konteks, input,proses dan hasil penggunaan · pdf filepengajaran-pembelajaran sejarah di...

26
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 29 KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN KAEDAH ILUSTRASI KOMIK TERHADAP PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH PAPAR:SATU KAJIAN KES. Azalina Abdul Wahap ABSTRAK Kajian ini bertujuan menilai konteks, input, proses dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di salah sebuah sekolah di daerah Papar. Sabah. Seramai enam orang pelajar tingkatan Empat iaitu pelajar dari tingkatan empat A, empat B dan Empat C dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Objektif kajian adalah menilai konteks, input,pelaksanaan dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik dalam pengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan empat melalui Model CIPP. Di samping itu, objektif lain ialah mengetahui penggunaan kaedah llustrasi komik dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap subjek Sejarah serta mengenalpasti penggunaan kaedah ilustrasi komik dapat membantu pelajar untuk mempelajari matapelajaran Sejarah.Respon pelajar melalui pemerhatian, rakaman video,temubual digunakan sebagai maklumbalas hasil pembelajaran pelajar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran Sejarah.Dapatan kajian mendapati informan berpendapat bahawa guru kurang menggunakan dan mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ilustrasi komik, penyelidik melakukan rakaman video dan hasil dapatan pemerhatian tersebut menunjukkan informan lebih gemar melakukan pembelajaran secara berkumpulan dan seronok untuk menghasilkan idea ilustrasi komik. Majoriti informan berpendapat bahawa kaedah ini memudahkan pelajar untuk memahami subjek Sejarah dengan lebih baik. 1.0 PENGENALAN Matapelajaran Sejarah selalu dikaitkan dengan kesukaran pelajar untuk menghafal dan mengingat fakta serta peristiwa yang lalu. Pelaksanaan kurikulum Sejarah didapati terlalu menekankan fakta disebabkan pengamalan sistem penilaian pelajar menjurus kepada penilaian intelek (Fuen,2006). Penekanan aspek kognitif menyebabkan guru berpegang kepada matlamat akhir proses pengajaran-pembelajaran pelajar mesti lulus peperiksaan (Carr dan Burnham,1999).Penekanan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru sering diamalkan yang mengukuhkan pandangan Sejarah adalah suatu matapelajaran yang membosankan (Philips,1992; Abdul Rahim,1996).Memandangkan Sejarah adalah mata pelajaran berkaitan peristiwa yang berlaku ratusan tahun dahulu maka

Upload: lytruc

Post on 07-Feb-2018

277 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

29

KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN KAEDAH ILUSTRASI KOMIK TERHADAP PELAJAR TINGKATAN EMPAT DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH DI SALAH SEBUAH SEKOLAH DI DAERAH

PAPAR:SATU KAJIAN KES.

Azalina Abdul Wahap

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menilai konteks, input, proses dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di salah sebuah sekolah di daerah Papar. Sabah. Seramai enam orang pelajar tingkatan Empat iaitu pelajar dari tingkatan empat A, empat B dan Empat C dipilih sebagai informan dalam kajian ini. Objektif kajian adalah menilai konteks, input,pelaksanaan dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik dalam pengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan empat melalui Model CIPP. Di samping itu, objektif lain ialah mengetahui penggunaan kaedah llustrasi komik dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap subjek Sejarah serta mengenalpasti penggunaan kaedah ilustrasi komik dapat membantu pelajar untuk mempelajari matapelajaran Sejarah.Respon pelajar melalui pemerhatian, rakaman video,temubual digunakan sebagai maklumbalas hasil pembelajaran pelajar dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran Sejarah.Dapatan kajian mendapati informan berpendapat bahawa guru kurang menggunakan dan mempelbagaikan kaedah pengajaran di dalam kelas.Semasa proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ilustrasi komik, penyelidik melakukan rakaman video dan hasil dapatan pemerhatian tersebut menunjukkan informan lebih gemar melakukan pembelajaran secara berkumpulan dan seronok untuk menghasilkan idea ilustrasi komik. Majoriti informan berpendapat bahawa kaedah ini memudahkan pelajar untuk memahami subjek Sejarah dengan lebih baik. 1.0 PENGENALAN Matapelajaran Sejarah selalu dikaitkan dengan kesukaran pelajar untuk menghafal dan mengingat fakta serta peristiwa yang lalu. Pelaksanaan kurikulum Sejarah didapati terlalu menekankan fakta disebabkan pengamalan sistem penilaian pelajar menjurus kepada penilaian intelek (Fuen,2006). Penekanan aspek kognitif menyebabkan guru berpegang kepada matlamat akhir proses pengajaran-pembelajaran pelajar mesti lulus peperiksaan (Carr dan Burnham,1999).Penekanan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru sering diamalkan yang mengukuhkan pandangan Sejarah adalah suatu matapelajaran yang membosankan (Philips,1992; Abdul Rahim,1996).Memandangkan Sejarah adalah mata pelajaran berkaitan peristiwa yang berlaku ratusan tahun dahulu maka

Page 2: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

30

penggunaan bahan teks sangat penting untuk pembelajaran (Philips, 1992).Berdasarkan kepada kajian Hughes-Hassell 2007 mendapati 44 % pelajar lebih banyak membaca medium komik berbanding dengan 30 % pelajar yang buku dalam bentuk teks. Ini menunjukkan pelajar lebih gemar membaca buku komik untuk mengisi waktu lapang mereka (Jee dan Anggoro,2012) Menurut kajian Low (2012) menyatakan komik adalah medium yang paling popular digunakan oleh guru, pelajar, pengkaji dan serta pengubal kurikulum pada masa kini.Medium ini bukan sahaja digunakan di dalam bilik darjah, tetapi juga sebagai latihan kerja sekolah yang dilakukan di luar waktu persekolahan. Menurut Hussien (1991), pembelajaran berkesan apabila pelajar dapat mengikuti, memahami, menghayati, mengalami perubahan tingkahlaku, pemikiran dan perasaan. Proses pelajar mendapatkan konten pelajaran penting untuk memastikan pelajar belajar (Vanderstoep & Printich,2003). Proses pembelajaran ialah apa yang dilakukan pelajar itulah yang dipelajari, tetapi bukan apa yang dilakukan oleh guru.Menurut Sternberg (1984) perubahan konsep pengajaran-pembelajaran ialah melatih pelajar ‘belajar dan berfikir’ kepada ‘berfikir dan belajar’ harus diberikan perhatian. 1.2 Latarbelakang Kajian

Matapelajaran Sejarah selalu dikaitkan dengan kesukaran pelajar untuk menghafal dan mengingat fakta serta peristiwa yang lalu. Pelaksanaan kurikulum Sejarah didapati terlalu menekankan fakta disebabkan pengamalan sistem penilaian pelajar menjurus kepada penilaian intelek (Fuen,2006). Penekanan aspek kognitif menyebabkan guru berpegang kepada matlamat akhir proses pengajaran-pembelajaran pelajar mesti lulus peperiksaan (Carr dan Burnham,1999). Pelajar hanya menerima set fakta yang disampaikan oleh guru tanpa memahaminya dengan lebih baik.

Penekanan ini menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru sering diamalkan yang mengukuhkan pandangan Sejarah adalah suatu matapelajaran yang membosankan (Philips,1992; Abdul Rahim,1996).Kurikulum Sejarah yang bukan hanya bertumpu kepada kecemerlangan pencapaian akademik semata-mata tetapi berbentuk bercambah yang merangkumi penerapan nilai di kalangan pelajar. Justeru, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, murid dibimbing untuk menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, murid dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara (KPM,2002). pengajaran dan pembelajaran yang dirancang secara berstruktur untuk menarik minat dan motivasi pelajar tidak boleh bergantung kepada satu kaedah pengajaran (Hidi dan Harackiews,2000; Moore,1998;Hill,1997).Kepelbagaian kaedah yang bersesuaian dengan cara pembelajaran pelajar dapat membimbing pelajar kerana pelajar perlu bimbingan dalam bentuk arahan guru untuk mendapatkan gambaran jelas tentang konten pelajaran,interaksi, berdialog, menyelesaikan masalah dan memahami idea baru serta membantu pelajar melihat kenapa perlu berusaha, mengapa gagal memberi perhatian dan mengapa gagal memahami konsep baru (Entwistle & Smith,2002).

Page 3: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

31

1.3 Pernyataan Masalah

Memandangkan Sejarah adalah mata pelajaran berkaitan peristiwa yang berlaku ratusan tahun dahulu maka penggunaan bahan teks sangat penting untuk pembelajaran (Philips, 1992). Pelajar bergantung kepada teks untuk memahami kandungan Sejarah dan teks yang berbentuk naratif ini membosankan pelajar (Chaffer & Tyler, 1977; Hazril, 2003). Sikap negatif terhadap matapelajaran Sejarah makin kukuh akibat Sejarah tidak ada kaitan dengan kehidupan serta tidak boleh digunakan secara praktikal dalam kehidupan seharian jika dibandingkan dengan disiplin-disiplin ilmu lain (Hazril, 2003). Dalam kata lain, guru perlu berperanan sebagai ‘master mind’ dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran-pembelajaran untuk meningkatkan motivasi pelajar dalam subjek Sejarah. Menurut Cruickshank et.al (1995) pelajar seharusnya digalakkan untuk mempelajari sesuatu dengan cara mereka sendiri daripada mereka hanya menerima secara bulat-bulat pengajaran dari guru. Corak pengajaran-pembelajaran ‘chalk and talk’ tidak mengambil kira perbezaan pelajar dari segi kesediaan,gaya dan kadar pembelajaran menyebabkan pelajar sukar mempelajari Sejarah dan mengukuhkan lagi konsep pelajar tentang sejarah adalah mata pelajaran yang ketinggalan zaman dan tidak selaras dengan zaman ledakan teknologi yang canggih, moden dan semasa (Fuen,2006).

