sehingga tahun 1857 adalah dianggarkan terdapat sebanyak 4,000 orang Cina

    di barat Sarawak. Perusahaan tanaman lada hitam secara meluas hanya bermula pada

    tahun 1876 apabila Raja Brooke menawarkan pelayaran percuma kepada penanam

    lada dari Singapura dan menguntukkan tanah bagi ladang lada hitam kepada saudagar

    Cina. Selain orang Hakka, pada tahun 1900 banyak imigran Foochow masuk ke

    Sarawak untuk menanam lada di Sibu, Sarikei-Binatang dan Serian. Tanaman getah

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    25/86

    mula diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1881. Hasilnya menjadi eksport penting

    Sarawak mulai tahun 1906 apabila harga getah melambung naik.

    Getah dimajukan dengan cara menggalakkan pekebun kecil bumiputera dan orang

    Foochow menanam tanaman ini. Kenaikan harga getah pada tahun 1920-an telah

    menyebabkan, banyak imigran Cina masuk dan mengusahakannya secara ladang.

    Perangkaan tentang bilangan imigran yang meningkat di Sarawak adalah jelas, pada

    tahun 1908 dianggarkan terdapat 45,000 orang Cina - lebih kurang 10 peratus daripada

    penduduk Sarawak. Walau bagaimanapun pada tahun 1960jumlahnya menjadi 229,154

    orang atau 32 peratus dari jumlah penduduk Sarawak. Pertambahan pesat berlaku di

    antara tahun 1939 hingga 1960. Dengan itu adalah jelas faktor ekonomi menjadi

    pendorong kedatangan imigran Cina. Malahan dasar keluarga Brooke yang

    memberikan pelbagai kemudahan seperti pemilikan tanah, bantuan kewangan, dan

    tambang pelayaran telah memesatkan lagi kedatangan mereka. Raja Brooke kedua

    pula secara peribadi menggalakkan orang Foochow datang ke Sarawak. Negeri Sabah

    mengalami pertambahan jumlah penduduk yang pesat di antara tahun 1901 hingga

    1911. Banci penduduk pertama pada tahun 1891 menunjukkan penduduknya berjumlah

    67,062 orang. Narnun jumlah ini meningkat kepada 208,183 orang pada tahun 1911.

    Pertambahan ini jelas berlaku sesudah Sabah ditadbirkan oleh Syarikat Chartered,

    apabila banyak imigran Cina dan Jawa dibawa masuk sebagai buruh ladang kepunyaan

    syarikat tersebut. Sebelum Syarikat Chartered mentadbir Sabah, bilangan orang Cina

    adalah amat kecil. Selain beberapa orang pedagang barang hasil hutan di Sandakan,

    terdapat beberapa keluarga Cina tinggal yang di Labuan dan TelukMarudu. Usaha

    pengasas Syarikat Chartered, Alfred Dent dan Pesuruhjaya bagi imigran Cina, Sir

    Walter Medhurst menunjukkan kesungguhan Inggeris untuk mengaut keuntungan

    dengan menggunakan buruh Cina di ladang dan kawasan pembalakan. Pada tahun

    1880-an apabila kayu balak dan tembakau menjadi eksport penting, pihak syarikat dan

    para pelabur di dalam kedua jenis perusahaan membawa masuk orang Cina dan Jawa

    untuk menjadi buruh. Apabila tanaman getah mula mengambil tempat di sekitar tahun

    1907, imigran dari Cina telah diambil sebagai buruh.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    26/86

    Orang Hakka turut berhijrah kerana ingin mengambil peluang menanam getah. Di

    sekitar tahun 1907 bilangan penduduk Cina telah meningkat kepada 13,000 orang.

