majalah tranformasi jan 05

Upload: joeyjb

Post on 05-Jan-2016

267 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Majalah Tranformasi Jan 05

TRANSCRIPT

  • 1

  • 2Salah satu objektif transformasi pertanian yangdilancarkan oleh Kementerian Pertanian danIndustri Asas Tani adalah menjadikan projek yangberjaya sebagai tempat rujukan bagi usahawanbaru menimba pengalaman, mempelajari teknikdan pengurusan projek tersebut bagidilaksanakan di tempat lain.

    Seorang usahawan baru, Bing Irwan bin Sutnotelah mengambil langkah awal mempelajariteknik tanaman tomato fertigasi daripada Harranibin Dayat seorang usahawan yang berjaya diJohor. Minat Bing timbul apabila melihatkejayaan Harrani yang merupakan abang iparnyamengusahakan tanaman tomato fertigasi diBatu Pahat.

    Menurut Bing, peluang bagi memulakan projekini pula terbuka apabila Harrani sendirimenunjukkan tapak yang sesuai bagimemulakan usahanya di Taman UsahawanPeladang (TUP), Pertubuhan Peladang NegeriJohor (PPNJ) di Sungai Lebak, Johor. Tapak initelah ditinggalkan oleh pengusaha sebelumnya.

    Bermula dengan 0.8 hektar yang diusahakanpada awal tahun 2001, beliau telah menambahkeluasannya kepada 1.2 hektar ditanam dengantanaman tomato fertigasi. Bagi setiap 0.4 hektaryang diusahakan, Bing telah menanam 10 ribuhingga 12 ribu pokok tomato dengan anggaranpengeluaran 120 hingga 130 metrik tan.

    Bing menggunakan cara semaian anak benihbagi memulakan tanaman tomatonya, setelahitu ia akan dipindah ke polibeg yang diisi dengansabut kelapa sebagai medianya. Pada masainilah pembajaan memainkan peranan utama.

    Menurut Bing, formula bancuhan dan jenis bajayang digunakan sangat penting untukmendapatkan pengeluaran hasil yangmaksimum dan bermutu. Dalammengusahakan penanaman kaedah fertigasi inipemerhatian tindak balas pokok terhadap setiapperubahan formulasi nutrein perlu diberitumpuan.

    Oleh : Rosli YaakubIbu Pejabat LPP

    2

  • 3Pengeluaran buah tomato bagi 1.2 hektar yangdiusahakan sekarang, Bing telah memperolehi98,600 kg, iaitu catatan bagi tahun 2004.

    Bing tidak menghadapai masalah bagimemasarkan hasil usahanya itu denganpermintaan tetap dan harga yang tinggi. Pasarandibuat secara jualan terus kepada peruncit danjuga jualan secara borong di ladang. Malahanmenurutnya pada masa ini beliau tidak dapatmemenuhi permintaan pasaran tempatan.

    Di awal penglibatannya Bing telahmengeluarkan modal sendiri bagi menjayakanprojek ini. Namun demikian beliau bernasib baikkerana tapak dan peralatan asas telah sedia adayang ditinggalkan oleh pengusaha sebelumnya.

    Antara peralatan yang tersedia adalah tapakasas bersimen, kerangka rumah lindungan dantiub pengairan semburan baja. Dengan asasyang ada Bing memulakan tanaman tomatonyadengan tunjuk ajar dari mantornya, Harrani.Beliau sangat menghargai pengetahuan tersebutdan seterusnya menjadikan Harrani sebagaiperunding kepadanya.

    Bing telah menanam10 ribu hingga 12 ribu pokok

    tomato dengan anggaranpengeluaran 120 hingga 130

    metrik tan.

    Apa yang lebih membanggakan beliauadalah apabila projek beliau mendapatpengiktirafan dengan penganugerahansijil SALM pada bulan Mac 2003 setelahbeliau mengikuti segala amalanpertanian yang disyaratkanKementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani.

    Beliau merancang meluaskan lagikawasan projek ini meliputi dua hektarkawasan di TUP Sungai Lebaktersebut.

    Beliau amat berharap agar kawasantersebut mendapat bekalan elektriksegera bagi beliau melaksanakanproses pengurusan pembajaan secaraautomatik dengan penggunaankomputer. Dengan cara ini beliaumenjangkakan pengurusan akandilaksanakan lebih cekap dan dapatmenjana lebihan pendapatan yangtinggi di masa depan.