2.0 Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut, 1. Untuk menilai konteks, input,pelaksanaan dan hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik terhadap pembelajaran mata pelajaran Sejarah. 2. Untuk mengetahui penggunaan kaedah llustrasi komik dapat meningkatkan motivasi pelajar terhadap subjek Sejarah.

3.0 METODOLOGI Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah secara analisis data kualitatif.

3.3 Informan Informan adalah terdiri daripada enam orang pelajar Tingkatan Empat di salah sebuah sekolah menengah terpilih di daerah Papar sahaja. Dua orang pelajar dipilih secara rawak di setiap bilik darjah iaitu dua pelajar daripada Tingkatan Empat A,Empat B dan Empat C. Menurut Tamam et.al (2010) di mana pemilihan peserta bagi kajian kualitatif adalah berdasarkan dengan kesesuaiannya dengan tajuk yang dikaji. Pemilihan peserta dalam kajian kualitatif (kajian kes) tidak berasaskan kepada jumlah ataupun kuantiti sampel seperti dalam kajian kuantitatif. Apa yang paling penting ialah subjek yang dipilih dapat memberikan maklumat secara maksimum dan peserta kajian tersebut memberikan maklumat yang hampir sama (sampai pada peringkat ketepuan data). 3.4 Triangulasi

Triangulasi kepada kajian ini adalah berdasarkan daripada temubual yang

Page 4: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

32

menggunakan soalan yang sama kepada seorang pelajar yang terdiri daripada seorang rakan informan yang akan memberikan persepsi tentang proses serta hasil llustrasi komik yang telah dihasilkan oleh informen. Menurut McMillan (2008) trangulasi adalah satu lagi kaedah untuk merangsang kredibiliti dalam penyelidikan kualitatif. Trangulasi juga adalah mendapatkan data daripada orang lain (different samples) atau masa yang lain atau tempat yang Triangulasi merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesutau penyelidikan kualitatif (Merriem, 1998).

3.5 Kajian Kes Pengkaji juga menggunakan pendekatan kajian kes kerana pengkaji ingin melihat kes bagaimana persepsi pelajar (yang hanya berada di sekolah itu sahaja) memberikan persepsi mereka terhadap penggunaan ilustrasi komik dalam pembelajaran mereka. Pengkaji juga cuba untuk mencari pelbagai kaedah pengajaran bagi subjek Sejarah supaya dapat menarik perhatian pelajar secara berterusan di sekolah tersebut. Kajian ini juga bukanlah satu kajian yang menyeluruh, yang hanya berfokuskan kepada satu sekolah sahaja di daerah Papar. Kajian kes adalah kajian yang memperlihatkan cerita sebenar tentang guru dalam situasi sekolah yang sebenar dan memerlukan guru melihat semula kepada teori serta mengaplikasikannya untuk memahami cerita serta masalah yang timbul (Silverman et.al,1996). Menurut Chandra dan Sharma (2004) menyatakan kajian kes adalah kaedah untuk meneroka dan menganalisis kehidupan unit sosial-sama ada orang perseorangan,keluarga, institusi ,budaya juga seluruh masyarakat. Kajian kes mempunyai beberapa kelebihan, termasuklah fleksibeliti dari sudut menetapkan kepelbagaian pandangan manusia (Parker, 2011). 3.6 Kesahan dan kebolehpercayaan Penyelidik telah melaksanakan perbandingan maklumat bagi tujuan pengesahan maklumat dari pelbagai sumber. Selain itu, penyelidik telah menggunakan triangulasi kaedah di mana pengkaji membandingkan antara hasil temubual, data pemerhatian dan data analisis dokumen informan. Penyelidik juga melakukan triangulasi sumber dengan membandingkan dua sumber maklumat yang berlainan iaitu dengan membandingkan temubual pengetua, guru-guru Sejarah dan pelajar.

Penyelidik telah meminta khidmat bantuan daripada Ketua Panitia Sejarah yang telahpun berkhidmat lebih daripada 10 tahun untuk menyemak dan memberikan komen tentang protokol temubual yang telah dirangka oleh penyelidik.berlainan untuk membandingkan pendekatan yang berbeza pada kajian yang sama.Kebolehpercayaan menggambarkan situasi dimana sesuatu dapatan dalam sesuatu penyelidikan mempunyai replikasi sekiranya penyelidikan dilakukan dalam situasi yang sama (Merriem, 1998). Kebolehpercayaan merujuk kepada setakat mana sesuatu ujian itu mengukur secara konsistennya perkara yang ujian tersebut seharusnya mengukur. Bukti kesahan ujian juga telah disiasat secara kesahan isi kandungan serta kesahan serentak. Kesahan isi kandungan melibatkan penyiasatan secara sistematik isi kandungan ujian untuk menentukan bahawa isi kandungan ujian tersebut merangkumi perwakilan tingkah laku dalam

Page 5: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

33

domain yang hendak diukur (Wah et.al, 2008)

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis juga berupa permulaan percubaan (preliminary trial) sebelum item-item daripada ujian sebenar dikenakan pada informan sebenar. Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis hendaklah dijalankan. Kajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubah suai atau dikekalkan. Sebelum kajian ini dilakukan, penyelidik telah pun melakukan kajian rintis kepada pelajar tingkatan Tiga yang telah mengikuti Program Selepas PMR. Soalan yang telah dirangka telahpun disemak oleh Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan struktur ayat adalah tepat mudah dan senang untuk difahami oleh informan. Penyelidik juga telah menggunakan kaedah pengajaran menggunakan ilustrasi komik. Bagi menjalankan kajian rintis,kaedah dan soalan yang sama dilakukan oleh penyelidik terhadap 6 orang informan tingkatan Tiga A, Tiga B dan Tiga C.Kajian rintis dijalankan bertujuan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam soal selidik yang dipilih sebelum kajian sebenar dijalankan di samping mengkaji masalah-masalah yang akan timbul sewaktu proses soal selidik dijalankan (Tuckman, 1978).�

Kajian rintis juga dijalankan untuk soalan temubual separa berstruktur untuk memastikan tiada kekeliruan soalan dan jawapan informan menepati kehendak soalan yang diberikan oleh penyelidik. Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan, ke enam-enam informan menyatakan kaedah ini perlu dilaksanakan pada pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Ini menunjukkan soalan-soalan tersebut mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai dilaksanakan pada kajian akan datang.Pengkaji telah melakukan kajian rintis pada bulan Oktober 2012 dalam melaksanakan Program Selepas PMR. Seramai enam orang informan turut ditemubual dan melaksanakan kajian rintis ini. Hasil daripada kajian rintis tersebut dapat dilihat pada jadual berikut;

Tema Sub-tema Respon informan Persepsi Pandangan

terhadap subjek Sejarah Sukar kerana banyak faktamau diingat dan dihafal

"Mcm mudah untuk fahamlah sikit pasal Sejarah sebab dia buat macam cerita,kan?Hah…itulah" "Subjek Sejarah sememangnya subjek yang susah,tapi kalau kita minat ia menjadi senang.." "Kalau saya…Mula-mula fikir tu susah,sebab tau dia dulu banyak fakta mau ingat, susah,banyak

Page 6: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

34

perjanjian-perjanjian. "Ada mudah,ada susah.." " Kalau saya…Mula-mula fikir tu susah,sebab tau dia dulu banyak fakta mau ingat, susah,banyak perjanjian-perjanjian..."

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Perbincangan kumpulan Kata Kunci Ilustrasi grafik

"Macam, kita baca dulu satu bab,lepas tu bab tu yang kita baca tu kita bayangkan…Ha..mcm gitu-gitulah.." "Haaa…Ingat Kata Kunci..." "..Study group, kata kunci sama…itu sejalah mungkin...." "...Teknik Slideshow,pengalaman.ha..gitulah..."

Cadangan penambahbaikan

Kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran.

Perbincangan Pertandingan

ilustrasi grafik.

"Nda taulah….Mmmmm…Sejarah…senang buat teknik inilah..sama peta minda" "..Semua guna grafik..." "..Kata Kunci...P&P secara perbincangan kumpulan. "Tidaklah keseluruhan,tetapi dengan cara ini lebih minatlah. "Dulu….Rasa Sejarah ni susah.Tapi guna grafik ni lebih mudah mau belajar..."