    Peraturan masuk imigran bagi orang Cina dipermudah. Medhurst sendiri telah pergi ke

    negeri China dan kemudiannya menawarkan free-passage bagi menggalakkan

    penghijrahan. Jabatan Pelindung Cina wujud bagi mengawasi buruh kontrak dan

    kebajikan imigran. Hong Kong dan Singapura menjadi pangkalan rekrut buruh imigran

    ini. Kemasukan imigran Cina meningkat pada tahun-tahun 1920 hingga 1940 hasil

    daripada tindakan syarikat mengeluarkan pas masuk kepada keluarga imigran yang

    ingin berhijrah. Satu faktor lain yang mendorong orang Cina terutama dari suku Hakka

    dan Kantonis untuk datang ke Sabah ialah kemudahan untuk memiliki tanah yang

    mudah dan percuma. Menjelang tahun 1931 penduduk Cina di Sabah telah meningkat

    menjadi 47,779 orang.

    TERDAPAT BEBERAPA FAKTOR YANG MENYEBABKAN ORANG CINA

    BERHIJRAH DARI NEGARA ASAL MEREKA.

    Teh Koon Hoo

    Selain golongan bumiputera yang merupakan penduduk asal di negeri ini terdapat jugawarganegara Malaysia yang terdiri daripada penduduk yang berasal dari negeri China

    dan India. Walaupun terdapat pedagang dan saudagar dari negeri China dan India

    serta Arab yang belayar ke Selat Melaka untuk menjalankan perniagaan pada zaman

    kegemilangan Melaka, bilangan mereka yang menetap adalah kecil. Kebanyakan yang

    memilih untuk menetap di negara ini kemudiannya telah mengasimilasikan diri mereka

    dengan budaya dan cara hidup penduduk setempat. Hal ini ternyata berbeza sekali

    dengan gelombang kedatangan imigran yang berlaku dengan rancaknya mulai

    pertengahan abad ke-19. Penghijrahan masuk-secara beramai-rarnai orang Cina di

    peringkat awal berlaku setelah pihak Inggeris membuka Pulau Pinang (1786),

    Singapura (1819) dan menubuhkan Negeri-negeri Selat (1826). Dasar ekonomi dan

    pentadbiran Inggeris telah menggalakkan kedatangan beramai-ramai imigran Cina.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    27/86

    Di peringkat ini mereka tertumpu di Lukut dan Sungai Ujong untuk bekerja di lombong

    bijih yang diusahakan oleh para pembesar Melayu. Berikutan keadaan politik yang tidak

    stabil dan keadaan kucar-kacir yang berlaku di Perak, Selangor serta Sungai Ujong

    pada suku ketiga abad ke-19, telah mendorong campurtangan Inggeris ke atas

    pentadbiran negeri-negeri Melayu tersebut pada tahun 1874. Dengan terbentuknya

    pentadbiran Inggeris, lebih banyak buruh Cina bcrhijrah terutamanya ke kawasan

    perlombongan utama. Saudagar Cina dan Eropah di Negeri-negeri Selat juga semakin

    giat melabur dalam penisahaan bijih yang menjadi usahaniaga mereka.

    Pada tahun 1870 terdapal kira-kira 10,000 orang Cina di Sungai Ujong. Di Selangor

    menjelang tahun 1850, sudahpun ada lombong bijih yang diusahakan oleh orang Cina

    di kawasan Ampang, Kuala Lumpur. Sungai Kanching dan Kelang. Pada waktu yang

    sama terdapat juga perkembangan yang berlaku di Johor. Di sana Temenggung

    lbrahim telah menggalakkan tanaman lada dan gambir dengan memberikan kawasan-

    kawasan di sepanjang sungai untuk orang Cina membuka ladang. 'Surat Sungai' atau

    surat kuasa diberikan kepada sescorang ketua atau 'Kangchu' di satu-satu kawasan

    gambir dan lada. Pada tahun 1870-an dianggarkan penduduk Cina di Johor mencapai

    bilangan 100,000 orang. Di Perak.

    Long Jaafar seorang pembesar tempatan telah menernui kawasan bijih yang luas di

    Larut pada tahun 1840-an. Beliau telah membuka lombong di Kelian Pauh (Taiping) dan

    membawa buruh Cina untuk memajukan lombong di Larut. Dianggarkan terdapat

    40.000 orang Cina di Larut pada tahun 1873. Keadaan yang sama juga berlaku di Lukut

    iaitu kawasan lombong bijih yang ditadbirkan oleh Raja Jumaat bin Raja Jaafar.