    3

    Bing Irwan bin Sutno,usahawan tomatofertigasi.

    Tomato yang dihasilkan melaluikaedah fertigasi ternyatamenguntungkan.

  • 4Terdapat pelbagai faktor yang mendorongpeningkatan pengeluaran hasil padi, antaranyaamalan pengurusan tanaman yang sistematik,teknologi terkini yang diaplikasikan serta benihbermutu dan terjamin yang digunakan sebelumdipindahkan ke bendang.

    Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) GunongSemanggol mempunyai perancangan danstrategi tersendiri dalam mengeluar anak padiasas untuk kegunaan peladang yangmenjayakan projek benih padi berdaftar. Anakpadi asas yang sihat dan bermutu ini, PPKsediakan melalui penggunaan sekam padisebagai media bagi mempercepatkantumbesarannya.

    Sekam padi yang digunakan oleh PPK bukanlahsekam kuning dari sisa buangan kilang,sebaliknya sekam arang hasil daripada prosespembakaran menggunakan mesin pembakar/burner yang direka khas. Proses pembakaransekam ini mengambil masa sekitar 20 minit dan

    sekam arang yang terhasil tidak berubah darisegi bentuk. Manakala unsur-unsur phosphorus(P2 05) dan kalium (K20) yang amat diperlukanoleh anak padi bagi pertumbuhan akar dengancara mempercepatkan tumbesaran tisumanistem masih kekal.

    Penggunaan media ini juga menjadikan anakpadi sihat, kuat dan tumbuh sekata. Faktor inimemboleh anak padi yang berumur 20 hari dapatdigulung dan dihantar ke bendang dalam masayang singkat bagi proses penanaman.Sebaliknya agak sukar jika dibandingkan denganpenggunaan sekam padi yang dibakar secarabiasa atau tanah liat.

    Oleh kerana pengubahan anak padi perludilakukan menggunakan mesin khas iaitutransplanter, maka benih padi perlu disemai didalam tray (takung) khas yang berukuran 2 kakilebar x 1 kaki panjang x 1 inci tinggi. Setiap hektarsawah memerlukan 250 tray anak padi dansetiap tray memerlukan 350 gram sekam arang.Benih padi yang diperlukan untuk satu tray ialah250 gram yang mengandungi lebih kurang 9,529biji benih.

    Cara media ini digunakan adalah denganmeletak rata sebahagian daripada 350 gramsekam ke dalam tray. Selepas itu, 250 gram

    Oleh : SMTIbu Pejabat LPP

    4

    Proses pemilihan benihuntuk semaian pentingdalam menghasilkanbenih padi berdaftar.

    Benih padi akan direndam dandicampur bahan penggalak akaruntuk proses percambahan.

  • 5benih padi yang telah direndam dan dituskanditabur rata di atas sekam seterusnya diikutidengan menutup benih padi tersebut dengansebahagian lagi baki sekam yang tinggal.Seterusnya tray yang mengandungi sekam dananak padi tadi disiram serta disusun bertingkat-tingkat dan ditutup.

    Selepas tiga hari anak-anak padi dalam trayakan dipindahkan ke tapak semaian konkrit danditutup dengan plastik pelindung dengantembusan cahaya 30 % selama dua hari. Prosesmembaja dengan baja semburan (foliar) untukpertumbuhan pokok dan pembiakan akar sertapenukaran air di tapak semaian dilakukan tigahari sekali. Pertukaran air ini dilakukan supayatapak semaian tidak berlumut dan untukmempercepatkan pertumbuhan akar. Manakalakawalan serangga dilakukan mengikutkeperluan. Seterusnya pada hari ke-19 tapaksemaian perlu dikeringkan dan pada hari ke-20anak padi bolehlah digulung dan dibawa kebendang untuk proses penanaman.

    PPK dalam menyediakan sekam arang yangmemenuhi spesifikasi media tanaman padi padaperingkat semaian telah membelanjakan lebihRM60,000. Perbelanjaan tersebut antaranyapenyediaan bangunan, pendawaian, takungsemaian, mesin pembakar dan paip air.Walaupun PPK berkemampuan mengeluarkansekam arang ini dalam kuantiti yang banyak,namun PPK keluarkan hanya untuk keperluansendiri, iaitu sebanyak 17,500 kg.