Jadual 3.1: Hasil Temu bual semasa kajian rintis

Daripada jadual 3.1 jelas menunjukkan pelajar menunjukkan minat

Page 7: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

35

terhadap penggunaan ilustrasi grafik dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Oleh yang demikian satu perancangan atau pendekatan diambil untuk melihat respon, perspektif pelajar terhadap kaedah ini. Pendekatan secara ilustrasi komik dilihat mampu menarik minat murid dan sesuai dilaksanakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar subjek Sejarah. Sesi temu bual akan dilaksanakan selepas pelaksanaan penggunaan ilustrasi grafik bagi melihat keberkesanan kaedah ini. 3.8 Kaedah Pengumpulan Data Instrumen kajian ini adalah seperti berikut;

1. Temubual berstruktur (Structured Interview) 2. Temubual separa berstruktur (Non Directive Interview) 3. Pemerhatian melalui rakaman video (Observation) 4. Kajian Dokumen (Document Review)

3.8.1 Temu bual berstruktur (Structured Interview) Isi kandungan temu bual seperti soalan-soalan kaji selidik dan prosedurnya telah dirancang terlebih dahulu. Sepanjang proses temu bual dalam kajian ini, pengkaji (penemubual) berperanan untuk membimbing dan mengawal situasi mengikut agenda yang dirancang lebih awal. Dalam kaedah ini, penggunaan rangka kerja kelak akan lebih mudah untuk menganalisis data. Dalam kajian ini, pengkaji akan melakukan temubual berstruktur setelah proses-pengajaran dan pembelajaran secara ‘slide show’ bagi mendapatkan pandangan awal daripada pelajar apabila mereka di minta untuk membuat ilustrasi grafik daripada fakta Sejarah yang telahpun mereka pelajari. Dalam menggunakan pendekatan temubual berstruktur, penyelidik membuat pembahagian dan merancang soalan-soalan yang akan dikemukakan kepada informen semasa proses temubual (McMillan & Schumacher, 2006).

Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis teknik temubual iaitu temubual formal, temubual tidak formal dan temubual terbuka. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temubual berstruktur. Ini kerana menurut Merriem (1998) penggunaan tembual berstruktur bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat seperti maklumat sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya. Manakala temubual separa berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik.

3.8.2 Temu bual Separa Berstruktur Kaedah ini membolehkan ‘informant menyatakan perasaan mereka secara spontan perasaan dalaman mereka tanpa menyembunyikan perasaan mereka apabila selepas mereka mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan beberapa soalan asal yang disediakan. Kaedah ini akan dilakukan selepas mereka membuat ilustrasi komik dan mendapatkan persepsi mereka terhadap penggunaan kaedah tersebut dalam pengajaran-pembelajaran Sejarah. Menurut Lankshear dan Knobel (2004) ialah soalan yang tidak dirancang dan penyelidik memulakan proses temubual dengan idea umum tentang topic yang ingin dibincangkan dan infromen yang ditemubual mengenalpasti arah atau isu

Page 8: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

36

yang diperkatakan. Kebaikan temubual separa bersturktur adalah cuba untuk mendapatkan data kaya seberapa banyak yang boleh dan bersifat ‘natural’ . 3.8.3 Pemerhatian dan rakaman video (Observation) Dalam kajian ini juga akan dilakukan secara pemerhatian bukan bersturktur melalui rakaman video di dalam kelas dan juga pemerhatian penyelidik semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Kaedah ini membolehkan penyelidik menyemak semula data yang diperhatikan sebelum menghuraikan fenomena yang telah diperhatikan. Hasil daripada rakaman video sebelum dan selepas menggunakan ilustrasi komik akan di transkripkan oleh penyelidik untuk mendapatkan data dari informen. Sebelum membuat rakaman video, penyelidik meminta izin dan memaklumkan kepada pihak informan supaya informan maklum tentang kajian ini. Selain itu, pengkaji juga memohon supaya informan mengisi satu borang yang membenarkan rakaman video dibuat yang hanya bertujuan untuk kajian dan penyelidikan sahaja. Menurut Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim (2011), pemerhatian adalah cara yang terbaik untuk mengumpul data asal 'first hand encounter' tentang apa yang hendak dikaji.

3.8.4 Kajian rekod dan dokumen. Pengkaji turut membuat kajian dokumen berdasarkan pencapaian subjek Sejarah mereka yang lepas iaitu pencapaian Ujian Satu Semester Pertama yang lepas. Selain itu, pengkaji turut melihat hasil draf dan lakaran ilustrasi komik pelajar hasil perbincangan dengan rakan mereka. Menurut McMillan dan Schumacher (2008) dokumen individu menerangkan tentang tindakannya, pengalaman dan pemikiran individu tersebut. Pengkaji juga boleh meminta dokumen ataupun catatan anekdot contohnya buku log,jurnal,nota dalam rancangan mengajar atau rekod perkembangan anak-anak. Dokumen juga boleh ditinjau dan diperhatikan semasa temubual ataupun penglibatan informen. 3.9 Pengumpulan data dan Pengekodan (Coding) Melalui kedua-dua proses temubual yang dilakukan oleh penyelidik dan informan, penyelidik akan membuat proses penggumpulan data. Data tersebut akan disusun dan kemudiannya akan transkrip kan data tersebut mengikut tema atau kategori yang tertentu. Data-data dikumpul dan bertumpu kepada pendapat dan pandangan pelajar tentang penggunaan ilustrasi komik dalam pengajaran-pembelajaran Sejarah. Menurut Wiersma dan Jurs (2009), pengekodan adalah satu proses menyusun dan mendapatkan pengurangan data dan merupakan satu proses dimana pengkaji kualitatif ‘dapat melihat apa yang mereka dapat dalam data’.

Page 9: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

37

Rajah 3.1 Rekabentuk Kajian

PENILAIAN PROSES/PELAKSANAAN a) 6 orang Pelajar dan satu rakan pelajar (sebagai pemerhati) dan penyelidik menepati masa untuk melaksanakan ilustrasi komik iaitu bermula pada jam 7.00 sehingga 1.20 petang. b) Pelajar menggunakan bahan-bahan yang telah diberikan oleh penyelidik sepenuhnya. Mengolah teks fakta kepada bentuk ilustrasi komik. Teori Konstruktivisme terlibat dalam pelaksanaan kaedah ini. c) Pemerhatian dan rakaman video oleh penyelidik d) Temubual Separa Berstruktur kepada informen

PENILAIAN INPUT a) Penyelidik akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk menggunakan kaedah ilustrasi komik. b) Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah slideshow. c) Pelajar diberikan pendedahan tentang tajuk sebelum menggunakan kaedah ilustrasi komik d) Bahan bantu mengajar contohnya marker pen tiga jenis (biru, hitam, merah), kertas mahjong. e) Kemudahan bilik mesyuarat (aircond) yang dicadangkan oleh pengetua. f) Temubual Berstruktur dilaksanakan.

PENILAIAN HASIL (OUTPUT) a) Temubual Separa Berstruktur dilaksanakan oleh [penyelidik kepada 6 orang informen dan satu rakan pelajar sebagai triangulasi kepada kajian. b) Pemerhatian melalui rakaman video yang dilakukan oleh penyelidik tentang situasi yang berlaku semasa aktiviti tersebut berlaku. c) Kajian dokumen- iaitu markah Ujian Satu Semester Satu informen.

PENILAIAN KONTEKS a) Penyelidik menilai masalah yang wujud pada pelajar tingkatan Empat iaitu tidak minat dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Sejarah. b) Temubual bersama dengan dua guru matapelajaran Sejarah. c) Penyelidik merancang untuk melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah komik berpandukan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat Bab 3-Tamadun Awal Asia Tenggara. c) Penyelidik merancang jadual pelaksanaan kaedah tersebut d) Dimaklumkan kepada pengetua, Ketua Panitia, guru Sejarah dan 6 orang informen dan satu rakan pelajar (sebagai triangulasi). e) Masa yang dirancang adalah pada jam 7.00 pagi sehingga 1.20 petang.

Page 10: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

38

4.0 Dapatan Kajian 4.1 Pendahuluan Bab ini akan mengemukakan keputusan temubual berstruktur, temubual tidak berstruktur, pemerhatian berdasarkan rakaman video dan juga kajian rekod serta dokumen yang telah dijalankan terhadap enam orang pelajar tingkatan Empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bongawan Dua, Bongawan Sabah. Hasil kajian dan perbincangan adalah berdasarkan analisis data kualitatif.Tajuk-tajuk kecil yang akan dibincangkan dalam hasil kajian ialah Penilaian Konteks penggunaan kaedah ilustrasi komik, Penilaian Input yang digunakan ataupun yang disediakan oleh pihak sekolah, Penilaian proses penggunaan ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran, penilaian hasil penggunaan ilustrasi komik serta persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran. 4.2 Profil Informan Profil informan dalam kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan empat yang terdiri daripada dua orang pelajar Empat A, dua orang pelajar Empat B dan dua orang pelajar dari Empat C. Kajian berjalan selama dua bulan yang dilaksanakan penyelidik dengan penglibatan seorang pelajar sebagai pemerhati dan triangulasi kepada kajian ini. Bilangan pelajar lelaki dan perempuan tidak ditetapkan kerana kajian ini tidak bertumpu kepada gender, sebaliknya hanya berfokuskan kepada persepsi mereka tentang keseluruhan pelaksanaan kepada kaedah ini. Melalui pemerhatian penyelidik, pelajar-pelajar di sekolah ini adalah pelajar yang berada di tahap yang sederhana walaupun pelajar tersebut berada di kelas A. Berdasarkan temubual bersama pengetua serta guru panitia Sejarah, pelajar yang mendapat keputusan yang baik dalam PMR akan berpindah ke sekolah lain. Disebabkan faktor inilah yang menyebabkan pelajar di sekolah ini terdiri daripada pelajar yang berada dalam tahap yang sederhana. Informan yang terlibat dalam kajian ini adalah Dalila dan Laila iaitu pelajar yang menduduki kelas 4A (kelas aliran sains tulen) Manakala Romzi dan Kimi yang merupakan pelajar 4B (kelas aliran bidang kemanusiaan) dan Syazwan serta Jalil merupakan pelajar 4C (kelas aliran Pendidikan Seni).