    Kebanyakan imigran Cina berasal dari wilayah Kwangtung dan Fukien. Terdapat

    beberapa puak yang berhijrah mengikut diaiek kedaerahan seperti daerah Arnoy, Sen-

    Yu, Hok-Chiu. Eng Choon dan daerah-daerah lain di wilayah Kwangtung; manakala

    suku-suku lain terdiri daripada penduduk daerah Canton. Tiu Chiu. Fui Chiu dan Kheng

    Chow.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    28/86

    Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan orang Cina berhijrah dari negara asal

    mereka. Di antaranya ialah keadaan huru-hara di bawah pemerintahan Manchu.

    Kekacauan, pembunuhan dan kekejaman sering terjadi dan tidak terkawal. Malapetaka

    seperti banjir dan taufan kerap melanda kawasan pertanian menyebabkan kesukaran

    kepada petani. Gerakan menentang pemerintahan Manchu sentiasa meletus, antaranya

    ialah Pemberontakan Taiping, Pemberontakan Boxer dan Revolusi Cina.

    Pemberontakan Taiping yang berlaku pada tahun 1857 berakhir dengan kegagalan dan

    banyak yang terlibat melarikan diri ke beberapa tempat di Asia Tenggara. Adalah

    dipercayai banyak imigran yang tiba ke negara ini kerana dipaksa oleh agen buruh di

    negeri China. Manakala sesetengahnya pula terpengaruh oleh kaum keluarga yang

    berhijrah terlebih awal. Namun demikian, faktor yang paling penting ialah tarikan untuk

    mencari rezeki dan kekayaan di seberang laut. Hal tersebut berlaku kerana kebanyakan

    mereka terdiri daripada kelas bawahan dan buruh miskin di negeri China. Penghijrahan

    secara beramai-ramai buruh Cina sebenarnya merupakan langkah yang dirancang oleh

    Inggeris. Dasar ekonomi penjajah untuk mengaut kekayaan secepat mungkin daripadahasil bijih telah menyebabkan galakan diberi untuk mengimport buruh luar.

    Pertambahan permintaan bahan tersebut di Eropah telah mendesak peningkatan

    eksport bijih ke negara-negara perindustrian. Buruh Cina telah dibawa masuk

    khususnya untuk menjadi alat eksploitasi ekonomi Inggeris sendiri. Proses kemasukan

    imigran diawasi pula dengan meluluskan undang-undang imigresen, misalnya pada

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    29/86

    tahun 1877, The Chinese Immigrants Ordinance d an The Crimpl ing Ordinance

    diperkenalkan. Lanjutan daripada itu Jabatan Perlindung orang Cina dibentuk bagi

    melindungi buruh-buruh Cina. Agensi merekrut buruh dibenarkan beroperasi di

    Singapura dan di Negeri-negeri Selat yang lain. Menjelang awal abad ke-19, orang Cina

    yang berhijrah ke negeri-negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu telah tersebar

    ke merata tempat, khususnya di kawasan pantai barat. Selain golongan buruh atau

    's inkhek' terdapat juga kategori imigran yang terdiri daripada peniaga, tukang, pekerja

    mahir dan sebagainya. Di negeri Sarawak kedatangan secara beramai-ramai imigran

    Cina bermula pada suku kedua abad ke-19 iaitu setelah wujudnya pemerintahan James

    Brooke pada tahun 1841. James Brooke telah berusaha mengekalkan keamanan

    Sarawak dengan memerangi kegiatan lanun di sekitar perairan Sarawak. Kejayaannya

    telah menyebabkan berkembangnya aktiviti pemiagaan saudagar Inggeris dan Cina di

    Singapura dan Sarawak. Keamanan yang wujud di Sarawak telah menarik minat orang

    Cina untuk datang ke Sarawak. Pada peringkat awal orang Cina yang berhijrah

    bukanlah berasal dari negeri China tetapi terdiri daripada pelombong keturunan Hakka

    yang datang dari kawasan Sambas, Pontianak. Mereka telah melombong emas di

    kawasan tersebut sejak tahun 1760-an lagi.