    Sungguhpun dapat menjadikan sekam paditerbuang ini menjadi media penting dalammenyedia anak padi asas yang berkualiti, namunPPK juga menghadapi masalah kerana

    pembakaran sekam melalui burner inimengeluarkan asap yang banyak danmengganggu penduduk sekitar. Sungguhpunbegitu usaha sedang dilakukan oleh PPK bagimencari kaedah untuk mengurangkan asap danmemindahkan operasi pembakaran ke tempatyang lebih strategik. PPK juga sedang berusahamemperbesarkan saiz projek yang diusahakandan bersedia untuk memberi tunjuk ajar kepadayang berminat.

    5

    Tray yang mengandungi sekam dan benih padidisusun bertingkat-tingkat ditutup bagi prosespercambahan.

    Anak benih padi yangmencapai umur 20hari sesuai untukdipindahkan keladang.

    Anak padi yangtelah bercambahakan dipindah-kan ke tapaksemaian konkritdan ditutupplastik pelindunguntuk prosestumbesaran.

  • 6Penglibatan kaum bumiputera khususnyaMelayu dalam sektor pertanian secara komersialmasa kini semakin ketara. Situasi ini mungkindisebabkan sokongan pihak kerajaan yanginginkan sektor ini berkembang seperti sektorlain.

    Sektor pertanian pada masa dahulu hanyadiusahakan secara kecil-kecilan dan sebagaisara diri bagi menampung pendapatan. BagiMohd Bakhtiar Hashim, 26, membuktikan aktivitipertanian sememangnya boleh dikomersialkandan mampu menjanjikan pulangan lumayan jikadiusahakan bersungguh-sungguh. Beliau yangmengusahakan tanaman cili secara fertigasimerasakan sektor pertanian sebenarnyamempunyai tarikan tersendiri.

    Saya akan merasa puas dan tersenyum bilamelihat pokok cili yang saya tanam mulaberbuah. Kepuasan akan lebih dirasai bila kitamula memetik hasil kerana segala penat lelahselama ini telah berbalas kata beliau memberikeyakinan.

    Mohd Bakhtiar yang sebelum ini pernah bekerjadihotel terkemuka di Alor Star menceritakan,penglibatan awal dalam tanaman cili fertigasitimbul ketika melawat projek yang diusahakanoleh Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Kedahdi Terenas, Sik. Beliau merasakan tanaman cilisecara fertigasi tidaklah sukar kerana iamenggunakan teknologi terkini yang mudahdipelajari.

    Berbekalkan semangat ingin mencuba, akhirnyapada Jun 2002, beliau mula mengusahakantanaman tersebut di kawasan seluas 1.8 hektaryang disewa di Kampung Charok Tenang, Sik.

    Peringkat permulaan dengan modal sendirisebanyak RM20,000 saya hanya mampumengusahakan 5,000 polibeg kerana denganmodal itu juga saya gunakan untuk membayarsewa tanah sebanyak RM550.00 setahun.Segala kelengkapan infrastruktur terpaksa sayasediakan sendiri. Bekalan air saya perolehi

    daripada air bukitmanakala elektrikdaripada TNB dan bajasaya beli daripadapembekal swasta.

    Semua itu memerlukanmodal yang tinggi untukm e n y e d i a k a n n y a ,mujurlah ibu dan adikberadik saya dapatmembantu dari segitenaga kerja. Melihatkanperkembangan projekyang dapat memberikanp u l a n g a nmenguntungkan padapusingan pertama, sayatambah menjadi 8,000polibeg pada April 2003.

    Saya banyak berterimakasih kepada PPN yangmenjadi pembekal anakpokok cili. Anak pokok cilidaripada PPN merupa-kan varieti Kulai 630 yangmampu mengeluarkanhasil tinggi. Di samping ituPertubuhan PeladangKawasan (PPK) Sik jugamenganjurkan KursusPengurusan Fertigasikepada saya, ujarnya.

    Menurut beliau, dalamm e n g u s a h a k a ntanaman cili secaraf e r t i g a s it e r d a p a tperingkat

    Oleh : Rohman JasmaniIbu Pejabat LPP

    6

    Mohd Bakhtiar Hashim, usahawan cilifertigasi.