Dalila merupakan seorang pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Beliau suka bertanya kepada guru Sejarah dan mencari guru tersebut apabila tidak memahami arahan kerja rumah sekolah yang diberikan oleh guru. Dalila juga adalah pelajar yang rajin dan sentiasa menumpukan perhatian apabila guru mengajar di dalam kelas. Dalila bukanlah seorang pelajar yang cemerlang, tetapi beliau adalah seorang yang berpotensi dan perlu mendapat perhatian daripada guru.Dalam ujian yang lepas, Dalila telah mendapat 43 markah dalam ujian satu semester pertama. Ini menunjukkan bahawa Dalila merupakan pelajar yang agak lemah dan perlu bimbingan daripada guru untuk lebih cemerlang pada peperiksaan akan datang.

Berbeza dengan rakannya, Laila yang merupakan pelajar yang aktif di sekolah. Laila adalah seorang pelajar yang banyak bertanya di dalam kelas semasa proses pengajaran dan pembelajaran, aktif di dalam Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan seringkali bertanya kepada guru jika tidak faham dengan kerjarumah yang diberikan oleh guru. Laila juga merupakan peserta Tilawah Al-Quran peringkat daerah dan mewakili sekolah dalam bidang olahraga. Keputusan Laila agak sederhana iaitu sebanyak 58 markah pada ujian yang lepas.

Page 11: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

39

Dalam masa yang sama, Laila juga merupakan pelajar yang rajin kerana para guru lazimnya akan meminta bantuan daripada Laila sekiranya terdapat beberapa aktiviti formal untuk menghias pentas sekolah.

Kimi adalah merupakan pelajar yang sederhana dan agak pendiam dan lurus orangnya. Kimi adalah seorang pelajar yang aktif di dalam kelas dan reaksinya bergantung kepada subjek yang diajarkan oleh guru. Menurut Kimi, beliau meminati subjek Sejarah semasa beliau berada di tingkatan Tiga. Beliau juga amat meminati Pendidikan Seni dan sangat suka membuat apa jua ilustrasi. Dari segi prestasi akademik, Kimi merupakan pelajar yang agak lemah ewalaupun berada di dalam kelas Empat B, iaitu beliau hanya mendapat 28 markah pada ujian yang lepas. Namun, sebenarnya, Kimi boleh di didik dan dibimbing oleh guru untuk mendapat markah yang lebih baik pada peperiksaan seterusnya.

Informan yang agak aktif, namun mempunyai masalah sedikit berkaitan dengan kehadiran ke sekolah.Romzi, adalah seorang pelajar yang aktif di dalam kelas semsa P&P subjek Sejarah dilaksanakan. Sungguhpun mempunyai masalah dari segi ketidakhadiran serta disiplin sekolah, Romzi merupakan pelajar yang rajin dan ringan tulang membantu guru,contohnya membuat taman, melukis mural pada dinding sekolah. Beliau juga adalah pelajar yang aktif dalam sukan dan merupakan salah seorang peserta olahraga yang mewakili sekolah. Dari sudut pencapaian ujian satu, Romzi hanya mendapat 20 markah dan ini menunjukkan Romzi agak lemah dalam subjek Sejarah.

Bagi informan tingkatan Empat C, penyelidik telah memilih Jalil dan Syazwan. Jalil adalah seorang pelajar yang biasa dan juga mempunyai masalah disiplin serta ketidakhadiran di sekolah. Namun, setiap pelajar mempunyai perspektif yang berbeza mengikut subjek yang diminatinya. Bagi subjek Sejarah, Jalil merupakan pelajar yang aktif, di dalam kelas, walaupun kadangkala tumpuan Jalil kurang terhadap subjek ini. Pencapaian beliau juga sangat lemah iaitu Jalil hanya memperolehi keputusan 15 markah sahaja. Namun, Jalil juga merupakan pelajar yang ringan tulang dan sedia membantu guru diluar waktu pembelajaran.

Syazwan juga memiliki ciri-ciri yang ada pada Jalil, namun agak pemalu untuk bertanya kepada guru tentang kerja sekolah. Sungguhpun begitu, Syazwan juga pelajar yang sedia memberikan kerjasama jika guru meminta bantuan daripadanya. Syazwan juga merupakan pelajar yang mewakili sekolah dalam olahraga dan Kejohanan Bola Sepak peringkat daerah. Seperti Jalil, Syazwan merupakan pelajar yang sangat lemah dalam subjek ini dan mendapat 5 markah dalam ujian yang lepas. Apabila penyelidik bertanya mengapakah Syazwan hanya mendapat markah sedemikian, beliau berpendapat bahawa mungkin ini pertama kali menjawab soalan peperiksaan yang berbentuk esei dan struktur kerana sebelum ini mereka menjawab soalan Sejarah dalam bentuk soalan objektif.

Hasil daripada temubual berstruktur dan separa bersturktur serta pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik kepada enam orang informan ini, terdapat lima tema yang wujud semasa proses analisis data ini iaitu kaedah pengajaran dan pembelajaran, demografi iaitu pengalaman pelajar sebelum ini dalam subjek Sejarah, persepsi pelajar tentang subjek Sejarah dan motivasi pelajar dalam subjek ini.

Page 12: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

40

PENILAIAN TEMA SUB TEMA Penilaian Konteks dan Penilaian Input

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran

Perbincangan (Pair study), berkumpulan

Penerangan guru (pemusatan guru)

Kerja kursus Latihan Penggunaan Slideshow

oleh guru Buku komik Alat/Bahan Bantu

Mengajar Silibus Matapelajaran

Sejarah Kemahiran dan kepakaran

guru

Masalah Pembelajaran Kurang dan sukar mengingati fakta

Penillaian Konteks, Input dan Penilaian Proses

Demografi (pengalaman)

Belum pernah menggunakan kaedah ilustrasi komik

Pernah menggunakan ilustrasi komik

Pernah menggunakan buku komik untuk pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Penilaian Konteks dan Penilaian Hasil

Persepsi tentang subjek Sejarah

Sederhana (Ada mudah dan sukar) Sukar

Motivasi (Minat) Bersemangat Lulus dalam subjek

Sejarah Penilaian Hasil Cadangan kepada

pihak sekolah Menggunakan kaedah

ilustrasi komik dalam pengajaran Sejarah.

Membuat pertandingan kaedah ilustrasi Sejarah.

Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

Jadual 4.1: Tema yang timbul melalui analisis data Temu bual, Pemerhatian dan Analisis Dokumen.

Page 13: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

41

4.3 Hasil Kajian Bahagian ini akan menjelaskan hasil analisis data dan menyatakan dapatan kajian mengikut urutan persoalan kajian. 4.3.1 Penilaian Konteks Dapatan bagi penilaian konteks adalah berkaitrapat dengan Huraian Sukatan Matapelajaran Sejarah Tingkatan Empat, masalah guru-guru Sejarah dan kaedah pengajaran guru. Berdasarkan kepada pemerhatian, penyelidik merancang kaedah penggunaan ilustrasi komik ini berpandukan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian berdasarkan kepada Huraian Sukatan Matapelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Bab yang menjadi tumpuan penyelidik adalah Bab Tiga iaitu tentang Tamadun Awal Asia Tenggara. Berdasarkan pemerhatian penyelidik, setiap tahun, pihak sekolah akan menghabiskan silibus bagi pelajar Tingkatan Empat pada bulan Ogos ataupun September. Dari segi kaedah pengajaran, setiap guru yang menggunakan kaedah pengajaran adalah berbeza mengikut tahap pelajar di sekolah ini. Dalam merancang penggunaan kaedah ini, penyelidik memilih informan secara rawak dan setiap kelas adalah hanya dua orang sahaja dan informan dikehendaki untuk belajar secara berbincang dalam kumpulan kecil (pair study).

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tanggapan masing-masing terhadap matapelajaran Sejarah. Dengan berasa teragak-agak, Dalila meluahkan pendapatnya tentang subjek Sejarah.

"..Ala....pada pendapat sayalah kan pelajaran ni ikut orang tu lah. Kalau

orang tu minat Sejarah, senang bagi orang tu.Kalau dia tidak minat Sejarah, susah bagi orang tu..."(Pelajar A1)

Jika dilhat pada pendapat Laila pula, Laila memberikan pandangan

bahawa subjek Sejarah merupakan subjek yang mudah dan sukar. "....Ada senang...Ada sukar..."(Pelajar B1) Respon Kimi juga hampir sama dengan Laila, namun dari riak muka Kimi,

belaiu sebenarnya berasa seronok juga untuk mempelajari subjek ini. "...Ada susah...Ada seronok..."(Pelajar C1) Tetapi, apabila penyelidik memerhatikan tingkah laku pada Romzi, Romzi

seakan-akan berpendapat subjek Sejarah itu sememangnya sukar dan mula menunjukkan minat beliau serta tersenyum apabila mengenangkan beliau semasa berada di tingkatan empat.