    Apabila Belanda meluaskan kekuasaan di Pontianak pada tahun 1820-an, orang Cinamerasa tertekan. Apabila longgokan emas mulai berkurangan ramai yang berpindah ke

    Bau, Sarawak dalam tahun 1841. Apabila bandar Kuching dibuka pada tahun 1836 oleh

    Pangeran Mahkota, banyak peniaga Hokkien mulai menetap di situ bersama-sama

    orang Melayu dan Bidayuh. Sepertimana dengan keadaan di Semenanjung, tarikan

    untuk mendapat keuntungan ekonomi menjadi faktor utama. Selain melombong emas di

    Bau dan Marup, tanaman gambir dan lada untuk tujuan eksport juga menjadi daya

    pcnarik. Sehingga tahun 1857 adalah dianggarkan terdapat sebanyak 4,000 orang Cina

    di barat Sarawak. Perusahaan tanaman lada hitam secara meluas hanya bermula pada

    tahun 1876 apabila Raja Brooke menawarkan pelayaran percuma kepada penanam

    lada dari Singapura dan menguntukkan tanah bagi ladang lada hitam kepada saudagar

    Cina. Selain orang Hakka, pada tahun 1900 banyak imigran Foochow masuk ke

    Sarawak untuk menanam lada di Sibu, Sarikei-Binatang dan Serian. Tanaman getah

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    30/86

    mula diperkenalkan di Sarawak pada tahun 1881. Hasilnya menjadi eksport penting

    Sarawak mulai tahun 1906 apabila harga getah melambung naik.

    Getah dimajukan dengan cara menggalakkan pekebun kecil bumiputera dan orang

    Foochow menanam tanaman ini. Kenaikan harga getah pada tahun 1920-an telah

    menyebabkan, banyak imigran Cina masuk dan mengusahakannya secara ladang.

    Perangkaan tentang bilangan imigran yang meningkat di Sarawak adalah jelas, pada

    tahun 1908 dianggarkan terdapat 45,000 orang Cina - lebih kurang 10 peratus daripada

    penduduk Sarawak. Walau bagaimanapun pada tahun 1960 jumlahnya menjadi

    229,154 orang atau 32 peratus dari jumlah penduduk Sarawak. Pertambahan pesat

    berlaku di antara tahun 1939 hingga 1960. Dengan itu adalah jelas faktor ekonomi

    menjadi pendorong kedatangan imigran Cina. Malahan dasar keluarga Brooke yang

    memberikan pelbagai kemudahan seperti pemilikan tanah, bantuan kewangan, dan

    tambang pelayaran telah memesatkan lagi kedatangan mereka. Raja Brooke kedua

    pula secara peribadi menggalakkan orang Foochow datang ke Sarawak. Negeri Sabah

    mengalami pertambahan jumlah penduduk yang pesat di antara tahun 1901 hingga

    1911. Banci penduduk pertama pada tahun 1891 menunjukkan penduduknya berjumlah

    67,062 orang. Namun jumlah ini meningkat kepada 208,183 orang pada tahun 1911.

    Pertambahan ini jelas berlaku sesudah Sabah ditadbirkan oleh Syarikat Chartered,

    apabila banyak imigran Cina dan Jawa dibawa masuk sebagai buruh ladang kepunyaan

    syarikat tersebut. Sebelum Syarikat Chartered mentadbir Sabah, bilangan orang Cina

    adalah amat kecil. Selain beberapa orang pedagang barang hasil hutan di Sandakan,

    terdapat beberapa keluarga Cina tinggal yang di Labuan dan Teluk Marudu. Usaha

    pengasas Syarikat Chartered, Alfred Dent dan Pesuruhjaya bagi imigran Cina, Sir

    Walter Medhurst menunjukkan kesungguhan Inggeris untuk mengaut keuntungan

    dengan menggunakan buruh Cina di ladang dan kawasan pembalakan. Pada tahun

    1880-an apabila kayu balak dan tembakau menjadi eksport penting, pihak syarikat dan

    para pelabur di dalam kedua jenis perusahaan membawa masuk orang Cina dan Jawa

    untuk menjadi buruh. Apabila tanaman getah mula mengambil tempat di sekitar tahun

    1907, imigran dari Cina telah diambil sebagai buruh.