  • 7kerja yang perlu dilakukandengan teliti agar tidakmengganggu perjalananprojek. Peringkat-peringkatyang mesti diikuti dalammengusahakan tanamancili tersebut ialah:

    Penyediaan Tapak

    Penyediaan tapak di-lakukan pada peringkatawal kerja. Elakkan pilihkawasan berbukit yangmenyukarkan kerja-kerjapenyediaan tapak.Kawasan projek hendak-lah diratakan bagimemudahkan air bajadialirkan kesetiap pokokdalam polibeg. Setelahtanah diratakan, pe-nyediaan batas yangberukuran 12 kaki lebardengan ketinggian 6 incidan panjang mengikutkesesuaian tapak di-lakukan. Jarak antara batasadalah 4 kaki bagimemudahkan pengurusankerja seperti mengawalrumpai, makhluk perosakdan memunggut hasil.Setelah batas siap, ia perluditutup dengan plastikhitam berukuran 4 kakilebar bagi menghalangrumpai tumbuh meng-ganggu tumbesaran pokokcili.

    Penyediaan MediaTanaman

    Dalam menyediakan me-dia tanaman, bahan-bahanasas perlu diperolehi

    terlebih dahulu. Bahan-bahan tersebut ialah:

    i. Polibeg berukuran 23 inci x 18 inciii. Sekam padi yang telah dibakar hingga

    menjadi arangiii. Sekam padi/kulit padi hasil daripada

    pemprosesaniv. Sekam padi yang telah dikeringkan

    dalam ovenv. Sabut kelapavi. Pasir sungai

    Bahan-bahan ii iv di atas dicampur mengikutsukatan yang sama agar menjadi 50% daripadamedia tanaman kemudian ditambah dengan sabutkelapa yang mewakili 40%. Akhir sekali campurantersebut ditambah pasir sungai sebanyak 10%.Kesemua bahan-bahan tersebut digaul rata dandimasukkan ke dalam polibeg hingga ketinggianpolibeg. Polibeg yang mengandungi mediatanaman boleh digunakan sehingga empatpusingan penanaman yang mengambil masa 8bulan sepusingan.

    Penyusunan Media Tanaman

    Kerja-kerja penyusunan polibeg yangmengandungi media tanaman dilakukan mengikutbatas yang tersedia. Polibeg disusun secaramemanjang dengan jarak antara barisan 2 kakimanakala jarak dalam barisan pula 2 kaki.

    Pemasangan Paip

    Pemasangan polypipe untuk menyalurkan air kepolibeg dilakukan mengikut saiz tertentu. Bermuladari tangki air yang berkapasiti 2,400 liter denganpam elektrik, pemasangan paip utama yangberukuran 50mm dibuat mengelilingi tapak projek.Seterusnya paip berukuran 32mm akan dibuatantara batas untuk menyalurkan air masuk.Penyaluran air antara batas ke dalam barisandilakukan menggunakan paip berukuran 16mm(tubing). Dari paip tersebut air akan disalurkan kepolibeg dan pokok cili menggunakan paipberukuran 3mm (liners) dan dipasang dengandripper yang berkemampuan menitiskan airsebanyak 1.5 liter sehari.

    Penyediaan Sokongan Pokok

    Selepas kerja-kerja pemasangan paip siap,penyediaan sokongan pokok berukuran 4 5kaki dibuat menggunakan besi paip untukjangkamasa panjang atau kayu bagi menjimatkankos. Sokongan akan diletakkan pada hujung dantengah batas kiri dan kanan. Kemudian talidirentang sebagai penyambung antara sokongan

    7

    Cili yang ditanammenggunakankaedah fertigasit e r b u k t imenguntungkan.

  • 8dan seterusnya tali akan dipasang pada setiappolibeg.

    Penanaman Pokok

    Penanaman anak pokok cili akan dilakukan setelahkerja-kerja pada peringkat penyediaan asasselesai. Penanaman anak pokok cili akan dilakukanpada sebelah petang agar pokok tidak layu. Benihpokok yang berumur 30 35 hari ditanam dalampolibeg dengan kedalaman 3 5 cm. Selepasditanam anak pokok cili akan diikat pada talisokongan dan diairkan menggunakan air kosong.