"....Tingkatan 1 sampai Tiga tu ada susahlah...Tingkatan Empat ni ada

susah sikit...Empat Lagi ada susah...Ada juga senang.Best..."(Pelajar D1) Sebaliknya, Jalil pula berpendapat bahawa subjek Sejarah sedikit mudah semasa beliau berada di tingkatan Dua hingga kini.

"...Macam dari Tingkatan Dua sampai Empat macam ada senang sikit...."

Page 14: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

42

(Pelajar E1) Hasil daripada temubual penyelidik dengan dua orang guru di sekolah ini,

penyelidik telah mendapat respon bahawa dua orang guru tersebut menyatakan pelajar mempunyai aras kemahiran berfikir yang agak lemah. Selain itu, pelajar juga kurang membaca buku dan kurang kesungguhan untuk mempelajari matapelajaran Sejarah dengan lebih baik. Selain itu, guru tersebut berpendapat bahawa kebanyakan pelajar yang ada di sekolah ini mempunyai keputusan UPSR ataupun PMR yang lemah kerana pelajar-pelajar yang cemerlang di peringkat UPSR dan PMR berpindah sekolah setelah mereka mendapat keputusan yang cemerlang. Penyelidik mengaitkan situasi ini dengan kajian dokumen yang lepas, iaitu penyelidik melihat kepada keputusan Ujian Satu Semester Pertama 2013.

Berdasarkan kepada keputusan Ujian Satu Semester Pertama Tingkatan Empat, penyelidik mendapati bahawa informan A (Dalila) mendapat 43 markah dan informan B (Laila) mendapat 58 markah. Berdasarkan pencapaian pelajar dalam ujian tersebut, penyelidik dapat menyimpulkan bahawa walaupun kedua-dua pelajar ini daripada kelas yang cemerlang, tetapi markah mereka adalah pada tahap yang lemah. Bagi informan C (Kimi) dan informan D (Romzi), informan C hanya mendapat 28 markah dan informan D mendapat 20 markah. Seterusnya, bagi informan D (Jalil) mendapat 15 markah dan informan E (Syazwan) hanya mendapat 5 markah. Jika dilihat dari sudut kaedah pengajaran, terdapat guru yang menggunakan kaedah pengajaran dengan menggunakan Slideshow Powerpoint untuk meningkatkan minat pelajar terhadap matapelajaran Sejarah. Menurut pendapat Laila, Laila menunjukkan rasa senangnya untuk mempelajari Sejarah dengan menggunakan teknik perbincangan kumpulan dan juga slideshow.

"....kumpulan sama slideshow..."( Pelajar B3) Dari hasil dapatan temubual, penyelidik juga mendapati bahawa daripada

enam orang informan, Kimi, Jalil dan Syazwan telahpun mempunyai pengetahuan sedia ada tentang ilustrasi komik dan aktiviti pembelajaran melalui buku komik yang pernah dilaksanakan oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antara pendapat yang dipetik:

"....pernah semasa tingkatan tiga..." (Pelajar D6) "....Pernah..." (Pelajar E6) "...Iya,.Pernah juga...."(Pelajar C5)

Tidak kurang juga kaedah pengajaran guru itu hanya berpusat kepada guru ataupun hanya berpusatkan kepada pelajar semata-mata tanpa bimbingan guru. Kimi dan Jalil menyatakan pengalaman seperti berikut:

"....Kadang-kadang secara individu...Lebih kepada individulah..."(Pelajar C4)

"..Macam...Belajar-belajar sendiri..."(Pelajar E3)

Page 15: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

43

"...Sebelum ni saya cuma dengar cikgu bagi penerangan,lepas tu buat nota dan hantar..."(Pelajar A4)

"....Rasanya kalau ada tindakan tu selalunya secara lisan, lepas tu beri

sikit penerangan,latihan, ujian gitu...." (Pelajar A7)

4.3.2 Penilaian Input Aspek yang terdapat dalam penilaian input ini ialah pengetahuan dan kemahiran guru, alat bantu mengajar, pengurusan masa dan sokongan pengetua. Berdasarkan kepada pemerhatian oleh penyelidik, terdapat empat orang guru Sejarah di sekolah ini yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang amat baik. Dua orang guru mempunyai pengalaman mengajar subjek Sejarah lebih daripada 10 tahun dan dua orang guru lagi mempunyai pengalaman mengajar subjek Sejarah 8 tahun. Tiga orang dari empat orang guru Sejarah tersebut menyandang jawatan DG44 dan hanya seorang yang menjawat jawatan DG41.Seorang daripada guru ini menyandang jawatan Ketua Bidang Kemanusiaan selama lebih dari 5 tahun dan seorang lagi menyandang jawatan Ketua Panitia Sejarah selama 3 tahun.

Dari segi alat atau bahan bantu mengajar, pihak sekolah telah membekalkan pelbagai inisiatif bagi matapelajaran Sejarah. Di antaranya adalah soalan-soalan topikal atau buku kerja yang dibekalkan kepada pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga telah menyediakan satu bilik khas supaya pelajar terus meminati dan cemerlang dalam subjek ini. Pihak sekolah telah menyediakan kemudahan Bilik Sejarah dan penggunaan LCD untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah menggunakan slideshow powerpoint. Untuk melaksanakan kaedah ilustrasi komik ini, pihak sekolah telah membekalkan bahan bantu mengajar kepada penyelidik iaitu kertas mahjong dan marker pen (merah, biru, hitam).Dari segi pengurusan masa, pihak sekolah telah membenarkan penyelidik menghabiskan masa satu hari bersama dengan pelajar ataupun informan bagi menghasilkan ilustrasi komik dalam matapelajaran Sejarah. Selain itu, pengetua juga memberikan masa kepada penyelidik agar penyelidik dapat membuat sesi temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur bagi mendapatkan data temubual daripada pelajar. Pengetua juga memberikan sokongan moral dari segi galakkan kepada guru-guru Sejarah agar sentiasa meningkatkan mutu pengajaran dan kepelbagaian dari segi kaedah pengajaran matapelajaran Sejarah agar menarik minat pelajar seterusnya mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. 4.3.3 Penilaian Proses Dalam penilaian proses, penyelidik telah menggunakan pendekatan ataupun kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan slideshow powerpoint untuk membantu pelajar memahami subtopik yang mereka pelajari dan membantu pelajar untuk membina satu pengetahuan baru bagi menghasilkan ilustrasi komik.

Pada peringkat awal pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan slideshow ini, informan telah dimaklumkan oleh penyelidik bahawa informan akan membuat ilustrasi komik berdasarkan fakta yang telah

Page 16: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

44

disampaikan oleh penyelidik. Respon daripada informan adalah pelbagai. Respon daripada Dalila dan Laila menyatakan kesukaran untuk menghasilkan ilustrasi komik sebelum melaksanakannya. Hasil daripada dapatan temubual adalah seperti berikut,

".....Pada pandangan sayalah kan, mungkin kerja ni susah sikit. Tapi bagi

yang melukis tu ia akan dapat yang bermanfaat macam mengingati matapelajaran yang dia buat itulah..." (Pelajar A9)..

".....Macam..macam susah sikit.Tapi ada minatlah juga buat tu

komik...ilustrasi komik.."(Pelajar B5) Namun, tidak dinafikan pendapat Kimi, Romzi, Jalil dan Syazwan

memberikan respon yang berbeza. "...Sangat Mudah...Hehehehehehe...."(Pelajar C6) "..Oh..Tau buat sudah..." (Pelajar D8) "...Aaaa...Rasa macam tercabar sikit..." (Pelajar E8) "...Saya berasa seronok..." (Pelajar F8)

Dalam penilaian proses ini, penyelidik telah menggunakan Teori Konstruktivisme, dimana melalui kaedah ilustrasi komik ini, pelajar dapat membina satu pengetahuan yang baru dan bermakna. Penyelidik menemubual informan adakah mereka mendapat membina sesuatu yang baru daripada penggunaan kaedah ini. Respon Dalila,Kimi dan Romzi adalah seperti berikut:

"....Pada apa yang saya dapat adalah dari segi lukisan.So, pemahaman tentang kerajaan Agraria yang kami ilustrasikan dalam bentuk komik.." (Pelajar A9)

"....Ada..."(Pelajar C5) "....Ada..Itulah ilustrasi komik tu...."(Pelajar D3)

Dari segi strategi Penilaian pula adalah melalui proses temubual yang dilaksanakan oleh penyelidik kepada informan untuk mendapatkan data tentang penggunaan ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Rakaman video juga dilaksanakan untuk melihat reaksi dan tindakbalas pelajar secara mendalam (in depth) supaya penyelidik mendapat data yang lebih kaya yang dapat diinterpretasikan melalui luahan emosi, riak wajah, pergerakan atau postur badan, eye contact dan mimik muka. 4.3.4 Penilaian Hasil (output) Penilaian hasil yang terdapat pada kajian ini adalah dari aspek penghasilan ilustrasi komik oleh informan, kekuatan dan kelemahan kaedah ini dari kaca mata informan, motivasi informan, cadangan-cadangan pelajar dan penambahbaikan penggunaan kaedah ilustrasi komik dalam pengajaran dan pembelajaran.