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    31/86

    Orang Hakka turut berhijrah kerana ingin mengambil peluang menanam getah. Di

    sekitar tahun 1907 bilangan penduduk Cina telah meningkat kepada 13,000 orang.

    Peraturan masuk imigran bagi orang Cina dipermudah. Medhurst sendiri telah pergi ke

    negeri China dan kemudiannya menawarkan free-passage bagi menggalakkan

    penghijrahan. Jabatan Pelindung Cina wujud bagi mengawasi buruh kontrak dan

    kebajikan imigran. Hong Kong dan Singapura menjadi pangkalan rekrut buruh imigran

    ini. Kemasukan imigran Cina meningkat pada tahun-tahun 1920 hingga 1940 hasil

    daripada tindakan syarikat mengeluarkan pas masuk kepada keluarga imigran yang

    ingin berhijrah. Satu faktor lain yang mendorong orang Cina terutama dari suku Hakka

    dan Kantonis untuk datang ke Sabah ialah kemudahan untuk memiliki tanah yang

    mudah dan percuma. Menjelang tahun 1931 penduduk Cina di Sabah telah meningkat

    menjadi 47,779 orang.

    CAMPUR TANGAN BRITISH DI TANAH MELAYU

    Teh Koon Hoo

    Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayutelah membawa

    kepada pemindahan kuasa pentadbiran daripada raja-raja Melayu kepada pegawai-

    pegawai yang dilantik oleh pihak British untuk mentadbir dan menguruskan semua

    aspek pentadbiran negeri-negeri Melayu kecuali pengurusan agama Islam dan

    juga adat resam orang-orang Melayu.

    Campur tangan ini kemudiannya membawa kepada penjajahan sepenuhnya negeri-

    negeri Melayu di bawah penguasaan British. Penyerahan kuasa ini dibuat secara rela

    oleh raja-raja Melayu dengan hanya mendapat janji-janji palsu dan pemberian pencen

    kecil yang diberikan oleh kerajaan British.

    Isi kandungan

    1 Dasar Tidak Campur Tangan

    o 1.1 Pertukaran Kerajaan Di Britain

    o 1.2 Pembubaran Syarikat India Timur

    2 Peranan Bijih Timah

    o 2.1 Kebangkitan Industri Mengetin Makanan

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    32/86

    3 Perlombongan Bijih Di Tanah Melayu

    4 Kegiatan Pelanunan

    5 Ketidakstabilan Keadaan Politik Negeri Perak

    o 5.1 Perang Larut Di Perak

    o 5.2 Perebutan Kuasa Di Kalangan Pembesar Melayu

    o 5.3 Perang Larut Keempat

    6 Perjanjian Pangkor

    o 6.1 Persetujuan Cina

    o 6.2 Perjanjian Pangkor

    o 6.3 Kesan Perjanjian Pangkor

    o 6.4 Kepentingan Perjanjian Pangkor

    7 Campur Tangan British Di Selangor

    8 Campur Tangan British Di Negeri Sembilan

    9 Campur Tangan British Di Pahang

    10 Sebab-Sebab Campur Tangan British

    o 10.1 Justifikasi Campur Tangan British

    Dasar Tidak Campur Tangan

    Pada awalnya, Syarikat India Timur (British East India Company) enggan campurtangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Hal ini kerana Syarikat India

    Timur adalah sebuah badan perniagaan yang hanya meletakkan penekanan kepada

    mengaut keuntungan melalui perdagangan secara aman damai. Dengan cara

    ini, Syarikat India Timur berpendapat kemakmuran dapat dikecapi bersama oleh

    syarikat dan negeri-negeri Melayu.