    Pengurusan Tanaman

    Kerja pengurusan tanaman dilakukan denganmengawasi bekalan air kosong atau mengandungibaja. Bekalan air kosong akan disalurkan ke setiappokok bergantung pada cuaca. Dalam keadaancuaca panas, air akan dibekalkan setiap jamselama 15 minit yang dipam daripada tangki sediaada. Manakala dalam keadaan biasa air akandibekalkan 3 kali sehari di samping air yangmengandungi campuran baja juga sebanyak 3 kalisehari.

    Menurut beliau lagi, bekalan air baja mempunyaicampuran tertentu untuk tumbesaran pokok.Campuran tersebut berbeza mengikut umurpokok. Pada peringkat awal, bekalan air bajadisalurkan selepas 4 hari penanaman. Campuranbaja A dan baja B yang mengandungi unsur-unsurtumbesaran dimasukkan ke dalam tangki dandisalurkan kesetiap pokok.

    Pada peringkat umur pokok 30 hari selepasditanam dan mula berbuah, campuran baja A danB akan ditambah dengan campuran baja C dan D(campuran baja molybdate) yang mengandungiunsur-unsur penggalakkan buah. Campuran iniakan diberi sehingga pokok berumur 2 bulanhingga 7 bulan iaitu anggaran umur pokok boleh

    mengeluarkan hasil. Pada peringkat umur pokok2 bulan ke atas, baja yang mengandungi foliar akandiberi menggunakan kaedah semburan agartumbesaran pokok lebih sihat.

    Di samping itu serangan serangga perosak sepertiWhite Flies, Thrip, Hamama dan Ulat diawasidengan penggunaan racun yang sesuai jikaterdapat tanda-tanda serangan. Selain itu kerjapenyelenggaraan seperti merumput dalam polibegdan meracun lorong turut dilakukan bertujuanmenghapuskan tempat pembiakan seranggaperosak.

    Pokok cili akan mula berbuah sebulan setelahditanam dan hasil boleh dipetik sebulan selepasitu. Buah dipetik sebelah pagi tiga kali seminggudan terus dihantar kepada pemborong. Puratasetiap pokok boleh keluarkan hasil sebanyak 1.5 2.0 kg. Keadaan ini juga bergantung pada cuacayang mana jika cuaca panas serangan seranggaperosak kurang, hasil akan tinggi berbandingmusim hujan.

    Saya akan menggaji pekerja bagi memetik buahcili kerana pemborong mahu buah cili segar untukpasaran. Jika saya lakukan sendiri buah akan rosakkerana lambat dipetik. Untuk pasaran terus kepadapemborong, purata harga cili yang saya dapatsekitar RM3.00/kg. Sehingga kini, sebanyak 35 tancili telah dapat saya hasilkan dengan tiga pusingan.Setiap pusingan, kos yang saya keluarkansebanyak RM15,000 dengan pulangan sekitarRM30,000, tambah Mohd Bakhtiar lagi.

    Bercakap mengenai harapan masa depan, beliauingin menambah modal yang mungkin diperolehidaripada institusi kewangan, seterusnyamembesarkan projek dengan menambah bilanganpolibeg.

    Jika ingin pendapatan lebih, kita jangan takut untukmenambah modal. Kadang-kadang semangatingin membesar projek kita ada tetapi bilamemikirkan masalah untuk mendapatkan modaltambahan, semangat itu terus pudar katanyamengakhiri perbualan.

    8

    Tapak penanaman cili kaedah fertigasi bolehmenggunakan sistem batas atau para.

  • 9Tanaman limau merupakansalah satu daripada enamkomoditi komersial terpilih diNegeri Terengganu. Industrilimau Negeri Terengganu telahbermula semenjak tahun 60anlagi di mana Negeri Terengganutelah menjadi sebuah negeri pengeluar utamatanaman limau. Sekitar tahun 70an industritanaman ini merosot akibat daripada seranganPhythoptora. Dalam tahun 80an industripenanamannya dibangunkan semula denganpenemuan teknik cantuman (tut) denganmenggunakan pokok penanti yang tahanPhythoptora.

    Projek tanaman limau madu yang diusahakandi Terengganu ini diselia oleh seorang pengurusladang bernama Encik Pepat bin Jalal. Jumlahpekerjanya seramai 10 orang, enam orangdaripada penduduk tempatan dan empat orangrakyat Thailand yang bekerja secara kontrak.Ianya dijalankan di Lot P.T. 91, Kampung DurianMentangau, Mukim Rasau, Dungun ( dalamkawasan KETENGAH ).