Page 17: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

45

Penilaian nilai dilakukan setelah informan melalui proses penghasilan ilustrasi komik dengan berbincang dengan seorang rakan dalam kelas yang sama.Dari aspek penghasilan komik oleh infroman, informan telah memberikan pandangan mengikut perspektif yang berbeza.Ke enam-enam informan memberikan resopn yang positif tentang penggunaan ilustrasi komik ini.

"...Pada pandangan saya, ilustrasi komik ni sangat baik..."(Pelajar A1) "...Macam mudah fahamlah tentang Sejarah ni..." (Pelajar B1) "...Senang dan cepat dan mudah difahami..." (Pelajar C1) "..Aaaa...Apa ni..Senanglah mau dapat

belajar...Happy...Seronok..."(Pelajar D1) "Pada pandangan saya,buat yang kemarin tu mudah fahamlah..." (Pelajar

E1) "....Aaaa...Dia sungguh mudah..Mudah difahami..." (Pelajar F1)

Manakala, ke enam-enam informan juga telah memberikan respon yang agak baik tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada kaedah ilustrasi komik ini. Di antara respon kekuatan kaedah ini adalah seperti berikut,

"....Kekuatannya adalah pelajar akan cepat faham. Diorang tidak perlu pening buku itu ini..." (Pelajar A6)

"...Dari segi kekuatannya, pelajar faham dan minat untuk mempelajari

Sejarah.."(Pelajar B7) "...Kelebihan...Aaa...Mudah difahami lah..."(Pelajar C6) "...Cepat fahamlah..."(Pelajar D4) "...Senang faham...Haaa..itulah..senang faham..."(Pelajar E5) "...Kekuatannya…aaaa…kekuatannya..pelajar senang mengingati,

senang membuat, senang difahami..." (Pelajar F5)

Dari sudut kelemahannya, penyelidik mendapati bahawa ke enam-enam informan juga telah memberikan respon yang agak baik kerana informan telah dapat melihat kelemahan yang ada pada kaedah ini.Respon informan adalah berbunyi, "... Pada pandangan saya yang nyata mungkin kita akan tertinggal beberapa ciri-ciri atau tips-tips penting dalam ilustrasi komik..."(Pelajar A4)

"...Kelemahannya adalah susah orang mau lukis..."(Pelajar B2)

Page 18: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

46

"... Ciri-ciri tidak banyak sama aaa…warna..."(Pelajar C3) "....Oh..macam masa tu..kan…lama."(Pelajar D4) "...Untuk memindahkan fakta dan masa lah yang panjang..." (Pelajar E5) "Kelemahannya adalah mengambil masa yang lama untuk

melakar.."(Pelajar F3) 4.4 Motivasi Penyelidik juga telah menemubual informan berkaitan dengan motivasi mereka semasa melaksanakan pembelajaran melalui kaedah ilustrasi komik ini. Pandangan mereka terhadap perasaan dan motivasi Dalila,Romzi dan Syazwan adalah seperti berikut,

"...Aaa…saya harap dengan ilustrasi komik ni pelajar-pelajar di sekolah i ni boleh mempelajari Sejarah dengan lebih baik dan boleh meningkatkan prestasi mereka dalam matapelajaran Sejarah..."(Pelajar A11)

"... Mau lulus lah belajar Sejarah...."(Pelajar D10) "... Aaaa…Minat sangat-sangat!..." (Pelajar F9)

5.0 Perbincangan, Rumusan, dan Implikasi Dapatan Kajian 5.3.1- Rumusan persoalan 1: Penilaian Konteks penggunaan kaedah ilustrasi komik Penyelidik mendapati bahawa pelajar tingkatan Empat mempunyai masalah dari segi pembelajaran Sejarah terutamanya mengingati fakta yang berbentuk teks. Oleh itu, penyelidik merancang dan menganalisis kaedah pengajaran yang sesuai untuk meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sejarah. Penyelidik telah merancang kajian menggunakan kaedah ilustrasi komik dengan memulakan kajian rintis pada bulan Oktober 2013. Hasil daripada kajian rintis mendapati bahawa pelajar tingkatan Tiga memberikan respon yang positif dan mempunyai motivasi yang tinggi hasil penggunaan ilustrasi komik tersebut. Menurut Cheesman (2006), komik adalah salah satu medium terbaik untuk mendapatkan perhatian pelajar untuk fokus kepada apa yang mahu dipelajari dan pelajar dapat 'mood' untuk mengikuti sesi pembelajaran pada hari tersebut.Dari sudut objektif kajian ini, penyelidik dapat mencapai objektif kajian, di samping terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dari segi perancangan masa program serta alat bantu mengajar yang telah disediakan oleh penyelidik dan pihak sekolah. Informan juga turut berkongsi pengalaman (demografi) tentang pengajaran dan pembelajaran yang biasanya dilaksanakan oleh guru Sejarah. Kajian mendapati bahawan guru kurang menggunakan pendekatan atau kaedah yang pelbagai untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dalam kelas. Berdasarkan kepada temubual bersama informan, guru

Page 19: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

47

memberikan penerangan, latihan, ujian kepada pelajar dan adakalanya hanya berpusatkan kepada pelajar. Sebenarnya, keadaan seperti ini bukan hanya berlaku di sekolah ini sahaja, malah beberapa tempat di negara lain. Menurut Papantouniou (2008) di Greece, pengajaran dan pembelajaran di dominasikan dengan penggunaan buku teks semata-mata. Oleh itu, menerusi kajian ini, penyelidik dapat mengenalpasti perlunya memberikan teknik pengajaran yang pelbagai supaya pelajar tidak mudah bosan atau kurang bermotivasi dalam mempelajari matapelajaran Sejarah. 5.3.2- Rumusan Penilaian Input penggunaan kaedah ilustrasi komik. Melalui penilaian input, penyelidik dapat mengenalpasti cara dan langkah yang disusun untuk melaksanakan kajian ini. Penyelidik telahpun merangka satu proses kerja dan senarai semak bagi memastikan kajian ini dirancang mengikut ketetapan rancangan kajian. Apa yang dapat dikenalpasti oleh penyelidik adalah sesuatu program akan berjaya sekiranya terdapat sokongan dan kerjasama antara pihak pentadbir dan guru. Pihak sekolah khususnya pengetua telah memberikan kerjasama yang baik dan telah memberikan bahan bantu mengajar bagi kajian ini. Menurut Williams (2000), pengetua adalah individu yang amat penting dan berpengaruh di mana-mana sahaja sekolah. Beliau bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua aktiviti yang berlaku di sekolah,iklim pembelajaran,tahap professionalisma dan moral guru dan mengambil berat keperluan serta kemenjadian murid. Seterusnya, kemahiran dan pengalaman guru dalam kaedah pengajaran pembelajaran yang pelbagai juga adalah amat penting dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta menarik perhatian pelajar untuk terus meminati matapelajaran Sejarah. Selain itu, guru berperanan dalam menggalakkan pelajar belajar secara kolaboratif, berbincang dan menggunakan teknik belajar secara 'pair study' kerana dengan cara ini para pelajar dapat berkongsi pandangan, maklumat serta idea yang bernas dan menjadikan suasana pembelajaran menjadi positif. Untuk menghasilkan ilustrasi komik bukan mudah jika ia dihasilkan secara individu. 5.3.3- Rumusan Penilaian Proses penggunaan kaedah ilustrasi komik Semasa proses ilustrasi komik dilaksanakan oleh informan, penyelidik dapat memerhatikan reaksi informan membuat ilustrasi komik bersama dengan rakan pelajar. Informan-informan telah mewujudkan aktiviti perbincangan sesama sendiri dan berkongsi idea bagaimana untuk membina satu pengetahuan yang baru berdasarkan pengetahuan yang sedia ada. Rakaman video menunjukkan pelajar atau informan bukan hanya setakat berbincang sesama mereka sahaja, malah, mereka juga turut berkongsi idea daripada rakan informan yang lain. Guru memberikan peluang dan masa kepada mereka berbincang secara bebas tanpa dibantu menggunakan arahan terpandu, supaya pelajar berasa selesa untuk memberikan idea dan pendapat mereka. Guru perlu bijak memberikan pasangan pelajar untuk berbincang, kerana tidak semua pembelajaran dalam bentuk perbincangan akan menghasilkan output yang baik. Contohnya kajian Yoshida (2008), pembelajaran secara berpasangan (pair study) menjadi tidak berkesan jika salah satu daripada pelajar tersebut tidak memahami pasangannya.Melalui penilaian proses ini, penyelidik mendapati kajian telah