    Campur tangan syarikat dalam hal ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu

    boleh membawa kepada penglibatan dalam operasi ketenteraan ataupun peperangan,

    dan akan melibatkan perbelanjaan besar kepada Syarikat. Syarikat

    melihat India dan China sebagai kawasan perdagangan yang jauh lebih lumayan,

    dengan jumlah penduduk yang lebih besar dan tahap nilai perdagangan yang jauh lebih

    tinggi berbanding dengan negeri-negeri Melayu.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu#Perjanjian_Pangkorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu#Perjanjian_Pangkorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu#Kepentingan_Perjanjian_Pangkorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu#Kepentingan_Perjanjian_Pangkorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu#Kepentingan_Perjanjian_Pangkorhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Campur_tangan_British_di_Tanah_Melayu#Perjanjian_Pangkor
  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    33/86

    Pembaharuan Piagam Syarikat (Charter) oleh Parlimen Britain dalam

    tahun 1834 menamatkan monopoli Syarikat India Timur ke atas

    perdagangan candu dan lain-lain barangan dengan China. Syarikat India Timur kini

    terpaksa bersaing dengan lain-lain lain-lain pedagang British dan juga pedagang-

    pedagang dari negara-negara lain untuk membawa barang dagang dari Timur Jauh ke

    pasaran Eropah. Persaingan ini mengurangkan untung Syarikat India Timur.

    Pertukaran Kerajaan Di Britain

    Sir Andrew Clarke

    Dalam tahun 1867, Negeri-Negeri Selat dipindahkan daripada penguasaan Syarikat

    India Timur kepada penguasaan Pejabat Kolonial di London. Dengan ini, Gabenor dan

    pegawai-pegawai British di Negeri-Negeri Selat bukan lagi menjaga

    kepentingan Syarikat India Timur di Calcutta tetapi menjaga kepentingan

    kerajaan British, khususnya Pejabat Kolonial di London.

    Sir Andrew Clarke dihantar ke Singapura dalam bulan November 1873 oleh Setiausaha

    di Pejabat Kolonial, Lord Kimberley (John Wodehouse) untuk menjadi Gabenor Negeri-

    Negeri Selat. Sir Andrew diarahkan oleh Lord Kimberley untuk mengkaji kemungkinan

    melantik penasihat-penasihat British di negeri-negeri Melayu dan mengikhtiarkan

    supaya keamanan dan kemakmuran dapat dikembalikan ke negeri-negeri Melayu.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Sir_andrew_clarke.jpg
  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    34/86

    Arahan Sir Andrew dikukuhkan lagi apabila Benjamin Disraeli menjadi Perdana

    Menteri. Disraeli melihat Britain mestilah menunjukkan prestijnya sebagai kuasa terkuat

    di dunia dan perlu menguatkan penjajahannya di seluruh pelosok dunia.

    (Disraeli berpegang kepada prinsip beban orang putih (white mans burden)

    bahawa Britain wajib membantu membawa tamadun dan peradaban British kepada

    bahagian-bahagian dunia yang lebih mundur.) Disraeli juga risaukan kuasa-kuasa asing

    yang lain bertapak di Tanah Melayu. Peluang Sir Andrew terbentang luas apabila Raja

    Abdullah menulis surat meminta bantuan British untuk menabalkan dirinya

    sebagai Sultan Perak.

    Pembubaran Syarikat India Timur

    Syarikat India Timur dibubarkan secara rasminya pada 1 Januari 1874. Dengan itu,

    semua perihal penjagaan hal ehwal dan kepentingan British berpindah kepada

    tanggungjawab oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat. Jikalau Syarikat India

    Timur sebelumnya enggan bertindak mencampuri hal ehwal Negeri-Negeri Melayu,

    kerajaan Negeri-Negeri Selat lebih mementingkan penjagaan

    kepentingan British di Tanah Melayu, khususnya untuk menyekat pengaruh kuasa barat

    lain seperti Perancis (bertapak dan berkembang di Indo-China) dan Empayar Jerman

    (merintis mewujudkan kehadiran di Pahang dan Langkawi).

    Peranan Bijih Timah

    Di Britain, sumber timah tempatan diperolehi daripada lombong timah di

    daerah Cornwall yang dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Penggunaan bahan letupan

    dalam pertengahan kedua kurun ke-17 melihatkan kaedah penggunaan letupan dikawal

    dalam proses perlombongan. Dalam kurun ke-18, penggunaan pam berkuasa

    membolehkan pelombong mengepam keluar air daripada dalam lombong, dan

    membolehkan pengeluaran bijih di bawah paras air bawah tanah.