    Projek telah diusahakan di kawasan seluas 50.5hektar ( 125 ekar ) bermula pada 15 Mei 1999.Pada 31 Disember 2000 semua anak pokoklimau madu siap dipindahkan dari APM(Advance Planting Material) ke ladang. Jumlahpenanaman anak pokok limau madu tersebutialah sebanyak 20,000 pokok. Root Stocknyaialah Cleopatra dan Troyer Citrange. PertubuhanPeladang Negeri (PPN) Terengganu merupakansebuah jabatan pelaksana projek limau maduini di bawah peruntukan sebanyak RM 2 juta.

    Limau madu yang diusahakan ini daripada jenisLimau Madu (M 33) iaitu anak cantuman APM.APM merupakan anak benih lanjutan yang

    dibesarkan dalam polibeg sebelum dipindahkanke ladang.

    Pada tahun 2004, limau madu yang dihasilkankira-kira 40 metrik tan sahaja. Ini adalahdisebabkan terdapat beberapa limitasi. Diantaranya ialah struktur tanah yang tidak sesuai

    untuk tanaman limau madu keranakawasan berbukit dankekurangan jalan perhubungan.

    Oleh : Norma Haslina Abd. MananIbu Pejabat LPP

    9

    Penanaman limaumenggunakansistem titis dapatmengurangkankos buruh.

    Pokok limau hidup subur kerana sumber baja danair mencukupi menggunakan sistem titis.

  • 10

    Pelbagai teknologi telah dijalankan oleh PPNTbagi memastikan mutu dan kualiti buah dapatdijaga. Di antaranya ialah pengamalan APM,sistem pengairan titis, mesin pengredan,kelengkapan jentera dan teknik pengawalanperosak dan rumpai.

    Pengamalan APM ( Advance PlantingMaterial)

    Kaedah ini dinamakan Advance Planting Materialatau anak benih lanjutan. Biasanya anak benihakan disemai dan dibesarkan dalam polibegsebelum ditanam dan dibesarkan di ladang.

    Sistem Pengairan Titis

    Operasi sistem ini pada awalnya menggunakantenaga elektrik yang dibekalkan oleh generator.Pada bulan Mei 2004 kawasan tersebut telahdisalurkan dengan bekalan tenaga elektrik makakerja pengairan menjadi lebih mudah dan cepat.Sistem pengairan titis ini menggunakan sumberair daripada bumi yang digali sedalam 300 kaki( pam air deepwell) berkapasiti 30,000 liter.

    Mesin Pengredan

    Mesin pengredan ini berharga RM 58,000. Mesinini digunakan untuk menentukan gred limau yangdihasilkan. Ianya mengikut enam kategori gred

    iaitu (AAA, AA, A, B, C dan D). Denganpenggunaan mesin ini, kualiti limau akandiasingkan mengikut saiz.

    Kelengkapan Mesin dan Jentera

    * Jacto Air Blast Sprayer* SS A1 Tractor Mounted Sprayer System* Fertilizer Spreader

    Teknik Pengawalan Serangga/ Rumpai

    Jabatan Pertanian mengadakan gerakanbersepadu untuk mengawal serangga perosak.Semburan racun serangga dijalankan sebulansekali bagi memastikan buah limau yangdihasilkan adalah bermutu tinggi dan bebasparasit.

    Impak daripada projek limau madu ini ialahmewujudkan peluang pekerjaan kepadapenduduk. Ianya juga dapat memberikansumbangan kepada 50 keluarga PPRT mulaitahun 2003. Selain itu, projek dapatmeningkatkan pendapatan melalui kegiatanmemproses, menggred, membungkus danmemasarkan limau.

    Limau madu yangdiusahakan ini daripada jenisLimau Madu (M 33) iaitu anak

    cantuman APM.

    10

    Mesin pengredan yang digunakan dapat memastikan kualitibuah terjamin mengikut saiz.

  • 11

    Padi angin merupakan masalah yang melandadalam industri padi mengakibatkan kerugiankepada pesawah dan negara. Puncanyapelbagai, antaranya penggunaan mesin yangtidak diselia rapi, penggunaan benih yang tidakdiiktiraf dan penyediaan bendang yang tidaksistematik.

    Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak-pihak yangterlibat dalam industri padi bagi mengatasiperkara ini. Antara cara yang disarankan adalahpengiliran cara penanaman padi, sekiranyamusim ini menggunakan cara tabur terus, makamusim berikutnya cara mengubah perludilakukan. Walaupun cara mengubah dapatmengurangkan masalah padi angin, namunmemerlukan masa yang lama dan tenaga buruhyang ramai. Malah tenaga mahir dalam kerja initelah lama berkurang.

    Beberapa inisiatif telah dilakukan oleh pihaktertentu dalam memperkenalkan cara mengubahterbaru. Dalam perkara ini, PertubuhanPeladang Kawasan (PPK) Gunong Semanggolturut memberi sumbangan yang bermaknadengan memperkenalkan cara mengubahmenggunakan mesin transplanter kepadapara peladang yang mengusahakan projekpadi benih berdaftar selian PPK. Varietipadi benih yang diusahakan ialah MR 219dan MR 220.

    Mesin transplanter berharga RM45,000 inididatangkan khas dari Jepun. Kini, PPKmempunyai empat buah dan setiap mesinberkeupayaan mengubah tiga ekar sehari.Manakala keistimewaan mesin ini pula dapatmengubah mengikut jarak dan jumlah anak benihyang kita kehendaki. Mesin yang menggantikantenaga manusia dalam kerja mengubah inimemerlukan alat untuk menyokong kerjanya.Alat tersebut antaranya tray (takung) berukuran2 kaki x 1 kaki x 1 inci tinggi untuk semaian anakpadi dan bagi seekar sawah memerlukan 100tray anak padi. Tapak semaian khas yangmempunyai saliran yang baik diperlukan bagimenempatkan anak-anak padi ini.

    PPK dalam membantu pesawah, menyediakanpakej khas bagi kerja mengubah anak padi yangberumur 20 hari. Kadar bayaran yang dikenakanadalah sebanyak RM300.00 seekar, iaitu

    Oleh : SMTIbu Pejabat LPP

    11

    Benih padi akan diangkut ke ladang untukdiubah ke bendang.

    Benih padi yangmencapai umur 20hari sesuai untukdiubah ke bendangmenggunakan mesintransplanter.

  • 12

    RM150.00 bagi perkhidmatan trasplanster danRM150.00 untuk 100 tray anak padi.Perkhidmatan yang diberikan oleh PPK inimembolehkan para pesawah mendapat benihpadi asas yang terjamin dan bermutu.

    Justeru itu, pesawah tidak payah membazirkantenaga, masa dan wang bagi menyedia danmengawal tapak semaian. Sebaliknya bolehmenumpukan perhatian dalam kerja-kerjapenyediaan bendang bagi proses penanaman.Penanaman melalui transplanter ini jugamemudahkan para pesawah membuat kerja-kerja pembajaan, kawalan serangga danmengawal rumpai bagi mengelakkanmerebaknya padi angin yang mengancamindustri padi.

    PPK dan usahawan dalam kawasan padi yangberkemampuan boleh menggunakan ataumenyediakan perkhidmatan ini, walaupun kospermulaannya agak mahal tetapi dalam masayang terdekat mampu memberi pulangan. Untukmendapat maklumat dan keterangan lanjut, silahubungi:

    Pertubuhan Peladang KawasanGunung Semanggol,Selinsing, Perak.No. Tel 05 -8901030

    PenaungY. Bhg. Dato Nozir Ahmad bin Hussain

    PenasihatAziz bin Abu Seman

    Ketua PengarangMohd. Rosli bin Harun

    PengarangRosly bin Abd. RahmanSaat bin Mohamad TanAzizan bin OthmanRohman bin JasmaniSarimah bt NordinMohd. Yusof bin Abd. JalilNorma Haslina bt Abd. MananRosli bin YaakubOthman bin Majid

    Grafik/IllustratorRohman bin Jasmani

    FotografiIshak bin Abd. Rahman

    PengedaranZulkifle bin MatAbu Hassan bin Abd. Aziz

    Diterbitkan Oleh:Unit Produksi Media,Bahagian Hal Ehwal Korporat,Lembaga Pertubuhan Peladang,Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara,Bukit Damansara,50990 Kuala Lumpur.

    Mesin transplanter yangdigunakan untukmengubah anak padidapat mengurangkanpadi angin.