Page 20: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

48

dilaksanakan mengikut yang ditetapkan oleh penyelidik. Namun, penyelidik tidak dapat mengelakkan permasalahan yang timbul semasa aktiviti tersebut. Semasa aktiviti dilaksanakan, informan tidak mengikuti pengajaran dan pembelajaran seperti biasa di dalam kelas. Oleh itu, pelajar hanya bertumpu sepenuhnya kepada ilustrasi komik. Walaubagaimanapun, penyelidik telahpun memaklumkan kepada pihak pentadbir serta guru-guru lain berkenaan dengan informan yang terlibat. Dalam kata lain, kaedah ini tidak boleh dilaksanakan secara kerap kerana ia memakan masa yang lama untuk disiapkan oleh pelajar, melainkan melibatkan perbincangan pelajar di luar waktu persekolahan. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan digunakan secara maksimum, tetapi memerlukan bahan tambahan yang lain, contohnya kain dan penggunaan warna supaya ilustrasi komik lebih menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran Sejarah. 5.3.4- Rumusan Penilaian Hasil penggunaan kaedah ilustrasi komik. Melalui kajian ini, penyelidik dapat merumuskan bahawa ilustrasi yang dijhasilkan oleh pelajar memberikan manfaat kepada pelajar tersebut. Terdapat informan yang memberikan respon bahawa informan boleh mengingat semula apa yang telah dilakar dan dilukis bersama dengan rakan pelajar tanpa melihat dan membaca kepada teks fakta tersebut. Dalam kata lain, pelajar mudah untuk mengingati fakta berbentuk teks yang telah diillustrasikan oleh pelajar itu sendiri. Menurut kajian daripada Gene Yang berkaitan dengan penggunaan komik dalam pendidikan, beliau berpendapat bahawa komik memotivasikan pelajar berdasarkan paparan visual, serta menarik perhatian mereka (Jacob,2007).Selain itu, informan juga berpendapat kaedah ilustrasi komik ini perlu diteruskan pada pengajaran dan pembelajaran akan datang. Namun, ia memerlukan penambahbaikan dan pengubahsuaian dari segi perancangan masa yang lebih baik, penggunaan dan penambahan warna serta kain bagi menghasilkan satu ilustrasi yang menarik kepada pelajar. Selain itu, informan juga mencadangkan kaedah ilustrasi komik ini dipertandingkan di peringkat sekolah. Melalui respon daripada rakan mereka sebagai triangulasi kepada kajian ini juga berpendapat kaedah ini perlu dikekalkan namun memerlukan sedikit modifikasi pada masa hadapan. Menurut Herbst et.al (2010), komik memberikan kita gambaran senario yang sama dalam beberapa bilik darjah dan juga menggambarkan beberapa senario dalam bilik darjah yang sama. Dalam data lain, adalah amat sukar untuk kita mengilustrasikannya dalam realiti. 5.3.5- Rumusan Persoalan 2: Motivasi pelajar Motivasi adalah salah satu elemen terpenting dalam kecemerlangan akademik pelajar. Motivasi wujud dalam pelbagai bentuk sama ada dorongan kedua ibu bapa, dorongan serta aprisiasi daripada guru kepada pelajar, kata-kata semangat serta penghargaan dalam bentuk wang ataupun sijil. Oleh itu, tidak kurangnya juga dari aspek kaedah pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh guru kepada pelajar. Dengan menggunakan kaedah ini, penyelidik dapat merumuskan bahawa informan telah mendapat motivasi yang lebih baik berbanding sebelumnya dan berasa mudah untuk mempelajari Sejarah. Informan juga lebih bersemangat dan mencadangkan kepada pihak sekolah agar setiap kelas diadakan pertandingan dengan membuat ilustrasi Sejarah. Menurut Morrison et.al (2002), penggunaan komik dalam pembelajaran pelajar

Page 21: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

49

menggalakkan pemahaman, penulisan dan kemahiran untuk mengkaji (inkuiri) pelajar dengan lebih baik. 5.4 Kesimpulan Dapatan Kajian Hasil daripada perbincangan dapatan kajian yang telah dibentangkan, penyelidik telah merumuskan dan menyenaraikan beberapa dapatan kajian. Dapatan kajian tersebut ialah; 1. Guru perlu merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan menarik supaya pelajar akan meminati dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam subjek Sejarah. 2.Sokongan dan kerjasama antara guru dan pentadbir adalah amat perlu ke arah kecemerlangan pelajar. 3. Setiap program atau aktiviti akademik perlu mempunyai rangka kerja yang teliti,menepati masa dan perlu ada jalan atau langkah alternatif sekiranya berlaku sebarang kekangan atau masalah. 4.Guru dan pihak pentadbir perlu mengambilkira pendapat dan cadangan daripada pelajar kerana pelajar adalah 'pelanggan' kepada pihak sekolah.Oleh itu, guru perlu meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta strategi peningkatan akademik bagi memastikan pelajar mendapat keperluan yang dikehendaki. 5. Guru berperanan penting untuk meningkatkan motivasi pelajar supaya pelajar sentiasa bersemangat dan berminat mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Setiap hasil pelajar perlu dihargai dan diberikan peneguhan secara positif bagi mengekalkan hubungan dan kerjasama yang baik antara pentadbir, guru dan pelajar. 5.5 Implikasi Dapatan Kajian 5.5.1 Implikasi kepada Penyelidik/ Guru Kajian ini merupakan salah satu langkah yang penting bagi menilai, mengenalpasti dan seterusnya mengambil langkah serta merancang penambahbaikan bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang baru. Implikasinya kepada penyelidik adalah penting kerana kajian ini memperjelaskan tentang kaedah yang akan dipelbagaikan oleh penyelidik bagi memastikan pelajar mendapat pengajaran dan pembelajaran yang bermakna setiap kali guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran Sejarah tingkatan Empat. Guru seringkali hanya melihat kepada kepuasan diri dalam pengajaran, tetapi persoalannya adakah pelajar akan berasa kepuasan tersebut melalui proses pengajaran yang dilaluinya. Dalam kata lain, guru seharusnya melihat kepada kepeluan dan keutamaan pelajar terlebih dahulu bagi merancang kaedah pengajaran tersebut.Menurut kajian Daring dan Hammond, pencapaian pelajar adalah bergantung sepenuhnya dengan kepakaran serta persediaan yang dilakukan oleh guru tersebut untuk pelajarnya (Barna,1999).

Selain itu, penyelidik juga dapat melihat pandangan, persepsi serta refleksi pengajaran hasil daripada dapatan temubual yang telahpun dilakukan. Hasil kajian ini menjelaskan penilaian pelajar terhadap kaedah pengajaran yang diajar oleh guru, di samping memberikan cadangan kaedah yang mereka minati pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang. Di samping itu, guru

Page 22: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

50

dapat memikirkan apakah langkah alternatif setiap kali rancangan pengajaran mengalami masalah kekangan atau gangguan untuk mengekalkan tumpuan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru sentiasa memikirkan perkhidmatan yang terbaik untuk pelajar untuk mempelajari matapelajaran Sejarah. 5.5.2 Implikasi Kepada Pihak Sekolah Kepada pihak pentadbir, khususnya pengetua dapat menilai sejauhmana penglibatan pelajar dan usaha guru bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik di sekolah. Ini bermakna, pengetua juga menjadi pemantau kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Hasil dari pemantauan tersebut, pengetua boleh memikirkan langkah-langkah alternatif untuk mewujudkan aktiviti serta program yang menarik di sekolah dan akhirnya mewujudkan budaya sekolah yang menarik perhatian pelajar. Di samping itu juga, pihak sekolah boleh memenuhi keperluan-keperluan pelajar dari segi bahan bantu mengajar yang sesuai dengan matapelajaran Sejarah. 5.5.3 Implikasi kepada pelajar Implikasinya kepada pelajar, hasil dapatan ini merupakan satu gambaran tentang keperluan pelajar terhadap guru matapelajaran, pihak sekolah serta menjadikan pelajar lebih bermotivasi dalam pembelajaran matapelajaran Sejarah. Pelajar dapat meluahkan cadangan dan kaedah pengajaran yang sebenarnya diperlukan oleh pelajar itu sendiri. Selain itu, dapatan kajian ini akan mewujudkan hubungan saling memerlukan di antara pelajar dengan guru dan guru dengan pihak pentadbir, pihak pentadbir dengan pelajar. Dengan mengetahui setiap keperluan-keperluan di antara ketiga-tiga elemen ini, maka, tidak mustahil untuk sebuah sekolah dapat meningkatkan akademik kerana sentiasa memperbaiki dan menambahbaik setiap program sekolah yang telah dirancang. 5.6 Cadangan kajian Lanjutan Di antara cadangan yang dikemukakan adalah, kajian ini dikembangkan kepada lokasi yang lebih luas yang bukan hanya tertumpu kepada satu sekolah sahaja.Kajian ini hanya melihat kepada sebuah sekolah sahaja. Maka tidak dapat digeneralisasikan penggunaan ilustrasi komik secara keseluruhan. Di sini dicadangkan beberapa kajian lanjutan; 1. Kajian ini memerlukan pemerhatian dalam satu jangkamasa yang panjang untuk dilaksanakan dan sesuai dilaksanakan dalam bentuk kumpulan kecil. Selain itu, adalah digalakkan 2-3 orang sahaja dalam satu kumpulan untuk menggelakkan objektif pengajaran dan pembelajaran tidak terganggu. Dalam masa yang sama, hasil kajian ini akan menggalakkan pertukaran dan percambahan idea yang baru hasil perbincangan pelajar dan guru. 2. Kaedah ilustrasi komik perlu dirancang dengan mengambiklkira masa,keperluan pelajar serta kesanggupan pelajar mengikut kaedah ini. 3. Selain itu, kajian perlu dilaksanakan dengan melihat kepada factor persekitaran yang lain contohnya kemudahan sekolah, jarak atau ketersampaian ke rumah pelajar dan masa perbincangan pelajar dengan guru tanpa menggangu waktu pengajaran dan pembelajaran matapelajaran yang lain.