    Menjelang than 1801, terdapat 75 buah lombong yang dikerjakan di Cornwall dengan

    bilangan pekerja seramai 16,000 orang. Dalam tahun 1819, dua buah syarikat besar

    ditubuhkan, Great Consolidated Ltd. and United Ltd. Di bawah pengurusan John Taylor,

    seorang jurutera perlombongan. Bijih timah dari Cornwall dihantar ke seluruh pelosok

  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    35/86

    dunia. Menjelang tahun 1862, Great Consolidated dan United digabungkan menjadi

    Clifford Amalgamated Mines. Bilangan lombong di Cornwall meningkat kepada 346

    buah lombong dengan 50,000 orang pelombong. Cornwall mengeluarkan

    10,000tontimah setahun, separuh daripada pengeluaran dunia.

    Kebangkitan Industri Mengetin Makanan

    Kebangkitan industri bijih Timah dijana oleh kebangkitan dalam industri mengetin

    makanan. Sebelum penggunaan tin, proses yang dipelopori oleh Nicolas Appert (1749-

    1841) boleh mengawet makanan untuk jangka masa yang lama menggunakan botol

    kaca, tetapi kaca itu mudah pecah dan tidak boleh digunakan sekiranya dibawa semasa

    perjalanan yang lasak seperti ekspedisi tentera.

    Dalam tahun 1810, Peter Durand menemui cara mengawet makanan menggunakan

    bekas diperbuat daripada besi yang disalut dengan timah. Malangnya, kimpalan

    plumbum yang digunakan untuk memeteri tin boleh mengakibatkan keracunan

    plumbum sekiranya plumbum dilarut resapkan ke dalam makanan tersebut. Kematian

    128 orang dalam pengembaraan diketuai John Franklin ke kawasan Artik dalam tahun

    1845 disebabkan oleh keracunan plumbum dan mengakibatkan anggota ekspedisi

    menjadi gila. Kelemahan ini diatasi dengan menggunakan bahan pateri yang tidak

    menggunakan plumbum.

    John Hall bersama Peter Durand menyempurnakan proses ini dan berjayamendapatkan kontrak besar membekalkan makanan ditinkan kepada Tentera

    British dan Tentera Laut DiRaja British. Kejayaan ini meledakkan permintaan untuk

    timah. Proses mengetin makanan membolehkan makanan disimpan dengan lebih lama,

    sehingga bertahun-tahun lamanya, tanpa kemudaratan dalam rasa makanan yang

    ditinkan. Proses mengetin makanan membolehkan pasukan tentera dibekalkan

    makanan untuk ekspedisi yang lebih lama dan jauh.

    Dalam tahun 1812, Thomas Kensett mengasaskan pusat mengetin tiram, daging, buah-

    buahan dan sayuran di New York. Dia mempatenkan teknik baru yang lebih pantas dan

    efisien di mana proses mengetin boleh disiapkan dalam masa 6 jam sahaja.

    Penduduk Britain di zaman Ratu Victoria kini lebih mewah disebabkan faedah yang

    diperolehi dengan Revolusi Perindustrian dan juga penghantaran balik kekayaan yang

    diperolehi oleh penjajah British ke atas tanah jajahannya di Asia, Afrika dan Amerika.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ton&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ton&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ton&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Ton&action=edit&redlink=1
  • 5/26/2018 Masyarakat Imigran Di Malaysia

    36/86

    Rakyat biasa menuntut untuk mendapatkan bekalan makanan yang murah, dengan

    berkepelbagaian dan berkualiti tinggi, yang sebelumnya hanya dinikmati oleh

    pihak aristokrat dan lapisan atasan, dan boleh disimpan untuk jangka masa yang lama.

    Mereka kini tidak perlu ke pasar setiap hari untuk mendapatkan bahan segar.

    Permintaan ini menjana kebangkitan syarikat sepert