masalah2 penggunaan sejarah

18

Click here to load reader

Upload: baskaransubramaniam

Post on 20-Jun-2015

652 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Masalah2 penggunaan sejarah

DOKUMEN SEJARAHMasalah-Masalah

Penggunaan Dokumen

Page 2: Masalah2 penggunaan sejarah

APAKAH YANG ANDA FAHAM DENGAN DOKUMEN

SEJARAH ?

Page 3: Masalah2 penggunaan sejarah

Secara ringkasnya• Dokumen sejarah bermaksud sumber bertulis

mengenai peristiwa sejarah yang berbeza dengan bukti-bukti sejarah yang lain seperti sumber lisan dan artifak-artifak sejarah dan sebagainya.

• Semua tamadun memiliki sejarah bertulis.• Sistem tulisan yang awal dikenali sebagai

tulisan cuneiform (tulisan bebaji).

Page 4: Masalah2 penggunaan sejarah

MASALAH –MASALAH MENGGUNAKAN DOKUMEN SEJARAH

SUKAR DIBACA

HALAMAN HILANG KERTAS YANG DIGUNAKAN

KESALAHAN TARIKH

&KESILAPAN FAKTADOKUMEN SULIT SUKAR DIPEROLEHI

DOKUMEN ROSAK

PERBEZAAN MAKSUD ASAL

KAEDAH PENGHASILAN

Page 5: Masalah2 penggunaan sejarah

SUKAR DIBACA

• Sesuatu dokumen sukar dibaca kerana :-

usia dokumen yang terlalu tuaejaan dan tulisan yang lamaperkataan yang hilangtulisan yang tidak jelaspenggunaan singkatantulisan yang buruk

Page 6: Masalah2 penggunaan sejarah

KAEDAH YANG DIGUNAKAN• Penggunaan kaedah di sini bermaksud

penghasilan sesuatu dokumen seperti mesin taip atau tulisan tangan yang menggunakan pen dakwat, pensel dan sebagainya.

MESIN TAIP TULISAN TANGAN

• Masalah timbul apabila sesuatu dokumen sudah lama ataupun telah dibuat salinan beberapa kali dalam keadaan tidak sempurna.

• Tulisan tangan yang menggunakan dakwat yang tidak tahan lama dan luntur dan jenis tulisan yang bersambung ataupun secara cuai.

Page 7: Masalah2 penggunaan sejarah

PERBEZAAN MAKSUD ASAL• Masalah wujud apabila dokumen asal diterjemah dan

dipindah dari transkrip asal dalam bentuk lain.• Perbezaan maksud asal dokumen wujud apabila

penyelidik sejarah tidak mahir dalam menterjemahkan dokumen terutamanya apabila dokumen itu ditulis dalam bahasa Arab, Cina, Tamil dan juga Inggeris.

• Perkataan yang diguna pakai tidak diketahui oleh penyelidik sejarah.

• Penggunaan bahasa Melayu lama yang sukar difahami juga menjadi satu masalah kepada penyelidik sejarah.

Page 8: Masalah2 penggunaan sejarah

HALAMAN YANG HILANG DAN TIDAK LENGKAP

Merujuk dokumen dalam sesuatu fail yang tidak tersusun.

Sikap penyelidik yang tidak bertanggungjawab menyebabkan penyelidik seterusnya menghadapi masalah.

Dokumen hilang disebabkan oleh penyelidik yang tidak masukkan dokumen ke dalam fail semula.

Keadaan sebegini menyebabkan penyelidik sejarah sukar untuk melakukan proses pengesanan.

Page 9: Masalah2 penggunaan sejarah

KERTAS YANG DIGUNAKAN• Kertas yang digunakan berlipat-lipat, melengkung,

lembap,kekuningan dan diconteng.

• Keadaan fizikal dokumen yang mengalami kerosakan akibat dimakan oleh serangga.

• Usia dokumen yang terlalu lama mengalami proses tindak balas kimia yang menyebabkan kertas tersebut menjadi kekuningan dan mereput.

• Secara kesimpulannya, penyelidik sejarah mengalami kesukaran dalam membaca dan membuat tafsiran ke atas dokumen-dokumen tersebut.

Page 10: Masalah2 penggunaan sejarah

DOKUMEN YANG ROSAK

• Dokumen yang telah rosak oerlu mengalami proses pemulihan (conservation) dan pemuliharaan (preservation).

• Pemulihan diertikan sebagai satu proses pengekalan atau pembaikan semula sesuatu dokumen kepada keadaan sempurna dan proses membaiki semula kepada bentuk dan fungsi asalnya.

Page 11: Masalah2 penggunaan sejarah

DOKUMEN YANG ROSAK

• Proses pemuliharaan pula diertikan sebagai penjagaan atau rawatan ke atas objek agar tidak bertambah rosak.

• Kaedah ini bertujuan bagi mengekalkan objek tersebut sebagaimana dijumpai dan dijaga agar tidak berlaku kerosakkan lagi.

Page 12: Masalah2 penggunaan sejarah

PINDAAN, KESALAHAN TARIKH DAN KESILAPAN FAKTA

• Dokumen yang mengandungi terlalu banyak pindaan akan menyulitkan lagi tugas seorang penyelidik kerana dokumen itu bukan lagi dalam keadaan yang asal.

• Kesan pindaan ini mengelirukan penyelidik dan menimbulkan keraguan terhadap kandungan dokumen tersebut.

Page 13: Masalah2 penggunaan sejarah

DOKUMEN SULIT

• Sebilangan dokumen dilarang untuk dirujuk dan bersifat sulit atau “embargo”.

• “Embargo” bermaksud segala dokumen yang berkaitan akan dibekukan untuk rujukan mengikut keadaan semasa seperti arahan Wisma Putra atau pihak kerajaan.

• Status dokumen seperti ini tidak boleh dirujuk sehingga bahan tersebut mencapai umur 25 tahun.

Page 14: Masalah2 penggunaan sejarah

DOKUMEN SULIT• Walaupun mencapai 25 tahun namun,

penyelidik harus memohon kebenaran kepada Arkib Negara untuk merujuk dokumen tersebut.

• Contoh dokumen yang diberi status embargo ialah:-

i. Isu tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura.

ii. Peristiwa 13 Mei 1969.

Page 15: Masalah2 penggunaan sejarah

ARKIB NEGARA

Page 16: Masalah2 penggunaan sejarah

SUKAR DIPEROLEHI

• Dokumen yang hendak dirujuk sukar untuk diperolehi sebaliknya terdapat di luar negara.

• Banyak dokumen negara tersimpan di Public Record Office, London.

• Di perpustakaan Muzium British terdapat lebih 3000 tajuk tentang sejarah Malaysia.

• Di Perpustakaan Portugal pula terdapat 200 halaman kertas kajang mengenai tajuk-tajuk yang berkaitan sejarah Malaysia.

Page 17: Masalah2 penggunaan sejarah

PUBLIC RECORD OFFICE

PERPUSTAKAANPORTUGAL

Page 18: Masalah2 penggunaan sejarah

SEKIANTERIMA KASIH