Page 23: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

51

RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd. 1999. Komunikasi Untuk Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distrubutors Sdn Bhd.

Anderson,C.2010. Presenting and Evaluating Qualitative Research. American Journal of Pharmaceutical Education .74: (8). Arizpe,E. dan Styles,M. 2003. Intrepreting visual texts. London: Routledge Falmer Taylor & Francis Group. Berra,O. dan Reinaldo,L.2006. Qualitative Methodology in Counseling Research: Recent Contributions and Challenges for a New Century. Journal of Counseling and Development . ProQuest Education Journals. 84: (2) pg.174. Burden,P.R. dan Byrd D.M. 2003. Methods For Effective Teaching. United States Of America: Pearson Education,Inc. Chandra, S.S. dan Sharma,R.K. 2004. Research In Education. India: Atlantic Publisher & Distributors (P) LTD. Chin Yen Fuen. 2006. Pengaruh Pengajaran-Pembelajaran Pelbagai dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 4 Matapelajaran Sejarah Di SMK Membakut, Sabah.Tesis Sarjana. Universiti Malaysia Sabah. Coleman,L.J. Guo,A. dan Dabbs C.S. 2007. The State of Qualitative Research in Gifted Education as Published in American Journals,An Analysis and Critique.ProQuest Education Journals. 51:(1) pg. 51. Cruickshank,D.R, Bainer.D. dan Metcalf,K. 1995. The Act Of Teaching. United States Of America: McGraw Hill,Inc. Davis, B. dan Ellison, L. 1999. Pemasaran Strategik Sekolah. Terjemahan Shukor

Mohd.Dom.Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005. Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka.1993. Glosari Seni Lukis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ee Ah Meng. 1997. Psikologi Pendidikan II. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd. Ee Ah Meng. 2005. Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI): Ilmu pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Eggen, P. dan Kauchak, D. 2004. Educational Psychology Window On Classrooms.

Journal Of College Science Teaching. 19: (1) pg. 212- 217.

Page 24: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

52

Fujii, L.A. 2012. Research Ethics 101: Dilemmas and Responsibilities. ProQuest Educational Journal. 23: (8) pg.717-723. Garcia, P.A. 2009. Comic Books And The Experience Of Self-Fulfillment: A Study. Tesis Phd. Columbia University. Gorard, S. dan Taylor, C. 2004. Combining Methods In Educational and Social

Research. United States Of America:Mcgraw Hill Education. Goussinsky,R.,Reshef.A.,Ventura,G.Y dan Borochowitz,D.Y.2011.Teaching Qualitative Research for Human Services Students:A Three-Phase Model. The Qualitative Report.16: (1) pg.126-146. Henry,S.W. 2000. Teacher's perceptions of principal effectiveness in selected secondary schools in Tennessee. ProQuest Education Journals. 121: (2) pg.264. Herbst.P., Chazan.D., Chen.C.L., Chieu.V.M dan Weiss.M. 2011. Using comics-based representations of teaching, and technology,to bring practice to teacher education courses. Journal Of Science Course T eaching. 43: 91-103. Hussien Bin Hj.Ahmad. 1991. Keberkesanan Penyediaan Guru dan Aktiviti Meningkatkan Professional Mereka. Jurnal Guru. 3:144-165. Jacob,D. 2007. More Than Words: Comics as a Means of Teaching Multiple Literacies.ProQuest Education Journals. 96: (2) pg.19. Jee,D.B. dan Anggoro,F.K. 2012. Comic Cognition: Exploring the Potential Cognitive Impacts of Science Comics. Journal of Cognitive Education and Psychology. 11:(2) pg.196-208. Karatas,H. 2009. Evaluation of English Curriculum at Yıldız Technical University Using CIPP Model. Journal Of Education and Science. 34: (153). Kauchak, D.P. dan Eggen P.D. 2003. Learning and Teaching,Research-Based Methods. United States Of America: Pearson Education, Inc. Kerry,C. 2006. 2006. Using Comics in the Science Classroom. Journal of College Science.. 35: (4). Lankshear. C. dan Knobel, M. 2004. A Handbook For Teacher Research,From Design To Implementation. New York: Bell & Bain Ltd. Leahey, T. dan Harris, R. 1997. Learning and cognition. New Jersey: Prentice Hall Low,E.D. 2012. Children’s Literature in Education. ProQuest Education Journals.

Page 25: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

53

43:(3) pg. 68-385. McMillan,J.H. 2008. Educational Research: Fundamental for the Consumer. United States Of America: Pearson Education,Inc. McMillan.J.H. dan Schumacher.S. 2006. Research In Education: Evidence-based I nquiry. United States Of America: Pearson Education,Inc. McVicker,C.J. 2007. Comic Strips as a Text Structure for Learning to Read. United States Of America: International Reading Association. Merriem, S. B.1998. Qualitative Research and Case Study Applications in Education.(2nded.). San Francisco: Jossey-Bass Ltd. Morrison,T.G, Bryan,G. dan Chilcoat,G.W. 2002. Using Student-Generated Comic Books In The Classroom. ProQuest Education Journals. 45: (8) pg. 758.

Murray, E. J. 1964. Motivation and Emotion. New Jersey: Prentice-Hall, Inc. Nik Azis Nik Pa. 1991. Kepimpinan Dan Pengurusan Pendidikan Sekolah Zaman Maklumat.Jurnal Guru. 3:133-143. Nor Aini Aziz. 2002. Keberkesanan pengajaran pendekatan konstruktivisme dalam membina semula konsepsi pelajar tentang konsep-konsep fotosintesis dan makanan. Tesis Phd.Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Norton, B. 2003. The motivating power of comic books: Insights from Archie comic readers.ProQuest Education Journals. 2: 140-147. Papantoniou,S.V., Karatrantou.A.,Panagiotakoupoulus,C.dan Koustourakis,G. 2008. Visual representations of the internet in greek school textbooks and students’ experiences.Journal of Education Inf. Technology. 14:205–227. Parker,D.C., Grenville,H. dan Flessa,J.2011. Case Studies of School Community and Climate: Success Narratives of Schools in Challenging Circumstances.The School Community Journal. 21: (1). Patton, M.Q. 1990. “ Qualitative Evaluation and Research Methods.” London: Sage Publications. Rosmawati Bt.Hamzah. 2009. Pengaruh kepercayaan tentang pendidikan seni visual dan kreativiti pengajaran guru Pendidikan Seni Visual terhadap perkembangan artistic murid sekolah rendah. Tesis Phd. Universiti Malaysia Sabah. Shahabuddin Hashim dan Rohizani Yaakub. 2004. Psikologi pembelajaran &

Page 26: KONTEKS, INPUT,PROSES DAN HASIL PENGGUNAAN · PDF filepengajaran-pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar tingkatan ... subjek Sejarah. 3.0 ... Ketua Panitia Sejarah untuk memastikan

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)

54

personaliti.Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Silverman,R., Welty,M.W. dan Lyon.S. 1996. Case Studies For Teacher Problem Solving.United States Of America: McGraw-Hill Companies,Inc. Stoermer,M. 2009. Teaching Between The Frames: Making Comics With Seven and Eight Year Old Children, A Search For Craft and Pedagogy.Tesis Phd. Indiana University. Synder,E.E. 1997. Teaching The Sociology Of Sport: Using A Comic Strip In The Classroom. ProQuest Education Journals. 25: (1) pg. 239. Tamam Timbang,Zamri Mahamod, Nik Mohd.Rahimi Nik Yussof dan Jamaludin Badushah. 2010. Masalah Membaca Murid-murid Sekolah Rendah Kerajaan di Brunei Darussalam: Satu Kajian Kes. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35:(2)pg.77- 85. Thomson, P. 2008. Doing Visual Research with Children and Young People. London: Routledge Falmer Taylor & Francis Group.

Tuckman, B.W. 1978. Conducting Education Research. United State:Hascourt Bruce Jovanovich. Inc Wah,L.L., Manisah Mohd. Ali dan Noraini Salleh. 2008.Pembinaan dan Pengesahan Ujian Membaca Untuk Mengenalpasti Disleksia: Satu Kajian Rintis. Jurnal Pendidik dan Pendidikan. 23: (2) 151–162. Wang,F. 2008. Learning To Write Qualitative Research: A Comparative Case Study of Native ann Non Native English-Speaking Doctoral Students In Education. Tesis Phd. University of New York. Wiersma,W. dan Jurs S.G. 2009. Research Methods In Education: An Introduction. United States Of America: Pearson Education,Inc. Yoshida,R. 2008. Learners' Perception of Corrective Feedback in Pair Work. ProQuest Education Journals. 41: (3) pg. 525. Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim. 2011. Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Dalam Pengajaran Guru Dalam Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 1: (2) pg. 51-65. Zhang,G., Zeller,N., Griftth,R., Metcalf,D., Williams,J., Shea,C. Dan Misullis,K. 2011. Using the Context, Input, Process, and Product Evaluation Model (CIPP) as a Comprehensive Framework to Guide the Planning, Implementation, and Assessment of Service-learning Programs. Journal of Higher Education Outreach and Engagement. 15: (4) pg. 57.